Rabu, 12 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


JAM TANGAN YANG BERNILAI RM80 JUTA APA KELEBIHANNYA....

Posted: 12 Nov 2014 11:45 PM PST


Jam RM71 juta

Geneva: Jam Henry Graves Supercomplication semalam dijual dalam bidaan dengan harga menakjubkan- £13.4 juta (RM71 juta).

Hasil rekaan Patek Philippe itu adalah jam tangan buatan tangan paling kompleks pernah dicipta dengan anggaran harga £10 juta (RM52 juta).

Pengumpul jam tangan mewah berebut-rebut membida untuk memiliki jam tangan berkenaan selepas tawaran awal sebanyak £5.85 juta dibuat.

Keadaan juga menjadi tegang apabila harga dibida meningkat kepada £11.7 juta (RM62 juta) sebelum akhirnya dijual pada harga RM71 juta-rekod dunia baru bagi Sotheby's diiringi tepukan gemuruh semua orang.

Jika termasuk dengan kos bidaan, pembelinya yang hanya dikenal pasti sebagai 'lelaki bertali leher merah' membayar keseluruhan £15.1 juta (RM80 juta).



JAM yang memecahkan rekod Sotheby's.



Kedahkini

" Hanya Di Brunei. Sakit Hati Bila Mata Memandang "

Posted: 12 Nov 2014 11:00 PM PST

Ini kalau kena dekat macai mesti macai akan kata pergi duduk Brunei lah kalau tidak puas hati dengan harga minyak di Malaysia.

Sebagai renungan bersama, sebenarnya kita layak mendapat habuan sebegini, kita adalah antara negara pengeluar minyak dunia, malah jauh meninggalkan negara Brunei. Alasan negara kecil ???, negara kecil pun kalau yang memimpin semua perompak, kaki rasuah takkan kemana perginya.

Kita juga mempunyai minyak yang paling berkualiti dan yang paling mahal di dunia. Jika kita nilai kepada mata wang kita hari ini RON97 hanya RM1.36 sen di Brunei.

Maka berterima kasihlah kepada UMNO BN yang telah membuatkan harga minyak kita antara yang terendah jika dibandingkan Indonesia, Thailand dan Singapore, ini perbandingan macai.


tikaqbuloh.blogspot.com.

No Pendaftaran Kereta Menteri

Posted: 12 Nov 2014 10:30 PM PST

 


Semua boleh. Undang-undang di malaysia memang hebat.

Yang takut ialah rakyat, yang berani pak menteri.

Artikel berkaitan semas

PUISI HARI INI

Posted: 12 Nov 2014 10:00 PM PST

Assalamualaikum Wbt n selamat pagi Jumaat .. erkk dah nak masuk tengaari dahh niee.. erkk pd sahabat lelaki jgn lupa potong kuku, cukur rambut separuh botak n apa2 yg patut... jgn lupa sunah Nabi n selawat k.. jom n happy lunch... Puisi Hari Jumaat: Antara Kau dan Aku,   Kuburku kuburmu Dosaku dosamu Amalku amalmu Rumahku rumahmu Hidupku hidupmu Matiku matimu.  Khabar inginku padamu mati hanya sekali tidak dua  Agamaku agamamu hanya satu iaitu Islam  Kitabku kitabmu hanya satu iaitu al Quran  Padangku padangmu hanya satu iaitu padang Mahsyar  Tuhanku tuhanmu hanya satu iaitu Allah SWT  Biar kau dan aku banyak perbezaanya namun kita masih ada satu persamaan.   Hanya sesekali kau terpesong kembalilah pulang ke jalan benar sebelum kapal hayatmu karam kau terbenam sesal merintih sendu.
Assalamualaikum Wbt n selamat pagi Jumaat .. erkk dah nak masuk tengaari dahh niee.. erkk pd sahabat lelaki jgn lupa potong kuku, cukur rambut separuh botak n apa2 yg patut... jgn lupa sunah Nabi n selawat k.. jom n happy lunch... 

Puisi Hari  Ini :

Antara Kau dan Aku,
Kuburku kuburmu
Dosaku dosamu
Amalku amalmu
Rumahku rumahmu
Hidupku hidupmu
Matiku matimu.

Khabar inginku padamu
mati hanya sekali tidak dua

Agamaku agamamu
hanya satu iaitu Islam

Kitabku kitabmu
hanya satu iaitu al Quran

Padangku padangmu
hanya satu iaitu padang Mahsyar

Tuhanku tuhanmu
hanya satu iaitu Allah SWT

Biar kau dan aku banyak perbezaanya
namun kita masih ada satu persamaan.

Hanya sesekali kau terpesong
kembalilah pulang ke jalan benar
sebelum kapal hayatmu karam
kau terbenam sesal merintih sendu.
 

RM30j bangunkan Trafik Cops....??

Posted: 12 Nov 2014 09:15 PM PST

Trafik Cops : RM30juta duit rakyat dilaburkan untuk bangunkan system kutip duit rakyat... TERBAIK..!!!

Kementerian Dalam Negeri 

 
Kementerian Dalam Negeri
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperuntukkan RM30 juta kepada agensi penguatkuasaannya untuk membangunkan sistem pembayaran dalam talian - Trafik Cops - di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff berkata, Trafik Cops adalah antara kaedah yang akan dilaksanakan KDN untuk menyelesaikan bayaran saman dalam kalangan pesalah warga asing.

Beliau berkata, menerusi peruntukan itu, agensi penguatkuasaan terlibat akan dilengkapkan dengan alat pengimbas nombor plat kenderaan atau 'Automated Numbers Plate Recognition' (ANPR) di semua pintu masuk negara.

"Melalui sistem ini, kami berharap dapat menyelesaikan isu pembayaran saman membabitkan warga asing khususnya Singapura kerana di setiap pintu masuk negara, kenderaan warga asing akan diimbas oleh ANPR untuk melihat kesalahan-kesalahan trafik.

"Ini bermakna sebelum meninggalkan negara, mereka mesti melunaskan samantersebut dahulu," katanya semasa Sesi Bersama Media: Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 3, di sini hari ini.

Ditanya jika ada warga asing menukar nombor kenderaan mereka sebelum melepasi pintu masuk Malaysia, Mohamad Khalid berkata, perkara tersebut adalah di luar jangkauan pihaknya.

"Data tentang pemilikan nombor kenderaan berada di bawah agensi penguatkuasaan warga asing itu.

"Kita tidak akan dapat data itu sewenang-wenangnya, justeru itu payah untuk mengenal pasti jika mereka (warga asing) menukar nombor kenderaan," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan Isnin lepas, menyebut bahawa sebanyak 16.3 juta saman dikeluarkan oleh polis trafik bagi tempoh 2011-2013 dan daripada jumlah itu, 121,664 merupakan saman terhadap bukan warganegara.

Laporan itu juga menyebut daripada 121,604 saman, hanya 12,713 diselesaikan dengan anggaran perolehan sebanyak RM7.63 juta. - Bernama

Senarai Kekayaan Anak Pak-Pak Menteri Dan Bekas Menteri! ??

Posted: 12 Nov 2014 08:30 PM PST

 



Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.
~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...

KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI

~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.
~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.

KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ

~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.
~ baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara.
~ Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah.

KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK
~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.
~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.
~ pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK

~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.
~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.
~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.
~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.
~ pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.
~ bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.

KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL

~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.
~ anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.

KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
~ taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah.
~ salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.
~ jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.
~ seorg lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.
~ abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta sepencarian istrinya menuntut :
1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian
~ slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard

KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD

~ Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2 lg.
~ mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn perniagaan Arak.
~ terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2 pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan itu.
~ Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings berhad.
SEBEGINILAH MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN, SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI  DI BACA DAN HARUS DI TEKA, --> "HIDUP UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera.....
Siasah Kini

Gadis melayu mudah terpikat ..??

Posted: 12 Nov 2014 07:45 PM PST


Gadis melayu mudah terpikat ..??  ISU SEMASA   Gambar Hiasan.  ISU SEMASA 

Gambar Hiasan.

"Saya pun hairan kenapa gadis tempatan di sini terpikat dengan warga asing namun saya percaya mungkin ada faktor tertentu yang menyebabkan perkara itu terjadi.

Demikian kata Man (bukan nama sebenar) ketika menceritakan kisah warga asing terutama Bangladesh yang berjaya menawan hati gadis di tanah tinggi itu.

Menurutnya, walaupun keikhlasan warga Bangladesh ini boleh diragui, namun dengan pujuk rayu mereka menyebabkan gadis Melayu mudah terpikat.

"Warga asing ini hanya bermodalkan kata-kata manis dan layanan istimewa hingga mereka berjaya memukau hati gadis di sini untuk berkahwin dan menyerahkan segalanya kepada pasangan berkenaan.

"Ramai antara mereka ini mengambil kesempatan untuk mengahwini gadis-gadis di sini untuk mendapatkan taraf penduduk tetap," katanya.

Menurutnya, lelaki warga asing berkenaan juga akan menggunakan lesen di atas nama isterinya untuk menjalankan perniagaan seperti kedai runcit seterusnya membawa rakan-rakannya yang lain untuk bekerja.

Sementara itu, Yahya Daud, 68, berkata, kes perkahwinan antara gadis tempatan dan warga Bangladesh di daerah ini seperti sudah menjadi lumrah.

Menurutnya, kebanjiran warga asing di daerah ini yang bekerja di dalam pelbagai bidang memberi peluang kepada mereka untuk memikat gadis-gadis tempatan.

"Perkahwinan dengan lelaki Bangladesh macam satu trend malah ada dalam kalangan sesebuah keluarga itu, dua adik beradik berkahwin dengan lelaki warga berkenaan," katanya.

Menurutnya, biasanya majlis perkahwinan antara gadis tempatan dengan warga asing ini akan dibuat secara kecil-kecilan dan dihadiri saudara terdekat sahaja.


PEN BURUK ONLINE.

Air di Selangor Kembali kepada Pemilikan Rakyat! Masa untuk berikan Nilai Terbaik untuk Rakyat…

Posted: 12 Nov 2014 07:00 PM PST


KENYATAAN MEDIA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


KERAJAAN NEGERI KOMITED MENDAPAT NILAI TERBAIK DARI PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor berbesar hati mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") telah memuktamadkan pembelian saham dengan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) seperti mana disyaratkan oleh Perjanjian Induk Penstrukturan Air Selangor ("Perjanjian Induk") bertarikh 12 September 2014 yang dimeterai di antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Pembelian saham dari PNHB ini melibatkan dua syarikat pemegang konsesi air iaitu SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) yang dimuktamadkan pada hari terakhir tempoh masa yang telah disyaratkan oleh Perjanjian Induk.

Dengan pembelian saham ini, sebahagian besar operasi dan aset air akan kembali kepada rakyat yang membolehkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Air Selangor mula mengambil alih dan menyusun semula operasi SYABAS dan PNSB. 

Tumpuan utama akan diberikan kepada usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) yang merugikan rakyat serta memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan untuk rakyat Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor juga berhasrat meningkatkan kecekapan perkhidmatan air yang lebih mesra rakyat dan responsif kepada pengguna di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Langkah seterusnya di dalam proses penstrukturan industri air ini ialah memuktamadkan pengambilalihan dua lagi syarikat konsesi iaitu ABASS dan SPLASH mengikut kerangka dasar yang menjamin kepentingan rakyat Selangor.

Walaupun beberapa perkara utama seperti kos dan terma pengambilalihan 4 syarikat konsesi (PNSB, SYABAS, ABASS dan SPLASH) telah diputuskan sebelum saya menjawat amanah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor, saya yakin ada ruang-ruang yang perlu digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk memastikan penstrukturan industri air ini memberi nilai terbaik kepada rakyat Selangor secara menyeluruh.

Ruang-ruang ini termasuklah memastikan pembinaan Projek Langat 2 (baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan) dinilai secara objektif oleh wakil-wakil Kerajaan Negeri Selangor supaya tidak ada unsur-unsur pembaziran yang kelak akan membebankan rakyat.

Saya yakin dengan amalan keterbukaan dan ketelusan yang dititikberatkan oleh pentadbiran baru Kerajaan Negeri Selangor dalam proses penstrukturan air, Kerajaan Negeri Selangor akan berjaya mencapai persetujuan dengan semua pihak yang terbabit untuk menyempurnakan penstrukturan air dalam tempoh terdekat.

MOHAMED AZMIN ALI

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR.


D. Dzul's Blog.

Anwar Ibrahim Yg Ramai Macai2 UG Tak Tahu.

Posted: 12 Nov 2014 06:15 PM PST


Zar Ali IV Ali's photo.Kisah Anwar Ibrahim Yg Ramai Macai2 UG Tak Tahu Kisah ini aku copy dari FB Teuku Zacharyah Iskandar. 

Kot2 belum baca, boleh la membaca. 

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara dan keluar dari Hospital di Munich Germany terus Raja Saudi membawa Anwar ke istananya dgn pesawat diraja Saudi. 

Raja Saudi bertanya kepada Anwar semasa didalam tahanan dan dipenjarakan apakah segala gaji, elaun dan imbuhan sebagai TPM dan menteri kewangannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia? Anwar menjawab tidak dibayar satu sen pun. 

Lalu Raja Saudi membayar segala Gaji, Elaun dan Imbuhan yg sepatutnya Anwar terima dari Kerajaan Malaysia. 

Sebagai Pensyarat Jemputan di Oxford University, Harvad University dan Cambrige University Anwar dibayar gaji secara bulanan oleh pihak University berkenaan. 

Dan jika Anwar dijemput utk memberikan syarahannya di unversity2 tersebut maka Anwar akan diberi Bonus dan Elaun. Kereta Audi yang digunakan oleh Anwar adalah sumbangan Kerajaan Kuwait kepadanya.

Anwar juga dilantik sebagai Penasihat Ekonomi bagi negara2 liga Arab yang super mega kaya raya.. Apakah Khidmat Anwar itu hanya dibayar dengan air liur sahaja? 

Zar Ali IV Ali's photo. Lain kali guna Otak kalau nak berhujah dan menghina orang lain.. ALLAH beri akal utk berfikir jangan letakkan akal kalian setaraf Khaldai. Di rantau Asean ini ada 3 org manusia yg diiktiraf oleh university ternama di dunia serta sering menjadi pensyarah dan berpidato dengan elaun dan ganjaran yang cukup besar. 

1. Lee Kwan Yew - Kerana kehebatannya menjadikan Pulau sekecil Singapura sebagai Pulau yg maju dan bertaraf antara bangsa. Lee Kwan Yew juga kerap menulis Jounal2 ilmiah untuk university ternama dlm dunia ini. 

2. Bekas Presiden Indonesia Bapak BJ Habibie - Kepakaran dalam kaji sawat terbang. 

3. Anwar Ibrahim - Ekonomi dan Islah.. 
Zar Ali IV Ali's photo. 
Mengapa baru2 ini Anwar dilantik oleh Dunia Islam sebagai Presiden untuk menerajui satu unit Task Force bagi meningkat serta memartabatkan University Islam di seluruh dunia.. 

Mengapa Macai UG SeMalaysia sekarang ni seolah-olah bersekongkol dgn Macai UMNO? 

Dah tak sabar2 lagi nak bergabung dengan UMNO ker? 

Tak kan dah lupa kot? Kah kah kah kah kah Tak kan buat2 lupa kot.. kah kah ka hkah kah!! Via 

Libang Libu tanpa edit


Posted by mountdweller.
ELLER PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU Thursday, November 13, 2014 Anwar Ibrahim Yg Ramai Macai2 UG Tak Tahu Wednesday, November 12, 2014 Kisah Anwar Ibrahim Yg Ramai Macai2 UG Tak Tahu Kisah ini aku copy dari FB Teuku Zacharyah Iskandar. Kot2 belum baca, boleh la membaca. Selepas Anwar dibebaskan dari penjara dan keluar dari Hospital di Munich Germany terus Raja Saudi membawa Anwar ke stananya dgn pesawat diraja Saudi. Raja Saudi bertanya kepada Anwar semasa di dalam tahanan dan dipenjarakan apakah segala gaji, elaun dan imbuhan sebagai TPM dan menteri kewangannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia? Anwar menjawab tidak dibayar satu sen pun. Lalu Raja Saudi membayar segala Gaji, Elaun dan Imbuhan yg sepatutnya Anwar terima dari Kerajaan Malaysia. Sebagai Pensyarat Jemputan di Oxford University, Harvad University dan Cambrige University Anwar dibayar gaji secara bulanan oleh pihak University berkenaan. Dan jika Anwar dijemput utk memberikan syarahannya di unversity2 tersebut maka Anwar akan diberi Bonus dan Elaun. Kereta Audi yang digunakan oleh Anwar adalah sumbangan Kerajaan Kuwait kepadanya. Anwar juga dilantik sebagai Penasihat Ekonomi bagi negara2 liga Arab yang super mega kaya raya.. Apakah Khidmat Anwar itu hanya dibayar dengan air liur sahaja? Lain kali guna Otak kalau nak berhujah dan menghina orang lain.. ALLAH beri akal utk berfikir jangan letakkan akal kalian setaraf Khaldai. Di rantau Asean ini ada 3 org manusia yg diiktiraf oleh university ternama di dunia serta sering menjadi pensyarah dan berpidato dengan elaun dan ganjaran yang cukup besar. 1. Lee Kwan Yew - Kerana kehebatannya menjadikan Pulau sekecil Singapura sebagai Pulau yg maju dan bertaraf antara bangsa. Lee Kwan Yew juga kerap menulis Jounal2 ilmiah untuk university ternama dlm dunia ini. 2. Bekas Presiden Indonesia Bapak BJ Habibie - Kepakaran dalam kaji sawat t

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

LAWAN JEBON UG (JebUG) HABIS-HABISAN !!

Posted: 12 Nov 2014 05:30 PM PST


PARTI keris telanjang bernama amno itu akan sentiasa bergembira apabila JebUG (Jebun UG) setiap hari menghentam rakan-rakan dalam PasMa, kononnya PasMa ini menentang Ulamak.

Sampai hari ini JebUG tidak mampu bawa bukti dan hujah PasMa melawan Ulamak, bahkan PasMa pula yang dapat buktikan mereka menyanjung Majlis Syura yang bersetuju di dalam Muktamar bahawa perlu perkuatkan Pakatan. Ertinya,

PasMa menyanjung keputusan Muktamar yang direstui oleh Majlis Syura. Secara tidak langsung PasMa menyanjung Ulamak. Hujah pihak JebUG yang menuduh PasMa lawan Ulamak itu mana?

Aku tertunggu-tunggu juga mana satu ucapan atau kenyataan pimpinan PasMa yang boleh dikatakan melawan Ulamak jauh sekali mahu sebut PasMa itu 'haram' atau 'sesat' melawan Islam.

Semua JebUG dari golongan lebai jumud ini sebenarnya tahu PasMa adalah satu-satunya pertubuhan yang tidak samasekali menentang parti mereka sendiri jauh sekali mahu melawan Tuang Presideng. JebUG sedar,

PasMa tidak seteruk itu tetapi mereka amat bimbang bahawa kewujudan PasMa hanya semata-mata mahu menjadi benteng parti Islam ini dibawa masuk ke dalam kelambu amno.

Bukankah JebUG kepingin sangat ingin bersama amno. Semua tahu ini, semua tahu kisah JebUG mahu jentik gereja jika dapat bersama amno. Jika sesiapa yang tidak tahu, sila tanya Dr Zuhdi.

Usah berlindung dengan nama Ulamak. Ulamak adalah imej yang amat mulia kerana Ulamak itu pewaris Nabi.

Masakan pewaris Nabi mahu bersama amno yang terkenal dengan kezaliman itu?

Mustahil.
Sebab itu aku tetap mengatakan parti Islam ini mesti dipelihara dengan kesucian dasarnya iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Ulamak serta Qias. Jangan biarkan JebUG musnahkan parti ini dan mempengaruhi Tuang Presideng dengan strategi bodoh untuk bersama amno.

Aku memang bukan ahli parti mereka jauh sekali untuk sertai PasMa. Tapi aku tetap sayangkan parti Islam ini dan juga sayang kepada PasMa yang ingin melindungi parti ini.

Musuh aku amno dan ejen mereka iaitu JebUG. Aku akan tentang JebUG macam aku tentang amno.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS 

Tenggelamkan Kereta Kerana Marahkan Isteri

Posted: 12 Nov 2014 04:45 PM PST




Seorang lelaki yang dalam proses perceraian memandu kereta merah Corvette milik isterinya masuk ke dalam sungai.

Kejadian itu menyebabkan polis melancarkan usaha mencari mangsa yang kemungkinan berada di dalam kenderaan itu.

Seorang saksi yang menelefon polis mengenai kereta di dalam Sungai Delaware itu berkata, dia melihat seorang lelaki memandu kenderaan berkenaan di tebing sungai sebelum keluar dan membiarkan kereta itu jatuh ke dalam sungai.

"Saya fikir dia amat berang dengan isterinya hingga menenggelamkan kereta itu ke dalam sungai," kata jurucakap polis, Scott Small, semalam.

Menurutnya, unit polis marin terpaksa dipanggil untuk memeriksa kereta itu di dalam sungai berkenaan bagi memastikan tiada mangsa berada di dalamnya.

Kereta itu kemudian ditarik naik ke darat menggunakan trak tunda.

Small berkata penyiasat mendapati lelaki berusia 50 tahun itu datang ke kediaman isterinya dan mencuri kereta berkenaan. - AP



Noh: Najib putuskan bubar Umno S'gor atau Tidak !!!

Posted: 12 Nov 2014 04:00 PM PST

 
 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno Selangor.
  
Beliau berkata pertemuan itu perlu bagi mendapatkan nasihat daripada Najib selaku presiden Umno untuk memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.
  
"Bukan tugas yang mudah menjadi pengerusi Umno, ini bukan jawatan yang glamour ... menteri besar (Selangor) itu ya jawatan glamour.
  
"Buat masa ini saya belum berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Najib, mungkin selepas ini satu pertemuan akan diadakan dengan beliau untuk mendapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan bagi perbaiki Umno Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolokium kepimpinan 2014 di Management and Science University di Shah Alam, hari ini.
  
Noh berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Dr Mahathir dalam satu sidang media semalam terhadap kepimpinan Umno Selangor yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka.
  
Dr Mahathir sebelum ini turut mengkritik barisan kepimpinan Umno Selangor yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.
  
"Mengenai itu, Datuk Seri Najib yang akan buat keputusan sama ada kepimpinan Umno Selangor perlu bubar atau tidak ... beliau juga yang melantik saya, jadi keputusan itu beliau yang tentukan," kata Noh.
  
-Bernama

Satgaswan PNA sedang Menjinakkan Ularr...???

Posted: 12 Nov 2014 03:30 PM PST

DAP gesa Hadi jangan 'ponteng' mesyuarat lagi

Posted: 12 Nov 2014 08:00 AM PST

 

Jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Hadi perlu hadir bagi memastikan gabungan PKR-DAP-PAS berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

"Atas pandangan bahawa kehadiran Hadi dalam mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan penting, kerana beliau mempunyai autoriti tunggal dalam PAS untuk membuat keputusan, DAP akan akan menunggu sehingga beliau boleh hadir ke mesyuarat sebegitu," kata Lim.

Minggu lalu, Lim secara terbuka menggesa Hadi hadir.

Ini kerana, katanya, tanpa kehadirannya dan dalam keadaan wakil PAS tidak boleh membuat keputusan bagi pihak parti Islam itu, Pakatan tidak boleh mencari kata sepakat untuk meluluskan sesebuah resolusi.

Hadi dilapor sudah beberapa bulan tidak hadir ke mesyuarat Pakatan.

Ia dikatakan berpunca daripada tindakan Ketua Umum PKR yang berkali-kali membuat keputusan berbeza dengan apa yang diputuskan oleh jawatankuasa Pusat PAS.

Harakahdaily kelmarin melaporkan Hadi sebagai menjelaskan, beliau tiada dalam pentas politik negara sejak September lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau berkata "tidak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini" sehingga "suara pun tak berapa nak keluar".

JPJ BAKAL DISERANG HABIS-HABISAN

Posted: 12 Nov 2014 07:15 AM PST

 

CARA MOHON BR1M 4.0 TAHUN 2015 By canang

Posted: 12 Nov 2014 06:30 AM PST

 
Panduan Permohonan Online BR1M 4.0 Tahun 2015
Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka pada minggu kedua bulan Disember 2014.
Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.Kadar Bayaran BRIM 4.0 Tahun 2015
1. Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.
2. Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.
3. Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
Kadar BRIM 4.0 dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.
Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Tahun 2015
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Skim Khairat Kematian RM1,000
Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.
Borang Permohonan Secara Online BR1M 4.0


Najib makin parah diserang bekas Menteri .. hhehehehe

Posted: 12 Nov 2014 05:45 AM PST


Najib makin parah diserang bekas Menteri .. hhehehehe    "Tiada maknanya kita ke arah negara berpendapatan tinggi, pada ketika rakyat, anak-anak kita, jiran dan rakan kita masih berpendapatan bawah tahap kemiskinan," katanya.  *bukan anak-anak kita, anak anak kami. Anak hang dan kroni hang senuya semua mampu walaupun hang beranak bukan dalam lombong emas. bila dah naik menMenteri, hang pun jadi kaya raya .  "Masih ramai pakcik dan makcik di kampung dan bandar yang masih bergelut untuk mendapat sesuap nasi dan menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari."  * memang pun sebab hangpa UMNO mana hanya retorik nak membantu rakyat.  $$$  Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membidas usaha Putrajaya ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sehingga mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyat.  Beliau mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi dalam masa sama, rakyatnya masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri.  "Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa," katanya hari ini.  Beliau berkata demikian semasa merasmikan buku berjudul

"Tiada maknanya kita ke arah negara berpendapatan tinggi, pada ketika rakyat, anak-anak kita, jiran dan rakan kita masih berpendapatan bawah tahap kemiskinan," katanya.

*bukan anak-anak kita, anak anak kami. Anak hang dan kroni hang senuya semua mampu walaupun hang beranak bukan dalam lombong emas. bila dah naik menMenteri, hang pun jadi kaya raya .

"Masih ramai pakcik dan makcik di kampung dan bandar yang masih bergelut untuk mendapat sesuap nasi dan menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari."

* memang pun sebab hangpa UMNO mana hanya retorik nak membantu rakyat.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membidas usaha Putrajaya ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sehingga mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyat.

Beliau mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi dalam masa sama, rakyatnya masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri.

"Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan buku berjudul "The Colour of Inequality" di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Kuala Lumpur hari ini.

Lebih membimbangkan Daim adalah hartanah kini sukar untuk dimiliki khususnya mereka yang berumur bawah 40 tahun kerana nilai yang melambung naik akibat spekulasi.

"Hakmilik hartanah antara yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka bawah umur 40 tahun, berdepan kesukaran untuk memiliki aset penting ini.

"Perumahan menjadi kelas aset kewangan, malah ia menjadi alat spekulasi daripada menjadi tempat untuk kita tinggal," katanya.

Daim menegaskan rakyat Malaysia masih tidak mencapai tahap pendapatan yang baik dan ramai yang masih berpendapatan di bawah tahap kemiskinan.

"Tiada maknanya kita ke arah negara berpendapatan tinggi, pada ketika rakyat, anak-anak kita, jiran dan rakan kita masih berpendapatan bawah tahap kemiskinan," katanya.

Walaupun negara memiliki pengguna barangan mewah terbesar di rantau Asia, Daim berkata masih ramai rakyat yang masih terpaksa bergelut dengan kehidupan.

"Masih ramai pakcik dan makcik di kampung dan bandar yang masih bergelut untuk mendapat sesuap nasi dan menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari."

Pentadbiran Najib menyasarkan negara beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bagaimanapun, usaha tersebut dilihat tidak memberi gambaran sebenar terhadap situasi kewangan dan ekonomi rakyat Malaysia, malah satu kajian bersama Universiti Malaya dan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati jurang semakin melebar di kalangan rakyat Malaysia dari segi pendapatan dan pemilikan rumah.

Menurut data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana persaraan terbesar di Malaysia, pekali Gini daripada akaun simpanan meningkat daripada 0,643 pada 2004 kepada 0.661 pada 2013.

Gaji pekerja berumur 26-35 juga berkembang pada kadar lebih perlahan daripada 2004 hingga 2013, dan tertinggal di belakang pendapatan yang berumur 40 tahun ke atas, kata mereka.

Sementara itu dalam sektor awam, pangkat pengurus dan profesional berkembang lebih cepat secara tidak seimbang sejak 1999 hingga 2012, menurut kompilasi mereka daripada Senarai Pekerjaan Kementerian dan Jabatan dalam Anggaran Belanjawan Persekutuan.

Kaji selidik itu juga mengatakan pekali Gini Malaysia berkaitan hartanah kediaman dijual tahun meningkat daripada 0.51 pada 1996 kepada 0.53 pada 2011, menurut perkiraan mereka berdasarkan data daripada Napic.

"Nilai harta yang dibeli pembeli atasan berkembang lebih cepat daripada harta yang dibeli pembeli 'low-end' sepanjang tahun," kata kajian tersebut.

Bahagian daripada jumlah nilai harta dengan bahagian bawah 20% dari 2006 hingga 2011 kekal tidak berubah pada 5%, manakala 10% menikmati pertumbuhan daripada 35% kepada 40% dalam tempoh yang sama, menurut data. – 


Pen Buruk Online.

Noh akan bertemu Najib berhubung isu Umno Selangor

Posted: 12 Nov 2014 05:00 AM PST


Noh akan bertemu Najib berhubung isu Umno Selangor  Published: 12 November 2014  Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno Selangor.  Beliau berkata pertemuan itu perlu bagi mendapatkan nasihat daripada Najib selaku presiden Umno untuk memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.  "Bukan tugas yang mudah menjadi pengerusi Umno, ini bukan jawatan yang glamour ... menteri besar (Selangor) itu ya jawatan glamour.  "Buat masa ini saya belum berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Najib,  mungkin selepas ini satu pertemuan akan diadakan dengan beliau untuk mendapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan bagi perbaiki Umno Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolokium kepimpinan 2014 di Management and Science University di Shah Alam, hari ini.  Noh berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Dr Mahathir dalam satu sidang media semalam terhadap kepimpinan Umno Selangor yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka.  Dr Mahathir sebelum ini turut mengkritik barisan kepimpinan Umno Selangor yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.  "Mengenai itu, Datuk Seri Najib yang akan buat keputusan sama ada kepimpinan Umno Selangor perlu bubar atau tidak ... beliau juga yang melantik saya, jadi keputusan itu beliau yang tentukan," kata Noh. - Bernama, 12 November, 2014.    See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/noh-akan-bertemu-najib-berhubung-isu-umno-selangor#sthash.wutTGrXK.dpuf

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno Selangor.

Beliau berkata pertemuan itu perlu bagi mendapatkan nasihat daripada Najib selaku presiden Umno untuk memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.

"Bukan tugas yang mudah menjadi pengerusi Umno, ini bukan jawatan yang glamour ... menteri besar (Selangor) itu ya jawatan glamour.

"Buat masa ini saya belum berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Najib, mungkin selepas ini satu pertemuan akan diadakan dengan beliau untuk mendapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan bagi perbaiki Umno Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolokium kepimpinan 2014 di Management and Science University di Shah Alam, hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Dr Mahathir dalam satu sidang media semalam terhadap kepimpinan Umno Selangor yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka.

Dr Mahathir sebelum ini turut mengkritik barisan kepimpinan Umno Selangor yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.

"Mengenai itu, Datuk Seri Najib yang akan buat keputusan sama ada kepimpinan Umno Selangor perlu bubar atau tidak ... beliau juga yang melantik saya, jadi keputusan itu beliau yang tentukan," kata Noh. - Bernama, 12 November, 2014.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/noh-akan-bertemu-najib…

Noh akan bertemu Najib berhubung isu Umno Selangor

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno Selangor.
Beliau berkata pertemuan itu perlu bagi mendapatkan nasihat daripada Najib selaku presiden Umno untuk memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.
"Bukan tugas yang mudah menjadi pengerusi Umno, ini bukan jawatan yang glamour ... menteri besar (Selangor) itu ya jawatan glamour.

"Buat masa ini saya belum berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Najib,  mungkin selepas ini satu pertemuan akan diadakan dengan beliau untuk mendapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan bagi perbaiki Umno Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolokium kepimpinan 2014 di Management and Science University di Shah Alam, hari ini. Noh berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Dr Mahathir dalam satu sidang media semalam terhadap kepimpinan Umno Selangor yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka.
Dr Mahathir sebelum ini turut mengkritik barisan kepimpinan Umno Selangor yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.
"Mengenai itu, Datuk Seri Najib yang akan buat keputusan sama ada kepimpinan Umno Selangor perlu bubar atau tidak ... beliau juga yang melantik saya, jadi keputusan itu beliau yang tentukan," kata Noh. - Bernama, 12 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/noh-akan-bertemu-najib-berhubung-isu-umno-selangor#sthash.wutTGrXK.dpuf

Terkini !! Teknik Yang Digunakan Untuk Hack Akaun Facebook Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Posted: 12 Nov 2014 04:15 AM PST

 
hmetroo.blogspot.com
 
Harian Metro Online | Sejak akhir-akhir ini ramai pengguna facebook secara tidak sedar telah dihack oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesan facebook anda dihack adalah penyebaran video lucah yang dipost kepada timeline rakan-rakan fb anda.

Virus ini menjadi viral jadi berhati-hati jangan mudah membuka link sebarangan dan jangan mudah mengisi maklumat usename serta password sebarangan.Jika anda seorang peniaga yang mempunyai fan page besar sila berhati-hati dikhuatiri fanpage anda akan dicuri.



Lihat gambar diatas dan lihat link yang diberikan




Daripada kajian admin cara-cara mereka untuk hack akaun anda dengan mudah iaitu mereka akan post video lucah atau seangkatan dengannya kemudian untuk melihat video tersebut anda perlu klik link yang diberikan apabila anda klik link tersebut secara automatik anda menyebarkan video tersebut
 hmetroo.blogspot.com
Selepas anda klik link tersebut ia akan dibawa ke akaun fb palsu cuba tengok url diatas di bahagian www. link fb asal facebook.com
 
Selain itu,ada juga yang post video lucah beserta link untuk video penuh selepas anda klik link tersebut ia dibawa ke akaun facebook baru yang disuruh log in untuk melihat video tersebut. 90 % dikalangan kita tidak perasan bahawa facebook tersebut adalah palsu apabila anda mengisi usename dan password maka maklumat anda telah dicuri mereka boleh log in akaun facebook anda bila-bila masa sahaja. 
Nanti sebelum anda dan rakan-rakan yang lain terkena sebarkan info ini sebagai peringatan bersama.


Read more: http://hmetroo.blogspot.com/2014/11/terkini-teknik-yang-digunakan-untuk.html#ixzz3Ip7ypHpY

Teguran Tun M : Pemimpin Umno Semacam Memekakkan Telinga Oleh Abu Hassan Adam

Posted: 12 Nov 2014 03:30 AM PST

 
Teguran yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir khususnya dan beberapa orang pengkeritik lain mengenai 'ketempangan' UMNO kini seolah-olah tidak dipedulikan. 
 
Malah ramai juga pemimpin yang cuba menafikan kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu. 
 
Cuma yang tidak dinyatakan oleh mereka secara terang-terang ialah bahawa apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir (M) itu sebagai kenyataan pemimpin tua yang sudah 'nyanyuk'.

Tun M telah menyatakan dalam Blognya bertarikh 5 November 2014 tentang perubahan yang perlu dilakukan dalam UMNO Selangor. Selanjutnya beliau menyatakan, 'Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula. 
 
Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur'

Sebenarnya apa yang disuarakan oleh Tun M itu telah pun disuarakan oleh DS Najib sendiri yang beliau merasakan begitu 'penat' melayan kerenah yang berlaku di UMNO Selangor ini. 
 
The Malaysian Insider bertarikh 1 November 2014 telah memuatkan kenyataan DS Najib dibawah jodol, ; 'Tired' Najib wants Selangor UMNO to grab back state from Pakatan'. Selanjutnya beliau menyatakan,' "I feel so tired. It is such a big embarrassment when BN is mentioned as the opposition," katanya di Konvenyen UMNO pada tarikh berkenaan.

Dua kenyataan dan teguran yang dibuat oleh dua orang pemimpin lama dan baru ini seolah-olah seperti slogan yang banyak terdapat di kawasan masjid-masjid yang berbunyi,' SEMBAHAYANGLAH SEBELUM ANDA DISEMBAHAYANGKAN'. 
 
Lebh kurang begitulah mesej yang hendak disampaikan oleh kedua-dua pemimpin ini. Walaupun ada peribahasa Inggeris ada menyatakan tentang, 'don't kill a messenger' namun ramai pemimpin UMNO, khususnya di Selangor yang mengambil sikap 'confrontational' terhadap kenyataan pemimpin-pemimpin ini.

Kenyataan Setiausaha UMNO Selangor, Saudara Johan Abdul Aziz sebagaimana yang disiarkan oleh Malaysiakini bertarikh 8 November 2014 dibawah tajuk, " Selangor UMNO says Dr M disparaging the party' telah membidas kenyataan Tun M dengan menyatakan bahawa Tun M tidak sepatutnya membuat tuduhan sedemikian dengan tidak mengemukakan bukti-bukti yang jelas dan nyata. Selanjutnya beliau menjelaskan,

"Don't keep putting forward this corrupt image about Umno. If there is corruption, then arrest all the Umno people….To me, it is wrong that Tun talked about corruption. 
 
If he has evidence - and he is the former prime minister - then bring it to the authorities….I think this does not give a good image to the party because he too is an Umno member,"

Tetapi soalnya YBM Tengku Razaleigh Hamzah, tokoh lama yang amat berpengalaman dalam parti UMNO pun pernah kata tentang persoalan rasuah yang melibatkan UMNO. 
 
Kata Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li ), ' Corruption is the biggest problem. If we can get rid of some or most then ( the problem) is resolved…. Projects are too expensive and the costs are passed on to consumers and finally the people at the bottom have to bear the additional cost'.

51% rakyat Malaysia mungkin kata begitu. Setuju sangat dengan pandangan Ku Li yang mengatakan bahawa rasuah dan penyelewengan adalah merupakan masalah besar dan sekiranya masalah ini dapat diatasi maka banyak masalah akan dapat selesai. 
 
Sebahagian besar rakyat sudah lama tahu mengenai rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin. Dan salah satu sebab yang menyebabkan mereka mengundi pembangkang dalam PRU 13 adalah berpunca daripada keadaan itu.

Suasana seperti itu juga yang ditakuti oleh DS Najib dan Tun M. Lantas mereka menyarankan agar UMNO amat perlu membuat perubahan. 
 
Dan antara saranannya ialah agar pemimpin lama dalam UMNO yang dikira sudah 'luput tarikh' harus berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin muda yang berpotensi untuk menggantikan tempat mereka sebagai pemimpin. 
 
Lagi pun para pemimpin yang 'sudah luput tarikh' harus sedar bahawa cara 'berpencak' pada Kurun ke 21 adalah amat berbeza dengan 'sepak terajang' pada Kurun ke 20. 
 
Justeru mungkinlah pemimpin UMNO lama sudah agak letih dan penat untuk berpencak di pentas Kurun ke 21.

Terus terang aku katakan bahawa ramai yang menyokong pembangkang bukan disebabkan mereka tidak bersetuju dengan dasar UMNO ( BN) tetapi mereka tidak menyukai perangai ramai pemimpin UMNO (BN) yang rasuah dan terlibat dalam berbagai penyelewengan. 
 
Lebih daripada 51% rakyat Malaysia kini yang agak meluat dengan perangai dan sikap sebahagian besar pemimpin UMNO (BN) yang memerintah negara ini.

Para pemimpin UMNO (BN) seolah-olah memekakkan telinga dan memejamkan mata apabila isu rasuah dan penyelewengan ini diperkatakan oleh rakyat. Seolah-olah bukan mereka yang terlibat dengan apa yang diperkatakan oleh rakyat. 
 
Mereka dapat menafikan apa yang mereka telah lakukan. Oleh kerana mereka berkuasa, maka mereka dapat menggunakan jentera kerajaan untuk 'tolong' menidakkan apa yang telah mereka lakukan. 
 
Mereka amat 'bijak' menggunakan 'ilmu' yang mereka pelajari untuk melakukan penyelewengan dan rasuah sehingga terlalu sukar pihak berkuasa untuk menuduh kegiatan jahat mereka.

Lebih 51% rakyat Malaysia tahu apa yang mereka lakukan. Jikalau tidak masakan 51% rakyat menentang UMNO ( BN ) dalam PRU 13 yang lalu. 
 
Sudah jelas di mata rakyat ada perbuatan-perbuatan sumbang yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak tahu malu dan bermuka tebal. 
 
Mereka 'tergamak' menafikan perbuatan terkutuk mereka. Dan sebaliknya ada pula yang terus menuduh orang yang melaporkan perbuatan terkutuk mereka.

Yang anihnya, pemimpin sedemikian masih ada yang mahu 'mengikut'nya. Pengikutnya terus menerus mengangkatnya menjadi pemimpin. Bukan itu saja, malah terus dilantik memegang jawatan dalam kerajaan. 
 
Dan yang empunya diri yang terpalit, tidak pula segan silu menerima jawatan yang ditawarkan.Apakah rakyat Malaysia yang sebegini sudah hilang pertimbangan langsung dan sudah tidak dapat menilai sesuatu yang baik dengan yang buruk. 
 
Apakah sudah dikaburi agaknya mata mereka yang sudah tidak dapat melihat dengan jelas, membezakan antara keburukan dan kebaikan.

Jikalau keadaan sebegini berjalan terus menerus, maka aku tidak tahu ke manalah agaknya akhirnya 'destinasi' negara ini. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ku Li, 'Projects are too expensive and the costs are passed on to consumers and finally the people at the bottom have to bear the additional cost'. 
 
Maknanya sesuatu projek yang dijalankan oleh kerajaan adalah terlalu mahal dan dibahu rakyatlah diletakkan bebanan untuk menanggung kos –kos tambahan. 
 
Lantas kesimpulan yang dibuat oleh Ku Li itu ialah, kerajaan seharusnya memerangi rasuah dan penyelewengan ini dengan sekeras-kerasnya dan bukan sepatutnya menaikkan harga minyak. ( Kerajaan kata mereka mengurangkan harga subsidi minyak).

Persidangan Agung UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya membincangkan isu rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan sebagai agenda penting dan bukan sebagai 'pesta' untuk memuji dan memuja pemimpin. Tidak juga PAU itu dijadikan sebagai pentas 'Maharaja Lawak' dimana para badut mempamerkan 'kebolehannya' untuk berlawak jenaka.

Persidangan Agung UMNO adalah pentas untuk membincangkan tentang nasib bangsa Melayu menghadapi Kurun ke 21.
 
 
Kedahlanie

Malaysia lemas ditimbun pekerja asing. Najib lemas ditimpa kak Mah.

Posted: 12 Nov 2014 03:00 AM PST

MAHKAMAH RAYUAN GAGAL AMBIL KIRA NORMA MASYARAKAT MELAYU ISLAM.

Posted: 12 Nov 2014 02:30 AM PST


 

Berikut adalah kenyataan akhbar oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berkaitan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 tidak berperlembagaan:

Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berasa amat terkejut dengan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan kerana mendiskriminasi golongan minoriti. 
 
Keputusan tersebut dibuat setelah tiga orang lelaki Islam merayu kepada Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka mengisytiharkan sekyen tersebut tidak berperlembagaan. 
 
Ketiga-tiga lelaki Islam berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.

Seksyen tersebut berbunyi seperti berikut:

"Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.

Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya."

Sehingga siaran akhbar ini ditulis PPMM masih lagi belum mendapat salinan penghakiman yang diputuskan pada 7 November 2014 itu. PPMM juga tidak mendapat makluman berkaitan dengan hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh kedua belah pihak semasa prosiding rayuan berjalan. 
 
Pada kebiasaan hakim-hakim akan membuat keputusan berdasarkan persoalan yang dihujahkan di hadapan mahkamah.

Oleh yang demikian siaran akhbar ini dibuat berdasarkan laporan-laporan yang dibuat di akhbar-akhbar dan media alternatif sahaja dan menyentuh aspek keabsahan dan kesan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut.

Di dalam kes Sulaiman Takrib v Majlis Agama Islam Trengganu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa legislatif untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam. 
 
Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak atau moral bagi orang Islam seperti di dalam Seksyen 66 tersebut. Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan memutuskan makna 'precepts of Islam' bukan sekadar rukun Islam tetapi apa-apa perintah agama Islam. 
 
Menjaga akhlak adalah sebahagian dari perintah agama Islam dan lelaki berpakaian wanita adalah diharamkan di dalam Islam.

Manakala di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan 8 yang lain pula, Mahkamah Persekutuan memutuskan antara lain kebenaran dari Mahkamah Persekutuan perlu diperolehi terlebih dahulu di dalam sesuatu prosiding yang mencabar keperlembagaan sesuatu undang-undang.

Berdasarkan dua penghakiman Mahkamah Persekutuan di atas, PPMM berpandangan Mahkamah Rayuan telah khilaf di dalam penghakiman semalam. 
 
Malah ia juga tidak sejajar dengan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan seperti yang diputuskan di dalam kes-kes Lina Joy melawan Majlis Agama Islam Wilayah Persecution (Mahkamah Persekutuan) dan Meor Atiqurrahman melawan Fatimah Sihi (Mahkamah Tinggi). 
 
Begitu juga obligasi berperlembagaan Yang Di Pertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA bersumpah memelihara Islam pada setiap masa. 
 
Sebagai Ketua Eksekutif sebenar Negara (Perkara 39) sumpah YDPA tersebut menjadi suatu obligasi kepada semua cabang pentadbiran dan kehakiman negara untuk dipenuhi.

Isu diskriminasi kepada golongan minoriti tidak seharusnya timbul kerana kebebasan fundamental (fundamental liberties) seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah suatu yang tiada batasannya. Hak tersebut tidak bersifat mutlak dan ia perlu dibaca bersama-sama dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang lain. 
 
Perlembagaan Persekutuan mesti dibaca secara bersesama bukan diasing-asingkan antara satu sama lain (harmonious interpretation). 
 
Mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara berasingan akan hanya membawa implikasi percanggahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sesama sendiri.

Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut juga gagal mengambil kira norma masyarakat Melayu Islam (grundnorm of the society) yang merupakan teras kepada jatidiri kebangsaan. Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur asas (basic structures) yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. 
 
Memusnahkan strucktur asas ini akan mengakibatkan jatidiri dan kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri terpecah.

Walau apapun penghakiman semalam adalah penghakiman yang sah oleh sebuah mahkamah yang kompeten. Ia perlu dihormati sehingga ada keputusan sebaliknya.

PPMM menyeru Kerajaan Negeri Sembilan dan pihak-pihak yang dinamakan di dalam prosiding tersebut memohon kebenaran merayu dalam tempoh yang ditetapkan. 
 
PPMM juga mendesak sementara menunggu permohonan kebenaran merayu diputuskan Kerajaan Negeri Sembilan memohon penggantungan perintah yang dikeluarkan itu. PPMM juga menyeru Kerajaan Persekutuan yang merupakan "amicus curae" di dalam prosiding tersebut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan di dalam rayuan tersebut.

PPMM selanjutnya menyeru semua Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAINS) di seluruh Malaysia supaya memohon kebenaran mencelah di dalam prosiding rayuan kelak. 
 
Ini adalah disebabkan Majlis-Majlis Agama Islam adalah penasihat utama dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan/ Raja/ Yamtuan negeri masing-masing dan YDPA bagi negeri yang tidak mempunyai Raja. 
 
Keputusan ini juga memberi kesan kepada undang-undang yang sama yang ada di negeri-negeri lain. MAINS mempunyai kepentingan undang-undang yang jelas di dalam prosiding ini kerana ia juga akan memberi kesan kepada undang-undang di negeri berkenaan.

PPMM bersedia memberi taklimat, khidmat dan pandangan kepada MAINS khasnya dan semua Majlis Agama Islam amnya dalam perkara ini.

PPMM juga menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia supaya bertenang bagi membolehkan proses undang-undang berjalan sewajarnya.

Datuk Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia

Nik Nazmi – Dedahkan laporan audit Hari Belia - Khairil Ashraf

Posted: 12 Nov 2014 02:00 AM PST


Nik Nazmi Nik AhmadOleh kerana kos pelaksanaan acara-acara ini cukup tinggi, kerajaan mesti memberi justifikasi bagaimanakah ianya memberi manfaat dan memperkasa generasi muda di Malaysia.

PETALING JAYA : Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Nik Nazmi Nik Ahmad berkata laporan audit program tahunan Hari Belia seharusnya didedahkan kepada umum.

Beliau berkata, rakyat Malaysia khususnya golongan muda berhak mengetahui sekiranya ada masalah atau kelemahan cara wang pembayar cukai dibelanjakan dan apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk menanganinya agar kelemahan ini tidak berlaku agar setiap sen yang dibelanjakan dapat dihitung.

"Oleh kerana kos pelaksanaan acara-acara ini cukup tinggi, kerajaan mesti memberi justifikasi bagaimanakah ianya memberi manfaat dan memperkasa generasi muda di Malaysia," kata Nazmi dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, meskipun diakui hampir semua generasi muda sukakan acara hiburan, namun adalah lebih baik perbelanjaan besar digunakan untuk keutamaan lain yang lebih penting dan berbaloi seperti biasiswa pendidikan, pinjaman perniagaan untuk generasi muda dan kemudahan rumah mampu milik yang lebih dekat dengan keperluan generasi muda.

Beliau turut menyokong penuh gesaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar agar satu audit penuh sambutan tahunan Hari Belia didedahkan kepada umum oleh Ketua Audit Negara.

"Demi ketelusan dan pertanggungjawaban, dapatan penuh audit mesti didedahkan kepada umum," ujarnya yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor.

Fatwa mesti berdasarkan realiti, kata Dr Mahathir

Posted: 12 Nov 2014 01:23 AM PST

 
Former Umno president Tun Dr Mahathir Mohamad today reiterated his call for Selangor Umno to be dissolved and restructured, despite a rebuff from its current state chief Datuk Seri Noh Omar.
Dr Mahathir said when individuals have been around for a while and lost the trust of the rakyat, then it was time to step down and hand over the reins.

Malaysia's longest serving prime minister of 22 years said he was an example and stepped down and passed the baton.

"That is the way of a leader, wanting to be a lifetime leader would be a problem," Dr Mahathir said today at the Seri Pacific Hotel after officiating the 2014 Kuala Lumpur Summit.

Noh, the Selangor Umno liaison chief, hit back at Dr Mahathir last week, asking him to explain Umno's image as a corrupt party and when the public began associating it with graft.

‎"We're not saying that it began with him, (even though) he was the party president. But when did people begin to label Umno as a corrupt party. During whose era did this begin?" he asked after Dr Mahathir's blog post calling for the revamp of the Umno state unit.

On November 5, Dr Mahathir said in his blog chedet.cc that Umno‎ must shed its reputation of being a corrupt party and that its leaders had to lead a moderate lifestyle.‎

He also took aim at Selangor Umno leaders, saying they should resign and the party should restructure the entire Selangor chapter following disappointing results in the past two general elections.

But Noh demanded more specifics from Dr Maha‎thir and wanted to know to which leader in Selangor Umno he was referring.‎

"‎How can they step down? Everyone in Selangor Umno is a district chief, and they were elected by the party during the general assembly," said the Tanjong Karang MP.‎

‎"If he's referring to me, I have never lost. My majority is increasing. So who is he referring to specifically?‎"‎

‎Noh told The Malaysian Insider that while Selangor Umno welcomed any criticism from Dr Mahathir, the call for its leaders to step down was subjective.

Dr Mahathir had also accused Selangor Umno leaders of being more interested in strengthening their position instead of the party.‎

"Today, even if we wanted to choose a candidate for the position of state menteri besar, there are no suitable candidates," said Dr Mahathir.

"This would not be an issue if Selangor Umno was prepared to accept new members but it will not happen as Selangor Umno leaders are afraid of being challenged.‎

"They are afraid that the entry‎ of fresh members might cause them to lose their positions or not be nominated to stand as candidates in the general election."

‎But Noh denied this and claimed that the Selangor chapter was always open to new members.

"I want to tell him, be more specific. We in Selangor‎ are open to all. When did we ever stop anyone from joining?

"If he can be specific (and tell us) which Umno member was rejected, then we will know. As far as we know, we are open to everyone."

‎Dr Mahathir said Selangor Umno also needed to do a lot more to attract Malay youth to join the party, including getting closer to those who are anti-Umno.

His criticism came after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said how embarrassed, tired and humiliated he was that Barisan Nasional (BN) was the opposition in Selangor.
Najib told his party colleagues that they should work hard and make an effort to woo Selangor voters back to the party.‎

In the 13th general election last year, Selangor BN suffered its worst defeat, winning only five parliamentary seats – Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Tanjong Karang and Sungai Besar – and eight state seats – Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Semenyih, Dengkil, Jeram, Bukit Malawati, Sungai Burong and Permatang. – November 11, 2014.