Ahad, 9 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Dalang banjir di Cameron Highlands: Tiada maaf bagimu, kata Muhyiddin

Posted: 09 Nov 2014 11:15 PM PST

Timbalan perdana menteri berkata bagi membanteras gejala yang berleluasa itu, kerajaan akan menggerakkan operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan bagi memastikan pihak terlibat segera dikenakan tindakan tegas.

"Satu daripada sebab kenapa perkara ini (kejadian banjir dan tanah runtuh) berlaku adalah tidak ada ketegasan dari segi pelaksanaan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggarnya.

"Jadi, kita  putuskan  kerajaan perlu ambil tindakan tegas dan saya  arahkan satu operasi besar-besaran dilaksanakan bagi memastikan hal ini dihentikan segera," katanya.

Operasi itu akan dilakukan seberapa segera berikutan sudah ada pihak yang berani mencabar kerajaan dan agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya hari ini.

Berhubung dakwaan aktiviti pencerobohan oleh pendatang asing itu dilindungi 'orang politik', Muhyiddin berkata ia tidak boleh dijadikan alasan untuk penguatkuasaan undang-undang dikecualikan terhadap mereka.

"Bagi saya sama ada ia politik atau bukan politik, yang penting alam sekitar tidak boleh terus dimusnahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita tidak bimbang, kita tak kisah. Kita perlu ambil tindakan terhadap siapa saja yang melindungi. Orang sebegini kalau terbukti mereka itu adalah antara dalang-dalang, tindakan dari segi undang-undang boleh diambil," katanya.

Beliau berkata apa yang penting bagi kerajaan ialah alam sekitar perlu dijaga dan keselamatan penduduk di kawasan terlibat perlu diutamakan melebihi kepentingan lain.

Kejadian banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada Rabu lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut meminta agensi berkenaan segera berbincang dengan pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana selain pendatang dari Bangladesh dan Nepal, terdapat lebih 4,000 pelarian Rohingya yang memegang kad UNHCR berada di Cameron Highlands.

Beliau berkata perbincangan itu perlu disegerakan kerana walaupun dilindungi UNHCR, mereka tetap tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah melanggar sebarang undang-undang negara.


"Saya minta dibincangkan dengan UNHCR cara bagaimana untuk mengurus mereka ini ... kita terpaksa ambil tindakan, tidak ada layanan yang berasingan kepada mereka yang melanggar undang-undang," katanya.

Bagi memastikan operasi bersepadu melibatkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rayuah Malaysia (SPRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu berjalan lancar, Muhyiddin meminta pihak berkenaan mengemukakan permohonan untuk sebarang keperluan seperti penyediaan tempat kurungan sebelum pendatang yang ditahan dihantar pulang.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains memberi tumpuan kepada Cameron Highlands dalam kajian terhadap kawasan risiko tanah runtuh dan menyediakan pelan mitigasi jumlah penduduk yang mungkin terancam.

Katanya beliau tidak menetapkan tempoh masa tertentu bagi menyediakan pelan itu namun berharap pelan mitigasi tanah runtuh itu dapat menyediakan maklumat tentang kawasan-kawasan yang tidak stabil dan mungkin runtuh, khususnya yang didiami penduduk. – Bernama, 9 November, 2014.


The Malaysia Insider

JODOH PERTEMUAN DITANGAN TUHAN !

Posted: 09 Nov 2014 10:30 PM PST



Rahsia Kenapa Pengantin Ni Cium Tangan Suami Lepas Nikah Sampai Tak Mahu Lepas?

Selesai saja majlis pernikahan pada hari Jumaat yang mulia ini, pengantin perempuan terus salam tangan suaminya lama-lama.

Kemudian dia mengesat air mata yang sedikit keluar itu. Sekali pandang, nampak perempuan ini macam tak menyempat-nyempat pulak.

Kenapa ini berlaku? Ada cerita di sebaliknya. "Pengantin lelaki bila tarikh cerai?". Tanya jurunikah sebelum menikahkan.

Dia beritahu tarikhnya yang dah lebih 2 tahun iaitu tahun 2010 bercerai. "Pengantin perempuan pula, bila tarikh cerai? " Tanya jurunikah pada perempuan pula.

"Maaf tuan, sebenarnya dia bekas isteri saya yang bercerai dan nak nikah semula". Kata pengantin lelaki.

Dulu Bercerai 2 Tahun Kisah sebenarnya, lelaki ini bekerja di sebuah kilang, umur 30-an. Perempuan kerja jurujual 30-an. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan 4 orang anak yang sekarang semuanya masih kecil dan bersekolah.

Punca mereka bercerai adalah permintaan isterinya. Oleh kerana tidak tahan dengan permintaan isterinya dan mengakui kekurangan yang ada pada dirinya, lelaki mengambil keputusan menceraikan isterinya di mahkamah syariah.

Pada lelaki, bukanlah hendak diungkit kisah silam 2 tahun dulu, tapi katanya punca cerai adalah kerana kehadiran lelaki lain dalam hati isterinya.

Bagaimanapun, selepas 2 tahun, mereka bernikah semula berwalikan ayah perempuan.

Anak-anak turut hadir dalam majlis pernikahan ini. kadikluang.blogspot.com

Kerengga.

Jangan Ada Lagi Suara Sumbang Suruh Semak Hubungan Dalam PR

Posted: 09 Nov 2014 09:30 PM PST

 


Selepas retreat, PAS sebulat suara akan kekal bersama Pakatan

Retreat yang melibatkan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama semalam mencapai kata sepakat sebulat suara akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Keputusan itu dicapai selepas bersidang selama dua hari di sebuah hotel dekat Kuala Selangor dari pagi kelmarin hingga tengahari semalam.

"Kita akan keluarkan kenyataan rasmi segera," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi sebaik sahaja selesai program itu.

PAS mengadakan retreat itu ketika suasana parti itu berkecamuk dengan isu perbezaan pendapat di kalangan pimpinan dan ahlinya selepas isu pertukaran menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali.

Hampir semua pemimpinnya menyertai program itu, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut membentangkan kertas utama.

Hadi membentangkan kertas mengenai pelaksanaan Islam di negara demokrasi yang selalu menjadi isu antara PAS dengan rakannya dalam Pakatan khasnya DAP.

Naib presiden PAS Salahudin Ayub pula menyampaikan kertas mengenai hubungannya dengan Pakatan Rakyat.

"Kita mencapai satu kemajuan yang baik apabila segala perbezaan pendapat di kalangan pimpinan kita nyatakan dalam program ini dan dibincangkan dengan terbuka," kata seorang AJK PAS Pusat kepada The Malaysian Insider.

Namun begitu, katanya samada keseluruhan isu boleh diselesaikan atau tidak terserah kepada semua yang hadir untuk menyampaikannya ke peringkat bawah.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata pertemuan kali ini mendengar semua harapan rakyat kepada Pakatan sebagai kerajaan akternatif dan akan menyelesaikan segala masalah yang timbul dengan rakan-rakannya.

"Tentang Pakatan Rakyat, kami sekali lagi mengesahkan komitmen kami dengan kuat yang kami akan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Kami akan bekerja sekuat mungkin untuk memperkukuhkan Pakatan walaupun apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh Malay Mail Online.

Beliau dipercayai merujuk kepada perbicaraan Anwar di hadapan Mahkamah Persekutuan yang berakhir Jumaat lepas, tetapi keputusan mengenainya belum lagi dikeluarkan.

Mahkamah itu akan mengeluarkan keputusannya kemudian, tanpa menetapkan tarikh.

Jika Anwar kalah dan hukumannya kekal penjara lebih dari satu tahun atau denda melebihi RM2,000, Anwar akan kehilangan kerusi Permatang Pauh.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara walaupun Mahkamah Tinggi sebelum itu mendapati Anwar tidak bersalah. – TMI


Stepping out from retreat, PAS affirms future with Pakatan

Fresh from his party leadership's two-day retreat, the Islamist party's research centre director Dr Dzulkefly Ahmad said PAS has taken note of the people's hopes for PR as an alternative government and will iron out the wrinkles with its political allies to achieve that goal.
"On the issue of Pakatan Rakyat, we have again endorsed very strongly that we are with the fraternity of Pakatan Rakyat," Dzulkefly told Malay Mail Online.
"We'll work to enhance the performance of Pakatan Rakyat, regardless of what happens to Datuk Seri Anwar Ibrahim," the PAS central committee member added.

PKR advisor Anwar, who is also the opposition leader, made a final challenge to the country's top court to reverse a five-year sodomy conviction last week and is awaiting the outcome that could put him behind bars and lose his seat in Parliament, effectively ending his political career.

The Federal Court reserved its judgment last Friday on the 67-year-old's sodomy appeal without indicating when the ruling will be out.

If Anwar loses, the Permatang Pauh MP would lose his seat as the law bars anyone fined RM2,000 or imprisoned for one year from serving as a lawmaker.

The ties between PAS, PKR and the DAP were strained in the recent Selangor mentri besar crisis when PKR attempted to get then-MB Tan Sri Khalid Ibrahim to step down from office.

The messy weeks-long imbroglio saw PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang criticising publicly his PKR counterpart Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, whom PKR had nominated as Khalid's replacement, before the Selangor Sultan finally appointed PKR deputy president Azmin Ali as the new mentri besar.

PAS has also been facing an internal struggle between the conservative ulama faction that wants to implement hudud and its reformists who want the Islamist party to remain in PR, where it remains at loggerheads with the secular DAP, which has consistently objected to implementation of the Islamic penal code. -malaymail


ULASAN GB

Dengan keputusan yang dicapai di dalam retreat berkenaan, kita berharap jangan ada lagi suara sumbang yang mahu kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat disemaksemula. Jangan ada lagi tuduhan kononnya mereka pimpinan yang mahu PAS terus kekal bersama PR sebagai parasit, jebon dan gelaran-gelaran buruk yang lain yang menampakkan sikap tidak wala kepada keputusan kepimpinan PAS Pusat. 


Jangan U-turn lagi. Jangan guna kuasa veto lagi. 

Jangan ada kumpulan gagak hitam yang mencemarkan parti apabila meninggalkan muktamar apabila pimpinan tertinggi membuat ucapan. 

Jangan ada lagi kumpulan samseng dalam PAS yang berkelakuan macam UMNO yang bertindak mengugut dan mengancam orang lain. 

Jangan ada lagi sikap taksub kepada pimpinan tertentu di dalam parti. 

Jangan ada lagi suara sumbang dari kumpulan yang mencadangkan GB dipecat dari PAS kerana mengkritik pimpinan dan mempertahankan PR. 

Jangan ada lagi fitnah-fitnah yang tak dibuktikan seperti pil kuda, komunis dan sebagai sehingga membawa kepada mensabotaj rakan parti komponen di dalam PR.

Semalam GB sudah buat ulasan.. petikan:


Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sendiri. Kedua-dua tindakan ADUN berkenaan adalah betul dan tindakan MSU dan Presiden PAS adalah salah.
Sekarang cuba lihat apa yang berlaku apabila hukum kebenaran berjalan... Presiden dibawa ke kandang tertuduh di mahkamah di atas saman malu memfitnah calon parti rakan di dalam PR. 
Disamping terdedah ponteng mesyuarat PR dan ponteng parlimen tetapi masih tetap ambil gaji MP.

Sementara ahli-ahli MSU kini dipertikaikan kredibilitinya apabila seorang ahli MSU sibuk bershopping motorsikal besar di Frankfurt sementara seorang lagi memegang jawatan Setiauasaha MSU didedahkan rupa-ruoanya ada skandal besar di Terengganu dan selama ini menggunakan title "Datuk" palsu.

GB sudah ulas sebelum ini mendesak supaya peranan dan keanggotaan MSU disemak semula.

Kelab Greenboc

1,800 peluru ditemui berhampiran jeti nelayan ??

Posted: 09 Nov 2014 08:45 PM PST

Gambar Hiasan
LANGKAWI - Sebanyak 1,840 butir peluru ditemui berhampiran sebuah jeti nelayan di muara Sungai Belanga Pecah di sini semalam.    

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, peluru bersaiz 7.62 milimeter buatan Rusia itu ditemui oleh orang ramai dalam sebuah kotak hitam berhampiran muara sungai itu kira-kira pukul 1 tengah hari.
 
"Ekoran penemuan itu, sepasukan Polis telah bergegas ke lokasi dan menemui 920 butir peluru yang masih hidup terdapat di dalam kotak itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, di sini hari ini.
 
Katanya hasil pemantauan seterusnya polis menjumpai 920 lagi butir peluru yang telahpun berkarat dibungkus di dalam sebuah beg plastik di kawasan berhampiran kira-kira jam 6 petang.
 
Katanya, penemuan peluru itu dipercayai ada kaitan dengan kes rampasan 16 laras senapang termasuk senapang patah yang ditanam bersama lebih 1,000 peluru daripada dua lelaki tempatan dan seorang warga Britain di Kampung Belanga Pecah di sini pada September lepas.
 
Katanya penemuan peluru itu akan disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, yang jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
 
Harrith berkata penemuan peluru itu tidak ada kaitan dengan unsur-unsur pengganas atau militan mahupun jenayah terancang di negara ini.
 
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat sebarang perkara yang mencurigakan supaya melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama



KedahLanie

Apa Kata Kita Ramai Ramai Tutup Akaun Astro ??

Posted: 09 Nov 2014 08:00 PM PST

Apalah nak jadi syarikat-syarikat kroni UMNO kat Malaysia. TNB untung RM6.4 bilion masih berhasrat nak naikkan harga tarif elektrik.

Terbaru Astro pula akan menaikkan harga bil bulanan mereka sebanyak RM5 walaupun saban tahun untung beratus-ratus juta.

Minyak naik tarif astro pula yang naik harga, entah apa kaitan minyak dengan astro ni. Akhirnya rakyat juga yang merana menanggung bebanan. TV hari ini pula jenis LCD, LED kalau tak pakai astro kualiti langsung hancur kot mana pun kena boh astro juga.


tikaqbuloh.blogspot.com

FAHMI ZAINOL Ditahan Di Kota Kinabalu, Sabah ??

Posted: 09 Nov 2014 07:15 PM PST

 
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol antara lapan mahasiswa yang ditahan selepas mengadakan ceramah umum di pasar ria Jalan Gaya di sini.

Difahamkan, pihak polis menahan kumpulan mahasiswa berkenaan pada tengah hari, Ahad.

Fahmi sendiri turut memuat naik gambar dia dan tujuh lagi mahasiswa lain di laman Facebook dan Twitter miliknya.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra mengesahkan mengenai penahanan berkenaan.

"Penahanan mereka bagi membolehkan pihak polis merekod keterangan dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perbuatan mereka," katanya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Difahamkan, pelajar berkenaan dijangka menghadisi perhimpunan yang akan diadakan di Universiti Sabah (UMS) pada Ahad.

Sebelum ini Fahmi turut dihadapkan ke Lembaga Tatatertib UM dan didakwa atas sembilan pertuduhan kerana terlibat dalam perhimpunan haram sempena pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Tunku Canselor UM pada 27 Oktober lalu.



Lantak HANPA La...

Aktivis siswa ditahan di UMS, Sabah

Posted: 09 Nov 2014 06:30 PM PST

 
Selepas disoal siasat dan menjalani ujian air kencing di Kota Kinabalu siang tadi, nasib aktivis mahasiswa yang merancang berucap di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus ditimpa malang.


Bukan sahaja tidak dapat berucap di institusi pengajian tinggi awam itu, lapan orang daripada mereka juga ditahan polis.

Ketika laporan ini ditulis, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata, beliau dan rakan-rakannya kini sedang dibawa ke balai polis Karamunsing, Kota Kinabalu dengan van polis.

Katanya, mahasiswa ditahan terdiri daripada seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), tiga daripada UMS kampus Kota Kinabalu manakala selebih daripada kampus Labuan.

Setakat ini belum jelas mereka disiasat bawah kesalahan apa.

Ditanya berhubung sebab penahannya, beliau berkata belum dimaklumkan berhubung perkara itu, termasuk tindakan diambil bawah seksyen apa.

Sementara itu, Fahmi juga berkata, beliau dan kawan-kawannya dihalau dan ditengking daripada berucap di universiti itu yang dijadual pada jam 8 malam tadi.

Mereka dijadual menyampaikan ucapan berkaitan kebebasan mahasiswa di UMS.

Beliau juga berkata, kelihatan trak pasukan antirusuhan polis diletakkan dekat pagar universiti.



Malaysiakini

Anwar Ibrahim : "Buat apa nak hukum saya, saya tak salah ...,"

Posted: 09 Nov 2014 05:45 PM PST

Anwar panggil mesyuarat tergempar 
Majlis Presiden PR? 

 

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak memihak kepadanya dalam rayuan beliau bagi sabitan kesalahan liwat, Majlis Presiden PR akan mengadakan mesyuarat tergempar. 

Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu berkata, mesyuarat itu bertujuan menentukan hala tuju pakatan pembangkang. 

"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ada mencadangkan pada hari yang andainya saya dijatuhkan hukuman, maka akan diadakan suatu mesyuarat tergempar untuk kita mara ke depan," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian naik taraf jalan Madrasah An-Nahdoh dan projek tebatan banjir Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini. 

Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menganggap keputusan mahkamah yang tidak memihak kepadanya bukan masalah besar bagi pakatan pembangkang kerana mereka sudahpun membincangkan manifesto, agenda dan dasar bersama parti. 

"Buat apa nak hukum saya, saya tak salah ...," katanya. Pada Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan yang habis mendengar rayuan terakhir Anwar bagi sabitan kesalahan liwat dan hukuman penjara lima tahun, menangguhkan keputusannya pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. 

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Persekutuan memerlukan masa untuk meneliti semua hujahan dan nas undang-undang dikemukakan pendakwa raya dan pembelaan sepanjang lapan hari bersidang. 

Berikutan itu, beliau yang mempengerusikan panel lima hakim mahkamah berkenaan mengekalkan jaminan RM10,000 yang ditetapkan Mahkamah Rayuan berserta semua syaratnya sehingga keputusan diumumkan. 

Dalam rayuan itu, Anwar, 67, memohon kepada Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini setelah mengubah keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar. 

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. -Bernama


Kerengga.
Anwar panggil mesyuarat tergempar Majlis Presiden PR? BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak memihak kepadanya dalam rayuan beliau bagi sabitan kesalahan liwat, Majlis Presiden PR akan mengadakan mesyuarat tergempar. Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu berkata, mesyuarat itu bertujuan menentukan hala tuju pakatan pembangkang. "Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ada mencadangkan pada hari yang andainya saya dijatuhkan hukuman, maka akan diadakan suatu mesyuarat tergempar untuk kita mara ke depan," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian naik taraf jalan Madrasah An-Nahdoh dan projek tebatan banjir Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini. Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menganggap keputusan mahkamah yang tidak memihak kepadanya bukan masalah besar bagi pakatan pembangkang kerana mereka sudahpun membincangkan manifesto, agenda dan dasar bersama parti. "Buat apa nak hukum saya, saya tak salah ...," katanya. Pada Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan yang habis mendengar rayuan terakhir Anwar bagi sabitan kesalahan liwat dan hukuman penjara lima tahun, menangguhkan keputusannya pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Persekutuan memerlukan masa untuk meneliti semua hujahan dan nas undang-undang dikemukakan pendakwa raya dan pembelaan sepanjang lapan hari bersidang. Berikutan itu, beliau yang mempengerusikan panel lima hakim mahkamah berkenaan mengekalkan jaminan RM10,000 yang ditetapkan Mahkamah Rayuan berserta semua syaratnya sehingga keputusan diumumkan. Dalam rayuan itu, Anwar, 67, memohon kepada Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini setelah mengubah keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar. Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. -Bernama

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

Nampak tak mainan hipokrit UMNGOK?

Posted: 09 Nov 2014 05:00 PM PST

Mahkamah Rayuan, Pondan Dan Rancangan Besar Hipokrasi UMNGOK Untuk Halang Hudud

UMNGOK dan Barang Naik (BN) adalah malapetaka kepada rakyat Malaysia dan negara Malaysia. UMNGOK dan Barang Naik (BN) adalah bala kepada rakyat negara ini dan kawasan-kawasan sekitarnya. 

UMNGOK dan Barang Naik (BN) juga adalah satu bentuk kecelakaan pada generasi akan datang jikalau tidak ditentang, dihapus serta dimusnahkan.

Tinggalkan nama UMNGOK dan Barang Naik (BN) dalam mana-mana catatan sejarah juga, akan menjadikan negara ini sebagai satu petaka.

Sial dan majalnya UMNGOK, gerombolan penjahanam negara yang dianggotai oleh kaki rasuah, kaki seleweng dan kaki salahguna kuasa selain golongan hipokrit ialah, mereka bijak menyembunyikan segala kejahatan mereka dengan pelbagai perkara-perkara retorik. 


Mereka akan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kepuasan nafsu dan memastikan kuasa mereka terjaga serta berlegar-legar di sekitar keluarga dan kaum kroni mereka semata-mata.

Selepas kes DSAI, UMNGOK telah mensensasikan kes melihatkan lima orang pondan yang diisytiharkan dan dihalalkan oleh mahkamah milik UMNGOK.

Para macai UMNGOK segera menyerang Dato Hishamuddin Yunos yang dianggap sebagai hakim yang menyebelahi Pakatan Rakyat dalam kebanyakan kes. Ia samalah sepertimana mereka menyerang Datuk Mohd Ariff Mohd Yusuf yang merupakan salah seorang daripada barisan hakim Mahkamah Rayuan. 


Bagaimanapun, mereka tidak pula menyentuh tentang Ramli Ali, salah seorang panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan yang mengadili kes DSAI walaupun hakim ini pernah terpalit dengan skandal VK Linggam dan penghakiman berat sebelah yang merampas hak MEnteri Besar Perak daripada DS Nizar Jamaluddin pada tahun 2009.

Kalau kita perhatikan dan perhalusi perjalanan penghakiman Mahkamah Rayuan melibatkan kelima-lima orang pondan tersebut yang diketuai oleh Hakim Mohd Hishamuddin Mohd Yunus itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan kuasa Kerajaan Persekutuan yang tidak boleh dilanggar oleh mana-mana negeri. 


Sebab itulah alasan yang diberikan oleh ketiga-tiga hakim itu adalah Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia melibatkan Artikel 5, 8, 9 dan 10.

Kita kena tengok lebih jauh. Kerajaan Negeri Kelantan bercadang hendak menguatkuasakan undang-undang syariah II (hudud) yang telah digubal pada tahun 1993 dahulu. 


UMNGOK dan BN telah memberikan janji kononnya mereka bersetuju dan menyokong Kerajan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Itu kata UMNGOK
tetapi mereka akan berselindung di sebalik mahkamah. 


Apabila isu tersebut dibawa ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, akhirnya Artikel 75, 76 dan 76A akan digunakan sebagai hujah untuk memansuhkan hukuman hudud Kelantan kerana bertentangan dengan Undang-Undang Persekutuan.

Nampak tak mainan hipokrit UMNGOK?

Kes pondan itu sebenarnya kesinambungan untuk perbicaraan hukuman hudud yang akan dibawa oleh UMNGOK apabila Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakannya nanti.

Akhirnya Pakatan terutama PAS akan dilihat tidak serius untuk mengotakan janji mereka, manakala UMNGOK pula akan kelihatan seperti hero sebenar negara ini.



Era Pasca

4 Beradik Berumur 2-7 Tahun Ditinggalkan Bersama RM70 Untuk Hidup

Posted: 09 Nov 2014 04:19 PM PST





Empat orang kanak-kanak, berusia antara 2 hingga 7 tahun telah dijumpai berlegar tanpa arah tujuan di Sibu Jaya semalam oleh pihak polis.

Menurut laporan polis , mereka dijumpai bersama dengan wang tunai RM70, dua pasang payung serta be dan mengikut laporan tersebut juga, kanak-kanak tersebut dipercayai berketurunan Iban.

Polis dikatakan sudah cuba mengesan lokasi ibu bapa mereka tetapi tidak berjaya dan telah menyerahkan kes tersebut kepada jabatan kebajikan untuk diselesaikan.

Berikut adalah senarai nama empat orang kanak-kanak tersebut, yang juga adik beradik:

Menai (7 tahun)
Iyen (7 tahun)
Echa (4 tahun)
Olivia (2 tahun)


Menurut laporan polis itu juga, ada tertulis bahawa kanak-kanak tersebut telah dihalau dari rumah ibu mereka.



 

Selepas 2 bulan, Khalid Ibrahim kembali dengan NGO bersama PAS

Posted: 09 Nov 2014 08:00 AM PST


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014.
   
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014.

Selepas dua bulan menghilang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka bakal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Taski, bersempena namanya dengan bantuan PAS di kawasan Bandar Tun Razak bagi melaksanakan program "Sajian Rakyat" yang dirancangnya.

Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh individu yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat antara ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bersama PAS yang dijalankan minggu lalu Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung penubuhan NGO tersebut.

"Khalid akan bergerak menggunakan NGO dan beliau meminta bantuan PAS Bandar Tun Razak untuk melaksanakannya," kata Roslan Baharom (gambar), 59, kepada The Malaysian Insider.

Roslan yang ditemui ketika tinjauan di kawasan Parlimen yang dimenangi Khalid dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu berkata, PAS Wilayah Persekutuan turut memberikan kebenaran cawangan parti Islam dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu Khalid.

Roslan, yang merupakan wakil masyarakat dari Zon C di Bandar Tun Razak berkata, tindakan PAS dan Khalid bergerak atas nama NGO itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya krisis antara PKR dan PAS, selepas Khalid dipecat sebagai anggota PKR pada 9 Ogos lalu.


"Kita bergerak menggunakan nama NGO, bukan mewakili parti," kata pesara kakitangan awam itu. Beliau berkata, antara rancangan Taski adalah menganjurkan Sajian Rakyat seminggu sekali dengan peruntukan sebanyak RM5,000 yang diperuntukkan Khalid untuk setiap program.

"Kita belum membuat keputusan. Kalau seminggu sekali kami tidak sanggup, kami ada program sendiri juga," kata Roslan. "Tetapi itu peruntukan daripada Khalid sendiri," katanya. Lokasi pertama Sajian Rakyat juga katanya dijangka akan dilakukan di kawasan perumahan Flat Paya Permai. 


"Mesyuarat sudah dijalankan beberapa kali dan saya sendiri hadir dalam mesyuarat penubuhan NGO itu," katanya.

Turut difahamkan, Taski bakal digerakkan 15 individu yang pernah bekerja bersama-sama Khalid ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

Mereka termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin, yang kini merupakan pegawai khas Khalid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak.

Faekah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata Khalid masih lagi ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu.

Khalid dipecat sebagai ahli PKR apabila enggan melepaskan jawatan menteri besar Selangor, apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menggantikan beliau dengan isterinya, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Krisis berkenaan turut memberi kesan kepada hubungan PAS dengan PKR dan DAP apabila parti Islam itu enggan mencalonkan Dr Wan Azizah sedangkan PKR dan DAP bersepakat menamakan beliau sebagai calon tunggal.

PAS sebaliknya menurut titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mengkehendaki PR menghantar lebih daripada dua nama untuk baginda pertimbangkan sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.

Krisis berkenaan tamat apabila Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR dilantik menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

"Beliau (Khalid) juga dijangka bakal membuka pusat khidmat rakyat tidak lama lagi di Bandar Tun Razak," kata Roslan. Faekah dilaporkan berkata, Sajian Rakyat akan bermula minggu hadapan sebagai usaha Khalid mendekati komuniti dan rakyat di kawasannya dan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Malah, Faekah juga menolak khabar angin yang mengatakan Khalid akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak. –

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 11/09/2014 08:13:00 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

 

Rakyat Marhaen.
Ahad, 9 November 2014 Selepas 2 bulan, Khalid Ibrahim kembali dengan NGO bersama PAS Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014. Selepas dua bulan menghilang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka bakal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Taski, bersempena namanya dengan bantuan PAS di kawasan Bandar Tun Razak bagi melaksanakan program "Sajian Rakyat" yang dirancangnya. Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh individu yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat antara ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bersama PAS yang dijalankan minggu lalu Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung penubuhan NGO tersebut. "Khalid akan bergerak menggunakan NGO dan beliau meminta bantuan PAS Bandar Tun Razak untuk melaksanakannya," kata Roslan Baharom (gambar), 59, kepada The Malaysian Insider. Roslan yang ditemui ketika tinjauan di kawasan Parlimen yang dimenangi Khalid dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu berkata, PAS Wilayah Persekutuan turut memberikan kebenaran cawangan parti Islam dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu Khalid. Roslan, yang merupakan wakil masyarakat dari Zon C di Bandar Tun Razak berkata, tindakan PAS dan Khalid bergerak atas nama NGO itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya krisis antara PKR dan PAS, selepas Khalid dipecat sebagai anggota PKR pada 9 Ogos lalu. "Kita bergerak menggunakan nama NGO, bukan mewakili parti," kata pesara kakitangan awam itu. Beliau berkata, antara rancangan Taski adalah menganjurkan Sajian Rakyat seminggu sekali dengan peruntukan sebanyak RM5,000 yang diperuntukkan Khalid untuk setiap program. "Kita belum membuat keputusan. Kalau seminggu sekali kami tidak sanggup, kami ada program sendiri juga," kata Roslan. "Tetapi itu peruntukan daripada Khalid sendiri," katanya. Lokasi pertama Sajian Rakyat juga katanya dijangka akan dilakukan di kawasan perumahan Flat Paya Permai. "Mesyuarat sudah dijalankan beberapa kali dan saya sendiri hadir dalam mesyuarat penubuhan NGO itu," katanya. Turut difahamkan, Taski bakal digerakkan 15 individu yang pernah bekerja bersama-sama Khalid ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini. Mereka termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin, yang kini merupakan pegawai khas Khalid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak. Faekah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata Khalid masih lagi ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu. Khalid dipecat sebagai ahli PKR apabila enggan melepaskan jawatan menteri besar Selangor, apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menggantikan beliau dengan isterinya, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Krisis berkenaan turut memberi kesan kepada hubungan PAS dengan PKR dan DAP apabila parti Islam itu enggan mencalonkan Dr Wan Azizah sedangkan PKR dan DAP bersepakat menamakan beliau sebagai calon tunggal. PAS sebaliknya menurut titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mengkehendaki PR menghantar lebih daripada dua nama untuk baginda pertimbangkan sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid. Krisis berkenaan tamat apabila Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR dilantik menggantikan Khalid sebagai menteri besar. "Beliau (Khalid) juga dijangka bakal membuka pusat khidmat rakyat tidak lama lagi di Bandar Tun Razak," kata Roslan. Faekah dilaporkan berkata, Sajian Rakyat akan bermula minggu hadapan sebagai usaha Khalid mendekati komuniti dan rakyat di kawasannya dan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat. Malah, Faekah juga menolak khabar angin yang mengatakan Khalid akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak. – Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 11/09/2014 08:13:00 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

Selepas Retreat, PAS Sebulat Suara Akan Kekal Bersama Pakatan.

Posted: 09 Nov 2014 07:15 AM PST

 
 
 
Retreat yang melibatkan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama hari ini mencapai kata sepakat sebulat suara akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat. 

Keputusan itu dicapai selepas bersidang selama dua hari di sebuah hotel dekat Kuala Selangor dari pagi semalam hingga tengahari ini. 

"Kita akan keluarkan kenyataan rasmi segera," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi sebaik sahaja selesai program itu. 

PAS mengadakan retreat itu ketika suasana parti itu berkecamuk dengan isu perbezaan pendapat di kalangan pimpinan dan ahlinya selepas isu pertukaran menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali. 

Hampir semua pemimpinnya menyertai program itu, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut membentangkan kertas utama. 

Hadi membentangkan kertas mengenai pelaksanaan Islam di negara demokrasi yang selalu menjadi isu antara PAS dengan rakannya dalam Pakatan khasnya DAP. Naib presiden PAS Salahudin Ayub pula menyampaikan kertas mengenai hubungannya dengan Pakatan Rakyat. 

"Kita mencapai satu kemajuan yang baik apabila segala perbezaan pendapat di kalangan pimpinan kita nyatakan dalam program ini dan dibincangkan dengan terbuka," kata seorang AJK PAS Pusat kepada The Malaysian Insider. 

Namun begitu, katanya samada keseluruhan isu boleh diselesaikan atau tidak terserah kepada semua yang hadir untuk menyampaikannya ke peringkat bawah. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata pertemuan kali ini mendengar semua harapan rakyat kepada Pakatan sebagai kerajaan akternatif dan akan menyelesaikan segala masalah yang timbul dengan rakan-rakannya. 

"Tentang Pakatan Rakyat, kami sekali lagi mengesahkan komitmen kami dengan kuat yang kami akan bersama dengan Pakatan Rakyat. 

"Kami akan bekerja sekuat mungkin untuk memperkukuhkan Pakatan walaupun apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh Malay Mail Online. 

Beliau dipercayai merujuk kepada perbicaraan Anwar di hadapan Mahkamah Persekutuan yang berakhir Jumaat lepas, tetapi keputusan mengenainya belum lagi dikeluarkan. 

Mahkamah itu akan mengeluarkan keputusannya kemudian, tanpa menetapkan tarikh. Jika Anwar kalah dan hukumannya kekal penjara lebih dari satu tahun atau denda melebihi RM2,000, Anwar akan kehilangan kerusi Permatang Pauh. 

Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara walaupun Mahkamah Tinggi sebelum itu mendapati Anwar tidak bersalah. -


The Malaysian Insider
 

Tuduhan DAP Ada Agenda Terhadap PAS:

Posted: 09 Nov 2014 06:30 AM PST

 

Baca Apa Kata Guan Eng DAP minta Hadi datang  
mesyuarat kerana hormati PAS OLEH LOOI SUE-CHERN

Published: 9 November 2014

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada PAS ‎yang mahukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama.

DAP hari ini menafikan parti itu mempunyai agenda tertentu apabila dilihat kerap membangkitkan isu kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) sekaligus mempersoalkan komitmen bersama rakan sekutu mereka.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada PAS ‎yang mahukan Hadi menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama.

Katanya, ini kerana segala keputusan akhir PAS terletak di tangan Hadi. Justeru, sekiranya pemimpin parti Islam itu tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR maka segala dimuktamadkan boleh dipersoalkan "Hormat DAP kepada PAS dan presidennya adalah punca DAP minta Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang wajib menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR agar PR boleh tunaikan janji dan penuhkan komitmen.

"Kegagalan beliau menghadiri mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR menimbulkan keraguan dan persoalan sama ada persetujuan oleh wakil PAS dalam mesyuarat adalah keputusan muktamad PAS seperti yang berlaku dalam kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini," katanya. 


Lim berkata, Hadi sendiri pernah menyatakan hanya ‎beliau berhak menolak keputusan Jawatankuasa Tertinggi PAS dan memutuskan apa yang dirasa wajar bagi PAS.

"Kenyataan Datuk Seri Hadi ini diterima DAP kerana ia tidak dipertikaikan mana-mana pihak dalam PAS. Oleh itu, mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR tanpa kehadiran beliau adalah sama seperti tidak dihadiri PAS.

Tanpa PAS adalah sama seperti tanpa PR kerana PR adalah gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP," katanya. Ketua menteri Pulau Pinang itu pada masa sama juga menolak kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam reaksinya terhadap kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke. Lim berkata, isu ketidakhadiran presiden PAS itu adalah mesyuarat yang perlu dihadiri pemimpin tertinggi parti sekutu PR yang boleh membuat keputusan penuh.

" Yang menjadi perkara pokok ialah wakil DAP dan PKR dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR berkuasa penuh untuk membuat keputusan bagi pihak parti masing-masing, tetapi entah mana wakil PAS sekiranya bukan presiden parti sendiri yang hadir.

"Yang penting ialah wakil parti berkuasa untuk beri kata putus dan bukanlah keadaan di mana hari ini setuju, esok hari ditolak atau ditidakkan," katanya merujuk kepada keputusan Hadi ketika isu calon menteri besar Selangor dulu. Justeru, bagi menangani ketegangan itu, DAP sudah mengarahkan Loke berbincang secara terus dengan Mustafa.

"Saya mengarahkan Anthony Loke untuk bincang secara 'direct' dengan Datuk Mustafa seperti diminta Datuk Mustafa bagi menyampaikan pendirian parti DAP dan perlunya presiden PAS menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR," katanya. – 9 November, 2014. Posted by mountdweller at 7:37 PM

Mountdweller.

Sunday, November 9, 2014 Tuduhan DAP Ada Agenda Terhadap PAS: Baca Apa Kata Guan Eng DAP minta Hadi datang mesyuarat kerana hormati PAS OLEH LOOI SUE-CHERN Published: 9 November 2014 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada PAS ‎yang mahukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014. DAP hari ini menafikan parti itu mempunyai agenda tertentu apabila dilihat kerap membangkitkan isu kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) sekaligus mempersoalkan komitmen bersama rakan sekutu mereka. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada PAS ‎yang mahukan Hadi menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama. Katanya, ini kerana segala keputusan akhir PAS terletak di tangan Hadi. Justeru, sekiranya pemimpin parti Islam itu tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR maka segala dimuktamadkan boleh dipersoalkan "Hormat DAP kepada PAS dan presidennya adalah punca DAP minta Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang wajib menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR agar PR boleh tunaikan janji dan penuhkan komitmen. "Kegagalan beliau menghadiri mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR menimbulkan keraguan dan persoalan sama ada persetujuan oleh wakil PAS dalam mesyuarat adalah keputusan muktamad PAS seperti yang berlaku dalam kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini," katanya. Lim berkata, Hadi sendiri pernah menyatakan hanya ‎beliau berhak menolak keputusan Jawatankuasa Tertinggi PAS dan memutuskan apa yang dirasa wajar bagi PAS. "Kenyataan Datuk Seri Hadi ini diterima DAP kerana ia tidak dipertikaikan mana-mana pihak dalam PAS. Oleh itu, mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR tanpa kehadiran beliau adalah sama seperti tidak dihadiri PAS. Tanpa PAS adalah sama seperti tanpa PR kerana PR adalah gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP," katanya. Ketua menteri Pulau Pinang itu pada masa sama juga menolak kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam reaksinya terhadap kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke. Lim berkata, isu ketidakhadiran presiden PAS itu adalah mesyuarat yang perlu dihadiri pemimpin tertinggi parti sekutu PR yang boleh membuat keputusan penuh. " Yang menjadi perkara pokok ialah wakil DAP dan PKR dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR berkuasa penuh untuk membuat keputusan bagi pihak parti masing-masing, tetapi entah mana wakil PAS sekiranya bukan presiden parti sendiri yang hadir. "Yang penting ialah wakil parti berkuasa untuk beri kata putus dan bukanlah keadaan di mana hari ini setuju, esok hari ditolak atau ditidakkan," katanya merujuk kepada keputusan Hadi ketika isu calon menteri besar Selangor dulu. Justeru, bagi menangani ketegangan itu, DAP sudah mengarahkan Loke berbincang secara terus dengan Mustafa. "Saya mengarahkan Anthony Loke untuk bincang secara 'direct' dengan Datuk Mustafa seperti diminta Datuk Mustafa bagi menyampaikan pendirian parti DAP dan perlunya presiden PAS menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR," katanya. – 9 November, 2014. Posted by mountdweller at 7:37 PM

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

1MDB mungkin akibatkan kejatuhan Najib kata Bekas Menteri

Posted: 09 Nov 2014 05:45 AM PST

 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak seharusnya mengambil langkah awal dengan menjelaskan keputusan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, penjelasan itu membolehkan ia tidak lagi menjadi isu dan tumpuan utama Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.
"Pada asasnya, mereka di dalam UMNO yang menentang Perdana Menteri berharap perkara ini akan mewujudkan suasana bagi mempertikaikan Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO

"Kebimbangan adalah serangan oleh para pemimpin UMNO sendiri, dulu dan sekarang khususnya dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin. 


Tun Daim bahkan mengatakan bahawa jika Najib tidak berhati-hati 1MDB mungkin mengakibatkan kejatuhannya," katanya dalam entri terbarunya sskeruak.blogspot.com/ .
Salleh yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah berkata, sekiranya isu seperti 1MDB tidak diselesaikan, maka ia akan menganggu perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO nanti.

"Ia akan menggangu perwakilan berkenaan isu-isu lebih penting seperti bagaimana pembaharuan yang boleh dilakukan oleh UMNO dalam memberikan pengundi lebih keyakinan dengan memberikan sokongan merka kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

"Inilah yang akan menentukan masa depan UMNO dan membuatnya masih relevan. 


Dan ada perkara yang positif bahawa Najib telah lakukan tetapi ada yang tidak diketengahkan bagi meyakinkan pengundi bahawa UMNO sedang bergerak ke arah yang betul," katanya lapor FreeMalaysiaToday

..... Alaaa... mana adanya orang UMNO yang berani nak tegur Najib pasal 1MDB .. kena jerkah dengan Rosmah habis terkencing... 



Aanak Sungai Derhaka

Majlis Syura kekalkan penggantungan setahun ke atas 2 Adun PAS

Posted: 09 Nov 2014 05:00 AM PST


Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan penggantungan setahun kepada dua Adun PASnya, iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib)

Saari menerima surat pemakluman itu pada tengahari semalam manakala Hasnul menerimanya lebih awal iaitu petang Jumaat 7 November.

"Saya terima surat dari Majlis Syura tengahari tadi yang memaklumkan hukuman ke atas saya oleh AJK PAS Pusat sebelum ini dikekalkan," kata Saari.

Mesyuarat AJK PAS Pusat yang berlangsung pada 11 Oktober lalu, membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan Hasnul Baharudin (Adun Morib) selama setahun, berkuatkuasa tarikh sama.

Tindakan itu diambil ekoran tindakan mereka berdua menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, kedua-dua Adun berkenaan diberi peluang mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama parti mengikut fasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Ekoran itu, kedua-dua mereka menghantar surat rayuan kepada Majlis Syura Isnin lalu.

Majlis Syura Ulama mengadakan mesyuarat Ahad lepas dan membuat keputusan terhadap Saari dan Hasnul. Semalam Saari menerima surat itu.

Antara kandungan surat yang diterima Saari dan Hasnul adalah arahan agar mereka terus istiqamah dalam jamaah dan berdisiplin.

Menurut Hasnul, dia menerima keputusan PAS menggantungnya, tetapi akan meneruskan tugas sebagai Adun Morib sebaik mungkin.

"Saya jalankan tugas saya sebaik mungkin. Ramai juga ahli dan pemimpin PAS yang kekal bersama saya. Jadi itu akan memudahkan tugas saya sebagai Adun," kata Hasnul kepada The Malaysian Insider.

Saari pula ketika dihubungi berkata beliau tidak berapa jelas apakah makna penggantungan keahlian sebagai ahli PAS ini untuk memastikan pergerakannya tidak bertentangan dengan penggantungan tersebut.

"Apa yang saya faham saya tidak boleh mengundi atau memegang apa-apa jawatan dalam parti.

"Saya tidak boleh mewakili parti dalam sebarang program dan saya tidak boleh menyertai sebarang program parti, termasuk dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)," kata Saari.

Namun, katanya, itu tafsirannya sendiri sahaja.

Dr Dzulkarnain Lokman, peguam yang juga ahli Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Luham) ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, sebagai ahli yang digantung keahlian, Saari tidak boleh lagi bertindak sebagai ahli PAS atau apa-apa jawatan yang beliau pegang dalam PAS.

Namun, dia bebas bergerak dan bertindak sebagai seorang Adun, termasuk menyertai sebarang mesyuarat atau program PAS atas kapasitinya sebagai seorang Adun.

"Berdasarkan preseden kes lalu, apabila Khalid Samad digantung sebagai ahli PAS selama enam bulan, beliau lebih aktif berbanding sebelum digantung.

"Beliau dijemput memberi ceramah ke seluruh negara oleh PAS tetapi beliau bukan datang sebagai ahli atau Yang Dipertua PAS Shah Alam yang beliau pegang, kerana sudah digantung, tetapi sebagai ahli parlimen Shah Alam," kata Dzulkarnain kepada The Malaysian Insider.

ULASAN GB

Bagi GB, tindakan MSU kekalkan penggantungan dua orang ADUN berkenaan sudah diduga, malah awal-awal lagi dulu GB kata tak perlu buat rayuan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sendiri. Kedua-dua tindakan ADUN berkenaan adalah betul dan tindakan MSU dan Presiden PAS adalah salah. Sekarang cuba lihat apa yang berlaku apabila hukum kebenaran berjalan... 


Presiden dibawa ke kandang tertuduh di mahkamah di atas saman malu memfitnah calon parti rakan di dalam PR. Disamping terdedah ponteng mesyuarat PR dan ponteng parlimen tetapi masih tetap ambil gaji MP.

Sementara ahli-ahli MSU kini dipertikaikan kredibilitinya apabila seorang ahli MSU sibuk bershopping motorsikal besar di Frankfurt sementara seorang lagi memegang jawatan Setiauasaha MSU didedahkan rupa-ruoanya ada skandal besar di Terengganu dan selama ini menggunakan title "Datuk" palsu.

GB sudah ulas sebelum ini mendesak supaya peranan dan keanggotaan MSU disemak semula. 




Kelab Greenboc

Penghinaan Shafee Abdullah Terhadap DS Anwar Sangat Memualkan !!

Posted: 09 Nov 2014 04:45 AM PST

Khalifah: PM, MB diamanah untuk menjaga agama MUHAMMAD YUSRI AMIN

Posted: 09 Nov 2014 04:00 AM PST

 
KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata Perdana Menteri dan Menteri Besar dalam konteks struktur organisasi kerajaan adalah mereka diberi amanah untuk menjaga agama dan mengurus orang ramai, diistilahkan sebagai 'khalifah'.

Katanya, antara ajaran agama mesti digunakan sebagai instrumen pemerintahan ialah tentang 'halal 'haram' serta amal makruf, nahi mungkar.

Perkara itu, jelasnya menjadi lebih penting dalam sistem pemerintahan.

"Ini kerana sebuah negara adalah satu kuasa yang berfungsi sebagai 'pengawal' dan 'pintu' bagi segala aktiviti rakyat.

"Dan instrumen agama seperti itu tidak bermakna sama sekali kalau sekadar menjadi peraturan yang bertulis," kata Menteri Besar pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Kali Ke-40 Tahun 2014 dan Majlis Makan Malam di Kota Darulnaim di sini kelmarin.

Teks perasmian dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Dr Ramli Mamat.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan Yang Dipertua Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Mohd Fuad Zainal Abidin.

Katanya, dalam struktur organisasi kerajaan, para pemimpin terdiri dari Perdana Menteri, Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, para pegawai, penggawa dan penghulu adalah sebahagian daripada mereka yang diberikan amanah untuk 'menjaga agama Islam' di tempat masing-masing di samping menguruskan rakyat.

Justeru, katanya mereka yang beruntung dan mendapat bekalan akhirat ialah mereka berjaya menunaikan amanah dan tanggungjawab diserahkan kepadanya.

Beliau merujuk sabda Rasulullah s.a.w. bahawa di antara orang yang akan mendapat naungan (teduhan) pada hari yang tidak ada sebarang 'teduhan' lain ialah pemimpin yang adil.

"Pemimpin adil itu berjaya menunaikan amanah diserahkan kepadanya dengan sebaik mungkin, manakala orang mengkhianati amanah diserahkan kepadanya itu disifatkan Rasulullah s.a.w. sebagai orang mempunyai tanda-tanda munafik.

Beliau berkata, berdasarkan hadis, ada empat sifat boleh menjadikan seseorang itu munafik, dan sekiranya ada padanya satu sifat itu, maka dia sudah memiliki satu daripada sifat munafik tersebut.

"Sifat itu ialah apabila diberikan amanah, dia mengkhianati, apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bertengkar dia melampau.

"Perbuatan pecah amanah atau mengkhianati kepercayaan dan tanggungjawab diberikan oleh orang lain kepada kita adalah satu perbuatan boleh menjadikan seseorang itu munafik," ujar beliau. -  



HARAKAHDAILY 9/11/2014

Mahathir Menghina Hukum Allah.....

Posted: 09 Nov 2014 03:45 AM PST


Orang ini kita boleh panggil BAPA PENYESAT.  Negara Brunei laksanakan hukum hudud xkecoh pon.
Orang ini kita boleh panggil BAPA PENYESAT.
Negara Brunei laksanakan hukum hudud xkecoh pon.

'Unisel bukan milik Pakatan, UM bukan Umno'

Posted: 09 Nov 2014 03:00 AM PST

 

 
ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata mahasiswa digalakkan berpolitik dan menjadi aktivis tetapi perlu bijak membahagikan masa dengan pelajaran.

Menurut wakil rakyat BN itu, tidak salah mahasiswa berpolitik dan menjadi aktivis tetapi semua itu tidak bermakna sekiranya mereka gagal menghabiskan pengajian.

"Menjadi aktivis ini merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan kerana anda akan dibuai dengan kekuatan untuk mengubah dunia, didodoikan dengan inilah agen perubahan dan sebagainya.

"Jadi di kalangan kami ini mudah, kami nak jadi aktivis dan kami ada idealisma tetapi dalam masa yang sama kami nak lulus belajar.

"Tidak ada maknanya anda menjadi aktivism tetapi tak habis belajar," katanya dalam forum "Selangor Hari Ini" yang berlangsung di Unisel, Bestari Jaya.

Forum tiga penjuru itu turut dihadiri oleh exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dan pemimpin Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Nik Nazmi (bawah) berkata beliau tidak mahu orang ramai melabelkan Unisel sebagai universiti Pakatan.

Begitu juga dengan label Universiti Malaya (UM) sebagai universiti Umno dan hanya orang dari parti terbabit saja boleh datang memberi ucapan, tambahnya.

"Saya mahu budaya forum seperti ini diteruskan dan saya selalu sebut ketika dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, kita tak mahu UM dilihat universiti Umno dan Unisel pula dilihat sebagai universiti Pakatan.

"Waktu itu saya kata perlu diadakan forum yang ada tokoh pelbagai pihak hadir dan seperti malam ini kita ada YB Budiman, jadi mungkin lepas ni dapat jemput (Ketua Pemuda Umno) YB KJ (Khairy Jamaluddin) pula," katanya.

Sementara itu, Kamaruzaman (kiri) juga menyokong bahawa mahasiswa adalah agen perubahan yang akan menggerakkan negara ke arah yang lebih maju.

"Mahasiswa adalah masa depan negara, sebelum ini mahasiswa disekat daripada berpolitik adalah langkah yang silap kerana universiti bukan kilang lahirkan pekerja tapi melahirkan pemimpin negara.

"Jadi mereka perlu diberi ruang untuk meneroka alam politik sama ada politik kampus atau politik negara kerana mereka akan menentukan corak masa depan negara," tegasnya.


NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini.
 

Duit NFC RM250 Juta Sudah Bayar Ker??

Posted: 09 Nov 2014 02:30 AM PST

Sejuta tandatangan sokong Akta Hasutan, kata Shahrizat

 
Wanita Umno hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 ekoran timbulnya kenyataan hasutan oleh beberapa pihak.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kenyataan itu dibimbangi mewujudkan insiden.

"Kita, Wanita Umno sebulat suara tidak setuju dengan langkah untuk memansuhkan akta ini," katanya dalam acara taklimat berhubung akta kontroversi itu di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau percaya, isu keselamatan harus menjadi keutamaan.

Beliau juga berkata, banyak kenyataan-kenyataan hasutan berlaku ekoran kebebasan di media sosial.

Sayap Umno itu akan menghantar memorandum kepada perdana menteri untuk menangguhkan pemansuhan akta itu.

Mereka juga merancang kutipan sejuta tandatangan untuk menyatakan bantahan terhadap gesaan pemansuhan undang-undang itu.

  
Malaysiakini

DS Anwar Rasmi Kursus Haji

Posted: 09 Nov 2014 02:00 AM PST






Anwar berada di masjid seberang jaya pagi tadi untuk merasmikan majlis kursus haji berperingkat.

Bernama Mohon Maaf Kepada Kartunis Zunar

Posted: 09 Nov 2014 01:30 AM PST

 


Kartunis kontroversi Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menafikan isterinya ditahan di Putrajaya Khamis lepas kerana menjual buku yang menyindir institusi kehakiman dan pemimpin negara.

Zunar, 50, memberitahu Bernama, tiga orang yang ditahan polis, termasuk dua wanita, adalah pembantu jualannya.

Beliau berkata isterinya, yang tidak mahu dinyatakan namanya, pada hari kejadian berada di Port Dickson, Negeri Sembilan atas urusan kerja.

LaporanBernamamenyebut isteri Zunar (kanan) adalah antara tiga yang ditahan polis di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya semasa perbicaraan kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Laporan berita Bernama menyatakan salah seorang daripada tiga yang ditahan adalah isteri saya, sedangkan mereka bertiga sebenarnya adalah pembantu jualan saya," katanya kepada Bernama di sini Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid yang dihubungi turut mengesahkan polis tidak menahan isteri Zunar.

Sehubungan itu, Bernama memohon maaf kepada Zunar dan isterinya atas kesilapan laporan berita itu.

- Bernama

Punca Peneroka Haram Di Cameron Highland Berleluasa?

Posted: 09 Nov 2014 01:00 AM PST

syukur malaysia masih aman,ia belaku di cameron higlands negeri pahang,negeri lahirnya  PM Malaysia. puncanya cuma banjir sahaja tak tahu pulak ada kes rasuah...kalau  surat khabar pro pembangkang yang bongkar mereka kata fitnah,ini surat khabar pro kerajaan yang bongkar taw..kikiki

Syukur malaysia masih aman,ia belaku di cameron higlands negeri pahang,negeri lahirnya PM Malaysia. puncanya cuma banjir sahaja tak tahu pulak ada kes rasuah...

Kalau surat khabar pro pembangkang yang bongkar mereka kata fitnah,ini surat khabar pro kerajaan yang bongkar taw..kikiki

Utusan Kutuk Adnan Yaakob Sebagai Angkuh Dan Disuruh Bersara

Posted: 09 Nov 2014 12:30 AM PST

 
Utusan Malaysia hari ini menyerang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob selepas di didakwa memperlekeh akhbar itu ekoran laporannya berkaitan kebanjiran warga asing di Cameron Highlands.

Malah, tanpa menyebut pangkat "Datuk Seri" dalam tulisan itu, Utusan mengkritik "keangkuhannya" terhadap media, malah secara tidak langsung menyarankannya bersara secara sukarela.


"Setakat ini, tiada tanda Adnan mahu bersara secara sukarela, seolah-olah tiada pemimpin lain di Pahang yang layak.

"Maka eloklah Awang peringatkan ungkapan bahasa Inggeris, Don't overstay your welcome (usah terlebih daripada yang dimahukan), yang beliau lebih arif maksudnya," tulis Awang Selamat.

Tulisan berjudul "Hebat Sangatkah Adnan?" itu juga, tanpa menafikan peranan dan kerja keras Adnan, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.

Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.

Adnan kemudian dikatakan marah dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup.



Bloglist Malaysia

Misteri Manusia Boleh Lihat Bunian

Posted: 09 Nov 2014 12:00 AM PST

 

Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.

Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.

Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.

Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.

"Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna," kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.

Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.

"Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad)," katanya.

Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.

"Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.

"Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini," katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.

Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.

"Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu," katanya.

Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.

"Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.

"Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal," katanya.

Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.

Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.

"Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.

"Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.

"Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri," katanya.

Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.

Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.

Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.

"Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.

"Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar," katanya.

Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.

Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.

Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.


FAKTA

- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.

- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan. 

- Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

- Kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.[Dari tulisan asal oleh Nasron Sira Rahim]
 
 
p a a d a a d a