Khamis, 30 Oktober 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Seluar Dalam Saiful Peningkan Pendakwa....??

Posted: 30 Oct 2014 10:45 PM PDT


Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan.

Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu.

Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata "nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar!"

Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini.

Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan.

Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan (penetration) ke dalam anus Saiful.

Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan.

Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.

Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan, tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau.

Semua tahu 4 orang doktor, satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit.

Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit, mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar.

Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah, menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat!

Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apakah lagi sehari selepas kejadian.

Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.

Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15.

Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.

P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian.

Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluat dalam yang berbeza.

Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14, iaitu dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful.

Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna (forensically useless) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh!

Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani!

Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian!!!

Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti. – 30 Oktober, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- tmi

Posted by Jeebond BLM

Alhamdulillah!!! (Gambar2) Inilah Suasana Solat Hajat Di Kediaman DS Anwar Ibrahim.. Jom Terjah!!!

Posted: 30 Oct 2014 10:00 PM PDT




Sebahagian penyokong DS Anwar Ibrahim yang hadir untuk Solat Hajat di Kediaman DS Anwar Ibrahim.





Solat dan munajat kepada Allah..mohon dijauhi dari penindasan penguasa yang zalim.. 

Sedaka Sejahtera

Mahathir Mungkin Bengang Dengan Pendedahan Ini..

Posted: 30 Oct 2014 09:15 PM PDT

 
Friday, 31 October 2014.  Mahathir Mungkin Bengang Dengan Pendedahan Ini..  Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.  Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang latar belakang Anwar semasa di kolej.  "Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.  Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat.  Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu, Ummi Hafilda Ali.  Katanya, Dr Mahathir pasti orang ramai akan percaya dengan kata-katanya jika beliau mengaku Anwar melakukan perbuatan sedemikian.  Namun, beliau enggan menurut perintah Dr Mahathir supaya mengakui dan mempercayainya walaupun ditawarkan dua fail projek.  "Sebenarnya dia mahu suruh saya supaya yakinkan dia Anwar tidak meliwat.  "Dia harap dia dapat percaya dan saya hanya bercakap benar," katanya.  Fauzi dan Anwar merupakan rakan sekolah semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1964 dan menyertai PKR pada 2008.  Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 atas dua sebab, iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai perdana menteri.  Dr Mahathir dalam buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" menyatakan beliau dimaklumkan mengenai skandal Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, 4 tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya.  Namun enggan membacanya kerana yakin ketika itu ia hanya artikel sensasi bertujuan mengaut keuntungan.  Anwar dijatuhi hukuman penjara 6 tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan 9 tahun ekoran kes Liwat II pada 2000.  Beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.  Kini, beliau dalam proses rayuan terakhir menggugurkan tuduhan Liwat II di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dijangka berakhir pada minggu depan.  Jika didapati bersalah, beliau akan dihukum penjara 5 tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008. ~malaysian insider  Addin Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.

Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang latar belakang Anwar semasa di kolej.

"Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.

Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat.

Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu, Ummi Hafilda Ali.

Katanya, Dr Mahathir pasti orang ramai akan percaya dengan kata-katanya jika beliau mengaku Anwar melakukan perbuatan sedemikian.

Namun, beliau enggan menurut perintah Dr Mahathir supaya mengakui dan mempercayainya walaupun ditawarkan dua fail projek.

"Sebenarnya dia mahu suruh saya supaya yakinkan dia Anwar tidak meliwat.

"Dia harap dia dapat percaya dan saya hanya bercakap benar," katanya.

Fauzi dan Anwar merupakan rakan sekolah semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1964 dan menyertai PKR pada 2008.

Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 atas dua sebab, iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir dalam buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" menyatakan beliau dimaklumkan mengenai skandal Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, 4 tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya.

Namun enggan membacanya kerana yakin ketika itu ia hanya artikel sensasi bertujuan mengaut keuntungan.

Anwar dijatuhi hukuman penjara 6 tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan 9 tahun ekoran kes Liwat II pada 2000.

Beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kini, beliau dalam proses rayuan terakhir menggugurkan tuduhan Liwat II di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dijangka berakhir pada minggu depan.

Jika didapati bersalah, beliau akan dihukum penjara 5 tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008. 


malaysian insider

Addin

Rantaian bukti, peranan Jude Pereira jadi tumpuan peguam Anwar

Posted: 30 Oct 2014 08:30 PM PDT

RAKYAT MALAYSIA MALAH SELURUH DUNIA MELIHAT DAN MENANTIKAN KEPUTUSAN YG DASYAT !

 

Sampel DNA akan mengalami degradasi (terjejas kualiti) jika tidak disimpan dengan segera dalam peti sejuk beku, kata peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini, dalam usaha mematahkan hukuman yang disabitkan ke atasnya.

Menurut Ramkarpal Singh, sampel DNA milik Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya disimpan dalam kabinet pejabat pegawai polis dan bukan dalam peti sejuk beku bagi mengelak degradasi dan pencemaran.
 

Ramkarpal, salah seorang daripada 14 peguambela Anwar, meneruskan hujah selepas mahkamah berehat sementara, dengan mempersoalkan integriti sampel yang diambil dan keadaan semasa ia disimpan.

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang bersidang sehingga esok. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.

Ramkarpal berkata pegawai penyiasat polis gagal mematuhi prosedur dalam melindungi sampel itu.

Katanya, pejabat pihak pendakwaan mempunyai catatan menghuraikan prosedur yang sepatutnya diketahui semua penyiasat.

"Menurut catatan itu, sebaik diambil, bahan bukti itu perlu dihantar ke satu bilik pengeringan yang sewajarnya, menunjukkan ia perlu dilakukan secepat mungkin. Namun, perkara ini tidak dilakukan," katanya.

Rombongan Dari DAP Perak Hadi D Istana Kehakiman
Sampel tersebut sebaliknya disimpan dalam laci kabinet selama 48 jam lagi. Dalam senario ini, kemungkinan pencemaran bakteria berlaku.

Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun, 2008 tetapi hanya dihantar ke Jabatan Kimia pada 30 Jun.

Saiful juga tidak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan segera selepas didakwa diliwat, tetapi menunggu 36 jam kemudian, kata Ramkarpal.

Secara keseluruhan, mereka mengambil masa 96 jam bagi menghantar sampel kepada ahli kimia kerajaan bermula dari masa kejadian didakwa berlaku.

Bagaimanapun, ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong memberi keterangan mengatakan DNA tersebut berada dalam keadaan "tidak tercemar".


Ahli Parlimen Indra Mahkota YB Dato Fauzi Abdul Rahman & Isteri, 
Juga Hadir
Di Istana Kehakiman, Putrajaya Kelmarin.

Ramkarpal mempertikaikan keputusan ujian tersebut sama ada ia konsisten dengan jarak masa yang digariskannya, mengatakan sampel dalam keadaan tersebut tidak mungkin boleh dianggap "tidak tercemar".

"Saya juga boleh mempertikai mengatakan ia bukan sampel yang sama," katanya.

Kehadiran satu lagi DNA lelaki dalam sampel Saiful, yang diambil dari kawasan perianal juga menimbulkan keraguan terhadap integriti sampel itu, kata Ramkarpal .

Beliau berkata apabila terdapat keraguan, undang-undang biasa menuntut perkara itu diselesaikan dengan berpihak kepada pihak tertuduh bagi memberi manfaat kesangsian.

Menjadi satu kesalahan, kata Ramkarpal apabila Mahkamah Rayuan meletakkan beban bukti kepada pihak pembelaan dan bukannya pihak pendakwa.

Awal hari ini, pasukan peguam bela memberitahu mahkamah, DNA dari item dalam lokap Anwar diambil secara tidak sah kerana tidak ada bukti mengatakan Anwar menggunakannya iaitu berus gigi, botol air dan tuala.

Peguam bela juga membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan Saiful bukan seorang saksi berkredibiliti kerana keterangannya yang sentiasa berubah.

Pasukan peguam bela Anwar terdiri daripada 14 peguam dan diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas ketua hakim persekutuan.

Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Mahkamah Tinggi membebaskan beliau pada Januari 2012 sebelum keputusan diubah oleh Mahkamah Rayuan.

Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.


PasMa semakin berkembang dalam PAS walau diharamkan Majlis Syura

Posted: 30 Oct 2014 07:45 PM PDT

PAS takut dengan bayangan sendiri...nampak bayang disangka hantu...


 Ketika rasa tidak puashati terhadap konservatif dalam PAS semakin merebak, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kini berkembang pesat dengan penubuhan cawangan di semua negeri walaupun Majlis Syura Ulama parti itu melarang ahlinya terlibat dengan kumpulan itu.

 The Malaysian Insider diberitahu, PasMa kini telah melantik pemimpin di setiap negeri dan sedang merancang membuka pejabat tetap dan melantik kakitangan sepenuh masa mengendalikan perkembangannya.

Orang ramai yang memenuhi sebuah dewan hotel di Kangar, 
September lalu dalam satu majlis anjuran PasMa. – 
 Gambar Facebook Zokharnain Abidin, 30 Oktober, 2014.  

Di Terengganu, negeri presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di mana kumpulan ini berdepan dengan tekanan paling hebat, hampir kesemua daerah di negeri itu telah mempunyai pemimpin PasMa, begitu juga Kedah di mana terdapat pemimpin PasMa di semua daerah.

 "Kita bukan pertikai Majlis Syura. Apa yang berlaku ada kenyataan bercanggah antara kenyataan Setiausaha Agung PAS dengan Syura.

 "Setiausaha Agung kata tak salah sertai PasMa kerana hanya sebuah NGO, MSU pula nasihatkan jangan," kata Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, merujuk kepada kenyataan Datuk Mustapha Ali yang berkata PasMa hanya sebuah NGO.

Phahrolrazi  berkata, terserah kepada pemimpin PAS menguruskan percanggahan arahan ini, sambil menambah pihak yang berhak mentafsirkan perlembagaan parti adalah Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS.

 Sementara itu, AJK PAS Pusat, Khalid Samad akan menyertai program PasMa di Ipoh 8 November ini manakala rakannya, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyertai program di Temerloh 15 November ini bersama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang kini dilantik mengetuai PasMa Pahang.

 Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, setiap ahli berhak menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan, dan PAS tidak boleh menghalang sekiranya ada ahli mahu sertai program PasMa.

 "Namun, Majlis Syura sudah mengeluarkan arahan atau mungkin disebut sebagai nasihat melarang untuk ahli sertainya. Maka keadaan ini mungkin mencetuskan keraguan dan keresahan ahli-ahli PAS.

 "Oleh itu elok diadakan diskusi antara kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian," kata Salahudin sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

 Pada 12 Oktober lalu, Majlis Syura, badan tertinggi dalam PAS, menasihatkan semua ahli PAS jangan terlibat dengan kumpulan ini.

 Setiausahanya, Nik Zawawi Salleh berkata larangan ini selari dengan peringatan Hadi dalam ucapan penutup di Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat, Johor, bulan lalu.

 Dalam ucapan yang sangat berbeza dengan ucapan pemimpin utama PAS sebelumnya, Hadi memberikan amaran keras terhadap perpecahan yang semakin teruk dalam PAS yang disifatkannya sebagai "jemaah dalam jemaah" di dalam parti itu.

 Beliau kemudiannya mempertahankan keputusan Majlis Syura melarang penglibatan ahli PAS dalam PasMa, dan berkata ia berasaskan aduan di peringkat negeri mendakwa salah laku ahli PasMa.

 Tetapi Setiausaha Agung PasMa, Mohd Taib Ahmad menafikan dakwaan PasMa adalah parasit kepada PAS dan tuduhan bahawa mereka mendaftar sebuah parti baharu.

 "Itu merupakan sesuatu yang dikehendaki musuh supaya dapat pecahbelah PAS, supaya Barisan Nasional kekal. Ia strategi yang ditunggu-tunggu oleh BN supaya PAS pecah," katanya kepada The Malaysian Insider. Phahrolrazi pula menegaskan, PasMa akan terus kekal sebagai NGO dan menjadi pemerhati dan pengkritik kepada Pakatan Rakyat atau Pakatan Watch.

"Kita akan kekalkan PasMa. Jika jadi parti, akan berlaku kekosongan peranan itu," katanya merujuk kepada peranan yang mahu dimainkan PasMa iaitu memantau Pakatan Rakyat khasnya PAS agar sentiasa berada di landasan betul.

 Pertemuan pertama PasMa dibuat pada Hari Merdeka lalu di kemuncak krisis menteri besar Selangor bagi memastikan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

Lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Bharu hari itu dan menubuhkan PasMa di kala spekulasi bertiup kencang PAS akan bersama Umno membentuk kerajaan di Selangor bagi menyelesaikan krisis itu.

 Tetapi menurut pengkritik PasMa yang kebanyakan terdiri dari kumpulan pro-ulama, PasMa dipimpin dan disertai oleh ahli PAS yang kecewa dan tidak mendapat tempat dalam parti itu.

 Taib menolak dakwaan itu.

 "Orang yang kecewa akan duduk diam, tetapi pejuang akan terus berjuang," katanya.

Bagi beliau, ada usaha musuh PAS menarik parti itu keluar Pakatan Rakyat.

"Ada usaha musuh-musuh untuk bawa PAS keluar dari PR, PasMa akan dedahkan usaha jahat musuh ini. Kita ada bukti-bukti kukuh," tambahnya. – 30 Oktober, 2014.



al-Husseyn 

Mahathir juga kurang yakin Anwar meliwat, kata bekas rakan kolej

Posted: 30 Oct 2014 07:00 PM PDT

 
Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.
Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang latar belakang Anwar semasa di kolej.
"Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.
Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat.
Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu, Ummi Hafilda Ali.
 
Katanya, Dr Mahathir pasti orang ramai akan percaya dengan kata-katanya jika beliau mengaku Anwar melakukan perbuatan sedemikian.
Namun, beliau enggan menurut perintah Dr Mahathir supaya mengakui dan mempercayainya walaupun ditawarkan dua fail projek.
"Sebenarnya dia mahu suruh saya supaya yakinkan dia Anwar tidak meliwat.
"Dia harap dia dapat percaya dan saya hanya bercakap benar," katanya.
Fauzi dan Anwar merupakan rakan sekolah semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1964 dan menyertai PKR pada 2008.
Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 atas dua sebab, iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai perdana menteri.
 
Dr Mahathir dalam buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" menyatakan beliau dimaklumkan mengenai skandal Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, 4 tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya.
Namun enggan membacanya kerana yakin ketika itu ia hanya artikel sensasi bertujuan mengaut keuntungan.
Anwar dijatuhi hukuman penjara 6 tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan 9 tahun ekoran kes Liwat II pada 2000.
Beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Kini, beliau dalam proses rayuan terakhir menggugurkan tuduhan Liwat II di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dijangka berakhir pada minggu depan.
Jika didapati bersalah, beliau akan dihukum penjara 5 tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008. –TMI
 
 Mimpi Senja

Keadilan Untuk Anwar Ibrahim - RAKYAT HAKIM NEGARA !!

Posted: 30 Oct 2014 06:15 PM PDT

Pada tahun 2007, Anwar Ibrahim telah mendedah video klip VK Lingam. Terbongkar skandal perlantikan hakim2 & keraguan tingkahlaku mereka. Wibawa kehakiman kian punah!   Pada 2008 RCI ditubuh. Siasat skandal video klip VK Lingam. RCI akui keabsahannya tapi gagal siasat dakwaan betapa penghakiman boleh 'dibeli'. Seramai 6 org disiasat. Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan Mansor, Vincent Tan & VK Lingam. RCI Klip Video VK Lingam dapati ada bukti mencukupi mengenai salahlaku Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan, Vincent Tan & Lingam. RCI Klip Video VK Lingam syorkan tindakan keatas 6 org dibawah Akta Hasutan, Akta Profesion Undang2, Akta Rahsia Rasmi & Kanun Keseksaan.  Pada 22 Okt 2009 Parlimen diberitahu mengenai keputusan Peguam Negara berkaitan siasatan skandal klip video VK Lingam. Apa jadi??NFA. No Further Action! Habis kat situ je.. Last last pada 13 Sept 2011 Mahkamah Persekutuan memutuskan penemuan2 RCI Skandal Klip Video VK Lingam tak boleh disemak semula. Sehingga hari ini, dah 6 tahun RCI syor tindakan diambil keatas Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan, Vincent Tan & VK Lingam. Tak seorangpun didakwa.   TAHUKAH KORANG 2 drp 3 hakim Mahkamah Persekutuan yg adili kes RCI Skandal Klip Video VK Lingam, hari ini antara 5 hakim dlm kes rayuan Anwar Ibrahim??   Wahai Yang Arif, aku sebagai rakyat Malaysia nak tanya kamu... Kenapa Anwar Ibrahim bermati2an mahu dibicara dan dihukum? Kenapa tiada tindakan terhadap ex-PM Dr M, SUA Umno Tengku Adnan dll sekalipun disyorkan RCI? 6 tahun sudah berlalu.. Apakah di negara ini wujud dua jenis undang-undang? Satu untuk menghukum pembangkang & pengkritik, satu lagi untuk menutup kes kroni dan pembesar kerajaan?Pada tahun 2007, Anwar Ibrahim telah mendedah video klip VK Lingam. Terbongkar skandal perlantikan hakim2 & keraguan tingkahlaku mereka. Wibawa kehakiman kian punah! 

Pada 2008 RCI ditubuh. Siasat skandal video klip VK Lingam. RCI akui keabsahannya tapi gagal siasat dakwaan betapa penghakiman boleh 'dibeli'. 

Seramai 6 org disiasat. Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan Mansor, Vincent Tan & VK Lingam. RCI Klip Video VK Lingam dapati ada bukti mencukupi mengenai salahlaku Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan, Vincent Tan & Lingam. RCI Klip Video VK Lingam syorkan tindakan keatas 6 org dibawah Akta Hasutan, Akta Profesion Undang2, Akta Rahsia Rasmi & Kanun Keseksaan.

Pada 22 Okt 2009 Parlimen diberitahu mengenai keputusan Peguam Negara berkaitan siasatan skandal klip video VK Lingam. Apa jadi??NFA. No Further Action! Habis kat situ je.. 

Last last pada 13 Sept 2011 Mahkamah Persekutuan memutuskan penemuan2 RCI Skandal Klip Video VK Lingam tak boleh disemak semula. Sehingga hari ini, dah 6 tahun RCI syor tindakan diambil keatas Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan, Vincent Tan & VK Lingam. Tak seorangpun didakwa. 

TAHUKAH KORANG 2 drp 3 hakim Mahkamah Persekutuan yg adili kes RCI Skandal Klip Video VK Lingam, hari ini antara 5 hakim dlm kes rayuan Anwar Ibrahim?? 

Wahai Yang Arif, aku sebagai rakyat Malaysia nak tanya kamu... Kenapa Anwar Ibrahim bermati2an mahu dibicara dan dihukum? Kenapa tiada tindakan terhadap ex-PM Dr M, SUA Umno Tengku Adnan dll sekalipun disyorkan RCI? 6 tahun sudah berlalu.. 

Apakah di negara ini wujud dua jenis undang-undang? Satu untuk menghukum pembangkang & pengkritik, satu lagi untuk menutup kes kroni dan pembesar kerajaan?

VIDEO - Wajah Individu Kontroversi Dalam Perbicaraan Kes Anwar Tersebar

Posted: 30 Oct 2014 05:25 PM PDT

 
 
Jude Pereira

Sampel DNA akan mengalami degradasi (terjejas kualiti) jika tidak disimpan dengan segera dalam peti sejuk beku, kata peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini, dalam usaha mematahkan hukuman yang disabitkan ke atasnya. 

Menurut Ramkarpal Singh, sampel DNA milik Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya disimpan dalam kabinet pejabat pegawai polis dan bukan dalam peti sejuk beku bagi mengelak degradasi dan pencemaran.

Ramkarpal, salah seorang daripada 14 peguambela Anwar, meneruskan hujah selepas mahkamah berehat sementara, dengan mempersoalkan integriti sampel yang diambil dan keadaan semasa ia disimpan. 

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang bersidang sehingga esok. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. 

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008. 

Ramkarpal berkata pegawai penyiasat polis,Jude Pereira (gambar) gagal mematuhi prosedur dalam melindungi sampel itu. 

Katanya, pejabat pihak pendakwaan mempunyai catatan menghuraikan prosedur yang sepatutnya diketahui semua penyiasat. 

"Menurut catatan itu, sebaik diambil, bahan bukti itu perlu dihantar ke satu bilik pengeringan yang sewajarnya, menunjukkan ia perlu dilakukan secepat mungkin. Namun, perkara ini tidak dilakukan," katanya. 

Sampel tersebut sebaliknya disimpan dalam laci kabinet selama 48 jam lagi. Dalam senario ini, kemungkinan pencemaran bakteria berlaku. 

Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun, 2008 tetapi hanya dihantar ke Jabatan Kimia pada 30 Jun. 

Saiful juga tidak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan segera selepas didakwa diliwat, tetapi menunggu 36 jam kemudian, kata Ramkarpal

Secara keseluruhan, mereka mengambil masa 96 jam bagi menghantar sampel kepada ahli kimia kerajaan bermula dari masa kejadian didakwa berlaku. 

Bagaimanapun, ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong memberi keterangan mengatakan DNA tersebut berada dalam keadaan "tidak tercemar". 

Ramkarpal mempertikaikan keputusan ujian tersebut sama ada ia konsisten dengan jarak masa yang digariskannya, mengatakan sampel dalam keadaan tersebut tidak mungkin boleh dianggap "tidak tercemar". 

"Saya juga boleh mempertikai mengatakan ia bukan sampel yang sama," katanya. 

Kehadiran satu lagi DNA lelaki dalam sampel Saiful Bukhari, yang diambil dari kawasan perianal juga menimbulkan keraguan terhadap integriti sampel itu, kata Ramkarpal . 

Beliau berkata apabila terdapat keraguan, undang-undang biasa menuntut perkara itu diselesaikan dengan berpihak kepada pihak tertuduh bagi memberi manfaat kesangsian. 

Menjadi satu kesalahan, kata Ramkarpal apabila Mahkamah Rayuan meletakkan beban bukti kepada pihak pembelaan dan bukannya pihak pendakwa. 

Awal hari ini, pasukan peguam bela memberitahu mahkamah, DNA dari item dalam lokap Anwar diambil secara tidak sah kerana tidak ada bukti mengatakan Anwar menggunakannya iaitu berus gigi, botol air dan tuala. 

Peguam bela juga membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan Saiful bukan seorang saksi berkredibiliti kerana keterangannya yang sentiasa berubah. 

Pasukan peguam bela Anwar terdiri daripada 14 peguam dan diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas ketua hakim persekutuan. 

Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai. 

Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Mahkamah Tinggi membebaskan beliau pada Januari 2012 sebelum keputusan diubah oleh Mahkamah Rayuan. 

Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004. 

Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

RM1.54 Bilion Hanya Untuk Komisen Majlis Amal ??

Posted: 30 Oct 2014 09:00 AM PDT

 

KUALA LUMPUR 30 OKT: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua  menyelar tindakan 1 Malaysia Development Berhada (1MDB) membayar komisen berlebihan kepada firma pelaburan Goldman Sachs untuk penganjuran majlis kutipan derma pada 2012 and 2013.

Beliau merujuk satu laporan akhbar The Edge, berhubung wang komisyen bernilai 10 peratus dari RM15.2 bilion yang berjaya dikumpul dalam majlis amal itu.

Pua mempersoalkan mengapa 1MDB membayar komisyen amat tinggi kerana kadar untuk acara sebegini biasanya hanya antara 0.2 hingga 2 peratus daripada dana yang terkumpul.

"Dalam keadaan biasa, pengumpulan RM 15.2 bilion oleh satu entiti tidak akan melibatkan kos lebih RM152 juta.

"Bagaimanapun 1MDB membayar RM1.54 bilion. Pengurusan tertinggi 1MDB adalah sekumpulan orang bodoh yang tidak cekap," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, Goldman Sachs tidak beretika kerana tidak mendedahkan alasan untuk meminta fi terlalu tinggi daripada 1MDB dan menggesa 1MDB supaya bertanggungjawab kerana tindakan itu.

"Rakyat Malaysia hanya boleh membuat satu kesimpulan. Pengurusan tertinggi 1MDB dianggotai golongan yang terdesak dan bodoh merelakan diri digunakan oleh Goldman Sachs yang tidak beretika," kata beliau, lapor Malaysiakini.

Justeru, kata Pua, pengerusi pembaga 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada jalan lain selain memecat pengurusan tertinggi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Hazem Abdul Rahman.





Wajarkah Pegawai Polis Ini Meludah Mahasiswa Hanya Untuk Mempertahankan Rumah Diroboh ??

Posted: 30 Oct 2014 08:15 AM PDT

https://scontent-a-sjc.xx.fbcdn.net/hphotos-xpf1/v/t1.0-9/10304705_1495976367349381_8855773987412294898_n.jpg?oh=b184d55754550018e199e5f6508d367a&oe=54B397C8

Sah Kah SUMPAH LAKNAT Yang Dibuat Oleh Saiful ??

Posted: 30 Oct 2014 07:30 AM PDT


Hello Saiful Bukhari Azlan, sila jawab persoalan berikut!


1. Kamu dakwa diliwat dengan paksaan, tetapi mengapa kamu membawa minyak pelincir ke rumah Anwar?

2. Kamu dakwa sakit diliwat selama 30 minit, kalau sakit, mengapa laporan perubatan dari Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada kesan liwat atau kesan cedera di lubang dubur selepas diliwat selama 30 minit?

3. Pihak hospital mengesah tiada kesan cedera di lubang dubur kamu tetapi ada kesan dicucuk dengan benda plastik, adakah kamu cucuk dengan sendiri?

4. Kamu dakwa sakit perut dan lubang dubur selepas diliwat, tetapi mengapa kamu tidak membuang besar dan masih boleh memelihara/ mengekal air mani dalam dubur kamu selama 3 hari?

5. Kamu dakwa menyapu minyak pelincir di lubang dubur dengan sendiri dan minyak pelincir itu jatuh atas karpet semasa diliwat tetapi tiada bukti dijumpai oleh forensik. Kenapa?

6. Kamu serahkan dua seluar dalam kepada polis pada 29/6 sebagai bukti, tetapi mengapa seluar dalam yang mempunyai kesan air mani bukan seluar dalam dipakai pada hari kejadian, manakala seluar dalam yang dipakai pada hari diliwat telah dicuci. Mengapa kamu cuci seluar dalam yang mempunyai bukti penting itu?

7. Kamu dakwa diliwat pada 26/6, mengapa kamu masih pergi ke rumah Anwar Ibrahim untuk menjamu selera pada 27/6?

8. Kamu dakwa diliwat pada 26/6, mengapa kamu hanya membuat laporan polis pada 29/6, setelah 3 hari?

9. Kamu dakwa diliwat pada 26/6, mengapa kamu berjumpa Najib di kediaman peribadinya pada 24/6 dan berhubungi dengan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan pada 25/6?

10. Kamu dakwa diliwat dengan paksaan oleh Anwar yang berusia 62 tahun pada masa itu, mengapa kamu yang berusia muda dan bertenaga (23 tahun) tidak melawan?

Janji Pilihanray Kecil Teluk Intan : Bila Universiti Akan Dibangunkan ??

Posted: 30 Oct 2014 06:45 AM PDT

 

Ada kah UBN akan menepati JANJI yang dibuat Gerakan semasa PRK Teluk Intan tempoh hari? Bila kah agaknya Projek Universiti Teluk Intan Akan Bermula?? Atau hanya JANJI KOSONG SAHAJA.... Kita tunggu dan lihat.

 
 

Liwat II: Tiada kecederaan pada dubur Mohd Saiful

Posted: 30 Oct 2014 06:00 AM PDT

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim berborak dan memberi reaksi muka yang ceria kepada barisan peguam belanya ketika menunggu keretanya untuk pulang sejurus tamatnya hari pembelaan kes liwatnya di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia telah diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit.

"Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?" soalnya.

Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.

Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal.

- SinarHarian

Kebenaran Pasti Menjerlah,Kebathilan Akan Hilang Disapu Malam. Anwar yakin bebas, Shafee perlu masa

Posted: 30 Oct 2014 05:15 AM PDT

 

Hafiz Yatim | 2:23PM Oct 30, 2014

Ekoran penghujahan bersemangat peguam belanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhujah bahawa pembebasannya adalah "terjamin".

Bercakap kepada pemberita di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini, ketua pembangkang berkata beliau berasa jengkel dengan rayuan pendakwaan untuk memanjangkan tempoh penjara terhadapnya.

Sementara itu, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata, beliau meminta mahkamah untuk membenarkan penghujahannya dilakukan esok kerana memerlukan lebih masa.

Ini kerana, katanya, 15 peratus daripada penghujahannya adalah baru.


Shafee akan memulakan penghujahannya esok pagi.

TBO

Mengapa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Mengetuai Pendakwaan Kes Fitnah 2, Soal MP

Posted: 30 Oct 2014 04:30 AM PDT


Fitnah2 : Mengapa peguam luar ketuai pendakwaan

[kd]- Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara menggunakan khidmat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pendakwaan kes Fitnah 2.

Katanya, Jabatan Peguam Negara mempunyai lebih 1,800 kakitangan berkelayakan sebagai pendakwa dalam kes tersebut.

Malah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail lebih layak berbanding Shafee Abdullah.

"Ramai pihak mempersoalkan mengapa walaupun Jabatan Peguam Negara mempunyai lebih 1874 kakitangan yang berkelayakan dari segi undang-undang, tetapi mereka mengambil khidmat pendakwa dari luar iaitu penasihat undang-undang Umno, Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Sebenarnya Tan Sri Abdul Ghani Patail lebih berkelayakan untuk mengendalikan sebarang kes jenayah.

Kes liwat ini adalah kes yang tidak terlalu rumit yang memerlukan khidmat luar," katanya dalam sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Katanya, pelantikan penasihat undang-undang Umno itu memberi persepsi negatif terhadap keupayaan Jabatan Peguam Negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa kes ini merupakan pendakwaan terpilih.

"Mengapa kes lain dikendalikan peguam negara tetapi kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti dikendalikan penasihat undang-undang Tan Sri Shafee Abdullah yang kita tahu satu masa dahulu dia pernah menjadi penasihat kepada perdana menteri, (Datuk Seri) Najib Razak," katanya.

Kor Ming turut mendesak kerajaan mengumumkan jumlah bayaran yang terima Shafee Abdullah.

Ini berikutan, katanya, kerajaan Perak sebelum ini membayar RM324,000 kepada peguam Umno yang dilantik Datuk Seri Zambri Kadir semasa krisis perlembagaan di Perak. 



IdaMan

Kesan Air Mani Di Spender Yang Lain, Bukan Yang Dipakai Masa Itu

Posted: 30 Oct 2014 03:45 AM PDT

 


Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas para peguamnya semalam menghala senapang mereka kepada bukti DNA yang digunakan dalam perbicaraan Liwat II, dengan memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa sampel diambil dari anakguam mereka tidak mengikut undang-undang manakala sampel dari pembuat tuduhan pula boleh dipertikaikan.

Berikut laporan langsung daripada Putrajaya oleh malaysiakini:

1.00pm Ketua hakim Arifin membenarkannya dan pasukan pembelaan akan menjawabnya pada Isnin.

Mahkamah ditangguhkan.

12.55pm: Shafee minta penghujahan dilakukan esok pagi dan beliau mahu menyelesaikannya sendiri esok.

12.40pm: Sangeet menunjukkan sel didiami Anwar kotor sebelum dia memasukinya.

Dia juga tunjukkan tandas dalam sel itu dan ketiadaan sinki.

Katanya, sinki terletak di luar sel.

Hakim Abdull Hamid sebelum itu bertanya berhubung testimoni polis yang saling bertentangan bahawa Anwar didengar memberus gigi, yang berbeza dengan penghakiman di Mahkamah Tinggi bahawa Anwar dilihat memberus gigi.

"Ini menunjukkan bahawa Anwar tidak boleh memberus gigi di luar kerana sinki berada di luar sel,"
kata Sangeet.

12.25pm: ‎Ram berkata, sel sperma tidak dipisahkan dengan betul oleh Jabatan Kimia.

Katanya, bukti DNA dan bukti saintifik tidak boleh dipercayai dan dengan itu tiada pentahkikan terhadap dakwaan Saiful diliwat.


Ram tamatkan penghujahan. Sangget pula sekarang membangkitkan berkaitan diari lokap yang menunjukkan keadaan sel Anwar.

12.10pm: Ram berkata, tiada kesan air mani pada seluar Saiful selepas insiden itu.

Hakim Suriyadi bertanya jika terdapat bukti bahawa seluar dalam Saiful dibasuh.

Ram berkata, seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh tetapi kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu.

"Jika kesan mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden,"
tambahnya.

Ram berkata, ahli kimia kerajaan berat sebelah apabila tidak mahu menjawab soalan oleh peguam bela.

12.05pm: Terdapat sedikit kekecohan apabila Ronnie Liu daripada DAP ditahan daripada memasuki mahkamah kerana tidak mempunyai pas masuk.

Katanya, beliau sudah dua minggu memasuki mahkamah tanpa pas dan justeru tidak harus ditahan.

Sementara itu, dalam mahkamah, Ram bertanya, bagaimana air mani boleh ditemui dalam rektum sedangkan tiada tembusan.

Katanya, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat, ia bukan sampel yang sama.

12.00pm: Ram berkata, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

"Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

"Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan."


11.50am: Ram berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

"Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

"Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful
," katanya.

11.40am: Ram berkata, doktor HKL tidak menemui sebarang tanda koyakan atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful.

Justeru, kata Ram, terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Peguam bela juga berkata, Dr Mohd Osman mendapat duburnya dalam keadaan normal.



"Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration)," katanya.

Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

10.50am: Ram berkata terdapat penyalaharahan yang menyebabkan kesilapan mahkamah ketika Mahkamah Rayuan tidak mengambil kira perkara itu.


Beliau kemudian berhujah, doktor Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul Hamid (gambar) patut dipertimbangkan, dan jika dia tidak bercakap benar dalam kes pembelaan, pendakwaan boleh mengetahui dan mencabarnya.

"Bagaimanapun, keterangan Dr Osman tidak dibantah, walaupun dia menyatakan Saiful mengadu sakit di dubur selama seminggu dan plastik dimasukkan dalam dubur Saiful."


10.45am: Penyokong Anwar semakin bertambah. Kira-kira 100 orang kini berada di perkarangan Istana Kehakiman.

Mereka hanya duduk dan berborak sesama mereka.

Turut kelihatan ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang hadir ke Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan kes rayuan liwat II.

Bagaimanapun, tiada pemimpin PKR kelihatan pada waktu ini.

Selain penyokong, terdapat juga peniaga yang mengambil peluang menjual kemeja-T bertulis "Rakyat Hakim" Negara kepada orang ramai.

10.30am: Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masuk ke mahkamah dan duduk sebelah adik perempuannya.

Ram Karpal teruskan penghujahan dengan berkata apa yang berlaku merupakan isu serius pencemaran bahan.

Katanya, pegawai penyiasat Jude Pereira juga mengaku bahawa IGSO tidak benarkannya membuka eksibit yang sudah ditutup.

"Garis panduan IGSO direka bagi memastikan integriti eksibit tidak dikompromi dengan memastikan ia dilabel berasingan dan tidak bercampur dengan eksibit tidak berkaitan."


Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, salah seorang hakim Mahkamah Persekutuan bertanya sama ada dia mencemarkan keseluruhan sampel atau hanya membuka plastik beg besar.

Ram berkata ia dikira keseluruhan sampel sebagai kesan daripada tindakan itu.

10.20am: Ram berkata, tiada sebab untuk Jude membuka semula spesimen apabila kembali ke pejabat kerana ia ditutup secara berhati-hati oleh doktor HKL.

Jude, tambahnya, membuka P27 (beg plastik mengandungi sampel daripada Saiful).

"Ia (sampel) mungkin dikompromi,"
katanya.

"Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mempertahankannya dengan berkata Jude mengikuti Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Ram berkata, Jude ditanya berhubung IGSO dan pegawai penyiasat setuju bahawa dia tidak mengikutinya dengan teliti.

"Dia tutup semua bekas dan letakkannya secara berasingan dalam beg plastik berbeza dan tutup setiap beg plastik dan masukkan dalam beg plastik lebih besar (P27), yang ditutup sekali lagi."

10.07am: Ram Karpal berkata, saksi pakar pasukan pembelaan dalam perbicaraan setuju bahawa 18 alel itu patut dilaporkan.

"18 alel itu bukan milik 'Lelaki Y'."

Katanya, sampel-sampel itu mungkin dicemari DNA pihak ketiga yang diuruskan oleh pegawai penyiasat Jude Periera.

Seah, jelasnya, menerima sampel (Saiful) dan juga seluar dan seluar dalam daripada Pereira pada 30 Jun dan 1 Julai 2008, yang kemudian menemui kesan air mani pada B5, B7, B8 dan B9.

9.51am: Peguam bela Ram Karpal berkata 18 alel juga ditemui di tuala yang diambil daripada lokap.

"Kehadiran 18 alel mustahil daripada doktor yang memeriksanya. IO (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya.

"Perkara ini patut disiasat lanjut. Ahli kimia Nor Aidora Saedon juga tidak menyiasat kehadiran 18 alel itu."

Selain tuala, profil DNA 18 alel juga ditemui di dubur Saiful.

"Fakta menunjukkan 18 alel di sini (tuala) dan juga B9 (sapuan pada rektum tinggi Saiful) yang diperiksa Seah, berasal daripada orang yang sama – mungkin IO – yang mencemarkan kedua-dua eksibit."

9.38am: Ram Karpal berhujah berhubung penemuan 18 alel (allele), yang sepatutnya dilaporkan.

"Ini sepatutnya dilaporkan. Ini bermaksud ia tercemar dan dan kita tidak tahu siapa.

("alel" atau "allele" adalah sepasang gen yang terdapat pada lokus yang sama pada kromosom yang homolog. ) -GB

"(Ahli kimia) Dr Seah Lay Hong gagal ikut garis panduan (dia sepatunya melaporkan)."

9.36am: Prosiding mahkamah bermula selepas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan empat lagi panel hakim kes itu mengambil tempat.

Ram teruskan penghujahannya yang tertangguh semalam.

9.25am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masuk ke dalam mahkamah. Mahkamah bersiap untuk bermula dan Anwar kelihatan berbincang sesuatu dengan ketua pasukan pembelaan Gopal Sri Ram.

Dewan mahkamah penuh.

9.10am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke mahkamah.

Isteri, anak-anak dan bapa mertunya turut berada di dalam untuk mengikuti perjalanan kes.|

8.55am: Terdapat wakil daripada pelbagai kedutaan di mahkamah, termasuk Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Kesatuan Eropah.

Hari ketiga bicara Anwar bersambung selepas peguam serang bukti DNA

Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas para peguamnya semalam menghala senapang mereka kepada bukti DNA yang digunakan dalam perbicaraan Liwat II, dengan memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa sampel diambil dari anakguam mereka tidak mengikut undang-undang manakala sampel dari pembuat tuduhan pula boleh dipertikaikan.

Perbicaraan hari kedua itu menyaksikan usaha peguam Anwar mempertahankan keputusan hakim bicara sebelum ini yang membebaskan beliau dari tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana keraguan terhadap sampel DNA itu.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh semalam cuba menghancurkan bukti saintifik menyokong kes pendakwa sehingga Anwar diputuskan bersalah oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu.

"Kami menyokong kesimpulan hakim bicara walaupun Anwar sepatutnya dibebaskan lebih awal kerana Saiful bukan seorang saksi yang berwibawa," katanya.

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang dijangka mengakhiri perbicaraan hari ini. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Saiful saksi berwibawa dan mengarahkan Anwar membela diri.

Zabidin kemudiannya membebaskan Anwar kerana mahkamah tidak "100% yakin" kewibawaan sampel diambil dari Saiful untuk ujian DNA, atas alasan bukti itu boleh jadi sudah tercemar sebelum diserahkan kepada ahli kimia untuk diuji.

Ahli kimia kerajaan, Dr Seah Lay Hong merumuskan dalam laporannya bahawa wujud DNA Saiful, seorang 'Lelaki Y' dan satu lagi lelaki berdasarkan sampel diambil dari dubur Saiful.

Pada 16 Julai 2008, Anwar ditahan untuk siasatan dan dikurung satu malam di lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, bagi membolehkan polis mendapatkan DNA dan membandingkannya dengan tiga profil dijumpai lebih awal oleh Seah.

Polis telah mengambil tuala, berus gigi dan botol air mineral dari lokap di mana Anwar ditahan. Ia kemudian hantar untuk ujian DNA oleh ahli kimia, Siti Aidora Saedon.

Profil DNA bagi setiap tiga bahan itu menunjukkan ia berasal dari sumber sama.

Siti Aidora kemudiannya membandingkan profil DNA dari tiga bahan itu dengan penemuan Seah dan mendapati ia sama dengan profil "Lelaki Y" itu.

Semalam, pihak pembela memohon menolak kesimpulan tersebut.

Peguam Sangeet Kaur Deo berhujah bahawa kaedah tiga barang itu diambil tidak mengikut undang-undang.

"Tidak ada bukti yang menunjukkan Anwar menggunakan ketiga-tiga bahan itu kerana tidak ada saksi yang memberikan keterangan," katanya.

Ramkarpal pula berhujjah, walaupun ada persamaan antara profil pada tiga barang itu dengan sampel DNA dari dubur Saiful, ia tidak boleh digunakan dalam mahkamah kerana ia diambil secara tidak sah.

Pihak pembela mengingatkan mahkamah semalam bahawa saksi pakar semasa perbicaraan juga mencadangkan sampel dari dubur Saiful mungkin telah tercemar.

Pakar forensik Prof David Lawrence Wells dan pakar DNA Brian Leslie MacDonald juga berkata adalah sukar mengumpul air mani selepas 36 jam kejadian serangan seksual itu.

Doktor dari Hospital Kuala Lumpur hanya mengambil sampel DNA dari Saiful sebelum tengah malam 28 Jun 2008 - 56 jam selepas dakwaan kejadian didakwa berlaku antara 3.00 dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Well dan MacDonald berkata, kemungkinan spesimen mani diambil dari Saiful lama selepas dakwaan serangan itu telah tercemar.

Pihak pembela juga berkata, DNA Anwar telah sengaja diletakkan di situ. – TMI


Kelab Greenboc 


 

Prosiding rayuan akhir Anwar sambung esok keputusan Isnin...!!

Posted: 30 Oct 2014 03:00 AM PDT

 

Pasukan peguam mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes liwat selesai membentangkan hujah rayuan di hadapan lima hakim di Mahkamah Tinggi, Istana Kehakiman hari ini.

Ramkarpal Singh merupakan peguam terakhir pihak perayu selesai membentangkan hujah kira-kira pada pukul 1 petang.

Anwar yang ditemui sebaik sahaja sesi prosiding selesai yakin hujah yang dibentakan oleh pasukan beliau yang diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram.

"Penghargaan saya kepada dari hari pertama kepada Datuk Seri Gopal dan keterangan terakhir okeh Ramkapal sebaik mungkin dengan terperinci.

"Saya yakin tidak mungkin dan tidak munasabah untuk mendapat keputusan sebalik melepaskan saya terhadap tuduhan fitnah jahat ini," kata Anwar.

Anwar mendakwa hujah rayuan yang dibentangkan pasukan cukup kukuh.

"Saya fikir apapun boleh dijawab termasuk cadangan peguam negara dan pendakwa untuk menambah hukuman tapi semua kenyataan jijik politik kerana keterangan yang di bawa ke mahkamah terlalu kukuh.

"Saya cukup yakin mana-mana mahkamah yang patuh pada undang-undang dan patuh kepada prinsip keadilan tidak mungkin membuat keputusan sebaliknya," kata Anwar.

Prosiding mahkamah bersambung esok kerana pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memohon kepada mahkamah untuk mengemukakan hujah balas.

Utusan juga melaporkan..

PUTRAJAYA 30 Okt.-Pasukan pendakwaan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan hujah balas esok berikutan kegagalan pasukan peguam Anwar menyerahkan hujah bertulis.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata, hujahan bertulis yang sepatutnya diserahkan pasukan perayu dua minggu lalu hanya diserahkan Selasa lepas. 

Muhammad Shafee berkata, pasukan pendakwaan sepatutnya membuat hujah balas pada pukul 2.15 hari ini.

 

"Tetapi saya minta ditangguh ke esok hari atas beberapa sebab. Pertama semua hujahan bertulis yang dikemukan oleh pihak perayu semuanya diberikan kepada kita hari Selasa. Sepatutnya diberi dua minggu sebelum.

"Kemudian mereka juga tergesa gesa permohanan meminda petisyen rayuan. Kita tidak membantah walaupun petisen itu merangkumi perkara-perkara baru yang dimuatkan dalam hujahan bertulis," Muhammad Shafee berkata hujah balas akan dibentangkan esok sehingga pukul 1 petang dan disambung pada Isnin juga sehingga pukul 1 petang.

"Semua hujah akan dibentang oleh saya," kata Muhammad Shafee yang ditemui sebaik sahaja barisan peguam Anwar tamat membentangkan hujah rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pada 7 Mac lalu Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantu beliau, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.-UTUSAN ONLINE



Anak Sungai Derhaka.

Laporan kes liwat Anwar hari ketiga - keajaiban berlaku?

Posted: 30 Oct 2014 02:15 AM PDT

Berikut laporan langsung daripada Putrajaya:


12.10pm: Ram berkata, tiada kesan air mani pada seluar Saiful selepas insiden itu.

Hakim Suriyadi bertanya jika terdapat bukti bahawa seluar dalam Saiful dibasuh.

Ram berkata, seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh tetapi kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu

"Jika kesan mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden," tambahnya.

Ram berkata, ahli kimia kerajaan berat sebelah apabila tidak mahu menjawab soalan oleh peguam bela.

12.05pm: Terdapat sedikit kekecohan apabila Ronnie Liu daripada DAP ditahan daripada memasuki mahkamah kerana tidak mempunyai pas masuk.

Katanya, beliau sudah dua minggu memasuki mahkamah tanpa pas dan justeru tidak harus ditahan.
Sementara itu, dalam mahkamah, Ram bertanya, bagaimana air mani boleh ditemui dalam rektum sedangkan tiada tembusan.

Katanya, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat, ia bukan sampel yang sama.
12.00pm: Ram berkata, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

"Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

"Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasal, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan."

11.50am: Ram berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

"Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

"Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful," katanya.

11.40am: Ram berkata, doktor HKL tidak menemui sebarang tanda koyakan atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful.

Justeru, kata Ram, terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Peguam bela juga berkata, Dr Mohd Osman (kanan) mendapat duburnya dalam keadaan normal.

"Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration)," katanya.

Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

10.50am: Ram berkata terdapat penyalaharahan yang menyebabkan kesilapan mahkamah ketika Mahkamah Rayuan tidak mengambil kira perkara itu.

Beliau kemudian berhujah, doktor Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul Hamid patut dipertimbangkan, dan jika dia tidak bercakap benar dalam kes pembelaan, pendakwaan boleh mengetahui dan mencabarnya.

"Bagaimanapun, keterangan Dr Osman tidak dibantah, walaupun dia menyatakan Saiful mengadu sakit di dubur selama seminggu dan plastik dimasukkan dalam dubur Saiful."

10.45am: Penyokong Anwar semakin bertambah. Kira-kira 100 orang kini berada di perkarangan Istana Kehakiman.

Mereka hanya duduk dan berborak sesama mereka.

Turut kelihatan ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang hadir ke Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan kes rayuan liwat II.

Bagaimanapun, tiada pemimpin PKR kelihatan pada waktu ini.

Selain penyokong, terdapat juga peniaga yang mengambil peluang menjual kemeja-T bertulis "Rakyat Hakim" Negara kepada orang ramai.

10.30am: Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masuk ke mahkamah dan duduk sebelah adik perempuannya.

Ram Karpal teruskan penghujahan dengan berkata apa yang berlaku merupakan isu serius pencemaran bahan.

Katanya, pegawai penyiasat Jude Pereira juga mengaku bahawa IGSO tidak benarkannya membuka eksibit yang sudah ditutup.

"Garis panduan IGSO direka bagi memastikan integriti eksibit tidak dikompromi dengan memastikan ia dilabel berasingan dan tidak bercampur dengan eksibit tidak berkaitan."


Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, salah seorang hakim Mahkamah Persekutuan bertanya sama ada dia mencemarkan keseluruhan sampel atau hanya membuka plastik beg besar.

Ram berkata ia dikira keseluruhan sampel sebagai kesan daripada tindakan itu.

10.20am: Ram berkata, tiada sebab untuk Jude membuka semula spesimen apabila kembali ke pejabat kerana ia ditutup secara berhati-hati oleh doktor HKL.

Jude, tambahnya, membuka P27 (beg plastik mengandungi sampel daripada Saiful).

"Ia (sampel) mungkin dikompromi," katanya.

"Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mempertahankannya dengan berkata Jude mengikuti Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Ram berkata, Jude ditanya berhubung IGSO dan pegawai penyiasat setuju bahawa dia tidak mengikutinya dengan teliti.

"Dia tutup semua bekas dan letakkannya secara berasingan dalam beg plastik berbeza dan tutup setiap beg plastik dan masukkan dalam beg plastik lebih besar (P27), yang ditutup sekali lagi."

10.07am: Ram Karpal berkata, saksi pakar pasukan pembelaan dalam perbicaraan setuju bahawa 18 alel itu patut dilaporkan.

"18 alel itu bukan milik 'Lelaki Y'."

Katanya, sampel-sampel itu mungkin dicemari DNA pihak ketiga yang diuruskan oleh pegawai penyiasat Jude Periera.

Seah, jelasnya, menerima sampel (Saiful) dan juga seluar dan seluar dalam daripada Pereira pada 30 Jun dan 1 Julai 2008, yang kemudian menemui kesan air mani pada B5, B7, B8 dan B9.

9.51am: Peguam bela Ram Karpal berkata 18 alel juga ditemui di tuala yang diambil daripada lokap.

"Kehadiran 18 alel mustahil daripada doktor yang memeriksanya. IO (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya.

"Perkara ini patut disiasat lanjut. Ahli kimia Nor Aidora Saedon juga tidak menyiasat kehadiran 18 alel itu."

Selain tuala, profil DNA 18 alel juga ditemui didubur Saiful.

"Fakta menunjukkan 18 alel di sini (tuala) dan juga B9 (sapuan pada rektum tinggi Saiful) yang diperiksa Seah, berasal daripada orang yang sama – mungkin IO – yang mencemarkan kedua-dua eksibit."

9.38am: Ram Karpal berhujah berhubung penemuan 18 alel (allele), yang sepatutnya dilaporkan.

"Ini sepatutnya dilaporkan. Ini bermaksud ia tercemar dan dan kita tidak tahu siapa.

"(Ahli kimia) Dr Seah Lay Hong (kiri) gagal ikut garis panduan (dia sepatunya melaporkan)."

9.36am: Prosiding mahkamah bermula selepas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan empat lagi panel hakim kes itu mengambil tempat.

Ram teruskan penghujahannya yang tertangguh semalam.

9.25am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masuk ke dalam mahkamah.
Mahkamah bersiap untuk bermula dan Anwar kelihatan berbincang sesuatu dengan ketua pasukan pembelaan Gopal Sri Ram.

Dewan mahkamah penuh.
 
9.51am: Peguam bela Ram Karpal berkata 18 alel juga ditemui di tuala yang diambil daripada lokap.

"Kehadiran 18 alel mustahil daripada doktor yang memeriksanya. IO (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya.

"Perkara ini patut disiasat lanjut. Ahli kimia Nor Aidora Saedon juga tidak menyiasat kehadiran 18 alel itu."

Selain tuala, profil DNA 18 alel juga ditemui di dubur Saiful.

"Fakta menunjukkan 18 alel di sini (tuala) dan juga B9 (sapuan pada rektum tinggi Saiful) yang diperiksa Seah, berasal daripada orang yang sama – mungkin IO – yang mencemarkan kedua-dua eksibit."

9.38am: Ram Karpal berhujah berhubung penemuan 18 alel (allele), yang sepatutnya dilaporkan.

"Ini sepatutnya dilaporkan. Ini bermaksud ia tercemar dan dan kita tidak tahu siapa.

"(Ahli kimia) Dr Seah Lay Hong gagal ikut garis panduan (dia sepatunya melaporkan)."

9.36am: Prosiding mahkamah bermula selepas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan empat lagi panel hakim kes itu mengambil tempat.

Ram teruskan penghujahannya yang tertangguh semalam.

9.25am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masuk ke dalam mahkamah.
Mahkamah bersiap untuk bermula dan Anwar kelihatan berbincang sesuatu dengan ketua pasukan pembelaan Gopal Sri Ram.

Dewan mahkamah penuh.

9.10am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke mahkamah.

Isteri, anak-anak dan bapa mertunya turut berada di dalam untuk mengikuti perjalanan kes.

8.00am: Setakat ini, hanya 16 orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya pada hari ketiga kes rayuan liwat II.

Berbanding sebelum ini, tiada kumpulan penyokong yang bersorak atau membawa sepanduk bagi menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.

Pada ketika ini, perkarangan Istana Kehakiman hanya dipenuhi oleh para wartawan dan anggota polis.

8.55am: Terdapat wakil daripada pelbagai kedutaan di mahkamah, termasuk Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Kesatuan Eropah.



Pen Burok Online

TERKINI ! - Saiful Berbohong Lagi....???

Posted: 30 Oct 2014 01:30 AM PDT

#LIWAT2 11.50am: Ram berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.


#‎LIWAT2‬ 11.50am: Ram berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

"Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

"Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful," katanya.

Ikuti laporan secara LANGSUNG bersama Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/278966
 

Air Mani Saiful Disimpan Dalam Laci Pejabat...??????

Posted: 30 Oct 2014 12:45 AM PDT

Thursday, 30 October 2014.  Air Mani Saiful Disimpan Dalam Laci Pejabat...??????  Penemuan Mengejutkan Dalam Perbicaraan Kes Anwar Hari Ke 3  Sampel DNA akan mengalami degradasi (terjejas kualiti) jika tidak disimpan dengan segera dalam peti sejuk beku, kata peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini, dalam usaha mematahkan hukuman yang disabitkan ke atasnya.  Menurut Ramkarpal Singh, sampel DNA milik Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya disimpan dalam kabinet pejabat pegawai polis dan bukan dalam peti sejuk beku bagi mengelak degradasi dan pencemaran.  Ramkarpal, salah seorang daripada 14 peguambela Anwar, meneruskan hujah selepas mahkamah berehat sementara, dengan mempersoalkan integriti sampel yang diambil dan keadaan semasa ia disimpan.  Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang bersidang sehingga esok. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.  Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.  Ramkarpal berkata pegawai penyiasat polis gagal mematuhi prosedur dalam melindungi sampel itu.  Katanya, pejabat pihak pendakwaan mempunyai catatan menghuraikan prosedur yang sepatutnya diketahui semua penyiasat.  "Menurut catatan itu, sebaik diambil, bahan bukti itu perlu dihantar ke satu bilik pengeringan yang sewajarnya, menunjukkan ia perlu dilakukan secepat mungkin. Namun, perkara ini tidak dilakukan," katanya.  Sampel tersebut sebaliknya disimpan dalam laci kabinet selama 48 jam lagi. Dalam senario ini, kemungkinan pencemaran bakteria berlaku.  Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun, 2008 tetapi hanya dihantar ke Jabatan Kimia pada 30 Jun.  Saiful juga tidak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan segera selepas didakwa diliwat, tetapi menunggu 36 jam kemudian, kata Ramkarpal.  Secara keseluruhan, mereka mengambil masa 96 jam bagi menghantar sampel kepada ahli kimia kerajaan bermula dari masa kejadian didakwa berlaku.  Bagaimanapun, ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong memberi keterangan mengatakan DNA tersebut berada dalam keadaan "tidak tercemar".  Ramkarpal mempertikaikan keputusan ujian tersebut sama ada ia konsisten dengan jarak masa yang digariskannya, mengatakan sampel dalam keadaan tersebut tidak mungkin boleh dianggap "tidak tercemar".  "Saya juga boleh mempertikai mengatakan ia bukan sampel yang sama," katanya.  Kehadiran satu lagi DNA lelaki dalam sampel Saiful, yang diambil dari kawasan perianal juga menimbulkan keraguan terhadap integriti sampel itu, kata Ramkarpal .  Beliau berkata apabila terdapat keraguan, undang-undang biasa menuntut perkara itu diselesaikan dengan berpihak kepada pihak tertuduh bagi memberi manfaat kesangsian.  Menjadi satu kesalahan, kata Ramkarpal apabila Mahkamah Rayuan meletakkan beban bukti kepada pihak pembelaan dan bukannya pihak pendakwa.  Awal hari ini, pasukan peguam bela memberitahu mahkamah, DNA dari item dalam lokap Anwar diambil secara tidak sah kerana tidak ada bukti mengatakan Anwar menggunakannya iaitu berus gigi, botol air dan tuala.  Peguam bela juga membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan Saiful bukan seorang saksi berkredibiliti kerana keterangannya yang sentiasa berubah.  Pasukan peguam bela Anwar terdiri daripada 14 peguam dan diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas ketua hakim persekutuan.  Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.  Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Mahkamah Tinggi membebaskan beliau pada Januari 2012 sebelum keputusan diubah oleh Mahkamah Rayuan.  Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.  Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.  - malaysian insider  Posted by Jeebond BLM Penemuan Mengejutkan Dalam Perbicaraan Kes Anwar Hari Ke 3

Sampel DNA akan mengalami degradasi (terjejas kualiti) jika tidak disimpan dengan segera dalam peti sejuk beku, kata peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini, dalam usaha mematahkan hukuman yang disabitkan ke atasnya.

Menurut Ramkarpal Singh, sampel DNA milik Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya disimpan dalam kabinet pejabat pegawai polis dan bukan dalam peti sejuk beku bagi mengelak degradasi dan pencemaran.

Ramkarpal, salah seorang daripada 14 peguambela Anwar, meneruskan hujah selepas mahkamah berehat sementara, dengan mempersoalkan integriti sampel yang diambil dan keadaan semasa ia disimpan.

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang bersidang sehingga esok. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.

Ramkarpal berkata pegawai penyiasat polis gagal mematuhi prosedur dalam melindungi sampel itu.
Katanya, pejabat pihak pendakwaan mempunyai catatan menghuraikan prosedur yang sepatutnya diketahui semua penyiasat.

"Menurut catatan itu, sebaik diambil, bahan bukti itu perlu dihantar ke satu bilik pengeringan yang sewajarnya, menunjukkan ia perlu dilakukan secepat mungkin. Namun, perkara ini tidak dilakukan," katanya.

Sampel tersebut sebaliknya disimpan dalam laci kabinet selama 48 jam lagi. Dalam senario ini, kemungkinan pencemaran bakteria berlaku.

Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun, 2008 tetapi hanya dihantar ke Jabatan Kimia pada 30 Jun.

Saiful juga tidak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan segera selepas didakwa diliwat, tetapi menunggu 36 jam kemudian, kata Ramkarpal.

Secara keseluruhan, mereka mengambil masa 96 jam bagi menghantar sampel kepada ahli kimia kerajaan bermula dari masa kejadian didakwa berlaku.

Bagaimanapun, ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong memberi keterangan mengatakan DNA tersebut berada dalam keadaan "tidak tercemar".

Ramkarpal mempertikaikan keputusan ujian tersebut sama ada ia konsisten dengan jarak masa yang digariskannya, mengatakan sampel dalam keadaan tersebut tidak mungkin boleh dianggap "tidak tercemar".

"Saya juga boleh mempertikai mengatakan ia bukan sampel yang sama," katanya.

Kehadiran satu lagi DNA lelaki dalam sampel Saiful, yang diambil dari kawasan perianal juga menimbulkan keraguan terhadap integriti sampel itu, kata Ramkarpal .

Beliau berkata apabila terdapat keraguan, undang-undang biasa menuntut perkara itu diselesaikan dengan berpihak kepada pihak tertuduh bagi memberi manfaat kesangsian.

Menjadi satu kesalahan, kata Ramkarpal apabila Mahkamah Rayuan meletakkan beban bukti kepada pihak pembelaan dan bukannya pihak pendakwa.

Awal hari ini, pasukan peguam bela memberitahu mahkamah, DNA dari item dalam lokap Anwar diambil secara tidak sah kerana tidak ada bukti mengatakan Anwar menggunakannya iaitu berus gigi, botol air dan tuala.

Peguam bela juga membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan Saiful bukan seorang saksi berkredibiliti kerana keterangannya yang sentiasa berubah.

Pasukan peguam bela Anwar terdiri daripada 14 peguam dan diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas ketua hakim persekutuan.

Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Mahkamah Tinggi membebaskan beliau pada Januari 2012 sebelum keputusan diubah oleh Mahkamah Rayuan.

Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

malaysian insider

Posted by Jeebond BLM
 

Fitnah Liwat II: Penemuan 18 alel tak disiasat, sampel Saiful mungkin dikompromi

Posted: 30 Oct 2014 12:00 AM PDT

 
PUTRAJAYA 30 OKT: Peguambela Ram Karpal hari ini meneruskan hujahnya yang tertangguh semalam berkaitan analisis yang dibuat oleh ahli kimia kerajaan terhadap sampel yang diambil dari dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau berhujah berhubung penemuan 18 alel (allele), yang sepatutnya dilaporkan oleh ahli kimia.
"Ini sepatutnya dilaporkan. Ini bermaksud ia tercemar dan kita tidak tahu siapa.

"(Ahli kimia) Dr Seah Lay Hong gagal ikut garis panduan," kata Ram, lapor Malaysiakini.

Katanya, 18 alel juga ditemui di tuala yang diambil daripada lokap.

"Kehadiran 18 alel mustahil daripada doktor yang memeriksanya. IO (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya.

"Perkara ini patut disiasat lanjut. Ahli kimia Nor Aidora Saedon juga tidak menyiasat kehadiran 18 alel itu," hujahnya.

Selain tuala, profil DNA 18 alel juga ditemui di dubur Saiful.

"Fakta menunjukkan 18 alel di sini (tuala) dan juga B9 (sapuan pada rektum tinggi Saiful) yang diperiksa Seah, berasal daripada orang yang sama – mungkin IO – yang mencemarkan kedua-dua eksibit," ujar Ram.

Menurutnya lagi, saksi pakar pasukan pembelaan dalam perbicaraan setuju bahawa 18 alel itu patut dilaporkan.

"18 alel itu bukan milik 'Lelaki Y'."

Katanya, sampel-sampel itu mungkin dicemari DNA pihak ketiga yang diuruskan oleh pegawai penyiasat Jude Periera.

Jelas Ram, Seah menerima sampel (Saiful) dan juga seluar serta seluar dalam daripada Pereira pada 30 Jun dan 1 Julai 2008, yang kemudian menemui kesan air mani pada B5, B7, B8 dan B9.

Ram berkata, tiada sebab untuk Jude membuka semula spesimen apabila kembali ke pejabat kerana ia ditutup secara berhati-hati oleh doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tambahnya, Jude membuka P27 (beg plastik mengandungi sampel daripada Saiful).
"Ia (sampel) mungkin dikompromi," katanya.

"Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mempertahankannya dengan berkata Jude mengikuti Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO)," ujarnya.

Kata Ram, Jude ditanya berhubung IGSO dan pegawai penyiasat setuju bahawa dia tidak mengikutinya dengan teliti.

"Dia tutup semua bekas dan letakkannya secara berasingan dalam beg plastik berbeza dan tutup setiap beg plastik dan masukkan dalam beg plastik lebih besar (P27), yang ditutup sekali lagi," terang Ram lagi.