Selasa, 22 Julai 2014

dollah yankee

dollah yankee


1717, 777

Posted: 21 Jul 2014 05:30 PM PDT



Kompeni-kompeni judi yang 'halal' dan juga yang 'haram' sudah tidak lagi menerima taruhan dengan apa juga nombor-nombor yang ada kaitan dengan penerbangan Malaysia Airlines dengan pesawat nombor MH17.

Sejak jumaat lepas TOTO,Magnum dan kuda Da Ma Chai telah tidak menerima dan tidak lagi menjual nombor seperti 1717, 777. Gurkah-gurkah politik di'port' dimana ada juga yang kaki 'ekoq' telah cuba membeli nombor-nombor diatas tetapi kertas itu telah dicop 'sold-out'.

Kaki-kaki nombor 'ekoq' berpendapat jika ada nombor-nombor yang melibat sebarang kecelakaan seperti nombor kenderaan yang terlibat dalam kemalangan pasti akan menjadi nombor bertuah dan bernasib baik. Kah..Kah..Kah..

"Ini nombor 1717 sudah tarak jual lo. Manyak olang mau bili ini number ooo", kata nyonya juruwang kedai TOTO kepada gurkah-gurkah ini. Kemudian gurkah-gurkah ini singgah pula di kedai kopi yang juga bloleh beli nombor 'ekoq' haram, pun diberitahu yang mereka juga sudah berhenti dari menjual nombor 1717,777 kerana takut 'lari' tak cukup tanah kalau nombor ini naik.

dollah yankee -
Berhenti beli nombor, sebab tak pernah kena. Yang dok kena, tokey kedai 'ekoq'. Kah..Kah..Kah..


Khalid Ibrahim dah pakai 'life-support machine'

Posted: 21 Jul 2014 07:17 AM PDT



Sudah terang dan tak payah lagi nak suloh-suloh. Sudah konfim juga yang parti PKR telah bersetuju untuk meletakan Ketua Parti PKR mereka sebagai MB Selangor yang baru selepas hari raya nanti.

Dengan berita ini bermakna ini merupakan satu halangan besar buat Azmin Ali yang sememangnya telah lama menye-'kodeng' kerusi tersebut. Parti yang telah mengadakan satu mesyuarat luar biasa pada hari jumaat lepas telah bersepakat untuk menamakan Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim yang sudah sampai 'time' untuk berundur (walaupun dia amat 'ketegaq'). Sebelum mesyuarat luar biasa parti PKR jumaat itu, satu mesyuarat biro politik parti PKR pada hari rabu yang bermesyuarat telah mengesahkan 'Langkah Kajang' ini dengan menggantikan Khalid yang mana cara pentadbirannya tidak menggembirakan pihak-pihak atas dalam PKR.

Bagaimanapun gurkah-gurkah politik di'port' berpendapat Wan Azizah mungkin sudah mendapat restu dari PKR dan rakan sekutu DAP tetapi akan menghadapi halangan daripada PAS. Sebabnya PAS yang agak konservatif tidak berapa sedap(suka) jika kepimpinan Selangor nanti di ketuai olih seorang wanita. Dalam perkara ini Wan Azizah mesti pergi mengadap peminpin-pemimpin besar dalam PAS untuk mendapatkan restu sebelum Khalid keluar dari opis MB.

Gurkah-gurkah politik di'port' yang amat pakar dalam permainan setrategi politik baik yang 'busuk' atau yang 'wangi' ingin bertanya kepada PKR pusat..."Apa kah ada satu nama lain sebagai 'ganti' jika PAS tidak merestui wanita untuk memimpin Selangor?". Dalam perkara ini bermakna Azmin Ali masih ada peluang dan harapan lah.

Esok atau lusa atau tulad PKR akan membawa nama Wan Azizah untuk diserahkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat.

Kita tunggu saja lah !!!

Dollah Yankee -
Kalau Wan Azizah nak masuk opis MB, mungkin bulan 9.

  

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KRISIS SELESAI JIKA KHALID BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PARTI PKR DAN PAKATAN. BUKAN Umno

Posted: 22 Jul 2014 05:59 AM PDT

SIAPA YANG MENJAGA KEPENTINGAN PERIBADI? KHALID IBRAHIM DAN PENYELESAI HUTANG BANK ISLAM DAN MEMBANTU UMNO ? ATAU ANWAR DENGAN AGENDA MEREFORMASIKAN SELANGOR YANG DILANDA MASAALAH DALAMAN MENGURUSKAN NEGERI?


1. Khalid nak menjaga cucu setelah menyelesaikan 5 lebuhraya?
2. Semua aset Umno dijaga?
3. Umno akan mengambilalih dengan mudah bila rakyat Selangor terpedaya?


Isu MB: Sultan dan Khalid kini jadi tumpuan
 
 

Selesaikan krisis di Selangor sebelum raya


PENYOKONG Pakatan Rakyat Selangor rata-rata menyatakan kebimbangan yang amat sangat terhadap kemelut politik berhubung isu kedudukan Menteri Besar Selangor dan rangkaian isu itu yang berhubung dengannya.

Mereka bimbang jika isu ini tidak diselesaikan segera, maka Pakatan Rakyat Selangor akan kehilangan sokongan yang teruk dari rakyat yang mengundi Pakatan dalam dua PRU yang lalu.

"Suasana sangat merbahaya," kata seorang penyokong DAP di Subang Jaya, yang di kenal dengan nama Mr. Lim. Beliau menambah, "keadaan sangat serius, jika tidak diselesaikan segera krisis ini, rakyat sangat kecewa."

Seorang lagi penyokong Pakatan Rakyat, Idrus Samad dari Petaling Jaya berkata, "Para pemimpin Pakatan Rakyat baik PAS, PKR dan DAP perlu memikirkan nasib Pakatan Rakyat lebih dulu daripada memikirkan kepentingan peribadi dan parti masing-masing."





Para penyokong Pakatan sudah lama menyatakan kebimbangan ini, tetapi lebih bimbang lagi apabila membaca hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang merumuskan sokongan kepada PR di Selangor merudum 35 peratus.

Bahkan Ketua DAP Selangor Tony Pua mengakui sokongan terhadap PR sememangnya sudah makin jatuh, bagaimanapun dia tidak menyangka ia akan jatuh begitu teruk."Saya sangat bimbang. Keputusan itu lebih teruk daripada jangkaan. Kami tahu sokongan berkurangan tapi yang membimbangkan adalah tahap kejatuhannya," kata Pua.

Sokongan kepada PR di Selangor itu sangat berbeza dibandingkan dengan setahun lalu ketika ia menewaskan Barisan Nasional (BN) untuk memegang tampuk kuasa di negeri paling kaya dalam negara.

Walaupun UMcedel tidak menyatakan alasan jelas penurunan sokongan itu, umum mengetahui puncaranya ialah mengenai kontroversi yang dihadapi pentadbiran negeri tersebut.

Iaitu daripada isu kalimah Allah, kepada isu kitab Bible oleh Jabatan Agama Negeri hingga ke kontroversi Lebuh Raya Kidex dan pertembungan politik dalaman melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tan Sri Khalid kehilangan banyak sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik menteri besar untuk penggal kedua.

Bagi ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, adalah sangat penting untuk PR mengkaji laporan UMcedel itu dengan serius dan mengambil langkah proaktif untuk mengembalikan keyakinan orang ramai.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula meminta semua pihak menerima dengan baik kajian yang dibuat UMcedel dan tidak menafikannya.

"Jangan ada di kalangan kita dalam mood 'sindrom penafian' terhadap kajian ini kerana ia menunjukkan realiti reputasi kita. Tambahan pula UMcedel mempunyai reputasi tersendiri dalam kajian mereka.
Pada pendapat saya pandangan Saifuddin sangat tepat apabila beliau berkata, pimpinan Pakatan khasnya di Selangor perlu terbuka dan mengakui adanya masalah yakni Pakatan wajib menyelesaikan masalah itu bersama.

Dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat janganlah ada yang memikirkan kepentingan parti masing-masing saja, tanpa menghiraukan kepentingan Pakatan Rakyat pada keseluruhannya. Justru kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini dibina dari tiga parti – PAS, DAP dan PKR.

Dengan kekuatannya yang padu inilah menyebabkan Pakatan berkuasa di Selangor, sebuah negeri yang terkaya dan ternama di Malaysia. Maka itu kekuatan yang padu inilah mesti dikekalkan.

Para pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor juga perlu meruntuhkanlah sikap ego peribadi masing-masing dan janganlah sentiasa memikirkan pengaruh dan kekuatan parti masing-masing saja yang menyebabkan Pakatan kuat di Selangor.

Rakyat yang mengundi Pakatan dalam dua pilihan raya umum dulu bukan semata-mata kerana kekuatan satu-satu parti dalam komponan Pakatan itu, tetapi kerana gabungan kekuatan ketiga-tiga parti.

Rakyat telah menggantungkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk terus memerintah Selangor, negeri yang disifatkan sebagai mahkota permata pada negara Malaysia kerana ia menjadi negeri pusat perniagaan negara ini dengan pelaburan dari dalam dan luar negara yang tinggi.

Ia menjadi pusat perkembangan ekonomi dan pengurusan yang dimegahkan. Begitu di Selangor begitu banyak pusat pengajian tinggi, jumlah rakyat terpelajar begitu besar berbanding dengan negeri lain.

Selain itu ia memiliki peluang perniagaan yang begitu luas, tanah yang begitu subur dan sebahagian besar kawasan di Selangor adalah kawasan bandar dan semi bandar yang pesat membangun.

Lebih istimewa lagi, negeri Selangorlah menjadi cermin masyarakat majmuk di Malaysia, dengan perkembangan agama Islam begitu pesat sekali. Kerana itu apabila Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor, ia memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia, selain daripada Pulau Pinang.





Inilah antara ciri penting dan istimewanya Selangor. Maka itu Pakatan Rakyat perlulah mengekalkan kuasanya di Selangor kerana nilainya terlalu tinggi.

Setelah hampir dua penggal memerintah, Pakatan Rakyat mestilah mengukuhkan perpaduan dan kekuatan untuk meneruskan pemerintahannya.

Maka itu, harapan rakyat terlalu tinggi supaya krisis yang berlaku sekatang di Selangor segera di atasi, malah kalau dapat diselesaikan sebelum hari raya ini.

Rundingan peringkat tinggi Pakatan Rakat – Majlis Presiden - khabarnya akan bersidang sehari dua lagi. Mudah-mudahan ia akan dapat menyelesaikan segera krisis ini.

Perlu diingat, jika krisis ini tidak juga dapat diselesaikan, maka ia hanya akan menguntungkan parti lawan yang sekarang ini sedang memerhatikan dengan penuh minat akan apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Akhirnya hendaklah diingat bahawa Pakatan Rakyat janganlah sekali-kali mengecewakan rakyat Selangor yang mengundinya dulu. – HARAKAHDAILY

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BANTUAN MALAYSIA

Posted: 22 Jul 2014 06:30 PM PDT






BANTUAN  MINYAK  SAWIT
 KEPADA  ISRAEL
KAHERAH 22 Julai - Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) sudah menyalurkan lebih RM3 juta kepada pihak Aman Palestin Gaza sebagai bantuan awal untuk pembelian ubat-ubatan dan makanan kepada penduduk di Genting...

KAH KAH KAH

woit
bagaimana dengan bantuan 
minyak sawit pada israel
tak masuk kira ke?

KAH KAH KAH


-----------

PRESIDEN BARU INDONESIA

Posted: 22 Jul 2014 06:00 PM PDT





TAHNIAH

INDONESIA




Ir. Joko Widodo (lahir di Surakarta, 21 Juni 1961; umur 50 tahun)[1], lebih dikenal dengan nama julukan JokoWi, adalah walikota Kota Surakarta (Solo) untuk dua kali masa bakti 2005-2015. Wakil walikotanya adalah F.X. Hadi Rudyatmo. Ia dicalonkan oleh PDI-P[2]. 

Jokowi meraih gelar insinyur dari Fakultas Kehutanan UGM pada tahun 1985.[1] Ketika mencalonkan diri sebagai walikota, banyak yang meragukan kemampuan pria yang berprofesi sebagai pedagang mebel rumah dan taman ini; bahkan hingga saat ia terpilih.[3] Namun setahun setelah ia memimpin, banyak gebrakan progresif dilakukan olehnya


----------

SELAMAT HARI RAYA KAJOL

Posted: 22 Jul 2014 02:30 PM PDT



SELAMAT  

HARI

RAYA KAJOL




'Kajol' dijel enam minggu, denda RM1,000

GUA MUSANG 22 Julai - Akibat tidak serik berpakaian seperti perempuan, penyanyi dikir barat tersohor Kelantan, Kajol terpaksa melupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini apabila dia dihukum penjara enam minggu dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Kajol atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Jeffri, 28, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah berlagak seperti perempuan dengan memakai baju perempuan berwarna hitam, bercoli hitam, bersubang serta membawa beg tangan di tapak ekspo Felda Aring 6 di sini kira-kira pukul 11.45 malam, 7 Mei lalu.

Hakim Syarie, Zubaidi Sulaiman memutuskan demikian setelah mendapati pemuda itu tidak serik dan melakukan kesalahan tersebut sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun.

Zubaidi berkata, hukuman kali ketiga ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada tertuduh untuk memperbaiki diri serta insaf dengan perbuatan yang dilakukan.


KAH KAH KAH

seludup bangla
seludup mayamar
seludup beras
seludup orang tino
rasuah balak
tak ada sapa ambil pot

tetiba  bila kajol 
pakai perempuan
ditangkap didenda dipenjara


ambo tak nak

royak lagi mi lod


NAMA TOWKAY DAH ADA

Posted: 22 Jul 2014 07:30 AM PDT






KOMENTAR
tahniah jmm
ini baru betul
bukan hanya heboh
tapi datang dengan 
nama orang jahat



JMM dedah nama didakwa tauke judi haram


Presidennya, Azwandin Hamzah berkata, JMM telah menyerahkan nama-nama berkenaan serta lokasi operasi premis judi haram terlibat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut. -.

.


KAH KAH KAH
woit
tak cakap dengan polis
jangan ilang nama


nanti tunggu punya tunggu
tikus dah jadi kucing


tunggu punya tungu
towkay judi 
dah jadi menantu menteri

tetiba polis
kata fail hilang
ini selalu terjadi
baik ikat betul betul

KAH KAH KAH




-----------

KHALID IBRAHIM BETUL

Posted: 22 Jul 2014 07:00 AM PDT




    MB PENGGANTI 
  KHALID IBRAHIM


KOMENTAR

tahniah khalid ibrahim
tahniah kerana telah
menjadi mb  selangor
yang baik 

kenyataan terbaru 
tepat dan betul
dan jangan disalah tafsir

sahingga semua proses selesai
khalid ibrahim masih lagi
menteri besar selangor

syabas!


Khalid Ibrahim‎ tidak mahu berundur walaupun PKR pilih Wan Azizah


Abdul Khalid Ibrahim bertegas tidak akan berundur dari kedudukannya walaupun PKR mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan dirinya.

Katanya, beliau berpegang teguh kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara khas pelantikan atau pengg‎antian menteri besar.

"Sehingga proses tersebut selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan oleh rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.


i rest my 

case my lord






--------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 22 Jul 2014 03:55 AM PDT



SELAMAT 

BERBUKA
selasa yang kelam
selasa yang bejerebu

dari awal pagi terus membaca
terus menyelidik berita mh17

masih samar samar
masih belum jelas
tapi telah nampak riak riak
akan menulis panjang


MB SELANGOR
hampir selesai
hampir beres
melainkan khalid jadi sasau
kemungkinan ini ada

NAK RAYA DIMANA
masih merancang
masih belum jelas
nak raya di mana
apa yang jelas 
nak bersama bangla dimana

PETANG INI
ada jemputan khas
siapa jemput?
di mana tempat?
tak akan diberi tahu

kenapa?

itu pun tidak 
akan diberi tahu

SELAMAT 

BERBUKA

----------

MENUNGGU PRESIDEN BARU

Posted: 22 Jul 2014 12:51 AM PDT










JAM 15:48


lagi dua janm
menunggu jokorwi
laporan minah siti anne
wartawan radio bangsar
dihantar khusus
ke jakarta

FACE BOOK


2 jam lg kptusan president diumumkan. Kpu masih aman donk

SEDIA JIKA BERLAKU
PENIPUAN



----------

JANGAN CEPAT BUAT TUDUHAN

Posted: 21 Jul 2014 11:16 PM PDT







KOMENTAR

pembaca tt
wajib diberi ingatan
tentang wtc 9/11
lihat bagaimana iraq
dituduh memiliki 
weapon of mass destruction

ingat bagaimana colin powell
setiausaha negara amerika
pergi berbohong
di bangsa bangsa bersatu

ingati bagaimana media barat
membuat propaganda dan menggambarkan
saddam sebagai pengganti hitler

iraq dituduh terlibat
dalam ledakan wtc 9/11
walhal 17 dari yang terlibat
ialah warga saudi

setelah iraqw musnah
terbukti sadadm dan iraq
TIDAK memiliki apa apa senjata
ini fakta sejarah 
yang kita semua masih ingat

kenapa iraq diserang?
kenapa saddan dinunuh?

1- iraq memiliki minyak
2- saddam akan meninggalkan dolar



HARI INI

rusia memiliki gas dan minyak
yang terbanyak didunia sesudah saudi

putin baru sahaja selesai
membuat persetujuan 
dengan negara BRIC
brazil india china
untuk meninggalkan dolar
untuk menubuhkan satu bank dunia baru
untuk menubuhkan sati imf baru

ini bertujuan untuk
melawan kuasa hegemo amerika

justeru
rusia dan putin
wajib dimusnahkan
sama saperti saddam dan iraq
yang telah berjaya dimusnahkan




Tiada alasan untuk tembak MH17, kata puak pemisah pro Rusia

22 Jul — Pemimpin puak pemisah pro Rusia berkata pasukannya tidak memiliki sebarang senjata roket dari permukaan ke udara untuk menembak pesawat Malaysia Airlines MH17, seperti didakwa Amerika Syarikat dan negara-negara Barat.  "Saya tegaskan di sini, kami…


Rusia tidak terlibat dalam nahas MH17, kata duta

Rusia hari ini menafikan apa-apa penglibatan dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, tetapi mengatakan ketenteraan Ukraine memiliki sistem peluru berpandu darat-ke-udara BUK.

Duta Rusia ke Malaysia Lyudmilla G Vorobyeva berkata pemberontak di Donetsk hanya memiliki sistem mudah alih.

"Linkungan yang boleh dicapai sistem mudah alih ini hanya 5,00 meter, bermaksud ia tidak mampu menyasarkan jet komersil yang sedang terbang setinggi 33,000 kaki," kata Vorobyeva.


----------

SOALAN MENUNGGU JAWAPAN

Posted: 21 Jul 2014 10:18 PM PDT


APA TELAH 

BERLAKU
kita diberitahu bahawa banyak
kapal terbang sibil mengambil 
jalan yang sama pada hari yang
sama bila mana mh17 ditembak

ini telah diterima sebagai fakta

awal lagi kita telah diberitahu
bahawa mh17 telah ngelencong
dari laluan biasa

bukan sahaja meninggalkan laluan biasa
tetapi telah turtun dari 35,000 kaki
turun ke 33,000 kaki atas permintaan
air trafik controller kiev

SOALAN

 HAKIKI 

1 - siapa beri arahan keluar
dari laluan biasa?

2 - sah tidak ada hujan atau ribut
kenapa keluar dari laluan biasda

3- kenapa air traffic controller meminta
turun dari 35,000 kaki ke 33,000 kaki


INI LAPORAN AWAL

Malaysian officials said flight MH17 had to follow the lead of local aviation authorities.

"MH17 flew at an altitude which had been set and deemed safe by the local air traffic control," said Transport Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"The aircraft never strayed into restricted airspace as the flight operators followed the rules.

"However, on the ground, the rules of war were violated," Liow told a press conference.

MAS operations director Captain Izham Ismail has also refuted claims that heavy weather led to MH17 changing its flight plan.

"There were no reports from the pilot to suggest that this was the case," Izham said.

Putrajaya has stressed that the International Civil Aviation Organisation (ICAO) and the International Air Transport Association (IATA) had given the green light for commercial airlines to continue flying over Ukraine prior to the MH17 disaster. – July 20, 2014.


INI MENOLAK LAPORAN MEDIA BRITISH

British Media Fabrications: "Lets Conjure Up a Storm"
British news reports acknowledge that there was a change in the flight path, claiming without evidence that it was to "avoid thunderstorms in southern Ukraine".
MAS operations director Captain Izham Ismail has also refuted claims that heavy weather led to MH17 changing its flight plan."There were no reports from the pilot to suggest that this was the case," Izham said. (News Malaysia   July 20, 2014)
What is significant, however, is that the Western media acknowledged that the change in the flight path did occur, and the that "heavy weather" narrative is a fabrication.

---------

UCAPAN DARI DAPUR JALANAN

Posted: 21 Jul 2014 09:38 PM PDT




SELAMAT 

HARI RAYA 




JIKA INGIN 
BERZAKAT UNTUK
 DAPUR  JALANAN

sila menyumbang 
ke akaun dapur jalanan

8001-7278-49
spkl collective


terima kaseh


--------

LANGKAH KAJANG

Posted: 21 Jul 2014 08:52 PM PDT



KOMENTAR

apabila wan azizah
menjadi mb selangor
apabila rafizi 
menjadi penasehat ekonomi
selangor akan menjadi
basis untuk pkr
basis untuk pakatan
basis untuk menyerang

politik selangor
ekonomi selangor
budaya selangor
akan berkembang

gerakan budaya yang selama
ini dipinggirkan di selangor
akan merebak dan meluas

tapi awas!

najib dan rosmah
tidak akan membenarkan
ini berlaku dan merebak

pru14 akan dipanggil
sacepat mungkin
untuk menghalang
selangor dari menjadi
negeri contoh


Rasmi: PKR umum Azizah ganti KhalidRadzi Razak | 1:58AM Jul 22
Anwar umum perkara itu dalam sidang media selepas mesyuarat MPP di ibu pejabat PKR



Anwar letak penasihat ekonomi S'gor?Susan Loone | 7:19PM Jul 21
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dijangka dilantik isi jawatan itu



i rest mi case

mi lord




----------

LAPORAN CARLOS TEPAT

Posted: 21 Jul 2014 07:44 PM PDT



KOMENTAR

apa yang telah dilapor
oleh tentang carlos minggu lalu
kini disah tepat dan betul

memang wujud jet perjuang ukraine
jenis su25 yang mengekori mh17

rusia telah mengeluarkan bukti hari ini


leftenan-geeral andrey kartopolo
dari ibu pejabat pusat arahan
tentera rusia dalam sidang akhbar
di moscow baru tadi  telah meminta
pihak berwajib ukraine menjawab :

1- kenapa dan apa tujuan
su25 berada  dalam lingkungan 
3 ke 5 kilometer
berhampiran dengan pesawat mh17?

1 - kenapa jet pejuang terbang
dalam laluan pesawat udara civil

2 - jet pejuang su25 boleh naik
hingga 10 kilometer dan jet ini
lengkap dengan R-60 misile dari
udara ke udara

3 - sebaik saja mh17 meledak satelit
amerika berada dalam wilayah yang sama
justeru amerika wajib keluarkan gambar

baca disini:
http://rt.com/news/174412-malaysia-plane-russia-ukraine/


NOTA
bukti ini
dapat dari radar rusia

lagi bukti menyusul




Ukrainian Su-25 fighter detected in close approach to MH17 before crash - Moscow

Image courtesy of the Russian Defense Ministry



The Russian military detected a Ukrainian SU-25 fighter jet gaining height towards the MH17 Boeing on the day of the catastrophe. Kiev must explain why the military jet was tracking the passenger airplane, the Russian Defense Ministry said.



KAH KAH KAH

i rest my case

my lord

-----------