Jumaat, 21 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


KES INI PASTI MELEDAK

Posted: 21 Nov 2014 10:45 PM PST

KOMENTAR

najib memang banyak kes
selain dari terlibat dalam
kes bunuh altantuya yang
masih tergantung di paris

kes 1MDB ini hanya satu tambahan
kes ini berkaiatan juga
dengan kes dana hilang
kes dana bawa kelaur
kes dana di bersihkan
kes bawa duit lari ke luar negar
kes buat filem 100 juta dolar
kes syarikat jho low

semua ini belum jelas
yang kita baca
yang di umumkan oleh rafizi
yang di umumkan oelh tony pua
masih agak kabur
orang ramai masih tidak faham
apa sebenarnya kes 1MDB

dulu kes bank bumiputera di hong kong
amat  jelas
cukong cina bernama george tan
rasuagh tiga orang melayu
hashim shamsuddin
rais saniman
lorrain osman

kita tunggu dan nanti
kes 1MDB ini pasti meledak
kerana ianya juga kait mengait

NOTA
apa hubungan kes ini
dengan bakal besan rosmah?

apa hubunganb kes ini
dengan kes tipu yang
dilakukan oleh menantu rosmah?

Najib kemuka notis tuntutan pada Tony Pua

Nov 21

Atas ucapan pada 3 November berhubung 1MDB yang didakwa gambarkannya sebagai pemimpin korup.

Najib Razak mengemukakan notis tuntutan terhadap pengerusi DAP Selangor, Tony Pua atas satu ucapan yang didakwa menggambarkannya sebagai pemimpin korup.

Notis yang dilihat oleh Malaysiakini menyebut, ucapan Pua di satu majlis anjuran DAP Petaling Jaya pada 3 November itu juga didakwa menunjukkan Najib tidak layak mengetuai pentadbiran negara


KAH KAH KAH
woit ini berita baik
ini berita amat baik
kes ini pasti meledak

KAH KAH KAH

Posted by Tukar Tiub


VIDEO - Skandal RM2.6 juta: Khalid Ibrahim & Faekah Perlu Dipertanggungjawabkan

Posted: 21 Nov 2014 10:00 PM PST

 
Khalid Dan Faekah Paling Bertanggungjawab Dalam Pemberian Ganjaran RM2.6 Juta

Isu pampasan bernilai RM2.6 yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar atau MBI kepada lapan bekas kakitangan Khalid Ibrahim terus menjadi perbualan hangat setelah Azmin Ali mengakui wujud salah laku dalam pemberian itu.

Menurut Azmin, salah laku itu bukan saja wujud dari segi jumlah pampasan yang diberi tetapi juga kerana prosesnya yang dilakukan secara serta-merta turut menimbulkan keraguan.

Kita tidak akan sembunyikan fakta, malah tidak akan berkompromi dengan salah guna kuasa, tegas Menteri Besar itu lagi.

Sementara Azmin menyerahkan kepada pengurusan baru MBI yang dijangka memulakan tugas pada 1 Disember ini untuk mengambil tindakan sewajarnya, di media-media sosial pula telah bertebaran maklumat mengenai nama penerima dan jumlah ganjaran yang masing-masing terima.

Jumlah yang terpapar itu jelas sangat tinggi, tidak berpatutan dan tidak pernah berlaku dalam sebelum ini di mana-mana kerajaan negeri. Kakitangan menteri di peringkat pusat juga tidak pernah diberikan ganjaran atau pampasan apabila menamatkan perkhidmatan.

Jika sebelum ini Khalid Ibrahim ada mempertahankan pemberian ganjaran itu sebagai mengikut prosedur dan mirip skim VSS, hakikat yang menjadi bualan pula ialah lapan kakitangan itu bukannya diberhentikan tetapi mereka sendiri meletakkan jawatan sebelum Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Tarikh keputusan pampasan itu dibuat juga ialah pada 22 September, iaitu sehari sebelum Azmin menerima watikah perlantikannya daripada Sultan Selangor pada 23 September.

Dengan ini, jelas membuktilan bahawa pemberian ganjaran itu dilakukan secara tergesa-gesa sebelum Khalid Ibrahim meninggalkan pejabatnya serta tidak ubah seperti "rompakan wang rakyat di siang hari".

Seperti pendedahan Khalid Samad dua hari lalu, empat Exco Pas yang bersama Khalid sebenarnya tidak pernah diminta menyetujui pemberian ganjaran itu, sebaliknya hanya dimaklumkan saja mengenainya.

Dalam hal ini, Khalid bukan saja mahukan isu pemberian ganjaran itu dibawa ke pendengaran Selcat, malah juga kepada SPRM untuk tindakan sewajarnya.

Berdasarkan rentetan ini, pemberian ganjaran itu adalah idea, kehendak serta kelulusan MBI sepenuhnya yang pengerusinya ialah Khalid Ibrahim serta CEOnya ialah Faekah Husin yang juga merupakan penerima ganjaran paling besar daripada jumlah RM2.6 juta itu. Dua lagi Ahli Lembaga Pengarah MBI ialah Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri.


Selain berusaha mendapatkan kembali wang tersebut, Khalid dan Faekah, dua individu paling berkuasa dan berpengaruh dalam MBI, haruslah juga disiasat atas salah laku ini dan seterusnya jika terdapat bukti yang mencukupi, hendaklah dibawa ke muka pengadilan bagi tindakan dan hukuman yang sewajarnya.

Kedua-dua Ahli Lembaga Pengarah lain yang merupakan pegawai tinggi dalam kerajaan negeri juga seharusnya turut disiasat tentang bagaimana mereka menyetujui pemberian yang tidak wajar itu.


Ketegasan Azmin dalam menyelesaikan dan mengambil tindakan dalam isu ganjaran ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu, bukan saja oleh pengundi Selangor, malahan rakyat seluruh negara.

Kenyataan dan pendirian Azmin dalam isu ini amat dialu-alukan oleh semua pihak dan ramai yang tidak sabar menunggu keadilan dan kebenaran ditegakkan.

Inilah peluang Azmin dan kerajaan PR Selangor mengangkat lagi imejnya di mata rakyat dengan ketegasan dan ketelusan serta sekurang-kurangnya membuktikan Khalid dan konco-konconya tidaklah sebersih yang cuba digambarkan oleh mereka yang taksub dengannya selama ini. -shahbudindotcom

PAS desak Selcat, SPRM siasat pampasan RM2.6 juta kepada pembantu Khalid Ibrahim

PAS menggesa agar siasatan dijalankan terhadap bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta terhadap bekas kakitangan yang bekerja dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata, daripada jumlah itu, bekas Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, Faekah Husin merupakan penerima pampasan terbesar dengan jumlah lebih RM700,000.

"PAS Selangor, menggesa buat siasatan terperinci dan siasat melalui Selcat, dan sekiranya perlu melalui SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"PAS Selangor menolak apa-apa dakwaan yang kami bersetuju meluluskan bayaran tersebut," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Khalid Samad berkata, empat anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) daripada PAS hanya dimaklumkan berkenaan cadangan bekas menteri besar Selangor itu untuk membayar pampasan kepada enam pegawainya, namun tidak mengetahui jumlah pembayaran tersebut.

"Exco tidak meluluskan kerana kelulusan dibuat oleh Lembaga Pengarah Perbadanan Menteri Besar (MBI).

"Usaha melibatkan empat exco PAS ini berniat jahat untuk memalitkan PAS dalam hal ini," kata Khalid Samad.

Khalid Samad berkata, semua exco berkenaan terkejut kerana pembayaran berkenaan dibuat menggunakan sistem pembayaran elektronik yang seharusnya dibincangkan terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang turut hadir berkata, tindakan Khalid Ibrahim berhubung perkara itu seharusnya disiasat kerana ia membabitkan dana awam.

"Ini satu pengkhianatan kepada rakyat. Seharusnya beliau yang diketahui menjaga amanah rakyat, tetapi sekarang amanah itu pecah," katanya.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, Faekah didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan, manakala Setiausaha Akhbar Khalid Ibrahim, Arfa'eza Abdul Aziz menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 ganti kepada notis tiga bulan dan Setiausaha Politik Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000.

Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Faekah dan Arfa'eza tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej sistem pesanan ringkas daripada The Malaysian Insider, sementara Khalid Ibrahim menafikan sebarang salah laku, mengatakan beliau mengikut prosedur yang betul.

Akhbar The Star melaporkan Khalid Ibrahim sebagai berkata, bayaran tersebut dibuat mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan kepada pembantunya apabila beliau meletakkan jawatan.

Dalam menjawab persoalan mengenai rasional pembayaran tersebut, Khalid Ibrahim berkata bayaran VSS tersebut hanya kurang 2% daripada rizab MBI yang berjumlah RM112 juta.

Beliau berkata, bayaran tersebut diluluskan ahli lembaga pengarah MBI, termasuk setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri, serta exco kerajaan negeri.
-TMI



ULASAN GB

GB tertarik dengan satu komen di blog GN sebelum ini:

Pulangkan duit tu dulu dan siasat

Kalau tak duit dah habis nak pulangkan apa Pulangkan dulu atau masuk dalam satu akaun bila siasatan dapati tak ada yang salahnya serahkan semula duit pada mereka
 
 
Kelab Greenboc 

Rizalman Nafi Dakwaan Serangan Seksual, Pecah Rumah Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 21 Nov 2014 09:15 PM PST

 
Rizalman berlari ke arah teksi yang sedang menunggu di luar mahkamah di Wellington. -AFP

WELLINGTON: Bekas diplomat Malaysia di New Zealand yang dituduh melakukan serangan seksual menafikan pertuduhan terhadapnya dan minta dibicarakan ketika hadir di mahkamah, Jumaat.
Rizalman Muhammad Ismail, 38, telah diekstradisi ke New Zealand pada bulan lepas selepas meninggalkan negara ini di bawah kekebalan diplomatik, ketika pertama kali didakwa pada bulan Mei.

Semasa pendengaran terbaharunya di mahkamah, bekas pegawai waran II itu menafikan tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk melakukan perlanggaran seksual dan seterusnya akan hadir semula di mahkamah pada Februari.



 
Dalam penampilannya di mahkamah sebelum ini, Rizalman berada di bawah jaminan di satu alamat yang tidak didedahkan tetapi terpaksa menyerahkan pasportnya dan berada di bawah perintah berkurung pada waktu malam.
Dia dituduh mengancam dan cuba merogol seorang wanita berusia 21 tahun di rumahnya di pinggir bandar Wellington, lokasi di mana letaknya Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Rizalman, yang merupakan seorang atase pertahanan di suruhanjaya tinggi, berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah. (mStar)

Dakwaan fitnah: Najib ugut saman Tony Pua...??

Posted: 21 Nov 2014 08:30 PM PST



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya menarik balik kenyataan beliau menggunakan dua akhbar nasional dalam masa 14 hari sebelum saman dikeluarkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya menarik balik kenyataan beliau menggunakan dua akhbar nasional dalam masa 14 hari sebelum saman dikeluarkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menghantar surat tuntutan kepada Tony Pua ekoran kenyataan yang dibuat terhadapnya pada 3 November mengenai 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) yang disifatkannya sebagai 'sangat tertekan dan memalukan'.

Dalam surat yang ditandatangani peguamnya Datuk Mohd Hafarizan Harun, Pua diminta menyiarkan penarikan balik kenyataan itu dan memohon maaf dalam masa 14 hari dalam dua akhbar nasional atau menghadapi tindakan saman ekoran ucapannya yang dirakamkan pada 3 November bertajuk "Tony Pua: Najib is creating the biggest scandal ever in the history of Malaysia."

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga diminta mengeluarkan video itu dari Internet, hentikan sebarang kenyataan fitnah dan membayar sejumlah wang pampasan kepada Najib.

Hafarizam berkata, kenyataan Pua dalam video itu "bermaksud dan membawa maksud" Najib tidak layak menjadi perdana menteri dan pemimpin Barisan Nasional, menimbulkan skandal terbesar dalam sejarah Malaysia; bersikap kejam, kuku besi dan tidak boleh dikritik, serta zalim dan menindas rakyat.

"Arahan anak guam kami adalah kenyataan fitnah dan yang serupa dengannya membawa kepada tuduhan yang serius dan/atau fitnah terhadap anak guam kami dan menyebabkannya berasa malu dan menerima tekanan hebat," menurut surat itu.

Video itu mengandungi ucapan Pua mengenai isu kontroversi 1MDB semasa majlis makan malam kutipan dana pada 3 November.

Menurut transkrip dalam surat itu, Pua berkata:

"Inilah masalah Barisan Nasional. Tiada siapa yang berani bantah perdana menteri, dan Najib sekarang seperti raja. Raja yang menimbulkan skandal terbesar dalam sejarah Malaysia. Besar! Tiada siapa yang berani bersuara, tiada, sama ada pemimpin MCA atau Gerakan atau pemimpin Umno.

"Amat memalukan skandal milik 100% entiti menteri kewangan dengan lembaga penasihat dipengerusikan perdana menteri sendiri tidak mampu menyerahkan akaun tepat pada masanya terutamanya apabila syarikat besar dan menjadi tumpuan dengan hutang 36 bilion.

"Hanya satu sebab ini boleh berlaku. Sebabnya adalah semua MCA, MIC, Gerakan tidak berani mencabar perdana menteri mereka sendiri, semuanya kata okay okay terima kasih, teruskan dan rompak duit rakyat."

Peguam Najib berkata, Pua mengeluarkan kenyataan sama "berulang kali" dan terus menyiarkannya dalam beberapa forum, portal berita, media sosial dan media online.

"Berbeza dengan kenyataan fitnah diatas, anak guam kami sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB hanya memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB yang ditugaskan mengurus dan mengendalikan 1MDB, bukannya zalim dan menindas serta autokratik dan tidak terbuka kepada kritikan, bukan pemimpin yang terlibat dengan korupsi dan bukan pemimpin yang merompak duit rakyat.

"Sewajarnya, dakwaan tidak berasas dan salah anda dengan tujuan utama mahu menyerang dan merosakkan nama baik serta reputasi anak guam kami tanpa sebab kukuh.

"Oleh demikian, tindakan anda itu berniat jahat," menurut surat itu.

Surat itu menyatakan jika Pua gagal mengemukakan jawapan balas yang memuaskan hati, tindakan undang-undang akan dimulakan terhadapnya "termasuk permohononan injuksi menghalang sebarang penerbitan lanjut."

Pua memberitahu The Malaysian Insider peguamnya, Gobind Singh sedang meneliti perkara itu dan akan memberikan respons sewajarnya.

Tambahnya, media TV3 juga hadir bersama wakil firma guaman Najib ketika menyerahkan surat kepada kakitangannya hari ini, namun beliau tidak ada di pejabatnya.

Hafarizam ketika dihubungi mengesahkan surat itu sudah dihantar ke pejabat Pua, namun menafikan pihaknya menjemput media datang bersama.

"Saya hanya suruh penghantar surat serahkan surat itu, seperti penghantar surat yang lain mereka menaiki motosikal. Tidak ada rombongan besar.

"Saya menafikan sebarang niat dan diluar pengetahuan saya ada publisiti sebegini. Hanya menghantar surat tuntutan seperti biasa," katanya.

Tambahnya, beliau masih tidak dapat lagi laporan daripada Pua yang mengesahkan sudah menerima surat tersebut. – 21 November, 2014.

www.themalaysianinsider

Mahasiswa UKM dakwa pilihan raya kampus tidak adil - OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 21 Nov 2014 07:45 PM PST


Pilihan Raya Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung pada 17 November hingga 20 November lalu didakwa tidak dijalankan dengan bersih dan telus, kata Pengerusi Gerakan Mahasiswa (GMUKM) Abdul Kahar Hamzah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya malam ini, Kahar berkata pihaknya melahirkan rasa kesal dengan pengendalian pilihan raya sesi 2014/2015 kali ini yang menurutnya menzahirkan banyak ketidakadilan dengan menyaksikan calon GMUKM memperolehi 15 kerusi, calon Aspirasi Mahasiswa memenangi 14 kerusi dan satu kerusi dimenangi calon Bebas.

"Calon bebas dibawa keluar oleh Timbalan Naib Canselor Prof Datin Aziah Mohd Awal sendiri untuk memujuk agar memihak kepada Aspirasi Mahasiswa yang mempunyai hubungan yang baik dengan pihak universiti," kata Kahar.

"Isu mengenai kelemahan dalam menguruskan pilihan raya kampus merupakan perkara yang sering berlaku setiap tahun dan ia kegagalan pihak pengurusan pilihan raya kampus untuk mengatasinya.

"Segala kelemahan dan ketidakadilan yang berlaku seharusnya diatasi oleh pihak yang berwajib bagi menjamin ketelusan pilihan raya kampus kali ini," katanya.

Kahar berkata pihaknya mendapati kelemahan yang sangat besar daripada pengurusan Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang perlu diambil perhatian serius daripada semua pihak.

Antara kelemahan sistem pemilihan dan berkempen yang didedahkannya antaranya adalah Aziah sendiri memainkan peranan sebagai penghantar calon, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Hakim Pilihan Raya yang menurutnya tidak berlaku adil.

Selain itu, beliau berkata turut berlaku ketidakadilan apabila prosedur berkempen yang tidak munasabah, seperti calon diwajibkan mengisi borang setebal 120 muka surat untuk berkempen di satu kolej dan tempoh berkempen yang terlalu singkat, iaitu tiga hari untuk 12 kolej kediaman.

"Fitnah yang berleluasa, seperti kereta Pengetua Kolej Pendeta Zaaba dan perhentian bas yang disimbah cat.

"Hanya calon GMUKM yang dihalang berucap di kolej, dan pihak kolej mengeluarkan "konvensi" dan menghalang GMUKM dengan alasan Aspirasi berkempen di situ pada malam yang sama," katanya.

"Pelajar juga diugut oleh kolej untuk tidak menyokong calon GMUKM," tambahnya lagi.

Kahar berkata wakil calon juga dilarang memeriksa peti undi ketika hari pengundian atas alasan masa tidak cukup sedangkan pemeriksaan peti undi diwajibkan dalam peraturan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.

"Nombor siri kertas undi dicatat dalam senarai pengundi, dan ini menjadikan undi tidak lagi menjadi rahsia.

"Sebelum ini, Jawatankuasa Pusat Pengundian dari fakulti dan Ketua Jawatankuasa Pusat Pengundian ialah Timbalan Dekan Fakulti, tetapi Jawatankuasa PRK kali ini ialah Pengetua kolej.

"Kami ingin membantah hal ini sedangkan calon Aspirasi bertanding atas nama Ikon aspirasi kolej yang di hantar oleh pengetua, dan pengetua yang memihak kepada mereka tidak menerima bantahan wakil calon GMUKM walaupun wujudnya ketidakadilan," kata Kahar.

Beliau turut berkata, pegawai pemilihan juga melakukan begitu banyak kesalahan seperti menggunakan pensil untuk mengundi.

"Penipuan turut berlaku ketika proses pengiraan, pegawai mengumumkan calon GMUKM hanya mendapat 3 undi berbalas 32 tetapi selepas wakil kami membantah tegas, keputusan itu berubah menjadi jadi 23 undi untuk kami dan 12 undi untuk Aspirasi," katanya.

"Calon-calon GMUKM juga  dihalau keluar daripada Pusat Mengira Mengundi kerana membantah papan putih yang mencatat kiraan undi terlalu jauh," tambahnya.

Kahar turut mendakwa terdapat van Barisan Nasional (BN) di kawasan Canselori ketika pemilihan berlangsung.

"Sehubungan itu, pihak GMUKM akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di kampus UKM jam 3 petang esok," katanya, dalam kenyataan itu.

Pada pemilihan 2013, GMUKM memenangi 22 kerusi, manakala  4 Aspirasi dan 1 Bebas. – 21 November, 2014.


www.themalaysianinsider.

Indonesia Arahkan Tentera Tenggelamkan Kapal Nelayan Malaysia..??

Posted: 21 Nov 2014 07:00 PM PST

 Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau tidak percaya Presiden Indonesia, Joko Widodo sanggup mengarahkan pasukan keselamatannya mengaramkan kapal nelayan asing yang memasuki perairan republik itu.

Katanya, beliau akan menyiasat dakwaan yang dilaporkan agensi berita antarabangsa, dan disiarkan akhbar tempatan hari ini.


"Saya tidak percaya bahawa ini adalah suatu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang presiden dan (Malaysia) akan menyiasat dakwaan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anifah lagi, perjanjian ditandatangani Malaysia dan Indonesia pada 2012 menyatakan persefahaman bahawa penguatkuasa negara masing-masing hanya akan mengusir nelayan yang menceroboh perairan jirannya.

Tegasnya, ia disahkan dalam "MOU Berhubung Garis Panduan Am Mengenai Layanan Ke Atas Nelayan Oleh Agensi Penguatkuasaaan Malaysia dan Republik Indonesia".

Menteri itu juga berkata, Malaysia masih belum menerima sebarang makluman rasmi dari pihak konsular Indonesia tentang laporan mengenai penahanan 200 nelayan Malaysia pada hari Rabu lalu.

"Sehingga kini, Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan Malaysia di Indonesia masih belum menerima sebarang notis konsular secara rasmi dari pihak Indonesia berhubung penangkapan tersebut.

"Kedutaan besar Malaysia telah menghubungi Kementerian Luar Negeri Indonesia untuk mendapatkan pengesahan terutamanya mengenai maklumat pengenalan diri dan lokasi penahanan nelayan Malaysia tersebut," katanya lagi.

Menurutnya, pihak Wisma Putra akan terus memantau perkembangan semasa berkenaan berita itu.


Posted by Jeebond BLM.



1MDB: Beranikah Najib saman Tun Mahathir?

Posted: 21 Nov 2014 06:15 PM PST


MEDIA melaporkan Perdana Menteri, Dato' Najib Tun Razak mengemukakan notis tuntutan (saman) terhadap Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, kerana membangkitkan isu 1MDB.


‎Jika Najib sudah mula mengambil langkah balas terhadap individu-individu yang menyerangnya melalui isu 1MDB, beliau patut juga mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Mahathir yang lantang menyerangnya melalui isu yang sama.

Jika dilihat serangan Tun Mahathir terhadap Najib dalam isu 1MDB yang dipetik dari rencana The Edge, ditulis melalui blog peribadinya telah menyebabkan isu itu menjadi 'highlight' dan menjadi buah mulut rakyat jelata.

Jika Najib boleh menyaman Tony Pua, dilihat sebagai langkah membersihkan namanya, beliau patut juga menyaman Tun Mahathir bagi tujuan yang sama sekaligus menghapuskan persepsi negatif rakyat yang telah terhasil akibat serangan Tun Mahathir itu.

‎Namun persoalannya, beranikah Najib membalas serangan Tun Mahathir? 

Kita tahu, Tun Mahathir sengaja mencari pelbagai isu menyerang kepimpinan Najib kemudian beliau duduk menunggu Najib membalas serangan atau sekurang-kurangnya menjawab serangan itu.

Sebaik sahaja Najib bertindak balas, maka Tun Mahathir akan mengistiharkan perang terhadapnya seperti mana Tun Mahathir mengistiharkan perang terhadap Abdullah Badawi sebelum ini.

Misi "Mukhriz Mahathir to be Prime Minister before 2020" mesti direalisasikan secepat mungkin. Time is running out!

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/11/1mdb-beranikah-najib-saman-tun-mahathir.html#ixzz3JjjPEOhJ


MiloSuam.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Bebas Tuduhan Khalwat

Posted: 21 Nov 2014 05:30 PM PST



Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang Adam Tumiran, 46, dan pasangan Nurul Ezani Mat Isa, 37, (kiri) tersenyum semasa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah selepas mereka dibebaskan daripada tuduhan khalwat pada empat tahun lepas di George Town, Jumaat. -fotoBERNAMA



GEORGE TOWN: Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan seorang penasihat kewangan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
 
Ini adalah kali kedua Adam Tumiran, 46, dan Nurulezani Mat Isa, 37, dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Pasangan itu sebelum ini dibebaskan pada 17 Mei 2012, oleh mahkamah yang memutuskan bahawa sijil perkahwinan yang dikemukakan adalah sah.


Walau bagaimanapun, pada 30 April tahun lepas, Mahkamah Rayuan Syariah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk perbicaraan semula atas alasan teknikal.


Adam dan Nurulezani didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kuarters kerajaan di Jalan Masjid Negeri di sini pada 5 Disember 2010 pada pukul 2.05 pagi.


Dalam pembacaan keputusannya, Hakim Zaim Md Yudin berkata mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada keraguan pada dokumen perkahwinan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan seperti sijil perkahwinan, dan beban bukti terletak di pihak pendakwaan untuk membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


Dalam mendengar keputusan itu, Adam dan Nurulezani kelihatan tenang.


Selepas keputusan itu, Adam yang berlinang air matanya dilihat memeluk peguamnya.


Adam dan Nurulezani diwakili peguam Ahmad Munawir Abdul Aziz, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff dan Rosdee Abdul Razak manakala Mohd Najmuddin Mustafa dan Mohd Fahmi Mohd Idris selaku pendakwa kes itu.


Zaim juga memerintahkan wang ikat jamin RM1,000 dikembalikan kepada Adam dan Nurulezani.
Mimpi Senja

VIDEO - Senaman Cara Baru ??

Posted: 21 Nov 2014 04:45 PM PST



Khalid Ibrahim Perlu Tampil Berdepan Isu Pampasan Bekas Kakitangan

Posted: 21 Nov 2014 04:00 PM PST

ISU ampasan kakitangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah isu yang besar dan perlu ditangani dengan telus. 

Saya telah menerima satu email yang menyatakan mengenai jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan kepada formula 30% daripada gaji yang didarabkan dengan jumlah tempoh bulan perkhidmatan. Media juga telah menyatakan bahawa terdapat juga bayaran ganti kepada notis tiga bulan.

Jumlah pampasan yang diterima menurut sumber email dan bayaran ganti kepada notis tiga bulan yang didedahkan media adalah seperti berikut :

Nama : Faekah Hussin

Jawatan Akhir : Ketua Pegawai Eksekutif MBI
Pampasan 30% : RM 585,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 114,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 699,000

Nama : Rohani Dato' Talib

Jawatan Akhir : Ketua Pegawai Operasi MBI
Pampasan 30% : RM 468,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 72,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 540,000

Nama : Arfa'eza Abd Aziz

Jawatan Akhir : Setiausaha Akhbar MB
Pampasan 30% : RM 358,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 55,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 413,000

Nama : Mustafa Talib

Jawatan Akhir : Setiausaha Politik MB
Pampasan 30% : RM 234,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 30,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 264,000

Nama : Rahimah Kamaruddin

Jawatan Akhir : Pegawai Koordinasi MB
Gaji Bulanan : RM 11,000
Tempoh Berkhidmat : 67 bulan
Pampasan 30% : RM 221,100
Ganti Notis 3 Bulan : RM 33,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 254,100

Nama : Dr. Sulaiman Masri

Jawatan Akhir : Pegawai Khas Komunikasi
Gaji Bulanan : RM 8,000
Tempoh Berkhidmat : 65 bulan
Pampasan 30% : RM 156,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 24,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 180,000

Nama : Abdul Halim Mohd Yusof

Jawatan Akhir : Pengurus Penyelidikan Ekonomi
Gaji Bulanan : RM 10,000
Tempoh Berkhidmat : 50 bulan
Pampasan 30% : RM 150,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 30,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 180,000

Nama : Tuan Nazuri Ismail

Jawatan Akhir : Pegawai Akhbar
Gaji Bulanan : RM 5,890
Tempoh Berkhidmat : 55 bulan
Pampasan 30% : RM 97,200
Ganti Notis 3 Bulan : RM 17,670
Jumlah Pampasan Diterima : RM 114,870

Jumlah Keseluruhan Pampasan : RM 2,644,970

Persoalan yang muncul apakah rasionalnya pentadbiran Khalid Ibrahim meluluskan pembayaran sejumlah pampasan setinggi RM 2.6 juta ini? 

Menurut penghantar email tersebut, dikatakan kesemua penerima ini tidak layak menerima bayaran pampasan tersebut kerana mereka adalah kakitangan kontrak yang memilih untuk berhenti kerja secara sukarela.

Sekiranya kontrak yang telah dimeterai sebelum ini membenarkan, pampasan yang diberikan ini tetap salah dari segi moralnya kerana terlalu tinggi. 

Ia juga menimbulkan persoalan yang lebih besar terhadap pentadbiran Khalid Ibrahim sebelum ini yang dikatakan telus dan berhemah. 

Mengapa kontrak sebegini rupa telah dibuat? Adakah di zaman Khir Toyo juga berlaku perkara sedemikian?

Sehubungan itu, saya sebagai anak jati negeri Selangor tampil untuk mendesak :-

1. Khalid Ibrahim perlu tampil memperjelaskan mengenai perkara ini dengan jujur, telus dan komprehensif. 

Jika perkara ini sememangnya telah dimeterai di dalam kontrak perjawatan, Khalid Ibrahim perlu menjelaskan apakah sebabnya kontrak sebegini dibuat? 

Adakah hanya kerana ianya melibatkan individu-individu yang rapat dan menjadi penyokong setia beliau?

2. Pentadbiran Kerajaan Negeri yang baharu perlu segera mengarahkan satu pendengaran awam SELCAT dilakukan dan mengheret kesemua penerima pampasan termasuklah Khalid Ibrahim untuk dibicarakan secara terbuka. 

Pendengaran Awam SELCAT perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara ini akan terus dimanipulasi di media dan juga laman sosial. Kebenaran harus ditegakkan tanpa mengira siapa.

3. Jika perkara ini dibuktikan salah oleh SELCAT, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penerima dan pelaku kerana ia telah melibatkan penyalahgunaan kuasa dengan memberikan arahan supaya individu terbabit agar berhenti kerja secara sukarela di saat akhirnya secara sengaja bagi tujuan menggunakan wang rakyat untuk bayaran pampasan tersebut.

Ingin saya tegaskan, sebagai anak muda dan rakyat negeri Selangor, kami tidak akan boleh berkompromi dan bertoleransi dengan sebarang tindakan pembaziran dan penyelewengan wang rakyat oleh mana-mana pihak.

 Apatah lagi dilakukan oleh sepasukan pemimpin politik yang selama ini mengatakan mereka adalah pemimpin yang telus dan berhemah. Khalid Ibrahim dan sekutu perlu tampil bertanggungjawab.

Semua ini adalah duit rakyat negeri Selangor, rakyat yang juga selama ini mempertahankan kerajaan PR untuk penggal kedua berturut-turut. 

Jangan khianati sokongan yang telah diberi atau mungkin berdepan dengan 'penyingkiran' pada pilihanraya negeri akan datang.


Megat Khairul Anuar Razali
Anggota PKR Cabang Hulu Selangor‎

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/11/khalid-ibrahim-perlu-tampil-berdepan.html#ixzz3JhOjaCXb

Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. KWSP Cari Jalan Stabilkan Kantung. Apa Respon Pencarum EPF? Staff Berita Semasa

Posted: 21 Nov 2014 08:00 AM PST

 
pengeluaran kwspPengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. KWSP Cari Jalan Stabilkan Kantung. Apa Respon Pencarum EPF? : Melalui sistem yang dibuat oleh KWSP Malaysia (EPF) sekarang ini, pencarum diberikan pilihan membuat caruman KWSP sehingga ke umur maksimum 75 tahun.

Manakala jikalau anda mempunyai perancangan untuk beli rumah, untuk pendidikan atau ansuran bulanan pinjaman contohnya anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari akaun 2 KWSP anda. Anda juga dibenarkan untuk membuat pengeluaran akaun 2 EPF ketika berumur 50 dan anda boleh mengeluarkan kesemua duit EPF anda ketika berumur 55 tahun. Tetapi…..

Tetapi, nampaknya pihak KWSP Malaysia sudah berkira-kira untuk menaikkan & melanjutkan had umur yang dibenarkan kepada anda untuk membuat pengeluaran KWSP keseluruhan simpanan persaraan anda kepada 60 tahun. Anda mampu bersabar sehingga ke peringkat umur ini untuk merasa duit hasil keringat dan usaha keras anda selama ini?

Mengapa pula menjadi begini? Jikalau dalam bahasa ydan kenyataan ang diungkapkan di media pastinya KWSP cukup risau dengan cara bagaimana kalangan pencarum mengggunakan duit itu kelak di hari tua selepas habis mengeluarkan duit daripada dalam kantung KWSP. Itu kata mereka.

Tetapi hakikatnya, dengan menaikkan had umur pengeluaran keseluruhan KWSP bakal menstabilkan semula kantung KWSP selepas pinjaman yang dibuat oleh kalangan GLC daripada KWSP, tidak mampu dibayar pada waktu yang ditetapkan dan juga bagi tujuan membantu kalangan GLC yang "sudah nyawa-nyawa ikan". Itu sebablah kita melihat pelbagai skim dan program yang diperkenalkan oleh pihak KWSP Malaysia bagi mencari jalan sebanyak mana yang boleh untuk menstabilkan kembali dana mereka.

KLIK SINI : Pengeluaran KWSP Dikekalkan Pada Umur 55 Tahun 
(80 Komen Bernas Pembaca)

kwsp

Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. Pencarum Setuju?

Sepatutnya itu adalah duit pencarum, tanya kepada kalangan pencarum apa yang dimahukan mereka? Bagi pilihan 50, 55, 60 dan 65…sekurang-kurangnya pencarum diberikan kebebesan untuk merasai hasil titik peluh mereka selama ini.  
 
Samada kalangan pencarum mahu berjoli atau tidak dengan duit tersebut. Itu bukan hak dan urusan KWSP untuk menahan duit tersebut daripada dikeluarkan kesemuanya daripada tangan anda. 
 
Setiap pencarum ada  perancangan mereka sendiri dengan duit mereka.

Cukuplah ditahan duit sehingga umur 55 tahun dengan kadar dividen yang cukup kecil. Jangan ditambah masa dan penantian kalangan pencarum lagi. 
 
Apa respon anda pula dengan cadangan terbaru daripada KWSP Malaysia kali ini?

VIDEO - Orang Pasir Mas merasai kehilangan saya, kata Ibrahim Ali

Posted: 21 Nov 2014 07:15 AM PST

Yang Ni Aku Percaya..... Yang berlaku di Kota Bharu pun sama Sejak menang pada PRU13 sehingga sekarang entah ke mana MP di mana ADUN

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Yang Ni Aku Percaya..... Yang berlaku di Kota Bharu pun sama Sejak menang pada PRU13 sehingga sekarang entah ke mana MP di mana ADUN

Make Money at : http://bit.ly/copy_win


Yang Ni Aku Percaya..... Yang berlaku di Kota Bharu pun sama Sejak menang pada PRU13 sehingga sekarang entah ke mana MP di mana ADUN ??
Yang Ni Aku Percaya..... Yang berlaku di Kota Bharu pun sama Sejak menang pada PRU13 sehingga sekarang entah ke mana MP di mana ADUN

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Rakyat Mungkin Derita Atau Gembira Dengan Berita Gempar Ini

Posted: 21 Nov 2014 06:30 AM PST

 
PETALING JAYA: Harga baru RON97 yang diturunkan dari RM2.75 ke RM2.55 seliter besar kemungkinan menarik lebih ramai pengguna menggunakan bahan api itu di mana ramai pemilik kenderaan percaya ia lebih efisyen dan baik untuk enjin kenderaan.

Perkembangan ini juga dijangka dapat membantu meringankan beban kerajaan yang pada masa ini memberikan subsidi terhadap petrol RON95.

Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia Datuk Zulkifli Mokti berkata beliau menjangkakan sehingga 15 hingga 20 peratus pengguna RON95 akan beralih kepada RON97.

"Kita tidak tahu angka yang tepat tetapi saya meramalkan anggarannya sebanyak itu. Apabila mereka membuat peralihan, ia akan membantu kerajaan menjimatkan subsidi, bermakna wang pembayar cukai boleh digunakan untuk tujuan lain," katanya.

Walaupun kedua-dua bahan api mempunyai standard yang tinggi, beliau berkata RON97 adalah jauh lebih hebat dan lebih bersifat mesra alam sekitar.

"Prestasinya lebih baik dan penggunaannya lebih rendah," katanya kepada The Star.

Ketua Penyelidik RHB Bank Alexander Chia lebih konservatif dalam membuat anggaran.

"Saya tidak fikir ia akan mencapai 20 peratus kerana kos hidup yang semakin tinggi.

"Orang-orang yang beralih kepada RON97 mungkin adalah penggemar kereta atau mereka yang berfikir bahawa ia lebih baik dari segi kemampuan jarak.

"Saya berpendapat kurang daripada 10 peratus akan membuat peralihan," katanya sambil menambah kos untuk satu tangki penuh RON97 adalah kira-kira RM20 lebih tinggi berbanding satu tangki penuh RON95.

"Beberapa penjimatan kepada negara jelas akan berlaku apabila kerajaan kini memberi subsidi 13 sen bagi setiap liter RON95 di mana harga pasarannya adalah RM2.43," katanya.

Seorang guru, Nurul Nadia Ali, 28, adalah antara mereka yang bersedia untuk membayar lebih untuk RON97.

"Saya tidak kisah sangat tentang perbezaannya. Saya tidak fikir ia hanya lebih baik untuk enjin anda semata-mata, tetapi saya dengar ia lebih mesra alam sekitar, jadi saya mahu melakukan tanggungjawab saya," katanya.

Perancang kewangan Shakir Ameer, 29, berkata dia sering mengisi kereta Perodua Myvi miliknya dengan RON97 dan bukan RON95.

"Kualiti RON97 adalah lebih tinggi dan lebih cekap. Ia juga baik untuk enjin kereta. Sekarang harganya lebih rendah sedikit, saya boleh mengisi dengan lebih kerap," katanya.

Pereka grafik Richard Ho, 31, berkata walaupun tidak percaya dengan penjimatan tambahan, dia tidak keberatan berbelanja untuk kualiti petrol yang lebih tinggi.

Jurutera Heikal Rosnan, 29, berkata harga yang hampir sama membuatkan membayar untuk RON97 lebih berbaloi.

RON97 boleh menahan tahap mampatan yang lebih tinggi berbanding RON95 sebelum diledakkan, disebabkan oleh tambahan dalam bahan api yang lebih baik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata jika seseorang mahu beralih kepada RON97, ia akan pastinya dapat membantu dari segi liabiliti subsidi.

"Ini kerana RON97 tidak disubsidi dan berdasarkan kepada nilai pasaran," katanya. ~mStar

AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA?

Posted: 21 Nov 2014 05:45 AM PST

 

Apakah pemuda yang menyanggah arahan komandan itu 'Jebon' ? Jawablah Razman! 

1. Saya menggesa agar mana mana individu yang terlibat dalam agenda ini supaya fahamkan erti sebenar perjuangan PAS yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi.

Bukanlah muktamar, mesyuarat AJK PAS Pusat atau sesiapa pun termasuk Presiden PAS sendiri.

Apabila Presiden membuat keputusan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, kita tolak.

Sekiranya tidak, wajib bagi kita untuk mematuhinya. Sabda Nabi SAW "لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق"

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang menjadi maksiat kepada Allah. Ulasan al-Husseyn Ulasan aku mudah dan ringkas.Ulasan dari orang bodoh, tapi bukan membabi buta.

Ada hujjah walaupun bodoh. Kalau cerdik tak berani nak berhujah, bila masa orang bodoh macam aku ni nak dicerdikan?

Aku sekadar nak ulas bahagian atas tu saja, itu pun dah memadai untuk membuktikan betapa Razman Zakaria ni adalah seorang yang kaki bodek nombor satu!

Kalau korang belum baca ulasan Zulhasmi Shariff , sila klik di sini. Ulasan Zulhazmi itu belum ada sesiapa pun yang berani nak ulas. Kalau dengan loyar pun ponggah, bersaralah lagi baik!

Saya sekadar ingin bawakan suatu kisah dizaman Rasulullah SAW, supaya kita tidak ikut wala' membabi buta sebagai mana Razman Zakaria, yang mahukan kita semua ikut macam dia!

Saya yakin kita semua dah tahu cerita ini pun, tapi mungkin Razman dah lupa sejak Hj Hadi lantik dia jadi PJ yang kini adalah PJ paling wala' dalam Malaya!



Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali, ia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam mengutus satu pasukan khusus dan mengangkat salah seorang Anshar menjadi komandan mereka.

Tatkala mereka telah keluar, maka ia marah kepada mereka dalam suatu masalah, lalu ia berkata: "Bukankah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam memerintahkan kalian untuk mentaatiku?"

Mereka menjawab: "Betul". Dia berkata lagi: "Kumpulkanlah untukku kayu bakar oleh kalian". Kemudian ia meminta api, lalu ia membakarnya, dan ia berkata:

"Aku berkeinginan keras agar kalian masuk ke dalamnya". Maka seorang pemuda diantara mereka berkata: "Sebaiknya kalian lari menuju Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dari api ini. Maka jangan terburu-buru (mengambil keputusan) sampai kalian bertemu dengan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Jika beliau perintahkan kalian untuk masuk ke dalamnya, maka masuklah". Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam pun bersabda kepada mereka: 'Seandainya kalian masuk ke dalam api itu niscaya kalian tidak akan keluar lagi selama-lamanya.

Ketaatan itu hanya pada yang ma'ruf'. (Dikeluarkan dalam kitab ash-Shahihain dari hadits al-A'masy) Kalau pasukan khas itu wala' membabi buta macam Razman Zakaria, terjun ke dalam api.....apa macam?

Terpanggang macam sateylah jadinya! Apakah pemuda yang menyanggah arahan komandan itu 'Jebon'?

Eh! Aku baru teringat , ada pasar malam kat tempat aku ni....teringat nak makan satey pulak....bye... lepas makan satey nanti aku akan ulas bersandarkan nas al-Quran pula....insya'Allah.

al-Husseyn.
Friday, November 21, 2014 Apakah pemuda yang menyanggah arahan komandan itu 'Jebon' ? Jawablah Razman! AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA? 1. Saya menggesa agar mana mana individu yang terlibat dalam agenda ini supaya fahamkan erti sebenar perjuangan PAS yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi. Bukanlah muktamar, mesyuarat AJK PAS Pusat atau sesiapa pun termasuk Presiden PAS sendiri. Apabila Presiden membuat keputusan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, kita tolak. Sekiranya tidak, wajib bagi kita untuk mematuhinya. Sabda Nabi SAW "لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق" Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang menjadi maksiat kepada Allah. Ulasan al-Husseyn Ulasan aku mudah dan ringkas.Ulasan dari orang bodoh, tapi bukan membabi buta. Ada hujjah walaupun bodoh. Kalau cerdik tak berani nak berhujah, bila masa orang bodoh macam aku ni nak dicerdikan? Aku sekadar nak ulas bahagian atas tu saja, itu pun dah memadai untuk membuktikan betapa Razman Zakaria ni adalah seorang yang kaki bodek nombor satu! Kalau korang belum baca ulasan Zulhasmi Shariff , sila klik di sini. Ulasan Zulhazmi itu belum ada sesiapa pun yang berani nak ulas. Kalau dengan loyar pun ponggah, bersaralah lagi baik! Saya sekadar ingin bawakan suatu kisah dizaman Rasulullah SAW, supaya kita tidak ikut wala' membabi buta sebagai mana Razman Zakaria, yang mahukan kita semua ikut macam dia! Saya yakin kita semua dah tahu cerita ini pun, tapi mungkin Razman dah lupa sejak Hj Hadi lantik dia jadi PJ yang kini adalah PJ paling wala' dalam Malaya! Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali, ia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam mengutus satu pasukan khusus dan mengangkat salah seorang Anshar menjadi komandan mereka. Tatkala mereka telah keluar, maka ia marah kepada mereka dalam suatu masalah, lalu ia berkata: "Bukankah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam memerintahkan kalian untuk mentaatiku?" Mereka menjawab: "Betul". Dia berkata lagi: "Kumpulkanlah untukku kayu bakar oleh kalian". Kemudian ia meminta api, lalu ia membakarnya, dan ia berkata: "Aku berkeinginan keras agar kalian masuk ke dalamnya". Maka seorang pemuda diantara mereka berkata: "Sebaiknya kalian lari menuju Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dari api ini. Maka jangan terburu-buru (mengambil keputusan) sampai kalian bertemu dengan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam. Jika beliau perintahkan kalian untuk masuk ke dalamnya, maka masuklah". Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam pun bersabda kepada mereka: 'Seandainya kalian masuk ke dalam api itu niscaya kalian tidak akan keluar lagi selama-lamanya. Ketaatan itu hanya pada yang ma'ruf'. (Dikeluarkan dalam kitab ash-Shahihain dari hadits al-A'masy) Kalau pasukan khas itu wala' membabi buta macam Razman Zakaria, terjun ke dalam api.....apa macam? Terpanggang macam sateylah jadinya! Apakah pemuda yang menyanggah arahan komandan itu 'Jebon'? Eh! Aku baru teringat , ada pasar malam kat tempat aku ni....teringat nak makan satey pulak....bye... lepas makan satey nanti aku akan ulas bersandarkan nas al-Quran pula....insya'Allah.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Putrajaya mansuh subsidi RON95, diesel mulai 1 Dis

Posted: 21 Nov 2014 05:00 AM PST

Putrajaya akan memansuhkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember.
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan, mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal, lapor Bernama.

Katanya, tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam.

Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia.

Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Hasan Malek.
 
Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float). 
 
Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010.
 
Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak tahun 1983. 
 
Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. 
 
Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. 
 
Ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.
 
Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter. 
 
Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. 
 
Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM. 
 
Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga RM2.30 seliter dan diesel pada harga RM2.20 seliter. Mulai pada 1 Disember 2014, penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah yang disebut di atas. 
 
Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.
 
Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97. 
 
Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.

Kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaan kaedah ini. 
 
 
Mimpi Senja

Langgar Jiran Sampai Mati Gara-Gara Sampah

Posted: 21 Nov 2014 04:15 AM PST



Georgetown: Seorang wanita maut dilanggar dan digilis kereta jirannya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di flet Desa Intan, Bandar Baru, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa Lee Seok Pheng, 47, mati di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana mengalami kecederaan teruk di badan.

Ketika itu, suspek berada dalam kereta dan mangsa bersama suami cuba menegur perbuatan jirannya itu yang membuang sampah di kawasan rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berang selepas ditegur dan memandu keretanya secara melulu sebelum melanggar mangsa.


"Suspek cuba melarikan diri bagaimanapun dia dikejar orang ramai yang melihat kejadian itu.

"Dia kemudiannya berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis," katanya ketika dihubungi.
 

Rozita Che Wan Mengamuk Gara-Gara Susu Badan

Posted: 21 Nov 2014 03:30 AM PST

 
Kadang-kadang kesian juga pada Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Apa yang mereka buat serba tak kena di mata orang luar. Dari zaman Che Ta belum berkahwin dengan Zain, sampai dah ada anak tetap juga pasangan ini dicari kesalahannya.

Terbaru, malam tadi terdapat segelintir pengikut di Instagram yang menulis komen seolah-olah Che Ta dan Zain tidak pandai menjaga anak mereka yang baru lahir, Aaisyah Dhia Rana.



Semuanya terjadi selepas Zain memuat naik sekeping foto sedang menyusukan Aaisyah sebaik pulang dari bersenam di gym. Disebabkan gambar itu, mulalah keyboard warriors melemparkan kata-kata kurang manis.


Korang rasa Che Ta nak berdiam diri ke? Haruslah tidak! Haha. Mungkin sebab terlampau geram, Che Ta membalas komen tersebut apabila dituduh memberikan anaknya yang baru lahir minum susu formula.


Korang ni pun, dah tentulah Che Ta tahu apa yang terbaik untuk anak dia. Lagipun ini bukan anak pertama, Che Ta kan dah berpengalaman menjadi ibu. Cuma mungkin Zain agak kekok menjaga baby, tapi bagilah dia masa untuk belajar.

Apa kata kita doakan je yang terbaik untuk keluarga pasangan ni? Bila kita doa yang baik-baik untuk orang, mesti akan ada benda positif yang terjadi kat kita nanti. Sekian, salam Jumaat! Hehe.

- ohbulan.com

 

Kartunis Zunar Mahu Saman Syarikat Money Online (MOL)

Posted: 21 Nov 2014 02:45 AM PST

 

Kartunis politik, Zunar bercadang memfailkan saman terhadap syarikat pembayaran dalam talian, MoneyOnline (MOL) kerana mendedahkan butiran pembeli buku kartunnya yang dijual melalui laman web beliau, www.zunar.my.

MOL atau nama penuhnya, Money Online merupakan salah satu syarikat teknologi popular di Malaysia, yang menawarkan platform pembayaran internet.

Menurut Zunar, syarikat berkenaan telah memberi butiran pembeli kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman apabila disuruh berbuat demikian melalui surat, dan perkara tersebut dilakukan tanpa pengetahuannya.

Beliau diberitahu perkara itu melalui email yang diterima pengendali laman webnya pada Isnin lalu yang menyatakan MOL telah menyerahkan segala resit bayaran melalui talian kepada polis sehinggakan mereka dapat menyelongkar setiap butiran tersebut.

"Tak boleh buat macam ini, ini tindakan untuk menakut-nakutkan pembeli buku kartun saya," ujarnya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini ketika hadir memberi keterangan kepada polis.

Tambah Zunar ia merupakan pengkhianatan syarikat tersebut terhadapnya, sedangkan beliau menjalankan aktiviti perniagaan yang sah.

Malah katanya, buku yang diharamkan sebelum ini juga telah ditarik balik pengharamannya oleh Mahkamah Rayuan.

"Ini pengkhianatan terhadap saya, saya akan mempertimbangkan perkara ini sekiranya ia menganggu perniagaan yang saya jalankan ini, apa-apa pun saya tidak akan berhenti melukis, perjuangan saya baru bermula," jelasnya.

Pada 9 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan menolak pengharaman buku kartun 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun karya kartunis politik Zunar. Panel tiga hakim yang membuat keputusan itu berpendapat, buku kartun itu tidak mengandungi sebarang ancaman yang boleh menggugat keharmonian. -KD





Cara Merawat Rambut Agar Rambut Lebat dan Tidak Rontok

Posted: 21 Nov 2014 02:00 AM PST

 
Sudah taukah Anda mengenai tipikal rambut impian Anda? Motivasilah diri Anda untuk memiliki rambut idaman, rambut dengan tipikal lebat, kuat, hitam dan tidak mudah rontok menjadi salah satu impian dari setiap individu. Dengan memiliki rambut seperti tipikal di atas, menjadikan Anda lebih nampak cantik dan tampan dengan rambut yang sehat, lebat dan tidak rontok.


Mungkin masih banyak orang yang masih belum paham mengenai merawat rambut, terutama pada usia remaja, banyak sekali dari mereka yang masih suka mengaplikasikan pewarna rambut. Jika dilihat dari dampaknya, pewarna rambut akan menjadikan rambut nampak kering, bercabang, dan mudah rontok. Jika Anda sudah mengalami gejala tersebut, segeralah memberikan perawatan intensif untuk pencegahannya. Bagaimana cara merawat rambut agar rambut lebat dan tidak rontok? Silahkan simak ulasan artikel di bawah ini yang akan menuntun Anda dalam merawat rambut agar lebat dan tidak rontok.

Lidah buaya
Lidah buaya merupakan salah satu tumbuhan yang memiliki kandungan vitamin dan mineral. Kandungan mineral dan vitamin yang terkandung dalam lidah buaya akan membantu Anda dalam merawat rambut menjadi lebih tebal dan lebat. Caranya, ambilllah sepotong lidah buaya yang kemudian dibelah menjadi dua, ambil lendirnya dan usapkan pada rambut yang dalam kondisi setengah kering, usap dan pijit bagian kulit kepala, dan diamkan selama 15 menit. Lanjutkan dengan membilas hingga bersih.

Minyak zaitun
Minyak zaitun yang memiliki kandungan vitamin yang dibutuhkan oleh rambut, akan menjadi tips ke dua dalam memberikan perawatan agar rambut lebat dan tidak rontok. Oleskan minyak zaitun pada rambut dan berikan sedikit pijatan pada bagian kulit kepala. Setelah itu, tutup rambut dengan shower cup, dan diamkan selama satu jam. Lalu bilaslah dengan bersih. Lakukan perawatannya secara rutin untuk memberikan hasil yang maksimal.

Alpukat
Buah alpukat merupakan buah-buahan yang banyak mengandung asam lemak dan nutrisi. Asam lemak dan nutrisi yang terkandung di dalamnya bisa membantu dalam memberikan perawatan agar rambut menjadi lebat dan tidak mudah rontok. Caranya, aduk alpukat di dalam mangkuk atau gelas hingga lembut seperti pasta, kemudian oleskan alpukat pada rambut, mulai dari akr rambut hingga ujung rambut Anda. Diamkan selama 20 menit untuk memperoleh hasil maksimal. Lanjutkan membilas dengan shampo hingga bersih.

Sudah cukup jelas kan? Mengenai cara merawat rambut agar rambut lebat dan tidak rontok. Lakukan lah beberapa tips tersebut untuk menjadikan rambut Anda lebat dan tidak mudah rontok. Lakukan secara rutin agar Anda memperoleh hasil yang maksimal. 

Demikian ulasan mengenai rambut lebat dan tidak mudah rontok memberikan manfaat dan referensi yang baik bagi Anda semua.

Anggota RELA Ditahan Kes Tembak Cuba Curi Lembu

Posted: 21 Nov 2014 01:15 AM PST

Foto Hiasan

Polis menahan seorang anggota RELA kerana disyaki melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri lembu di Gua Musang, kelmarin.


Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata lelaki berusia 48 tahun itu kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.

"Saya nasihat kepada semua untuk berhati-hati menggunakan senjata api kerana ia melibatkan nyawa, memang kita diberi hak untuk mempertahankan diri," katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tiong di Kota Bharu semalam.

Kelmarin, seorang lelaki dipercayai cuba mencuri lembu di sebuah ladang sawit di Sungai Terah, Gua Musang maut dipercayai ditembak pemilik lembu berkenaan yang juga anggota Rela di ladang itu.

Dalam kejadian pada jam 6.05 pagi itu, pemilik lembu terbabit, mengejar dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero dalam ladang sawit berkenaan.

Selepas kenderaan Pajero itu terbabas, seorang suspek berusia 33 tahun dipercayai melibas parang menyebabkan pemilik lembu itu melepaskan tembakan dan suspek berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tembakan di badan.

Mazlan berkata pihaknya sedang memburu seorang lagi rakan suspek berhubung kes berkenaan.

"Suspek yang meninggal dunia itu mempunyai tiga rekod jenayah narkotik," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

- Bernama


YB Dr Halimah ni bior betul... Siapa kata Khalid kedekut?

Posted: 21 Nov 2014 12:30 AM PST

AMAUN SEBENAR PAMPASAN PEGAWAI BEKAS MB SELANGOR: DR HALIMAH MEREPEK APA?

Berikut amaun sebenar pampasan yang diberi oleh Khalid Ibrahim kepada pegawai-pegawainya:


SUMBER ZULHAZMI
Faekah Husin Dibayar Hampir RM700 Ribu

Ingat lagi tak? Sebelum ini bekas Exco Dr Halimah pernah membuat kenyataan Khalid Ibrahim nak keluar seringgit untuk program negeri pun susah:

SUMBER MALAYSIAKINI

Dr Halimah ni bior betul... Siapa kata Khalid kedekut? 

Dulu masa Khalid Ibrahim ambil alih Kerajaan Selangor sebagai MB dari Khir Toyo, berapa juta pula pampasan yang diberi kepada pegawai-pegawai Khir Toyo?

I wonder...

This practice of giving so called "VSS" to political appointees stinks.


Caj arak: MP syukur pemimpin, masyarakat buka mata ??

Posted: 20 Nov 2014 11:45 PM PST

 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau bersyukur isu yang dibangkitkannya ketika perbahasan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat minggu lalu, membawa kepada maklumat baharu bahawa harga setiap setiap tiket meliputi caj hidangan termasuk arak.

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pendedahan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi ketika menjawab celahan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) itu telah membuka mata semua pihak termasuk pemimpin negara.

"Alhamdulillah, cetusan itu telah membuka mata semua pihak. Kita harap kerajaan lebih peka terhadap sensitiviti umat Islam.

"Kerajaan perlu serius dan segera bertindak, bukan hanya sekadar cakap sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu caj arak yang dikenakan dalam tiket penerbangan MAS perlu dihentikan kerana minuman keras tidak sepatutnya dihidangkan dalam pesawat.

"Saya minta supaya caj tidak dikenakan kepada sesiapa kerana minuman arak ini tidak sepatutnya dihidangkan.

Hentikan (caj arak dalam tiket)," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Sementara itu, ketika menggulung perbahasan minggu lalu, Abdul Aziz berkata semua persoalan berkait isu hidangan arak dan etika pakaian pramugari MAS akan dibawa kepada kabinet untuk diputuskan.

Beliau juga membayangkan semua pertikaian itu akan selesai selepas penstrukturan semula organisasi pentadbiran MAS.

Mengulas lanjut, Marzuk berkata, pihaknya berharap ada keputusan positif oleh kabinet berhubung perkara itu kerana ia membabitkan soal hukum dan larangan agama.

"Kita harap kabinet tidak membuat keputusan yang bertentangan dengan hukum agama dan mengecewakan umat Islam," tegasnya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Caj arak: MP syukur pemimpin, masyarakat buka mata KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau bersyukur isu yang dibangkitkannya ketika perbahasan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat minggu lalu, membawa kepada maklumat baharu bahawa harga setiap setiap tiket meliputi caj hidangan termasuk arak. Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pendedahan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi ketika menjawab celahan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) itu telah membuka mata semua pihak termasuk pemimpin negara. "Alhamdulillah, cetusan itu telah membuka mata semua pihak. Kita harap kerajaan lebih peka terhadap sensitiviti umat Islam. "Kerajaan perlu serius dan segera bertindak, bukan hanya sekadar cakap sahaja," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu caj arak yang dikenakan dalam tiket penerbangan MAS perlu dihentikan kerana minuman keras tidak sepatutnya dihidangkan dalam pesawat. "Saya minta supaya caj tidak dikenakan kepada sesiapa kerana minuman arak ini tidak sepatutnya dihidangkan. Hentikan (caj arak dalam tiket)," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. Sementara itu, ketika menggulung perbahasan minggu lalu, Abdul Aziz berkata semua persoalan berkait isu hidangan arak dan etika pakaian pramugari MAS akan dibawa kepada kabinet untuk diputuskan. Beliau juga membayangkan semua pertikaian itu akan selesai selepas penstrukturan semula organisasi pentadbiran MAS. Mengulas lanjut, Marzuk berkata, pihaknya berharap ada keputusan positif oleh kabinet berhubung perkara itu kerana ia membabitkan soal hukum dan larangan agama. "Kita harap kabinet tidak membuat keputusan yang bertentangan dengan hukum agama dan mengecewakan umat Islam," tegasnya. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Make Money at : http://bit.ly/copy_win