Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Rakyat Naik Minyak Lagi Dengar Berita Ini

Posted: 11 Nov 2014 11:00 PM PST

 
MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri Melaka bercadang mengkaji semula elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), di Negeri Bersejarah tersebut.

Pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 semalam, Idris berkata kadar elaun ADUN Melaka ketika ini adalah Gred 44, yang dilihat tidak seimbang dengan tugasan dan bebanan sebagai seorang wakil rakyat.

"Ia baru cadangan dan saya lihat elaun wakil rakyat dalam sekitar RM4,800, iaitu lebih kurang Gred 44.

"Sedangkan mereka bekerja 24 jam tapi kadar elaun sikit.

"Kita tak mahu lihat apabila wakil rakyat pencen, mereka pula beratur ambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Saya yakin kajian kenaikan elaun wakil rakyat tidak akan mewujudkan perasaan marah di kalangan rakyat berikutan mereka amat memahami tugasan dan bebanan wakil rakyat yang berat," katanya.

Untuk rekod terdapat 28 ADUN di Melaka termasuk 22 ADUN Barisan Nasional, enam ADUN DAP dan satu ADUN PAS. ~free malaysia today

Kereta Terbakar Berlanggar Dengan Lori Tong Gas ?

Posted: 11 Nov 2014 10:00 PM PST







KUALA KANGSAR - Dua buah kereta terbakar selepas melanggar tong gas yang bertaburan di atas jalan di KM 257, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, pagi tadi. 
 
Kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu dipercayai berpunca daripada sebuah lori membawa muatan gas LPG yang terbabas di laluan bertentangan dan menyebabkan tong gas berterabur di atas jalan. 
 
 Insiden itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Shamsuddin Abdul Karim memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.22 pagi. 
 
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita melihat sebuah lori membawa gas LPG terbalik dan tong gas tercampak ke atas jalan. 
 
"Dua buah kereta juga sedang terbakar pada masa itu dan kita segera melakukan operasi pemadaman," katanya ketika dihubungi.


Sikap Keras Hanya Menjauhkan Lagi Undi Golongan Muda Daripada Kerajaan - oleh Shahbudin Husin,

Posted: 11 Nov 2014 09:24 PM PST

 
Berikutan tindakan pemimpin mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol menjemput Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyampaikan pidatonya di universiti itu beberapa minggu lalu yang kemudian menimbulkan kontroversi dan ketegangan, beliau kini menerima satu demi satu tekanan dalam hidup dan pembelajarannya.

Rakan-rakan yang sependirian dengannya juga turut menerima tindakan yang sama. Pidato Anwar yang menyebabkan berlakunya rempuhan pagar di UM nyata telah mengundang rasa kurang senang pentadbiran universiti itu.

Beberapa hari selepas pidato itu, beliau dan lapan lagi rakannya telah dihadapkan sehingga sembilan pertuduhan disiplin yang memungkinkan kesemuanya digantung atau dibuang daripada universiti. Kes itu masih menunggu perbicaraan.

Tindakan menggantung dan membuang mereka, sekiranya diputuskan nanti, tentunya merupakan sesuatu yang keras dan tidak seharusnya berlaku demi masa depan mereka kerana sebahagian besarnya sudah berada di tahun akhir pengajian.

Kenapakah pihak UM tidak boleh berlembut dan bertolak-ansur dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan, sebaliknya terus mengutus surat untuk mengambil tindakan disiplin?

Pihak UM tidak seharusnya mengabaikan fakta bahawa kumpulan pelajar ini juga kemudian menjalankan tanggungjawab murni dengan membawa nenek Wahida dari Kampung Cubadak ke universiti itu dan mengadakan kutipan derma membantu nasib malangnya?

Beberapa hari lalu pula, ketika Fahmi dan beberapa rakannya berada di UMS di Sabah, mereka sekali lagi ditahan ketika ingin memberikan ucapan bersama sekumpulan pelajar universiti itu. Pihak polis juga kemudian menjalankan pemeriksaan ujian air kencing terhadap mereka. Ini jelas keterlaluan dan seperti ingin mengugut mereka.

Terbaru ini dilaporkan pula Fahmi telah menerima surat tunjuk sebab daripada JPA yang memintanya memberi penjelasan kerana menganjurkan pidato Anwar Ibrahim itu.

Risiko yang sedang menantinya bukan saja biasiswanya bakal ditarik balik tetapi juga berdepan tuntutan gantirugi.

Atas semua tindakan yang dilakukan oleh pihak universiti dan kerajaan terhadap Fahmi dan rakan-rakannya, tidak dinafikan ianya terlalu keras dah seolah-olah menunjukkan sikap ingin bermusuhan secara berterusan dengan mereka.

Kerajaan dan universiti seharusnya memahami bahawa mereka ini adalah golongan muda yang tengah semarak jiwa merdeka dan idealismenya. Meneruskan tindakan keras akan menyebabkan tindakbalas yang keras dan berpanjangan juga, bukan saja daripada mereka yang terlibat tetapi juga daripada majoriti kelompok orang muda lainnya.

Kerajaan akan dianggap tidak mahu memahami jiwa muda mereka. Kesilapan mereka ini seharusnya diperbetulkan dengan pendekatan lemah-lembut dan memujuk, bukannya dibalas dengan kekerasan.

Sebagaimana beberapa mahasiswa yang diambil tindakan keras sebelum ini seperti Safwan Anang dan Adam Adli yang akhirnya menyebabkan mereka menjadi ikon golongan muda, kerajaan sebaliknya tidak mendapat untung apa-apa dengan menghukum dan menjauhi kedua-dua pelajar itu.

Adalah lebih bijaksana dan berhemah kiranya dalam isu Fahmi dan rakan-rakannya ini, pihak universiti dan kerajaan mengadakan pertemuan dan berbincang dengan mereka secara baik demi keuntungan kedua-dua belah pihak. Mereka harus didekatkan dengan kerajaan melalui cara yang baik. Setelah ketiadaan ikon anak muda yang pro kerajaan, menambah seorang lagi idola yang bersikap sebaliknya bukanlah berita yang menggembirakan untuk mempertahankan Putrajaya.

Masa depan mereka sebagai bakal pewaris kepimpinan dan tulang belakang negara seharusnya lebih dihargainya, lebih-lebih lagi sebahagiannya sudah berada di tahun akhir pengajian. Dengan mengadakan pertemuan, perbincangan dan saling tolak ansur juga dapat menunjukkan kerajaan benar-benar menghargai tenaga dan peranan golongan muda ini sebagaimana yang kerap dilaung-laungkan selama ini.

Dalam hal ini, kerajaan seharusnya berperanan sebagai bapa yang boleh berbincang dan mendengar masalah anak-anak dan bukannya hanya tahu memegang rotan untuk menghukum.

Sebaliknya, sikap keras, berunsur dendam dan cuba menunjuk kuasa akan menjauhkan lagi golongan ini dengan kerajaan. Apakah kerajaan sudah lupa bahawa bukan saja golongan muda menjadi penentu dalam pilihanraya akan datang, bahkan pengundi baru yang pertama kali mengundi saja jumlahnya seramai kira-kira 5 juta orang? (SH 11/11/2014)

VIDEO - Siapa dilupus hutang RM400 juta,- MP PKR Pandan Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

Posted: 11 Nov 2014 08:00 AM PST


Balu Ahmad Sarbaini fail saman RM8 juta terhadap SPRM - KELAB GREENBOC

Posted: 11 Nov 2014 07:30 AM PST

 
KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, tiga tahun lepas, hari ini memfailkan tuntutan saman RM8 juta terhadap SPRM, kerajaan dan tujuh defendan lain.

Isterinya Masiah@Maziah Manap (gambar), 53, dan anaknya Shahril Ahmad Sarbani, 30, sebagai plaintif pertama dan kedua, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Shasha Lyna.

Selain SPRM dan kerajaan, beliau turut menamakan Ketua Pesuruhjaya, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan diri yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya.

Beliau juga mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati yang menyebabkan kematiannya.

Sehubungan itu, plaintif antaranya menuntut ganti rugi untuk 'misfeasance of public office', ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan ganti rugi 'vindicatory' yang kesemuanya berjumlah RM8 juta.

Plaintif juga menuntut ganti rugi khas serta faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.

Pada 26 Sept 2011, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. -BERNAMA/astroawani

Balu Sarbaini: Sampai hari ini SPRM tak minta maaf

Masiah @ Maziah Manap, balu kepada penolong pengarah kastam Sarbaini Mohamed, berkata sejak April 2011, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil memohon maaf ekoran kematian suaminya di pejabat suruhanjaya itu.

Memberikan testimoni di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Maziah berkata, beliau memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan untuk suami, diri sendiri dan keluarganya.

Katanya, beliau ingin tahu bagaimana suaminya, yang sihat ketika keluar rumah pada 6 April 2011, pulang ke pangkuan mereka dengan tidak bernyawa.

Justeru, kata Masiah, SPRM harus bertanggungjawab terhadap kematian allahyarham di bangunan mereka.

Dalam tangisan di kandang saksi, beliau menyatakan rasa kecewanya kerana sejak insiden itu berlaku, tiada pegawai SPRM yang datang kepada mereka untuk meminta maaf.

Beliau berkata, suaminya seorang yang takutkan tuhan dan sering ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Allahyarham juga sepatutnya mengerjakan haji pada tahun itu.

Justeru, kata Masiah, suaminya tidak akan menerima sebarang pemberian atau terlibat dalam kegiatan rasuah.

Sarbaini ditemui mati selepas pergi ke SPRM Kuala Lumpur untuk membantu siasatan yang dibuat terhadap Jabatan Kastam.
-mk


Haji Hadi akui kurang sihat, perlu banyak rehat

Posted: 11 Nov 2014 06:45 AM PST

Pengakuan Terbaru Dari Presiden PAS

  Kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak begitu baik sejak kebelakangan ini
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya memecah kesunyian setelah sekian lama membisu sejak berakhirnya kemelut menteri besar Selangor hujung September lepas.

Beliau memberitahu Harakahdaily semalam, keadaan kesihatannya tidak berapa baik kebelakangan ini, memaksanya menolak untuk memenuhi jemputan ceramah yang diterima.

Hadi dilaporkan akhir-akhir ini kerap tidak hadir mesyuarat dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), juga mesyuarat partinya sendiri, sejak krisis menteri besar Selangor berakhir.

"Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar," katanya ketika ditemui di Parlimen selepas membahaskan Bajet 2015 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Menurut portal berita itu, tubuh ahli Parlimen Marang itu kelihatan sedikit susut berbanding biasa, malah ketika berbahas sebelumnya, suaranya sering tersekat-sekat dan hanya berbahas tidak lebih 10 minit.

Katanya kepada lidah rasmi parti itu, beliau tidak sekerap dahulu aktif memenuhi undangan ceramah yang biasa diadakan pada waktu malam.

"Malam ini pun tak ada program, saya perlu berehat," beliau dipetik berkata.

Pada Mei lalu, Hadi dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki setelah mengalami sesak nafas ketika dalam rangka program di negara itu.

Beliau kemudian terpaksa berehat hampir sebulan di sana ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan beliau aktif seperti biasa.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Hadi sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam PR dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya terus memimpin parti Islam itu.

Sumber berkata, jika Hadi setuju berundur, PAS boleh memperbaiki hubungannya bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin beliau.

Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.

Beliau juga tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

Ketidakhadiran Hadi dan keputusan yang dikeluarkannya seringkali bercanggah dengan PR menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen.

Sumber berkata, jika Hadi berjaya dipujuk untuk berundur, beliau boleh mengambil alih jawatan Mursyidul Am PAS yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang Hadi bercadang membawa PAS keluar PR, dan katanya beliau sering berhubung dengan Hadi.

"Saya tidak rasa begitu, tidak elok mengatakan demikian. Saya ada berkomunikasi dengan beliau. Ia bukanlah satu masalah," kata ketua umum PKR itu. 



Greenblacks

[VIDEO] Ketirisan Paling Buruk & Teruk Berlaku Zaman Najib

Posted: 11 Nov 2014 06:00 AM PST



SPAC terkejut masih banyak ketirisan

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara ( PAC ) terkejut apabila lebih banyak ketirisan berlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri ke-3 2013 yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya sedikit kecewa apabila masih ada kementerian dan agensi kerajaan yang tidak ada rasa takut diaudit.

Menurutnya, selepas setahun PAC menjalankan prosiding bersama kementerian dan agensi kerajaan yang bermasalah pihaknya berharap isu berbangkit berkurangan tetapi sebaliknya berlaku.

"Kita harap berkurangan (masalah) tetapi tidak. Maknanya PAC perlu kerja lebih keras.

"Selepas kita kerja kuat kita ingatkan budaya takut diaudit makin menyeluruh dalam kementerian.

Kita terperanjat dengan laporan (audit) kali ini berbanding siri satu dan dua apabila jumlah kementerian dan jabatan yang perlu dipanggil semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas mendengar pembentangan Laporan Ketua Audit Negara semalam.

Berdasarkan pembentangan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara, PAC telah menyenaraikan 13 buah kementerian dan satu agensi kerajaan untuk dipanggil dalam prosiding akan datang.

"Kita dapati ada perkara-perkara yang perlukan penjelasan daripada kementerian dan agensi ini.

"Walaupun ada kes kecil dan tidak libatkan kos yang besar kita lihat ianya serius sehinggakan rakyat sendiri tidak tahu apakah bentuk program itu," katanya.

Menurut Nur Jazlan pihaknya akan mula memanggil kementerian terlibat bermula Januari 2015 dan dijangka berakhir pada Mac 2015 sebelum sidang Parlimen akan datang.


Pakatan desak Najib lepas jawatan menteri kewangan

Ahli Parlimen Kluang (DAP) Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar menggesa Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan kerana tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

Liew berkata, Malaysia memerlukan seorang menteri kewangan "sepenuh masa" yang dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk berdepan dengan cabaran ekonomi yang semakin mencabar dan pengurusan kewangan tidak terkawal.

Beliau berkata, sebagai menteri kewangan, Najib gagal menjalankan peranannya memperkukuhkan ekonomi negara kerana terlalu banyak kerja dan tidak dapat memberikan tumpuan.

"Sebab kerana cabaran ekonomi yang begitu teruk sekarang dan keadaan kewangan tidak terkawal menyebabkan negara memerlukan seorang menteri kewangan sepenuh masa dan bukan dijawat perdana menteri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, apa yang berlaku sekarang ialah terdapat pertindihan tugas dan peranan Najib sebagai menteri kewangan dan perdana menteri.

Mahfuz juga mempersoalkan kemampuan dan keupayaan Najib menjawat jawatan menteri kewangan kerana terdapatnya beberapa isu yang gagal ditangani dengan baik termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). -TMI



Kelab Greenboc

KJ - Bintang Yang Sedang Disembelih.....??

Posted: 11 Nov 2014 05:15 AM PST


  

 Tulisan Umum
   
KJ - Bintang Yang Sedang Disembelih

Ramai melihat sinar politik KJ akan malap sebaik sahaja Pak Lah digulingkan. Namun, politikus muda ini tidak pernah gentar atau mengalah. 

Walaupun tanpa sebarang jawatan Kabinet, politikus muda ini tetap meneruskan kerja beliau sebagai seorang Ketua Pemuda. Tidak membuang masa untuk mengejar jawatan Kabinet seperti sesetengah politikus lain. 

Akhirnya, ketenangan dan kesabaran itu berbaloi, KJ menjadi Menteri Belia dan Sukan paling muda yang pernah dilantik ke jawatan tersebut.

Jika kita membaca tulisan-tulisan pojok dalam beberapa blog pro-UMNO, kita akan dapat melihat ramai yang mempertikaikan perlantikan KJ sebagai Menteri Belia dan Sukan. Sangat berkuasa kata mereka. 

Bukanlah tradisi UMNO, seorang Menteri Belia dan Sukan ini adalah juga merupakan seorang Ketua Pemuda. Walhal, bukanlah satu rahsia bahawa Menteri Belia dan Sukan ini adalah portfolio yang paling "Junior" sekali dalam Kabinet. 

Jadi, mengapa agaknya kader-kader maya pro-UMNO ini begitu bimbang sekali dengan perlantikan KJ ini?

Politikus muda lulusan University of Oxford dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi ini merupakan seorang politikus muda yang bijak membaca sifir politik. Khairy terjun ke dalam dunia politik UMNO ketika masyarakat umum sedang melihat UMNO ini bukanlah mempunyai daya penarik. 

Ramai generasi muda ketika itu sama ada sibuk mencari keuntungan material ataupun yang cenderung kepada politik pula akan memilih untuk bersama dengan idea-idea dan aliran politik anti-establishment seperti Reformasi. Tetapi KJ memilih untuk bersama UMNO. 

Dan ternyata keputusan KJ itu tidak pernah tersilap. Itu adalah kelebihan yang ada pada beliau, bijak membuat perhitungan politik. Memasuki UMNO dalam keadaan parti itu sedang berada di dalam keadaan yang hiruk-pikuk, dengan pelbagai bakat dan kebijakan yang ada pada dirinya telah meletakkan KJ sebagai politikus muda yang paling terkedepan dalam UMNO. 

Malah, jika kita membandingkan antara KJ dan Naib-Naib Presiden UMNO yang lain ketika ini pun kita akan dapat melihat KJ lebih menonjol. Bukan sahaja di dalam partinya sendiri tetapi juga di khalayak umum. Keputusan pada ketika itu telah memberikan manfaat besar kepada masa depan politiknya.

KJ tampil mengisi ruang kekosongan itu di dalam UMNO dan politik tanahair. KJ tidak membawa cogankata tetapi beliau membawa sikap dan idea yang agresif, progressif dan pragmatic. KJ pantas membentuk dirinya sebagai seorang politikus muda yang mempunyai asset yang lengkap. 

Mesra media sosial, petah berbicara, kefahaman politik yang mengkagumkan dan idea-idea segar serta menjadi "media darling" seterusnya menenggelamkan tokoh politikus muda Pembangkang seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua.

Tidak siapa dapat menafikan KJ adalah merupakan Ketua Pemuda yang terhebat ketika ini di antara semua Ketua Pemuda parti-parti politik. 

Dengan kedudukan sebagai Menteri Belia dan Sukan, KJ sedang memanfaatkan peluang ini dengan melakukan "engagement" dengan kelompok muda yang berminat dengan isu semasa dan politik Negara.

KJ berani tampil dengan komentar terhadap pelbagai isu yang kritikal dan sensitif. Pandangan dan komentarnya pula sentiasa segar. 

Tidak begitu jumud atau longlai sekalipun berhadapan dengan asakan aliran pemikiran ortodoks sama ada di dalam partinya mahupun kepada kumpulan yang rapat dengan UMNO. 

Sentiasa KJ cekap untuk memastikan lontaran idea beliau senada dengan aspirasi jutaan rakyat Malaysia terutama kelompok muda. 

Sesekali beliau tampil dengan sudut pandang yang berbeda daripada tuan politiknya - Perdana Menteri. Inilah yang membezakan KJ dengan mereka yang lain.

KJ juga begitu pintar apabila menghantar anaknya untuk menempuhi alam persekolahan di sekolah kebangsaan seperti anak-anak Malaysia yang lainnya. Mungkin perkara ini adalah normal bagi kita, orang kebanyakan. 

Tetapi bagi pembesar-pembesar negara, ramai yang secara diam-diam menghantar anak mereka bersekolah di sekolah swasta dan sekolah antarabangsa tetapi tidak KJ. Ini juga merupakan satu "mileage politic" yang baik untuknya.


UMNO tidak perlu takut untuk melakukan pembaharuan. KJ sedang merintis jalan baharu buat UMNO. KJ sangat memahami sifir politik tanahair telah jauh berubah pasca tsunami politik 2008. Wajah politik Negara telah pun berubah dengan begitu drastic. 

Jika beliau memilih untuk berada di dalam kelompok moderat, itu adalah satu strategi taktikal untuk memastikan beliau akan terus kekal relevan malah juga akan membawa UMNO kekal relevan kepada politik Malaysia. 

Malah, KJ juga amat tepat apabila mengatakan kelompok muda Negara hari ini tidak peduli dengan parti politik dan cerita sarkasnya. 

Tetapi, kelompok muda lebih memikirkan soal bagaimana parti-parti politik mampu menyelesaikan permasalahan mereka.

PM telah meletakkan KJ sebagai seorang bintang masa depan untuk membawa idea kesederhanaan. Ya, KJ memang satu aparat lengkap yang akan memberikan manfaat kepada masa depan politik Perdana Menteri itu sendiri. 

Mana ada lagi sosok dalam UMNO yang berani untuk berbalah dengan kumpulan ekstremis sama ada yang berhaluan kanan ataupun kiri.

Ada juga yang akan melihat usaha KJ sekarang ini adalah satu sandiwara politik untuk mengejar kerusi Perdana Menteri. 

Ia mungkin benar, tetapi keputusan KJ untuk mengamalkan politik sederhana dan progresif ini adalah merupakan satu keputusan tepat dan radikal, meninggalkan politik retorik dan kontemporari dalam UMNO zaman berzaman. 

KJ akan terus dikritik oleh mereka-mereka yang merasa tercabar dengan pembaharuan yang sedang dibawanya.

Ketika ini nampaknya KJ sedang bergelut dengan kader-kader upahan beberapa kelompok di dalam UMNO yang sedang galak mewajahkan KJ sebagai parasit yang bakal membawa bencana kepada parti mereka. 

Usaha terancang untuk menyembelih KJ bermula dengan kegagalan mencapai sasaran emas di dua temasya sukan bertaraf antarabangsa. 

Melarat hingga kepada isu keadaan padang di Stadium Nasional dan juga isu doping atlit negara. Jika diperhalusi kita akan dapat melihat bagaimana kader-kader ini mula menggerakkan propaganda dengan membandingkan KJ dengan mantan Menteri Belia dan Sukan. 

KJ dikatakan individu pintar tetapi tidak mampu menguruskan KBS sedangkan di zaman Mantan menteri yang tidak sebijak KJ pun negara tidak gagal dalam mencapai sasaran emas. 

Mengapa kita perlu mengorbankan KJ? Untuk memenuhi hasad segelintir pemimpin termasuk pemimpin yang sudah lama bersara itu. Adakah pemimpin pencen itu takut cengkamannya terhadap UMNO menjadi longgar? 

Atau pemimpin pencen ini sebenarnya bukan memikirkan masa depan negara tetapi sebenarnya sibuk mencatur masa depan legasi politiknya sendiri. 

Jika kita ingin mengatakan KJ sebagai sosok yang terlibat dengan amalan politik songsang semasa pemerintahan Pak Lah dulu, saya mempunyai persoalan, berapa ramaikah politikus dalam Negara ini yang tidak mengamalkan permainan politik kotor. 

Sama ada parti komponen Barisan Nasional mahupun komponen Pembangkang. 

Selagi mana ia adalah pertembungan kuasa, pasti ada individu yang akan mengamalkan permainan kotor.

Untuk mewajahkan semula politik Malaysia adalah satu cabaran yang getir. Suara yang mempunyai tapak sokongan yang sedikit menonjol adalah mereka-mereka yang begitu ekstrim dengan idea politik konservatif dan kuno. 

Kerana ramai politikus moderat yang memilih untuk tidak mencabar aliran ortodoks ini asalkan Negara ini masih dapat berjalan dengan baik ekoran bimbang akan merencatkan karier politik peribadi. 

Malaysia telah kehilangan seorang tokoh politik progresif yang segar iaitu Datuk Saifuddin Abdullah. UMNO telah mengorbankannya kerana fikrah moderat yang diwakilinya. Adalah malang bagi UMNO dan Negara ini sekiranya seorang lagi politikus moderat muda seperti KJ ini juga dicantas. 

Negara ini sedang menuju kepada wajah politik baru, politik sederhana-politik idea. KJ, Datuk Saifuddin Abdullah, Nurul Izzah Anwar, Mujahid Yusuf Rawa dan Liew Chin Tong adalah merupakan sosok pemimpin moderat yang perlu sentiasa wujud dalam iklim politik tanahair.

KJ tidak perlu takut dengan kelompok-kelompok "haters". Munculnya pelbagai kritikan dan asakan untuk menjatuhkan KJ bererti KJ sedang berada di landasan tepat dengan pegangan idea politik matang yang mencabar idea kontemporari selama ini. 

Kita tidak mungkin dapat menutup mulut-mulut tempayan berpuaka ini. Hakikatnya, mereka inilah yang takut untuk berubah kerana sudah begitu selesa dengan amalan politik fraksi kuno dan juga mereka ini tidak mempunyai denyut nadi seorang rakyat biasa. 

Saya tetap merasakan KJ akan bergelar Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dalam beberapa dekad yang akan datang sekiranya Malaysia masih diperintah oleh UMNO. T

eruslah bekerja dengan pramatik, progresif dan moderat. Kekalkan gaya stylista seorang politikus moderat muda. Kepada haters sekalian - Ini KHAIRY lah!!!


Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)




edyesdotcom

Rafizi Dedah Bukti Menteri Bohong

Posted: 11 Nov 2014 04:30 AM PST

 

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mendedahkan perjanjian hutang 1Malaysia Development (1MDB) di Parlimen Isnin ini bagi membuktikan Menteri sebenarnya berbohong.

Beliau merujuk penafian Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.

RAFIZI_HQ"Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan.

"Hakikatnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan bahawa hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin oleh rakyat," kata Rafizi dalam kenyataan.

Semalam, Ahmad Maslan ketika mengulas mengenai kedudukan kewangan 1MDB menyatakan, dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia.

"(Itupun) setelah didesak oleh rakyat. Semasa saya mula-mula membawa isu dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman ini iaitu dalam April 2013, pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti bahawa kebimbangan saya itu bertempat.

"Oleh itu, mulai minggu depan, saya dan pasukan dari National Oversight & Whistleblowers (NOW) akan dedahkan individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga menyimpan dana rakyat secara penuh rahsia di Pulau Cayman itu.
 
 
"Ini penting supaya menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu mula dibawa kembali ke Malaysia. Individu yang terbabit di dalam keputusan tersebut perlu menerima pertanggungjawaban dari keputusan yang salah itu," tegas Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Oleh itu, beliau memberi Ahmad Maslan sehingga Ahad ini untuk memperbetulkan kenyataannya, jika tidak, beliau tidak akan teragak-agak membawa usul tergempar merujuk beliau kepada Jawatankuasa Khas Parlimen kerana berbohong kepada Parlimen. ~keadilandaily

VIDEO - MP PAS Kuala Terengganu Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

Posted: 11 Nov 2014 03:45 AM PST


Sekali lagi Tun Mahathir sound Najib pasal UMNO Selangor dan 1MDB..

Posted: 11 Nov 2014 03:00 AM PST

 
Nampak macam tak lama dah Najib nak kekal sebagai Perdana Menteri ni.. ini adalah kali kedua Najib diserang oleh Tun Mahathir dan merupakan salah satu dari dua isu yang digunakan Mahathir untuk menyerang Najib.

Pada awal serangan, Tun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkannya itu dalam posting di Blognya, beliau hanya menyebut Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13.

Tetapi kerana dipercayai Najib gagal memahami apa dan siapa yang dimaksudkan oleh Tun itu.. sekali lagi Tun menghentam Najib, kali ini disebutnya nama dengan jelas..

Apa yang perlu kita tahu kekalahan UMNO/BN dalam pilihanraya lalu juga sebenarnya adalah tanda penolakan terhadap Najib sendiri. Ini kerana dalam pilihanraya umum lalu, Najib adalah Pengerusi UMNO Selangor dan beliau sendiri menghabiskan banyak masa mahu menawan kembali negeri itu.

Berbanding pilihanraya 2008 di mana BN Selangor menang sebanyak 20 kerusi, tetapi dalam pilihanraya 2013 lalu kemenangan BN hanya tinggal 12 kerusi saja lagi.

Jika ditolak dua kerusi lagi iaitu Kota Damansara dan Semenyih yang dimenangi BN kerana pertindihan calon PR, hakikatnya jumlah sebenar kemenangan BN hanyalah 10 kerusi saja.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memberi pilihan kepada, penggantinya, Datuk Seri Najib Razak sama ada mahu bertanggungjawab ke atas kegagalan Umno merampas semula negeri Selangor.
"Itu terpulang pada Najib," katanya ringkas ketika ditanya sekiranya bekas pengerusi perhubungan Umno Selangor itu perlu memikul tanggungjawab tersebut.

Katanya lagi, pemimpin Umno Selangor yang lain juga perlu berundur kerana gagal membentuk kerajaan di tersebut, dua kali berturut-turut sejak pilihan raya umum 2008.

"Saya percaya bila kita dah lama dan tak berjaya, bagilah pada orang lain. Saya sendiri berhenti dan bagi tempat pada orang lain. Jadi, kalau kita tak boleh nak jayakan usaha kita, kita serah pada orang lain dan kita sokong orang lain.

"Itulah cara-cara kita nak jadi pemimpin. Kalau pemimpin nak sampai seumur hidup, payahlah," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 hari ini lapor Malaysiakini

Itu adalah isu pertama manakala isu kedua yang digunakan oleh Tun ialah projek kebanggaan Najib dan Rosmah iaitu 1MDB..

"1MDB ini dikatakan sebagai kekayaan negara tapi bukan kekayaan negara. Duit ini kita pinjam. Bila kita pinjam duit ini, kita kena bayar balik. Bermakna itu bukan kekayaan.
"Kalau rugi, lagi banyak masalah dan kos. Kita nampak rugi itu kerana kos itu kekal tinggi.

"Saya fikir itu (1MDB) tak ada pun tak apa," katanya lagi, mengulas mengenai projek yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu lapor Malaysiakini

Berapa lama lagi Najib mampu bertahan agaknya?

Tapi... yang aku hairannya.. masih ramai macai-macai yang menyokong Najib membabi buta, sedangkan dalam beberapa hal telah terbukti Tun lebih bijak dari Najib terutamanya hal ekonomi..

Mungkin sebab terhutang budi pasal dapat BR1M kot?.. kalau itulah sebabnya.. murah betul harga diri mereka.. 



Anak Sungai Derhaka

Sertai lah kami menentang pemansohan AKTA HASUTAN 1948..

Posted: 11 Nov 2014 02:15 AM PST

𾍒'JOM WANITA KITA SERTAI SEJUTA TANDATANGAN BAGI MEMBANTAH MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948' 𾭞𾭞 PERTAHANKAN ABATA...hapus petualang2 dan penderhaka2 NEGARA... DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.. Sertai lah kami menentang pemansohan AKTA HASUTAN 1948..
 JOM WANITA KITA SERTAI SEJUTA TANDATANGAN BAGI MEMBANTAH MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948' PERTAHANKAN ABATA..

.hapus petualang2 dan penderhaka2 NEGARA...

                       DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA..
 
 

Ciri Orang Yang Sedang Berbohong...!!! Kita Bantai

Posted: 11 Nov 2014 01:30 AM PST

 

Ciri Orang Yang Sedang Berbohong

Ciri Orang Yang Sedang Berbohong - jika seseorang melakukan kesalahan sebagian besar

pasti akan berbohong demi menutupi kesalanya tersebut.

ada juga orang yang berbohong demi sebuah keuntungan , misalnya membohongi pacar

dengan alasan - alasan yang tidak jelas demi jalan dengan selingkuhanya.

Berikut ciri - ciri orang yang sedang berbohong yang di kutip

1. Perubahan suara dan Menjawab terlalu berhati-hati
Ciri-ciri pembohong bisa di dengar dari nada bicaranya, jika sedang meninggi, artinya sebuah dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan jeda antar kalimat berlangsung lama. Itu sudah pasti deh pembohong
Hal-hal diatas selain karena tegang mereka juga mengulur-ngulur waktu untuk menyusun jawaban yang rasional. Sehingga selalu menjawab pertanyaan dengan berhati-hati.

2. Gerakan Kaki
Saat seseorang yang sedang berdiri, lihatlah saat kaki mereka mulai mengetuk ke tanah. Sudah pasti mereka sedang menjadi pembohong. Dan Juga saat pembohong sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.

3. Menyentuh wajah
Hal yang paling umum saat seseorang berbohong adalah dengan menyentuh wajah mereka. Terutama dua bagian yaitu mata dan hidung.

Saat seseorang berbicara dengan menggosok-gosok matanya. Percayalah dia ingin menghindari kontak mata dengan kamu. Dan 100% yakinlah bahwa dia sedang berbohong. Kecuali jika memang ruangan penuh debu, bisa jadi mata orang itu memang kemasukan debu.

4. Senyum Terpaksa
Andaikata teman kamu menyeringai maka itu adalah senyum palsu dan menunjukkan sebuah kebohongan. Karena senyum yang sebenarnya saat sebuah senyum merebak ke seluruh wajah dan mengeriputkan mata.

Biasanya hal-hal diatas digunakan oleh pengetes wawancara kerja apakah pelamar pekerjaan sedang berbohong ataukah sedang jujur. Atau kamu dapat menggunakannya untuk membongkar cara menipu paranormal gadungan.

5. Menggaruk-Garuk
Cara paling gampang mendeteksi kebohongan adalah melalui gerakan tangan. Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan saat mereka melakukan aksinya. Tapi ada satu yang sering mereka lakukan yaitu menggaruk.

~ 14 Tanda Orang Berbohong

1.Tidak mampu bertentang mata
Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah dengan melihat wajah mereka.Terutama di mata.Biasanya orang yang sedang berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda.Mereka juga semakin sering mengerdipkan mata.Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu,tegang dan berbohong,kadar stres yang meningkat akan menyebabkan mereka lebih banyak mengerdipkan mata.

2.Perubahan suara
Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada bicaranya,jika sedang meninggi,ertinya sebuah dusta sedang diceritakan.Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang lama.

3.Menggaru-garukan bahagian tertentu
Cara paling mudah mengesan pembohongan adalah melalui gerakan tangan.Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan.Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu menggaru dibahagian tertentu.Biasanya tidak kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya.

4.Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong,tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar.Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio.Jadi,apabila mereka bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal,sebenarnya ada sesuatu yang cuba diselindungkan.

5.Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya.Berfikir terlalu lama,berdehem,batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

6.Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi.Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih,pilu,marah dan sebagainya,kemungkinan besar orang tersebut berbohong.Jadi,jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya,maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

7.Gerakan Kaki
Ketika pembohong sedang berdiri,kaki mereka mula mengetuk ke tanah.Semasa pembohong sedang duduk,maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.

8.Guna kata-kata sukar
Kajian menunjukkan orang yang berbohong menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-kata mereka.Para pembohong biasanya menggunakan kata-kata yang sukar difahami.Mereka jarang menggunakan kata ganti orang pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga.

9.Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya.Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan,ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

10.Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong.Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong.Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta,tangan cuba menghalangnya.

11.Muka kelihatan bingung.
Si pembohong akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama.Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.

12.Menggelabah jawab pertanyaan spontan
Seseorang yang senang berbohong,kerap kali sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang akan dibohongi agar semuanya berjalan sempurna.Untuk mengetahuinya,cuba anda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan.Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan seperti ini.

13.Cerita Panjang Lebar
Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal.Mereka juga kerap memanjangkan cerita yang ringkas.Mereka yakin bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang yang disampaikannya.Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk disampaikan.

14.Enggan Duduk Berdekatan
Keengganan seseorang duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya sedang berbohong.Akibat rasa bersalah,pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan orang dibohongi.

Kesimpulannya,sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong,kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti.Bahasa badan sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak.Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya 100%.Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-dalamnya kemudian buatlah keputusan yang terbaik sama ada mahu percaya atau tidak.

Cara melihat orang berbohong -Bohong, Siapa sih orang didunia ini yang mau untuk dibohongi? Tentunya tidak ada. Untuk mengecek seseorang itu bohong atau tidak perlu alat canggih keluaran dari profesor ternama didunia untuk mendeteksinya. Ada cara-cara alami untuk mengetahui ketika orang itu sedang berbohong atau tidak kepada kita.

Cara yang sangat simple ini terkadang tidak diketahui oleh orang yang sedang di bohongi. Apa saja si cara melihat orang berbohong itu :

1. Mata
Mata adalah jendela hati maka ketika orang itu berbohong langsung tertangkap jelas oleh matanya. Karena pada saat iya berbohong matanya tidak akan berada disatu titik fokus, tetapi akan menggerakakn kekanan dan kekiri seolah-olah sedang mencari atau mengingat hal yang ditanyakan. Tapi jika ia melihat ke atas lalu ke kiri, ia sedang mengarang jawaban yang pas.

2. Alergi
Jika iya sedang berbohong maka iya akan memainkan hidung atau telinga karena aliran darah kewajah akan lebih banyak yang akan menyebabkan hidung dan telinga kita hangat dan gatal seperti sedang alergi

3. Geser ke kiri, geser ke kanan
Kegugupan dari kebohongannya itu membuat mereka menggeserkan kursi mereka kekanan atau kekiri, dan sesekali mengetukan jemarinya ke meja.

4. Tutup mulut

Saat seseorang sedang berusaha menghalau kebenaran keluar dari mulut, secara tak sadar ia akan menghalangi mulutnya dengan tangan. Selain itu, si dia mungkin akan menjilat bibirnya sendiri dan berusaha mengalihkan pandangan dari Anda, ke bawah dan ke kanan.

Buat kalian yang sering berbohong, mulai kali ini harus berhati-hati yah. Dan harus menciptakan gerak gerik yang berbeda agar kebohongan kalian tak mudah diketahui. Selamat mencoba kepasangan kamu atau orang disekitar kamu. 

(Cara melihat orang berbohong)

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:

Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian editor kami, Kita Bantai Dot Info.



kitabantai.info.

VIDEO - Ketua Pembangkang Bahas Peruntukan Bajet Kem. Kewangan 2015

Posted: 11 Nov 2014 12:45 AM PST


RM138.5 Juta hilang dari DBKL.. Siapakah syaitan yang dikenali itu? Written By canang

Posted: 11 Nov 2014 12:00 AM PST

 
RM138.5 Juta hilang dari DBKL..   Siapakah syaitan yang dikenali itu?  Written By canang   Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis hari ini susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai ketirisan yang berlaku dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).   Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sentul, Lim mendakwa wujud unsur jenayah pecah amanah dan penipuan yang menyebabkan DBKL kehilangan RM138.5 juta dalam tempoh 10 tahun.   "Saya minta polis menyiasat skandal DBKL itu di bawah Seksyen 409 (pecah amanah oleh penjawat awam) dan Seksyen 420 (penipuan) Kanun Keseksaan atau akta-akta jenayah yang lain," kata Lim dalam laporan polis yang dibuatnya pagi ini.   Lim juga menggesa supaya pihak polis menyerahkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya.   "Selepas siasatan tersebut dibuat, saya berharap pihak polis akan menyerahkan laporan itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya selepas selesai membuat laporan polis.   Lim menyifatkan jumlah kerugian besar tersebut tidak munasabah, serta mendesak Datuk Bandar terdahulu hingga sekarang menjelaskan isu kerugian tersebut.   "Saya menggesa Datuk Bandar sejak 2004 hingga yang sekarang ini menjelaskan isu kehilangan ini," katanya. Sejak 2004, seramai lima datuk bandar sudah bertukar, Datuk Ruslin Hasan (2004), )Datuk Abdul Hakim Borhan (2006), Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (2008) dan terkini Tan Sri Ahmad Phesal. Bagaimanapun, Lim melahirkan kekecewaan terhadap layanan pihak polis serta bagaimana tiada pegawai penyiasat ingin mengambil laporan beliau.   "Tiada pegawai penyiasat yang mahu mengambil laporan saya, mereka (polis) tanya saya siapa suspek kes tersebut. "Saya ke sini untuk buat laporan polis, pegawai penyiasat yang sepatutnya mencari suspek tersebut, bukan saya," kata beliau.   PAC pada hujung bulan Oktober lalu mendedahkan, DBKL tidak mempunyai unit audit dalamannya sendiri sejak awal penubuhan entiti itu.   Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia menyumbang kepada kelemahan dalam pengurusan dan kutipan hasil, menyebabkan DBKL kehilangan nilai kutipan kira-kira RM128 juta dalam tempoh 10 tahun.   Lim juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Wilayah Datuk Tengku Adnan bin Tengku Mansor, serta menggesa beliau mengambil serius dalam isu kerugian dialami DBKL tersebut lapor The Malaysian Insider

Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis hari ini susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai ketirisan yang berlaku dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sentul, Lim mendakwa wujud unsur jenayah pecah amanah dan penipuan yang menyebabkan DBKL kehilangan RM138.5 juta dalam tempoh 10 tahun. 

"Saya minta polis menyiasat skandal DBKL itu di bawah Seksyen 409 (pecah amanah oleh penjawat awam) dan Seksyen 420 (penipuan) Kanun Keseksaan atau akta-akta jenayah yang lain," kata Lim dalam laporan polis yang dibuatnya pagi ini. 

Lim juga menggesa supaya pihak polis menyerahkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya. 

"Selepas siasatan tersebut dibuat, saya berharap pihak polis akan menyerahkan laporan itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya selepas selesai membuat laporan polis. 

Lim menyifatkan jumlah kerugian besar tersebut tidak munasabah, serta mendesak Datuk Bandar terdahulu hingga sekarang menjelaskan isu kerugian tersebut. 

"Saya menggesa Datuk Bandar sejak 2004 hingga yang sekarang ini menjelaskan isu kehilangan ini," katanya. Sejak 2004, seramai lima datuk bandar sudah bertukar, Datuk Ruslin Hasan (2004), )Datuk Abdul Hakim Borhan (2006), Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (2008) dan terkini Tan Sri Ahmad Phesal. 

Bagaimanapun, Lim melahirkan kekecewaan terhadap layanan pihak polis serta bagaimana tiada pegawai penyiasat ingin mengambil laporan beliau. 

"Tiada pegawai penyiasat yang mahu mengambil laporan saya, mereka (polis) tanya saya siapa suspek kes tersebut. "Saya ke sini untuk buat laporan polis, pegawai penyiasat yang sepatutnya mencari suspek tersebut, bukan saya," kata beliau. 

PAC pada hujung bulan Oktober lalu mendedahkan, DBKL tidak mempunyai unit audit dalamannya sendiri sejak awal penubuhan entiti itu. 

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia menyumbang kepada kelemahan dalam pengurusan dan kutipan hasil, menyebabkan DBKL kehilangan nilai kutipan kira-kira RM128 juta dalam tempoh 10 tahun. 

Lim juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Wilayah Datuk Tengku Adnan bin Tengku Mansor, serta menggesa beliau mengambil serius dalam isu kerugian dialami DBKL tersebut lapor The Malaysian Insider

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT