Khamis, 13 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO Wanita Wajib Tengok, Alasan Kenapa Perlu Berhijab

Posted: 13 Nov 2014 10:45 PM PST


[Wanita Wajib Menonton] Ini Alasan Mengapa Kamu Lebih Baik Berhijab

 
VIDEO Wanita Wajib Tengok, Alasan Kenapa Perlu Berhijab  [Wanita Wajib Menonton] Ini Alasan Mengapa Kamu Lebih Baik Berhijab

PATUTLAH BALA DATANG BERTIMPA-TIMPA......Pegawai Kerajaan Didakwa Minta Habuan Seks Daripada Janda Ditahan

Posted: 13 Nov 2014 10:00 PM PST

UNTUK DAPAT RUMAH PPRT KENA SERAH ANU....MEMANG CELAKA PUNYA PEGAWAI KERAJAAN!!! KEJADIAN DINEGERI KEDAH AMAN MAKMUR




ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tadbir yang menjawat jawatan penolong pengurus di sebuah jabatan kerajaan kerana didakwa meminta habuan seks daripada pemohon rumah bantuan berstatus ibu tunggal.

Menurut sumber, pegawai kerajaan berusia 50-an itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada pukul 2 petang Khamis selepas didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal berusia 20-an.

Difahamkan, suspek memilih mangsa menerusi gambar pada borang atau surat pemohonan yang dihantar pemohon sebelum menghubungi mereka.

"Dia kemudian mendakwa mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan dalam permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Bagaimanapun untuk mendapat rumah tersebut, pemohon berstatus janda perlu memberi habuan seks kepadanya. Suspek dikesan mendapatkan suapan seks di hotel pada waktu tengah hari," dedah sumber itu.


Tambahnya, terdapat ibu tunggal yang tidak berjaya dalam permohonan itu walaupun telah memberi habuan seks bertindak membuat laporan terhadap majikan suspek.

Berdasarkan maklumat dan risikan SPRM sejak beberapa bulan lalu, akhirnya suspek berjaya ditahan SPRM.

Jelas sumber itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 kerana meminta suapan dalam bentuk sek ~mstar.
 
Kedahkini

'Tanah di JB cuma dibayar pampasan RM500'

Posted: 13 Nov 2014 09:15 PM PST


Friday, November 14, 2014.  'Tanah di JB cuma dibayar pampasan RM500'   NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak pejabat menteri besar Johor segera menangani isu bayaran pampasan yang "tidak munasbah" daripada pemaju ekoran pengambilan tanah pada 1997.  Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata, pihaknya difahamkan, pampasan terhadap tanah pengadu di Kampung Bakar Bata, Plentong di Johor Bahru hanya dibayar RM500, setelah 17 tahun cuba mendapatkannya.

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak pejabat menteri besar Johor segera menangani isu bayaran pampasan yang "tidak munasbah" daripada pemaju ekoran pengambilan tanah pada 1997.

Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata, pihaknya difahamkan, pampasan terhadap tanah pengadu di Kampung Bakar Bata, Plentong di Johor Bahru hanya dibayar RM500, setelah 17 tahun cuba mendapatkannya.

"Tidakkah menteri besar Johor juga memahami tidak mungkin pengadu dapat mencari tanah yang baru dengan nilai pampasan RM500 itu?" soal Hadzril.

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, Hadzril berkata, bayaran melalui cek pada 25 April lalu dipulangkan kembali kepada pemaju, sebuah firma milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Dalam kenyataannya hari ini, Hadzril menggesa pejabat Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin segera mengarahkan pemaju memberikan pampasan setimpal.

Hadzril juga menyatakan kekesalannya terhadap tindakan pejabat menteri besar bagi menangani isu itu.

Dakwanya, setelah pengadu menulis surat dua pucuk surat, terakhir pada 21 Oktober lalu, barulah pejabat menteri besar memberi maklum balas dengan mengarahkan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru memberi respon.

"Seharusnya, menteri besar Johor tidak perlu menunggu untuk surat kedua sebelum tindakan diambil kerana ini melibatkan penindasan terhadap hak pengadu oleh pemaju," katanya. 


Malaysiakini

Imej PKR, PAS terjejas teruk, DAP kekal ekoran kemelut MB Selangor - UMcedel

Posted: 13 Nov 2014 09:16 PM PST



Imej PKR dan PAS paling teruk terjejas ekoran kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini, berbanding DAP yang boleh dikira tidak terkesan dengannya, kata kajian oleh Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Penemuan itu didedahkan Pengarah UMcedel, Dr Amir Saifude Ghazali berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat selepas menteri besar baru Selangor Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah bagi jawatan itu September lalu.

Kajian itu mendapati pengundi dari semua kaum di negeri paling maju di Malaysia itu bersetuju PKR dan PAS paling teruk terjejas dengan data yang menunjukkan PKR lebih teruk berbanding parti Islam itu.

Dalam kaji selidik itu, 52% pengundi Melayu di Selangor bersetuju kemelut MB Selangor itu menghakis sokongan PKR, dan hanya 25% di kalangan mereka mengatakan tidak terjejas.

Di kalangan pengundi Cina pula, 46% menyatakan PKR terjejas ekoran kemelut itu, manakala 45% pengundi India mengatakan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu paling terhakis sokongan.

Walaupun terjejas teruk, pertelingkahan dalam PKR mula reda dengan selesainya pelantikan Azmin sebagai menteri besar.

Parti kedua terjejas adalah PAS apabila 42% pengundi Melayu berkata 'ya' kepada kenyataan itu, manakala hanya 33% mengatakan PAS tidak terjejas. 43% pengundi Cina berkata PAS terjejas dan 41% India juga berpendapat sedemikian.

Walaupun tidak seteruk PKR, kemelut dalam PAS masih berterusan hingga kini. Namun ia dikatakan mula reda apabila pihak-pihak yang berbeza pendapat bertemu dalam retreat yang diadakan hujung minggu lalu di Kuala Selangor.

DAP pula adalah pihak yang paling sedikit terjejas dengan kemelut itu walaupun turut bersama dalam Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor.

Hanya 34% orang Melayu sahaja menyatakan DAP terjejas, manakala 32% mengatakan DAP tidak terjejas. Begitu juga di kalangan pengundi Cina apabila 28% sahaja mengatakan DAP terjejas, sedangkan 38% mengatakan tidak.

Majoriti masyarakat India juga mengatakan DAP tidak terjejas dengan kemelut itu, dengan hanya 26% mengatakan terjejas manakala 38% mengatakan tidak.



Kajian itu mengatakan BN tidak terjejas langsung dengan kemelut itu, bahkan mendapat tambahan sokongan.

 
Amir, pengarah baru UMcedel itu memberitahu perkara ini dalam satu perbincangan di Kuala Lumpur malam kelmarin.

 
Beliau menggantikan Profesor Datuk Dr Redzuan Othman mulai April lalu yang menimbulkan kekecohan di universiti tertua di Malaysia itu.

 
Namun kajian UMcedel itu juga mendapati rakyat Selangor tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai parti pilihan mereka dan menolak Umno.

 
Bahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) di Selangor melonjak kepada 43% selepas kemelut itu selesai, selepas jatuh teruk lima bulan lalu, sebahagian besarnya kerana perbalahan dalaman gabungan pembangkang itu.

 
Sokongan untuk Barisan Nasional (BN) pula turun 5% daripada 25% Mei lalu, kata kaji selidik itu.

 
"Walaupun rakyat masih sokong Pakatan, mereka tidak boleh merasa selesa dengan kedudukan itu sekarang," kata Amir dalam pembentangan itu.

 


The Malaysian Insider

Rahsia Kampung Chubadak Akhirnya Terbongkar

Posted: 13 Nov 2014 09:15 PM PST

 
Friday, 14 November 2014.  Rahsia Kampung Chubadak Akhirnya Terbongkar  Pemuda PAS mendakwa para pemimpin Umno yang mengkhianati penduduk Kampung Chubadak, Sentul, sehingga tanah mereka diserahkan kepada pemaju.  Sehubungan itu, ketuanya Suhaizan Kaiat mendesak pemimpin Umno memberi penjelasan mengapa mereka bertindak begitu.  "Saya hendak satu jawapan daripada pemimpin Umno, kenapa mereka khianat jual tanah Kampung Chubadak kepada pemaju?  "Bukankah mereka kononnya pejuang Melayu tulen?" kata Suhaizan melalui Facebooknya yang kemudiannya dihantar kepada The Malaysian Insider.  Suhaizan mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang memutuskan penduduk Kampung Chubadak bukannya setinggan tetapi pemegang lesen dan ekuiti tanah yang mereka duduki dan berhak diberikan pampasan sewajarnya.  Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar Mahkamah Tinggi membicarakan tuntutan pampasan mereka semula berdasarkan akuan yang dibuatnya.  Keputusan dibuat Datuk Abdul Aziz Rahim bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini.  Kes tersebut diarahkan untuk didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 24 November ini.  31 penduduk Kampung Chubadak membuat rayuan semalam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan writ saman penduduk kampung itu pada 1 Julai lalu.  Mereka menyaman Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pemaju tanah itu Sentul Murni Sdn Bhd.  Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.  Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.  Sejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun.  Pada 1996, kampung itu dikejutkan dengan berita DBKL membenarkan pihak pemaju membina blok apartmen di kawasan kampung mereka.  Natijahnya, apabila bantahan dibuat, ramai antara mereka terpaksa bermalam di lokap polis kerana cuba mempertahankan kampung dan tapak rumah mereka.   malaysian insider Pemuda PAS mendakwa para pemimpin Umno yang mengkhianati penduduk Kampung Chubadak, Sentul, sehingga tanah mereka diserahkan kepada pemaju.

Sehubungan itu, ketuanya Suhaizan Kaiat mendesak pemimpin Umno memberi penjelasan mengapa mereka bertindak begitu.

"Saya hendak satu jawapan daripada pemimpin Umno, kenapa mereka khianat jual tanah Kampung Chubadak kepada pemaju?

"Bukankah mereka kononnya pejuang Melayu tulen?" kata Suhaizan melalui Facebooknya yang kemudiannya dihantar kepada The Malaysian Insider.

Suhaizan mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang memutuskan penduduk Kampung Chubadak bukannya setinggan tetapi pemegang lesen dan ekuiti tanah yang mereka duduki dan berhak diberikan pampasan sewajarnya.

Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar Mahkamah Tinggi membicarakan tuntutan pampasan mereka semula berdasarkan akuan yang dibuatnya.

Keputusan dibuat Datuk Abdul Aziz Rahim bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini.

Kes tersebut diarahkan untuk didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 24 November ini.
31 penduduk Kampung Chubadak membuat rayuan semalam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan writ saman penduduk kampung itu pada 1 Julai lalu.

Mereka menyaman Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pemaju tanah itu Sentul Murni Sdn Bhd.

Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.

Sejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun.

Pada 1996, kampung itu dikejutkan dengan berita DBKL membenarkan pihak pemaju membina blok apartmen di kawasan kampung mereka.

Natijahnya, apabila bantahan dibuat, ramai antara mereka terpaksa bermalam di lokap polis kerana cuba mempertahankan kampung dan tapak rumah mereka. 


malaysian insider

Pegawai Kerajaan Minta Habuan Seks Daripada Janda Muda Dicekup??

Posted: 13 Nov 2014 09:14 PM PST

GAMBAR HIASAN.
 
Khamis, 14 november, 2014.  GAMBAR HIASAN.  Pegawai Kerajaan Minta Habuan Seks Daripada Janda Muda Dicekup??   ALOR SETAR:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tadbir yang menjawat jawatan penolong pengurus di sebuah jabatan kerajaan kerana didakwa meminta habuan seks daripada pemohon rumah bantuan berstatus ibu tunggal.   Menurut sumber, pegawai kerajaan berusia 50-an itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada pukul 2 petang Khamis selepas didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal berusia 20-an.   Difahamkan, suspek memilih mangsa menerusi gambar pada borang atau surat pemohonan yang dihantar pemohon sebelum menghubungi mereka.   "Dia kemudian mendakwa mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan dalam permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). "Bagaimanapun untuk mendapat rumah tersebut, pemohon berstatus janda perlu memberi habuan seks kepadanya.   Suspek dikesan mendapatkan suapan seks di hotel pada waktu tengah hari," dedah sumber itu. Tambahnya, terdapat ibu tunggal yang tidak berjaya dalam permohonan itu walaupun telah memberi habuan seks bertindak membuat laporan terhadap majikan suspek.   Berdasarkan maklumat dan risikan SPRM sejak beberapa bulan lalu, akhirnya suspek berjaya ditahan SPRM.   Jelas sumber itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 kerana meminta suapan dalam bentuk seks. -mstar-  Kerengga. ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tadbir yang menjawat jawatan penolong pengurus di sebuah jabatan kerajaan kerana didakwa meminta habuan seks daripada pemohon rumah bantuan berstatus ibu tunggal. 

Menurut sumber, pegawai kerajaan berusia 50-an itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada pukul 2 petang Khamis selepas didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal berusia 20-an. 

Difahamkan, suspek memilih mangsa menerusi gambar pada borang atau surat pemohonan yang dihantar pemohon sebelum menghubungi mereka. 

"Dia kemudian mendakwa mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan dalam permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). "Bagaimanapun untuk mendapat rumah tersebut, pemohon berstatus janda perlu memberi habuan seks kepadanya. 

Suspek dikesan mendapatkan suapan seks di hotel pada waktu tengah hari," dedah sumber itu. 

Tambahnya, terdapat ibu tunggal yang tidak berjaya dalam permohonan itu walaupun telah memberi habuan seks bertindak membuat laporan terhadap majikan suspek. 

Berdasarkan maklumat dan risikan SPRM sejak beberapa bulan lalu, akhirnya suspek berjaya ditahan SPRM. 

Jelas sumber itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 kerana meminta suapan dalam bentuk seks. -mstar-


Kerengga.

PAS, PKR, DAP... Kamulah harapan kami...

Posted: 13 Nov 2014 09:14 PM PST

Cukup2 lah persengketaan yg tidak membawa makna langsung! 
 

Ok, apakah sekiranya PAS dpt turunkan harga brgan di pasaran, PKR, adakah anda dpt turunkan harga petrol/diesel dlm masa yg sama menstrukturkan semula brgan komoditi, mcm getah dan sawit, kerana Leeya rasa kita dpt, jika kerajaan terus, tanpa org tengah. 

Dari segi harga pun, walaupun harga dunia jatuh, tp kerajaan kita wat la stockpile, sbb kita pengeluar, secara xlangsung kita dpt mengawal harga di pasaran dunia, manakala nasib peladang kita, pengusha getah dpt dijg! bg DAP pula, kita bg bab GST... 

hehe.. so, jika tidak ketiga2 ni berada dlm 1 bahtera, mampukah kita lawan UMNO/BN?

Pengakuan 4 Orang Isteri Gagal Kawal Nafsu Selepas Ditinggal Suami By canang

Posted: 13 Nov 2014 06:09 PM PST



KUALA LUMPUR: Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

Ikuti gelora hidup empat wanita yang berkongsi nasib sama iaitu ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.

LIZA, 28:
"HANYA Tuhan tahu betapa deritanya jiwa dan batin saya tidak dapat bersama suami selama enam tahun sejak bergelar isteri pada 2004.

Mungkin kerana perkahwinan kami atas dasar menurut kemahuan keluarga dan bukan kerana hubungan cinta, saya menjadi mangsa keadaan, dan enam tahun juga saya tidak mendapat belaian suami.

Kalau enam bulan saya boleh bertahan lagi (tidak bersetubuh bersama suami), tetapi bayangkan sehingga enam tahun dia tidak pernah menyentuh saya, malah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Wanita mana tidak dahagakan belaian lelaki, tambahan pula bila bersuami. Akibat tekanan perasaan, akhirnya saya gagal mengawal nafsu. Saya bertemu kembali bekas teman lelaki dan melakukan hubungan seks dengannya setiap kali bertemu.

Suami mula menjauhkan diri daripada saya selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dia kini menetap di sekitar Johor Bahru, Johor.

Saya sedar tindakan mengadakan hubungan bersama bekas teman lelaki adalah salah, lagi pula dia sudah berumah tangga, tetapi saya menganggap suami punca segala kemelut itu berlaku.

Daripada apa yang dapat saya rasakan, dia (suami) seakan-akan sangat membenci saya. Kalau tidak inginkan saya sebagai isteri, mengapa tidak ceraikan saya, sebaliknya dia menghilang entah ke mana.

Saya sungguh menderita, hidup sendiri tanpa ada zuriat. Adakalanya apabila tidak bertemu bekas kekasih, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memuaskan keinginan batin. Ia memang menyakitkan jiwa saya.

Bagaimanapun, perbuatan saya mengadakan hubungan dengan lelaki lain dan pergolakan suami akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga masing-masing.

Selepas berubat secara Islam di Sinar Zamdurrani bersama Ustaz Shahran Shafie, suami saya didakwa terkena sihir oleh bekas kekasihnya sehingga membuatkan dia membenci saya.

Saya insaf di atas dosa yang pernah dilakukan dan berharap dapat menyelamatkan kembali rumah tangga. Semuanya terpulang kepada suami, saya berharap dia dapat menerima saya sebagai isteri. Jika tidak, saya mahu dilepaskan."


SHIMA, 32:
"TIGA tahun digantung tidak bertali, saya terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki menampung hidup bersama dua anak.

Malah kerana gagal menahan gelora nafsu akibat ketiadaan suami, saya sanggup melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu dan kadangkala terlanjur dengan teman lelaki.

Bagaimanapun jauh di lubuk hati, saya menyedari perkara itu mengundang dosa.

Saya sedar mengenai halal dan haram. Malah, saya dan teman lelaki juga bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun saya tidak boleh kerana masih terikat dengan suami.

Kali terakhir saya mendengar berita mengenainya ialah tiga tahun lalu. Itupun daripada seorang kawan yang mengatakan suami saya berkahwin lain. Selepas puas mencari, saya masih tidak menjumpai tempat mereka menetap.

Sebab itu, kerana dahagakan kasih sayang, saya mula mencari teman lelaki. Dua anak saya juga memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Alhamdulillah, saya menemui seorang lelaki yang sanggup menerima saya.

Apapun, saya masih berusaha mencari suami untuk mendapatkan kata putus daripadanya. Saya tidak pernah berhenti mencarinya. Lagipun saya tidak tahan menanggung azab digantung tidak bertali seperti ini. Wanita mana sanggup diperlakukan seperti ini?

Jika masih gagal mengesannya, saya akan mendapatkan khidmat nasihat jabatan agama Islam. Mungkin mereka ada cara untuk menyelesaikan perkara ini supaya saya tidak lagi bergelumang dengan dosa."


ROZANA, 39:
"SUAMI saya ghaib sejak 2004. Mulanya saya mengakui sangat tertekan sehingga hampir gila, tetapi berkat doa dan sokongan berterusan daripada keluarga, sedikit demi sedikit saya bangkit meneruskan hidup.

Siapa tidak tertekan apabila suami yang dicintai hilang begitu saja. Selama 20 tahun kami hidup bahagia dan intim, tetapi suami kemudian meninggalkan saya tanpa alasan serta punca.

Saya menderita zahir dan batin. Saya terpaksa bekerja keras menyara diri dan empat anak selain terlalu rindukan suami yang dulunya selalu berada di sisi.

Suami keluar dari rumah pada Oktober 2004 untuk ke tempat kerja, tetapi selepas itu ghaib. Tiada perubahan ditunjukkan kerana kami sememangnya pasangan bahagia. Memang kami tidak hidup senang, tetapi saya rasa bukan itu alasan dia (suami) menghilangkan diri.

Nak kata dia ada perempuan lain, sepanjang hidup bersama saya, tidak pula dia menunjukkan kelakuan mencurigakan.

Yang mampu saya lakukan hanya membuat laporan polis dan selama beberapa bulan saya bersama ahli keluarga lain cuba mencari suami tetapi tidak berjaya.

Bukan saja saya, malah keluarga mentua dan rakan yang rapat dengannya tidak tahu di mana suami saya. Ketika itu saya tidak kuat menghadapi dugaan ini dan hanya mampu menangis.

Makan dan tidur tidak menentu. Anak pula saya biarkan bebas sampai ada kalanya mereka ponteng sekolah. Setahun saya seperti orang gila kerana kerap berkurung di bilik dan berkhayal.

Mujur adik beradik saya membantu. Mereka tolong jaga anak saya dan cuba memulihkan saya. Mereka sentiasa beri semangat dan bawa saya berubat.

"Mereka juga sentiasa mengingatkan saya supaya banyak melakukan ibadat dan berdoa supaya dikuatkan semangat bagi menempuh dugaan yang terpaksa dilalui."


sumber : mejabulatku

Sheikh mana pula ni? Siti Najib ke mana?

Posted: 13 Nov 2014 05:30 PM PST


Sheikh mana pula ni? Siti Najib ke mana? Presiden Malaysia yang patut dicontohi sebagai pemimpin negara Islam yang baik? Mengada-ngada lah BUNTAL BETINA ni. Wahai Najib dan para pemimpin UBN semua, sedarkah kamu...  Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Ada tiga jenis yang Allah tidak akan mengajak berbicara mereka pada hari kiamat, tidak akan mensucikan mereka, tidak melihat kepada mereka dan bagi mereka siksaan yang pedih. Orang tua yang berzina, raja yang berdusta, dan orang miskin yang sombong'," (HR Muslim: 107).  Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yasar r.a, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lantas ia meninggal pada hari meninggalnya dalam keadaan mengkhianati rakyatnya kecuali Allah haramkan atasnya surga," (HR Bukhori: 7150).  Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw, beliau bersabda, "Tidaklah seorang lelaki memimpin sepuluh orang atau lebih kecuali ia akan mendatangi Allah Azzawajalla dalam keadaan terikat dari tangan hingga lehernya pada hari kiamat. Kebaikan yang ia lakukan akan melepaskannya dari ikatan atau dosanya akan membuat dirinya celaka. Awalnya celaan, pertengahannya penyesalan dan akhirnya merupakan kehinaan pada hari kiamat," (Hadis Hasan, HR Ahmad: 267).Presiden Malaysia yang patut dicontohi sebagai pemimpin negara Islam yang baik? 

Mengada-ngada lah BUNTAL BETINA ni. Wahai Najib dan para pemimpin UBN semua, sedarkah kamu...

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Ada tiga jenis yang Allah tidak akan mengajak berbicara mereka pada hari kiamat, tidak akan mensucikan mereka, tidak melihat kepada mereka dan bagi mereka siksaan yang pedih. 

Orang tua yang berzina, raja yang berdusta, dan orang miskin yang sombong'," (HR Muslim: 107).

Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yasar r.a, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lantas ia meninggal pada hari meninggalnya dalam keadaan mengkhianati rakyatnya kecuali Allah haramkan atasnya surga," (HR Bukhori: 7150).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw, beliau bersabda, "Tidaklah seorang lelaki memimpin sepuluh orang atau lebih kecuali ia akan mendatangi Allah Azzawajalla dalam keadaan terikat dari tangan hingga lehernya pada hari kiamat. 

Kebaikan yang ia lakukan akan melepaskannya dari ikatan atau dosanya akan membuat dirinya celaka. Awalnya celaan, pertengahannya penyesalan dan akhirnya merupakan kehinaan pada hari kiamat," (Hadis Hasan, HR Ahmad: 267).

" Bukti Malaysia Mengamalkan Sistem Kroni Didedahkan. Malaysia Duduk Dalam Top 5 Hebat Sungguh "

Posted: 13 Nov 2014 04:45 PM PST





Sumber IMF World Economic Forum. Bukan saja-saja depa label negara-negara ini mengamalkan sistem kroni, keputusan yang dibuat berdasarkan kajian yang terperinci.

Inilah hasil pentadbiran UMNO selama 56 tahun. Bila rakyat pertikaikan pemberian tender-tender atau projek-projek besar negara hanya kepada kroni-kroni macai-macai UMNO akan kata semuanya fitnah.

Kedudukan terkini pada April 2014 Malaysia bukannya nombor 1 di asia bahkan no 3 di dunia negara yang mengamalkan sistem kroni.

Yang kaya bertambah kaya, yang miskin lagi bertambah miskin. Jadi para juak-juak UMNO BN terimalah kenyataan bahawa pemimpin-pemimpin kalian lebih menjaga kroni-kroni mereka daripada rakyat.
 
 
Tikaqbuloh.blogspot.com

Berita Memalukan Menteri Umno Tersebar

Posted: 13 Nov 2014 04:00 PM PST

 
KUALA LUMPUR: Setelah dikritik oleh Ahli Parlimen Pembangkang, menteri yang dikesan menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) segera memperbetulkan kesalahannya.

Seorang menteri yang menggunakan nombor pendafataran WYU 818 telah menukar nombor pendaftarannya tidak sampai 24 jam setelah dikritik.

Melalui pemerhatian Free Malaysia Today, kereta Alphard putih menteri itu dikesan lebih kurang pada jam 5.30 petang di lobi Parlimen, hari ini.

Awal pagi ini, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan nombor pendaftaran kenderaan timbalan menteri dan menteri yang tidak mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum ini, JPJ telah menetapkan bahawa huruf, saiz dan jarak haruslah tidak mengelirukan penguatkuasa JPJ. Namun syarat itu telah dilonggarkan dengan mengatakan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tidak boleh mengelirukan.

Walaubagaimanapun, kereta timbalan menteri yang bernombor pendaftaran WSW 505 masih menggunakan nombor pendaftaran yang tidak memenuhi spesifikasi JPJ. 
 

Apa yang keluar dari mulutnya tak pernah ke arah membina!

Posted: 13 Nov 2014 06:10 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJlwarKQFrHy1rcXb8W75FUl3WcrOEFTOzcn3Fjfqv_6EL-7X9b2Cn6JpX7n90lRL4bB3Qg4r8XSBaxlDRhhKsGM496KP3scOzI2LF5C7POkrKYiGlRclU7-BWWSVoJM7rwIngYd97QM8O/s1600/image+(2).jpg
MP Ni Bangang Ker Apa?

Lagi mengeruhkan keadaan tu adalah...... Yang dipertikai tu, kehadiran tu satu hal Dan satu hal lagi kerap guna kuasa ubah keputusan yang dipersetujui.

Inilah yang parahnya Kesian pada pengundinya di Pasir Mas, MPnya tak reti bahasa Bila Dewan Rakyat berbahas perkara-perkara ekonomi dan teknikal, dia jadi bisu Kat luar bukan main naik ekor Buat malu bapak dia jer......

Dari segi niat, Malaikat pun tak tahu niat di hati seseorang!

Ada betulnya pandangan blogger WFAUZDIN ini Desakan DAP ada niat lain, dakwa Nik Abduh NIZAM ZAIN

13 November 2014 KUALA LUMPUR.

Desakan DAP yang berulang-ulang terhadap kehadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Mesyuarat Majlis Pimpinan PR dilihat seolah-olah mempunyai niat lain.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan ketidakhadiran bosnya itu dalam beberapa mesyuarat lalu mempunyai sebab tertentu dan tidak boleh dielakkan.

"Isu kehadiran mesyuarat itu semua orang tahu, kewajipan hadir, tidak hadir itu mesti ada sebab, jadi bila desak-desak itu, saya fikir sudah lain (niat)," katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Terdahulu, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat kelmarin sebulat suara menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, memandangkan Abdul Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam Pas, maka kehadiran beliau penting untuk mengukuhkan gabungan PKR dan DAP dalam PR.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh memberi jaminan isu kehadiran itu akan dibincangkan oleh pimpinan PR dan perkara lalu tidak wajar diulang dan diungkit.

"Saya fikir pihak pimpinan PR akan bincang benda ini, yang lepas itu, lepaslah," katanya lagi.


Posted by mountdweller.

Anwar : 1MDB Soal negara, perlu bahas di parlimen

Posted: 13 Nov 2014 08:00 AM PST

KUALA LUMPUR 13 NOV : Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia digesa membenarkan isu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibahaskan secara terbuka di Parlimen.

anwar_ibrahim Gesaan ini dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana jelasnya ia perlu kerana isu 1MDB merupakan isu besar yang melibatkan kepentingan negara.

"Kita bawa usul banyak kali, tapi isu 1MDB ini tak dijawab, pada pendapat saya sementara sidang parlimen masih berterusan dan debat belanjawan masih terus harus ada ruang (berhujah).
"Ini bukan soal parti pembangkang atau kerajaan, ia soal negara.

"Saya akan gesa supaya speaker bagi ruang untuk kita debat," katanya kepada media dalam satu sidang media di lobi parlimen.

Anwar sementara itu turut mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan untuk tampil menjelaskan isu berkaitan 1MDB.

"Sekarang pandangan ramai pemerhati dan penganalisis kewangan, 1MDB adalah tanggungan dan beban yang besar.

"Wajar menteri kewangan sendiri datang dan bentangkan, janganlah suruh timbalan menteri jawab,"tegasnya.

MENGAPA NAJIB TIADA DALAM GAMBAR BERAMAI-RAMAI SEMASA MESYUARAT MENTERI-MENTERI KEWANGAN APEC?

Posted: 13 Nov 2014 07:15 AM PST

 
Oleh kerana Malaysia mewar-warkan Belanda pun kagum dengan pembangunan kita yang ada PM yang hebat, Yong pun turut kagum. Kagum untuk melihat sejauhmana kehebatan PM 1Malaysia ni. 
 
Mesyuarat APEC baru berlalu di Beijing. Ada mesyuarat Menteri-menteri Kewangan dalam pakej Mesyuarat Pemimpin APEC itu. Cuba lihat gambar menteri-menteri kewangan yang bermesyuarat di APEC Beijing:

YANG MANA SATU PM 1MALAYSIA?

Yong besarkan gambar untuk melihat yang mana satu PM 1Malaysia merangkap menteri Kewangan Malaysia yang dikagumi Belanda itu? Nampak?

Ini pula gambar tahun 2013:



Tahun 2012:

 
Tahun 2011:


Iyalah. Dia Perdana Menteri. Takkan ikut mesyuarat pegawai tertinggi (menteri-menteri kewangan negara APEC) kan?

Obama dengan Putin pun takde.

Ahaha...Obama dan Putin bukan menteri kewangan negara diorang...Tak heranlah takde.

Tapi PM 1Malaysia menteri Kewangan negara Malaysia.

Masa resepsi semua ada. Termasuk FLOM. Apa? Tak nampak?



Tuuuu...berdiri di belakang. Jokowi dan isteri di hadapan. Kesian..

Sampai hati China suruh PM 1Malaysia dan FLOM berdiri di belakang semasa sesi bergambar beramai-ramai. PM 1Malaysia Belanda pun kagum tau.

Tapi sebenor-benornya, yang paling mengkagumi Najib ialah sepupu dia sendiri.


Kalau bukan sedara-mara yang kagum, nak harap siapa, kan?

Patutle keadaan ekonomi Malaysia bergerak sungguh laju...!
.

Menuju ke gaung kebankrapan.

SANUSI MD NOR & USTAZ AHMAD YAHYA : Sila Sahut Cabaran Dato Pharolrazi ..... Kenyataan saya ( YB Dato Ir Hj Phahrolrazi) dlm whatsApp BPPNK berikutan tulisan2 beberapa ahli2 Perhubungan yg sudah melampaui batas spr di bawah :- Saya tidak termasuk dlm pengguna aktif media sosial (Fb, whatsApp dll ) hanya sekadar pemerhati sahaja cuma sekali sekala sahaja keluar kenyataan bila rasa sangat perlu maklumlah ambil banyak masa bila nak menulis ni. Dlm grup whatsApp BPPNK juga begitulah sikap saya sekadar dapat maklumat program dan apa2 arahan BPPN utk tindakan d peringkat kawasan. Walaupun terdapat kadangkala komen2 atau sindiran dlm whatsApp ini yg rasanya menyentuh saya, saya x kisah sangat adat org politik bukan semua org setuju/sokong pasti ada yg x sokong. Itu hak masing2. Sejak mutaakhir ni nampak komen dan sindiran meningkat berikutan penubuhan PasMa dan terbitnya buku MSO. Ada kenyataan nampak macam cerca dan tuduhan itu dan ini terhadap saya bukan lagi samar2 tetapi jelas di tunjukan kpd saya oleh ahli2 grup yg menulis secara aktif dan konsisten mengguna medan ini spr Ust Ahmad Yahya, Sanusi, Azam Aziz dan beberapa yang lain ( x payah sebut nama) . Mereka cuba mempengaruhi ahli2 lain utk turut serta tetapi setakat ini x dapat sambutan. Sekarang masa berdiam diri sudah tamat, saya perlu menjawab apa2 komen melibatkan saya cuma yg menimbul persoalan apakan medan whatsApp BPPNK sesuai dijadikan medan polimik kerana sebahagian besar ahli2 grup termasuk Dt PJ sendiri tidak respon kpd kenyataan2 mereka, walau pun ada ketika kenyataan mereka agak provokatif kpd Dt PJ utk respon tetapi mengambil sikap berdiam diri ya'ani tidak mahu meneruskan isu2 yg dibangkitkan. Mohon respon ahli2 grup. Bak kata pepatah : Jika org sedia menjual saya sedia membeli. Medan whatsApp tidak cukup utk membahas isu2 berat, maka saya mencadangkan kpd mereka utk diadakan wacana atas nama apa2 saja forum/debat atas tajuk yg diperselisihkan spr PasMa perosak jamaah, wala' kpd Presiden & MSU atau JKKPP, Diskusi Buku MSO dll tajuk. Penganjur boleh saja pihak ketiga, jika tidak ada PAS KK atau PasMa sedia anjur. Harap jangan ada pula yg nak tunjuk smart buat komen pula " buat apa dok bertelagah sama sendiri lebih baik buat kerja hadapi UMNO/BN". Jika begitu nasihat lah mereka ini hentikan buat kenyataan provokatif dan jika ada kemusykilan dipersilakan mereka bertanya atau beri hujjah mereka. Sekian. Cabaran terbuka YB Dato Ir Hj Phahrolrazi Mohd Zawawi Dato Phahrol TELAH menawarkan kepada individu /sesiapa sahaja yg tidak berpuas hati / menyindir beliau didalam Group Whatsapp Badan Perhubungan PAS Negeri kedah terutama SDR. SANUSI MD NOR & USTAZ AHMAD YAHYA utk bersemuka samada dalam pengangjuran forum, wacana dan sebagainya.. Dato Phahrol sendiri telah menawarkan utk menganjur wacana, tapi ditolak oleh 'mereka'... Dato Phahrol mahu bersemuka dgn sanusi & mat ya utk menjawab soalan dan tuduhan yg dilemparkan kpd beliau, tp kenapa sanusi & mat ya tak sambut? takkan berani baling batu dari jauh sj? Apa tujuan mereka tembak dato phahrol dgn pelbagai tuduhan sedangkan dato phahrol ingin membuat pencerahan didalam forum, wacana dan lain2 medan, mereka tolak. Lama sangat tuduhan demi tuduhan dihala kpd Dato Phahrol sejak pemerintahan pas di kedah hingga kejatuhan kerajaan pas di kedah hingga kini....tanpa henti! Bila si tertududuh ingin membela diri di medan yg betul, hampa x sambut... APA TUJUAN DAN MATLAMAT HAMPA SEBENARNYA DOK HENTAM TANPA HENTI TERHADAP DATO PHAHROL TANPA MEMBERI RUANG UTK DATO PHAHROL MENJAWAB SOALAN DAN TUDUHAN DARI HAMPA? MAI LA KOLA KEDAH, AKU TAK BUAT HANG AIHHH SANUSI OIII..AKU BKN DOK ZAMAN BATU...JGN BAGI ALASAN! KALAU NK SURUH PI SIK PUN AKU ATOQ BG BOLEH PI... YG MAT YA NI PUN X PADAN DGN USTAZ! TAKKAN SINDIR-MENYINDIR TU CARA ISLAM AJAQ SELESAIKAN MASALAH? ~ Ismail Junior

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

10 makanan pilihan yang naik harga sejak 5 tahun lepas - by Mohd Shubhi

Posted: 13 Nov 2014 06:12 PM PST


Ada banyak makanan pilihan yang boleh kita beli dan makan hanya dengan pergi ke gerai-gerai biasa sahaja. Ada banyak gerai atau kedai akan kecil di hampir seluruh bandar dan juga pekan kecil di seluruh negara kita.

Oleh kerana 10 makanan yang akan saya senaraikan nanti adalah makanan biasa yang semua orang suka, maka kita namakannya sebagai makanan pilihan. Mudah didapati dan murah harganya.

Murah!!!, nanti dulu!

Betulkah harganya murah? atau anda masih lagi jadikan kesemua makanan tersebut sebagai makanan pilihan disebabkan dah jadi kebiasaan makan makanan itu. Bukan disebabkan faktor murah berbanding dengan jenis makanan lain.

15 makanan pilihan yang naik harga sejak 5 tahun lepas


Makanan segera barat lebih murah

Sedarkah anda sekarang bahawa makanan segera barat atau biasa kita panggil FastFood sekarang mungkin lebih murah berbanding makanan pilihan yang biasa kita makan?

Kalau tak percaya cuba pergi tengok kat McDonnald yag ada berhampiran dengan tempat anda tinggal. Mereka ada tawarkan makanan sekali dengan minuman dengan harga semurah RM6.95 sahaja.


Kemudian cuba pula anda pergi makan di gerai atau kedai mamak atau kedai kopi. Ambil makanan sekali dengan minuman. Mungkin anda akan dikenakan bayaran sejumlah RM7 ke RM10. Kebersihan dan zat makanan pilihan anda itu boleh dipersoalkan berbanding makanan di McDonald.



15 makanan pilihan yang naik harga sejak 5 tahun lepas


Makanan pilihan naik harga antara 30% ke 200%

Saya terbaca laporan berkenaan isu kenaikan harga makanan pilihan ini daripada Akhbar Focus, Edisi November 2014. Tulisan itu ditulis oleh wartawan Soo Wern Jun.

Sebelum ini tahu bahawa makanan pilihan kita semua di kedai-kedai sudah naik harga. Tapi tak pernah pulak terfikir untuk cari perbezaan harga dulu berbanding sekarang dan buat peratus kenaikan harganya. Bila ada maklumat itu, rasa seram sejuk juga jadinya.


Hanya dalam tempoh lima tahun saja, harga kesemua makanan pilihan kita selama ini telah naik daripada 30% sehinggalah paling teruk kepada 200%. Itu bukan sedikit jumlahnya. Anda sedarkah?


Apa akan terjadi dalam tahun-tahun yang akan datang dengan kenakan harga minyak petrol, kenaikan harga bahan tenaga lain dan dengan penguatkuasaan sistem GST dan sebagainya. Apakah ada yang akan mengamuk atau kurus kering tak makan selepas ini? atau adakah ada kerajaan yang akan tumbag dek tak tahan kerana masalah ini...?





Senarai 10 Makanan pilihan yang naik harga

Berikut diberikan senarai makanan pilihan yang telah naik harganya sejak 5 tahun yang lalu:


Teh tarik naik 58%


Semua orang suka minum teh tarik. Dari dulu sampai sekarang kalau pergi kedai mamak atau gerai atau restoran melayu, nama teh tarik akan naik. Harga 5 tahun dulu hanya 90 sen saja. Sekarang dah jadi RM1.20 (ada yang lebih mahal). Teh ais juga naik dari RM1.20 kepada RM1.90.

Mee goreng naik 66%


Saya suka makan mee goreng. Mudah dan lazat pula kalau pandai goreng. Kalau dulu makan mee goreng mamak harganya RM3 saja, sekarang anda perlu bayar RM5

Roti canai naik 66%


Satu lagi makana kegemaran setiap pagi atau petang jika melepak di kedai mamak. Dulu hanya 50 sen sekeping. Sekarang anda perlu bayar RM1. Roti telur pula nak dari RM1.50 kepada RM2.50 sekarang.

Nasi goreng naik naik 42%


Makan nasi goreng dulu kena bayar RM3.50 saja, sekarang dah jadi RM5, tambah telur goreng mata kerbau dia belasah lagi RM1.50, tambah pula seketul ayam boleh jadi sampai RM11

Cendol naik 116%


Ini satu makanan kegemaran kalau balik ke Bukit Mertajam. Kat sini pun ada banyak jenis cendol yang ok juga. Dulu semangkuk hanya RM1.20. Sekarang dah jadi RM2.50. Malah ada juga yang belasah sampai RM3.30 semangkuk

Char Kuey Teow naik 120%


Satu lagi makan pilihan rakyat Malaysia. Harga naikpun rakyat Malaysia tak sedar rasanya sebab makin naik harga makin banyak kedai Char Kuey Teow dibuka. Dulu sepinggan hanya RM2.50, sekarang anda perlu bayar RM5.50

Mee Kari naik 71%


Ada yang lebih suka makan mee kari berbanding mee goreng. Memang sedap juga mee kari ni tapi harganya dah naik. Dulu hanya RM3.50 satu mangkuk, sekarang bayarlah RM6 kalau nak makan juga.

Satay naik RM200%


Ini memang makanan pilihan yang akan habis dulu kalau dibuat jamuaj makan di masjid atau di surau. Kalau nak beli sendiri sekarang agak parah juga sebab kenaikannya yang amat melampau. Dulu secucuk hanya 30 sen saja. Sekarang boleh mencecah 90 sen. Pergilah makan kalau ada banyak duit.

Mee wantan naik 140%


Saya kurang makan mee jenis ini. Rasanya orang cina suka makan mee wantan ni. Harganya dulu hanya RM2.50, sekarang dah jadi RM6

Nasi daun pisang naik 36%


Ada kedai yang sediakan makan nasi dalam daun pisang. Memang sedap dan popular kat KL. Harganya dari RM5.50 kepada RM7.50 sekarang. Itu belum ambil ayam atau kari ikan.


Sebenarnya ada banyak lagi makanan pilihan yang kesemuanya naik harga gila-gila. Mungkin nasi lemak saja yang tak naik harga. Dulu RM1 sekarang juga RM1. Tapi dulu gunungnya besar, sekarang ciput kecil.



Apa pandangan anda terhadap kenaikan harga makanan pilihan di atas? apakah anda sedar bahawa selepas ini dengan penggunaan sistem GST, kesemua harga makanan itu akan dinaikkan lagi harganya? apa nak buat heh!

Pendapatanda.

Kenapa Najib Tidak Berunding Dengan Penculik Filipina Untuk Bebaskan Rakyat Malaysia?

Posted: 13 Nov 2014 05:45 AM PST

Dalam insiden MH17 yang ditembak jatuh ditembak jatuh di wilayah Ukraine, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak dilaporkan telah berunding dengan Pemberontak ataupun Pejuang Pemisah hanya untuk membawa pulang mayat mangsa nahas tersebut.

Hasil dari rundingan antara Najib dengan ketua kumpulan pemberontok pro-Russia, Alexander Borodai, kumpulan yang menguasai kawasan pesawat MH17 jatuh ditembak telah bersetuju menyerahkan dua kotak hitam kepada Malaysia selain membenarkan mayat mangsa dibawa keluar daripada kawasan berkenaan.

Selain itu, pasukan penyiasat bebas antarabangsa diberi jaminan akses selamat bagi memulakan siasatan penuh di kawasan kejadian.

Rentetan dari itu melambung-lambunglah Najib dipuji oleh sekelian macai, kononnya ini membuktikan kebijaksanaan Najib Tun Razak menangani konflik di peringkat antarabangsa itu.

Ada yang memuji "Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Najib kerana berjaya meleraikan kekusutan berhubung insiden tersebut terutama untuk membawa pulang jenazah rakyat negara kita sebelum 1 Syawal,".

Walaupun akhirnya didapati tidak ada satu mayat atau jenazahpun yang berjaya dibawa pulang ke tanah air sebelum 1 Syawal.

Persoalannya kini ialah jika Najib boleh berunding untuk mendapatkan kebenaran dari Pemberontak atau Pejuang Pemisah itu untuk membawa keluar jenazah atau mayat rakyat Malaysia dari kawasan konflik kenapa tidak Najib berunding dengan penculik dari Filipina untuk membebaskan rakyat Malaysia yang diculik mereka?

Pakatan Rakyat hari ini mempersoalkan sama ada kerajaan enggan berbelanja sebanyak RM6 juta untuk menyelamatkan nyawa dua rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina. 
Dua individu itu adalah pemilik kolam ikan dan seorang anggota polis yang kini menjadi tebusan hampir lima bulan lamanya. 
"Kalau dia katakan satu nyawa RM3 juta, dua nyawa RM6 juta, apalah sangat? soal Mohamed Imran Abdul Hamid pada sidang media di Parlimen. 
"Kita boleh belanja berbillion-billion ringgit untuk benda lain. Kenapa tak boleh selamatkan dua nyawa dengan RM6 juta?" soalnya lagi. 
Beliau antara MP Pakatan yang memberikan sokongan kepada Chin Pek Nyuen, isteri kepada Chan Sai Chiuh yang hadir di Parlimen buat kali kedua dalam masa dua minggu untuk merayu kerajaan menyelamatkan nyawa suaminya. 
Chan adalah pemilik kolam ikan yang diculik dan isterinya kini menerima panggilan telefon hampir setiap hari daripada penculik yang menuntut wang tebusan sebanyak RM3 juta. 
Penculik tersebut kini menetapkan 30 November sebagai tarikh akhir untuk menjelaskan wang tebusan lapor Malaysiakini

Jika Kumpulan Penculik itu dianggap sebagai Pengganas kerena mereka dikatakan menetang Kerajaan Filipina, Kumpulan Pemberontak di Ukraine juga dianggap sebagai Pengganas oleh Kerajaan Ukraine..

Jadi tidak ada bezanya kedua-dua kumpulan itu kedua-duanya dianggap sebagai kumpulan pengganas di negara masing-masing..

Oleh itu alasan 'Kerajaan tidak berunding dengan pengganas' bukanlah satu alasan dalam hal ini..

Adakah kerana antara yang menjadi mangsa dalam insiden MH17 itu ialah kaum kerabat sepupunya maka Najib berusaha bersungguh-sunguh tetapi yang menjadi mangsa culik pula hanyalah rakyat biasa maka.. mampuih pi kat dia?

YB Ng Suee Lim terus dedah salah guna kuasa pemimpin Umno-BN

Posted: 13 Nov 2014 05:00 AM PST

 
Khamis, 13 November 2014  Suee Lim terus dedah salah guna kuasa pemimpin Umno-BN   SHAH ALAM 13 NOV: ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim bertekad terus mendedahkan salah laku dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung pelbagai isu.   Beliau berkata, ia bagi memastikan rakyat tahu berkenaan kepincangan yang berlaku di kalangan ahli politik terutama daripada BN.   SHAH ALAM 13 NOV: ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim bertekad terus mendedahkan salah laku dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung pelbagai isu. 

Beliau berkata, ia bagi memastikan rakyat tahu berkenaan kepincangan yang berlaku di kalangan ahli politik terutama daripada BN. 

"Saya akan terus pantau dan dedahkan kepincangan Umno serta komited sebarkan salah laku atau salah guna kuasa yang timbul di kalangan mereka," katanya kepada Selangor Kini. 

Mengulas berkenaan penarikan semula saman fitnah Dr Mohamad Khir Toyo ke atasnya, Suee Lim menganggap ia kemenangan moral penting. 

Katanya, hal itu sekali gus membuktikan apa yang didedahkan beliau adalah berasas, jelas serta bersuluh dan bukan sekadar fitnah. 

"Rakyat berhak tahu bagaimana beliau dapat kewangan untuk membina banglo atas dua lot tanah. "Susulan dari pendedahan saya pada 2009, selang setahun kemudian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan untuk mensabitkan isu yang berkenaan dan menjatuhkan hukuman. 

"Dari peringkat Mahkamah Rayuan, kes ini akan dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan," katanya. Mohamad Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor menarik balik saman fitnah RM10 juta yang difailkannya terhadap Suee Lim, hari ini. 

Ia berhubung pendedahan Suee Lim terhadap skandal membabitkan bekas ketua eksekutif negeri itu dan rumah agam di Shah Alam. 

Peguam Dr Khir, M Athimulam memaklumkan kepada Suruhanjaya Kehakiman, Datuk Azimah Omar berkenaan arahan anak guamnya. Athimulan juga memohon tidak ada kos yang perlu dibayar Suee Lim. 

Peguam M Manoharan yang mewakili Ng, tidak membantah permohonan itu. 

Hakim kemudian membatalkan tuntutan saman itu tanpa perintah kos. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Lain yang Guan Eng Cakap, lain pula yang dia faham....!!

Posted: 13 Nov 2014 04:15 AM PST

 

Ha...Haa.....Arab Mengaku Melayu Cuba Jadi Batu Api! 

Aku rasa pemahaman bahasa melayu Guan Eng lebih baik dari siArab ni


Kalau pun nak tabur racun, janganlah merendahkan keupayaan akal sendiri. 

Syed Ali: Guan Eng benci Hadi -  Faiz Zainudin 

November 13, 2014 

Tindakan DAP berbaik dengan PAS hanyalah untuk meraih sokongan orang Melayu sahaja. 

PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang enggan hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan beliau benci kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Tambah Syed Ali, tindakan Guan Eng sebelum ini berpura-pura berbaik dengan PAS hanyalah untuk meraih sokongan orang Melayu sahaja namun hakikatnya mereka tidak suka dengan perjuangan PAS. 

"DAP merupakan parti perkauman Cina, bila mereka dapat apa yang mereka mahu tidak mustahil DAP akan tinggalkan PAS," katanya ketika dihubungi FMT. 

Tambah beliau, tindakan DAP berbaik dengan PAS hanyalah untuk melihat orang Melayu berpecah seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan DAP.

Dalam pada itu, Syed Ali meminta PAS supaya tidak hanya 'melukut ditepi gantang' untuk terus berjuang bersama DAP yang sanggup menikam PAS dari belakang. 

"PAS dan UMNO perlu bersatu bagi menguatkan lagi parti orang Melayu, ini kerana perjuangan PAS dan UMNO adalah sama yaitu ingin menegakkan Islam," ujarnya. 

Semalam Guan Eng berkata, tindakan beliau menunggu Andul Hadi datang ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR untuk memastikan gabungan PR lebih kuat dan menganggap hanya Hadi sahaja yang layak membuat keputusan bagi mewakili PAS dalam PR. 


Posted by mountdweller.

'Kalau Ibrahim telanjang, tiada siapa nak tengok'....??

Posted: 13 Nov 2014 03:30 AM PST

 
Aktivis siswa Universiti Malaya Fahmi Zainol membidas bekas naib canselor Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Ibrahim Abu Shah berhubung kebebasan akademik dan kewajaran mematuhi undang-undang.

Fahmi berkata ulasan Ibrahim mengenai perkara itu dengan memberi contoh kebebasan beliau untuk bertelanjang "tidak ilmiah, sangat memalukan dan menunjukkan akhlak dan sikap yang tidak baik sebagai seorang akademik".

"Kalau dia (Ibrahim) telanjang, tak ada siapa pun yang mahu tengok dan dia harus komen secara ilmiah yang menunjukkan dia seorang pensyarah yang baik. Dan dia langsung tak faham apa itu kebebasan akademik.

"Tapi pandangan yang diberikan tidak menunjukkan pembacaan dan penilaian mengenai kebebasan akademik," katanya ketika dihubungi Malaysiakinimalam tadi.

"Dia sebagai seorang pensyarah dan bekas VC UiTM, dia seharusnya menunjukkan akhlak yang baik," katanya yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) lagi.

Fahmi mengulas kenyataan Ibrahim tentang kebebasan siswa menganjurkan aktiviti tanpa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dengan menyamakan kebebasan melakukan sesuatu sesuka hati seperti bertelanjang.

"Apabila saya berbuat sesuka hati saya ini adalah kebebasan saya. Waima kalau sekarang ini saya telanjang depan ni, jangan tangkap. Ini kebebasan mutlak saya.

"Tidak. Dalam banyak undang-undang dunia, mana-mana masyarakat, ada had-had tertentu melainkan kalau kita hidup dalam dunia haiwan.

"Setiap negara ada undang-undang, melainkan kalau Fahmi duduk dalam dunia haiwan.
"Kalau melampaui batas mungkin ketua beruk akan marah, itu binatang apatah lagi manusia," kata Ibrahim kepada Malaysiakini semalam.

Kenyataan Ibrahim itu susulan tekanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengancam untuk menarik biasiswanya kepada Fahmi susulan penganjuran pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hujung bulan lalu.


Posted by Jeebond BL

VIDEO - Anwar: Surat sokongan mesti bawa ke kabinet

Posted: 13 Nov 2014 02:45 AM PST


Sebarang surat sokongan oleh menteri kewangan mesti dibawa ke kabinet sebelum dikeluarkan kerana ia dianggap sebagai satu "jaminan berdaulat", kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia perlu diserahkan untuk perhatian kabinet. Prosedur sebegini tidak boleh dimanipulasi.
 



"Jika ia (prosedur ini) dipertikaikan oleh kerajaan, maka ia perlu dirujuk kepada pakar perundangan.

"Sebarang surat sokongan ke atas sebarang projek dianggap sebagai satu surat jaminan - satu jaminan oleh kerajaan," kata Anwar pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurutnya, surat itu sedemikian juga hanya boleh dikeluarkan oleh menteri kewangan.

"Sebab itu dalam kes PKFZ, apabila ia ditandatangani oleh menteri pengangkutan ia dianggap menyalahi kaedah yang sedia ada," katanya lagi yang merupakan menteri kewangan di antara tahun 1992 hingga 1998.

Malaysiakini

Pengguna Islam di Perak rasa tidak senang status halal - HARAKAHDAILY

Posted: 13 Nov 2014 02:00 AM PST

 
KUALA LUMPUR: Isu halal sentiasa menarik  perhatian rakyat Malaysia yang beragama Islam, Pengerusi Lajnah Pengguna dan Kerjaya Pemuda PAS Perak, Mohd Syakirin Husain.

Justeru, katanya Laporan Ketua Audit Negara, yang dipetik oleh Bernama, 10 November, bertajuk 'Rumah Sembelihan Ayam Di Pusing, Perak Tidak Patuh Syarat Sijil Halal - Audit' benar-benar menimbulkan rasa tidak senang kalangan rakyat khususnya mereka yang beragama Islam di negeri itu.

Katanya, berkata pihak berwajib perlu memandang serius perkara ini dan perlu tampil memberikan penjelasan.

"Kredibiliti pihak Jakim dan Jaipk telah sekian lama dipersoalkan. Jika isu-isu begini terus-menerus timbul tanpa penyelesaian yang tuntas dan segera, dibimbangi masyarakat Islam akan langsung hilang kepercayaan," ujarnya.

Menurutnya lagi, sebelum ini heboh isu sijil halal diberikan kepada syarikat pengeluar Bihun Cap Masjid yang didedahkan langsung tidak mematuhi syarat sijil halal, begitu juga isu coklat cadbury yang pernah ditimbulkan sebelum ini, dilihat seolah-olah tidak ditangani dengan baik.

Justeru, ujarnya Pemuda PAS Perak mendesak agar pihak berwajib mengambil langkah penyelesaian segera untuk menangani masalah berkaitan sijil halal  ini.

Tambahnya, dibimbangi, kesilapan yang mungkin berpunca daripada sikap sambil lewa pengusaha-pengusaha, JAIPk dan Jakim pula yang terpaksa menanggung kesannya. -  



HARAKAHDAILY 13/11/2014

Mahkamah Rayuan benarkan rayuan penduduk Kg Chubadak HARAKAHDAILY

Posted: 13 Nov 2014 01:15 AM PST

 
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara telah membenarkan rayuan 31 orang penduduk Kampung Chubadak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membatalkan writ saman penduduk kampung itu pada 1 Julai yang lalu.

Kes didengar di hadapan Datuk Abdul Aziz Rahim, Datuk Mah Weng Kwai dan Dr Prasad Sandosham Abraham.

Penduduk Kampung Chubadak diwakili barisan Peguam dari Juham serta Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Menurut Pengarah Juham, Noorazmir Zakaria kes tersebut diarahkan untuk didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 24 November ini. - HARAKAHDAILY 13/11/2014

Khir Toyo tarik balik saman fitnah

Posted: 13 Nov 2014 12:30 AM PST

 
 
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini menarik balik saman fitnah terhadap ADUN Sekinchan Ng Suee Lim di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Saman tersebut berhubung dakwaan Ng terhadap Khir berkaitan rumah mewah gaya Bali di Seksyen 7, Shah Alam.

M Athimulan, peguam yang mewakili Khir, memberitahu mahkamah mengenai keputusan bekas menteri besar itu, dengan kebebasan untuk memfailkannya semula.

Ekoran itu, Pesuruhjaya kehakiman Azimah Omar membatalkan saman tersebut. Beliau tidak buat perintah mengenai kos.

Ng diwakili peguam M Manoharan.
 
 
Malaysiakini