Ahad, 21 September 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HADI TIADA BUKTI PKR BELI 2 ADUN- BAKAL DISAMAN

Posted: 21 Sep 2014 06:28 AM PDT

Samada ada usaha beli ADUN atau tidak kita tidak tahu. Presiden PAS pun tak beri apa- apa bukti.

Tapi, FAKTA yg tidak boleh dinafikan adalah:

1) Setelah Khalid Ibrahim dipecat dari PKR, beliau kekal sebagai MB kerana formula PAS (15) + UMNO (13) + Khalid Ibrahim = 28.


2) Presiden PAS telah redha PAS bersemenda dgn UMNO demi mengekalkan Khalid Ibrahim.

3) Manakala PR pula berdiri dgn 28 ADUN (PKR(13) + DAP (15)). Namun, Speaker Dewan adalah dari DAP menjadikan PR hanya tinggal 27 suara sahaja

4) Khalid Ibrahim berjaya mengekalkan kuasa dgn majoriti 1 kerusi.

5) Maka, dengan tindakan dua ADUN PAS memihak kepada Pakatan Rakyat, formula di atas berubah. Pakatan Rakyat menjadi 30 kerusi di DUN Selangor menjadikan Pakatan Rakyat partai majoritas.

Konklusinya:

1) Tindakan Hasnul Baharuddin dan Saari Sungib menguatkan Pakatan Rakyat.

2) Tindakan Haji Hadi MENGHANCURKAN Pakatan Rakyat.
Ini adalah FAKTA dari krisis MB yang berlaku di Selangor.
Cerita kononnya ADUN dibeli dsbnya hanyalah cakap-cakap kosong.

Kita wajib rujuk pada fakta bukan tuduhan rambang
Fakta menunjukkan betapa jahatnya Presiden PAS meletakkan kepentingan pribadi di atas kepentingan parti dan perjuangan


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib dilapor mencabar presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengemukakan bukti beliau "dibeli" oleh PKR.

Saari, wakil rakyat Hulu Selangor menjelaskan, beliau menandatangani SD itu bagi mengelakkan Khalid menyebabkan lebih banyak masalah pada negeri itu, lapor The Star Online.

"Peguam menjelaskan bahawa ADUN mesti memindahkan sokongan kepada calon lain untuk mengesahkan SD itu, dan kami sokong Wan Azizah kerana PKR dan DAP setuju dengan pencalonannya," beliau dipetik sebagai berkata.
Hadi semalam berkata, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya, Saari dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk menyokong Azizah sebagai calon menteri besar.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf?





Amaran BERSIH: Demokrasi berparlimen boleh runtuh...

Posted: 21 Sep 2014 05:12 AM PDT

BACA TAJUK DI BAWAH BAGAIMANA SISTEM INI BERLAKU DI PERAK 2009


http://wrlr.blogspot.com/2014/09/terkiniwajib-baca-isu-mb-hadi-tegak.html


Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia akan "runtuh" jika parti majoriti tidak dapat memilih calonnya sendiri untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Demikian amaran pemantau pilihan raya BERSIH hari ini.

Pengerusinya Marian Chin Abdullah berkata, jika "badan tidak dipilih" memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.

"BERSIH 2.0 menggesa semua pihak hormati peraturan, yang termaktub bukan sahaja dalam konvensyen Westminster, tetapi juga undang-undang tubuh negeri yang menyatakan bahawa seorang anggota dewan negeri (ADUn) mesti mendapat keyakinan majoriti ADUN lain," katanya.

Maria berkata, krisis di Selangor bukan setakat untuk mencari calon terbaik menjadi ketua eksekutif tetapi ia juga berkaitan sama ada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan boleh terus berfungsi.

(TERKINI) ISKANDAR: 'Bukan saya yang jadi MB Selangor', Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi 'open secret'

Posted: 21 Sep 2014 04:09 AM PDT

http://wrlr.blogspot.com/2014/09/terkiniwajib-baca-isu-mb-hadi-tegak.html


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menafikan namanya 'naik' untuk menjadi Menteri Besar Selangor baharu yang akan diumum Selasa ini.

Katanya, dia difahamkan nama calon lain sudah diperkenan Istana Alam Shah untuk jawatan tersebut.

"Saya difahamkan bukan saya.

"Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi 'open secret'," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Iskandar mengulas kemungkinan bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu selain dua calon lain yang disebut-sebut iaitu ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Astro AWANI sebelum inimenerima salinan kad jemputanistiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor Selasa ini jam 10 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Teka-teki siapa akan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terjawab pada Selasa.

LaporanBernamasebelum ini yang memetik sumber memberitahu, Istana Selangor mengesahkan PAS menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun nama calon-calon berkenaan tidak didedahkan.

Astro AWANI sebelum ini memetik sumber yang memberitahu,99 peratus kemungkinan Azminakan menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung KEADILAN,Datuk Saifuddin Nasution Ismail mahu pihak Istana Alam Shah mempertimbangkannama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk jawatan berkenaan.

Tambah Saifuddin, sebarang berita kononnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara lisan untuk menerima Azmin adalah tidak tepat, selain tetap dengan keputusan mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Astro AWANI masih berusaha untuk mendapatkan kenyataan mengenai isu pencalonan menteri besar daripada Dr Ahmad Yunus.

Tiada kompromi pilih Wan Azizah calon MB, kata PKR

Posted: 21 Sep 2014 01:48 AM PDT

Aku percaya jika calon pas naik menjadi MB...sah pilihanraya negeri Selangor. Ini memerlukan Pas mengkaji semula peranan dalam Pakatan , atau bertanding bersendirian lebih bermaruah setelah bertelagah mengenai jawatan MB. Di ketika inilah PAS dijangka akan kehilangan lebih separuh dari apa yang dimenanginya


Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak laporan mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi mengenai calon pilihan PKR sebagai MB baharu Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 21 September, 2014.Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak laporan mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi mengenai calon pilihan PKR sebagai MB baharu Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 21 September, 2014.PKR hari ini sekali lagi menegaskan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap menjadi pilihan parti itu bagi jawatan menteri besar Selangor dan tiada kompromi dibuat bagi menukar pendirian itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, desas desus mengatakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara lisan melantik calon lain adalah tidak tepat.
"Sebarang berita kononnya Anwar bersetuju secara lisan dengan kompromi dan pelbagai berita lain adalah tidak tepat.
"Keputusan dan pendirian PKR adalah atas kepercayaan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berperlembagaan.

"Maka, sebarang berita tidak wajar disebarkan untuk memberi gambaran bahawa PKR berganjak dari keputusan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan ini," katanya dalam satu kenyataan. – 21 September, 2014.

TERKINI.WAJIB BACA ISU MB, HADI TEGAK BENANG BASAH

Posted: 20 Sep 2014 10:23 PM PDT

OLEH : Amirulmukminin


Muktamar PAS ke 60 sewajarnya digunakan untuk mendamaikan suasana. PAS yang bertelagah dengan PKR seharusnya berdamai jika tahaluf siyasi mahu diteruskan. PAS tidak mahu meninggalkan Pakatan Rakyat. Oleh itu, tidak perlu lagi dipanjangkan perkara yang menyentuh pertelagahan kedua belah pihak seperti isu perlantikan MB Selangor, Langkah Kajang dan sebagainya.

Sebaliknya, Hadi meneruskan ketidakpuasan hatinya berhubung isu perlantikan MB. Mendakwa PAS perlu campurtangan kerana terdapat isu sultan dan menjaga agama di sebalik pertukaran MB itu.

"Tetapi ingat ada hukum hakam sahaja, ada ikut hukum akal sahaja. Kita tidak boleh biarkan, raja yang menjaga agama Islam dan Melayu yang ada peranan di negeri itu.

"Oleh itu kita kena campur tangan dalam hal ini. Jangan pandang mudah dan remeh nak beri begitu sahaja. Ada amanahnya.

"Strategi politik mesti ada amanah dan reda-Nya. Saya tak pasti mahu bawa ahli PAS ke neraka?" kata Hadi.

Sebelum isu menjaga sultan dan agama ditimbulkan ada baiknya Hadi menajamkan semula ingatannya ketika beliau bersetuju PAS membawa kes penggulingan MB Perak Nizar Jamaluddin ke mahkamah pada 2009. PAS berkata MB Nizar dilucut jawatan secara tidak berpelembagaan oleh sultan Perak. Tindakan mahkamah diambil atas restu Hadi.  Adakah ketika itu PAS tidak terfikir sultan menjaga agama dan perlu ditaati seperti di Selangor?

Ataukah apabila PAS yang terkena batang hidung maka ianya berbeza. Apabila PKR menghadapi masalah dengan istana maka PAS perlu campurtangan menyelamatkan air muka sultan.

Konsep Westmister


Bukankah PAS bertindak pada 2009 berasaskan konsep raja berperlembagaan? Konsep itu diambil daripada British yang tidak membenarkan raja campurtangan dalam pemerintahan. British yang meninggalkan Tanah Melayu, melalui suruhanjaya Reid, menggariskan perlembagaan yang mirip perlembagaan British.

Raja di Selangor tidak sama dengan Emir Kuwait. Kuwait menganjurkan pilihan raya selepas dibebaskan oleh Amerika dalam Perang Teluk pada 1990 lalu.  Tetapi Emir berkuasa penuh untuk memilih sesiapa sahaja yang disukai menjadi ketua kerajaan.

Sultan Selangor terikat dengan amalan westmister, begitu juga sultan Perak sebelumnya. Majoriti Dewan menjadi penentu. Sekiranya Dewan tidak bersetuju dengan calon pilihan sultan maka Dewan boleh membuat undi tidak percaya.

Tidak diketahui dari manakah Hadi mengambil konsep menjaga raja, adakah dari Umno? Parti pemerintah BN pun menggunakan raja dalam beberapa perkara tertentu untuk memudahkan mereka merompak kewangan negara, bukan menjaga raja.

Hak raja untuk memulangkan semula undang-undang yang dilulus Dewan Rakyat misalnya tidak lagi terpakai. Sebaliknya, undang-undang akan terus dikuatkuasa sama ada raja bersetuju atau tidak, sebaik sahaja dilulus Dewan. Maknanya, konsep pemerintahan negara ini meletakkan raja hanya sebagai simbol dan tiada kuasa veto. Adakah PAS mahu meminda perlembagaan memberi raja kuasa mutlak?

Hujah Hadi yang berbelit-belit mengaitkan sikap rajuknya dengan PKR kerana tidak dirundingi sebelum mengganti MB Selangor pula akan memeningkan pengundi atas pagar serta bukan Islam.

Hadi mengakui Pakatan tidak mempunyai perjanjian yang mantap dan merupakan perikatan longgar tetapi bukanlah  longgar serba serbi sehingga tidak mampu mentadbir dengan berkesan sebagaimana ditunjukkan dalam krisis Selangor.

"Langkah Kajang yang tidak menyenang kita. Saya menegaskan PAS tidak berebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap jawatan menteri besar.

"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan menteri besar, tak ada perjanjian bertulis," kata hadi dipetik.

Hadi mengakui tiada persefahaman tetapi penasihat seumur hidupnya, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali telah dua kali menegaskan kerusi MB adalah milik PKR sebelum Anwar bertindak menukar Khalid pada Julai lalu.

Jika PAS ingin campurtangan sebaik-baiknya PAS mengumumkan yang mereka ingin dirundingi dan tidak membantahnya melalui pelbagai sabotaj.

Sebelum ini, perlantikan MB Kelantan seusai PRU 13 misalnya, tidak pernah dirundingi PAS dengan rakan komponen lain. Hanya perlantikan MB Selangor sahaja yang lambat kerana PKR ingin menukar Khalid tetapi PAS berdegil. Hadi menghantar surat mencadangkan nama Khalid kepada sultan Selangor, diikuti DAP dan PKR tiada pilihan. Tidak wujud pula konsep rundingan meja bulat, budar atau rundingan kedai kopi sebaik sahaja PAS ingin menyokong seseorang calon.

Sepatutnya PKR yang merajuk, bukan Hadi. PKR dibuli kerana mereka parti baru. PAS tidak membenarkan PKR membuat keputusan sendiri. Mati hidup balik, PAS tidak akan berani campurtangan jika DAP ingin menukar Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Sepatah haram Hadi tak akan bersuara mahu dirundingi terlebih dahulu mengenai jawatan ketua menteri. Belum lagi insiden di peringkat akar umbi  yang mana di Kelantan dan Terengganu, PKR dipandang tidak wujud dan tenaga mereka diperlukan hanya sebagai macai memasang bendera pilihan raya sahaja.

Bukan Islam sinis

Sikap 'tidak berhemah' golongan agamawan inilah yang kini dipandang jelek oleh bukan Islam. Kepercayaan bukan Islam terhadap PAS semakin kritikal. Apatah lagi berhadapan dengan kempen Hudud. Mereka yang mahu percaya Hudud hanya untuk orang Islam mungkin selepas ini akan sangsi kerana sikap PAS yang sering tidak menepati janji.

Oleh sebab itu Nabi Muhammad saw menepati janji dalam Hudaibiyah biar pun merugikan orang Islam buat sementara. Apabila bukan Islam yakin orang Islam mampu memegang amanah maka sebaik sahaja kuasa Islam menakluk maka mereka tidak akan bangun memberontak dan meneruskan perang.

Namun dengan sikap PAS yang berbolak-balik tidak ramai bukan Islam yang sanggup menerima janji PAS. Natijahnya, dalam PRU 14 PAS akan kalah banyak kerusi di kawasan undi penentu adalah bukan Islam. Atau lebih baik PAS sedar diri dan menyerahkan kerusi tersebut kepada PKR sebelum kalah.

Itu pun jika mereka boleh berfikir dalam kerangka strategi tetapi jika berfikir bahawa PKR parti mentah dan tidak berguna tanpa Anwar maka bersedialah untuk kalah. Cuma, yang hebatnya, apabila kalah PAS akan berkata itu takdir Allah tanpa memeriksa kelemahan diri mereka sendiri.

BOLEH "BLAH" KATA LIDAH PENGARANG

Posted: 20 Sep 2014 09:54 PM PDT

Kalo korang panggil aku "Anwarinas" aku panggil korang "Najibrinas"
Kalau ko panggil kitorang "Geng Ketum" kitorang panggil korang "Geng Pil Kuda'
Kalo korang panggil kitorang parasit kitorang panggil korang "pengkhianat"

Ancaman jelas dan benar melalui ucapan Hadi





Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mahu menjadikan Malaysia negara Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 September, 2014.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mahu menjadikan Malaysia negara Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 September, 2014.Tahniah diucapkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas visinya yang jelas dan jujur mengenai pendirian parti Islam pimpinan beliau itu.
Ucapannya semalam sebenarnya berita baik bagi rakyat Malaysia. Sudah terserlah kini, golongan yang dikatakan puritan, atau agamawan, perlu ditolak oleh mereka yang menyangka parti ini bersifat berbilang kaum dan agama.
Ia bukan lagi begitu. Ia sebuah parti Islam yang mahu menjadikan Malaysia negara Islam, diperintah di bawah undang-undang ketat bersifat puritan dan hukuman yang mereka harap dapat menghalang jenayah dan salah laku.Pernah mereka menamakannya negara Islam berkebajikan, tetapi ia hanya samaran bagi apa yang Hadi mahukan selama ini – sebuah negara Islam.
Walaupun beliau berkata PAS tidak boleh dipergunakan oleh sesiapa pun untuk mencapai cita-cita mereka, Hadi tidak terkecuali dari memperalatkan Pakatan Rakyat (PR) bagi cita-citanya sendiri.
Itu tidak dinamakan menepati Islam, tetapi ialah satu cita-cita politik. Hadi merupakan seorang politikus yang menggunakan Islam bagi mewajarkan tindak-tanduknya dan memenuhi kepentingan beliau.
Dari ucapannya, PAS yang dipimpin Hadi berada di garisan sama yang diduduki parti itu pada 2004, ketika sikap "hardline" dan konfrontasi beliau tersungkur di tengah pentadbiran terbuka Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kemenangannya di Terenganu pada 1999 cuma seketika, lebih merupakan reaksi terhadap pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada visi jelas Hadi memperjuangkan negara Islam.
Barisan Alternatif (BA) yang disertai Keadilan, PAS dan DAP tidak bertahan lama kerana kedegilan Hadi mempertahankan pendirian negara Islamnya.
Tetapi parti golongan konservatif itu mampu bertahan dalam arus perdana kerana setelah kehilangan kuasa, ia menjadi sebahagian PR, dan tampak menerima prinsip kerjasama politik sekali lagi pada 2008.
Namun penyakit angkuh dan budaya bodoh sombong kini menjangkiti PAS di bawah Hadi. Wujud satu ancaman yang jelas dan nyata apabila Hadi rasa dia tahu apa yang terbaik untuk Malaysia.
Sehinggakan dia kini percaya dia dapat memaksa agenda puritan ke atas PR dan Malaysia keseluruhannya. Baginya, partinya dan PR perlu tunduk kepada visinya atau pergi jahanam.
Sekurang-kurangnya beliau jujur tentang itu. Begitu juga, rakyat Malaysia perlu jujur tentang apa yang mereka rasa terhadap visinya untuk Malaysia.
Mesej Malaysia terhadap Hadi dan ahli partinya ringkas: boleh belah. – 21 September, 2014.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


NASI PANGGUNG KELMARIN

Posted: 21 Sep 2014 07:36 PM PDT





W.S RENDRA
WARGA MISKIN KOTA
orang-orang miskin di jalan
yang tinggal dalam selokan
yang kalah dalam pergulatan
yang diledek oleh impian
janganlah mereka ditinggalkan

~ Orang-Orang Miskin, W.S Rendra

NASI PANGGUNG KELMARIN


Menu & kontributor untuk Dapur Jalanan minggu lepas:-
Tim Dapur Jalanan - Mee Kari Ayam
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim SHCA MSU - Appel / Roti / Air Mineral / Pakaian
Tim Usrah Kolej Islam Antarabangsa - Toileteries Pack
Qish Awek Cun - Kek Span  / Bubur Pulut Hitam
Kak Nora Reformis - Mee Goreng

GOTONG ROYONG

Para penyumbang tenaga; yang buat sibuk; yang buat ramai:-
Husin, Ajim, Fairuz, Aisyah, Yan, Padel, Brickfield Boy,Nadhiatul, Syu, Sha, Quratul & Hazman dari Kelas Kita,
Nadia, Nadia Kecik, Noreen & Shikin dari Akademi Belia
Zahier, Miss Jane, 
Jac & Awek-awek cun dari fakulti SHCA MSU
Ayu & kawan-kawan dari Kolej Islam Antarabangsa
Laila cheras & kawan-kawan, Polo UITM, Nadia PJ
Hijrah, Mus & Geng Kotak, Abid & kawan2 Buku Jalanan SA
& semua kawan-kawan yg saling tak mengenal tapi sama bantu kerja bakti di Jalan Panggung!! TERIMA KASIH!!

SETIA KAWAN

Buah Kuini di atas para
Pohon Pala di tepi perigi
Hari ini kita bertemu mesra
Ahad depan kita berjumpa lagi

MENYUMBANG TENAGA

BARANG JUALAN
Dapatkan merchandise baru Dapur Jalanan, Apron Dapur. Membeli sambil menyumbang. RM20.00 sahaja. Boleh dapatkan setiap ahad di Jalan Panggung & kroni-kroni berdekatan.

Untuk maklumat info, sila cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter @dapurjalanan & instagram dapurjalananKL. Apa-apa berkaitan dapur ada disitu

PETANG AHAD KELMARIN

Untuk yang mahu menyumbang
 boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 SPKL collective

Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbangkan boleh pukul telepon; 

ezzuandi = 0192671285 
adiKhalid = 0126648873

Solidariti untuk miskin kota

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
22 September 2014 

NOTA
ini satu kumpulan gagalis
mencuba nasib
kerana 
ramai
awek cun
datang ke dapur jalanan
selamat memasang lukah koyak
-------------

HANYA WAN AZIZAH SEORANG

Posted: 21 Sep 2014 07:08 PM PDT






Saifuddin Nasution
SHAH ALAM - PKR tidak berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal...


KOMENTAR

satu dunia dah tahu
pkr hanya hantar satu nama
persoalan  pertama timbul
kenapa satu nama?

kedua:
nama azmin tidak dimasukkan
kenapa tidak dimasukkan?

ketiga:
azmin ada kes rasuah
kenapa tidak beritahu
kepada orang ramai?

ke empat:
kenapa pkr sorokkan
kes rasuah azmin ini?

rumusan:
azmin akan jadi
sama macam khalid
diperas ugut oleh
united malays national organisation


---------

BILA LAGI NAK SEDAR

Posted: 21 Sep 2014 06:39 PM PDT




KOMENTAR

melakukan sesuatu  yang sama
berulang ulang kali
dengan harapan ianya 
akan membawa hasil berlaianan
ialah kerja orang gila

di malaysia ini 
jika pilihan raya
boleh mengubah apa apa
pilihan raya telah lama 
diharamkan


Amaran BERSIH: Demokrasi berparlimen boleh runtuh..

Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia akan "runtuh" jika parti majoriti tidak dapat memilih calonnya sendiri untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Demikian amaran pemantau pilihan raya BERSIH hari ini.

Pengerusinya Marian Chin Abdullah berkata, jika "badan tidak dipilih" memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.



KAH KAH KAH

woit
masih tak faham faham
ini dunia ke tiga
pilihan raya hanya wayang
kenapa susah sangat nak faham

KAH KAH KAH


-----------

KOMENTAR MALAYSIAN INSIDER

Posted: 21 Sep 2014 06:00 PM PDT




KOMENTAR 
malaysian insider telah membuat
satu komentar tentang hadi dan pas
inilah satu komentar yang jujur 
hadi juga jujur dan jelas
tentang cita cita dan angan angan
parti pas jika hadi terus memimpin nya

komentar asal dalam bahasa inggeris
di para akhir tertulis : good riddance

And Malaysia's message to Hadi 
and his party men should be simple: good riddance.

ini terjemahan melayunya:
malaysia ada satu berita untuk hadi
dan ahli partinya - berita
yang amat senang: selamat berambus

Ancaman jelas dan benar 

melalui ucapan Hadi

Namun penyakit angkuh dan budaya bodoh sombong kini menjangkiti PAS di bawah Hadi. Wujud satu ancaman yang jelas dan nyata apabila Hadi rasa dia tahu apa yang terbaik untuk Malaysia.
Sehinggakan dia kini percaya dia dapat memaksa agenda puritan ke atas PR dan Malaysia keseluruhannya. Baginya, partinya dan PR perlu tunduk kepada visinya atau pergi jahanam.
Sekurang-kurangnya beliau jujur tentang itu. Begitu juga, rakyat Malaysia perlu jujur tentang apa yang mereka rasa terhadap visinya untuk Malaysia.
Mesej Malaysia terhadap Hadi dan ahli partinya ringkas: boleh belah. – 21 September, 2014.

KAH KAH KAH

woit
ini suara hebat
gwa celah awal awal
gwa belah dulu

KAH KAH KAH

-----------

KENYATAAN RESMI PKR

Posted: 21 Sep 2014 07:00 AM PDT


KENYATAAN MEDIA

Sebagai menjawab beberapa dakwaan yang timbul akibat laporan-laporan media berkenaan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru, saya menegaskan bahawa KEADILAN berpegang teguh kepada keputusan parti yang telah dibuat sebelum ini termasuk seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat Biro Politik minggu lalu.

Oleh yang demikian, calon KEADILAN bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baru tidak berubah iaitu  Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN merangkap Ahli Dewan Negeri Kajang.

Sebarang berita kononnya Ketua Umum KEADILAN,  Anwar Ibrahim telah bersetuju secara lisan dengan kompromi dan pelbagai berita lain adalah tidak tepat.

Keputusan dan pendirian KEADILAN adalah atas kepercayaan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan. Makanya sebarang berita tidak wajar disebarkan untuk memberi gambaran bahawa KEADILAN berganjak dari keputusan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan ini.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
21 September 2014

-----------

PERANAN AZMIN ALI DALAM PROJEK KL SENTRAL

Posted: 21 Sep 2014 06:00 AM PDT







  • Kerajaan Selangor arah tiga Exco dapat laporan transaksi ...

    www.astroawani.com/.../kerajaan-selangor-arah-tiga-e...
    Translate this page
    Jun 22, 2014 - Laporan yang dipinta adalah berkenaan transaksi projek PJ SentralDevelopment (PJ Sentral) melibatkan anak syarikat PKNS Holdings Sdn ...
  • PKNS terus siasat Azmin dalam kes PJ Sentral - The ...

    www.themalaysianinsider.com/.../pkns-terus-siasat-az...
    Translate this page
    Mar 4, 2014 - Projek PJ Sentral melibatkan pembangunan komersil di kawasan seluas 9,854 ekar yang menempatkan Ibu Pejabat PKNS dan pada 6 ...
  • Audit dalaman PKNS gagal menyoal Azmin berhubung isu ...

    www.themalaysianinsider.com/.../audit-dalaman-pkns-...
    Translate this page
    Jun 21, 2014 - Projek PJ Sentral membabitkan pembangunan komersial di kawasan seluas 9,854 ekar yang menempatkan Ibu Pejabat PKNS.
  • Azmin disiasat berhubung projek PJ Sentral | MELANAU ...

    www.melanaublogger.com/.../azmin-disiasat-berhubu...
    Translate this page
    Siasatan dalaman, terutamanya di dalam transaksi berkaitan projek PJ SentralDevelopment (PJ Sentral) akan dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan negeri ...


  • Azmin Ali MB?

     | September 19, 2014
    Jika Azmin dilantik oleh Sultan pada 23 September ini, Azmin hanya akan menjadi MB yang paling singkat di dalam sejarah negeri Selangor. Hal ini kerana, pastinya sewaktu sidang DUN pada Oktober nanti, ahli dewan akan menyatakan undi tidak percaya terhadap Azmin dan akhirnya Azizah juga yang akan dilantik sebagai MB
    Hal ini kerana majoriti Adun di Selangor telah menandatangani akuan bersumpah (SD) dan menyatakan sokongan terhadap Azizah.
    Namun, kami percaya keputusan yang dibuat oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, adalah yang terbaik bagi rakyat Selangor.

    KAH KAH KAH
    woit
    paling pendek
    paling singkat
    kah kah kah
    bukan itu saje
    sprm akan buat pondok
    di tempat letak kereta
    di pejabat suk selangor

    KAH KAH KAH


    -----------

    DARI FACE BOOK

    Posted: 21 Sep 2014 05:00 AM PDT





    FACE BOOK



    Mengapa kita tidak serahkan sahaja pemilihan Perdana Menteri, Menteri kabinet, Menteri Besar kepada baginda Sultan dan Raja-Raja Melayu yang lebih arif dan faham akan kehendak rakyat? Bukankah ini akan lebih menjimatkan masa dan kos menjalankan pilihan raya?


    KAH KAH KAH
    good idea

    my lord but
    i tergolek dog
    kah kah kah

    ---------

    LAWAK PETANG AHAD

    Posted: 21 Sep 2014 01:08 AM PDT







    Akta Hasutan demi 

    keselamatan Cina dan 

    India, kata Ibrahim Ali 

    Akta Hasutan yang diguna pakai sejak ‎1948 itu sebenarnya bukan untuk melindungi kaum Melayu namun ia bagi keselamatan kaum Cina dan India, kata badan bukan kerajaan (NGO) Perkasa.

    ‎Ibrahim Ali berkata, pandangan  yang mendakwa  akta itu digubal untuk kepentingan kaum Melayu adalah salah sama sekali kerana golongan itu adalah majoriti.


    KAH KAH KAH

    kah kah kah
    kah kah kah 
    kah kah kah
    nothing to add my lord
    i tergolek dog ketawa

    KAH KAH KAH






    -----------

    KENAPA PKR TOLAK AZMIN

    Posted: 20 Sep 2014 10:51 PM PDT






    KOMENTAR

    ramai bertanya
    kenapa pkr 
    tidak senaraikan
    nama azmin ali?

    jawabnya :
    azmin terlibat
    dlam kes pj sentral

    apa dia kes rasuah pj sentral?
    siapa dibelakang kes ini?


    sila baca:
  • KES RASUAH PJ SENTRAL - NegaraKita.com

    www.negarakita.com/Post-1073839-KES++RASUAH...
    Translate this page
    Sep 12, 2014 - Jun 16, 2014 - Surat terbuka meminta penjelasan Azmin Ali kerana gagal ... Holdings yang mewakili PKNS dalam PJ Sentral iaitu YB ...
  • AZMIN ALI PADANG TEMBAGA - NegaraKita.com

    www.negarakita.com/Post-1075061-AZMIN+ALI+PA...
    Translate this page
    7 days ago - terlibat dalam kes projek pj sentral ... Azmin sememangnya sejak awal lagi mengimpikan untuk menjadi Menteri ... kes rasuah projek pj sentral.
  • isu pj sentral ... audit dalaman pkns gagal menyoal azmin ...

    omakkau.blogspot.com/.../isu-pj-sentral-audit-dalama...
    Translate this page
    Jun 21, 2014 - PKNS bagaimanapun membuat rayuan dalam kes tersebut, memaklumkan akan ... Projek PJ Sentral membabitkan pembangunan komersial di kawasan ..... SIASATAN ISU DAKWAAN POLITIK RASUAH YANG DI BUAT O..
  • Kenapa PKR tolak 

    Azmin Ali 


    Rasanya semua orang dah tau mengenai kes PKNS. Ianya berkaitan dengan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh PKNS terhadap Nusa Gapurna dan MRCB.

    Tuntutan tersebut dibuat berdasarkan pelanggaran perjanjian pemegang saham ke atas pegangan dalam projek PJ Sentral yang dikendalikan oleh Nusa Gapurna dan MRCB.

    Dilaporkan bahawa Projek PJ Sentral tersebut melibatkan pembangunan komersil dikawasan seluas 9,854 ekar yang bakal menempatkan Ibupejabat PKNS.

    Pada tahun 2007, PKNS telah menjual sebanyak 8.05 ekar tanah kepada Bisraya Pembinaan Sdn. Bhd bagi membiayai pembangunan Ibupejabat mereka dikawasan tersebut.

    Pemangku Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah berkata, PKNS melalui PHSB menjalinkan kerjasama dengan Nusa Gapurna dan membetuk sebuah syarikat untuk tujuan pembangunan PJ Sentral.

    Katanya, menerusi syarikat kerjasama itu, PHSB telah diwakili oleh Azmin dan Datin Paduka Norazlina Zakaria yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah sejak tahun 2011 hingga 2012.

    Maka, atas dasar itulah mereka kini sedang berusaha untuk mendapatkan dokumen berkenaan dari kedua - duanya untuk menjalankan siasatan secara terperinci.

    Arahan bagi siasatan tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Audit Dalaman PKNS terutama berhubung transaksi berkaitan dengan Projek PJ Sentral Development.
     "Kami memerlukan maklumat ini antara lainnya untuk mengukuhkan kes rayuan PKNS di Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.


    "PKNS juga akan memfailkan injunksi untuk menghentikan Nusa Gapurna Development Sdn Bhd daripada melengkapkan transaksi jualan saham PJ Sentral kepada Malaysian Resources Corp Sdn Bhd (MRCB) sementara menunggu rayuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
    Kemungkinan besar, kes ini la yang menjadi penyebab utama kenapa Si Azmin tu telah digugurkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS sehingga mencetuskan konflik dengan Si Khalid Ibrahim tu.

    Maka adalah sewajarnya bagi pihak PKNS untuk mendedahkan hasil siasatan Jabatan Audit Dalaman tu kepada umum supaya rakyat tahu mengenainya. Itu pun kalau diorang betul - betul mengamalkan pentadbiran yang telus. Jangan setakat pandai bercakap je!!!

    DARI LAMAN: http://pingbusuk.org/v/585826/panas-pkns-dedahkan-azmin-tangan-ghaib-pj-sentral.html



    i rest my case

    my lord 

    kah kah kah

    --------

    AZMIN TELIBAT KES PJ SENTRAL

    Posted: 20 Sep 2014 08:54 PM PDT






  • Audit dalaman PKNS gagal menyoal Azmin berhubung isu ...

    www.themalaysianinsider.com/.../audit-dalaman-pkns-...
    Translate this page
    Audit dalaman PKNS gagal menyoal Azmin berhubung isu PJ Sentral. OLEH MOHD FARHAN DARWIS. Published: 21 June 2014. Ahli Parlimen Gombak ...
  • PKNS terus siasat Azmin dalam kes PJ Sentral - The ...

    www.themalaysianinsider.com/.../pkns-terus-siasat-az...
    Translate this page
    PKNS terus siasat Azmin dalam kes PJ Sentral. OLEH HASBULLAH AWANG CHIK. Published: 4 March 2014. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ...
  • Azmin disiasat berhubung projek PJ Sentral | MELANAU ...

    www.melanaublogger.com/.../azmin-disiasat-berhubu...
    Translate this page
    Siasatan dalaman, terutamanya di dalam transaksi berkaitan projek PJ SentralDevelopment (PJ Sentral) akan dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan negeri ...
  • Surat terbuka meminta penjelasan Azmin Ali kerana gagal ...

    www.malaysia-today.net/surat-terbuka-meminta-penje...
    Translate this page
    Jun 16, 2014 - Projek PJ Sentral melibatkan pembangunan komersil di kawasan seluas ... PHSB telah diwakili oleh YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka ...

  • 'Azmin tidak layak jadi MB Selangor'
    SHAH ALAM - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Jingga 13' berpendapat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak wajar dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berikutan tidak mendapat kepercayaan dan mandat daripada parti berkenaan.

    Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, kemelut jawatan tertinggi dalam pentadbiran negeri Selangor itu akan berpanjangan sekiranya mana-mana calon selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik untuk mengisi jawatan tersebut.  

    "Jingga 13 tetap berpendirian menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu kerana (beliau) telah pun memenuhi segala syarat yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor termasuk mendapat sokongan majoriti 30 Adun Selangor," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


    KAH KAH KAH

    woit faris musa
    woit jingga 13
    cakaplah terang terang
    cakaplah jelas jelas
    apa berlapik lapik
    azmin tak dapat sokongan pkr
    kerana dia rasuah
    kes pj sentral

    KAH KAH KAH


    -----------

    PELIK TETAPI BENAR

    Posted: 20 Sep 2014 08:08 PM PDT






    KAH KAH KAH

    pelik tetapi benar
    pada tahun 1971
    arwah mujibur rahman
    seorang bangla
    juga dikatakan 
    politikus romantis
    politikus  penuh impian

    I REST MY CASE

    MY LORD



    ------------

    HAKIM BOLEH DIBELI

    Posted: 20 Sep 2014 07:58 PM PDT






    KOMENTAR

    dalam negara yang maju
    negara yang bertamadun
    tujuan kerajaan utama
    ialah memperkasa warga
    bukan menakut-nakutkan
    orang ramai


    INI BUKTI BAHAWA
    ADA HAKIM DI MALAYSIA
    BOLEH DI BELI


    'Jatuh hukuman penjara dulu bagi hasutan'

    Radzi Razak | 7:33PM Sep 20
    dikemaskini Mohd Noor gesa para hakim yang mendengar kes tersebut bertindak jauh lebih tegas.

    Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah menggesa para hakim yang mendengar kes bawah Akta Hasutan bertindak lebih tegas dalam menjatuhkan hukuman.

    Menurut beliau ketegasan diperlukan bagi membuat rakyat takut dan gerun untuk membuat kesalahan khususnya dalam kes melibatkan hubungan kaum dan hasutan
    .

    KAH KAH KAH


    woit 
    malaon cibai ini
    bukan menghasut ke?

    inilah contoh menghasut 
    contoh terbaik
    kah kah kah

    I REST MY CASE

    MY LORD


    -----------

    DARI JAYA BEE - KAH KAH KAH

    Posted: 20 Sep 2014 07:47 PM PDT





    KAH KAH KAH
    lawak berdiri
    cerita malam jumaat
     berjaya
    bentuk seni baru ini
    semakin popular
    gambar kenangan
    satelah berjaya menyerang johor

    KAH KAH KAH


    GAGAL 
    tukar tiub
    gagal dapatkan kerusi
    untuk minum pagi
    di kluang station
    cilaka orang singapura
    lepas subuh mereka datang
    kah kah kah

    -----------