Isnin, 13 Oktober 2014

dollah yankee

dollah yankee


Nasib baik bukan Utusan Malaysia yang siar!

Posted: 13 Oct 2014 07:47 AM PDT



Pemalas betul macai-macai Umno ini. Punyalah pemalas sampaikan fitnah terbarunya terhadap Guan Eng pun tak senonoh. Fitnah tak ada 'class'. Habis tak ada modal langsung lah penulis-penulis fitnah ini semua sampaikan Guan Eng terpaksa ditohmah beli sebuah kenderaan yang nampak macam lori.
Kenderaan Knight IV buatan Kanada ini memang nampak macam kereta kebal. Tapi kalau pandang dari tepi, ada gaya macam lori dengan gaya Batman. Menurut tulisan macai Umno (yang sudah hilang tiba-tiba) harga kenderaan ini '2 juta' lebih.
Kenderaan begini kita tak pernah lihat di Malaysia. Apa nama benda ini juga kita tidak tahu. Yang kita tahu ialah gambar fitnah ini dikutip dari internet, dan ditokok tambah dengan nombor pendaftaran 'PG 1', nombor pendaftaran kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Benda yang nampak macam lori ini dikatakan menunjukkan belang DAP yang sebenar. Kononnya tak cukup beli kereta mewah, sekarang beli menatang ni pula.
Lim Guan Eng yang sikit punya skema dengan rambut sikat tepi itu pastinya akan nampak gagah sekali dengan kenderaan begini. Macam 'rockstar'.
Cuba lah senonoh sikit buat kerja. Nak fitnah pun biarlah semenggah. Fitnah lah Guan Eng ada skandal dengan budak perempuan bawah umur, atau beli cincin harga juta-juta untuk isteri. Atau tuduh sahaja Lim Guan Eng makan rasuah.
Ini tidak. Kepala lori yang dijadikan modal. Kenapa begitu teruk sekali usaha para macai ini? Adakah tuannya tidak memberi makan? Atau adakah para macai ini semua sudah hilang akal?
Yang lebih menghairankan, ada pula mamat yang percaya dengan fitnah mengarut ini. Fitnah yang kalau setakat diceritakan kepada budak-budak pastilah kagum mereka itu melihat Ketua Menteri Pulau Pinang guna kenderaan yang kelihatan macam kereta Batman.
Sikap 'baloq liat' macai-macai Umno ini merunsingkan. Barangkali mereka sememangnya sudah putus asa dan kebosanan memikirkan apa fitnah menarik untuk dilemparkan kepada Setiausaha Agung DAP itu. Dan mungkin juga tak ada peruntukan. 'Duit tak turun' bak kata puak-puak Umno ini. Duit tak turun macam mana nak upah pelakon untuk buat video lucah (contoh).
Tolonglah Umno. Kreatif lah sikit. Kot ya pun mahu mengalihkan perhatian orang ramai dari kerunsingan setelah harga minyak naik 20 sen, takkan lah ini sahaja yang mampu kau lakukan? Penat kelentong 'selaras subsidi' apa bagai, penyudahnya fitnah kepala lori sahaja yang mampu dibikin?
Cuba lagi. Tolong lah cuba lagi. – Roketkini.com
dollah yankee - Zahidi Zainul Abidin,MP Padang Besar merah muka dalam parlimen, malu sebab bawa kes ini...

Tukar Tiub

Tukar Tiub


NAJIB PALING BOROS

Posted: 13 Oct 2014 06:45 PM PDT






PASARAN MODAL TIDAK RUNTUH KERANA CUKAI, PELABUR KELUARKAN MODAL JIKA KERAJAAN TIDAK AMANAH

Kenyataan  Najib Razak beberapa hari lalu kononnya pengenalan Cukai Keuntungan Modal (atau Capital Gains Tax, CGT) akan meruntuhkan pasaran modal dan saham negara adalah tidak bertanggungjawab. Ia cubaan beliau untuk mengelirukan rakyat dengan harapan sebilangan besar rakyat tidak faham soal percukaian akan mudah mempercayai beliau.

Hakikatnya, CGT hanya dikenakan ke atas untung bagi urusan jual beli aset kewangan. Aset kewangan adalah terdiri dari saham, bon dan produk kewangan yang lain, iaitu jenis pelaburan yang hanya mampu dibeli oleh orang berpendapatan tinggi.

Oleh sebab itulah, Pakatan Rakyat mengusulkan bahawa lebih adil dan bermoral jika golongan kaya yang mendapat keuntungan dari urusniaga saham, bon dan aset kewangan seperti ini dicukai terlebih dahulu sebelum rakyat biasa (tanpa mengira pendapatan) dicukai.

Makanya, CGT yang hanya mensasarkan golongan kaya adalah lebih bermoral dan adil berbanding dengan GST yang mengenakan cukai kepada semua rakyat.

Statistik pemilikan aset kewangan yang didedahkan oleh Muhamad Abdul Khalid dalam bukunya "The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia" menunjukkan bagaimana hanya segelintir rakyat Malaysia yang mampu memiliki aset kewangan sebegini seperti berikut:

1)      Lebih dari 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan.
2)      Golongan 10% terkaya mengawal 77% keseluruhan aset kewangan di negara ini.
3)      80% rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5% dari aset kewangan.

Oleh itu, dengan pelaksanaan CGT yang dijangkakan akan dapat mengutip cukai sebanyak RM3 bilion  dalam tahun pertama, dianggarkan sekitar 10% hingga 15% dari rakyat Malaysia yang akan menanggung cukai ini.

Ini jauh lebih adil berbanding dengan GST yang mengakibatkan semua rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban cukai tanpa mengira latar belakang dan pendapatan.

Tuduhan Najib Razak bahawa pelaksanaan CGT akan meruntuhkan pasaran modal dan saham negara juga tidak berasas. Negara-negara yang mempunyai pasaran saham yang paling dinamik dan menjadi pusat kewangan dunia semuanya melaksanakan CGT.

Pelaksanaan CGT di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Jepun dan negara-negara maju yang lain tidak pula menyaksikan runtuhnya pasaran modal di negara-negara ini, malah sebahagian daripada pendapatan negara-negara tersebut disumbangkan oleh CGT.

Sekarang pun ketika Malaysia tidak melaksanakan CGT, Malaysia masih mengalami masalah aliran keluar modal yang tinggi seperti yang dilaporkan oleh Global Financial Integrity (GFI). Malah, GFI secara jelas menyatakan bahawa aliran keluar modal yang tinggi adalah disebabkan oleh kegiatan haram, rasuah dan amalan dagangan yang diluar undang-undang.

CGT juga digunakan oleh negara-negara maju untuk mengawal kemasukan modal supaya hanya aliran modal sihat yang benar-benar berminat untuk melabur di dalam negara ini diberi pelepasan dan diskaun cukai, sementara aliran modal berbentuk spekulasi dikenakan CGT.

Jawapan Najib setakat ini menunjukkan beliau benar-benar tidak mempunyai jawapan kenapa beliau enggan mengenakan cukai CGT kepada orang kaya sedangkan golongan miskin terpaksa menanggung beban GST.

RAFIZI RAMLI
Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri KEADILAN
Ahli Parlimen Kelana Jaya






-------------

PERJUANGAN DEMOKRASI

Posted: 13 Oct 2014 06:39 PM PDT





KOMENTAR

pasma sebuah ngo
ini ngo agamawan
muncul dari krisis politik pas

kini pasma
adalah sebahagian dari
arus pendemokrasian
pasma adalah jalur baru
dalam garis demokrasi

Phahrolrazi-Mohd-Zawawi.
ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukan parti politik.


KAH KAH KAH

ini macam
kenyataan hakim hacks
agustine paul
not relevent 
kah kah kah
KAH KAH KAH


--------------

KESAH MALAM INI

Posted: 13 Oct 2014 08:00 AM PDT




PADA SATU HARI
Pada suatu hari Najib dan Rosmah bersiar siar dengan helikopter di Kuala Lumpur. Najib beritahu Rosmah ' Kalau aku baling RM 100 dua keping, 2 orang akan gembira' Rosmah menjawab ' Kalau saya baling RM 1 sebanyak 200 keping, seramai 200 orang akan gembira'.

 Mendengar perbualan mereka, juruterbang helikopter beritahu ' Kalau saya baling kamu berdua, 30 juta rakyat Malaysia akan gembira'... Apa pendapat anda ? Adakah anda masih gembira Najib Rosmah menjadi Perdana Menteri ? Sebarkan kepada semua rakyat Malaysia untuk mendapat jawapan anda ? Kah Kah Kah on NGO NGOK NGOK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/13/14




 ------------
---------

PENGUMUMAN - BUKAN RABU MALAM

Posted: 13 Oct 2014 06:00 AM PDT






PENGUMUMAN

adalah diberitahu
kelas falsafah rabu malam
dibatal 
dan
dibawa ke khamis malam 
16 oktober 2014
distudio radio bangsar

membincangkan

politik era 

pascamoden:

masihkah releven 

idealogi politik

pandangan dari:
saifuddin abdullah 
 hishamuddin rais

moderator: adam adly


RADIO BANGSAR
akan buat siaran langsung

MAHKAMAH ARAH TUKAR TIUB BELA DIRI

Posted: 13 Oct 2014 05:00 AM PDT





TUKAR TIUB

wajib bela diri
tt kata ini akta baginda queen
tt kata masa akta  ini
diwujudkan selaput dara
baginda queen elizabeth belum koyak



NOTA
have you seen me
unconfident 
kah kah kah

FAT LADY OF MALAYSIA

Posted: 13 Oct 2014 12:00 AM PDT





BERITA PELIK

dari saekor badak
menjadi saekor kerbau
pelik tetapi benar

KAH KAH KAH 

Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta »

Haniza Talha
(Oleh: Nadia Hanafi) KUALA LUMPUR 12 OKT- Belanjawan 2015 yang dibentangkan Jumaat lalu memperuntukkan RM711 juta kepada Program Permata Negara…
Oct 12 2014 /  / Read More »


KAH KAH KAH

flom
dapat duit lagi
fat lady of malaysia
rembat duit subsidi
orang miskin
dapat beli
banyak lagi cincin

KAH KAH KAH


-----------

NASI PANGGUNG DALAM HUJAN

Posted: 12 Oct 2014 11:00 PM PDT





HUJAN LEBAT


 Kelaparan itu tak kenal darjat, tak kenal kelas
Jika yang membuat polisi juga mengikat perut
tambah mereka yang tidur berbumbung langit luas
yang buat polisi dapat naik gaji, 
yang miskin kota terus dipinggir tak dipeduli

Menu & kontributor untuk Dapur Jalanan minggu lepas:-
Tim Dapur Jalanan - Sandwich Telur Grindcore
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim Meals 4 All & FFF Jalanan  - Nasi Goreng Lauk Ayam / Sayur / Buah
Qish Awek Cun - Bubur Kacang Hijau
Brader Sharil Gombak - Kek Pisang

BERSIAP DI UBU
Para penyumbang tenaga; yang buat sibuk, yang buat ramai:-
Hussin, Ajimon, Afiq, Acino, Quratul, Mus, Fauzi
Awatif & kawan-kawan, Qish, Rara awek cun 
Suzanna & Tim Uitm Melaka, A'tiff & Tim GMI, kawan-kawan dari UPM, 
Koloni Inc dari UITM, Zharif, Nadia & Tim Akademi Belia
Tim Busking - Hijrah, Aiman, Azen, Amir & Se-Angkatan
Zahid, Aisyah Pdg Jawa, Brader PyanHabib, Mat Nor Ricecooker,
& semua kawan-kawan yg sama kerja bakti di Jalan Panggung.

SATU PEMBAHARUAN
BUANG SAMPAH
UNTUK DI KITAR SEMULA

Jalan Panggung lewat buka, Hujan turun dengan lebat,  
tak mematah semangat, tak memadam janji-janji
anak semua bangsa bersolidariti bersama miskin kota 
TERIMA KASIH SEMUA!!! JUMPA AHAD DEPAN!!! 

++ Dapatkan merchandise baru Dapur Jalanan, Arpon Dapur, pakai masak, simpan buat koleksi. Membeli sambil menyumbang RM20.00. Boleh didapati di Jalan Panggung & kroni-kroni terdekat. 
++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!
++ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 

CIMB: 8001-7278-49 
SPKL Collective
++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon:

 ezzuandi 019-267-12-85 
Hadi Khalid 012-664-88-73

Solidariti untuk miskin kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
12 Oktober 2014

BERGAMBAR DALAM HUJAN
UNTUK KENANGAN
gambar x byk sgt ambil sbb hujan. ada byk yg gelap. 

---------

NGO NGOK NGOK

Posted: 12 Oct 2014 09:00 PM PDT



 Kerajaan perlu kaji peruntukan NGO

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mengkaji semula peruntukan untuk badan bukan kerajaan (NGO) bagi Bajet 2015 kerana dianggap terlalu rendah.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Maamor Osman berkata, terdapat lebih 26,000 NGO yang aktif di Malaysia dan peruntukan RM50 juta diumumkan kerajaan kelmarin pasti tidak cukup untuk menampung semua NGO yang ada.

"Kami bukanlah kecewa tetapi terkejut, tidak sangka peruntukan itu terlalu sedikit.

Kelmarin, dalam pembentangan Bajet 2015,  Najib Razak memperuntukkan RM50 juta kepada NGO yang boleh dipercayai..

KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
adakah boleh dipercayai itu
maknanya lanun
atau tukang bodek
atau penyokong gerombolan
ketuanan melayu

KAH KAH KAH





---------

CUBA TEKA

Posted: 12 Oct 2014 08:30 PM PDT






KAH KAH KAH

cuba teka
siapa kontrektor
buat jejambat ini?

saje je
jangan marah
nak teka mana tahu
ini kontrektor kapir
makan babi
dari itali


JOHOR BAHRU 12 Okt. - Bumbung sebuah jejantas di Kilometer 12, Lebuh Raya Taman Perling-Pasir Gudang di sini tercabut dan diterbangkan sejauh 50 meter sebelum menghempap beberapa kenderaan akibat ribut...






------------

KE MAKAMAH LAGI

Posted: 12 Oct 2014 07:28 PM PDT




MAHKAMAH
petang ini jam 2:00 petang
tukar tiub akan dihadapkan
ke mahkamah sekali lagi

kali ini tuan hakim
akan membuat keputusan
sama ada tukar tiub
perlu dipanggil ke kandang saksi
jika diperlukan maka bicara disambung

jika TIDAK diperlukan
maka tuan hakim
akan menetapkan tarikh
untuk menentukan keputusan
pembicaraan yang telah berjalan
bulan lepas

tukar tiub
didakwa menghasut
dalam satu ucapan
dalam dewan china
pada malam 13 mei 2013

NOTA
sebelum ke penjara
tukar tiub baru sahaja
selesai menulis skrip
bilik kabinet
sebuah lagi teater melawan
yang akan dibuka sedunia 
world premiere
pada malam isnin jam 9:00
27 oktober 2014
di dewan sivik petaling jaya
tiket sedang dijual




----------

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Nota Perbahasan Bajet 15 Ketua Pembangkang

Posted: 13 Oct 2014 12:11 AM PDT



NOTA PERBAHASAN
BAJET 2015
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
13 OKTOBER 2014


Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 10 Oktober 2014 yang lalu.

MUQADDIMAH


"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan cara yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada para penguasa kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, ketika kamu mengetahui (salahnya)". Al-Baqarah 188


PENDEKATAN DAN KONSEP BELANJAWAN 

  1. Belanjawan negara bukannya hanya mengenai angka perbelanjaan yang berubah dan meningkat saban tahun. Pastinya ianya bukan hanya lakaran yang dihiasi dengan akronim-akronim menarik yang dikitar semula tetapi tidak ketara dalam penghasilannya.
  1. Belanjawan negara sewajarnya menjawab dua persoalan utama. Pertama, mengukuh paksi ekonomi dan memacu pertumbuhan rancak, dengan maksud meningkat hasil dan pendapatan negara. Kedua, mempastikan perbelanjaan terurus untuk memperkemas prasarana dan memastikan pengagihan adil dan saksama buat segenap lapisan masyarakat.
  1. Justeru itu, pendekatan belanjawan Pakatan Rakyat 2015 disandarkan kepada sepuluh asas utama iaitu;
    1. Pengukuhan tatakelola untuk menghapuskan rasuah dan ketirisan
    2. Pengurangan defisit belanjawan negara kepada kadar 2.6%
    3. Lebihan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan
    4. Menentang GST yang mencukai gologan miskin dan memperkenalkan CGT untuk mencukai keuntungan modal
    5. Menjaga amanah khazanah minyak dan gas negara
    6. Mempertahankan perdagangan bebas yang adil untuk semua
    7. Penetapan gaji yang adil untuk hidup bermaruah
    8. Bebas daripada kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang meningkat
    9. Pembangunan desa yang menyeluruh
    10. Menjamin hak perumahan untuk rakyat
  1. Lantaran kerangka dasar dan kebijakan ekonomi kami bermula dari pimpinan dan pengurus tertinggi mengamalkan tatakelola baik dan urustadbir yang berkesan. Apakah kita punyai tekad politik dan keupayaan menghentikan amalan boros dan rasuah, memperkaya kroni dan elit yang mengakibatkan peningkatan kos dan bebanan terhadap rakyat terbanyak? Disinilah pada asasnya pertembungan ketara pendekatan Bajet 2015 BN dan Belanjawan PR.
  1. Di dalam belanjawan Pakatan Rakyat 2015, kami juga telah mengenalpasti beberapa kepincangan pentadbiran ekonomi amalan Barisan Nasional yang bakal mendatangkan kesan negatif kepada rakyat dan ekonomi negara. Pada hemat saya, kepincangan ini wajar diperbetulkan dahulu sebelum perancangan ekonomi jangka sederhana dan panjang dapat dilaksanakan:
    1. Sistem cukai yang lebih mesra golongan maha kaya untuk kekal kaya manakala golongan bawahan dipaksa menanggung bebanan cukai negara
    2. Tatakelola yang lemah, akibatnya budaya rasuah terus membarah didalam kerajaan dan pentadbiran ekonomi
    3. Ketidaktelusan dan ketidakcekapan dalam menangani rundingan peringkat antarabangsa seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang boleh memberikan kesan yang besar kepada daya saing industri tempatan dan kos sara hidup rakyat
    4. Pergantungan berterusan kepada hasil industri minyak dan gas, ditambah pula dengan pengurusan hasil sedia ada yang tidak berhemah
KRITIK BELANJAWAN BARISAN NASIONAL
  1. Tinjauan Pakatan Rakyat mendapati bahawa rakyat dan komuniti perniagaan rata-ratanya melihat belanjawan ke 6 ini sebagai 'non-event' kerana masih tiada usaha dari pihak kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan asas yang mengakibatkan defisit negara membengkak sementara ketirisan dan amalan boros tetap berleluasa berlaku.
  1. Perbelanjaan pengurusan negara yang sentiasa bertambah setiap tahun semenjak belanjawan-belanjawan yang terus dikekalkan. Perbelanjaan pengurusan bertambah kepada RM 223.4bn (2015) daripada RM 217.7bn (2014). Kadar pertambahan tahunan dilihat sedikit berkurangan kepada 3.71% berbanding 4.96% tahun sebelumnya. Walaupun ini relative satu pembaikan boleh dikira sebagai pembaikan dari segi disiplin fiskal, namun soal tatakelola masih parah.
  1. Perbelanjaan pembangunan pula memecahkan tradisi pengurangan tahun ke tahun, di mana ianya bertambah kepada RM 50.5bn (2015) daripada RM 46.5bn (2014).
  1. Nisbah perbelanjaan mengurus kepada pembangunan kekal sekitar 82:18, sama seperti 2014. Perlu dinyatakan bahawa nisbah yang lebih baik telah diunjurkan oleh Menteri Besar Selangor yang baru untuk digunakan sebagai asas belanjawan negeri Selangor 2015.
  1. Meskipun belanjawan Barisan Nasional diramalkan akan mengurangkan defisit negara kepada 3% KDNK pada 2015 daripada 3.5% 2014. Namun belum tampak tanda-tanda permasalahan deficit mampu dibendung.
  1. Pertambahan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri terus meningkat belanjawan ini dengan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM 22.62bn. JPM perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah. Perbelanjaan JPM dibawah PM sekarang adalah tertinggi dalam sejarah.
  1. Kementerian Belia dan Sukan juga tidak terelak dalam mencatatkan kadar peningkatan pembangunan tahunan tertinggi sebanyak 138.5% kepada RM 415juta? Sementara kita akui keperluan latihan dan aktiviti belia, namun acara pesta-pestaan yang membazir wajar dihentikan. Peruntukan sukan perlu diukur dengan keupayaan mengangkat mutu sukan negara.
  1. Saya anggap satu keanihan manakala  terdapat peruntukan sebanyak RM10 juta di bawah Perbendaharaan bagi penubuhan cawangan Bank Dunia di Malaysia. Bank Dunia seharusnya menyalurkan ransangan tetapi Malaysia memilih untuk menyediakan dana.


KEMURUNGAN EKONOMI DUNIA 

  1. Permasalahan tatakelola lebih merebak tatkala kita berhadapan dengan kemelut ekonomi dunia kini. Umpamanya, dasar Amerika Syarikat untuk menamatkan program 'Quantitative Easing' bakal mengakibatkan peningkatan kadar faedah pada pinjaman. Jerman dan Jepun dilaporkan bakal mengalami kemelesetan ekonomi, manakala ketidaktentuan terus menyelubungi ekonomi China akibat dari kejatuhan nilai sektor hartanah dan tahap hutang (credit bubble).
  1. Ketidaktentuan ini bakal menyebabkan kemurungan ekonomi pada rakan dagang utama negara seperti China, Kesatuan Eropah, Jepun dan seterusnya menjejaskan pendapatan eksport Malaysia sebagai sebuah negara dagang.
  1. Tentunya apabila pendapatan eksport terjejas, permintaan domestik harus digalakkan untuk terus menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan. Akan tetapi, beberapa petanda awal menunjukkan bahawa negara juga sedang dilanda kemurungan ekonomi.


PERBELANJAAN NEGARA TERUS TIRIS

  1. Pakatan Rakyat saban tahun telah menegur pihak kerajaan akan amalan boros dan rasuah yang diamalkan kerajaan. Namun begitu, teguran ini adalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Saban tahun kita terus menyaksikan pembaziran demi pembaziran dilaporkan dalam laporan Ketua Audit negara. Jika diteliti teguran-teguran Ketua Audit Negara menzahirkan pembaziran dan ketirisan berterusan. Slogan NKRA yang mensasarkan pemberantasan rasuah kekal sebagai slogan semata.
  1. Hutang kerajaan persekutuan untuk 2013 berjumlah RM 569bn atau 53% KDNK, jumlah contingent liability RM 158bn serta anggaran kehilangan dana terkumpul berjumlah RM 1.2 trillion dari Malaysia semenjak 2002 hingga 2011 menurut laporan Global Financial Integrity. Mengapa masalah besar ini tidak disentuh dalam kerangka bajet negara?
  1. Malah, perangkaan Corruption Perception Index meletakkan Malaysia sebagai negara ke-53 dilihat paling rasuah daripada 177 negara, dibelakang Rwanda dan Botswana. Laporan terkini Asia Pacific Fraud Survey Report series 2013 bertarikh Oktober 2014 daripada Ernst & Young mengatakan Malaysia adalah negara paling rasuah di Asia Pasifik selepas China dan lebih gemar mengambil jalan pintas untuk mencapai sasaran ekonomi, akibat peningkatan persaingan dan keadaan ekonomi yang mencengkam.
  1. Kajian Pakatan Rakyat yang dalam belanjawan 2015 mendapati bahawa terdapat 4 komponen perbelanjaan kerajaan persekutuan yang terdedah besar kepada amalan rasuah akibat tatakelola yang lemah. Ianya adalah komponen khidmat dan bekalan, aset, bayaran/kenaan tetap dan belanja pembangunan. Jika diandaikan 15% sebagai kadar ketirisan dan rasuah yang konservatif, pada jumlah perbelanjaan ini, maka sebanyak RM 18bn ke RM 20bn boleh dijimatkan. Ini bersamaan dengan pengurangan angka defisit negara sebanyak 1.5%. Nah, jika ini berlaku, negara tidak perlu pada GST 6% dan langkah pengurangan subsidi petrol yang mendadak.
  1. Penaiktarafan Lebuhraya Pan-Borneo yang dicanangkan setiap tahun semenjak 2010. Ia bermula dengan jarak 2239km dan kos RM 22bn, juga telah diulang kembali dalam ucapan Perdana Menteri. Anehnya jajaran ini kini berjarak lebih pendek, iaitu 1663km tetapi kosnya telah melonjak naik ke RM 27bn (+23%). Perlu ada penjelasan mengapa lebuhraya dipendekkan dan kos meningkat.
  1. Malaysia juga dilihat terperangkap dengan ekonomi nilai rendah dan kini terpaksa pula bersaing dengan negara-negara baru yang struktur kosnya lebih rendah. Akibatnya kadar peningkatan pendapatan rakyat jauh ketinggalan berbanding kadar kenaikan kos sara hidup.
KENYATAAN PENDAPATAN RAKYAT
  1. Angka Jabatan Perangkaan Negara melaporkan bahawa purata kenaikan gaji tahunan semenjak 2010 hingga 2013 hanyalah pada kadar 4% setahun, manakala kos pengangkutan dan makanan (menurut sub-indeks CPI) masing-masing mencatatkan kenaikan yang berterusan pada kadar 5.4% dan 3.6% setahun. Harga rumah kediaman pula naik pada kadar purata 8% hingga 10% setahun.
  1. Akibatnya, rakyat terpaksa berhutang semata-mata untuk menampung perbelanjaan asas. Angka terkini nisbah hutang isirumah keluarga Malaysia kepada pendapatan lebihan (disposable income) adalah pada kadar 140%, antara yang tertinggi di dunia. Jumlah hutang isirumah Malaysia juga telah mencecah 86.6% daripada keseluruhan nilai ekonomi negara, berbading 81% pada tahun 2012.
  1. Laporan awal Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014 ke atas 42,000 isirumah menunjukkan bahawa 50% pewarta berpendapatan kurang daripada RM 4,258 sebulan manakala masih terdapat 28.7% daripada rakyat negara ini yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.
  1. Sejak tahun lalu, karya menarik Thomas Piketty "Capital In The 21st Century" telah mengundang wacana segar termasuk Paul Krugman dan Joseph Stieglitz. Penekanan tesis beliau adlah tentang pertumbuhan ekonomi tanpa kepedulian dan peningkatan taraf hidup serta pendapatan rakyat terbanyak TIDAK mampan dan mampu dipertahankan. Dalam sidang belanjawan kali ini saya le3bih merujuk penyelidikan Muhammed Abdul Khalid dalam bukunya "The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia" ada menggambarkan beberapa realiti pencapaian ekonomi rakyat Malaysia yang akan saya sebut di sini;
    1. Dalam sektor pengilangan dan pekerja bawahan, bumiputera berjumlah 30%, Cina 20% dan India 46% pada tahun 2011. Untuk sektor pengurusan dan professional, Bumiputera hanyalah 15%, manakala Cina 23.4% dan India 16.8%. Masyarakat Melayu/Bumiputera melahirkan kebimbangan kerana terbatas peluang di sektor swasta. Kami merujuk kajian oleh Dr Lee Hwok Aun (Universiti Malaya) dan Dr Muhd Abdul Khalid (UKM) "Does Race Matter In Getting An Interview" (2012). Manakala masyarakat bukan Melayu mengungkit kerana peluang terhad di sektor awam. Bagi memperbaiki perbezaan ini, ingin saya mencadangkan agar diwujudkan suatu 'Equal Opportunites Commission' untuk memastikan bahawa ruang-ruang pekerjaan terus dibuka tanpa mengira kaum bagi mengelakkan pengekalan diskriminasi pekerjaan mengikut kaum.
    2. Perdana menteri ada menyebut akan pentingya negara mempunyai pasaran saham yang rancak. Soalnya siapa yang untung, kerana realitinya lebih 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang aset kewangan dan lebih 70% daripada golongan ini adalah Bumiputera.
    3. Golongan 10% terkaya dilaporkan memiliki 77% aset kewangan negara pada tahap 14,211% lebih tinggi daripada purata rakyat. Manakala 80% rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5% daripada aset kewangan.
    4. Walaupun Amanah Saham Bumiputra (ASB) dikhaskan untuk Bumiputra, lebih 55% bumiputra tidak mempunyai akaun ASB. Orang-orang kaya dari kalangan Bumiputra (yang hanya berjumlah 0.2% dari kesemua penabung ASB) memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB dari keseluruhan 80% penabung biasa yang lain.
    5. Majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai aset kewangan dengan indeks Gini melebihi 0.8 untuk kesemua kaum.
    6. Gologan 10% terkaya juga dilaporkan memiliki aset hartanah pada tahap 294% lebih tinggi daripada purata rakyat. Dari segi pemilikan hartanah, 32% daripada penduduk bandar tidak memiliki hartanah manakala kadarnya hanyalah 17% untuk penduduk desa.
  1. Jelas golongan maha kaya terus membolot kekayaan negara. Ingatlah larangan Allah


"Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)." Al-Hasyr, 7

RASIONALISASI SUBSIDI DAN KESANNYA KE ATAS EKONOMI DAN ISI RUMAH MISKIN MALAYSIA

  1. Kajian daripada Professor Dr Fatimah Kari (Universiti Malaya) juga menunjukkan bahwa nisbah pendapatan pekerja bandar adalah 2 kali ganda melebihi pekerja. Lebih membimbangkan lagi bahawa nisbah ini terus kekal semenjak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan pada 1970-an.
  1. Kajian Dr Lee Hwok Aun, 2013 menunjukkan bahawa pencapaian pendidkan bumiputera di Sabah dan Sarawak lebih jauh ketinggalan daripada kaum Melayu di sana. Lebih kurang 58% kanak-kanak Iban dan 46% kanak-kanak bukan Kadazan hanya berpendidikan tahap sekolah rendah. Sudah tentunya ini akan mengakibatkan pendapatan bumiputera Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan berbanding rakyat di Semenanjung.
  1. Emolumen penjawat awam yang dunjurkan bertambah pada kadar 3.3% untuk 2015 dijangka lebih rendah daripada anggaran CPI kami pada 4%. Oleh itu, penjawat awam dijangka akan merasai himpitan kos sara hidup pada tahun perlaksanaan GST, 2015, meskipun pihak kerajaan mengatakan akan terus membela nasib mereka.


GST SISTEM CUKAI REGRESIF, CGT SISTEM CUKAI PROGRESIF

  1. Ahli ekonomi Perancis, Thomas Picketty menyarankan supaya cukai-cukai yang bersifat progresif (iaitu mencukai golongan kaya dan melindungi golongan miskin) diperkenalkan malah diperkukuhkan.
  1. Mengambil pakai saranan ini, Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tanggungjawab kerajaan adalah untuk menggunapakai kaedah yang paling adil untuk mencukai pelbagai bentuk modal dan keuntungan modal yang diperolehi kerana modal serta keuntungan itu lebih tertumpu di tangan golongan kaya. Kami juga berpendapat bahawa cukai konsumpsi seperti GST yang bakal dikenakan kepada semua hanya akan berkesan apabila kesemua penerima gaji membayar cukai. Lebihan cukai wajar dikenakan kepada penerima gaji yang bergaji besar bagi mengimbangi pengurangan cukai kepada golongan bergaji rendah, apabila cukai konsumpsi dilaksanakan. Dalam keadaan hanya 18% penerima gaji membayar cukai di Malaysia, langkah mengenakan cukai konsumpsi kepada semua amatlah tidak wajar.
  1. Keghairahan kerajaan untuk melaksanakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang regresif pada kadar 6% perlu dipersoal. Regresif disini bermaksud kesan bebanan cukai akibat GST adalah lebih besar kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah, berbanding golongan berpendapatan tinggi.
  1. Perbendaharaan Malaysia menganggarkan bahawa isirumah yang berpendapatan kurang RM 4,000 sebulan akan menyaksikan kesan pertambahan perbelanjaan di antara RM 140 hingga RM 700 setahun akibat GST. Manakala, isirumah berpendapatan lebih RM 4,000 sebulan dijangka mencatakakan kenaikan sekurang-kurangnya RM 1,550 setahun.
  1. Ini bermakna GST bakal mengurangkan pendapatan lebihan rakyat terbanyak. Misalnya bagi golongan berpendapatan rendah di bawah RM 4,000 sebulan, 32.6% perbelanjaan bulanan mereka dijangka tertakluk kepada GST, manakala bagi golongan berpendapatan sederhana peratusan ini naik kepada 60%.
  1. GST akan dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbelanja. Pakatan Rakyat menganggarkan bahawa GST akan memberi pendapatan tambahan kepada kerajaan sebanyak RM 8bn untuk 2015. Ini disokong oleh kenyataan dari Jabatan Kastam yang menganggarkan angka RM  5bn ke 6bn dan juga bahagian percukaian KPMG yang menganggarkan RM 9 ke 10bn untuk 2015. Jelas ini berbeda daripada kenyataan Menteri Kewangan bahawa hasil bersih kutipan GST hanyalah RM 0.69bn, kerana sekiranya betul sekalipun, maka apakah gunanya GST dilaksanakan jika pendapatan tambahan hanya kurang dari RM 1bn!
  1. Komuniti perniagaan juga banyak menyuarakan kebimbangan bahawa sekiranya GST dilaksanakan, kelewatan pembayaran rebat GST dapat menjejaskan aliran tunai (cashflow) syarikat. Sekiranya kelewatan pembayaran berlaku, maka para peniaga terpaksa menaikkan harga barang bagi memastikan aliran tunai yang baik dapat dikekalkan. Sebab inilah Pakatan Rakyat tetap berkeras bahawa GST akan menyebabkan kenaikan harga barang yang bakal menekan rakyat.


KELEBIHAN CGT BERBANDING GST

  1. Cukai Keuntungan Modal (CGT) seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat akan hanya dikenakan pada sebilangan kecil rakyat Malaysia yang mendapat keuntungan daripada urusniaga melibatkan modal seperti saham, instrumen kewangan dan bon. Walaupun bilangan yang bakal dicukai CGT adalah jauh lebih sedikit daripada GST, Pakatan Rakyat menganggarkan pengenalan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan dalam tahun 2015 sebanyak RM 3bn.
  1. Sudah tentunya golongan yang dicukai CGT ini berpendapatan besar kerana mereka tentunya mempunyai lebihan pendapatan untuk dilaburkan dalam urusniaga berisiko tinggi seperti saham dan bon. Tidak wujud kerisauan bahawa CGT akan merencatkan pelaburan kerana Amerika Syarikat dan United Kingdom kekal menjadi hab pelaburan kelas dunia walaupun masing-masing mempunyai kadar CGT yang tertinggi di dunia pada 50.8% dan 46.7%.
  1. Malahan, jika CGT dikenakan kepada para spekulator saham maka pasaran saham akan tertebat daripada aktiviti spekulasi. Ini akan mencerminkan asas sebenar syarikat-syarikat yang disenaraikan dan menjamin kestabilan pasaran. Pasaran saham yang stabil juga akan menarik minat lebih banyak institusi-institusi asing dengan modal yang lebih besar untuk melabur dalam syarikat-syarikat Malaysia untuk jangka masa panjang.
  1. Matlamat utama polisi percukaian Pakatan Rakyat adalah untuk mengekalkan kadar cukai pendapatan yang rendah dan pada masa yang sama meningkatkan nisbah pendapatan cukai kepada KDNK. Dalam kata lain, jumlah cukai ditingkatkan dengan menggalakkan peningkatan jumlah pembayar cukai tetapi mengurangkan kadar cukai bagi setiap pembayar secara keseluruhan.
  1. Untuk memastikan ini berjaya dilakukan, taraf hidup majoriti rakyat miskin mesti ditingkatkan, golongan elit yang mengelak membayar cukai mesti terus diburu dan segala kelemahan di dalam sistem percukaian perlu diperbaiki untuk memudahkan rakyat membayar cukai.


KADAR SIFAR (ZERO-RATED) DAN TIDAK DIKENAKAN (EXEMPTED)

  1. Kefahaman mengenai barangan kadar sifar (zero-rated) dan barangan tidak dikenakan cukai (exempted) perlu diterapkan kepada rakyat. Perbezaan antara keduanya adalah, barangan berkadar sifar (zero-rated) tidak akan terdedah kepada risiko kenaikan harga, manakala barangan yang dikatakan tidak dikenakan cukai (exempted) boleh dinaikkan harganya kerana para peniaga enggan menelan kos-kos akibat perlaksanaan GST.
  1. Perdana Menteri ada menyebut beberapa barangan makanan dan ubat-ubatan yang tidak dikenakan GST. Kami percaya barang-barang ini akan mengalami kenaikan harga kerana kenaikan kos komponen-komponen dan perkhidmatan lain yang tidak dikenakan cukai digunakan dalam rangkaian pembuatannya. Mengambil kenyataan dari Presiden Malaysian Automotive Association (MAA) baru-baru ini bahawa: "It is not correct to say that car prices will come down simply because the current 10% sales tax will be replaced by a 6% GST come April next year. Under the GST system there will be a different implication to businesses in various areas ranging from tax computation, collection, refunds, reconciliation, costing, etc. when compared to the existing Sales and Services tax regime. As such, vehicle distributors would need to review their entire cost structures and supply chain in the light of these implications."
  1. Penting juga dinyatakan bahawa jumlah kutipan daripada barang-barang yang dikenakan GST adalah RM 23.3bn manakala jumlah kutipan daripada barang-barang yang tidak dikenakan cukai hanyalah RM 3.8bn. Jelas, barang-barang yang akan dikenakan GST adalah lebih banyak bilangannya.


BR1M TIDAK CUKUP MENAMPUNG KESAN GST

  1. Pada pembentangan yang lalu Perdana Menteri ada menyebut bahawa BR1M akan dinaikkan dari RM650 kepada RM 950 untuk isirumah berpendapatan bulanan RM 3,000 ke bawah. Manakala untuk isirumah berpendapatan di antara RM 3,000 dan RM 4,000 sebulan nilai BR1M ditingkatkan daripada RM 450 kepada RM 700.
  1. Perbendaharaan Malaysia menganggarkan bahawa isirumah yang berpendapatan kurang RM 4,000 sebulan akan menyaksikan kesan pertambahan perbelanjaan di antara RM 140 hingga RM 700 setahun akibat GST. Jelas, sebahagian besar daripada BR1M terpaksa digunakan untuk menampung bebanan cukai GST.


KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK 40sen/liter SEMENJAK PRU13

  1. Pengumuman bahawa subsidi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan sebanyak 40sen/liter semenjak PRU13, dianggarkan akan memberikan penjimatan tambahan kepada kerajaan hampir RM 9bn untuk 2015. Mengikut anggaran kami, setiap 10sen/liter pemotongan subsidi petrol dan diesel bersamaan dengan penjimatan subsidi hampir RM 2.2bn setahun.
  1. Bagi pengguna Myvi dan proton Exora (kenderaan paling popular di Malaysia), berdasarkan andaian jumlah perjalanan 15,000km setahun, masing-masing akan mencatatkan kenaikan kos petrol tahunan sebanyak RM 428 dan RM 812 akibat pengurangan subsidi 40sen/liter. Walaupun kelihatan kecil, jumlah ini cukup untuk membiayai perjalanan pergi-balik KL ke Alor Setar sebanyak 4 kali setahun. Besar kemungkinan pemandu-pemandu ini juga adalah penerima BR1M. Jika ditambah dengan kenaikan kos petrol dan juga bebanan cukai GST ternyata rakyat masih perlu berbelanja lebih daripada pemberian BR1M.
  1. Berdasarkan laporan Maybank Research, dianggarkan juga sebanyak 3.5bn liter diesel diseludup setiap tahun. Ini bersamaan dengan 35% daripada jumlah penggunaan diesel negara dan subsidi yang dibazirkan berjumlah hampir RM 1.5bn setahun. Justeru perlu ada lebih banyak usaha daripada pihak kerajaan untuk mengurangkan pembaziran sebegini.
  1. Penjimatan RM 9bn setahun ini juga adalah jauh lebih kecil daripada penjimatan yang bakal diperolehi sekiranya hanya 15% (bernilai minima RM 18bn) daripada ketirisan perbelanjaan kerajaan persekutuan diberhentikan. Nyata, kerajaan terus menekan rakyat akibat kelemahan tatakelola dan pengurusan di pihak mereka.


PENGURANGAN  KADAR CUKAI, MENGUNTUNGKAN SIAPA?

  1. Langkah Perdana Menteri untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan amatlah dialu-alukan. Walaubagaimanapun, tindakan mengurangkan kadar cukai maksimum 26% kepada 24%, 24.5% dan 25% serta menaikkan kadar maksimum kepada RM 400,000 daripada RM 100,000 dilihat masih tidak dapat merapatkan kesenjangan pendapatan yang semakin melebar di negara ini.
  1. Sebagai contoh, isirumah (4 orang) yang berpendapatan RM 4,000 sebulan atau RM 48,000 setahun akan hanya mencatatkan penjimatan cukai sebanyak RM100 setahun. Golongan hartawan seperti Pengarah Eksekutif Genting Berhad yang berpendapatan RM 136juta setahun (pada 2013), dapat menjimatkan hampir RM 3juta sekiranya kadar cukai pendapatan beliau dikurangkan daripada 26% kepada 24%.
  1. Inilah bukti, bukan retorik, bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan mesra maha kaya dan mengenepikan kepentingan rakyat terbanyak. Justeru, CGT lebih wajar dilaksanakan untuk memastikan golongan maha kaya ini dicukai sewajarnya bagi menambah pendapatan negara.


KOMITMEN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN RAKYAT

  1. Mengenalpasti keperluan untuk menambah pendapatan rakyat, Pakatan Rakyat dalam belanjawan 2015 telah menyatakan komitmen untuk mencapai nisbah pendapatan kepada KDNK kepada 50% pada 2020.
  1. Hasrat kerajaan Barisan Nasional (bukan komitmen) pula seperti yang disebut Perdana Menteri dalam ucapannya; "…adalah menjadi hasrat kerajaan agar komponen gaji dalam KDNK ditingkatkan daripada takuk 34% pada masa ini kepada 40% daripada KDNK menjelang 2020".
  1. Bandingkan betapa berbedanya komitmen kami berbanding dengan hasrat kerajaan yang juga ditetapkan pada tahap yang lebih rendah.
  1. Diantara langkah drastik yang kami unjurkan adalah untuk memperluaskan skop dan bidang kuasa Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan (National Wages and Consultative Council) dengan memberikannya mandat dan kuasa membina consensus menetapkan kadar kenaikan gaji tahunan keseluruhan bagi semua pekerja dan industry di Malaysia (berbanding skop sekarang yang hanya menetapkan gaji minima). NWCC ini perlu diwakili secara tripartite-plus iaitu wakil daripada pihak majikan, pekerja, masyarakat sivil dan kerajaan.


KELEMAHAN TATAKELOLA, KETIDAKTELUSAN

  1. Belanjawan yang hanya dihiasi angka-angka besar tanpa disiplin tatakelola yang baik sudah pasti tidak akan dapat mencapai matlamat pengagihan hasil negara untuk dinikmati rakyat terbanyak.
  1. Laporan daripada juruaudit antarabangsa seperti KPMG, Ernst & Young dan juga penemuan didalam laporan Ketua Audit negara perlu dipandang serius dan beberapa pembaikan perlu dilakukan segera.
  1. Dalam keadaan ekonomi yang berdefisit, serta tanggungan hutang negara pada tahap RM 569bn, setiap sen pendapatan haruslah dibelanjakan sebaiknya. Suatu proses tatakelola yang didasarkan kepada usaha yang ikhlas dan serius amat diperlukan bagi memerangi rasuah.
  1. Ukuran sebenar keikhlasan dan kesungguhan Dato' Sri Najib memerangi rasuah adalah jumlah ahli politik yang didakwa dengan kesalahan rasuah sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Angka terkini daripada YB Senator Dato' Paul Low menunjukkan hanya 9 orang ahli politik yang disiasat dan hanya 5 akhirnya didakwa semenjak 2010 hingga Ogos 2013.
  1. Negara digemparkan dengan pertuduhan rasuah oleh orang kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan kepada adik-beradik Maran ketika mereka di Kementerian Komunikasi India bernilai hampir RM 700juta untuk kepentingan didalam Aircell melalui Astro All Asia Networks (AAAN) Plc, yang kini difailkan di New Delhi. Apabila Khazanah Nasional memegang 21% daripada saham AAAN, maka akan adakah siasatan dilakukan SPRM ke atas Khazanah dan juga pemegang saham utama AAAN iaitu Usaha Tegas Entertainment Systems Sdn Bhd (42.3%) untuk penjelasan transaksi ini kiranya ia benar berlaku? Apakah SPRM akan menyiasat bagaimana Tan Sri Ananda memenangi bidaan lesen operator mudah alih MAXIS di Malaysia, sekiranya beliau dengan berani boleh merasuah kakitangan kerajaan asing?
  1. Bagaimana pula dengan 1MDB yang dibenarkan untuk terus berhutang walaupun pinjaman terkininya bernilai RM 36.25bn dan ianya juga tidak mempunyai aliran tunai sepertimana perniagaan-perniagaan yang biasa. Bagaimana 1MDB boleh diberikan projek 3B yang bernilai RM 11bn dan ura-ura bahawa sebuah janakuasa gas di Melaka juga telah diberikan secara rundingan langsung dengan TNB?
  1. Walaupun dibebani hutang, 1MDB dijangka akan menyenaraikan aset tenaganya di Asia menerusi Virtus Energy yang dianggarkan menjana RM 16.5bn (IPO terbesar Asia) pada Januari 2015. Adakah ini bertujuan untuk menjana dana bagi membayar hutang-hutang awalnya (bail-out)?
  1. Sekiranya Perdana Menteri sanggup mengungkap sabda nabi Muhammad:


'Diampuni bagi orang yang syahid semua dosa kecuali hutang'-riwayat Muslim

bagi menggesa para graduan universiti kita untuk segera membayar balik hutang PTPTN mereka, perlu juga beliau menyampaikan sabda ini kepada 1MDB agar ia membayar balik hutang-hutangnya sebelum 1MDB benar-benar menjadi 1Malaysia Debt of Billions.


  1. Dalam Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA), Pakatan Rakyat tidak menentang dagangan bebas, tetapi perdagangan bebas haruslah adil dan tidak berat sebelah. Bagaimana kita hendak menilai kedudukan rundingan TPPA apabila kita tidak dibekalkan dengan angka cost-benefit dan segala maklumat bertulis? Ahli-ahli Parlimen kami, rakyat dan juga industry tempatan dibiarkan dalam kegelapan tanpa sebarang penjelasan, kononya rundingan ini penuh kerahsiaan. Amerika diwakili oleh lebih 400 penasihat lantikan, peguam dan pakar dari pelbagai industri Malaysia. Kami telah berkali-kali menggesa pihak kerajaan untuk melantik pakar-pakar tertentu dari dalam dan luar negara untuk memastikan kita dapat mendepani proses rundingan ini dengan lebih cekap dan memastikan industri kecil dan sederhana di Malaysia mendapat imbuhan yang adil (fair deal).


PERGANTUNGAN KEPADA HASIL MINYAK & GAS

  1. Pergantungan kepada hasil tahunan minyak dan gas yang kini membentuk 31% daripada pendapatan kerajaan persekutuan ini berbahaya kerana 2 sebab utama:
  1. Pertama, ianya memberikan gambaran seolah-olah kedudukan ekonomi negara adalah baik sedangkan kerajaan terus gagal membina industry yang lebih mampu bertahan. Pendapatan negara juga terus terdedah kepada turun naik harga minyak di pasaran antarabangsa.
  1.  Keduanya, pergantungan ini akan terus melemahkan kedudukan kewangan PETRONAS secara mendadak apabila keuntungganya dipindahkan oleh kerajaan persekutuan untuk perbelanjaannya yang sememangnya diketahui tiris. Kewangan yang lemah ini akan merencatkan kebolehan PETRONAS untuk bersaing di peringkat antarabangsa untuk meneroka dan membeli rizab minyak dan gas yang baru untuk negara.
  1. Oleh itu, Pakatan Rakyat mencadangkan agar kerajaan persekutuan perlu meletakkan sasaran yang drastik untuk mengurangkan pergantungan ini dalam tempoh 5 tahun. Langkah-langkah khusus juga perlu dilaksanakan segera untuk memastikan pengurusan hasil ini dilakukan dengan penuh ketelusan dan kebertanggungjawaban.


MEMPERBAIKI PENGANGKUTAN AWAM

  1. Bajet 2015 telah mengumumkan beberapa projek infrastruktur, antaranya termasuk tiga projek lebuh raya yang berkaitan dengan negeri Selangor, iaitu: Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Pantai Barat (LBP) dari Taiping ke Banting. Khusus untuk projek SUKE dan DASH, saya ingin menegaskan dalam dewan yang mulia ini bahawa pembinaan lebuh raya sahaja bukan jalan penyelesaian kepada masalah kesesakan memandangkan penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur masih terpaksa bersesak biarpun jaringan lebuh raya bertol banyak dibina. Lebih inisiatif patut diambil bagi memastikan penyediaan sistem pengangkutan awam yang sempurna.
  1. Kita juga mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji dan menggunapakai konsep 'Bus Rapid Transit' seperti yang diamalkan di Colombia dan Brazil untuk menyelesaikan masalah penghubungan (connectivity) diantara stesen-stesen MRT dan LRT untuk keselesaan rakyat. Sistem ini terbukti berkesan untuk menyelesaikan masalah feeder bus yang ada kini.


RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

  1. Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja mempunyai kedudukan yang istimewa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu raja atau sultan harus patuh dan bertindak seiring dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan yang istimewa ini juga bererti bahawa YDP Agong dan raja-raja merupakan institusi yang neutral dan tidak melibatkan diri dalam hal-hal politik.
  1. Malaysia telah menyaksikan berakhirnya sistem beraja mutlak apabila pemimpin-pemimpin negara yang mendapat kemenangan dalam Pilihanraya Umum 1955 telah membuat keputusan bahawa sistem politik dan pentadbiran di negara ini adalah Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Sistem ini adalah formula yang ditinggalkan Suruhanjaya Reid yang menjadi rujukan negara kita sejak itu, baik di peringkat Persekutuan atau di negeri-negeri. Sistem ini menjadi pilihan kerana negeri-negeri Melayu pada ketika itu yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu dilihat sangat lemah dan gagal untuk membawa keamanan dan menguatkuasakan undang-undang yang akhirnya terpaksa meletakkan negeri di bawah telunjuk kuasa-kuasa asing seperti British dan lain-lain.
  1. Sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu pada ketika itu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan bertulis. Untuk rekod, saya pernah menyebut tentang 'feudalisme' di dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO Yang Ke-51 di mana saya sebut bahawa Dato' Onn Jaafar pernah berkata konsep kemerdekaan di negara ini bukan beerti menghidupkan semula feudalisme. Ini juga harus jelas bahawa mengkritik feudalisme dan menggesa supaya menukar cara berfikir tidak sama dengan menggesa supaya institusi beraja dihapuskan.
  1. Pokoknya, kekuatan pemerintah itu mestilah berdasarkan sokongan dan dokongan rakyat. Konsep ini jugalah yang dianjurkan Pakatan Rakyat dimana kepentingan rakyat dinobatkan menjadi asas kekuatan. Apa saja keputusan haruslah berlandaskan Perlembagaan dan selari dengan kehendak rakyat. Rakyat berkuasa mengangkat kita ke atas, dan rakyat juga berkuasa untuk menurunkan kita.
  1. Dr Siddiq Fadzil dalam bukunya 'Melayu dan Islam: Martabat Umat dan Daulat Rakyat' merujuk kepada peringatan Raja Ali Haji (pengarang kitab Tuhfat-al  nafis) dalam bukunya "Thamarat al- Mahammah": "Raja Ali Haji mengingatkan makna raja bukan membuat apa sukanya di atas rakyatnya, tetapi merujuk pengertian tiga istilah politik Islam; khalifah, sultan dan imam. Raja dalam pengertian khalifah bermaksud pengganti dan pelanjut pemerintahan nabawi. Raja dalam pengertian sultan pula sebagai penguat kuasa keadilan dan undang-undang dan Raja dalam pengertian imam pula dimaknai sebagai pemimpin dan ikutan."


PENUTUP

  1. Saban tahun belanjawan negara dibentangkan dan kami selaku pembangkang mewakili rakyat, saban tahun juga akan terus membahasnya bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela. Permasalahan kesempitan hidup rakyat akibat kebobrokan dasar-dasar kerajaan yang mesra golongan maha kaya perlu diatasi. Apakah gunanya kita terus mengejar kebendaan tanpa segan silu akan halal-haram cara perolehannya.
  1. Memimpin negara suatu amanah. Ingatlah bahawa setiap kita datang dari Allah dan pastinya kita akan kembali kepada-Nya jua;


"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudia Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat), akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)" Al-baqarah, 28


  1. Permasalah kesenjangan pendapatan wajib ditangani kerana masalah ini dilihat semakin meruncing wujud dalam setiap kaum, di antara kaum dan diantara lokasi di Malaysia.
  1. Ingin saya cadangkan disini agar suatu 'Budget Oversight Committee' yang dianggotai kerajaan dan pembangkang diwujudkan dengan kuasa untuk memastikan setiap yang dijanjikan kerajaan, dikotakan dengan betul dan telus. Ini penting bagi memastikan tatakelola yang baik dapat diterapkan. Berdosa kita sekiranya kita mewariskan bebanan hutang dan ekonomi yang rosak kepada generasi akan datang.