Isnin, 21 Julai 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Rasmi: PKR umum Azizah ganti Khalid

Posted: 21 Jul 2014 02:50 PM PDT

Rasmi: PKR umum Azizah ganti Khalid


Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi dipilih untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu hanya mencadangkan nama Wan Azizah yang dianggap sebagai pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan mengembalikan sokongan kepada Pakatan Rakyat Selangor.

Menurut Anwar, Azizah yang juga isterinya dapat menyelesaikan isu air, lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu infrastruktur asas seperti sampah di negeri itu.

"Konsensus kita akan teruskan keputusan awal dan hanya letak satu nama untuk diberikan kepada majlis pimpinan Pakatan.

"Sudah tentu Tan Sri Khalid Ibahim diminta teruskan peranan beliau untuk bantu pentadbiran Selangor," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.

Anwar menyatakan majlis pimpinan tertinggi Pakatan akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi mendapatkan konsensus mereka.

Beliau menyatakan PAS dan DAP sebelum ini telah pun bersetuju perubahan kepimpinan di Selangor tetapi nama pengganti Khalid masih belum dibincangkan.

"Kita akan bentangkan secara rasmi dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rabu ini.

"PAS setuju perubahan kepimpinan Selangor tapi calon (menteri besar) belum diputuskan walaupun ada dibicarakan dalam mesyuarat sekretariat pakatan sebelum ini.

"Tapi ia belum dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan walaupun konsensus ada untuk peralihan pentadbirna yang baik dan tersusun," kata beliau.

Bagaimanapun Anwar gagal memberitahu bilakan peralihan kuasa ini berlaku dan hanya berkata ia "secepat yang boleh."

"Kita juga teruskan perbincangan dengan pihaknya (Khalid) dalam perkara ini," kata beliau.

Anwar turut menafikan laporan portal-poral yang menyatakan beliau telah pun melantik beberapa pemimpin PKR untuk mengganggotai pentadbiran baru Wan Azizah.

"Tidak ada perbincangan mengenai lantikan mana-mana pemimpin," tegas beliau.

Anwar letak jawatan penasihat ekonomi Selangor?

Posted: 21 Jul 2014 05:14 AM PDT

Anwar letak jawatan penasihat ekonomi Selangor?


Spekulasi bertiup kencang bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berhenti sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas isterinya dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail naik sebagai menteri besar.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dijangka bakal dilantik menggantikan Anwar untuk jawatan itu.

Sementara dua lagi pemimpin yang setia kepada Anwar iaitu MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dikatakan akan menjadi penasihat Azizah.

Anwar telah memanggil semua wakil rakyat PKR untuk pertemuan Khas di ibu pejabat PKR malam ini.

Beliau dijangka meyakinkan hadirin untuk menyokong Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjadi MB selama enam tahun.

Wan Azizah dijangka memulakan tugas barunya selepas perayaan Aidilfitri sama ada hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Menurut sumber dalaman parti, Rafizi, Johari dan Saifuddin turut menyokong penuh langkah Kajang, yang dikatakan untuk menjatuhkan Khalid.

Anwar yang sepatutnya bertanding di pilihan raya kecil Kajang dan menjadi MB tidak dapat berbuat demikian apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau.

Ini memaksa Wan Azizah bertanding dalam PRK itu.

TUKAR MB ATAU RAKYAT MENUKAR PR

Posted: 21 Jul 2014 04:21 AM PDT

Setiausaha agung sahkan PAS tidak akan tuntut kerusi MB Selangor

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali kata memang ada perbincangan di kalangan pimpinan PAS secara tidak rasmi mengenai pertukaran Tan Sri Ibrahim Khalid tetapi belum ada keputusan rasmi lagi. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Julai, 2014. 

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali kata memang ada perbincangan di kalangan pimpinan PAS secara tidak rasmi mengenai pertukaran Tan Sri Ibrahim Khalid tetapi belum ada keputusan rasmi lagi. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Julai, 2014.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan, parti Islam itu sememangnya tidak akan menuntut kerusi menteri besar Selangor jika Tan Sri Khalid Ibrahim ditukarkan.

"Memang menjadi pandangan umum pemimpin PAS, PAS tidak boleh menuntut kerusi MB Selangor buat masa sekarang. Ia hak PKR," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mustafa juga berkata, memang ada perbincangan di kalangan pimpinan PAS secara tidak rasmi mengenai pertukaran Khalid "tetapi ia belum ada keputusan rasmi lagi".


The Malaysian Insider hari ini melaporkan berdasarkan sumber, PAS telah bersetuju untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
  Sementara itu, setiausaha agung PKR, Saifudin Nasution Ismail memaklumkan, PKR akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) malam ini untuk menentukan nasib MB Selangor itu.

Bagi beliau, keputusan PAS yang menegaskan tidak menuntut kerusi itu adalah satu yang sangat positif demi kepentingan Pakatan Rakyat dan untuk meredakan ahli peringkat bawahan.

"Kita harap pimpinan PKR akan mengambil tanggungjawab besar ini diikuti dengan kebijaksanaan dalam membuat keputusan," kata Saifudin kepada The Malaysian Insider.

Menurut beliau, mesyuarat MPP pada 14 Januari lalu telah membincangkan perkara ini dan telah memberikan mandat kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menguruskan dan membuat cadangan mengenainya.

"Anwar telah membawa perkara ini dalam mesyuarat biro politik dan keputusan akhir akan dibuat malam ini," kata Saifudin.

Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider: "Kita pada dasarnya bersetuju dua perkara iaitu menukar Khalid dan penggantinya bukan PAS tetapi kita masih belum sepakat siapa pengganti itu."

Isu MB Selangor panas sejak beberapa lama dan tidak selesai sehingga kini.

Ia dikatakan menjadi salah satu punca populariti Pakatan Rakyat jatuh merudum di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada Pakatan jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya itu. – 21 Julai, 2014.


SABAR KHALID SAMAD...TERANGKAN SELURUH DUNIA KENAPA IANYA BERLAKU

Posted: 21 Jul 2014 04:18 AM PDT

Sultan S'gor tak perkenan Khalid Samad menghadap

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk diperkenan menghadap baginda berhubung isu berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ia ekoran surat yang dihantar oleh Khalid bukanlah surat memohon ampun.

Khalid memohon perkenan untuk menghadap Sultan Selangor selepas baginda murka terhadap tindakan MP Shah Alam itu menggesa supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Banir mengumumkan keputusan itu hari ini, dengan memetik kandungan surat yang dihantar oleh Khalid kepada pihak Istana Jumaat lalu.

Portal berita Agenda Daily memetik beliau sebagai berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi baginda menolaknya kerana Khalid semata-mata mahu memberikan penjelasan.

Menurut Munir lagi, baginda enggan menerima surat permohonan itu kerana "dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid".

"Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada Tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan," tambahnya.

Sementara itu, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak mahu mengulas mengenai keputusan sultan sekarang.

"Saya menganggap akan ada jawapan rasmi, kerana saya telah menulis secara rasmi, dan saya akan memberi respons selepas saya mendapat jawapan, jika perlu," katanya.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DR WAN AZIZAH MB SELANGOR

Posted: 21 Jul 2014 07:00 PM PDT



KOMENTAR

langkah kajang berliku liku
tapi akhirnya sampai jua
detik detik akhir ini
masih ada musuh
menunggu di belakang pintu

kita lihat dan tunngu

tapi yang saheh ialah
wan azizah telah dipilih

bila sahaja wan azizah menjadi
menteri besar selangor
waspada
bersedia
kerana najib dan rosmah
akan mengadakan pru14
lebih awal 

ini bertujuan untuk
memastikan  selangor
gagal dijadikan basis
oleh pakatan rakyat
untuk menyerang kawasan
dan negeri ketuanan melayu




Kemelut MB Selangor: PKR putuskan Wan Azizah ganti Khalid Ibrahim


PKR mencapai keputusan untuk meletakkan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor selepas selesai mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) malam tadi.

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

"Nama yang dicadangkan adalah Wan Azizah selaku presiden parti dan saya percayai ia mampu beri gambaran kestabilan kepada PKR dan Pakatan," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, malam tadi.


Rasmi: PKR umum Azizah ganti Khalid

Radzi Razak | 1:58AM Jul 22
Anwar mengumumkan perkara itu dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.


AMBO

TAK ADO 

GAPO

NAK ROYAK

KAH KAH KAH

------------

APA ITU COOL DAN APA ITU POYO

Posted: 21 Jul 2014 06:30 PM PDT






ISMA: Tak cool 'awek cun' masuk DAP

Jelitawan Young Syefura Othman menyertai DAP kerana merasakan parti itu "cool".

Bagaimanapun, bagi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ia hanya menggambarkan "kejahilan"

KAH KAH KAH
woit
para pak lebai
mana tahu
apa itu cool
apa itu poyo


sila tunggu
akhir tahun
senarai yang cool 
dan yang poyo
akan keluar

NOTA
muka macam isma ni
dicadangkan jumpa
tukang besi sekali lagi
minta repair

KAH KAH KAH


----------

MENANG DENGAN JALAN TIPU

Posted: 21 Jul 2014 02:30 PM PDT




MERANCANG
UNTUK
MENIPU

SIK 21 Julai - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,  Mohd. Shafie Apdal kesal dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Malaysian...



KAH KAH KAH
woit
orang ramai bukan 
kutuk mas
orang ramai kutuk kerajaan
ini kerana kerajaan ini
tidak ada sokongan rakyat

pakatan dapat 52% undi
parti ketuanan melayu
hanya dapat 47% undi
ini jumlah undi cekai 
yang dapat dengan tipu



itu pasal rakyat terus
mengutuk kerajaan


jangan buat donnooo

KAH KAH KAH



----------

HARI HARI AKHIR SAEKOR KHALID

Posted: 21 Jul 2014 07:30 AM PDT





KOMENTAR

pada hemat tukar tiub
bila wan azizah menjadi
menteri besar selangor
pru14 akan cepat sampai

najib dan rosmah 
tidak akan membenarkan 
wan azizah menyusun 
selangor untuk menjadi 
kubu kuat pakatan
selangor dijadikan basis
tempur untuk menumbang
jatuh gerombolan
selangor dibawah
wan azizah adalah
medan tempur
politik ekonomi dan budaya




















Selepas beberapa siri perbincangan rasmi dan tidak rasmi di kalangan ahli Pakatan Rakyat, PAS  bersetuju menukar Menteri Besar Selangor  Khalid Ibrahim, kata seorang pemimpin kanan parti itu.

Bagaimanapun, tiada persetujuan dicapai antara PAS, DAP dan PKR sama ada presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail atau timbalannya Azmin Ali yang akan menjadi menteri besar baharu.


Setiausaha agung sahkan PAS tidak akan tuntut kerusi MB Selangor




Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan, parti Islam itu sememangnya tidak akan menuntut kerusi menteri besar Selangor jika Khalid Ibrahim ditukarkan.
"Memang menjadi pandangan umum pemimpin PAS, PAS tidak boleh menuntut kerusi MB Selangor buat masa sekarang. Ia hak PKR," katanya kepada The Malaysian Insider.


i rest my case

my lord




---------

MALAYSIA HULUR BANTUAN

Posted: 21 Jul 2014 07:00 AM PDT





KOMENTAR

amerika syarikat
 memberi 3 bilion dolar setahun bukan hutang
beri terus
malaysia sebagai negara kecil
hanya sanggup beri bantuan
minyak sawit
kepada israel

MINYAK SAWIT SAMPAI 
KE PELABUHAN ASDOD

  • Ashdod - Wikipedia, the free encyclopedia

    en.wikipedia.org/wiki/Ashdod
    Modern Ashdod was established in 1956 on the sand hills near the site of the ancient town, and incorporated as a city in 1968, with a land-area of approximately ...
  • Port of Ashdod - Wikipedia, the free encyclopedia

    en.wikipedia.org/wiki/Port_of_Ashdod
    The Port of Ashdod is one of Israel's two main cargo ports. The port is located .
  • BORANG BANTUAN  
  • SAWIT MALAYSIA
  • SEBAGAI BAHAN BUKTI





  • ----------

    SELAMAT BERBUKA

    Posted: 21 Jul 2014 04:27 AM PDT




    SELAMAT

     BERBUKA

    bagitu cepat sekali
    hari berjalan
    cepat alam beredar
    tertiba
    puasa telah masuk 
    minggu terakhir

    gwa belum sempat melawat
    bazar ramadan bangsar tahun ini
    belum sempat buat ramai
    di chow kit
    tetiba 
    puasa dah nak abis
    tetiba 
    bulan ogos sampai


    gawa raya tahun ini 
    jadi bangla tak balik kampong
    rumah di kampong tahun ini ditutup
    tak ada siapa nak buka rumah pusaka
    maka gwa berhari raya di brickfeild
    berhari raya di jalan thambypillai

    SENIN INI
    panas berjerebu
    dan date line
    resah dan gelisah
    tentang mh17

    MALAM KELMARIN
    dijalan panggung
    bersama puluhan warga
     dan 
    keluarga
    mangsa mh17


    PETANG INI
    ada panggilan talipon
    ketika gwa masak
    ada jemputan dari satu ngo
    untuk duduk bantah
    di keduataan rusia

    gwa ketawa dan marah
    belum ada bukti yang rusia
    bertangung jawab
    ngo malaysia dah
     buat keputusan

    angela merkel dari german senyap
    pm india senyap
    pm china senyap
    pm italy senyap
    tetiba ngo malaysia 
    menuduh rusia


    PETANG INI
    gwa hanya ada buat tamar
    tidak ada spesial
    rien du tout
    rien spesial
    tak ada apa apa
    tak ada yang spesial
    manggis pun dan abis
    yang tinggal petai
    SELAMAT

     BERBUKA






    ----------

    BERITA AMAT BAIK

    Posted: 20 Jul 2014 10:08 PM PDT




    KOMENTAR

    apa makna berita ini?
    maknanya apabila musuh
    menyerang kita bukan 
    tanda tidak baik 
    itu tanda baik

    bila musuh puji
    itu bukan tanda baik
    itu tanda tidak baik

    bila diserang ertinya
    kita melakukan yang betul
    kita melakukan garis politik tepat

    jika dipuji ertinya
    kita dengan musuh telah sama

    NOTA
    awalnya anwar dicadangkan jadi mb selangor
    dengan cepat kes di alih tarikh
    dengan cepat anwar dijatuhkan hukum

    sekarang wan azizah dicadang jadi mb selangor
    semua musuh gelabah
    sampai turun darah bulan pun masuk kira

    ini bermakna memilih wan azizah
    adalah tepat betul dan lengkap




    Wan Azizah
    SHAH ALAM - Isyarat peralihan kuasa yang dilancarkan Ketua Umum PKR,  Anwar Ibrahim dengan menamakan isterinya,  Wan Azizah Wan Ismail bakal menggantikan posisi jawatan nombor satu Selangor menggambarkan sekali lagi Presiden PKR itu dibonekakan suaminya.

    i've notin' to say mi lord  mi rest mi cace mi lord..




    -----------

    SEJARAH DI UBAH LAGI

    Posted: 20 Jul 2014 09:32 PM PDT





    HARI  ULANG TAHUN 
    MALAPETAKA
    NAK SAMPAI

    anak muda bersedia

    KAH KAH KAH
    dua lelaki india 
    yang panjat everest
    tak masuk kira
    kah kah kah
    mana mic
    mana ppp
    mana psm
    mana xvier
    mana gobala
    mana khoo kay kong
    mana zainal kling

    KAH KAH KAH



    ---------

    AKOUN PALSU

    Posted: 20 Jul 2014 09:00 PM PDT





    Akaun Facebook Palsu Ugut Bunuh Perdana Menteri: Respon SAMM

    Ekoran beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Afzanizam Hashim penggerak SAMM P.Pinang, kononnya telah membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Malaysia melalui sebuah akaun facebook bernama Ahli Fikir, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini membuat klarifikasi;

    1. SAMM menegaskan bahawa ugutan terhadap Najib Razak adalah satu fitnah dari status sebuah akaun facebook palsu yang telah diterbit menyerupai akaun sebenar mangsa. Ini adalah satu penganiayaan terhadap seorang penggerak SAMM dan menjadi satu cubaan merosakkan nama baik SAMM.

    2. Setelah menyedari kewujudan akaun facebook palsu tersebut, mangsa fitnah telah segera membuat laporan polis pada tarikh 17 Julai 2014 jam 2 petang di Balai Polis Perda (kemudian dipanjangkan ke Balai Bukit Mertajam), Pulau Pinang. Laporan polis ini dibuat lebih awal sebelum laporan-laporan polis terhadap mangsa. 

    3. Afzanizam juga dipanggil memberi keterangan di IPD Kepala Batas sehari kemudiannya dan beliau telah hadir memberi kerjasama.

    4. Penerbitan akaun palsu kini telah menjadi trend dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan ini bukan kali pertama komrad SAMM menjadi mangsa. Pengasas SAMM, che'GuBard sendiri menjadi mangsa apabila satu akaun 'fan-page' telah sengaja membuat status menghina institusi beraja, dan Young Syefura / Rara SAMM juga menjadi mangsa ketika baru menyertai DAP yang menjadi perhatian media.

    5. SAMM bersedia dan mengalu-alukan pihak berkuasa membuat siasatan secara menyeluruh. Tetapi dalam masa yang sama, SAMM menuntut dengan serius agar semua kes ugutan bunuh terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat supaya diselesaikan dengan telus. SAMM turut mempersoalkan di manakah hasil siasatan kes ugutan bunuh dari kalangan pro-kerajaan itu? Apakah ia juga berakhir di Lautan Hindi?

    6. SAMM kesal dengan fitnah yang dilemparkan terhadap gerakan SAMM ketika negara sedang berduka dengan tragedi MH17, ia seolah mengambil kesempatan dari peristiwa yang berlaku.

    7. Benar SAMM adalah gerakan anak muda yang progressif, juga agresif, malah SAMM lahir dari perlawanan jalan raya namun masih ada kewarasan dalam setiap titip kenyataan yang dikeluarkan dari setiap komrad terlatih.

    8. Tidak dapat disembunyikan, ramai anak muda yang sangsi dan gusar dengan rentak pemerintah negara dalam mengendalikan isu dunia, merujuk kepada terlalu banyak kelemahan ketika mengendali isu MH370. 

    9. Akhir sekali, disertakan salinan laporan polis Afzanizam Hashim, Penyelaras Bersama SAMM P.Pinang sebagai rujukan.

    Sekian,

    EDY NOOR REDUAN
    Pengarah Propaganda
    Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)






    ---------

    SEMUA PERANCANGAN ANGLO-AMERIKA

    Posted: 20 Jul 2014 08:48 PM PDT





    KOMENTAR
    semakin jelas dibelakang trajedi ini
    ialah perancangan rapi dari kuasa
    imperialis anglo-amerika

    jelas semua ini dirancang dengan
    tujuan untuk menimbulkan
    suasana perang dingin

    jelas semua ini dirancang
    untuk memastikan rusia
    dilihat sebagai musuh dunia

    kelmarin berita melaporkan : pemimpin dunia mengutuk rusia
    walhal hanya 3 orang pemimpin 
    yang bersuara:
    - obama  dari amerika
    - cameron dari united kingdom
    - mark rutter dari belanda

    hari ini tajuk berita : dunia marah
    kah kah kah
    kah kah kah
    kah kah kah

    yang marah ialah osce
    badan yang ditubuhkan oleh nato
    ini anak syarikat nato
    nato menjaga kepentingan amerika

    PERSOALAN MULA TIMBUL
    apakah kehilangan mh370 
    ada sangkut paut
    dengan apa yang sedang
    berlaku dihadapan mata 
    apakah hilangnya mh370
    ini adalah sebahagian dari 
    strateji penyediaan
    suasana untuk mh17?

    ini masih belum jelas

    Ukrainian State Emergency Service

    MH17: world's anger at Russia grows as bodies pile on to train at crash site

    Experts fear clues as to why Malaysia Airlines plane was brought down could be lost for ever as chaos at scene persists
    As politicians, investigators and relatives of the dead across the world expressed anger at the Kremlin for not forcing pro-Russia rebels to offer more cooperation, there had yet to be any serious examination of the crash site. Experts suggested vital clues to how the Malaysia Airlines Boeing was brought down could have been lost for ever as the site continued to be a free-for-all three days after the tragedy, which took 298 lives.
    The small OSCE mission on the scene is made up merely of monitors. Not a single international aviation expert or investigator has visited the site, as evidence disappears. Until Sunday lunchtime, nobody even knew where the body bags from the site had been taken, with dark rumours swirling. Even now, the OSCE monitors have had to take the word of the local emergency services that 196 bodies have been found so far.

    i've nothing else

    to say my lord

    i rest my case my lord





    -----------

    ANNEEEH MABUK TODI

    Posted: 20 Jul 2014 08:18 PM PDT




    KEMPEN

     SANG SAKA 


    BERMULA




    MH17: Jangan curah minyak ke dalam api - Ramanan

    KUALA LUMPUR 19 Julai - Dalam `waktu krisis' ketika ini akibat nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, semua masyarakat termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengira fahaman dan ideologi politik perlu bersatu padu bersama kerajaan dalam merungkai tanda tanya punca insiden mengejut itu.

    Ahli Jawatankuasa MIC Pusat (CWC) MIC, R. Ramanan berkata, tidak perlu ada pihak cuba `mencurahkan minyak ke dalam api' dengan menuding jari mencari salah pihak tertentu terhadap nahas yang meragut 298 nyawa tersebut.

    Di saat ini, beliau percaya  Najib Razak dan anggota pentadbiran kerajaannya sedang bekerja keras serta bertungkus-lumus untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas pesawat MH17.

    KAH KAH KAH
    woit
    annneeeh
    lu lupakah
    atau lu banyak tani
    parti ketuanan melayu
    bukan dapat sokongan majoriti

    pakatan rakyat menang majoriti
    pakatan dapat 52% undi rakyat
    gerombolan dapat 47% sahaja
    ini pun dengan tipu

    annneeeh
    suara mengutuk itu
    adalah suara majoriti
    so shut the fak up!



    ---------

    SELAMAT HARI RAYA

    Posted: 20 Jul 2014 07:54 PM PDT





    SELAMAT  HARI RAYA
    DARI  DAPUR JALANAN 

    Bila datang perasaan membumi
    Biar akal melayang terbang mencapai langit
    Tapi tidak dilupa kaki yang memijak tanah
    Solidariti kepada warga miskin kota


    Kepada para penyumbang 
    makanan, tenaga, masa berkerja bakti;
     yg buat sibok buat ramai:

    kak Waida, kak Gie & tim dapurku,dapurmu jua; Kak June, Dr Ishak Yusuf & seluruh staff, lecturer, mahasiswa dari fakulti pertanian UPM, Azrina & kawan2 pizza domino, Famili dari Bangi, Famili Pajam, Akademi Belia, awek-awek cun & mamat2 hensem, seluruh kawan-kawan anak semua bangsa yang turut sama semalam di Jln Panggung

    TERIMA KASIH! TERIMA KASIH!
    pack makanan habis! Personal toileterries pack habis! Berjalan menyantuni warga miskin kota di cahaya suria, segi kolej, pasar seni & sekitar. 

     minggu ini minggu akhir Dapur berkongsi makanan dgn warga miskin kota di bulan Ramadhan ini. Next week OFF seminggu, 3 Ogos Dapur kembali seperti biasa, ahad 5.30 ptg di Jln Panggung. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang bersolidariti, yang sama bantu, yang sama menyumbang sepanjang bulan Ramadhan ini

    S Hari Raya Jalanan  bakal menyusul. 
    Tunggu pengumuman! 

    Boleh dapatkan merchandise Dapur Jalanan KL, baju & button, di Bangsar Utama atau Jalan Panggung serta kroni-kroni yang berdekatan
    ++ Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL


    ZAKAT DISINI
    Untuk yang mahu menyumbang 
    boleh masuk ke akaun dapur jalanan
      
     8001-7278-49 
    spkl collective

     Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah Pakwan = 019-2671285  atau Hadikhalid = 012-6648873

    Terima kasih anak semua bangsa!
    Keep it cool! 

    Sama ber-Solidariti
    Dapur Jalanan Kuala Lumpur
    *makanan adalah hak anak semua bangsa*
    20 Julai 2014


    JUMPA 3 OGOS LEPAS RAYA

    SAPERTI BIASA PETANG AHAD

    JAM 5:30 PETANG
    ---------