Khamis, 21 Ogos 2014

dollah yankee

dollah yankee


Tun!, kasi terajang sama dia!

Posted: 21 Aug 2014 07:50 AM PDT



dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. Kalau boleh Mahhahthir nak cakap macam ni dekat Najib
"limau purut 3 serangkai, buta perut tak ada akai ..."
P/S: Jawab 7 soalan dalam surat Mahahthir dulu!

GoMalaysian

GoMalaysian


[Gambar] Bendera "SAVE GAZA" terkibar di Jambatan di Bandaraya New York

Posted: 21 Aug 2014 05:31 PM PDT

Bendera “SAVE GAZA” terkibar di Jambatan di Bandaraya New York

 

 

Tukar Tiub

Tukar Tiub


APA ITU AZMIN PADANG TEMBAGA

Posted: 21 Aug 2014 06:00 PM PDT










INI BUAYA  TEMBAGA
BUKAN AZMIN TEMBAGA
AZMIN PADANG TEMBAGA
SALiNAN TULiN NOV 12,2010 azmin padang tembaga pakar silap mata telah menunjukkan satu permainan yang hebat di sabah berjaga jaga warga selangor azmin padang tembaga akan buat silap mata juga di selangor pasir di selangor semua akan hilang nak masuk ke pejabat kena bayar cukai pintu sin sala bin abradacanra tok tok kai serondong batang beri baksheeh masuk pintu belakang on APA DIA AZMIN PADANG TEMBAGA
Publish | Delete | Spam
Nazrio Dond DoLLa
on 8/22/14



-----------

31 OGOS HARI MALAPETAKA

Posted: 21 Aug 2014 07:00 AM PDT







KIBAR KAN

SANG SAKA



NAKBA MALAPETAKA

15 mei  ialah hari nakba
untuk warga palestin
31 ogos ialah hari malapetaka
untuk warga tanah melayu

nakba ialah malapetaka
dalam bahasa arab

malapetaka ialah nakba
dalam bahasa melayu



APA DIA AZMIN PADANG TEMBAGA

Posted: 21 Aug 2014 06:30 AM PDT







KAH KAH KAH
woit
jangan silap
azmin ada nama lain
azmin dikenali sebagai
azmin padang tembaga

apa dia padang tembaga?

KAH KAH KAH





----------

DINAFIKAN BERLAKU ERTINYA ADA BERLAKU

Posted: 21 Aug 2014 01:30 AM PDT





KOMENTAR
jangan lupa
cara membaca berita
di malaysia ini

kalau dinafikan 
ertinya pekara itu
benar berlaku

lagi kuat penafian
lagi kuat penipuan

SIAPA JANTAN INI?
TUNGGU DAN 
NANTI

Umno nafi Dr M hantar 'surat 7 tuntutan' kepada Najib

Umno menafikan laporan yang mendakwa  Mahathir Mohamad telah menulis surat kepada  Najib  Razak sebelum beliau membuat teguran terbuka yang keras terhadap Najib.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini,Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) berkata tidak ada perkara seperti itu.

Lawanweb Asia Sentinel melaporkan bahawa Najib telah mengarahkan Tengku Adnan bertemu dengan  Mahathir dan menggesanya supaya menarik balik surat tersebut, yang kononnya mengandungi tujuh tuntutan.


KAH KAH KAH
woit
salah satu tuntutan
ialah madey mahu 
suami najib
rosmah mansor
kuruskan badan
macam ziaza zain

ini kerana
rumah madey
selalu bergegar
bila rosmah melintas

KAH KAH KAH





-----------

APA ITU PROJEK SELUAR DALAM

Posted: 20 Aug 2014 09:20 PM PDT






SIAPA DIA PROJEK
SELUAR DALAM


SIAPA DI BELAKANG AYAH CHIK
aku tak paham betul. aku yang takda jawatan dalam PAS atau PKR pun kenal si Azmin Ali ni. macamana Tuan Presiden PAS Ayah Chik boleh pilih nama malaon ni? Ayah Chik tak baca internet kah? atau penasihat IT nak update apa2 yang ditulis dalam blog2 ke telinga Ayah Chik? 

Aku rasa sejak internet ni ada, tambahan pula TT yang siang malam pagi petang update blog ni pun dah cukup untuk kita faham duduk bicara. betullah mesyuarat untuk buat keputusan penting tapi janganlah makan masa sangat. Isu MB ni bukannya kecil anak. Sekadar nasehat. Terima Kasih. on JANGAN DI CATUK ULAR SEKALI LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/20/14






----------

SATU CADANGAN TERUNGGUL

Posted: 20 Aug 2014 08:07 PM PDT






Beri Rosmah peluang kemudi kerajaan

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Suami  Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor perlu diberi ruang dan peluang untuk mengemudi kerajaan dengan cara yang tersendiri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap suami  mempunyai gaya kepemimpinan tersendiri dan rupa bentuk  peribadi, mereka mempunyai isu-isu rakyat yang rapat dengan hati masing-masing.

Menurut beliau, Najib dan rakyat Malaysia sungguh bertuah kerana dianugerahkan perempuan gemok hotok lagi rotok yang sentiasa meletakkan rakyat di celah tiga  buah dada di tempat paling atas.

"Bukan maknanya cara jantan takut bini tidak bagus tetapi kita wajar memperhalusi mata kita apabila memandang Rosmah Mansor. Sesuatu dasar kerajaan di Malaysia juga digubal dan bukan dipengaruhi oleh statistik berat badan Rosmah tetapi oleh berapa banyak duit bujet negara yang beliau rembat. 

Sebagai contoh 300 tan air wajib disediakan di Putrajaya untuk beliau berendam. Pintu masuk pejabat Najib di Putrajaya telah diubah suai untuk memboelhkan beliau masuk. Ini belum diambil kira tandas besi dan tangga besi yang diperlukan.

"Selain fakta resmi berat badan Rosmah, kerajaan turut mengambil kira  berat badan Rosmah yang dikutuk oleh rakyat melalui parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta mendapat sokongan rakan-rakan dalam kepimpinan kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.





------------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bila pemimpin boleh pergi? - Apa kata Ust Idris Ahmad ...

Posted: 20 Aug 2014 10:18 PM PDT

Ada yang marahkan aku sebab menkritik pimpinan parti sendiri melalui blog. Mereka kata ikutlah saluran...

Hoi kawan-kawan, inilah saluran aku sebagai blogger. Korang lagilah haru, komat komet pasal aku dibelakanga aku hingga suruh PAS negeri pecat aku?

Aku wala' kepada dasar dan perjuangan parti. Bukan wala' kepada pemimpin. Jarang sangat aku nak kipas-kipas pemimpin, melainkan atas dasar yang benar.

Aku bukan jenis kopipes kenyataan pemimpin masuk ke dalam blog aku. Bila pemimpin tak ada buat kenyataan resmi, blog aku pun tidor...No! No! No! Aku bukan jenis yang suka kipas mengarut macam tu...kalau macam itu, suruhlah depa buat blog masing-masing... korang tahu berapa ramai pemimpin PAS atau parti yang aktif berblogging? 

Apa yang Ust Idris Ahmad cakap dalam sign post tu, adalah betul....Entah siapa yang tolong buatkan. Aku terjumpa kat FB baru sebentar tadi, maka aku siarkan. Dan dia juga mesti ingat, bahawa dirinya juga pemimpin yang tidak terlepas dari ungkapan maksud kata-katanya itu.Kalau lu tak ikhlas lu pun boleh jalan, brother!

Apabila pemimpin buat kesalahan secara terbuka didepan pablik, maka aku pun kritik depan pablik. Saluran aku adalah blog aku nih lah atau pun melalui FB.

Macam-macamlah kata kat aku, tak wala' gila sorang-sorang.... Sekarang ni nampak ramai pula pemimpin PAS yang dah gila lebih teruk dari aku!

Akhbar parti sendiri pun ada, tapi bukankah namanya gila baaa.... kalau menggunakan saluran media musuh seperti Utusan Meloya untuk menyatakan rasa tidak puas hati?



Aku setuju sangat bila ada kawan blogger yang tulis :

Kalau mereka ini tidak bersetuju sangat dengan apa yang ada dan berlaku dalam PAS hari ini kerana menyertai Pakatan Rakyat gunakan saluran muktamar dengan mengemukakan alasan kukuh, kontrik dan syarie buat usul agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan buang segala aliran-aliran yang konon sedang menguasai PAS, serta pecat seberapa ramai ayam sabung yang dikatakan menguasai PAS bukan menceceh dalam media sosial dan media musuh! Kenapa orang cerdik mesti menjadi bagaikan orang bodoh dalam membuat tindakan? Baca lagi  di sini

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


ANALISIS AWAL PRK PENGKALAN KUBOR.

Posted: 21 Aug 2014 12:18 AM PDT

Secara tuntasnya Pilihanraya Kecil N1 Pengkalan Kubor pasti akan berlaku. Melihat kepada majoriti yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Noor Zahidi Bin Omar dalam pilihanraya umum yang ke 13 yang lalu iaitu sebanyak 1736 undi bagaikan sukar dikejar oleh PKR, tidak sebagaimana kawasan pengundi campuran. Bagi kawasan pengundi Melayu, majoriti mendekati 2000 undi adalah sukar di kejar kerana amat jarang pengundi Melayu tradisional mengubah pegangannya.

Bagi undi biasa, terdapat 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Dun Pengkalan Kubor. BN menguasai 7 PDM manakala PKR hanya menguasai 5 PDM. BN menguasai PDM Pengkalan Kubor, Simpangan, Tujoh, Bunohan, Jubakar Darat, Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Telok Jering. Manakala PKR pula menguasai PDM Pengkalan Kubor, Kampung Tebing, Kampung Geting, Telaga Bata dan Kedai Geting.

Dari segi penguasaan saluran pengundi pula, BN menguasai 21 saluran undi biasa dan PKR juga menguasai 21 saluran pengundi dan menariknya BN dan PKR seri dengan memperolehi jumlah undi yang sama di saluran 4 bagi PDM Tujoh.

Secara tradisinya BN menang besar bagi undi pos dengan majoriti 47 undi dan undi awal dengan majoriti 87 undi. Keduanya bolehlah dikatakan sebagai simpanan kekal bagi BN dalam mana-mana pertempuran pilihanraya samada umum mahupun kecil.

Dari analisis ringkas, BN hampir pasti akan mengekalkan undi mereka di 6 PDM utama mereka berdasarkan keputusan pilihanraya 2013 yang lalu. BN menang di Pengkalan Kubor dengan majoriti 474 undi (Bebas : 5 , BN: 1051 , PKR: 577 ), PDM Simpangan dengan majoriti 516 undi (Bebas : 3 , BN: 837 , PKR: 321 ), PDM Bunohan dengan majoriti 419 undi (Bebas : 6 , BN: 805 , PKR: 386 ), PDM Jubakar Darat dengan majoriti 699 undi (Bebas : 3 , BN: 782 , PKR: 83 ), PDM Kampung Bendang Pak Yong dengan majoriti 241 undi (Bebas : 6 , BN: 1191 , PKR: 950 ) dan PDM Kampung Telok Jering dengan majoriti (Bebas : 2 , BN: 460 , PKR: 123 ).

Bagi PKR pula, mereka hanya selamat pada dua PDM jika pola pengundian dan kecenderungan pengundi tidak berubah dengan ketara. Kekuatan utama mereka pada PDM Kampung Geting yang dimenangi dengan majoriti 524 undi (Bebas : 8 , BN: 1016 , PKR: 1540 ) dan disusuli dengan PDM Kedai Geting yang dimenangi PKR dengan majoriti 222 undi (Bebas : 1 , BN: 520 , PKR: 742).

Berdasarkan analisis keputusan pilihanraya yang lepas juga, persaingan sengit akan berlaku di 4 lagi PDM yang 3 daripadanya dimenangi PKR dan satunya dimenangi oleh BN. Oleh kerana dimenangi dengan majoriti yang tipis oleh kedua-dua parti bertanding, maka bolehlah dikatakan PDM ini akan mengalami persaingan sengit.

Antara PDM yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti yang rendah ialah PDM Kampung Ketil dengan majoriti 110 undi (Bebas : 10 , BN: 1005 , PKR: 1115), PDM Kampung Tebing dengan majoriti 165 undi (Bebas : 4 , BN: 503 , PKR: 668) dan PDM Telaga Bata dengan majoriti 67 undi (Bebas : 7 , BN: 680 , PKR: 747). Manakala satu-satunya PDM yang dimenangi BN dengan majoriti yang sangat rendah adalah PDM Tujoh. BN hanya memenanginya dengan majoriti 4 undi sahaja (Bebas : 10 , BN: 1133 , PKR: 1129).

Sifir mudah bagi BN untuk memenangi pilihanraya kecil ini hanya satu, iaitu mengekalkan undi yang diperolehi dengan sebaiknya tanpa mengharapkan perpindahan undi dari PKR. Majoriti BN sudah terlalu selesa bagi kawasan Melayu seperti Pengkalan Kubor. Bagi PKR dan Pakatan Rakyat terdapat beberapa kemungkinan yang mesti diusahakan jika ingin memenangi pilihanraya kecil ini hatta dengan 1 undi.

1. Mengekalkan semua undi yang diperolehi dalam pilihanraya yang lalu.
2. Meningkatkan jumlah undi Majoriti dalam PDM sengit seperti Kampung Ketil, Kampung Tebing, Tujoh dan Telaga Bata.
3. Memberikan saingan untuk pertambahan undi bagi PDM Kampung Bendang Pak Yong dan PDM Kampung Telok Jering.
4. Perlu merampas PDM Tujoh.
5. Secara Matematiknya Pakatan Rakyat memerlukan 8.55% pengundi BN (kira-kira 870 undi) untuk memenangi PRK Pengkalan Kubor dengan majoriti kecil.

Sejak Dun Pengkalan Kubor diperkenalkan sebagai salah satu kawasan pilihanraya negeri sejak 1995, ia hanya sekali dimenangi oleh Parti Politik selain UMNO, iaitu pada pilihanraya umum yang ke 10 pada 1999. PAS memenangi kerusi tersebut dengan calonnya Wan Hussain Wan Ahmad yang mendapat undi sebanyak 7115 menewaskan calon BN pada ketika itu Mat Nawawi Bin Mat Jusoh yang mendapat undi sebanyak 4684 undi. Majoriti yang diperolehi adalah sebanya 2432 undi.

Tidak mustahil jika berlaku tolak ansur di kalangan Parti Pakatan Rakyat dengan memberikan kerusi tersebut kepada PAS semula dengan dibantu pula semangat dan kekuatan ahli Parlimen Tumpat (YB Kamaruddin Jaafar) berserta 3 lagi dun di dalam parlimen tersebut yang juga dimenangi oleh PAS, sesuatu kemungkinan yang baik boleh dipersembahkan. Semangat kemenangan dalam Dun Kelaboran (YB Mohd Zaki Ibrahim), Dun Pasir Pekan (YAB Dato Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan) dan Dun Wakaf Bharu (YB Che Abdullah Mat Nawi) boleh diterjemahkan pada pilihanraya kecil Pengkalan Kubor.

Keputusan Pilihanraya kali ini penting dalam menterjemahkan mood rakyat tempatan terhadap tahun pertama prestasi kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar baharu bagi negeri Kelantan YAB Dato Ahmad Yakob yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat. Di samping ia juga sebagai suara kecil rakyat terhadap isu di Selangor dan lain-lain isu yang bersifat nasional.

Penganalisis Politik Desa
Nazmie Samarahan
21082014 - 12.50 pm

Penafian Presiden PAS Menerima Titah Mengenai Isu MB Selangor

Posted: 21 Aug 2014 12:11 AM PDT

PIhak Pejabat Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh Sdr Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Malaysia) seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan.

Pihak kami ingin menjelaskan bahawa Dato Seri Tuan Guru telah memohon mengadap Ke Bawah DYMM Tuanku pada hari raya keempat semperna Hari Raya Aidil Fitri dan tidak ada sebarang titah arahan dari Ke Bawah DYMM mengenai isu MB Selangor.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Gereja akan fail semakan semula keputusan 'Allah'

Posted: 21 Aug 2014 07:53 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Biskop Gereja Roman Katolik akan memfailkan semakan kehakiman keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam naskah mingguan The Herald versi Bahasa Melayu yang khusus disediakan untuk Sabah dan Sarawak.

Peguam biskop gereja itu berkata mereka akan memfailkan permohonon untuk menyemak keputusan sidang Mahkamah Persekutuan seramai tujuh hakim yang diketuai Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria.

"Kami akan memfailkan semakan keputusan tetapi dokumennya masih belum siap," kata salah seorang barisan peguam gereja itu.

Difahamkan mereka akan memfailkan semakan itu seawal-awalnya minggu depan.

Mahathir Perlu Keluar UMNO Sekali Lagi...

Posted: 21 Aug 2014 07:35 AM PDT

shahbudindotcom


Selain berpendapat polisi dan dasar Najib Razak banyak merosakkan hubungan kaum, ekonomi dan kewangan negara, teguran Mahathir Mohamad juga berkisar mengenai rasa rimasnya dengan terlalu banyak pengampu dan pembodek yang berada di sekeliling Perdana Menteri sekarang ini.

Dalam dua kisah dongeng zaman silam yang disebutkan Mahathir dalam tulisannya, jelas memperingatkan mengenai budaya ampu dan bodek yang disedari oleh banyak pihak berada di tahap melampau sekarang ini. Pembodek dan pengampu ini bukan saja dalam bentuk mengharapkan balasan seperti projek dan sebagainya tetapi ramai juga yang dibayar gaji semata-mata untuk berbuat demikian.

Apa yang disebutkan Mahathir itu bagaimanapun terbukti nyata akhirnya kerana bukan intipati teguran beliau yang mahu diambil-berat oleh pemimpin dan menteri UMNO, sebaliknya mereka berebut-rebut memuji dan menyanjung kehebatan Perdana Menteri dalam menguruskan negara sehingga diumpamakan lebih hebat daripada Barack Obama dan Vladimir Putin.

Meskipun budaya membodek pemimpin pada umumnya adalah amalan biasa, tetapi ramai yang merasakan budaya itu begitu berlebih-lebihan dan melampau ketika ini sehingga seolah-olah Najib tidak pernah melakukan kesalahan sama-sekali dalam menguruskan negara.

Lebih buruk lagi, isteri seorang Perdana Menteri yang tidak pernah begitu menonjol sebelum ini dan didapati melakukan beberapa pembaziran yang tidak sepatutnya, turut tiada yang berani memberikan teguran dan kritikan. Malah ramai yang memuji, menyanjung dan mencium tangannya apabila bersalam.

Dalam masa yang sama, Najib pula terus dengan sikap biasanya apabila menghadapi masalah. Beliau hanya diam, senyap dan tiada respon.

Sudah masuk hari kelima sejak Mahathir melontarkan taguran dan mengumumkan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri, sehingga ini Najib masih diam dan tiada respon. Tiada ulasan dan reaksi daripada seorang nakhoda apabila kapal yang dikemudinya sedang ditembak dan dalam keadaan terumbang-ambing.

Teguran Mahathir terhadap Najib sebenarnya bukanlah kali pertama. Ia sudah kerapkali dilakukan sebelum ini. Tetapi semua teguran dan kritikan itu berlalu begitu saja berikutan sikap Najib yang diam, senyap dan dan tiada respon serta mengharapkan ia dilupakan seiring dengan peredaran masa.

Apa yang pertama kali dilakukan Mahathir kepada Najib ialah menarik balik sokongannya. Sebelum ini, di sebalik kritikannya, beliau tetap menyokong Perdana Menteri dan hanya mahukan isu yang disebutkannya diberi perhatian atau tindakan saja.

Ketika era Pak Lah dahulu, Mahathir juga banyak memberi teguran atas beberapa kepincangan yang berlaku dan sehingga ke suatu peringkat, oleh kerana ia terus tidak diberi perhatian, beliau akhirnya mengumumkan keluar daripada UMNO untuk memberi lebih tekanan.

Kesannya, BN hilang majoriti dua pertiga dalam pilihanraya 2008 dan Pak Lah kemudiannya berundur daripada memimpin negara.

Walaupun Mahathir menyebut tegurannya bukan bertujuan memaksa Najib melepaskan jawatannya, sebaliknya hanya mahukan adanya perubahan tetapi kebarangkalian untuk Najib berubah juga sebenarnya sangat tipis. Kalau Najib mahu berubah, beliau sebenarnya sudah melakukannya sebaik keputusan PRU 13 dulu lagi. Dari segi ini, ramai yang mengatakan Najib memang lebih teruk daripada Pak Lah.

Najib bukan saja selesa dengan sokongan kukuh dari kalangan pimpinan UMNO bahagian-bahagian seluruh negara tetapi juga kerana tiada yang tampil menegur dasar serta polisi yang dilakukannya dalam mengurus negara. Setiap hari beliau hanya mendengar kata-kata pujian dan tiupan angin yang seolah-olah sedang membawanya ke syurga.

Oleh itu, teguran yang disertai penarikan balik sokongan Mahathir ini juga mungkin tidak mendatangkan kesan kepada perubahan yang diharap-harapkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Najib tentunya lebih menghargai pujian berbanding teguran. Satu-satunya tindakan yang boleh terus diambil untuk menekan dan membuatkan Najib segera memberi reaksi terhadap teguran dan kritikan serta cenderung untuk berubah ialah dengan Mahathir mengumumkan keluar UMNO sekali lagi.

Hanya tindakan keluar UMNO ini yang boleh membuatkan arus bawah dalam UMNO akan bergerak lebih laju dan sama-sama bangun menuntut perubahan. Sebelum ini, arus bawah yang bergelodak ini sering dilindungi oleh pemimpin diatas atau oleh pengampu dan pembodek sehingga berjaya menutup hakikat yang sebenarnya sedang berlaku serta memberi gambaran yang baik-baik kepada Najib.

Namun, dengan kesediaan Mahathir membuat tindakan drastik sekali lagi keluar UMNO, arus bawah ini akan lebih mengalir deras bersama-samanya. Lebih berkesan lagi, jika beberapa bekas pemimpin lama yang sekarang ini banyak meluahkan rasa tidak puas hati atas kepimpinan Najib yang disifatkan lembut dan lembik, turut mengambil tindakan yang sama.

Tidak kurang berkesannya juga jika Mukhriz, anak Mahathir yang menjadi Menteri Besar Kedah turut bersama-sama dengan perjuangan bapanya itu.

Sebagaimana yang disebutkan Mahathir bahawa beliau lebih sayangkan bangsa dan negara ini, keberaniannya sekali lagi keluar UMNO adalah pengorbanan ke arah itu. Jika tidak, tegurannya mungkin bagai angin lalu saja kerana Najib tidak terasa panas pun lantaran lebih banyak disejukkan oleh tukang-tukang kipas yang berada di sekelilingnya

'PAS tak minat kerusi MB Selangor'

Posted: 21 Aug 2014 07:31 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Ab Samad berkata partinya tidak ada sebarang rancangan untuk menduduki kerusi menteri besar Selangor.

Sebaliknya, kata beliau, PAS masih berpegang pada konsensus bahawa kerusi menteri besar itu adalah milik PKR.

"Kita tak bincang (isu PAS jadi menteri besar).

"Kita tak bincang cuma (ikut keputusan) mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos lalu bahawa kita setuju menteri besar dari PKR,  jadi kita tak bincang lagi hal ini," katanya.

Iskandar (kanan) yang ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini diminta mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan ulasan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Sivamurugan Pandian mengenai isu menteri besar Selangor.

Akhbar itu memetik Sivamurugan sebagai berkata PAS boleh mencadangkan Iskandar sebagai calon menteri besar jika Sultan Selangor menolak dua calon dari PKR dan mahu PAS memberi calonnya.

Iskandar merupakan satu-satunya exco kanan yang kekal dibawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Iskandar bagaimanapun menegaskan bahawa PAS Selangor akan tetap mengikut keputusan PAS pusat.

Beliau berkata semua empat exco PAS akan terus bekerjasama memastikan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor diteruskan.

"Saya nak merujuk keputusan PAS pusat pada 17 Ogos lalu, kita akan terus bekerja sehingga diberitahu kelak untuk memastikan segala perkhidmatan kerajaan diteruskan," katanya.

Iskandar turut menegaskan bahawa semua program negeri yang dirancangkan sebelum ini akan diteruskan seperti biasa tanpa masalah.

"Saya juga nak beritahu bahawa program seperti Skim Mesra Usia Emas dan lain-lain masih diteruskan seperti biasa," katanya

Maut selepas ditinggal 8 jam dalam kereta

Posted: 21 Aug 2014 07:26 AM PDT

SINAR HARIAN


ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta bapanya di kawasan letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang dekat sini hari ini.
 
Mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan dipercayai terperangkap lebih lapan jam dalam kereta Perodua Viva, sebelum ditemui bapanya Adnan Salleh, 40-an, yang merupakan guru agama sekolah itu pada 4 petang tadi, selepas habis waktu bekerja.
 
Difahamkan, mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Nerang, namun disahkan telah meninggal dunia.
 
Saudara mangsa, Soaid Adam, 45, berkata Adnan sepatutnya menghantar anaknya itu ke tadika yang terletak kira-kira 150 meter dari tempatnya mengajar terlebih dahulu.
 
Bagaimanapun dia dipercayai terlupa berbuat demikian dan tidak menyedari bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu sedang tidur di kerusi penumpang bahagian belakang kereta itu, katanya.
 
Soaid berkata biasanya Adnan bersama isterinya, Asiah Abu, 30-an, yang merupakan seorang guru di SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang dan anak mereka keluar dari rumah mereka di Kampung Padang Durian, Pendang kira-kira 6.45 pagi.
 
"Selalunya Adnan akan melalui jalan Pokok Sena kemudian dia akan hantar anaknya dahulu ke tadika, selepas itu dia akan hantar isterinya ke SMK Dato Syed Ahmad dan kemudian dia akan ke SMK Kuala Nerang.
 
"Tetapi hari ini, dia melalui jalan Naka kemudian menghantar isterinya dahulu lalu terus ke SMK Kuala Nerang, dia mungkin terlupa untuk hantar anaknya ke tadika," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
 
Soaid berkata dia sangat terkejut apabila Adnan memaklumkan mengenai insiden itu kepadanya kira-kira 7.30 malam tadi dan tidak menyangka ia akan menimpa keluarga mereka.
 
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
 
Beliau berkata  punca kejadian masih belum dikenal pasti. - Bernama

Jabatan Pendaftaran dimohon batal Kongres PKR esok

Posted: 21 Aug 2014 07:23 AM PDT

SINAR HARIAN

pkr
 
 
 
PUTRAJAYA - Pakatan Anak-anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menangguhkan Kongres Tahunan PKR 2014, atas dasar beberapa aduan terhadap parti itu masih dalam siasatan.
    
Ketua Pemuda Pasmeb Norizwan Mohamed mendakwa antara aduan yang dikemukakan berhubung kait dengan unsur rasuah, dakwaan politik wang dan penyalahgunaan kuasa dalam pemilihan PKR 2014.
 
Beliau mendakwa lebih 40 aduan telah dibuat di jabatan itu oleh pelbagai cawangan PKR di seluruh negara berhubung dakwaan penyelewengan pemilihan parti berkenaan.
    
"Saya menuntut JPPM untuk bertindak segera menghentikan Kongres Nasional PKR 2014 bagi memberi ruang dan tumpuan terhadap usaha menyelesaikan dakwaan penipuan pemilihan 2014," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada jabatan itu di sini hari ini. 
    
Kongres itu dijadualkan dari 22 hingga 24 Ogos di Stadium Melawati, Shah Alam dan dijangka dihadiri anggota perwakilan dan pemerhati PKR dari seluruh negara. 
   
Seorang aktivis Ally Hazran turut mendakwa mempunyai klip video sebagai bukti berlakunya penyelewengan dan rasuah dalam pemilihan parti itu. - Bernama

MH17: Waktu Bertafakur Seminit Antara 10.45 Hingga 11.15 Pagi Jumaat - Shabery

Posted: 21 Aug 2014 05:39 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
PUTRAJAYA: Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi itu Jumaat ini adalah antara 10.45 hingga 11.15 pagi. 
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata selain hadirin di lokasi istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), orang ramai yang tidak dapat hadir turut diminta bertafakur sebagai tanda penghormatan terakhir.
 
"Kita minta rakyat semua bertafakur walaupun di mana mereka berada... di rumah, di pejabat, di sekolah dan kenderaan juga diminta berhenti seketika pada waktu berkenaan.
 
"Kita akan maklumkan melalui siaran radio dan televisyen waktu untuk setiap orang bersedia untuk bertafakur selama seminit. Bagi beragama Islam boleh membaca al-Fatihah dan bukan Islam berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing," katanya dalam sidang media Istiadat Penerimaan Jenazah Warga Malaysia Tragedi MH17 di sini hari ini.
 
Sidang media itu diadakan bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Anifah sahkan laporan rakyat Malaysia terbunuh di Syria

Posted: 21 Aug 2014 05:33 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA:  Kementerian Luar mengesahkan laporan bahawa seorang rakyat Malaysia terbunuh dan dua lagi cedera ketika terbabit dalam aktiviti militan di Syria, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
 
"Kementerian kini sedang mengesahkan dakwaan itu dengan pihak berkuasa berkaitan. 
 
"Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan yang mengamalkan kesederhanaan, pendirian Malaysia adalah sentiasa tidak membiarkan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak, termasuk warganya sendiri," kata Anifah dalam satu kenyataan hari ini. 
 
Beliau menambah, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan unsur-unsur ekstremis.
 
Menurut satu posting oleh Akel Zainal di Facebook, militan Malaysia, yang dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab, sedang mempertahankan sebuah kampung bernama Syar'aya apabila dia telah dibunuh.

JPP akui pemilihan PKR lemah

Posted: 21 Aug 2014 05:31 AM PDT

Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengakui PKR mempunyai kelemahan dalam menempuh pemilihan parti tahun ini.
 
Pengerusinya Datuk Johari Abdul berkata, jawatankuasanya akan mencadangkan kepada parti untuk memperbaiki pemilihan kali ini berdasarkan pengalaman yang menyaksikan kekalutan yang berlaku selama hampir lima bulan pemilihan itu.
 
Untuk rekod pemilihan PKR bermula pada Mac yang lalu.
 
"Kita tidak menafikan bahawa pemilihan ini perlu diperbaiki pada masa akan datang, isu gangster misalnya, tidak adil jugaklah kekalutan itu disebabkan oleh kami sebab mereka yang mencetuskan pemilihan sebelum ini adalah bukan ahli parti.
 
"Kami bukan sempurna, kami akan mencadangkan macam mana nak pertingkatkan pemilihan pada parti," katanya dalam sidang media JPP di Ibu Pejabat PKR hari ini
 
Dalam masa sama beliau menjelaskan keputusan pemilihan parti itu mengambil masa yang lama kerana tidak mahu sebarang kesilapan dalam menentukan jumlah undi yang sebenar bagi mengelakkan sebarang bantahan.
 
"Kami tidak mahu keputusan (salah) dan kita betulkan, sebab itu kita ambil masa untuk umumkan, ini menunjukkan kita telus, kita terima semua aduan," jelasnya.
 
Keputusan pemilihan rasmi parti itu dimaklumkan setakat ini tidak mempunyai bantahan melainkan 553 daripada semua cabang sebelum ini yang telah diselesaikan.
 
Manakala aduan yang diusulkan oleh bekas ahli parti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak diteruskan selepas penyingkirannya daripada parti itu yang disifatkannya tidak relevan lagi.
 
"Berkenaan jumlah Khalid, undi beliau tidak diambil kira sebab dia dah dipecat daripada parti.
 
"Jumlah terakhir seperti yang diumumkan sebelum beliau dipecat.
 
"Jadi tidak relevan untuk terus kira lagi," ujarnya.

Parti korup, Nakhaie isytihar bukan Umno lagi

Posted: 21 Aug 2014 03:46 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad hari ini mengisytiharkan bukan lagi ahli Umno.

Beliau yang sebelum ini sering menjadi rujukan Umno khususnya berdepan PAS dalam isu-isu berkait agama, membuat kenyataan mengejutkan itu di Facebooknya.

"Mengapa saya harus keluar dari Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.

"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.

Kenyataan itu muncul dua hari selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Najib Najib yang disifatkannya sebagai lemah.- HARAKAHDAILY

Bukit Aman digesa siasat dalang bakar rumah Anis Afida

Posted: 21 Aug 2014 03:45 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL






KUALA LUMPUR: PAS menggesa agar satu Jawatankuasa Khas (Task Force) ditubuhkan di peringkat Bukit Aman bagi menyiasat perbuatan khianat terhadap Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Cik Anis Afida Mohd Azli yang menyebabkan kebakaran di rumah kediamannya.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal, Mazlan Aliman memberitahu laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuktikan ia adalah berpunca daripada perbuatan yang disengajakan.

"Kita gesa pihak polis agar melakukan siasatan segera terhadap beberapa siri kejadian yang berlaku, ia jelas dibukti adalah perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kebakaran yang menimpa rumah Cik Anis Afida adalah kes terbaru dari kes-kes sebelum ini dan secara terang menunjukkan bahawa berpunca dari 'molotov cocktail' yang sememangnya sengaja dibakar," jelasnya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sejurus menyerahkan memorandum sebentar tadi.
Kediaman Anis Afida yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, di Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor terbakar pada tengah malam 8 Julai lalu beberapa minggu sebelum menjelang Aidilfitri.

Beliau juga merupakan calon PAS bagi kerusi N38 Dun Penawar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurut Mazlan, PAS menggesa agar siasatan dilakukan terhadap seluruhan kes-kes yang menimpa Anis termasuk ancaman batu nisan dan juga kenderaan yang disimbah dengan cat.

"Kita melihat kes ini adalah berprofil tinggi dan memohon agar tindakan yang lebih profesional tanpa tolak ansur diambil kepada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja khianat dan provokasi.

"Syabas kepada Jabatan Bomba atas siasatan mereka, saya yakin ia memudahkan jabatan polis utk mengheret mereka yang bertanggunghjawab," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang turut hadir pada penyerahan memorandum itu berharap pihak polis memandang serius kejadian ini kerana ia membabitkan ancaman nyawa kepada mangsa.

"Perlu disegerakan siasatan kerana ia melibatkan ancaman nyawa kepada mangsa, kejadian kebakaran itu disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita akui pegawai-pegawai polis sibuk bagi menyambut jenazah MH17 esok, tetapi kita mengharapkan akan ada pertemuan selepas selesai MH17," katanya yang telah menyerahkan memorandum kepada Ketua Unit Radio/TV, ASP Mohd Fadzil Ismail.

Dalam pada itu, Anis Afida turut mengucapkan terima kasih kepada pimpinan PAS yang mengambil serius insiden tersebut serta meminta pihak polis mengheret pihak tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.- HARAKAHDAILY

Himpunan 'kasih sayang' konsep Muktamar Muslimat

Posted: 21 Aug 2014 03:29 AM PDT

SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: 'Muslimat Prihatin Masyarakat Sejahtera' menjadi tema bagi Muktamar Muslimat PAS Pusat kali ke-57 yang akan berlangsung pada 16 dan 17 September depan.


Bertempat di Sutera Square Johor Bharu, Muktamar Muslimat kali ini dijangka akan dibanjiri hampir 1,300 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Perasmian Dewan Muslimat akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu pada 16 September, jam 8.30 malam manakala Muktamar Penuh Muslimat pada keesokanya bermula awal pagi hingga 6.30 petang.

Menurut Pengarah Muktamar Muslimat kali ke-57, Che Azlina Che Harun, orang ramai dijemput untuk mengikuti perasmian muktamar dan menjadi pemerhati pada keesokanya.

Pada malam perasmian itu katanya, Dewan Muslimat turut melancarkan kutipan derma untuk Tabung Gaza.

Sokong Harakah

Kemudian diikuti dengan pelancaran 'Satu Ahli Satu Harakah' yang akan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof.

"Ini adalah komitmen daripada muslimat untuk Harakah malah kita sedia maklum ke peringkat kawasan untuk melanggan akhbar parti ini sebagai Smart Synergy dengan Harakah yang banyak membantu parti. Usaha ini sebagai pemula khususnya di kalangan Muslimat," katanya kepada Harakahdaily.

Che Azlina yang juga Setiausaha Muslimat PAS Pusat menegaskan konsep muktamar pada kali ini lebih kepada himpunan 'kasih sayang' bersama-sama untuk bertukar-tukar pendapat dan menambahkan maklumat demi mamajukan Muslimat di masa akan datang.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para media yang akan membuat liputan hendaklah berdaftar dengan PAS Pusat bagi mengelakkan sebarang kesukaran yang akan berlaku.

"Muslimat akan menggunakan pas media yang digunakan oleh Muktamar PAS Pusat, kita akan sediakan bilik khas buat media dan akan sedaya upaya memastikan kemudahan internet lancar buat media," katanya.

Bagaimanapun katanya, berkenaan usul masih belum diputuskan lagi memandangkan muktamar di peringkat negeri masih berlangsung, tetapi meminta pihak negeri menghantar usul sebelum 1 September ini.-HARAKAHDAILY

Rafizi, Shamsul terpilih; Fuziah, Surendran tewas

Posted: 21 Aug 2014 03:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


Keputusan muktamad pemilihan PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan beberapa nama-nama besar dalam parti itu terkeluar daripada barisan kepimpinannya.

Antaranya ialah bekas parti naib presiden, Fuziah Salleh yang gagal mempertahankan jawatan itu, dan N Surendran, yang sebelum ini merupakan naib presiden yang dilantik.

Naib presiden yang baru terpilih ialah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Manakala Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang berjaya berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, manakala timbalannya, Azmin Ali berjaya mempertahankan jawatannya dengan menewaskan pencabarnya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Seorang lagi pencabar Azmin - Tan Sri Khalid Ibrahim - terkeluar daripada saingan bagi jawatan tersebut selepas dipecat dari parti kerana didakwa enggan meletakkan jawatan menteri besar Selangor.

Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad pula terpilh sebagai ketua AMK yang baru, manakala Zuraidah Kamaruddin berjaya mempertahankan jawatan ketua Wanita.

Keputusan pemilihan itu diumumkan oleh Pengarah Pemilihan PKR yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk  Johari Abdul di ibu pejabat parti itu hari ini.

Nurul Izzah mohon maaf pada Raja Nong Chik

Posted: 21 Aug 2014 03:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini memohon maaf kepada Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin kerana menjejaskan nama baiknya melalui sebuah kenyataan sebelum ini.

Berikut permohonan maaf Nurul Izzah:

Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk "Dato' Raja Nong Chik Zainal Abidin's Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million".

Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas.

Umno nafi 'surat 7 tuntutan' Dr M pada PM

Posted: 21 Aug 2014 03:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Umno menafikan laporan yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau membuat teguran terbuka yang keras terhadap Najib.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) berkata tidak ada perkara seperti itu.

Lawanweb Asia Sentinel melaporkan bahawa Najib telah mengarahkan Tengku Adnan bertemu dengan Dr Mahathir dan menggesanya supaya menarik balik surat tersebut, yang kononnya mengandungi tujuh tuntutan.

Bagaimanapun, ia melaporkan, Dr Mahathir enggan berbuat demikian.

Asia Sentinel mendakwa surat itu yang dihantar dua tiga bulan lalu, dipetik kepada lamanweb oleh seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan Umno.

Pada hari Isnin, Dr Mahathir menulis di blog beliau, menyatakan kekecewaan terhadap kepimpinan Najib dan menyesal kerana menyokong beliau pada masa lalu.

Ditanya mengenai kritikan bekas perdana menteri itu terhadapnya, Najib hanya tersenyum dan mengelak soalan tersebut.

Istiadat penghormatan di skrin besar Dataran Merdeka

Posted: 21 Aug 2014 03:15 AM PDT

MALAYSIAKINI



Warga kota boleh mengikuti siaran langsung istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di skrin besar di Dataran Merdeka esok.
  
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata selain Dataran Merdeka, satu lagi skrin besar akan diletakkan di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Laut.
  
"Paparan istiadat di skrin besar bertujuan membolehkan semua warga kota melihat bagaimana jenazah mangsa tragedi tersebut sampai di tanah air di samping mengikuti penghormatan yang diberikan kerajaan," katanya.
  
Tengku Adnan berkata demikian kepada para pemberita selepas Program Penghargaan Warga Kuala Lumpur dan Pelancong Kepada Mangsa MH17 di Jalan Raja Laut di sini hari ini.
  
Beliau berkata sebanyak 28 panel juga telah dipasang di lokasi di sekitar ibu kota bagi membolehkan warga kota memberikan penghormatan kepada mangsa tragedi dengan menandatangani panel selama dua minggu.
  
Panel yang dipasang di hentian bas dan teksi itu kemudiannya dipindahkan ke Jalan Raja Laut berhampiran bangunan DBKL untuk tempoh selama tiga hari bermula semalam.
  
"Seramai 30,000 orang telah menandatangani panel berkenaan selain menulis ucapan takziah dan berkongsi rasa simpati dengan keluarga mangsa," tambah Tengku Adnan.
  
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Parisign Media Michael Tan, syarikat iklan yang bertanggungjawab memasang panel itu berkata panel tersebut bertujuan menyatukan semua warga kota dalam menzahirkan rasa simpati berikutan tragedi MH17.
  
Tinjauan Bernama mendapati panel itu turut ditandatangani pelancong dari Pakistan, Czech dan Slovak serta Kemboja.
  
Mereka yang menandatangani panel berkenaan turut memberikan kata-kata semangat kepada MAS seperti 'Stay Strong MAS' dan 'Jangan Pernah Putus Asa MAS'.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
  
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
  
Sebanyak 43 orang termasuk penumpang dan anak kapal merupakan warga Malaysia. Daripada jumlah ini, 20 mayat dijadual tiba di tanah air esok.

Upacara terfakur

Sementara itu, upacara bertafakur bagi mengingati mangsa pesawat MH17 akan diadakan di Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan di Seremban bermula pukul 10.45 pagi esok.
  
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pengumuman akan dibuat di kedua-dua bangunan itu untuk diadakan tafakur serentak selama 1 minit yang  bagi penganut beragama Islam, mereka dikehendaki membaca surah Fatihah dan yang bukan beragama Islam berdoa mengikut agama masing-masing.
  
"Saya harap orang ramai di seluruh negeri ini akan turut sama bertafakur serentak selama 1 minit dalam tempoh tersebut," katanya.

Sementara itu, jenazah pramugari Malaysia Airlines, Mastura Mustafa yang merupakan antara mangsa pesawat MH17 akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paroi esok.
  
Menteri besar berkata jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa setelah selesai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di  Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  
"Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan selepas solat Jumaat. Selepas itu jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan," katanya.
  
Beliau berkata beliau akan hadir di KLIA dan seterusnya mengiringi jenazah Mastura ke Seremban.
  
Sebanyak 20 jenazah warga Malaysia (11 beragama Islam, sembilan bukan beragama Islam) yang menjadi mangsa nahas MH17 akan dibawa pulang esok dari Amsterdam dan dijangka tiba di KLIA pada pukul 10 pagi.
  
Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal apabila ia ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.- Bernama

NGO bidas sindiket tipu duit derma

Posted: 21 Aug 2014 03:10 AM PDT


Telaga Tiub yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Yayasan Amal Malaysia. Telaga Tiub yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Yayasan Amal Malaysia.
 
 
 
KUANTAN - Tindakan pihak yang menyalahgunakan nama tabung Palestin untuk menipu penderma memberi tempias kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah dalam membuat kutipan.

Menyedari situasi tersebut, empat NGO di Pahang semalam tampil memaklumkan kepada orang ramai bagi mengelakkan salah faham.

Haluan Palestin Pahang, Aqsa Sharif Berhad, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Yayasan Amal Pahang tampil diwakili pemimpin negeri masing-masing dengan tegas menyatakan mereka aktif di seluruh negara dan sudah lama membuat kutipan membantu mangsa bencana terutamanya untuk rakyat Palestin.

Pemimpin terbabit terkilan kerana nama pertubuhan yang diwakili mereka turut tercalar berikutan sikap individu yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

Mereka turut mencadangkan kerajaan mengambil tindakan tegas jika ada individu yang berani mempergunakan simpati masyarakat untuk kesenangan sendiri.
Kesemua pertubuhan itu memaklumkan tidak pernah melantik sesiapa mengutip derma secara individu, sebaliknya mengadakan program tertentu dalam bentuk kumpulan dan membabitkan orang awam.

Haluan terima tempias

Ketua Biro Haluan Palestin Pahang, Abd Bashir Abd Ghani berkata, kesan daripada satu pertubuhan yang dipercayai cuba menipu penderma, Haluan turut menerima tempias walaupun pertubuhan itu tidak pernah mengutip derma secara individu di premis tertentu.

Menurutnya, oleh kerana Palestin kini menjadi isu besar, ramai yang mahu membantu dan penderma tidak berkira untuk memasukkan wang ke dalam tabung yang didakwa 'sampai' kepada mangsa perang itu.

"Haluan adalah pertubuhan yang sudah terkenal membantu Palestin tetapi tempias individu yang menyamar beri kesan kepada kami walaupun mendapat sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.

Beliau berkata, Haluan mempunyai hubungan rapat dengan lebih 300 NGO diiktiraf di Palestin yang membantu mengagihkan bantuan makanan dan wang tunai kepada mangsa perang Gaza serta kutipan derma yang dilaksanakan tidak bermusim seperti sesetengah pihak.

"Setiap tahun, kita akan menjemput wakil dari Palestin untuk menerima sendiri derma yang dikumpulkan, namun ada masanya kita sendiri akan ke sana bergantung pada keadaan," katanya.

Kesemua pemimpin itu juga bersedia bertemu Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang (Muip) untuk membincangkan mengenai keadaan berkenaan dan kebenaran kutipan derma.

Aqsa Sharif salur RM14j

Ahli Jawatankuasa Aqsa Sharif Berhad Pahang, Ahmad Azam Mohd Salleh mengakui tidak ada sebarang masalah mengutip derma sejak tiga tahun pertubuhan itu beroperasi.

Menurutnya, sehingga kini pertubuhan itu berjaya menyalurkan sumbangan RM14 juta tidak termasuk Ramadan lalu dan sumbangan dari rakyat Pahang sahaja berjumlah lebih RM100,000.

Katanya, Aqsa Sharif sudah menghantar RM2 juta dalam bentuk makanan untuk berbuka puasa Ramadan lalu, tetapi gagal menyalurkan kesemua sumbangan kerana masalah sekatan di sana.

Bagaimanapun katanya, sukarelawan Aqsa Sharif akan berusaha untuk ke Palestin bagi tujuan menghantar kesemua sumbangan rakyat Malaysia kerana itu adalah harapan mereka melalui pertubuhan berkenaan.

"Kita mempunyai kerjasama erat dengan banyak NGO berdaftar yang memang melakukan tugas untuk menyalurkan sumbangan sehingga sampai ke tangan rakyat Palestin khususnya mangsa perang Gaza," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan pihak berkuasa negeri menubuhkan pasukan khas untuk memantau secara berterusan bagi mengelakkan penipuan berlaku hanya untuk kepentingan individu tertentu.

Sukar melepasi sempadan

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Pahang, Nasrun Amir Abdullah pula memaklumkan tidak mudah sebuah pertubuhan membuka pejabat di Palestin seperti yang didakwa pihak tertentu yang sebenarnya mahu mengaburi mata penderma.

Katanya, melalui pengalaman sukarelawan Yayasan Amal Malaysia, pihak berkuasa keselamatan juga tidak boleh melepasi sempadan dan kesukaran berkenaan menyebabkan NGO berdaftar sukar berurusan dengan NGO Palestin.

"Jadi, jangan mudah percaya dengan mana-mana pertubuhan yang mendakwa boleh menghantar bekalan makanan atau sumbangan ke negara bergolak itu," katanya.

Bagi yayasan itu, Nasrun berkata, mereka mempunyai bukti kukuh penghantaran sumbangan dengan penyediaan plak dan kain rentang yang sukar diciplak pihak tertentu.

Paling membanggakan apabila rakyat Malaysia turut bantu rakyat Palestin menyediakan telaga tiub untuk lebih 300,000 penduduknya.

Menurutnya, sehingga kini kebanyakan sukarelawan NGO melakukan setiap tugas tanpa upah atau tuntutan dan setakat ini berpuas hati dengan kerjasama NGO di Palestin kerana setiap sumbangan yang dihantar ada buktinya.

"Kami sukar masuk ke sana tetapi melalui bantuan NGO terbabit, kita berjaya menghulurkan sumbangan dari rakyat Malaysia kerana masing-masing hanya memberi fokus kepada bidang kemanusiaan," katanya.

Abim Pahang kecewa

Abim Pahang juga kecewa dengan sikap individu menggunakan pertubuhan untuk kepentingan sendiri.

Setiausahanya, Dr Ahmad Safwan Mohamad berharap, mungkin pertubuhan yang mahu mengaburi mata orang awam tidak akan mengutip derma jika kerajaan tegas dengan dan ada undang-undang khas untuk menghalang golongan ini.

"Mungkin kerajaan boleh melantik satu badan yang sentiasa memantau golongan ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Abim juga seperti NGO lain yang mahu membantu meneruskan program dan terkini melalui 'Hands For Gaza', sumbangan akan disalurkan kepada rakan NGO mereka iaitu Islamic Society Of Jabalia.

Katanya, sumbangan yang diberikan bertujuan membantu penduduk Gaza menyambung kehidupan.

Ternyata, banyak NGO yang tidak senang dengan kehadiran pertubuhan tidak berdaftar atau individu yang sengaja mencari kesenangan melalui penderitaan rakyat Palestin.

Mereka juga mendakwa, mungkin pertubuhan itu ada menyalurkan bantuan tetapi peratusnya mungkin tidak banyak dan bukti yang dipamerkan kepada orang ramai melalui kotak derma juga boleh diciplak.

Kesemua NGO terbabit mahu pihak berkuasa negeri mengambil tindakan tegas dan memantau golongan ini yang menipu masyarakat atas nama penderitaan di Palestin.

Rakyat Malaysia yang mahu menderma melalui empat NGO ini boleh melawati laman web mereka atau Facebook untuk mendapat kebenaran dan maklumat lanjut.

Lagi bantahan tolak Wan Azizah jadi MB

Posted: 21 Aug 2014 03:05 AM PDT

SINAR HARIAN

Gabungan NGO memberi sokongan terhadap Abdul Khalid pada Perhimpunan Aman Kebangkitan Rakyat Menyokong Menteri Besar bersama NGO di Seksyen 14, semalam. Gabungan NGO memberi sokongan terhadap Abdul Khalid pada Perhimpunan Aman Kebangkitan Rakyat Menyokong Menteri Besar bersama NGO di Seksyen 14, semalam.
 
 
 
SHAH ALAM - Cadangan pelantikan isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu terus mendapat bantahan pelbagai pihak.

Terbaru, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) bergelar Angkatan Rakyat Sedar (Aras) sebulat suara menolak cadangan pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.

Presiden gabungan itu, Abdul Rahim Abdul Wahad berkata, gabungan yang terdiri daripada 12 NGO itu, menolak pelantikan Presiden PKR itu dan mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga akhir penggal.

"Abdul Khalid menjalankan tugas beliau dengan cemerlang dan gabungan ini melihat tiada sebab beliau patut diganti, kenapa nak tukar pemimpin yang baik.

"Malah beliau juga diganti dengan seorang yang bukan kelahiran Selangor," katanya dalam sidang media, semalam.

Antara NGO yang menyertai gabungan itu ialah Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar, Persatuan Kongres Warisan Melayu Selangor dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.

Krisis Menteri Besar Selangor bermula apabila Abdul Khalid dipecat oleh PKR pada 9 Ogos lalu kerana tidak menurut arahan parti supaya meletakkan jawatan.

Abdul Khalid, yang mengekalkan jawatannya selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pula bertindak memecat anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR pada 12 Ogos lepas apabila mereka enggan menyokong kepimpinannya.

Dua hari lalu,  Pas pula membuat keputusan menarik balik sokongannya terhadap Abdul Khalid dan menamakan Dr Wan Azizah dan timbalannya Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam mesyuaratnya kemudian memutuskan bahawa hanya Dr Wan Azizah ialah calon tunggal bagi menggantikan Abdul Khalid.

Susulan perkembangan itu, Abdul Khalid telah dititah oleh Sultan Selangor untuk menunggu kepulangan baginda ke tanah air pada 27 Ogos ini untuk menghadap baginda bagi membincangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. - Bernama

Abdul Khalid kedekut bertempat

Posted: 21 Aug 2014 03:02 AM PDT


Dr Halimah (tengah) ketika sidang media di pejabatnya, semalam. Dr Halimah (tengah) ketika sidang media di pejabatnya, semalam.
 
 
 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipuji exco daripada Pas sebagai seorang ketua yang bijak dalam menguruskan kewangan sehingga mampu meningkatkan rizab kepada lebih RM3 bilion.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, walaupun Menteri Besar Selangor itu disifatkan seorang yang kedekut dalam meluluskan peruntukan negeri namun, sikap berhati-hati beliau itu untuk kepentingan rakyat.

"Dengan beliau bila minta RM1 pun susah nak bagi tetapi kalau kita beri hujah yang bagus, Abdul Khalid tiada masalah untuk meluluskan peruntukan.

"Apabila kita bentangkan sesuatu pelan itu, perkara yang paling diutamakan Abdul Khalid adakah ia bawa kepentingan rakyat. Jika perancangan tidak memberangsangkan dan tidak meyakinkan beliau, sudah tentu tidak diluluskan dan kita semua tahu sikapnya," katanya ketika sidang media di pejabatnya, semalam.

Mengenai isu yang menuduh Abdul Khalid membelakangkan Adun ketika membuat keputusan besar negeri termasuk isu penstrukturan air, Dr Halimah berkata, isu itu ada dibentangkan dan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Dalam mesyuarat exco kita membincangkan banyak perkara besar termasuk perjanjian persefahaman (MoU) air dan ia bukan perkara baharu dah lima tahun kita bincangkan penstrukturan industri air di Selangor.

"Sepanjang enam tahun bekerja bersama, Abdul Khalid merupakan seorang yang mendahului kepentingan rakyat. Beliau bukan seorang yang boleh mengubah keputusan dalam sekelip mata tetapi akan berfikir panjang sebelum setuju," katanya.

Dr Halimah ketika ditanya sama ada tindakan PR menyingkirkan menteri besar itu adalah satu kehilangan besar buat Selangor, beliau berkata, setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

"Kita semua ada kelebihan masing-masing tetapi apa yang membezakan adalah berapa besar kerugian yang kita hadapi sekiranya kita hilang seseorang itu bergantung kepada kredibilitinya," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan Pas yang turut mengikut jejak PKR dan DAP menolak kepimpinan Abdul Khalid adalah sesuatu yang tidak wajar memandangkan menteri besar itu melakukan tugas dengan baik dalam mentadbir negeri.

"Saya tidak boleh komen mengenai ini kerana terikat. Saya berada di sini meneruskan tugas exco demi untuk kepentingan rakyat. Itu hal politik biarlah pucuk pimpinan yang tentukan.
"Mengenai pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula, dalam mesyuarat exco kita tidak ada membincangkan mengenai politik. Itu keputusan politik dalam parti, saya di sini bukan untuk mengadili mereka," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, portfolio enam exco yang telah dipecat masih berjalan seperti biasa dan segala peruntukan dalam mesyuarat exco yang telah diluluskan tidak dibekukan.

Katanya, meskipun sekarang hanya ada empat exco tetapi semua program yang telah dirancang untuk enam exco yang lain sebelum ini tetap diteruskan.

"Buat masa sekarang kita laksanakan tanggungjawab terkumpul. Mesyuarat Exco, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan mesyuarat khas lain masih berjalan seperti biasa.
"Kita jemput pegawai-pegawai di bawah enam portfolio terbabit, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upens) dan lain-lain berkaitan untuk bincang dan selesaikan masalah berbangkit.

"Semua program merakyatkan ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan lain-lain tetap diteruskan dan rakyat berkelayakan boleh terus memohon bantuan yang sesuai," katanya.

Dr Halimah berkata, pengurusan pentadbiran negeri diteruskan seperti yang telah dirancang selagi tidak berlaku pembubaran Dun.

"Selagi Dun tidak dibubarkan, semuanya berjalan seperti biasa. Walaupun hanya empat exco dan menteri besar sahaja, kami akan teruskan. Kita buat apa yang boleh dilakukan.
"Sekarang ini kami adalah PR yang terakhir mentadbir negeri dan tugas diteruskan seperti biasa," katanya.

Beliau yang menolak soalan berbaur politik menegaskan, apa yang berlaku di Selangor adalah di luar jangkaan dan bukan yang sesuatu yang diharapkan berlaku.

"Berada dalam keadaan ini bukan kami minta tetapi kami perlu kekalkan kedudukan ini supaya keadaan stabil dan penjawat awam tak takut buat kerja," katanya.

MH17: Senarai kumpulan pertama mangsa

Posted: 21 Aug 2014 02:56 AM PDT

SINAR HARIAN

MH17
 
 
 
SEPANG - Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, esok, untuk istiadat penghormatan.
 
 Anak Kapal:

1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)
 
Penumpang:

1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)

- Bernama

Tersingkir saat akhir, akhirnya Rafizi terpilih

Posted: 21 Aug 2014 02:54 AM PDT


 Rafizi Ramli Rafizi Ramli
 
 
 
PETALING JAYA - Selepas berada di belakang pencabar yang lain dalam pencalonan Naib Presiden PKR baru-baru ini,  nasib Rafizi Ramli masih baik selepas terpilih menjawat jawatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP),  Datuk Johari Abdul berkata, Rafizi berada di tempat keempat dengan memperoleh 18,887 undi.

"Selain itu, keputusan penuh menyaksikan Nurul Izzah Anwar berada di kedudukan tertinggi dengan memperoleh 29,721 undi, Tian Chua (22,324 undi) dan Shamsul Iskandar Mohd Akin (19,839 undi)," katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Bulan lalu, media melaporkan, Rafizi tidak berjaya menempatkan diri dalam kelompok keempat teratas menerusi keputusan yang diperolehi  melalui laman web parti tersebut dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

65 Mangsa MH17 Dikenal Pasti, Pakar Kembali Ke Negara Masing-Masing

Posted: 20 Aug 2014 05:15 PM PDT

Oleh: AFP 
 
 
 
 
 
THE HAGUE: Pakar forensik Belanda telah mengenal pasti jumlah keseluruhan 65 mangsa nahas pesawat penerbangan MH17 yang ditembak jatuh, menurut kerajaan pada Sabtu, ketika pasukan penyiasat terakhir kembali dari timur Ukraine.

42 lagi mangsa telah dikenal pasti daripada mayat yang ditemui dari lokasi kemalangan, di mana operasi untuk mendapatkan kembali barang-barang kepunyaan mangsa telah dihentikan kerana berlaku pertempuran di antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia.

"Daripada jumlah mangsa tersebut, 21 adalah rakyat Belanda dan 21 lagi adalah warganegara lain," kata Kementerian Keadilan dalam satu kenyataan.

"Kewarganegaraan spesifik untuk mangsa-mangsa warganegara lain tidak didedahkan atas permintaan kedutaan negara masing-masing," katanya.

Penyelaras siasatan forensik, Arie de Bruijn pada Jumaat berkata kira-kira 176 mayat yang sempurna telah tiba di Belanda berserta 527 bahagian-bahagian anggota badan.

"Pasukan pakar bekerja sepanjang masa, tetapi sekali lagi ditegaskan ia boleh mengambil masa berbulan-bulan sebelum setiap mangsa boleh dikenal pasti," kata kerajaan Belanda.

Sementara itu, penyiasat-penyiasat dari Belanda, Australia dan Malaysia telah meninggalkan Ukraine untuk ke Belanda, agensi berita nasional ANP melaporkan.

Penerbangan pulang terakhir pasukan penyiasat polis dijangka mendarat di bandar selatan Eindhoven pada lewat malam Sabtu, termasuk ketua misi polis Belanda di Ukraine, Pieter-Jaap Aalbersberg.

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada Rabu berkata carian bahagian-bahagian anggota badan di lokasi kemalangan itu sedang ditangguhkan kerana peningkatan keganasan di kawasan itu.

Kerajaan Belanda pada Sabtu mengeluarkan peta yang menunjukkan kawasan di mana pakar-pakar menjalankan carian mereka.

Penyiasat "melakukan carian selama 20 jam dalam tempoh enam hari," tetapi berdasarkan peta ia hanya meliputi kawasan kecil lokasi kemalangan yang luas.

"Tidak semua kawasan digeledah kerana pakar tidak dibenarkan masuk atau risiko keselamatan yang terlalu tinggi," kata kerajaan Belanda dalam satu kenyataan.

Kira-kira 800 pekerja Ukraine sebelum ini bagaimanapun melakukan carian  rapi banyak kawasan di mana pasukan antarabangsa tidak dapat memasukinya, tambah kenyataan itu.

"Ia dilakukan lebih profesional daripada tanggapan awal dan bahagian anggota badan dan barang-barang peribadi telah ditemui."

Dua Cawan Kopi Sehari Berbahaya Untuk Ibu Mengandung

Posted: 20 Aug 2014 05:12 PM PDT

MSTAR ONLINE

 
 
 
LONDON: Pakar-pakar akademik kini menyeru kerajaan segera mengeluarkan amaran rasmi kepada ibu-ibu yang sedang mengandung supaya mengurangkan pengambilan kopi setiap hari kerana ia berbahaya untuk kandungan mereka.

Kajian yang mereka jalankan mendapati hanya dua cawan kopi sehari sudah memadai untuk mendedahkan kandungan mereka kepada risiko dijangkiti leukemia pada usia yang muda.
Anak yang dilahirkan nanti oleh ibu yang kerap meminum kopi, menurut kajian yang dilakukan itu
adalah 60 peratus berkemungkinan berhadapan dengan risiko membentuk sel leukemia pada usia remaja.

Oleh yang demikian, ahli-ahli akademik yang terlibat dalam kajian tersebut kini menegaskan yang kerajaan harus

mengeluarkan amaran kepada semua ibu mengandung supaya mengurangkan pengambilan kopi sebagaimana mereka dinasihati supaya mengurangkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok.

Para saintis mendapati, kafin berupaya menukar corak DNA di dalam sel janin sekaligus mendedahkan mereka kepada risiko  membentuk tumor ketika remaja.

Sampel yang diambil daripada lebih 20  kajian mendapati bayi yang dikandung oleh ibu yang mengambil kopi

terdedah 20 peratus kepada risiko membentuk sel leukemia pada janin mereka.,Tetapi jika mereka mengambil dua cawan kopi sehari risiko mereka meningkat kepada 60 peratus.

Dan bagi wanita yang memang ketagihan kopi iaitu mengambil sehingga empat cawan atau lebih sehari mereka terdedah kepada 72 peratus risiko.

Hasil kajian ini didedahkan dalam terbitan terbaru Jurnal Obstetrik dan Ginekologi Amerika Syarikat.

Di United Kingdom sahaja, sekitar 500 kanak-kanak didiagnos dengan penyakit leukemia setiap tahun.
Kajian itu membuat kesimpulan, pengambilan kafin berlebihan oleh ibu sewaktu mengandung berupaya meningkatkan risiko jangkitan leukemia ke atas bayi mereka.

PSM, NGO demo turunkan harga rumah

Posted: 20 Aug 2014 05:03 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan sekumpulan aktivis NGO hari ini berkumpul di Putrajaya bagi menyatakan bantahan terhadap kos perumahan yang mahal di kawasan bandar, terutamanya di Kuala Lumpur.

Kumpulan 30 orang itu berkumpul kira-kira sejam di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bermula jam 10.30 pagi sambil melaungkan pelbagai slogan supaya harga rumah diturunkan.

Mereka melaungkan slogan seperti "orang kaya banyak rumah, orang miskin tiada rumah" dan membawa sepanduk bertulis "rumah untuk hidup bukan untuk untung" dan "haramkan spekulasi harga rumah".

Sebuah memorandum turut dihantar kepada menteri bertanggungjawab Datuk Abdul Rahman Dahlan yang diterima oleh seorang wakil kementerian.

Sementara itu, PSM juga turut membangkitkan dakwaan kegagalan projek seperti projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang didakwa masih gagal mencapai matlamat.

"Harga rumah yang dikatakan mampu milik pada saya tidak begitu mampu milik," kata ahli parlimen Sungai Siput Dr Michael D Jeyakumar, yang mengetuai perhimpunan itu kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, memorandum yang dimajukan kepada kerajaan turut membangkitkan beberapa itu, antaranya:

  • Menggesa memberi geran kepada rumah tanpa geran di kawasan bandar supaya masalah seperti gelandangan dapat diselesaikan.
     
  • Menggesa kerajaan menubuhkan badan amanah tidak bermotifkan keuntungan untuk membina rumah yang selesa dengan harga munasabah.
     
  • Menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil alih pengurusan rumah pangsa bawah harga RM150,000 seunit sebagai langkah memulihkannya daripada menjadi "sarang kemiskinan".
Memorandum itu disokong 32 NGO, antaranya Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan jawatankuasa hak sivil dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini.

Peneroka diminta mohon maaf dengan 'akujanji'

Posted: 20 Aug 2014 05:01 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lebih 500 orang peneroka Felda Palong 8 di Negeri Sembilan diminta menandatangani satu surat akujanji sebagai permohonan maaf atas saman yang difailkan ke atas agensi tersebut.

Surat tersebut dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Palong 8 pada hari Jumaat lalu.

Seorang peneroka tempatan yang enggan dinamakan memberitahu Malaysiakini bahawa beliau diminta mengembalikan surat tersebut pada 22 Ogos.

Katanya, surat tersebut dipercayai dikeluarkan selepas para peneroka memfailkan saman ke atas Felda di Mahkamah Tinggi Seremban pada tahun 2009.

Kes tersebut telahpun dirujuk ke Mahkamah Rayuan.

Para peneroka tersebut dipercayai akan dihalang menikmati hak mereka sebagai peneroka Felda sekiranya gagal menandatangani surat berkenaan.

Bagaimanapun, peneroka berusia 58 tahun itu berkata peneroka boleh memilih sama ada ingin menandatangani surat berkenaan atau tidak.

"Bagi saya, saya mungkin tandantangan surat tersebut, namun saya masih belum memutuskan sama ada akan mengembalikannya atau tidak.

"Saya akan tengok dulu. Jika perlu, saya mungkin akan tandatangan surat itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Peneroka itu juga mengesahkan bahawa rakan-rakannya yang memfailkan saman tersebut dinafikan hak mereka daripada menerima dividen dan bantuan wang tunai untuk hari raya dari Felda Global Ventures Holdings (FGV).

Ketika dihubungi seorang jurucakap Felda memberitahu Malaysiakini bahawa agensi berkenaan tidak memberikan apa-apa arahan untuk mengeluarkan surat akujanji kepada peneroka.

"Kami tidak mengeluarkan apa-apa arahan (supaya tandatangan surat). Arahan itu diberikan oleh JKKR Felda Palong 8 dan bukan dari kami," katanya.

Shahrizat: Hormat Mahathir tapi sokong Najib

Posted: 20 Aug 2014 04:59 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Wanita Umno menyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menerima tekanan demi tekanan dari bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga berkata nasihat dan pandangan Mahathir tetap dihargai dan menggesa agar kedua-dua pemimpin dapat bekerjasama secara erat demi manfaat kepada negara.

"Sokongan ini berdasarkan visi, kekuatan dan kebijaksanaan Datuk Seri Najib memahami tuntutan dan lanskap politik, ekonomi dan sosial masa kini untuk menentukan Malaysia terus demokratik, aman, membangun dan dihormati di peringkat global," katanya dalam satu kenyataan.

Shahrizat, yang terpaksa berundur dari kabinet sewaktu skandal National Feedlot Corporation meletus, turut memuji Najib sebagai pemimpin yang berjaya mempertahankan negara walau ia cuba "dikucar-kacirkan pembangkang".

"Kebijaksanaan, keterbukaan dan sifat inklusif Datuk Seri Najib menentukan BN terus menjadi kerajaan Malaysia dalam mempertahankan keselamatan dan pembangunan rakyat terutama di kala pihak pembangkang bertalu-talu cuba mengkucar-kacirkan negara," katanya.

"Saya percaya keakraban dan perkongsian pendapat di antara Datuk Seri Najib dengan Tun Dr Mahathir mampu membawa kekuatan kepada Umno dan BN terutama di kala membincang isu-isu yang kritikal untuk negara.

"Ia umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak," katanya.

Sementara itu, dalam nada serupa, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii turut mempertahankan Najib yang menurutnya terpaksa mengharungi cabaran lebih besar berbanding perdana menteri terdahulu.

Kenyataan berkenaan timbul selepas Mahathir melancarkan kritikan keras ke atas Najib dengan menyifatkan prestasi Najib lebih buruk berbanding yang ditunjukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.