Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


UMNO WALAUPUN BEBERAPA KALI SUDAH DIPERKATAKAN OLEH Dr. Mahathir bin Mohamad ...

Posted: 25 Nov 2014 11:30 PM PST


KEBODOHAN MEREKA KEUNTUNGAN PADA PERJUANGAN UMNO,PARA PEMIMPIN UMNO KAYA RAYA MEREKA HANYA SEKADAR TUKANG SPIN MELATA...
 

SELAMAT BERSIDANG UMNO - TUN MAHATHIR

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong UMNO kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untik keluar negara, saya mungkin hadir Insya'allah! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2. Sebagai orang tua, dan orang tua UMNO pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.
3. Semua tahu UMNO sekarang tidak popular seperti UMNO dahulu. Ada yang berkata UMNO tidak lagi relevan.
4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika UMNO dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli UMNO tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli UMNO?
6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap UMNO sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

7. UMNO hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.

8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.

9. Oleh itu yang dapat masuk UMNO hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.

10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.

11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. 
Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan UMNO untuk perkaya diri sendiri. 
Mereka ini tidak boleh masuk UMNO. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.

12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam UMNO. "UMNO saya punya." " Bahagian ini saya punya."

13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa UMNO menyertai parti lain. Maka akan merosotlah UMNO dan akan hilanglah parti keramat ini.

14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.

15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.

16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputra dan UMNO. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.

17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan UMNO akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.

18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.

19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.

20. Selamat Bersidang UMNO. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Muhyiddin akui macai-macai yang ada sokong UMNO kerana wang?

Posted: 25 Nov 2014 10:45 PM PST

 
"Yang tiada wang tidak boleh masuk politik. Walaupun ada bakat, ada kelulusan, ada kebolehan, mereka tak mampu untuk bergerak aktif dalam parti jika tiada wang.. kata Muhyiddin.

Akhirnya Muhyiddin akui di dalam UMNO bukan kebijaksanaan yang diutamakan untuk menjadi pemimpin tetapi wang adalah penentunya..

Tanpa wang.. biarpun anda bijak tapi baru nak berjinak dengan politik di dalam UMNO tetapi tak punya wang untuk ditaburkan kepada macai.. anda tidak akan kemana..

Asasnya apa yang boleh kita simpulkan dari ucapan Muhyiddin ini ialah apa yang sering diucapkan oleh para pemimpin UMNO kononnya mereka berjuang demi Bangsa dan Agama adalah auta semata-mata.

Semuanya berkisar tentang kuasa dan wang, dalam apa yang diucapkan oleh Muhyidin ini jelas dinyatakannya dalam UMNO kuasa perlu untuk membina harta dan dengan adanya harta maka mereka boleh terus kekal berkuasa.

Maka tak hairanlah jika Menteri-menteri yang ada terutamanya dari UMNO kebanyakkannya kurang cerdik tapi punya wang berjuta..

Dan ucapan Muhyiddin ini juga menjelaskan kepada kita.. macai-macai yang ada yang kononnya menyokong UMNO demi Bangsa dan Agama juga adalah satu pembohongan..

Mereka menyokong hanyalah untuk mendapat habuan bagi mengisi tembolok diri sendiri.. bukan aku kata tapi Muhyiddin yang kata..

Bacalah...

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pemimpin parti berhenti meneruskan budaya menabur kemewahan kepada pengikut.

Muhyiddin menyifatkan budaya tersebut yang dibawa oleh "kepala perang" (warlord) dalam Umno tersebut menyebabkan kos politik terlalu mahal.

"Kita perlu buktikan 'warlord' bukan sebahagian daripada budaya Umno. Kita menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut.

"Sehinggakan ada yang kata tak payah buat kerja dalam Umno. Yang perlu dibuat ialah kumpul kekayaan untuk tabur kemewahan kepada pengikut supaya mereka sentiasa setia. Keadaan ini menyebabkan kos politik menjadi semakin mahal," kata Muhyiddin semasa merasmikan pembukaan sayap parti tersebut malam ini.

Muhyiddin mengakui terdapat ramai 'warlord' dalam Umno yang beranggapan mereka berkuasa dan mampu mengugut pemimpin atasan parti dalam pilihan raya.

"Mereka ini amat berkuasa kerana mempunyai ramai pengikut setia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka.

"Dengan sokongan pengikut, 'warlord' akan menggugut pemimpin atasan parti untuk berikan apa sahaja yang mereka minta. Jika tak diberi, mereka akan sabo parti dalam pilihan raya," katanya.

Sekiranya budaya tersebut tidak dihalang, Muhyiddin bimbang Umno kelak dipenuhi pemimpin tidak berbolehan dan berkelulusan tetapi mereka yang memiliki wang sahaja.

"Yang tiada wang tidak boleh masuk politik. Walaupun ada bakat, ada kelulusan, ada kebolehan, mereka tak mampu untuk bergerak aktif dalam parti jika tiada wang.

"Saya bimbang, akhirnya nanti yang naik dalam parti adalah orang yang ada wang, bukan orang yang ada kebolehan. Orang kata 'money is everything in politics'. No money, no talk. Seolahnya, wang adalah kuasa, wang adalah segala-galanya," katanya.

Muhyiddin juga berkata perkara itu sebagai punca barah politik wang dalam Umno akan semakin membesar.

"Budaya ini akan menyebabkan politik wang berleluasa di dalam parti," katanya.

Beliau berkata, apabila berlaku keadaan begitu, Umno akan hilang kepercayaan daripada rakyat dan akhirnya menolak parti.

"Rakyat akan mula menuduh bermacam perkara yang tidak baik terhadap parti kita. Inilah punca masalah trust deficit atau defisit kepercayaan terhadap Umno.

"Jadi, ingatlah. Apa guna kita naik dalam hiraki parti, tetapi rakyat menolak parti kita kerana mereka tidak suka dengan imej dan sikap kita," katanya.

Dalam ucapannya lagi, Muhyiddin menggesa supaya budaya itu dihentikan segera sekiranya mahu melihat kelompok anak muda berminat untuk bersama Umno, jika tidak mereka bakal berdepan kehilangan sokongan hampir 60% pengundi yang terdiri daripada Gen Y itu.

"Untuk itu, kita perlu mempersiapkan Umno untuk menjadi parti masa hadapan, parti harapan umat Melayu, parti idaman generasi muda Melayu dan parti yang sesuai dengan dinamika politik nasional," katanya.

Muhyiddin berkata, penghalang antara Umno dan rakyat perlu dikurangkan dan dipecah melalui kerja sukarela, yang akan membawa mereka lebih dekat dengan akar umbi ~  



The Malaysian Insider

BAPA DURJANA : RAGAM GAMBAR ANAK GADIS MANDI BOGEL !!! Kita Bantai

Posted: 25 Nov 2014 10:00 PM PST

 
bogel

TAPAH – Sudahlah mencabul, seorang bapa bertindak mengugut untuk membunuh anak gadisnya jika perbuatan tidak bermoral itu dihebahkan kepada orang lain.

Lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian ke atas anaknya yang berusia 14 tahun sejak tahun lalu menyebabkan mangsa takut untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila isterinya menemui beberapa gambar anaknya dalam keadaan separuh bogel yang disimpan dalam telefon bimbit milik suspek pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah Superitendan Som Sak Din Keliaw berkata, pada mulanya anak kedua daripada tiga beradik itu enggan menceritakan perkara sebenar kepada ibunya kerana bimbang akan diapa-apakan oleh suspek.

Menurutnya, setelah didesak beberapa kali, mangsa menceritakan perkara sebenar sebelum membuat laporan polis bersama ibunya di Balai Polis Tapah, kelmarin.

"Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua memberitahu dia dicabul bapanya di sebuah kampung di kawasan Temoh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Pemakaian Pangkat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, disini, semalam.

Som Sak berkata, bapa mangsa turut mengulangi perbuatan terkutuk itu di beberapa kali di lokasi berlainan termasuk rumah mereka ketika ketiadaan ibunya.

Jelasnya, suspek juga mengambil gambar separuh bogel ketika mangsa mandi tanpa disedarinya menggunakan telefon bimbit.

"Perbuatan jijik suspek dikesan apabila ibu mangsa memeriksa telefon bimbit milik suaminya yang mengandungi gambar separuh bogel anaknya pada 12 November lalu sebelum membuat satu laporan polis kelmarin.

"Suspek telah ditahan semalam (kelmarin) bagi bantu siasatan manakala mangsa dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan.

"Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 354 serta 506 Kanun Keseksaan," katanya.
SH


 
Read more: http://www.kitabantai.info/2014/11/bapa-durjana-ragam-gambar-anak-gadis.html#ixzz3K8RNmTtC

" KHASIAT MOP RESTORAN MAMAK "

Posted: 25 Nov 2014 09:00 PM PST

 

PETALING JAYA: Kotor, jijik dan memualkan. Semestinya begitulah respon orang ramai yang sudah menonton video mengenai pekerja sebuah restoran menggunakan mop sama untuk mengelap lantai dan meja. Lebih teruk, dikatakan ianya meja tempat menebar roti canai.

Mustahil pekerja restoran tersebut tidak tahu fungsi mop, mustahil juga jika dia tidak tahu membezakan antara lantai dan meja? Lantai untuk dipijak, meja untuk dihidangkan makanan.

Bukanlah perkara baru jika kebersihan restoran-restoran mamak menjadi persoalan. Video ini buktinya. Namun, adalah tidak adil jika kita menganggap kesemua restoran mamak melakukan perkara serupa.

Apakah ini insiden terpencil bak kata "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?" Apapun, tidak salah untuk orang ramai lebih berhati-hati demi kesihatan masing-masing.

Apa yang jelas kelihatan di sini, pekerja restoran tersebut mengelap meja dan lantai menggunakan mop yang sama. Lebih teruk, rakan-rakan sekerjanya melihat perbuatan tersebut dan gayanya, tidak ada yang menegurnya. Mungkin juga, itu adalah perkara biasa bagi mereka!.

Lebih teruk, insiden berlaku ketika ada pelanggan di restoran tersebut. Malah, pekerja berkenaan bagaikan menyedari perbuatannya dilihat pelanggan.

Jika begitulah gayanya ketika ada pelanggan, bayangkan keadaan di dapur atau ketika tidak ada pelanggan di restoran berkenaan!.

Video tersebut yang kini sudah menjadi viral di media sosial dikatakan diambil di sebuah restoran mamak Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Sudahkah tuan punya restoran atau mana-mana pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan menonton klip video ini? Jika sudah, apakah tindakan mereka?. FMT

DUN SELANGOR - PEMBANGKANG TOLAK PERUNTUKAN ??

Posted: 25 Nov 2014 08:15 PM PST


Wang dalam Bajet adalah wang rakyat

MB Selangor Azmin Ali mencadangkan pemberian peruntukan RM200 ribu setahun kepada ADUN2 pembangkang, yakni UMNO.

Peruntukan sebanyak itu sama dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan BN dalam sesetengah negeri yang mereka perintah- kepada ADUN mereka. ADUN pembangkang- yilek.

Peruntukan yang ditempatkan dalam pejabat tanah dan daerah itu boleh diguna oleh adun2 dalam pelbagai perbelanjaan runcit keatas masyarakat- berian kepada rombongan( wanta UMNO suka pergi langkawi, ke Nilai, kemana mana bersantai dan membeli belah), berian untuk mengadakan majlis itu dan ini, pembelian pelbagai barang keperluan dan sebagainya.

Semua untuk rakyat kecuali wakil rakyat yang memalsukan tuntutan.

Beranikah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai oleh UMNO memberi peruntukan seperti itu kepada ahli parlimen dan adun pembangkang seperti yang diberi kepada ADUN mereka?

Tindakan Azmin amat saksama kerana wang yang diberi sebagai peruntukan itu bukanlah wang parti Pakatan- tapi wang rakyat. Jika jumlah nya tidak sama seperti peruntukan yang diberikan kepada ADUN Pakatan- sekurang kurang ada peruntukan untuk pembangkang.

Kita terima mesti ada perbezaan antara peruntukan untuk adun kerajaan dan adun pembangkang. Peraturan seperti ini kita boleh terima.

Rakyat tidak perlu khuatir sebab wang peruntukan tersebut bukan nya dimasukkan dalam akaun peribadi wakil rakyat tapi diserahkan kepada pejabat tanah dan daerah. Kecuali saya rasa di Sarawak dimana peruntukan dimasukkan kedlaam akaun peribadi.

Berani atau tidak kerajaan UMNO memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dalam negeri mereka? Tidak mengapa jika adun UMNO dapat RM600 ribu- kita hanya perlu RM240 ribu setahun.

Tidak mengapa ahli parlimen UMNO dapat RM2 juta setahun- kita hanya perlukan Rm1juta. Duit itu rakyat yang punya.
Wang rakyat bukan bapak UMNO yang punya.
Anak muda yang selalu dikuliahkan siapa beri biasiswa kamu dan siapa beri kemudahan itu dan ini- jangan kisahkan semua nya itu. Masing2 mempunyai hak keatas pendirian yang dipilih.

Kita tidak ada masaalah kepada orang2 yang berfikiran setelah menerima ehsan kerajaan mereka mahu menghamba-adbikan diri dan bersetia membabi buta.

Ini masaalah pokok penyokong pemerintah- hanya kerana mereka menyalurkan wang rakyat, mereka ingat mereka pemilik dan tuan dan kita ini kuli dan hamba.

Selalu kita dengan orang menyebut- jangan tanya apa pemerintah boleh beri kamu, tanya apa kamu boleh sumbangkan kepada kerajaan.

Perkara ini saya sudah ulas banyak kali. Bila kerajaan tanya jangan tanya apa pemerintah beri kamu- ini meletakkan kerajaan itu sebagai tuhan yang mesti dipuja dan dimuliakan agar memberi ehsan kepada hamba nya dan apa2 yang diberi adalah hasil belas ehsan yang mesti dibalasi dengan penghambaan diri.

Bila tanya apa sumbangan kamu kepada kerajaan- kerajaan seolah menjadi tuan dan pemilik keatas rakyat.
Anak muda yang bangun memberontak melakukan demikian, kerana gesaan memuja dan menghamba-abdikan diri bertentangan dengan piagam individu berjiwa meredeka.
Rakyat yang berjiwa merdeka tidak anggap kerajaan atau pemerintah sesuatu yang menghimpit atau menekan mereka dari atas. Pemerintah itu adalah wasilah atau jalan untuk mencapai kepentingan bersama.

Golongan yang cerah pemikiran hari ini bertanya- apakah yang mereka boleh capai melalui kerajaan untuk kepentingan bersama.
Bila pelajar dan golongan progresif lain menentang kerajaan- mereka mendedahkan perihal keberadaan golongan yang terpinggir yang tidak menikmati kesejahteraan bersama.
Mereka memberitahu bahawa peranan kerajaan yang diujudkan oleh persetujuan rakyat jangan dijadikan jentera menekan dan menindas rakyat.
Kerajaan yang memerintah sekarang memegang semua duit rakyat yang bayar cukai memang bertanggung jawab mengurus dan mentadbir wang rakyat.
Pihak pembangkang dan golongan yang menjaga conscience masyarakat memantau supaya wang rakyat dibelanjakan secara berhemah dan memantau supaya pemerintah jangan zalim dan mencabul hak rakyat. 
Jika mereka beri PTPTN atau bantuan lain, itu bukan wang diambil dari saku mereka sendiri- bahkan wang tersebut adalah dari cukai yang diambil dari rakyat.
Pelajar harus berterima kasih tapi mesti berdiri menentang salah laku dan rasuah dan pembulian keatas rakyat. 
Kalau kerajaan tidak cekap, korap, tidak adil, adalah menjadi tanggung jawab untuk semua warga negara yang conscientious, bangun bercakap. -sakmongkol
 
ULASAN GB

Dah dibagi RM200,000 tu dah kira baik daripada kerajaan yang negeri-negeri dikuasai UMNO BN yang lansung tak berikan walaupun sesen kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.

GB yakin dan percaya penolakan itu adalah "arahan" daripada pihak atasan UMNO yang sebenarnya rasa terhina dan malu kerana mereka selama ini tidak pernah dapat melakukan seperti kerajaan PR lakukan di Selangor.

Memang wajar mereka ditimpa kehinaan dan keaiban - demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan - sebagai balasan terhadap kealiman dan kekejaman mereka lakukan ke atas wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tidak berikan peruntukan samada di perinkat pusat atau negeri.

Bak kata sakmongkol....... Wang rakyat bukan bapak UMNO yang punya.





 
Tak mengapa YAB MB - kalau mereka tidak mahu, kita gunakan bagi bantuan kepada Anak Anak Sekolah yang keluarga kurang kemampuan, beri mereka bantuan buku teks - buku Ulangkaji dan Kamus yang sesuai dengan tingkatan mereka, jauh lebih bermafaat.

UMNO Tahap Terdesak ?

Posted: 25 Nov 2014 07:30 PM PST



Fahami maksud Muhyiddin, Pas bukan lagi musuh Umno

Posted: 25 Nov 2014 06:45 PM PST

 
MINDA PAGI                                                                                                     
Spekulasi bahawa Pas sedang menjalini hubungan dengan Umno sehingga memungkinkan wujud kerjasama politik tidak dapat disusuk selindungkan lagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin secara simbolik tetapi gampang untuk difahami.
Myhyiddin Yassin
Semasa berucap merasmi persidangan serentak Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi, Muhyiddin mengakui musuh Umno kini bukan lagi Pas tetapi liberalisme.
"Kalau dahulu kita cuma berhadapan dengan asakan Pas yang membuktikan siapa lebih Islam," katanya. Bagaimana pun menurutnya dalam realiti hari ini semakin ramai pihak yang cuba membuktikan siapa lebih liberal, bukan siapa lebih Islam.

Walaupun Muhyiddin tidak menjelaskan siapakah atau parti mana yang memperjuangkan liberalisme tetapi ia jelas ditundingkan kepada Pakatan Rakyat tanpa Pas iaitu DAP dan PKR.

Apa yang boleh difahami dengan pernyataan Muhyiddin itu, Umno tidak lagi takut dengan Pas yang menjadi saingannya selama ini tetapi apa yang digerumi ialah Pakatan Rakatan (tanpa Pas) yang cuba membawa konsep liberalisme dalam beberapa aspek kehidupan yang boleh menjejaskan Melayu dan agama Islam.

Mungkin Pas bagi Umno dan Muhyiddin sudah boleh dijinakkan dan tiada masalah lagi untuk diheret duduk bersama.

Pengakuan Muhyiddin itu membenarkan kebimbangan sesetengah orang dalam parti agama itu yang Umno kini sedang giat memasang jerat untuk menjerut leher Pas atas nama agama dan bangsa.

Perubahan dalam Pas sehinggakan Muhyiddin Yassin tidak perlu takut kepada Pas itu menunjukkan Pas menerima konsep Islam dibawa oleh Umno selama ini. Umno tidak mudah untuk akur kepada Pas berhubung kepercasyaan dan komitmennya kepada Islam, sebaliknya boleh berlaku kepada Pas.

Kewujudan kerjasama Umno - Pas sekurang-kurangnya peringkat asas dan permulaannya tertunjuk dengan apa yang berlaku di Kelantan. Penubuhan jawatankuasa teknikal mengenai Hukum Hudud memberi petanda wujud persefahaman Islam antara kedua buah parti. 
 
Bertolak dari itu, kelembutan Pas menerima konsep "wassatiyah" Umno membolehkan Muhyddin dan Umno tidak lagi menganggap Pas sebagai musuh. Pas kini sudah membuka pintu bilik utama rumahnya.
Selain daripada itu kekerapan beberapa pemimpin Pas berjumpa dengan pemimpin Umno baik secara rasmi atau tidak menjadikan hubungan mereka rapat. Bagaimana pun apa yang menjadikan pemimpin terpancing dan terpesona dengan Umno apabila Umno menjadikan soal bangsa dan agama sebagai umpan. 
 
Hubungan Muhyiddin dengan pemimpinan kanan Pas berlangsung sejak lama dulu, beliau juga diketahui ikut meraikan sebuah majlis pemimpin Pas.
Umno menerusi beberapa buah Ngo dan instrument tertentu telah menuba pemikiran sesetengah pemimpin Pas kononnya kedudukan Melayu kini terancam yang mana dengan keadaan itu menyebabkan agama Islam yang menjadi pegangan dan perjuangan Pas juga akan tercabar.

Tubaan itu mudah diterima oleh sesetengah pemimpin Pas yang kini berkedudukan seperti wakil rakyat dan sebagainya dengan harapan kalau berlaku kerjasama politik antara Pas dengan Umno mereka akan kekal dengan apa yang ada bahkan mungkin mendapat ganjaran lebih daripada sekarang.

Menterjemah segala inilah maka ada kebenarannya kalau Ngo bernama PasMa diwujudkan untuk menjadi benteng dan wadah bagai mempertahankan Pas agar tidak terjerut dalam jerat bingkas dipasang Umno. [wm.kl.8:19 am 26/11/14]


VIDEO : Wajib Tonton - Keajaipan Berlaku Di Gaza..... ALLAHUAKBAR

Posted: 25 Nov 2014 06:00 PM PST


ESSCOM : Zahid Hamidi Tempelak Nazri Aziz.......??

Posted: 25 Nov 2014 05:15 PM PST

 
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang mengatakan Sabah tidak selamat adalah keadaan sewaktu enam bulan atau setahun yang lalu.

Menurut Zahid, kenyataan oleh Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tersebut sudah jauh berbeza dengan keadaan sekarang kerana di Sabah kini dikawal oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Katanya, ESSCOM diketuai oleh seorang pegawai kanan polis dan selaku Menteri Dalam Negeri beliau telah menggazetkan untuk menjalankan perintah berkurung pada waktu-waktu tertentu.

"Dengan adanya perintah berkurung keadaan di kawasan ESSZONE bertambah selamat dan pelancong-pelancong daripada luar terutamanya dari China semakin ramai datang ke Sabah," kata Zahid di Lobi PWTC.

Tambah Zahid, beliau sendiri telah memaklumkan bahawa semakin ramai pelancong dari China datang kerana keyakinan yang bertambah terhadap kemampuan pihak pentadbiran ESSCOM dan tahap keselamatan di Sabah.

Beliau berkata: "Saya merasakan bahawa keadaan sudah bertambah baik dan saya akan menjemput Menteri Pelancongan dan Kebudayaan untuk bersama-sama dengan saya, tanpa pengawal peribadi beliau bagi melawat kawasan berkenaan.

Sebelum ini media portal melaporkan Nazri berpendapat Sabah tidak selamat dan "Tanpa pengawal peribadi, saya tak akan pergi ke timur Sabah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily, edisi online.

Malah, walaupun bawah perlindungan pengawal peribadi pun, beliau berkata tidak akan dapat tidur nyenyak ketika melawat negeri di Pulau Borneo itu.

Katanya, kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menunjukkan bahawa tempat itu tidak selamat.

Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik bersikap jujur terhadap perkara itu daripada menyembunyikannya. ~free malaysia today

VIDEO - Video!!!!!Mahathir Khianati Saya, TUNKU ABDUL RAHMAN MINTA MELAYU HAPUSKAN UMNO - Written By canang

Posted: 25 Nov 2014 04:30 PM PST



VIDEO - Nurul Izzah: Kalau Kita Tidak Berubah, Kita Akan Berhadapan Dengan Masa Depan Yang Miskin.

Posted: 25 Nov 2014 03:45 PM PST



  Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

3 PM terdahulu pasti terkejut lihat Umno sekarang

Posted: 25 Nov 2014 08:00 AM PST

 
 Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat andaian tiga perdana menteri Malaysia terdahulu akan terkejut menyaksikan keadaan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang yang banyak melibatkan ketirisan dan rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2014.
ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat andaian tiga perdana menteri Malaysia terdahulu akan terkejut menyaksikan keadaan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang yang banyak melibatkan ketirisan dan rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2014. 
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang tidak menolak tiga perdana menteri Malaysia terdahulu juga akan terkejut melihat keadaan Umno sekarang kerana tiada lagi toleransi agama dan rasuah berleluasa.

Lim mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang mempersoalkan "di mana silapnya kita" semasa konvensyen Umno Wilayah Persekutuan pada Ahad lalu.

"Kita hanya boleh membuat spekulasi. Tunku (Tunku Abdul Rahman) mungkin mengeluh mengenai kebangkitan politik kebencian, sikap tidak bertoleransi dan ketaksuban yang menyaksikan negara terjunam ke arah polarisasi kaum dan agama paling buruk dalam sejarah negara.

"Razak (Tun Abdul Razak) mungkin kesal dengan salah guna kuasa yang banyak oleh pihak yang memegang kuasa dan pemerintahan, yang gagal melihat perbezaan penting antara kerajaan, parti dan peribadi, menyebabkan hilang keupayaan memahami apa yang betul dan salah.

"Hussein (Tun Hussein Onn) pastinya mengeluh mengenai rasuah di peringkat atasan. Semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau berkeras membentangkan Kertas Putih Laporan Price Waterhouse Report pada tahun 1979 melibatkan skandal Bank Rakyat, yang melibatkan penyelewengan, salah urus dan penyalahgunaan amanah dan dana awam sebanyak RM65 juta," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Berbanding zaman dahulu, Lim berkata isu melibatkan ketirisan dan salah guna kuasa tidak lagi membimbangkan perdana menteri atau menteri kewangan walaupun ia melibatkan kerugian berbilion ringgit.

"Hussein pastinya terkejut apabila tiada Kertas Putih atau kenyataan kementerian terhadap skandal berbilion ringgit, sama ada melibatkan 1MDB (1Malaysia Development Berhad), Pembinaan PFI Sdn Bhd atau skandal PKFZ terbaru ini," kata Lim.

Hari ini, dua bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan pandangan mereka menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU)yang bermula hari ini.

Dr Mahathir menggesa supaya perwakilan menegur kepimpinan parti dan menyatakannya secara terbuka supaya landasan parti utama kaum Melayu tersebut tidak tersasar.

Sementara itu, Abdullah pula menggesa supaya perwakilan menjadi lebih proaktif dan tidak cenderung agresif seperti kebiasaan yang mereka lakukan dalam perhimpunan sebelumnya.

"Bilakah kali terakhir bahawa PAU mempunyai berita yang positif kepada masyarakat lain? Ia satu 'berita baik' untuk ke arah usaha membangunkan negara jika PAU tidak memberikan gambaran negatif kepada kaum lain.

"Adakah ini cara untuk Umno, menggunakan kata Abdullah,menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia?" katanya.

Lim juga berkata perhimpunan kali ini menjadi medan untuk Umno dilihat sama ada sebuah parti yang sederhana atau kekal ekstremis.

"Umno perlu jelas dan perhimpunan minggu ini peluang terakhir kepada Umno untuk menunjukkan mereka sama ada bersederhana atau ekstremis," katanya. – 25 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

3 PM terdahulu pasti terkejut lihat Umno sekarang

Posted: 25 Nov 2014 07:15 AM PST

 
 Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat andaian tiga perdana menteri Malaysia terdahulu akan terkejut menyaksikan keadaan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang yang banyak melibatkan ketirisan dan rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2014.
ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat andaian tiga perdana menteri Malaysia terdahulu akan terkejut menyaksikan keadaan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang yang banyak melibatkan ketirisan dan rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2014. 
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang tidak menolak tiga perdana menteri Malaysia terdahulu juga akan terkejut melihat keadaan Umno sekarang kerana tiada lagi toleransi agama dan rasuah berleluasa.

Lim mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang mempersoalkan "di mana silapnya kita" semasa konvensyen Umno Wilayah Persekutuan pada Ahad lalu.

"Kita hanya boleh membuat spekulasi. Tunku (Tunku Abdul Rahman) mungkin mengeluh mengenai kebangkitan politik kebencian, sikap tidak bertoleransi dan ketaksuban yang menyaksikan negara terjunam ke arah polarisasi kaum dan agama paling buruk dalam sejarah negara.

"Razak (Tun Abdul Razak) mungkin kesal dengan salah guna kuasa yang banyak oleh pihak yang memegang kuasa dan pemerintahan, yang gagal melihat perbezaan penting antara kerajaan, parti dan peribadi, menyebabkan hilang keupayaan memahami apa yang betul dan salah.

"Hussein (Tun Hussein Onn) pastinya mengeluh mengenai rasuah di peringkat atasan. Semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau berkeras membentangkan Kertas Putih Laporan Price Waterhouse Report pada tahun 1979 melibatkan skandal Bank Rakyat, yang melibatkan penyelewengan, salah urus dan penyalahgunaan amanah dan dana awam sebanyak RM65 juta," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Berbanding zaman dahulu, Lim berkata isu melibatkan ketirisan dan salah guna kuasa tidak lagi membimbangkan perdana menteri atau menteri kewangan walaupun ia melibatkan kerugian berbilion ringgit.

"Hussein pastinya terkejut apabila tiada Kertas Putih atau kenyataan kementerian terhadap skandal berbilion ringgit, sama ada melibatkan 1MDB (1Malaysia Development Berhad), Pembinaan PFI Sdn Bhd atau skandal PKFZ terbaru ini," kata Lim.

Hari ini, dua bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan pandangan mereka menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU)yang bermula hari ini.

Dr Mahathir menggesa supaya perwakilan menegur kepimpinan parti dan menyatakannya secara terbuka supaya landasan parti utama kaum Melayu tersebut tidak tersasar.

Sementara itu, Abdullah pula menggesa supaya perwakilan menjadi lebih proaktif dan tidak cenderung agresif seperti kebiasaan yang mereka lakukan dalam perhimpunan sebelumnya.

"Bilakah kali terakhir bahawa PAU mempunyai berita yang positif kepada masyarakat lain? Ia satu 'berita baik' untuk ke arah usaha membangunkan negara jika PAU tidak memberikan gambaran negatif kepada kaum lain.

"Adakah ini cara untuk Umno, menggunakan kata Abdullah,menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia?" katanya.

Lim juga berkata perhimpunan kali ini menjadi medan untuk Umno dilihat sama ada sebuah parti yang sederhana atau kekal ekstremis.

"Umno perlu jelas dan perhimpunan minggu ini peluang terakhir kepada Umno untuk menunjukkan mereka sama ada bersederhana atau ekstremis," katanya. – 25 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Hantu Momok: Kalau Umno jatuh, Melayu dibangsatkan, kata Najib

Posted: 25 Nov 2014 06:30 AM PST

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan perwakilan Umno hari ini tiada jalan lain membela kaum Melayu melainkan parti Melayu itu dipulihkan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Ahmad Puad Zarkashi, presiden Umno itu menyifatkan jentera Umno hari ini masih pasif walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih setahun sudah berlalu.

"Isu politik yang beliau bangkitkan ialah jentera Umno masih dingin, lembab dan tidak bergerak. "Ini adalah satu teguran yang amat berani daripada presiden parti di hadapan pimpinan Umno iaitu beliau tidak berpuas hati sudah setahun berlalu.

"Seperti mana beliau sebut, Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan. Itu ayat dia.

Apatah lagi dia kata agama tidak akan terpelihara jika Umno kecundang," kata Ahmad Puad kepada pemberita di luar Dewan Merdeka.

Najib hari ini mengadakan perjumpaan tertutup selama lebih dua jam bersama perwakilan Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Antara amanat yang disampaikan adalah Umno perlu merubah corak pertambahan ahlinya dengan memperkenalkan sistem pendaftaran undi secara automatik.

Puad berkata, amaran Najib dalam mengenengahkan kecundangan Umno sehingga menjadikan kaum Melayu sebagai bangsat perlu dijadikan faktor ketakutan Umno pada masa ini.

Katanya, peringatan Najib itu sudah sampai ke kemuncaknya apabila menggunakan analogi yang begitu mendalam bagi memotivasikan ahli Umno.

"Dia kata faktor ketakutan ini amat penting bagi Umno. Maksudnya, Umno perlu ada faktor ketakutan, iaitu jika Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan. "Pada saya, presiden parti tadi seolah-olah sudah ke siling peringatannya.

Maksudnya, dia dah puas cakap agaknya. Maka ayat yang digunakan tadi cukup keras. Saya tidak pernah dengar presiden parti berkata sedemikian," katanya.

Bekas ahli Parlimen Batu Pahat itu juga melihat seruan Najib agar pendaftaran ahli Umno dilakukan secara atas talian sebagai peringatan tiada sekatan dilakukan ke atas mana-mana ahli baru.

"Bila presiden parti mengumumkan penerimaan ahli secara atas talian serta merta akan dilaksanakan, saya rasa dia mengambil pendirian yang tegas.

"Jangan sama sekali menyekat golongan bijak pandai, profesional dari menyertai Umno kerana borang mereka kadang-kadang hilang," katanya.

"Perubahan ini seharusnya menjadi wajib, bukan kepada presiden parti saja tetapi pada yang lain terutama ketua bahagian.

"Mereka bertanggungjawab kerana kekuatan Umno berada di cawangan, cawangan dalam bahagian. Ketua bahagian mempunyai tanggungjawab melakukannya semua," katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Umno perlu melakukan transformasi agar perjuangan parti itu dapat diterima setiap lapisan masyarakat dan menimbulkan kesedaran ia juga berjuang untuk bangsa, agama dan raja.

"Masa depan parti kita bukan saja untuk ahli Umno, tetapi kita sedar dan insaf jika kita tak lakukan untuk parti, bangsa, agama dan raja akan jadi mangsa. "Itu merupakan agenda yang perlu diperhebatkan lagi.

Lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh dengan cabaran," katanya. Hishammuddin berkata, dalam keadaan begini, penting bagi Umno mengorak langkah memikirkan kedudukan orang Melayu dalam segala segi.

"Orang tak boleh marah kerana ini perjuangan parti," katanya. Katanya, amanat Najib hari ini menjadi penyuntik semangat kepada perwakilan apabila kembali ke bahagian masing-masing dengan satu azam melihat masa depan parti.



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Mangsa Samun : PASANGAN WARGA EMAS MATI DITETAK

Posted: 25 Nov 2014 05:45 AM PST

 

PASANGAN WARGA EMAS MATI DITETAK

Sepasang suami isteri ditemui mati di ruang tamu rumah di Taman Desa Bidara, di sini, tengah hari ini selepas mereka dipercayai menjadi mangsa samun.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa Zahari Yahya dan Salmah Hussin, masing-masing berusia 60 tahun, dijumpai mati disyaki akibat kecederaan parah di leher dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam.

Difahamkan, mayat pasangan pesara Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Klinik Kesihatan Kuala Ketil terbabit ditemui dalam keadaan terlentang oleh anaknya yang pulang untuk makan tengah hari di rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, siasatan mendapati kedua-dua mangsa maut disebabkan beberapa tetakan di belakang leher dengan menggunakan senjata tajam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Lantak Hangpa

[Untold Stories] Dari Mulut TGHH Sendiri:

Posted: 25 Nov 2014 05:00 AM PST

 Pembongkaran Yang Terungkap [ARTIKEL WAJIB BACA!] hijabulcrewz Konspirasi New World Order ke atas negara-negara di seluruh dunia?

Apa yang dimaksudkan dengan golongan Mutasahilun dan Mutasyaddidun? Kisah Sister in Islam yang belum pernah diceritakan?

Adakah bumi nusantara dan bangsa Melayu adalah pencetus kebangkitan Islam akhir zaman? MH370 dan MH17 adalah kemalangan "terancang"? Ketakutan Amerika Syarikat kepada PAS yang disembunyikan?

Lee Kuan Yew berjumpa dengan TGHH? Isu DAP Sarawak yang keluar PR? Isu PASMA? Dan banyak lagi akan didedahkan dalam artikel ini. Jom selami pemikiran dan sudut pandang Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Artikel ini saya kelaskan dalam kategori, ARTIKEL WAJIB BACA! USRAH ANAK BERANAK BERSAMA AYAH CHIK Asal perancangannya kami jemput Dato Husain Awang sebagai naqib usrah gabungan guru MDQ kali ini.

Selain dari Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, beliau juga pemangku jawatan-jawatan arwah Ustaz Harun Taib di Terengganu termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah MDQ.

Malangnya Dato Husain tidak dapat bersama kami. Usrah terpaksa ditangguh kerana kami tak dapat mencari pengganti. Kecewa sungguh usrah kali ini dibatalkan.

Kami benar-benar ketandusan sentuhan tarbiah setelah pelbagai isu-isu mencabar akidah yang timbul mutakhir ini.

Tidak cukup sekadar pencerahan minda menerusi wacana dan ceramah sahaja. Kami juga perlukan kekuatan ukhuwwah dan aura rohani dari mereka.

Usrah yang diasaskan oleh Imam AlBanna sangat berkesan bagi abnaul harakah mengecas kembali tenaga spiritual mereka di samping merasai kemanisan iman kepadaNya. "Susah-susah sangat test jemput Ayah Chik la."

Kata seorang sahabat semasa kami bersembang mengenai usrah di bilik guru.

Saya ketawa kecil. Takkan nak jemput Timbalan Ketua Ulama Dunia baru hari ini untuk usrah esok.

Sudah tentu komitmennya terlalu padat. Tambah pula dalam pengetahuanku beliau masih berada di KL untuk perbahasan Bajet 2015.

Usai solat Isyak saya terserempak dengan Yusof, anak Ayah Chik. Untuk buat modal bersembang, saya saja bertanya adakah Ayah Chik ada di rumah atau tidak.

"Ada, baru balik maghrib tadi." Jawab Yusof. Wow! Ini sudah bagus. Terus saya sampaikan hasrat jabatan tarbiah untuk berusrah dengannya walaupun sebenarnya saya tidak menaruh harapan yang tinggi kerana peluang mendapatkannya amat tipis.

Biasanya untuk urusan sebegitu perlu melalui PA khas sekurang-kurangnya awal sebulan. Lewat 11 malam baru dapat jawapan. Ayah Chik setuju berjumpa kami. Alangkah gembiranya hati.

Memang saya tidak pernah dapat kesempatan sebegini lagi sejak Ramadhan lepas. Esoknya saya terus maklumkan pada pihak atasan MDQ untuk menyusun perjalanan berikutnya.

Ayah Chik datang tepat jam 11 seperti yang dijanjikan. Beliau memang terkenal dengan ketepatan masanya. Kami pernah dimarahi beliau sewaktu di Syria dulu, kerana lewat membawanya berjumpa dengan wakil Hamas seperti yang mereka janjikan.

Selepas aluan dari Mudir, Ayah Chik terus memulakan perkongsiannya dengan bacaan ayat 217 dari surah alBaqarah: - وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا Dan musuh-musuh Islam itu sentiasa memerangi kamu sehinggalah mereka berjaya memalingkan kamu dari agamamu jika mereka mampu.

Ayah Chik menegaskan bahawa pertembungan umat Islam dengan musuh akan berlaku sampai hari kiamat. Islam tidak akan sunyi dari pembenci dan pendengki.

Matlamat utama kumpulan musuh adalah untuk memalingkan umat Islam dari ajaran Islam itu sendiri kerana kekuatan Islam adalah terletak pada ajarannya, bukan pada ramainya umat Islam atau kayanya negara Islam.

"Maka antara sasaran utama musuh Islam adalah pusat-pusat pengajian Islam yang menjadi sumber ajaran Islam.

Mereka mengatur berbagai strategi untuk melemahkan pendidikan Islam." Ujar Ayah Chik penuh khusyuk. Antara pusat pendidikan utama Islam adalah Universiti al-Azhar di Mesir yang ditubuhkan sejak zaman Abbasiyah.

Waktu itu Mesir dikuasai oleh kumpulan Fatimiyyah. Graduannya dari serata dunia menjadi pemimpin kebangkitan Islam di negara masing-masing. Sudah semestinya perkara ini amat dikhuatiri musuh.

"Dengan menggunakan kuasa politik, al-Azhar cuba dimandulkan. Bermula tahun 50an silibus al Azhar mula diubah. Dimasukkan subjek perkauman arab dan dibuang beberapa cabang Ilmu Islam.

Peperiksaan al-Azhar turut dikacau. Pelajar diluluskan seramai yang mungkin sehingga yang tidak jawab apa-apa pun boleh lulus. Tujuannya supaya kualiti graduan dipandang rendah oleh masyarakat.

Pensyarahnya pula dilantik dari berbagai latarbelakang dan pemikiran termasuk orientalis. Syeikhul Azhar juga dipilih oleh kerajaan, yang sebelum itu dipilih oleh pihak Azhar sendiri." Tambahnya lagi.

"Tuan Guru Nik Aziz pernah bercerita pada saya, sewaktu beliau menuntut di al-Azhar dahulu, ada seorang syeikh yang mengajar ilmu tasauf bermula sebelum waktu Asar sehingga masuk waktu maghrib. Mereka langsung tidak berhenti solat Asar!"

Cerita Ayah Chik diselangi dengan ketawa kecil. Begitu juga di Mekah dan Madinah.

Sejak zaman sahabat dahulu lagi kedua bumi ini terkenal dengan serambi ilmu. Setiap sudut masjid dipenuhi pengajian ilmu.

"Halaqah-halaqah agama wujud di setiap tiang masjid. Ulama dari pelbagai kepakaran dan bangsa mencurah mutiara yang tak ternilai harganya. Universiti tak rasmi itu telah melahirkan tidak terkira ramainya pendakwah serata dunia."

Katanya. Kami hanya mendengar dan mengangguk. Saya teringat Ayah Chik pernah cerita dia sendiri diberi peluang oleh mufti Saudi, Abdul Aziz bin Baz untuk mengajar di Masjid Nabawi.

Waktu itu zaman Raja Faisal. Namun setelah Raja Faisal dibunuh, barat mula campur tangan pentadbiran Saudi. Halaqah agama dimatikan.

Ramai khatib dan imam yang digam. Khutbah diarahkan mengikut teks yang disediakan sahaja selepas di periksa oleh barua barat. Tidak sedikit khatib yang dipecat kerana tidak mahu tunduk kepada sekatan tersebut.

"Dr Hassan Al-Touhami, bekas Setiausaha Agung OIC pernah mendedahkan perkara ini dalam sebuah persidangan.

Beliau merujuk kepada kertas kerja dari PM Israel yang bocor tentang projek menghapuskan pendidikan Islam ini." Terang Ayah Chik.

Nampak gayanya beliau sudah mula bercerita soal politik antarabangsa, yang sememangnya menjadi kepakarannya.

Projek ini sebenarnya adalah ranting kepada sebuah grand design yang diisytiharkan oleh George Bush, bekas Presiden Amerika yang dikenali sebagai New World Order (NWO).

"NWO ialah rancangan menyatukan dunia dengan sebuah tamadun sahaja menerusi tamadun barat.

Mereka menggerakkan idea globalisasi atas nama langkah kemajuan di negara-negara lain termasuk negara umat Islam."

Tiada lagi tamadun china, tamadun India, parsi, Islam dan sebagainya. Matamatnya adalah satu; menguasai dunia!

"Kerana itulah kita melihat hari ini ideologi kiri sudahpun hancur termasuk di negara bekas komunis sendiri.

Rusia, Vietnam dan China telah mengamalkan konsep ekonomi terbuka bawaan barat walaupun mereka masih menyatakan pegangan terhadap ideologi sosialis."

"Namun setelah lama menjalankan agenda tersebut ke atas umat Islam, mereka mengakui bahawa ajaran Islam sangat kuat. Ia gagal dilenyapkan.

Apa yang boleh dilakukan hanya sekadar mengganggu kemaraan Islam. Lalu mereka mengambil langkah menggunakan kelemahan Islam melalui dua golongan; Mutasahilun dan Mutasyaddidun."

Muka Ayah Chik semakin serius. Mutasahilun ialah golongan yang bermudah-mudah dengan ajaran Islam.

Kelemahan itu menyebabkan mereka mula diresapi ideologi songsang tentang Islam seperti Islam liberal, Islam demokrat, pluralisme agama dan sebagainya.

Mereka golongan umat Islam yang hanya menerima sebahagian ajaran Islam yang mudah dan diterima akal manakala sebahagian lain dipinggirkan.

Mutasyaddidun pula golongan yang ekstrim. Mereka terlalu sayangkan Islam tetapi tidak faham Islam.

Kejahilan mereka terus dipergunakan untuk memberi rupa buruk terhadap Islam di mata masyarakat dunia. Mereka diajar jihad tanpa feqh.

Mereka golongan gelojoh untuk memartabatkan Islam. "Menang hari ini, esok terus nak jalankan hudud. Kalau ada orang mencuri, mereka akan tangkap sendiri dan terus potong tangan tanpa mengikut syarat-syarat dan prosedur sepatutnya."

Jelas Ayah Chik. Kedua golongan ini dibiayai secara halus oleh barat. Mungkin mereka sendiri tidak sedar siapa yang biaya mereka.

Barat amat perlukan kedua kumpulan ini supaya Islam yang tulen tenggelam. Pertembungan Islam sesama Islam akan terus berlaku jika umat Islam masih tidak menyedari perkara ini. Disinilah pentingnya ajaran Islam dipelajari mengikut manhajnya yang sebenar.

Ayah Chik membacakan sepotong Firman Ilahi: فلو لا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين Perlu ada satu kumpulan dari kalangan umat Islam yang keluar memahami agama. Allah sebut lafaz tafaqquh, dengan maksud faham bukan sekadar taallum iaitu belajar.

Bukan semua orang belajar itu faham. Disamping itu Islam juga mengajar bahawa setiap yang baik itu adalah milik umat Islam.

"Sabda Rasulullah SAW: الحكمة ضالة المؤمن حيثما وجدها فهو أحق بها Kebijaksanaan itu adalah milik umat Islam. Di mana saja dia menjumpainya maka dialah yang lebih berhak untuk mengambilnya. Justeru itu umat Islam tidak perlu bercukup dengan ilmu wahyu.

Mana-mana ilmu yang memberi manfaat walaupun untuk dunia sahaja perlu didalami sebaiknya.

Malangnya manusia ini dijadikan tuhan tidak mampu mempelajari semua ilmu sekaligus.

Dari sinilah diperkenalkan ilmu secara kolektif. Setiap orang mendalami bidang-bidang tertentu dan mereka sentiasa berkumpul melontarkan kepakaran masing-masing seperti kumpulan usrah dan sebagainya.

Namun begitu ilmu teras kepada semua perlu dimiliki oleh setiap orang Islam iaitu ilmu Fardu Ain. Tidak kira dibidang manapun mereka ceburi, mereka perlu tahu asas berkait ilmu agama dari aspek akidah, feqah dan akhlak."

"PAS menyedari sejak lama usaha jahat menggagalkan pendidikan Islam ini. Kerana itulah ulama kita banyak menubuhkan institusi-institusi pendidikan baru di Malaysia sekembalinya dari Timur Tengah. Kebanyakan pad awalnya menggunakan manhaj asal al-Azhar seperti MDQ, KUDQI dan KIDU.

Selain itu PAS mengambil pendekatan membenarkan orangnya masuk ke dalam sektor kerajaan bagi mengawal sistem pendidikan Islam agar tidak terjejas teruk."

Katanya lagi. Tidak dinafikan Malaysia juga menerima tempias globalisasi dalam dunia pendidikan.

Mujurlah langkah yang diambil itu sedikit sebanyak berjaya menjaga keaslian Islam jika dibandingkan di negara-negara Islam lain. Institusi pendidikan PAS turut diganggu oleh musuh.

Penghantaran pelajar ke Timur Tengah disekat terutama di Al-Azhar melalui hubungan G2G. Sijilnya tidak diiktiraf oleh kerajaan tempatan.

"Oleh kerana itulah, perjuangan di medan ilmu juga mereka salah satu cabang jihad Fisabilillah yang penting bagi Islam."

Tegas Ayah Chik mengakhiri penjelasannya. Kami warga pendidik lega mendengarkannya. Walaupun canarannya besar, perkongsiannya telah menyuntik semangat untuk kami terus berbakti di medan yang mulia ini. Tiba sesi soal jawab pula.

Saya beri peluang dahulu orang lain untuk bertanya. Tangan saya tekun mencatat pelbagai fakta spontan yang Ayah Chik kemukakan. Ulama itu terlalu sarat dengan mutiara yang tak mampu saya kutip semuanya.

Nama dan tahun diingatinya satu persatu persis sebuah ensiklopedia. Lima soalan pertama dikumpul berkait dengan SIS, PasMa, sejarah MDQ, masa depan Islam di Asia dan cabaran Islam di Sarawak.

Saya perhatikan Ayah Chik mencatat soalan dan point jawapan yang agak banyak. "Semangat Ayah Chik kali ni." Getus hati saya.

Biasanya dalam program separa rasmi sebegini beliau hanya dengar dan jawab spontan. Tapi kali ini tekun menulis. Panjang pula tu. Tentu jawapannya juga panjang. Agakan saya tepat. Sesi soal jawab lebih panjang dari sesi pertama.

Benar-benar menghilangkan dahaga kejahilan kami selama ini. Untuk artikel penuh di:- http://hijabulcrewz.blogspot.com/2014/11/untold-stories-dari-mulut-tghh-sendiri.html -



tranungkite-


Penjenayah Bodoh Tersilap Curi Beg..

Posted: 25 Nov 2014 04:15 AM PST


ANGGOTA Polis forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Nibong Tebal: Seorang ahli perniagaan menempuh detik cemas apabila dua penyamun bersenjatakan parang dan besi memecahkan cermin keretanya ketika dia berhenti di persimpangan lampu isyarat Bukit Tambun, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun hanya mampu berdiam diri selepas penjenayah mengacukan parang ke arahnya.

Menurut sumber, mangsa sebelum itu mengeluarkan wang RM20,000 di sebuah bank berhampiran lokasi kejadian.

"Penjenayah dipercayai mengekorinya namun mereka tersalah mengambil beg yang hanya mengandungi dokumen miliknya di tempat duduk belakang.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat, di sini," katanya.



Penjawat awam terima bonus pada 18 Disember - Kita Bantai

Posted: 25 Nov 2014 03:15 AM PST

 
Mohamed Azmin Ali

SHAH ALAM - Penjawat awam di Selangor bakal menikmati bonus sebanyak setengah bulan gaji pada 18 Disember depan.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, pemberian bonus akhir tahun itu dilakukan bagi membantu penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan  anak-anak.

"Sebuah kerajaan yang efisyen dan kuat adalah hasil daripada sinergi dan usaha sama pentadbiran awam.

"Pemberian bonus ini dilakukan atas sumbangan mereka (penjawat awam) dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Selangor 2015 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, pemberian bonus tersebut dibuat bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang mengurus dan membantu menyelaras pelbagai sektor pentadbiran dan pembangunan di negeri tersebut.


 

Teguran Panas Mahathir Tehadap Umno Yang Semakin Busuk ??

Posted: 25 Nov 2014 02:30 AM PST

 1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir insya-ALLAH! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2. Sebagai orang tua dan orang tua Umno pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.

3. Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan.


4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli Umno?

6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap Umno sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

7. Umno hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.

8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.

9. Oleh itu yang dapat masuk Umno hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.

10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.

11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan.

Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan Umno untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk Umno. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.

12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam Umno. "Umno saya punya." "Bahagian ini saya punya."

13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa Umno menyertai parti lain. Maka akan merosotlah Umno dan akan hilanglah parti keramat ini.

14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.

15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.

16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputera dan Umno. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.

17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan Umno akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.

18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.

19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.

20. Selamat Bersidang Umno. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh ALLAH SWT.


Tun Dr Mahathir Mohamad

Posted by Jeebond BLM

63 tahun: Gilap kembali saduran emas sejarah PAS

Posted: 25 Nov 2014 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menyeru kepada seluruh pendukung gerakan Islam negeri itu untuk meningkatkan momentum perjuangan dan memperkukuhkan istiqamah di dalam jiwa.

"Kita perlu kembalikan semangat juang anak Perak, selari dengan kefahaman dan disiplin sebagai ahli gerakan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Gerakan Islam PAS bermula dengan penubuhan Hizbul Muslimin pada Mac 1948 melalui perhimpunan ribuan ulama tanah air di Gunung Semanggol Perak yang mana sejarahnya terpahat kuat di lembaran sejarah gerakan Islam.

Tambahnya, Perak juga merupakan negeri pertama yang melahirkan kemenangan satu kerusi parlimen buat PAS, melalui kaedah demokrasi pilihan raya.

Kemunculan Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang merupakan tokoh pejuang Perak, turut menyumbang saham banyak dalam percaturan kemenangan gerakan Islam PAS, ujarnya.

"Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 kali ini Perak sebagai tuan rumah bagi mengangkat semula PAS Perak serta menggilap kembali saduran emas sejarah PAS. Gunung Semanggol menjadi saksi bahawa PAS itu bermula di sini," katanya lagi.

Kini, kata beliau PAS sudah bertapak di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Johor yang sudah mempunyai 4 kerusi Dun sementara Perak perlu ke hadapan dalam melakar kemenangan ini.
"Dengan lukisan potret sejarah yang halus, Perak perlu menyelak kembali tirai yang menutupnya," ujarnya.

Justeru, beliau menyeru agar gerak dan hebahkan supaya pimpinan, ahli, pendukung serta penyokong di semua peringkat dapat turun memeriahkan Sambutan Ulang Tahun PAS Pusat ke-63 peringkat negeri pada 29 November dan peringkat kebangsaan pada 30 November di Padang Kompleks PAS Bukit Chandan, Kuala Kangsar. -  


HARAKAHDAILY 25/11/2014

BUKAN SENANG NAK BAGI RAKYAT SELESA.......

Posted: 25 Nov 2014 01:00 AM PST

BUKAN SENANG NAK BAGI RAKYAT SELESA SEJAK DARI ZAMAN DULUKALA LAGI.PEMIMPIN YG BERJUANG UNTUK KEBAIKAN TENTU BANYAK COBAAN DUGAAN DAN CABARAN. DI MALAYSIA NI KALAU NAK HIDUP SENANG JADI PENYANGAK KOMPOM UMNO X GANGU.....MMG BETUL LA KATA TAMRIM GAFAR  SEMASA BELIAU DALAM UMNO CERAMAH MACAMANA PUN UMNO X GANGU,,,,TAPI BILA KELUAR UMNO JOIN PR CERAMAH SIKIT DAH KENA SEKAT......INILAH UMNO ULAMA DI HINA PENYAMUN DAN PERASUAH DI SANJUNG SANJUNG..............

SEJAK DARI ZAMAN DULUKALA LAGI.PEMIMPIN YG BERJUANG UNTUK KEBAIKAN TENTU BANYAK COBAAN DUGAAN DAN CABARAN.


DI MALAYSIA NI KALAU NAK HIDUP SENANG JADI PENYANGAK
KOMPOM UMNO TAK GANGGU.....


MEMANG BETUL LA KATA TAMRIN GAFAR

SEMASA BELIAU DALAM UMNO CERAMAH MACAMANA PUN UMNO X GANGU,,,,


TAPI BILA KELUAR UMNO JOIN PR CERAMAH SIKIT DAH KENA SEKAT......

INILAH UMNO ULAMA DI HINA PENYAMUN DAN PERASUAH DI SANJUNG SANJUNG..............
 

Shafie Ngah timbalan speaker baru DUN S'gor

Posted: 25 Nov 2014 12:15 AM PST

 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Dr Mohd Shafie Ngah dilantik sebagai timbalan speaker DUN Selangor yang baru.

ADUN PAS itu dilantik menduduki jawatan itu selepas mendapat undian sebanyak 28 undi.

Mohd Shafie dilantik sebagai timbalan speaker selepas namanya dicalonkan oleh ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

"Dengan ini saya sukacita memasyhurkan Tuan Shafie Ngah dipilih sebagai timbalan speaker," kata Speaker Dewan Hannah Yeoh.

Selain Mohd Shafie, turut dicalonkan sebagai timbalan speker ialah ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lin.

Ng dicalonkan oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kinrara Ng Sze Han.

Bagaimanapun, pemimpin DAP itu itu hanya mendapat 14 undi.

Pemilihan timbalan speaker yang baru dibuat susulan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatannya kerana dilantik sebagai exco kerajaan negeri yang baru.

Sebelum sesi undian dijalankan, Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias memberitahu dewan negeri bahawa semua ADUN BN tidak mahu mengambil bahagian dalam sesi pemilihan itu.

"Berkenaan pemilihan ini, semua ADUN daripada BN tidak mahu mengambil bahagian," katanya yang juga ADUN Sungai Burong.

Selepas itu, Hannah yang juga ADUN Subang Jaya berkata terpulang kepada mereka sama ada untuk mengambil bahagian atau tidak. 
 
 
Malaysiakini 

Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014, Mahathir Dedah Keburukkan UMNO!!

Posted: 24 Nov 2014 11:30 PM PST

 
Aku yakin pandangan ataupun kritikan secara terbuka oleh Tun Mahathir terhadap UMNO yang mendedahkan pekung sebenar UMNO kini ini akan mencetuskan perasaan sakit hati dalam diri macai-macai..

Biarpun apa yang Tun Mahathir coretkan ini adalah benar, namun atas dasar 'Menjilat Untuk Cari Makan', kenyataannya ini akan ditentang mereka..

Penulisannya ini sesuai dibaca oleh golongan yang baru belajar hendak menjadi 'Macai' dengan ucapan bila dah baca tu jangan biarkan diri anda terus diperbodohkan oleh pemimpin UMNO..

Bacalah!!

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir insya-ALLAH! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2. Sebagai orang tua dan orang tua Umno pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.

3. Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan.

4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli Umno?

6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap Umno sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

7. Umno hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.

8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.

9. Oleh itu yang dapat masuk Umno hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.

10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.

11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan.

Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan Umno untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk Umno. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.

12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam Umno. "Umno saya punya." "Bahagian ini saya punya."

13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa Umno menyertai parti lain. Maka akan merosotlah Umno dan akan hilanglah parti keramat ini.

14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.

15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.

16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputera dan Umno. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.

17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan Umno akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.

18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.

19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.

20. Selamat Bersidang Umno. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh ALLAH SWT.


Tun Dr Mahathir Mohamad


Anak Sungai Derhaka

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT