Sabtu, 11 Oktober 2014

dollah yankee

dollah yankee


Tuu diaaaa ...

Posted: 11 Oct 2014 04:27 PM PDT







'Ah Long' pun boleh bantu tolong kutip ...

Posted: 11 Oct 2014 04:29 AM PDT



padan muka hangpa semua ... sebab tak mahu Pakatan Rakyat ...

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TOK IS CHIP

Posted: 11 Oct 2014 06:53 PM PDT




Idris Haron
MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara 'Oktoberfest'...

KAH KAH KAH

woit
nak pantau buat apa
berani tutuplah
hard rock cafe
tok is chip

KAH KAH KAH



----------

ROSMAH DAPAT BERAPA JUTA?

Posted: 10 Oct 2014 11:30 PM PDT





BAJET 2015: PENGHARAPAN YANG KECUNDANG

Setiap tahun rakyat Kelantan termanggu di depan televisyen melihat Menteri Kewangan membentangkan belanjawan. Pengharapan yang cukup tinggi untuk melihat sesuatu mengalir ke bumi Kelantan.

Tahun ini sekali lagi bajet yang kononnya untuk rakyat mengecewakan rakyat Kelantan. Di saat rakyat Sabah mendapat manfaatnya bila PM mengumumkan pembinaan lebuhraya Borneo sejauh 1000 kilometer lebih. Rakyat Kelantan masih bergelut dengan lebuhraya maut.

Lebih memeritkan, disaat hasil bumi Kelantan yang disedut secara rakus oleh Petronas seolah kami ini umpama  tidak mempunyai apa-apa hak yang sewajarnya.

Dato Mustapha Mohd yang juga Menteri penuh dalam kabinet Najib seakan mengiyakan dan membiarkan Kelantan diperlakukan sedemikian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan melihat situasi ini dengan cukup serius. Adakah hanya kerana perbezaan politik yang berlainan, Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Kelantan? Apakah rakyat Kelantan tidak mempunyai maruah sehingga begitu teganya Kerajaan Pusat mempermainkannya.

Selain lebuhraya, rakyat Kelantan juga melihat isu Royalti dan menaiktaraf Lapangan Sultan Ismail sepatutnya diberikan keutamaan dan hak yang sepatutnya. Namun seperti tahun-tahun sebelumnya ia hanya mimpi.

SAMM Kelantan berjanji, akan bersama-sama rakyat Kelantan mengembeleng tenaga untuk menuntut hak ini. Hak yang dinafikan oleh rejim zalim BN.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan







-----------

DI MERCU ISLAM

Posted: 10 Oct 2014 10:00 PM PDT






KOMENTAR
contoh terbaik
berita tipu melayu
kalau hanya dengan
adanya kilang cetak quran
maka islam di mercu
maka pakistan adalah
negara mercu paliang tinggi
setiap buju ada kilang cetak quran

kalau hanya ada kilang cetak
buku sains di malaysia
maka ertinya malaysia
di mercu kegemilangan sains

kalau ada kilang cetak
buku perubatan
maka ertinya malaysia
negara unggul dalam perubatan

hampeh!
ini semua nak bodohkan melayu





Pusat Percetakan Al-Quran mercu tanda baharu syiar Islam di Malaysia

KUALA LUMPUR: Pusat Percetakan Al-Quran yang bakal dibina di Putrajaya bakal menjadi mercu tanda baharu kepada Malaysia sebagai negara Islam yang menyebarluaskan syiar Islam di dunia.



KAH KAH KAH
woit
kalau malaysia 
yang cibai ini
di mercu islam
bayangkan negara
yang tidak di mercu islam
cibai macam apa agaknya

KAH KAH KAH

























----------

JENG JENG JENG - BETUL KE INI?

Posted: 10 Oct 2014 08:30 PM PDT






Peguam kanan beri keterangan kes salah laku Cecil Abraham hari ini


Seorang peguam terkemuka dijangka dipanggil dalam prosiding tatatertib yang sedang berlangsung terhadap peguam korporat Cecil Abraham kerana salah laku profesional selepas didakwa menyediakan kenyataan bersumpah yang menjadi pertikaian berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, peguam pakar dalam kes sivil itu ialah antara lima orang saksi dalam prosiding yang dibuat susulan aduan Majlis Peguam terhadap Abraham kerana tanpa tauliah menyediakan akuan bersumpah (SD) untuk mendiang P Balasubramaniam.
Difahamkan peguam yang dijangka dipanggil memberi keterangan hari ini adalah saksi utama berkaitan dengan SD kontroversi itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-kanan-beri-keterangan-kes-salah-laku-cecil-abraham-hari-ini#sthash.Pcc5Bosr.dpuf



JENG JENG

 JENG
woit
betul ke berita ini
atau hanya
hot hot ciken shit

nak sedapkan hati rakyat


KAH KAH KAH

------------

CAKAP SENANG - TOK EZI

Posted: 10 Oct 2014 07:30 PM PDT







Halang Oktoberfest di Melaka

 | October 10, 2014
Dewan Ulama PAS Melaka berkata penganjuran Oktoberfest adalah gejala negatif yang bakal menjerumuskan rakyat ke dalam sindrom ketagihan arak.
PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad menyeru supaya kerajaan negeri Melaka segera mengambil langkah menghalang sebarang penganjuran pesta arak Oktoberfest di negeri Melaka.
Menurut Zulkifli, pesta seumpama itu adalah suatu budaya yang asing kepada rakyat negeri Melaka.
"Ia adalah gejala negatif yang bakal menjerumuskan rakyat ke dalam sindrom ketagihan arak.

KAH KAH KAH

woit 
pertama terima kaseh
kerana popularkan
konsep oktoberfest
dari orang tak tahu
kini semua tahu
ni macam kes coklat babi

kedua betul ke cakap
dewan ularmak melaka ni
kalau betul betul  berani
pergilaah tutup
hard rock cafe
di jonker street

TOK IS CIP

KAH KAH 

KAH



----------

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Wakil rakyat kaki minum arak dan duta arak?

Posted: 11 Oct 2014 02:02 AM PDT



Bagus sangat yb, memang jabatan kesihatan syorkan rakyat minum banyak arak untuk kebaikan diri dan keluarga.

Syabas yb dari pakatan rakyat.

Cetus Provokasi? Pemimpin DAP bodoh dan bangang!

Posted: 10 Oct 2014 07:32 PM PDT



Sengaja menunjukkan sesuatu yang provokasi dan mencabar kesabaran pemimpin islam dalam pakatan.

Celaka sungguh golongan ini. Kami tak pertikaikan kamu dan minum atau mabuk, tapi kamu tu wakik rakyat.

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Komen Hj Hadi Bajet 2015 : Sorilah Haji.....Semua orang kampung tau kamu ponteng ....

Posted: 11 Oct 2014 05:15 AM PDT

 Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar selepas selesai pembentangan Bajet 2015 
di Dewan Rakyat, Parlimen, petang kelmarin. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

Berikut adalah Kenyataan dua pemimpin Pakatan Rakyat mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan oleh PM Najib petang kelmarin. Maaf kerana tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS Haji Hadi sehingga kini. Dah cari kat Harakah pun yellek!

Menurut sumber, Haji Hadi tidak hadir sewaktu pembentangan bajet petang kelmarin.Mungkin beliau udzur syari'e? Setiap kali bila ada pembentangan bajet, beliau sering tidak ada.... pasal apa?

Tolong doakan Hj Hadi sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat ...

ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini ialah pengulangan bajet yang sama saban tahun.

 Jelas Anwar, beliau berkata sedemikian kerana Perdana Menteri tidak menyentuh secara holistik (menyeluruh) mengenai cara menangani ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran negara.

 "Seperti biasa bajet ini mengulangi beberapa pengumuman awal tiap-tiap tahun sepertimana bajet enam, tujuh tahun yang lalu.

 "Kerajaan umpamanya tidak menyatakan kos yang meningkat dan cara untuk tanganinya, misalnya kenaikan harga minyak adalah tidak munasabah apabila harga minyak antarabangsa mengalami penurunan.

 "...di samping itu soal kebocoran, rasuah, ketirisan tender dalam pemberian beberapa kontrak besar yang menyebabkan kos meningkat ini tidak disentuh, kebocoran ini memberi kesan yang berbahaya jika tidak ditangani," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

 Sementara menyentuh mengenai pelebaran pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam pembentangan Bajet 2015 ini, Anwar berkata, pengenalan GST tetap akan membebankan rakyat.

 "GST bukan pengecualian semata-mata tetapi ia akan meningkatkan harga barang," katanya.

LIM GUAN ENG

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, walaupun Bajet 2015 dikatakan sebagai bajet pro rakyat namun baginya bajet ini tidak berjiwa rakyat.

 "Kita lihat bajet yang disebut sebagai bajet rakyat namun saya rasa, ini tidak benar-benar berjiwa rakyat.

 "Walaupun sekarang ada beberapa langkah untuk kurangkan beban rakyat tetapi dari segi perkara pokok tiada usaha untuk bantu rakyat di mana kita hendak selesaikan kronisme contohnya lihat projek 1MDB, semua isu ini belum dijawab dan ditangani kalau benar -benar hendak berjiwa rakyat pertalian kronisme haruslah dihapuskan, namun sehingga sekarang tiada usaha untuk tangani perkara ini," katanya.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2015 iaitu bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

 Seperti pelan tindakan kewangan yang lain, Najib yang juga Menteri Kewangan mengatakan bahawa Bajet 2015 merupakan belanjawan 'pro rakyat' dan meliputi langkah-langkah mengurangkan beban kos hidup.9 Antara lain, Bajet 2015 ialah membantu meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik.

 Selain, menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).SUMBER

HJ HADI AWANG

Sebelum saya nak klik untuk pablish entry ini, saya brows semula Harakah nak pastikan memang tidak ada kenyataan HJ Hadi...

Saya terkejut sebab tetiba sudah ada....baru ada? Korang kalau nak baca sila klik sini 

Saya terpaksa masukan bahagian Haji Hadi ni seperti ini. Tajuk entri pun kena tukar tuh!...

Saya amati ayat-ayat dari kenyataan tersebut adalah dari remote controlled.... tak ada ayat Quran atau hadis sebagaimana biasanya. 

Gaya bahasanya pun lain...tak ada Barua atau Brokar! Ha!Ha! Ha! Kereta Knight Rider pun boleh bercakap....nak heran apa?

 Tapi aku lebih tertarik dengan beberapa komen yang turut menyedari hakikat yang sebenarnya ...nasib kaulah Haji...ramai yg dah celek dan tidak mudah dibohongi.

 Bidaman Dua:" Saya mendengar dan menekuni pembentangan Bajet 2015 oleh Menteri Kewangan Pertama yang juga YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 10 Oktober 2014" 
 Soalan: Mendengar depan TV atau mendengar sendiri di parlimen? Yang nampak hanya papan tanda nama Marang sahaja (?)

Yusof Saad : Tghh hanya dengar kat radio je, tapi sama jugalah, Reply · Like · about an hour ago

Alwi Mustapha : Uuhhaaa..mamat tu mmg tak nmpk kat TV ..apa lg kat parlimen ...mgkin si mamat ni tidoq seblhan dgn ketua pembangkang tu..ssb DIA dgr je ..nmpk sgt menipu ..ikut SKRIP DSAI bah.."mengulangi isi lama..". 

Amer Walton :  Aik.... tak datang pembentangan pun nak juga komen tuuuuu... Nape tak datang?? Takut dok sebelah Nuar ke?? Kalau takut nuar balik kpg je lahhh, tak layak jd pemimpin 'isle'.. Amanah rakyat kena buat, gaji rakyat bayar tau... 

Swiss Army Knives Wenger-Victorinox : kah kah kah..hujah takda kutuk peribadi...bila ada kutuk Najib gila2 defend...kah kah kah


Gaya terbaru tudung wanita ...

Posted: 11 Oct 2014 03:29 AM PDT

Seorang usahawan wanita yang mengenakan pakaian tudung gaya terbaru, Redzaini Radzuan, 27, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban.

Beliau mengaku mempunyai syarikat milikan tunggal, Redzaini Enterprise dapat membekal telefon bimbit yang ditempah.


 Apakah memakai tudung gaya baru macam ini satu kesalahan dinegara kita? 

Gambar sebelah, Redzaini memakai baju khas berwarna ungu dengan menggunakan gaya tudung terbaru. Nak tahu seterusnya, sila baca di sini

Biaqpila

Biaqpila


LEBIH BAIK HANGPA SOLAT HAJAT MINTAK NAJIB TURUNKAN HARGA MINYAK

Posted: 10 Oct 2014 09:13 PM PDT

Perkasa rancang adakan solat hajat mohon kes liwat Anwar tidak ditangguh.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, kes perbicaraan Tan Sri Anwar Ibrahim yang berlarutan menyebabkan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengalami tekanan berpanjangan kerana masih tiada jalan penyelesaian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2014.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) merancang mengadakan solat hajat bagi memohon agar kes perbicaraan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditangguhkan lagi, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, kes perbicaraan berlarutan itu menyebabkan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga bekas pembantunya itu mengalami tekanan berpanjangan kerana masih tiada jalan penyelesaian.

"Siapa salah, siapa benar, itu mahkamah yang menentukan cuma proses perbicaraan bagi menentukan keputusan itu terlalu lama, membuatkan Saiful mengalami tekanan mental dan jiwa," Ibrahim dipetik berkata.

Kes perbicaraan Anwar akan bersambung semula pada 28 dan 29 Oktober ini di Mahkamah Rayuan. Ia dianggap peluang terakhir buat ketua umum PKR tersebut mengelak daripada berdepan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini.
Ibrahim menganggap perbicaraan kes Anwar sebagai istimewa kerana mengambil masa yang panjang.

"Kalau kita tengok kes-kes lain, penangguhannya tidak memakan masa sebegini lama. Maka kita harap mahkamah dapat menyelesaikan kes ini dalam prosiding akan datang dan ia tidak lagi tertangguh dengan pelbagai alasan," kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan mensabitkan Anwar bagi pertuduhan meliwat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang melepaskan Anwar daripada pertuduhan itu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin. – 11 Oktober, 2014.


TMI




DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bajet 2015: Mengulangi isi lama

Posted: 11 Oct 2014 06:13 AM PDT

ABDUL HADI AWANG 


1. Saya mendengar dan menekuni pembentangan Bajet 2015 oleh Menteri Kewangan Pertama yang juga YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 10 Oktober 2014, di samping cuma membandingkannya dengan pembentangan yang lalu. Saya akan hanya menyentuh persoalan asas dan prinsip yang bersifat makro sahaja pada saat ini, di mana perincian lanjut sedang hangat diperbahaskan oleh berbagai pihak sebaik sahaja pembentangan itu berakhir.

2. Respon awal saya ialah, kita sebenarnya agak hairan apabila tiada elemen-elemen baru yang mengejutkan dalam bajet ini yang mampu melonjakkan Malaysia untuk mencapai suatu tahap ekonomi yang lebih tinggi, mampan dan berdaya tahan terutama ke arah mencapai wawasan kerajaan dalam tahun 2020.

3. Umumnya, kita dapati bahawa Bajet 2015 masih gagal menjawab masalah-masalah utama yang menghantui ekonomi Malaysia, iaitu :

a. Struktur asas ekonomi Malaysia yang tidak kukuh.
b. Kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
c. Daya saing ekonomi Malaysia.
d. Kemampanan ekonomi Malaysia.

4. Saya berpandangan bahawa kerajaan masih tidak jelas akan halatuju dan ke arah mana ekonomi Malaysia hendak dibawa. Selagi mana kerajaan gagal untuk menjawab dan bertindak secara konkrit kepada semua persoalan-persoalan di atas, maka maklamat negara berprestasi tinggi atau apa saja sasaran yang diletakkan oleh kerajaan akan hanya menjadi retorik politik. Ianya sekadar cantik pada angka dan statistiknya, tetapi tidak memberi makna yang sebenar kepada rakyat marhain dalam negara kita ini.

5. Penekanan secara tidak bersepadu dalam pendekatan ekonomi hanya akan melemaskan lagi rakyat dalam suasana tekanan sara hidup yang sudah cukup membebankan. Pendekatan fiskal melalui pengurangan subsidi dan pengenalan GST  (di mana kami menolak pelaksanaan GST ini) hanya akan terus meningkatkan lagi inflasi dan sara hidup rakyat. Sepatutnya tindakan kerajaan perlu lebih bersepadu dengan juga mengambil kira dasar kewangan, yang akhirnya akan meningkatkan permintaan dan seterusnya meningkat keluaran ekonomi Malaysia.

6. Struktur ekonomi sebuah negara maju sepatutnya juga menekankan sumbangan sektor perkhidmatan yang substantif iaitu sekurang-kurang 70% dari KDNK negara. Namun sasaran kerajaan yang hanya meletakkan 60% sumbangan sektor perkhidmatan dalam tahun 2020 membuktikan kerajaan tidak menekankan atau bersedia ke arah struktur ekonomi yang betul untuk Malaysia.

7. Bajet juga telah gagal untuk memperincikan langkah-langkah ke arah meningkatkan produktiviti negara bagi mengatasi kadar pertumbuhan produkitiviti yang semakin merosot. Malah kadar pertumbuhan produktiviti Malaysia adalah lebih rendah dari kebanyakan jiran-jiran negara ASEAN yang lain. Struktur ekonomi yang mampan dan berdaya saing, sepatutnya mengambil kira elemen-elemen penting pertumbuhan ekonomi seperti input buruh, input modal dan faktor produktiviti keseluruhannya.

8. Oleh yang demikian, langkah kerajaan yang terlalu bergantung kepada input modal melalui projek infrastruktur dengan memperuntukan jumlah yang besar iaitu lebih RM48 billion bagi mengerakkan ekonomi hanya akan memberi kesan yang tidak seimbang dan tidak mampan. Sepatutnya penekanan juga harus diberikan kepada meningkatkan total produktiviti kerana ianya akan menghasilkan peningkatkan produktiviti dan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing untuk bergerak ke hadapan.

9. Bajet juga dilihat tidak konsisten dalam pelaksanaannya. Dalam satu masa kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha mengurangkan subsidi, namun dalam masa yang lain menambahkan pula nilai BR1M. Tidakkah ini juga akan menghasilkan kesan yang sama seakan inflasi, iaitu mengherot keseimbangan ekonomi negara, dan yang lebih teruk, akan juga mengurangkan produktiviti, menjejaskan daya saing dan meningkatkan lagi inflasi.

10. Berdasarkan corak perbelanjaan kerajaan BN sepanjang tahun-tahun yang lalu, kadar defisit negara dijangka akan terus berada pada tahap kronik. Kegagalan untuk menurunkan kadar defisit ini juga sangat mengejutkan kerana kerajaan sepatutnya sudah dapat menjimatkan RM1.4b pada tahun 2014 apabila memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen walaupun harga minyak dunia mengalami penurunan. Kita masih belum melihat keinginan jitu oleh kerajaan BN untuk membuat penjimatan perbelanjaan, sebaliknya kerajaan BN memilih untuk terus memotong subsidi daripada rakyat yang sudah memang lemas dalam kos hidup yang semakin meningkat. Perbelanjaan berlebihan dalam majlis-majlis kerajaan dan pembaziran kos melibatkan delegasi ke luar negara dengan disertai bilangan kakitangan yang keterlaluan adalah antara perbelanjaan yang wajar dikawal. Cukuplah kita sama -sama meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang saban tahun memperincikan ketirisan dan pembelanjaan boros ini.

11. Secara keseluruhannya semua faktor-faktor ini dilihat masih gagal untuk diselesaikan oleh kerajaan. Ini secara jelas dapat dibuktikan dengan pengaliran keluar berterusan modal asing dan pelaburan domestik. Malah sikap hipokrit kerajaan BN dalam menangani masalah ketirisan sumber, penyelewengan dan rasuah, hanya akan memburukkan lagi kenyakinan pasaran kepada ekonomi Malaysia dan seterusnya memberi kesan negatif kepada tahap kualiti hidup rakyat seluruhnya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

GST: Apakah PM gagal matematik, soal Mahfuz

Posted: 11 Oct 2014 06:10 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan Perdana Menteri berhubung kekeliruan fakta yang dinyatakan sewaktu membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat semalam.

Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya berhubung pengiraan hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dalam perkara 34, 35 dan 36 dalam salinan buku bajet berkenaan.

Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan fakta itu menyebut bahawa, negara akan mendapat hasil dari GST sejumlah RM23.2 bilion pada 2015.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan akan hilang kira-kira  RM3.8 bilion ekoran beberapa barangan dikecualikan GST.

Najib juga berkata, dengan perlaksanaan GST, maka Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dihapuskan dan menyebabkan kerajaan kehilangan lagi hasil RM13.8 bilion.

Jelasnya lagi, jika pendapatan dari GST (RM23.2 bilion) ditolak dengan RM3.8 bilion dan RM13.8 bilion tersebut, maka baki yang tinggal hanya RM5.6 bilion.

Dari jumlah RM5.6 bilion itu pula kata Najib, sebanyak RM4.9 bilion disalur kembali untuk keperluan rakyat melalui tambahan bantuan BR1M.

Maka kata perdana menteri, akhirnya hasil bersih GST hanyalah RM690 juta.
Menurut Mahfuz, adalah mengelirukan apabila perdana menteri mendakwa hasil GST akan ditolak dengan hasil SST, yang sekaligus akan mengurangkan hasil GST.

Sedangkan kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, GST adalan cukai menggantikan SST di mana hasil pendapatan dari GST tidak ada kaitan dengan hasil SST yang dimansuhkan.

"Adakah Perdana Menteri kita gagal matematik, atau terlena sewaktu kelas matematik? Atau beliau ada pengalaman mengelirukan akaun," soal Mahfuz.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, adalah tidak wajar meletakkan hasil SST sebagai sebahagian perbelanjaan kerajaan kerana cukai itu nanti sudah tiada lagi.
Ianya juga seperti membawa maksud kedua-dua cukai ini akan terus dikenakan.

"Jika SST masih dikira dalam GST, maka kita desak supaya kekalkan SST dan GST dimansuhkan. Mana boleh kedua-dua cukai ini aktif sedangkan SST dimansuhkan.

"Saya merasakan ini sebahagian alasan untuk menjustifikasikan tindakan melaksanakan GST itu," katanya. - HARAKAHDAILY

Bonus Setengah Bulan Gaji Bajet 2015 Untuk Kakitangan Awam. Apa Kata Penjawat Awam?

Posted: 11 Oct 2014 06:01 AM PDT





bonus setengah bulan gaji



Bonus Setengah Bulan Gaji Bajet 2015 Untuk Kakitangan Awam : Bagi siri tuntutan Cuepacs bagi pembentangan Bajet 2015 Malaysia kali ini, besarlah harapan Cuepacs Malaysia yang mahukan lebih daripada biasa. Apatah lagi Cuepacs Malaysia melihatkan sehingga ke hari ini, belum ada lagi penambaikan yang cukup komprehensif melibatkan 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia.

Ini kerana…..apabila disingkap semula, kali terakhir kerajaan Malaysia mengkaji kenaikan gaji penjawat awam naik adalah sekitar pada tahun 2007 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

7 tahun hampir berlalu tiada kajian susulan dibuat selepas itu di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Belum ada lagi…Mungkinkah ada sesuatu yang istimewa untuk kakitangan awam bagi Budget 2015 ini?

Bonus Setengah Bulan Gaji Bajet 2015 VS Bonus Dua Bulan Gaji?


Itu sebablah, kali ini Cuepacs Malaysia dilihat mahukan pada pembentangan Bajet 2015 Malaysia :
  1. Kenaikan elaun perumahan naik dari RM180 kepada Rm450
  2. Kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) Naik dari RM250 kepada RM300
  3. Kerajaan kawal harga rumah di Malaysia kerana masih ramai lagi kakitangan awam tidak berkemampuan program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PP1AM) yang dijual pada harga RM150,000 – RM200,000 dan dikurangkan antara RM70,000 – RM130,000
  4. Semakan gaji kakitangan awam setiap 5 tahun sekali
  5. Kenaikan gaji naik kakitangan awam sebanyak 30 di semua peringkat
  6. Pemberian & pembayaran dua bulan bonus penjawat awam
Hasilnya?

Bonus Setengah Bulan Gaji Bajet 2015 Untuk Kakitangan Awam


Seperti yang dijanjikan dan kelaziman, berdasarkan semakan Berita semasa terhadap pembentangan Bajet 2015 Malaysia langsung dari Putrajaya dan juga Dewan Rakyat, kerajaan berbesar hati untuk memberikan kepada kakitangan awam, bonus setengah bulan gaji bagi Bajet 2015 Malaysia ini atau minimum bayaran RM500. Berita Semasa difahamkan pembayaran bonus setengah bulan gaji penjawat awam ini akan dibayar pada bulan Disember 2014 ini. Nantikan….

Bagaimana? Berpuas hati dengan pemberian & pembayaran bonus setengah bulan gaji Bajet 2015?

MH17: Mangsa warga Malaysia Ke-43 dikenal pasti Shaliza Zaini

Posted: 11 Oct 2014 05:46 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Jasad seorang lagi warga Malaysia, yang terkorban dalam tragedi MH17 dikenal pasti sebagai Shaliza Zaini Dewa, menurut Kementerian Pengangkutan pada Jumaat.
 
Allahyarham Shaliza Zaini, 45, adalah antara 298 orang yang terbunuh bila pesawat MAS Penerbangan MH17 jatuh di bahagian timur Ukraine pada 17 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat itu ditembak jatuh di negara bergolak itu.
 
Beliau terkorban bersama suaminya Hans van den Hende dan anak-anak mereka – rakyat Australia Piers, 15; Marnix, 12 dan Margaux van den Hende, 8.  
 
Mereka dalam perjalanan pulang dari percutian di Amsterdam dan sepatutnya merayakan Aidilfitri bersama keluarga mereka di Kajang, Selangor, sebelum balik ke Melbourne. Mereka menetap di sana.  
Menteri Pengangkuktan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini, jasad 43 warga Malaysia sudah dikenal pasti daripada sejumlah 44 orang dalam MH17. 
 
"Dalam waktu penuh ujian ini, keluarga penumpang dan kru MH17 terus menjadi keutamaan kami," kata Liow.
 
Mengulas laporan berita mengenai topeng oksigen yang ditemui di leher seorang mangsa, Liow berkata, pengesahan seterusnya diperlukan daripada pasukan Malaysia di Netherlands oleh kerana siasatan dijalankan pihak berkuasa Belanda. 
 
"Spekulasi tidak wajar berhubung implikasi di sebalik topeng oksigen itu tidak perlu timbul, hinggalah penyiasat telah menyelesaikan siasatan mereka di tapak nahas," kata beliau. 
 
Beliau berkata keluarga mangsa perlu diutamakan bila sebarang maklumat disiarkan.

14 rumah musnah dalam kebakaran di penempatan nelayan

Posted: 11 Oct 2014 05:45 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 14 rumah papan bertiang musnah apabila berlaku kebakaran di sebuah penempatan nelayan berhampiran bandar pantai timur Sandakan awal Sabtu.
 
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, Affendy Ramin berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku jam 7.30 pagi di Kampung Pukat, kira-kira 3 km dari pusat bandar Sandakan.
 
Katanya, 26 anggota bomba dan dua jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 8.48 pagi. 
 
Kampung Pukat adalah antara penempatan terawal di tepi pantai Sandakan. Terdapat kira-kira 50 buah rumah di penempatan tersebut.

Isu PKNS: PKR jamin penyelesaian sebelum 25 Oktober

Posted: 11 Oct 2014 05:42 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: PKR berjanji satu 'penyelesaian terbaik' akan dilakukan parti itu terhadap bekas kakitangan anak syarikat kerajaan negeri yang pernah menjadi mangsa penganiayaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, pelantikan Azmin Ali dapat memberi harapan kepada golongan yang tidak bernasib baik itu untuk mendapat hak yang sepatutnya.
 
Malah ketika mengulas kontroversi pemecatan 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holdings Sendirian Berhad, Abdullah menegaskan kesemua mereka akan menerima perkhabaran yang dianggap boleh melegakan mereka sebelum kes disebut di mahkamah kelak.
 
"Saya telah nyatakan kepada MB pada perjumpaan semalam, bahawa pekerja-pekerja di PKNS Holdings wajib diselesaikan sebelum didengari di mahkamah.
 
"Saya percaya sebelum 25 Oktober ini akan berlaku satu perkara yang menggembirakan semua pihak. Undang-undang didirikan untuk menyekat kezaliman, diskriminasi dan penganiayaan dari terus berlaku. Dan pada masa yang sama keadilan dapat ditegakkan," katanya kepada Antarapos baru-baru ini.
 
Pada 25 Oktober, PHSB dijadualkan perlu menjawab sebutan kes pemecatan yang dibawa bekas kakitangan tersebut sebelum didengari di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) pada bulan hadapan.
 
Terdahulu, Antarapos mengatur satu pertemuan eksklusif antara Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersama jurucakap kepada bekas kakitangan PHSB, Datuk Seri Dr Alif Aiman Abdullah.
 
Ia rentetan harapan yang diberikan kesemua bekas kakitangan berkenaan yang dipecat pada awal tahun ini oleh Azmin.
 
Pertemuan yang diadakan selama 30 minit itu menyaksikan komitmen yang mahu ditunjukkan Azmin terhadap isu-isu pemecatan beberapa kakitangan anak syarikat kerajaan negeri yang lain, tegas Abdullah.
 
"Bukan sahaja mereka (bekas kakitangan PHSB), tetapi semua bekas kakitangan GLC yang dibuang. 
 
"Termasuk Norita Sidek (bekas Setiausaha Kerja PKNS) yang sebelum ini mempertahankan kedudukan bosnya ketika itu, mengikut undang-undang dasar PKNS, namun kemudian dikenakan tindakan tanpa ada ruang mempertahankan kedudukannya," tambah Abdullah.
 
Bekas pekerja PKNS dapat pembelaan
 
Ditanya apakah jenis pembelaan yang bakal dilakukan Azmin dan barisan kepimpinannya, Abdullah berkata:
 
"Sama ada kita 'reinstate' kedudukan mereka di dalam syarikat ataupun dengan membayar pampasan yang sepatutnya di dalam perjanjian. Sebabnya, jangan kita khianatinya dan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab kepada mereka.
 
"Kontrak mereka masih berbaki. Yang mereka hilang selama ini adalah bonus, kenaikan gaji tahunan, segala kelebihan dan keistimewaan yang ada di dalam kontrak perjanjian mereka," kata beliau dengan mengaitkan peruntukan perundangan di dalam PKNS melalui Seksyen 20.
 
Selain Azmin yang mempersetujui langkah pembelaan tersebut, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bertegas tidak akan berkompromi di dalam isu kebajikan bekas pekerja ini, tambah Abdullah.
 
Selepas diberikan penjelasan berkenaan, Dr Alif memberitahu lega dengan keprihatinan yang ditunjukkan Azmin terhadap kesemua bekas kakitangan anak syarikat kerajaan negeri.
 
Katanya, bukan nilai kebendaan yang dikejar, sebaliknya hak dan maruah mereka yang 'hilang' selama ini.
 
"Saya merasa sangat berterima kasih dengan beliau kerana komited untuk membantu kami. Jika tidak, harapan kami masih kabur. 
 
"Saya percaya keadilan akan muncul suatu hari ini, di mana kami akan berjaya," katanya penuh mengharap.
 
Selasa lalu, Antarapos menemubual Dr Alif untuk mengetahui perkembangan semasa mereka selepas dipecat lebih lapan bulan lalu.
 
Beliau mendakwa kesemua mereka mengharungi saat perit di dalam tempoh berkenaan, dengan kesukaran mendapat peluang pekerjaan dan ada di kalangan mereka masih trauma dan takut menghadapi realiti.
 
Dr Alif yang juga bekas pengurus pemasaran PKNS Holdings dan rakan-rakan adalah golongan profesional yang sarat dengan pengalaman bekerja di luar negara. Namun mereka memutuskan untuk kembali ke tanah air dan menyumbang kepada pembangunan Selangor. 
 
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid ibrahim sebelum ini bertindak meluluskan pemecatan beramai-ramai itu atas alasan berlaku pertindihan kuasa. 
 
Bagaimanapun hal itu berkali-kali dinafikan Dr Alif dengan berkata jawatan yang dikosongkan beliau dan rakan-rakan sehingga kini wujud dan tidak dimansuhkan PKNS mahupun PKNS Holdings.

300 sertai protes kenaikan minyak

Posted: 11 Oct 2014 05:39 AM PDT


Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat (tengah) berucap ketika menyertai protes Kenaikan Harga Minyak (Satira 20 sen) anjuran Pemuda Pas di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Sinar Harian Online oleh YUSRIZAL YUSUF AHMAD Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat (tengah) berucap ketika menyertai protes Kenaikan Harga Minyak (Satira 20 sen) anjuran Pemuda Pas di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Sinar Harian Online oleh YUSRIZAL YUSUF AHMAD
 
 
KUALA LUMPUR - Hampir 300 peserta terdiri daripada Pemuda Pas, Gerakan Turun Kos Sara Hidup ( Turun) dan NGO menyertai protes Kenaikan Harga Minyak (Satira 20 sen) anjuran Pemuda Pas sedang berlangsung di sekitar Jalan Raja Laut, Kuala  Lumpur.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, protes ini dilakukan bagi membuka mata kerajaan terhadap kenaikan harga minyak yang dilihat membebankan rakyat.

Peserta bantahan turut melaungkan slogan agar menurunkan harga minyak.

Ekoran tindakan kumpulan itu menyebabkan kesesakan kepada lalu lintas di sekeliling kompleks beli belah, Sogo.

Bantahan bermula di Jalan Abdul Rahman, mengelilingi Kompleks Sogo dan berakhir di Jalan Semarang di Kompleks Beli-belah Pertama, bersebelahan Kompleks Sogo.

Minggu lalu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa jam 12.01 pagi, 2 Oktober.

Dengan ini, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter

Kerajaan perlu dengar keluhan rakyat

Posted: 11 Oct 2014 05:38 AM PDT



Suhaizan Suhaizan
 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan harus beri ruang untuk mendengar keluh kesah rakyat dalam menanggung beban peningkatan harga minyak di negara ini .

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah lanjut sekiranya kerajaan masih membisu tanpa menangani isu peningkatan harga minyak tersebut.

"Kita tunggu dan lihat apa hasilnya nanti. Sebelum ini kami sudah menyerahkan memorandum di Parlimen.

"Jika pihak kerajaan tidak mahu dengar mungkin pihak kami akan hantar memorandum kepada Perdana Menteri dan menganjurkan lebih banyak protes," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Suhaizan sebelum ini pernah melahirkan kebimbangannya berhubung peningkatan harga minyak yang menekan rakyat.

Dalam laporan Sinar Harian Online sebelum ini, Suhaizan dikatakan mempersoal punca kenaikan harga minyak yang diumum kerajaan semalam.

"Adakah pemimpin negara sudah kekeringan idea sehingga mengambil langkah drastik menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impak dan kesan ke atas rakyat?

"Bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak tetapi rakyat tetap dibebankan dengan kenaikkan minyak?" soalnya.

Kata beliau lagi, harga minyak yang meningkat sekaligus akan meningkatkan lagi harga barangan runcit dan keperluan harian yang lain.

Hari ini, hampir 300 peserta menyertai protes Kenaikan Harga Minyak (Satira 20 sen) di sekitar Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Bantahan bermula di Jalan Abdul Rahman, mengelilingi Kompleks Sogo dan berakhir di Jalan Semarang di Kompleks Beli-belah Pertama, bersebelahan Kompleks Sogo.

Protes tersebut diadakan ekoran penarikan subsidi sebanyak 20 sen oleh kerajaan ke atas minyak RON95 (RM2.30 seliter) dan Diesel (RM2.20 seliter) berkuat kuasa awal bulan ini.

Antara yang menyertai bantahan termasuklah DAP, PKR, Pas, Turun dan beberapa NGO lain.

Sehubungan itu, beliau menyeru anak muda dan rakyat untuk terus membantah kenaikan harga minyak yang dikenakan kerajaan.

"Sekiranya anak muda berterusan membuat bantahan ini, mungkin kerajaan akan terbuka untuk mendengar dan mengkaji semula harga petrol di pasaran kita," jelasnya.

Acara 'Oktoberfest' di Jonker Walk dipantau

Posted: 11 Oct 2014 05:34 AM PDT

SINAR HARIAN


Idris Haron Idris Haron
 
 
MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara 'Oktoberfest' dijangka berlangsung di Jonker Walk di sini, pada 18 Oktober ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan tegas akan diambil terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara berkenaan.

"Saya beri jaminan yang kita akan pastikan orang Islam tidak akan dibenarkan minum arak di sana dan akan bertindak tegas sekiranya menerima laporan yang menyatakan demikian," katanya kepada pemberita selepas istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-76 di Dewan Seri Negeri di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak dapat menghalang orang bukan Islam untuk meminum arak pada acara tersebut kerana tiada peruntukan undang-undang yang melarang perbuatan itu.

Mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad semalam yang meminta kerajaan negeri mengambil langkah menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest itu, Idris berkata "saya tidak tahu di mana yang dikatakan pesta arak".

Beliau berkata pengisian program tersebut dilihat bertujuan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Melaka.

Idris berkata pemimpin dan penyokong Pas perlu berfikiran terbuka ketika hidup dalam masyarakat majmuk dengan mengambil semangat 'untuk mereka agama mereka dan untuk kita agama kita'. - Bernama

Bajet 2015: Kepentingan pihak-pihak tertentu didahulukan?

Posted: 11 Oct 2014 05:31 AM PDT





Oleh Hazlan Zakaria


Dengan pilihanraya umum ke-13 hanya tinggal kenangan, kita tidak perlu mengharapkan bajet yang mesra rakyat. Sebaliknya, kita perlu menjangka Bajet 2015 yang hanya memberi kelebihan kepada pihak-pihak tertentu dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober kelak (Jumaat).

Sewajarnya kenaikan harga petrol dan disel tempoh hari dijadikan indikasi bahawa perkara buruk bakal menjelma.

Walaupun ada di antara kita akan teruja dengan pemberian wang bantuan sekali-sekala, kita harus ingat kesan jangka panjang yang terpaksa ditempuhi.

Dalam karangan berbahasa Inggeris istilah yang digunakan ialah "pork barrel", dan ia tidak bermaksud daging babi.

"Pork barrel" sebenarnya istilah sains politik bagi merujuk tindakan ahli politik mengguna serta menyalahguna dana awam bagi disalurkan kepada golongan penyokong mereka sahaja.

Berbalik kepada isu tumpuan, Najib mungkin telah berjanji akan mendengar suara rakyat dan berkata kerajaan tidak tahu serba-serbi, namun tindakan beliau dilihat berbeza.

Contohnya di dalam penggunaan Akta Hasutan yang pernah dijanji akan dimansuhkannya sedikit masa dahulu. Najib ketika itu turut berkata akan menghormati kebebasan media. Siapa agaknya yang menangguhkan pemansuhan ini?

Atau mungkin di sini terdapat sindrom "Aku tolong engkau, engkau tolong aku" yang sering kedengaran di kalangan pendokong BN.

Najib mungkin membuat janji manis, tetapi ia dimungkiri orang-orang di bawah telunjuknya agar perdana menteri itu tidak dipersalahkan kerana gagal memenuhi janjinya.

Cuba ingat kembali watak Lumiere di dalam filem Disney "Beauty dan The Beast" yang berkata kepada the Beast: Anda beri wanita coklat, bunga dan janji yang tidak akan anda penuhi.

Sekiranya Najib memainkan watak The Beast, beliau sudah tentu faham peranan yang wajar dimainkannya... iaitu menabur janji.

Tambahan pula rakyat Malaysia mudah lupa. Maka selepas mereka diberi wang bantuan, sudah tentu segala kemungkaran yang dilakukan pemimpin akan dilupakan. Tunggu sajalah enam bulan lagi kalau anda tidak percaya.

Tuan-tuan, masanya telah tiba lagi bagi pembentangan bajet dibuat dan diluluskan tanpa banyak bicara di parlimen kita.

Ia bukannya didebatkan di Dewan Rakyat yang sewajarnya menjadi tonggak di dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Itulah yang anehnya tentang amalan demokrasi menurut citarasa Tun Mahathir di mana kuasa Eksekutif di sini menggunakan parlimen sebagai cop mohor dan setem getah bagi meluluskan segala yang dihajati mereka.

Bajet atau belanjawan seharusnya permintaan daripada pihak kerajaan kepada parlimen bagi pembiayaan negara. Namun, di sini ia tampak seperti senarai membeli-belah yang ditandatangani pihak Legislatif. Di kemudian hari, akan diminta pula bajet tambahan.

Bahkan Parlimen pula yang nampaknya bergantung kepada Eksekutif bagi mendapatkan pembiayaan, kakitangan dan sebagainya.

Kita bernasib baik kerana pihak pembangkang masih berupaya mengetengahkan berbagai isu bagi menyedarkan kerajaan bahawa perbelanjaan negara perlu dibuat secara berhemah.

Contohnya, pihak pembangkang telah menempelak cadangan aneh seperti jawatankuasa pelaburan diwujudkan bagi Lembaga Hasil dalam Negeri.

Namun ketika ini, bajet Malaysia masih kelihatan seperti urusan bagi mendapatkan cop mohor sambil pihak pembangkang hanya dapat memerhatikan pembentangannya.

Walaupun tiada pilihanraya tahun ini, pemimpin BN sudah tentu mahu tahu siapa yang bakal mendapat keuntungan kerana mereka masih mengekal kuasa. Jadi pihak-pihak mana yang bakal disalurkan bantuan atau peluang meraih kekayaan? Inilah yang saya gelar "pork barrel" tadi.

Cuba lihat berapa banyak kilang memasang kereta mewah dan kenderaan tentera dibina di Pahang hari ini.

Bukan kebetulan bahawa perdana menteri sendiri dipilih pengundi di Pekan, Pahang.

Sudah tentu perkara yang sama akan berlaku tahun ini di mana Najib akan menyalurkan kewangan kepada para penyokongnya agar mereka terus gembira.

Berdepan asakan bertali-arus daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib perlu mempertahankan kedudukannya.

Selepas menunjukkan beliau mampu bertindak garang menggunakan Akta Hasutan, Najib kini bakal menonjolkan kehebatan beliau dengan membentang bajet tahunan.

Sebelum ini Najib telah melantik beberapa muka-muka yang dikenalinya menerajui pelbagai syarikat berkaitan kerajaan walaupun kebolehan mereka tidaklah begitu diketahui.

Jadi kita perlu menjangka langkah serupa dilakukan di dalam agihan kekayaan negara yang disalurkan melalui pelbagai kementerian agar dapat memberi senyuman kepada pihak-pihak yang menyokong kepimpinan Najib.

Ketika menteri-menteri BN terus mengingatkan kita rakyat biasa agar berjimat cermat di dalam perbelanjaan, merekalah yang sebenarnya mendapat habuan daripada pembentangan Bajet 2015 ini.

Mujurlah Ada BR1M....

Posted: 11 Oct 2014 02:08 AM PDT

shahbudindotcom


Apakah yang menariknya Bajet 2015 yang bertemakan EKR atau Ekonomi Keperluan Rakyat yang dibentangkan oleh Najib Razak kali ini?

Rata-rata orangramai bertanya di manakah istimewanya bajet kali keenam yang dibentangkan Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ini setelah rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen pada 2 Oktober lalu.

Satu-satunya yang dianggap menarik dan boleh dijadikan bahan utama berita hanyalah kenaikan jumlah BR1M daripada RM650 kepada RM950 bagi yang berpendapatan di bawah RM3 ribu sebulan dan kenaikan daripada RM450 kepada RM750 bagi yang berpendapatan antara RM3 ribu hingga RM4 ribu.

Bayaran BR1M yang akan dibuat secara ansuran tiga kali setahun ini diprercayai untuk mengurangkan beban kehidupan rakyat berikutan kenaikan harga minyak yang dikecam orangramai kerana diumumkan hanya menjelang tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.

BR1M bagi orang bujang pula dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

Ketika memberikan reaksinya mengenai kenaikan harga minyak baru-baru ini, Najib menjelaskan kerajaan terpaksa mengambil langkah tidak popular itu demi kepentingan rakyat dalam jangka masa panjang.

Namun dengan terus menaikkan jumlah pemberian tunai melalui BR1M, tidak lain ia adalah langkah untuk terus popular yang diambil kerajaan kepada rakyat berpendapatan rendah. Dengan menjadikan pemberian itu sebanyak tiga kali setahun, kerajaan seolah-olah cuba meletakkan pergantungan yang berterusan antara rakyat kepada kerajaan.

Adalah diyakini menjelang tahun-tahun akan datang di mana tarikh pilihanraya umum semakin dekat, dengan jumlah bayaran BR1M ini terus ditambah, tiada lain yang diharapkan kerajaan selain mahu terus popular dan disanjung rakyat.

Sekurang-kurangnya, walau dalam kehidupan yang semakin sukar dan kos hidup kian meningkat, rakyat dipaksa mengingati kerajaan yang dianggap murah hati memberikan mereka wang tunai sebanyak tiga kali setahun.

Dalam masa yang sama, dengan bertambahnya jumlah BR1M bermakna lebih banyak subsidi yang melibatkan petrol, diesel, gula, tepung dan barangan pengguna lainnya akan terus ditarik dan dikurangkan daripada semasa ke semasa.

Jika tidak, bagaimanakah kerajaan mahu menampung pertambahan jumlah pemberian tunai melalui BR1M ini?

Atau mungkin juga bertambahnya pemberian tunai ini akan menyebabkan hutang negara terus meningkat tahun demi tahun.

Nampaknya, sejak beberapa tahun lalu dan akan datang, hanya BR1M inilah satu-satunya senjata Najib untuk terus meraih populariti di kalangan rakyat.

Lain-lain kandungan bajet kali ini seperti bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan, pengekalan baucer buku RM250, Ron95 dan diesel tidak dikenakan GST, projek pembangunan, beberapa lebuhraya baru, tambahan MRT, penambahan tiang lampu di kampung-kampung, rebat untuk pinjaman PTPTN dan sebagainya lagi yang diumumkan Najib, bolehlah dianggap sebagai perkara biasa dan tiada yang mengejutkan sama-sekali.

Walaupun Najib juga mengumumkan anggota pentadbiran kerajaan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri ditangguhkan kenaikan gaji mereka tetapi dengan kenaikan gaji Ahli Parlimen dan Senator yang diumumkannya bermula Januari 2015 depan, bermakna anggota pentadbiran yang secara automatik daripada kalangan Ahli Parlimen dan Senator, turut juga menerima kenaikan pendapatan mereka.

Barangkali tiadalah lagi rungutan seperti yang diluahkan oleh Shahidan Kassim bahawa gaji Ahli Parlimen Uganda dua kali lebih tinggi daripada Ahli Parlimen negara kita sehingga kononnya ada yang "mengikat perut" dalam kehidupan seharian.

Secara kasarnya, selain BR1M terus menjadi alat populis kerajaan kepada rakyat, di ketika Najib acapkali menyatakan beliau tidak mengurus negara bersandarkan populis, hakikatnya pendekatan itulah yang terus dilakukannya tahun demi tahun.

Bajet 2015: Sabah/Sarawak Dapat Lebuhraya, Kenapa Kelantan Terus Diabaikan?

Posted: 11 Oct 2014 02:07 AM PDT

shahbudindotcom.


Berikut adalah kenyataan media oleh SAMM Kelantan mengenai Bajet 2015 yang diumumkan oleh Najib Razak yang baik untuk direnungkan bersama sebagai rakyat Malaysia. Mudah-mudahan membuka mata ke arah kebaikan bersama dalam pembentangan bajet yang akan datang.

Bajet 2015 - Pengharapan Yang Kecundang

Setiap tahun rakyat Kelantan termanggu di depan televisyen melihat Menteri Kewangan membentangkan belanjawan. Pengharapan yang cukup tinggi untuk melihat sesuatu mengalir ke bumi Kelantan.

Tahun ini sekali lagi bajet yang kononnya untuk rakyat mengecewakan rakyat Kelantan. Di saat rakyat Sabah mendapat manfaatnya bila PM mengumumkan pembinaan lebuhraya Borneo sejauh 1000 kilometer lebih. Rakyat Kelantan masih bergelut dengan lebuhraya maut.

Lebih memeritkan, disaat hasil bumi Kelantan yang disedut secara rakus oleh Petronas seolah kami ini umpama tidak mempunyai apa-apa hak yang sewajarnya.

Dato Mustapha Mohd yang juga Menteri penuh dalam kabinet Najib seakan mengiyakan dan membiarkan Kelantan diperlakukan sedemikian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan melihat situasi ini dengan cukup serius. Adakah hanya kerana perbezaan politik yang berlainan, Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Kelantan? Apakah rakyat Kelantan tidak mempunyai maruah sehingga begitu teganya Kerajaan Pusat mempermainkannya.

Selain lebuhraya, rakyat Kelantan juga melihat isu Royalti dan menaiktaraf Lapangan Sultan Ismail sepatutnya diberikan keutamaan dan hak yang sepatutnya. Namun seperti tahun-tahun sebelumnya ia hanya mimpi.

SAMM Kelantan berjanji, akan bersama-sama rakyat Kelantan mengembeleng tenaga untuk menuntut hak ini. Hak yang dinafikan oleh rejim zalim BN.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

RM2.2b program untuk golongan memerlukan

Posted: 11 Oct 2014 01:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


Kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion dalam Bajet 2015 bagi melaksanakan program untuk golongan memerlukan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Beliau berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, antara lain merangkumi bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebanyak RM1.2 bilion.
  
"Untuk menunjukkan keprihatinan kepada golongan ini, kerajaan memperuntukkan RM66 juta untuk membantu 110,000 OKU di seluruh negara, dengan kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikkan daripada RM300 kepada RM350, manakala bagi OKU tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.
  
"Pelepasan cukai bagi setiap anak yang OKU dan pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa OKU, dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
  
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kadar makanan harian 8,700 penghuni di 63 institusi Jabatan Kemajuan Masyarakat, dinaikkan daripada RM8 kepada RM16 dan geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU juga ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

"Menambah lima buah Pusat Aktiviti Warga Emas menjadikan 50 buah di seluruh negara serta Unit Penyayang Warga Emas yang menyediakan pengangkutan percuma kepada warga emas ke hospital," katanya.

Najib berkata bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM711 juta kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan.- Bernama

Penjawat awam dapat bonus setengah bulan

Posted: 11 Oct 2014 01:58 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
  
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
  
"Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di ibu negara, hari ini.
  
Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam, terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan, kelak.
  
Pada Julai lepas, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.
  
Bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam pula, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim perkhidmatan sedia ada.
  
Ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lepas, Najib telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam.
  
Najib berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Seranta Felda, yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib.
  
"Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu," katanya.-Bernama

Kadar BR1M dinaikkan untuk semua penerima

Posted: 11 Oct 2014 01:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dengan mengambil kira peningkatan hasil GST dan kemampuan fiskal kerajaan, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Pemberian BR1M untuk isurumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, dinaikkan daripada RM650 kepada RM950.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan demikian dalam ucapan bajet 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

"Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 akan dibayar mulai September 2015," katanya.

Katanya, bagi isirumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750.

Ia juga akan dibayar sebanyak tiga kali, iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya RM350 dibayar mulai September 2015.

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapaptan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kerajaan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350.

"Bayaran bantuan ini akan dibuat sekali gus mulai awal tahun hadapan," katanya.

Perdana menteri berkata, kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok atau i-BR1M yang telah diperkenalkan sebelum ini, dengan skim khariat kematian.

"Skim ini akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuatkuasa selama setahun," tambahnya.

Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan memberikan sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah menerusi BR1M 1.0 yang diperkenalkan pada 2012.
  
Untuk BR1M 2.0 pada 2013, jumlah yang sama diberikan kepada golongan tersebut dan kerajaan memperkenalkan bantuan sebanyak RM250 pula diberikan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  
Pada BR1M 3.0, bantuan kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi bantuan wang sebanyak RM650 dan bantuan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.
  
Kerajaan juga pada BR1M3.0 memberikan sebanyak RM300 kepada kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  
Pada BR1M 3.0 juga, bantuan buat pertama kalinya diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

CPI tak percaya pegangan bumi kurang 10 peratus

Posted: 11 Oct 2014 01:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pusat Inisiatif Polisi (CPI) mempersoalkan tumpuan kerajaan ke atas usaha memperkukuhkan pemilikan golongan bumiputera dalam firma korporat.

Pengarahnya, Lim Teck Ghee membangkitkan perkara itu dengan merujuk kepada pengumuman perdana menteri dalam pembentangan Bajet 2015 semalam – bahawa pegangan saham bumiputera kurang dari 10 peratus.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengesyaki bahawa angka tersebut sudahpun "diolah".

"Tiada kajian mendalam yang dibuat untuk mendapatkan kesimpulan ini.

"Tetapi jika anda sertakan GLC yang mana hampir keseluruhannya dikuasai bumiputera, jelas sekali bahawa kawalan bumiputera adalah jauh lebih daripada itu," katanya.

Menurutnya lagi, data daripada dokumen Rancangan Malaysia juga menunjukkan bahawa penguasaan kelompok bumiputera adalah jauh lebih daripada itu.

"...walaupun menggunakan pendekatan nilai tara yang dipersoalkan, pemilikan saham bumiputera dalam syarikat berhad meningkat dari 19 peratus kepada 22 peratus pada 2008 manakala saham bukan bumiputera merosot dari 49 peratus kepada 36.7% dalam tempoh sama.

"Sejak itu kita boleh jangka saham bumiputera telahpun meningkat, terutama apabila diambil kira pegangan dalam GLC," katanya lagi.

Menurutnya lagi, Najib dalam ucapannya juga tidak menyatakan kaedah agihan atau penyaluran peruntukan yang diumumkan itu.

Najib dalam ucapannya mengumumkan peruntukan RM600 juta untuk Ekuinas bagi meningkatkan pemilikan bumiputera dalam syarikat swasta dan berkaitan kerajaan.

PRU14: MCA ketengah pimpinan Wanita

Posted: 11 Oct 2014 01:45 AM PDT


Logo MCA Logo MCA
 
 
KUALA LUMPUR - MCA bakal mengetengahkan lebih ramai pemimpin wanita parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, partinya kini sedang melatih pemimpin-pemimpin wanita yang berkelayakan untuk merebut kembali kerusi-kerusi yang terlepas kepada pembangkang dalam pilihan raya lalu.

"Kita berharap lebih ramai wanita akan muncul sebagai pemimpin kita dan dapat membantu memenangkan kembali kerusi-kerusi yang telah kalah pada masa yang lepas.

"Dalam hal ini, ahli wanita sangat penting. Kita juga dalam proses mengenalpasti calon-calon supaya pada PRU14, akan lebih ramai lagi calon wanita akan dikemukakan untuk bertanding dalam peringkat Parlimen dan juga negeri," katanya kepada pemberita pada sidang media Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut menyebut bahawa MCA telah mula melatih pemimpin wanita sebagai pendedahan awal dalam menjadi ahli yang lebih berwibawa.

"Buat sementara waktu ini kita beri latihan kepada mereka supaya mereka dapat dilatih di pelbagai peringkat.

"Selain itu, kita juga ada sekolah politik untuk diwujudkan bagi melatih ahli kita supaya mereka menjadi ahli yang lebih berwibawa," katanya.

MCA turut mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengenalpasti kelemahan dan merangka strategi dalam menghadapi PRU14.

"MCA telah wujudkan jawatankuasa untuk menghadapi PRU14. Kita kenalpasti tempat-tempat di mana kelemahan kita dan kekuatan kita.

"Kita akan buat penyusunan semula strategi supaya kita dapat perbaiki prestasi di kerusi yang kita menang dan yang kalah itu diharap menang balik," katanya.

MCA kaji ubah struktur parti, tarik ahli baharu

Posted: 11 Oct 2014 01:43 AM PDT


Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie ketika berucap di hadapan para perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Wanita MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie ketika berucap di hadapan para perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Wanita MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - MCA sedang mengkaji untuk membuat perubahan terhadap penstruktur parti itu, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Menurut beliau, perkara pertama yang diberi perhatian adalah perubahan corak pemilihan dengan memberi peluang kepada ahli parti di peringkat bahagian memilih pucuk pimpinan pusat.

Kaedah pemilihan sekarang dikatakan hanya membenarkan 2,375 perwakilan dari 191 bahagian memilih.

"Kita dalam proses untuk membesarkan bilangan ahli yang terlibat dalam pemilihan pucuk pimpinan pusat. Sebelum ini, kita ada satu sistem iaitu 'central deligates' iaitu perwakilan yang dipilih di peringkat bahagian.

"Kita ada 191 bahagian. Dari situ kita pilih 2,375 wakil ke pusat dan mereka akan memilih Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan semua AJK MCA.

"Tapi kali ini kita ingin meluaskan supaya lebih ramai ahli yang boleh terlibat dalam pemilihan. Kita akan turunkan pemilihan ini di peringkat bahagian," katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, beliau menjangkakan kira-kira 30,000 hingga 40,000 ahli MCA bakal memilih pemimpin mereka.

"Maksudnya, perwakilan di peringkat bahagian boleh terus memilih pucuk pimpinan. Bermula dari 191 bahagian, dalam mesyuarat agung, mereka akan pilih pucuk pimpinan.

"Dijangka dalam lingkungan 30,000 hingga 40,000 ahli akan terlibat membuat keputusan dalam memilih pucuk pimpinan berbanding dengan 2,375 orang sekarang. Itu jangkaan kita," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata melalui kaedah itu, proses demokrasi akan dilihat lebih jelas dan telus serta mampu menarik lebih ramai golongan muda.

"Tujuan, apabila ada penglibatan yang lebih luas, jadi cara itu akan menjadikan proses demokrasi akan lebih jelas dan telus.

"Supaya lebih ramai ahli dapat masuk MCA dan lebih ramai ahli dari golongan muda. Mereka nak melihat satu proses demokrasi yang lebih telus dan lebih baik di MCA, maka mereka akan berkeyakinan untuk menyertai.

"Kalau kita tak buat begitu, tiada tarikan terutama golongan muda yang menerima pendidikan tinggi dan melihat kita masih pada cara yang lama, sudah tentu mereka tidak tertarik," katanya.

Selain itu, MCA juga mahu proses pendaftaran keahlian dipermudahkan melalui atas talian.

"Kita benarkan kemasukan ahli dengan cara yang lebih lancar. Di mana kita benarkan mereka berdaftar sebagai ahli baru melalui Internet. Sebelum ini, mereka perlu memohon keahlian melalui cawangan dengan mendapat sokongan daripada pengerusi cawangan dan sebagainya.

"Kadang-kadang kita terima aduan bahawa borang permohonan mereka hilang atau tidak sampai kepada ibu pejabat MCA. Untuk elak masalah ini, boleh memohon melalui internet. Kita akan proses. Kalau kita nampak tak ada masalah, kita akan luluskan," katanya

Senator kecewa bantuan OKU hanya naik RM50

Posted: 11 Oct 2014 01:40 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Senator K Bathmavathi berkata, kenaikan RM50 bagi bantuan kebajikan bulanan orang kurang upaya (OKU) sangat rendah berbanding keperluan masyarakat tersebut.

Senator OKU itu juga berkata, beliau berulang kali menuntut agar jumlah bantuan RM300 untuk penerima yang bekerja dinaikkan kepada RM500, dalam tiga sesi parlimen yang lalu.

"Pada sesi parlimen bulan Disember, April dan Jun, saya telah bertanya secara khusus untuk kenaikan elaun daripada RM300, yang mana itu jumlah yang mereka perolehi, kepada RM500.

"Jadi sekurang-kurangnya ia merupakan satu peningkatan yang bermakna," katanya,

Tambahnya, beliau juga telah meminta supaya elaun OKU yang tidak bekerja dinaikkan dari RM150 kepada RM300.

"Tetapi, apa yang dibentangkan di Parlimen hari ini adalah sangat, sangat mengecewakan. Kenaikan hanyalah RM50, ia langsung tidak bermakna," katanya lagi.

Pakatan sambut Bajet 2015 dengan sindiran

Posted: 11 Oct 2014 01:38 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyambut sinis pembentangan Bajet 2015 oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan membangkitkan persoalan rasuah dalam projek dan inisiatif yang diumumkannya.

Paling lantang, Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersendakan tindakan Najib yang mengumumkan projek lebuh raya rentas Borneo bernilai RM27 bilion sekali lagi dalam pembentangan kali ini.

Sedangkan, projek lebuh raya sepanjang meliputi 936 kilometer di Sarawak dan 727 kilometer di Sabah itu sudahpun diumumkan enam tahun lalu, katanya.

"Umum Lebuh Raya Pan Borneo... tepukan (oleh) BN, tapi sudah enam tahun umum yang sama," katanya dalam reaksi segera di Twitter sejurus selepas pengumuman Najib.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, MP Permatang Pauh itu juga membangkitkan mengenai kos sara hidup yang  menurutnya tidak ditangani dalam bajet kali ini.

"Kenaikan kos petrol tidak berdaya maju ekoran kejatuhan harga minyak di pasaran dunia.

"Tidak dinyatakan langsung mengenai cara menangani ketirisan, rasuah, tender terbuka dalam beberapa kontrak utama yang akan meningkatkan kos.

"Bagi saya, ketirisan ini jika tidak ditangani, berbahaya dan ini akan meningkatkan lagi kenaikan harga petrol," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan parlimen.

Beliau turut memberi amaran bahawa masalah dalam pelaksanaan GST bukan hanya melibatkan pengecualian cukai tetapi juga pendekatan dalam menangani kenaikan harga.

Sementara itu, ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula melihat bahawa tema "Ekonomi Keperluan Rakyat" itu tidak ditunjukkan dalam inisiatif yang diumumkan Najib.

Jelasnya, Najib tidak menangani isu kronisme melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP) dan 1MDB Corporation yang banyak mendapat perhatian.

"Kesemua isu ini tidak dijawab dan ditangani. Masih ada banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan ianya bajet rakyat," katanya yang kecewa kerana soal menangani jenayah juga tidak dinyatakan Najib.

Sementara itu, MP Shah Alam, Khalid Samad pula mensasarkan kritikannya ke atas pengumuman Najib mengenai pembinaan dua hospital baru – di Dungun, Terengganu dan Seri Iskandar di Perak.

Beliau sangsi dengan kemampuan kerajaan membina projek tersebut kerana pembinaan hospital di kawasannya juga masih belum siap sejak enam tahun lalu.

"Dijanjikan hospital di beberapa bandar lain. Hospital Shah Alam pun belum siap-siap lagi. Sudah enam tahun tidak siap-siap lagi," katanya.

MP Pandan, Rafizi Ramli pula mensasarkan kritikannya ke atas ucapan Najib yang memetik satu hadis Nabi untuk mengingatkan peminjam agar melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dengan sinis, beliau mengingatkan Najib mengenai kontroversi pinjaman mudah untuk projek ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya fikir jika peminjam PTPTN tidak bayar hutang, nanti roh tergantung-gantung. Eh, hutang NFC macam mana? Tergantung di One Menerung?," katanya lagi.

Beliau berkata demikian untuk mengaitkan pembelian kondominium mewah oleh individu terbabit dengan NFC.

Perbelanjaan JPM terus meningkat bawah Najib

Posted: 11 Oct 2014 01:35 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus meningkat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan jumlah perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 2003, perbelanjaan yang diperuntukkan untuk JPM hanya RM3.6 bilion. Jumlah itu meningkat lebih empat kali ganda dalam Bajet 2015.

Menurut anggaran daripada Kementerian Kewangan, JPM dijangka akan membelanjakan sejumlah RM19.1 bilion pada 2015 berbanding RM16.5 bilion pada tahun ini.

Jumlah ini merupakan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan untuk tahun ini.

Peruntukan itu meliputi bidang yang luas, termasuk latihan badan kehakiman, sekolah tadika, keselamatan negara, tenaga nuklear, hak asasi manusia (Suhakam), perancangan ekonomi, serta stesen televisyen.

Selari dengan itu, sebanyak RM1.24 bilion diperuntukkan untuk membiaya gaji ribuan kakitangannya pada tahun ini.

Pecahan paling besar dari peruntukannya disalurkan untuk perkhidmatan dan perolehan, melibatkan kos RM2.85 bilion pada tahun ini.

Untuk 2015, perkara yang menjadi tumpuan utama ialah "projek khas" dengan peruntukan khusus RM1.6 bilion.

Jumlah itu berlipat kali ganda lebih besar berbanding hanya RM180 juta untuk tujuan sama pada 2014.

Antara program dan agensi bawah JPM adalah program PERMATA – program pendidikan awal dinaungi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor – dan juga program indoktrinasi Biro Tatanegara.

Menjelang penghujung 2014, unit PERMATA dijangka akan membelanjakan RM42.8 juta, dengan seramai 40,000 kanak-kanak yang mengikuti programnya. Bagaimanapun, peruntukannya pada tahun depan akan dikurangkan kepada RM30.1 juta.

PERMATA tidak membiaya sekolah berkenaan secara langsung, namun menyediakan "pengurusan, operasi, pemantauan dan sokongan" untuk melaksana program berkenaan.

Sementara itu, unit propaganda kerajaan, BTN dijangka membelanjakan RM64.9 juta pada 2014, dan mendapat peruntukan RM58.6 juta untuk dibelanjakan pada tahun depan.