Ahad, 26 Oktober 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Mansuhkan Akta Hasutan !!

Posted: 26 Oct 2014 10:45 PM PDT


 
Tindakan aktivis Ali Abd Jalil mencari suaka politik di Sweden selepas ditindas di Malaysia akan menimbulkan persoalan, apakah perbezaan ideologi seharusnya dianggap sebagai satu jenayah atau diterima sebagai sesuatu yang positif dalam sebuah negara demokrasi??.

Lebih daripada itu, keselamatannya tidak dijamin kerajaan. Dia bukan sahaja dihukum dengan undang-undang akan tetapi dipukul polis dan tiada tindakan diambil.

Melalui tulisan di Facebooknya pada Sabtu, Ali mengatakan beliau terbang ke Sweden untuk mencari suaka di luar negara kerana beliau diancam pihak polis, samseng dan "kumpulan rasis Melayu."

Ali berdepan tiga dakwaan mengikut Akta Hasutan kerana menghina kesultanan Johor dan Selangor di akaun Facebooknya.

Ali juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan pada 29 September.

Amnesty International menyifatkan Ali sebagai "banduan hati nurani" sebagai usaha menghentikan apa yang mereka sifatkan "pendakwaan terpilih".

PASma DARI SPESIS MANA?

Posted: 26 Oct 2014 10:00 PM PDT

 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu Pasma ini dari spesies mana," katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu di sini, Ahad.


Beliau turut membidas Pasma yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut.

Beliau berkata tindakan MSU berhubung perkara itu kerana wujud aduan di negeri-negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit termasuk berkempen kepada ahli PAS supaya jangan menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti berkenaan.

Beliau mengulas isu pertembungan antara MSU PAS dengan Pasma yang semakin serius berikutan kenyataan Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi bahawa majlis tersebut tidak berhak melarang ahli PAS menghadiri program Pasma.

Semalam, Phahrolrazi berkata MSU tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.



Lantak Hangpa La.....

TANAH RIZAB MELAYU HILANG

Posted: 26 Oct 2014 09:30 PM PDT



KOMENTAR
bagaimana tanah
rizab  melayu lingkup
mustahil china berani
kalau tidak ada melayu
yang menjual nya

apa jadi dengan tanah kampong berembang
apa jadi dengan tanah pelentong
apa sedang berlaku
kepada tanah di kerinchi
apa sedang terjadi pada tanah
di kampong chu badak
apa sedang terjadi pada tanah
di kampong banda dalam

mustahil china berani
rembat tanah melayu


tanah rizab melayu
dirembat cukong kerana pemimpin 
united malays national organisation
kena suap
kena tumbuk rusuk
kena lendir china doll

Perkasa isytihar 8 deklarasi isu tanah rizab Melayu

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengisytiharkan lapan deklarasi bagi memelihara tanah rizab Melayu yang semakin hilang akibat pembangunan.
Pengerusi Biro Pemantauan dan Integriti merangkap Naib Presiden Perkasa Syed Osman Syed Mansor berkata deklarasi itu ialah meminta kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri untuk terus berpegang teguh kepada Perlembagaan bagi mengekal tanah rizab Melayu dan tanah-tanah pegangan Bumiputera di Malaysia.
"Kami juga memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu untuk campur tangan dalam menangani isu kehilangan dan penyusutan tanah rizab Melayu dan tanah natif Bumiputera.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-isytihar-8-deklarasi-isu-tanah-rizab-melayu#sthash.Ut3idata.dpuf

KAH KAH KAH

woit
jangan marah china
yang jual tanah rizab melayu
pada cukong cina
ialah bani ketuanan melayu

KAH KAH KAH
 


Wajah Sebenar Lelaki Serupa UAI Falam Video Panas Palsu

Posted: 26 Oct 2014 09:00 PM PDT

  

Baru-baru ini kita dikecohkan dengan penyebaran video panas Ustaz Azhar dengan seorang perempuan berdurasi 38 saat.

Selepas video itu tersebar pelbagai tomahan telah dilemparkan kepada Ustaz Azhar Idrus ada juga yang tidak percayainya.
Kemudian orang ramai dengan Ustaz Azhar telah tampil menafikan sekeras-kerasnya video tersebut adalah ustaz Azhar dan mengatakan ada pihak tertentu cuba jatuhkan Ustaz Azhar dalam menyampaikan dakwahnya.

Ada juga mengatakan Video ini telah diedit oleh penyokong UMNO atau orang kuat UMNO dengan alasan Ustaz Azhar Pro PAS jadi mereka telah edit dan menfitnah Ustaz Azhar.

Tidak dapat dipastikan siapakah yang edit video tersebut dan menyebarkan fitnah ini yang pasti dalam video ini bukan Ustaz Azhar Idrus.



Berikut bukti yang dapat Admin Sertakan


Dalam gambar diatas terdapat perbezaan telingga Ustaz Azhar dengan Wajah yang diedit dalam video tersebut.

Berikut dikatakan wajah lelaki sebenar dalam video panas yang tersebar.


Jadi kepada yang sebar fitnah ini anda terimalah balasanya nanti dosa dengan Allah boleh bertaubat Dosa dengan manusia selagi tidak mohon ampun tanggunglah akibatnya tambahan pula fitnah seorang ustaz yang menyampaikan ilmu agama.

Kepada rakan-rakan yang membaca dan melihat pendedahan ini mohon jasa baik anda share info ini menerusi button share yang disediakan dibawah mudah-mudahan dengan bantuan anda jenayah fitnah kepada UAI ini dapat diketahui Umun.


Blog Beritaharian.

Terbuang Tapi Terbilang !!

Posted: 26 Oct 2014 08:30 PM PDT

Keadilan Buat Anwar !!

Posted: 26 Oct 2014 08:00 PM PDT



Rakyat masih leka.. Masih dibuai mimpi2 indah. Rakyat diperbodohkan bukan dek tak tahu, tapi bermula sejak tak nak mengambil tahu. 
Kebebalan bukannya dek tak berilmu tapi kesombongan menolak kebenaran. Andai tak bangkit melawan, maka layak terima padah rasuah, kezaliman dan penindasan yg berterusan. Ini norma sejarah kemanusiaan.

UMNO-BN hakikatnya lemah & takut hilang kuasa. Untuk pertahan kuasa aparat pemerintahan diperalatkan, polis, media, kehakiman.. 
Apa saja. Tiada yang lebih menakutkan mereka kecuali kesedaran rakyat yang bangkit menolak mereka. Kini, rakyat ditakut-takutkan, dilaga-lagakan agar tak wujud kesatuan kesedaran melawan kezaliman.

Taktik mereka untuk kekal berkuasa. Takutkan rakyat jelata dan pecahkan kelompok penentang. Musnahkan hak asasi manusia, rantaikan kebebasan media, cengkam demokrasi & hapuskan kuasa rakyat. 
Dalam sistem pemerintahan yg rakus dan zalim, jadi kelaziman bagi pejuang kebenaran dan keadilan dituduh, didakwa, dihukum atas dasar fitnah. Nak tuduh, tuduhlah. 
Tapi amat jijik, tak bermoral lagi amat besar dosanya menuduh orang atas dasar fitnah.

Dlm politik kotor, orang betul mesti dimusnahkan apa cara sekalipun.. Agar tak halang kerja membolot merembat. Mereka yg rakus korap tak senangi agenda reformasi Anwar, maka dimusnahkan.

Stand up for freedom of what you believe in even if you are compelled to stand alone. 28 & 29 ni sape yg pergi ke Mahkamah Putrajaya, pergilah.. 
Yg xnk pergi, duduk di rumah diam2 sambil mengeluh tak sudah akibat 'dikerjakan, dirompak dan diliwat' UMNO-BN berterusan sampai bila2. 
 

Hari ini Anwar Ibrahim, mungkin suatu hari nanti ahli keluarga kamu pula. Baru masa itu kamu nak berkata tentang ketidak adilan dan fitnah??

28 & 29 ni bukan hari untuk kita berbicara tentang Anwar Ibrahim bersalah atau tidak, bukan berbicara tentang Saiful Bukhari Azlan diliwat atau tidak. 
Tapi hari dimana penentuan rakyat akan terus dibodohkan atau tidak, terus 'dirompak' atau tidak. Dan paling utama, penentuan DEMOKRASI DAN KEADILAN akan terus wujud atau dihumban jauh dari jiwa rakyat, biarkan rakyat menjadi umpama lembu!!!

SEGALANYA BERMULA DARI KORANG, DARI HATI KORANG, JIWA KORANG.. BUKAN HANYA SEORANG MANUSIA BERNAMA ANWAR..

#RakyatHakimNegara

#REFORMASI!!!!

Kalau Takut Pada Risiko - Jangan Bicara Soal Perjuangan - REFORMASI !

Posted: 26 Oct 2014 07:15 PM PDT


 
Manusia tak dilahirkan bodoh kecuali diperbodoh dan dikekalkan bodoh demi kepentingan pihak yg ingin memperbodohkannya. 
 
Some fools love to be fooled and maintain to be so by their own government as fools. Sahabat2ku sekelian, kecutnya seorang wanita dilorong kelam, kecutnya seorang lelaki disuruh melawan. 
 
Usah kekal jadi pengecut.. Mungkin kita tak mampu menghalang kezaliman hari ini, tapi jangan sampai melupakan kezaliman itu akan terus berulaang pada hari esok dan seterusnya..

Maka, aku dengan ini menghasut sehasut hasutnya semua rakyat x kira Melayu, India, Cina, Orang Asal, dan semua kaum kaum yg ada untuk turun pada 28 & 29 ini di Putrajaya.. 
 
Masanya tiba untuk kita tunjuk pada pemimpin yg rakus, rakyat lebih berkuasa. Persetan dengan segala bentuk halangan yg akan dibina untuk menyekat kita. Hak kita, mereka harus akur!

Bagi orang Islam, kita baru beralih tahun.. Hijri 1436. Duk sebut Maal Hijrah sana sini merata, kita hijrah dari apa ke apa? Apa maknanya hijrah ini jika pemikiran masih takok lama seperti kaum jahiliyyah? Hijrah maknanya perpindahan. Tapi bukan sekadar pindah tempat.. 
 
Dari Mekah ke Madinah. Atau dari Kajang ke Putrajaya. Konsepnya tak gitu. Pastinya Hijrah gagal dihayati jika masih kekal dasar kezaliman, penindasan dan fitnah manusia ke atas manusia lain. 
 
Harus berubah jadi manusia yg beriman dan berjihad menegakkan keadilan dan kebenaran. Surah Al-Baqarah ayat 218, surah Al-Anfal ayat 74 dan surah At-Taubah 20-22 telah rangkumkan Hijrah bersama Iman & Jihad. Hijrah itu merubah seorang mukmin menjadi Mujahid.

Aku bukan bicara tentang Anwar Ibrahim sahaja tapi sistem negara kita yang semakin rosak! Yang sedikit duduk saja tiap hari kaut berjuta, yang berjuta dikerah tiap hari dgn upah tak seberapa. Ini petanda sistem ekonomi yg rosak. 
 
Disaat rakyat bertanya kepada pemimpin, rakyat pula dipersoal dan cuba diselotep mulutnya. Ini petanda sistem integriti rosak. Disaat bukti dan fakta bercelaru dan x kukuh diterima pakai, itu tandanya keadilan dan hak rakyat rosak!!!! 
 
 Hari ini, Anwar adalah watak yg diangkat untuk kepentingan kerakusan kuasa dan kerosakaan integriti pemimpin, kamu x ambil kisah. Bayangkan suatu hari nanti ahli keluarga atau keturunan kamu sendiri menjadi mangsa politik kotor sebegini.. 
 
Tidak mustahil kerana sejarah akan berulang selari dengan kebodohan dan kedangkalan kaum itu sendiri..

#RakyatHakimNegara

#REFORMASI

VIDEO - Hebat !! Memeluk Pemfitnah Nombor 1 Dunia ?

Posted: 26 Oct 2014 06:30 PM PDT

 

APA HUKUMNYA ORANG BERSEKONGKOL DENGAN PEMIMPIN YANG ZALIM


Kenapa Anwar wajib dipenjara - Hishamuddin Rais

Posted: 26 Oct 2014 05:43 PM PDT

 
 
Bacalah surah yang aku bawa ini. Surah ini bukan warita orang-orang dahulu kala - warita orang kini jua. Aku membawa surah surah songsang untuk tatapan kita semua. Tuan Pembaca yang budiman jangan terasa hati. Jangan merasa marah. Iqrak dahulu.

Nobat merpati di gunung.
Memberi salam nuri di pintu.
Berbeka burung di bumbungan.
Berkokok si tambang denak.
Bertitir ketitir jantan.
Berkubu balam tembaga tiga gaya'

Surah yang ditulis ini aku harapkan akan dihanyutkan air dari gunung melimpah ke sungai dari sungai mengalir ke laut. Surah ini aku harapkan akan akan diterbangkan angin naik ke awan. Jatuh di awan disambar helang dan gagak untuk disebar ke Kampung Hulu dan Kampung Hilir. Hendaknya.

Titir canang pemanggil.
Pukul tabuh larangan.
Palu gong pelaung.
 

Aku amat amat yakin pada Selasa 28 haribulan Oktober 2014 ini nanti Anwar Ibrahim akan dipenjara. Rayuan Anwar akan meleset dan gagal. Lima orang Tuan Hakim termasuk Ketua Hakim Negara yang akan menjadi Pengerusi Sidang Mahkamah Rayuan ini akan mendapati Anwar bersalah.

Inilah surah songsang yang aku bawa. Sabar dahulu, biar aku huraikan kenapa Si Anwar ini akan dipenjara. Kau baca dahulu apa yang aku tulis ini. Satelah selesai bacaan maka kau berbunyilah sehendaknya.

Aku berani menulis sedemikian kerana dari apa yang aku amat-amati telah jelas. Bagaikan terang lagi bersuluh. Bagaikan telefon telah berdering. Bagaikan durian sudah dapat aku ciumi. Semua babak-babak politik yang berlaku kebelakangan ini menyatakan bahawa Si Anwar ini akan masuk penjara.

Awal-awal duhulu aku memiliki pandangan bahawa 'tidak mungkin' Si Anwar ini dihantar ke Sungai Buluh atau Kajang. Kenapa aku beralih pandangan. Apakah aku telah ditumbuk rusuk hingga terbatuk-batuk? Jawabnya tidak. Realpolitik – uberpolitik kata orang German – meyakinkan aku bahawa Anwar akan dipenjara.

Awal wahid: Pada hemat aku memasukkan Anwar ke penjara ini adalah satu pelaburan Najib dan Rosmah yang paling lumayan. Umum telah mengetahui bagaimana Najib dan Rosmah bersama Saiful didakwa telah bersama merancang untuk memerangkap Anwar.

Inilah buktinya - satu pelaburan murah tetapi pulangan yang amat lumayan. Najib dan Rosmah meraih pulangan yang tidak terhingga.

Apakah para pembaca telah lupa bagaimana juru lecok dan juru heboh Mahathir telah berleter tentang Najib seorang Perdana Menteri yang manai. Najib lebih lembik dari Dolah Badawi. Apakah perlu aku ingatkan tentang Kadir Jasin dan Zainuddin Mydin telah secara terbuka memukul canang memberi tanda bahawa Najib Razak wajib ditendang jika United Malays National Organisation mahu selamat. Dalam firasat dua ekor budak suruhan Anak Lelaki Iskandar Kutty ini Najib adalah 'jantan lembik' yang tidak bermaya dan tidak bertenaga untuk mengemudikan agenda – ketuanan Melayu. Najib wajib diganti.

Justeru apabila Anwar dipenjara ini ialah sebotol Viagra yang ditelan Najib. Dengan pantas Najib akan naik 'ngang' dan memiliki syawat keberanian untuk melakukan sesuatu. Selama ini di laman media sosial – di Facebook, blog dan di Tweter - Najib digambarkan sebagai Jantan Mandul yang takut kepada bini. Imej Najib kena 'rojak kangkang' ini telah tersebar meluas. Dakwaan kesah-kesah Rosmah menengking Najib secara terbuka telah menjadi rahsia umum.

Aku wajib mengingatkan pembaca bahawa yang membebaskan Anwar Ibrahim ialah Abdullah Badawi. Tun Dolah sosok yang warak ini juga adalah musuh ketat Anak Lelaki Iskandar Kutty. Justeru, dengan memasukkan Anwar sekali lagi ke penjara pasti akan menggembirakan Anak Lelaki Iskandar Kutty gembira. Satu KPI untuk Najib.

Pada hemat aku masa dan saat untuk Anwar ke penjara ialah 28 haribulan ini. Ini tarikh yang tepat. Aku tidak perlu mencari Raja Bomoh atau berjumpa Harun Din untuk menilik air di pinggan. Aku sendiri boleh meramalkan apa yang akan berlaku minggu depan. Pergolakan politik terkini meyakinkan aku bahawa Anwar akan kena.

Pada ketika ini Pakatan Rakyat tidak sekuat ketika mula menang PRU13 dahulu. Apabila Sultan Selangor memungut Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi kompak dan padu. Malah Sultan Selangor telah menerangkan kenapa Baginda memungut Azmin Ali. Menurut Sultan ini kerana wujudnya perbalahan dalam Pakatan. Ini kata-kata Sultan Selangor. Kata-kata ini tepat sekali.

Apakah perlu aku melakarkan bukti tentang apa yang terjadi dalam Pakatan. Apakah para pembaca telah mula lupa tentang perangai dan kelakuan Hadi Awang yang berdolak dalik? Haji Hadi yang kini dianggap Jaguh You Turn adalah salah satu punca yang menjadikan Pakatan Rakyat tidak keras padu.

Kelakuan Hadi Awang yang berdolak dalik ini telah memberahikan nafsu syahwat Najib untuk bongkar dan mengembang. Najib merasa dan melihat Pakatan tidak 'solid' lagi. Dalam masa yang sama umum juga telah diberitahu bahawa wujudnya satu gerombolan yang menamakan diri mereka "Youji". Gerombolan ini dikatakan telah 'bersulit-sulit dan bercanda-canda' dengan Najib. Bila aku mencongak pada 29 haribulan ini gerombolan Youji ini pasti akan 'bersyukur' Anwar Ibrahim dipenjara.

Di sini biar aku buka labon sejarah - pada 20 September 1998 apabila Anwar Ibrahim ditangkap – dia adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Timbalan Presiden Parti Gerombolan Ketuanan Melayu. Penangkapan Anwar ini memeranjatkan Minah dan Mamat dari hujung kampong hingga ke ceruk Felda. Penangkapan ini telah menjemput ribuan warga dan anak muda untuk berpolitik di jalan raya. Bentrokan dan pertempuran hebat berlaku di jalan raya. Ramai yang cedera dan ramai yang ditangkap.

Pada 28 haribulan nanti aku yakin tidak ramai yang akan datang ke Mahkamah di Putrajaya. Ini bukan kerana tidak ada sokongan kepada Anwar. Sokongan masih teguh. Apa yang kurang ialah generasi anak-anak muda yang membesar 15 tahun lalu kurang arif tentang sejarah.

Aku juga yakin bahawa pemenjaraan Anwar ini amat-amat disukai oleh Cucu Iskandar Kutty dan Menantu Dolah Badawi. Khairy Jamluddin dan Mukhriz pasti menyimpan niat untuk menjadi ketua Gerombolan Ketuanan Melayu. Budak dua ekor ini pasti melihat Anwar Ibrahim ini sebagai penghalang projek mereka untuk menjarah harta kekayaan negara ini.

Malah aku rasa bukan sahaja Khairy dan Mukhriz mungkin merasa selesa apabila Anwar dipenjara – ramai juga pemimpin dan ahli United Malaya National Organisation akan merasa 'happi' kerana Anwar telah menerima hukuman. Tocang Najib yang terbarai akan mencanak naik dalam Parti Ketuanan Melayu. Nyawa Najib dan Rosmah bersambung apabila Anwar dalam penjara

Akhirnya dalam surah songsang ini aku wajib menjelaskan bahawa kes Saiful ini bukan hal undang-undang atau hukum hakam atau Perlembagaan Persekutuan. Ia juga pada hemat aku tidak ada sangkut paut dengan agama-agama, dengan Islam, dengan Tok Arab, dengan ilmu fekah atau ilmu tajwid.

Ia juga bukan tentang bahan bukti, atau tentang keterangan saksi atau juga alibi atau tentang bagaimana undang-undang dan hukum wajib di fahami. Ianya juga tidak ada sangkut paut dengan semangat perundangan atau pun bersangkutan dengan Piagam Hak Asasi Manusia yang digunapakai oleh Bangsa Bangsa Bersatu.

Anwar Ibrahim dipenjara untuk menyelamatkan United Malays National Organisation dari runtuh terbarai. Anwar Ibrahim dipenjara untuk tujuan politik. Anwar Ibrahim dipenjara untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kucar kacir dan koyak rabak.

Selagi sosok yang bernama Anwar Ibrahim dapat bergerak bebas. Selagi Anwar Ibrahim dapat berhadapan dengan Mak Cik dan Pak Cik di kampung. Selagi Anwar Ibrahim dapat berkata kepada media. Selagi Anwar Ibrahim dapat berucap di luar negara – nyawa dan nafas United Malays National Organisation akan menjadi sesak dan pendek.

Sama ada Haji Hadi menerima hakikat ini, sama ada Nik Abduh menerima hakikat ini, sama ada Harun Din menerima hakikat bahawa sosok Anwar Ibrahim inilah yang melahirkan ikatan setiakawan antara PAS, DAP dan PKR. Benci bagaimana pun seseorang terhadap Anwar Ibrahim – mereka tidak akan dapat menafikan apa yang aku tulis ini.

Tanda dan makna telah aku lakar. Aku ingin ingatkan bagaimana datuk nenek moyang kita mengira hari;

Tengah malam sudah terlampau.
Dinihari belum lagi tampak.
Budak budak dua kali jaga.
Orang muda pulang bertandang.
Orang tua berkalih tidur.

Embun jantan rintik rintik.
Bunyi kuang jauh ke tengah.
Sering lanting riang di rimba.
Melenguh lembu di padang.
Sambut menguak kerbau di kandang.
Berkokok mandung merak mengigal.
Fajar sedang menyingsing naik.
Kicak kicau bunyi murai.
Tak tibau melambung tinggi.
Berkuku balam di hujung bendul.
Terdengut puyuh panjang bunyi.
Puntung sejengkal panjang sejari.
Itulah alamat hari nak siang.
Inilah tanda Anwar akan dipenjara.
 
 
Kerengga

Pulau Batu Puteh: Siapa yang perlu disiasat? FMT Staff

Posted: 26 Oct 2014 05:00 PM PDT

 

Gambar palsu itu punca kekalahan Malaysia kepada Singapura dalam tuntutan di ICJ


 
KhaledNordin:

PETALING JAYA: Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mengikut fakta yang ada, Malaysia kalah kepada Singapura dalam tuntutan Pulau Batu Puteh bukan kerana delegasi mereka lebih bijaksana atau mereka memiliki faktor sejarah yang lebih kukuh.

"Kita telah kehilangan Pulau Batu Puteh, kerana perbuatan khianat dan sabotaj oleh orang-orang dalam delegasi Malaysia, yang telah mengemukakan keterangan palsu di saat-saat akhir,iaitu empat hari sebelum prosiding ICJ bermula," dakwanya lagi dalam sepucuk surat yang diemailnya kepada Perdana Menteri hari ini.

Beliau menambah keterangan kontroversi ini adalah dalam bentuk sekeping gambar Batu Puteh yang dipalsukan ('doctored' photo) untuk menunjukkan kehampiran pulau tersebut kepada tanah besar Johor.

Mat Zain berkata keterangan inilah yang dipercayai telah memusnahkan sama sekali, kredibiliti hujah dan keterangan yang cukup bagus dan kukuh ,yang dibentangkan oleh pihak kita, di permulaan prosiding tersebut.
"Perkara yang perlu disiasat sekarang ialah,siapa yang telah memperkenalkan gambar kontroversi tersebut dan siapa yang telah membenarkan gambar dalam keadaan sedemikian dikemukakan dalam prosiding ICJ itu. Adakah orang yang terlibat itu adalah Pegawai Negeri Johor atau Persekutuan atau pun kedua-duanya sekali?" soal beliau.

Katanya, perkara yang amat penting ialah untuk menyiasat sama ada mana-mana orang, sama ada Pegawai Negeri atau Persekutuan yang terlibat dalam kes Batu Puteh ini,menerima apa- apa faedah atau gratifikasi daripada pihak ketiga, atau mana-mana pihak pun,supaya menyebabkan keterangan kontroversial tersebut digunakan dalam prosiding tersebut, atau untuk sembunyikan apa-apa keterangan mustahak daripada dikemukakan dalam prosiding sama, hingga menyebabkan negara kita terpaksa menyerahkan Batu Puteh kepada Singapura.

Mat Zain berpendapat tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk mengumpul keterangan baru berkaitan Pulau Batu Puteh bukan sahaja seolah melepaskan batuk di tangga, bahkan ia boleh dianggap sebagai perbuatan memperkecil dan memperlekehkan titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim pada majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kedua DUN Johor Ke-13, telah menitahkan kerajaan Johor supaya menubuhkan pasukan khas untuk merayu keputusan ICJ yang dibuat pada 23 Mei 2008 itu, untuk mendapatkan balik Pulau Batu Puteh daripada Singapura.

"Menteri Besar Johor itu patut lebih bertanggungjawab lagi, kerana beliau sendiri berada dalam Kabinet Persekutuan pada tahun 2007, ketika kes Batu Puteh dibentangkan di-ICJ dan sedar apa yang berlaku dalam prosiding tersebut," katanya lagi.


FREE MALAYSIA TODAY.
 

KESIAN KELING INI

Posted: 26 Oct 2014 04:30 PM PDT

NOTA
soalan hakiki
untuk 
bani ketuanan melayu
lihat betul betul
lihat jujur jujur
kemudian tanya diri sendiri
adakah muka ini
 muka sosok melayu
atau 
muka saekor keling?

 | October 26, 2014
tan-sri-zainuddin-maidin
"Umpamanya ada lelaki yang menyerupai pemimpin besar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ada pula yang serupa dengan Setiausaha Agung PAS... More ››

PETALING JAYA : Zainuddin Maidin mengandaikan hanya Malaysia mempunyai paling ramai orang Melayu dan Islam yang berwajah sama atau pelanduk dua serupa mirip orang popular dan kenamaan.
"Umpamanya ada lelaki yang menyerupai pemimpin besar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ada pula yang serupa dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, ada pula yang saling tak tumpah macam Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
"Dan terakhir pula ada mirip wajah pendakwah politik popular PAS tidak bertauliah Ustaz Azhar Idrus," sindirnya..

KAH KAH KAH

woit
kesian keling ini
hanya muka keling ini
tak ada mirip sesiapa
kalau ada bayi  lahir
mirip keling ini
ibunya akan cekik  bagi mati
lebih baik mati
dari mirip muka
keling ini

POOOORAH
 

Pakar Forensik Siasat Keaslian Video Seks Lelaki Mirip UAI

Posted: 26 Oct 2014 09:00 AM PDT


PIHAK polis dilaporkan sudah pun menghantar klip video seks yang didakwa mirip dengan seorang penceramah popular Ustaz Azhar Idrus, 50, ke Jabatan Forensik bagi menyiasat kesahihan dan keaslian video tersebut.

Memetik laporan sebuah akhbar harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, pakar forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menganalisa kandungan video itu untuk mengenal pasti keasliannya dan juga menyiasat sama ada adakah ia menggunakan teknik pertindihan (superimpose).


"Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini," katanya. 


Kes ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan di atas kesalahan penyebaran dan memiliki bahan lucah dan pihak polis juga masih dalam proses siasatan mengenal pasti individu yang mula-mula sekali menyebarkan video tersebut di laman Internet. -  


MYNEWSHUB | POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT


 
Diharap pihak Polis jangan cuba nak bersekongkol dan mendiamkan jika siasatan mendapati ianya datang dari puak2 UMNO Laknatullah.... pastikan pembuat video seks ini dihukum - jangan buat seperti Team Datuk T - Dato Eskay - Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Bapa Mertua Shafie Apdal Dato Shoib Lazim. 
 
Mereka bebas sebebasnya walaupun sudah melakukan SUMPAH LAKNAT !!

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah).

Posted: 26 Oct 2014 08:30 AM PDT

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah).  Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya:

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: "Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

Sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah Negara dan Negeri. akibat korban fitnah.

VIDEO - Tahniah Anak Anak Wak Kulup !!

Posted: 26 Oct 2014 08:00 AM PDT



KPN Wajar Meletakkan Jawatan....??

Posted: 26 Oct 2014 07:15 AM PDT


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah bersuara bahawa rakyat Malaysia merupakan pemantau terbaik bagi tugas yang dimainkan pihak polis di Malaysia.
Sedangkan prestasi Khalid sendiri dilihat amat mendukacitakan. Persepsi rakyat ialah ketua polis ini menjadi alat tuan politiknya dan tidak langsung mematuhi undang-undang.

Portal berita TMI melaporkan Khalid berkata masyarakat merupakan pemantau terbaik salahlaku polis. Beliau menolak cadangan penubuhan Suruhajaya Bebas bagi Aduan dan Salahlaku Polis yang dicadangkan pada 2005 oleh Suruhanjaya Siasatan Polis Diraja bagi memantau salahlaku yang dilakukan oleh anggota-anggota PDRM.

Khalid berkata pihaknya tidak menolak penubuhan satu suruhanjaya bebas, namun terma dan klausanya tidak cocok bagi pasukan polis di Malaysia

"Kami seakan dilihat warga kelas kedua. Kami tidak mempunyai apa-apa hak di bawah Suruhanjaya Bebas bagi Aduan dan Salahlaku Polis itu."

Di bawah suruhanjaya tersebut, tiada klausa bagi anggota yang didapati bersalah membuat rayuan di mahkamah.

Antara pengkritik cadangan tersebut termasuklah bekas KPN Tan Sri Musa Hassan yang berpendapat, saluran perlu diberi bagi anggota polis merayu agar diberi keadilan dan keseimbangan.

KPN Gagal Menangani Isu "MESIN JUDI HARAM" ???

Posted: 26 Oct 2014 06:30 AM PDT


Tahukah Anda?? Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah gagal menangani isu mesin judi haram di negara ini.
Cara pendekatan Khalid menangani masalah pusat judi haram ini adalah amat berbeza ketika beliau menyelesaikan isu Pusat Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dan siri tangkapan terpilih di bawah 'Akta Hasutan' ke atas pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Selaku Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak pernah dilaporkan turut turun padang dalam operasi serbuan pusat judi haram.

Menurut laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terdapat lebih 25,000 pusat judi haram di negara ini. Angka yang besar ini amat mengejutkan kita.

Kenapakah aktiviti lebih 25,000 pusat judi haram ini dibiarkan berleluasa tanpa tindakan yang tegas dari PDRM??

Kenapakah anggota-anggota PDRM menjadi lemah longlai apabila berhadapan dengan taukeh-taukeh judi haram ini??

GEMPAR ! Kita Akan mengalamai TIGA HARI Tanpa Matahari ?

Posted: 26 Oct 2014 05:45 AM PDT


Salam, kawan2! Saya post ni untuk persiapan kita kalau benar2 peristiwa 3 hari tanpa matahari akan terjadi Disember ini, Wallahu'alam...

Apa yg saya baca dan dengar dari kuliah agama, apabila terjadi 2 atau 3 hari tanpa matahari, maka esoknya matahari akan terbit dari sebelah barat!

Pada pandangan pihak NASA kejadian matahari terbit sebelah barat hanyalah fenomena alam.


Tapi bagi kita orang islam, apabila matahari terbit sebelah barat maknanya kita tahu itu adalah petanda besar KIAMAT dimana pintu taubat kita sudah tertutup!

Lelaki Naik Hantu Kejar Ibu Dengan Pisau Keliling Rumah

Posted: 26 Oct 2014 05:06 AM PDT

 
Seorang  lelaki tergamak mengejar ibunya keliling rumah dengan sebilah pisau selepas ditegur oleh ibunya kerana menyelongkar barang di dapur rumahnya di Kampung Kuala Kubang dekat Jabi, di sini.

Menurut sumber, suspek yang merupakan penagih dadah dikatakan menyelongkar barang untuk mencari wang bagi membeli dadah, namun berang selepas ditegur ibunya yang berusia 55 tahun.


Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang apabila mangsa melihat anaknya yang berusia 37 tahun berada di dapur rumah.

"Suspek yang naik hantu telah bertindak mengambil sebilah pisau di dapur dan mengugut mencederakan mangsa.

"Wanita yang bekerja sebagai penoreh getah itu melarikan diri dan dikejar di kawasan rumah berkenaan," katanya.

Mangsa kemudian melarikan diri ke rumah jiran kerana takut terjadi perkara tidak diingini ke atasnya apatah lagi dia mempunyai penyakit jantung.

Bimbang anaknya akan bertindak ganas lagi, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Jertih.

Menurut sumber, suspek sebelum ini sering melakukan perkara sama terhadap ibunya demi mendapatkan wang dipercayai bagi tujuan membeli dadah.

Bagaimanapun mangsa dan suaminya yang kurang sihat serta bekerja sebagai penoreh getah tidak dapat sentiasa memenuhi permintaan anaknya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noor Halim Nordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, suspek berjaya ditahan polis di rumah keluarganya di Kuala Kubang kira-kira jam 11.30 malam hari yang sama.

"Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengugut ibunya," katanya.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.



 

Ibrahim: K'jaan perlu tegas perkasa agenda nasional

Posted: 26 Oct 2014 12:00 AM PDT

 
 
Kerajaan diminta mengambil tindakan lebih tegas dalam memastikan pemerkasaan agenda nasional dapat digerakkan bagi menjamin perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini dapat dieratkan.
  
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya mendapati kerajaan ketika ini lebih bersifat defensif sehingga menolak ke tepi dasar agenda nasional sebaliknya meletakkan agenda politik di hadapan.
  
Katanya Perkasa juga berharap kerajaan dapat memastikan matlamat agenda nasional dapat dicapai dalam menjamin kestabilan dan keamanan negara.
  
"Apa yang berlaku sekarang ini adalah rakyat berpecah dan matlamat agenda nasional untuk melihat penyatuan rakyat berbilang kaum masih jauh.
  
"Mengapa setelah 50 tahun  kita merdeka masih ada lagi rakyat tidak boleh berbahasa Kebangsaan. Apa punca semua ini terjadi dan kerajaan perlu mencari penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perkasa Peringkat Parlimen Bayan Baru, di Georgetown malam tadi.

Ibrahim berkata kewujudan sekolah berbagai aliran, siaran televisyen dan radio dalam bahasa tertentu perlu dikaji semula dan ditambah baik supaya selari dengan agenda nasional yang digariskan.
  
Katanya Perkasa juga bimbang dengan kewujudan sistem pelbagai bahasa di negara ini yang dikhuatiri mampu  memberikan kesan buruk kepada negara khususnya kebersamaan dan kesatuan rakyat.
  
"Kita bukan rasis apabila menyentuh isu sekolah pelbagai aliran dan siaran radio dengan pelbagai bahasa tetapi disebabkan perkara ini telah melahirkan rakyat yang langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan.
  
"Sudah sampai masanya kerajaan bertegas dengan menekankan semula penggunaan bahasa kebangsaan di negara ini supaya tiada lagi rakyat tidak mampu menggunakan bahasa negara sendiri," katanya.
  
Sementara itu, Ibrahim menyelar tindakan pihak tertentu yang sering melabelkan Perkasa dan perjuangan mempertahankan hak Bumiputera di negara ini sebagai rasis.
  
"Perjuangan Perkasa jelas adalah mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang terkandung dalam Perlembagaan dan tidak timbul isu rasis di sini.
  
"Mengapa kita pertahan hak kita dilabel rasis sedangkan kaum lain yang bangkit pertahan hak mereka tidak (dilabel rasis). Perkara ini tidak betul dan sekiranya tidak diambil serius oleh kerajaan, kita risau ia akan memberi kesan kepada kestabilan dalam negara khususnya melibatkan hubungan antara kaum," katanya.
   
-Bernama