Rabu, 22 Oktober 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


MB YAB Azmin Ali Turun Padang Melawat Tempat2 Yang Di Landa Ribut Sekitar Klang... Good Job MB...

Posted: 22 Oct 2014 11:00 PM PDT


MB YAB Azmin Ali Turun Padang Melawat Tempat2 Yang Di Landa Ribut Sekitar Klang... Good Job MB...

Rajinnya ADUN Kajang Ni - Membuatkan UMNO Selangor Pening Kepala !

Posted: 22 Oct 2014 10:15 PM PDT

Kak Wan di Sungai Ramal,Kajang sempena majlis makan malam amal untuk dana sekolah sekolah ABIM
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.

ADA OTAK TAPI X BERAKAL INILAH MARUAH MELAYU UMNO.

Posted: 22 Oct 2014 10:00 PM PDT

ADA OTAK TAPI X BERAKAL INILAH MARUAH MELAYU UMNO. BOLEH DIBELI DAN DI PERKUDA OLEH PEMIMPIN UMNO SESUKA HATI

BOLEH DIBELI DAN DI PERKUDA OLEH PEMIMPIN UMNO SESUKA HATI
 

Harga minyak mentah dunia terus jatuh ??

Posted: 22 Oct 2014 09:30 PM PDT


Harga minyak mentah dunia terus jatuh ??   Harga minyak mentah dunia terus jatuh.  Harga minyak di Amerika di Amerika Syarikat telah jatuh hampir 24 peratus sejak pertengahan Jun. - Gambar Hiasan  NEW YORK: Harga minyak mentah dunia jatuh lagi pada Rabu di tengah-tengah kebimbangan kemungkinan perkembangan ekonomi dunia yang perlahan sekaligus mengurangkan permintaan terhadap bahan bakar itu dan wujudnya lebihan di pasaran.  Petunjuk harga Amerika Syarikat  West Texas Intermediate  menyaksikan kejatuhan 6 sen kepada USD81.78 (RM267.40) setong untuk bulan November dalam dagangan di New York Mercantile Exchange, paras terendah sejak Jun 2012.  Petunjuk harga minyak Eropah, Brent menyaksikan kejatuhan USD1.22 (RM3.90) kepada USD83.78 (RM268) setong dalam dagangan di London.  Kerugian dilihat rendah berbanding hari sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan hampir lima peratus selepas Agensi Tenaga Antarabangsa mengubah unjuran permintaan minyak dunia.  Harga minyak di Amerika di Amerika Syarikat telah jatuh hampir 24 peratus sejak pertengahan Jun.  Sejak beberapa hari lalu, harga minyak dunia menyaksikan aliran menurun selepas negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti China dan negara-negara Eropah mengubah unjuran pertumbuhan kepada paras lebih rendah.  Ia diburukkan lagi dengan berita negara pengeluar minyak Arab Saudi dan OPEC melahirkan pendirian tidak akan menyekat pengeluaran meskipun harga minyak jatuh.  Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my  Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/harga-minyak-mentah-dunia-terus-jatuh-46247?cp

Harga minyak mentah dunia terus jatuh.

Harga minyak di Amerika di Amerika Syarikat telah jatuh hampir 24 peratus sejak pertengahan Jun. - Gambar Hiasan

NEW YORK: Harga minyak mentah dunia jatuh lagi pada Rabu di tengah-tengah kebimbangan kemungkinan perkembangan ekonomi dunia yang perlahan sekaligus mengurangkan permintaan terhadap bahan bakar itu dan wujudnya lebihan di pasaran.

Petunjuk harga Amerika Syarikat West Texas Intermediate menyaksikan kejatuhan 6 sen kepada USD81.78 (RM267.40) setong untuk bulan November dalam dagangan di New York Mercantile Exchange, paras terendah sejak Jun 2012.

Petunjuk harga minyak Eropah, Brent menyaksikan kejatuhan USD1.22 (RM3.90) kepada USD83.78 (RM268) setong dalam dagangan di London.

Kerugian dilihat rendah berbanding hari sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan hampir lima peratus selepas Agensi Tenaga Antarabangsa mengubah unjuran permintaan minyak dunia.

Harga minyak di Amerika di Amerika Syarikat telah jatuh hampir 24 peratus sejak pertengahan Jun.

Sejak beberapa hari lalu, harga minyak dunia menyaksikan aliran menurun selepas negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti China dan negara-negara Eropah mengubah unjuran pertumbuhan kepada paras lebih rendah.

Ia diburukkan lagi dengan berita negara pengeluar minyak Arab Saudi dan OPEC melahirkan pendirian tidak akan menyekat pengeluaran meskipun harga minyak jatuh.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go 

http://onthego.astro.com.my

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/harga-minyak-mentah-dunia-terus-jatuh-46247?cp

VIDEO - Najib Kena Balun Oleh Perwakilan Langkawi Kedah !!

Posted: 22 Oct 2014 08:45 PM PDT

 


Jika DSAI Terus Bersama UMN0 dulu...Mungkin Nasibnya Tak Sebegini..

Posted: 22 Oct 2014 08:00 PM PDT

 -Rekod Semasa Menjawat Jawatan Sebagai Menteri Kewangan Amat MembanggaKan Dalam Mengimbangi Ekonomi Negara Ke Tahap yg MembanggaKan.....-Namun Nasib tidak Menyebelahi tatkala mengingkari

permintaan ank Mantan Perdana Menteri yg Gila Berjudi...

-Justeru itu Kemurkaan Mantan Perdana Menteri Langsung Mengakibat DSAI diAniaya dan diZaLimi Sehingga Kini..

-Mana Mungkin UMNO Merestui Perjalanan Politik Beliau mengapai Kejayaan....-Alang2 Umno Tak dapat..biar diJahanamKan Terus Karier DSAI....

-Rasanya Dalam Menteri Kabinet yg Menerajui Negara Masa Kini Tiada yg Setanding Kehebatan BeLiau...-yang Suam2 Sebu dn MengeLembu Dunghuu with Mengampuu mmg Tersedia Ada...

-Apapun...DSAI mmg Seorang yg CekaL dan Tabah Sebagai Pejuang dlm Politik..Berani dan Terbilang dalam Mendepani KERAjaan yg KeterLaluan.

-Seorang Anak MeLayu Sejati yg di Aniaya...diFitnah Tanpa Henti...diZalimi dari dulu Sehingga Kini....

-KeadiLan Tidak Langsung diPerolehi Biarpun Tuduhan yg diKenaKan Tanpa Bukti....--dan KERAjaan Transformasi juga Cuba MenguLangi..

Apa Nak diKataKan...Perancangan Jahat Sentiasa Mewarnai HATI....

-Usah Bicara Penindasan dan KezaLiman diPalestin jika Rakyat Sendiri di Aniaya & diZaLimi Langsung Tidak diPeduLi........!!!

*Biar Jasad TerPenjara...Namun Jiwa Tetap Merdeka....!!!

Suspek seks Malaysia ke New Zealand hadapi tuduhan??

Posted: 22 Oct 2014 07:15 PM PDT




Seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang menghadapi tuduhan serangan seksual akan tiba di New Zealand Sabtu ini, setelah proses ekstradisi yang lama tertangguh untuk mendakwanya di negara itu.

Muhammad Rizalman Ismail, yang kepulangannya ke Malaysia pada Mei lalu menimbulkan kekecohan kerana dia sebelum itu ditangkap atas tuduhan menyerang seorang wanita di Wellington, dijangka berlepas dari Kuala Lumpur pada hari Jumaat ditemani polis New Zealand.

Laporan media New Zealand mengatakan, sebaik tiba, beliau akan segera dibawa ke Mahkamah Daerah Wellington.

Menteri Luar Murray McCully dipetik berkata, sebuah mahkamah Malaysia mengarahkan ekstradisi Rizalman dan perkara itu sekarang berada "sepenuhnya dalam sistem kehakiman kedua-dua negara," menurut The Dominion Post.

"Mereka yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang bersusah payah memastikan akan wujud perbicaraan yang adil dan tidak akan timbul persoalan mengenai sebarang kecacatan dalam proses ini yang akan menjejaskannya.

"Saya menghormati proses ini, begitu juga saya harapkan kepada orang lain," akhbar itu memetik beliau sebagai berkata, mengulas spekulasi media tentang tarikh perbicaraan Rizalman.

Rizalman, staf pertahanan berpangkat Pegawai Waran II yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dituduh menyerang Tania Billingsley, 22, di rumahnya, dengan niat untuk merogol pada 9 Mei.

Kepulangannya ke Malaysia selepas menggunakan imuniti diplomatik membangkitkan kemarahan negara itu dan pihak berkuasa di sana melancarkan siasatan bagaimana Rizalman dapat dibenarkan meninggalkan negara itu.

Dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur bagi menjalan beberapa siri ujian psikiatri.

Baru-baru ini, Malaysia dan New Zealand mengumumkan sedang bekerjasama menguruskan penghantaran pulang Rizalman ke Wellington bagi menghadapi tuduhan itu.

Putrajaya berkata proses ekstradisi itu diambil hasil semangat kerjasama yang rapat dalam parameter undang-undang sedia ada di kedua-dua negara, memandangkan tiada perjanjian berkenaan ekstradisi terjalin antara Malaysia dan New Zealand selama ini. TMI

Batu Vs Kayu.

Tiba saatnya tumpukan bicara karenah anjing berkaki dua.

Posted: 22 Oct 2014 06:30 PM PDT

Anjing.. Anjing.. Anjing.. Siang malam duk disaji dengan cerita anjing. Sudah kering air liur bicarakan anjing berkaki empat. Tiba saatnya tumpukan bicara karenah anjing berkaki dua. Apa sangat nak pandang jijik anjing walau anjing berkurap sekaali pun. Bapak anjing yang korap lagi jijik! Bab anjing dikeluarkan fatwa. Bab rasuah, undang-undang zalim, pertuduhan palsu, fitnah, tindas rakyat masa susah.. Haram xdk!   Lebih bahaya pelihara perasuah daripada pelihara anjing. Air liur anjing dan jilatnya dah ku tahu hukumnya. Wahai ulama, apa hukum air liur perasuah? Apa hukum menjilat perasuah? JAKIM pernah fatwakan bab anjing. Mana fatwa JAKIM bab rasuah, bab undang2 zalim, bab pertuduhan palsu lagi fitnah?  Ulama itu pewaris para nabi. Masalah kini tak ramai bersifat demikian, apatah lagi jenis makan gaji dengan pemerintah zalim dan korap. Masalah ulama sini, bukannya tak berilmu. Ramai dipersoal dek "getting their priorities wrong" dan "misdirection of religious opinions". Tapi kene faham gak, Ulama itu manusia. Terbaiknya akan turuti sunnah Nabi; yang jenis jahat turuti jejak setan.   Ulama kini terbagi kpd 2 kategori: 1. Pertahan agama sbg penegak kebenaran & keadilan.  2. Penjual agama jadi penjilat kebatilan & kezaliman.  Entah berapa kali kerajaan dah gigit aku dan seluruh rakyat. Baru 20 hari lalu digigitnya lagi 20 sen tiap liter. Barai poket!!!Anjing.. Anjing.. Anjing.. 

Siang malam duk disaji dengan cerita anjing. Sudah kering air liur bicarakan anjing berkaki empat. 

Tiba saatnya tumpukan bicara karenah anjing berkaki dua. Apa sangat nak pandang jijik anjing walau anjing berkurap sekaali pun. 

Bapak anjing yang korap lagi jijik! Bab anjing dikeluarkan fatwa. Bab rasuah, undang-undang zalim, pertuduhan palsu, fitnah, tindas rakyat masa susah.. Haram xdk! 

Lebih bahaya pelihara perasuah daripada pelihara anjing. Air liur anjing dan jilatnya dah ku tahu hukumnya. Wahai ulama, apa hukum air liur perasuah? 

Apa hukum menjilat perasuah? JAKIM pernah fatwakan bab anjing. Mana fatwa JAKIM bab rasuah, bab undang2 zalim, bab pertuduhan palsu lagi fitnah?

Ulama itu pewaris para nabi. Masalah kini tak ramai bersifat demikian, apatah lagi jenis makan gaji dengan pemerintah zalim dan korap. 

Masalah ulama sini, bukannya tak berilmu. Ramai dipersoal dek "getting their priorities wrong" dan "misdirection of religious opinions". 

Tapi kene faham gak, Ulama itu manusia. Terbaiknya akan turuti sunnah Nabi; yang jenis jahat turuti jejak setan. 

Ulama kini terbagi kpd 2 kategori:

1. Pertahan agama sbg penegak kebenaran & keadilan.


2. Penjual agama jadi penjilat kebatilan & kezaliman.


Entah berapa kali kerajaan dah gigit aku dan seluruh rakyat. Baru 20 hari lalu digigitnya lagi 20 sen tiap liter. 

Barai poket!!!

Pakatan belum usaha baiki imej Oleh A Shukur Harun

Posted: 22 Oct 2014 05:45 PM PDT

 
http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2014/04/PAKATAN-RAKYAT.jpg
 
Seperti yang saya katakan dahulu, politik sangat dinamik sifatnya, ia pantas berubah. Kerana itu, tidak mungkin persepsi masyarakat terhadap perkembangan politik akan terus kekal, tidak berubah.

Dalam hal ini, adakah pemimpin dan pendukung parti politik, khususnya Pakatan Rakyat, sedar dan mengakui hal ini, atau sekadar mengakuinya tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menghadapi perubahan ini? Sama-sama kita saksikan.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, persepsi pengundi begitu ketara berubah, menyebabkan Barisan Nasional tidak mendapat majoriti di Parlimen, bahkan undi popularnya merosot kepada 48%, sementara Pakatan Rakyat mendapat undi popular 52%, sesuatu yang mengejutkan pelbagai pihak. 
 
Ertinya majoriti pengundi menyokong Pakatan Rakyat.

Ini berlaku dalam PRU12 dan PRU13, ketika Pakatan kuku berpadu, tidak ada krisis serius dalam parti komponen baik PAS, PKR mahupun DAP.

Maka, majoriti rakyat memberi sokongan kepada Pakatan, bahkan menaruh harapan Pakatan mampu menggantikan Barisan Nasional memerintah negara di masa depan.

Tetapi dinamik politik merubah segalanya. Lebih-lebih lagi apabila tercetus krisis politik di Selangor selama tujuh bulan di mana gejalanya merebak hampir ke seluruh negara. 
 
Maka imej Pakatan Rakyat rosak dan persepsi rakyat terhadapnya menjadi buruk hingga kini. Segalanya berubah.

Saya tertarik dengan pandangan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan apabila beliau menyatakan dalam Malaysian Insider bahawa senario politik sekarang berbeza dengan 16 tahun dahulu. 
 
Beliau merujuk kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai rayuan terakhir kes liwatnya minggu depan:

Pemerhati politik mengingatkan, sebarang harapan bagi demonstrasi jalanan seperti 'Reformasi 1998' adalah tidak produktif. 
 
Mereka memetik lanskap politik yang berbeza, sokongan tidak jelas berikutan perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan keperluan orang ramai untuk maju ke depan daripada hanya berhimpun di keliling Anwar sebagai simbol menentang ketidakadilan. – 20 Oktober, 2014.

Wan Saiful berkata, PKR sepatutnya sedar ia tidak lagi berada dalam kedudukan yang kuat seperti dahulu apabila menerima sokongan rakyat Malaysia dari rakan-rakan mereka dari PAS dan DAP. 
 
Kini, katanya, PKR sedang bergelut dengan sokongan dalaman parti, kerana hubungannya dengan PAS tidak sebaik dahulu.

Sementara itu, pengundi lama merasa kecewa dengan krisis dan 'masam muka' berterusan antara komponen dalam Pakatan Rakyat, generasi baru bosan lagi dengan situasi politik masa kini.

Mereka benci dengan politik perkauman dan ektremis agama yang diketengahkan sesetengah pemimpin politik perkauman dan penyokong mereka, serta NGO yang juga menyokongnya.

Golongan muda ini benci dengan keadaan politik seperti itu. Tetapi malangnya, apabila melihat apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, maka mereka juga amat kecewa.

Hingga kini belum ada sebarang tanda di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengambil langkah segera memperkukuh Pakatan, membaik pulih imej dan persepsinya yang tercemar.

Mungkin ada juga di kalangan sesetengah pemimpin Pakatan yang sedar trend pengundian generasi muda yang akan banyak berubah dalam PRU14 akan datang.

Tetapi ramai yang tidak sedar, malah beranggapan trend undian akan sama sahaja tiap kali pilihan raya.

Sebenarnya persepsi generasi muda perlu disedari oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS sendiri yang biasanya banyak bertanding di kawasan pengundi Melayu di bandar dan di luar bandar. Jangan merasa selesa dan tidak mempedulikan perubahan ini.

Trend pengundian generasi muda sudah disebut Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dalam ucapannya di Muktamar Dewan Pemuda di Kota Tinggi September lalu. 
 
Nada bimbangnya jelas terbayang jika Pakatan Rakyat tidak bersedia dari sekarang untuk menghadapi gelombang cita-rasa anak muda itu.

Katanya, Pemuda PAS sangat sedar kecenderungan kuat di kalangan sebahagian anak muda Malaysia yang menolak politik kerana meluat dengan gelagat sebahagian ahli politik. 
 
Kata beliau, mereka tidak mencerminkan kualiti yang diharapkan, termasuklah di dalam Pakatan Rakyat.

Suhaizan juga sedar bahawa generasi muda adalah majoriti rakyat Malaysia. Beliau menyebut, menurut data yang dikemukakan oleh Welsh dan Chang pada tahun 2012, jumlah penduduk di Malaysia berumur di bawah 30 tahun adalah sebanyak 63%.

"Sekiranya kita mahu mengambil usia 40 tahun ke bawah sebagai umur maksima belia di negara kita, maka komposisi anak muda di Malaysia semestinya lebih besar.

Walaupun golongan ini 'tidak gembira' dengan gelagat sesetengah ahli politik, ini tidak bermakna mereka tidak terlibat dalam proses politik," katanya.

Kajian mendapati anak muda semakin terbabit dengan proses politik negara walaupun tidak begitu berminat menyertai parti politik. 
 
Kemunculan kumpulan anak muda independen, tanpa hierarki dan ketua, terutamanya dalam siri demonstrasi rakyat, sangat wajar diberikan perhatian malah didampingi untuk memahami suara dan hasrat mereka.

Dengan trend politik yang ada sekarang, generasi muda tidak berminat menyertai sebarang parti politik atas pelbagai sebab yang diketahui. 
 
Lebih-lebih lagi apabila sesetengahnya setelah lulus dari pengajian tinggi sukar mendapat kerja – walaupun tidak memilih.

Gaji begitu rendah dan sukar untuk menampung kos hidup yang tinggi. Generasi muda marah apabila menyaksikan jurang miskin kaya semakin melebar.

Semua perubahan ini nampaknya belum banyak menyedarkan pemimpin Pakatan Rakyat, malah masalah dalaman komponen dalam Pakatan itu sendiri belum juga selesai.

Sepatutnya pemimpin Pakatan melupakan perselisihan sesama sendiri dan segera berbincang bersama untuk mebaiki kembali imej dan persepsi rakyat terhadapnya untuk mengelak Pakatan kecundang dalam PRU akan datang. 
 
 
KedahLanie

Tidak Ada Dalam Kamus Perjuangan Istilah "Bersaralah, Anwar"

Posted: 22 Oct 2014 05:00 PM PDT

Mutakhir ini beberapa pihak menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbangkan keputusan mengundur diri dari kancah politik Malaysia sambil berkata Mutakhir ini beberapa pihak menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbangkan keputusan mengundur diri dari kancah politik Malaysia sambil berkata "Cukuplah. Bersaralah, Anwar".

Pada usia mudanya, Anwar memimpin golongan mahasiswa dalam melaungkan masalah kemiskinan petani di Baling. 

Di dalam Angkatan Belia Islam (Abim), beliau menampilkan konsep masyarakat madani.

Selepas dipikat menyertai Umno oleh Perdana Menteri ketika itu, Anwar muncul sebagai tokoh pemuda yang berbicara tentang politik wang dan amalan korupsi.

Akhirnya, DSAI disingkirkan dari parti Melayu tersebut, Anwar muncul menentang politik berteraskan kronisme dan nepotisme dengan slogan 'Reformasi'.

Jika Anwar bersara, siapa pula yang akan menggalas tugas menerajui gabungan pembangkang kelak? Siapa di antara golongan muda yang ada hari ini yang memiliki karisma dan semangat juang sepertinya?

Siapa yang mampu menarik ratusan ribu hadirin bagi mendengar ceramah yang diberi dengan semangat berkobar-kobar persis Pak Sheikh ini?

Di kala ramai pemimpin telah tumbang ketika berdepan wang, jentera dan propaganda BN, Anwar kekal relevan di dalam kancah politik negara.

Sekiranya Anwar mengambil keputusan untuk bersara, itu haknya. Beliau tidak perlu didesak mahupun dipaksa. Bahkan, beliau boleh berkata mahu berhenti, kemudian menimbangkan semula pendiriannya.

Saya ingin bertanya kepada golongan muda yang hari ini menuntut Anwar Ibrahim agar bersara, "Siapa di kalangan kamu yang layak menggantikan beliau?" 

Jawapannya ialah, tiada seorang pun yang layak untuk menggantikan DSAI buat masa ini.

PKNS tak terima laporan rasuah Azmin

Posted: 22 Oct 2014 04:15 PM PDT


 
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menegaskan pihaknya tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai salah laku rasuah terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS Ishak Hashim dalam satu kenyataan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga berhak membuat siasatan malah PKNS bersedia memberi kerjasama.

Beliau berkata demikian bagi merujuk laporan media berkaitan dakwaan salah laku rasuah ketika Azmin memegang jawatan sebagai Anggota Perbadanan PKNS.

Ishak berkata PKNS merupakan organisasi yang mengamalkan tadbir urus korporat terbaik dan merupakan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pertama menandatangani Ikrar Integriti Korporat seperti yang dilaksanakan syarikat dan agensi kerajaan.

Baru-baru ini beberapa media tempatan melaporkan SPRM menyiasat Azmin berhubung dakwaan salah guna dana semasa memegang jawatan tersebut.

Tuduhan penyalahgunaan dana itu dikatakan berlaku dalam satu urusniaga melibatkan Projek Pembangunan PJ Sentral.

- Bernama
 

JIKA BENCI KEPADA ANWAR LEBIH KUAT DARIPADA BENCI KEPADA UMNO, ELOK JANGAN DATANG BERHIMPUN

Posted: 22 Oct 2014 12:53 PM PDT

 

 
PAHANG kini menanti kehadiran tokoh reformasi, DS Anwar Ibrahim beberapa hari lagi.  Maran adalah tempat bertuah yang akan menerima kunjungan Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN ini sebelum nasib baik ditentukan oleh Mahkamah Kehakiman Putrajaya pada 28 hb Okt ini nanti.  
 
Pada 25hb Oktober, Anwar akan menyampaikan amanatnya kepada rakyat Pahang bertempat di perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang Maran (berdepan stesyen bas Maran) bermula lepas Isyak.


Ramai yang menyatakan mungkin kehadiran tidak seperti sebelumnya kerana kita tahu situasi sekarang sebenarnya bukan baik untuk Anwar melihat limpahan yang datang.  Krisis sesama kita di dalam PR belum pulih terutamanya di antara KEADILAN dengan PAS berpunca dari isu MB di Selangor baru-baru ini.  
 
Difahamkan juga, tiada reaksi positif dari PAS Pahang di atas kunjungan Anwar kali ini.  Kita biarkan saja apa pun pandangan orang ramai termasuk dari PAS tentang Anwar. Mungkin bagi mereka Anwar seorang yang boleh menentang Umno/Bn, dan bukan tokoh reformasi ini saja boleh memperkuatkan PR.  Betul, aku setuju.

Bagi aku, tiada paksaan kepada sesiapa pun untuk datang.  Orang ramai dijemput dan terpulanglah kepada mereka untuk membalas dendam kepada Anwar jika mereka anggap Anwar itu seburuk-buruk insan.  
 
KEADILAN telah mempelawa PAS untuk turut sama di pentas ceramah selain dari wakil DAP.  Apa yang aku faham, DAP telah bersedia untuk bersama.  PAS sehingga kini belum pasti, cuma ada khabar-khabar angin menyebut PAS sambut dingin program ini.  Jika betul, itu hak PAS. 

Aku berpendapat tidak semua penyokong PAS menutup mata untuk mengakui sumbangan Anwar kepada prestasi PR selama ini.  Aku yakin ramai para penyokong PAS akan turut hadir kerana mereka sedar seburuk mana pun Anwar, beliau ada jasanya kepada rakyat.  
 
Di zaman Nabi, orang Yahudi dan jahat kepada Nabi pun ketika sakit, Nabi bertanya khabar juga.  Anwar mungkin tidak seteruk Yahudi itu, tetapi jika masih merasakan perlu berdendam kepada Anwar, itu hak masing-masing.  

Kita mahu kehadiran di Maran seterusnya di Mahkamah nanti walaupun sepuluh orang, jumlah ini hadir kerana nawaitu yang ikhlas.  Puluhan ribu yang hadir tidak bermakna Anwar pasti bebas.  Sepuluh orang yang hadir juga tidak bermakna Anwar akan terpenjara.  Ini semua kuasa Allah.  Kita mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan.  
 
Mereka yang rasa sudah kuat dan tidak perlu lagi berjuang bersama Anwar dan rakan-rakan lain, itu hak mereka.  Jangan ada buli.  

Kepada para penyokong PR yang sedar Anwar di sebalik kelemahan atau keburukannya, tidak dapat dinafikan beliau punyai jasa kepada rakyat di negara ini, maka wajarlah kita turun beramai-ramai.  Ini giliran Anwar dan keluarganya.  Apakah ada jaminan kezaliman dan fitnah tidak menimpa kita atau keluarga kita?  

Aku menyeru agar kita merenung sejenak apakah kita berpuas hati jika Anwar masuk penjara?  Jika kita rasa patut Anwar merengkok di dalam penjara, elok kita jangan buang masa untuk hadir.  Tetapi jika kita merasakan di sebalik kebencian kita kepada Anwar atas sebab-sebab tertentu namun kita lebih benci kepada kezaliman Umno/Bn, maka kita harus selamatkan Anwar.  


Polis, AG didakwa ganggu bekas pemandu artis

Posted: 22 Oct 2014 03:02 AM PDT

Zahida Rafik "Berpurdah" Semasa Hadir Di Mahkamah


 

Seorang peguam mempersoalkan tindakan polis dan Jabatan Peguam Negara yang mahu menahan dan mendakwa anak guamnya, yang sedang memberi keterangan berhubung dakwaan hubungan seorang pelakon dan menteri Umno.


Latheefa Koya yang mewakili seorang bekas pemandu Noor Azman Azemi berkata anak guamnya secara sukarela pergi ke balai polis Bukit Indah semalam.

Ini berlaku selepas polis cuba menahannya semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana beliau memberi keterangan dalam samannya terhadap bekas majikan dan pelakon Zahida Mohamed Rafique.

Latheefa berkata, Noor Azman dimaklumkan polis bahawa beliau akan dituduh di mahkamah seawal-awalnya pada Khamis atas tuduhan lain yang tidak mereka ketahui.

"Noor Azman direman empat hari oleh polis dua tahun lalu ekoran dakwaan dia mencuri RM200,000.

"Bagaimanapun polis dan pendakwaan tidak bertindak ketika itu tetapi memilih semalam dan mahu mendakwanya hari ini ketika beliau memberikan keterangan dan ini gangguan terhadap saksi untuk melindungi menteri," katanya selepas prosiding.

Sebelum itu, hari ini, Noor Azman, yang juga pemimpin Pemuda Umno sebuah bahagian terus memberikan keterangan hari ini.

Zahida hadir memakai jubah hitam dan bertudung.

Di luar mahkamah, beliau turut memakai purdah dan beberapa perempuan lagi bergaya sama.


Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hue Siew Kheng mengarahkan polis untuk tidak menahan Azman.

Hue berkata perbicaraan dan pemandu itu tidak patut diganggu sehinggalah dia selesai memberikan keterangan.

Noor Azman memberi ketengan dan mendakwa terdapat hubungan antara Zahida dengan menteri luar bandar Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga naib presiden Umno.

Shafie dan Zahid dilapor telah menafikan dakwaan itu.

Pada 2012, Zahid memberitahu media bahawa Noor Azman mencuri RM200,000 daripadanya.

Noor Azman juga menafikan dakwaan itu dan memfailkan saman terhadap Zahida tahun lepas. -mk


ULASAN GB

Pelik juga ya, Zahida Rafik yang selama ini terkenal dengan imej seksi tetapi bertudung malah berpuurdah semasa hadir di mahkamah.

Sudah bertaubatkah atau sekadar tidak mahu dikenali dan diganggu oleh wartawan?







dollah yankee

dollah yankee


Terima Kasih Ronald Reagan!

Posted: 22 Oct 2014 03:59 AM PDT


ini 'press statement' yang dikeluarkan olih KJ pada 17hb Oktober 2014 pada jam 10 pagi.

Putrajaya tidak boleh mendedahkan kepada umum buat waktu ini nama atlet negara yang gagal dalam ujian dadah yang dibuat secara rawak seperti dilaporkan media terdahulu hari ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sambil mengesahkan kebenaran berita itu, Khairy menjelaskan nama dan jenis sukan atlet berkenaan tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan undang-undang antarabangsa.

terima kasih yang tak terhingga kepada Ronald Reagan sebab internet tak pernah tipu kerana dalam masa tak sampai 1 jam 'statement' yang di keluarkan KJ itu, kita semua sudah tahu siapa atlet yang cuba di rahsiakan olih Putrajaya ... Kah..Kah..Kah.. terima kasih Ronald Reagan!

Malaysians expressed shock and disbelief  after reports claimed national icon and badminton world number one Lee Chong Wei had failed a drugs test.

dollah yankee -
ini lah yang hebatnya internet