Ahad, 7 September 2014

dollah yankee

dollah yankee


Keliru dan tak paham

Posted: 07 Sep 2014 03:39 AM PDT



Seperti mana gurkah-gurkah politik di'port' disini, barangkali anda semua juga merasai perkara yang sama. Kita semua sama-sama keliru, sambil garu-garu kepala yang tak gatal melihat perkembangan negara hari demi hari. Banyak hal yang tak kena, seperti juga banyak hal yang buat kita melopong ternganga.
Sebenarnya kekalutan yang terhidang di depan mata ini bukan benda baru. Kita memang tahu bahawa kerajaan United Malays National Organisation adalah kerajaan yang kalut dan suka buat kalut. Setiap kali ia melihat dirinya tidak popular dan tidak jadi sebutan orang ramai, ia akan bikin kalut untuk tarik perhatian. Kalau dalam dunia seni hiburan kena lah buat 'cheap-publicity'.
Mungkin sahaja ia cemburu dengan liputan media yang saban hari menyebut-nyebut nama Pakatan Rakyat,Anwar Ibrahim,Wan Azizah,Guan Eng,Nik Aziz dan ramai lagi. Mungkin juga ia merasakan hanya dirinya sahaja yang layak disebut-sebut media, tidak kira lah walaupun yang disebut-sebut itu berita tentang kebodohannya. Hanya dia sahaja yang layak popular. Dia kan kerajaan.
Maka dia pun bertindak mempopularkan dirinya, dan pada masa yang sama menimbulkan kekeliruan serta ingatan orang ramai terhadap rasa menyampah yang sudah lama tidur.
Lihat sahaja bagaimana sang pemerintah ini bertindak dengan kepala lutut apabila ia memberkas ratusan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, sebaik sahaja kontinjen tersebut selesai menyertai perarakan Hari Merdeka. Maka tertanya-tanyalah gurkah-gurkah disini apakah dosa mereka ini sehingga dilayan seperti penjenayah?
Lebih menarik lagi, ini semua terjadi kurang 12 jam selepas rumah Guan Eng dilempar dengan 'molotov cocktail'. Kalaulah pihak berwajib membuat rondaan di sekitar kediaman Ketua Menteri, pastilah tidak ada 'malaon' yang berani berbuat onar sedemikian. Tetapi apabila ada sukarelawan mahu membuat rondaan, diberkas pula secara berjemaah.
Secara automatik Umno dan BN berjaya meletakkan dirinya di pentas utama perkembangan politik negara setelah sekian lama media hanya mengarahkan lampu limpahnya ke wajah-wajah pimpinan Pakatan Rakyat berikutan kemelut MB Selangor.
Lebih rancak lagi apabila tindakan pihak polis ini disambut komen bijaksana Menteri KDN, Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata bahawa orang bukan-Melayu kian keras kepala kerana orang Melayu terlalu baik.
Seperti mengorek lubang kubur sendiri, Zahid dengan cemerlang mengingatkan kita betapa gagalnya beliau dan kerajaan pimpinan Najib Razak menangani isu-isu keselamatan dan keharmonian kaum, malah menambah minyak kepada api yang sedang marak dengan komen 'bukan-Melayu makin keras kepala' ini.
Jadi celah mana munculnya cinta dan perpaduan yang jadi bahan sembang kencang pemuka-pemuka Umno-BN di media sosial.
Dari celah mana pula Merdeka itu bebas daripada cengkaman penjajah sedangkan undang-undang penjajah seperti Akta Hasutan 1948 masih lagi digunakan untuk menutup mulut pemimpin Pakatan dan aktivis rakyat yang tidak lagi mampu dikalahkan di meja debat.
Kita keliru dengan pendekatan parti pemerintah yang dua tahun lalu beriya-iya betul mahu memansuhkan Akta Hasutan, tetapi sekarang galak mengheret sesiapa sahaja yang ia rasakan terlalu lantang ke kandang tertuduh dengan dakwaan menghasut.
Eh, kalau dah nama pun pembangkang, takkan kerjanya hendak puji kerajaan sepanjang masa.
Kalau mengkritik kerajaan pun salah, buat apa ada parti pembangkang? Baiklah tiru sahaja negara-negara komunis yang cuma ada satu parti, tak perlu lawan-lawan lagi. Tak perlu menghasut. Jadi macam lembu.
Dan kita juga keliru dengan mesej berkecamuk yang cuba disampaikan kerajaan apabila satu pihak beriya mengaku progresif segala bagai dan bercita-cita mahukan keharmonian dan perpaduan, tiba-tiba ada menteri terlebih cerdik bermain mancis seakan sengaja mahu bakar api perkauman.
Sia-sia sahaja dibuat iklan-iklan Hari Merdeka dengan mesej perpaduan, sampai siap upah Mat Saleh berlakon, kalau hakikatnya pemerintah negara ini lebih suka rakyatnya berbalah dan terpecah-pecah supaya mudah dikembiri dan diperbodoh.
Kekeliruan yang bertimpa-timpa ini satu sahaja tujuannya. Sama tujuannya dengan mendakwa Azmi Shahrom si pensyarah undang-undang Universiti Malaya bertocang. Semua ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat jelata bahawa, "Hey! Kami masih berkuasa. Kami masih relevan dan popular. Tunduk sujudlah kalian kepada kami, pemerintah kamu."
Dan kita pun terketar-ketarlah tunduk patuh. Sambil duit di dompet mengalir laju buat menampung kenaikan kos sara hidup. Eh, roti canai dah naik harga sekeping RM1.20, sedar tidak? Padan muka aku,kau dan kita semua!.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MUKTAMAT....WALAU DIPILIH ISTANA PAS AKAN MENOLAK

Posted: 07 Sep 2014 01:36 AM PDT

CUMA HATI HATI KEMUNGKINAN BERLAKUNYA PEMBUBARAN DUN KERANA MUHYIDDIN MENGGAMBARKAN JIKA BERLAKUNYA PILIHANRAYA.

Mat Sabu: PAS akan tolak jika ditawar MB S'gor

 

PAS tidak akan menuntut kerusi menteri besar walaupun menghantar nama calonnya sendiri untuk dipertimbangkan sebagai ke jawatan oleh kepada pihak istana.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa pusat PAS hari ini memutuskan tidak akan menuntutnya dan menyerahkan kepada sultan Selangor untuk membuat keputusan.

Beliau menegaskan tindakan mereka turut mencalonkan anggota sendiri untuk jawatan itu bukan satu isu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, parti itu akan menolak tawaran itu jika istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita tolaklah," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

KENAPA HADI BERUBAH?

Posted: 07 Sep 2014 01:34 AM PDT

Sesuatu meragukan bila pemimpin pembangkang dapat tempat di waktu perdana TV3, dan beliau tidak bernafas selama 3 minit sewaktu rebah di Turki.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014.  


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014. 

 Sangat jarang pemimpin pembangkang dapat muncul dalam berita televisyen di waktu perdana di Malaysia.

Ini kerana RTM terikat sebagai agen penyiaran kerajaan yang lurus bendul dan sempit manakala stesen televisyen swasta TV3 dimiliki oleh syarikat Umno iaitu Media Prima Bhd.

Ahli politik pembangkang yang dialu-alukan oleh akhbar arus perdana juga amat sedikit kerana sebab yang sama.


Jika mana-mana ahli politik pembangkang mendapat 15 minit waktu utama itu, biasanya selepas mereka berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) atau pandangan mereka merosakkan pakatan mereka sendiri.
  Senarai mereka yang mendapat masa perdana dan di halaman utama akhbar sebelum ini adalah bekas ahli politik PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan Wee Choo Keong.

Jadi apa yang membuatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi?

Adakah akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyokong pendirian beliau mengenai kebuntuan menteri besar Selangor dalam edisi Ahad hari ini? Mesti ada sebab mengapa Hadi menjadi kesayangan media BN.

Lagipun inilah ahli politik yang dicerca di waktu perdana sebelum ini kerana Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun yang lalu.

Beliau diserang habis-habisan kerana berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam hudud.
Tetapi sekarang, Hadi mendapat ruang masa perdana untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai kebuntuan pelantikan menteri besar Selangor.

Dan Utusan Malaysia membuat keputusan pandangan beliau adalah betul: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi itu.
Sudah tentu Hadi harus mengambil peluang untuk menjelaskan sikapnya. Ini sebuah negara demokrasi.

Tetapi beliau perlu ingat semua yang disahkan oleh Utusan atau mendapat tempat di waktu perdana berita televisyen biasanya berakhir dengan tentangan daripada rakan mereka sendiri.
Media pro-kerajaan hanya mengambil pendapat anda jika ia menyokong agenda mereka. Dan anda akan digugurkan bak kentang panas apabila anda mengatakan sesuatu yang sukar bagi perjuangan mereka.

Tetapi Hadi sedar semua ini. Beliau bukan budak baru dalam  politik. Melainkan jika beliau fikir boleh mainkan media pro-kerajaan seperti yang dilakukan sekutunya di Selangor, beliau perlu tahu beliau bekerja dengan sekutunya daripada Pakatan Rakyat (PR).

Itu tidak wajar untuk sekutu anda sendiri. Bukan sesuatu yang kita jangka daripada pemimpin parti Islam yang keputusannya berdasarkan kepada tradisi suci Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
Lagipun, Hadi hanya seorang ahli politik dan seperti kebanyakan mereka, jika tidak semua ahli politik pun, beliau percaya kepentingan yang kekal, bukan kawan yang kekal. – 7 September, 2014.


Presiden PAS sedar realiti, separuh ahli adalah reformis

Posted: 06 Sep 2014 10:08 PM PDT

Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, ucapan Hadi di Marang meminta pengkritik beliau dalam parti agar menubuhkan parti serpihan amat mengejutkan.

Islam tidak menggalakkan perpecahan jemaah. Apatah lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak toleran sama sekali dengan kritikan.

Penyokong bawahan PAS tidak dapat menerima seorang presiden yang tidak boleh ditegur sedangkan sahabat nabi khalifah Umar r.a ketika bertanya adakah sahabat akan menegurnya jika beliau berpaling dari perjuangan Islam, lalu seorang sahabat menghunus pedang dan berkata pedang itu akan menegur Umar. Umar bersyukur kerana beliau akan sentiasa dipantau sahabat. Hadi sebaliknya meminta pengkritiknya keluar parti dan menubuhkan jemaah lain.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila," katanya.

Penganalisis politik berpendapat Hadi telah dinasihati oleh segolongan oportunis dalam PAS. Golongan ustaz muda itu menurut mereka telah menguasai sebarisan ulama-ulama yang melihat Melayu lebih utama berbanding perjuangan PAS sebelum ini yang mengutamakan Islam berbanding kaum.

Keangkuhan Hadi mendakwa PAS akan terus hebat jika ditinggalkan pemimpin, amat mengelirukan. Bukti sejarah mencatat setiap kali PAS berkrisis maka prestasinya dalam PRU amat buruk.

PAS kalah di Kelantan pada pilihan raya negeri 1978 selepas parti itu berpecah tiga akibat mainan politik Umno. PAS juga kalah teruk dalam PRU 1986 kerana tiada kepimpinan yang berkesan.

PAS hanya naik apabila berlaku krisis dalaman Umno dan tertubuhnya Semangat 46 pada pilihan raya 1990. Apabila S46 tidak berkesan pada 1995, PAS hampir tumbang di Kelantan. Parti itu kembali kuat pada PRU 1999 selepas Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998.

Oleh itu, di manakah kekuatan PAS sebagai parti yang telah lama bertahan itu? Hadi juga salah dinasihatkan oleh para politikus muda yang mengelilinginya. Kononnya ahli PAS yang mencecah sejuta orang itu menyebabkan PAS mampu bergerak sendiri.

Beliau tidak menyemak rekod kemasukan ahli yang banyak hanya berlaku selepas 1998. Sebahagian ahli itu adalah penyokong reformasi tetapi inginkan politik Islam. Sebaik sahaja Hadi membawa PAS keluar daripada lingkungan politik baharu dan mencaci Anwar maka mereka tidak lagi akan menyokong PAS.

Realitinya, PAS akan kalah teruk di Selangor, Perak, Johor, Pahang dan Pulau Pinang jika ingin meneruskan agenda Hadi menyerang pemimpin Pakatan.

Sebaliknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didakwa serpihan PAS akan lebih berjaya dan mempunyai masa depan. Sehingga kini PasMa telah melakukan usaha radikal menubuhkan jawatankuasa di setiap negeri. PasMa mendapat sokongan para penyokong agenda politik baharu.

Dijangkakan separuh ahli PAS akan beralih arah sekiranya Hadi membawa PAS ke arah hala tuju baru. Memang PAS parti lama dan mampu bertahan, tetapi tanpa terlibat sama dengan arus politik perdana maka parti itu hanya akan menjadi parti kampung dan bergerak secara kecil-kecilan seperti pada 1980an.

Penyokong Cina dan India juga akan menarik diri kerana perjuangan agama semata-mata tanpa melihat dinamisme politik semasa tidak laku di kalangan rakyat yang matang berfikir.

Sebaliknya PasMa akan mengorak langklah jauh ke hadapan sebagaimana Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) pimpinan Tayyib Recep Erdorgan di Turki. Erdogan dan rakan-rakannya menubuhkan AKP apabila kumpulan reformis dalam Virtue Party di Turki meninggalkan parti itu.

Pemimpin asal Virtue Party kini menubuhkan Saadet Party yang menjadi saingan AKP dalam politik Turki namun tidak mendapat tempat di hati rakyat.

AKP mula memerintah Turki selepas pertama kali menyertai pilihan raya sehinggalah sekarang di mana presiden dan perdana menteri Turki kini adalah daripada parti itu.

Umno gembira PAS tolak Wan Azizah

Posted: 06 Sep 2014 10:03 PM PDT

Ucapan Presiden PAS Hadi Awang akhirnya mendedahkan sebab-sebab PAS tolak Wan Azizah untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor yang berhantu itu.

Maka kali ini tamatlah riwayat teka teki kenapa sebelum ini PAS berdolak-dalik menyembunyikan cerita sebenar mereka tidak sepakat dengan Pakatan Rakyat walaupun telah  bersetuju dalam mesyuarat Majlis Presiden PR mencalonkan nama Wan Azizah dan Azmin Ali.

Dalam temubual di Marang, Hadi berkata: "Kalau daripada awal lagi dia (Azizah) tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin?"

Namun kebanyakan penyokong Pakatan mempersoalkan penolakan Hadi itu. Jika daya ingatan Hadi  masih kuat, tentunya beliau ingat PAS memberi sokongan padu ketika Dr Wan Azizah dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selepas PRU 2008 lalu. Tidak pernah timbul kritikan dari Hadi atau pemimpin PAS yang lain menyebut Wan Azizah tidak tahu menjawab soalan sewaktu Azizah menjadi Ketua Pembangkang ketika itu.

Penyokong PAS juga keliru dengan komen Hadi yang hanya mengikut sedap mulut tanpa dukungan fakta seperti ini.

Menurut seorang veteran PAS yang penah rapat dengan kepimpinan tertinggi parti itu, perlantikan Dr Wan Azizah tidak akan melemahkan Pakatan sebaliknya akan menyebabkan Umno kecut perut di Selangor. Katanya, Umno tidak boleh lagi bermain-main dengan ahli politik Pakatan kerana Anwar menjadi pembantu Azizah.

"Saya berbeza pendapat dengan Tuan Guru dalam hal perlantikan Wan Azizah.

"Saya yakin dalam hal ini, Umno amat takut jika Azizah jadi MB sebab Anwar di belakangnya. Umno sangat takut sekali jika Anwar terlibat di Selangor

"Apa yang dijelaskan Tuan Guru (kelemahan Azizah) kelak akan memakan diri PAS sendiri. Hanya masa yang akan menentukan," katanya.

Veteran PAS itu juga menyelar penasihat Hadi, segolongan pemuda yang tidak faham politik dan hala tuju masa depan politik pelbagai kaum di Malaysia. Katanya, para penasihat itulah yang merosakkan Hadi dan membawa kerosakan besar kepada PAS sekarang ini.

"Sayang seribu kali sayang Tuan Guru telah silap dan salah dinasihati oleh juak-juak yang nampaknya sangat dekat dengan agenda Umno.

"Saya harap para pejuang PAS yang sayangkan parti mengadakan solat hajat agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua," katanya.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JEMPUTAN FORUM MALAM INI

Posted: 07 Sep 2014 07:09 PM PDT






MALAM INI

di dewan china kuala lumpuir
hott hott 
ternow terhott
semua jemput datang
radio bangsar siaran langsung



KAH KAH KAH
tukar tiub buat
kah kah kah
di lives arts 
petaling jaya
pj one -sekysen 17
kah kah kah




-----------

KES BUNUH 126 TAHUN DULU

Posted: 07 Sep 2014 06:36 PM PDT




NOTA
akhirnya ditemui juga
rumah tukar tiub
tidak jauh dari 
whitechapel tempat
berlakunya pembunuhan

GUILTY: A DNA sample has proven Polish immigrant Aaron Kosminski was Jack the RipperWORLD EXCLUSIVE: Jack the Ripper unmasked: How amateur sleuth used DNA breakthrough to identify Britain's most notorious criminal 126 years after string of terrible murders



Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2746321/Jack-Ripper-unmasked-How-amateur-sleuth-used-DNA-breakthrough-identify-Britains-notorious-criminal-126-years-string-terrible-murders.html#ixzz3CeML1e2j
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook

Gruesome: A contemporary engraving of a Jack the Ripper crime scene in London's Whitechapel


KAH KAH KAH

put the case to rest my lord

KAH KAH KAH
------------

DAH HILANG AKAL

Posted: 07 Sep 2014 06:00 PM PDT






  1. Beban Syarie Bagi Orang Yang Koma, Pengsan Dan Hilang ...

    ad.blogspot.com/.../beban-syarie-bagi-orang-...

    Translate this page
    Feb 27, 2012 - Sedangkan orang yang hilang akalnya karena pengsan disebabkan jatuh pitam  sakit atau semisalnya ..... Mengenal Otak, Akal dan Fikiran Ciptaan Allah.



FACE BOOK



Saya melihat gelombang penolakan terhadap PAS semakin lama semakin tinggi..

Ada di kalangan keluarga dan kawan2 Saya yang Saya kenali sokong PAS sudah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap PAS..

Apatah lagi kalau setakat bergelar pengundi yang undi PAS atas tiket Pakatan Rakyat.
. — with Chong Swee Hoong 张瑞鸿Zunar KartunisTulang Besi MalaysiawavesTukar TiubBoon Hwee NgaKiyai Reformis and Ipoh Mali.
LikeLike ·  · Share


KAH KAH KAH

i rest my case my lord

KAH KAH KAH


---------

SENYUM PAGI SENIN

Posted: 07 Sep 2014 05:34 PM PDT






MENANTU DAN MENTUA

KOTA BHARU 7 Sept. - Polis merampas 2,000 biji pil kuda bernilai RM50,000 selepas menahan dua pemuda di tepi Jalan Panji-Pengkalan Chepa, dekat sini Khamis lalu. Kedua-dua suspek ditahan oleh anggota Pasukan...
KAH KAH KAH



woit

anta ada faheeem

anaaa sudah bileeng

sudah ada kerjasama

دين


 Ø§Ù„دجاج

KAH KAH KAH






------------

GIN DAN TONIC

Posted: 07 Sep 2014 06:38 AM PDT







 | September 7, 2014
image

---






Dalam Islam bukanlah gender itu yang menjadi halangan, tetapi kemampuan seseorang mentadbir itu dinilai dalam memikul amanah.More ››

----------




KAH KAH


KAH


woit

tok aji

tak sokong wan azizah

tak mengapa

tapi jangan hatar jin

kalau jin ada

semua tak boleh tahan

tapi kalau hantar

gin dan tonik

semua okay

jin jin pun jadi okay


KAH KAH KAH




-------

HEBAT MEMANG HEBAT

Posted: 07 Sep 2014 05:30 AM PDT



KOMENTAR

dalam perjuangan
ada pembelotan
dalam perjuangan
ada kejujuran
inilah naratif perjuangan
hukum naratif ini
dari awal hingga kiamat
tidak akan berubah ubah

tugas kita umat manusia
ialah mengenal
siapa pembelot
siapa yang jujur

ini juga perjalanan
sejaran umat manusia
pembelot ada disetiap ruang
pembelot ada disetiap penjuru
tapi dalam alam ini
hakikatnya
yang jujur lebih ramai
dari yang belot

inilah keindahan alam ini
salut kepada yang jujur
gagalkan pembelotan



Mat Sabu: PAS akan tolak jika ditawar MB S'gor

PAS tidak akan menuntut kerusi menteri besar walaupun menghantar nama calonnya sendiri untuk dipertimbangkan sebagai ke jawatan oleh kepada pihak istana.

Setiausaha Agung PAS  Mustafa Ali berkata, jawatankuasa pusat PAS hari ini memutuskan tidak akan menuntutnya dan menyerahkan kepada sultan Selangor untuk membuat keputusan.

Beliau menegaskan tindakan mereka turut mencalonkan anggota sendiri untuk jawatan itu bukan satu isu.





-----------

MISTER TIKUS KEAN SERANG

Posted: 06 Sep 2014 10:07 PM PDT






MISTER TIKUS



Wira Perkasa dakwa Gerakan bawa beban kepada ketuanan Melayu

 | September 7, 2014
Lebih baik kamu (Pemuda Gerakan) buat kerja dan kembalikan kepercayaan bangsa kamu sendiri dulu.
PETALING JAYA: Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menggesa supaya pemuda Gerakan menutup mulut daripada banyak bercakap sedangkan partinya sendiri gagal menyakinkan bangsanya sendiri.
Menurut, Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris, ini terbukti apabila pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, parti Gerakan sendiri telah ditolak oleh rakyat Pulau Pinang sehingga Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP sehinggi kini.
"Setiap ahli Perkasa juga merupakan pengundi dan kamu (Pemuda Gerakan) jangan menasihati kami kerana kamu telah gagal. Dapat dilihat bangsa Melayu sendiri yang banyak mengundi parti-parti komponen Barisan Nasional, berbanding bangsanya.


KAH KAH KAH


woit
ketuanan melayu sudah marah
ketuanan melayu naik minyak
jaga jaga
ketuanan cukong kena serang
habis tikus kena tibai
woit
apa jadi kalau cukong tak ada
apa jadi dengan ketuanan melayu
mana nak cari fulus

KAH KAH KAH

----------

MERDEKA SCOTLAND

Posted: 06 Sep 2014 09:19 PM PDT




KOMENTAR

pada 18 haribuan ini
warga scotland akan mengundi
untuk berpisah dari united kingdom

ramai tidak sedar bahawa
england telah menjajah wales
england telah menjajah scotland
england telah menjajah ireland utara

welsh, scots  dan irish bukan english
macam kadazan iban dayak mereka bukan melayu
mereka adalah bangsa berbeza
welsh scots dan irish 
punya bahasa agama dan budaya sendiri
inilah yang mereka perjuangankan
inilah yang mereka pertahankan

orang england dipanggil english
orang english mula menjajah 
wales scotland dan ireland 600 tahun dahulu
pengalaman menjajah ini telah diguna pakai
untuk menjajah tanah melayu
english telah menjajah 42 negara commonwealth

malah projek malaysia ini
sama macam projek  yang telah
lakukan oleh english
kepada welsh scots dan irish

NOTA
warga sabah dan sarawak
wajib belajar dari scots

Shock new poll says Scots set to vote yes to independence

'No' campaign to offer radical deal as latest figures show 51-49% backing for end of the union
----

PROGRAM TERBUKA PASMA

Posted: 06 Sep 2014 08:48 PM PDT






MALAM ESOK

radio bangsar 
akan buat siaran langsung


NAK TENGOK GAMBAR
Wow...wow...bagus...bagus. Jangan lupa letak gambar hadirin..hadirat. boleh kenal tahi palat. kah...kah...kah.. Lepas program tu buat tempat lain pula. Boleh tengok kehadiran. Sebab yang pertama ramai orang nak kenal siapa..siapa. Woit....hisapmuddin jangan tak boh gambo...Jangan tiru cara surat kabor lanchow utusan. on SATU JEMPUTAN PANAS
Anonymous
on 9/7/14

WUJUDKAN PERSEPSI
Modus Operandi Dasar pecah perintah Wujud sentimen kaum Wujud sangka buruk Sengaja cari isu laga kaum Cari pakar 2 beri kenyataan kangkung Kah kah kah Yg pelik rakyat mudah terpedaya Sokong 52 % tak nampak Yg 47 % selalu keluar tv media Memberi gambaran 52 % silap catur Kah kah kah

Semua persepsi Wujud persepsi Buruk kan keadaan Sengaja sengaja Semua dicatur Semua diatur Pementasan dijalankan Macam wayang kulit Agar rakyat terus alpa terus.terpedaya Guna akal fikrah Rasional.intelek cerdik Main catur.catur Kah kah kah Akhirnya semua main duit Sapa banyak.boleh menang Sapa terbanyak.jadi winner Kah kah kah on SATU JEMPUTAN PANAS
Anonymous
on 9/6/14
MANA YANG LAIN
Hidup PasMa...nape 3 orang je. Mana lain. masih malu-malu lagi ke. on SATU JEMPUTAN PANAS
Anonymous
on 9/6/14



NOTA
sila jangan guna
huruf besar
ketika memberi komen

-------

L:AGI KES HILANG INGATAN

Posted: 06 Sep 2014 07:30 PM PDT






FACE BOOK



Dah pulak...
Pembuka langkah: Majlis Syura nak Khalid Ibrahim jadi MB Selangor
Pusingan pertama: AJK Pas Pusat cadang Wan Azizah dan Azmin jadi MB Selangor
Pusingan kedua: Kenyataan akhbar Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali serah kepada sultan Selangor pilih siapa jadi MB Selangor
Di belakang tabir, tindakan Azmin Ali bagi tau boss dia, Anwar Ibrahim bahawa Timbalan Presiden PKR itu dipelawa masuk Pas mencetuskan kemarahan Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi Awang.
Pusingan ketiga: Presiden Pas (tidak ada mesyuarat AJK Pas Pusat) cadangkan nama Iskandar Abdul Samad, Ustaz Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai MB Selangor.
Putus sudah kasih sayang. Tiada lagi nama Azmin. Perkara itu diketahui Azmin. Dia komplen.
Pusingan ke keempat: Presiden Pas (tidak ada mesyuarat AJK Pas Pusat) cadangkan nama Dr Idris Ahmad, Yaakob Sapari dan Iskandar Abdul Samad sebagai MB Selangor.
LikeLike ·  ·  · 27213

  • perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan ...

    https://ms-my.facebook.com/...hilang-ingatan.../15164...
    Translate this page
    PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA?? pada 15hb Oktober 2010 pukul 9.03 pagi. PERKARA-PERKARA ...
  • Tips Kesihatan Bersama Syarih.: Penyakit hilang ingatan ...

    penawar-lukimia.blogspot.com/.../penyakit-hilang-ing...
    Translate this page
    Apr 17, 2014 - Bagi pesakit-pesakit lukimia/leukemia CML pula sudah tentu masalahhilang ingatan ini akan menjadi sebahagian daripada kesan sampingan ...
  • DUA SINGGIT: HILANG INGATAN

    prettydie.blogspot.com/2014/04/hilang-ingatan.html
    Translate this page
    Apr 26, 2014 - Ada yang kata hilang ingatan ni ada jenis-jenis dia. Well, takdelah terus lupa ABC. Lupa apa yang belajar masa sekolah dulu. Lupa macam .

  • KAH KAH KAH


    kah kah kah
    kah
    -----------