Sabtu, 1 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Boyan Hodak Geram Dan Kecewa

Posted: 01 Nov 2014 11:00 PM PDT


Ketua Jurulatih JDT, Bojan Hodak memujuk kapten pasukan, Safiq Rahim selepas JDT tewas kepada Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak akur kekalahan di pentas final kepada Pahang, namun tetap menyalahkan anak buahnya gagal menyempurnakan peluang terhidang.

JDT tumbang menerusi penentuan penalti 5-3 kepada Pahang selepas perlawanan berakhir 2-2 pada masa sebenar dan berlanjutan hingga masa tambahan.

Lebih mengecewakan, JDT beraksi dengan kelebihan seorang pemain ketika masa permainan berbaki 30 minit sebelum bersambung ke masa tambahan selepas pemain Pahang, Mohd Saiful Nizam dikenakan kad merah.

"Memang kecewa dengan kekalahan seperti ini kerana pemain tidak memanfaat sepenuhnya peluang yang kami miliki.

"Kami jelas menguasai permainan, bermain lebih baik, berhak menang kerana memiliki dua peluang yang mengenai tiang sepanjang perlawanan.

"Selain itu, Pahang juga boleh dianggap bernasib baik kerana menang dengan penentuan gol," kata Hodak yang turut mengkritik keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dianggap cantik sekadar di mata.



Bas Rombongan Sekolah Rempuh Lori, Guru Dan Murid Cedera

Posted: 01 Nov 2014 10:30 PM PDT








Kuala Lumpur: Sembilan penumpang bas cedera ringan dalam kemalangan membabitkan bas dan lori di Kilometer 406 Lebuhraya PLUS berdekatan Lembah Beringin 4.16 pagi ini.

Dalam kejadian itu, bas terbabit dalam perjalanan menghala ke utara bersama 44 penumpang.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, kejadian berlaku apabila bas tersebut hilang kawalan lalu merempuh lori yang berada di hadapan.

Menurutnya, rempuhan itu tidak membabitkan kecederaan teruk pada penumpang.

"Hanya sembilan cedera ringan, tujuh dewasa dan dua kanak-kanak," katanya.

Berikut berita yang dipetik dari aplikasi whatsapp

[01/11 8:56 AM] Salfina: Menerima khabar dukacita berkaitan guru...

Satu kemalangan yang melibatkan sebuah bas yang membawa lebih 40 orang guru dari SK PERMATANG JANGGUS dengan sebuah treler telah berlaku berhampiran Tg Malim kira2 jam 3 lebih awal pagi tadi...... makluman yang diperolehi setakat ini mengatakan rombongan guru dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. 


GB dan PK1 agak serius......semua penumpang di bawa ke hospital sungai buloh untuk menerima rawatan.........

Doakan agar mereka semua selamat dan dipermudahkan segala urusan ..........

[01/11 1:44 PM] Kamazatulshima: [9:30AM, 11/1/2014] PPDU WAn SHIKIN: Alhamdulillah guru2 sk pmtg janggus kini dlm perjlnan pulang ke penang...semoga Allah melindungi perjalanan mrk semua...

[9:30AM, 11/1/2014] PPDU WAn SHIKIN: Rahim bgtau...gb patang hidung, sorang guru perempuan patah rahang n seorg anak guru cedera dan ditahan di hospital
Ramai cikgu yg luka n lebam muka.



Bloglist Malaysia.

TERBUKTI SUDAH

Posted: 01 Nov 2014 09:45 PM PDT




KOMENTAR

kini terbukti
bahawa allah 
bukan milik
bani ketuanan melayu
terbukti
bahawa allah bukan
monopoli bani ketuanan melayu

allah untuk anak semua bangsa
diatas bumi manusia

Laporan semalam menyebut, bahan penerbitan berkenaan yang mengandungi kalimah 'Allah' itu dirampas kerana timbul "keadaan syak" apabila penerbitan berkenaan diturunkan ke terminal utama KLIA2.

 

KU LI - NAJIB MEMPERLIHATKAN KEEGOAANNYA.

Posted: 01 Nov 2014 09:00 PM PDT

 
Bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ( gambar ) menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dikenali sebagai Ku Li berkata, kerajaan memekakkan telinga dan enggan mendengar rintihan rakyat.

"Hampir setiap tahun bajet yang dibentangkan seperti meminggirkan masalah rakyat.

"Terlalu banyak kritikan di Parlimen dan orang awam, juga di sosial media tetapi pemimpin kerajaan tidak mendengar langsung punca keretakan ekonomi dengan mengambil sikap tidak ambil peduli," katanya dalam surat yang diedarkan kepada semua ahli Parlimen hari ini.



Keratan akhbar hanya hiasan, kejab kata tak naikkemudian " terpaksa " di naikan.
Ku Li berkata demikian dalam surat setebal 6 mukasurat mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diedarkan kepada semua ahli Parlimen di Parlimen hari ini. 

Surat itu berkata, kerajaan perlu bersikap sensitif terhadap faktor lain yang boleh membawa kepada kejatuhan ekonomi termasuk undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku).

Ku Li berkata, kerajaan perlu memikirkan untuk menangguhkan GST ke masa di mana ekonomi negara lebih stabil dan kukuh.

"Dan jika ia perlu dilaksanakan, kadarnya juga harus dilihat semula," katanya.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan cukai GST sebanyak 6% dan akan berkuatkuasa pada 1 April tahun depan dan langkah itu dikatakan perlu untuk mengurangkan defisit negara.

Bagaimanapun, ia mendapat kecaman orang ramai dan pemimpin pembangkang yang mengatakan cukai ini membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
 

Benarkah, kata-kata PM ini?berfikirlah untuk kebenarannya
Ku Li juga mencadangkan supaya setiap agensi kementerian dan kerajaan dilengkapi dengan pegawai daripada Ketua Audit Negara untuk mengekang pembaziran, ketirisan dan salah urus yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

"Dengan pendedahan Ketua Audit Negara mengenai pembaziran, perbelanjaan berlebihan, kerugian tidak bertanggung jawab, salah urus dan rasuah mutlak, kita sebagai rakyat dan pembayar cukai, harus dimaafkan jika kita menunjukkan kemarahan kita terhadap masalah ini.

"Kita seharusnya berjaya dalam menguruskannya dan dengan itu, dapat mengurangkan bajet mengurus yang melonjak naik," katanya.

Sambil melahirkan rasa takutnya terhadap ekonomi yang semakin memburuk di negara ini, ahli Parlimen Umno itu berkata reformasi ekonomi drastik diperlukan bagi mengelakkan krisis yang boleh membawa negara ini ke dalam kekacauan.

"Rakyat memerlukan perubahan berani yang perlu dibawa pemimpin yang peka terhadap kehendak dan perasaan rakyat. Kita harus mengambil berat tentang kebimbangan dan aspirasi mereka. 

"Kenyataannya adalah, mereka perlu perubahan sekarang. Jika tidak, negara ini akan gagal. Ingat, kita bertanggungjawab tentang hal ini untuk generasi akan datang," katanya lapor The Malaysian Insider

Gambar Rahsia Sebenar Kejayaan Pasukan Pahang Menjuarai Piala Malaysia 2014 Tersebar

Posted: 01 Nov 2014 08:30 PM PDT

 
Pahang juarai paiala malaysia 2014

Gambar ini mungkin ada kena mengena ataupun tidak ada kena mengena dengan kejayaan pasukan negeri tanah tumpah darah Addin, Pahang yang mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia 2014.

Namun, pendakwah popular ini senantiasa dihati semua peringkat masyarakat. Moga Ustaz Azhar Idrus terus istiqomah dalam membuat kerja-kerja dakwah walaupun baru-baru ini tersebar berita mengaibkan buat beliau.

Begitu juga buat pasukan Pahang, moga dapat menempa kejayaan lebih cemerlang pada tahun hadapan. Moga mendapat kejuaraan treble.. 


Hogoh Pahang Hogoh!!

Zhang Jian Cuba Sogok Anggota Polis Semasa Serbuan

Posted: 01 Nov 2014 08:00 PM PDT

PENGASAS YSLM ADA RM50J TUNAI DAN CUBA RASUAH POLIS KETIKA DITAHAN

 


WARGA China, Zhang Jian yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'bakal lelaki terkaya di dunia' cuba merasuah anggota polis yang menyerbu vila dan menahannya di Phuket, Thailand, lapor The China Press.


Zhang dikatakan cuba menyogok beberapa anggota polis dengan wang secara terang-terangan ketika mereka menjumpai wang tunai lebih RM50 juta, barang kemas, surat tanah dan akaun bank semasa serbuan itu.

Zhang tinggal di kawasan taman seluas 0.4 hektar yang menempatkan dua vila miliknya yang dihias bak istana dan sebuah kolam renang besar.

Terdapat peti keselamatan bersaiz peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan barang berharganya di dalam vila itu yang dianggarkan bernilai RM20 juta.

Zhang dilaporkan berada dalam tenang semasa polis tiba tetapi kemudiannya enggan memberi kerjasama dan mempertikaikan penahanannya.

Dia memberikan wang kepada anggota polis beberapa kali tetapi tiada siapa pun mengendahkannya.

Ketika menyedari ketibaan anggota Interpol, dia tiba-tiba mengubah perlakuannya.

Namun, dia ditahan bersama dengan isterinya, Yoyo Wang Wenfang, 29, dan pembantunya.

Menurut akhbar Thai, Manager Daily, Zhang yang juga pengasas skim cepat kaya YSLM, ditahan oleh polis berkaitan skim piramid yang melibatkan mangsa di China dan Malaysia dengan jumlah lebih kurang 6 bilion baht (RM600 juta) dan 3 bilion baht (RM300 juta).

UM Jangan Ikut Perangai Umno BN, Jadikan Universiti Tempat ‘Cuci Otak’ Mahasiswa

Posted: 01 Nov 2014 07:30 PM PDT


 
Ketika penilaian pendidikan Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah tercicir berbanding Korea Selatan dan Singapura, BN cuba menghalang mahasiswa di negara ini daripada berfikiran kritikal.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata, tindakan tatatertib dan surat tunjuk sebab kepada Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan lapan pelajar lain sangat dikesali.

"Pentadbiran Universiti Malaya perlu menggugurkan dakwaan ke atas pelajar ini jika tidak mahu dilihat sebagai cerminan kepada sikap Barisan Nasional yang hanya mahu mengawal dan 'mencuci otak' mahasiswa.

"Sedangkan sebagai mahasiswa dan generasi baru, mereka seharusnya dipupuk dan dibimbing untuk berfikiran kritikal agar berdiri sama tinggi seiring negara maju dalam usaha pencarian ilmu pengetahuan," kata Kit Siang pada sebuah forum di Kulai, hari ini.

Semalam, Presiden PMUM Fahmi Zainol dan lapan yang lain menerima surat jawatankuasa disiplin dan berdepan sembilan pertuduhan berhubung himpunan bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan Dewan Tunku Canselor.

Antara pertuduhan dikenakan keatas Fahmi ialah menganjurkan perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor dan menjalankan urusan yang 'merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti' di kampus.

Perhimpunan 'Dari UM ke penjara' yang dianjurkan PMUM 27 Oktober lalu disertai lebih 2,000 mahasiswa dan aktivis, selepas berjaya memasuki pintu pagar utama arah Kuala Lumpur yang dihalang pihak pentadbiran.

Kit Siang dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pentadbiran Universiti Malaya seolah-olah 'berdendam' dengan pelajar dan ahli akademik yang mempunyai pandangan tidak sealiran, melalui tindakan mengunci pagar dan menghalang pengucapan awam di dalam kampus.

Tegasnya, langkah tersebut bukan sahaja tidak meningkatkan kedudukan universiti, ia malah mencemarkan reputasi Malaysia di mata masyarakat akademik dan pemerhati antarabangsa.

"Sistem pendidikan kita telah gagal untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang kritis.

Maka, sudah tiba masanya untuk kita menggalakkan aktivisme mahasiswa yang cakna hal-ehwal negara.
 
"Mahasiswa adalah golongan yang idealistik, dan generasi muda seperti ini wajar didorong untuk sentiasa prihatin terhadap urusan negara tanpa perlu pengaruh politik kepartian," kata Kit Siang.

Apa Sudah Jadi ??

Posted: 01 Nov 2014 07:00 PM PDT

ISTERI SAIFUL TERUS DIHENTAM KERANA ISU LIWAT


ISTERI SAIFUL TERUS DIHENTAM KERANA ISU LIWAT | Paling tak sedap didengar, ada pula yang memuatkan dalam media sosial turut menghentam isteri Saiful yang kononnya tak patut berkahwin dengan lelaki yang telah diliwat."Kalau dia bohong, dialah tanggung dosa. Betul atau tidak, apa yang dia buat adalah untuk mempertahankan maruah dia.

"Lebih teruk lagi, apa kaitan kes ini dengan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman,?"

Tidak juga menyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi Shamsiah Harun, orang ramai sepatutnya lebih berfikiran terbuka daripada terus menjatuhkan hukuman kononnya Saiful memfitnah.

"Bagi saya, cukup-cukuplah menghentam Saiful. Memang berat tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar tetapi pada masa sama, Saiful dan isterinya juga terpaksa menanggung malu dan cemuhan masyarakat sekeliling hampir setiap hari.



"Banyaklah perkara-perkara yang tersebar untuk bacaan umum yang saya lihat hanya akan mengaibkan isteri dan keluarga mentuanya padahal mereka tidak ada kaitan dengan kes liwat tersebut," katanya ketika ditemubual 

Jelasnya, adalah tidak adil jika orang lain seperti isteri Saiful dikutuk sesuka hati sepanjang kes itu berjalan.

"Kita tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah dan keputusan hanya akan diketahui setelah Mahkamah Persekutuan memberi kata putus.

"Ramai yang membuat andaian berdasarkan hukum logik akal. Kononnya tak masuk akal Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat dan tak munasabah Saiful tak melawan ketika diliwat serta banyak lagi andaian lain.

"Logik atau tidak, semuanya keluar dari mulut Saiful dan siapalah kita yang hendak menolak kata-katanya itu," ujarnya.

Tambahnya, kehadiran orang ramai yang menyokong Saiful membuktikan masih ada yang yakin apa yang dilalui itu adalah benar.

"Apa yang penting, kalau tidak yakin dengan kata-kata Saiful, tak perlulah membabitkan isterinya yang kini telah pun menjadi ibu hasil perkahwinannya denga Saiful setahun lalu," katanya.

Punca Najib Bermatian-Matian Mahu Menawan Selangor Kembali Tersebar

Posted: 01 Nov 2014 06:30 PM PDT

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau "letih" dan "malu" setiap kali BN digelar sebagai pembangkang di Selangor.

"Saya rasa letih dan sangat memalukan apabila kita (BN) dipanggil pembangkang.

"Saya tahu anda semua ras letih dan malu juga," katanya dalam ucapan di konvensyen Umno Selangor hari ini.

Oleh itu, anggota parti berkenaan perlu berani membuat perubahan bagi merampas semula negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. ~malaysiakini

Pemimpin UBN Bermaharajalela....??

Posted: 01 Nov 2014 05:45 PM PDT




LEBIH BERANI RASUAH

LEBIH BERANI GANAS





UMNO perlu lebih berani jika mahu kekal sebagai pembela rakyat - Muhyiddin

KUALA TERENGGANU: UMNO perlu mengatur langkah baharu dan tidak lagi boleh bertindak seperti biasa memandangkan parti keramat ini merupakan harapan kepada orang Melayu yang mahu parti lebih berani untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.
KAH KAH KAH

woit
lebih berani apa?
lebih berani tipu
lebih berani rasuah
lebih berani kelrntong
lebih berani bunuh rakyat
lebih berani kerja denhan
cukong lendir
lebih berani rembat tanah orang kampong
woit
lebih berani apa

apa punya tuuuur

KAH KAH KAH

LEBIH BERANI 
RUNTUH RUMAH

SIAPA PUNYA KERJA


KOMENTAR
siapa punya kerja
siapa punya rancangan
soalannya kamera siapa


10,000 hadiri kuliah Jumaat Ustaz Azhar Idrus
KOTA BHARU - Biarpun dikaitkan dengan video seks indiviu mirip beliau, namun penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetap menjadi perhatian dan diterima masyarakat.
Ini terbukti apabila kuliah Jumaat yang disampaikan beliau di Dataran Ilmu mendapat sambutan hebat daripada rakyat Kelantan dengan kehadiran hampir 10,000 peminat dari seluruh pelosok negeri ini.
Bagaimanapun usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan UAI berhubung video seks yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru ini gagal, setelah dihalang pihak keselamatan.
Baru-baru ini peminat UAI digemparkan dengan penyebaran sebuah rakaman video memaparkan adegan di atas katil membabitkan seorang lelaki mirip beliau dengan seorang wanita.

KAH KAH KAH


woit
pasal apa gagal
nak dapat komen
pasal apa dikawal?

dikatakan pelanduk
dua serupa

soalan kurun ini
kenapa tak tangkap
pelanduk itu
apa yang nak
disorokan oleh
sang pelanduk itu
poooorah 

KAH KAH KAH

 

Kenapa Mahathir begitu marah pada Anwar?? - Kick Andy - Written By canang

Posted: 01 Nov 2014 05:00 PM PDT


















Saat saya mengenali Anwar dan kenapa dia perlu disokong – Ahmad Kassim

Posted: 01 Nov 2014 09:00 AM PDT

 Suara Rakyat Kunak

Saat saya mengenali Anwar dan kenapa dia perlu disokong – Ahmad Kassim  Published: 28 October 2014  Anwar dalam kampus  Anwar bin Ibrahim satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada khalayak ramai, kerana nama ini mewarnai kancah perjuangan Islam dan politik Malaysia sejak tahun 70an lagi. Saya mula mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sejak zaman menuntut di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar tahun 80an.  Semasa di UPM saya aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam (PMI),  yang mana PMI adalah model Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di dalam kampus. Orentasi dakwah dengan uslub usrah, tamrin dan bacaan al-makthurat menjadikan PMI anak Abim di kebanyakan kampus universiti. Ini adalah kerana organisasi Abim tidak dibenarkan wujud di alam kampus.  Sebaik sahaja saya menamatkan pengajian di UPM, saya tidak mengambil masa lama untuk terlibat aktif dengan Abim di negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman. Oleh kerana latar belakang saya yang terlibat secara langsung dengan Abim, dan DSAI antara pengasas Abim, maka saya selaku ahli Abim amat mengetahui perjuangan DSAI yang menjadi sinonim dengan gerakan ini.  Seingat saya tidak pernah kami terlepas membincangkan isu yang berkaitan dengan DSAI sama ada dalam usrah, tamrin  dan perbincangan tertutup mahupun terbuka. Membicarakan isu DSAI adalah sebahagian daripada tarbiyah siasah yang menjadi model Anwar dalam kampus

Anwar bin Ibrahim satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada khalayak ramai, kerana nama ini mewarnai kancah perjuangan Islam dan politik Malaysia sejak tahun 70an lagi. Saya mula mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sejak zaman menuntut di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar tahun 80an.

Semasa di UPM saya aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), yang mana PMI adalah model Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di dalam kampus.

Orentasi dakwah dengan uslub usrah, tamrin dan bacaan al-makthurat menjadikan PMI anak Abim di kebanyakan kampus universiti. 

Ini adalah kerana organisasi Abim tidak dibenarkan wujud di alam kampus.

Sebaik sahaja saya menamatkan pengajian di UPM, saya tidak mengambil masa lama untuk terlibat aktif dengan Abim di negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman. 

Oleh kerana latar belakang saya yang terlibat secara langsung dengan Abim, dan DSAI antara pengasas Abim, maka saya selaku ahli Abim amat mengetahui perjuangan DSAI yang menjadi sinonim dengan gerakan ini.

Seingat saya tidak pernah kami terlepas membincangkan isu yang berkaitan dengan DSAI sama ada dalam usrah, tamrin dan perbincangan tertutup mahupun terbuka. Membicarakan isu DSAI adalah sebahagian daripada tarbiyah siasah yang menjadi model "political experiment" dalam kerajaan pada ketika itu.

Anwar dan ijtihad politik kepartian

Keterlibatan beliau dalam kerajaan kadang-kadang mendapat pujian, tidak kurang juga yang menyerang terutama daripada sahabat-sahabat Islam (khususnya PAS) ketika itu. Bagi kami komen, kritikan dan cercaan adalah asam garam kepada sesiapa yang terlibat dalam dakwah.

Tetapi untuk mempertahankan segala pendirian atau tindakan Anwar semasa dalam kerajaan amat sukar bagi kami. Biasanya orang-orang Abim yang menjadi 'punching beg' oleh sahabat PAS. 

Namum kami cuba mencari jawapan-jawapan yang 'significant' atau nas-nas yang ada untuk mempertahankan beliau. Ada kalanya amat memenatkan, namun terus bersangka baik, dengan harapan ijtihad yang beliau buat menyertai kerajaan adalah betul.

Tahun 1982 apabila bermula era intim DSAI dengan kerajaan dan khususnya dengan Umno menyebabkan pandangan masyarakat pada orang-orang Abim adalah sama seperti orang Umno. 

Pengaruh DSAI pada Abim amat sukar dikikis, bagi masyarakat, Anwar Ibrahim itu Abim dan Abim itu Anwar Ibrahim.

Walaupun beliau cuba menjarakkan dirinya dengan Abim, tetapi kehebatan beliau dan keunggulan Abim itu menyebabkan hubungan dan ikatan itu gagal dipisahkan hingga hari ini. 

Di kalangan orang-orang Umno, beliau juga dipanggil dengan gelaran 'Pak Sheikh'. 'Sheikh' adalah ganti nama yang sering digunakan oleh ahli-ahli Abim untuk panggilan sesama mereka.

Anwar tersingkir daripada kerajaan

Hanya beberapa bulan sebelum peristiwa hitam September 1998, ketika belum ada pokok yang bergoyang daripada tiupan angin yang belum nampak dari arah mana datangnya. 

Saya menerima panggilan telefon daripada pimpinan kanan Abim pusat supaya bersiap siaga kerana DSAI akan di tangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Saya bingung, amat bingung, kusut pemikiran, kaku pergerakan, mana mungkin seorang yang berjawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, orang nombor dua dalam kerajaan akan ditangkap di bawah ISA, pelbagai persoalan berbangkit yang belum ada jawapan menghantui pemikiran saya. 

Saya diminta memaklumkan kepada Datuk Ustaz Fadzil Noor (presiden PAS) yang berada di Alor Setar dan pimpinan kanan Abim Kedah. Ini adalah arahan daripada Abim Pusat.

Tanpa melengahkan masa, saya yang dalam perjalanan untuk menguruskan suatu urusan terus membuat pusingan 'U', untuk bertemu dengan Ustaz Nia'mat Yusof bersama seorang rakan pimpinan Abim. 

Hanya air mata sahaja membasahi pipi Ustaz Nia'mat selepas kami menyampaikan maklumat tersebut. Kunjungan ke rumah Ustaz Fadzil Noor tidak berhasil kerana dia berada di Kuala Lumpur..

Pelan tindakan seterusnya adalah menunggu ketibaan Ustaz Fadzil Noor di Lapangan Terbang Kepala Batas. Alor Setar. Pesawat terakhir di tengah malam yang membawa Ustaz Fadzil Noor tiba lebih kurang jam 11.50 malam.

Kak Jah nama panggilan untuk isteri Ustaz Fadzil Noor turut menunggu kepulangan suaminya hanya dititipkan beg untuk dibawa pulang. Kami berjanji pada Kak Jah menghantar Ustaz Fadzil ke rumah nanti. Kak Jah amat faham akan kesibukan suaminya dalam perjuangan.

Malam itu saya menjadi pemandu manakala Ustaz Nia'mat Yusof dan Ustaz Fadzil Noor menjadi penumpang mulia saya. Saat itu adalah detik yang amat bahagia bagi seorang petugas gerakan dakwah kerdil seperti saya. 

Perbincangan hanya dalam kereta, arahan Ustaz Fadzil Noor saya patuhi, hampir sejam saya hanya memandu kereta berpusing-pusing sekitar bandar Alor Setar, sambil membincangkan maklumat yang diterima siang tadi.

Saya nampak Ustaz Fadzil membisu terlalu lama, saya tidak tahu sama ada itu gaya beliau, atau dia memikirkan sesuatu untuk memberikan reaksi pada kami berdua. 

Saya tak berani menyampuk walau sepatah, apatah lagi kedua-dua mereka adalah guru yang sering membimbing saya secara langsung.

Akhirnya dia bersuara " Mat kita kena siap sedia, Dr.Mahathir pasti akan menangkap Anwar", kenyataan itu menyebabkan sendi lutut saya semakin longgar. 

Saya mengharapkan jawapan yang positif daripada Ustaz Fadzil supaya boleh melegakan perasaan saya, namun beliau memberikan jawapan sejujurnya.

Perbincangan kami sekitar watak Dr Mahathir dan watak Anwar. Dr Mahathir akan buat apa yang dia hendak buat dan tidak takut pada risiko politik, Ustaz Fadzil menerangkan watak Dr. Mahathir yang beliau kenali. 

Pesan Ustaz Fadzil pada kami berdua, kita mesti pertahankan Anwar dengan apa cara sekali pun. Selepas itu saya hanya mendengar perbincangan tertutup dibuat beberapa kali di antara Ustaz Fadzil dan Anwar dengan dihadiri ramai kenalan Abim pusat.

Segala-galanya berubah, menjelang September 1998, ketika nama beliau sedang gah di persada antarabangsa, dengan gelaran menteri kewangan terbaik Malaysia yang turut diakui dunia ,di mana kemahuan untuk melakukan islah (perubahan) dalam pentadbiran kerajaan dengan pelbagai usaha dan dasar-dasar yang pro Islam khususnya dalam sistem pendidikan, sistem perbankkan Islam, dan dasar serta program yang mesra rakyat, selangkah lagi menuju puncak kuasa, namun ketentuan Allah SWT mengatasi segalanya.

Dia dipecat dan disingkirkan daripada tampuk kuasa dan parti dengan cara paling hina dan amat memilukan. Tuduhan dan fitnah liwat dilemparkan, tanpa segan silu media-media milik kerajaan memainkan peranan melebar luaskan lagi fitnah itu ke seluruh pelusuk negara.

Abim pembela Anwar nombor satu

Umno yang beliau julang selama 16 tahun mengaibkannya dengan memecat keahlian beliau selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT). 

Suasana kacau bilau dalam negara dengan polimik politik benar-benar membingungkan minda rakyat jelata yang memandang tinggi padanya.

Antara percaya dengan tidak, melihat kewibawaan beliau yang sering membawa nilai-nilai keislaman dengan tuduhan liwat amat bertentangan sama sekali. 

Selaku mantan presiden Abim, pimpinan Abim dan seluruh ahli-ahlinya tidak dapat menerima fitnah jahat ini. 

Abim mesti membuat sesuatu kerana maruah DSAI yang terjejas sedikit sebanyak akan menjejaskan kredibiliti Abim juga.

Saat saya mengenali Anwar dan kenapa dia perlu disokong – Ahmad Kassim
Published: 28 October 2014

Anwar dalam kampus

Anwar bin Ibrahim satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada khalayak ramai, kerana nama ini mewarnai kancah perjuangan Islam dan politik Malaysia sejak tahun 70an lagi. 

Saya mula mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sejak zaman menuntut di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar tahun 80an.

Semasa di UPM saya aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), yang mana PMI adalah model Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di dalam kampus. 

Orentasi dakwah dengan uslub usrah, tamrin dan bacaan al-makthurat menjadikan PMI anak Abim di kebanyakan kampus universiti. Ini adalah kerana organisasi Abim tidak dibenarkan wujud di alam kampus.

Sebaik sahaja saya menamatkan pengajian di UPM, saya tidak mengambil masa lama untuk terlibat aktif dengan Abim di negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman. 

Oleh kerana latar belakang saya yang terlibat secara langsung dengan Abim, dan DSAI antara pengasas Abim, maka saya selaku ahli Abim amat mengetahui perjuangan DSAI yang menjadi sinonim dengan gerakan ini.

Seingat saya tidak pernah kami terlepas membincangkan isu yang berkaitan dengan DSAI sama ada dalam usrah, tamrin dan perbincangan tertutup mahupun terbuka. 

Membicarakan isu DSAI adalah sebahagian daripada tarbiyah siasah yang menjadi model "political experiment" dalam kerajaan pada ketika itu.

Anwar dan ijtihad politik kepartian

Keterlibatan beliau dalam kerajaan kadang-kadang mendapat pujian, tidak kurang juga yang menyerang terutama daripada sahabat-sahabat Islam (khususnya PAS) ketika itu. 

Bagi kami komen, kritikan dan cercaan adalah asam garam kepada sesiapa yang terlibat dalam dakwah.

Tetapi untuk mempertahankan segala pendirian atau tindakan Anwar semasa dalam kerajaan amat sukar bagi kami. 

Biasanya orang-orang Abim yang menjadi 'punching beg' oleh sahabat PAS. 

Namum kami cuba mencari jawapan-jawapan yang 'significant' atau nas-nas yang ada untuk mempertahankan beliau. 

Ada kalanya amat memenatkan, namun terus bersangka baik, dengan harapan ijtihad yang beliau buat menyertai kerajaan adalah betul.

Tahun 1982 apabila bermula era intim DSAI dengan kerajaan dan khususnya dengan Umno menyebabkan pandangan masyarakat pada orang-orang Abim adalah sama seperti orang Umno. 

Pengaruh DSAI pada Abim amat sukar dikikis, bagi masyarakat, Anwar Ibrahim itu Abim dan Abim itu Anwar Ibrahim.

Walaupun beliau cuba menjarakkan dirinya dengan Abim, tetapi kehebatan beliau dan keunggulan Abim itu menyebabkan hubungan dan ikatan itu gagal dipisahkan hingga hari ini. 

Di kalangan orang-orang Umno, beliau juga dipanggil dengan gelaran 'Pak Sheikh'. 'Sheikh' adalah ganti nama yang sering digunakan oleh ahli-ahli Abim untuk panggilan sesama mereka.

Anwar tersingkir daripada kerajaan

Hanya beberapa bulan sebelum peristiwa hitam September 1998, ketika belum ada pokok yang bergoyang daripada tiupan angin yang belum nampak dari arah mana datangnya. 

Saya menerima panggilan telefon daripada pimpinan kanan Abim pusat supaya bersiap siaga kerana DSAI akan di tangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Saya bingung, amat bingung, kusut pemikiran, kaku pergerakan, mana mungkin seorang yang berjawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, orang nombor dua dalam kerajaan akan ditangkap di bawah ISA, pelbagai persoalan berbangkit yang belum ada jawapan menghantui pemikiran saya. 

Saya diminta memaklumkan kepada Datuk Ustaz Fadzil Noor (presiden PAS) yang berada di Alor Setar dan pimpinan kanan Abim Kedah. Ini adalah arahan daripada Abim Pusat.

Tanpa melengahkan masa, saya yang dalam perjalanan untuk menguruskan suatu urusan terus membuat pusingan 'U', untuk bertemu dengan Ustaz Nia'mat Yusof bersama seorang rakan pimpinan Abim. 

Hanya air mata sahaja membasahi pipi Ustaz Nia'mat selepas kami menyampaikan maklumat tersebut. Kunjungan ke rumah Ustaz Fadzil Noor tidak berhasil kerana dia berada di Kuala Lumpur..

Strategi Abim selanjutnya adalah membantu DSAI dengan menjadikan rangkaian Abim sebagai wadah membersihkan fitnah ini. 

Ucapan sulung beliau sebaik dipecat sempat dirakam dalam video, kami membuat salinan sekadar termampu dan disebarkan ke seluruh negara.

Tanpa menunggu masa yang panjang DSAI cepat memanfaatkan ruang dan peluang yang Abim berikan. Hajat DSAI menggempur kubu kuat Dr.Mahathir di Kedah disampaikan melalui saudara Saifudin Nasution kepada saya. 

Beliau menyatakan hasrat DSAI untuk mencari tempat ceramah di Baling atau Kubang Pasu. Selepas berkubu lama di rumah beliau di Damansara Utama.

Namun tidak ada siapa yang berani memberikan tempat kepada Anwar pada ketika itu. Beliau disingkirkan daripada kerajaan, bukan lagi timbalan perdana menteri yang berkuasa. Namun saya nekad DSAI mesti dibawa ke Kedah. 

Hanya Pondok Ustaz Nia'mat di Derang, Pokok Sena yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan yang berani menawarkan premis buat beliau.

Keputusan itu saya buat sendiri tanpa merujuk kepada Ustaz Nia'mat, kerana saya tahu Ustaz Nia'mat pasti akan setuju. 

Perbincangan dengan rakan-rakan pimpinan memutuskan program ini atas Persatuan Ulama Kedah, yang mana Ustaz Abu Bakar Awang menjadi Yang Dipertua pada masa itu. Ustaz Abu Bakar Awang adalah kenalan rapat DSAI.

Kami mulakan publisiti program dengan menampal poster ke seluruh daerah berdekatan dengan tempat program. Publisiti tambahan adalah daripada media massa TV yang turut memaklumkan kehadiran DSAI di luar Kuala Lumpur.

Pihak polis juga datang untuk melihat tempat program. Oleh kerana program dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah berdaftar, dan dibuat dalam kawasan tertutup iaitu dalam dewan, maka permit tidak diperlukan.

Belum pernah saya mengendalikan majlis sebesar itu dalam sejarah umur saya. Kehadiran mencecah puluhan ribu orang dalam tempat yang sangat terhad. Orang ramai terpaksa meletakkan kenderaan berkilometer jauhnya.

Mereka berjalan kaki semata-mata mendengar sendiri penjelasan DSAI mengenai salah laku fitnah liwat yang dituduh kepadanya. 

Saya yang menjadi pengarah program terpaksa mengurus perjalanan DSAI untuk masuk ke tempat program ini dari jalan belakang yang jarang dilalui orang ramai.

Terlalu ramai sahabat handai, rakan taulan yang datang memberikan sokongan kepada DSAI pada malam itu. Kasih sayang pada seorang tokoh pencetus kebangkitan umat tiada tolok bandingnya.

Kasih sayang seorang abang kepada adiknya

Begitu juga dengan Ustaz Fadzil Noor, walaupun beliau berbeza dalam kem parti politik, namun istiqamah memperjuangkan nasib DSAI pada saya amat luar biasa. 

Beliau pernah dikecam pimpinan PAS pada saat awal beliau membantu DSAI, namun jawapan politik Ustaz Fadzil menyebabkan pandangan negatif kepada Anwar Ibrahim berjaya diredakan.

Bukan sekadar itu, malah Ustaz Fadzil berjaya menukar polimik yang kronik menjadi peluang terbaik untuk kejayaan gerakan dakwah di Malaysia. 

Saya tumpang bersyarah di pentas PAS atas kapasiti sebagai setiausaha Abim Kedah, jawatan rasmi pada masa itu. Pentas ini menjadi medan membetulkan persepsi orang ramai pada DSAI.

Walaupun sifat Abim yang 'non-partisan' tetapi amat sukar dibezakan bila bersyarah mengenai nasib rakyat dan apa yang menimpa DSAI. 

Saya terpaksa bercakap dengan nada parti politik mengkritik kerajaan dan perlakuan tidak adil mereka kepada DSAI.

Semasa DSAI dalam penjara, pelbagai versi kami terima. Sumber-sumber dalaman dan luaran menyebabkan perjuangan semakin manis. 

Penjara bukan noktah pada perjuangan. DSAI mengajar untuk berjuang walau dari dalam jeriji besi.

Semasa beliau dalam penjara, sempat saya menghadiahkan sebuah buku yang saya khatam bacaannya 'Mencapai Maqam Siddiqun dan Rabbaniyyun' karangan Sheikh Said Hawwa. Sebuah buku daripada syarah kitab Hikam (Sheikh Ibnu Atil'llah As-Sakandari) yang saya tekuni membaca dan merasai kelazatan ilmunya.

Saya hanya mampu menghantar kepada DSAI yang berada di dalam penjara Sungai Buluh pada ketika itu bersama sepucuk surat yang saya selitkan dalam buku tersebut. 

Surat daripada seorang adik kepada abangnya yang sedang menghadapi kesulitan di penjara. Hanya tawakal kepada Allah moga buku itu dapat sampai ke tangan beliau.

Menghadiahkan buku itu adalah nazar saya, apabila saya habis membaca maka saya akan menghadiahkan buku tersebut padanya. 

Alhamdulilllah, walaupun beliau tidak mengenali saya dengan dekat, namun hajat dan hasrat saya termakbul juga akhirnya. 

Beliau membalas surat saya dengan mengungkapkan cacatan perjuangan bersama-sama rakan-rakan Abim Kedah. Nama-nama Ustaz Nia'mat Yusoff, Sheikh Azmi Hj Ahmad, Cikgu Ibrah

Anwar dan reformasi politik

Reformasi politik yang diketengahkan Anwar sebelum beliau terhumban dalam penjara digenggam kemas. Pilhan raya 1999 adalah cacatan manis apabila Ustaz Fadzil Noor Berjaya di bawa ke Parlimen sekaligus menjadi ketua pembangkang.

Ramai pimpinan Abim dihantar untuk bertanding atas tiket PAS termasuk Ustaz Nia'mat Yusof yang bertanding di Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri. 

Datuk Sheikh Azmi Ahmad bertanding diParlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket Parti Keadilan Nasional pada masa itu. 

Saya terlibat secara langsung dalam rundingan mencadangkan nama-nama pimpinan Abim Kedah bersama pimpinan Abim Pusat di rumah Ustaz Fadzil Noor.

Ketika penubuhan Parti Keadilan Nasional, Datuk Sheikh Azmi dilantik menjadi naib presiden di pusat merangkap pengerusi Perhubungan Keadilan Kedah. 

Beliau meletakkan jawatan 24 jam daripada jawatan Ketua Hakim Syarie Malaysia kerana tidak setuju dengan pentadbiran Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim.

Saya menjadi 'budak suruhan' Sheikh Azmi.. Pada awal penubuhan beberapa bahagian Parti Keadilan di Kedah, saya bersama sahabat-sahabat Abim yang lain terlibat dengan aktif menubuhkannya, dengan meminta rakan-rakan Abim memegang jawatan atau menganggotai jawatankuasa penaja, atau menjadi ahli parti. 

Saya sendiri menjadi ahli di Bahagian Langkawi.

Pada 2008, ketika DSAI akan memimpin pilihan raya yang beliau tidak boleh bertanding, beberapa nama sahabat, dan pimpinan Abim diketengahkan. 

Saya turut dipinang menjadi calon ketika itu, Namun jawatan saya dalam Abim menyebabkan keputusan perlu dirujuk pada Majlis Syura Negeri.

Walaupun ada rundingan yang berlaku dengan DSAI untuk bertanding ketika itu, namun keputusan Majlis Syura Negeri menolak hasrat saya untuk bertanding. 

Saya terpaksa membuat rayuan pada pimpinan pusat yang lebih atas (macam mahkamah rayuan pula). Alhamdulillah permohonan saya diterima. Pimpinan pusat merestui hasrat saya dan memaklumkan pada pimpinan Kedah untuk membantu saya sedaya mungkin.

Anwar yang sebenarnya

Setelah bergelar ahli Parlimen dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, saya berkesempatan mendampingi DSAI secara lebih dekat. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari daripada beliau. 

Ketinggian pemikiran beliau dalam semua bidang termasuk agama, politik, pentadbiran, kewangan, falsafah, siasah syari'yah, hubungan antarabangsa, bahasa, komunikasi, kebudayaan dan lain-lain. Menjadikan saya insan kerdil di sisinya.

Apa yang saya milik hanyalah kudrat tulang empat kerat bagi membantu beliau sedaya mungkin. Kita masih berhutang pada Anwar Ibrahim, demikian kata-kata Datuk Dr Siddiq Fadhil, presiden Wadah Pencerdasan Ummah pada satu majis anjuran Abim. 

Pada saya menjadi ahli Parlimen pun belum terbayar hutangnya yang mengagaskan perjuangan Abim dan fikrah murni Islam yang sedang kita nikmati hari ini.

Berhadapan dengan kes fitnah liwat siri I dan II, serta fitnah jahat video sex, sedikitpun tidak menggugat kepercayaan dan penghormatan saya pada DSAI. 

Saya amat yakin berdasarkan tarbiyyah dalam perjuangan Abim yang diasaskan oleh beliau bersama rakan-rakan pimpinan, hakikat perjuangan mesti menempuh mehnah, ujian dan tribulasi.

Kitab Ustaz Mustaffa Mashyur Mantan Murshidul Am Ikhwan Al-Muslimin mengenai 'Tribulasi Perjuangan' yang dijadikan teks usrah dahulu masih relevan hingga kini. 

Allah SWT akan menempatkan kita pada posisi yang sesuai dengan tahap keimanan kita kepada Allah SWT. Prinsip agama yang saya pegang menolak bulat-bulat fitnah jahat kepada beliau.

Pada Allah juga saya berserah, padaNya juga saya mohon pertolongan, kekuatan, ketabahan, kesabaran untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku pada perbicaraan nanti. 

Di hadapan kita ada bahtera negara Malaysia yang perlu dikemudi dengan keperibadian unggul, pemikiran tinggi, akhlak yang terpuji, kegigihan usaha, keyakinan diri dan memiliki integriti serta sejumlah ciri-ciri kepimpinan yang tiada tolok bandingnya untuk membawa Malaysia ke mercu kejayaan.

Siapa lagi yang perlu kita sokong dan kita tolong, kalau bukan insan yang bernama Anwar bin Ibrahim. – 28 Oktober, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Mayat Atas Sofa Di Bawah Pangsapuri

Posted: 01 Nov 2014 08:15 AM PDT



Kuala Lumpur: "Saya sangkakan dia sedang tertidur di sofa. Tidak sangka rupanya dia sudah mati," kata seorang saksi kejadian yang menemui mayat seorang lelaki di tingkat bawah Pangsapuri Sri Pakar, Cheras di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa berumur 42 tahun itu ditemui dalam keadaan bersandar di sebuah sofa yang berada di bawah pangsapuri itu.

Saksi itu yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian disedari apabila mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas walaupun dikejutkan beberapa kali.

"Kemudian barulah saya sedar mangsa sudah meninggal dunia apabila melihat keadaan wajahnya yang pucat. Saya kemudian segera memaklumkan perkara itu kepada polis," katanya.

Katanya, beberapa jam sebelum kejadian, mangsa ada mengadu tidak begitu sihat dan sering muntah-muntah.

"Saya ada mengajak dia ke klinik untuk membuat pemeriksaan doktor namun dia menolak. Tidak sangka pula dia ditemui tidak bernyawa tidak lama kemudian," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

"Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

- hmetro

Teknik alih isu dah tak laku lagi sekarang ni wahai UBN.

Posted: 01 Nov 2014 07:39 AM PDT

Harga sebuah Kera jaan Babi Negara yang bergantung kepada Lendir di lubang najis Sexfool Juburi. Para pejuang Juburan mesti berbangga dengan perbicaraan ini yang diketuai oleh Shafie Mamak. Babi Negara tengah pening dengan kes ini. Kalo penjarakan DSAI impilikasinya PRU 14 nanti BN akan kecundang tapi kalo bebaskannya BN kian tertekan.   Pesta arak, pesta anjing, hallowen, kes DSAI, video porno dan macam-macam isu lagi ditonjolkan supaya rakyat lupakan kos sara hidup meningkat, kenaikan harga minyak, GST, hilangnya MH 370 dan MH 17, kerugian MAS, ketirisan, hutang negara meningkat, keselamatan negara kian terancam, meroboh rumah orang Melayu demi keuntungan kroni dan lain-lain lagi. Teknik alih isu dah tak laku lagi sekarang ni wahai UBN.Harga sebuah Kera jaan Babi Negara yang bergantung kepada Lendir di lubang najis Sexfool Juburi. Para pejuang Juburan mesti berbangga dengan perbicaraan ini yang diketuai oleh Shafie Mamak. Babi Negara tengah pening dengan kes ini. 

Kalo penjarakan DSAI impilikasinya PRU 14 nanti BN akan kecundang tapi kalo bebaskannya BN kian tertekan. 

Pesta arak, pesta anjing, hallowen, kes DSAI, video porno dan macam-macam isu lagi ditonjolkan supaya rakyat lupakan kos sara hidup meningkat, kenaikan harga minyak, GST, hilangnya MH 370 dan MH 17, kerugian MAS, ketirisan, hutang negara meningkat, keselamatan negara kian terancam, meroboh rumah orang Melayu demi keuntungan kroni dan lain-lain lagi.