Selasa, 16 September 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TERKINI DARI HIMPUNAN

Posted: 16 Sep 2014 06:09 PM PDT

Asalnya hanya percubaan membatalkan keputusan Ketua Pemuda PAS Pusat 2013 yang memenangkan Syuhaizan Kayat.
Tapi diorang tak sedar, bukan setakat pemilihan Syuhaizan tapi keseluruhan Muktamar PAS Pusat 2013 boleh dianggap sebagai batal dan tidak sah.
Sekaligus PAS akan diharamkan sama sekali oleh ROS.
Ni namanya marahkan nyamuk kelambu habis dibakar.
Petanda betapa tidak cerdiknya Pemuda PAS ni. Patutlah ramai yang sokong Presiden dan Majlis Syura Ulama walaupun terbukti Presiden khianat dan menipu.
Yang halal dan haram dah tak dapat dibezakan lagi dah.

maklumat Tulang Besi

TERKINI : Puak Presiden huru-harakan PAS?

Posted: 16 Sep 2014 05:50 PM PDT

OLEH: Airulmukminin

Tindakan kira-kira 50 perwakilan Dewan Pemuda PAS yang bermuktamar di Johor meninggalkan majlis ketika Timbalan Presiden PAS Muhamad Sabu berucap dilihat sebagai percubaan untuk menghuru-harakan parti itu.

















Walaupun mereka tidak mahu memberi komen apabila diminta pengesahan oleh wartawan namun vest yang dipakai bertulis 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak' merujuk mereka adalah penyokong puak Presiden Hadi Awang.

Sebelum ini, Hadi dan Mat Sabu bersengketa di belakang tabir lewat krisis kepimpinan Selangor. Mat Sabu menyokong Pakatan Rakyat dan menolak bertahaluf siyasi dengan Khalid Ibrahim tetapi Hadi berkeras untuk bertahaluf secara peribadi dengan Khalid biar pun terpaksa membentuk kerajaan campuran bersama Umno di Selangor.

Hadi move vs kajang move

Puak yang dipercayai berasal dari pemuda PAS Pahang itu juga mungkin penyokong Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini mengeluarkan arahan ahli PAS jangan menyertai NGO pro Pakatan, PasMa.

Sehingga kini PAS Terengganu dan Kuala Lumpur telah mengeluarkan arahan haram menyertai PasMa. Namun kebanyakan ahli PAS tidak pun walak kepada arahan yang langsung tiada nilai-nilai demokrasi itu.

Huru-hara yang berlaku dalam PAS kali ini berkait langsung dengan Hadi Move yang mensabotaj Kajang Move dikepalai Anwar Ibrahim. Hadi menentang Mat Sabu. Bagaimanapun, separuh daripada ahli PAS adalah golongan non ulama dan mengiktiraf peranan Mat Sabu berjuang di jalan raya.

Mereka memuji Mat Sabu kerana mampu mengumpulkan massa dalam siri demonstrasi besar yang menggerunkan Umno BN. Pemansuhan akta ISA, OSA dan terencatnya usaha berleluasa kerajaan BN merompak kekayaan negara adalah usaha Mat Sabu.

Rakyat tidak nampak jasa besar Hadi melawan BN secara langsung. Hadi telah bersama PAS sejak 1970an tetapi parti itu kekal kecil dan tidak dikenali sehinggalah Mat Sabu menggerakkan tunjuk perasaan massa bersama puak Reformasi.

Sahabat terdekat Hadi boleh mengesahkan tuan guru itu melarang menyertai gelombang Reformasi 1998. Kumpulan ulama pula menentang tahaluf siyasi bersama gerakan reformasi dan DAP pada muktamar PAS 1999. Mujurlah presiden PAS ketika itu Fadzil Noor – abang angkat Anwar Ibrahim – amat  faham keperluan PAS mengambil kesempatan gelombang kebangkitan rakyat.

Sekiranya PAS dipimpin Hadi maka sikap bermusuhnya dengan Anwar sejak pemimpin itu meninggalkan Abim dan menyertai Umno pada 1982 akan menyebabkan PAS kekal bertanding seorang diri dalam pilihan raya umum 1999 dan tidak mungkin mendapat Terengganu.

Sesungguhnya jasa Mat Sabu kepada PAS besar dan tidak layak untuk dipulaukan oleh perwakilan Pemuda yang walak kepada Hadi. Biar pun walak tetapi mestilah berfikiran waras. PAS bukan syiah yang walak membabi buta kepada Ayatollah. PAS sesuai dengan pemikiran ahli sunnah wal jamaah yang sederhana dan perlu bersikap terbuka.

Empat imam mazhab ahli sunnah memberitahu umat Islam bahawa fatwa atau ijtihad mereka berkenaan hukum hakam terbatal sekiranya terbukti wujud pendapat yang lebih baik. Hadi tidak pun bertaraf ulama mazhab, pasti ada kelemahan dan kekurangan. Tidak adil menghukum Mat Sabu dan menyucikan Hadi semata-mata kerana Mat Sabu ingin PAS kekal dalam Pakatan.

Khalid Ibrahim tak walak

Hadi Move sejak awal-awal lagi telah sumbang kerana terlalu membela kepentingan segelintir ulama yang berkepentingan di Selangor dan Khalid Ibrahim yang tidak telus dalam perjanjian air bersama kerajaan persekutuan serta engkar arahan parti.

Untuk pemuda PAS yang ekstrem menyokong Hadi, ditanyakan satu soalan: Bolehkah diterima sekiranya PAS melantik MB, kemudian MB itu tidak walak kepada arahan Hadi?

Khalid Ibrahim tidak melaksanakan arahan ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan presiden Dr Wan Azizah. Beliau tidak walak. Tetapi Hadi menganggap Khalid manusia suci. Bermakna Hadi menyokong keengkaran kepada arahan ketua. Pemuda PAS yang walak seratus -peratus kepada Hadi tidak pula bertanya kepada tuan guru itu apakah hukuman Khalid yang tidak taat kepada arahan Anwar dan Azizah sebelum mereka menentang mana-mana pemimpin PAS yang tidak walak kepada Hadi.

Precedence (duluan) yang dilakukan Hadi menyokong Khalid yang tidak walak kepada ketua itu sebenarnya telah melepaskan dua Adun PAS yang menyokong wan Azizah, Saari Sungip dan Hasanudin pada 6 Ogos lalu.

Oleh itu, pemuda PAS tidak perlu membuat langkah terburu-buru memulaukan pemimpin PAS yang pro Pakatan. Presiden yang mereka agungkan pun bukanlah guru terbaik mengajarkan konsep patuh kepada ketua.

Hadi beberapa kali berkata jangan samakan PAS dengan parti-parti lain. Mungkin beliau merujuk kepada apa yang dilakukannya. Dalam parti lain, sekiranya presiden mendahulukan kepentingan peribadi atau beberapa kerat rakan tertentu maka beliau akan didesak berundur. Tetapi tidak dalam PAS. Majlis syura mengarahkan walak kepada presiden dan memberinya kuasa veto.

Pemuda perlu bersikap terbuka seperti dalam parti-parti moden yang lain. Tanpa keterbukaan separuh ahli bawahan akan meninggalkan PAS. Kelompok profesional tidak akan bergabung dengan parti yang tidak mengikut undang-undang dan perlembagaannya sendiri.

Ada ketikanya presiden perlu ditegur dan jangan memusuhi puak yang menegur presiden. Jika tidak PAS akan menjadi parti kecil dan kembali terperap di ceruk rantau pantai timur. 

VIDEO MACAI HADI KELUAR DEWAN

Posted: 16 Sep 2014 03:22 PM PDT

TERKINI

Posted: 16 Sep 2014 08:08 AM PDT

Dalam Muktamar Pemuda sekarang ini sedang diusahsakan Minit Mesyuarat Agung tahun lepas tidak sah, sekaligus muktamar tahun lepas tidak sah.
Tujuan semata-mata untuk membatalkan keputusan pemilihan tahun lepas.
Sedang diusahakan supaya diadakan pemilihan semula supaya calon mereka dimenangkan dan Shuhaizan Kayat disingkir
Puak UG ni tak sedar yang bangkangan mereka ini boleh menyebabkan keseluruhan PAS diharamkan oleh ROS.
Ni panggil dia bodoh sombong

PETIKAN LAMA: KERANA HADI PAS BERANTAKAN

Posted: 16 Sep 2014 08:08 AM PDT



19 April 2009

Cadangan Penubuhan Kerajaan Perpaduan Terhenti?


Marang – Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau menarik balik cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan (unity government) yang beliau tawarkan kepada rakyat Malaysia beberapa bulan sebelum ini.

Beliau berkata ia kerana masih ramai yang tidak faham tentang konsep kerajaan perpaduan yang cuba diketengahkan oleh beliau.

"Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,

"(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik."katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.

Katanya didalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada kerajaan perpaduan, kerajaan campuran, kerajaan 'fron-national' sebagaimana kerajaan Barisan nasional di Malaysia.

"Di Malaysia adalah kerajaan 'front-national' yang ada pembangkang, manakala kerajaan campuran ialah kerajaan yang (bercampur) antara satu parti (dengan parti),

"diajak parti lain untuk memerintah dengan syarat2 yang dibuat biasanya terikat dengan syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan yang dibuat,"jelasnya.
Katanya kerajaan perpaduan adalah satu konsep yang berbeza kerana ia bukan berbentuk 'front-national' dan bukan dalam bentuk kerajaan campuran.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang melibatkan semua parti politik duduk dalam kerajaan tanpa 'pembangkang'.

"semua parti ada syakhsiah ada identiti (dan) ada kepribadian sendiri, dan berhak untuk membangkang,

"dimana kerajaan perpaduan ini membolehkan orang dalam UMNO sendiri membangkang kerajaan, membangkang partinya sendiri," katanya yang menambah, kerajaan perpaduan akan memecahkan tradisi yang dibuat oleh UMNO.

Orang UMNO pada hari ini, katanya, tidak boleh membangkang partinya sendiri dan sekiranya seseorang membangkang, mereka boleh dipecat.
Katanya dalam masa yang sama perubahan mesti berlaku dalam kerajaan perpaduan yang memberikan keadilan kepada semua rakyat.

"Mestilah berlaku perubahan yang adil untuk semua rakyat termasuklah Sutruhanjaya Pilihanraya, badan kehakiman dan pentadbiran negara, konsepnya mesti berubah bukan apa yang ada pada hari ini,

"sebagai contoh apa yang ada di Indonesia, kerajaan perpaduan di sana berlaku pemisahan kuasa diantara badan PEMILU (SPR) dengan badan politik,

"pemisahan kuasa dalam badan kehakiman sehingga badan kehakiman Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah,"terangnya lagi.
Katanya kerajaan perpaduan juga boleh menyeret Perdana Menteri dan menteri-menteri ke mahkamah sebagaimana yang berlaku di Israel, sebagai contoh Perdana Menteri Israel boleh disiasat dan dibawa kmahkamah.
Katanya dalam Pilihanraya di Indonesia adalah pilihanraya yang berubah dimana bukan hanya kerajaan yang memerintah mempunyai hak menggunakan kemudahan TV untuk berkempen, bahkan semua parti politik boleh menggunakannya dan rakyat mempunyai kebebasan.

Menurutnya cadangan beliau menubuhkan kerajaan perpaduan kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah mendapat persetujuan daripada komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

"Mereka bersetuju, DAP menyertai beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana orang UMNO sendiri takut untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, mungkin mereka takut kerana ada orang yang akan dibicarakan dimahkamah,

Oleh itu, katanya, beliau menarik balik cadangan beliau berkaitan penubuhan kerajaan perpaduan, namun beliau yakin pada suatu hari nanti, masyarakat akan merima cadangannya.

Apabila ditanya, samada isu kerajaan perpaduan akan menjadi perbahasan hangat dalam Muktamar PAS akan datang, beliau berkata, ia terpulang kepada kefahaman ahli-ahli PAS dan ia akan menjadi kayu pengukur sejauh mana kefahaman ahli tentang kerajaan perpaduan.
"Sekiranya kita tidak faham lebih baik jangan bercakap kerana orang akan nampak kejahilan kita,"katanya.

Dengar Radio Buletinonline Tentang Unity Government

JUMLAH PEMILIKAN SAHAM MENANTU HJ HADI???

Posted: 16 Sep 2014 04:27 AM PDT


Pemilikan saham oleh menantu  Haji Hadi Di Kumpulan Peransang???

Tulang Besi check harga saham
Kumpulan Perangsang ni RM1.80 seunit.
ESOS ni harga RM1 seunit.
Ertinya Din Ayam boleh buat untung atas angin 500k x 0.80 = RM400,000






Marah sangat Wan Azizah dijadikan calon untuk MB kerana kroni katanya, abis yang di bawah ni apa? Kroni atasan PAS peringkat tertinggi? Kemudian suruh para ahli sekalian WALA dan taat jangan berbelah bagi? 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Raja Petra Kamaruddin, di Manchester, UK.

Carta Organisasi Kumpulan Peransang Selangor Berhad. Abang kepada Raja Petra Kamaruddin, Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin adalah Pengerusi lembaga Pengarah Kump. Perangsang Selngor Berhad. Zaharuddin Mohammad (menantu Hj Abdul Hadi adalah Ketua Jabatan Agama syarikat berkenaan.



Zaharuddin Muhammad (menantu Hj Abd Hadi)

Tak hairan mengapa bertungkus-lumus pertahan TSKI sebagai MB. Geng pro-Ulamak pula yang bertungkus-lumus menyokong dan mengusung di atas istilah WALA dapat apa? Jauh sekali yang menentang!

Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa: 

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Hadi rumitkan lagi krisis MB Selangor, kata peguam PAS

Posted: 15 Sep 2014 09:14 PM PDT

Hadi rumitkan lagi krisis MB Selangor, kata peguam PAS

Zulhazmi Shariff berucap semasa program Kemelut MB Selangor di Anjung Amjal berdekatan Universiti Malaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 16 September, 2014. Zulhazmi Shariff berucap semasa program Kemelut MB Selangor di Anjung Amjal berdekatan Universiti Malaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 16 September, 2014.Pentas kedua forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) semakin terbuka dan lantang mengkritik tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor, sekaligus menyebabkan krisis menjadi bertambah rumit.
Ahli panel, bekas Exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff secara berterus terang menuding jari kepada kegagalan Hadi berfungsi sebagai presiden parti sehingga menyebabkan pemimpin PAS kini bertelagah sesama sendiri.
Merujuk kepada peranan presiden dalam Perlembagaan PAS, Zulhazmi yang merupakan seorang peguam berkata Hadi sepatutnya bertindak menjamin perpaduan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, sebaliknya membuat keputusan secara peribadi di luar mesyuarat.
"Ini adalah kegagalan presiden. Kalau beliau seorang ketua yang betul beliau patut jaga AJK PAS Pusat supaya apa-apa jua langkah perlu diambil bagi menjamin perpaduan AJK PAS Pusat, tetapi adakah AJK PAS Pusat bersatu sekarang?
"Bila ini berlaku, presiden perlu panggil AJK buat 'regroup', tetapi presiden tidak buat keputusan dalam mesyuarat, ini masalahnya," katanya dalam forum "Kemelut MB Selangor: Mampukah Pakatan Rakyat (PR) Bertahan?" di Kuala Lumpur malam tadi.
Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) itu berkata, masalah ini boleh selesai jika Hadi menarik balik surat pencalonan yang dihantarnya kepada istana dan tidak memberi pilihan kepada Sultan Selangor selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau mendakwa, masalah kelewatan peralihan kuasa menteri besar baru adalah daripada 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dan bukannya berpunca daripada Sultan.
Beliau menyalahkan 13 Adun PAS Selangor yang sehingga sekarang tidak menyatakan persetujuan dengan 28 Adun PR lain menyokong Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.
"Istana jadi begitu sebab PAS. Kalau PAS tidak buat begitu istana tidak akan kacau bilau," katanya sambil menyindir beberapa petikan ucapan Hadi di Marang 6 September lalu.
Katanya, daripada terus menjadi batu penghalang kepada Dr Wan Aziah, PAS yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan istana perlu memainkan peranan menasihati Sultan Selangor menerima Adun Kajang itu yang sudah mempunyai sokongan majoriti.
"Jika tidak mahu peningkan kepala Tuanku, kenapa PAS tidak ambil pendekatan menghadap Tuanku jelaskan majoriti Dr Wan Azizah? Ini lebih baik.
"Kita hendak ajak perdamaian. Bukan konsep PAS pecah belahkan orang," katanya.
Beliau berkata, Hadi tidak wala' (patuh) kepada parti apabila menggunakan kedudukannya sebagai presiden membuat keputusan sendiri dan menepis ahli Parlimen Marang itu mempunyai kuasa veto tanpa melalui keputusan mesyuarat.
Beliau turut membidas arahan pemimpin tertinggi parti yang melarang ahli PAS menyertai forum PasMa kerana entiti itu hanya satu badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan parti alternatif kepada PAS.
Katanya, tindakan itu sama seperti menghalang PAS bekerjasama dengan NGO lain seperti Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) seperti yang dibenarkan dalam perlembagaan parti. – 16 September, 2014.

dollah yankee

dollah yankee


Pembetulan

Posted: 16 Sep 2014 04:30 PM PDT

TUESDAY, 16 SEPTEMBER 2014
Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar dewan tersebut ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya. Mereka memakai jaket  bertulis 'kami bersama Presiden dan Majlis Syura. Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.
dollah yankee -
Ini lah Mat Sabu.. tikam lah dari arah mana pun, hatta dari belakang juga..namun dia tetap 'steady' ! 

Mana lagi 42 orang? KahKahKahKah..

Posted: 16 Sep 2014 12:00 AM PDT

Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Shatar (kiri) bersama beberapa ahli Pas mengadakan demonstrasi membantah penubuhan Pasma di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar Pulau, Pinang, semalam.

TASEK GELUGOR 15 Sept. - Sekumpulan kira-kira 50 individu yang mendakwa sebagai ahli Pas dari negeri ini berhimpun di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar di sini, bagi membantah sikap segelintir pemimpin parti itu yang disifatkan sebagai tali barut dengan lebih memihak kepada individu di luar parti berkenaan.


Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Politik/20140916/po_01/Pasma-Ahli-diminta-berhati-hati-pemimpin-bertopengkan-Pas#ixzz3DRos7e6Q
© Utusan Melayu (M) Bhd 


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..
agak-agak laa... kalau nak tembak pun...

Kurang Ajar Punya Melayu

Posted: 15 Sep 2014 09:30 PM PDT








dollah yankee -
Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan akan binasa ...

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MH17 PROJEK MENGOLAH PERSETUJUAN

Posted: 16 Sep 2014 07:08 PM PDT




MH17  

SEMAKIN 

JELAS

di bawah ialah klip
temu buat dengan pegawai
OSCE:
organization for security and co-operation in europe

        



RADIO BANGSAR MALAM INI

Posted: 16 Sep 2014 06:38 PM PDT





BERSAMA PENGERAK ACARA

KOPI DARAT SENORITA 

"PEREMPUAN.KATA.ESKAPISME"

SECARA LANGSUNG JAM 9.15 MALAM 

BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS




---------

NAK KE LAUT PUN KENA BINCANG

Posted: 16 Sep 2014 06:15 PM PDT









Hadi tidak perlu rujuk PAS Pusat untuk buat keputusan, kata AJK



17 Sep — Presiden PAS  Abdul Hadi Awang boleh membuat keputusan tanpa merujuk Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, kata Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan.
 Nasrudin yang juga AJK PAS Pusat itu berkata, hak itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan yang…


KAH KAH KAH

woit
macam ni ke
asal usul nabi
atau
ini asal usul ditaktor
kah kah kah

nak tangkap ikan pun
kena bincang sebelum ke laut
inikan pula nak perentah negara

nak entot pun kena tanya dulu
mana boleh lutu lutu
itu rogol namanya

KAH KAH KAH

-----------

HAPUSKAN AKTA HASUTAN

Posted: 16 Sep 2014 07:30 AM PDT





GHAH



SAH MULA MUAK

Posted: 16 Sep 2014 06:00 AM PDT






PAS mungkin hilang Kelantan jika gagal urus masalah dalaman, kata Ketua Pemuda

16 Sep — Pemuda PAS melahirkan kekhuatiran parti Islam itu bakal kehilangan Kelantan seperti mereka kehilangan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sekiranya sekiranya masalah dalaman parti Islam itu tidak diuruskan dengan baik dan berhati-hati. Ketua…


KAH KAH KAH

di fahamkan
warga kelantan
yang tinggal di kelantan
dah muak dengan pas
tapi pas terus menang
kerana sokongan
warga kelantan yang duduk
diluar kelantan
datang dari luar
nak sucikan diri

KAH KAH KAH


-------------

BERITA HARI MALAPETAKA

Posted: 16 Sep 2014 01:12 AM PDT






BERITA

16 SEPTEMBER



GAMBAR KENANGAN

anak lelaki iskandar kutty
bergambar bersama-sama ...?

sila teka

1- bersama pelakon  filem pak kendut 

2 - bersama kumpulan pakaian beragam

3 - bersama pejuang masa depan melayu  

NOTA
pak kedut sebuah filem 
komidi surreal 
keluaran eeediotic production
akan
ke panggung akhir tahun ini 

KAH KAH KAH
-------------

LAWAK BERDIRI DI JOHOR BARU

Posted: 16 Sep 2014 12:08 AM PDT







KAH KAH KAH

tukar tiub buat
kah kah kah
di johor baru
kah kah kah



------------

APA RAHSIA ITU?

Posted: 15 Sep 2014 11:18 PM PDT








Hadi dedah rahsia PAS

TUMPAT: Presiden PAS, Hadi Awang memberitahu, PAS berjaya memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun kerana pandai berjimat cermat dalam perbelanjaan.
"Itulah rahsia pimpinan PAS di Kelantan yang menurutnya tidak berani menyalahgunakan wang kerana bimbangkan dosa dan pahala." kata beliau.
"Pemimpin PAS tidak terlibat dengan rasuah, tidak terlibat dengan salah laku dan tidak terlibat dengan macam-macam lagi," katanya dalam ceramah di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini lewat malam tadi.

KAH KAH KAH
  • Mesra.net Forum > Isu Lojing Di Kelantan

    www.mesra.net › ... › Current Issues › Tempatan
    Translate this page
    Apr 3, 2007 - Kenapa Devamany MP Tapah Begitu Marah Isu Lojing? ... Mereka mengambil kesempatan mengeluarkan hasil balak dan mengalibabakan ...
  • Gondol Lojing dengan 'Meresap Kayu Balak'

    perantaukite.blogspot.com/.../gondol-lojing-dengan-m...
    Translate this page
    May 29, 2007 - Gondol Lojing dengan 'Meresap Kayu Balak'. Walaupun Isu Lojingsudah lenyap, hari ini penulis berpeluang melayari Google Erth , selepas ...
  • Tiada syarikat Singapura ambil balak di Lojing - Arkib - mStar

    www.mstar.com.my/artikel/?...balak...Lojing
    Translate this page
    Tiada syarikat Singapura ambil balak di Lojing. Diterbitkan: Khamis 24 Mei, 2007. KOTA BARU: Kerajaan Kelantan menafikan penglibatan syarikat dari ...
  • ||Siapa Nak Jawab?||: Lojing - Husam belum jumpa jalan baru!

    siapanakjawab.blogspot.com/.../lojing-husam-belum-j...
    Translate this page
    Apr 3, 2007 - Isu penebangan balak di Lojing bukanlah sesuatu yang menggusarkan Husam atau kerajaan Kelantan, kerana isu balak ini berlaku di ...
  • Kelantan lulus 2,200 hektar hutan untuk balak - Utusan Online

    www.utusan.com.my/.../info.asp?y...dt...
    Translate this page
    Oct 21, 2009 - Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) berkata, tiga kawasan iaitu Tanah Tinggi Lojing, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua ...
  • I REST MY CASE

    MI LORD

    kah kah kah
    ---------

    PROGRAM COOL DI KLUANG

    Posted: 15 Sep 2014 09:00 PM PDT





    UNTUK 
    ANAK MUDA KLUANG


    Aktivisme @ Daerah Tanpa Tie #2

    - Klinik membuat 'ZINE' oleh Buku Jalanan
     Sembang-sembang dengan aktivis Dapur Jalanan Kuala Lumpur

    Dapatkan merchandise menarik (DVD, t-shirt, majalah, badge, sticker dan lain-lain)

    Daerah Tanpa Tie #2 disiarkan LIVE di www.radiobangsarutama.com

    Jom turun ramai-ramai ke Daerah Tanpa Tie #2 !!

    MASUK TAK KENA TIKET 

    Jumaat - 19 September 2014 - jam 2.00 petang hingga 12.00 malam - Jalan Dato' Captain Ahmad, Kluang (sebelah Arked Mara)

    Stand Up Comedy - Talk Show - KOMAS - Band Performance - Buku Jalanan - Fotografi - Dapur Jalanan - Klinik Baju - Film Screening - Car Boot Sale - Baca Puisi - Bundle - Buskers - Street Food Stall

    Busking, baca puisi & Live Band @ Daerah Tanpa Tie #2

    Nik Jidan - Amni Jagat  -  The Gale & The Pirates ll 

    Jom turun ramai-ramai ke Daerah Tanpa Tie #2

    Daerah Tanpa Tie #2 disiarkan LIVE di www.radiobangsarutama.com

    Jumaat - 19 September 2014 - jam 2.00 petang hingga 12.00 malam - Jalan Dato' Captain Ahmad, Kluang (sebelah Arked Mara)


    ----------

    TERUS SOKONG MUHYIDDIN

    Posted: 15 Sep 2014 08:30 PM PDT






    Muhyiddin sepatutnya letak jawatan
    PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menyatakan, Muhyiddin Yassin wajar meletak jawatan sebagai Menteri Pelajaran.
    Menurut Zuraida dalam satu kenyataan media di laman Facebook PKR, Muhyiddin perlu bertanggungjawab atas insiden soalan 'bocor' kertas peperiksaan UPSR itu.
    Ini kerana insiden itu terjadi sewaktu tempoh bertugas Muhyiddin.


    KAH KAH KAH

    woit
    mana boleh
    mana lojik
    tak setuju
    kalau malikul letak jawatan
    sapa yang urus negara
    sapa nak jaga melayu
    sapa nak jaga syed mokhtar
    mat mongol dah kena bomoh
    bukan bomoh siam
    kena bomon india

    KAH KAH KAH

    ----------