WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- CHEGUBARD SERANG AZMIN, DAKWA PUNCA KEMELUT MB SELANGOR BERPANJANGAN
- PasMa setuju dengan Juham, Hadi tiada kuasa veto
- Nakhaie tinggalkan Umno, puak UG gantikan beliau?
- GAMBAR BERBICARA-IHSANALHUSSEYN
- GAMBAR BERBICARA-IHSAN ALHUSSEYN
- RAKYAT PERLU TAHU KANDUNGAN PERJANJIAN PENSTRUKTURAN AIR
CHEGUBARD SERANG AZMIN, DAKWA PUNCA KEMELUT MB SELANGOR BERPANJANGAN Posted: 12 Sep 2014 08:31 PM PDT September 11, 2014 malaysia today BEKAS Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar kecil) 'melobi' jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru. (Berita Harian) – Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali 'melobi' jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru dan PKR tidak dihormati rakan sekutunya. Dalam penulisan di blog dan Facebooknya hari ini, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut menyifatkan tindakan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keahliannya oleh PKR. "Lobi Azmin yang nak jadi MB akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan Istana, malah sahabat sendiri," katanya. Beliau berkata, situasi ini berlaku disebabkan tindakan pemimpin kanan PKR itu yang kononnya menyokong satu nama dipersembahkan kepada Istana, namun pada masa sama menghantar 'pasukan' untuk melobi dirinya. "Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui pelbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia. "Ini antara punca meretakkan lagi hubungan Pakatan Rakyat. Dia bercakap kepada media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong (Presiden PKR, Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) tetapi di belakang ia terus melobi termasuk ke Istana," katanya. Menyifatkan PKR kini ibarat telur di hujung tanduk, Badrul Hisham turut mencabar Azmin menyembah surat kepada Istana Selangor menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid. "Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat kepada Istana dan nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar, menghormati kebijaksanaan baginda Sultan agar menolak sebarang khabar angin bahawa PKR itu tidak 'solid' dengan keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi. "Jangan hanya kata di media tetapi hantar 'signal' berbeza kepada Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu jadi pelan B," katanya. |
PasMa setuju dengan Juham, Hadi tiada kuasa veto Posted: 12 Sep 2014 08:27 PM PDT |
Nakhaie tinggalkan Umno, puak UG gantikan beliau? Posted: 12 Sep 2014 08:26 PM PDT |
GAMBAR BERBICARA-IHSANALHUSSEYN Posted: 12 Sep 2014 08:26 AM PDT Baru dapat satu gelaran dah marah bagai....Depa gelar Mat Sabu macam-macam - Ayam Sabung, Ayam Daging..Kominis, Syiah, Islam Liberal...macam-macam lagi.... Cuma satu saja depa tak berani nak kata - Mat Sabu Faqeh! |
GAMBAR BERBICARA-IHSAN ALHUSSEYN Posted: 12 Sep 2014 08:20 AM PDT Mursyidul Am PAS, Nik Aziz cukup marah bila ada ura-ura kalangan PAS mahu buat Kerajaan Perpaduan dgn Umno. Beliau melabelkan geng ini sebagai Boneka Umno dan dianggap sampah yang perlu dibuang.Walaupun boneka-boneka ini tidak mahu mengaku, namun gerak kerja mereka amat jelas ke arah itu. Dulu kita bersangka baik saje bila tengok gambo yang Khalid sengaja paparkan kat facebooknya tu...tapi sekarang barulah kita sedari lahirnya sebuah komplot jijik yang dijangka akan membawa Selangor ke PRN ....tengoklah keputusan istana esok; akan terbukti benar jangkaan ini. insya'Allah Salahkah Khalid Samad memberi respon kepada kenyataan macam Mat Yaakob ni? Ramai Pemimpin-pemimpin PAS yang gatal mulut cakap macam Mat Yaakob. Bila orang tibai balik, marah pula? |
RAKYAT PERLU TAHU KANDUNGAN PERJANJIAN PENSTRUKTURAN AIR Posted: 12 Sep 2014 05:31 AM PDT MESTI ADA SESUATU YANG BERLAKU.KENAPA MELEBIHI DARI YANG TELAH DIPERSETUJUI? SIAPA YANG CUBA PAW ? WAYANG KA APA? Saya sedia maklum bahawa Kerajaan Selangor telah menandatangani Perjanjian Utama (Master Agreement) penstrukturan air di antara agensi Kerajaan Persekutuan dan tiga pemegang konsesi iaitu Puncak Niaga, Syabas dan Abass. Perjanjian itu tidak melibatkan satu lagi pemegang konsesi iaitu Splash. Sejak dari awal, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak memaklumkan sebarang isi kandungan rundingan atau perjanjian yang dirundingkan kepada saya walaupun saya diberi mandat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk meneliti isi kandungan rundingan atau perjanjian, selain dari Saudara Tony Pua (mewakili DAP) dan Saudara Dzulkifly Ahmad (mewakili PAS). Malah, arahan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut sama dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Saudara Lim Kit Siang (pada mesyuaray 6 Mac 2014) secara jelas memutuskan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh memeterai sebarang perjanjian tanpa persetujuan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh kami (saya, Saudara Tony Pua dan Saudara Dzulkifly Ahmad) bertiga. Arahan itu telah diengkari berkali-kali. Oleh sebab itu, perjanjian yang dimeterai pada hari ini dibuat tanpa sebarang maklumat yang disampaikan kepada saya atau pun menerima sebarang maklumbalas dari wakil-wakil Pakatan Rakyat. Saya menasihati Tan Sri Khalid Ibrahim supaya dengan segera mendedahkan perjanjian ini kepada rakyat, barulah rakyat dapat menilai sendiri sama ada perjanjian ini baik atau tidak. Pada ketika ini dalam keadaan saya tidak mendapat maklumat, saya hanya boleh mengajukan beberapa persoalan penting seperti berikut: 1. Kos penstrukturan RM7.45 bilion yang diumumkan Tan Sri Khalid Ibrahim itu bukanlah kos sebenar yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor kerana ia tidak termasuk kos mengambil alih Splash. Tawaran terakhir Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Splash adalah sebanyak RM1.851 bilion (tanggungan hutang dan pampasan liabiliti) iaitu hampir sama dengan jumlah RM2 bilion yang kononnya berjaya dikurangkan oleh beliau hasil perjanjian pada hari ini. Saya beranggapan kos sebenar hanya diketahui selepas pengambilalihan Splash selesai. 2. Pengambilalihan Splash besar kemungkinan akan dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan sekiranya akta digunakan atau melalui rundingan terus dengan Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna Kerajaan Selangor sudah hilang kawalan dalam menentukan kos keseluruhan penstrukturan semula industri air kerana rundingan dengan Splash akan dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. 3. Jika kos keseluruhan penstrukturan melebihi jumlah RM9.65 bilion yang mula-mula diumumkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kerana akhirnya bayaran kepada Splash yang dirundingkan atau diputuskan oleh mahkamah adalah lebih tinggi dari yang mula-mula ditawarkan, apakah rakyat Selangor akan menanggung bayaran yang lebih tinggi ini? 4. Bagaimanakah kawalan pengurusan ke atas syarikat baru pemegang konsesi nanti? Adakah ia akan dikawal bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri? Adakah kuasa Kerajaan Negeri muktamad? 5. Apakah senarai aset-aset Kerajaan Negeri (tanah, loji dan lain-lain) yang diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan demi memeterai perjanjian ini? Sesungguhnya, ada seribu satu soalan yang boleh ditanya selagi perjanjian ini sulit dan dirahsiakan. Tindakan merahsiakan perjanjian dan merundingkannya di belakang wakil rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak ubah seperti bagaimana perjanjian konsesi dengan Syabas dan Puncak Niaga mula-mula dimeterai dahulu. Sebab itu selagi perjanjian ini rahsia, rakyat hanya mampu meneka dan tidak boleh membuat sebarang penilaian mengenai baik atau buruknya. Ketidaktelusan inilah yang menimbulkan keraguan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini. RAFIZI RAMLI Naib Presiden KEADILAN Ahli Parlimen Pandan 12 September 2014 |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |