Rabu, 10 September 2014

dollah yankee

dollah yankee


Ayat-ayat yang tak lena tidur

Posted: 10 Sep 2014 07:04 AM PDT




KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula April depan tidak akan membebankan rakyat...

dollah yankee -
Ayat-ayat yang macam ini lah yang amat membimbangkan gurkah-gurkah politik di'port' dan buatkan tidur mereka pada malam hari tak berapa nak boleh lena !

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Buat anak Tok Guru: PKR khianat, hukum PAS tanding kerusi PKR dalam PRU 13 macam mana?

Posted: 10 Sep 2014 04:02 AM PDT

Oleh : Amirulmikminin


Tidak sampai 24 jam Presiden PKR Dr Wan Azizah memutuskan langkah untuk berbaik-baik dengan PAS melalui tindakan parti itu memberi laluan PAS bertanding di kerusi Pengkalan Kubor, PKR diserang lagi oleh puak ulama PAS.

Kali ini anak Mursyidul Am, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menuduh PKR secara terbuka sebagai pengkhianat dan menikam PAS dari belakang berhubung keturut sertaan dua Adun PAS Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin menyokong Dr Wan Azizah, 6 Ogos lalu.

"Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam (Pakatan Rakyat) apabila menerima pengkhianatan dua ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

"Sebagaimana dua ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaan kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan setiakawan dengan PAS," katanya.

Begitu mudah seorang AJK PAS Pusat menuduh PKR sebagai pengkhianat. Rasanya Nik Abduh kuat ingatan dan ingat tindakan PAS menurunkan calon di beberapa kerusi DUN pada pilihan raya umum ke 13 lalu. Adakah tindakan itu bagi Nik Abduh sebagai bukan pengkhianatan?

Dalam perbincangan antara Setiausaha Agung PKR dan PAS, diputuskan kerusi-kerusi yang bertindih tersebut ditandingi oleh calon PKR. Bagaimanapun PAS pada saat akhir sehari sebelum tarikh penamaan calon telah mengeluarkan watikah untuk calonnya bertanding.

Dalam peraturan SPR dua individu sahaja yang boleh menandatangani surat watikah untuk bertanding pilihan raya. Sama ada Setiausaha Agung Mustafa Ali atau Presiden Hadi Awang.

Kesannya, akibat pertandingan sesama sendiri itu, keenam-enam kerusi kalah kepada BN. Kekalahan yang paling menyakitkan hati adalah di Kota Damansara dan Sungai Acheh apabila jumlah undi PKR dan PAS jika dicampurkan mengatasi jumlah undi yang diperolehi calon BN.

Oleh kerana dalam PAS banyak ustaz maka sehingga ke hari ini tindakan mereka meletakkan calon di DUN yang telah dipersetujui ditandingi PKR dianggap bukan pengkhianatan. Begitu juga dengan ahli PAS yang berdegil berkempen agar penyokong PAS mengundi calon PAS sahaja tidak diambil tindakan.

Lebih menonjol lagi Presiden Hadi Awang tidak memohon maaf kerana menuduh seorang calon PKR di Terengganu menjual pil kuda sebagai alasan menolak kelayakan calon tersebut bertanding .

Manakala hujah Nik Abduh, bahawa Hadi mengambil keputusan tidak menarik keluar PAS dari Pakatan tetapi hanya tidak lagi berunding dengan parti komponen yang lain menunjukkan tolak ansur selepas dikhianati, adalah sesuatu yang mengarut.

Sebelum pertemuan Hadi - Anwar pada 4 Ogos yang berakhir dengan Anwar dihentam oleh Hadi, Presiden PAS itu telah terbang bertemu Lim Guan Eng. Agenda Hadi jelas agar Guan Eng menggunakan pengaruhnya menghalang Khalid Ibrahim daripada disingkirkan dari kerusi MB Selangor.

Guan Eng menolak cadangan itu kerana Adun DAP di Selangor telah menolak Khalid dan DAP Pusat tidak akan bersekongkol dengan PAS menerima Khalid.

Itulah sebab sebenarnya PAS tidak lagi berunding dengan PKR dan DAP ketika mengemukakan tiga nama kepada sultan. PAS merajuk kerana PKR dan DAP tidak menerima keputusan PAS menyokong Khalid sehingga tamat penggal biar pun rakyat Selangor akan dibebankan dengan kenaikan tarif air dan lebih banyak lebuh raya bertol.

Para perwakilan ke Muktamar PAS ke 60 di Johor sepatutnya faham dengan pemikiran ustaz muda PAS lewat tuduhan Nik Abduh ini. Iaitu, PAS selepas ini mungkin akan menekan rakan komponennya untuk memastikan apa yang mereka hajati berhasil.

Demi menyelamatkan Pakatan, Perwakilan PAS wajib memberi kecaman keras ke atas Hadi dan ustaz muda yang tidak faham politik itu agar mereka tidak lagi membuat onar jika ingin terus bekerjasama dengan Pakatan pada masa depan.

Sekiranya sikap PAS dan pemimpin pro UG ini berterusan menjelang PRU ke 14 maka akan sangat sukar untuk parti-parti dalam Pakatan membahagi-bahagikan kerusi. PAS pasti akan meminta bahagian kerusi terbesar kerana ingin memastikan masa depannya tidak binasa jika meninggalkan Pakatan selepas itu.

Malah Umno boleh menggunakan isu Hudud untuk menaikkan pertelagahan dalaman Pakatan ke tahap yang lebih parah. Sekiranya perwakilan muktamar mahu mengekalkan pemimpin Hadi, Mustafa, Tantawi dan yang sealiran dengannya, lambat laun PAS pasti akan dipecat dari Pakatan kerana gabungan itu akan sangat mudah untuk dihuru harakan oleh agen-agen BN.

Politik keras dan cara lama seperti amalan Hadi, Mustafa dan beberapa pemimpin lain tidak sesuai dengan gabungan Pakatan, kecualilah mereka direhatkan dan diganti dengan kepimpinan yang lebih toleran.

Majlis syura langgar ketetapan muktamar?

Posted: 10 Sep 2014 04:00 AM PDT


Oleh: Amirulmukminin
Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS berpendapat Majlis Syura Ulamak (MSU) parti itu bertindak "melampaui kuasanya" kerana campur tangan dalam isu menteri besar Selangor.

Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata keputusan majlis itu menyokong Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak memberikan kerusi itu kepada PKR, adalah bertentangan dengan keputusan muktamar - kuasa tertinggi dalam PAS.

Katanya, PAS bersetuju mengadakan kerjasama politik dalam Pakatan yang disahkan dalam muktamar PAS dan tidak pernah dibatalkan, maka Majlis Syura mahupun PAS mesti bertindak selari keputusan muktamar itu.

"Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah Presiden telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong oleh MSU).

"Sedangkan, Presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR.

"LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan.

"Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri?

"Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan muktamar itu sendiri?

"Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil mesyuarat

Kenyataan itu adalah hasil mesyuarat lajnah itu semalam bagi membincangkan keputusan mesyuarat MSU sehari sebelumnya yang menyokong keputusan Hadi itu.

Kelmarin, MSU menegaskan presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam perkara melibatkan kepentingan parti dan anggota jawatankuasa pusatnya pula harus menjalankan arahan diberikan
berdasarkan fasal 26(1)(a) dan Fasal 26(9)(m) perlembagaan parti.

Hal ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini yang mahu kerusi menteri besar kekal di tangan PKR.

Abang Kardee berkata LUHAM turut berpendapat MSU tiada keperluan untuk menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan perlembagaan parti mengenai isu ini.

Malah Lajnah itu menyatakan sekalipun MSU berkuasa memutuskan sebarang perselisihan faham, ia perlulah dirujuk terlebih dahulu dan bukannya mempunyai kuasa sedia ada untuk membuat keputusan tersebut.

"Jika MSU berpendapat isu pelantikan MB Selangor ini melibatkan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berdasarkan fasal 88(1) Perlembagaan PAS, badan itu hanya boleh bertindak sekiranya ada rujukan dibuat kepada badan itu.

"Di dalam bahasa perundangan, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan ("referral") dan bukan kuasa "of first instance" atau kuasa yang sedia ada (inherent).

"Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berhubung isu pelantikan MB Selangor dan dengan ketiadaan rujukan dibuat oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan PAS, maka tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu, dengan hormat, adalah "non-starter"," kata beliau

Calon MB satu nama ikut perlembagaan Selangor

Posted: 10 Sep 2014 03:57 AM PDT

Oleh: Amirulmukminin

Titah Sultan Selangor bahawa PKR dan DAP menderhaka dijawab secara berfakta oleh pakar undang-undang perlembagaan Dr Aziz Bari dalam forum PasMa kelmarin.

Dr Aziz berkata perlembagaan hanya menetapkan sesiapa yang mempunyai majoriti dalam Dewan dipilih sebagai Menteri Besar. Katanya, permintaan sultan untuk dua atau tiga nama hanyalah mengikut kebiasaan dan bukan peruntukan undang-undang.

Malah, kata Dr Aziz, kebiasaan yang dilakukan di negara ini adalah Sultan atau Agong bersetuju dengan nama yang dicalonkan apabila mendapat menjoriti Dewan.

"Tun Razak ganti Tunku (Abdul Rahman) Agong minta nama lainkah? Waktu Dr Mahathir ganti Tun Husein pun sama. Pak Lah ganti Mahathir. Najib ganti Pak Lah adalah Agong minta nama lain?" katanya.

Masalah hanya berlaku di Selangor apabila Sultan tidak perkenan kepada Dr Wan Azizah walaupun mempunyai majoriti lebih daripada separuh Adun yang menyokong.

Sistem politik raja berpelembagaan di negara ini sewajarnya mengikut acuan langsung sistem wesminister yang diamalkan United Kingdom kerana perlembagaan yang dirangka oleh Suruhanjaya Reid tidak ada bezanya dengan yang digunapakai di Britain.

Raja di Britain tidak meminta lebih nama apabila telah terdapat majoriti di Dewan. Nama yang dicalonkan terus dipanggil mengangkat sumpah.

Masalah akan berlaku sekiranya raja bertindak melantik calon lain. Jika calon itu tidak mendapat majoriti Dewan maka undi tidak percaya akan dilakukan kepadanya dan raja terpaksa pula melantik calon lain.

Oleh itu, pendapat Dr Aziz, cara terbaik adalah terserah kepada Dewan untuk menentukan dan raja tidak akan dilibatkan sama sekali atas kegagalan kerajaan yang memerintah atau kegagalan MB menghadapi undi tidak percaya atau kegagalan meluluskan undang-undang.

Krisis di Selangor sepatutnya telah selesai awal sekiranya PAS memberi persetujuan kepada penggantian MB dan segera melepaskan sokongan kepada Khalid sebaik sahaja bekas MB itu dipecat daripada parti.

Bolak-balik PAS dalam berpolitik menyebabkan Sultan kurang yakin dengan sebuah kerajaan yang dipimpin seorang Menteri Besar dengan 30 majoriti Adun. Apatah lagi dua Adun tersebut milik PAS.

Sultan akan terfikir jika dua Adun itu kembali pada PAS maka keadaan akan menjadi sebaliknya. Sekiranya PAS bertindak sebijak Dr Wan Azizah yang memutuskan PKR tidak bertanding di DUN Pengkalan Kubor kerana faktor kerusi tersebut dipinjamkan kepada PKR dan kekurangan jentera maka MB baru telah pun dilantik sebulan lalu.

Kerusi MB adalah milik PKR dan seharusnya PKR diberi kuasa untuk menguruskannya. Sebaliknya dengan campurtangan PAS maka krisis tidak selesai dan parti itu juga menerima kesan buruk berupa surutnya sokongan daripada bukan Islam dan percanggahan pendapat dalaman.

Mungkin selepas PKR menyerahkan kerusi di Pengkalan Kubor maka situasi akan reda tetapi tidak di Selangor dan tidak juga dalam kalangan ulama  UG PAS.

Bagi perwakilan muktamar, beberapa hari ini sangat kritikal. Mereka yang menyediakan ucapan untuk dibahas perlu melihat apakah puak UG masih meneruskan agenda mengganyang PKR selepas parti itu berlembut di Kelantan.

Sekiranya Mustafa Ali, Hadi, Zuhdi dan Tatawi masih menunjukkan keegoan mereka maka perwakilan wajib menyediakan nota bahas yang mengecam pemimpin-pemimpin yang tidak berpijak di bumi nyata itu.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BUKAN LANTIKAN SULTAN

Posted: 10 Sep 2014 07:14 PM PDT







Pemuda PAS nasihat PKR, DAP akur pilihan sultan4:58PM Sep 10
Wanita Pakatan pula mendesak ketiga-tiga parti duduk berbincang.

"Saya nasihatkan PKR dan DAP untuk akur sahaja dahulu dengan sesiapa yang Sultan lantik sebagai MB selagi ia dari Pakatan Rakyat.

KAH KAH KAH
rakyat malayasia
sudah muak
dengan 
suhaizan kayat
kerana dia bukan 
lantikan sultan
patut berundur 
sekarang

-----------

SEMUA BIKIN SUSAH

Posted: 10 Sep 2014 06:38 PM PDT




KOMENTAR
bagaimana dengan kes bawa duit lari
bagaimana dengan kes mafia rusia
bagaimana dengan kes besan 
bagaimana dengan kes cincin rosmah
bagaimana dengan kes altantuya
bagaimana dengan kes scorpene
bagaimana dengan kes jho low
bagaimana dengan kes 1MDB

bukan saja rakyat malaysia jadi susah
dunia pun susah sama




KUALA LUMPUR - Najib  Razak memberi jaminan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April depan tidak akan membebankan rakyat.











KAH KAH KAH


bila anak nak kahwin?
saje nak tanya
jangan marah
kah kah kah



--------

GHAH - BANGUN MELAWAN

Posted: 10 Sep 2014 06:00 PM PDT





Inline images 1

KUTIPAN DERMA KILAT 

UNTUK KES-KES AKTA HASUTAN 


GERAKAN HAPUS

 AKTA HASUTAN (GHAH) 


Sejak beberapa bulan yang lalu, Akta Hasutan telah digunakan secara meluas dan kejam sebagai senjata kerajaan untuk menekan rakyat termasuklah ke atas Wakil Rakyat, peguam, akademia, aktivis, dan anak muda serta pelajar. 

Pada 5 September 2014, badan-badan NGO telah menubuhkan Gerakan Hapuskan Akta Hasutan (GHAH) sebagai jawapan balas kepada tindakan kerajaan ini. 128 badan NGO telah menyokong kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh GHAH. 

GHAH dengan ini memohon derma kilat dari orang ramai untuk tindakan segera. Dana ini adalah untuk: 

1.   BANTUAN GUAMAN - untuk membiayai wang ikat jamin dan khidmat guaman kepada mangsa Akta Hasutan. Jumlah ikat jamin yang diperlukan untuk setiap satu kes boleh mencecah sehingga lebih RM5000. 
(Note: Returned bail will be used to cover other legal expenses incurred during the case and public campaigning) 

2.   KEMPEN KESEDARAN - untuk pelancaran GHAH, roadshow seluruh negara, mencetak bahan-bahan kempen umum, dan lain-lain aktiviti mendesak pemansuhan Akta Hasutan. 


GHAH memohon rakyat Malaysia yang perihatin untuk menyumbang sebanyak RM50, RM100, atau mana-mana amaun mengikut kemampuan agar dapat digunakan untuk membantu mangsa ketidakadilan yang didakwa di bawah Akta Hasutan. 

Sumbangan derma boleh terus disalurkan kepada akaun bank di bawah seliaan SUARAM iaitu: 

Suara Inisiatif Sdn Bhd 
(No Akaun: 3103 6094 09, Public Bank) 

Untuk sumbangan melalui kad kredit/debit, sila layari: 
http://www.suaram.net/?page_id=6059 



------------

USTAZ COOL DI DAKWA BAGINDA QUEEN

Posted: 10 Sep 2014 07:19 AM PDT






FACE BOOK
AKU BERSAMA SAHABATKU WAN JI
DIA KAWAN AKU. Aku bangga ada kawan macam dia. Kalau aku ada duit banyak, aku akan jamin dia dengan duit aku.
Aku tahu, dia berani bukan untuk kepentingan diri dia sendiri. Dia mahu membebaskan warga daripada cengkaman kebodohan 'mempertuhankan' manusia. Dia bukan macam orang lain yang mengetuk pintu istana dengan gumpalan wang untuk membeli gelaran.
Entahlah. Aku tak tahu macam mana aku nak tolong dia. Doa aku untuk dia, "Ya Allah, teguhkanlah hatinya. Tenangkanlah fikirannya. Tingkatkanlah semangatnya. Ampunkanlah dosanya. Dan, eratkanlah persahabatan antara kami di dunia dan di akhirat."
"Wahai Tuhan, aku serahkan kepada-Mu mereka yang menzaliminya. Engkau lebih mengetahui siapa si penzalim itu. Cukuplah kepada-Mu kami berserah."




---------

LAWAN PEMBODOHAN

Posted: 10 Sep 2014 06:30 AM PDT






KOMENTAR

mat mongol ini cakap apa ni
rakyat mana yang akan gumbira
yang akan berterima kaseh

bila ada cukai gst 
ertinya duit gaji kurang
kerana bayar cukai
bila ada gst
harga barang naik
bila harga barang naik
ertinya barang makin mahal
bila barang mahal hidup jadi susah

kepala bana mana bila hidup
susah akan berterima kaseh
bangkai bangang mana
yangh suka kena cukai

gst ini cukai untuk orang miskin
cukai gst untuk yang pendapatan rendah
yang kaya
yang kaya raya mereka tak ambil pot
kaya akan tambah kaya

rosmah dan najib
lari bawa duit luar negara
bawa lari ke holywood 100 juta dolar
vincent tan bawa lari duit
guna  beli kelab bola
mat hasan bawa lari duit
ramai bawa lari duit ke luar negara
mereka ini lanun  terhormat

semua  lari  dengan duit
tak perlu bayar cukai

yang kaya tak kena cukai
yang miskin kena cukai




Rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan untuk GST kelak, kata Najib


Najib Razak mengakui langkah kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjelang April 2015 bukan langkah yang popular, namun rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan selepas melihat hasil daripada sistem percukaian baru itu.

Najib ketika berucap dalam Majlis Penerangan Perdana GST di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur hari ini berkata melalui penggantian Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) kepada GST, ekonomi negara akan terus berkembang pesat dan mampan bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

"Tidak mengapa kata GST tidak popular, tetapi selepas ekonomi lebih kukuh, rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan.

KAH KAH KAH



woit
ingat
rakyat ini
hasan malek ke?
kah kah kah




-----------

BALIK DARI MAHKAMAH

Posted: 10 Sep 2014 12:54 AM PDT





MAHKAMAH BERHENTI REHAT


pagi ini gwa bangun pagi
kerana nak gi bicara kes
baginda queen akta hasutan 1948

tingkat 3 mahkamah jenayah no 13
gwa tak nampak nama hakim

peguam gua cool dan cun
nama apa?
tak boleh beri tahu
nanti semua berebut rebut
nak pinjam peguam gwa
kah kah kah

tak caya peguam cun
datang esok
kalau gwa bohong lu lempang gwa

bicara ini gwa sudah bosan
di australia gwa dah masuk mahkamah
gwa menang
di india gwa pernah dibicarakan
sampai mahkamah supreme india
gwa dibebaskan dan dihantar ke belgium
gwa dulu ada tiga kes zaman reformasi
tiga tiga gwa menang satelah 11 tahun bicara

kes ISA gwa menang
sekarang gamin bawa kes ke mahkamah rayuan
bulan november nanti keputuan

kes saman BERSIH masih berjalan

banyak tak?

KAH KAH KAH

yang letihkan gwa ialah
gwa tak suka bangun pagi
masa gwa di kamunting dua tahun
gwa dan tian chua tak bangun pagi
untuk nyanyikan lagu terang bulan
dan pasang jalur temberang
sorri beeb
gwa suka tidooo

you got problem with that?
enculez vous
putta madre

KAH KAH KAH



----------

HARTAL HARTAL HARTAL

Posted: 09 Sep 2014 08:39 PM PDT




Beberapa kes hasutan disemak semula

8:25PM Sep 9
Antara disemak semula pendakwaan hasutan terhadap pensyarah Azmi Sharom.

Beberapa kes lain yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 akan turut disemak semula, kata Gani dalam kenyataannya.

KAH KAH KAH


woit
takut hartal ke?
tahu takut bila
mahasiswa nak lakukan
hartal

KAH KAH KAH



---------

JEMPUTAN KAH KAH KAHI

Posted: 09 Sep 2014 08:00 PM PDT










KAH KAH KAH
tukar tiub buat
kah kah kah
di lives arts 
petaling jaya
pj one -sekysen 17
kah kah kah




-----------