Tukar Tiub |
- GERAKAN HAPUS AKTA HASUTAN
- NASIONALISMA KADAZAN MAKIN MEREBAK
- BOIKOT MEK DONALD
- MENGHINA RAJA MELAYU?
- CUKONG CURI KARTON
- SUARA SAEKOR MIDIN
- KUEH PAU DAN KAKI PAU
- ILMU SEMIOTIK BERKEMBANG
- MUHYIDDIN SEDANG MERANCANG
- SILA GUNA SARKOT
Posted: 02 Sep 2014 07:08 PM PDT |
NASIONALISMA KADAZAN MAKIN MEREBAK Posted: 02 Sep 2014 06:28 PM PDT KOMENTAR semangat nasionalisma semangat mahu bebas semangat mahu merdeka ada dimana mana orang melayu mahu merdeka dari british orang kadazan juga mahu merdeka bukan dari british tapi dari penjajahan semananjung Isu Sabah tidak perlu dibangkitkan - ShafieKUALA LUMPUR 2 Sept. - Isu membawa keluar Sabah dari Malaysia tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia jelas bertentangan dengan keputusan yang sudah dicapai melalui Suruhanjaya Cobbold pada 1962. Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan membangkitkan isu tersebut. "Perkara ini tidak seharusnya berbangkit kerana ia melanggar perjanjian yang telah dicapai bersama dalam Suruhanjaya Cobbold. Beliau mengulas provokasi pihak tidak bertanggungjawab untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia yang tersebar menerusi laman sosial baru-baru ini. KAH KAH KAH wooit kadazan dayak iban semua nak merdeka kah kah kah macam mana nak jadi tuan kah kah kah REST MY CASE ------------- |
Posted: 02 Sep 2014 06:00 PM PDT MEMORANDUM KEPADA: MENTERI, KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI Selesai sahaja sidang media aksi #PagarMiTi298 "Hentikan Perdagangan Malaysia dengan Israel" yang dikelola oleh SAMM dan sekutu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tampil memberikan penjelasan YANG TIDAK BERFAKTA untuk terus menyorokkan hubungan dagang sedia ada. Sehubungan itu, kami sekali lagi tampil meminta Menteri MITI untuk menjawab penjelasan yang telah beliau berikan tersebut : Produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel Dunia mengetahui bahawa serangan rejim Zionis terhadap Gaza Humanitarian Aid Flotilla – Mavi Marmara pada 31 Mei 2010 sehingga menyebabkan Perdana Menteri Turki ketika itu Tayyip Erdogan telah menghalau keluar kedutaan Israel daripada Turki. Malah beberapa hari lalu, regim Zionis Israel telah pun melancarkan serangan udara menggunakan pesawat F-16 terhadap rombongan misi kemanusiaan Venezuela ke Gaza. Bagaimana Menteri MITI boleh membuat kesimpulan bahawa regim Israel ini begitu suci dan murah hati mereka untuk melepaskan bantuan kemanusiaan masuk dengan mudah ke Palestin ataupun produk-produk yang boleh membantu urusan pembangunan ekonomi di wilayah Palestin? Jika regim Zionis ini begitu mulia hatinya tidak perlu warga Palestin bermurah hati untuk menggali terowong-terowong tikus bagi tujuan menyeludup masuk bekalan makanan, pakaian dan gas ke wilayah mereka. KAMI telah mendedahkan isu perdagangan Malaysia dengan Israel ini semenjak tahun 2010 lagi. MITI sering membisu dalam isu ini dan mengelak untuk menjawap. Dalam Perbahasan Belanjawan 2012, YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Kawasan Bakri telah membawakan isu ini dan Menteri MITI hanya memberikan jawapan bahawa perhubungan Malaysia dan lsrael adalah melalui rangkaian bekalan antarabangsa (international supply chain). Namun, apabila KAMI terus membongkarkan dokumen demi dokumen, Menteri berubah nada dan menyatakan bahawa perdagangan ini adalah untuk menyelamatkan Palestin. Mengapa Menteri sering berdolak dalik? Apakah yang sedang dipertahankan oleh MITI dan keseluruhan Kabinet? Adakah MITI sedang mempertahankan kepentingan regim Zionis ataupun Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat-Syarikat yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel? KAMI dengan ini mendesak Kementerian untuk menjelaskan apakah jenis produk, syarikat yang terlibat dan nilai dagangan yang dihantar ke Palestin. Adakah Malaysia mempunyai pengesahan bahawa Pelabuhan di Ashdod, Israel itu digunakan sebagai transit sebelum produk-produk ini dihantar masuk ke Palestin. Menteri tidak harus sekadar memberikan jawapan rambang sebaliknya mesti diiringi dengan fakta-fakta sahih. Dimanakah bukti-bukti produk-produk ini diterima oleh Syarikat-Syarikat atau perusahaan-perusahaan milik rakyat Palestin atau beralamat di wilayah Palestin? Jika tidak, Menteri sekali lagi seperti kebiasaan terus kekal berbohong dan memanipulasi fakta untuk berselindung dan menyelamatkan diri semata-mata. Adakah Menteri juga merelakan setiap daripada rakyat Malaysia menjadi penyumbang kepada kematian rakyat Palestin selama ini? Hubungan Eksport Israel ke Malaysia dan Penglibatan Syarikat Tempatan Dengan Syarikat Berpengkalan di Israel Dalam isu hubungan perdagangan ini, KAMI tidak sekadar menyebut mengenai produk tempatan yang dieksport ke Israel tetapi juga melibatkan statistik eksport Israel ke Malaysia. Produk-produk yang dikeluarkan di Israel atau Made In Israel dan kita membantu untuk membelinya melalui syarikat-syarikat MNC. Adakah MITI juga ingin mengatakan bahawa produk-produk ini berasal atau Country of Origin adalah dari Palestin yang hanya menggunakan pelabuhan-pelabuhan di sekitar Ashdod atau Haifa, Israel? Sejak bila Palestin mempunyai kilang-kilang industri membuat material-material atau komponen produk? Menteri tidak sepatutnya mengecilkan skop seolah-olah hanya barang-barang bantuan kemanusiaan ke Palestin sahaja yang kita hantar selama ini. Kelemahan dan sikap sering menunduk kepada konglomerat asing oleh Pemerintah ini dalam menghalang produk "Made In Israel" masuk ke negara ini adalah sangat dangkal dan tidak boleh diterima. Apakah Malaysia tidak lagi mempunyai kedaulatan sehingga mudah mengikut telunjuk pelabur asing? Mengapa Pemerintah tidak mempunyai keberanian seperti Turki, Chile, dan kebanyakkan negara Kesatuan Eropah yang begitu tegas menghalang perdagangan dengan Israel? Seperti mana ketegasan dan keberanian kita mengikut telunjuk Amerika Syarikat semasa menghentikan dagangan minyak dengan Iran pada tahun 2012 dahulu. Keadaan ini samalah juga dengan sikap kita yang mengagungkan dan menyanjung tinggi Henry Gurney sehingga kini walaupun Henry Gurney ini merupakan watak belakang tabir yang mewujudkan negara Israel dan merampas tanah dan hak warga Palestin sebagai manusia yang bebas dan merdeka di dunia ini. Bagaimana pula dengan syarikat perkapalan Zim yang bebas keluar masuk ke pelabuhan-pelabuhan kita, Syarikat AMDOCS yang digunapakai oleh ASTRO, APCO Worldwide yang menjadi penasihat Kerajaan dan lain-lain, apakah semua syarikat ini tidak berdaftar dan mempunyai lesen perniagaan. Siapakah pula yang memberikan syarikat-syarikat yang berlatarbelakangkan Zionis Israel ini diberikan lesen perniagaan di Malaysia? Syarikat-syarikat yang diasaskan atau berpengkalan di Israel ini sudah pasti akan membawa balik setiap sen keuntungannya ke Israel. Tidak mungkin Mak Timah di Ulu Choh, Ah Seng di Kuala Kurau, Maniam di Telok Kemang dan jutaan lagi rakyat Malaysia akan menerima laba keuntungan syarikat ini apatah pula rakyat Palestin yang telah lebih 60 tahun menjadi mangsa penghapusan etnik regim zalim Zionis Israel ini. Alasan bahawa syarikat-syarikat ini didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) juga hanya satu alasan untuk mengaburi pandangan khalayak dan mengelakkan sentimen kempen Boycott, Divestment and Sanction (BDS) yang banyak dilakukan di negara-negara luar terutamanya dalam Kesatuan Eropah. Penutup Melihat kepada respons yang diberikan Menteri adalah merupakan satu cubaan untuk membela diri dengan penjelasan serba kemungkinan tanpa ada sebarang hujah-hujah atau statistik-statistik atau fakta-fakta iringan yang lebih konkrit untuk mewajarkan penjelasan beliau. Beberapa perkara yang sering KAMI bangkitkan dalam isu perdagangan dengan Israel ini masih tidak dapat dijawab dengan tuntas oleh Kementerian. Menteri MITI sekadar memberikan jawapan umpama melepaskan batuk di tangga untuk mewajarkan tindakan Kabinet pada tahun 1996 yang telah memberikan kelulusan untuk perdagangan dengan Israel. Ini hanyalah satu cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia yang tidak pernah bersetuju dengan sebarang bentuk keganasan terhadap manusia sejagat. Tetapi malangnya sifat munafiq itu tidak mampu disorok lagi. Maka hari ini kami Solidariti buat Warga Palestin dengan turun beramai-ramai dalam aksi #PagarMiTi298 : HENTIKAN SEGERA BANTUAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA HARAM ISRAEL di hadapan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Inilah harinya untuk rakyat Malaysia bangkit menyatakan kepedulian kita terhadap kemanusiaan di Gaza yang mendapat perhatian antarabangsa. DARIPADA: NGO SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM) NGO SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) NGO LENSA ANAK MUDA MALAYSIA (LENSA) NGO JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT) NGO MAJLIS PERMUAFAKATAN KAMPUNG WARISAN (MUAFAKAT) NGO ASALKAN BUKAN UMNO (ABU) NGO PANGLIMA NGO ANAK MUDA AKTIVIS (GENG KOTAK) DAN SEMUA RAKYAT YANG SETUJU HENTIKAN PERDAGANGAN MALAYSIA-ISRAEL TARIKH: 29 OGOS 2014 ------------ |
Posted: 02 Sep 2014 07:00 AM PDT HINA RAJA MELAYU? empat tahun dahulu yang dipertuan agong telah dijemput di hari bertunang kini agong sudah berganti tapi bila hari perkahwinan kenapa tak sampai sampai adakah ini perbuatan menghina raya melayu menghina bangsa melayu dan menghina islam ---------- |
Posted: 02 Sep 2014 06:00 AM PDT WAJIB SAMAN Zunar tuntut ganti rugi dari The StarKartunis satira politik, Zunar menuntut The Star membayar ganti rugi kepadanya atas tindakan akhbar berbahasa Inggeris itu menyiarkan satu karyanya tanpa kebenaran, 22 Ogos lalu.Gantirugi yang dituntut itu dalam jumlah :yang munasabah dan dipersetujui" olehnya KAH KAH KAH woit saman jangan tak saman ajar sikit cukong ni tanah orang melayu habis di rembat karton pun nak rembat sama KAH KAH KAH ----------- |
Posted: 02 Sep 2014 01:40 AM PDT KOMENTAR ini pandangan dari pemikir sarawak dia memikirkan tentang selangor lalu persoalah hakiki muncul kenapa tak berani bersuara tentang sarawak yang sedang di hancurkan oleh taib mahmud? Pengganti Khalid diingat tak politikkan isu air SHAH ALAM - Penganalisis politik mengingatkan pengganti Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim supaya mengutamakan kepentingan rakyat terutamanya membabitkan isu air di Selangor melebihi kehendak politik dan peribadi. Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, Jeniri Amir berkata, pengganti Abdul Khalid perlu bijak menangani masalah isu air dengan melihat keperluan rakyat di negeri ini bagi mengelak catuan bekalan berulang. "Selangor akan hancur kalau mereka menjadikan isu air sebagai satu agenda politik dan ia akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada kemajuan rakyat tetapi juga pelabur dan pemain industri. KAH KAH KAH woit ini kang kong sarawak ke? bangang pun sama memanglah tujuan khalid di teranjang kerana ada kong kalikong dalam hal air selangor pakatan rakyat memang nak utamakan hak rakyat bukan hak syarikat syabas bukan nak kayakan kroni cakap cakap bangang ini lebih terok dari kang kong ni kang kong serawak ke? oppsss...maaf... ini midin KAH KAH KAH --------- |
Posted: 01 Sep 2014 09:37 PM PDT INI KUEH PAU BUKAN KAKI PAU
KAH KAH KAH woit baguslaaa ramai nak jaga rakyat ramai nak bantu rakyat ramai nak tolong rakyat pps ni tak ambil tugas pau KAH KAH KAH ------------- |
Posted: 01 Sep 2014 08:36 PM PDT BETUL KE INI AHLI PAS? SEBAHAGIAN daripada ahli dan penyokong akar umbi Pas Negeri Sembilan berhimpun mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya tidak terlalu tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor menerusi perhimpunan aman di hadapan Terminal 1, Seremban, semalam. LAGI PENCERAHAN atau ini hanya tangkap muat kerana hampir kesemua demonstran dilihat sebaya umur mereka mungkin mereka sama sama merempit kahkahkah memang itu gak aku pikirkan cuma tak semestinya mat rempit la tapi terang2 takde rupa orang pas kahkahkahkah hadi pun menangis kalau ini rupa budak2 pas kahkahkahkah yg ketua dia tu dgn rupa samseng tapi tangkap nak berlagak pakai smart kemeja putih seluar jeans kasut merah spek hitam kopiah putih memang tak bleh blah kahkahkahkah ada mana ketua umno agaknya sekitar seremban tu dah suruh dia pergi print sepanduk dan kumpulkan 20 orang dia pun ajak balaci dia pulak rekrut 2-3 budak yg ajak pulak kawan2 depa masing2 dapat la 50ringgit kot itu yg sanggup bangun pagi2 masa shopping complex terminal 1 belum bukak belum 10 pagi pun - budak2 muda sanggup bangun pagi2 walaupun malam sebelum parti tidor lambat sambut merdeka kahkahkah sebab dapat 50rggt kahkahkahkah on POLITIK DAN ILMU SEMIOTIK Publish | Delete | Spam Anonymous on 9/1/14 TAIKO yg tak pegang sepanduk tu taiko dia...mungkin ahli JKKK...kah kah kah kah kah on POLITIK DAN ILMU SEMIOTIKmosabit on 9/1/14 TARBIAH KEMETOT Yang dimaksudkan "tarbiah" oleh segelintir penyokong PAS yang otak kemetot barangkali ialah menyokong apa sahaja perintah atau suruhan pemimpin terutama Tuang Presideng walaupun disuruh serah bini mereka kepada Tuang Presideng.Sudahlah apabila bai'ah sebagai calon PAS di PRU/PRK kena bersumpah untuk ceraikan isteri (talak tiga) sekiranya keluar parti - lebih hina dari perjanjian Saitan Saint Vaganza (Ghost Rider). Sekiranya perjanjian itu dibuat depan para Nabi dan Rasul tidak mengapalah tapi dibuat di bawah Perundangan Suruhanjaya Reid..... (Apa punya biul Melayu? Bukan perjanjian untuk mempertahankan kuasa kah?) Sekiranya PAS berjuang bukan untuk mendapatkan kuasa...? Buat apa masuk bertanding di PRK/PRN? Yang herannya muda-mudi mereka pun tak boleh memikirkan secara rasional akibat diasak oleh ceramah yang berat sebelah dan tidak pernah mencari sumber yang neutral dan boleh dipercayai. Puak Liberal (Pro) dalam PAS bermati-matian berdemontrasi untuk rakyat, walhal puak konservertif on POLITIK DAN ILMU SEMIOTIK Monkey Shooter on 9/1/14 ----------- |
Posted: 01 Sep 2014 08:17 PM PDT KOMENTAR apa makna berita ini? apa disebalik berita ini? ada dua pekara pertama: ada kumpulan dalam parti pas ingin bersama gerombolan ketuanan melayu umum mengetahui hal ini malah bengelon ini di panggil youji youji ini bukan satu yang pelik youji ini bukan satu yang mustahil kuasa ringgit dan kuasa dinar boleh melintasi nabi dan tuhan kuasa ringgit adalah kuasa mutlak lebai ke tok aji ke alim ke warak ke berketayap ke berserban ke semua boleh dilintasi oleh kuasa ringgit dan dolar kedua: ini lebih licik ini lebih gelap ini wajib diberi perhatian rapi apabila muhyiddin melakukan rundingan gelap dengan youji maknanya muhyiddin sedang merancang maknanya bukan sahaja dengan pas tetapi merancang untuk masa depan diri sendiri ini bermakna muhyiddin dalam senyap senyap sedang mengatur langkah mengatur satu gerakan untuk terajang rosmah dan najib jika pas berjaya dimenangi maka muhyiddin akan dinobat sebagai wira melayu makan rosmah dan najib akan kena terajang ini kebijaksanaan muhyiddin yassin Umno mahu kerjasama PAS kembalikan majoriti 2/3 Parlimen, kata HusamUmno melalui kumpulan Muhyidin Yassin sedang berusaha bekerjasama dengan PAS di Selangor untuk matlamat jangka panjang iaitu mendapat sokongan dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya atas nama kepentingan Melayu, dakwa Naib Presiden PAS Husam Musa. Husam dalam tulisannya hari ini berkata pembentukan kerajaan PAS dan parti Melayu itu di Selangor hanya pancingan Umno sahaja. "Hasrat utama kumpulan ini adalah untuk mencapai dua pertiga di Parlimen dan seterusnya meluluskan tambahan kerusi Parlimen yang kononnya memperkuat kuasa politik Melayu. "Selangor adalah umpan terdekat mereka," kata Husam dalam tulisan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider. KAH KAH KAH woit hang jangan ingat malikul sembab ini bangang senyap senyap malikul merancang senyap senyap malikul buat deal tunggu masa saje rosmah akan jatuh ke pangkuan malikul sembab saekor badak dalam pelokan saekor badak KAH KAH KAH ------- |
Posted: 01 Sep 2014 07:35 PM PDT KOMENTAR sokong sokong sokong SHAH ALAM - Tindakan menyisihkan anak yang hamil luar nikah tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menyumbang kepada gejala yang lebih buruk iaitu kes membuang bayi. Pendakwah, Datuk Hassan Mahmud berkata, ibu bapa yang berdepan keadaan tersebut mencari jalan sebaik mungkin supaya anaknya bertaubat. "Jika ibu bapa ambil sikap memulaukan anak, itu yang menyebabkan pembuangan bayi semakin meningkat. Bukan kita sanggup biarkan anak melakukan kesalahan, tapi mereka perlukan kita semasa berdepan masalah. "Sebagai ibu bapa mungkin selain daripada menghantar ke sekolah yang menjaga remaja hamil luar nikah, mereka boleh cari lelaki yang hamilkan anaknya untuk dikahwinkan. Tapi kalau ibu bapa ambil inisiatif jaga anaknya mungkin lebih baik," katanya kepada Sinar Harian. KAH KAH KAH berancuk memang nikmat tapi jangan lupa pakai kondom SARONGKAN KE PISANG ANDA KAH KAH KAH --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |