Sabtu, 15 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Pemimpin Umno Terkedu Melihat Gambar Terbaru Azmin Ali Ini

Posted: 15 Nov 2014 10:58 PM PST

 
azmin aliMenteri Besar Selangor YAB Azmin Ali Terjah dan Musnah Kawasan Aedes Kg Tengah Simpang Tiga Gombak, pagi tadi. Ramai yang tercenggang, terpersona, tersilau, terpukau dan kagum kaget akan kesungguhan Dato' Menteri Besar Selangor dalam membuat misi terjah dan musnah aedes ini. 

Manakan tidak .. dia sanggup terjun longkang melakukan pembersihan seorang diri dengan menggunakan tulang empat kerat sedangkan yang lain bertindak tukang perhati dan berlagak menjadi mandor.

Ikut akal logik sepatutnya kerja pembersihan longkang sebesar ini yang tersumbat dilakukan dengan menggunakan jentolak pemuat jengkaut tetapi Azmin boleh melakukan seorang diri tanpa bantuan tenaga lain termasuk jentolak. 

Disitulah kehebatan luar biasa yang dimiliki Azmin Ali. .. Lagak kerja ini perlu diberikan sanjungan, julangan dan pujian. 

Paling hebat dan luar biasa yang dimiliki Azmin Ali ialah membuat kerja kotor dengan tulang empat kerat seorang diri tetapi pakaian masih bersih .. bab itu tiada pemimpin lain boleh lawan. ~omakkau

azmin ali

azmin ali

azmin ali

azmin ali

Addin

Kenapa Bung Mokhar diibaratkan macam ketam ? Hazlan Zakaria

Posted: 15 Nov 2014 10:30 PM PST


Kenapa Bung Mokhar diibaratkan macam ketam ? Hazlan Zakaria  Dalam menasihati pelajar-pelajar sebuah sekolah supaya mempunyai sikap dan personaliti yang baik dan menentang pembuli, Ahli Parlimen Kinabatangan kontroversi, Datuk Bung Mokhtar Radin kelihatan seperti seekor ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan lurus.   Dilahirkan pada 15 September 1959, ahli parlimen Sabah itu tidak dilahirkan di bawah bintang zodiak barat Cancer (ketam), tetapi seperti yang ditunjukkan kejadian baru-baru ini, dia mungkin seekor ketam jadian.   Teliti ucapannya kepada sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di kawasan yang diwakilinya, di mana beliau telah memberikan mereka nasihat mengenai perilaku peribadi.   "Sikap dan personaliti yang baik juga perlu dipupuk supaya mereka menjadi proaktif, demi pembangunan masyarakat dan negara," harian berbahasa Inggeris Sabah Daily Express memetik beliau sebagai berkata.   Saya pasti beliau merupakan seorang ahli parlimen yang berketerampilan segak, terutamanya selepas berkahwin dengan isteri keduanya, dia dilihat muncul berpakaian 'lebih bergaya' dengan rambut yang bergel dan diwarnakan. Pastinya beliau telah berperibadi mempesona untuk memenangi hati pelakon itu.   Tetapi mungkin beliau bukan ahli parlimen yang wajar bagi bercakap tentang sikap dan personaliti yang baik, secara umumnya.   Sekurang-kurangnya tidak jika kita mengambil perhatian ke atas kualiti sumbangannya kepada dialog kebangsaan dan perbahasan parlimen mengenai isu-isu utama. Namun begitu, saya mesti menyatakan bahawa kita tidak boleh menolak kemungkinan niat baik beliau.   Cuma nasihat itu agak sukar untuk diterima, kerana datang dari seorang ahli parlimen yang begitu kontroversi. Jika ditanya secara rawak, ramai orang akan berwajah kelat apabila ditanyakan mengenai kaitan nama Bung Mokhtar dengan "sikap dan keperibadian yang baik".   Dan nasihatnya yang seterusnya mungkin akan mencetuskan rasa radang kaum wanita yang pernah mendengar beliau berucap di Parlimen, kerana beliau sendiri sering dituduh membuli wanita dengan ucapan-ucapan liarnya.   "Sesiapa sahaja yang telah dibuli boleh melaporkannya. Ada undang-undang untuk melindungi anda," Bung menasihati pelajar-pelajar itu.   Mungkin perlu diingatkan bahawa dia pernah melakukan jenaka "bocor", didakwa membayangkan yang bukan bumbung Parlimen sahaja yang bocor, tetapi juga merujuk secara tidak langsung kepada kitaran feminin seorang ahli parlimen wanita pembangkang.   Bung juga menjadi tajuk utama akhbar melalui kenyataannya bahawa pemandu wanita tidak tahu memandu. Mungkin ini dibenarkan kerana beliau menikmati keistimewaan Parlimen, termasuk kekebalan bagi apa-apa yang dikata dan dilakukan di dalam Parlimen.   Tetapi walaupun beliau mungkin terlepas dari mahkamah undang-undang, ia mungkin tidak menghalang beliau daripada diadili mahkamah pendapat awam, dalam kes ini. Dalam menasihati pelajar-pelajar sebuah sekolah supaya mempunyai sikap dan personaliti yang baik dan menentang pembuli, Ahli Parlimen Kinabatangan kontroversi, Datuk Bung Mokhtar Radin kelihatan seperti seekor ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan lurus. 

Dilahirkan pada 15 September 1959, ahli parlimen Sabah itu tidak dilahirkan di bawah bintang zodiak barat Cancer (ketam), tetapi seperti yang ditunjukkan kejadian baru-baru ini, dia mungkin seekor ketam jadian. 

Teliti ucapannya kepada sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di kawasan yang diwakilinya, di mana beliau telah memberikan mereka nasihat mengenai perilaku peribadi. 

"Sikap dan personaliti yang baik juga perlu dipupuk supaya mereka menjadi proaktif, demi pembangunan masyarakat dan negara," harian berbahasa Inggeris Sabah Daily Express memetik beliau sebagai berkata. 

Saya pasti beliau merupakan seorang ahli parlimen yang berketerampilan segak, terutamanya selepas berkahwin dengan isteri keduanya, dia dilihat muncul berpakaian 'lebih bergaya' dengan rambut yang bergel dan diwarnakan. Pastinya beliau telah berperibadi mempesona untuk memenangi hati pelakon itu. 

Tetapi mungkin beliau bukan ahli parlimen yang wajar bagi bercakap tentang sikap dan personaliti yang baik, secara umumnya. 

Sekurang-kurangnya tidak jika kita mengambil perhatian ke atas kualiti sumbangannya kepada dialog kebangsaan dan perbahasan parlimen mengenai isu-isu utama. Namun begitu, saya mesti menyatakan bahawa kita tidak boleh menolak kemungkinan niat baik beliau. 

Cuma nasihat itu agak sukar untuk diterima, kerana datang dari seorang ahli parlimen yang begitu kontroversi. Jika ditanya secara rawak, ramai orang akan berwajah kelat apabila ditanyakan mengenai kaitan nama Bung Mokhtar dengan "sikap dan keperibadian yang baik". 

Dan nasihatnya yang seterusnya mungkin akan mencetuskan rasa radang kaum wanita yang pernah mendengar beliau berucap di Parlimen, kerana beliau sendiri sering dituduh membuli wanita dengan ucapan-ucapan liarnya. 

"Sesiapa sahaja yang telah dibuli boleh melaporkannya. Ada undang-undang untuk melindungi anda," Bung menasihati pelajar-pelajar itu. 

Mungkin perlu diingatkan bahawa dia pernah melakukan jenaka "bocor", didakwa membayangkan yang bukan bumbung Parlimen sahaja yang bocor, tetapi juga merujuk secara tidak langsung kepada kitaran feminin seorang ahli parlimen wanita pembangkang. 

Bung juga menjadi tajuk utama akhbar melalui kenyataannya bahawa pemandu wanita tidak tahu memandu. Mungkin ini dibenarkan kerana beliau menikmati keistimewaan Parlimen, termasuk kekebalan bagi apa-apa yang dikata dan dilakukan di dalam Parlimen. 

Tetapi walaupun beliau mungkin terlepas dari mahkamah undang-undang, ia mungkin tidak menghalang beliau daripada diadili mahkamah pendapat awam, dalam kes ini.

Kerengga
Kenapa Bung Mokhar diibaratkan macam ketam Hazlan Zakaria Dalam menasihati pelajar-pelajar sebuah sekolah supaya mempunyai sikap dan personaliti yang baik dan menentang pembuli, Ahli Parlimen Kinabatangan kontroversi, Datuk Bung Mokhtar Radin kelihatan seperti seekor ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan lurus. Dilahirkan pada 15 September 1959, ahli parlimen Sabah itu tidak dilahirkan di bawah bintang zodiak barat Cancer (ketam), tetapi seperti yang ditunjukkan kejadian baru-baru ini, dia mungkin seekor ketam jadian. Teliti ucapannya kepada sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di kawasan yang diwakilinya, di mana beliau telah memberikan mereka nasihat mengenai perilaku peribadi. "Sikap dan personaliti yang baik juga perlu dipupuk supaya mereka menjadi proaktif, demi pembangunan masyarakat dan negara," harian berbahasa Inggeris Sabah Daily Express memetik beliau sebagai berkata. Saya pasti beliau merupakan seorang ahli parlimen yang berketerampilan segak, terutamanya selepas berkahwin dengan isteri keduanya, dia dilihat muncul berpakaian 'lebih bergaya' dengan rambut yang bergel dan diwarnakan. Pastinya beliau telah berperibadi mempesona untuk memenangi hati pelakon itu. Tetapi mungkin beliau bukan ahli parlimen yang wajar bagi bercakap tentang sikap dan personaliti yang baik, secara umumnya. Sekurang-kurangnya tidak jika kita mengambil perhatian ke atas kualiti sumbangannya kepada dialog kebangsaan dan perbahasan parlimen mengenai isu-isu utama. Namun begitu, saya mesti menyatakan bahawa kita tidak boleh menolak kemungkinan niat baik beliau. Cuma nasihat itu agak sukar untuk diterima, kerana datang dari seorang ahli parlimen yang begitu kontroversi. Jika ditanya secara rawak, ramai orang akan berwajah kelat apabila ditanyakan mengenai kaitan nama Bung Mokhtar dengan "sikap dan keperibadian yang baik". Dan nasihatnya yang seterusnya mungkin akan mencetuskan rasa radang kaum wanita yang pernah mendengar beliau berucap di Parlimen, kerana beliau sendiri sering dituduh membuli wanita dengan ucapan-ucapan liarnya. "Sesiapa sahaja yang telah dibuli boleh melaporkannya. Ada undang-undang untuk melindungi anda," Bung menasihati pelajar-pelajar itu. Mungkin perlu diingatkan bahawa dia pernah melakukan jenaka "bocor", didakwa membayangkan yang bukan bumbung Parlimen sahaja yang bocor, tetapi juga merujuk secara tidak langsung kepada kitaran feminin seorang ahli parlimen wanita pembangkang. Bung juga menjadi tajuk utama akhbar melalui kenyataannya bahawa pemandu wanita tidak tahu memandu. Mungkin ini dibenarkan kerana beliau menikmati keistimewaan Parlimen, termasuk kekebalan bagi apa-apa yang dikata dan dilakukan di dalam Parlimen. Tetapi walaupun beliau mungkin terlepas dari mahkamah undang-undang, ia mungkin tidak menghalang beliau daripada diadili mahkamah pendapat awam, dalam kes ini. -http://bm.theantdaily.com/

Make Money at : http://bit.ly/adflywin

Demam Melarat Buta, Penuntut UiTM Saman Hospital Dungun !!

Posted: 15 Nov 2014 10:00 PM PST

Demam Melarat Buta, Penuntut UiTM Saman Hospital Dungun !!  KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memfailkan saman, semalam terhadap Pengarah Hospital Dungun, Terengganu dan dua pihak lagi kerana didakwa cuai sehingga menyebabkannya hilang penglihatan.  Nur Laila Md Yusuf, 21, selaku plaintif memfailkan saman melalui Tetuan T Vijay & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan menamakan Pengarah Hospital Dungun; Pegawai Perubatan, Dr Tan Kian Kheng dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.  Dalam pernyataan tuntutannya, pada 13 November 2013, plaintif yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun telah mendaftar sebagai pesakit luar di Hospital Dungun kerana demam.  Plaintif diperiksa oleh defendan kedua yang membuat diagnosis dan memberikan enam jenis ubat iaitu Paracetamol, Piriton, Amoxycillin; Benadryl; Eye drop; dan Hydrocortisone.  Plaintif mengambil ubat mengikut nasihat diberikan, namun mendapati keadaan bertambah buruk dan mengalami tanda negatif termasuk suhu badan yang tinggi dan kesan lecuran pada kulit.  Plaintif telah pulang ke rumah ibu bapanya di Kuang, Selangor dan ibu bapa plaintif menjangkakan plaintif dijangkiti demam campak.  Bagaimanapun selepas mendapati semakin teruk, plaintif mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan didapati plaintif mengalami alahan terhadap antibiotik.  Plaintif seterusnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ditahan selama dua minggu selepas keadaan kesihatan bertambah buruk.  Menurut pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa telah mengalami kesan reaksi alahan menyebabkan fungsi matanya terjejas akibat kecuaian defendan-defendan.  Sehubungan itu, plaintif menuntut faedah dan kos terhadap kesemua defendan.  Difahamkan, plaintif yang merupakan pelajar tahun akhir kursus diploma pengurusan awam kini terpaksa menangguhkan pengajiannya.  – SHarian   Posted by Jeebond BLM
KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memfailkan saman, semalam terhadap Pengarah Hospital Dungun, Terengganu dan dua pihak lagi kerana didakwa cuai sehingga menyebabkannya hilang penglihatan.

Nur Laila Md Yusuf, 21, selaku plaintif memfailkan saman melalui Tetuan T Vijay & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan menamakan Pengarah Hospital Dungun; Pegawai Perubatan, Dr Tan Kian Kheng dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, pada 13 November 2013, plaintif yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun telah mendaftar sebagai pesakit luar di Hospital Dungun kerana demam.

Plaintif diperiksa oleh defendan kedua yang membuat diagnosis dan memberikan enam jenis ubat iaitu Paracetamol, Piriton, Amoxycillin; Benadryl; Eye drop; dan Hydrocortisone.

Plaintif mengambil ubat mengikut nasihat diberikan, namun mendapati keadaan bertambah buruk dan mengalami tanda negatif termasuk suhu badan yang tinggi dan kesan lecuran pada kulit.

Plaintif telah pulang ke rumah ibu bapanya di Kuang, Selangor dan ibu bapa plaintif menjangkakan plaintif dijangkiti demam campak.

Bagaimanapun selepas mendapati semakin teruk, plaintif mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan didapati plaintif mengalami alahan terhadap antibiotik.

Plaintif seterusnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ditahan selama dua minggu selepas keadaan kesihatan bertambah buruk.

Menurut pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa telah mengalami kesan reaksi alahan menyebabkan fungsi matanya terjejas akibat kecuaian defendan-defendan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut faedah dan kos terhadap kesemua defendan.

Difahamkan, plaintif yang merupakan pelajar tahun akhir kursus diploma pengurusan awam kini terpaksa menangguhkan pengajiannya.

– SHarian

Posted by Jeebond BLM

Karya saya bukan fitnah, kata kartunis Zunar !! OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 15 Nov 2014 09:15 PM PST

Karya saya bukan fitnah, kata kartunis Zunar !!  OLEH DIYANA IBRAHIM  Published: 16 November 2014  Karya satira politik menentang kerajaan bukan sekadar menjadi bahan tawa tetapi untuk menyampaikan mesej, kata kartunis Zunar.   Karya satira politik menentang kerajaan bukan sekadar menjadi bahan tawa tetapi untuk menyampaikan mesej, kata kartunis Zunar.  Bagi kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, karya satira politik menentang kerajaan dilukiskannya itu bukan sekadar untuk menjadi bahan tawa tetapi menyampaikan mesej berdasarkan fakta daripada hasil kajian yang mendalam.  Zunar yang terkenal dengan mengkritik kerajaan melalui kartunnya berkata, karyanya tidak harus dilabel sebagai fitnah kerana peranannya sebagai kartunis politik adalah untuk menafsir kesilapan ahli politik dan kerajaan melalui karyanya.  "Malaysia ini keadaannya berbeza sedikit. Orang bersalah tidak semestinya diheret ke mahkamah kerana sistem politiknya begitu meskipun di atas kertas ada tertulis mereka juga tertakluk kepada undang- undang tetapi tidak pada praktiknya.  "Orang yang jelas terlibat dengan rasuah tidak dikenakan tindakan undang- undang seperti kes bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kes kapal selam scorpene yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terbaru isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun ada dokumen membuktikan mereka bersalah," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider.  Walaupun kini disiasat mengikut Akta Hasutan, Zunar merupakan penerima Anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial daripada Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).  Beliau ditahan polis selama dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan pada 2010 dan kini mungkin didakwa mengikut akta sama.  Sekatan dan kekangan terhadap kebebasan dan karyanya menjadikan kartunis ini lebih yakin karyanya menyampaikan kebenaran.  "Kalau mereka hendak kata lukisan saya fitnah mereka boleh nafikan tapi setakat ini mereka tidak pernah tampil untuk nafikan. Beritahulah bahagian mana yang kata saya fitnah dalam muka surat berapa," katanya.  Zunar berkata, beliau tidak hanya bergantung kepada laporan media saja apabila melukis kartun satira mengenai sesuatu isu tetapi akan turut mengkaji mengikut sumber lain.  "Saya akan buat  'homework' dulu sebelum melukis, biasanya akan ambil daripada pelbagai sumber dan informasi. Saya juga akan mengupas sesuatu isu itu dengan lebih mendalam.  "Contoh kalau ada sesuatu isu itu melibatkan orang yang saya kenali saya akan hubungi sendiri untuk mengesahkan laporan itu dan kalau ada perhimpunan atau protes saya akan turun kerana saya perlu tahu apa sebab mereka lakukan itu. Saya perlu lihat barulah dilukis lawak jenakannya dan tidak bermakna sebarangan," katanya.  Zunar mengakui karyanya mengenai konspirasi Anwar ke penjara paling sukar dilakukan kerana melalui proses Karya satira politik menentang kerajaan bukan sekadar menjadi bahan tawa tetapi untuk menyampaikan mesej, kata kartunis Zunar. 

Karya satira politik menentang kerajaan bukan sekadar menjadi bahan tawa tetapi untuk menyampaikan mesej, kata kartunis Zunar.

Bagi kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, karya satira politik menentang kerajaan dilukiskannya itu bukan sekadar untuk menjadi bahan tawa tetapi menyampaikan mesej berdasarkan fakta daripada hasil kajian yang mendalam.

Zunar yang terkenal dengan mengkritik kerajaan melalui kartunnya berkata, karyanya tidak harus dilabel sebagai fitnah kerana peranannya sebagai kartunis politik adalah untuk menafsir kesilapan ahli politik dan kerajaan melalui karyanya.

"Malaysia ini keadaannya berbeza sedikit. Orang bersalah tidak semestinya diheret ke mahkamah kerana sistem politiknya begitu meskipun di atas kertas ada tertulis mereka juga tertakluk kepada undang- undang tetapi tidak pada praktiknya.

"Orang yang jelas terlibat dengan rasuah tidak dikenakan tindakan undang- undang seperti kes bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kes kapal selam scorpene yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terbaru isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun ada dokumen membuktikan mereka bersalah," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Walaupun kini disiasat mengikut Akta Hasutan, Zunar merupakan penerima Anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial daripada Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).

Beliau ditahan polis selama dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan pada 2010 dan kini mungkin didakwa mengikut akta sama.

Sekatan dan kekangan terhadap kebebasan dan karyanya menjadikan kartunis ini lebih yakin karyanya menyampaikan kebenaran.

"Kalau mereka hendak kata lukisan saya fitnah mereka boleh nafikan tapi setakat ini mereka tidak pernah tampil untuk nafikan. Beritahulah bahagian mana yang kata saya fitnah dalam muka surat berapa," katanya.

Zunar berkata, beliau tidak hanya bergantung kepada laporan media saja apabila melukis kartun satira mengenai sesuatu isu tetapi akan turut mengkaji mengikut sumber lain.

"Saya akan buat 'homework' dulu sebelum melukis, biasanya akan ambil daripada pelbagai sumber dan informasi. Saya juga akan mengupas sesuatu isu itu dengan lebih mendalam.

"Contoh kalau ada sesuatu isu itu melibatkan orang yang saya kenali saya akan hubungi sendiri untuk mengesahkan laporan itu dan kalau ada perhimpunan atau protes saya akan turun kerana saya perlu tahu apa sebab mereka lakukan itu. Saya perlu lihat barulah dilukis lawak jenakannya dan tidak bermakna sebarangan," katanya.

Zunar mengakui karyanya mengenai konspirasi Anwar ke penjara paling sukar dilakukan kerana melalui proses "homework" ( kajian) yang lama.

Selain itu anak jati Kedah itu berkata, kartun politik perlu menepati dua perkara untuk menarik perhatian orang ramai membacanya iaitu melibatkan subjek dan mesej.

"Dalam lukisannya ia memang begitu. Sama ada kita melebih-lebihkan atau mengurangkannya sebab itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kita jadikan sebagai subjek dan objeknya kita gambarkan rambutnya yang dibesarkan walaupun sebenarnya tidak atau Tun Dr Mahathir Mohamed hidungnya dibesarkan ia memang disengajakan sebab itulah kartun politik.

"Kartun itu mesti menarik perhatian orang kerana mereka akan lihat subjek dan objek dan kemudiannya barulah mesejnya," katanya.

Zunar pada masa sama berkata, adalah wajar sekiranya seorang kartunis politik mengkritik kerajaan kerana ia merupakan sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata, tidak boleh dinafikan mereka juga merupakan penganalisis politik.

"Bezanya kami sampaikan melalui lukisan kami, memang mana-mana kartunis politik dunia ini peranannya mengkritik kerajaan yang berkuasa (goverment of the day) orang yang membuat tuduhan menyatakan kartunis adalah fitnah perlu tahu kami juga adalah penganalisis politik.

"Kami lebih mengetahui mengenai situasi politik yang berlaku dan saya juga sangat arif politik Malaysia kerana saya juga terbabit sama," katanya.

Pada 6 November lalu, tiga pembantu Zunar ditahan dan dibawa ke Balai Polis Putrajaya kerana menjual 2 buku kartun bertajuk "Konspirasi Memenjarakan Anwar" dan "Pirate of the Carry-BN ".

Pengendali laman web sesawang miliknya, www.Zunar.my turut dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Selain itu beliau turut mencetuskan kemarahan penyokong Barisan Nasional (BN) apabila didakwa cuba menghina institusi kehakiman dengan berpakaian seperti hakim dan membuat lakonan disogok wang.

Mengulas mengenai perkara itu, Zunar tidak menganggap perbuatannya itu hanya merujuk kepada hakim yang mengendalikan kes Anwar kerana lakonannya itu ditujukan secara umum.

Zunar berkata, aksinya di luar mahkamah dengan memakai baju hitam dan meletakkan mob di kepala menyamai teater jalanan dan ia dilakonankan atas tujuan sindiran.

"Seperti cerita P Ramlee ada adegan yang memerli hakim.

"Saya tidak tahu kenapa mereka begitu marah. Adakah kerana saya berpakaian baju hitam dan meletakkan mop di kepala mereka tidak boleh tersinggung kerana ia adalah teater jalanan dan bukan merupakan perkara luar biasa," katanya.

Zunar percaya tindakannnya itu tidak akan dianggap mencacatkan perjalanan dan mempengaruhi keputusan hakim dalam kes Anwar.

"Kalau negara maju orang mereka menerima sebagai seni. Paling kurang mereka akan ketawa. Dengan teater macam itu tidak akan mencacatkan perjalanan kes Anwar. Tidak ada orang percaya laporan polis sebab saya melakonkan aksi itu boleh mempengaruhi keputusan hakim," katanya.

Kartunis itu turut membantah apabila dikenakan Akta Hasutan kerana melukis kartun mengkritik kerajaan kerana baginya ia merupakan perkara luar biasa bagi kerajaan mengeruni kartunis.

"Saya sudah biasa dengan penahanan begini, bila kita mengkritik kerajaan itu adalah risikonya dan saya bersedia cuma saya membantah kenapa polis bersusah payah mengenakan Akta Hasutan seolah-olah saya penjenayah mereka boleh menyaman saya dan letaklah di bawah undang- undang sivil.

"Ia amat luar biasa orang yang jual buku turut dikenakan kanun keseksaan seolah-olah mereka merupakan penjenayah. Kalau dulu orang yang menjual buku hanya diberi amaran tapi sekarang yang menjual buku online pun turut dipanggil," katanya.

Sepanjang pembabitannya 50 peratus hasil karya kartun yang dihasilkannya sejak 2009 diharamkan pihak berkuasa Malaysia.

Bagaimanapun, di luar negara Zunar menerima pelbagai pengkitirafan termasuk dipanggil untuk memberi ceramah di Amerika Syarikat, Sepanyol dan sebagainya.

Bukunya yang bertajuk "Pirates of Carry BN" turut diletakkan di Library Of Congress di Washington DC Amerika dan bukunya dikatalogkan dalam kategori Asia bersama dengan 120,000 buku kartun lain.

Katanya, beliau merancang menghasilkan sebuah lagi buku komik berkenaan dengan Rosmah.

"Saya dalam perancangan untuk menghasilkan buku mengenai Rosmah, isteri perdana menteri yang saya sangat cintai dan sayangi," katanya. – 16 November, 2014.
 


See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Keluhan Tun Mahathir ??

Posted: 15 Nov 2014 09:00 PM PST

Ahli Pas perlu beretika menggunakan media baru

Posted: 15 Nov 2014 08:30 PM PST

MELAKARI MENTARI                                                                                   

Pandangan dan peringatan yang dicurahkan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Nik Zawawi Nik Salleh supaya ahli Pas terus istiqamah menggunakan media baru sebagai saluran dakwah kepada Pas sekaligus mengejapkan Pas sebagai sebuah gerakan Islam harus diberi perhatian oleh semua pihak dalam parti agama berkenaan.



Husam Musa
Nik Zawawi Nik Salleh
Pandangan dan peringatan itu sesuatu yang baik dan perlu diterima sebagai satu saranan sejahtra. Kesediaan ahli dan pendokong Pas terhadap saranan itu penting untuk tidak memecah dan memisahkan Pas dengan catatan-catan liar dan tulisan yang bersifat permusuhan dan meretakan ukhwah sesama sendiri.

Nik Zawawi dalam kertas kerjanya yang dibentang pada munaqasyah ucapan dasar presiden peringkat negeri Pahang di Temerloh Pahang berkata, media baru kini menjadi ancaman kepada Pas kerana ia bukan lagi memainkan peranan sebagai saluran dakwah, tetapi mengancam Pas. 
Apakah bentuk ancaman itu tidak dihuraikan melainkan setakat memberi tahu ia menjadi ancam kepada Pas.
 

Beliau dipetik sebagai berkata sepatutnya saluran media baru itu dimanfaatkan untuk tujuan dakwah dan terbiyah bagi mendidik manusia ke jalan yang benar, tetapi dunia langit terbuka ini diambil kesempatan di sebaliknya. Sudah tentulah hal-hal begitu sangat menyesal dan merugikan parti agama itu.

Pandangan dan saranan Nik Zawawi itu tepat pada masanya kerana akhir-akhir ini media baru yang diharap melonjak dan mengembangkan pengaruh Pas telah menjadi bukan sahaja ancaman kepada Pas tetapi juga bersifat sebagai alat memecahkan sesama Pas. 
Peranan dimainkan media baru yang digerakan oleh ahli Pas sendiri telah memperluaskan lagi peranan dimainkan akhbar arus perdana sebelum ini. Inilah juga peralihan dan peredaran zaman dihadapi Pas.

Betapa tidak catatan atau pun ulasan di dalam media baru menjadi medan untuk memaki hamu sesama sendiri dan menuyebarkan fintah buta dan mentah. 
Segala sindir dan kritikan bukan lagi dibuat dengan penuh berhemat sebaliknya dibungai dengan cemuhan bahasa dan gelaran huduh seperti "Jebon" dan sebagainya.

Kewujudan ribuan kumpulan WhatsApp misalnya menjadi medan untuk membentuk kumpulan dan puak tertentu bagi menyuburkan kebencian kepada kumpulan atau puak yang lain. 
Pengisian sesetengah kumpulan WhatsApp ini tidak lagi untuk menyebarkan maklumat semasa tetapi melakukan fitnah dan adu domba semasa.

Mungkin media baru seperti blog, Facebook atau twiter masih boleh diterima dengan baik, kerana ia bersifat terbuka, tetapi kewujudahan media baru yang beroperasi secara senyap seperti WhatsApp sangat membahayakan.


Kenapa dikata begitu kerana cacian, kritikan dan cemuhan yang dihembur kepada seseorang atau puak menerusi kumpulan WhatsApp ini tidak didengar oleh mereka berkenaan dan hanya berlegar sesama ahli sahaja. 
Cemuhan dan kritikan sebegini sesuatu yang kejam dan zalim yang tidak seharusnya dipraktikkan dalam Pas sebagai parti yang ditepek dengan dasar dan prinsip agama.

Ini terjadi seperti mana dijelaskan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa pada majlis berkenaan, di mana beliau dituduh telah mengupah seorang penulis untuk memburuk pemimpin Pas menerusi satu kumpulan WhatsApp. 
Tuduhan itu meluas tersebar dalam kumpulan WhatsApp tanpa dapat dijawab oleh Husam Musa tetapi dinikmati dan ditelan bulat-bulat oleh ahli kumpulan WhasApp atau "buat jahat" berkenaan.

Jelas Husam tuduhan yang dilemparkan kepadanya menerusi kumpulan BuatJahat berkenaan beliau telah mengupah seorang penulis untuk memburuk-burukkan pemimpin Pas. Tuduhan itu kata Husam sesuatu yang anih dan ganjil kerana jelasnya penulis itu selama empat tahun menyerannya.


Contoh yang disebutkan Husam itu menunjukkan betapa kemunculan media baru kini gagal diuruskan dengan baik oleh ahli Pas sehinggakan akhirnya ia menjadi ancaman kepada Pas sendiri. Peliknya lagi mereka terlibat bukan kelas ahli peringat "kayu getah mati" tetapi ada yang bertaraf Dr PhD.


Husam yang juga merupakan seorang pembentang kertas kerja berjudul, "Terus Beristiqamah" pada muqasyah ucapan dasar presiden itu, mengingatkan agar Pas perbetulkan hubungan baik sesama dalam Pas dan perlu sedar permainan musuh serta tidak membesarkan isu-isu dalaman parti dalam media sosial. 
Gesaan itu sudah tentulah kerana ke belakangan ini apa lagi menjelang muktamar pemilihan Pas tahun dengan pemain-pemain media baru menjadi makin hilang akal.

Menghayati kedua saranan dan peringatan Nik Zawawi dan Husam itu menunjukkan mereka sependapat dan concern berat untuk membenteraskan bahanan fitanh dan ancaman baru kepada Pas itu. Kesedaran ini seharusnya dipuji dan disusuli dengan tindakan proaktif meluas.


Bertolak daripada itu elok kalau Pas terutamanya Majlis Syura Ulama (MSU), mengadakan kursus ataupun menyelitkan dalam usrah-usrah yang diadakan mengenai bahaya media baru yang disalah gunakan. 
Sejajar itu juga MSU boleh menganjurkan kursus atau mengadakan seminar cara-cara mengggunakan media baru dengan bijaksana dan menghindarkan unsur-unsur fitnah.
Mungkin untuk tujuan itu juga, MSU boleh menyediakan garisan panduan atau pun rukun-rukun penulisan media baru dan dipaparkan secara terbuka. 
Kerana sesetengah ahli Pas begitu menyakini ataupun meletakkan kepercayaan tinggi kepada MSU, molek kalau majlis ini mengambil inisiatif itu. 
Sudah pasti sekiranya MSU yang menerbitkan perkara ini ia dipatuh atas kapastiti dan keyakinan yang diberikan kepada MSU sangat tinggi dewasa ini.

Mungkin juga MSU boleh membuat arahan atau nasihat agar ahli-ahli Pas dan pendokongnya yang telah mewujudkan kumpulan WhatsApp atau kumpulan "BuatJahat" yang sering disalah gunakan dan berunsur fitnah buta dan mentah itu dimansuh atau dibubarkan. 
Perlu difahami secara tidak sedar aplikasi WhatsApp ini telah menjadi alat menghancurkan Pas. WhatsApp atau aplikasi "BuatJahat" seumpamanya telah mengambil alih tugas menghancurkan Pas daripada musuh Pas.

Tidak terlampau kalau MSU boleh membuat satu fatwa berhubung kewujudan media baru seperti WhasApp ini. Dengan cara itu juga ahli Pas yang menganggotai mana-mana kumpulan WhatsApp dapat menjaga syariat mereka dan tidak berani untuk menyebarkan sesuatu maklumat palsu, ulasan berunsur fitnah, adu domba ataupun mengemukakan kajian dan teori yang boleh memecahkan Pas walaupun sesama anggota "BuatJahat".  [wm.kl.9:08 am 16/11/14]




Pak Samad: Jangan taksub 'Melayu terancam'

Posted: 15 Nov 2014 08:00 PM PST

 
 
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menasihatkan agar masyarakat Melayu tidak taksub dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangsa itu kini semakin terancam.

Katanya, masyarakat perlu memahami bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang turut mewakili parti yang dikatakan memperjuangkan bangsa itu.

Oleh itu, beliau hairan kerana masih timbul dakwaan dakwaan masih timbul bahawa kedudukan orang Melayu kini terancam, katanya  yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Saya harapkan masyarakat Melayu janganlah terlalu taksub dengan hebahan bahawa orang Melayu sedang terancam.

Macam mana orang Melayu terancam? Macam mana agama, Melayu terancam apabila orang yang berkuasa di atas adalah orang Melayu selama lima dekad. Apa yang dia buat duduk di atas selama lima dekad itu?

"Kalau kedudukannya itu tidak mampu membuat orang Melayu berfikir secara waras, keluar (turun) sahaja.

"Biar orang Melayu lain (yang tadbir). Dia tadbir lima dekad. Bukan satu dekad," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

Kebimbangan seperti itu antara lainnya dibangkitkan oleh anggota majlis tertinggi Umno, Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang percaya orang Melayu tidak akan dapat menguasai pentadbiran sekiranya Umno dan BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mendakwa orang Melayu kini berasa tidak dialu-alukan di sebuah negeri yang dipimpin sebuah parti pembangkang.

Walau tidak menyatakan parti khusus, beliau dipercayai membayangkan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.



Malaysiakini

Fitnah: Politik Kotor Yang Tidak Lagi Memilih Jenama Parti Saya tidak terlibat dengan Pasma - Husam - KHAIRIL ABDUL RAHIM |

Posted: 15 Nov 2014 07:30 PM PST

Fitnah: Politik Kotor Yang Tidak Lagi Memilih Jenama Parti   Saya tidak terlibat dengan Pasma - Husam   KHAIRIL ABDUL RAHIM |   15 November 2014 TEMERLOH: 15 November 2014 TEMERLOH: "Saya tidak terlibat dengan Pasma, tuduhan dalam media sosial hanya fitnah semata-mata," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. 

Beliau menyatakan demikian ketika sesi soal jawab dalam program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri Pahang di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini. 

Sebelum itu beliau ditanya sama ada terlibat menubuhkan NGO berkenaan kerana ia mula ditubuhkan di sebuah perpustakaan didakwa milik beliau dan ada rakan-rakannya yang terlibat. 

"Sebelum ini saya dituduh syiah kerana menamakannya Nur Zahrah iaitu nama kepada Saidatina Fatimah iaitu isteri kepada Ali. 

"Perpustakaan tersebut milik orang lain dan perjumpaan menubuhkan Pasma adalah dengan izin pemilik berkenaan dan saya tidak terlibat," katanya. 

Menurut Husam, fitnah tersebut samalah dengan apa yang dihadapinya berkaitan tuduhan mengupah seorang penulis membuat artikel memburukkan pemimpin. 

"Semua itu tidak benar. Walhal penulis berkenaan selama empat tahun menyerang saya, sehinggalah dalam satu majlis alumni penulis berkenaan duduk dekat saya. 

Dan hanya kerana itu saya dituduh mengupah penulis berkenaan memburukkan pemimpin," tegasnya. Husam sebelum itu menyampaikan kertas kerja kedua yang memperincikan tajuk 
 'Terus Beristiqamah' ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-60. 

Beliau mengaitkan istiqamah dalam parti mestilah bersatu dan tidak menerima hasutan luar seperti melaga-lagakan ulama dan profesional dalam PAS. 

"Perlu diperbetulkan balik hubungan sesama dalam PAS dan kena sedar dengan permainan musuh. Jangan perbesarkan isu-isu dalaman parti terutama dalam media sosial. 

"Pelaku kesalahan dalam jamaah perlu diambil tindakan supaya virus itu tidak merebak menjangkiti orang lain," katanya. 

Beliau turut mengingatkan para peserta supaya menghadamkan kembali buku yang ditulis oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang mengenai syarat-syarat kemenangan gerakan Islam. 


Posted by mountdweller
Fitnah: Politik Kotor Yang Tidak Lagi Memilih Jenama Parti Saya tidak terlibat dengan Pasma - Husam KHAIRIL ABDUL RAHIM | 15 November 2014 TEMERLOH: "Saya tidak terlibat dengan Pasma, tuduhan dalam media sosial hanya fitnah semata-mata," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Beliau menyatakan demikian ketika sesi soal jawab dalam program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri Pahang di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini. Sebelum itu beliau ditanya sama ada terlibat menubuhkan NGO berkenaan kerana ia mula ditubuhkan di sebuah perpustakaan didakwa milik beliau dan ada rakan-rakannya yang terlibat. "Sebelum ini saya dituduh syiah kerana menamakannya Nur Zahrah iaitu nama kepada Saidatina Fatimah iaitu isteri kepada Ali. "Perpustakaan tersebut milik orang lain dan perjumpaan menubuhkan Pasma adalah dengan izin pemilik berkenaan dan saya tidak terlibat," katanya. Menurut Husam, fitnah tersebut samalah dengan apa yang dihadapinya berkaitan tuduhan mengupah seorang penulis membuat artikel memburukkan pemimpin. "Semua itu tidak benar. Walhal penulis berkenaan selama empat tahun menyerang saya, sehinggalah dalam satu majlis alumni penulis berkenaan duduk dekat saya. Dan hanya kerana itu saya dituduh mengupah penulis berkenaan memburukkan pemimpin," tegasnya. Husam sebelum itu menyampaikan kertas kerja kedua yang memperincikan tajuk 'Terus Beristiqamah' ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-60. Beliau mengaitkan istiqamah dalam parti mestilah bersatu dan tidak menerima hasutan luar seperti melaga-lagakan ulama dan profesional dalam PAS. "Perlu diperbetulkan balik hubungan sesama dalam PAS dan kena sedar dengan permainan musuh. Jangan perbesarkan isu-isu dalaman parti terutama dalam media sosial. "Pelaku kesalahan dalam jamaah perlu diambil tindakan supaya virus itu tidak merebak menjangkiti orang lain," katanya. Beliau turut mengingatkan para peserta supaya menghadamkan kembali buku yang ditulis oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang mengenai syarat-syarat kemenangan gerakan Islam. Posted by mountdweller

Make Money at : http://bit.ly/adflywin

Tahap Pencapaian Pendidikan M'sia Sangat Rendah ??

Posted: 15 Nov 2014 07:00 PM PST

Walaupun berbelanja besar bagi sektor pendidikan, Malaysia menghasilkan pelajar kurang bermutu jika dibandingkan pencapaian pelajar negara yang setaraf dengannya dari segi pendapatan dan kuasa beli, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perbelanjaan per kapita Malaysia dalam sektor pendidikan begitu tinggi, lebih dari negara jiran dalam Asean, malah lebih banyak dari Korea Selatan dan Jepun.

"Mutu pencapaian negara kita mengikut ujian Program Pencapaian Pelajar Antarabangsa (Pisa), satu ukuran antarabangsa, pada puratanya lebih rendah dari apa yang kita harapkan dalam menuju kepada ekonomi yang berasaskan ilmu.

"Keputusan ini menunjukkan pelajar kita yang berumur 15 tahun menampakkan mereka ini berkedudukan 3 tahun lebih ke belakang jika dibandingkan dengan mereka pada umur sama daripada Singapura, Korea Selatan, China, Jepun dan termasuk daripada Vietnam yang dahulunya di belakang kita," kata bekas menteri kewangan itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah Kolej Yayasan Saad di Melaka hari ini.

Katanya, sistem pendidikan Malaysia, sama ada di peringkat rendah, menengah atau tinggi, bergantung kuat kepada sistem berasaskan peperiksaan, bukan berasaskan pembelajaran, "discovery" dan pemikiran kritikal.

"Sebagai perbandingan, dalam ujian TIMMS (Trends in International Mathematics and Science Study) bagi pencapaian matematik, Malaysia jatuh dari 520 dalam tahun 1999 kepada 440 bagi tahun 2011.

"Dan dalam TIMMS bidang sains, kedudukan kita menurun dari 510 dalam tahun 2003 kepada 426 tahun 2011 – menurun, bukan naik!" katanya.

Putrajaya memperuntukkan sejumlah lebih RM56.7 bilion bagi perbelanjaan pendidikan dalam Bajet 2015, jumlah terbesar antara semua bidang belanjawan lain. Dari jumlah itu, 21% untuk pengajian tinggi.

"Sangat nyatalah dari statistik yang diajukan ini, kerajaan Malaysia memang memberi tekanan kuat terhadap perbelanjaan pendidikan.

"Malangnya, perbelanjaan pendidikan yang tinggi ini dibandingkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tidak berbaloi, sekurang-kurangnya tidak memberi pulangan terhadap kualiti atau peningkatan penghasilan mutu dalam pendidikan," kata Ku Li.

Beliau berkata, dari segi perbelanjaan per kapita, Malaysia membelanja empat kali ganda bagi pendidikan tinggi berbanding pendidikan rendah dan menengah.

Manakala, dari segi pulangan kepada pelaburan, ratio atau dividen pendidikan, kerajaan katanya, harus memberi tekanan lebih kepada pendidikan rendah dan menengah, terutamanya yang boleh meningkatkan kemahiran.

"Dengan cara demikian, kedudukan ekonomi negara akan lebih baik jika taraf pendidikan kalangan tenaga kerja negara bertambah tinggi.

"Inilah satu-satunya cara menaikkan negara ke taraf ekonomi bergaji tinggi, melalui peningkatan produktiviti. Bukan semata-mata mengejar ekonomi berpendapatan tinggi bagi mencapai status negara maju," katanya.

Ku Li turut berkata, hal ini kerana lebih 85% penduduk Malaysia merupakan golongan pekerja yang makan gaji, bukan pemilik harta atau bekerja sendiri.

Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia, tahap produktiviti pekerja negara ini jauh lebih rendah daripada negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.

"Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun.

"Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485.

"Ini bermakna, pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah," katanya.

Malah, beliau turut berkata, 80% dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ku Li turut menyuarakan kebimbangannya berkenaan kedudukan mutu penghasilan pelajaran negara kita.

"Memandangkan hal ini pada keseluruhannya, tidak hairanlah kerajaan kita perlu menumpukan perhatian yang lebih kritikal dalam hal belanjawan dan kesannya ke atas pencapaian dan mutu pendidikan di negara kita ini.

"Usaha ini terdapat dalam bentuk Blueprint Transformasi Pendidikan yang dilancarkan kerajaan awal tahun ini. Saya berdoa semoga usaha ini berjaya mencapai sasaran demi kepentingan ekonomi dan generasi akan datang," katanya.

Beliau menambah, Putrajaya juga perlu mengkhusus bukan saja kepada prasarana yang baik, tetapi juga kepada keberkesanan kurikulum dan proses pengajaran serta pembelajaran, dan kualiti guru yang mengajar.

Katanya, proses pembelajaran sangat penting bagi seseorang pelajar kerana ianya mempengaruhi bagaimana mereka boleh mencapai kemajuan, sambil menambah, pembelajaran "rote learning" tidak membantu.

"Kita hantar anak-anak kita belajar, tidak ada lain sebab, (tetapi) supaya dia akan disediakan dengan ilmu dan kepandaian untuk berjaya apabila lulus persekolahan atau universiti.

"Tetapi, pembelajaran 'rote learning' atau membabi buta sahaja tidak akan membolehkan pelajar meningkatkan daya fikir dan daya penyelesaian masalah yang amat penting bagi dunia kerjaya kelak, dan bagi menjadikan pelajar itu warga yang berfikir, berdisiplin dan bertanggungjawab," katanya.


Beliau juga mengingatkan guru dan ibubapa agar tidak terlalu mengagungkan pencapaian 'semua A' dalam peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Sumber

Kepada Yang Mampu Sila Lah Bantu........

Posted: 15 Nov 2014 06:30 PM PST

ANAK YATIM PIATU: Kematian ibunya tanggal 7hb NOV 2014 JUMAAT. 

Ayah mereka sudah lama meninggal. Sekarang mereka tinggal bersama datuk dan nenek yg tidak bekerja dan mereka memerlukan bantuan pada yg prihatian kepada ANAK YATIM PIATU.

Alamat: No 343 Kg Chekeli Dewan Beta 15100 Kota Bharu Kelantan.

Akaun Izah Badriah bt Bahador (anak sulung 16thn)

0310029000579201 BSN.


No.Tel: 01122032567 Alias Mohamed(bapa saudara). 

Bantulah mereka ... Pakat tulung deh

Pada wakil rakyat sila anda ambil sikit masa untuk melawat mereka dan bantu la apa yang perlu...

Dimajlis sambutan perayaan Deepavali diPusat DAP DUN Tronoh Pk...Anjuran DAP Tronoh, Batu Gajah...

Posted: 15 Nov 2014 06:00 PM PST

 
  Teman diberi kesempatan berucap.....sambil berkempen.....bedal tetap bedal.
Rooster Joe's photo.
Rooster Joe's photo.
Rooster Joe's photo.   

VIDEO - Isu dana RM2.5j utk pembantu Khalid: Azmin tunggu butiran

Posted: 15 Nov 2014 05:14 PM PST



RM2.5j bagi pembantu Khalid: Azmin tunggu butiran.
 
Menteri Besar Selangor Azmin Ali akan mendapatkan butiran lanjut berhubung dakwaan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi pampasan berjumlah RM2.5 juta kepada tujuh pembantunya sebelum beliau berundur sebelum membuat ulasan lanjut.

Semalam, ADUN Seri Andalas, Xavier Jayakumar dalam coretan di Twitter mempersoalkan sekiranya benar kerajaan negeri mengarahkan Menteri Besar Incorporated (MBI) mendapatkan semula wang itu daripada pembantu Khalid.

Dato' Seri Anwar Ibrahim dijemput berucap di TEDx Talk Georgetown, Amerika Syarikat. All the best to you Dato' Seri !

Posted: 15 Nov 2014 07:00 AM PST

Murid Kristian dipaksa bertudung, sertai solat, kata sumber

Posted: 15 Nov 2014 06:00 AM PST

Cubaan Islamkan Murid Kristian Di Negeri Sembilan.. Fitnah Terbaru Terhadap Islam..



 
Sebuah program bagi murid sekolah rendah di Negeri Sembilan dikatakan memaksa seorang bukan Islam untuk memakai tudung dan menyertai doa dengan orang Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 November, 2014


Sebuah program bagi murid sekolah rendah di Negeri Sembilan dikatakan memaksa seorang bukan Islam untuk memakai tudung dan menyertai doa dengan orang Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 November, 2015.
Berikutan kes pelajar Islam dikatakan digunakan bagi menyebarkan Islam secara halus kepada rakan bukan Islam di sekolah menengah, muncul pula dakwaan baru yang seorang murid Kristian di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan dipaksa memakai tudung dan menyertai kumpulan nasyid.

Sumber yang rapat dengan sekolah itu memberitahu The Malaysian Insider, murid 12 tahun dari Sabah itu juga dipaksa menyertai rakan beragama Islam ketika mereka solat semasa menghadiri sebuah kem baru-baru ini.

"Semua ini berlaku tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapanya," kata sumber itu.

Sumber juga mendakwa, apabila perkara itu ditimbulkan, pihak berkuasa sekolah berpesan kepada guru dan murid supaya memastikan ia tidak dibocorkan.

Namun guru besar sekolah, Yunus Ismail, menafikan yang murid itu dipaksa memakai tudung atau menyertai program nasyid itu.

"Saya sudah tanya murid itu mengenainya. Dia tidak dipaksa guru-gurunya. Dia memakai tudung secara sukarela. Kami juga tidak memaksa murid bukan Islam menyertai program nasyid itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Yunus berkata perkara itu diselesaikan dua minggu lalu, dan ia "bukanlah isu besar."

"Saya turut menemui ibu bapanya, dan mereka tidak ada masalah dengan perkara ini. Saya percaya ada beberapa guru yang cuba menjadikan perkara ini satu isu," katanya.

Ibu murid itu ketika ditemui kelihatan tidak gentar apabila diajukan soalan berkenaan insiden itu.

"Saya tidak mahu jadikannya isu besar. Saya tidak mahu anak perempuan saya dipulaukan di sekolah atau mendapat masalah," katanya, bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Sumber itu berkata kebanyakan ibu bapa murid di sekolah itu tidak berpendidikan atau tidak berpendidikan tinggi dan juga miskin. Sesetengahnya bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran.

"Persoalannya ialah, mengapa seorang murid bukan Islam dipaksa atau digalakkan menyertai aktiviti orang Islam dan dipaksa memakai tudung?"

"Mengapa guru dan guru besar sekolah itu tidak sensitif terhadap murid bukan Islam? Adakah kerana bilangan mereka kecil?" soalnya.

Difahamkan yang sekolah dengan kira-kira 400-500 murid itu, majoritinya Islam dan hanya 7 orang bukan Islam.

"Anak itu belum dewasa, jadi bagaimana ini boleh terjadi kepadanya tanpa kebenaran atau pengetahuan ibu bapanya?" sumber itu bertanya, mempersoalkan motif di sebalik kejadian itu.

Kejadian atau percubaan mengIslamkan murid bukan Islam di sekolah bukan perkara baru. Tahun ini sahaja sudah terdapat beberapa dakwaan.

Pada Jun tahun ini, Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) Datuk RS Mohan Shan mendakwa, pelajar Islam digunakan bagi menyebarkan Islam secara halus kepada rakan bukan Islam mereka di sekolah menengah.

Semasa satu dialog dengan Majlis Perundingan Perpaduan Negara, Mohan mendedahkan penemuan beliau yang sebuah sekolah membuat soalan berbentuk provokatif dalam kertas Pengajian Islam tahun lepas.

Soalannya ialah, katanya, "Bagaimanakah cara mengIslamkan rakan anda?"

"Sekolah tidak akan merangka soalan sebegitu jika agenda itu bukan sebahagian daripada sukatan pelajaran dalam Pengajian Islam," katanya.

"Pihak berkuasa tidak boleh secara halus menggunakan pelajar Islam bagi mempengaruhi rakan bukan Islam mereka dengan niat menukar agama mereka."

Terdapat juga dakwaan dibuat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam dari Semenanjung, mengatakan cubaan secara rahsia dibuat bagi mengIslamkan pelajar bukan Islam di Sarawak.

Para pelajar itu dikatakan diletakkan di bawah program Anak Angkat dikendalikan NGO itu di sebuah sekolah di Kuching.

Ibu bapa mengadu yang semasa program itu, dihadiri kebanyakannya pelajar bukan Islam pada Mei tahun ini, semua ceramahnya dikendalikan 'ustaz' yang bercakap tentang hal agama Islam kepada pelajar Kristian.

Menteri negeri yang lantang bersuara, Tan Sri Dr James Masing berkata pada waktu itu, program yang diadakan setiap Sabtu sejak Mac itu merupakan satu percubaan secara sembunyi mengIslamkan pelajar.

Beliau menuntut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menyiasat dakwaan yang dua orang guru dari sekolah itu membantu kumpulan itu mengadakan program tersebut dan memujuk pelajar menghadirinya atas nama kegiatan "kokurikulum."

"Bagaimana topik agama seperti perbezaan antara air zam zam yang dipercayai umat Islam dan 'holy water' air suci orang Kristian, dan persoalan mengenai kesucian Mother Teresa, yang dibincangkan, sekiranya ia satu program yang dibenarkan sekolah?" Masing bertanya.

Kerajaan Sarawak kemudiannya menggantung program Anak Angkat itu tetapi mendakwa terdapat salah faham berkenaan keseluruhan isu itu.

– tmi

 

Dunia Artis - Zizan Kecewa Dan Kemurungan Akibat Tertekan

Posted: 15 Nov 2014 05:00 AM PST

 

Pelakon Zizan Razak berasa tertekan apabila timbul kontroversi terbaharu iaitu disaman lebih setengah juta ringgit oleh bekas pengurusnya, ketika dia sedang sibuk dengan kerjaya.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, berkata, dia turut terkilan apabila bekas pengursnya itu. Marina Juki mengambil pendekatan untuk mendedahkan perkara berkenaan kepada pihak media.

"Ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui tentang tindakan saman ini ketika ia disiarkan melalui media.

"Saya berasa sedih dan kecewa apabila dia (Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar terlebih dahulu tanpa menghubungi saya atau peguam saya.

"Ini membuatkan saya benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat-saat saya sedang sibuk dengan pelbagai tugas kerja yang memerlukan saya memberi sepenuh perhatian," katanya kepada mStar Online pada petang Jumaat.

Media pada Khamis melaporkan Marina selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap Zizan (defendan) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 6 November lalu dan menuntut ganti rugi lebih RM500,000.

Saman tersebut difailkan selepas Marina yang merupakan Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan selaku rakan kongsinya melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain.

Sedangkan perjanjian pelawak itu dengan syarikat berkenaan masih belum tamat yang mana ia berakhir pada 5 Mei 2015.

Plaintif turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan syarikat pengurusan baru memandangkan dia masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama plaintif.

Sementara itu, Zizan menegaskan dia tetap yakin berada di pihak yang benar dan tidak melakukan sebarang kesilapan.

"Saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak.

"Memandangkan hal ini berkaitan dengan undang-undang, saya tidak berani memberikan komen lebih lanjut dan hanya menyerahkan perkara ini kepada peguam saya untuk melakukan yang terbaik," ujarnya.


Janda bernama Azim

Posted: 15 Nov 2014 04:21 AM PST

 

  Kuala Lumpur: Seorang wanita tempatan berusia 40-an dikesan mempelajari taktik penipuan 'cinta Afrika' melalui Internet sebelum memperdaya ramai wanita tempatan membabitkan kerugian beratus ribu ringgit.


Suspek berstatus janda itu dikesan turut bekerjasama dengan 11 lelaki warga Nigeria, seorang wanita Nigeria, seorang wanita Uganda dan seorang wanita Filipina bagi membantunya melakukan penipuan terancang itu.
Difahamkan suspek memilik kepakaran dan kemahiran dalam memilih sasaran mangsa selain menyamar sebagai lelaki Eropah untuk menipu mangsa.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, wanita tempatan itu ditahan polis pada Rabu lalu selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan kerajaan yang mendakwa ditipu sebanyak RM107,350.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek masih menjalani perbicaraan mahkamah terhadap kes penipuan lain namun masih aktif mencari mangsa baru.
"Mangsa yang berusia 40 tahun itu mendakwa terpedaya dengan taktik suspek yang menyamar sebagai lelaki bernama Azim berasal dari Eropah.
"Lelaki itu berjanji mahu berkahwin dengan mangsa selepas menjalin hubungan cinta jarak jauh sejak Januari tahun ini," katanya.
Dia berkata, mangsa diminta membayar wang berjumlah RM107,350 ke lapan akaun bank berbeza selepas 'kekasihnya' mendakwa menghantar bungkusan mengandungi wang tunai dolar Amerika Syarikat 1 juta ( RM 3.3 juta).
"Mangsa diminta membuat pembayaran bagi melepaskan bungkusan wang itu yang didakwa ditahan Jabatan Imigresen di Kota Kinabalu.
"Selepas membayar wang berkenaan, mangsa diminta membuat penambahan bayaran lagi menyebabkan dia mengesyaki ditipu," katanya.
Susulan laporan diterima itu, polis bertindak melakukan siasatan sebelum berjaya menahan suspek di pekarangan Mahkamah Majistret Ampang pada Rabu lalu ketika suspek menghadiri perbicaraan kes tipu lain.
Menurutnya, hasil tangkapan wanita tempatan itu, beberapa siri serbuan dilakukan di sekitar kawasan ibu kota, Kajang dan Puchong sebelum 14 suspek lain berusia 20 hingga 30 tahun berjaya diberkas.
Chong berkata, hanya lima daripada 14 suspek ditahan mempunyai pasport sah manakala yang lain gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.
"Hasil serbuan itu, tujuh keping kad pengeluaran wang automatik (ATM), 26 telefon bimbit dan sembilan komputer riba dirampas daripada suspek yang dipercayai digunakan untuk tujuan penipuan.
"Selain menjadi perantara kepada anggota sindiket, wanita tempatan itu juga bertanggungjawab mengumpul akaun bank yang akan digunakan bagi tujuan pemindahan wang dari mangsa," katanya.
Menurutnya, wang itu kemudian akan dipindahkan ke akaun di luar negara.
"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan seorang lagi lelaki warga Nigeria yang juga dalang utama sindiket berkenaan," katanya.

Berita Menggemparkan Dari Mulut Najib Razak

Posted: 15 Nov 2014 03:00 AM PST

Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen UMNO Johor semalam, Perdana Menteri, Najib Razak meminta pimpinan senior dalam parti segera berubah dengan tidak lagi mengamalkan budaya cantas serta menyekat kemasukan golongan muda ke dalam UMNO.

Katanya, mereka perlu segera berubah kerana amalan negatif mencantas dan menyekat golongan muda hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi UMNO.

"Kita perlu buang perangai bodoh ini. Kalau terpaksa beri laluan, berundurlah dan beri peluang kepada orang lain," katanya lagi.

Memang nampak cantik, syahdu dan boleh mengalir air mata mendengar apa yang diucapkan oleh Najib Razak ini, tetapi persoalannya adakah beliau sendiri mengamalkannya?

Dalam kabinetnya sendiri, berapa ramai golongan muda berbanding mereka yang sudah berpenggal-penggal berada dalam kerajaan?

Lebih buruk lagi, di ketika menyedari pentingnya sokongan golongan muda itu, dalam pelantikan Senator yang dibuatnya baru-baru ini, semunya bukan saja terdiri daripada warga tua tetapi lebih merupakan kenalan rapatnya saja.

Tiga orang yang dilantiknya itu ialah Nallakaruppan, 68 tahun yang mulutnya hanya tahu memainkan isu mengenai peribadi Anwar Ibrahim semata-mata, Ibrahim Abu Shah, 64 tahun bekas Naib Canselor Uitm yang sebelumnya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta bekas Setiausaha Sulitnya suatu ketika dahulu, Abdul Halim Samad yang sudah pun berusia 74 tahun.

Mana penghargaan dan ruang menyediakan laluan kepada golongan muda melalui kuasa yang ada ditangannya sendiri?

Kenapa hanya pandai meminta orang lain memberi ruang kepada golongan muda sedangkan diri sendiri tidak melakukannya?

"KITA PERLU BUANG PERANGAI BODOH INI. KALAU TERPAKSA BERI LALUAN, BERUNDURLAH DAN BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN."

Siapa yang bodoh? Dan siapa yang tak beri peluang?

Najib Razak sepatutnya menujukan kata-katanya ini kepada dirinya sendiri, bukan orang lain. (SH 15/11/2014)

Kenapa lantik orang tua dan warga emas sebagai Senator kalau betul ingin menghargai golongan muda? ~shahbudin


Addin.

Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak menyalahi undang-undang, kata Putrajaya

Posted: 15 Nov 2014 02:15 AM PST

 
Sebuah protes anjuran Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) di Lutong, Sarawak, September lalu.

Sebuah protes anjuran Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) di Lutong, Sarawak, September lalu.

Putrajaya hari ini mengisytiharkan Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sarawak Association For Peoples' Aspiration atau Sapa) yang pernah menyatakan Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah, sebagai pertubuhan menyalahi undang-undang mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff berkata, Sapa menjalankan kegiatan yang memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

"Saya menyeru kepada masyarakat memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan membanteras aktiviti-aktiviti Sapa yang dianggap bercanggah dengan undang-undang sedia ada demi kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam di dalam negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Presiden Sapa Lina Soo pernah dilaporkan berkata, perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah melanggar tatacara undang-undang antarabangsa kerana hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.

Seperti dalam kes Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang menerima nasib sama melalui pengumuman kementerian pada 4 November, Khalid berkata pengisytiharan itu dibuat menteri mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan.

Seksyen itu memperuntukkan kuasa bagi menteri dalam negeri menggunakan budi-bicaranya mengisytiharkan mana-mana pertubuhan yang pada pendapatnya digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau bertentangan kepentingan keselamatan negara, ketenteraman awam atau akhlak sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Dari segi implikasinya, berikutan pengisytiharan itu, penggunaan nama, simbol, lambang atau logo Sapa tidak lagi dibenarkan dan segala akaun, aset dan harta Sapa akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Dengan itu juga, tiada seorang pun boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil Sapa.

"Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti Sapa akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan mengikut Akta 335, sebagai contoh, Seksyen 6 (2) dan 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan," kata Khalid.

Sapa terlibat dengan kempen yang bertujuan mengumpul tandatangan sebagai petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang jika berjaya, akan membawa kepada cadangan Sabah dan Sarawak dibenarkan membuat keputusan sendiri terhadap masa depannya dengan Malaysia.

Pada Jun lalu, Soo berkata di Kuala Lumpur, Perjanjian Malaysia tidak ditandatangani antara 5 negara merdeka, tetapi antara 2 negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu, satu negara separuh koloni Singapura, dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

Dia mendakwa, 5 individu yang menandatangani bagi pihak Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak, kerana masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan.

Katanya, ia melanggar Konvensyen Vienna berkenaan Law of Treaties Customary International Law, 1980 (VCLT 1980) dan Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960).

Pada September, pemimpin politik Sabah Datuk Jeffrey Kitingan berkata, semakin ramai rakyat Malaysia Timur menandatangani petisyen kepada PBB itu yang menuntut Sabah dan Sarawak dipisahkan daripada Malaysia.

Setakat hari itu, katanya 20,000 tandatangan berjaya dikumpul dan petisyen itu masih diteruskan walaupun polis melancarkan siasatan terhadap kumpulan lain yang mengumpul petisyen secara atas talian bagi menentukan sama ada Sabah dan Sarawak perlu meninggalkan Malaysia. – 15 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Mansuh Akta Hasutan perlu perkenan Majlis Raja-Raja, kata Majlis Perundingan Melayu Oleh Mohd Farhan Darwis

Posted: 15 Nov 2014 01:30 AM PST


 
Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangannya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman bercakap kepada wartawan semasa sidang media tentang Akta Hasutan di Desa Pandan, Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangannya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman bercakap kepada wartawan semasa sidang media tentang Akta Hasutan di Desa Pandan, Kuala Lumpur hari ini.

Di sebalik gesaan ramai pihak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan, Majlis Perundingan Melayu Malaysia berpendapat ia harus dikekalkan.

Ini kerana, kata Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangannya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, ia memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja jika hendak dimansuhkan.

Katanya, akta tersebut diperkenalkan bagi memelihara keharmonian dan kestabilan negara dan mengelak berlakunya insiden tidak diingini seperti ketegangan antara kaum.

"Tindakan meminda, memansuh atau memperkukuhkan Akta Hasutan perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

"Akta itu tiada kaitan melindungi mana-mana agama dan kaum. Ia dikuatkuasakan ketika era kolonial. Kenapa pula British mahu mempertahankan Melayu?" katanya.

Beliau berkata tindakan memansuhkan akta itu juga bakal menyaksikan pemansuhan Seksyen 3(1)(f), yang pernah dipinda bertujuan melindungi hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Hak Kerakyatan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, yang diklasifikasikan sebagai "perkara sensitif."

"Tindakan ini perlu selari dengan Artikel 159(5) Perlembagaan. Ini bermakna Parlimen perlu mendapatkan keputusan Majlis Raja-Raja sebelum memansuhkan Akta Hasutan 1948," katanya.

"Isunya di sini ialah, adakah patut kita membahaskan pemansuhan akta ini sedangkan tiada perundingan dengan Majlis Raja-Raja?" soalnya.

Aziz berkata tidak relevan cadangan memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.

"Kalau hendak buat Akta Perpaduan, itu cerita lain, tetapi jangan sentuh Akta Hasutan," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu bekas Ketua Polis Negara Tun Muhammed Hanif Omar, yang juga merupakan penasihat Majlis Perundingan Melayu.

Selain itu, Aziz juga berkata, Akta Hasutan seharusnya memasukkan peruntukkan berkaitan isu yang dibangkitkan beberapa pihak akhir-akhir ini berkenaan pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia.

"Itu perkara sensitif, mahu memecahkan negara," katanya.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membantah penggunaan Akta Hasutan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendakwa undang-undang itu digunakan bagi mendiamkan musuh politik mereka.

Antara pemimpin PR yang dikenakan tindakan mengikut akta berkenaan termasuk Setiausaha Agung PKR yang juga ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, ahli Parlimen Batu yang juga Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad, Naib Presiden PKR N Surendran dan RSN Rayer dari DAP.

Juga ditahan mengikut akta sama ialah ahli akademik Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom dan aktivis mahasiswa Muhammad Safwan Anang@Talib dan Adam Adli Abd Halim.

Pembangkang turut mempersoalkan Putrajaya yang tidak mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut dengan mengajak orang ramai membakar Bible berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan "Allah". – 15 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Azmin sedia bajet lebih besar bagi pembangunan tahun depan OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 15 Nov 2014 12:45 AM PST

 
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali akan menggunakan rizab RM3.3 bilion negeri Selangor bagi tujuan pembangunan dalam bajetnya tahun depan.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali akan menggunakan rizab RM3.3 bilion negeri Selangor bagi tujuan pembangunan dalam bajetnya tahun depan.

Kerajaan negeri Selangor yang baru dijangka memperuntukkan lebih banyak wang bagi pembangunan dalam bajetnya tahun depan, dengan sebahagian besar daripadanya untuk membina jalan baru dan parit serta membaik pulih kemudahan sedia ada.

Sumber berkata, sebahagian besar juga akan digunakan bagi menambahbaik kutipan sampah dengan membayar lebih bagi mendapatkan kontraktor yang berwibawa, tidak seperti amalan sebelum ini yang mengambil kontraktor paling murah.

Peningkatan jumlah bajet bagi pembangunan ialah antara yang sering dinyatakan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebagai fokusnya, iaitu membelanjakan lebih banyak kekayaan Selangor demi kebaikan penduduknya, bukan bagi mencatat rizab yang tampak menarik.

Azmin berulang kali menyebut dalam ucapannya sejak memegang jawatan tersebut pada 23 September, sia-sia sahaja Selangor mempunyai rizab yang besar tetapi "jalannya berlubang."

Selangor mempunyai rizab berjumlah RM3.3 bilion yang dikumpul sepanjang tempoh pentadbiran sebelumnya di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, saingan Azmin.

Azmin berkata kira-kira dua minggu lalu, beliau merancang memperuntukkan 49% daripada bajet negeri 2015 bagi pembangunan, naik 46% berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai perbandingan, Bajet 2015 Barisan Nasional memperuntukkan 18% bagi perbelanjaan pembangunan dan 82% bagi kos operasi.

Seorang pegawai kerajaan Selangor enggan mengulas jumlah keseluruhan bajet 2015 negeri itu kerana ia masih sedang diusahakan.

Ia dijangka dibentangkan pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri terakhir bagi tahun ini yang dijadualkan dari 24 November hingga 5 Disember.

Azmin sebelum ini pernah membayangkan pentadbirannya juga akan menggunakan rizab Selangor bagi projek infrastruktur awam seperti tebatan banjir di beberapa kawasan padat penduduk negeri itu.

Sumber yang mengetahui rancangan bajet Selangor berkata, pentadbiran negeri bersedia mengeluarkan wang lebih bagi projek infrastruktur dalam memastikan orang ramai mendapat jalan dan parit yang berkualiti.

Menurut seorang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor, amalan sebelum ini yang memilih tawaran paling rendah bidaannya bagi sebarang tender projek awam menyelamatkan wang kerajaan, tetapi menyebabkan akhirnya projek tertangguh.

Satu lagi aduan ialah bagaimana wang yang diperuntukkan kepada Jabatan Saliran dan Pengairan tidak dapat dibelanjakan kerana pertelingkahan berkaitan harga atau tawaran.

"Juga, kebiasannya, ia merupakan tawaran yang paling rendah, kadang-kadang di bawah harga standard yang ditetapkan agensi. Ia mengakibatkan kerja dengan kualiti rendah seperti jalan raya yang tidak kekal lama.

"Jadi, kali ini kami akan memberitahu agensi dan majlis tempatan yang mereka harus menerima bidaan yang memenuhi piawaian yang diterima," kata pemimpin itu yang tidak mahu dikenali.

Difahamkan yang tumpuan pentadbiran baru terhadap infrastruktur juga merupakan tindak balas kepada permintaan penggubal undang-undang negeri itu sendiri pada masa lalu.

Mengulas janji Azmin memperuntukkan 49% daripada bajet bagi pembangunan, setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Lau Weng San berkata, sebarang jumlah melebihi 30% ialah sesuatu yang bagus.

"Inilah masanya menggunakan wang itu untuk kebaikan rakyat," kata Lau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, BBC negeri mengemukakan senarai aspirasi bajet mereka kepada pentadbiran Azmin bulan lepas. Mendahului senarai itu ialah peruntukan untuk jalan raya, longkang, lampu jalan dan program bantuan golongan miskin.

Pada 2013, Khalid membentangkan bajet seimbang berjumlah RM1.85 bilion, yang terbesar dalam sejarah negeri itu.

Dalam bajet Selangor 2014, pentadbiran Khalid memperuntukkan RM430 juta daripada rizab negeri bagi membina jambatan ketiga di Klang, dan juga bagi program rumah mampu milik dan skim pembiayaan usahawan.

Khalid terkenal dengan imejnya yang mengawal ketat kewangan negeri dan berjimat dalam berbelanja, sehingga menimbulkan kemarahan ramai wakil rakyat PR yang tidak puas hati dengan amalan mengupah kontraktor dengan tawaran paling murah.

Dalam temu bual pada 29 September, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, sifat berjimat cermat Khalid menyebabkan kontraktor yang dilantik di kalangan mereka yang memberikan mutu perkhidmatan yang kurang memuaskan.

Lau berharap kerajaan negeri akan merombak sistem pemilihan kontraktor mengutip sampah kerana ia menyebabkan banyak aduan.

Amalan majlis tempatan mengupah kontraktor yang menawarkan kadar paling murah menimbulkan banyak aduan sampah tidak dipungut di kawasan padat penduduk di Selangor.

"Wang dijimatkan tetapi pekerja tidak cekap. Anda bayar wang dan dapat hasil kerja yang teruk," kata Lau. – 15 November, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com/

Pemulangan Bible keputusan sukar, kata Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 15 Nov 2014 12:00 AM PST


Wakil Persatuan Gereja-gereja Sarawak menerima naskhah Bible yang dipulangkan di satu majlis ringkas di Istana Selangor, semalam, disaksikan Sultan Selangor

Wakil Persatuan Gereja-gereja Sarawak menerima naskhah Bible yang dipulangkan di satu majlis ringkas di Istana Selangor, semalam, disaksikan Sultan Selangor.

Mohamed Azmin Ali hari ini mengakui pemulangan 321 naskhah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merupakan keputusan yang sukar.

Menteri Besar Selangor itu berkata, keputusan itu tidak akan tercapai jika tidak ada persefahaman antara semua pihak termasuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Persatuan Bible Malaysia dan masyarakat Kristian.

"Ia bukan mudah. Kena ada keberanian buat keputusan sukar ini," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Pembelian Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS, Damai Residensi di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan umum mengenai kemungkinan insiden sama berulang melibatkan Bible pada masa hadapan.

"Jangan buat spekulasi. Kita sudah simpulkan dan pulangkan semula. Pada masa sekarang jangan buat spekulasi," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.

Menolak dakwaan yang mengaitkannya sebagai 'budak suruhan' komuniti Kristian, seperti kenyataan badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948, Azmin mempertahankan keputusannya itu.

"Ini proses demokratik. Mereka boleh kata apa yang mereka mahu. Sebagai ketua pentadbir di Selangor, saya ambil keputusan yang sukar. Ini untuk kepentingan rakyat dan negeri," katanya.

Kerajaan Selangor semalam memulangkan semua kitab Bible yang dirampas dan disimpan sejak Januari lalu kepada Persatuan Bible Malaysia melalui Persatuan Gereja Sarawak (ACS) di Istana Alam Shah, Klang.

Upacara penyerahan dibuat Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa kepada Pengerusi ACS, Ketua Biskop Datuk Bolly Lapok, disaksikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Azmin.

Bagi pihak gereja, upacara itu juga melibatkan Setiausaha Agung ACS Elder Ambrose Linang dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia Rev Dr Herman Shastri.

Manakala, kerajaan negeri diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengerusi Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Adzib dalam satu kenyataan menetapkan syarat naskhah yang dirampas itu tidak boleh diedarkan di Selangor dan hanya dibenarkan di Sarawak.

"Pemulangan kembali Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' ini dibuat dengan syarat yang ketat Bible mengandungi kalimah 'Allah' tidak diedarkan di negeri Selangor," katanya.

Beliau turut memberi amaran supaya tidak lagi mencetak dan mengedar Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' di Selangor kerana ia satu kesalahan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1998. – 15 November, 2014.



The Malaysia Insider

Pemulangan Bible keputusan sukar, kata Azmin


Wakil Persatuan Gereja-gereja Sarawak menerima naskhah Bible yang dipulangkan di satu majlis ringkas di Istana Selangor, semalam, disaksikan Sultan Selangor. – Gambar fail, 15 November, 2014.Wakil Persatuan Gereja-gereja Sarawak menerima naskhah Bible yang dipulangkan di satu majlis ringkas di Istana Selangor, semalam, disaksikan Sultan Selangor. – Gambar fail, 15 November, 2014.Mohamed Azmin Ali hari ini mengakui pemulangan 321 naskhah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merupakan keputusan yang sukar.
Menteri Besar Selangor itu berkata, keputusan itu tidak akan tercapai jika tidak ada persefahaman antara semua pihak termasuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Persatuan Bible Malaysia dan masyarakat Kristian.
"Ia bukan mudah. Kena ada keberanian buat keputusan sukar ini," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Pembelian Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS, Damai Residensi di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan umum mengenai kemungkinan insiden sama berulang melibatkan Bible pada masa hadapan. "Jangan buat spekulasi. Kita sudah simpulkan dan pulangkan semula. Pada masa sekarang jangan buat spekulasi," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.
Menolak dakwaan yang mengaitkannya sebagai 'budak suruhan' komuniti Kristian, seperti kenyataan badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948, Azmin mempertahankan keputusannya itu.
"Ini proses demokratik. Mereka boleh kata apa yang mereka mahu. Sebagai ketua pentadbir di Selangor, saya ambil keputusan yang sukar. Ini untuk kepentingan rakyat dan negeri," katanya.
Kerajaan Selangor semalam memulangkan semua kitab Bible yang dirampas dan disimpan sejak Januari lalu kepada Persatuan Bible Malaysia melalui Persatuan Gereja Sarawak (ACS) di Istana Alam Shah, Klang.
Upacara penyerahan dibuat Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa kepada Pengerusi ACS, Ketua Biskop Datuk Bolly Lapok, disaksikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Azmin.
Bagi pihak gereja, upacara itu juga melibatkan Setiausaha Agung ACS Elder Ambrose Linang dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia Rev Dr Herman Shastri.
Manakala, kerajaan negeri diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengerusi Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Adzib dalam satu kenyataan menetapkan syarat naskhah yang dirampas itu tidak boleh diedarkan di Selangor dan hanya dibenarkan di Sarawak.
"Pemulangan kembali Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' ini dibuat dengan syarat yang ketat Bible mengandungi kalimah 'Allah' tidak diedarkan di negeri Selangor," katanya.
Beliau turut memberi amaran supaya tidak lagi mencetak dan mengedar Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' di Selangor kerana ia satu kesalahan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1998. – 15 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemulangan-bible-keputusan-sukar-kata-azmin#sthash.pl9DNpEN.dpuf

Pemulangan Bible keputusan sukar, kata Azmin


Wakil Persatuan Gereja-gereja Sarawak menerima naskhah Bible yang dipulangkan di satu majlis ringkas di Istana Selangor, semalam, disaksikan Sultan Selangor. – Gambar fail, 15 November, 2014.Wakil Persatuan Gereja-gereja Sarawak menerima naskhah Bible yang dipulangkan di satu majlis ringkas di Istana Selangor, semalam, disaksikan Sultan Selangor. – Gambar fail, 15 November, 2014.Mohamed Azmin Ali hari ini mengakui pemulangan 321 naskhah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merupakan keputusan yang sukar.
Menteri Besar Selangor itu berkata, keputusan itu tidak akan tercapai jika tidak ada persefahaman antara semua pihak termasuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Persatuan Bible Malaysia dan masyarakat Kristian.
"Ia bukan mudah. Kena ada keberanian buat keputusan sukar ini," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Pembelian Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS, Damai Residensi di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan umum mengenai kemungkinan insiden sama berulang melibatkan Bible pada masa hadapan. "Jangan buat spekulasi. Kita sudah simpulkan dan pulangkan semula. Pada masa sekarang jangan buat spekulasi," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.
Menolak dakwaan yang mengaitkannya sebagai 'budak suruhan' komuniti Kristian, seperti kenyataan badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948, Azmin mempertahankan keputusannya itu.
"Ini proses demokratik. Mereka boleh kata apa yang mereka mahu. Sebagai ketua pentadbir di Selangor, saya ambil keputusan yang sukar. Ini untuk kepentingan rakyat dan negeri," katanya.
Kerajaan Selangor semalam memulangkan semua kitab Bible yang dirampas dan disimpan sejak Januari lalu kepada Persatuan Bible Malaysia melalui Persatuan Gereja Sarawak (ACS) di Istana Alam Shah, Klang.
Upacara penyerahan dibuat Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa kepada Pengerusi ACS, Ketua Biskop Datuk Bolly Lapok, disaksikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Azmin.
Bagi pihak gereja, upacara itu juga melibatkan Setiausaha Agung ACS Elder Ambrose Linang dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia Rev Dr Herman Shastri.
Manakala, kerajaan negeri diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengerusi Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Adzib dalam satu kenyataan menetapkan syarat naskhah yang dirampas itu tidak boleh diedarkan di Selangor dan hanya dibenarkan di Sarawak.
"Pemulangan kembali Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' ini dibuat dengan syarat yang ketat Bible mengandungi kalimah 'Allah' tidak diedarkan di negeri Selangor," katanya.
Beliau turut memberi amaran supaya tidak lagi mencetak dan mengedar Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' di Selangor kerana ia satu kesalahan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1998. – 15 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemulangan-bible-keputusan-sukar-kata-azmin#sthash.pl9DNpEN.dpuf