Jumaat, 5 September 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


WAJIB BACA: MB Khalid bertahan hingga November?

Posted: 05 Sep 2014 08:28 AM PDT

Rabu, 03 September 2014 05:44

oleh: Amirul mukminin
WRLR


Dakwaan Naib Presiden PAS Husam Musa bahawa terdapat pasukan TPM Muhyiddin Yassin yang  menyelinap ke dalam struktur PAS di waktu hubungan parti itu dan sekutu Pakatan Rakyat berada dalam keadaan goyah, mengesahkan potensi berpanjangannya ketidaktentuan politik di Selangor.

MB sepatutnya telah dilantik apabila Dr Wan Azizah mendapat majoriti 30 kerusi DUN. Pelbagai ahli akademik, termasuk pakar Perlembagaan Persekutuan Dr Aziz Bari memberi pendapat bahawa perlantikan MB tidak boleh ditangguhkan sebagaimana dilakukan sultan Selangor sekarang.

Namun tidak mustahil sekiranya anasir Umno campurtangan mencatur politik Selangor sebagaimana didakwa Husam. Anasir itu memang telah kelihatan mencatur politik dalaman PAS sejak dua bulan lalu dan menguasai penasihat-penasihat yang rapat dengan Presiden Hadi Awang sehingga berlakunya keputusan bolak-balik, bersetuju dengan nama Dr Wan Azizah pada mesyuarat 17 Ogos tetapi presiden sendiri menentang Wan Azizah pada 25 Ogos.

Khalid sehingga November


Terbaharu, sumber dalaman yang rapat dengan MB Selangor Khalid Ibrahim mendakwa MB itu akan bertahan sehingga bulan November.

DUN akan bersidang pada November untuk meluluskan belanjawan tahunan. Sekiranya belanjawan itu tidak diluluskan maka sultan tiada pilihan selain membubarkan DUN. Pemerhati politik berpendapat tempoh sehingga November membolehkan pihak BN membuat persiapan pilihan raya yang mantap bagi merampas 29 kerusi DUN dan membolehkan BN membentuk kerajaan baharu pada Disember.

Sumber dalaman itu juga mendedahkan kakitangan dalam agensi yang rapat dengan kerajaan Selangor diarah bekerja seperti biasa kerana tidak berlaku pertukaran MB dalam masa terdekat. Dengan maklumat terbaharu ini, rakyat sangsi proses pertukaran MB dengan menyerahkan nama kepada sultan akan berjalan lancar.

Naik Azmin Ali

PAS boleh dikesan mempunyai agenda akan menentang keras Dr Wan Azizah. Sumber dalaman PAS mendakwa wujud perancangan untuk menaikkan Azmin Ali sebagai calon alternatif. Perkara itu didakwa dirancang oleh Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali. Oleh kerana itu Mustafa bertegas untuk tidak mencadangkan calon PAS. Tetapi dalam masa sama, tindakannya pelik kerana mencadangkan nama Azmin.

Kerusi MB diakui milik PKR tetapi PAS akan menentukan calon dari parti itu, bukan PKR sendiri. Usaha ini ditentang oleh PKR dan DAP yang berasa terhina kerana perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 17 Ogos lalu telah bersetuju meletakkan Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Jelas gerakan ini bukan dilakukan oleh PAS secara bersendirian. Tanpa BN di belakang situasi ini tidak mungkin perlantikan jawatan penting untuk mengurus sesebuah negeri boleh ditangguhkan sedemikian lama.

PAS tidak mampu menguasai semua sumber. Rujuk sejarah parti itu di Kelantan pada 1978 apabila usaha mengganti MB yang dihalang oleh Umno berkahir dengan pilihan raya negeri boleh dijadikan tauladan. Hanya dengan campurtangan kerajaan persekutuan semua kemelut di Selangor boleh diheret semaksimum mungkin.

Cuma yang menjadi persoalan, mengapakah puak presiden PAS tidak faham dengan percaturan Umno BN ini? Sudah nyanyukkah mereka hingga terlupa ingatan Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat mengenai bencana bekerjasama dengan Umno pada 1970 – 1978.

Umno hanya inginkan PAS ketika parti itu kuat dan apabila menjadi sekutu, maka mereka akan berusaha melemahkan PAS sehingga tiba peluang untuk menyingkirkan parti Islam itu.

Ingatan bekas MB Selangor Mohammad Taib agar PAS jangan syok sendiri juga perlu dihadam oleh pemimpin PAS. Tanpa sokongan Cina dan India, iaitu gabungan dengan parti-parti dalam PR maka PAS tidak akan mampu berkuasa di negeri pantai barat semenanjung.

Ulama yang pro Umno jangan syok sendiri. Bekas Naib Presiden PAS Nakhaie Ahmad juga telah mengumumkan beliau meninggalkan Umno kerana tidak sebulu dengan perjuangan parti itu. Adakah 'ustaz-ustaz muda PAS' yang tidak putus-putus menghentam Anwar kononnya mengamal nepotisme akan mengikut jejak ustaz Nakhaie 20 tahun akan datang?

Walak membuta tuli

Satu perkara yang diakui oleh Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu ialah kurang matang generasi muda parti itu dalam memikirkan masa depan secara berhemah dan rasional. Mereka tidak merasakan detik PAS dihina oleh kerajaan Umno BN ketika parti itu hampir tiada kerusi pada 1980an. Mereka menyertai PAS ketika parti telah kuat selepas era reformasi pada hujung 1990an. Mereka berkata dengan semangat jihad dan pertolongan Allah akan tiba dan PAS boleh menguasai Malaysia secara bersendirian.

Akhir-akhir ini atas nama Melayu mereka merasakan penyatuan dengan Umno lebih baik daripada bersama PR. Ustaz muda PAS perlu sedar diri, mereka tidak mempunyai genetik Umno. DNA mereka lain. Umno sanggp melakukan rasuah besar-besaran, khianat dan pecah amanah.

Ustaz ini jika bersekongkol dengan Umno akhirnya akan mengecam perjuangan Umno. Umno juga tidak sesuai dengan perjuangan PAS yang terlalu islamik. Mereka menganggap PAS parti yang menggelikan. Mereka menahan sesak nafas ketika mempunyai kepentingan, sebaik sahaja kuat maka tubuh badan mereka menggeliat melontar PAS ke dalam semak samun sejarah.
Tiada ijtihad paling mengelirukan dalam  PAS kecuali yang dilakukan ke atas kemelut Selangor. Kesungguhan mereka untuk menghancurkan PR amat dikesali dan bakal dicemuh oleh generasi akan datang kerana menyempitkan peluang rakyat untuk berubah daripada sistem pemerintahan feudal-kolonial kepada kemerdekaan sebenar.

WAJIB BACA: PasMa, gempur puak UG PAS

Posted: 05 Sep 2014 08:26 AM PDT

OLEH: AMIRULMUKMININ WRLR


Sekumpulan ahli PAS sudah memulakan kempen untuk memastikan parti Islam itu kekal dalam Pakatan Rakyat (PR), satu langkah yang boleh dilihat sebagai cabaran kepada kepimpinan konservatif Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) ditubuhkan selepas lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru, Kelantan pada Ahad, kata satu sumber dengan sasaran menghalang parti Islam itu meninggalkan PR dan bekerjasama dengan Umno.

"Dalam pertemuan pada hari Merdeka itu, kita berjaya kumpul 100 orang yang datang dari seluruh negara untuk tujuan yang sama iaitu meletakkan perjuangan PAS atas landasan yang betul," kata salah seorang penggerak utamanya kepada sebuah portal berita.

Beliau yang enggan dikenali berkata  kumpulan itu akan memberi penerangan kepada ahli tentang perlunya PAS kekal dalam PR. PasMa menolak ijtihad kumpulan konservatif dalam parti itu tidak boleh bertoleransi dengan perbezaan pendapat.

PasMa yang dianggotai puak profesional dan ulama itu juga akan menggempur idea penyatuan PAS Umno yang kini didakwa sedang dipopularkan oleh puak Unity Government (UG) dalam PAS.

Inisiatif ini bermula selepas Hadi memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat pada 25 Ogos beliau mahu bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan di Selangor.

Masih belum dipastikan bagaimana pimpinan PAS akan memberikan reaksi terhadap gerakan ini.

Portal The Malaysian Insider melaporkan minggu lepas Hadi mencadangkan PAS, Umno dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bekerjasama dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, setiausaha politik presiden PAS itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan laporan itu dan menegaskan tiada perbincangan dilakukan di antara Azmin dan Hadi. The Malaysian Insider mempertahankan laporan awalnya itu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, PasMa akan mengadakan majlis penerangan di seluruh negara untuk menjelaskan mengapa PAS perlu kekal dalam PR dan menolak Umno.

Majlis penerangan pertama akan diadakan di sebuah hotel di Shah Alam pada 8 September dan akan menampilkan tiga ahli panel iaitu Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dan bekas ahli Majlis Syura Ahmad Awang.

"Kita akan gabungkan semua pihak dalam majlis penerangan ini, khasnya  profesional dan ulama," kata sumber itu.

Hubungan dalam PR menjadi kucar kacir kebelakangan ini disebabkan Langkah Kajang untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Presiden, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan diikuti dengan Majlis Syura Ulama PAS menentang langkah itu dan mempertahankan Khalid.

Tetapi selepas PKR memecat Khalid, PAS menerima keputusan untuk menggantikannya dengan calon lain.

Bagaimanapun PAS tidak berapa senang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid walaupun mesyuarat Jawatankuasa PAS 17 Ogos lalu mencalonkan beliau dan Azmin untuk menggantikan Khalid.

Dalam usaha untuk memastikan Dr Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor, PKR berjaya mendapatkan sokongan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS untuk mencukupkan sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sesetengah pihak dalam PAS tidak berpuas hati dengan perkara ini dan bertindak memujuk Azmin untuk bersama mereka dalam gabungan 13 Adun PAS, 12 Adun Umno dan beberapa Adun PKR.

Baru-baru ini, khabar angin mula tersebar kononnya seorang pemimpin kanan PAS membawa tiga Adun PKR Selangor bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat itu bertujuan membuka jalan kerjasama antara tiga Adun PKR itu dengan PAS dan Umno bagi membentuk kerajaan baru di Selangor.

Semalam Husam dalam kenyataannya berkata, matlamat utama Umno dalam kerjasama ini adalah untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan persempadanan pilihan raya baru dilakukan.

"Selangor adalah umpan terdekat mereka," kata Husam dalam artikelnya dan menambah beliau yakin usaha Umno akan menemui kegagalan.

Struktur Organisasi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.

Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)
Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)
Presiden Pasma : Yb Dato' Husam Musa (Kel)
Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png)
Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad (Sel)
Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)
Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)
Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :
Nordin Majid (PGS – Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png)
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Harun (Kel)

AJK Tambahan :
Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali

: TERKINI.WAJIB BACA ; Muslihat politik PAS tidak boleh diterima

Posted: 05 Sep 2014 08:23 AM PDT

Jumaat, 05 September 2014 07:43

oleh: Amirulmukminin WRLR

Tidak diketahui siapakah yang menjadi dalang sehingga terlepasnya satu surat yang tidak diketahui oleh kepimpinan tertinggi PAS mencalonkan nama Iskandar Samad, Sallehen Mukhyi dan Yunus Hairi sebagai MB baharu Selangor.

Media hanya diberitahu surat itu dihantar melalui seorang Exco Pemuda PAS bersama seorang kerabat diraja Selangor. Surat tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin kanan PAS sehingga surat kedua dihantar secara rasmi mengandungi nama Dr Idris Ahmad, Dr Yaakob Sapari dan Iskandar Samad sebagai calon MB.

Masalahnya, surat pencalonan MB pastinya ditandatangani oleh Presiden PAS Hadi Awang supaya ia sah dan boleh dipertimbangkan sultan. Adakah Hadi terlibat dalam menandatangi surat pertama itu? Jika terlibat maka kewibawaannya dalam parti telah hancur.

Pada 17 Ogos, dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, Hadi sendiri mencadangkan nama Wan Azizah dan Azmin. Sewajarnya Hadi berpegang pada janji untuk menamakan mereka berdua sebagai calon MB. Namun apabila nama kedua-duanya diganti dengan nama lain maka Hadi telah melanggar janji.

Peristiwa besar ini menambah kecurigaan rakan PR terhadap PAS. Adakah PAS sengaja ingin mencetuskan kekecohan agar komponen lain memecat parti itu dari PR?

Dalam kalangan penyokong PAS sendiri semakin banyak yang mempertikaikan kewibawaan Hadi memimpin PAS. Hadi hilang kawalan terhadap institusi yang dipimpinnya. Tidak mungkin terdapat surat yang tidak diketahui isi kandungannya oleh mana-mana pemimpin tertinggi PAS tetapi melibatkan pejabat Hadi boleh dihantar dalam organisasi berusia lebih 50 tahun.

PAS memaparkan imej parti itu sangat tidak teratur. Malah lebih buruk berbanding JKKK Umno yang menguruskan sebuah kampung kecil.

Sebelum 4 September, masih banyak penyokong puak ulama menentang golongan profesional PAS yang pro PR. Mereka juga menyokong Dewan Ulama mengecam dua Adun PAS yang menandatangani pengakuan bersumpah mencalonkan Wan Azizah sebagai MB.

Namun selepas 4 September, mereka tidak lagi mempercayai ulama mampu mentadbir PAS. Malah PAS dianggap membuat keputusan yang tidak rasional, tidak bertrategi dan tidak bertindak sebagai sebuah organisasi dalam isu perlantikan MB Selangor.

Sukar untuk sesiapa yang waras mempercayai PAS berupaya memerintah negara jika di antara sesama mereka pun berlaku tikam belakang rakan sendiri. Surat-surat penting boleh dibuat tanpa melalui prosedur standard dan janji boleh dimungkiri sesuka hati.

Bagi Cina dan India, mereka bertegas untuk tidak lagi mengundi PAS selagi mana isu kebolehpercayaan para pemimpinnya tidak ditangani.

Cara paling baik memanggil semula kepercayaan rakyat ialah dengan mengundurkan beberapa pemimpin lama yang menimbulkan ketidak tentuan itu sejak dua bulan lalu, seperti Hadi Awang, Mustafa Ali dan beberapa yang lain dalam Dewan Ulama serta Majlis Syura. Tanpa mengetepikan mereka PAS akan kembali ke zaman kepimpinan Asri Muda dan dipencilkan rakyat.

WAJIB BACA Majlis Syura lebih tinggi tapi tak mesyuarat bersama PR

Posted: 05 Sep 2014 08:21 AM PDT

Jumaat, 05 September 2014
OLEH: AmirulmukmininWRLR


Rakyat bingung dengan permainan politik PAS yang menghantar dua surat kepada sultan Selangor berhubung perlantikan Menteri Besar baharu.

Lebih memeningkan kepala apabila Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengakui tidak mengguna pakai nama-nama yang dipersetujui oleh wakil PAS, Timb. Presiden Mohammad Sabu dan Setiausaha Agung Mustafa Ali dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, 17 Ogos lalu.

"Ya... ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS)," kata Zawawi ketika dihubungi Malaysiakini, 5 September lalu.

Pengakuan yang menyebut Majlis Syura merupakan kuasa pemutus tertinggi memilih nama yang dihantar kepada sultan dan ia adalah badan lebih tinggi daripada AJK PAS Pusat seolah-olah mempersendakan persekutuan PAS bersama PR selama ini. Dalam pilihan raya, Majlis Syura digunakan untuk menapis calon-calon yang akan bertanding, bukannya untuk membatalkan nama-nama yang telah dipersetujui.

Dalam hal persekutuan dengan komponen Pakatan, Majlis Syura sepatutnya tidak boleh menggunakan kuasa veto mereka sebagai badan tertinggi. Sekiranya majlis itu ingin memutuskan calon mereka sendiri maka wakil Majlis Syura perlu berbincang bersama wakil PR.

Jawatan Menteri Besar Selangor adalah keputusan konsensus ketiga-tiga parti dan bukannya keputusan yang melibatkan PAS secara individu. Memang benar surat sultan ditujukan kepada PAS secara individu tetapi sebagai parti ulama, PAS seharusnya menunjukkan toleransi sebagai pendakwah.

Pendakwah tidak mengambil jalan singkat dalam membuat keputusan. Majlis Syura tidak boleh berkata Wan Azizah tidak sesuai kerana beliau wanita atau Azmin tidak sesuai kerana mempunyai kepentingan perniagaan misalnya. Jika PAS bersikap demikian India dan Cina tidak lagi akan mengundi parti itu kerana sebarang perlantikan melibatkan pemimpin bukan Islam kelak akan ditentang oleh Majlis Syura atas faktor agama, jantina dan budaya.

PAS yang sejak 2008 semakin moderat kini telah kembali ke alam jumud dan tidak toleran terhadap perkembangan politik moden.

Namun perkara paling dikesalkan ialah sikap ulama yang tidak berpegang pada janji. Apabila wakil PAS telah bersetuju untuk meletakkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal MB pada 17 Ogos lalu, sebarang pindaan perlulah melalui mesyuarat serupa.

Islam mengajar untuk berpegang pada janji. Nabi Muhammad saw berpegang pada perjanjian Hudaibiyah dengan kafir Mekah, walaupun dalam hal melibatkan nyawa penganut Islam yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Perjanjian adalah perjanjian.

Bagaimanakah ulama PAS yang memiliki ilmu tinggi sehingga ke tahap boleh berijtihad memutuskan hukum tiba-tiba dalam perkara asas - menghormati perjanjian - tidak melakukannya sebagaimana diperintahkan Allah.

Maka tidak hairanlah kutukan semakin banyak diterima dari penyokong PAS berhubung bolak-balik politik yang dilakukan oleh kepimpinan ulama ini. Tindakan PAS ini adalah pemusnahan diri sendiri dan bukannya dimusnahkan oleh musuh parti itu.

Timb Presiden PAS tak tahu senarai calon MB tak ikut meeting

Posted: 05 Sep 2014 08:19 AM PDT

Jumaat, 05 September

OLEH: Amirulmukminin WRLR

Jawatankuasa Pusat PAS tidak mengetahui senarai nama calon menteri besar Selangor lain yang telah dihantar kepada pihak Istana.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau dan ahli jawatankuasa pusat lain tidak mengetahui laporan bahawa nama yang dihantar kepada Istana bukan sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiausaha Agong (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon MB.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengakui perkembangan terbaru ini memberi persepsi negatif kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun beliau menegaskan PAS komited dengan semua keputusan mesyuarat yang disepakati pimpinan pusatnya.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu," kata beliau.

Semalam, beberapa pemimpin kanan PKR memberitahu Malaysiakini bahawa PAS tidak mengemukakan nama Wan Azizah dan Azmin kepada pihak istana.

Ini bertentangan dengan pendirian PAS pada 17 Ogos lalu yang memutuskan menyokong Azizah di samping Azmin sebagai calon menteri besar.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam mengesahkan bahawa parti itu menghantar dua nama calon MB – seorang ADUN PKR dan seorang lagi dari PAS.

Walaupun beliau tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan, laporan yang muncul setakat ini menunjukkan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan tiga nama exco Selangor dari parti itu – Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus Hairi.

dollah yankee

dollah yankee


Ini lah politik

Posted: 05 Sep 2014 07:00 AM PDT



dollah yankee -
Politik mana boleh betoii.. dalam politik 1 + 1 tak semestinya 2, tapi boleh jadi 11. Dalam politik juga.. hari kawan, esok jadi lawan. Politik tak boleh 100% lurus, dia kena bengkang-bengkok.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SENYUM PAGI SABTU

Posted: 05 Sep 2014 07:00 PM PDT







SURAT PILIHAN ANDA
saja nak tanya,masa nak hantar nama kat Agung dulu untuk jadi perdana menteri,berapa nama Umno hantar..? Hassan Malek tersenarai sekali tak untuk calon PM? hohoho... on SUARA SAEKOR KANG KONG
Publish | Delete | Spam
mhaneffs
on 9/5/14


KAH KAH KAH





---------

JEMPUTAN 15 SEPTEMBER

Posted: 05 Sep 2014 12:07 AM PDT




MANGSA KEZALIMAN
 UNDANG UNDANG
BAGINDA QUEEN

sedition-charges-person





---------

LAWAN BERMULA

Posted: 04 Sep 2014 10:43 PM PDT










KOMENTAR

perjuangan diteruskan
perjuangan diteruskan

lawan tetap lawan




Safwan Anang
KUALA LUMPUR - Pengarah Eksekutif Lendsa, Muhammad Safwan Anang @ Talib dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini,selepas didapati bersalah pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan...





-----------

SATU PROJEK GAGAL

Posted: 04 Sep 2014 09:08 PM PDT




KOMENTAR
inilah contoh suara pemimpin rakyat
inilah suara berani dari pemimpin sabah

jelas siapa pengkhianati

semangat perasaan cita cita
ingin bebas
ingin merdeka
dimiliki oleh anak semua bangsa

orang melayu semenanjung
mahu merdeka dari british
orang arab aljeria
mahu merdeka dari peranchis
orang indinesia
mahu merdeka dari belanda
orang timur timor 
mahu merdeka dari indonesia
mustahil semangat ini dapat dipandamkan

kelentong dan penipuan boleh dilakukan
tetapi akhirnya kelentong ini akan terbarai

apa yang berlaku sekarang
ialah kelentong projek malaysia 1963
semakin sehari semakin retak
semakin sehari semakin ramai
dayak iban kadazan 
murut dusun bukit melanau dan dan dan
sedar bahawa mereka telah dikelentong


Antara 'pemisahan' dan pemisahan
 | September 4, 2014
Pengkhianat sebenar adalah mereka yang memberikan MyKad kepada pendatang tanpa izin, "sultan" palsu yang mahu menuntut Sabah sebagai miliknya dan pelampau yang memecah-belah Malaysia menggunakan sentimen kaum dan agama.
yong teck leeKOTA KINABALU: Secession (pemisahan) bukanlah istilah yang betul. Yang betul adalah separation (pemisahan) kerana Sabah bukanlah sebahagian daripada sejarah Malaya/Malaysia tetapi bersama Singapura, Sarawak dan Malaya membentuk Malaysia pada tahun 1963, kata mantan Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee.
Sebagai contoh katanya, Singapura "dipisahkan", bukan memisahkan (secede) diri daripada Malaysia pada tahun 1965.
"Oleh itu, kami menolak sebarang cakap-cakap yang menuduh penduduk Sabah sebagai pengkhianat," kata Yong yang juga Presiden Sabah Progressive Party (SAPP).
"Rakyat Sabah adalah patriot yang mahu melihat Malaysia berjaya dan menghormati, mengiktiraf serta memartabatkan semangat dan hasrat Perjanjian Malaysia 1963, yang tanpanya Malaysia tidak akan ada."
Menurutnya, pengkhianat sebenar adalah mereka yang memberikan MyKad kepada pendatang tanpa izin, "sultan" palsu yang mahu menuntut Sabah sebagai miliknya dan pelampau yang memecah-belah Malaysia menggunakan sentimen kaum dan agama.





---------

RADIO BANGSAR MALAM INI

Posted: 04 Sep 2014 08:38 PM PDT




TEMU BUAL 
RADIO BANGSAR 
MALAM INI
Displaying LebuhAgrariaPoster-315x445.jpg

SEMPENA FFF2014

temu bual secara langsung
bersama 
saudari vila somiah
dan
saudara azaharr rudin
pembuat dokumentri
di ambang
dan
lebuh agraria


BERMULA JAM 9.15 MALAM
Displaying di ambang poster.png



----------

SUARA SAEKOR KANG KONG

Posted: 04 Sep 2014 08:04 PM PDT









Mohd Fuad Mat Jali
SHAH ALAM - Tindakan PKR yang tetap menghantar satu nama calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat sebagai mengingkari...

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, perbuatan itu memperlihatkan PKR cuba melambatkan pelantikan menteri besar dan memanjangkan krisis itu.

"Saya tak faham kenapa PKR beria-ria sangat mahu memberikan satu nama calon, sedangkan ramai lagi pemimpin dalam PR berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri besar



KAH KAH KAH
woit
buat apa ada pilihan raya
buat apa ada dewan rakyat
buat apa ada dewan negeri
buat apa kira undi
buat apa ada kempen
buat apa ada sidang dewan rakyat
buat aapa ada sinag dun
semua buang masa
semua buang duit
kenapa tak dari awal
beri nama pada sultan
dan sultan lantik pm
lantik menteri
dan lantik mb
dan lantik exco

I REST MY CASE






-----------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Senarai calon baru diputuskan Majlis Syura

Posted: 05 Sep 2014 02:05 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa badan tersebut bertanggungjawab memutuskan senarai baru yang menggariskan nama calon bagi jawatan menteri besar Selangor.

"Ya... ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang memetik kenyataan setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali berhubung peranan Majlis Syura dalam membentuk senarai kontroversi itu.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Mustafa mendedahkan bahawa tiga nama calon berkenaan – dua ADUN PKR dan seorang dari PAS – dipilih untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Mustafa juga enggan mendedahkan nama calon itu kerana ia berkait dengan urusan Majlis Syura Ulama.

Sementara itu, Zawawi turut ditanya mengenai kenyataan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang tidak tahu menahu mengenai laporan berhubung senarai baru yang dihantar kepada istana.

Nik Zawawi sekadar berkata: "(Mohamad) bukan Majlis Syura."

Ia dipercayai merujuk kepada senarai kedua yang dihantar sejurus selepas wakil PAS mengemukakan senarai pertama yang langsung tidak mengandungi nama calon dari parti PKR.

Senarai pertama itu, yang dihantar secara rahsia pada awal pagi Rabu dipercayai mencalonkan tiga Exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Ia didakwa dihantar tanpa pengetahuan jawatankuasa pusat dan PAS Selangor sendiri.

Senarai kedua pula didakwa menggariskan ADUN Ijok Idris Ahmad, bekas exco Selangor Yaakob Sapari dan pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.
 

Hentikan perbelanjaan melampau demi selamatkan MAS

Posted: 05 Sep 2014 02:01 AM PDT

 
Menamatkan perkhidmatan 6,000 pekerja MAS tidak akan menyelesaikan masalah selagi syarikat tersebut tidak ditadbir oleh pengurusan yang betul.

mas_khazanah_300



PUTRAJAYA: Penyatakan pandangannya tentang isu MAS, aktivis terkenal, Chegubard mengatakan bahawa syarikat ini adalah sumber bagi kelompok tertentu dalam meraih kepentingan.

"Sebab itu akhirnya, MAS ini akan tetap diselamatkan juga. Macam mana nak selesai, kalau tender katering MAS untuk tempoh lebih 30 tahun, mereka tekan harga sehingga RM 45 ( satu hidangan).

Pernah satu ketika dahulu, seorang chef terkenal menggelarkan nasi lemak MAS sebagai nasi lemak telanjang.

"Disebabkan perbelanjaan melampau sebegini, saya rasa ia perlu dihentikan segera. Baru kita boleh selamatkan MAS.

"Kamu buang 6,000 pekerja MAS, ia tidak akan menyelesaikan masalah selagi MAS tidak ditadbir oleh pengurusan yang betul," katanya.

Ketika ditanya mengenai krisis penamaan calon Menteri Besar Selangor yang baru, beliau meluahkan rasa kecewa terhadap Pakatan Rakyat kerana beranggapan rakyat mengundi Pakatan Rakyat bukan untuk melihat krisis yang tidak berkesudahan ini.

"Rakyat telah kecewa dengan pemerintah yang ada sebelum ini, sebab itu mereka mengundi Pakatan dengan harapan pemerintahan dan pengurusan yang lebih baik. Saya tidak nafikan ada beberapa peringkat masalah yang telah selesai.

"Saya merupakan anggota yang digantung oleh KEADILAN, tetapi persoalan dia adalah bagi pihak kelompok pemuda, jangan bagi anak-anak muda di Malaysia bosan.

"Untuk pihak berkenaan, duduk dan bincang, jangan ego dan jangan sombong, Mengenai persoalan Menteri Besar yang bakal dipilih, mereka tidak kelihatan solid dalam menyelesaikan masalah ini, sama ada dalam Pakatan Rakyat atau KEADILAN itu sendiri," akhirinya.

LTSAS makan belanja RM42 juta yang dianggap kabur

Posted: 05 Sep 2014 02:00 AM PDT

 
Raja Ahmad Iskandar gesa Kerajaan Negeri Perak bentang semula DRP LTSAS

airport_ipoh_2_540_360_100


PETALING JAYA: Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendesak Kerajaan Negeri Perak agar menunaikan janji membentangkan semula Draf Rancangan Pembangunan (DRP) bagi pembangunan Lapangan Terbang Azlan Shah (LTSAS).

Ini kerana pembangunan LTSAS yang memakan belanja RM42 juta untuk projek naik taraf bermula 13 April 2011 itu telah terpaksa ditutup bagi membaiki landasannya yang menghadapi masalah pada Disember 2013, memakan belanja sebanyak RM15.22 juta.

Keadaan tersebut telah diumumkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak.

Menurut Raja Ahmad Iskandar, keputusan kedudukan landasan LTSAS sepatutnya dapat diketahui pada bulan Februari 2014 yang lalu, namun ia diumumkan pada awal Ogos 2014 tentang keselamatan landasan tersebut.

"Ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan swasta hanya menunggu dan melihat sahaja situasi yang sedang berlaku dan begitu meragui pelaburan mereka di LTSAS di masa akan datang.

"Justeru, Kerajaan Negeri Perak perlu serius dan bersungguh-sungguh untuk membaiki semula persepsi buruk yang berada di LTSAS sekarang ini, malah jika perlu satu pelaburan juga perlu diberikan suntukan bagi tujuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebooknya.

Projek menaik taraf LTSAS telah bermula pada 13 April 2011 dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 November 2012 serta telah dirasmikan pada 21 Mei 2012.

Laporan awal siasatan MH17 boleh diketahui 4 petang

Posted: 05 Sep 2014 01:55 AM PDT

 

 
Belanda menjadi pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan laporan hasil siasatan nahas pesawat berkenaan. 

mh17-malaysia-airline-ukraine-russia-plane-crash


PETALING JAYA: Laporan awal siasatan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang diketuai oleh Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) akan disiarkan menerusi laman web agensi berkenaan, pada 9 September ini.

Laporan awal siasatan itu boleh dilayari menerusi laman www.safetyboard.nl mulai jam 4 petang, waktu tempatan.

Dalam nahas ini, Belanda menjadi pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan laporan hasil siasatan nahas pesawat berkenaan yang dikatakan ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Dalam nahas itu, seramai 298 orang penumpang dan kru pesawat telah terkorban.

Sehingga ini, ramai yang mempertikaikan punca nahas dengan negara Barat meletakkan kesalahan itu kepada kumpulan pemisah Ukraine yang pro-Russia, manakala Moscow pula menyalahkan Kiev.

Selain 43 warga Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Pada 2 September, tujuh jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 telah di bawa pulang dan ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31 jenazah warga tempatan pulang ke tanah air setelah tragedi itu memasuki hari yang ke-51.

Hanya satu jenazah yang sudah dikenal pasti belum dibawa pulang lagi setakat ini berikutan proses pengurusan jenazah belum selesai.

Najib harus jelaskan kemungkiran janji memansuhkan Akta Hasutan

Posted: 05 Sep 2014 01:50 AM PDT

 
KPRU berpendapat, kini tiba masanya akta tersebut dimansuhkan dan menegaskan tindakan terhadap wartawan Susan Loone adalah tidak masuk akal.

najib300


PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), Ooi Heng berkata kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah berjanji memansuhkan Akta Hasutan 1948 adalah suatu perkara yang memeranjatkan.

Menurut Ooi, pada 11 Julai 2012, dua tahua sebelum ini dan setahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Najib telah menjanjikan untuk memansuhkan akta tersebut.

"Malah dua bulan selepas PRU-13, iaitu pada 2 Julai 2013, Najib memberitahu British Broadcasting Corporation (BBC) bahawa akta tersebut akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.

"Kini setelah siri pendakwaan terbaru di bawah Akta Hasutan dikenakan terhadap Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, ahli politik, aktivis, ahli akademik dan wartawan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanggungjawab atas bidang perundangan menyatakan bahawa kenyataan Najib sebelum ini tidak bermaksud sebegitu," katanya.

Tambah Ooi, beliau berpendapat, Najib sendiri haruslah menjelaskan kepada rakyat kemungkiran janji tersebut dan apakah yang berlaku sebenarnya.

"KPRU ingin bertanya, apakah kemungkiran janji tersebut ekoran desakan dan tekanan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad?

"Apakah desakan Tun Mahathir termasuk mendakwa wartawan, ahli akademik dan juga memenjarakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim," soalnya.

Jelasnya lagi, kemungkiran janji tersebut dan siri pendakwaan berkaitan lebih merupakan sebahagian daripada strategi Najib yang juga merupakan Presiden Umno dalam melumpuhkan Pakatan Rakyat yang berada pada keadaan umbang-ambing.

"KPRU berpendapat, kini tiba masanya akta tersebut dimansuhkan dan menegaskan tindakan terhadap wartawan Susan Loone adalah tidak masuk akal.

"Tindakan tersebut menunjukkan, rejim pemerintah memastikan media arus perdana yang dikawalnya memainkan peranan memujuk rakyat supaya menerima pemerintahannya tanpa mempertikaikan tindak-tanduknya yang bermasalah," katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Oii, begitu juga dalam hal ahli akademik yang rancak menyuarakan pendapat sehingga mampu mempengaruhi pandangan umum.

"KPRU berpendapat, kebebasan akademik dan kebebasan media bukanlah hujah utama yang dapat menonjolkan permasalahan yang kita hadapi hari ini apabila hujah sedemikian meminggirkan sekumpulan ahli politik yang juga berdepan dengan tindakan represif rejim pemerintah.

"Dalam kita mempertahan hak dan kebebasan bidang masing-masing, jangan kita terperangkap dengan minda 'pecah dan perintah' sehingga mengasingkan ahli politik yang juga berdepan dengan tindakan represif daripada golongan bukan ahli politik," ujarnya.

Posted: 05 Sep 2014 01:48 AM PDT

Pindaan ini akan meningkatkan pendapatan negara sehingga RM 300 juta setahun dan bakal memberikan impak letusan ekonomi khususnya di kawasan selatan Semenanjung Malaysia

photo 2 (3)


PUTRAJAYA: Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard yang mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membentangkan beberapa cadangan bagi Belanjawan 2015 kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam menambah pendapatan negara sambil mengurangkan beban rakyat.

"Set cadangan ini adalah hasi Bengkel Pengurusan Ekonomi 2012 anjuran SAMM. Cadangan ini telah dibuat dua tahun lepas, di mana kita pernah ajukan kepada beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Namun kemungkinan suara anak muda biasa seperti SAMM ini tidak dilihat penting maka ia seolah tidak diangkat," katanya yang ditemui di pejabat Kementerian Kewangan, sebentar tadi.

Menurut Chegubard, menyedari impak kesan ekonomi global yang kesan langsungnya terus kepada rakyat, maka cabarannya kini ialah menambah pendapatan negara dalam keadaan meminimakan impak kepada rakyat.

"Antara cadangan yang dikemukakan ialah Pindaan Perintah Levi yang kali terakhir dipinda pada tahun 1983.

"Pindaan ini akan meningkatkan pendapatan negara sehingga RM 300 juta setahun dan bakal memberikan impak letusan ekonomi khususnya di kawasan selatan Semenanjung Malaysia," katanya.

Beliau akui sebelum ini, SAMM dikenali dengan pelbagai konotasi negatif tetapi kelompok anak muda dalam SAMM juga mempunyai pandangan radikal yang praktikal dalam mentadbir negara.

"Kami lihat pagi ini sebagai satu ruang dan permulaan jambatan untuk semua pihak terlibat dengan tanggungjawab dalam memastikan Malaysia kembali berdaya saing," akhiri beliau.

Polis jangan bazir masa, buka semula kes Beng Hock

Posted: 05 Sep 2014 01:42 AM PDT

Oleh V Anbalagan, Penolong Pengarang Berita


Teoh Lee Lan (kanan) gesa polis buka semula siasatan kes abangnya mendiang Beng Hock. Gambar fail The Malaysian Insider.
Teoh Lee Lan (kanan) gesa polis buka semula siasatan kes abangnya mendiang Beng Hock. Gambar fail The Malaysian Insider.
 
Adik perempuan kepada mendiang Teoh Beng Hock berkata polis mesti tanpa berlengah lagi perlu membuka semula kes siasatan abangnya, susulan keputusan Mahkamah Rayuan, hari ini. Lee Lan berkata, keputusan mahkamah itu jelas menunjukkan kepada ketua polis negara, ada kemungkinan berlaku kebersalahan jenayah dalam kes itu.

"Abang saya dibunuh, hanya siapa penjenayah itu masih belum diketahui," katanya penuh emosi kepada media selepas keluar dari mahkamah di Putrajaya, hari ini.

Katanya, keputusan itu adalah kemenangan kecil terhadap keadilan untuk mereka walaupun ia diperolehi selepas 5 tahun kematian Beng Hock.

"Berbaloi kami menunggu untuk mendengar keputusan ini," katanya.

Beliau juga mengingatkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibuat kepada ibu bapanya tidak ada apa yang akan disembunyikan jika ada bukti cukup untuk membawa pelaku dalam kes Teoh ke muka pengadilan.

Najib bertemu ibu bapa mendiang selepas beliau menjadi perdana menteri pada 2009.

 Lee Lan berkata, keluarganya akan memberi tempoh masa yang munasabah kepada polis untuk memulakan siasatan mereka tetapi akan mengambil tindakan sewajarnya jika polis terus berdolak-dalih.

"Kita akan bertindak mengikut undang-undang seperti mengadakan forum dan bantahan," kata juruaudit berusia 34 tahun itu.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga itu, berkata tiga asas bertulis adalah testimoni wujud perbuatan khianat dalam kematian Teoh.

 "Mahkamah mengambil masa yang lama sehingga 5 tahun untuk akhirnya membuat keputusan kematian mendiang bukan disebabkan bunuh duru atau kematian secara kemalangan," kata Gobind yang juga ahli Parlimen Puchong.

 Beliau berkata, keputusan hari ini merendahkan standard bukti dalam inkuiri itu dan jelas menyatakan peranan koroner ialah mengumpul bukti bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut.

"Ini adalah penting terutama bagi kes mati dalam tahanan," katanya.

Dalam kes itu, Gobind memberitahu hakim ada banyak bukti untuk menyokong dapatan kematian Teoh adalah konsisten dengan pembunuhan.

Katanya, ada bukti yang boleh dipercayai menunjukkan ada kecederaan sebelum jatuh pada leher Teoh. Beliau berkata, bukti pakar juga menunjukkan ada kesan lebam pada bahagian kiri leher mangsa menandakan ada tekanan dikenakan pada lehernya.

 Gobind berkata, beliau berharap kerajaan akan mengalah terhadap tuntutan sivil yang difailkan keluarga Teoh.

"Keputusan hari ini jelas menunjukkan SPRM bertanggungjawab dan kerajaan patut bayar ganti rugi," katanya.

Mahkamah Tinggi dijadualkan mendengar tuntutan itu pada November. Bapa mendiang, Leong Hwee dan ibunya Teng Shuw Hoi, balunya Soh Cher Wei dan anak mereka Er Jia memfailkan tuntutan terpinda terhadap SPRM dan 12 yang lain.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, pihak plaintif mendakwa, SPRM dengan salah menyerang, menyebabkan ketakutan dan tekanan melampau kepada mendiang.

 Oleh itu, pihak plaintif menuntut ganti rugi bagi kehilangan kebergantungan, kesedihan dan kecuaian selain kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Setakat ini, 13 saksi sudah memberi keterangan. Sementara itu, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low patut meminta maaf secara kepada rakyat dan keluarga Teoh kerana sebelum ini beliau berkata siasatan dalaman SPRM mendapati semua pegawai yang menyiasat mangsa tidak terbabit dalam kematian mendiang.

 "Jelas ia ditutup dan Low patut mengaku," katanya. Teo berkata, polis patut menarik balik siasatan kes hasutan terhadap Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang secara umum berkata kematian Teoh disebabkan perbuatan khianat.

"Keputusan mahkamah membuktikan Kit Siang betul," katanya.

Siswa usung 'mayat' tuntut mansuh Akta Hasutan

Posted: 05 Sep 2014 01:27 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Sekumpulan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Berlangsung selepas solat Jumaat petang tadi, mereka turut menghantar satu replika jenazah yang siap dikafan sebagai simbolik kepada demokrasi yang 'mati'.

Seorang pegawai dari KDN yang sepatutnya menerima memorandum itu bagaimana pun memulangkan kembali memorandum tersebut.

Kumpulan mahasiswa tersebut kini berkumpul di lobi bangunan KDN dan berteriak "Mansuh-mansuh, Akta Hasutan!".

Mereka bertegas mahu menyerahkan replika mayat kepada KDN.

Himpunan hari ini adalah yang pertama selepas siri dakwaan terhadap ahli politik, tokoh akademik serta aktivis di bawah Akta Hasutan 1948.

Dalam sebaran media semalam, Gamis mengumumkan himpunan hari ini adalah bertujuan membantah dakwaan hasutan ke atas pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom.

Khalid: Tiada usaha jatuhkan Hadi

Posted: 05 Sep 2014 01:24 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Ahli jawatakuasa pusat PAS Khalid Samad berkata dakwaan berhubung usaha untuk menjatuhkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah satu persepsi yang dibangkitkan oleh golongan digelar "ustaz muda" dalam parti.

MP Shah Alam itu berkata PAS tidak pernah menjalankan sebarang usaha untuk menyingkirkan Abdul Hadi.

Katanya lagi, beliau juga sejak awal lagi tidak bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan kini menyebelahi PKR dalam usaha menukar menteri besar itu.

Bagaimanapun, pendiriannya itu menyebabkan beliau diserang oleh kumpulan ulama dalam PAS kerana didakwa "mengkhianati Hadi".

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Khalid berkata apa yang berlaku dalam parti itu hanyalah perbezaan pendapat mengenai isu tertentu tanpa mencabar kepimpinan Abdul Hadi.

"Setakat mana yang saya tahu, selama ini di dalam Muktamar PAS memang tidak ada sesiapun yang dicalonkan untuk menandingi Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS.

Hadi tak puas hati

"Setakat mana yang saya tahu, memang kebanyakan, kalau tidakpun, keseluruhan ahli PAS, memang pada dasarnya tidak ada masalah dengan Ustaz Hadi.

"Sekalipun beliau dilihat konservatif, hakikatnya dalam mesyuarat, beliau membenarkan setiap orang memberi pandangan. Beliau tidak pernah kata 'ini padangan saya, kamu mesti ikut'. Tiada," katanya.

Beliau menjawab soalan berhubung sejauhmana serius usaha untuk menyingkir Abdul Hadi sebagai presiden dalam parti itu.

Mengakui MP Marang itu ada rasa "tidak puas hati" dengan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat dalam isu tertentu, namun Khalid berkata komitmen tokoh PAS itu dalam gabungan pembangkang itu tetap kukuh.

"Saya rasa (ia) tidak akan menimbulkan masalah, terhadap kepimpinan dalam pada Tok Guru Abdul Hadi. Hanya menjadi masalah, ada timbul persoalan (desas-desus) nak keluar Pakatan.

"Khabar angin ini sukar nak pisahkan antara betul dan direka. Saya rasa selagi mana komitmen (Hadi dalam) Pakatan Rakyat itu tetap mantap dan kukuh, (maka) tidak akan ada masalah," katanya.

Akar umbi Umno gesa ISA diwujud semula

Posted: 05 Sep 2014 01:22 AM PDT


Shahidan Kassim Shahidan Kassim
 
 
 
BACHOK – Hampir semua perwakilan Umno Bahagian di negara ini menggesa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula berikutan pelbagai provokasi melampau yang berleluasa kini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, suara dari akar umbi dan ketua- ketua Umno Bahagian yang ditemuinya menyatakan hasrat itu untuk mengembalikan keamanan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Saya terima banyak maklum balas agar wujudkan semula ISA dan ketatkan Akta Hasutan serta tambahkan hukuman untuk kesalahan seperti ini.

"Saya tak tahu kenapa maklum balas ini amat mendesak. Faktor ini perlu dikaji," ujar Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Perkara ini akan saya bawakan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk kita pertimbangkan dan perhalusi dengan baik," ulasnya lagi pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bachok di Dewan Ko- Kurikulum Tangok, di sini, hari ini.

Azizah atau Pas jadi MB?

Posted: 05 Sep 2014 01:18 AM PDT


Analisis
 
 
 
PERSOALAN sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal ataupun tidak telah terjawab, beliau sudahpun menghadap Sultan Selangor pada 27 Ogos lalu untuk meletakkan jawatan.

Walaupun Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan tersebut, rakyat Selangor sudah diberi mesej jelas, Abdul Khalid tetap akan berundur dari kerusinya dan negeri ini bakal menerima menteri besar yang baharu.

Namun apa yang menarik, ketika pertemuan Abdul Khalid dengan sultan, baginda mahu setiap parti dalam PR menghantar sekurang-kurangnya dua nama calon menteri besar untuk dipilih.

Titah tuanku itu menunjukkan baginda masih mahu mengkaji terlebih dahulu siapa calon-calon yang dikehendaki dan difikirkan layak sama ada dari PKR, DAP atau Pas yang akan dilantik sebagai menteri besar selain yang telah diputuskan PR.

Secara tidak langsung, titah itu juga menunjukkan bahawa tuanku mahukan peralihan kuasa dilakukan secara demokrasi dan telus tanpa sebarang desakan dari mana-mana pihak.

Persoalannya, siapa? Sehingga hari ini jawapan itu masih lagi samar-samar walaupun sebelum ini PR sebulat suara menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Dengan arahan sekurang-kurangnya dua nama diperlukan itu, siapakah calon-calon diisi setiap parti komponen PR?

Rabu lalu, pihak istana mengesahkan bahawa sultan telah menerima calon dari ketiga-tiga parti untuk dipilih. Semua sedia maklum bahawa Dr Wan Azizah adalah calon utama terus dikekalkan PR.

Walaupun arahan menetapkan supaya setiap parti memberi lebih dari satu nama, namun, PKR masih dengan keputusan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Ini dibuktikan dengan surat balas dari Istana yang diberikan kepada PKR kelmarin, yang menggesa parti itu menghantar lagi nama selain Dr Wan Azizah. Difahamkan, keputusan berhubung perkara itu telah diputuskan PKR dalam mesyuarat parti itu petang semalam.

Bagaimana pula dengan Pas? Siapa calon yang dipilih Pas untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor?

Terdapat spekulasi yang mendakwa Pas turut menghantar nama pemimpin mereka untuk menjadi menteri besar. Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan portal yang mengatakan Pas menghantar satu nama pemimpin parti itu selain dua nama calon dari PKR. Ada pula yang mendakwa Pas menghantar tiga nama pemimpin mereka.

Antara nama pemimpin Pas yang paling kerap disebut-sebut sebagai calon ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri sejak 2008. Selain beliau, dua exco lain iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi dan Salehen Muhyi turut diramal mampu menggalas tugas itu jika dipilih sultan.

Namun, Iskandar ketika ditemui Sinar Harian menafikan namanya dicalonkan Pas Pusat sebagai salah seorang calon menteri besar, seperti yang dicanangkan.

"Saya tak fikir (dicalonkan). Saya pun tak tahu apa yang berlaku sekarang ini," itu penegasan Iskandar, malah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar itu juga memaklumkan beliau tidak tahu menahu langsung maklumat berhubung nama calon ataupun bilangan sebenar calon yang dihantar.

Persoalan sama ada Pas berpeluang menjadi menteri besar masih sukar untuk dipastikan, ini kerana Pas masih lagi enggan mengesahkan bahawa mereka bersedia merebut jawatan itu dari rakan PR.

Sebelum ini, Pensyarah Geo-Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali ada menyebut, Pas perlu berani ke hadapan supaya dapat membuktikan mereka adalah parti yang dinamik dan berkebolehan, bukan sekadar arif dalam urusan agama.

"Setakat ini, rekod panjang Pas hanya sebagai menteri besar di Kelantan, negeri yang 90 peratus orang Melayu. Mengapa tidak ambil peluang tunjukkan mereka juga boleh tadbir negeri pelbagai bangsa, negeri yang menjadi pusat tumpuan negara?" Itu pandangan beliau terhadap kredibiliti Pas sebagai sebuah parti politik.

Mohd Fuad akui tidak hairan jika 'kedegilan' PKR dan DAP yang bertegas dengan mencalonkan Dr Wan Azizah mungkin menyebabkan Sultan Selangor memilih menteri besar daripada Pas, jika Pas berani 'menentang arus yang ditetapkan rakan sekutu'.

Namun apa yang pasti, perkembangan terbaru ini membuka jalan baharu kepada krisis ini dan memberi harapan kepada ahli Pas di akar umbi bahawa pemimpin mereka ada potensi akan dipilih sultan.

Jika nama pemimpin diletakkan dalam senarai calon, peratusan dipilih sultan dilihat lebih tinggi berbanding Dr Wan Azizah kerana hubungan Pas Selangor dengan istana yang baik. Bagaimanapun, semua ini tertakluk kepada budi bicara tuanku yang lebih arif memilih calon menteri besar untuk mentadbir negeri ini.

Apa yang pasti, perebutan jawatan ini akan kembali berlarutan jika Pas dipilih menjadi menteri besar dan kesannya lebih kepada PR berbanding perebutan jawatan dengan Abdul Khalid.

Daun ketum diwarta bawah Akta Dadah Berbahaya

Posted: 05 Sep 2014 01:17 AM PDT

SINAR HARIAN

Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid Hamidi
 
 
 
JITRA - Kementerian Dalam Negeri akan mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan daun ketum akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat oleh pasukan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
  
"Sehubungan itu penanaman pokok ketum, memproses daun ketum menjadi air dan pengedaran bahan ketum adalah menjadi kesalahan yang akan dibanteras," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Beliau yang juga naib presiden Umno merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu.
  
Penyalahgunaan daun ketum sebelum ini diletakkan di bawah Akta Racun 1952.
  
Sementara itu Ahmad Zahid berkata, kerajaan bercadang untuk membina pagar berelektronik di kawasan sempadan negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelak kegiatan penyeludupan.

Beliau berkata pagar sempadan sedia ada didapati rosak akibat perbuatan penyeludup menyeludup keluar barangan bersubsidi dan menyeludup masuk dadah.
  
"Hampir RM5.2 bilion barangan bersubsidi seperti
diesel
dan petrol diseludup keluar ke negara jiran dan ia amat merugikan kerajaan," katanya. - Bernama

Laporan siasatan awal nahas MH17 pada 9 Sept

Posted: 04 Sep 2014 09:49 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Lembaga Keselamatan Belanda akan mengeluarkan laporan siasatan awal berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 pada 9 September.
  
Lembaga itu berkata laporan awal itu boleh diperoleh melalui laman webnya, www.safetyboard.nl pada jam 10 pagi waktu Amsterdam.
  
"Laporan awal itu akan membentangkan maklumat sebenar berdasarkan sumber yang ada dengan Lembaga Keselamatan Belanda.
  
"Dalam bulan-bulan yang akan datang, siasatan seterusnya diperlukan sebelum laporan muktamad boleh ditulis. Lembaga Keselamatan Belanda menjangka untuk menerbitkan laporan muktamad itu dalam masa setahun selepas kejadian itu," kata lembaga itu dalam kenyataan dalam laman webnya semalam.
  
Kelmarin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan awal mengenai tragedi itu akan dibentangkan bulan ini oleh jawatankuasa penyiasatan yang berpangkalan di Belanda.

Liow berkata laporan itu penting bagi memberi panduan untuk siasatan lebih mendalam terutama punca sebenar tragedi itu yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pesawat terbabit.
  
"Hanya akan ada satu laporan iaitu daripada jawatankuasa penyiasatan yang kita anggotai, tiada laporan berasingan akan dikeluarkan oleh Malaysia atau negara lain yang terlibat," kata Liow.
  
Penerbangan MH17 yang sedang dalam penjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
  
Selain warganegara Malaysia, pesawat itu juga membawa warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.- Bernama
 

Orang Asli tuntut geran tanah adat di Temerloh

Posted: 04 Sep 2014 09:46 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Warga Orang Asli di dua penempatan di Temerloh menuntut agar kerajaan mengeluarkan geran kelompok kepada mereka bagi melindungi kawasan terbabit daripada pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab.

Aktivis Orang Asli, Shafie Dris berkata langkah itu perlu disegerakan ekoran kegiatan satu syarikat pertanian yang didakwa menceroboh tanah adat mereka untuk mengusahakan tanaman pisang.

Beliau yang giat mendokumentasi tanah milik Orang Asli berkata, kawasan seluas 350 ekar yang didakwa diceroboh itu mengandungi perkuburan lama dan makam nenek moyang mereka.

Katanya, geran tersebut akan dapat memberi perlindungan kerana perbincangan Tok Batin mereka semalam dengan Pegawai Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Daerah Temerloh menunjukkan bahawa tanah tersebut telah diserahkan kepada Felda.

Ia menjawab teka-teki sebelum ini ketika mereka berdepan dengan pengusaha tanah berkenaan dalam kejadian pada akhir Ogos lalu.

Dalam kejadian itu mereka diberitahu oleh pemaju bahawa syarikat berkenaan mendapat tanah berkenaan daripada Felda, katanya.

"(Kami) menuntut agar kerajaan negeri dan pusat... agar tanah ini diiktiraf atau diwartakan mengikut pelan komuniti berdasarkan bukti yang ditunjukkan.

"...Iktiraf kawasan ini sebagai tanah adat Orang Asli berbentuk geran secara komunal untuk Orang Asli Kampung Paya Pelong dan Paya Rekoh bagi mengelakkan pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab," kata Shafie dalam kenyataannya.

Shafie turut memuatkan gambar di

Facebook
, menunjukkan aktiviti jentera berat melakukan kerja-kerja tanah di kawasan yang dimaksudkan.

Pembikin filem dokumentari itu turut memuatkan gambar dokumen, didakwa menunjukkan serahan tanah tersebut oleh Felda kepada syarikat terbabit.

Selain itu, beliau juga menyiarkan gambar menunjukkan operasi penguatkuasa PTG ke tapak kontroversi itu.

Tambahnya lagi, beliau kesal kerana Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri memutuskan bahawa tuntutan masyarakat Orang Asli ke atas tanah berkenaan adalah berasas.

Beliau merujuk kepada kenyataan Adnan pada Oktober 2012, selepas mereka menyerahkan memorandum untuk menuntut hak ke atas tanah adat berkenaan.

Kes TBH: Hakim mahkamah Rayuan putuskan ia kematian dalam tahanan

Posted: 04 Sep 2014 09:38 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini sebulat suara membatalkan keputusan terbuka koroner dalam inkues kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock.

Oleh kerana kepentingan kes itu, mahkamah telah menulis tiga penghakiman yang berasingan.

Hakim Datuk Mah Weng Kwai adalah yang pertama membaca penghakimannya. Dua lagi hakim yang bersidang bersama beliau dan yang juga akan membacakan keputusan mereka ialah Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Hakim Mohamad Ariff mengetuai panel hakim tersebut.

Hakim Mah memutuskan bahawa majistret (yang bersidang sebagai koroner) dan Mahkamah Tinggi di Shah Alam, telah menggunapakai ujian yang salah yang memerlukan keluarga Teoh membuktikan dakwaan mereka (mengenai punca kematiannya) melampaui keraguan yang munasabah.

Ujian yang betul untuk digunapakai dalam siasatan kematian atau inkues adalah imbangan ujian kebarangkalian.

Hakim Mah memutuskan bahawa kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan apabila dia ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau memutuskan Teoh tidak sengaja jatuh dengan sendirinya dan dengan itu menolak bunuh diri sebagai punca kematian Teoh.

Istana Selangor tegur PKR hantar satu nama calon MB sahaja

Posted: 04 Sep 2014 09:29 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



SHAH ALAM: Istana Selangor telah menegur PKR kerana "tidak mengikut" titah sultan dengan hanya mengemukakan satu nama sahaja bagi jawatan menteri besar, kata sumber dalaman parti itu.
Teguran itu dibuat melalui surat yang dihantar oleh istana kepada ibu pejabat PKR semalam, lapor Malaysiakini.
 
"Ia (surat itu) untuk mengesahkan yang istana itu telah mendapat nama (Presiden PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan MB, tetapi ia juga surat menegur parti itu kerana tidak menghantar dua lagi nama," kata sumber itu lagi.
 
Surat itu juga membayangkan tiada bantahan terhadap Wan Azizah (menjadi menteri besar) tetapi mereka tetap mahu dua nama lain, kata sumber itu lagi.
 
Kenyataan akhbar pertama selepas menerima surat dari istana, yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, telah ditarik balik.
 
Bagaimanapun, ia tidak menyebut apa-apa mengenai teguran pihak istana tersebut.
 
Sebelum ini, pihak istana meminta Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama untuk jawatan itu.
 
Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan nama Wan Azizah, dengan alasan ianya selaras dengan konvensyen.

Suri rumah ditembak polis dapat pampasan RM318,326

Posted: 04 Sep 2014 09:25 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah yang ditembak polis di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) pada 2009 mendapat pampasan berjumlah RM318,326 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan samannya terhadap pihak polis dan kerajaan hari ini.  
  
Hakim Datuk Hue Siew Kheng turut memerintahkan kesemua defendan membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Norizan Salleh, 34.
  
Norizan, yang merupakan ibu kepada dua anak, diberi pampasan sebanyak RM50,000 bagi kesakitan dan penderitaan; RM50,000 bagi serangan dan kecederaan; RM18,326 sebagai ganti rugi khas dan RM200,000 sebagai ganti rugi teladan.
  
Hue berkata jumlah ganti rugi teladan itu diberi bagi memastikan badan awam berkenaan tidak lagi mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.
  
Pada 15 Okt 2012, Norizan menamakan seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sentul Koperal Mohd Firdaus Rosli, Ketua Polis Sentul, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam saman itu.     
  
Dalam satu penghakiman ringkas, Hue berkata berdasarkan gambar yang dikemuka ketika perbicaraan kes itu, terdapat 16 kelongsong peluru dan lubang bekas tembakan dijumpai pada badan kereta yang dinaiki Norizan selain bukti kukuh yang menunjukkan tembakan telah dilepaskan berulang kali secara berterusan.
  
Beliau berkata tembakan itu juga bukanlah atas dasar mempertahankan diri atau bertindak sewajarnya, atau mengikut prosedur yang betul.
  
"Malah Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) tidak membenarkan perkara ini," katanya sambil menambah IGSO terbabit hanya boleh digunakan jika anggota polis berdepan bahaya yang boleh menyebabkan kematian.
  
Sehubungan itu, Hue berkata beliau mendapati defendan gagal membuktikan pembelaan kekerasan yang munasabah.
  
Hakim itu juga berkata beliau mendapati tidak ada kertas siasatan dibuka berdasarkan aduan plaintif dan tidak ada pertuduhan dibuat.  
  
Norizan, dalam penyataan tuntutannya, berkata kereta peronda polis yang dinaiki Mohd Firdaus mengejar kereta yang beliau naiki bersama rakannya di MRR2 serta melepaskan tembakan berulang kali ke arah mereka.
  
Katanya, anggota polis terbabit juga telah menendang dan menyebabkan beliau jatuh semasa cuba keluar daripada kereta.
  
Akibatnya, Norizan berkata beliau terpaksa dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara selama 13 hari kerana cedera di pergelangan tangan kanan dan selain luka tembakan di bahagian dada.
  
Berikutan insiden itu, beliau mengalami kesukaran untuk melakukan kerja berat dalam tempoh yang lama, dan telah kehilangan kerja. 
  
Norizan diwakili peguam N.Surendran manakala Peguam Kanan Persekutuan Wan Suhaila Mohd mewakili defendan. - Bernama

VEP wajar mula pada kadar minimum

Posted: 04 Sep 2014 09:23 PM PDT

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat mencadangkan agar kerajaan menetapkan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan Singapura memasuki negara ini pada kadar minimum terlebih dahulu.

Beliau pada Wacana ke-30 Sinar Harian 'VEP: Apa Tunggu Lagi?' berpendapat penetapan kadar minimum ini adalah bertujuan untuk mengetahui terlebih dahulu hasil pelaksanaan tersebut.

"Kita khuatiri tindakan meninggikan caj tersebut akan menjejaskan beberapa aspek terutama ekonomi setempat.

"Kerajaan perlu menetapkannya pada kadar minimum terlebih dahulu dan kita lihat hasilnya," kata beliau yang dipetik Sinar Harian.

Suhaizan turut mengingatkan kenaikan VEP ini perlu dikaji dengan teliti agar ia tidak membebankan rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu.

"Kita harap kerajaan meneliti dan mencari satu nilai munasabah bagi caj tersebut dan ia bagi mengelakkan suasana panik ke atas warga Singapura," sambung beliau.

Sementara itu timbul ketidakpuasan hati dari kalangan penonton yang hadir apabila Suhaizan dilihat seolah-olah membela rakyat Singapura.

Menjelaskan hal itu beliau berkata, ianya bagi menjaga hubungan politik antara dua negara.

"Malaysia negara kelahiran saya, tetapi sebagai ahli politik yang matang, saya ingin menjaga hubungan antara Malaysia dan Singapura.

"Dalam isu VEP kita tidak mahu wujudkan permusuhan dan kita harus beri mesej yang jelas dan kalau timbulkan kebencian ia merupakan suatu yang tidak baik," katanya.

Wacana yang diadakan di Dewan Utama Kompleks Komuniti Tan Sri Mohamed Rahmat di Tampoi johor selain Suhaizan sebagai ahli panel turut dihadiri Ketua Pemuda Umno Johor, Hahasrin Hashim, Pengarah Polisi DAP Johor, Wong Shu Qi dan Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat. -
Manakala, Moderator adalah Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik.- HARAKAHDAILY

Siapapun calon, yang penting Umno ditewaskan

Posted: 04 Sep 2014 09:21 PM PDT

SALMAH MAT HUSAIN 


KOTA BHARU: Pemuda Pakatan Rakyat tidak mahu isu calon pada Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Kubor menjadi masalah kepada kerjasama antara PKR dan PAS.

Bagi mereka, parti mana sekalipun yang dipersetujui Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk bertanding di situ, mereka akan memberi sokongan penuh.

Penegasan itu dibuat Timbalan Ketua AMK Pusat, Dr Afif Baharuddin ketika mengunjungi Pemuda PAS Kelantan semalam.

"Soal calon yang bakal bertanding sama ada dari PAS atau PKR tidak penting, kerana sasaran sebenar yang perlu dikalahkan ialah Umno dan BN.

"Saya yakin majlis pimpinan Pakatan Rakyat, Majlis Presiden akan membuat keputusan yang terbaik demi memastikan kemenangan calon Pakatan pada PRK nanti," ujarnya.

Kunjungan beliau semalam disambut oleh Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari di pejabat dewan itu, di Syabab Point.

Hadir sama, timbalannya Ustaz Hafiz Musa, Naib Ketua Pemuda, Ustaz Asri Daud serta kepimpinan pemuda peringkat negeri.

"Kerjasama erat yang akan diberikan baik dari AMK atau Pemuda PAS  bagi memastikan seleruh jentera pemuda di kalangan kami turun untuk kemenangan di Pengkalan Kubor,

"Kita juga akan hadapi beberapa cabaran bersama, itu tugas kami untuk mengatasinya," ujar Afif lagi.

Menurutnya lagi, Pemuda Pakatan Rakyat begitu komited untuk memastikan kerajaan BN dan Umno dapat ditukar dalam PRU akan datang dan Pengkalan Kubor sebagai pandu arahnya.

Tujuan pertemuan itu juga katanya untuk menyatakan komitman sebagai anggota pemuda, di mana siapa pun calon dikemukakan ia calon PR dipihak angkatan muda tetap akan bekerjasama.
- HARAKAHDAILY

Ini Calon-calon MB Selangor Dari PAS (?)

Posted: 04 Sep 2014 09:19 PM PDT

KELAB GREENBOC



Majlis Syura Ulama larang PAS calonkan Wan Azizah, Azmin jadi MB Selangor, lapor Utusan

Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar membuat keputusan untuk turut menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di samping nama dua Adun PKR, dedah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam Utusan Malaysia hari ini.

Nama dua Adun PKR yang dihantar kepada istana Selangor bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali seperti yang dipersetujui jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu.

Difahamkan, dua Adun PKR yang dimaksudkan itu adalah Dr Idris Ahmad (Adun Ijok) dan Dr Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) manakala Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, exco kerajaan negeri Selangor yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Bagaimanapun, setiausaha agung PAS itu tidak mahu mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana Selangor kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama.

"Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mustafa berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas berbeza dengan pendirian Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mahu mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin.

"Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS.

"Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," kata Mustafa, sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan kepada Utusan Malaysia senarai calon itu dihantar Pejabat Presiden PAS ke istana Selangor, semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah ia terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu.

Ditanya kemungkinan salah satu daripada 2 nama calon PKR itu adalah Dr Wan Azizah, beliau hanya menjawab:

"Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)."

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider semalam, pihaknya menafikan laporan The Star Online yang mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun mereka sebagai calon menteri besar Selangor.

Menurut laporan portal itu, PAS menghantar nama Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Dr Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar Selangor yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR.

"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Mustafa pada masa ini enggan mendedahkan nama yang dicalonkan PAS kepada istana.

Malam tadi selepas mesyuarat biro politiknya PKR berkata akan mengambil "langkah yang perlu dan sesuai" dalam tempoh 48 jam akan datang berikutan teguran pihak istana Selangor kerana hanya mencalonkan presidennya Dr Wan Azizah bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang enggan menjawab sama ada parti berbilang kaum itu akan menghantar lebih 2 nama seperti yang diminta Sultan Selangor mengakui PKR menerima surat daripada istana dua hari lalu.

"Kami akan mengambil langkah yang perlu dan sesuai. Kami akan bertindak sewajarnya dalam tempoh 48 jam akan datang," katanya di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya malam tadi.

Perkembangan terbaru itu menggugat lagi hubungan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR, PAS dan DAP yang sudah tercalar dalam krisis menteri besar Selangor ini.

Pada 6 Ogos lalu, Majlis Syura yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan mengekalkan Khalid selepas pendirian itu juga dibuat Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Keputusan itu dibuat sebelum mesyuarat AJK PAS Pusat yang dijadualkan berlangsung 10 Ogos dan kemudiannya dianjakkan ke 13 Ogos dan seterusnya menjadi kenyataan pada 17 Ogos.

Pada mesyuarat yang sama, majlis syura juga membuat keputusan agar PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Krisis menteri besar Selangor bermula sejak pelantikan Khalid buat kali keduanya selepas pilihan raya umum ke 13 pada Mei 2013 lalu apabila Azmin juga mendesak agar beliau dipilih untuk memegang jawatan itu.

Namun ketiga-tiga parti bertegas mahukan Khalid.

Pada 22 Julai, Anwar mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor. Ia kemudiannya dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada keesokan harinya.

Pimpinan PAS, khasnya Mustafa dan Iskandar sebelum ini mengumumkan PAS tidak akan mencalonkan pemimpinnya sebagai menteri besar.

Namun keputusan kini dibuat Majlis Syura untuk turut mencalonkan Iskandar.

Keputusan itu dikatakan diambil berikutan permintaan istana Selangor.


Kenyataan Resmi Timbalan Presiden PAS bersabitan Hal Calon Menteri Besar Selangor.

Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya.

Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Sept), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama DS Dr Wan Azizah dan kedua Yb Azmin Ali.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu.

Haji Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS
5 Sept 2014 bersamaan 11 Zulkaedah 1435H.
-


ULASAN GB

Dari maklumat-maklumat yang sampai ke email GB, ini adalah senarai calon yang dikemukan oleh PAS. Betul atau tidak wallahu alam.

1. Dr Idris Ahmad (ADUN Ijok-PKR)
2. Dr Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik-PKR)
3. Ir Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka-PAS)
Tak payah ulas panjang-panjang. Anehnya Mustafa Ali membuat kenyataan itu melalui akhbar Utusan Malaysia. Bukan oleh media-dia PR atau media PAS sendiri.

GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya peranan dan keanggotaan Majlis Syura Ulama disemak semula kerana majlis yang ada kini tidak dapat diterima oleh MAJORITI ahli PAS. Ini kerana keputusan muktamar PAS telah membuat keputusan untuk memperkukuhkan kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Majoriti AJK PAS Pusat yang memenangi pemilihan PAS tahun 2013 yang lalu adalah daripada kumpulan profesyenal. Kekalahan Nik Amar yang mewakili kumpulan ulamak tewas di tangan Mohammad Sabu di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden merupakan manifestasi majoriti ahli PAS mahukan golongan profesyenal memimpin parti.

Terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan Majlis Syura Ulama untuk tujuan-tujuan tertentu.
GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Saranan GB telah disambut oleh calon Ketua Pemuda PAS yang penah gambarnya di"anjing'kan oleh golongan yang mengaku pro-ulama, Zulhazmi-At-takanan di dalam kertas cadanganya nya bertajuk MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS. Petikan cadangannya:

A) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah benar-benar menepati kelayakan yang ditetapkan oleh Fasal 8 (3)
B) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti di peringkat Pusat.
C) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana badan lain di dalam PAS seperti JKPP, DUPP, DPPP dan DMPP.
D) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah di dalam bidang-bidang ilmu Islam yang berlainan.
E) Dalam menjalankan tugasnya di bawah Fasal 8 (1), MSU hendaklah mengambilkira atau mendapatkan pandangan badan lain di dalam PAS yang mempunyai kepakaran berkaitan sesuatu perkara.



Beban yang ringan pun akan menjadi berat, jika dipikul terlalu lama

Posted: 04 Sep 2014 09:14 PM PDT

ASPAN ALIAS



Bermula dari 'Kajang Move' mac lalu sehingga sekarang keadaan di Selangor belum terlerai lagi. Sekarang untuk menyempurnakan 'Langkah Kajang' itu tidak atau belum menjadi lagi. Lama betul untuk memenuhi kehendak Anwar ini.  Halangan pertamanya ialah untuk menjadi calon PRK Kajang itu sendiri kerana beliau tersekat dengan masalah undang-undang yang beliau hadapi sejak 1998 dahulu lagi. Selepas itu digantiikan dirinya dengan isteri beliau yang telah begitu sabar menutupi dan membantu beliau dalam penyelesaian masalah yang beliau hadapi.

Cita-cita beliau begitu besar, tetapi dalam usaha mencapai cita-cita, beliau terpaksa membawa beban yang berat sehinggakan beliau mahukan semua pihak dalam Pakatan Rakyat membantu menjinjing dan menjunjung bersama masalah beliau. PAS dan DAP telah lama menjinjing sekali masalah Anwar bagi meringankan beban beliau itu. Bebannya itu menjadi ringan, tetapi jika perjalanan itu begitu jauh beban yang ringan pun akan menjadi berat.

Dua kilo beras itu ringan untuk dijinjing, tetapi jika menjinjing beras dua kilo itu memakan masa berjalan kaki yang lama. dua kilo itu akan menjadi berat. Itu sebabnya ramai yang memikul beban yang ringan, tetapi memakan masa dan perjalanan yang jauh, beban itu kadangkala di tinggalkan di tepi jalan. Maka memikul beban yang berat tetapi dalam perjalanan yang pendek itu adalah lebih baik dari memikul beramai-ramai beban walaupun ringan tetapi perjalanannya terlalu jauh dan menjemukan. Apabila merasa jemu dengan beban itu yang ringan tadi pun akan terasa berat.

PAS nampaknya mulai sedar bahawa memikul beban yang sama terlalu lama membuatkan parti itu tidak dapat mendahului perjuangannya. Sejak beberapa tahun ini parti itu terpaksa mendahulukan masalah rakannya yang terlalu 'prone' kepada melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Parti itu sudah mulai merasa penat dengan pemimpin nakal dan banyak kerenah itu. Begitu lama PAS bersama membantu dan menolong beliau memikul bebannya, tetapi beliau tetap menambah bebannya kepada PAS dan rakan yang lain itu.

Beban yang ada pun sudah berat, sekarang ditambah pula dengan beban yang baru. Sekarang PAS dan DAP di minta untuk menerima tambahan beban yang sudah tersedia berat tadi. Akhirnya PAS sentiasa menghabiskan masa dan usianya untuk memikul beban pemimpin ini, entah bila kan sampai kepenghujungnya. Rupa-rupanya Pakatan Rakyat itu hanya lah bertugas untuk meringankan beban beliau sahaja dan PAS terpaksa mengorbankan matlamatnya dan perjuangan nilai yang di perjuangkan mereka itu.

Kini PAS dituntutnya untuk menerima seorang wanita menjadi pemimpin kerajaan, sedangkan bukan sahaja PAS, orang ramai pun masih belum dapat menerima wanita untuk mengetuai kerajaan lebih-lebih lagi wanita itu akan hanya menjadi 'rubberstamp' kepada seseorang itu. Kenapa masih mahu berlindung di tempat yang terang?

Pemimpin dan Ketua Pembangkang ini ibarat seorang yang menaiki lancang dan lancang itu dipikul oleh DAP dan PAS.  Lancang yang dipikul isi semakin hari semakin berat, sedang beliau hanya bertitah dari atas lancang kemana hendak diarahkan lancang itu. Itu sendiri sudah menunjukkan kemungkinan akan bocor.

Sampai bila dan sampai mana lancang itu hendak dipikul? Itu masing-masing lah yang memberikan jawapannya. Tidak payah diberikan jawapan itu kepada sesiapa, jawap pada diri sendiri pun sudah mencukupi.

Aset pegawai kastam, ahli sindiket dirampas

Posted: 04 Sep 2014 09:05 PM PDT


SPRM SPRM
 
 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak  membekukan 207 akaun bank berjumlah RM6 juta milik pegawai kastam dan ahli sindiket penyeludupan rokok serta arak yang ditahan kelmarin.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya turut menyita 10 buah kenderaan mewah, beberapa buah gudang serta unit rumah kedai termasuk wang tunai RM3 juta.

Setakat semalam, katanya, seramai 24 individu berusia 36 hingga 56 tahun ditahan dalam operasi terbabit yang mana satu tangkapan dibuat di Ipoh, Perak.

"Mereka yang ditangkap terdiri daripada 12 anggota kastam pelbagai pangkat serta 12 individu dipercayai sindiket yang terlibat dengan penyeludupan rokok dan arak secara haram dan kesemua mereka direman selama seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM, Kuala Lumpur, semalam.

Difahamkan, penyeludupan keluar rokok serta arak dari Zon Perdagangan Bebas Cukai (PKFZ) di Pelabuhan Klang menyebabkan kerajaan kerugian kira-kira RM1.2 bilion.

Perkara ini terbongkar setelah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat pemeriksaan ke atas nilai rokok dan arak masuk ke dalam PKFZ sejak 2011 dengan jumlah keseluruhan RM1.6 bilion.

"Daripada jumlah itu, hanya RM400 juta arak dan rokok sahaja yang diisytihar keluar daripada PKFZ sejak 2011," katanya.

Menurutnya, arak serta rokok yang dikenalpasti diseludup daripada negara Sweden, Scotland, India dan beberapa negara lain.

Susulan itu, pihaknya menubuhkan sebuah Taskforce yang diketuai SPRM dan terdiri daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), LHDN, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan lain-lain lagi dengan kekuatan 200 anggota
dan membuat operasi secara besar-besaran di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, operasi ini turut mendapat kerjasama daripada Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad yang mahu membanteras aktiviti ketirisan di kalangan anggota kastam secara habis-habisan.

Katanya, operasi ini dijalankan secara berterusan dan menjangkakan akan ada beberapa tangkapan lain yang akan dibuat berdasarkan siasatan lanjut.

PKR: Kekeliruan isu MB, Pas perlu jawab segera

Posted: 04 Sep 2014 09:02 PM PDT


Nik Nazmi Nik Ahmad Nik Nazmi Nik Ahmad
 
 
 
SHAH ALAM - PKR hari ini menuntut jawapan segera daripada Pas mengenai kekeliruan dan tanda tanya mengenai pencalonan calon mereka sebagai penganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, terdapat beberapa persoalan yang timbul berdasarkan perkembangan terkini yang menampakkan kekeliruan dan untuk itu Pas perlu tampil dengan jawapan bagi merungkai segala persoalan ini.

"Berdasarkan perkembangan terkini mengapakah wujud surat awal yang diakui oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di mana tiga nama pimpinan Pas yang dicalonkan?.

"...serta mengapakah dalam kenyataan terkini dikatakan satu nama Pas dan dua nama PKR pula yang dihantar? Bukankah ini melanggar persefahaman bahawa calon Menteri Besar Selangor adalah Adun PKR.

" Dan mengapakah Mustafa Ali  tidak mahu mengesahkan siapa nama calon-calon yang dihantar? Adakah nama-nama calon PKR yang dihantar di dalam surat kali ini berlainan dengan keputusan Pas  pada 17 Ogos 2014?

"Untuk itu penting untuk rakyat Selangor mendapat penjelasan segera agar segala kekeliruan dan tanda tanya dapat dijawab," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Terdahulu Mustafa dalam satu kenyataan hari ini mendedahkan bahawa Pas telah menghantar tiga nama calon mewakili parti mereka, iaitu dua daripada PKR dan satu daripada Pas sendiri.

Kenapa PKR berkeras mahu satu nama sahaja?

Posted: 04 Sep 2014 09:00 PM PDT


Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali



SHAH ALAM – Tindakan PKR yang tetap menghantar satu nama calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat sebagai mengingkari titah sultan.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, perbuatan itu memperlihatkan PKR cuba melambatkan pelantikan menteri besar dan memanjangkan krisis itu.

"Saya tak faham kenapa PKR beria-ria sangat mahu memberikan satu nama calon, sedangkan ramai lagi pemimpin dalam PR berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri besar.

"Kalau PKR betul-betul sebuah parti yang demokratik mereka akan mendengar permintaan akar umbi dan rakyat, tetapi dalam hal ini saya mengandaikan PKR mempunyai agenda lain," katanya  mengenai tindakan PKR menghantar nama Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail sahaja kepada Sultan Selangor, kelmarin, walaupun selepas diminta memberikan lebih nama.

Beliau berkata, Sultan Selangor dilihat cuba menamatkan krisis ini secepat mungkin, namun perbuatan PR dilihat membiarkan perkara ini berlarutan akibat masalah dalaman parti mereka.

"Jika hanya satu sahaja calon dikemukakan ia akan menyebabkan sultan dalam dilema dan serba salah untuk memilih calon menteri besar.

"Berilah peluang untuk sultan memilih. Kalau satu ini sama seperti mandatori dan keadaan ini akhirnya tiada kesudahan," katanya.

Mohd Fuad berkata, sekiranya Sultan Selangor masih belum menerima calon lain, baginda boleh melanjutkan tempoh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menerajui negeri itu.

Jelasnya, sultan ada hak berbuat demikian sehingga melantik menteri besar baharu yang benar-benar layak.

"Saya yakin sultan sebenarnya mahukan menteri besar yang berkaliber yang bukan sahaja mampu memajukan negeri Selangor tetapi disukai rakyat serta memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang diinginkan baginda," katanya.

Menurutnya, sekiranya PR gagal mengemukakan nama calon lain selain Dr Wan Azizah, Abdul Khalid boleh mendapatkan nasihat Sultan Selangor untuk membubarkan Dun.

"Itu sahaja jalan penyelesaian yang boleh dilaksanakan sekiranya PKR masih dengan pendirian mereka. Dun boleh bubar, jika Sultan Selangor memberi perkenan," katanya.

Safwan Anang dipenjara 10 bulan

Posted: 04 Sep 2014 08:56 PM PDT


Safwan Anang Safwan Anang
 
 
 
KUALA LUMPUR - Pengarah Eksekutif Lendsa, Muhammad Safwan Anang @ Talib dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini,selepas didapati bersalah pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya, tahun lalu.

Hakim Norsyaridah Awang membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Bagaimanapum mahkamah membenarkan penangguhan pelaksaan hukuman penjara bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu sementara proses rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun wang jaminan ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM15, 000.

Pada 29 Mei tahun lalu, Safwan, 25, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ucapan dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi, di sini antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam.