Selasa, 28 Oktober 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


UM lancar siasatan, siswa masih selamat

Posted: 28 Oct 2014 09:30 AM PDT

 
Aktivis siswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol yang mengetuai sekumpulan 2,000 pelajar dan penyokong di kampus berkenaan berkata beliau kini masih selamat dari sebarang tindakan disiplin.

"Saya masih selamat buat masa ini," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, laporan Bernama menyebut bahawa UM telahpun memulakan satu siasatan dalam ke atas siswa yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan.

Agensi berita nasional itu juga hari ini melaporkan bahawa UM membuat aduan di balai polis Pantai semalam.

Kumpulan siswa berkenaan merempuh satu pintu pagar di Universiti Malaya pada malam tadi untuk mendengar ucapan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menyampaikan pidato di program dengan tema '40 Tahun: Dari UM ke Penjara' pada sekitar jam 10 malam.

Fahmi yang turut mengetuai majlis perwakilan mahasiswa UM pada 23 Oktober lalu dikenakan surat tunjuk sebab kerana enggan membatalkan acara tersebut.

Fahmi berkata beliau masih belum sempat memberi jawapan ke atas surat tunjuk sebab itu dengan memberi alasan bahawa tempoh 24 jam yang ditetapkan itu berlangsung semasa cuti semester.

Universiti itu menuntut agar beliau mengemukakan surat tersebut dengan serahan tangan.

Beliau juga diancam dengan tindakan penyingkiran dari universiti.

Acara pada malam tadi turut mendapat sokongan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) yang menuntut agar universit menjamin keselamatan program tersebut.

Turut hadir dalam acara tersebut adalah presiden PKAUM dan pensyarah undang-undang, Azmi Sharom, yang menjadi tumpuan dalam satu perhimpunan berasingan sebelum ini berhubung pendakwaan mengikut Akta Hasutan.

Menurut Azmi, beliau hadir di program itu pada malam tadi sebagai pemerhati.



Malaysiakini

Warga emas cedera ditetak anak tiri

Posted: 28 Oct 2014 08:30 AM PDT

 
4:53PM - 28 Oct 2014  Warga emas cedera ditetak anak tiri   Seorang pemandu teksi warga emas berumur 62 tahun cedera di kepala setelah ditetak menggunakan golok oleh anak tirinya di tepi jalan Kampung Seberang Kastam di Besut.  Sebelum kejadian yang berlaku Ahad lepas, bekas isteri warga emas itu berusia 50-an bersama anaknya (suspek) berumur 36 tahun telah menemui mangsa di stesen teksi pekan Kuala Besut pada pukul 4.20 petang pada hari yang sama untuk menuntut RM4,000 yang dipinjam mangsa sebelum itu.  Setelah berlaku bertengkaran, mangsa yang enggan melayani tuntutan bekas isterinya itu terus memandu teksinya menghala ke Kampung Raja tetapi berhenti di tepi jalan di tempat kejadian untuk berehat.  Tidak lama selepas itu suspek bersama seorang lagi rakan menghampiri mangsa dan menetak kepala mangsa dengan menggunakan golok yang dibawanya hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.  Orang ramai yang melihat kejadian itu telah membawa mangsa ke Hospital Daerah Besut untuk rawatan di Unit Kecemasan.  Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noor Halim Nordin yang dihubungi mengenai kejadian telah mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.  Bagaimanapun katanya setekat ini masih belum ada tangkapan dilakukan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.  - Bernama

Seorang pemandu teksi warga emas berumur 62 tahun cedera di kepala setelah ditetak menggunakan golok oleh anak tirinya di tepi jalan Kampung Seberang Kastam di Besut.

Sebelum kejadian yang berlaku Ahad lepas, bekas isteri warga emas itu berusia 50-an bersama anaknya (suspek) berumur 36 tahun telah menemui mangsa di stesen teksi pekan Kuala Besut pada pukul 4.20 petang pada hari yang sama untuk menuntut RM4,000 yang dipinjam mangsa sebelum itu.

Setelah berlaku bertengkaran, mangsa yang enggan melayani tuntutan bekas isterinya itu terus memandu teksinya menghala ke Kampung Raja tetapi berhenti di tepi jalan di tempat kejadian untuk berehat.

Tidak lama selepas itu suspek bersama seorang lagi rakan menghampiri mangsa dan menetak kepala mangsa dengan menggunakan golok yang dibawanya hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Orang ramai yang melihat kejadian itu telah membawa mangsa ke Hospital Daerah Besut untuk rawatan di Unit Kecemasan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noor Halim Nordin yang dihubungi mengenai kejadian telah mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.

Bagaimanapun katanya setekat ini masih belum ada tangkapan dilakukan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.


- Bernama

Penyokong Saiful tak lagi kelihatan

Posted: 28 Oct 2014 07:45 AM PDT

  
Hujan lebat yang melanda sekitar kawasan pusat pentadbiran Putrajaya menyebabkan kumpulan peserta perhimpunan semakin berkurangan di luar kompleks Istana Kehakiman.


Jumlah penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjumlah kira-kira 500 orang pada pagi ini berkurangan menjadi sekitar 200 orang sahaja.

Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi menunjukkan solidariti kes liwat II semakin berkurangan berikutan hujan lebat.

Kumpulan penyokong pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan, pula sudah tidak kelihatan lagi setakat jam 3 petang ini.

Kumpulan penyokong Anwar yang yang setia sejak dari pagi berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman kini berteduh di bawah khemah yang didirikan di hadapan kompleks mahkamah itu.

Sementara menunggu pendengaran itu selesai, para peserta meluangkan masa dengan mendengar ucapan daripada pemimpin dan juga bacaan sajak.

Jumlah anggota polis yang memantau perhimpunan itu juga semakin berkurangan, berbanding kira-kira 60 orang pada pagi ini.

Kumpulan anggota berkenaan bagaimanapun tetap berkawal bagi memastikan orang awam tidak memasuki kawasan Istana Kehakiman.

Anwar dilihat keluar selepas persidangan mahkamah ditangguhkan jam 5.30 petang ini, dan meluangkan masa untuk bertemu para penyokong di luar mahkamah.

Beliau bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berjalan menghampiri semua penyokong dan bersalaman sambil tersenyum kira-kira 10 minit sebelum beredar.

Seorang penyokong, Gan Siew Kin, 70, turut mengambil peluang untuk mendekati Anwar untuk menghadiahkan sebuah novel sejarah bertajuk 'Romance of the Three Kingdoms' kepada Anwar.

Perhimpunan digelar 'Rakyat Hakim Negara' itu akan dilangsungkan lagi esok pada hari terakhir pendengaran rayuan Anwar untuk kes Liwat II.

Menurut jadual programnya, ia akan dimulakan dengan solat Subuh berjemaah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Kumpulan peserta seterusnya dijadualkan berkumpul di hadapan masjid dan kemudiannya berarak ke Istana Kehakiman.

Program pada hari esok juga dirancang akan diisi dengan persembahan sketsa dan deklamasi puisi, selain ucapan para pemimpin sementara menunggu keputusan perbicaraan, dijangka jam 4 petang.

Kemuncak program itu adalah perhimpunan utama di hadapan ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya pada jam 9 malam.

Suami enggan cerai Nurul kerana masih sayang

Posted: 28 Oct 2014 07:00 AM PDT

Suami kepada Nurul Izzah Anwar enggan menceraikan isterinya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai kerana masih menyayanginya dan ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.
  
Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas kesnya disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang.

"Saya tidak bersetuju menceraikan isteri kerana masih sayangkannya dan anak-anak," katanya yang kelihatan sugul selepas prosiding itu.
  
Prosiding kes itu yang berlangsung dalam masa 40 minit turut dihadiri isterinya, Nurul Izzah.
  
Terdahulu, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir memaklumkan, Hakim Syarie Ab Malek hari ini mensabitkan wujudnya 'Shiqaq' atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu berdasarkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
  
Azmi berkata mahkamah juga menasihatkan defendan (Raja Ahmad Shahir) untuk melafazkan cerai, namun anak guamnya itu tidak bersetuju dan memasukkan bantahan terhadap laporan JKP tersebut hari ini atas alasan laporan berkenaan ringkas dan tidak lengkap.
  
"Laporan daripada pengerusi JKP tidak menyatakan secara terperinci masalah rumah tangga yang dihadapi pasangan itu," katanya.
  
Peguam syarie itu berkata pihaknya juga memohon supaya diadakan satu lagi perbincangan JKP yang baharu tetapi ia dibantah oleh peguam Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah.
  
Azmi berkata mahkamah kemudiannya menerima bantahan daripada pihak plaintif (Nurul Izzah) dan menetapkan 8 Dis depan untuk lantikan 'Hakam'.
  
'Hakam' adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan maka 'Hakam' tersebut akan melafazkan talak bagi pihak suami.
  
Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
  
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Nurul Izzah yang enggan mengulas mengenai kemelut rumah tangganya hanya berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi saya".
  
- Bernama

AMARAN YAB Azmin: “Jangan sentuh Anwar, dia tak bersalah”

Posted: 28 Oct 2014 06:15 AM PDT

 SUBANG JAYA, 28 OKT: Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali malam tadi menyampaikan mesej kepada pentadbiran Kerajaan Umno-BN supaya jangan sesekali menyentuh manusia bernama Anwar Ibrahim.

Ini berikutan, beliau yakin Ketua Umum PKR itu tidak melakukan kesalahan seperti yang difitnah, sebaliknya pendakwaan itu dijalankan disebabkan pendirian Anwar yang kuat menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).


Kata Mohamed Azmin, oleh sebab itu juga, BN perlu ditumbangkan dalam pilihan raya akan datang.

"Kita kena mulakan esok dengan sampaikan mesej kepada Putrajaya, jangan kamu sentuh manusia bernama Anwar Ibrahim.

"Cukuplah, 'enough is enough'. Baru-baru ini Datuk Seri Anwar dicalonkan di Kajang terus hukuman dijatuhkan. Kerana apa? Kerana takut Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Besar.

"Sekarang nak takut apa? Lihat fakta, lihat hujah. Saya yakin Datuk Seri Anwar tidak bersalah," kata Mohamed Azmin di hadapan hampir 2,000 orang yang membanjiri Stadium 3K di sini, malam tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen pula mengingatkan orang ramai supaya peka dengan perkembangan politik negara.

"Mungkin ada yang tak mahu datang kerana bimbang dengan kerja mereka tetapi sebenarnya kalau tuan puan sayang dengan kerja masing-masing, kena peka dengan politik.

"Kalau tuan puan nak ekonomi negara lebih baik kena peka dengan politik sebab politik menentukan perkembangan ekonomi dan menjamin peluang perkerjaan," kata Wong Chen.

EZY

Peguam: Polis soal siasat pemilik kondo selama 30 jam

Posted: 28 Oct 2014 05:30 AM PDT

 
Pada mulanya malas nak jadikan N3 laporan kes ini kerana banyak blog yang melaporkan.

Tapi tertarik pula bila peguam katakan pemilik kondo pun kena siasat sehingga 30 jam
Kesiaann.....kerana jubur Saiful pemilik kondo pun terdera sama

 
 
LAPORAN LANGSUNG
 
4.00pm: Bebannya, kata Gopal, adalah di pihak pendakwaan untuk membuktikan kesnya.

Peguam kanan itu berkata sabitan dari segi keadaan rayuan itu dibuat, menjadikannya tidak selamat.

Menurutnya, ia ditetap pada 12 dan 13 April di Mahkamah Rayuan, di mana ia telah ditetapkan di hadapan Hakim Aziah Ali semasa pengurusan kes.

Rayuan itu, katanya, didengar pada 6 dan 7 Mac dan Karpal meminta masa untuk penghujahan tetapi ia ditolak.

Menurutnya, ia adalah satu perbicaraan yang lama tetapi dalam keadaan ini, ia dijalankan, sabitan itu adalah tidak selamat.

Gopal selesai menyampaikan hujahnya.

3.45pm: Gopal berkata dalam membatalkan pembebasan atau penegasan pembebasan, mahkamah tertinggi itu harus campur tangan jika temuan itu adalah salah.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menyatakan Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai tetapi keterangannya terhadap orang lain, berbeza.

Menurut Gopal, ia tidak melalui pemeriksaan yang ketat dan telah berlaku salah laksana keadilan.

3.25pm: Menyentuh mengenai alibi Anwar, Gopal berkata anak guamnya telah memberikan notis alibi tetapi ditinggalkan pada perbicaraan itu, dan telah menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh.

"Apabila pihak pendakwa membuat rayuan, petisyen mereka tidak mengandungi alibi saksi," tambahnya.


Peguambela itu berkata rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar terutamanya berkaitan dengan DNA.

Beliau berhujah bahawa mahkamah rayuan melampaui tanggapan (notion) alibi ini di mana DPP berhujah mengenai kegagalan Anwar untuk memanggil seorang saksi alibi.

"Notis alibi tidak diteruskan tetapi ia tidak boleh digunakan terhadap perayu. Mahkamah tertinggi ini harus campur tangan apabila terdapat penyalaharahan (misdirection) yang jelas," kata Gopal dalam hujahnya.

Gopal berkata pemilik kondominium, Hasanuddin, telah disoal siasat oleh polis selama 30 jam.


Hasanuddin mempunyai dua unit bersebelahan satu sama lain di kondominium Desa Damansara, dan alibi Anwar adalah beliau tidak berada dalam unit yang lain, di mana kejadian liwat dikatakan berlaku.

3.05pm: Gopal berkata tuduhan itu sepatutnya dirangka berdasarkan apa yang didakwa oleh pengadu.

Peguambela itu berkata hakim perbicaraan salah apabila memutuskan bahawa pihak pembelaan tidak boleh mempunyai satu salinan kenyataan beramaran Saiful.

Katanya, saiful mengatakan bahawa liwat itu bukan secara rela.

Dengan pendakwaan di bawah seksyen yang berbeza, tegas Gopal,  Saiful berdepan risiko dicabar (impeached).

2.40pm: Gopal berkata intinya ialah keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa merupakan pentahkikan (corroboration) dalam undang-undang.

Mengenai inti ketiga, peguambela itu meneliti keterangan Saiful mengenai liwat secara rela atau bukan secara rela.

"Saiful memberi keterangan bahawa kes liwat yang dikatakan berlaku itu bukan secara rela tetapi perayu didakwa mengikut Seksyen 377B dan bukan Seksyen 377c (Kanun Keseksaan)," katanya.

Seksyen 377B Kanun Keseksaan menyatakan: "Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan."

Manakala Seksyen 377C Kanun Keseksaan menyatakan:     "Persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan."

2.30pm: Gopal meneruskan hujahnya yang meneliti keterangan Saiful.

Saiful, katanya, memberi keterangan bahawa bahan pelincir jatuh di atas karpet semasa kejadian liwat dikatakan berlaku.

Peguambela itu berkata karpet tersebut telah dirampas oleh DSP Jude pada 30 Jun.

Katanya, Jude pergi ke tempat kejadian dengan pasukan forensik bersama dengan pengadu. Di sana mereka menemui sehelai rambut dan merampas karpet itu.

"Ahli kimia itu tidak menemui kesan air mani di karpet," katanya.

2:23pm: Pendengaran disambung semula.

2.20pm: Anwar kembali dan berseloroh dengan anggota polis di dalam dewan mahkamah, "You tahu, I orang salah, you patut sediakan outrider lah".
 
2.15pm: Pendengaran mahkamah disambung semula tetapi Anwar
belum hadir. Gopal meminta maaf, dan memberitahu hakim bahawa anak guamnya pergi makan tengah hari.

Hakim Arifin dan hakim-hakim yang lain bersetuju untuk menunggu dan kembali ke kamar masing-masing.

12.45pm: Gopal berkata berlaku penyalaharahan (misdirection) oleh Mahkamah Tinggi dan oleh itu, adalah tidak selamat untuk membuat sabitan.

Beliau akan menyentuh satu lagi isu penyokongan bukti dan memohon untuk berehat. Mahkamah kini berhenti rehat.

12.35pm: Gopal berkata keterangan Saiful patut diberi penelitian yang rapi.

Peguambela itu berkata beliau mempunyai dua jam lagi untuk berhujah ketika hakim meminta beliau berhenti pada jam 1 tengah hari.

Hakim Arifin bertanya sama ada beliau boleh selesai esok.

Shafee menjawab mereka sudah bersedia untuk sepanjang minggu, jadi mahkamah boleh mendengar perkara itu sehingga hari Khamis.

12.25pm: Gopal, yang sebelum ini pernah mewakili Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim, berkata Mahkamah Rayuan gagal untuk menghargai hujah pihak pembela.

Katanya, jika diterima ia akan menunjukkan PW1 adalah rakan jenayah dan tiga doktor HKL tidak boleh menyokong (atas kejadian itu) di bawah undang-undang (kerana mereka bukan yang pertama membuat memeriksa)."

Peguambela itu berkata dalam kes ini, ia bebas diakui oleh pihak pembelaan bahawa Saiful berada di kondominium Desa Damansara tetapi kehadirannya di unit kondominium yang dikatakan itu dipersoalkan.Semasa perbicaraan, ada bukti bahawa pemilik kondominium itu mempunyai dua unit di situ, di mana salah satu daripadanya telah digunakan untuk mesyuarat Anwar.

Katanya, tidak ada satu pun bukti yang Saiful PW1 berada dikondominium itu (di mana kejadian liwat dikatakan) berlaku.

12:15pm: Gopal berkata aduan pertama dibuat di Pusrawi, dan pihak pendakwaan tidak memanggil Dr Osman.
 
Pokoknya, kata beliau, ialah aduan ke Hospital Kuala Lumpur tidak boleh diterima, kerana ia tidak menjadi bukti yang menguatkan.
 
Katanya, hanya aduan pertama dapat digunakan untuk menguatkan dan bukan aduan yang berikutnya," kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu.

12pm: Menunjuk ke penghakiman Mahkamah Rayuan, Gopal berkata tidak ada dapatan bebas yang Saiful boleh menjadi seorang rakan jenayah.
 
Beliau berhujah, Saiful sebagai peserta dalam melakukan satu kesalahan, dalam keadaan persekitaran itu, keterangannya mestilah disokong.

11.50am: Gopal berkata memandangkan bukti kejadian masa lalu telah dihapuskan, maka keterangan itu tidak boleh diambil kira.

Beliau berhujah bahawa satu kesimpulan yang adil ialah Saiful telah menambahnya.

Beliau berkata keterangan dari Saiful adalah bersifat mustahil, memang luar biasa, dan tidak ada penilaian dari hakim yang arif terhadap maksud penting yang menimbulkan keraguan serius terhadap keterangan yang diberikan.

Katanya, jika ia bukan secara rela, mengapa Saiful membawa bahan pelincir.

Menurut Gopal, kenapa Saiful membawa bahan pelincir dan mencuci seluar dalamnya.

Menurutnya, seorang  yang kersik seumpama itu, dia lebih suka untuk tidak mencuci duburnya.

Soalan-soalan ini, tegas Gopal, tidak terdapat dalam kes pendakwaan.

Beliau berkata penemuan hakim perbicaraan mengenai kredibiliti, tidak dapat ditegakkan.

11.40am: Gopal berkata keterangan Saiful yang berkata terdapat bukti liwat yang lalu telah dihapuskan.

Bagaimanapun, Hakim Abdull Hamid berkata Saiful ada memberi keterangan bahawa perayu telah melakukan ejakulasi dalam duburnya seperti sebelumnya.

Hakim Md Raus berkata ini disebutkan semasa Saiful disoal balas.

11.25am: Gopal berkata kelakuan Saiful tidak konsisten dengan seseorang yang telah diliwat 24 jam sebelumnya.

Katanya, Saiful bertemu dengan seorang pegawai polis (Mohd Rodwan) sebelum kejadian liwat itu, dan tidak ada sebab untuk Saiful menunggu selama dua hari sehingga dia membuat laporan polis.

11.20am: Gopal berkata gambar itu adalah untuk menunjukkan sikap Saiful. Saksi itu, tambahnya, mengakui bahawa dia dalam gambar tersebut.

Gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti dan hanya ditanda sebagai ID (pengenalan).

Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Gopal mahu menunjukkan sikapnya (Saiful).

"Ya, dia mengakui dia ada di sana dan tidak mahu menjawab soalan apabila ditanya oleh Karpal yang dia nampak gembira.

"Kamera tidak berbohong. Dia tidak murung," jawabnya.

Gopal berkata hakim perbicaraan melakukan kesilapan undang-undang dengan tidak menerima gambar itu.

Hakim Suriyadi berkata Karpal telah biarkan ia ditandakan sebagai ID.

Bagaimanapun, Gopal berkata ia satu konsesi yang dibuat pada masa itu dan memetik satu kes undang-undang di mana bukti-bukti tersebut diterima.

Tambahnya, Saiful bersikap seperti biasa dan tidak konsisten dengan kes yang mendakwa dia telah diliwat dengan ganas sebelum itu.

11.10am: Pendengaran disambung semula dengan Gopal
meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.Katanya, Saiful bersetuju dia pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu.

Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim.

"Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima)," tambahnya.

10.25am: Gopal mempersoalkan pelakuan Saiful yang tidak ke tandas selama dua hari dan dia dilihat berada di rumah Anwar pada hari berikutnya selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.

Beliau menyerahkan gambar Saiful yang dirakamkan di rumah Anwar.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Ariffin berkata gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti. Beliau meminta Gopal berhujah mengenai perkara itu, sama ada gambar tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti.

Mahkamah berehat seketika.

10.10am: Gopal berkata KY gel muncul semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan ke atas Saiful.

Peguambela itu berkata jika bahan pelincir merupakan satu bahan bukti yang penting, Jude tidak akan menyerahkannya kepada Saiful pada 28 Jun (2008), hanya untuk Saiful memberikan kembali kepada pegawai polis yang lain pada hari berikutnya.

Ini, katanya, terlepas oleh hakim perbicaraan (di Mahkamah Tinggi).

Gopal berkata keterangan Saiful bahawa dia dalam kesakitan dan dia telah menyimpan air mani di dalam dubur selama beberapa hari.

Dalam pemeriksaan balas, Saiful berkata, dia diminta oleh Anwar untuk memakai KY jelly pada duburnya, dan Gopal seterusnya mengemukakan apa yang dinyatakan oleh saksi itu semasa memberi keterangan secara tertutup.

Gopal berkata, Saiful berada dalam kesakitan di dubur dan juga di perut.

Kewujudan gel itu, tambahnya, telah menimbulkan keraguan dan kekurangan kredibiliti.

Arifin bertanya mengapa kekurangan kredibiliti. Gopal mengatakan jika gel itu telah digunakan, dia tidak akan mengalami kesakitan, menyumbang kepada persekitaran gel yang diserahkan kepada pihak polis.

10am: Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi, gel itu dikemukakan dan ditandakan, kata Gopal.

Menurutnya, Saiful telah memberi keterangan bahawa mereka melakukan perbuatan itu (liwat) di atas karpet dan dia memakai gel itu pada bahagian sulitnya (dubur).Gopal menunjukkan satu dokumen yang tiada dalam rekod rayuan, dan beliau berkata, 'keadaan barang kes (senarai barang yang dirampas) tidak termasuk KY Jelly itu.

Ini, katanya, menunjukkan tidak konsistensi dalam keterangannya Saiful.

Menurutnya, bukti itu tidak ada dalam senarai dan ia perlu dipertimbangkan tidak boleh diterima dan kewajarannya (weightage) (dalam pertimbangan) adalah dicabar."

Karpal, katanya, telah bertanya Saiful (sama ada) gel KY itu sesuatu yang difikirkan kemuduan (afterthought) dan saksi itu bersetuju. Laporan polis yang dibuat tidak menyebut tentang gel itu."

9.47am: Gopal berhujah bahawa Mahkamah Rayuan telah silap bahawa Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya telah mentahkikkan:

Perkara ketiga, dia berkata, adalah hak pembelaan untuk menguji pernyataan pegawai polis Jude Pereira dalam menjalankan siasatannya.

Dalam menyentuh alasan pertama rayuan itu, Gopal berkata Saiful mendakwa dia takut untuk membuat laporan polis.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu menambah bahawa Dr Osman menyatakan bahawa pada mulannya Saiful tidak bersedia untuk membuat laporan itu.

"Dokuman ini (laporan perubatan) telah ditunjukkan kepada Saiful dan dia menafikannya?"

Saiful berkata dia telah bertemu dengan seorang pegawai kanan polis (Mohd Rodwan) dan menghubungi IGP.

Beliau berkata seseorang yang tidak mahu diliwat tidak akan membeli pelincir.

Katanya, kehadiran gel itu adalah suatu perkara yang meragukan.

9.45am: Gopal berkata dua set seluar dalam Saiful telah dikemukakan. Beliau menambah salah satu seluar dalam itu telah dibasuh dan basah.

Katanya, seluar dalam kedua tidak dipakai oleh Saiful pada hari itu tetapi ia ada bekas air mani.Ekoran kesimpulan siasatan polis, katanya, Anwar telah didakwa.
Pada perbicaraan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata ada kes prima facie.

Selepas itu, menurut Gopal, hakim itu berkata, beliau tidak berpuas hati dengan kes pihak pendakwa terhadap tertuduh (Anwar).

Gopal berkata pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan akhirnya mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.

Selepas menggariskan kes itu, Gopal sekarang akan meneliti keterangan Saiful.

9.40am: Peguam Gopal berkata, walaupun menghantar surat peletakan jawatan, Saiful pergi ke rumah Anwar dan malah menyajikan minuman di sana.

Beliau menceritakan pertemuan Saiful dengan doktor Pusrawi Dr (Mohamed) Osman (Abdul Hamid), di mana satu objek plastik dikatakan telah dimasukkan ke dalam duburnya.

"Namun, Saiful menafikan membuat kenyataan itu. Pada pertemuan dengan Dr Osman, dia berkata dia telah diliwat dan (dia) dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur."

Tiga orang doktor, kata Gopal, memeriksa Saiful dan dapatan awal mereka ialah tidak ada penetrasi.

Saiful, kata Gopal, kemudiannya bertemu dengan DSP Jude Pereira dan membuat laporan polis.

9.30am: Peguam Gopal Sri Ram mula berhujah. Beliau berkata tidak ada saksi kepada dakwaan jenayah itu.

Gopal berkata Saiful mendakwa dia terpaksa melakukan perbuatan itu (liwat) dan pelincir digunakan (KY jelly).

"Ini adalah keterangannya bahawa perbuatan itu begitu kuat, dia memicit tuib jeli dan ia (jeli) jatuh ke karpet.

"Saiful berkata ia mencuci dirinya sendiri dan menghantar emel untuk meletak jawatan sebagai pembantu Anwar."

9.27am: Peguambela utama Gopal Sri Ram mahu membaca senarai pemerhati antarabangsa tetapi Ketua Hakim Arifin berkata tidak ada keperluan untuk berbuat demikian kerana ia sudah diketahui.

Gopal memberitahu mahkamah bahawa pihak peguambela menambah satu lagi alasan rayuan.

Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah alasan tambahan itu.

9.22am:  Peguambela Latheefa Koya memberitahu wartawan bahawa empat orang akan menyampaikan hujah bagi pembelaan - Gopal, Surendran, Ram Karpal dan Sangeet.

Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketua.

Terdapat perubahan dalam panel hakim - Ahmad Maarop digantikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ramly Ali.

9.10am: Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Azmin Ali juga kelihatan di mahkamah, bersama-sama dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong, pemangku pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, pengerusi DAP Perak dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dan penyokong kuat parti itu Ronnie Liu.

Galeri awam yang mempunyai kira-kira 70 tempat duduk sudah penuh sesak.

"Kalau tak cukup kerusi, boleh sertai saya di kandang tertuduh," kata Anwar berseloroh.

9.05am: Anwar memberitahu wartawan bahawa Sulaiman tidak sihat kerana dia menjalani pembedahan di kakinya dua bulan lalu dan masih dalam kesakitan.

Ditanya tentang keyakinannya, Anwar berkata: "Kita ada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (sebagai peguam utama pembelaan) ... Saya bersedia dari segi mental, tetapi tidak mempunyai banyak harapan."

Dia menyebut bahawa pelakon Hollywood Mel Gibson menghubungi untuk bertanya sama ada bintang 'Lethal Weapon' itu perlu mengeluarkan kenyataan.

"Saya berkata anda boleh buat, tetapi bukan menyokong minum (minuman keras). Dia memberitahu saya, satu perkara yang saya belajar daripada anda (Anwar) ialah jangan masuk politik," kata ketua pembangkang mengenai perbualan singkatnya dengan Gibson.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwa, tiba di dewan mahkamah.

8.59am:
 Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Seorang lagi anggota pasukan peguam Anwar ialah Gobind Singh
Deo. Anwar dilihat berbincang sesuatu dengan peguam utamanya, Gopal Sri Ram.

8.56am: Berlaku sedikit kekecohan di luar mahkamah ketika sekumpulan wartawan cuba mengekori Anwar di luar mahkamah.

Kira-kira 20 petugas media menyelinap melewati kawalan polis dan mengekori Anwar sehingga ke ruang legar mahkamah, tetapi ramai lagi masih berada di luar apabila anggota polis berjaya menutup pintu.

Orang ramai melaungkan "Reformasi" semasa ketibaan Anwar, sehingga beliau masuk ke Istana Kehakiman sejurus kemudian.

8.55am: Dalam satu perkembangan baru, bekas Hakim Mahkamah
Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram menggantikan Sulaiman mewakili Anwar.

Difahamkan Gopal dilantik di saat-saat akhir. Menurut peguam Latheefa, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri.

8.40am: Selain Latheefa, turut menganggotai pasukan peguambela ialah Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur, J Leela, Ram Karpal dan Eric Paulsen.

Bagi pihak pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibantu peguam dari firma guamannya, bersama dengan timbalan ketua bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria.

Shafee dan peguam kanan Datuk Sulaiman Abdullah, belum sampai.

Turut kelihatan di galeri awam adalah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Lumut Laksamana (B) Mohamad Imran Abdul Hamid.

8.28am: Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Di antara mereka yang dilihat di mahkamah ialah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

8.10am: Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan - Zamri Idrus - memasuki dewan mahkamah. Beberapa pemerhati asing sudah pun berada di dalam.

Pasukan peguambela Anwar - Latheefa Koya dan N Surendran - juga berada di dalam dewan mahkamah.

Wartawan perlu melalui tiga pemeriksaan keselamatan dan ketika berada di dalam kompleks mahkamah mereka perlu mendaftar dengan anggota keselamatan yang bertugas di luar dewan mahkamah di mana rayuan Liwat II akan didengar.

8.00am: Wartawan yang membuat liputan perbicaraan, melalui pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis, sebelum dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah.

7.40am: Sekumpulan penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) tiba dan mereka berkumpul dekat khemah polis di tengah-tengah jalan utama menuju ke Istana Kehakiman.

Belum ada yang dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah. Pekerja mahkamah masuk ke kompleks melalui belakang bangunan selepas pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis.

Seorang wakil mahkamah berkata, ia akan dibuka pada jam 8.15 pagi.

6.50am: Anggota polis mengawal kawasan dan jalan sekitar kompleks mahkamah di Putrajaya itu di mana rayuan Anwar terhadap sabitan pertuduhan Liwat II didengar.
 
Lebih 50 anggota polis yang mengawal jalan-jalan utama menuju ke bangunan mahkamah. Mereka yang ingin menghadiri pendengaran mahkamah perlu mengambil laluan yang jauh. Khemah yang didirikan oleh pihak polis terletak di tengah jalan utama. - 


DBKL kembali mengganas di Kampung Chubadak.. 3 Mahasiswa ditahan..

Posted: 28 Oct 2014 04:45 AM PDT

 

Di saat seluruh mata orang politik dan aktivis tertumpu kepada kes mahkamah dua pemimpin besar Pakatan Rakyat hari ini, kesempatan itu digunakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merobohkan kediaman penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

Difahamkan turut berlaku pergelutan antara penduduk dan beberapa aktivis pelajar dengan pihak berkuasa ketika mereka berusaha mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan.


Antara rumah yang dirobohkan termasuk milik warga emas Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida yang menetap di situ bersama suaminya sudah hampir 45 tahun.


Lebih 50 anggota DBKL termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) yang berpakaian lengkap dikerah mengawal keadaan.


Dimaklumkan sekurang-kurangnya tiga aktivis mahasiswa ditahan pihak polis setakat ini ekoran tindakan mereka mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan.

Antara yang ditahan termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan aktivis Mahasiswa, Abdul Muqit Muhammad dan Khairol Najib Hashim.


Kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Sentul bagi diambil keterangan. 

Sebelum ini beberapa kali cubaan dibuat pihak DBKL untuk merobohkan kediaman penduduk di sini namun dihalang oleh penduduk, ahli politik Pakatan Rakyat dan aktivis masyarakat.

Bagaimanapun hari ini, ramai di kalangan mereka terlibat memberi sokongan kepada dua kes mahkamah melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peluang itu dilihat digunakan sepenuhnya pihak berkuasa Kuala Lumpur untuk meneruskan hasrat mereka merobohkan kediaman penduduk di kampung Chubadak Tambahan lapor HarakahDaily

Kalau semua pemimpin PR sibuk di Istana Kehakiman.. mana pulak perginya Ibrahim Ali dan PERKASA agaknya?

Katanya dulu "Perkasa amat serius melihat perkara ini kerana kawasan ini tempat orang untuk berteduh.  
"Saya amat kesal dengan tindakan DBKL yang mengambil tindakan untuk meneruskan kerja-kerja perobohan kawasan perumahan ini,"  
"Saya juga mendapat maklumat bahawa penduduk telah memohon injuksi di Makhamah tinggi pada 12 Jun lalu dan makhamah telah membenarkan injuksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.  
"Saya tidak bersetuju sekiranya pihak DBKL mengambil tindakan tergesa-gesa untuk merobohkan kawasan ini," jelasnya.  
Terlalu banyak kawasan perumahan orang Melayu di Kuala Lumpur ini telah dirobohkan.
"Saya berharap DBKL dapat cari peyelesaian yang lebih baik untuk pihak mereka dan penduduk," 

Mana dia???

Atau mungkin kerana Kampung Chubadak yang merupakan perkampungan Melayu ini berada di Kuala Lumpur.. diranapkan semuanya pun tak apa..

Lainlah kalau Kampung Chubadak ni berada di Pulau Pinang.. berduyun-duyunlah pejuang bangsa turun mempertahankannya...



Anak Sungai Derhaka

KES LIWAT 2 : PELINCIR KY-GEL DAN SELUAR DALAM DIBANGKITKAN OLEH KETUA PEMBELA....

Posted: 28 Oct 2014 04:00 AM PDT


LAPORAN LANGSUNG

12.45pm: Gopal berkata berlaku penyalaharahan (misdirection) oleh Mahkamah Tinggi dan dengan itu, membuat sabitan adalah tidak selamat.

Beliau akan menyentuh satu lagi isu penyokongan bukti dan memohon untuk berehat. Mahkamah kini berhenti rehat.

12.35pm: Gopal berkata keterangan Saiful patut diberi penelitian yang rapi.

Peguambela itu berkata beliau mempunyai dua jam lagi untuk berhujah ketika hakim meminta beliau berhenti pada jam 1 tengah hari.

Hakim Arifin bertanya sama ada beliau boleh selesai esok.

Shafee menjawab mereka sudah bersedia untuk sepanjang minggu, jadi mahkamah boleh mendengar perkara itu sehingga hari Khamis.

12.25pm: Gopal, yang sebelum ini pernah mewakili Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim, berkata Mahkamah Rayuan gagal untuk menghargai hujah pihak pembela.

Katanya, jika diterima ia akan menunjukkan PW1 adalah rakan jenayah dan tiga doktor HKL tidak boleh menyokong (atas kejadian itu) di bawah undang-undang (kerana mereka bukan yang pertama membuat memeriksa)."

Peguambela itu berkata dalam kes ini, ia bebas diakui oleh pihak pembelaan bahawa Saiful berada di kondominium Desa Damansara tetapi kehadirannya di unit kondominium yang dikatakan itu dipersoalkan.

Semasa perbicaraan, ada bukti bahawa pemilik kondominium itu mempunyai dua unit di situ, di mana salah satu daripadanya telah digunakan untuk mesyuarat Anwar.

Katanya, tidak ada satu pun bukti yang Saiful PW1 berada dikondominium itu (di mana kejadian liwat dikatakan) berlaku.

12:15pm: Gopal berkata aduan pertama dibuat di Pusrawi, dan pihak pendakwaan tidak memanggil Dr Osman.

Pokoknya, kata beliau, ialah aduan ke Hospital Kuala Lumpur tidak boleh diterima, kerana ia tidak menjadi bukti yang menguatkan.

Katanya, hanya aduan pertama dapat digunakan untuk menguatkan dan bukan aduan yang berikutnya," kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu.

12pm: Menunjuk ke penghakiman Mahkamah Rayuan, Gopal berkata tidak ada dapatan bebas yang Saiful boleh menjadi seorang rakan jenayah.

Beliau berhujah, Saiful sebagai peserta dalam melakukan satu kesalahan, dalam keadaan persekitaran itu, keterangannya mestilah disokong.

11.50am: Gopal berkata memandangkan bukti kejadian masa lalu telah dihapuskan, maka keterangan itu tidak boleh diambil kira.

Beliau berhujah bahawa satu kesimpulan yang adil ialah Saiful telah menambahnya.

Beliau berkata keterangan dari Saiful adalah bersifat mustahil, memang luar biasa, dan tidak ada penilaian dari hakim yang arif terhadap maksud penting yang menimbulkan keraguan serius terhadap keterangan yang diberikan.

Katanya, jika ia bukan secara rela, mengapa Saiful membawa bahan pelincir.

Menurut Gopal, kenapa Saiful membawa bahan pelincir dan mencuci seluar dalamnya.

Menurutnya, seorang yang kersik seumpama itu, dia lebih suka untuk tidak mencuci duburnya.

Soalan-soalan ini, tegas Gopal, tidak terdapat dalam kes pendakwaan.

Beliau berkata penemuan hakim perbicaraan mengenai kredibiliti, tidak dapat ditegakkan.

11.40am: Gopal berkata keterangan Saiful yang berkata terdapat bukti liwat yang lalu telah dihapuskan.

Bagaimanapun, Hakim Abdull Hamid berkata Saiful ada memberi keterangan bahawa perayu telah melakukan ejakulasi dalam duburnya seperti sebelumnya.

Hakim Md Raus berkata ini disebutkan semasa Saiful disoal balas.

11.25am: Gopal berkata kelakuan Saiful tidak konsisten dengan seseorang yang telah diliwat 24 jam sebelumnya.

Katanya, Saiful bertemu dengan seorang pegawai polis (Mohd Rodwan) sebelum kejadian liwat itu, dan tidak ada sebab untuk Saiful menunggu selama dua hari sehingga dia membuat laporan polis.

11.20am: Gopal berkata gambar itu adalah untuk menunjukkan sikap Saiful. Saksi itu, tambahnya, mengakui bahawa dia dalam gambar tersebut.

Gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti dan hanya ditanda sebagai ID (pengenalan).

Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Gopal mahu menunjukkan sikapnya (Saiful).

"Ya, dia mengakui dia ada di sana dan tidak mahu menjawab soalan apabila ditanya oleh Karpal yang dia nampak gembira.

"Kamera tidak berbohong. Dia tidak murung," jawabnya.

Gopal berkata hakim perbicaraan melakukan kesilapan undang-undang dengan tidak menerima gambar itu.

Hakim Suriyadi berkata Karpal telah biarkan ia ditandakan sebagai ID.

Bagaimanapun, Gopal berkata ia satu konsesi yang dibuat pada masa itu dan memetik satu kes undang-undang di mana bukti-bukti tersebut diterima.

Tambahnya, Saiful bersikap seperti biasa dan tidak konsisten dengan kes yang mendakwa dia telah diliwat dengan ganas sebelum itu.

11.10am: Pendengaran disambung semula dengan Gopal
meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.

Katanya, Saiful bersetuju dia pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu.

Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim.

"Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima)," tambahnya.
LIVE UPDATE! RAYUAN TERAKHIR KES LIWAT ANWAR


Putrajaya – Rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bermula di Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria kini mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan terdiri daripada 14 peguam mewakili

Anwar, diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah juga akan mendengar rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar.

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

10.45 pagi: Pengamal media yang hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini melahirkan rasa kesal selepas hanya 18 agensi media dibenarkan membuat liputan perbicaraan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata orang ramai disekat daripada mendapat laporan adil perbicaraan mahkamah ekoran hanya beberapa media bebas dibenarkan masuk.

"Apa motif hantar RTM untuk dengar perbicaraan? Mereka hanya benarkan satu agensi media antarabangsa.

"Saya tak curiga kerajaan mahu mengurangkan laporan yang mencemarkan institusi kehakiman. Ada dua atau tiga media online dibenarkan masuk, kita hanya bergantung kepada laporan mereka," katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman.

Wartawan yang mula berhimpun di Istana Kehakiman hari ini kesal apabila hadir seawal jam 5.30 pagi, namun media terpilih sahaja dibenarkan masuk.

Difahamkan hanya AFP selaku media antarabangsa dibenarkan membuat liputan perbicaraan pada hari ini.

10.30 pagi: Gambar sekitar antara yang hadir di luar mahkamah untuk memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.



Kedahkini

VIDEO - 40 tahun dari UM ke Penjara: "Universiti hotak kamu!"

Posted: 28 Oct 2014 03:15 AM PDT

 

Selasa, 28 Oktober 2014.  40 tahun dari UM ke Penjara: "Universiti hotak kamu!"  Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

BEKAS HAKIM YANG DISEGANI MENGETUAI PEGUAMBELA KES FITNAH LIWAT 2

Posted: 28 Oct 2014 02:30 AM PDT

 

Fitnah 2: Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan ketuai peguam Anwar

PUTRAJAYA 28 OKT:  Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan peguam Anwar dalam perbicaraan terakhir kes Fitnah 2 di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini.

Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria manakala seorang panel hakim, Ahmad Maarop digantikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ramly Ali.

Dalam hujahnya, Gopal berkata meskipun menghantar surat peletakan jawatan selepas tarikh mendakwa diliwat, Saiful Bukhari Azlan tetap datang ke rumah Anwar dan menyajikan minuman kepada tetamu.
 
Beliau menceritakan pertemuan Saiful dengan doktor Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, di mana satu objek plastik dikatakan dimasukkan ke dalam duburnya.
 
"Namun, Saiful menafikan membuat kenyataan itu. Pada pertemuan dengan Dr Osman, dia berkata dia telah diliwat dan (dia) dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur,"

Gopal berkata, tiga doktor yang memeriksa Saiful mendapati tidak ada tusukan berlaku dalam dubur Saiful. Pemuda itu kemudian bertemu dengan DSP Jude Pereira dan membuat laporan polis.
 
Malaysiakini melaporkan, Gopal berkata dua set seluar dalam Saiful dikemukakan dan salah satu seluar dalam itu telah dibasuh dan basah. Katanya, seluar dalam kedua tidak dipakai oleh Saiful pada hari itu tetapi memepunyai bekas air mani.

Gopal berhujah, pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.
 
Menurut Gopal, Mahkamah Rayuan telah silap dengan menganggap Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai.

Terdahulu, Ketua umum keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya tepat pukul 8.40 pagi. Beliau ditemani oleh isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya termasuk Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah.

Ketibaan Anwar disambut dengan laungan reformasi oleh ratusan penyokong yang menunggu sejak awal pagi.

Bagaimanapun berlaku sedikit kekecohan apabila pagar yang memisahkan ruang legar mahkamah dirempuh penyokong-penyokong beliau yang mahu mendekati dan bersalam dengan anwar.

Turut hadir pemimpin tertinggi KEADILAN seperti Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua dan Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli.


suara keadilan

Anwar Buat Kejutan Di Mahkamah Persekutuan...???

Posted: 28 Oct 2014 02:02 AM PDT



Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan jadi peguam bela utama Anwar

PUTRAJAYA 28 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan dalam rayuan kes di Mahkamah Persekutuan hari ini apabila diwakili bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram sebagai peguam bela utama berhadapan dengan pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Seri Muhammad Shafee A/L Abdullah.
 
 
Anwar berkata ketua pembelaan Datuk Sulaiman Abdulllah tidak sihat ekoran pembedahan kaki dua bulan lepas.

"Gopal menemui pihak kami pada minggu lepas.

"Kita ada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (sebagai peguam utama pembelaan) … Saya bersedia dari segi mental, tetapi tidak mempunyai banyak harapan," kata Anwar.
 
 
Anwar menyebut bahawa pelakon Hollywood Mel Gibson menghubungi untuk bertanya sama ada bintang 'Lethal Weapon' itu perlu mengeluarkan kenyataan.

"Dia memberitahu saya, satu perkara yang saya belajar daripada anda (Anwar) ialah jangan masuk politik," kata Anwar mengenai perbualan singkatnya dengan Gibson.

Sementara itu laungan reformasi terus bergema di perkarangan Istana Kehakiman sebagai sokongan kepada Anwar.

Dianggarkan lebih seribu orang penyokong Pakatan Rakyat hadir termasukan pengamal media dalam dan luar negara bagi mengikuti perbicaraan hari ini.

Anwar tiba pada jam 8.30 pagi bersama isteri dan anak-anaknya turut disambut dengan laungan reformasi bersama Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
 

Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang dibantu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.


Posted by Jeebond BLM

Lu Orang Semua Fikir Lah - Foto Ini Sehari Selepas Kononnya Saiful Diliwat.....??

Posted: 28 Oct 2014 01:30 AM PDT

Kerana $$$$ - Ulama Sanggup Jadi Bisu......

Posted: 28 Oct 2014 01:00 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUqkwFczQEGUZEa54cj-O0TFS96z11U-dynQX4b_FjHNdZl4NfAHxQkGDHRWytRvKjM7RXUbZDXYBJ0HX6uWAXDZX7V79Zm0zFcTxnYNLUeHPMiUgZS0uHIhjmmN4OopkPxv2I_SuDo2r3/s1600/Ulama-Bisu-Umno2.jpg

Katak Tua Terus Beraksi ??

Posted: 28 Oct 2014 12:15 AM PDT


Kenyataan Ibrahim Ali Tetap 'Menghasut' - Khairy
Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 9:19 PM
Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
izra@thestar.com.my

 


KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bertegas dengan pendiriannya bahawa kenyataan oleh Datuk Ibrahim Ali dalam isu Bible bersifat hasutan.
Khairy berkata, pendirian itu bersifat peribadi tanpa melibatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara.
"Kalau pandangan peribadi saya...kalau buat kenyataan nak bakar kitab orang lain, itu adalah hasutan.
"Bayangkan kalau ada orang cakap macam tu tentang Al Quran, sudah tentulah menghasut," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Peguam Negara pada Ahad bahawa kenyataan yang Ibrahim untuk membakar Bible bahasa Melayu, tidak terjatuh di bawah lingkungan definisi kecenderungan menghasut mengikut Akta Hasutan 1948.
"Terpulang kepada Jabatan Peguam Negara. Mereka ada kebebasan untuk buat keputusan dari segi pendakwaan," katanya.

Anwar Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama

Posted: 27 Oct 2014 11:30 PM PDT

Najib Dan Pemimpin Umno Pasti Terkedu 

Dengan Berita Ini..

Umum melihat pertuduhan ke atas Anwar adalah tindakan musuh politik iaitu Umno bagi membunuh kerjaya politik semata-mata. 
 
Daripada tuduhan liwat yang pertama pada 1998 dan sehingga tuduhan liwat ke 2 yang akan diputuskan rayuan terakhir Anwar oleh Mahkamah Persekutuan. 

Dunia melihat keputusan esok sejauh mana sistem keadilan di Malaysia, bebas ataupun duduk dibawah ketiak pemerintah iaitu Umno BN. Ikuti ulasan Dr. Yusuf Al Qaradawi, Presiden Ulamak Sedunia berkenaan keputusan kes rayuan Anwar esok hari..

Segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, keluarganya dan sahabat serta yang mengikuti petunjuk-Nya.

Malaysia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi kami, dan kami menaruh kasih sayang terhadapnya dengan hati yang jujur.

Impian kami adalah untuk melihat Malaysia sebagai realisasi model Islam yang wasatiyyah, bertamadun, maju dan kontemporari. 
 
 
Semua itu tidak akan berlaku kecuali dengan perjuangan orang-orang ikhlas terdiri daripada anak-anak Malaysia, berusaha dan kerjasama berganding bahu, mereka yang amat ingin untuk menjayakan masa depan negara.

Mereka saling bantu membantu sehingga berdiri tegak rakyat Malaysia seluruhnya.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(As Saff: 4)
Adalah tidak patut bagi badan kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes. Perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi melebihi tujuan mencari kebenaran.
 

Sesungguhnya kami percaya bahawa kemajuan Malaysia, kebangkitan dan kekuatannya terpancar daripada ketinggian nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan pengukuhan prinsip-prinsip kepelbagaian pemikiran serta persaingan yang mulia demi berkhidmat untuk negara yang berdaulat ini.

Anwar Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini.

Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas.

Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.

Kami beriman dengan apa yang difirmankan Allah swt tentang peristiwa Hadithat al Ifk:-

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. (Surah An Nur 12-13)

Aku menyeru kepada saudara-saudaraku rakyat Malaysia supaya bekerjasama dan saling bantu-membantu.

Aku berharap saudara-saudara di Malaysia menjauhkan diri daripada konflik-konflik yang tidak ada faedah di sebaliknya, malah ianya memudaratkan, tidak memberi manfaat, menghancurkan, tidak membina, merosakkan dan tidak mendatangkan kebaikan.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam


Yusuf al-Qaradawi
Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam
26 oktober 2014
2 muharram 1436