Sabtu, 22 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Belum Reda Insiden MH17 Dan MH370, MAS Berdepan Diboikot Kerana Caj Arak Dalam Tiket

Posted: 22 Nov 2014 11:00 PM PST

Syarikat penerbangan negara Malaysian Airlines yang masih bergelut selepas dua insiden besar - kehilangan MH370 dan MH17 ditembak bakal berdepan "boikot" yang dilancarkan kerana caj arak yang dikenakan.

MAS yang sudah mengalami kerugian menerima tamparan hebat apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong cadangan untuk memboikot syarikat penerbangan negara tersebut.

"Boikot itu wajib kerana dunia sedia maklum Malaysia adalah negara Islam. "MAS perlu menyedari hakikat ini dan menghentikan caj itu," kata Ketua Aktivis PPIM Datuk Dr Mohd Fared Abdul Ghani seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Selain PPIM, PAS juga bersetuju untuk menimbang meneruskan kempen tersebut sekiranya MAS tidak menghentikan caj arak dalam tiket penerbangan mereka.

Pemuda PAS Kelantan dan Pahang berkata, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap MAS, seperti melakukan kempen boikot jika syarikat itu terus mengenakan caj arak dalam tiket penerbangannya.

Sebelum ini, NGO Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) mendakwa MAS menipu penumpang Islam apabila mengenakan caj arak dalam tiket mereka.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi baru-baru ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa harga tiket yang dibeli penumpang merangkumi semua kemudahan dalam pesawat termasuk makanan dan minuman.

- The Malaysian Insider

The rich enjoy more subsidies than the poor, says Khazanah report The Malaysian Insider

Posted: 22 Nov 2014 10:30 PM PST

 
A high-income BMW owner enjoys as much as four times the amount of petrol subsidies that is received by a low-wage earner who rides a motorcycle.

According to a recent study by the Khazanah Research Institute, the rich actually enjoyed 80% of total fuel subsidies that went to Malaysian households in 2013.

The figures highlight how skewed the blanket fuel subsidy system is in Malaysia as the public adjusts to the announcement that the scheme will end on December 1.

However, a policy analyst with think tank Institut Rakyat said that while it was right to reform the subsidy system, the government should first put in place a way to cushion the impact of its decision.

The study, called the "State of households in Malaysia", revealed that a BMW owner who used RON95 fuel enjoyed a subsidy of RM22.5 per 1,000km .

On the other hand, the owner of a Honda EX5 motorcycle, who also used RON95, only got a subsidy of RM5 per 1,000km.

"As motor vehicles get more expensive, from a motorcycle to a German saloon, the subsidy the owner gets per 1,000 kilometres increases dramatically," the study said.

The figures were calculated using the RON95 price of RM2.30 per litre where the subsidy rate was 27 sen per litre.
"Subsidies are regressive. Most subsidies go to businesses rather than households.

"Of what goes to households, the high-income group benefits the most – a household that only has a motorcycle and ceiling fans enjoys far less subsidy than a multiple-car and air-conditioned household in Damansara Heights," the study said.

The study estimates that in 2013, less than 23.8%, or RM5.6 billion, of the entire fuel subsidy went to households.

The remaining 76.2%, or RM17.9 billion, or more went to businesses, corporations and other sources.

When it came to the gas subsidy through Petronas, only 20%, or RM4 billion, went to households.

The remaining RM16 billion or more went to businesses, corporations and elsewhere.

"Only 22% of the entire energy subsidy went to households. On average, each household receives an annual subsidy of RM625 per year for electricity and RM885 per year for fuel.

"But, most of this is enjoyed by the high-income households, who get about 80% of the subsidies," the study said.

Putrajaya announced on November 21 that it would stop subsidies for petrol and diesel next month. Prices for RON95 and diesel will then be determined through a managed float mechanism.

Yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said that the decision would save the government between RM10 billion and RM20 billion which would then be funnelled into improving rural development, education and health sectors.

The Khazanah study also echoed this point saying that subsidies create distortions in the economy and deadweight loss in the economy, or wastages.

"The money spent for subsidies could have been better allocated in more productive sectors that improve economic growth or development projects that are better-targeted at helping vulnerable groups," the study said.

Instead of blanket subsidies, the report's authors argued that cash transfers are the most effective way of helping vulnerable groups.

Institut Rakyat executive director Yin Shao Loong, however, said the government should have put in place a mechanism to cushion the impact of its decision first before announcing an abrupt end to fuel subsidies.

This is since a rise in fuel prices have always been used as an excuse by businesses to hike up the prices of goods and services, whether justifiably or not.

"The way the government reforms the subsidy system sparks off knee-jerk inflation. The government then warns businesses not to gouge prices but then there is no enforcement from the ministry."

Yin said that although targeted cash transfers were more efficient than blanket subsidies, the government has yet to come out with an over-arching plan to elevate household incomes.

As it stands now, the median household income is RM4,600, meaning half of Malaysian households are earning below that threshold.

Almost half of those below the median income qualify for cash transfer assistance through the 1Malaysia People's Cash Aid scheme (BR1M) which is given to families earning below RM4,000 a month.

"In essence, almost half of Malaysian households are still struggling to make ends meet," said Yin.

"So what is the government's long-term plan for graduating these people out of that category?"

The Economic Transformation Programme, which Putrajaya brands as its strategy to reform the economy, still perpetuates a system of producing low-value goods for low wages, he said. – November 23, 2014.

Mahathir Dan Najib Dalam Ketakutan ??

Posted: 22 Nov 2014 10:00 PM PST

MAHATHIR & NAJIB -----------------------------------  BAIK Mahathir atau Najib termasuk mantan PM2 lain, juga MB atau KM di Sabah dan Sarawak, soal kalah election bukanlah sesuatu yang mengusarkan sangat hati mereka hingga sedemikian hebat pertahankan kuasa masing2 dengan cara apapun.  Ya, bukan kalah yang mereka takutkan, tetapi yang menjadi kekhuatiran mereka ialah setelah kalah dan PR naik duduki kerusi PM, maka tindakan selanjutnya itulah yang cukup menakutkan mereka sebenarnya.  Makanya dengan cara apapun meski salah tetap mereka lakukan asal kuasa terus berada di tangan mereka.  Tong tahi sejak bertahun2 tersimpan kukuh yang menyebabkan anak bini, keluarga, diri sendiri menjadi terkaya sekali dan harta ada di mana-mana, berbelanja seperti taukeh judi ada istana, mobel mewah dan segala macam.  Kekayaan anak Mahathir, adik Najib, semua MB termasuk mantan KM Sarawak dan juga KM Sabah yang harta mereka bertimbun-timbun, perampokan tanah, salahguna kuasa dan segala macam yang menyebabkan kerajaan terpaksa tanggung beban hutang menghampiri 800 bilion.   Rakyat miskin papa!  Belum lagi kes2 jenayah seperti Altantuya yang terang2 tidak masuk akal pembunuh guna C4 bisa terlepas dari hukuman dan ini semula akan terbongkar siapa pengarahnya.  Kes Anwar sejak 15 tahun lalu juga akan dibangkit semula, siapa yang memulakannya dan siapa para pelakonnya dan ini akan terbongkar semuanya dan rakyat akan melihat semuanya dengan nyata, siapa sebenarnya malaikat dan siapa sebenarnya yang bertopengkan malaikat.  Ya Allah kenapa Malaysia begini jadinya?  Samalah seperti kes MB Selangor, ketika ia berkuasa tak nampak segala tong tahi dan bila sudah tak duduki kerusi mb,  satu2 nampak dan kelihatan segalanya dan rakyat siap memasang telinga dan membuka matanya lebar2 telan pahitnya.  Doalah Allah makbulkan kenyataan yang sebenarnya dan biasanya yang ikhlas dan jujur akan menang juga akhirnya.  Yakinlah yang Allah itu melihat segalanya, cuma sesuatu kemenangan itu sekadar tertangguh buat sementara.  ISMAILY BUNGSU sabah 22/11/2014 12:45pmMAHATHIR & NAJIB
-----------------------------------

BAIK Mahathir atau Najib termasuk mantan PM2 lain, juga MB atau KM di Sabah dan Sarawak, soal kalah election bukanlah sesuatu yang mengusarkan sangat hati mereka hingga sedemikian hebat pertahankan kuasa masing2 dengan cara apapun.
Ya, bukan kalah yang mereka takutkan, tetapi yang menjadi kekhuatiran mereka ialah setelah kalah dan PR naik duduki kerusi PM, maka tindakan selanjutnya itulah yang cukup menakutkan mereka sebenarnya.

Makanya dengan cara apapun meski salah tetap mereka lakukan asal kuasa terus berada di tangan mereka.

Tong tahi sejak bertahun2 tersimpan kukuh yang menyebabkan anak bini, keluarga, diri sendiri menjadi terkaya sekali dan harta ada di mana-mana, berbelanja seperti taukeh judi ada istana, mobel mewah dan segala macam.

Kekayaan anak Mahathir, adik Najib, semua MB termasuk mantan KM Sarawak dan juga KM Sabah yang harta mereka bertimbun-timbun, perampokan tanah, salahguna kuasa dan segala macam yang menyebabkan kerajaan terpaksa tanggung beban hutang menghampiri 800 bilion. 

Rakyat miskin papa!

Belum lagi kes2 jenayah seperti Altantuya yang terang2 tidak masuk akal pembunuh guna C4 bisa terlepas dari hukuman dan ini semula akan terbongkar siapa pengarahnya.

Kes Anwar sejak 15 tahun lalu juga akan dibangkit semula, siapa yang memulakannya dan siapa para pelakonnya dan ini akan terbongkar semuanya dan rakyat akan melihat semuanya dengan nyata, siapa sebenarnya malaikat dan siapa sebenarnya yang bertopengkan malaikat.

Ya Allah kenapa Malaysia begini jadinya?

Samalah seperti kes MB Selangor, ketika ia berkuasa tak nampak segala tong tahi dan bila sudah tak duduki kerusi mb, satu2 nampak dan kelihatan segalanya dan rakyat siap memasang telinga dan membuka matanya lebar2 telan pahitnya.

Doalah Allah makbulkan kenyataan yang sebenarnya dan biasanya yang ikhlas dan jujur akan menang juga akhirnya.

Yakinlah yang Allah itu melihat segalanya, cuma sesuatu kemenangan itu sekadar tertangguh buat sementara.


ISMAILY BUNGSU
sabah
22/11/2014

LAWATAN PRESIDEN "ANAK" DI CAMERON HIGHLANDS

Posted: 22 Nov 2014 09:15 PM PST



 Tragedi tanah runtuh di beberapa lokasi dalam Parlimen Cameron Highlands seperti Ringlet, Tanah Rata dan Kampung Raja baru baru ini adalah ulangan kepada peristiwa yang sama pada tahun lalu. 
 
Tragisnya, kali ini mengorbankan 5 nyawa dan hampir 100 orang mangsa.

 
Hujan lebat sekitar jam 5 petang, rabu lalu, disusuli air berlumpur yang turun dari arah bukit, begitu cepat sekali. 
 
Ada mangsa yang terpaksa memanjat bumbung bersama anak2 yang masih kecil, warga emas suami isteri terperangkap dalam rumah, ibu sarat mengandung korbankan nyawa menolak kereta yang di naiki air dan berbagai pengalaman menakutkan. 
 
Traumanya masih teras, apatah lagi ketika ini cuaca yang tidak menentu.

Agak lama saya tidak berkunjung ke Cameron Highlands. 10 tahun lalu, selaku pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat saya membuat tinjauan di beberapa tempat. 
 
Masa itu pun sudah rancak aktiviti pertanian dan pembangunan di lereng bukit dan tanah tinggi. 
 
Saya telah suarakan kebimbangan melalui media dan lain lain, padahnya akibat aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.
 
 
Bukit ditarah semaunya. Gondol di sana sini. Resort, penginapan mewah, apartmen; hatta kepada premis perniagaan telah berada di puncak bukit. Sangat pelik, bagaimana ia boleh diluluskan oleh pihak Berkuasa Tempatan. 
 
Bila hutan yang menjadi pasak bumi semakin mengecil akibat pembalakan tiada had, hakisan tanah mudah berlaku. 
Kesannya dapat dilihat dengan mudah. Bila hujan, air meluncur laju ke bawah, dan tentunya mengganas hingga ke rumah penduduk.
 
Keaslian Cameron Highlands sudah tidak seperti dulu. Destinasi pelancongan yang begitu terkenal ini telah dinodai oleh tangan tangan manusia yang rakus. Mungkin tidak lama lagi, hotel dan resort terpaksa memasang penghawa dingin, sebab sejuknya sudah hampir tidak terasa
 

 
Samada Kerajaan negeri Pahang begitu lemah atau bersekongkol dengan pemaju projek, ianya mesti disiasat SPRM. Sultan Pahang pun amat murka. Perdana Menteri umum, pasukan keselamatan akan menggempur pendatang asing di sebelah malam dalam masa terdekat. 
 
Tan Sri Muhyiddin Yasin akan ke Cameron Highlands isnin ini. Adakah isyarat kerajaan memandang serius tragedi tanah runtuh; atau sandiwara yang menjadi amalan biasa setiap kali malapetaka berlaku.
 
 
Yang pasti, rakyat terus menjadi korban. Tempat tinggal musnah, kerjaya terjejas dan ketakutan sentiasa menghantui diri dan keluarga. Ia sepatutnya menjadi iktibar kepada kita.
 

 
P/s Bersama Ust Aris Faezol Ismail, Timbalan Presiden ANAK, Pn Salmah Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Cameron Highlands, En Cheng Nam Hong, Penyelaras JK Bantuan PKR Cabang Cameron Highlands dan Adlan Ismail, SU Kerja PAS Kawasan Cameron Highlands mengadakan lawatan dan ziarah kepada mangsa.
 





Ia susulan dari ziarah yang sama oleh Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS sebelum ini bersama Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Razman Zakaria dan lebih 20 orang sukarelawan Unit Amal.
 
 
Gaya Peneroka

Hampir 15 Ribu Hadir Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Taiping Perak

Posted: 22 Nov 2014 08:30 PM PST

 


Walaupun hujan masih lagi turun namun tidak kurang 15 ribu rakyat kentalkan jiwa dan teguhkan iman masih mau mendengar ceramah ilmu agama yang disampaikan oleh pendakwah tersohor negara, Ustaz Azhar Idrus di Giant Taiping Perak malam tadi. 

Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Taiping Kena Boikot? Ingatkan dengan jajaan fitnah mengenai video klip beliau maka akan lesap merudum para pendengar, sebaliknya lagi difitnah lagi berduyun umat Islam ke setiap ceramahnya.











~omakkau

PR1MA: Dulu lawak, sekarang betul-betul SHAMSIAH SAMSURI

Posted: 22 Nov 2014 07:45 PM PST



 
DULU-dulu, apabila dilancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sekitar tahun 2012, maka besarlah harapan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman impian.
Mengikut maklumat yang diberikan harga rumah adalah sekitar RM100,000 hingga RM400,000 dan ditawarkan kepada semua rakyat yang berpendapatan isi rumah bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Selepas beberapa tahun berlalu, harapan untuk memiliki kediaman mula pudar sedikit demi sedikit. Maklumlah, bagi kami yang bekerja di bandar khususnya di Lembah Kelang, untuk memiliki rumah pangsa kos sederhana pun berharga sekitar RM200,00 hingga RM300,000.

Bagi yang bekerja suami isteri mungkin boleh diusahakan juga. Bagaimana dengan yang pasangan yang hanya suami bekerja? 
 
Dengan pendapatan bulanan bersih sekitar RM3000 sebulan, tentunya tidak mampu apabila dinilai dalam suasana kos sara hidup yang tinggi hari ini - Duit kegunaan harian, duit sewa rumah, duit minyak motosikal, duit untuk menyambut cahaya mata dan pelbagai kos lagi.
Apatah lagi, belum pun projek PR1MA berjalan sepenuhnya, dikhabarkan harga rumah akan naik apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan dilaksanakan sepenuhnya.

Pilihan lain yang ada ialah membeli rumah PR1MA di zon utara dan suami saya terpaksa mencari pekerjaan baru. Masalahnya, belum tentu dapat kerja dengan gaji sekarang.

Mula-mula, rakan-rakan selalu bergurau dengan mengatakan slogan tu sepatutnya berbunyi "rumah mampu tengok...". Sekarang gurauan itu benar-benar menjadi realiti kepada kami. – 
 
 
HARAKAHDAILY 

Siri Membela Tuang Presideng....... Aku malah nok komeng!

Posted: 22 Nov 2014 07:00 PM PST

 
AGENDA MENJATUHKAN PRESIDEN SARAT DI MEDIA, TETAPI MASIH NAFIKAN? Oleh : Akmal Sani

1. Entah mengapa ada pula orang di sekeliling kita yang melompat kepanasan apabila PJ PAS Perak mengeluarkan kenyataan peringatan bagi mana mana individu atau kumpulan yang ingin menjatuhkan Presiden PAS. Hairan juga.

2. Sambil kepanasan, ada juga yang mengatakan PJ PAS Perak sengaja menimbulkan polemik, atau tuduhan tanpa asas. Mungkin juga mereka jarang membaca akhbar dan tidak melayari internet kerana terlalu sibuk berpoligam. Atau gelabah kerana strategi licik mereka dikesan.

3. Di sini saya ingin membantu mereka untuk membuka mata melihat agenda agenda menjatuhkan Presiden TGHH yang mereka anggap sebagai polemik dan tuduhan tanpa asas;

a) Sarat di dada akhbar hari ini tentang kehadiran TGHH di dalam mesyuarat Pakatan, walhal LGE yang lebih kerap tidak hadir, tidak pula masuk akhbar. Adakah kamu terlupa membaca akhbar?

b) PKR mengheret TGHH ke mahkamah dengan isu yang seperti tin kosong. Kemudian dijaja ke sana ke mari mengatakan TGHH membuat tuduhan tanpa usul periksa. Adakah kamu tak sedar isu ini sedang berlangsung?

c) PasMa ke sana ke mari membuka ruang seluas luasnya kepada mana mana orang untuk menghina TGHH dengan alasan kebebasan bersuara. Kamu tak layari internet kah?

d) Isu MB Selangor, sana sini manusia menunding jari kepada TGHH menuduhnya sebagai pengkhianat walhal beliau berpegang dengan keputusan mesyuarat. Apakah kamu membuta tentang isu ini?

e) Jatuhnya kedah ke tangan BN juga dikaitkan dgn presiden. Padahal ini semua angkara presiden PasMa

f) kononnya agenda khayalan 16 September juga berpunca dpd presiden.

g) UG dikaitkan dgn presiden terus ditendang walaupun penjelasan telah diberi 4.

Rasanya cukup sekadar ini untuk membantu mereka yang masih belum sedar penganiyaan terhadap Presiden PAS, atau sengaja buat buat tak tahu?

Atau kamu tidak anggap apa yang disenaraikan di atas sebagai satu penganiyaan dan agenda menjatuhkan Presiden?


* Penulis adalah Exco Pemuda PAS Perak -


sumber Posted by mountdweller
Sunday, November 23, 2014 Siri Membela Tuang Presideng....... Aku malah nok komeng! AGENDA MENJATUHKAN PRESIDEN SARAT DI MEDIA, TETAPI MASIH NAFIKAN? Oleh : Akmal Sani 1. Entah mengapa ada pula orang di sekeliling kita yang melompat kepanasan apabila PJ PAS Perak mengeluarkan kenyataan peringatan bagi mana mana individu atau kumpulan yang ingin menjatuhkan Presiden PAS. Hairan juga. 2. Sambil kepanasan, ada juga yang mengatakan PJ PAS Perak sengaja menimbulkan polemik, atau tuduhan tanpa asas. Mungkin juga mereka jarang membaca akhbar dan tidak melayari internet kerana terlalu sibuk berpoligam. Atau gelabah kerana strategi licik mereka dikesan. 3. Di sini saya ingin membantu mereka untuk membuka mata melihat agenda agenda menjatuhkan Presiden TGHH yang mereka anggap sebagai polemik dan tuduhan tanpa asas; a) Sarat di dada akhbar hari ini tentang kehadiran TGHH di dalam mesyuarat Pakatan, walhal LGE yang lebih kerap tidak hadir, tidak pula masuk akhbar. Adakah kamu terlupa membaca akhbar? b) PKR mengheret TGHH ke mahkamah dengan isu yang seperti tin kosong. Kemudian dijaja ke sana ke mari mengatakan TGHH membuat tuduhan tanpa usul periksa. Adakah kamu tak sedar isu ini sedang berlangsung? c) PasMa ke sana ke mari membuka ruang seluas luasnya kepada mana mana orang untuk menghina TGHH dengan alasan kebebasan bersuara. Kamu tak layari internet kah? d) Isu MB Selangor, sana sini manusia menunding jari kepada TGHH menuduhnya sebagai pengkhianat walhal beliau berpegang dengan keputusan mesyuarat. Apakah kamu membuta tentang isu ini? e) Jatuhnya kedah ke tangan BN juga dikaitkan dgn presiden. Padahal ini semua angkara presiden PasMa f) kononnya agenda khayalan 16 September juga berpunca dpd presiden. g) UG dikaitkan dgn presiden terus ditendang walaupun penjelasan telah diberi 4. Rasanya cukup sekadar ini untuk membantu mereka yang masih belum sedar penganiyaan terhadap Presiden PAS, atau sengaja buat buat tak tahu? Atau kamu tidak anggap apa yang disenaraikan di atas sebagai satu penganiyaan dan agenda menjatuhkan Presiden? * Penulis adalah Exco Pemuda PAS Perak - sumber Posted by mountdweller

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

LAWAK HARI AHAD: SAKSI

Posted: 22 Nov 2014 06:45 PM PST


Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan
menghadirkan seorang saksi utama seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa saya?
Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil lagi.


Kamu suka berbohong dan mengata di belakang kawan-kawan kamu.


Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar.

Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima.


Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..

Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?


Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..

Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya...


"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah...," kata hakim.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/11/lawak-ahad-saksi.html#ixzz3JqtOx6Ki


Malaysia Tanah Airku.......

Posted: 22 Nov 2014 06:30 PM PST


Umno Selangor Dicadang Bergabung Dengan Pas Dan Khalid Ibrahim

Posted: 22 Nov 2014 06:00 PM PST

Noh perlu panggil Pas untuk kuatkan Umno Selangor



Noh Omar memberi tahu yang Mohd Najib Razak masih mahukan beliau terus memimpin Umno Selangor. 
 
Menurutnya, walaupun beliau tidak keberatan sekiranya digugur sebagai Pengerusi Umno Selangor, tetapi Najib tetap mahukan dia memimpin Umno Selangor. 
 
Ertinya Najib masih ada kepercayaan kepada bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani itu.

Jaminan Najib itu sudah tentu menggembirakan Noh Omar yang sebelum ini dikirik oleh Dr Mahathir Mohamad sehingga mencadangkan agar Umno Selangor dibubarkan. 
 
Kritikan Mahathir itu membikinkan Noh tidak lelap tidur. Mujur tidak ada sambutan hangat terhadap cadangan Mahathir itu. 
 
Kalau ia disambut sudah tentu kedudukan pengerusi Umno Selangor akan berubah dalam masa terdekat.

Jaminan daripada Najib itu diperolehi Noh ketika beliau bertemu dengan Najib empat biji mata Selasa lalu. Pertemuan empat biji mata itu dianggap sebagai penting dan eksklusif.

Bagaimana pun disamping diberi peluang memimpin Umno Selangor, Noh diminta agar melakukan pembaikipulihan dalam Umno Selangor ini bagi memastikan parti itu dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Apa yang dapat disimpulkan dengan jaminan Najib supaya Noh meneruskan pimpinan Selangor menunjukkan Umno ketandusan pemimpin di negeri terkaya di Malaysia itu. 
 
Dengan mengekalkan Noh itu menggambarkan Noh adalah pemimpin terbaik setakat ini. 
 
Sekiranya ada tokoh yang lebih baik daripada Noh sudah pasti Najib sedia membubarkan Umno dan mencari ketua baru.

Menarik juga apabila Noh diminta melakukan pembaikkan itu. Apakah agaknya idea Noh dalam hal ini. Noh sudah pasti diberi peluang terakhir untuk membawa kejayaan kepada Umno Selangor. 
 
Sekiranya Umno masih gagal ini bermakna nyawa dan nafas politik Noh akan berakhir.

Dalam hal ini suka saya mencadangkan kepada Noh untuk kelangsungan riwayatnya dalam politik di Selangor. 
 
Jalan lain untuk mengukuhkan kedudukan Umno Selangor dirasakan payah. Bukan senang juga untuk Noh menggerakan semangat Umno Selangor termasuk pemimpin peringkat bahagian agar bersamanya. 
 
Khabarnya bukan semua ketua-ketua bahagian senang dengan Noh, manakala anak-anak muda tidak melihat Noh sebagai ketua yang ada idea dan wawasan.

Hanya satu cara yang saya nampak bagi Noh memulihkan keadaan dan seterusnya mengatur jalan untuk merampas Selangor daripada PKR dan DAP. Caranya Noh mesti berusaha untuk membawa Pas bersama Umno. 
 
Itu sahaja caranya. Noh memerlukan bantuan Pas untuk merampas Selangor. Umum tahu sesetengah pemimpin Pas Selangior berminat untuk bergabung dengan Umno atas maslahat untuk kepentingan agama dan bangsa. Perkara ini bukan menjadi rahsia lagi.

Kenapa tidak Noh merapatkan diri dengan mereka ini. Bukankah sebelum ini sudah ada gagasan dan agenda untuk menyatukan Pas dengan Umno. Nah, Noh boleh mengambil kesempatan atas minat sesetengah pemimpin Pas ini. Keinginan sesetengah pemimpin Pas ini juga tidak dapat dibendung lagi. Penentangan terhadap Dr Wan Azizan Wan Ismail untuk mengambil alih jawatan MB daripada Khalid Ibrahim memberi petunjuk yang mereka itu senang dengan Umno. 
 
Apakah gerak bawah ini tidak difahami Noh?

Bagi memudahkan usaha Noh berbaik dan berpakat dengan Umno ini Noh boleh merisik khabar dengan beberapa personaliti berwajah ustaz dan ulama dalam Pas. 
 
Mereka yang mempercayai kedudukan Islam dan bangsa Melayu terancam waktu ini pasti sedia membuka jabatan tangan dengan Noh.

Mungkin Noh boleh mencari dan bermuzakarah dengan beberapa pemimpin Dewan Pemuda Pas yang pernah menghadiri dialog cendekiwan pada dua tiga tahun lepas yang turut mencari formula bagaimana hendak menggabungkan Pas dengan Umno.

Dalam masa sama juga mungkin Noh boleh swastakan Umno kepada bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim yang dikatakan disayangi oleh rakyat. 
 
Aset yang ada kepada Khalid itu sepatutnya dimanfaatkan oleh Noh. Noh dan Umno perlu menggunakan kehebatan Khalid. Ia tidak sukar kerana Khalid sendiri adalah bekas ahli parti Umno.

Sudah pasti kehadiran Khalid dan beberapa pemimpin Pas akan menguatkan dan membantu Umno untuk merampas kerajaan Selangor. 
 
Mereka juga akan menjadi penyelamat kepada Melayu dan Islam di Selangor yang digambar-gemburkan dalam keadaan terancam muasir ini.Perjuangan Khalid dan beberapa pemimpin Pas yang obses kepada agama dan Islam juga sejalur sejalan dengan Umno.

Saya rasa kalau Noh berjaya memancing Khalid dan beberapa pimpinan Pas Selangor dan juga beberapa pemuda Pas Malaysia itu sudah pasti Umno akan mendapat result yang baik dalam pilihan raya akan datang?

Untuk tujuan ini Noh juga boleh cuba merintis jalan dan merisik pendirian beberapa ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) yang kini sangat jelas kemiringan menara imannya, kemudian kemukakan cadangan atau pelan ini kepada Najib. Itulah cara bagi Noh untuk menguatkan Umno dan menjamin riwayat politiknya panjang. [wm.kl.6:48 pm 22/11/14] - mso


 

Indonesia's new president causes a buzz by flying economy class

Posted: 22 Nov 2014 05:16 PM PST

 
Indonesia's new President Joko Widodo caused a stir this weekend by opting to fly economy class to watch his son's high school graduation in Singapore, drawing both praise and criticism online.

Skipping the usual heavy security protocol for heads of state, Widodo and his wife Iriana queued for check-in at Jakarta airport like ordinary passengers before taking their economy seats.

Widodo is known for his common touch, and his family have maintained a modest lifestyle since he became leader of Southeast Asia's biggest economy last month.

The presence of the president, known by his nickname Jokowi, caused a buzz at Jakarta's airport as passengers shouted and clamoured to shake his hand, with some taking selfies on their phones.
Some, though, thought it was a publicity stunt.

"Why should he go through the metal detector, join the queue, etc? Sir, stop polishing your image, just act natural," Rangga Aditya commented on news portal Detik.com.

Harry Azet tweeted: "Living a fake life is difficult: Jokowi went to Singapore flying economy but slept in an expensive hotel."

Widodo stayed in a five-star hotel on Orchard Road, Singapore's shopping mecca, an Indonesian embassy spokesman in Singapore told AFP.

But his choice to fly economy also won widespread praise, with many urging other government officials to follow suit.

"Jokowi sets a good example by flying economy. Hopefully other officials can follow in his footsteps," tweeted Anita Tobing.

Widodo said he did not use the presidential private jet or the VIP terminal because he was travelling for personal reasons.

"I am going for family matters, a private agenda, not a state visit -- so why should I use the facility?" Widodo told reporters.

The president and his wife were in Singapore to see their youngest son, 19-year-old Kaesang Pangarep, graduate from the Anglo-Chinese International School on Friday evening. The couple have two other children.

Widodo had breakfast with Singapore's Prime Minister Lee Hsien Loong before flying back to Jakarta on Saturday morning.

'Balu Bala tak boleh saman PM, Rosmah'

Posted: 22 Nov 2014 04:00 PM PST

   
Balu kepada mendiang P Balasubramaniam tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor tanpa surat pendadbiran, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu.

"Harus ada pemeteraian arahan daripada mahkamah sebelum beliau memfailkan prosiding undang-undang," kata peguam Hafarizam Harun, yang mewakili Najib dan Rosmah.

Tiada surat pentadbiran daripada plaintif pertama AS Selvi, yang memfailkan saman RM1.9 juta atas kapasiti peribadi dan  balu yang sah kepada Balasubramaniam, katanya.

Hafarizam berkata, timbul keraguan sama ada Selvi boleh bertindak bagi pihak Bala, atau sama ada beliau boleh bertindak sendiri atas kapasiti peribadi.

Plaintif mendakwa terdapat konspirasi yang memaksa suami dan keluarganya membuang diri di luar negara, tetapi, jika ia benar-benar wujud, ia hanya melibatkan Bala dan bukan Selvi.

"Jika terdapat persetujuan untuk konspirasi... ia tidak dirancang untuk plaintif, dan memberikan kesan buruk kepada dia (Selvi)," katanya semasa penghujahan untuk mengetepikan perbicaraan itu.

Mahkamah menetapkan 11 Disember untuk menyampaikan keputusan.
 
Malaysiakini

Pelajar meninggal dunia, ibu salahkan hospital

Posted: 22 Nov 2014 08:15 AM PST

  
Seorang pelajar tingkatan dua yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta meninggal dunia selang beberapa minit selepas ibu bapanya membuat sidang media mengenai dakwaan kecuaian hospital tersebut.


G Tinasha, 14 dimasukkan ke hospital berkenaan akibat demam pada Ahad malam lalu, kata ibunya, I Uthayabavani.

"Beliau dimasukkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 8.30 malam. Sekitar tengah malam, anak saya mengadu sakit kepala dan raya loya.

"Seorang jururawat kemudian memberikan satu ubat dengan arahan seorang pegawai perubatan," katanya dengan tersedu-sedan.

Surirumah berusia 46 tahun itu percaya bahawa anaknya mungkin diberikan ubat yang salah.

Pada kira-kira jam 5 pagi, degupan jantung Tinasha terhenti dan paras oksigennya merudum, yang memaksa kakitangan perubatan menjalankan rawatan awal pemulihan jantung CPR dan diletakkan bawah sistem sokongan hidup.

Uthayabavani dan suaminya, B Ganesan Rao, seorang pemandu teksi membuat laporan polis ke atas hospital berkenaan.

Nama hospital berkenaan tidak disiarkan buat masa ini, sementara mendapat reaksinya.



Malaysiakini

DAP: Mahathir tidak politikkan 1MDB?

Posted: 22 Nov 2014 07:30 AM PST

  
 MP DAP, Teresa Kok mempersoalkan tindakan Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Alhabshee yang menggesanya agar tidak mempolitikkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Kok berkata, Syed Ali sepatutnya menganggap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempolitikkan isu 1MDB kerana turut mengkritik syarikat pelaburan negara itu.

"Adakah beliau (Syed Ali) akan menuduh Mahathir mempolitikkan isu 1MDB untuk memburukkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?," kata Kok dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kok, Mahathir dalam bulan September lalu membangkitkan beberapa persoalan tentang lambakan hutang dan penggunaan dana 1MDB.

"Isu berkaitan 1MDB dan dibangkitkan oleh DAP dan Mahathir adalah isu yang sangat serius yang memerlukan delegasi Umno untuk berani mengangkatnya dalam perbahasan mereka," kata Kok.

Beliau mengulas kenyataan Syed Ali semalam yang mempersoalkan tindakan DAP yang menggesa Umno membincangkan isu 1MDB semasa perhimpunan agungnya.



Malaysiakini

Noh perlu panggil Pas untuk kuatkan Umno Selangor

Posted: 22 Nov 2014 06:45 AM PST


SUSUPANSENJA                                                                                          

Noh Omar memberi tahu yang Mohd Najib Razak masih mahukan beliau terus memimpin Umno Selangor. Menurutnya, walaupun beliau tidak keberatan sekiranya digugur sebagai Pengerusi Umno Selangor, tetapi Najib tetap mahukan dia memimpin Umno Selangor. Ertinya Najib masih ada kepercayaan kepada bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani itu.

Noh Omar

Jaminan Najib itu sudah tentu menggembirakan Noh Omar yang sebelum ini dikirik oleh Dr Mahathir Mohamad sehingga mencadangkan agar Umno Selangor dibubarkan. Kritikan Mahathir itu membikinkan Noh tidak lelap tidur.

Mujur tidak ada sambutan hangat terhadap cadangan Mahathir itu. Kalau ia disambut sudah tentu kedudukan pengerusi Umno Selangor akan berubah dalam masa terdekat.


Jaminan daripada Najib itu diperolehi Noh ketika beliau bertemu dengan Najib empat biji mata Selasa lalu. Pertemuan empat biji mata itu dianggap sebagai penting dan eksklusif.

Bagaimana pun disamping diberi peluang memimpin Umno Selangor, Noh diminta agar melakukan pembaikipulihan dalam Umno Selangor ini bagi memastikan parti itu dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya akan datang.




Apa yang dapat disimpulkan dengan jaminan Najib supaya Noh meneruskan pimpinan Selangor menunjukkan Umno ketandusan pemimpin di negeri terkaya di Malaysia itu.

Dengan mengekalkan Noh itu menggambarkan Noh adalah pemimpin terbaik setakat ini. Sekiranya ada tokoh yang lebih baik daripada Noh sudah pasti Najib sedia membubarkan Umno dan mencari ketua baru.

Menarik juga apabila Noh diminta melakukan pembaikkan itu. Apakah agaknya idea Noh dalam hal ini. Noh sudah pasti diberi peluang terakhir untuk membawa kejayaan kepada Umno Selangor. Sekiranya Umno masih gagal ini bermakna nyawa dan nafas politik Noh akan berakhir.

Dalam hal ini suka saya mencadangkan kepada Noh untuk kelangsungan riwayatnya dalam politik di Selangor. Jalan lain untuk mengukuhkan kedudukan Umno Selangor dirasakan payah.

Bukan senang juga untuk Noh menggerakan semangat Umno Selangor termasuk pemimpin peringkat bahagian agar bersamanya. Khabarnya bukan semua ketua-ketua bahagian senang dengan Noh, manakala anak-anak muda tidak melihat Noh sebagai ketua yang ada idea dan wawasan.

Hanya satu cara yang saya nampak bagi Noh memulihkan keadaan dan seterusnya mengatur jalan untuk merampas Selangor daripada PKR dan DAP. Caranya Noh mesti berusaha untuk membawa Pas bersama Umno. Itu sahaja caranya.

Noh memerlukan bantuan Pas untuk merampas Selangor. Umum tahu sesetengah pemimpin Pas Selangior berminat untuk bergabung dengan Umno atas maslahat untuk kepentingan agama dan bangsa. Perkara ini bukan menjadi rahsia lagi.

Kenapa tidak Noh merapatkan diri dengan mereka ini. Bukankah sebelum ini sudah ada gagasan dan agenda untuk menyatukan Pas dengan Umno. Nah, Noh boleh mengambil kesempatan atas minat sesetengah pemimpin Pas ini.

Keinginan sesetengah pemimpin Pas ini juga tidak dapat dibendung lagi. Penentangan terhadap Dr Wan Azizan Wan Ismail untuk mengambil alih jawatan MB daripada Khalid Ibrahim memberi petunjuk yang mereka itu senang dengan Umno. Apakah gerak bawah ini tidak difahami Noh?

Bagi memudahkan usaha Noh berbaik dan berpakat dengan Umno ini Noh boleh merisik khabar dengan beberapa personaliti berwajah ustaz dan ulama dalam Pas. Mereka yang mempercayai kedudukan Islam dan bangsa Melayu terancam waktu ini pasti sedia membuka jabatan tangan dengan Noh.

Mungkin Noh boleh mencari dan bermuzakarah dengan beberapa pemimpin Dewan Pemuda Pas yang pernah menghadiri dialog cendekiwan pada dua tiga tahun lepas yang turut mencari formula bagaimana hendak menggabungkan Pas dengan Umno.

Dalam masa sama juga mungkin Noh boleh swastakan Umno kepada bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim yang dikatakan disayangi oleh rakyat. Aset yang ada kepada Khalid itu sepatutnya dimanfaatkan oleh Noh. 


Noh dan Umno perlu menggunakan kehebatan Khalid. Ia tidak sukar kerana Khalid sendiri adalah bekas ahli parti Umno.

Sudah pasti kehadiran Khalid dan beberapa pemimpin Pas akan menguatkan dan membantu Umno untuk merampas kerajaan Selangor. Mereka juga akan menjadi penyelamat kepada Melayu dan Islam di Selangor yang digambar-gemburkan dalam keadaan terancam muasir ini.


Perjuangan Khalid dan beberapa pemimpin Pas yang obses kepada agama dan Islam juga sejalur sejalan dengan Umno.

Saya rasa kalau Noh berjaya memancing Khalid dan beberapa pimpinan Pas Selangor dan juga beberapa pemuda Pas Malaysia itu sudah pasti Umno akan mendapat result yang baik dalam pilihan raya akan datang?

Untuk tujuan ini Noh juga boleh cuba merintis jalan dan merisik pendirian beberapa ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) yang kini sangat jelas kemiringan menara imannya, kemudian kemukakan cadangan atau pelan ini kepada Najib. Itulah cara bagi Noh untuk menguatkan Umno dan menjamin riwayat politiknya panjang. [wm.kl.6:48 pm 22/11/14]


Posted by mso.im

Gadis Dirogol Lima Remaja Bergilir-Gilir

Posted: 22 Nov 2014 06:00 AM PST

 

Bengang ditumbuk sehingga hidung berdarah, seorang lelaki bersama empat lagi rakannya bertindak merogol seorang gadis berusia 16 tahun secara  bergilir-gilir dalam kejadian 12 November lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis terbabit dirogol bergilir-gilir  selepas menumbuk muka seorang lelaki yang juga kenalan kepada teman lelakinya selepas lelaki itu meraba badannya.  


Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa dikatakan mengikuti teman lelakinya seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Mohd Hisham keluar makan di Kampung Sri Aman.

"Ketika dalam perjalanan pulang mereka pulang ke rumah, mereka diekori oleh lima suspek menaiki tiga motosikal sebelum terserempak dengan kereta peronda polis yang cuba menahan mereka.

"Ketika cuba ditahan, mereka berjaya meloloskan diri daripada ditahan kereta peronda polis dan sampai ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Yahaya berkata, ketika di tempat kejadian, mangsa diraba menyebabkan mangsa berang dan bertindak menumbuk muka sehingga hidung suspek berdarah.

"Akibatnya, hidung suspek berdarah dan marah lalu merogol mangsa secara bergilir-gilir.

"Teman lelaki mangsa tidak berani untuk membantu disebabkan takut kerana suspek ramai," katanya.

Sehari selepas kejadian itu, remaja berkenaan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya, dan bertindak membuat laporan polis.

- Sharian





Gagal Tawan selangor, Noh Udang Meroyan Salahkan Pengundi Pulak..

Posted: 22 Nov 2014 05:15 AM PST

 
Saturday, 22 November 2014.  Gagal Tawan selangor, Noh Udang Meroyan Salahkan Pengundi Pulak..  Selepas dikritik hebat kerana gagal merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa pertambahan pengundi baru di Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu mencurigakan.  Menurut pengerusi badan perhubungan Umno Selangor itu, pertambahan jumlah pengundi baru yang mendadak itu kemungkinan disengajakan sesetengah pihak.  "Dalam PRU lepas, pertambahan pengundi di Selangor terlalu mendadak, ada sampai 15,000 hingga 19,000 namun sebelum ini kita tidak pernah buat bantahan," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Sunathon di Tanjung Karang, Kuala Selangor hari ini.  "Mulai hari ini, Umno Selangor akan buat bantahan kalau ada pengundi baru yang mencurigakan. Kadang kala kita seronok tambah pengundi, namun daftar pengundi tidak buat. Mungkin pihak tertentu sengaja hendak pindah undi, itu yang kita mahu jaga."  Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, Umno Selangor akan memantau pertambahan atau pengurangan pengundi baru sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.  "Untuk senarai negeri, Umno Selangor mencapai kedudukan tangga keenam bagi pertambahan pengundi di bawah parti," katanya.  Semasa PRU13, PR memenangi 59.4% undi popular di negeri Selangor dan dilihat mempunyai kelebihan dalam pilihan raya akan datang.  Di Selangor, PKR memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP 15 dan PAS 15, manakala Umno hanya memenangi 12 kerusi.  Prestasi hambar Umno Selangor menyebabkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa ianya dirombak semula.  Menurut Dr Mahathir, Umno Selangor perlu dibubarkan dan pucuk pimpinannya perlu diubah kerana menyekat muka baru menyertai parti Melayu terbesar itu.  Bagaimanapun Noh hari ini menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan Umno Selangor antara yang menyahut seruan transformasi Datuk Seri Najib Razak dengan menampilkan muka baru ketika pemilihan tahun lalu  - The Malaysian Insider
Selepas dikritik hebat kerana gagal merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa pertambahan pengundi baru di Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu mencurigakan. 

Menurut pengerusi badan perhubungan Umno Selangor itu, pertambahan jumlah pengundi baru yang mendadak itu kemungkinan disengajakan sesetengah pihak.

"Dalam PRU lepas, pertambahan pengundi di Selangor terlalu mendadak, ada sampai 15,000 hingga 19,000 namun sebelum ini kita tidak pernah buat bantahan," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Sunathon di Tanjung Karang, Kuala Selangor hari ini.

"Mulai hari ini, Umno Selangor akan buat bantahan kalau ada pengundi baru yang mencurigakan. Kadang kala kita seronok tambah pengundi, namun daftar pengundi tidak buat. Mungkin pihak tertentu sengaja hendak pindah undi, itu yang kita mahu jaga."

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, Umno Selangor akan memantau pertambahan atau pengurangan pengundi baru sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Untuk senarai negeri, Umno Selangor mencapai kedudukan tangga keenam bagi pertambahan pengundi di bawah parti," katanya.

Semasa PRU13, PR memenangi 59.4% undi popular di negeri Selangor dan dilihat mempunyai kelebihan dalam pilihan raya akan datang.

Di Selangor, PKR memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP 15 dan PAS 15, manakala Umno hanya memenangi 12 kerusi.

Prestasi hambar Umno Selangor menyebabkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa ianya dirombak semula.

Menurut Dr Mahathir, Umno Selangor perlu dibubarkan dan pucuk pimpinannya perlu diubah kerana menyekat muka baru menyertai parti Melayu terbesar itu.

Bagaimanapun Noh hari ini menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan Umno Selangor antara yang menyahut seruan transformasi Datuk Seri Najib Razak dengan menampilkan muka baru ketika pemilihan tahun lalu


- The Malaysian Insider

Polis, tentera gempur Cameron Highlands..??

Posted: 22 Nov 2014 04:30 AM PST

 
 
SERDANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggerakkan anggota ke Cameron Highlands untuk menggempur kegiatan pembukaantanah secara haram di situ pada waktu malam, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil susulan perbincangannya dengan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, berdasarkan laporan bahawa kegiatan itu sering
dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) pada waktu malam.

"Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain) untuk menghantar
anggota masing-masing supaya pada waktu malam kita akan membuat rondaan yang lebih menyeluruh dan kalau ada kegiatan yang menyalahi undang-undang kita
akan ambil tindakan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014, di Taman Ekspo Pertanian
Malaysia Serdang (Maeps), di sini hari ini.



Berhubung kebanjiran PATI di kawasan tanah tinggi itu, beliau berkata, penguatkuasaan lebih tegas dan berkesan akan dijalankan melalui kerjasama antara
kerajaan negeri Pahang dan Kerajaan Pusat.


Najib berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat di Cameron Highlands akan
melawat kawasan tanah tinggi itu Isnin ini bersama-sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Saya berharap hasil lawatan dan perbincangan bersama itu, kita akan membuat tindakan yang lebih berkesan dan kelemahan-kelemahan dari segi penguatkuasaan
selama ini akan berubah kepada satu bentuk penguatkuasaan lebih serius dan berkesan lagi," katanya.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November lepas, mengakibatkan lima
kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.

- BERNAMA

Pen Burok Online.

AKHIRNYA UNDI KEPADA BN BERBALOI JUGA (GAMBAR)

Posted: 22 Nov 2014 03:45 AM PST


Umno kritikal, Muhyiddin gesa berubah sebelum diubah

Posted: 22 Nov 2014 03:00 AM PST

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno perlu berubah sebelum parti Melayu itu diubah selepas 2 keputusan PRU yang tidak membanggakan.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno perlu berubah sebelum parti Melayu itu diubah selepas 2 keputusan PRU yang tidak membanggakan. – G

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Umno melakukan perubahan sebelum mereka diubah selepas dua keputusan pilihan raya umum (PRU) sejak 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan undi popular pada 2013.

Timbalan presiden Umno itu berkata, keadaan yang dihadapi parti Melayu terbesar itu pada ketika ini kritikal dan tindakan segera perlu diambil sebelum kalah lebih teruk.

"Saya katakan kita sudah capai tahap agak kritikal, kalau perubahan atau pembaharuan tidak dilihat berlaku, bimbangnya kita boleh kalah.

"Isyarat itu sudah jelas di hadapan kita," kata Muhyiddin dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia hari ini.

Muhyiddin turut melihat sayap dalam parti lemah memainkan peranan masing-masing dan menggesa supaya mereka lebih ke depan dalam menangani isu berbangkit dan memberi kefahaman kepada masyarakat.

"Jangan ada orang menganggap Pemuda, Wanita atau Puteri sudah lesu, ataupun sudah tak bermaya atau tak pernah bersuara senyap dan sunyi. Banyak komen seolah-olah (sayap) tidak seperti dulu bila ada isu, dia ke hadapan.

"Sekarang tidak dilihat begitu, (keadaan) ini sudah melalui tempoh yang agak lama, ini tidak boleh berterusan macam itu lagi.

"Bagi saya, kalau nak ubah, kena berubah. Kalau tak, kita diubah," kata ahli Parlimen Pagoh itu.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri melihat Umno masih belum pulih selepas melalui dua PRU, malah parti Melayu itu masih terbelenggu dengan masalah dalaman parti.

"Masih ada isu dalaman yang tidak diselesaikan, masih ada perebutan jawatan, masih ada politik wang, masih ada kelalaian, kealpaan dan kelekaan termasuk sayap-sayap parti.

"Ini satu muhasabah diri yang kita kena akui tapi kita mesti ambil tindakan yang lebih tegas, berkesan dan berani," katanya.

Muhyiddin berkata, kepimpinan sayap dalam parti perlu jelas dengan matlamat yang dibawa Umno, tetapi pendekatan perjuangan untuk kepentingan kaum Melayu juga perlu dilakukan mengikut kaedah berbeza.

"Dalam penggunaan bahasa kita, bukankah ada cara untuk sampaikan mesej dengan jelas tanpa perlu menyentuh perasaan pihak lain.

"Ada yang boleh kita olah dan adalah penting kita tidak lupa tumbuh dan bangunnya Umno untuk perjuangkan nasib bangsa, agama dan negara. Itu tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Cara perjuangan kita mungkin berbeza sedikit tetapi mesejnya sama," katanya.

Perhimpunan Agung Umno ke-65 akan bermula minggu depan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sebelum ini Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sekali lagi mengingatkan perwakilan yang bakal berkampung selama 5 hari pada Perhimpunan Agung Umno 2014 supaya tidak menyentuh isu sensitif dalam perbahasan.

"Saya nak menasihatkan antara usul yang akan dibahaskan dalam persidangan tersebut ialah ucapan dasar presiden, ekonomi dan agama serta pendidikan.

"Kita nak nasihatkan pembentang usul, mereka bebas untuk mengutarakan apa saja isu, hanya kita tak nak mereka menyentuh masalah peribadi, perkara sensitif di antara kaum dan di antara ahli Umno," katanya. – 22 November, 2014.


www.themalaysianinsider.co


Najib: tanda kiamat politik Umno....???

Posted: 22 Nov 2014 02:15 AM PST


Saya pernah menulis dalam Majalah Suara Baru sewaktu permulaan Najib dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan petikan berikut " ERA NAJIB – mampukan Najib membawa harapan baru atau hanya menyempurnakan nafas terakhir Umno" Hari ini serangan ke atas pentadbiran Najib Tun Abdul Razak akan dan sekiranya di teliti sudah bermula.

Paluan gendang perang sudah berbunyi dan Najib pasti akan terus di lanyak lumat sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan yang ada.

Ini adalah hipotesis yang ada hari ini.

Masa Najib, sekiranya serangan ini bermula sudah terhad. Arah haluan media sudah mula menunjukkan tanda-tanda kritikan terhadap Najib sudah bermula.

Serangan dari bekas Perdana Menteri kepada penganalisis politik termasuk ahli dalam Umno sendiri – sudah akan ada. Isu 1MDB, isu akta hasutan semua akan berkumandang sebagai bahan pembakar serangan.

Media alternatif juga – khususnya pembangkang sudah mula menyentuh isu ini melibatkan Umno – serangan terhadap Najib - dilanjutkan dengan spekulasi tindakan menaikkan Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan spekulasi Tan Sri Muhyddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Lihat artikel berikut :

http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=402851:muhyiddin-resignation-soon?-armed-with-the-green-light-from-najib-successor-hisham-waits-in-the-wings&Itemid=2#axzz3JgmYR64A

Ini semua dibentuk untuk menunjukkan Najib sedar beliau akan di humban keluar dan untuk terus menjaga kepentingan diri, Hishammuddin mahu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan beliau kelak.

Ini pasti akan memberi gambaran berlainan dalam Umno.

Cara mainan media pembangkang amat tersusun sekali – memanipulasi logik yang ada – baik untuk pembangkang menerima mahupun untuk Umno menilai berita ini.

Arah tulisan media amat teliti dengan hipotesis yang tidak lari dari logik dan kemelut politik.

Tidak juga dinafikan kemungkinan sirkulasi serangan ini juga mainan dalam Umno yang menggunakan khidmat media pembangkang.

Metodologi sebegini tidak ada dalam Umno. Media Umno kaku bertindak mengikut arah angin masing-masing.

Semua tidak tersusun dan tidak berarah.

Ini adalah senario benar yang ada sehingga Umno gagal melawan persepsi-persepsi yang di bentuk ke atas parti tersebut.

Kepimpinan Najib sendiri gagal membentuk pertahanan yang kuat dalam media alternatif.

Maka persepsi Najib akan terus ditekan untuk digantikan semakin membengkak.

Malah pada PRU13 juga – atur Umno dalam media tidak menampakkan dominasi Umno sungguhpun inventori cukup dan peruntukkan amat besar sekali tapi gagal dalam mainan propaganda khususnya mendominasi minda pembaca.

Hari ini, seakan nampak gerakan sudah bermula untuk menekan Najib dalam media dan juga hakikat politik yang ada.

Dalam keadaan Umno akan mengadakan perhimpunan tahunan mereka – kejutan kecil berlaku dengan wujud tindakan dalaman membuat protes - meletak jawatan membantah Presiden Umno. Laporan media berikut :

http://www.selangorpress.com/blog/ketua-cawangan-letak-jawatan-protes-presiden-umno/

menunjukkan Ketua Pemuda Cawangan –Simpang Morib melepaskan jawatan dan mengatakan kekecewaan terhadap Najib selaku Presiden Umno.

Ini semua membayangkan permulaan – serangan terhadap Najib. Adakah serangan ini akan lebih menyeluruh lagi sampai kepada Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ahli Umno baru ini di desak untuk meninggalkan budaya bodek dan mengampu dalam PAU yang akan datang ini.

Apakah saranan yang dibuat sesetengah pihak ini adalah untuk memulakan suara-suara garang mengkritik pentadbiran Najib.

Apa pun untuk memulakan gerakan menggantikan Najib tindakan Tun Dr Mahathir adalah pemulanya.

Suara Tun M masih lagi berwibawa kuat dalam politik Umno.

Sebarang kritikan akan diambil serius dan mampu mengubah landskap politik Umno.

Tindakan mempersoalkan Najib sahaja sudah menimbulkan pusaran dalam Umno.

Adakah tindakan Mahathir ini menandakan kiamat pentadbiran Najib.

Najib semakin di kritik bukan sahaja dari dalam malah hadir dalam Umno sendiri.

Apa yang terbuku dalam hati ahli Umno – ketidakpuasan akan mula terledak.

Suara mempersoalkan "winner able candidate" sewaktu pemilihan calon juga melukakan beberapa pihak akan juga dipersoalkan, langkah mengambil semua orang-orang kanan bertanding – dan kalah membuat Najib di persoalkan, isu – isu semasa – seperti pemberian BR1M turut dikatakan satu kesalahan yang mencubit kedudukan kewangan dan hasilnya dikatakan – adalah mengenakan rakyat semula untuk mendapat semua pemberian tersebut, isu 1MDB mula berkumandang dengan kehilangan beratus juta ringgit serta persoalan jaminan kerajaan.

Hari ini mekanisme petrol juga menjadi konflik yang wujud.

Persoalan juga ditambah dengan desakan dalam tidak menghapuskan Akta Hasutan dan ketegangan yang wujud dalam persoalan perkauman – agama yang tidak cantik di tangani akan turut dipersoalkan.

Adakah Najib mampu bertahan dengan kelompok yang ada di sekeliling beliau.

Adakah mereka yang ada itu sedar apa yang mula terbentuk dalam arus bawah ini.

Berapa lama agaknya Najib mampu bertahan dengan tanda-tanda sudah wujud untuk menolak beliau dari terus memimpin Umno dan negara dan apa sebenarnya akan dilakukan kroni beliau dalam masa serangan ini bermula.

Akhirnya kita harus dari hari ini meneliti tanda-tanda kiamat politik Najib dan apa kesannya terhadap PRU akan datang.

Adakah kegagalan Najib ini merupakan nafas terakhir Umno pada PRU 14 nanti.

Adakah kiamat politik Najib merupakan penyempurnaan nafas terakhir Umno dalam politik tanah air.

Adakah kita akan melihat Umno sebagai pembangkang dan apakah Umno mampu menjadi pembangkang yang kuat? Hakikatnya menjadi pembangkang yang lemah di Selangor sahaja sudah terbukti. – 22 November, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- tmi

Posted by Jeebond BLM

Jumlah mangsa banjir meningkat di K'tan

Posted: 22 Nov 2014 01:45 AM PST

   0  0
Jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di Kota Bharu dan Pasir Puteh meningkat kepada 155 orang pagi ini berbanding 130 orang semalam.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, 96 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong dan 34 mangsa ditempatkan di SK Tiong di daerah Kota Bharu manakala di Pasir Puteh pula, 25 orang ditempatkan di SK Wakaf Raja.

Bacaan air di Sungai Golok di Rantau Panjang pada 8 pagi ini menurun sedikit daripada paras amaran iaitu daripada 9.05 meter malam tadi kepada 8.79 meter (bahaya 9 meter).

Sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup.  

Cuaca di Kelantan pagi ini cerah dan tiada hujan.

Sementara itu, keadaan banjir di Terengganu beransur pulih apabila ramai mangsa yang ditempatkan di pusat penempatan banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak semalam kerana keadaan cuaca yang semakin baik.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga 9 pagi ini, sebanyak 2,741 mangsa masih berada di 15 pusat pemindahan di tiga daerah  berbanding 3,879 orang yang dilaporkan malam tadi.

"Sebanyak 1,138 orang dibenarkan pulang sejak petang semalam," menurut laporan itu.

Katanya Kuala Terengganu masih merupakan kawasan paling ramai mangsa banjir dipindahkan berbanding kawasan lain iaitu melibatkan 2,350 orang daripada 591 keluarga dan ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Diikuti daerah Marang 303 orang (74 keluarga), ditempatkan di tiga pusat manakala di Setiu 88 mangsa (20 keluarga).

Di Setiu, mangsa banjir ditempatkan di dua pusat iaitu Surau Kampung Nyatoh (56 orang) dan Surau Pengkalan Gelap (72 orang).

- Bernama

ADUN lapor polis cadangan 'lucut kerakyatan'

Posted: 22 Nov 2014 01:00 AM PST

 ADUN lapor polis cadangan 'lucut kerakyatan'   Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang ADUN di Johor kerana mencadangkan supaya pelajar yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dilucutkan kewarganegaraan mereka.   ADUN Pekan Nenas, Yeo Tung Siong membuat laporan itun di Ibu Pejabat Polis Nusajaya hari ini.   Yeo berkata ucapan yang dibuat oleh ADUN Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh mempunyai "unsur-unsur hasutan".   "Ucapan Dr shahrudin telah mempertikaikan hak kerakyatan semua pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan, tidak mengira bangsa," katanya seperti yang dilihat dalam laporan polis tersebut.    The ADUN DAP berharap polis menyiasat perkara itu dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap Shahruddin.   Menurut draf verbatim Dewan Undangan Negeri Johor semalam, Shahruddin telah bertanya adakah kerajaan bercadang untuk menjalankan satu peperiksaan khas untuk pelajar yang gagal di peringkat sekolah.  "Dan kalau gagal dalam bahasa kebangsaan ini, mereka dilucutkan kerakyatannya," kata Shahruddin.   Shahruddin berkata, ramai pelajar tidak dapat menguasai bahasa tersebut termasuk di kalangan orang Melayu.  Malaysiakini. Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang ADUN di Johor kerana mencadangkan supaya pelajar yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dilucutkan kewarganegaraan mereka.

ADUN Pekan Nenas, Yeo Tung Siong membuat laporan itun di Ibu Pejabat Polis Nusajaya hari ini.

Yeo berkata ucapan yang dibuat oleh ADUN Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh mempunyai "unsur-unsur hasutan".

"Ucapan Dr shahrudin telah mempertikaikan hak kerakyatan semua pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan, tidak mengira bangsa," katanya seperti yang dilihat dalam laporan polis tersebut. 

The ADUN DAP berharap polis menyiasat perkara itu dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap Shahruddin.

Menurut draf verbatim Dewan Undangan Negeri Johor semalam, Shahruddin telah bertanya adakah kerajaan bercadang untuk menjalankan satu peperiksaan khas untuk pelajar yang gagal di peringkat sekolah.

"Dan kalau gagal dalam bahasa kebangsaan ini, mereka dilucutkan kerakyatannya," kata Shahruddin.
Shahruddin berkata, ramai pelajar tidak dapat menguasai bahasa tersebut termasuk di kalangan orang Melayu.


Malaysiakini.

Kuin: Tindakan Kerajaan BN Kedah seperti menghina Agong DATUK MAHFUZ OMAR

Posted: 22 Nov 2014 12:15 AM PST

 

PAS Kedah mempertikaikan sikap Kerajaan Barisan Nasional Kedah yang berterusan menyalahkan Pakatan Rakyat dalam isu pembinaan Kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil.

Yang terbaru, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah mengatakan pembinaan kampus tersebut adalah kesilapan pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Hal ini jelas menampakkan BN menafikan bahawa betapa pentingnya sektor pendidikan untuk pembangunan modal insan dan BN lebih mementingkan soal untung rugi sahaja.

Ironinya, Kerajaan BN di peringkat Persekutuan dalam setiap kali pembentangan Bajet pastinya memberikan peruntukan yang tertinggi dalam sektor pendidikan. Yang terbaru untuk Bajet 2015, sebanyak RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan.

Pelaburan pendidikan adalah bersifat menguntungkan untuk jangka masa panjang, maka atas aspirasi inilah yang membuatkan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah ketika itu sanggup mengambil risiko bersusah payah untuk menaiktaraf kolej universiti tersebut. Dengan pembinaan kampus yang lebih selesa bersesuaian dengan pertambahan jurusan pengajian yang ditawarkan untuk menampung keperluan 7,000 pelajar.

Perbuatan Kerajaan BN Kedah membangkit dan mempersoalkan pembinaan Insaniah ini samalah seperti mempersoal dan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang telah memperkenan dan merasmi pembukaan kampus Insaniah yang menjadi lambang kebanggaan Kedah ini pada 29 Januari 2013.

Bukankah dengan terhasilnya ramai graduan Insaniah dalam pelbagai bidang akan dapat membangunkan lagi modal insan dan sekaligus menjadi penyumbang ke arah pembangunan Kedah sendiri?

Sesungguhnya, pelaburan untuk pembangunan modal insan amatlah tidak ternilai harganya. Amatlah malang apabila pembinaan Insaniah ini dikatakan membazir, sedangkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sanggup berbelanja jutaan ringgit hanya untuk membuat pengubahsuaian kediaman rasmi beliau berserta taman pokok kurma.

Bukankah RM4.3 Juta wang rakyat dibelanjakan untuk kepentingan kecantikan dan kemewahan itu adalah satu pembaziran yang nyata?

PAS Kedah mendesak Kerajaan Barisan Nasional agar mengambil sifat tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih rakyat pada PRU13 yang lalu untuk menyelesaikan isu Insaniah ini dengan sebijaknya.

Usah kerana dendam politik sehingga sanggup menggadaikan harapan dan impian sekalian rakyat yang ingin melihat Insaniah terus mekar berkembang ke tahap yang lebih cemerlang. - HARAKAHDAILY 
 
 
Kedahkini

Isu RM2.6j, Khalid selalu penting prosedur kata bekas Exco PAS.

Posted: 21 Nov 2014 11:30 PM PST

SHAH ALAM - Bekas Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi menangkis dakwaan Exco Pas bertanggungjawab dalam isu kelulusan penyaluran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MBI, manakala barisan Exco hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan, bukan pecahan agihan pada mesyuarat Exco terakhir di bawah Abdul Khalid.

"Kami Exco ketika itu hanya diberitahu pihak MBI hendak buat pembayaran kepada beberapa kakitangan dan perkara itu diluluskan lembaga pengarah MBI dalam mesyuarat mereka.

"Tidak boleh salahkan Exco lama untuk bertanggungjawab dalam hal pemberian kebenaran kerana kami hanya dimaklumkan, malahan tidak juga didedahkan pecahan angka agihan. Sebaliknya hanya pemberitahuan jumlah keseluruhan pampasan," katanya, semalam.

Adun Sabak itu menyatakan, kesangsian timbul apabila penyaluran pampasan itu dibayar pada tarikh sama makluman dibuat, iaitu ketika mesyuarat Exco terakhir sebelum pengunduran Abdul Khalid.

"Difahamkan bayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu Abdul Khalid sebanyak RM2.6 juta yang pernah menganggotai ahli lembaga MBI dilunaskan pada tarikh pemakluman.

"Exco hanya dimaklumkan, bukannya diambil keputusan," katanya. Sallehen berkata, pertemuan itu juga turut memutuskan bayaran pampasan kepada semua bekas Exco Selangor terdahulu sebanyak 17 peratus daripada gaji bulanan.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, dakwaan penyelewengan dalam kontroversi dalam pemberian pampasan MBI ini tidak wajar dilakukan sebelum laporan audit dibuat secara terperinci.

"Tuduhan salah laku perlu lalui proses audit. Sebab itu saya lakukan semakan semula minit mesyuarat Exco pada 27 September lalu.

"Saya tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu Exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu," katanya.

Bagaimanapun, Adun Sijangkang itu menyatakan pentadbiran Abdul Khalid sangat memandang berat aspek prosedur dalam segala keputusan. Disebabkan itu, katanya, beliau akan melakukan semakan minit mesyuarat Exco pada tarikh berkenaan dan menunggu hasil laporan audit.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Isu RM2.6j, Khalid selalu penting prosedur kata bekas Exco PAS SHAH ALAM - Bekas Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi menangkis dakwaan Exco Pas bertanggungjawab dalam isu kelulusan penyaluran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI). Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MBI, manakala barisan Exco hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan, bukan pecahan agihan pada mesyuarat Exco terakhir di bawah Abdul Khalid. "Kami Exco ketika itu hanya diberitahu pihak MBI hendak buat pembayaran kepada beberapa kakitangan dan perkara itu diluluskan lembaga pengarah MBI dalam mesyuarat mereka. "Tidak boleh salahkan Exco lama untuk bertanggungjawab dalam hal pemberian kebenaran kerana kami hanya dimaklumkan, malahan tidak juga didedahkan pecahan angka agihan. Sebaliknya hanya pemberitahuan jumlah keseluruhan pampasan," katanya, semalam. Adun Sabak itu menyatakan, kesangsian timbul apabila penyaluran pampasan itu dibayar pada tarikh sama makluman dibuat, iaitu ketika mesyuarat Exco terakhir sebelum pengunduran Abdul Khalid. "Difahamkan bayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu Abdul Khalid sebanyak RM2.6 juta yang pernah menganggotai ahli lembaga MBI dilunaskan pada tarikh pemakluman. "Exco hanya dimaklumkan, bukannya diambil keputusan," katanya. Sallehen berkata, pertemuan itu juga turut memutuskan bayaran pampasan kepada semua bekas Exco Selangor terdahulu sebanyak 17 peratus daripada gaji bulanan. Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, dakwaan penyelewengan dalam kontroversi dalam pemberian pampasan MBI ini tidak wajar dilakukan sebelum laporan audit dibuat secara terperinci. "Tuduhan salah laku perlu lalui proses audit. Sebab itu saya lakukan semakan semula minit mesyuarat Exco pada 27 September lalu. "Saya tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu Exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu," katanya. Bagaimanapun, Adun Sijangkang itu menyatakan pentadbiran Abdul Khalid sangat memandang berat aspek prosedur dalam segala keputusan. Disebabkan itu, katanya, beliau akan melakukan semakan minit mesyuarat Exco pada tarikh berkenaan dan menunggu hasil laporan audit. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Make Money at : http://bit.ly/copy_win