WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Wan Azizah lawat balu Kapten MH17 Posted: 11 Sep 2014 04:04 AM PDT Wan Azizah lawat balu Kapten MH17(Oleh: Fiza Halim) SHAH ALAM 11 SEPT: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meluangkan masa selama satu jam menziarahi balu Kapten Wan Amran Wan Hussin, yang merupakan juruterbang MH17 yang terkorban dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu. Allahyarham Wan Amran meninggalkan seorang balu, Mariam Yusof serta dua anak lelakinya masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun. Ini merupakan kunjungan pertama diterima keluarga mangsa setelah Allahyarham Wan Amran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 pada 2 September lalu. Wan Azizah yang juga ADUN Kajang berkata, beliau menziarahi balu Allahyarham untuk meluahkan simpatinya dan menghulurkan sumbangan peribadi. "Kita bersimpati dan saya bersyukur arwah telah selamat dikembumikan, dan arwah seorang yang baik dalam masa hayatnya. Semoga Allah menempatkannya dalam gologan para solihin. "Dengan itu, apabila kita tengok keadaannya (balu) kita nak tolong, nak beri kebajikan pada Puan Mariam dan anak-anaknya. Ini keadaan yang kita tak ingini, kita akan berusaha untuk menolong keluarga ini," katanya ketika ditanya Suara Keadilan di luar kediaman balu tersebut di Alam Impian Seksyen 35, Shah Alam. Dalam pada itu, Wan Azizah menasihati balu Wan Amran supaya redha dengan ketentuan Ilahi. "Hidup ini begitulah, kita kena redha dan ini sudah ketetuan dari-Nya, kita berdoa dan sedekahkan Al-fatihah kepada yang meninggal dunia," jelasnya dalam nada sedih. Jenazah Wan Amran adalah antara sembilan jenazah yang tiba di tanah air yang diberi penghormatan pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 September lalu. |
DARI TULANG BESI: Sokong Wan Azizah atau Bubar DUN Posted: 11 Sep 2014 02:34 AM PDT Satu-satunya cara untuk menghalang terbubarnya DUN Selangor adalah dengan kesemua 13 ADUN PAS memberi sokongan terbuka kepada Wan Azizah seperti yang dipesetujui dalam mesyuarat AJK PAS Pusat 17hb yang lalu. Namun, yang menghalang mereka sekarang ini adalah Presiden dan Mustafa Ali kerana mereka mahu menjaga kepentingan dan kelebihan pribadi serta menantu dan kroni-kroni mereka. Kalau terbubar dewan amat pasti KESEMUA ADUN PAS akan kalah di kerusi mereka kerana PAS sekarang ini ditolak pengundi Cina dan India angkara pengkhinatan Presiden dan SU Agung. Yang rugi di kala itu adalah PAS serta ADUN2 PAS semuanya. Semua aktivis2 PAS yang duduk dlm kerajaan negeri akan terpaksa meletak jawatan. Maka, ADUN2 PAS wajib memilih antara kepentingan pribadi Presiden/SU Agung ataupun kepentingan PAS. Baiaah sewaktu sebelum PRU itu tidak termasuk ketaatan yang membawa kehancuran dan kebinasaan PAS. Ego Haji Hadi telah pun membinasakan PAS di Kedah. Adakah kesemua ADUN2 PAS mahu membiarkan ego Presiden menghancurkan PAS di Selangor. Tepuk dada tanya imam. Arwah Ustaz Azizan tu sepanjang jadi MB lebih dua kali koma dan masuk ICU. Tapi, Haji Hadi tetap kekalkan sebagai calon MB. Akhirnya Kedah terlungkup atas kedegilan dan kejahilan Haji Hadi Awang. Tiada bantuan Allah SWT. Tiada malaikat turun dari langit membantu mempertahankan Kedah, Barangkali makhluk2 di langit jelak dgn kedegilan serta kejahilan Haji Hadi Awang. Sekarang kedegilan, kejahilan serta kejahatan Haji Hadi Awang mahu diekspot ke Selangor pula. Diguna Majlis Syura Ulama untuk menyokong kesesatan Haji Hadi Awang yang akhirnya akan memecahkan Pakatan Rakyat yang akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri. Bila DUN bubar SEMUA Adun PAS akan kalah tertonggengusiSemua akan hilang kerusi mereka dan menjadi orang biasa. PAS dengan sendiri terkeluar dari kerajaan Selangor. Semua angkara kedegilan, kejahatan serta kejahilan Haji Hadi Awang seperti yang telah berlaku di Kedah 2013. Sudah tiada lagi akhlak Islami dlm jiwa Presiden PAS ini. Sekiranya Haji Hadi ini hubungannya dengan Allah kuat seperti para anbiyya mengapa tiada amaran dari langit menghalang kejatuhan kerajaan Terengganu 2004? Mengapa Harun Din tidak bermimpi Nabi SAW yang memberi amaran akan jatuhnya Terengganu 2004? Barangkali makhluk di langit sudah pun jelak dengan sikap dan perangai Haji Hadi Awang. Tiada malaikat yang suka manusia yang engkar janji dan sombong. Sanggup tolak pelawaan Mat SAid dan kekalkan kerajaan UMNO di Terengganu semata-mata kerana istana mahukan Dr Syed Azman sebagai MB dan bukan dia. TULANG BESI ps Dengar cerita Dewan Ulama PAS Kedah memohon Haji Hadi menukar Ustaz Azizan tapi memorandum mereka dikhabarkan dikoyak oleh Haji Hadi dan dibuang tong sampah Harun Din Yang Mula2 Bawa Najis UMNO Ke Dalam PAS (Bukti Rakaman)Tulang Besi ada mendapat serangan dari seorang di Facebook bernama Mohd Shahir Abu Hasan. Mulanya dia panggil Tulang Besi sebar fitnah. Besoknya dia ubah cerita pulak. Dia tuduh Tulang Besi dedah maklumat rahsia AJK PAS Pusat serta Majlis Syura Ulama PAS. Sdr Mohd Shahir ini rupanya bekas anak murid Ustaz Harun Din di Darul Syifa. Rasanya bukan Mohd Shahir sorang saja yang terkejut. Ramai juga terkejut bagaimana Ustaz Harun Din boleh terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM ini. Di sini Tulang Besi ingin menyiarkan semula rakaman ucapan Ustaz Nasa berkaitan peranan Ustaz Harun Din di dalam membawa kepada perpecahan di dalam PAS dalam projek UG1 dahulu. Sila pergi ke minit 04:15 sehingga minit 06:00.
Ertinya, tanpa sebab atau alasan munasabah, Ustaz Harun Din telah pun berkempen mahukan PAS mengadakan hubungan belakang dengan UMNO bermula dengan dialog ataupun perbincangan. Partai2 politik tidak akan mengadakan perbincangan untuk saja2 berbincang. Setiap perbincangan pasti akan ada natijah dan keputusannya. Dengan kata lain, baru lepas sebulan kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan, Harun Din telah pun mencadangkan PAS mengadakan hubungan (tidak kira rasmi atau tidak rasmi) dengan UMNO. Ini adalah kata2 yang datang dari Nasaruddin sendiri dan bukannya dakwaan orang2 yang tidak dikenali. Jelas, Harun Din bertanggungjawab terhadap perjumpaan dalam gelap serta perpecahan dalaman PAS yang berlaku selepas itu. Empat tahun kebelakangan ini dihabiskan berperang dengan puak2 dalam PAS yang mahukan PAS bersama dengan UMNO. Maka, kalau Harun Din menjadi penaja kepada perbincangan dalam gelap serta kerajaang perpaduang dahulu, jangan lah terkejut kalau Harun Din juga boleh terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM. Malahan, mereka2 yang terlibat dalam konspirasi berjumpa dalam gelap dengan UMNO tempohari adalah yang sama terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM. Tulang Besi sendiri berpendapat Ustaz Harun Din ini adalah duri dalam daging di dalam PAS. Kehadziran beliau di dalam PAS hanya membawa kerugian serta perpecahan dan tiada untungnya beliau bersama PAS. TULANG BESI ps ada beberapa penipuan dalam ucapan Ustaz Nasa itu:
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |