Kuala Lumpur: Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar Untuk Rakyat ( PASEMBUR) mendakwa hanya wakil rakyat PAS layak diangkat sebagai Menteri Besar, bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim. 

Pakatan itu mendakwa, tiada seorang pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Selangor. yang beragama Islam adalah anak jati negeri itu, berbanding ADUN PAS termasuk tiga daripada empat EXCO daripada PAS adalah anak Selangor. 
Penaja PASEMBUR, Mazli Saring, berkata walaupun akur dengan ketetapan bahawa seseorang pemimpin ditentukan oleh parti pemerintah atas dasar konsensus dua rakan sekutu, pihaknya kecewa kerana pengganti Abdul Khalid yang dinamakan oleh kepemimpinan PKR dan dipersetujui DAP, bukan anak jati negeri itu.