Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


They are drown. ~ the well that they dig up before become the hell for them today....

Posted: 03 Nov 2014 04:00 PM PST





Ibrahim Ali Wajib Ditangkap Dan Disiasat !!

Posted: 03 Nov 2014 08:00 AM PST

Kurup: Buka semula siasatan pada Ibrahim Ali...?
 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup hari ini menggesa kes terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya berkaitan membakar Bible dibuka semula.

Sambil menggesa Pejabat Peguam Negara, Kurup berkata hal ini kerana siasatan terhadap perkara tersebut perlu untuk memastikan "kesatuan dalam negara ini."

 

"Saya mahu kes itu dibuka semula dan disemak untuk memastikan kesatuan dan memerangi sikap tidak bertoleransi terhadap agama," katanya di Dewan Rakyat semasa menggulung bajet bagi portfolionya hari ini.

"Saya juga mahu kes ini disemak untuk meredakan kemarahan rakyat," katanya lagi.
Bagaimanapun Kurup berkata sama ada Ibrahim akan didakwa di mahkamah ataupun tidak, ia sesuatu yang boleh ditentukan kemudian.

Kenyataan Kurup yang juga MP Pensiangan itu hadir selepas rakannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri yang menyatakan kerajaan tidak boleh memberitahu apa yang pejabat Peguam Negara perlu lakukan.

Malaysiakini

Anwar Akan Dibebaskan Oleh Mahkamah - YB Ramkarpal Singh

Posted: 03 Nov 2014 07:00 AM PST


 
PUTRAJAYA: Ramkarpal Singh yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes Fitnah Liwat II yakin keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada Anwar.

Peguam itu yang ditemui sejurus selesai perbicaraan hari ini turut memberitahu mengikut kepada hujah dan undang-undang tiada sebab Ketua Pembangkang itu dijatuhkan hukuman.


"Kalau kita melihat kepada hujah-hujah dan undang-undang, kes ini memang memihak kepada pihak pembelaan.‎

"Itu pendirian saya yang masih memegang kepada sistem perundangan yang ada‎," jelasnya.

Beliau ketika ditanya‎ memgenai bukti baru yang dibangkitkan pihak pendakwa, menjelaskan tidak ada bukti baru yang didedahkan sebaliknya bukti lama tetapi dihujah dengan cara baru.

"Perkara lama dan sudah dibangkitkan sebelum ini, esok pihak pendakwa akan menghabiskan hujah mereka dan selepas itu kita (pembela) akan memulakan hujah.

"Keputusan akan dibuat pada hari lain dan mungkin mahkamah akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik, mereka akan meneliti keseluruhan hujah-hujah yang dikemukakan," sambung beliau.‎

‎Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, Manivannan Gowindasamy turut berpendapat hujah yang diberikan pihak pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak mempunyai hujah yang kukuh.

"‎Dengan mengikuti hujah Shafee, saya tak yakin bahawa Anwar boleh dijatuhkan hukuman sebab hujah terlalu terbuka dan belum dijawab sepenuhnya.

Mahkamah ditangguhkan pada jam 1 tengah hari tadi akan bersambung pagi esok dengan pihak pendakwa menyambung semula hujah mereka sebelum pihak pembela mengambil giliran pada sebelah petang.‎

- HARAKAHDAILY



Shahidan Contoh Menteri Master Of Stupidity

Posted: 03 Nov 2014 06:15 AM PST

 
 
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim telah mengungkapkan, "Wahai rakyat Sabah kawasan ESSZONE yang dikendalikan oleh ESSCOM ini ialah kawasan yang selamat" sewaktu sesi jawap lisan Dewan Rakyat bertarikh 30 Oktober 2014.

Namun, di sebelah petang hari yang sama, berlaku kejadian tembak menembak di Penampang, Sabah. Media pada mulanya menyatakan kejadian ini mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu tetapi PDRM Sabah menyatakan bahawa kejadian ini adalah berhubung dengan penjenayah yang memang dikehendaki pihak Polis.

Menteri juga menyatakan bahawa Sabah ketika ini lebih selamat berbanding Kuala Lumpur. Apakah Menteri ingin mengatakan bahawa pihak KDN gagal dalam menjaga keselamatan di Kuala Lumpur? Bagaimana Menteri boleh mengeluarkan kenyataan sebegini rupa di dalam Dewan Rakyat? Ini akan menghantar mesej yang mengelirukan kepada dunia akan aspek keselamatan di ibu negara kita?

Solidariti Anak Muda Malaysia menyifatkan inilah kenyataan politik paling tidak bertanggungjawab yang pernah dibuat oleh seorang Menteri.

SAMM ingin memperingatkan Menteri, sebelum beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa, beliau haruslah meneliti beberapa perkara.

Lanjutan Tempoh Perintah Berkurung

Pertamanya adalah tempoh perintah berkurung yang bermula semenjak 16 Julai 2014 dan kemudian seringkali dilanjutkan. Terkini perintah berkurung ini dilanjut sehingga 6 November 2014.

Pesuruhjaya Polis Sabah semasa mengumumkan lanjutan tempoh perintah berkurung menyebutkan sebab utamanya adalah kerana untuk menjamin ketenteraman dan kedaulatan negara. Apakah ini bermaksud tanpa perintah berkurung itu ketenteraman dan kedaulatan negara berada dalam yang berisiko.

Jika sudah berada dalam keadaan selamat seperti yang dikatakan oleh Menteri, mengapa perlu perintah berkurung ini dilanjutkan lagi? Telah hampir 4 bulan perintah ini dikenakan dan masih tidak kelihatan tanda-tanda ia akan ditamatkan.

Kedua, kes penculikan pengusaha sangkar ikan di Kunak yang telah berlanjutan sehingga 5 bulan. 31 Oktober 2013, waris mangsa yang juga merupakan isterinya telah merayu pelbagai pihak untuk mengusahakan pembebasan segera suaminya. Kumpulan penculik mengancam untuk memenggal kepala suaminya jika beliau gagal menyediakan wang tebusan RM 3 juta sehingga November ini.

Menteri sepatutnya berusaha gigih mencari jalan untuk operasi menyelamatkan mangsa. Bagaimana rasanya Menteri jika berada di dalam keadaan si isteri tersebut? Sudahlah dalam keadaan tekanan emosi ekoran kerisauan terhadap keselamatan si suami ditambah pula dengan tekanan lebih 200 kali panggilan telefon daripada kumpulan penculik yang meminta wang tebusan dan mengancam untuk mencabut nyawa suaminya. Apakah Menteri tidak mempunyai naluri keinsanan?

Mengapa Perdana Menteri yang begitu bersemangat mengumumkan untuk mencari pihak yang menembak jatuh pesawat MH17 sehingga ke lubang cacing tidak membawa semangat yang sama untuk membebaskan mangsa penculikan ini? Mengapa Perdana Menteri yang begitu "heroic" sekali mengadakan rundingan pintu belakang dengan kumpulan pemisah Ukraine tetapi tidak mengambil langkah tegas bersama Kerajaan Filipina bagi membebaskan mangsa? Adakah nyawa rakyat Sabah tidak bernilai? Adakah mangsa penculikan bukan insan yang perlu dibebaskan dengan segera?

Ketiga Laporan Suruhanjaya DiRaja berhubung Pemberian Kad Pengenalan di Sabah sehingga kini masih lagi tidak diumumkan. Apakah penemuan Suruhanjaya ini? Apakah syor dan cadangan Suruhanjaya ini? Laporan Suruhanjaya ini penting untuk mengenalpasti punca sebenar keselamatan Sabah ini tergugat.

Menteri di JPM tidak boleh melengahkan lagi pembentangan kertas putih Laporan Suruhanjaya DiRaja ini di Dewan Rakyat. Justeru, SAMM mendesak Kerajaan Pemerintah untuk membentangkannya sebelum sesi mesyuarat ketiga, Penggal Kedua, Dewan Rakyat ini berakhir. Kegagalan Kerajaan untuk membentangkan laporan ini dalam kadar segera hanya akan menambah buruk keadaan keselamatan di Sabah.

Aspek keselamatan dalam negara dan kebocoran pintu sempadan ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Ia bukan sekadar melibatkan penyeludupan beras dan bahan bakar, sindiket pemerdagangan manusia dan dadah malah yang paling dibimbangi adalah penyeludupan senjata api dan aktiviti keganasan yang boleh meruntuhkan ketenteraman dan kedaulatan negara.

Sehubungan itu, SAMM menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan keseluruhan kabinet Pemerintah masih bersikap angkuh dan berada dalam kecelaruan. Sikap "denial" ini tidak menambahbaik aspek keselamatan dalam negara. Menteri dinasihatkan supaya tidak menunjukkan sikap seorang "Master Of Stupidity".

Menteri sepatutnya fokus untuk menamatkan krisis keselamatan di Sabah. Cukuplah bermain wayang politik di Dewan Rakyat dengan seringkali membelasah Pembangkang dengan sarkastik, tetapi sebenarnya tidak berupaya untuk menjalankan tugas dan amanah sebagai seorang Menteri. Sabah bukanlah anak tiri Malaysia tetapi sebuah wilayah yang perlu kita tatang dengan saksama seperti Semenanjung dan Sarawak.

Bekerjalah wahai Menteri. Kerusi Menteri itu bukanlah tiket bulan madu untuk Menteri menikmati percutian setelah diketepikan daripada menjadi Menteri Besar Perlis.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Berita Gempar Ini Tidak Boleh Disorokkan Lagi..

Posted: 03 Nov 2014 05:30 AM PST


CAMERON HIGHLANDS 1 Nov. – Bukan sekadar boleh membuka kedai runcit malahan bebas menggaji rakyat dari negara mereka sendiri sebagai pekerja.

Itu situasi yang berlaku di daerah peranginan ini apabila pendatang asing khususnya warga Bangladesh 'menawan' peluang ekonomi penduduk setempat kerana diberi ruang untuk berbuat demikian.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana warga asing tersebut dengan sewenang-wenangnya bertindak demikian sedangkan dokumen kerja yang dimiliki mereka adalah dalam sektor lain.

Satu sumber berkata, terdapat kira-kira 18 kedai runcit dan sebuah hotel bajet yang diusahakan warga asing terutama di Lembah Bertam, Ringlet, Tringkap serta Kuala Terla sejak enam tahun lalu.

"Meskipun mereka mungkin mempunyai permit kerja dalam sektor pertanian namun tidak boleh melanggar syarat dengan menjalankan perniagaan kedai runcit apatah lagi menggaji warga asing lain.


"Kebanyakan pekerja itu pula dikatakan tidak mempunyai permit. Ada dalam kalangan mereka menggunakan pas lawatan pelancong sebagai tiket untuk bekerja di negara ini," katanya.

Menurut sumber itu, terdapat warga asing menjadikan perkahwinan mereka dengan penduduk tempatan sebagai 'lesen' untuk menjalankan perniagaan kedai runcit.

Dakwanya, di sebalik perniagaan itu, warga asing berkenaan berani menjual rokok seludup selain mengakibatkan penduduk tempatan terpaksa bersaing dengan mereka.

"Warga asing tidak perlu risau atau takut kerana mereka 'dijaga' agensi penguat kuasa terbabit dengan hanya memberikan bekalan seperti rokok dan keperluan harian seperti ikan dan sayur-sayuran secara percuma," dakwanya.

Sumber itu berkata, warga asing juga bebas membuka gerai untuk menjual ikan dan sayur di pasar-pasar malam di sekitar Cameron Highlands.

Dalam pada itu, tinjauan Mingguan Malaysia di sekitar Ringlet sehingga ke Kampung Raja menemui beberapa premis perniagaan yang diusahakan oleh warga asing.

Di Ringlet umpamanya, Mingguan Malaysia menemui premis dua tingkat yang dibuka oleh warga asing dan dipercayai menjadi lokasi kegiatan mesin judi haram serta pusat pembekalan gadis pelayan pelanggan (GRO).

Tinjauan di Kuala Terla pula mendapati terdapat sekurang-kurangnya dua buah kedai runcit yang menjual keperluan harian seperti susu dan tepung diusahakan warga asing.

Dalam pada itu, tinjauan di pasar malam Kampung Raja mendapati terdapat lebih dua gerai dibuka warga asing menjual ke­perluan harian seperti ikan, buah dan sayur kepada penduduk tanpa mereka perlu berasa takut terhadap pihak berkuasa. ~utusan

Pendakwaraya Sudah Semakin Gila.....???

Posted: 03 Nov 2014 04:45 AM PST


Idea pendakwaraya pembela jubo Saiful nak menipu dah kering. Kenapa x cakap je Saiful celup jobo dlm lubang jamban? 
Aku dah muak dengan politik lucah UMNO ni...

Duduk kat mangkuk tandas, lubang jobo bleh masuk DNA orang lain eh?? 
Aku cadang baik si Shafee ni check pulak berapa banyak pulak DNA dah tersumbat kat lubang jubor dia sendiri sebab berpuluh tahun lamanya pakai jamban duduk.. Ada bran??
DASYAAAAAAAAATTT!!! (pinjam trademark YB Abdullah Sani)... Datangnya DNA lelaki ketiga itu mungkin kerana Saiful duduk dimangkuk tandas & DNA ke3 tersebut dapat dari kesan beliau duduk??????.... 
Duduk dekat mangkuk tandas DNA orang lain boleh masuk dekat lobang jubor kita ke??.. Waaahhh..!!.. 
Semakin hebat..!! Pengarah filem Hollywood pun kalah kalau macam ni punye cerita beb. Aku rasa dari Shafee ni jadi lawyer, elok dia jadi pengarah filem porno je lah!! 
Imaginasi porno dia melampau lampau sangat..

Rumah aku pakai jamban duduk, maknanya ada DNA bini aku dan sesiapa yg pernah tumpang guna jamban ada dalam lubang jubo aku lah?? TEORI GILA!!! 
Lepas ni hrg mangkuk jamban duduk akan jatuh harga lah sebab semua takot nak pakai..

MB Rakyat YAB Azmin Ali Akan Fokus Kepada Pendidikan Percuma Di Selangor !

Posted: 03 Nov 2014 04:00 AM PST

MB Selangor YB Azmin dengarnya akan memfokus mengenai pendidikan percuma dlm bajet negeri 2015 . Dia cuba memfokus kepada janji pilihanraya. Manifesto PR dalam PRU 13 lalu ada sebut mengenai pendidikan percuma sampai ke universiti. Sekaranglah masanya buktikan  bahawa PR mampu laksanakan...satu langkah bijak jika mahu perintah Malaysia. Ini dimulakan dengan memberi pendidikan percuma atau murah di Universiti selangor (UNISEL).MB Selangor YB Azmin dengarnya akan memfokus mengenai pendidikan percuma dlm bajet negeri 2015 . 

Dia cuba memfokus kepada janji pilihanraya. Manifesto PR dalam PRU 13 lalu ada sebut mengenai pendidikan percuma sampai ke universiti. 

Sekaranglah masanya buktikan bahawa PR mampu laksanakan...satu langkah bijak jika mahu perintah Malaysia. 

Ini dimulakan dengan memberi pendidikan percuma atau murah di Universiti selangor (UNISEL).
 

Shafee guna kes liwat saya untuk jadi bakal peguam negara, kata Anwar - OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 03 Nov 2014 03:30 AM PST

  Published: 3 November 2014

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menuruni tangga meninggalkan Mahkamah Persekutuan selepas rayuan kes liwatnya ditangguhkan hari ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menuruni tangga meninggalkan Mahkamah Persekutuan selepas rayuan kes liwatnya ditangguhkan hari ini. – 

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempolitikkan rayuan kes liwatnya dengan matlamat untuk menjadi bakal peguam negara.

"Ada banyak gimik politik (digunakan) ketika prosiding oleh peguam Umno ini yang mahu menjadi peguam negara," kata ketua pembangkang itu kepada wartawan selepas prosiding rayuan kesnya yang ditangguhkan hari ini.

Ketika menyampaikan hujahan penggulungan bagi pihak pendakwaan hari ini, Shafee di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkata hubungan seksual di antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Anwar berlangsung sebelum 26 Jun, 2008, tarikh di mana Anwar didakwa meliwat Saiful.

Ketika perbicaraan, Mahkamah Tinggi memerintahkan semua bukti dibuang kecuali yang berkaitan dengan pertuduhan.

Tetapi hari ini, Shafee mohon penemuan sebelum ini diterima oleh Mahkamah Persekutuan.

Shafee juga memberitahu panel hakim pakar kimia kerajaan membangunkan profil DNA tertuduh daripada botol air mineral, tuala dan berus gigi yang diambil daripada Anwar yang bermalam di lokap balai polis Kuala Lumpur.

Timbalan pendakwa raya ad-hoc yang diambil kerajaan hanya untuk kes itu berkata, DNA berkenaan ada kaitan dengan 'Lelaki Y' yang diambil daripada sampel rektum Saiful.

Ini membuktikan kes pendakwaan iaitu berlaku penetrasi dan liwat, hujah Shafee.

Di luar kamar mahkamah, Anwar berkata DNA adalah "sains dan bukan politik".

"Ia tidak patut digunakan untuk mencantikkan kes ini dan guna ia sebagai helah politik. Ia tidak akan berjaya," katanya.

Anwar, yang juga mendapatkan khidmat bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang sudah bersara Datuk Seri Gopal Sr Ram sebagai ketua peguam belanya berkata, pasukan pembelaan akan membuktikan fakta yang dibangkitkan Shafee tidak benar.

Katanya, panel lima hakim berkenaan sangat teliti dan sabar, tidak seperti panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang tergesa-gesa ketika mengendalikan kes itu.

Mahkamah Persekutuan pada awalnya menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan ahli Parlimen Permatang Pauh itu, tetapi prosiding itu dilanjutkan hingga esok berikutan hujahan penggulungan yang panjang.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2012 dengan alasan bukti DNA yang lemah, tetapi Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan menghukum ahli politik itu dengan 5 tahun penjara.

Shafee berkata, beliau melengkapkan 65% daripada hujahannya dan menjangka dapat menyelesaikan tugasannya tengah hari esok.

Beliau mengakhiri penggulungannya pagi ini dengan menolak saksi pembelaan, bekas doktor Hospital Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul, individu pertama memeriksa Saiful selepas dakwaan liwat itu.

Dr Osman dalam keterangannya berkata beliau tidak menemui bukti serangan seksual terhadap Saiful berdasarkan kepada pemerhatian klinikal.

Pihak pembelaan berhujah rantaian bukti dalam kes itu rosan apabila pendakwaan gagal meletakkan Dr Osman sebagai saksi pendakwaan.

Tetapi Shafee berkata, Dr Osman tidak bercakap benar.

"Kami sudah membuktikan beliau menipu dan saya mengulanginya sekali lagi," katanya.
Pihak pembelaan dijangka menghabiskan sepanjang petang esok untuk mematahkan hujah pendakwaan. – 3 November, 2014.

See more: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.
 
  • Zar Ali III's photo.Zar Ali III YDP Agong wajib menyiasat SIAPA Muhammad Shafiee ini sebenarnya - dan adakah dia benar benar mengamalkan Islam sebenar dan ikhlas memeluk Agama Islam..... 
     
    Kerana ini tanggunjawab berat kepada YDP Agong - jika tersalah pilih.... negara ini akan dipenuhni dengan orang orang bersalah yang tidak didakwa.

ROUND 1 : Mahkamah Persekutuan arah Parlimen bayar gaji Gobind

Posted: 03 Nov 2014 02:45 AM PST

TERKINI! PARLIMEN TIADA KUASA MENAHAN GAJI AHLI PARLIMEN - MAHKAMAH PERSEKUTUAN

 


Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo hari ini melahirkan kegembiraan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengarahkan Parlimen membayar gaji dan imbuhan yang ditahan semasa beliau digantung selama setahun pada 2009.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Parlimen membayar gaji dan imbuhan yang ditahan dari ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo semasa beliau digantung selama setahun pada 2009.

Mahkamah dalam menegakkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, memutuskan yang tiada undang-undang memberikan Parlimen kuasa berbuat demikian.

Melahirkan kegembiraan dengan keputusan itu, Gobind berkata ia merupakan kes sivil terakhir yang dibawa mendiang ayahnya Karpal Singh sebelum meninggal dunia dalam satu kemalangan pada April. – TMI

" Geng Rani Kulup Beraksi Lagi. Kali Ini Bantah Pembinaan Geraja Yang Di Luluskan Oleh UMNO BN "

Posted: 03 Nov 2014 02:00 AM PST


Tak habis-habis geng Rani Kulup ni, seperti biasalah buat report polis kemudian bergambar dengan mengankat tangan, tanpa usul periksa niat yang asalnya nak menghentam pentadbiran PR Selangor terkena batang hidung sendiri.

Tapak pembinaan gereja ini sebenarnya telahpun diluluskan sejak zaman BN memerintah lagi iaitu pada tahun 2001. Jika si Rani Kulup tahun akan kebenaran ini jangan harap dia akan berdemo untuk membantah.

Berlambak lagi pusat-pusat spa, pusat-pusat judi, pusat-pusat pelacuran tapi buat tak nampak saja. Sebab apa ?? sebab ini UMNO BN yang perkenankan so tidak menjadi masalah bagi geng Rani Kulup ini.

Dakwa PAS sesat, Ku Nan bakal berdepan saman

Posted: 03 Nov 2014 01:15 AM PST



KOMENTAR

kita lihat dan tunggu
apakah saman ini 
akan dijalankan
atau hanya retorik politik
acah acah tapi tak jadi
ini kerana tak mungkin
dipersetujui oleh
pemimpin  pas
yang masih beryouji





KAH KAH KAH

woit
kita lihat
betul nak saman
atau hot hot chicken shit

adalah yb mahfiz ini
akan dibenarkan saman 
hadi awang
nik abduh
bomoh pas
pasti tak setuju
apa punya tuuuur

KAH KAH KAH



 

Kawasan peri-anal Saiful diperolehi, di mana Lelaki Y dan seorang lagi lelaki penyumbang ditemui

Posted: 03 Nov 2014 12:30 AM PST



LAPORAN LANGSUNG Tidak seperti Mahkamah Rayuan yang mendengar kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua hari yang ditetapkan Mac lepas, Mahkamah Persekutuan pula telah melangkaui peruntukan dua hari untuk mendengar rayuan terakhir Anwar yang masuk hari kelima hari ini.

11.15am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.

11.10am: Shafee kelihatan mengelak apabila Hakim Arifin bertanya bagaimana 18 alel boleh berada di situ.

Beliau berpindah topik lain mengenai testimoni tiga orang doktor HKL bahawa mereka mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

"Mereka menggunakan proctoscope dan kemungkinan pencemaran adalah kurang kerana semua peralatan telah disterilkan.

"Para doktor tidak boleh mengatakan berlaku penetrasi. Setelah mereka melihat sampel empat sentimeter ke dalam dubur Saiful, mereka mendapati ada penetrasi."

Hakim Arifin bertanya sama ada keterangan Saiful mengenai insiden lain boleh dianggap sebagai 'pre-judicial'.

Bagaimanapun, Shafee berkata kebenaran adalah relevan, memetik kes Harun Idris.

11am: Shafee berkata tidak ada orang ketiga menurut (ahli kimia) Seah kerana ia (alel 18) dianggap 'dropping'.

Ia muncul sekali sahaja, tambahnya.

Para hakim kemudiannya bergilir-gilir untuk bertanya tentang bukti DNA yang bertentangan.

"Jika anda boleh membacanya, ia tidak 'degraded'. Anda boleh sama ada membaca atau tidak boleh. Ini adalah satu perkara yang penting untuk diingati," kata Shafee.

10.55am: Shafee berkata DNA Anwar dan Saiful ditemui pada seluar dalam kelabu Saiful.

Katanya, dalam swab peri-anal dari Saiful, DNA Anwar dan Saiful terdapat dari "atas ke bawah".

Beliau menambah bahawa DNA Anwar juga ditemui pada ekstrak bukan sperma pada rektum tinggi.

Katanya, ia terdapat pada setiap locus.

Shafee menjelaskan bahawa orang ketiga boleh jadi hasil daripada Saiful duduk di atas tempat duduk tandas.


10.40am: Shafee berkata Lelaki Y adalah Anwar.

Kawasan peri-anal Saiful diperolehi, di mana Lelaki Y dan seorang lagi lelaki penyumbang ditemui. Shafee berkata, beliau akan menjelaskan tentang lelaki penyumbang yang lain itu kemudian.

Shafee berkata ahli kimia Noraidora Saedon memberi keterangan bahawa swab DNA daripada berus gigi seragam dengan Lelaki Y.

Hakim Arifin bertanya sama ada lelaki yang tidak dikenali itu ditemui pada swab peri-anal dan Shafee menjawab iya.

Beliau berkata alel (allele) 18 hanya dalam ekstrak sperma dalam rektum bawah b9.

Katanya, apa yang ahli kimia itu kata terdapat dalam salah satu locus (18 allele) dan "kita mengabaikannya."

10.35am: Barang-barang bukti dari sel, kata Shafee. adalah boleh diterima sebagai fakta dan juga dalam undang-undang.

Anwar, tambahnya, telah menolak untuk memberikan sampel di Hospital Kuala Lumpur (HKL) walaupun terdapat bukti bahawa putik kapas telah dimasukkan ke dalam kawasan dubur (Anwar).

"Bagaimanapun, putik kapas ini tidak digunakan kerana Anwar enggan memberikan sampelnya walaupun ia boleh merupaka bukti yang kuat."

Sekarang, Shafee menyentuh tentang seluar Saiful, satu lagi bahan bukti yang diterima sebelumnya.

10.25am: Shafee berkata walaupun jika mahkamah mengakui bahawa barang-barang itu diperolehi secara tidak sah, ia masih boleh diterima oleh mahkamah sebagai bukti.

Beliau menambah bahawa bukti dari lokap itu adalah yang digunakan oleh Anwar, seperti kerangan yang diberikan oleh saksi polis.

Membaca laporan lokap, Shafee berkata, sel itu adalah bersih sebelum Anwar tiba.

"Jika Anwar memberus gigi, Anwar boleh menggunakan air paip di dalam (sel)" tambahnya,menjawab dakwaan pihak pembelaan bahawa ia tidak mungkin.

10.13am: Shafee seterusnya berhujah mengenai kes undang-undang di mana bukti 'entrapment evidence' boleh dibenarkan di mahkamah.

Beliau berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk mengecualikan itu.

Pihak pembelaan sebelum ini berhujah bahawa bukti bagi sel tersebut telah dilakukan melalui tipu daya.

10am: Shafee berhujah mengenai kebolehterimaan bukti.

Beliau berkata mendiang Karpal Singh telah menyoal Jude secara ekstensif semasa perbicaraan awal.

Beliau berkata tidak ada keperluan untuk 'bicara dalam perbicaraan' diadakan untuk menerima tiga bukti tersebut.

Shafee berkata sementara pihak pembelaan telah membalas bahawa bukti harus diterima di dalam bicara dalam perbicaraan, beliau menunjukkan bahawa ia boleh juga diterima semasa perbicaraan utama.

"Dalam perrbicaraan utama, peguam diperlukan untuk menyoal semua, dan Karpal tidak menyoal balas Jude (lagi)."

Tidak ada prejudis bagi hakim untuk menerima keterangan itu, keta Shafee

Beliau menambah bahawa hakim pada masa itu telah membuat keputusan mengenai pengeluaran waran tangkap asal, dan telah membenarkan barang-barang itu dikemukakan sebagai bahan bukti.

9.50am: Shafee kini menyentuhkan tentang persekitran penangkapan Anwar.

Shafee berkata, Anwar akan menjadi orang yang terakhir tidak tahu apa kesalahan di bawah Seksyen 377.

Katanya, ia adalah satu kesalahan yang serius dan boleh ditangkap.

Ia adalah persetubuhan di luar tabie dan tidak perlukan waran tangkap, tambahnya.

"Ini adalah penangkapan yang sah, dan beliau telah dimaklumkan mengenai alasannya di balai polis. Tidak ada pelanggaran hak perlembagaannya."

Hakim Suriyadi menyatakan bahawa waran tangkap menyatakan nombor alamat unit kondominium yang berbeza dan Shafee mengakui kesilapan itu.

Apa yang penting, kata Shafee, ialah pengadu (Mohd Saiful Bukhari Azlan) dinamakan.

Shafee berpendapat ia tidak perlukan alasan penangkapan tetap sama, kerana ia terpulang kepada pendakwa.

9.45am: Shafee berkata keterangan polis adalah neutral dan ada fakta jelas bahawa Anwar membawa botol air mineral dan menggunakannya ketika dalam lokap.

Beliau menambah bahawa bukti-bukti itu tidak boleh dianggap bukti yang diperolehi secara tidak sah.

"Anwar telah ditangkap ketika keretanya diberhentikan (ketika menuju ke rumahnya di Bukit Segambut). Namun, apa yang tidak dipertikaikan ialah waran tangkap telah ditunjukkan kepada Anwar di IPK Kuala Lumpur."

Anwar telah dimaklumkan mengenai alasan-alasan dia ditangkap dan menunjukkan tuduhannya, tegas Shafee.

9.38am: Shafee menyimpulkan bahawa tidak akan ada peluang untuk mereka bukti.

Beliau membaca testimoni di mana saksi polis (pegawai yang bertugas menjaga sel) memberi keterangan bahawa dia melihat Anwar membawa botol air mineral ke dalam sel.

Polis, tambahnya, membenarkan Anwar membawa botol itu.

Jude, menurut Shafee, juga berkata, ketika mengiringi Anwar ke lokap dia nampak Anwar membawa botol air mineral.

"Jude berkata Anwar membawa botol air mineral 'Cactus'. Barang yang diperolehi dari sel (pada hari berikutnya) ialah juga botol air mineral Cactus."

Dalam berdepan dengan keterangan dari dua pegawai polis, Shafee berkata barang-barang itu harus diterima sebagai bukti.

"Mereka hanya menyatakan apa yang mereka lihat. Tidak ada konspirasi," tambahnya.

Botol air mineral, berus gigi dan tuala telah diuji untuk DNA Anwar.


9.33am: Shafee berkata sementara pihak pembelaan telah membangkitkan sebelum ini mengenai cara bagaimana barang-barang itu diperolehi, beliau berkata ia tidak dibangkitkan semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata polis tidak disoal balas mengenai isu itu.

Shafee berkata, seorang pegawai polis telah mendengar Anwar memberus gigi, dan ini tidak dicabar oleh pasukan pembelaan pada masa itu.

"Semua ini tidak dicabar. Apabila Anwar meninggalkan lokap barang-barang ini, yang sebelum ini dalam beg plastik, berada di atas lantai.

"Ini menunjukkan penggunaan barang-barang ini oleh perayu (Anwar)," katanya.

Minggu lepas pihak pembelaan berhujah bahawa tidak ada sinki di sel Anwar dan oleh itu beliau tidak mungkin menggosok gigi.

Barang-barang yang dirampas itu telah digunakan untuk mendapatkan DNA Anwar.

9.25am: Shafee menyambung hujahnya. Beliau kini menyerahkan barang-barang yang dirampas dari sel Anwar pada 17 Julai 2008.

Katanya, polis telah mengambil sehelai rambut, tuala 'selamat pagi', berus gigi, botol air untuk digunakan sebagai bukti.

Anwar telah menempatkan barang-barang ini di dinding separuh (half wall) di dalam sel.

Supt Amidon Anan, katanya, telah mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila mengambil barang-barang tersebut dan menghantarnya kepada ahli kimia melalui pegawai penyiasat (IO, DSP Jude Blacious Pereira).

9.23am: Pendengaran mahkamah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Tun Arifin.

9.23am Kira-kira 30 penyokong Saiful Bukhari Azlan berkumpul di hadapan bangunan Perbadanan Putrajaya - yang berhadapan dengan Istana Kehakiman.

Mereka yang menggenakan baju-T bewarna merah berkumpul sambil melaungkan "Hukum Anwar" dan "Belia benci Anwar".

Kehadiran penyokong Saiful itu menarik perhatian penyokong Anwar tetapi tiada pergaduhan berlaku.

Bagaimanapun kehadiran penyokong Saiful di kawasan itu mendatangkan ketidakpuashatian penyokong Anwar yang menyifatkan tindakan itu sebagai provokasi.

Ada diantara penyokong Anwar membalas laungan itu dengan menjerit "Kena bayar RM30!".

Selepas lima minit, penyokong Saiful beredar dan berkumpul pada jarak kira-kira 500 meter dari penyokong Anwar.

9.10am: Kelihatan di dewan mahkamah Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk  Johari Abdul dan MP Alor Gooi Hsiao Leung.

Peguam Anwar dari kes liwat I, Zainur Zakaria juga kelihatan.

9.00am: Mahkamah bersiap sedia untuk memulakan prosiding.

8.48am: Anwar memasuki dewan mahkamah bersa,a isterinya yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan para penyokongnya. Mahkamah ini sudah penuh sesak.

Ketua pembangkan itu kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan Sri Ram.

8.36am: Shafee memasuki dewan mahkamah dan duduk di sebelah kanan dengan DPP Mohd Hanafiah. Pemerhati antarabangsa juga telah mengambil tempat duduk mereka.


Di luar bangunan mahkamah, 12 penyokong Anwar berkumpul. Kawasan ini penuh dengan anggota media dan polis yang bertugas.

Perkarangan mahkamah juga hanya dipenuhi oleh wartawan dan anggota polis yang bertugas.

8.25am: Seperti biasa polisi memeriksa mereka yang memasuki dewan mahkamah dan memastikan mereka mempunyai pas yang diperlukan.

Sudah berada di mahkamah ialah peguambela Tan Sri Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur dan Latheefa Koya.
 
 
 
Malaysiakini

Utusan Ucap Tahniah Kepada Pas Kerana Lari Dari Anwar

Posted: 02 Nov 2014 11:45 PM PST

 

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mengucapkan tahniah kepada PAS kerana menjauhkan diri daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak seperti sokongan yang pernah ditunjukkan sebelum ini.

Awang Selamat, nama pojokan yang mewakili pengarang akhbar edisi Ahad itu berkata, pendirian PAS jelas tidak bersekongkol dengan mereka yang memperjuangkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang selama ini mendokong Anwar dalam mempertahankan hak asasi manusia.

"Satu lagi isyarat yang kuat daripada kepimpinan PAS bahawa parti itu bukan pak turut dan menjadi alat Anwar.

"Awang ucap tahniah kepada PAS kerana menjauhkan diri daripada terpalit menyokong Anwar sebagaimana yang menjadi kekuatan dalam banyak demonstrasi sebelum ini.
"Lebih-lebih lagi, PAS dilihat tidak mahu bersekongkol dan sealiran dengan badan LGBT yang bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar dalam kes tersebut atas nama hak asasi dan kebebasan seks," katanya dalam akhbar Mingguan Malaysia.

Awang Selamat berkata, bukan sahaja PAS yang bersikap dingin terhadap Anwar, malah penyokongnya sendiri yang semakin berkurangan hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya di mana perbicaraan berlangsung di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, ia mesej jelas kepada Anwar yang menunjukkan masyarakat, terutamanya generasi muda, tidak lagi ghairah memberi sokongan kepadanya.

"Bukan sahaja PAS, DAP juga seperti tidak peduli, mengukuhkan lagi teori yang Anwar makin menjadi liabiliti sama ada menang atau kalah dalam kes mahkamah itu nanti.

"Lebih mengejutkan, dalam kalangan PKR sendiri, reaksi sokongan amat hambar seolah-olah dalam diam mengetahui hakikat siapa sebenarnya Anwar.

"Kalau sekadar 100 orang yang hadir, apa maknanya? Mana ahli dan penyokong PKR yang selama ini taksub kepada beliau?" katanya.

Awang Selamat berkata harapan Anwar untuk menghimpunkan ratusan ribu penyokongnya sebagaimana demonstrasi ala Hong Kong juga tidak kesampaian.

"Orang ramai lebih teruja dengan demam perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia berbanding isu peribadi yang menyentuh akhlak dan moral pemimpin PKR itu.

"Di sebalik pelbagai usaha dan gerakan membakar sentimen rakyat agar menyertai demostrasi di perkarangan mahkamah, jumlah yang hadir tidak ramai, malah makin berkurangan hari demi hari," katanya.

- tmi



BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT