Isnin, 25 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat tidak cukup korum?

Posted: 25 Aug 2014 02:26 PM PDT

Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat tidak cukup korum?


OLEH : Amirulmukminin


"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawab Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali ketika ditanya wartawan merujuk kepada arahan agar 13 Adun PAS tidak menandatangani Akuan Bersumpah untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor menyokong pencalonan Dr Wan Azizah Ismail sebagai MB baru.

Namun perkara yang paling besar sepatutnya dipersoalkan oleh wartawan adalah korum mesyuarat khas AJK PAS Pusat yang dipanggil oleh Mustafa itu. Jelas pemimpin ranking tertinggi yang kelihatan dalam sidang media hanyalah Naib Presiden Salahuddin Ayub. Tidak seperti mana mesyuarat 17 Ogos lalu yang memanggil kesemua 35 AJK PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri-negeri.

Tentunya mesyuarat dengan keanggotaan sebanyak itu dan membuat persetujuan sebulat suara tidak boleh dicabar oleh mesyuarat lain. Apatah lagi mesyuarat yang dihadiri oleh beberapa kerat pemimpin PAS dan tidak pula menghadirkan Presiden Hadi Awang atau Timbalan Presiden Mohammad Sabu sebagai pengerusi mesyuarat.

Apa yang cuba dilakukan Mustafa ini seolah-olah mencabul semangat setiakawan PAS bersama Pakatan Rakyat yang pada 17 Ogos lalu yang bersetuju menamakan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal. Arahan agar 13 Adun PAS tidak menamakan Wan Azizah dan membiarkan sultan memilih sendiri calon MB adalah bertentangan dengan persetujuan sebelum itu.

Usul mesyuarat minioriti ini membolehkan sultan memilih sesiapa sahaja menjadi MB dan tidak lagi terikat kepada calon PKR. Bagaimanakah PAS dengan keanggotaan sejuta ahli boleh melakukan mesyuarat kecil-kecilan seumpama PIBG sekolah?

Kumpulkan mana-mana pemimpin yang sempat bermesyuarat dan langgar keputusan mesyuarat berkorum penuh.

Tindakan seperti ini akan menghilangkan kesabaran rakan-rakan dalam Pakatan. Malah rakyat Malaysia juga akan menganggap PAS parti yang tidak boleh dipercayai. Lebih buruk berbanding Umno yang sekular, kerana PAS menggunakan agama untuk menarik kesetiaan ahlinya kepada pemimpin.

Ternyata PAS terperangkap oleh dendam segelintir puak 'unity government' yang tidak berpuas hati selagi tidak wujud kerjasama PAS - Umno. Mereka terlalu tertarik untuk membuat duit dan menimbun kekayaan dengan hasil masygul Selangor.

Puak UG telah merosakkan banyak perjuangan asal PAS dan kini kesepakatan dalam Pakatan juga sedang menjadi mangsa kegelojohan mereka.

Maka tidak hairanlah jika akhirnya PAS akan terbelah dua. Puak yang waras dan bersama Pakatan menubuhkan parti baharu manakala puak UG akan membawa PAS menjadi sekutu Umno. Perpecahan telah amat dalam dan tidak boleh diubati lagi dengan perpaduan yang dilakonkan di depan media. Hanya masa akan menentukan titik ledak kemarahan golongan profesional waras dalam PAS.

ADAKAH MUSTAFFA ALI BENAR MEMBINCANGKAN STATUS 13 ADUN PAS TIDAK MAHU MENANDATANGANI SD?

Posted: 25 Aug 2014 07:54 AM PDT


Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bercakap semasa sidang media di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 Ogos, 2014.  

PAS mengambil keputusan memberi kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar yang sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak.

PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor.Walau pun keputusan ini dipertikaikan, malahan menurut sumber dalaman, semasa mesyuarat pagi tadi 25 Ogos perkara 13 ADUN PAS tidak mahu menandatangani SD adalah  tidak benar kerana ianya tidak dibincangkan.

Ini menunjukkan PAS  tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya.Semuanya adalah mainan politik Mustaff Ali. Malahan tidak ada pun saranan lain untuk menghantar 2 nama malahan menyerahkan kepada PKR memutuskannya.

Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar.

Sebenarnya PAS tidak pun membincangkan tentang13 ADUN untuk menandatangani SD,malahan semuanya hanya di sampaikan oleh Mustaffa Ali dan perancangan beliau. Sebab itu Mat Sabu tidak membuat sidang ahkbar. Jika keputusan ini penting sudah tentu presiden atau timbalan yang akan melakukan sidang akhbar.

Kini terserlah penipuan yang dimainkan oleh mustaffa ali dalam mempengerusikan mesyuarat pagi tadi. Perkara ini adakan didedahkan juga oleh media bagaimana Mustaffa secara terang terang menipu  dan memburukkan nama PAS...



BERITA DI BAWAH NI UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA...TERUTAMANYA PAS. ULAMAK DI INDONESIA BANYAK YANG TINGGI ILMUNYA...NAMUN KITA BOLEH BERBANGGA LA JUGA...TAK DAK ROTAN ..BULOH PUN JADI LA....





Sultan Selangor dijangka temui Wan Azizah

Posted: 25 Aug 2014 04:00 AM PDT


 


KUALA LUMPUR 25 OGOS: Ketua Umum KEADILAN,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka menerima menghadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail selepas menteri besar Selangor berbuat demikian esok.

Sultan Selangor dijangka temui Wan Azizah








Ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur, Anwar memberitahu pihaknya telah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Sharafuddin minggu lepas.

Katanya lagi, pihak istana turut mengesahkan menerima surat tersebut, lapor Malaysiakini.

"Istana telah mengakui menerima surat kami tetapi Tuanku perlu melalui proses menerima menghadap dengan menteri besar dahulu dan kemudian Wan Azizah," katanya.

Menurut Anwar lagi, beliau bagaimanapun tidak tahu bila pihak istana akan menemui Wan Azizah.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan, beliau akan menghadap sultan Selangor esok berhubung kedudukannya sebagai menteri besar. Sultan telah pulang daripada kunjungan ke Eropah.

Pertemuan itu penting bagi menyelesaikan krisis pentadbiran negeri selepas PAS menarik balik sokongan terhadap Khalid selepas dipecat daripada KEADILAN.

Ikrar dan janji PAS di Selangor tiada nilai. PAS hanya pentingkan rakan Pakatan semasa krisis Perak.

Posted: 25 Aug 2014 03:52 AM PDT




PAS mengambil keputusan memberi kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar yang sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2014. 


PAS mengambil keputusan memberi kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar yang sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2014.

PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor.

Ini menunjukkan PAS  tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya.

Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar.


Apa yang kita semua ketahui adalah Sultan termaktub kepada sistem raja berperlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang dan konvensyen yang ditetapkan sejak merdeka pada 1957. Ia mudah. Pemimpin sebuah parti akan mencadangkan dan menyokong ahli yang memiliki keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hanya pada 2008, syarat tersebut dipecahkan, kemudian di Terengganu, Perlis dan Perak. Dua insiden melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kemudiaan melibatkan pertukaran kerajaan di Perak.

Dan hari ini, PAS memutuskan mereka mengendahkan syarat tersebut dan memberi kuasa kepada Sultan Selangor  untuk memutuskan siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar. Bukan kepada gabungan pemerintah dan rakyat.

"Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan pada 25 Ogos untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan kepada Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media hari ini.

"Kami buat kenyataan terbuka. Apabila kata biar Sultan yang putuskan, bermakna Sultan yang boleh pilih," katanya.

"Kami tidak kata secara spesifik...kamu boleh fikir sendiri."

Keputusan tersebut menyaksikan 13 baki Adun PAS Selangor tidak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau parti Islam tersebut memberi sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjawat kedudukan menteri besar.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak penting kerana Dr Wan Azizah sudah memiliki sokongan 30 Adun. Beliau tidak perlu sokongan baki 13 Adun PAS tersebut.

Kemelut ini menunjukkan secara PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.
PAS tidak faham mengenai gabungan dalam politik dan lebih memburukkan keadaan adalah mereka sanggup membelakangkan undang-undang untuk mencapai suatu matlamat.

Adakah mereka memikirkan mengenai gabungan dalam politik semasa PKR dan DAP bersetuju melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada 2008 walaupun tidak memiliki majoriti dalam Dewan?

Sebaliknya, ini hanya menyerlahkan wajah sebenar PAS. Sebuah parti yang sebelum ini bercakap mengenai negara berkebajikan tetapi kini lebih banyak bercakap mengenai undang-undang jenayah Islam, hudud dan hukuman daripada kebajikan atau ihsan.

Keputusan hari ini membuktikan PAS hanya memberikan janji kosong. PAS bukan untuk semua, tapi hanya untuk mereka sendiri. – 25 Ogos, 2014.


Takkan Sultan Selangor kena tipu sekali lagi?

Posted: 25 Aug 2014 03:39 AM PDT

 BJ Zainulfaqar

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilaporkan memohon untuk mengadap Sultan Selangor untuk menjernihkan kemelut di Selangor kini, dalih Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
"Pejabat Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membetulkan maklumat yang ditulis secara tidak tepat oleh Sdr Suhaizan Kaiat (ketua Pemuda PAS Malaysia) seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," dalih Ahmad Shamsuri.

Sebelum ini, saya menulis bahawa  30 Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) sokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar yang baru bukti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bohong Sultan.


Geng Bas Sekolah seakan mengikut telunjuk Umno Barisan Nasional kerana mahu Khalid bebas kekal sebagai menteri besar.

Apabila Hadi dipertikai kerana mendahului musyawarah PAS dengan mempertahan peribadi Khalid, pro Geng Bas Sekolah berdalih Sultan Selangor tolak nama Dr Wan Azizah.

Sebelum PAS Pusat bermusyawarah, Geng Bas Sekolah perkuda Majlis Syura Ulamak (MSU) demi menutup kelemahan Hadi, klip rakaman suara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya seakan membongkar pembohongan jijik mereka.

Mula-mula bdul Hadi mengikuti telunjuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali atau "Cikgu PA" menolak nama Dr Wan Aziah.

Selepas "kawtem" dengan Geng Bas Kilang dari PKR, Hadi sekali lagi diheret Cikgu Pa untuk membawa nama Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali sebagai "nama kedua" sebagai calon menteri besar, sungguhpun mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebelum itu pun sebulat suara membawa nama Dr Wan Azizah sahaja.

Khalayak bertanya, "kenapa PAS tidak seperti MPPR membawa nama Dr Wan Azizah sahaja?", Hadi dilaporkan berdalih," tanya Sultan....tanya istana..."

Apapun kebenaran yang cuba disembunyikan Geng Bas Sekolah, kenyataan seumpama bdul Hadi itu mampu membawa isyarat bahawa bukan PAS yang tidak suka depan Dr Wan Azizah, tetapi, istana yang tidak suka Presiden PKR berkenaan untuk diperkenan sebagai menteri besar yang baru.
Isyarat Hadi itu sekaligus membawa isyarat seolah-olah Sultan Selangor sendiri tidak suka Dr Wan Azizah.

Persoalannya, adakah benar Sultan Selangor yang seperti digambarkan itu, sedangkan baginda dijunjung rakyat atas maksud Raja Berperlembagaan?

Apapun kebenaran daripada Istana Selangor berhubung polemik ini, Hadi dan Geng Bas Sekolah seakan cuba menjerut leher masing-masing jika semua ini

Ini kerana, unsur pembohongan dalam dalih Hadi dan Geng Bas Sekolah sendiri seakan membohongi Sultan Selangor, seperti Khalid sebelum ini.

Sepatutnya PAS belajar daripada tindak-tanduk Khalid, bukan menjadi "lembu" yang mudah dicucuk hidung Geng Bas Sekolah dan "Cikgu Pa".

Jangan percaya dengan dusta Khalid kononnya masih ada sokongan majoriti selepas dipecat daripada PKR.

Tapi, banyak pihak menganggap Khalid mempunyai hubungan istemewa dengan Sultan apabila Khalid mengaku mempunyai sokongan majoriti dan dititah terus menjalankan tanggungjawab serta pentadbiran dalam Kerajaan Selangor.

Pada pendapat saya, kalau Sultan Selangor benarlah memberi layanan istemewa kepada Khalid, tentulah Khalid diperkenan mengadap baginda sungguhpun di luar negara baru-baru ini.
Khalid lebih tahu mengapa Sultan menolak untuk berjumpa di luar negara.

Khalid lebih arif, adalah Sultan Selangor murka atas sebab dibohongi atau ada kegentingan yang lain, sampai bertitah tunggu baginda pulang ke tanah air sekarang.

Jika Geng Bas Sekolah sensitif dengan disiplin ilmu diplomatik, langkah sumbang Khalid ini sudah tentu boleh dibaca dan diambil pedoman.

Jika benarlah langkahan Khalid dibaca sebagai pembohongan ke atas istana, sepatutnya Geng Bas Sekolah patut mencegah Hadi dari melakukan perkara yang sama.

Dalih istana tolak nama Dr Wan Azizah samalah maksud bahawa titah Sultan Selangor memaksudkan sebegitu.

Jika ternyata salah, Hadi pun tuak mustahil ditanggapi berbohong dengan Sultan Selangor kelak, sama seperti Khalid.

Apabila Ahmad Shamsuri dalam kenyataan terbarunya pun menyebut, "penafian Presiden PAS menerima titah mengenai isu MB Selangor," saya mula berasa Sultan Selangor seakan kena tipu sekali lagi.

Setuju? – faqar.blogspot.com, 22 Ogos, 2014.

GoMalaysian

GoMalaysian


[Terkini Dari Selangor] Tan Sri Khalid Jumpa Sultan Selangor Esok

Posted: 24 Aug 2014 08:30 PM PDT

Menurut berita, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid akan berjumpa dengan Sultan Selangor esok pada jam 2.30 petang. Sidang media menyusul pada jam 4.00 petang esok.

 

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SILA JUMPA FAEKAH

Posted: 25 Aug 2014 06:30 PM PDT





PARTI FAWAJA


Ibrahim mungkin tanding PRK jika ada parti

Presiden PERKASA Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Sebaliknya, beliau berkata akan mempertimbangkan sekiranya terdapat parti yang mahu beliau menjadi calon.



KAH KAH KAH

dinasehatkan
sila jumpa
faekah husin
di shah alam
darul faekah
untuk mendapat
watikah dari
parti fawaja

  • Khalid bakal tubuh parti baru - Faekah Husin - Pilihan Anda

    pilihan-anda.blogspot.com › POLITIK
    Translate this page
    Aug 17, 2014 - Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala ...
    Missing: party
  • Khalid bakal tubuh parti baru - Faekah Husin | Pen Tak ...

    pentakpatah.blogspot.com/.../khalid-bakal-tubuh-parti...
    Translate this page
    Aug 17, 2014 - Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid ... kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
    Missing: party
  • Khalid bakal tubuh parti politik baru, kata Faekah..!! - Bloglist ...

    bloglist-malaysia.blogspot.com/.../khalid-bakal-tubuh-...
    Translate this page
    by Jeebond BLM - Aug 17, 2014 - Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid ... kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
  • --------

    SELAMAT MASUK KELAB MENGHASUT

    Posted: 25 Aug 2014 06:00 PM PDT


    LOGO KELAB

    Khalid Samad akan didakwa menghasut esok

    11:24PM Aug 25
    Ini ekoran kenyataannya berkaitan sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebelum ini.



    KOMENTAR


    mengalu-alukan
    yb kahlid samad
    menjadi anggota
    baru kelab pennghasut

    antara ahli kelab:
    adam adly
    safuan anang
    haris ibrahim
    thamrin ghafar
    hishamuddin rais
    cik gu bard
    yb tian chua
    yb nizar jamaluddin
    yb teresa kok
    yb surendran
    yb nik nazmi

    kelihatan ahli kelab
    semakin rancak bertambah
    lagi dekat pru14
    lagi ramai yb yang
    akan menjadi anggota kelab

    ---------------

    MALAM 30 OGOS BERHIMPUN DATARAN MERDEKA

    Posted: 25 Aug 2014 07:30 AM PDT



    Photo: Malam Merdeka kita berhimpun  Bawa sepanduk, bawa Bendera Rakyat, bawa poster Burhanuddin Al-Helmy, poster Ahmad Boestamam, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Indera dan semua pejuang kemerdekaan yang cuba dilupakan, tetapi tidak dilupa oleh anak muda celik...  Semua gerakan anak muda dijemput menyertai himpunan ini. Inilah hari penyatuan anak muda berjiwa merdeka!  Merdeka 100%  https://www.facebook.com/events/872837426090328/



    HIMPUNAN MERDEKA 100%
    Tarikh: 30 Ogos 2014
    Masa: 10 malam
    Tempat: Dataran Merdeka

    Bawa sepanduk...

    Bawa Bendera Rakyat
    Bawa poster Burhanuddin Al-Helmy
    Bawa poster Ahmad Boestamam
    Bawa poster Pak Sako
    Bawa poster Mat Indera
    Bawa poster Shamsiah Fakeh

    Sila datang buat ramai.
    https://www.facebook.com/events/872837426090328/

    Merdeka 100%

    Photo: Malam Merdeka kita berhimpun  Bawa sepanduk, bawa Bendera Rakyat, bawa poster Burhanuddin Al-Helmy, poster Ahmad Boestamam, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Indera dan semua pejuang kemerdekaan yang cuba dilupakan, tetapi tidak dilupa oleh anak muda celik...  Semua gerakan anak muda dijemput menyertai himpunan ini. Inilah hari penyatuan anak muda berjiwa merdeka!  Merdeka 100%  https://www.facebook.com/events/872837426090328/


    -------------------

    RAHSIA KEJAYAAN KHALID IBRAHIM

    Posted: 25 Aug 2014 06:00 AM PDT







    Abdul Khalid mahu tinggalkan legasi di Selangor
    SHAH ALAM - Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah mahu mengakhiri perjuangan dalam mempertahankan jawatan yang disandangnya selama ini.

    Menerusi ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor hari ini, beliau berharap semua pihak meneruskan usaha dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

    "Saya amat berharap legasi yang saya tinggalkan adalah termasuk mengembalikan aset air kembali kepada rakyat.




    KAH KAH KAH



    khalid akan dingati
    dengan kuliah subuh
    tentang cara selesai hutang paling afdal

    kuliah yang amat amat
    ramai pengikut
    yang amat popular
    terutama pelajar
    dan mahasiswa
    yang banyak berhutang dengan ptptn


    khalid ibrahim akan
    terus dingati sebagai 
    penghutang bank islam
    yang berjaya menyelesaikan
    hutang secara rahsia

    hanya khalid ibrahim
    seorang saja yang tahu
    macam mana hutang 70 juta ringgit
    boleh selesai tanpa 
    duit bertukar tangan




    ------

    SATU JEMPUTAN SABTU INI

    Posted: 25 Aug 2014 05:00 AM PDT




    KAH KAH KAH

    satu jemputan
    sabtu ini
    di brickfeild
    kah kah kah


    PENGAJARAN ILMU POLITIK

    Posted: 24 Aug 2014 09:18 PM PDT








    KOMENTAR
    najib akan jumpa
    sultan petang ini
    esok sultan akan jumpa khalid


    kita akan lihat
    bahawa pilihan rakyat
    bahawa suara ramai
    bahawa undi mengundi
    semuanya hampeh

    inilah pengajaran
    yang kita dapati
    dari krisis selangor






    ‎Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor esok



    Menjelang pertemuan Khalid dengan Sultan, Wan Azizah janji jadikan Selangor lebih baik





    I REST 

    MY CASE



    -----------

    NASI PANGGUNG KELMARIN

    Posted: 24 Aug 2014 08:48 PM PDT







    NASI PANGGUNG KELMARIN


    Displaying IMAG0958.jpgPetang di kotaraya, hujan turun renyai
    Jln Panggung tetap macam biasa
    Dipenuhi warga kota, anak semua bangsa
    Roti cicah kari ayam buat pemanas badan
    menahan diri dari kesejukan hujan


    Menu & penyumbang untuk hujung minggu lepas:
    Tim Dapur Jalanan - Roti cicah Kari Ayam Power
    Tim Syed Syahir - Roti Canai & Air Mineral
    Kak Nora - Bubur Kacang
    Qish Awek Cun - Cucur Sayur

    Mereka yg sama bantu kerja bakti:-
    awek-awek baik hati - Husna, Sya, Aisyah, Quratul, Qish 
    List hero-hero minggu ini - Hazman, Padel, Ajim, Azen, Hijrah, Aiman 
    Rahmat Haron, Rcong, Wak Jal, kawan2 dari HaRUM
    & semua yg sama bantu, buat sibuk, buat ramai meriahkan petang ahad Jln Panggung!

    Terima kasih daun keladi
    minggu depan jumpa lagi
    ada DapurRaya, istimewa untuk warga miskin kota!

    31 OGOS KITA KENDURI
    Displaying IMAG0963.jpg

     PENGUMUMAN PENTING!
    DapurRaya, 31 Ogos 2014, 5 petang sampai malam!; ketupat, lemang, dodol, kueh raya, akustik jalanan, puisi & macam-macam! semua jemput datang, bawa kueh raya buat potluck untuk dikongsi bersama warga miskin kota.  

    DapurJalananKL ada merchandise baru untuk isi tabung; akan dijual di DapurRaya. Datang beli sambil membantu, juga dapat makan kueh raya sambil mendengar lagu raya bersama warga miskin kota

    Displaying IMG-20140824-WA0019.jpgDapurJalananKL sedang mengumpul bahan-bahan untuk pek toileterries (sabun, shampoo, shaver, tuala kecil, dll) untuk disumbang kepada warga miskin kota pada DapurRaya nnt. kepada baik hati ingin menyumbang boleh tekan number 
    017-878-30-22 - Noreen

    Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
    ezzuandi = 019-267-12-85 
    adikhalid = 012-664-88-73. 

    Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananK


    Setiakawan bersama warga miskin kota

    Dapur Jalanan Kuala Lumpur
     *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
    25 Ogos 2014

    ----------

    BUBAR DUN PAKATAN TETAP MENANG

    Posted: 24 Aug 2014 08:39 PM PDT








    KOMENTAR


    bubar dun
    atau tak bubar dun
    pakatan terus majoriti
    parti ketuana  melayu
    sedar hal ini
    parti islam malaysia
    pun sedar hal ini






    FACE BOOK



    Mesy Pas pusat hari ni akan menentukan;
    1 samada Pas kekal dlm pakatan
    2 atau pas pecah
    LikeLike ·  · 





    -----------

    HIDUP MELAYU

    Posted: 24 Aug 2014 08:08 PM PDT



    HIDUP MELAYU

    Dalam Umno, duit lebih berkuasa daripada Mahathir


    Satu hari nanti, Mahathir Mohamad yang pernah menyingkirkan beberapa timbalan perdana menteri dan perdana menteri akan diingati kerana akhirnya dikalahkan bukan oleh individu, tetapi wang ringgit.

    Anak Lelaki Iskandar Kutty  tersilap perhitungan apabila menarik kembali sokongan kepada Najib Razak apabila percaya ahli Umno masih mempunyai idealisme. Ataupun yang mereka masih bimbang tentang kejatuhan Malaysia.

    Sebenarnya mereka sudah tidak peduli. Sudah berdekad lamanya.

    Mereka hanya berkiblatkan wang dan kekayaan. Sebab itu pada hari ini, segala masalah atau ketidakpuashatian boleh diselesaikan sama ada dengan kontrak, projek, konsesi atau pemberian tunai.


    KAH KAH KAH

    woit
    ada kontrek
    gwa sayang
    tak ada kontrek
    gwa terajang


    hidup melayu!

    KAH KAH KAH



    -----------

    DAH KURUS KERING

    Posted: 24 Aug 2014 07:28 PM PDT






    UMNO P. Pinang perlu bangkit

    PERMATANG PAUH 24 Ogos - UMNO negeri yang kini sedang diuji kerana 'hilang' kuasa pentadbiran sejak tujuh tahun lalu tidak harus terus lesu sebaliknya perlu bangkit penuh semangat dalam mempertahan kaum, agama dan negara.

    Hishammuddin Hussein berkata, tidak ada perkara yang perlu digusarkan kerana dalam banyak perkara, pihak yang sabar dengan ujian Allah SWT dan tidak mudah mengaku kalah akan beroleh kemenangan.



    KAH KAH KAH
    oooo tok
    oooo tok
    nak bangkit 
    macam mana
    nak sabar macam mana
    fulus dah kering
    dah 7 tahun  kering
    tak dapat jual kontrek
    lidah dah kontot berdoa
    dah jadi tengkorak

    KAH KAH KAH



    --------------