Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Pengguna keliru, senaraikan barang sudah dikenakan GST

Posted: 23 Nov 2014 08:45 PM PST


Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang juga dikenali sebagai VAT atau cukai nilai tambah di kebanyakan negara adalah cukai penggunaan pelbagai peringkat ke atas barangan dan perkhidmatan.
GST dikenakan ke atas pembekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rangkaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncitan daripada pengagihan.


Walaupun GST dikenakan di setiap peringkat rangkaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana GST yang dibayar ke atas input perniagaan boleh dituntut.

"Kita dapati ada sesetengah perkhidmatan sudah dikenakan cukai perkhidmatan atau GST sebelum masuk tahun baru 2015," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, antara perkhidmatan yang sudah lama dikenakan cukai perkhidmatan ialah bil telefon dan juga beberapa francais makanan segera.

"Kita juga dapati kawasan parkir di lapangan terbang Miri juga dikenakan GST seperti mengenakan cukai perkhidmatan bil telefon sebelum tiba masanya," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Miri.

Katanya, kebanyakan pengguna terutama yang tinggal di luar bandar masih lagi keliru dan kurang faham dengan GST yang akan dikenakan pada 1 April 2015 nanti.

Beliau menambah, GST bukan saja membebankan pengguna tetapi ianya juga akan memberi kesan kepada pengguna yang berpendapatan kecil yang terpaksa menanggung kos barangan yang mereka gunakan.

Katanya lagi, kebanyakan syarikat perniagaan sudah mengenakan GST atau cukai perkhidmatan kepada pengguna tanpa disedari.

 
 Justeru, ujarnya adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan menerangkan kepada pengguna apa sebenarnya GST dan kesannya kepada pengguna.

"Kita menggesa pihak kerajaan menyenaraikan barangan yang sudah dikenakan GST dan juga yang akan dikenakan pada 1 April 2015 nanti supaya pengguna tidak keliru dengan GST yang sebenarnya," katanya.

Menurutnya, memandangkan banyak subsidi sudah dimansuhkan termasuk subsidi petrol, maka sewajarnya caj GST yang dikenakan kepada pengguna perlu dikaji semula agar ianya tidak membebankan pengguna kerana pengguna tidak dapat menuntut balik pembelanjaan mereka dari Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti para peniaga yang mendaftar dengan GST.

Sehubungan itu, kata beliau kerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengkaji semula GST dengan caj yang berpatutan supaya ianya tidak membebankan rakyat yang menghadapi inflasi sekarang amat dihargai. - HARAKAHDAILY 24/11/2014

 

Soal Jawab Harga Minyak: Harga Petrol Sepatutnya RM1.90 Seliter Sekarang

Posted: 23 Nov 2014 08:00 PM PST

 Saya ditanya oleh wartawan mengenai kaedah sebenar memastikan harga petrol dan diesel yang ditetapkan tidak memangsakan rakyat.

Berikut adalah cadanga saya yang saya akan angkat ke Pakatan Rakyat untuk kita perjuangkan. Mohon sebarkan supaya kita dapat kembalikan sistem subsidi dan pastikan #turunhargaminyak

SOALAN SATU:

Apa akan terjadi sekiranya harga minyak mentah melambung?

Apabila harga petrol dan diesel diapungkan sepenuhnya mengikut harga minyak mentah di pasaran dunia, harga petrol dan diesel juga akan mengikut turun naik di pasaran dunia.

Pada ketika ini harganya berada pada paras USD80 setong dan oleh kerana BN telah menaikkan harga petrol dan diesel hingga mencecah RM2.30 (petrol) dan RM2.20 (diesel), maka harga sebenarnya yang dikenakan oleh syarikat minyak seperti PETRONAS, SHELL dan lain-lain sebenarnya lebih murah dari itu.

Jadi pada harga minyak mentah di paras USD80 setong, jika diapungkan mengikut harga pasaran, harga petrol dan diesel lebih murah beberapa sen dari harga sekarang.

Tetapi sekiranya harga minyak mentah kembali naik, harga pasaran yang dikenakan oleh syarikat minyak seperti PETRONAS, SHELL dan lain-lain akan melebihi RM2.30 seliter, maka rakyat terpaksa menanggung kos petrol dan diesel yang lebih tinggi.

Penarikan subsidi maknanya kerajaan mengabaikan terus tanggungjawab mengurangkan beban rakyat dengan melindungi rakyat dari ketidaktentuan harga di pasaran antarabangsa.

Sebab itu saya tetap menegaskan bahawa ada caranya yang mana subsidi boleh dikekalkan tanpa membebankan negara, pada masa yang sama melindungi rakyat.

Saya berpendapat kerajaan sepatutnya menetapkan jumlah subsidi setiap liter yang tetap, contohnya 30 sen setiap liter bagi petrol dan diesel. Mengambil kira jumlah penggunaan petrol dan diesel setiap tahun iaitu 15 bilion liter petrol setiap tahun dan 10 bilion liter diesel setiap tahun, jumlah subsidi yang perlu diperuntukkan setiap tahun ialah [30 sen X (15b + 10b)] = RM7.5 bilion sahaja.

Jumlah ini tidak mahal berbanding dengan segala perbelanjaan lain, contohnya hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion, bayaran faedah dari hutang kerajaan sebanyak RM25 bilion setahun dan lain-lain.

Jika subsidi ditetapkan dengan cara ini:

- rakyat akan tetap menikmati harga petrol dan diesel yang murah walaupun masih tertakluk kepada perubahan harga minyak mentah dunia

- kos menyediakan subsidi itu tidak terlalu tinggi dan kerajaan boleh merancang lebih baik kerana telah menetapkan subsidi tetap setiap liter, bukannya berubah-ubah

Oleh itu, jika diambil dengan harga minyak mentah sekarang iaitu USD80 setong, harga pasaran yang dikenakan oleh syarikat minyak ialah RM2.25 seliter bagi petrol.

Jika kerajaan mengambil kaedah memberi subsidi 30 sen seliter bagi petrol, harga petrol sepatutnya hanya RM1.95 seliter.

Sebab itu saya membangkang tindakan kerajaan ini kerana ia memangsakan rakyat dan bakal menyusahkan rakyat apabila harga minyak mentah naik kelak.

SOALAN DUA:
 

Apakah mekanisme menetapkan harga yang diumumkan kerajaan itu tepat?

Mekanisme akan mengambil kira harga purata minyak mentah di pasaran dunia mengikut bulan, kemudian ini akan menetapkan harga bagi bulan yang seterusnya. Malah harga itu akan tetap dikawal dan ditentukan oleh kerajaan, cuma kerajaan tidak memberi subsidi.

Ini juga tidak adil kepada rakyat kerana bila diambil purata bulanan, turun naik itu mungkin tidak memberi sebarang perubahan besar sedangkan ada minggu yang harga turun.

Sebab itu kalau kerajaan betul-betul mahu menggunakan harga pasaran, maka gunakanlah harga pasaran sepenuhnya.

Saya telah bagi cadangan bagaimana ini boleh dilaksanakan iaitu:

1) tetapkan jumlah subsidi setiap liter yang diberikan, contohnya 30 sen setiap liter seperti yang saya terangkan di atas

2) berdasarkan harga minyak mentah minggu di pasaran dunia, tetapkan harga siling yang boleh dikenakan oleh syarikat minyak pada setiap minggu. Syarikat-syarikat ini boleh mengenakan harga yang lebih murah untuk mendapat lebih ramai pelanggan tetapi tertakluk kepada harga siling

3) Harga yang dibayar oleh rakyat adalah harga yang dikenakan syarikat minyak ditolak subsidi yang diberikan oleh kerajaan

4) Contoh: pada harga minyak mentah USD80 setong, kerajaan menetapkan harga siling RM2.25 seliter bagi petrol. PETRONAS tetapkan harga RM2.20 seliter dan SHELL RM2.23 seliter.


Pengguna yang membeli di PETRONAS akan membayar RM1.90 seliter kerana kerajaan memberi subsidi 30 sen.


This entry was posted in Blog by rafiziramli.


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa supaya perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad...

Posted: 23 Nov 2014 07:15 PM PST

Undang² ni memang pelik, sepatutnya orang yang buat laporan tentang penyelewengan tu dipertahankan. 

Badan yang menyeleweng tu perlu disiasat. Ni dah terbalik dah... Lain la kalau tuduhan itu terhadap individu, pengadu perlu tunjukkan bukti dan saksi terlebih dahulu. 

Dalam kes mejar Zaidi Ahmad Tudm II ni dia dah tunjuk bukti yg Spr Dakwat Tak Kekal.
Kes Mejar Zaidi: Keputusan peguam mohon mahkamah dibubar
23 November 2014.


KUALA LUMPUR: Perkembangan terakhir agak mengejut dan mahkamah dijangka akan memberi keputusan Pihak Berkuasa Sidang tentang permohonan peguam Mejar Zaidi supaya mahkamah dibubarkan setelah dijumpai komen berkenaan kes ini dalam laman berita Malaysiakini.


Komen tersebut dikatakan dibuat oleh seorang anggota panel penghakiman dan berbunyi, "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je".

Bersih 2.0 sudah membuat kenyataan media menggesa siasatan menyeluruh dijalankan tentang kemungkinan prejudis dalam panel penghakiman (lihat http://www.bersih.org/bersih-2-0-gesa-siasat-dakwaan-hakim…/).

"Kami masih mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah menunjukkan kesetiaannya terhadap rakyat dan negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis supaya siasatan dibuat terhadap isu dakwat kekal," ujar Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.

Aduan itu tidak mendedahkan apa-apa perkara yang menjejaskan keselamatan negara.
Perlu ditekankan lagi, kata Bersih 2.0 bukan imej institusi tentera yang tercemar tetapi imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun badan tersebut masih tidak dipertanggungjawabkan atas kegagalan dakwat kekal pada PRU13, sebaliknya Mejar Zaidi yang berprinsip atas kebenaran pula yang dihakimi.

Perbicaraan bersambung esok di Kompleks Mahkamah Tentera (TUDM) Pangkalan Udara KL, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

www.bersih.org

Jawatan Dalam UMNO Bukan Milik Abadi Satu Keturunan...Zahid Hamidi Sindir Siapa Ni?

Posted: 23 Nov 2014 06:30 PM PST

 Setiap kali menjelang Perhimpunan Agung UMNO, para pemimpin UMNO berebut-rebut menonjolkan diri supaya diri mereka dilihat sebagai hero.

Macam-macam cara yang dilakukan, ada yang bercakap soal Melayu terancam, Islam bakal tergugat, berkaitan kepimpinan, masalah dalam parti, isu dalam kerajaan dan pelbagai lagi.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula 25 hingga 29 November ini, perkara yang sama sedang diulang-tayang sekali lagi untuk tontotan seluruh umat Melayu negara ini.

Di mana-mana sekarang ini, asal saja ada peluang, masing-masing cuba menonjolkan kehebatan, keberanian dan kerelevanan mereka sebagai pemimpin dengan menyentuh pelbagai isu untuk menarik perhatian ramai.

Itulah UMNO sebenarnya. Sebelum perhimpunan dan ketika perhimpunan, merekalah perjuang paling hebat di sekalian alam jagat raya ini.

Tiadalah yang lebih hebat daripada mereka dalam soal menjaga alam, bumi, Melayu dan Islam di dunia ini, tetapi selepas perhimpunan berakhir, bak kata pelawak Nabil...lu fikirlah sendiri!!

Tetapi dalam ramai-ramai pemimpin yang cuba menonjolkan diri kali ini, apa yang dilakukan oleh Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi, paling menarik menarik dan berbeza sekali.

Sebagai penyandang jawatan Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi, Ahmad Zahid kali ini bercakap topik yang lain daripada Melayu dan Islam. Beliau bercakap soal kepimpinan dan masa depan UMNO.

Menurut Ahmad Zahid, jawatan dalam UMNO bukan milik selamanya mana-mana keturunan, sebaliknya peluang harus diberi kepada golongan muda mengambil alih tanggungjawab tersebut.

Kita bukanlah "warlord" yang menganggap jawatan dalam parti itu kepunyaan kita dan harus dimiliki oleh keturunan kita saja, tambah Ahli Parlimen Bagan Datoh itu lagi.

Sejujurnya, sesiapa pun bersetuju dengan pandangan Ahmad Zahid itu, terutama dalam konteks semakin ramainya golongan muda menjauhi UMNO ketika ini.

Hanya dengan memberi ruang yang lebih luas dan terbuka kepada golongan muda dan menerima hakikatnya perlunya peremajaan dalam UMNO, barulah boleh diyakini UMNO dilihat "masih mempunyai cahaya di hujung terowongnya".

Cumanya, dalam Ahmad Zahid bercakap soal pentingnya memberi peluang kepada golongan muda dan peremajaan dalam UMNO, kenapa pula beliau menyentuh mengenai jawatan dalam UMNO ini bukan milik selama-lamanya satu keturunan saja? Kenapa hanya sekarang beliau bercakap soal jawatan dan keturunan ini? Siapa yang disindirnya?

Adakah beliau melihat kepimpinan Najib Razak yang lemah dan semakin ditolak sekarang ini kerana beliau merupakan keturunan daripada Tun Abdul Razak?

Adakah Ahmad Zahid juga cuba menyampaikan mesej kepada ahli-ahli UMNO seluruh negara bahawa seorang lagi pemimpin yang berada dalam barisan kanan sekarang iaitu Hishammuddin Hussein juga naik dan berada dalam kedudukannya sekarang adalah kerana darah keturunan Tun Hussein Onn yang mengalir dalam tubuhnya?

Dalam konteks yang lebih tersirat, adakah Ahmad Zahid cuba mengingatkan Najib bahawa jika mahu UMNO terus relevan, janganlah sesekali cuba mewariskan jawatan Presiden UMNO ini kepada Hishammuddin yang merupakan sepupunya itu sebagaimana yang heboh diperkatakan sekarang?

Sudah menjadi percakapan umum sekarang ini bahawa Najib dikatakan sedang merencana untuk menyerahkan kepimpinan UMNO kepada Hishammuddin sekiranya terus memenangi pilihanraya umum akan datang.

Berdasarkan bahawa Muhyiddin sudah berusia 68 tahun dan Ahmad Zahid pula berumur 62 tahun dan sebaya dengan Najib, Hishammuddin barangkali mempunyai kelebihan dan kesesuaian jika faktor umur diambilkira.

Namun, sebagai penyandang jawatan Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi dua kali berturut-turut yang menunjukkan popularitinya, Ahmad Zahid mungkin merasakan kelebihan itu seharusnya berpihak kepadanya, bukannya Hishammuddin. Adakah Ahmad Zahid sedang cuba menonjolkan dirinya sekarang ini?

Apakah juga reaksi Zahid yang jelas menyindir Najib dan Hishammuddin ini merupakan "buih-buih" permulaan yang bakal bertukar menjadi "ombak" dan "gelombang" dalam merubah kepimpinan UMNO sebelum PRU 14 akan datang?

Kalau dalam menyingkirkan Pak Lah dulu, Muhyiddin muncul sebagai hero dengan mencetuskan desakan pengunduran segera, mungkinkah kali ini Ahmad Zahid pula tampil sebagai wiranya?


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN


Harga Minyak: Khairy belasah Chegu Bard rupanya...

Posted: 23 Nov 2014 05:45 PM PST


Tentu ramai pengguna-pengguna WhatsApp yang dah terima satu mesej tentan harga minyak yang didakwa sebagai "Ini Fakta" mengenai harga minyak yang sebenarnya..

Dalam beberapa Group WhatsApp yang tersebar 'Ini fakta' itu aku pertikaikannya kerana pengiraan itu adalah berdasarkan 'Crude Oil' ataupun minyak mentah.

Bila aku tanya yang mengirim mesej itu, siapa punya pengiraan ni, buat malu saja.. jawabnya diapun tak tahu sebab dicopy dari Group lain katanya.

Pengiraan tersebut tidak mengambil kira kos Produk, Alpha, Kos Operasi, Margin keuntungan Syarikat pengeluar minyak, Margin keuntungan untuk Stesyen Minyak dan juga cukai jualan yang dikenakan Kerajaan..

Jadi tak bolehlah kita buat pengiraan dengan mengambil harga 1 Barrel 'Crude Oil' kemudian dibahagikan dengan 159, sebab 1 Barrel bersamaan dengan 159 Liter.. kemudian kita kata itu harganya..

Lagipun buat masa ini tak ada lagi dalam dunia ni kenderaan yang boleh digerakkan dengan menggunakan 'Crude Oil' sebagai bahan bakarnya..

Aku rasa Khairy pun dapat mesej tu.. sebab tu dia menjawab..di bawah ni jawapan Khairy..

SHAH ALAM - Lantaran kemunculan ramai pakar ekonomi mi segera yang tidak memahami cara mengira harga petrol, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini melalui laman Facebooknya menjelaskan perkara itu.
Khairy berkata, ramai pengguna laman Facebook yang hanya tahu berkongsi sesuatu perkara terutamanya mengenai teori kenaikan harga minyak ini tanpa mengambil kira fakta dan kesahihan maklumat tersebut.

"Contoh pakar mi segera seperti gambar di bawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata "ini fakta..."

Saya juga yakin ramai yang membaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. "Mesti mamat ni betul." "Logik juga dia tulis."
"Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dan lain-lain.," katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, fakta yang dibawa oleh 'pakar ekonomi' itu adalah tidak betul.

"Kalau beliau konfiden dengan 'fakta' beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.

"Mungkin di sini ada yang nak tulis, "OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni." katanya lagi .

Untuk itu Khairy berkata, harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM dan beliau menunjukkan cara pengiraannya.

Untuk menguatkan lagi hujahnya Khairy berkata 'pakar ekonomi' atau mana-mana pihak boleh merujuk penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Kita guna formula di atas, purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemungkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.

"Kesimpulannya, semak semua 'fakta' dulu. Jangan cepat share. Think first," tulisnya lapor Sinar Harian

Betullah apa yang Khairy tulis tu.. dan dalam masa yang sama beliau juga mendedahkan tembelang Barisan Nasional mengenai subsidi harga minyak ni..

RON95 dijual dalam negara ini dengan harga RM2.30 dengan subsidi oleh Kerajaan sebanyak 28 Sen bagi setiap Liter..

Padahal harganya bukanlah lagi RM2.58/Liter tapi dah tinggal RM2.27 sahaja... selama ini kita dah ditipu Barisan Nasional rupanya..

Berbalik kepada mesej yang tersebar dalam WhatsApp tu.. rupa-rupanya ia berasal dari Facebook CheguBard.. Patutlah Khairy tak lepas peluang untuk membelasah..



 

Gembira Kutip Kerang, Tiba-tiba Jadi Cemas.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 23 Nov 2014 05:33 PM PST

 
Kegembiraan orang ramai mengutip kerang bertukar cemas apabila seorang pemuda berusia 20-an nyaris lemas di pantai Rhu Dua, semalam.
Kegembiraan orang ramai mengutip kerang bertukar cemas apabila seorang pemuda berusia 20-an nyaris lemas di pantai Rhu Dua, semalam.

MARANG – Kegembiraan orang ramai yang datang bertali-arus untuk mengutip kerang di sekitar kawasan Pantai Rhu Dua, di sini, bertukar cemas apabila seorang pemuda berusia 20-an nyaris lemas, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa dikatakan asyik mengutip kerang hingga dihanyutkan ombak ke tengah laut sebelum orang ramai membantu dengan menarik mangsa ke darat.

Saksi kejadian, Syamsudin Idris, 37, berkata, dia pada mulanya bimbang berikutan terdapat terlalu ramai orang di kawasan berkenaan, malah ada yang berani pergi lebih jauh dari pantai walaupun keadaan ombak besar.

Menurutnya yang menetap di Bukit Payong, kebimbangan itu nyata bersebab apabila seorang pemuda dihanyutkan ombak ke tengah laut ketika mengutip kerang, tidak jauh dari tempat dia berada.

"Mangsa meminta bantuan rakan yang berada berdekatan, namun dia gagal ditarik ke darat. Seketika kemudian, mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang berenang ke arahnya dan menariknya ke darat," katanya. Kegembiraan orang ramai mengutip kerang bertukar cemas apabila seorang pemuda berusia 20-an nyaris lemas di pantai Rhu Dua, semalam.

Sementara itu, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang serta dua anggota EMRS (perubatan kecemasan) diketuai ketua operasinya, PB Shokry Mohamed tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 11.28 pagi.

Menurut Shokry, mangsa berada dalam keadaan baik selepas diselamatkan orang ramai dan dibawa ke Klinik Kesihatan Marang untuk rawatan lanjut.

Justeru katanya, kejadian itu wajar dijadikan iktibar agar orang ramai lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti air, malah menghentikan segera aktiviti mengutip kerang kerana keadaan ombak kuat tidak sesuai untuk jalankan sebarang aktiviti di laut.

"Tambahan sekarang musim tengkujuh, cuaca sukar diramal dan ombak kuat boleh menyebabkan insiden sama  berulang sekiranya orang ramai masih berdegil untuk melakukan aktiviti sedemikian," katanya.

Kelmarin, beribu-ribu kerang ditemui di sepanjang Pantai Rusila hingga Rhu Dua termasuk Pantai Pulau Kekabu, di sini, selepas solat Jumaat menyebabkan orang ramai memenuhi kawasan berkenaan untuk mengutip kerang.

Penduduk menyifatkan, keadaan itu dipercayai berlaku selepas berakhirnya hujan lebat dan ribut yang melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu. (SH).


Ibnu Hasyim

VIDEO - Pegawai Kastam Di KLIA Terdedah Kepada Gejala "RASUAH"

Posted: 23 Nov 2014 05:00 PM PST



Hanya Bumiputera layak dikecualikan bayar hutang PTPTN Dicatat oleh ustazcyber

Posted: 23 Nov 2014 04:15 PM PST

Satu gabungan kumpulan hak Melayu hari ini menggesa Putrajaya mempertimbangkan supaya hanya Bumiputera layak mendapat pengecualian daripada membayar balik pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mereka berkata, pada waktu ini majoriti peminjam PTPTN yang dikecualikan daripada membayar balik hutang mereka ialah orang Cina, dan ini boleh menimbulkan kemarahan kaum Bumiputera.

"Kerajaan Malaysia mesti mengambil tindakan segera ke atas fenomena ini di mana ramai bukan Bumiputera yang dikecualikan 100% dari membayar balik PTPTN, berbanding Bumiputera," menurut kumpulan itu dalam satu memorandum dinamakan Memorandum Perpaduan Negara....lagi

"Pada masa sama, kerajaan Malaysia perlu mengkaji sebab mengapa prestasi akademik pelajar Bumiputera semakin menurun, berbanding dengan bukan Bumiputera," kata mereka di dalam memorandum itu yang dirangka hari ini selepas satu sesi perbincangan.

Memorandum itu digubal satu jawatankuasa terdiri dari beberapa kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu, diketuai Ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Menurut memorandum itu, dalam konteks ini, kerajaan Malaysia perlu mengkaji sama ada pengecualian PTPTN perlu diberi kepada Bumiputera sahaja, selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sistem PTPTN sedia ada membenarkan semua peminjam yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama dengan kepujian dikecualikan dari membayar balik pinjaman, tanpa mengira bangsa.

Tetapi memorandum itu memberi amaran yang kebangkitan bilangan pelajar Cina yang menikmati pengecualian bayaran balik boleh menjejaskan perpaduan negara.

Mereka berkata, pada 2011, seramai 8,818 pelajar Cina dikecualikan dari membayar balik pinjaman PTPTN berbanding 2,347 Melayu dan 456 India.

"Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan bijak, ia boleh menyebabkan pelajar Bumiputera marah terhadap PTPTN dan kerajaan Malaysia.

"Pada masa sama, isu ini berpotensi menimbulkan kemarahan pelajar Bumiputera terhadap pelajar bukan Bumiputera."

Memorandum itu juga mendakwa lebih ramai bukan Bumiputera berjaya mendapat ijazah kelas pertama dengan kepujian dibandingkan dengan Bumiputera kerana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) lebih "lembut" dan ada "agenda tersembunyi."

"Pertama, bagaimana dan kenapa pelajar Bumiputera tidak mampu bersaing dengan pelajar bukan Bumiputera?

"Kedua, adakah tindakan PTPTN disebabkan sistem pemarkahan dan kurikulum IPTS yang lebih lembut, sehinggakan ramai bukan Bumiputera mendapat ijazah kelas pertama dengan kepujian, dan mereka tidak perlu membayar balik hutang PTPTN?

"Ketiga, bukankah pelajar Bumiputera di IPTS dan IPT awam mereka yang paling cemerlang antara yang cemerlang?

Keempat, adakah terdapat agenda tersembunyi pihak tertentu dalam IPTS menyebabkan ramai bukan Bumiputera mendapat pengecualian PTPTN?"

Memorandum tersebut dibahaskan lebih 300 wakil NGO Melayu pada Konvensyen Perpaduan Negara di Kuala Lumpur hari ini sebelum diluluskan petang ini.

Kumpulan itu berhasrat menyerahkan memorandum itu kepada kerajaan, Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja. – 23 November, 2014.TMI

Ustazcyber.com.


Kenyataan Rasis Dari Ibrahim Ali ?

Posted: 23 Nov 2014 03:44 PM PST

Putrajaya must abolish all vernacular schools as they are impeding national unity, and instead replace them with single-stream schools, a coalition of Malay rights groups said today.

Abolish Chinese schools, silence 'radical' Dong Zong, Malay groups tell Putrajaya They said in their National Unity Memorandum today that Putrajaya could silence any "radical" education groups that opposed such a move, like Dong Zong, through the threat of de-registration.

"This firmness is needed because the multiple streams of schools that have existed all this while are not conducive to efforts to promote and strengthen national unity in Malaysia," read the memorandum, which was drafted by a committee chaired by Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali.

"If the proposal to abolish SKJC and SKJT is opposed by organisations like Dong Zong, the Malaysian government must review these organisations, and issue a show-cause letter asking why their registration should not be revoked.

"In other words, it is time the Malaysian government acts firmly against any radical education group that opposes efforts to promote national unity, including Dong Zong and its ilk."

The memorandum urged the government to also explain to the public Dong Zong's links to "Suqiu", a Chinese, "ultra-chauvinist movement" which had come up with 83 demands from Putrajaya in 1999.
It said Putrajaya could not bow to any pressure from non-Bumiputera aducation activists.

"(Vernacular schools) go against the goal to turn the country's education system into a mechanism to create national unity among Malaysia's multiracial youth.

"This is why the system is said to create racial, religious and cultural polarisation, and threatens national unity," read the memorandum.

The memorandum was debated among over 300 Malay NGOs at the National Unity Convention in Kuala Lumpur today, before it was approved later in the evening.


The groups intend to send the National Unity Memorandum to the government, the Yang DiPertuan Agong and the Council of Rulers.

However, in an interview published in Mingguan Malaysia today, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said Umno could not call for the abolishment of vernacular schools if it wished to win the support of Chinese voters.

"It is simply not possible to gain support from the Chinese community if we are also seeking to close Chinese vernacular schools in the same breath," he said. – November 23, 2014.


The Malaysia Insider

Buat Muhyiddin: Umno parah menanti rebah? Oleh Anuar Mohd Nor

Posted: 23 Nov 2014 08:00 AM PST


Buat Muhyiddin: Umno parah menanti rebah? Umno kritikal dan sekiranya tidak berubah akan di ubah.

Umno hanya menang majoriti kecil dan hilang undi popular – ibarat telur di hujung tanduk – Umno gagal berbahasa dengan anak muda dan mungkin akan kalah PRU 14. Kenyataan yang ditulis di atas adalah pengukuhan gambaran kedudukan Umno di mata timbalan presiden Umno dan juga timbalan perdana menteri.

Pandangan beliau dalam Utusan Malaysia boleh di baca di sini. http://www.utusan.com.my/rencana/bangkit-atau-terima-padah-muhyiddin-1.27648 Benar, Tan Sri – sejak keputusan PRU12 lagi, Umno sudah tahu Umno akan memasuki zaman edan.

Setelah PRU12 dan keputusan PRU13, Umno/Barisan Nasional tidak menampakkan sebarang peningkatan malah kemelesetan dalam sokongan rakyat terhadap Umno/BN.

Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno mengulangi apa yang diketahui – kedudukan Umno di mata rakyat dan arah perjalanan Umno yang semakin berdepan dengan erosi sokongan.

Banyak alasan ketewasan relatif Umno/BN dalam PRU12 dan PRU13 di utarakan. Antara lain yang disebut adalah kegagalan mengurus persepsi dan membentuk persepsi.

Media alternatif adalah punca kekalahan maka langkah drastik seterusnya untuk mendominasi kehadiran dalam media sosial dan alternatif.

Maka Umno menggalakkan lebih ramai partisipasi kalangan ahli untuk menubuhkan laman web dan terjun dalam media alternatif dan sosial untuk menangani dominasi pembangkang dalam sektor ini.

Kita tidak perlu berkias – semua ada peruntukkan – kalau bukan Umno yang membayar, wang poket politikus dalam Umno – kepimpinan tertinggi dan separa tinggi akan menyempurnakan peruntukkan. Berpuluh konvensyen di adakah bagi tujuan ini – media sosial dan peruntukkan berterbangan dalam memastikan dominasi ini berjaya.



Namun mereka bergerak dengan haluan masing-masing, cara masing-masing, semua timbul – menghentam pembangkang – masuk dalam alam maya untuk diiktiraf sebagai pejuang Umno. 

Hentam sana – hentam sini – pendedahan – skandal kepimpinan – usaha membantai giat dengan berbagai-bagai laman wujud dengan harapan menjadi laman No 1 dengan peruntukkan tahap VVIP dikeluarkan.

Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini, Muhyiddin masih gusar melihat perkembangan Umno dan beliau sendiri mengakui kejayaan masih amat jauh lagi. Umno masih dalam keadaan kritikal dan Umno secara jujur menunggu rebah.

Ini semua kerana kepimpinan Umno dan ahli Umno masih tidak lagi faham kedudukan sebenarnya dan masih lagi tidak mengerti cara mana untuk meningkatkan kembali sokongan terhadap Umno.

Kita terjun dalam media alternatif – tanpa haluan – tanpa tahu bagaimana memanfaatkan segala yang diperuntukkan dan lebih-lebih lagi peneraju laman – laman sosial tidak berjiwa dalam melakukan kerja-kerja tersebut.

Bila Umno menggalakkan penyertaan dalam media sosial, ahli Umno dan penyokong Umno merempuh masuk dalam media alternatif, mereka terjun – tetapi akhirnya lemas dalam apa yang mereka lakukan.

Umno tidak ada perencanaan tepat – tidak ada yang memastikan gerak kerja media sosial sepadan dengan gerakan pembangkang yang akhirnya nampak berjaya.

Umno – masih tersepit dalam gerakan membentuk persepsi dan menangani persepsi.

Mereka yang dilantik menerajui perencanaan media sosial tidak faham dan masih alpa dalam apa yang mahu dilakukan.

Cuba Muhyiddin fikirkan keadaan dan hipotesis berikut : Asas keluputan sebarang tindakan yang diambil adalah kerana kepimpinan sendiri tidak keluar dari kepompong dan hanya mendengar dari sekeliling mereka yang tidak faham dan tidak pernah ada pengalaman kecuali menjadi ahli politik dalam Umno untuk tujuan politik dengan budaya ortodoks politik dalam Umno.

Umno tidak pernah ada usaha untuk mengkaji secara terperinci – apa yang berlaku dalam senario kejayaan pembangkang dan tidak memahami langkah-langkah membentuk propaganda dan menangani propaganda pihak pembangkang.

Media sosial kita semua seakan mahu bertindak seperti media arus perdana yang tidak akan mendapat sokongan rakyat baik pembangkang mahupun mereka yang tidak berparti.

Media sosial Umno lemah – tidak terarah dan tidak ada kepimpinan luaran melainkan politikus dalam Umno yang mentadbir sehingga mereka hanya berseronok membaca apa yang ada tetapi tidak memikirkan impak kepada pembaca dan sama ada dapat mendominasi pemikiran pembaca.

Media sosial yang separa matang dan tidak dapat merumuskan arah yang mahu dicapai melainkan seronok dalam sirkulasi sendiri.

Umno perlu fikirkan semula dalam keadaan kita masih punyai waktu menjelang PRU14 – adakah sebenarnya 100% media sosial dapat diharap untuk membentuk persepsi baru, menjajah minda rakyat dan pembaca serta melakukan perubahan dalam senario politik negara?

Apa pula dengan penyentuhan secara terus dengan rakyat – kumpulan kecil dan pelajar. Adakah sentuhan hanya melalui media sosial tanpa membawa ia ke realiti yang ada.

Umno dalam melihat sesuatu senario akan membuat kesimpulan ringkas – seperti penyertaan golongan muda, lalu berusaha memasukkan golongan muda dalam membantu meremajakan Umno.

Adakah pernah kita fikir dalam pembangkang – golongan muda yang dikatakan wujud sebenarnya membawa aspirasi dan pemikiran golongan atasan – idea dan gambaran yang dibentuk kepimpinan politik mereka.

Adakah kita melakukan yang serupa? Adakah pernah kita fikir, apa yang ada pada golongan muda dalam daerah politik pembangkang adalah aspirasi dan pembentukan pemikiran yang diasaskan kepimpinan politik mereka dan mereka membawa idea ini untuk menjajah minda golongan remaja yang ada.

Umno gagal kerana Umno tidak pernah faham apa yang sebenarnya berlaku dalam sirkulasi pembangkang – bagaimana mereka membentuk dan menanam benih-benih baru untuk menjajah minda yang ada dengan konsep politik baru. Mereka memupuk dengan kemas gerakan asal bukan Umno. Mereka merangkum idea partisipasi yang ada dengan gerakan perjuangan rakyat.

Gerakan reformasi adalah bertenaga dan mereka kurang dengan gerakan menyentuh rakyat dengan hanya menghadirkan diri pada program berkhatan semata-mata. Umno gagal kerana Umno hanya mendengar mereka yang tidak tahu tetapi bijak dalam menyampai yang baik pada senario yang tidak baik kepada pihak atasan. Umno terikat kepada suara politikus berkepentingan – tidak menyeluruh dalam memahami situasi dan tidak bertindak mengikut situasi.

Kekurangan dalam memahami kehendak hari ini – kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengatasi kemelut dan isu yang timbul gagal dilaksanakan.

Mungkin Muhyiddin perlu sendiri melihat apa yang sebenarnya berlaku – mendengar dan menggerakkan, kerana dalam Umno – yang lain hanya menunggu – mendengar lagu lapuk cara dan bagaimana mahu bertindak – masih terkurung dalam minda ortodoks dalam melakukan perubahan.

Jelas, kenyataan dan apa yang dikatakan Muhyiddin dalam wawancara dengan Utusan Malaysia menunjukkan Umno masih terkebil-kebil dalam mencari-cari jawapan kepada erosi sokongan terhadap Umno.

Mungkin Muhyiddin perlu cari jawapan di luar kongkongan minda politikus Umno itu sendiri.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Ingatkan KM Makan Rasuah....Rupanya Hanya Kerana Parking Saja ??

Posted: 23 Nov 2014 07:30 AM PST

Gambar kereta Guan Eng parking di lorong basikal 

cetus viral

Gambar kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang diparkir secara haram mencetuskan viral di laman sosial.

Kenderaan rasmi beliau yang bernombor pendaftaran PG1 dilihat dipakir di lorong basikal berhadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

Laporan mengenai kesalahan meletakkan kenderaan di lokasi larangan itu dibuat di laman Facebook Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Watch.

Di laman sosial Facebook, ramai yang memberikan maklum balas terhadap gambar kereta Setiausaha Agung DAP itu yang kini tersebar secara meluas.

Ada di antara menulis komen sinis dengan mengatakan siapa yang mahu mematuhi undang-undang sekiranya ketua menteri sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik.

Sebelum ini, Guan Eng juga pernah dikritik kerana isu yang sama, dan gambar keretanya turut dimuatnaik dalam laman sosial Facebook.

Gambar yang dimuat naik pada Ogos tahun lalu itu menunjukkan kereta berkenaan diparkir di tepi jalan yang terang-terang terpapar papan tanda 'Zon kunci' berhampiran Lebuh Campbell.

Namun, Guan Eng pada ketika itu membalas kritikan tersebut dan menjelaskan pemandunya berada di dalam kereta berkenaan sambil menunggu beliau bertemu dengan beberapa tetamu dari Hong Kong dan wartawan di kedai kopi berhampiran ~ AntaraPos

Najib bagi mesej untuk singkir Muhyiddin?

Posted: 23 Nov 2014 06:45 AM PST

 
MAKRIFAT MALAM
Hubungan adik beradik sepupu mengeratkan mereka. 
Kalau tidak silap sudah dua kali Najib Razak menyarankan agar Umno memberi laluan kepada orang muda untuk memimpin parti Umno.
Pertama semasa beliau berucap dalam konvensyen Umno Johor baru-baru ini. Hari ini semasa berucap di konvensyen Umno Wilayah Persekutuan Perdana Menteri ke 6 itu sekali lagi menyarankan agar orang muda diberi laluan.

Jika tidak dihalusi saranan Najib itu sebagai perkara biasa sahaja. Orang Umno yang muda akan bertepok tangan kerana merasakan mereka dihargai oleh Najib. 
 
Tetapi kalau disuluh dan diselek bungkusan rahsia (perkembangan) dalam Umno, saranan Najib itu mempunyai maksud tersendiri. Najib bukan saja-saja membuat saranan itu sampai lebih daripada sekali. 
 
Setiap tutubicara dan gerakgeri orang politik membawa makna dan maksud tersendiri.
Najib tentu ada mesej dan isyarat yang hendak disampaikan dengan saranan bersahaja itu. Dan siapakah orang muda yang dimaksudkan Najib itu? Apakah ia terdiri daripada pimpinan pemuda? Atau mereka yang berusia di bawah 60 tahun?

Atau pun apakah Najib mahu Umno diimpinan oleh ahli yang berusia dibawah 40 tahun memandangkan bilangan pemilih dalam pilihan raya umum akan datang melebihi 54% dari kalangan orang muda. Begitukah?

Apabila dikaitkan dengan desas desus yang terdengar dan "disoksek-soksek" dalam Umno ketika ini, cadangan dan seruan Najib itu ada kena mengena dengan apa yang sedang diperkatakan dalam Umno kini, iaini mengenai kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri. 
 
Bagi orang yang prihatin dengan sepak teranjang politik Umno sudah dapat membaca kilau dalam kilat ketika ini. Para "pengumba" dan broker (bukan brua) dalam Umno juga sedang memainkan peranan masing-masing.
Bukankah sebelum ini sudah berhembus khabar angin mengatakan Muhyiddin Yassin tidak selesa dan tidak nggam bersama Najib. 
 
Muhyiddin yang dilihat cenderong amat kepada keMelayuan tidak bersetuju dengan tranfsormasi dilakukan Najib yang dianggap merugikan Melayu. Gara-gara itu terdengar yang Muhyiddin ingin berundur.
Dalam temuramah dengan akhbar PB semalam Muhyiddin ada menyebut perkara itu dengan berkata tidak mahu ia dipedulikan. 
 
Beliau juga cuba membaiki keadaan mengatakan dia dan Najib membahagi tugas dan tanggungjawab negara. Satu hal yang perlu diketahui apabila soalan itu diajukan oleh akhbar berkenaan, ia merupakan satu berita benar. 
 
Bahawa desas desus mengatakan hubungan Najib dengan Muhyiddin tidak serasi, benar. Akhbar itu adalah lidah Umno.
Ekoran itu juga ada nama baru sudah disebut-sebut akan mengambil alih tempat Muhyiddin. Kononnya Najib akan menukar Muhyiddin dengan nama lain. 
 
Jadi apabila Najib memberi mesej agar orang muda diberi peluang ia ada kaitan langsung dengan desas desus dan khabar angin berkenaan.
Dalam hieraki Umno atau pimpinan tertinggi Umno kini, siapakah yang termuda sekali. Sekiranya Najib mahu menggantikan Muhyiddin Yassin, sebelum berlangsung perhimpunan melibatkan pemilihan agung Umno pada tahun 2017, tokoh itu tentulah sepupunya sendiri Hishamuddin Hussein. Dari segi usia, dari kalangan Naib-Naib Presiden kini Hishamuddinlah yang paling muda.

Anak bekas Perdana Menteri ke tiga, kini berusia 53 tahun, manakala dua lagi Naib Presiden Ahmad Zahid Hamidi berusia 61 tahun sama dengan usia Najib manakala Shafei Afdal berusia 57 tahun. Muhyiddin pula kini sudah berusia 67 tahun. Jadi tokoh yang termuda ialah Hishamuddin.

Bukan itu sahaja kebetulan pula waktu ini di antara Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussinlah yang popular dan mempunyai kelebihan dari kacata mata Najib. Tragedi kehilangan pesawat MH370 telah memberi kelabaan besar kepada Menteri Pertahanan itu. 
 
Tragedi itu menyebabkan Hishamuddin popular dan namanya dikenali dunia. Bahkan Hishamuddin dianggap lebih baik daripada Najib dalam mengendalikan sidang akhbar yang diadakan berhubung tragedi berkenaan.
Begitu juga hubungan Hishamuddin dengan Najib sebagai adik beradik sepupu memberi kelebihan kepada Najib untuk mempercayai kepada Hishamuddin berbanding dengan Zahid dan Shafei. Hubungan darah daging menjadikan "sentimental value" Najib kepada Hishamuddin tinggi.

Makanya gesaan Najib agar Umno memberi peluang kepada pemimpin muda tidak lain dan tidak bukan melainkan berharap Hishamuddin akan mengambil alih tempatnya suatu hari kelak, bukannya Muhyiddin ataupun naib presiden lain terutamanya Zahid Hamidi.

Apakah gesaan dan saraan Najib itu akan mendapat reaksi perwakilan Umno minggu depan, sama-sama kita tunggu dan lihat apakan ujikali Najib berjaya atau sebaliknya. Selalunya pokok pauh kalau berbunga ia akan membuahkan buah pauh juga. Hehe. [wm.kl.8:34 pm 23/11/14]



UMNO Parti Rasuah: Persepsi Atau Realiti? Benci UMNO kerana persepsi rasuah yang tinggi Mohamad Fadli

Posted: 23 Nov 2014 06:00 AM PST


Pemimpin-pemimpin UMNO perlu sedar, jika tidak mereka akan ketandusan pemimpin tun abdul hamid mohamadKUALA LUMPUR:

Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menjelaskan kebencian terhadap UMNO adalah persepsi rasuah yang tinggi terhadap parti tersebut.

Menurutnya, UMNO harus perbetulkan persepsi ini, bukan hanya dengan cakap dan kempen tetapi dengan mengelakkan perbuatan rasuah. Tegasnya, pemimpin-pemimpin UMNO perlu sedarkan diri mereka.

"Sebenarnya UMNO adalah sebuah parti Melayu dan Islam yang berada di atas landasan yang betul.

"UMNO sepatutnya terus menjadi parti dominan Melayu dan Islam," katanya dalam Ucapan Khas Konvensyen Perpaduan Nasional. 


Tambah beliau, golongan profesional merungut mengenai kesukaran untuk memasuki dan memenangi apa-apa jawatan dalam hierarchy UMNO.

Jelasnya, faktor-faktor ini menyebabkan golongan profesional tidak menyukai UMNO. "Mereka lebih mudah mendapat tempat dalam PAS. JIka hal ini berterusan UMNO akan ketandusan pemimpin.

"Hal ini telah pun dirasai hari ini dan mestilah diperbetulkan jika UMNO tidak mahu terkubur," kata Tun Hamid. Ujarnya, percayalah apabila pemimpin-pemimpin sesuatu bangsa atau sesebuah negara lebih mementingkan diri sendiri daripada bangsa dan negaranya, maka itu adalah alamat kehancuran bangsa dan negara.

"Wahai Melayu, fikirlah, bukan rasa, bukan ingat, tetapi fikir," jelasnya.



Posted by mountdweller

UMNO Parti Rasuah: Persepsi Atau Realiti? Benci UMNO kerana persepsi rasuah yang tinggi Mohamad Fadli | November 23, 2014 Pemimpin-pemimpin UMNO perlu sedar, jika tidak mereka akan ketandusan pemimpin tun abdul hamid mohamadKUALA LUMPUR: Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menjelaskan kebencian terhadap UMNO adalah persepsi rasuah yang tinggi terhadap parti tersebut. Menurutnya, UMNO harus perbetulkan persepsi ini, bukan hanya dengan cakap dan kempen tetapi dengan mengelakkan perbuatan rasuah. Tegasnya, pemimpin-pemimpin UMNO perlu sedarkan diri mereka. "Sebenarnya UMNO adalah sebuah parti Melayu dan Islam yang berada di atas landasan yang betul. "UMNO sepatutnya terus menjadi parti dominan Melayu dan Islam," katanya dalam Ucapan Khas Konvensyen Perpaduan Nasional. Tambah beliau, golongan profesional merungut mengenai kesukaran untuk memasuki dan memenangi apa-apa jawatan dalam hierarchy UMNO. Jelasnya, faktor-faktor ini menyebabkan golongan profesional tidak menyukai UMNO. "Mereka lebih mudah mendapat tempat dalam PAS. JIka hal ini berterusan UMNO akan ketandusan pemimpin. "Hal ini telah pun dirasai hari ini dan mestilah diperbetulkan jika UMNO tidak mahu terkubur," kata Tun Hamid. Ujarnya, percayalah apabila pemimpin-pemimpin sesuatu bangsa atau sesebuah negara lebih mementingkan diri sendiri daripada bangsa dan negaranya, maka itu adalah alamat kehancuran bangsa dan negara. "Wahai Melayu, fikirlah, bukan rasa, bukan ingat, tetapi fikir," jelasnya. Posted by mountdweller a

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Pemimpin Umno Ini Buat Kejutan Tidak Diduga.. Saksikanlah

Posted: 23 Nov 2014 05:30 AM PST


Pemimpin Umno Ini Buat Kejutan Tidak Diduga.
  
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.

Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta.

Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.

"Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah," kata Awang Selamat yang dipetik dalam artikel pendek itu.

Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan Yaakob apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.

Awang mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan Yaakob sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan.

"Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.

"Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan.

"Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah," kata Awang Selamat mengkritik Adnan.

Pemimpin Umno Ini Buat Kejutan Tidak Diduga. Awang dalam tulisannya turut memberi amaran sudah tiba masanya Adnan Yaakob yang menjadi menteri besar sejak 1999 itu berundur dari jawatannya.

"Walaupun Adnan berjasa kepada negeri itu, tetapi ramai merasakan Pahang tidaklah sehebat mana di bawah pentadbirannya sejak 1999. Tiada faktor 'wow' yang boleh menjadi kebanggaan negeri.

"Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau juga jadi bahan bualan. Ingatlah kebanyakan kita ada pekung. Mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri," katanya. 
 
 

Wanita Berbaju Tidur Terjatuh Dari Tingkat 11

Posted: 23 Nov 2014 05:03 AM PST



Kuala Lumpur: Penduduk kondominium Prima Setapak 2, Jalan Gombak gempar apabila menemui mayat seorang wanita berpakaian baju tidur dipercayai terjatuh daripada tingkat 11 bangunan berkenaan awal pagi tadi

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mayat mangsa berusia 20-an itu ditemui mati berlumuran darah di atas sebuah kereta Proton Wira oleh pengawal keselamatan yang menjalankan rondaan di bangunan berkenaan sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal polis mendapati tiada penghuni di kondominium terbabit yang mengenali mangsa dan berdasarkan kepada pengawal keselamatan, mangsa dipercayai tinggal di tingkat 11 bangunan berkenaan.

"Hasil siasatan di unit rumah berkenaan mendapati, jeriji besi dan pintu rumah itu terbuka serta kosong. Pemeriksaan lanjut anggota forensik menemui peralatan menghisap dadah.


"Pihak polis masih menyiasat identiti sebenar mangsa yang dipercayai warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG pada lengan mangsa.,"katanya ketika dihubungi, sebentar tadi

Menurut Asmadi, siasatan teliti sedang djalankan dan pihaknya berusaha mengesan pemilik unit serta penyewa untuk membantu dalam siasatan selanjutnya.


Posted by Jeebond BLM

UMNO gagal berubah, siapa perlu diubah? - Shahbudin Husin

Posted: 23 Nov 2014 03:15 AM PST

 SUARA LANTANG:

Minggu depan, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung tahunannya sekali lagi. Jika dikira daripada tarikh ia ditubuhkan pada 1946, usia UMNO ketika ini sudah mencecah 68 tahun dan kalau ia seorang manusia pula, ia adalah seorang tua yang sudah dijangkiti banyak penyakit serta tidak berada lama lagi hayatnya di dunia ini.

Tetapi sebagai entiti yang tiada tempoh matinya, usia UMNO sukar diramalkan.

Hayatnya mungkin panjang dan mungkin juga pendek. UMNO ketika ini bukan saja menjadi antara parti paling lama berkuasa tanpa henti, bahkan mungkin satu-satunya parti yang menuntut kemerdekaan yang masih kekal menggenggam kuasa.

Sejak pilihanraya 2008, UMNO telah mengalami kemerosotan sokongan yang ketara daripada rakyat. Buat pertama kalinya, BN yang ditunjangi UMNO hilang majoriti dua pertiga pada pilihanraya 2008 dan kemudian pilihanraya 2013 pula, bukan saja terus merosot jumlah kerusinya, malah turut kehilangan undi popularnya.

Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan parti dan negara pada 2009, beliau sedar parti ketika itu dalam keadaan lemah dan makin merosot.

Lantaran itu, peringatan awal yang kerap dilontarkannya ialah "berubah sebelum rebah" supaya ahli parti di semua peringkat segera memperbaiki diri, bermuhasabah serta melakukan perubahan.

Malangnya, dalam tempoh 2009 hingga pilihanraya 2013, melalui pelbagai slogan dan pendekatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib, sokongan rakyat tidak juga menjelma.

Selain kehendak rakyat makin kritikal dan pelbagai, isu yang menghantui rakyat juga ialah tiadanya perubahan dalam diri pemimpin yang sering melaungkan slogan "berubah sebelum rebah" itu.

Bagi kebanyakan rakyat dan ahli UMNO sendiri, mereka mendapati Datuk Seri Najib tidak bersungguh-sungguh berubah sebagaimana beliau meminta pemimpin dan ahli UMNO yang lain agar berubah.

Dengan pelbagai isu yang membeliti diri dan keluarganya sejak 2009, dari isu kemewahan, pembaziran, penonjolan isteri yang keterlaluan, perbelanjaan, mengurus kerajaan dan sebagainya, jelas tergambar bahawa Perdana Menteri juga gagal berubah sebenarnya.

Apabila beliau bercakap mengenai perubahan dan meminta orang lain berubah, sudah tentu teladan ini mesti hadir melalui dirinya terlebih dahulu. Bagaimana pemimpin dan ahli UMNO lain mahu berubah sedangkan yang melaungkan perubahan pun kekal selesa dengan gaya lama yang menjadi kebencian rakyat?

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke-68 tahun ini, isu perubahan sekali lagi dilaungkan, tetapi kali ini oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pula.

Jika dulu Presiden UMNO mengatakan "berubah sebelum rebah", Timbalan Presidennya pula menggesa agar "berubah sebelum diubah".

Menurut Tan Sri Muhyiddin lagi, berdasarkan keputusan pilihanraya pada 2008 dan 2013, adalah jelas UMNO kini berada dalam kedudukan yang kritikal dan memerlukan perubahan yang segera sebelum kalah lebih teruk lagi.

"Saya katakan kita sedang menghadapi tahap kritikal, kalau perubahan atau pembaharuan tidak dilihat berlaku, bimbangnya kita boleh kalah. Isyaratnya sudah jelas di hadapan kita," tegasnya lagi.

Persoalannya, kenapa kali ini Tan Sri Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pula yang menuntut agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam UMNO?

Apakah ini bermakna perubahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak 2009 telah mengalami kegagalan?

Sementara Datuk Seri Najib tidak bercakap lagi mengenai perubahan sejak kebelakangan ini, maksud perubahan dan pembaharuan yang ditekankan oleh Tan Sri Muhyiddin seharusnya juga difahami oleh ahli-ahli UMNO menjelang perhimpunannya kali ini.

Apakah maksud sebenar perubahan dan pembaharuan itu? Adakah ia hanya mengenai sikap, pendekatan dan corak kerja semata-mata atau ia termasuk juga perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan UMNO?

Tidak dinafikan bahawa sejak mengambil alih kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ditakrif lemah dan menimbulkan banyak masalah, Datuk Seri Najib telah melakukan pelbagai usaha dan pendekatan untuk memenangi pilihanraya tetapi masalah utamanya ialah beliau juga dilihat tidak berubah lantaran pelbagai isu lain yang tidak henti-henti mengenai dirinya sendiri.

Sebab itu, keputusan pilihanraya 2013 lebih buruk daripada 2008. Dan selepas pilihanraya 2013 pula, imej dan wajah UMNO terus lebih buruk lagi. Ini menyebabkan soal kemungkinan UMNO kalah pilihanraya dan hilang kuasa bukan lagi diperbualkan oleh rakyat biasa, malah ramai pemimpin UMNO sendiri turut bimbang dengannya.

Jika Perhimpunan Agung UMNO tahun ini digunakan untuk menilai prestasi parti dan pemimpinnya serta tidak lagi bercakap soal retorika kaum, agama atau lawak jenaka, perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan sudah tidak dapat dielakkan lagi jika ingin terus berkuasa dan menang pilihanraya. Perubahan dan pembaharuan yang sudah tidak boleh dielakkan lagi ialah melibatkan Datuk Seri Najib sendiri.

Tanpa perubahan dan pembaharuan yang melibatkan "bahagian kepala dari seekor ikan", apa pun perubahan yang dilaungkan tidak akan berupaya menjana kemenangan kepada UMNO.

Apakah ini sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin apabila mengatakan perlunya UMNO melakukan perubahan dan pembaharuan?


Posted by mountdweller
UMNO gagal berubah, siapa perlu diubah? 10:00AM Nov 23 2014 Shahbudin Husin SUARA LANTANG: Minggu depan, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung tahunannya sekali lagi. Jika dikira daripada tarikh ia ditubuhkan pada 1946, usia UMNO ketika ini sudah mencecah 68 tahun dan kalau ia seorang manusia pula, ia adalah seorang tua yang sudah dijangkiti banyak penyakit serta tidak berada lama lagi hayatnya di dunia ini. Tetapi sebagai entiti yang tiada tempoh matinya, usia UMNO sukar diramalkan. Hayatnya mungkin panjang dan mungkin juga pendek. UMNO ketika ini bukan saja menjadi antara parti paling lama berkuasa tanpa henti, bahkan mungkin satu-satunya parti yang menuntut kemerdekaan yang masih kekal menggenggam kuasa. Sejak pilihanraya 2008, UMNO telah mengalami kemerosotan sokongan yang ketara daripada rakyat. Buat pertama kalinya, BN yang ditunjangi UMNO hilang majoriti dua pertiga pada pilihanraya 2008 dan kemudian pilihanraya 2013 pula, bukan saja terus merosot jumlah kerusinya, malah turut kehilangan undi popularnya. Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan parti dan negara pada 2009, beliau sedar parti ketika itu dalam keadaan lemah dan makin merosot. Lantaran itu, peringatan awal yang kerap dilontarkannya ialah "berubah sebelum rebah" supaya ahli parti di semua peringkat segera memperbaiki diri, bermuhasabah serta melakukan perubahan. Malangnya, dalam tempoh 2009 hingga pilihanraya 2013, melalui pelbagai slogan dan pendekatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib, sokongan rakyat tidak juga menjelma. Selain kehendak rakyat makin kritikal dan pelbagai, isu yang menghantui rakyat juga ialah tiadanya perubahan dalam diri pemimpin yang sering melaungkan slogan "berubah sebelum rebah" itu. Bagi kebanyakan rakyat dan ahli UMNO sendiri, mereka mendapati Datuk Seri Najib tidak bersungguh-sungguh berubah sebagaimana beliau meminta pemimpin dan ahli UMNO yang lain agar berubah. Dengan pelbagai isu yang membeliti diri dan keluarganya sejak 2009, dari isu kemewahan, pembaziran, penonjolan isteri yang keterlaluan, perbelanjaan, mengurus kerajaan dan sebagainya, jelas tergambar bahawa Perdana Menteri juga gagal berubah sebenarnya. Apabila beliau bercakap mengenai perubahan dan meminta orang lain berubah, sudah tentu teladan ini mesti hadir melalui dirinya terlebih dahulu. Bagaimana pemimpin dan ahli UMNO lain mahu berubah sedangkan yang melaungkan perubahan pun kekal selesa dengan gaya lama yang menjadi kebencian rakyat? Menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke-68 tahun ini, isu perubahan sekali lagi dilaungkan, tetapi kali ini oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pula. Jika dulu Presiden UMNO mengatakan "berubah sebelum rebah", Timbalan Presidennya pula menggesa agar "berubah sebelum diubah". Menurut Tan Sri Muhyiddin lagi, berdasarkan keputusan pilihanraya pada 2008 dan 2013, adalah jelas UMNO kini berada dalam kedudukan yang kritikal dan memerlukan perubahan yang segera sebelum kalah lebih teruk lagi. "Saya katakan kita sedang menghadapi tahap kritikal, kalau perubahan atau pembaharuan tidak dilihat berlaku, bimbangnya kita boleh kalah. Isyaratnya sudah jelas di hadapan kita," tegasnya lagi. Persoalannya, kenapa kali ini Tan Sri Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pula yang menuntut agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam UMNO? Apakah ini bermakna perubahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak 2009 telah mengalami kegagalan? Sementara Datuk Seri Najib tidak bercakap lagi mengenai perubahan sejak kebelakangan ini, maksud perubahan dan pembaharuan yang ditekankan oleh Tan Sri Muhyiddin seharusnya juga difahami oleh ahli-ahli UMNO menjelang perhimpunannya kali ini. Apakah maksud sebenar perubahan dan pembaharuan itu? Adakah ia hanya mengenai sikap, pendekatan dan corak kerja semata-mata atau ia termasuk juga perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan UMNO? Tidak dinafikan bahawa sejak mengambil alih kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ditakrif lemah dan menimbulkan banyak masalah, Datuk Seri Najib telah melakukan pelbagai usaha dan pendekatan untuk memenangi pilihanraya tetapi masalah utamanya ialah beliau juga dilihat tidak berubah lantaran pelbagai isu lain yang tidak henti-henti mengenai dirinya sendiri. Sebab itu, keputusan pilihanraya 2013 lebih buruk daripada 2008. Dan selepas pilihanraya 2013 pula, imej dan wajah UMNO terus lebih buruk lagi. Ini menyebabkan soal kemungkinan UMNO kalah pilihanraya dan hilang kuasa bukan lagi diperbualkan oleh rakyat biasa, malah ramai pemimpin UMNO sendiri turut bimbang dengannya. Jika Perhimpunan Agung UMNO tahun ini digunakan untuk menilai prestasi parti dan pemimpinnya serta tidak lagi bercakap soal retorika kaum, agama atau lawak jenaka, perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan sudah tidak dapat dielakkan lagi jika ingin terus berkuasa dan menang pilihanraya. Perubahan dan pembaharuan yang sudah tidak boleh dielakkan lagi ialah melibatkan Datuk Seri Najib sendiri. Tanpa perubahan dan pembaharuan yang melibatkan "bahagian kepala dari seekor ikan", apa pun perubahan yang dilaungkan tidak akan berupaya menjana kemenangan kepada UMNO. Apakah ini sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin apabila mengatakan perlunya UMNO melakukan perubahan dan pembaharuan? Posted by mountdweller

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Pemilik BMW nikmati lebih subsidi daripada si miskin dengan motosikal, kata kajian

Posted: 23 Nov 2014 02:30 AM PST

Patutlah Din Ayam Pakai BMW !



Golongan berpendapatan rendah yang hanya memiliki motosikal dapat subsidi petrol 4 kali lebih rendah berbanding golongan kaya, kata laporan Institut Kajian Khazanah.

Seorang pemilik BMW yang berpendapatan tinggi menikmati 4 kali lebih subsidi petrol daripada seorang penunggang motosikal berpendapatan rendah.

Menurut kajian Institut Kajian Khazanah baru-baru ini, golongan kaya menikmati sejumlah 80% subsidi minyak yang diperuntukkan untuk isi rumah Malaysia pada 2013.

Angka tersebut menunjukkan betapa terpesongnya sistem subsidi minyak di Malaysia sementara rakyat sedang cuba menyesuaikan diri dengan pengumuman yang skim tersebut akan dihentikan pada 1 Disember.

Bagaimanapun, seorang penganalisis dasar Institut Rakyat berkata, walaupun menstruktur semula sistem subsidi itu langkah yang betul, kerajaan patut terlebih dulu memperkenalkan langkah mengurangkan impak keputusan tersebut terhadap orang ramai.

Kajian tersebut yang digelar "Keadaan Isi Rumah di Malaysia" mendedahkan seorang pemilik BMW yang menggunakan minyak RON95 menikmati subsidi RM22.50 setiap 1,000km.

Manakala seorang pemilik motosikal Honda EX5 pula yang menggunakan RON95, hanya mendapat subsidi RM5 setiap 1,000km.

"Sementara kenderaan motor menjadi lebih mahal, daripada motosikal sehinggalah kereta buatan Jerman, subsidi yang diterima pemilik kenderaan itu bagi setiap 1,000km meningkat dengan drastik," kajian tersebut.

Angka itu dikira menggunakan harga RON95 pada RM2.30 seliter di mana kadar subsidinya ialah 27 sen seliter.

"Subsidi bersifat regresif. Kebanyakan subsidi hanya manfaatkan perniagaan daripada isi rumah.

"Daripada apa yang sampai ke isi rumah pula, golongan berpendapatan tinggi yang paling untung  manakala isi rumah yang hanya memiliki motosikal dan kipas siling mendapat kurang subsidi dibandingkan isi rumah dengan beberapa biji kereta dan penghawa dingin di Damansara Heights," kata kajian tersebut.

Kajian tersebut menganggarkan pada 2013, kurang daripada 23.8% atau RM5.6 bilion daripada seluruh subsidi minyak akan digunakan untuk isi rumah.

Selebihnya, sebanyak 76.2% atau RM17.9 bilion, pula pergi ke perniagaan, syarikat dan sumber lain.

Berkenaan subsidi gas melalui Petronas pula, hanya 20% atau RM4 bilion yang sampai ke isi rumah.

Selebihnya, RM16 bilion atau lebih, akan digunakan dalam perniagaan, syarikat dan kegunaan lain.

"Hanya 22% daripada seluruh subsidi tenaga diberikan kepada isi rumah. Secara purata, setiap isi rumah menerima subsidi tahunan RM625 setahun bagi elektrik dan RM885 setahun bagi petrol.

"Tetapi, kebanyakannya dinikmati keluarga yang berpendapatan tinggi, yang menerima 80% daripada subsidi," kata kajian tersebut.

Putrajaya mengumumkan pada 21 November yang ia akan menghentikan subsidi petrol dan diesel bulan depan. Harga RON95 dan diesel akan ditentukan kelak mengikut kawalan pengapungan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu akan menjimatkan kerajaan antara RM10 hingga RM20 bilion yang kemudiannya akan disalurkan bagi memperbaiki pembangunan pedalaman, pendidikan dan sektor kesihatan.

Kajian Khazanah itu juga mengatakan subsidi mewujudkan gangguan dalam ekonomi dan mendatangkan kerugian besar dalam ekonomi, atau pembaziran.

"Wang yang dibelanjakan untuk subsidi lebih baik digunakan dalam sektor lebih produktif yang meningkatkan pertumbuhan ekonomi atau projek pembangunan yang lebih fokus kepada membantu golongan lemah," kata kajian tersebut.

Dibandingkan dengan satu subsidi untuk semua, laporan tersebut mengatakan, pemberian wang adalah cara paling efektif membantu golongan lemah.

Pengarah eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong bagaimanapun berkata, kerajaan sepatutnya sudah meletakkan mekanisma menghadang kesan daripada keputusan tersebut sebelum mengumumkan pemberhentian subsidi secara mengejut.

Ini kerana peningkatan harga minyak selalu digunakan sebagai alasan pihak peniaga meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan, sama ada wajar atau tidak.

"Cara bagaimana kerajaan memperbaharui sistem subsidi menghasilkan inflasi yang mendadak. Kerajaan kemudiannya memberi amaran kepada peniaga supaya tidak meningkatkan harga, namun tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dibuat kementerian," katanya,

Yin berkata walaupun pemberian wang bersasaran adalah lebih efisyen daripada subsidi, kerajaan masih tidak mempunyai rancangan menyeluruh bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.

Buat masa kini, median pendapatan isi rumah berada pada RM4,600, bermakna setengah daripada isi rumah rakyat Malaysia berpendapatan lebih rendah daripada batasan pertengahan itu.

Hampir setengah daripada mereka yang berada di bawah median pendapatan ini layak menerima pemberian wang melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada keluarga berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.

"Pada dasarnya, hampir setengah isi rumah Malaysia masih bergelut dalam menyara kehidupan," kata Yin.

"Jadi apa rancangan jangka panjang kerajaan bagi mengeluarkan mereka dari terus berada dalam kategori itu?"

Program Transformasi Ekonomi, diumumkan Putrajaya sebagai strategi melakukan pembaharuan ekonomi, masih lagi meneruskan sistem yang menghasilkan barangan berkualiti rendah bagi bayaran upah yang rendah, katanya.


sumber...TMI

Juliana Evans Pesan Emma Maembong Tidak Perlu Takut Kita Bantai

Posted: 23 Nov 2014 01:45 AM PST

 
jue+zizan
Sebelum ini Zizan Razak telah dikaitkan dengan pelakon cantik jelita Juliana Evans atau lebih mesra dipanggil Jue.

Bagaimanapun mereka telah menafikan hubungan tersebut dan hanya sekadar berkawan rapat sahaja. Selain dari itu Zizan juga sudah mengaku yang dia sudah pun menemui buah hatinya Emma Maembong.

Jue yang sudah beberapa bulan pulang dari overseas bagaimanapun masih ada cakap-cakap mengatakan yang dia bergaduh dengan Emma Maembong sewaktu berada di sana.


Menafikan perkara itu, Jue berkata "Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka.  Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar.

"Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain.  Tambahan pula kami sudah lama tidak berjumpa.  Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa," memetik dari Media Hiburan Online.

emma

Selain itu ada juga cakap-cakap mengatakan kepulangan jue ke Malaysia adalah bertujuan ingin membalas dendam ataupun dengan kata lain cuba mengganggu hubungan yang kini terjalin antara Zizan dan Emma.

"Buat apa saya nak dendam atau marah, kerana antara kami hanya kawan rapat sahaja.  Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia.  Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan.

"Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak.  Dan untuk Emma, tak perlu takut dengan saya," pinta Jue.

Semoga pelbagai kata-kata atau khabar angin itu sampai di situ sahaja memandangkan Jue telah pun menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran pihak media. - Siakapkeli.com.my

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/11/juliana-evans-pesan-emma-maembong-tidak.html#ixzz3Js3UZJAc
 


Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Adnan Yaakob Saman Utusan Malaysia RM15 Juta...??

Posted: 23 Nov 2014 01:00 AM PST

 


Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.

Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta. Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.

"Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah," kata Awang Selamat yang dipetik dalam artikel pendek itu. Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland. Awang mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan.

"Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.

"Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan.

"Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah," kata Awang Selamat mengkritik Adnan. Awang dalam tulisannya turut memberi amaran sudah tiba masanya Adnan yang menjadi menteri besar sejak 1999 itu berundur dari jawatannya.

"Walaupun Adnan berjasa kepada negeri itu, tetapi ramai merasakan Pahang tidaklah sehebat mana di bawah pentadbirannya sejak 1999. Tiada faktor 'wow' yang boleh menjadi kebanggaan negeri.

"Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau juga jadi bahan bualan. Ingatlah kebanyakan kita ada pekung. Mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri," katanya.

- omakkau


 

Zairil Dedahkan Islamisasi Dijalankan Di Sekolah Kebangsaan - Apa Buktinya?

Posted: 23 Nov 2014 12:15 AM PST

Guna air liur pongpang2 depan orang. Tapi apa buktinya? Islamisasi tue tau ka apa dia? Islamisasi di sekolah kebangsaan? Islamisasi kepala bana kau Zairil. 


Kot ye pun nak backup DAP dalam isu sekolah jenis kebangsaan (cina & tamil) tak perlu la gunakan hujah2 merapu dan tak terbukti sahih. Bagi fakta sudah la.

Zairil kata ;




1. Punca kenapa ibu bapa bukan Islam hantar anak2 ke sekolah jenis kebangsaan ialah kerana agenda islamisasi di sekolah kebangsaan.
2. Agenda agama dan islamisasi meluas di sekolah kebangsaan.
3. Mutu pendidikan juga mempengaruhi kepada keadaan tersebut.
"Islamisasi yang meluas dan agenda agama sejak 20 sehingga 30 tahun lepas menakutkan ibu bapa," kata Zairil. - Malaysiakini
Ada baiknya juga jika si Zairil neh fitnah UMNO daripada dok menakut2kan non muslim tentang sekolah kebangsaan dengan mengaitkan ia kepada agenda islamisasi. Fitnah la UMNO sepertimana UMNO terfitnah dengan penyebaran gambar peluk2 tue. Fitnah UMNO adalah perkara paling senang untuk tutup kebodohan kita sebab penyokong2 kita memang benci UMNO tanpa kompromi. Ye tak?
KAH KAH KAH
Sebenarnya. Agenda islamisasi tak berlaku kat sekolah kebangsaan. Sapa2 yang pernah bersekolah kebangsaan tahu perkara neh. Jika islamisasi berlaku, maka tak perlu ada sekolah agama. Sekolah agama diwujudkan kerana ilmu agama yang diajarkan di sekolah2 kebangsaan tidak lengkap, kurang sempurna dan tidak mencukupi bagi keperluan seorang muslim.
Maka. Ramai ibu bapa muslim ada yang memilih hantar anak2 ke sekolah swasta (yang mementingkan pendidikan agama).
Bagi yang kurang berduit. Akan hantar anak2 ke sekolah agama awam (kerajaan atau separa kerajaan) bagi menampung kekurangan yang wujud di sekolah kebangsaan.
Atau. Hantar anak2 ke kelas agama yang diajarkan secara percuma mahupun berbayar oleh ustaz2 di pondok2 atau majid2 tertentu pada waktu2 cuti sekolah.
Jadi bayangkan bagaimana penatnya murid2 neh yang perlu bersekolah dua sesi setiap hari. Pagi dan petang. Sekolah pagi sekolah kebangsaan. Sekolah petang sekolah agama. Kalau la ada satu sekolah yang complete untuk segala2nya kan mudah.
Macam mana pula si Zairil bangang neh boleh sebut berlakunya agenda agama dan islamisasi di sekolah2 kebangsaan sedangkan itu adalah fitnah semata2. Satu lagi. Si Zairil neh sebenarnya nak menghalalkan tindakan politik DAP yang menolak sekeras-kerasnya agenda SEKOLAH MALAYSIA yang diimpikan oleh rakyat Malaysia. Zairil jadi jurucakap DAP dengan menakut2kan masyarakat non muslim tentang sekolah kebangsaan. 

Seperti yang kita tahu, sekolah jenis kebangsaan ialah alat politik DAP dan MCA dalam meraih kepercayaan dan undi masyarakat cina khususnya.
Mutu pendidikan memang teruk di sekolah kebangsaan. Yang neh aku tak nafi. Tapi tak payah la tambah benda2 yang tak perlu. Aku ada kawan. Dia ada bagitau beberapa hari lepas. Katanya. Ada satu sekolah jenis cina. Telah menghantar notis agar murid2 melayu di arah berpindah dari sekolah tersebut (jenis cina) menjelang peperiksaan UPSR pada tahun depan kerana mahu menjaga prestasi kecemerlangan sekolah. Kat notis tak sebut la atas alasan tersebut. Itu andaian dia aje. 

Tapi. Notis tue ada. Aku minta tunjuk sebab aku nak sebarkan. Dia tak bagi. Aku fikir mungkin sebab taknak kecoh2. Tapi. Kalau la benda neh dikecohkan pun bagus juga. Boleh la aku campak benda neh kat muka Zairil setepek.

Aku harap. Mana2 ibu bapa yang turut menerima notis yang sama (merujuk kepada sekolah tersebut) boleh PM aku notis tersebut. Aku nak sebarkan. Sekolah jenis kebangsaan pun tak sesempurna mana. Buku2 latihan yang banyak adalah untuk mengayakan kapitalis2 penjual buku. Aku pun boleh fikirkan perkara yang sama. Betul?
Haha.
Kbai. 


Ameno World

Hadir mesyuarat penting tapi bukan isu SUBKY LATIF

Posted: 22 Nov 2014 11:30 PM PST



TIDAK dinafikan kehadiran Ustaz Hadi Awang dalam mana-mana mesyuarat yang beliau ahlinya adalah penting dan wajar, tetapi keuzuran menyertainya kadang-kadang tidak bijak dijadikan isu seperti yang dituntut oleh pimpinan DAP.

Pimpinan DAP membangkitkan kehadirannya dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak sekerap Anwar Ibrahim sebagai pengerusi dan Lim Kit Siang yang mewakili DAP. Mula-mula sebagai kenyataan terbuka dan kemudian sebagai keputusan mesyuarat pimpinan pusat DAP yang menyarankan supaya beliau wajar hadir.

Tujuannya dikatakan bagi mengembalikan keyakinan penyokong kepada muafakat Pakatan Rakyat.

Sepanjang yang saya kenal dan ketahui lebih dari 30 tahun, Ustaz Hadi bukanlah orang yang culas hadir mesyuarat, malah orang awal hadir dan jarang meninggalkan mesyuarat sehinggalah selesai.

Pada saya, tidak menghadiri mesyuarat bukan pilihannya. Tetapi dengan tanggungjawab dan komitmen politik/dakwahnya yang bertambah, maka tidak semua mesyuarat itu dapat dihadirinya. Tambahan pula dengan usia yang bertambah dan gangguan kesihatan, beliau hadir mana yang membenarkannya saja.

Ke mana-mana juga dalam negeri kebanyakannya beliau berkereta. Maka masa dalam kereta mungkin lebih banyak daripada di rumah, bahkan mungkin tidur dalam motokar sama banyak dengan tidur di rumah atau di tempat penginapan.

Tetapi ia bukanlah alasan untuk tidak hadir semua mesyuarat. Apa pun tidaklah ketiadaannya menggendalakan mesyuarat.

Mungkin ada mesyuarat yang memerlukan kehadirannya juga, maka jika demikian beliau mestilah dimaklumkan awal.

Apa pun eloklah ia disampaikan secara dalaman, tidak sampai dijadikan resolusi mesyuarat. Apabila kehadirannya dikehendaki juga, maka DAP terpaksa membuat keputusan dalam mesyuarat mengenainya, sekali pun bertujuan, tetapi ia boleh ditafsirkan suatu yang luar biasa, maka ia boleh mendatangkan berbagai-bagai tafsiran.

Politik memangnya penuh dengan persepsi dan tafsiran. Tafsiran itu pula ada yang tepat dan banyak juga yang salah.

Gara-gara kenyataan terbuka DAP itu dan diikuti resolusi mesyuarat pimpinan pusatnya menyebabkan hubungan PAS dan DAP kecoh. Menenangkan suatu yang kecoh bukan pula senang.

Pergeseran yang ada itu asalnya berpunca daripada krisis Menterei Besar Selangor. Krisis itu sekalipun tegang, ia sudah diatasi. PAS dan PKR yang tegang dulu, sudah kendur dan masalah mulai lenyap.

Tetapi mengapa ia dibangkitkan lagi hingga boleh menjadi ketegangan baru. PAS tidak boleh tidak jawab dan tidak jelaskan apa yang DAP bangkit secara terbuka. Resolusinya pula didedahkan kepada umum juga.

DAP pun sekarang berdalih bahawa salah faham yang berlaku antaranya dengan PAS adalah salah tafsir. Ia sudah mengaku apa yang dibuatnya sudah disalah tafsir.

Kita boleh terima tafsir yang mesyuarat pimpinan DAP itu telah memberi gambaran buruk kepada Presiden PAS. Bukanlah suatu perkara yang mudah bagi PAS untuk membersihkannya.

Pimpinan PAS dan PAS telah cedera dengan tindakan itu. Tidak dapat diduga apa jadi jika ia tidak diselesaikan. Kita tidak minta DAP buat sesuatu bagi membaiki kerosakan yang sudah berlaku, hanya tindakan daripada DAP saja yang dapat menenangkan keadaan.

Pada PAS ia adalah satu lagi ujian dan cabaran. Ia memerlukan kesabaran bagi memelihara kejernihan muafakat. Yang berlaku amat dikehendaki oleh Umno/BN. Sejak lebih 30 tahun dulu mereka tidak mahu ada muafakat itu, dan bila ia ada, mereka mahu ia dihancurkan.

Jangan beri jalan kepadanya bagi menghancurkan Pakatan dari dalam! – HARAKAHDAILY 20/11/2014

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT