Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Rara, Ikon Baru Wanita Melayu Sertai DAP Selepas Dyana !

Posted: 13 Jul 2014 03:59 AM PDT


Populasi 'awek cun' di Parti Tindakan Demokratik nampaknya kian meningkat. Pasca pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang akhirnya maju ke depan dan dengan berani mengisi borang keahlian sebuah parti yang telah sekian lama difitnah sebagai parti 'komunis' dan 'cauvinis cina'.
Terbaru, DAP menerima permohonan keahlian daripada seorang ikon anak muda yang boleh tahan popular sejak ditemui hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0. Young Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara, mengisi borang keahlian DAP setelah menghadiri sesi dialog bersama pimpinan muda parti di ibu kota.
Anak gadis berusia 25 tahun ini merupakan anak perempuan tunggal daripada tujuh orang adik-beradik. Dia mendapat inspirasi politiknya daripada sang ibu yang merupakan seorang aktivis PAS.
"Kami turun perhimpunan Bersih satu keluarga," ujarnya berkisah tentang pengalaman pertama kali menyertai perhimpunan aman membantah penipuan pilihanraya itu.
Rara bernasib baik kerana datang awal dan pulang awal, lalu tidak terkena asap gas pemedih mata atau ditembak air gatal. Beliau malah menjadi bualan anak-anak muda Malaysia setelah fotonya tersebar luas dan disebut-sebut sebagai salah satu ikon perhimpunan tersebut.
Kemasukan Rara ke dalam DAP disambut dengan reaksi bercampur-campur daripada berbagai pihak. Antara yang paling pantas memberi reaksi negatif pastinya pihak musuh yang dengan cepat melabel beliau, selain memuatnaik grafik kononnya Rara seorang pakar urut batin. Siap dengan alamat dan nombor telefonnya sekali.
"Saya menyertai DAP kerana ia menyediakan ruang untuk wanita muda Melayu terutamanya," kata beliau memberi penjelasan.
"Kita kekurangan pimpinan wanita muda. Kita mungkin ada Nurul Izzah dalam PKR, kalau PAS saya tidak pasti siapa. Kalau kenal pun Kak Aiman (Athirah)" tambahnya, sambil berkata kemasukannya ke dalam DAP adalah dengan cita-cita untuk mengajak lebih ramai wanita untuk turut ke depan dalam perjuangan mengembalikan demokrasi dan keadilan.
Minat beliau terhadap DAP bertambah rancak pasca fenomena Dyanamania yang melanda seluruh negara, di samping dasar parti yang menolak politik perkauman dan terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang apa pun.
"Semua kawan-kawan terkejut bila saya masuk DAP, semua orang asyik tanya, kenapa DAP?" tambahnya sambil memberitahu bahawa keluarganya menerima keputusan beliau dan faham benar dengan kiprah politik Rara serta memberikan beliau sokongan terus-menerus.
Hentaman dan serangan terhadapnya dianggap hal biasa. Poster dan grafik di laman-laman sosial memfitnah kononnya Rara mendaftar sebagai ahli seumur hidup DAP dan kononnya berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu. Padahal Deklarasi Shah Alam yang dibuat pada 8 Januari 2012 jelas mempertuntukkan bahawa DAP "Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan."
"Tapi disebabkan saya macam dah terbiasa, saya biarkan sahaja," ujarnya yang sebelum ini sudah pun pernah difitnah dengan pelbagai tuduhan pasca perhimpunan Bersih 3.0. "Bila saya kena sekali lagi waktu masuk DAP, saya sudah boleh bersedia. Saya ketawakan saja," ujarnya menguntum senyuman.
Tidak kalah hebat ialah tuduhan bertalu-talu daripada pihak musuh kononnya DAP mempergunakan gadis-gadis cantik jelita untuk menarik kemasukan orang Melayu. Rara melihat tuduhan itu sebagai sesuatu yang positif kerana baginya pihak musuh sudah ketandusan ide untuk mencari kesalahan. Tetapi, hakikatnya, memang benar sudah ramai yang berminat untuk menyertai DAP.
Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Setelah sekian lama DAP dimomok-momok sebagai parti cauvinis Cina, kehadiran 'awek-awek cun' secara tiba-tiba meleburkan persepsi negatif tersebut, dan secara tidak langsung menarik minat orang ramai untuk mendekati parti yang dijaja-jaja musuhnya dengan pelbagai cerita karut.
Kekurangan wanita muda dalam aktivisme politik Malaysia bagi Rara adalah akibat daripada kerunsingan dan ketakutan untuk terlibat, selain disibukkan dengan urusan harian serta kurangnya sistem sokongan bagi mereka. Tambah-tambah pula yang bekerja dengan kerajaan.
"Mereka memang tidak berani menonjol, takut kalau apa-apa berlaku terhadap mereka," jelasnya lagi, sambil berkata bahawa ketakutan kaum wanita yang meminggir daripada aktivisme mendorong beliau untuk lebih ke hadapan.
"Kita perlukan seseorang untuk ke depan dan menjadi contoh, pemimpin dan pembuka jalan."
"Sekali kita maju setapak, orang yang di belakang akan ikut kita," tambah beliau.
Ikuti bahagian kedua, kerunsingan anak muda, dan apa yang mereka boleh lakukan demi menyongsong perubahan. #sumber

Hari-hari terakhir seorang MB

Posted: 12 Jul 2014 10:17 PM PDT


Dengan komen terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, maka dengan rasminya juga Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjalani hari-hari terakhir beliau sebagai menteri besar (MB).

Kata-kata ketua umum parti itu dibaca sebagai 'pengakuan' meminta Khalid mengosongkan kerusi dan ia permintaan partinya dan Pakatan Rakyat sendiri.

Khalid yang dilihat berseorangan dalam hal ini langsung tidak boleh mengharapkan sokongan dari parti beliau sendiri untuk terus menduduki kerusi yang diterajui selama enam tahun itu.

Bagaimanapun isu penukaran MB sebenarnya bukan merupakan perkara pelik kerana ia kelaziman dan pregoratif parti politik masing-masing

Baru-baru ini di Terengganu, MB turut ditukar, dan ia 'prosedur biasa' yang digunakan BN sekiranya merasakan penyandang jawatan itu kurang 'kena' dengan pimpinan peringkat tertinggi.

Tetapi jika dilihat dari sudut 'ketelusan' dan 'kebertanggunjawaban' yang sentiasa dikumat-kamitkan PKR, adakah alasan menukar Khalid merupakan langkah dari segi politik semata tanpa sebarang input daripada 'rakyat'?

Terbaru, dengan jaminan Anwar bahawa isu itu akan diselesaikan secara tertib, teratur dan di "balik pintu yang tertutup", serangan halus, licik dan ancaman politik menggunakan media massa dan sosial ini akan berterusan?

Ini kerana sama ada Khalid ditukar atau tidak, persepsi yang tercetus hasil polemik dan caturan kelompok politik langkah ini amatlah tidak baik untuk PKR dan juga Pakatan secara umum.

'Langkah 28'

Dengan pemilihan isu pemilihan parti yang masih tidak selesai, timbul pula isu 'Langkah 28' apabila kelab penyokong kerajaan (BBC) DUN Selangor dilaporkan membincangkan isu ini.

Sumber dari DUN Selangor menyatakan 28 dari 31 ADUN PKR, PAS dan DAP telah pun bersetuju untuk mengusulkan usul undi tidak percaya terhadap Khalid.

Ketua BBC Azmin Ali dilaporkan memanggil mesyuarat khas BBC buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun di Shah Alam Selasa lalu

"Hanya dua ADUN PAS iaitu Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya) dan Saari Sungib (Ulu Klang) hadir pada mesyuarat tersebut," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

ADUN DAP dan PKR difahamkan sudah sepakat untuk menguatkan desakan terhadap Khalid bagi meletakkan jawatan beliau.

Hanya PAS dilihat masih tidak memberi jawapan lagi terhadap hal ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad tidak mahu memberi sebarang komen sama ada menyokong atau menolak Khalid.

Bagaimanapun sumber daripada PAS Selangor menyatakan ada arahan 'tertinggi' parti yang meminta mereka agar tidak menurut desakan oleh PKR dan DAP.

Azmin sendiri tidak mahu mengakui atau menafikan rancangan sedemikian berlaku.

"Tolong jangan buat spekulasi," kata beliau kepada wartawan yang menyerbu beliau sebaik mesyuarat itu tamat, Selasa lalu.

Bagaimanapun sumber dari PKR mengakui perbincangan isu undi tidak percayai tidak dapat dilakukan kerana PAS "belum mendapat wahyu" dari kepimpinan tertinggi mereka.

Perang saraf

Peperangan kedua pihak pro dan anti Khalid kini makin sengit di media massa dan sosial dengan serangan, kritikan serta kempen halus digerakkan oleh kedua pihak.

DAP dengan lantang membariskan pimpinan Selangornya 'menembak' pentadbiran Khalid secara terbuka dalam beberapa isu seperti penstrukturan dan catuan air, pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu Bible.

PKR Selangor pula difahamkan menggunakan pemilihan sebagai kempen anti-Khalid dan dilihat berjaya apabila Khalid tewas dalam pemilihan peringkat cabang dan jurang undi semakin jauh berbanding Azmin dalam pemilihan timbalan presiden.

"Khalid akan lebih tertekan sekiranya kalah dalam pemilihan nanti, dia dah tak ada apa-apa," kata sumber dari PKR Selangor kepada Malaysiakini.

Di pihak Khalid, gerakan NGO Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) mula aktif memberi komen dan membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan beliau minggu lalu.

Satu laporan polis dibuat semalam di Klang sementara satu lagi bakal dibuat hari ini.

Pengumuman Khalid bahawa audit dalaman akan dibuat terhadap pusat khidmat DUN yang mengambil geran dan peruntukan negeri serta penilaian semula syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilihat sebagai tekanan kepada pimpinan PKR Selangor lain dan 'mendedahkan' tingkah laku sebahagian dari mereka.

Pakatan hilang Selangor PRU depan?

Lebih hebat lagi kedua-dua kumpulan kini menggunakan hujah Pakatan akan kalah pada pilihan raya umum (PRU) depan sekiranya agenda mereka tidak diteruskan.

Sumber dari Pejabat MB menyatakan kebimbangan, dengan pemergian Khalid, rizab lebih RM 3 bilion dalam simpanan negeri akan 'diutamakan' untuk tujuan politik partisan dan tidak semestinya untuk rakyat.

Bahkan beliau yang bersama Khalid sejak 2008 mendakwa beberapa program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' yang dipelopori Khalid bakal dibatalkan atau diubah.

"Apa rakyat akan kata kalau ada pihak sama ada dari PKR dan Pakatan guna duit untuk rakyat sesuka hati mereka," kata beliau.

Malah beliau menyifatkan pemergian Khalid akan 'menyenangkan' kerja BN untuk merampas semula negeri itu.

Ini kerana, kata sumber, pengganti Khalid mungkin tidak mampu membuat keputusan drastik untuk mengatasi kepentingan politik sebagaimana yang diamalkan bekas ketua pegawai eksetutif Guthrie itu.

Sementara itu, dari sudut berbeza, sekiranya Khalid berdegil untuk kekal, pergolakan Pakatan akan membawa kepada kehilangan undi kepada negeri itu dan mudah dieksplotasi oleh BN.

"Jadi kalau Khalid tak letak jawatan, memang Pakatan hilang Selangor selepas ini," kata sumber PKR Selangor.

Rakyat akan melihat perbezaan 'cara' Pakatan dan BN menukar MB di negeri masing-masing dan persepsi politik baik merupakan kelebihan yang amat besar dalam mencongak undi.

Justeru itu hemah kepimpinan Pakatan dalam menangani perkara ini amat penting agar tidak dilihat sebagai parti yang hanya mahu berpakat sesama politikus dan mengabaikan kehendak, suara dan pandangan 'rakyat.'

Bagaimana agaknya PKR akan menarik rambut dalam tepung di negeri itu?
 

[LIVE]Tazkirah Zohor Khas - Ustaz Fawwaz Md Jan

Posted: 12 Jul 2014 10:15 PM PDT


Khalid Ibrahim akan ditukar sebelum Anwar dipenjarakan? – Shahbudin Husin

Posted: 12 Jul 2014 10:10 PM PDT


Nampaknya pertukaran jawatan menteri besar Selangor sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ia hanya bergantung kepada masa saja.

Mungkin cepat, mungkin juga lambat. Penegasan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenainya amat jelas membawa maksud bahawa Khalid Ibrahim pasti akan ditukarkan.

Dalam reaksi terbarunya mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim, terutamanya selepas Menteri Besar Selangor itu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Anwar berkata PR tidak akan tergesa-gesa melakukan pertukaran itu dan sedang berunding untuk mencari penyelesaiannya.


"Perbincangan ini dibuat secara tertutup, lebih baik kita tanganinya dengan tertib dan teratur. Persefahaman sudah ada, tetapi saya tidak fikir kita perlu tergesa-gesa," tegas Anwar lagi.
  Dalam masa yang sama, Anwar juga memberitahu bahawa Khalid memaklumkan kepadanya dan juga Dr Wan Azizah selaku Presiden PKR mengenai kehadirannya di majlis berbuka puasa bersama perdana menteri dua hari lalu dan beliau jelas tidak bimbang mengenainya.

Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Anwar ini ialah Khalid tetap akan ditukarkan apabila tiba waktun yang sesuai, dan Langkah Kajang yang digerakkan beberapa bulan lalu tetap akan dilaksanakan.
Yang kedua, pertukaran itu tetap akan dilakukan kerana sudah ada persefahaman mengenainya.
Apakah persefahaman itu? Adakah persefahaman itu bermaksud sudah ada persetujuan antara parti dalam PR untuk menukar Khalid dengan calon lain atau ianya bermaksud Khalid juga sudah bersetuju untuk ditukarkan?

Jika parti-parti dalam PR sudah bersetuju untuk menggantikan Khalid, mungkinkah tuan punya tubuh bersetuju dengannya? Dan bagaimana pula jika beliau tidak bersetuju?

Bagaimana pula jika Khalid sudah ada pengakuan bersetuju dengan pertukarannya sebelum ini, tetapi tiba-tiba berubah fikiran pula?

Atau mungkin Khalid hanya bersetuju jika tempatnya digantikan oleh Anwar sahaja sebagaimana yang dihasratkan melalui Langkah Kajang dan bukannya dengan calon lain seperti Dr Wan Azizah ataupun Azmin Ali?

Meskipun dalam kemelut jawatan menteri besar Selangor ini, Khalid seakan bakal dimangsakan, bukan saja melalui jawatannya dalam kerajaan tetapi juga dalam PKR, namun beliau terlihat masih lagi mempunyai rasa hormat terhadap Anwar dan Dr Wan Azizah apabila masih sudi menjelaskan mengenai kehadirannya berbuka puasa bersama Najib yang menimbulkan banyak spekulasi sebelum itu.

Jika Khalid mahu menunjuk degil, beliau boleh saja tidak bercakap apa-apa mengenai kehadirannya bersama Najib itu.

Tetapi Khalid tentulah juga mengenang persahabatannya yang lama dengan Anwar dan kerana Anwarlah, beliau dapat menjadi menteri besar Selangor.

Namun kenyataan terbaru Anwar ini turut juga dilihat sebagai asakan terbaru Anwar dan PR untuk memastikan pertukaran jawatan menteri besar Selangor tetap menjadi kenyataan.

Ia dilihat seolah-olah ada tempoh masa tertentu untuk melakukan pertukaran itu dan Khalid sedang cuba diingatkan mengenainya.

Pertukaran Khalid dilihat penting untuk memastikan kebangkitan dan penolakan rakyat yang lebih berganda kiranya Anwar terpaksa dimasukkan ke penjara sekali lagi memandangkan pengurusan kes rayuannya terhadap hukuman lima tahun penjara atas dakwaan liwatnya di Mahkamah Persekutuan sudah pun ditetapkan pada 8 Ogos depan.

Jika tidak banyak halangan, Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan sama ada Anwar akan bebas atau ke penjara sekali lagi, dijangka bakal bersidang sebelum berakhirnya tahun 2014 ini.

Kebarangkalian Anwar akan menghuni penjara sekali lagi adalah amat tinggi berdasarkan perkembangan politik yang berlaku kebelakangan kni.

Di sinilah pentingnya orang yang benar-benar rapat dengan Anwar untuk mengisi kerusi menteri besar Selangor itu bagi menggerakkan kebangkitan rakyat menolak penganiyaan dan kezaliman terhadap ketua pembangkang itu.

Berbanding jika Khalid yang kurang aura politik terus kekal sebagai menteri besar, gerakan politik yang boleh dilakukan ketika Anwar menuju ke penjara tentulah jauh lebih besar kiranya Dr Wan Azizah yang duduk di kerusi itu dan Azmin Ali sebagai Timbalan Menteri Besar atau Exco Kanannya.

Dr Wan Azizah akan berperanan menaikkan simpati, manakala Azmin sebagai penggerak mobilisasi.
Dengan menggerakkan kebangkitan rakyat yang lebih menyeluruh, meskipun Anwar akan di penjara tetapi ia juga akan menjadikan laluan yang sukar untuk Najib dan BN menghadapi PRU 14 nanti.

Oleh itu, meskipun Anwar dilihat boleh bersabar dan tidak mahu tergesa-gesa menukar Khalid tetapi pertukaran itu tidak akan melangkaui tarikh bersidangnya Mahkamah Persekutuan nanti. – shahbudindotcom.blogspot.com, 13 Julai, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Bubarkan saja DUN untuk selesaikan krisis Selangor

Posted: 12 Jul 2014 10:02 PM PDT

Bubarkan saja DUN untuk selesaikan krisis Selangor

Persoalan sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus terus memimpin Selangor perlu diselesaikan segera oleh Pakatan Rakyat (PR) sebelum negeri terkaya Malaysia itu mengulangi sejarah Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Belum terlalu lama untuk kita lupa tentang krisis kepimpinan di negeri jelapang padi itu sebelum PRU13.
Kegagalan PR, khususnya PAS, dalam menyelesaikan masalah di negeri Kedah menyebabkan harga mahal dibayar dalam PRU13.


Akhirnya Kedah yang PR menangi buat pertama kali pada 2008 kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) apabila pengundi menghukum melalui kertas undi.
  Selain kehilangan negeri Kedah, PR juga kehilangan beberapa kerusi Parlimen yang mereka menangi pada 2008.

Tidak mustahil sejarah ini akan berulang di Selangor. Rata-rata pengundi atas pagar yang saya temui meluahkan rasa meluat mereka dengan "pergaduhan" pemimpin-pemimpin PR Selangor tentang siapa yang harus berkuasa.

PR silap jika menjangkakan pengundi di Selangor akan terus menyokong mereka secara membuta tuli dalam pilihan raya umum akan datang tanpa menyelesaikan permasalahan di negeri yang seharusnya menjadi contoh kepada kepimpinan gabungan pembangkang di Malaysia.

Dalam suasana sebegini, pemimpin tertinggi PR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang harus menunjukkan "kepimpinan" mereka, bukan hanya tahu mengutuk Umno dan BN sahaja.

Krisis Selangor yang berlarutan menunjukkan betapa tidak sepakatnya pimpinan PR, sehingga menyebabkan ramai yang tertanya, jika masalah Selangor tidak dapat diselesaikan, bagaimana mahu memimpin Malaysia?
Bagaimanapun caranya, Umno berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan di negeri Terengganu walaupun Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said sempat "berdrama."

Selemah-lemah Datuk Seri Najib Razak, beliau berjaya menyelesaikan masalah di negeri yang kaya dengan minyak itu, tanpa sebarang masalah secara zahirnya.

Secara batinnya, hanya Umno dan BN yang tahu dan tidak penting bagi rakyat, kerana mereka hanya melihat secara zahirnya sahaja.

Jika PR tidak berjaya mencapai kata sepakat sama ada mahu mengekalkan Khalid atau menggantikannya dengan yang lain agar negeri dapat terus ditadbir, lebih baiklah mandat diserahkan kembali kepada rakyat.
Itulah yang sebaik-sebaiknya kerana lebih setahun selepas PRU13, masalah kepimpinan Selangor masih belum selesai.

Hampir setiap hari kita membaca berita tentang PR mahu menukar menteri besar dan Khalid pula mahu terus kekal.

Sekurang-kurangnya apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan, rakyat Selangor boleh memilih kerajaan yang mampu membuatkan hidup mereka sejahtera.

Soal pilihan raya negeri merupakan pembaziran bukanlah satu masalah, kerana itulah harga sebuah demokrasi. Sekurang-kurangnya aktiviti ekonomi di Selangor akan rancak semasa musim pilihan raya.
Semasa tempoh berkempen dapatlah rakyat Selangor berdialog dengan calon yang bertanding tentang pendirian mereka berhubung isu-isu di negeri Selangor seperti Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), catuan air, masalah sampah tidak berkutip dan banyak lagi.

Rakyat juga berhak menentukan ke mana wang rizab berbilion ringgit simpanan kerajaan negeri Selangor dibelanjakan.

Paling penting sekali, rakyat Selangor dapat hidup dengan sejahtera selepas pilihan raya tanpa perlu melayan "politicking" yang tidak berkesudahan.

PR bernasib baik kini kerana BN Selangor masih belum mampu menawarkan barisan kepimpinan yang lebih baik daripada mereka.

Namun itu bukan alasan untuk terus bersikap sambil lewa.

Pengundi di Selangor adalah yang paling terdedah dengan maklumat, retorik tidak mampu membeli undi mereka.

Sudah tentu lebih sukar untuk memuaskan hati pengundi di Selangor berbanding negeri-negeri lain.
Kepimpinan PR harus ingat, dalam politik yang paling penting adalah "zahir" dan bukannya "batin." – 13 Julai, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


MUSTAHIL TAK NAMPAK

Posted: 13 Jul 2014 06:35 PM PDT







MUSTAHIL TAK NAMPAK
tempat wa kt pekan salak lama sepang, kedai kuda sebelah balai polis.. bukan 1 kedai tp belambak.. agaknya polis semua buta kot.. line internet pun tarik haram punya. tokey sudah jolok kontraktor tm bayar bulan2. on CADANGAN CADANGAN
Publish | Delete | Spam
joe satriani
on 7/14/14


----------

HARI HARI AKHIR UNTUK KHALID

Posted: 13 Jul 2014 06:28 PM PDT




KOMENTAR

adalah untuk 
menyelamatkan selangor
maka khalid ibrahim
wajib dihentikan dari
mejawat menteri besar

ini bukan ajenda pribadi
ini ajenda politik
dalam bahasa inggeris
'nothing personal - its politic..'

sedia maklum
penggantinya bukan azmin ali
pengganti yang dicadangkan
ialah dr wan azizah wan ismail

ini jelas
ini kesepakatan
tidak ada heeek
tidak hooook
tidak ada hek hok


Hari-hari terakhir seorang MB

Dengan komen terbaru  Anwar Ibrahim semalam, maka dengan rasminya juga Abdul Khalid Ibrahim menjalani hari-hari terakhir beliau sebagai menteri besar (MB).

Kata-kata ketua umum parti itu dibaca sebagai 'pengakuan' meminta Khalid mengosongkan kerusi dan ia permintaan partinya dan Pakatan Rakyat sendiri.

Khalid yang dilihat berseorangan dalam hal ini langsung tidak boleh mengharapkan sokongan dari parti beliau sendiri untuk terus menduduki kerusi yang diterajui selama enam tahun itu.



KAH KAH KAH

terdengar di stesen
kereta api 
bawah tanah 
kota london
'all change please...'

KAH KAH KAH 




-----------

JUAL AGAMA BODEK CARI MAKAN

Posted: 13 Jul 2014 07:32 AM PDT





BUAH TANGAN
ZIONIS TEMPATAN



ARAB LEMAH

Rejim Zionis bertindak sesuka-hati kerana negara2 Arab amat lemah. Negara2 Arab lemah kerana gagal meniru cara pemerintahan Malaysia yang di tadbir oleh pemimpin2 berbangsa Melayu dan beragama Islam. Pemimpin2 Malaysia memerintah secara demokratik dan berintegriti.

Pemerintah2 Arab gagal memupuk serta menggembeling institusi2 demokrasi saperti pilihan raya yang bersih dan telus, kebebasan akhbar, badan kehakiman yang bebas, dsbnya. Di Malaysia, institusi2 demokrasi di utamakan dan di pelihara dengan cermat. Negara2 Arab dilanda dengan gejala2 korapsi, kronisma dan nepostima. Sebagai contoh, Wanita Pertama Tunisia semasa pemerintahan Zeinalebidin Ali berlagak seolah-olah negara Tunisia sebagai hak peribadi beliau.

Walhal, Wanita Pertama Malaysia amat berhemah dan mengamalkan Islam wasatiyah. Polis di negara Arab walaupun ada kalimah ALLAH dan MUHAMMAD di lencana mereka tetapi mengamalkan rasuah berluasa. Negara yang pupus prinsip2 demokrasi akan hancur binasa. on HENTIKAN KERJA JUAL AGAMA
Anonymous
at 6:19 PM
KUBUR BERTINGKEK
Kubur den berringkek2 mcm duit la ka kah kah. Tunggu mati je x jwb. Masa hidup pandai GUNA hukum otak sendiri on HENTIKAN KERJA JUAL AGAMA
Anonymous

at 4:57 PM

BODEK
Sibodek jalang Kah.....Kah....kah on HENTIKAN KERJA JUAL AGAMA
Anonymous
at 4:56 PM
RTM TAK ADIL
Laporan RTM tak adil. Tak beritahu kenapa Israel tembak 1200 missile ke Gaza ? Kerana 3 pemuda Israel di culik dan di bunuh, kemudian seorang pemuda Palestin di culik dan di bunuh.

RTM tak lapor pun bahawa Hamas tembak 500 missile ke dalam Israel. RTM tak lapor pun Hamas sembunyi dalam rumah orang awam yang ada budak dan wanita. RTM tak lapor pun bahawa sebuah loji nuklear jana kuasa, nyaris kena sasaran missile, di Israel. Semua berita yang adil ini dapat dibaca dari berita online dari luar negara. Woit, RTM , lapor lah apa yang sebenarnya berlaku pada kedua-dua pihak. on HENTIKAN KERJA JUAL AGAMA
Anonymous
at 4:43 PM

---------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 13 Jul 2014 03:48 AM PDT





SELAMAT 

BERBUKA
hari ahad yang sunyi
hari ahad yang berjerebu
hari ahad yang redup

wilayah ini sunyi
tidak ada kereta besar ayah
tidak ada kereta besar mak
tidak ada kereta di pandu supir
sekolah tutup
sunyi dan nyaman

nak keluar
merayau rayau
mencari apa yang patut di cari

SELAMAT 

BERBUKA





----------

HENTIKAN KERJA JUAL AGAMA

Posted: 13 Jul 2014 12:14 AM PDT



APAKAH UMAT
DI KAMPONG CHU  BADAK
KURANG ISLAM

Umat Islam perlu bantu saudara di Gaza
SERDANG - Umat Islam seharusnya menghulur bantuan kemanusiaan berterusan kepada mangsa peperangan di Gaza sebagai tanda sokongan.

Mutfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri berkata, umat Islam seharusnya memberikan bantuan makanan, pakaian dan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin yang semakin dihimpit penderitaan dari sehari ke sehari.

"Pergolakan di Gaza ini adalah suatu kemalangan bagi umat Islam dan saya menganggap bahawa ia merupakan satu musibah yang dilalui penduduk Palestin," katanya kepada pemberita.



ZIONIS  MERUSUH
DI KAMPONG CHU BADAK


KAH KAH KAH
woit
masa umat islam
diserang zionis tempatan
mana malaoan ini hilang

ketika umat islam kampong chu badak
di serang oleh zionis tempatan
kenapa malaon ini tdak bersuara

ZIONIS MERUSUH DI PALESTIN


apakah umat islam kampong chu badak
kurang islam 




kenapa umat islam yang diserang
oleh  zionis jauh diserang laut nampak

kenapa umat islam yang diserang
oleh zionis tempatan tak nampak

kenapa lagi dekat
lagi tak nampak


NOTA
ini jelas 
jual agama
cari makan
kah kah kah


---------

JANGAN TERLAMPAU MAMPAU

Posted: 12 Jul 2014 11:35 PM PDT




MAKLUMAT

DAPUR 

JALANAN
terima kaseh 
kepada yang datang
terima kaseh
kepada yang menyumbang
terima kaseh 
pada yang hantar makanan
MAKANAN
adalah diminta
kepada semua yang hendak
 menderma makanan
sila beritahu awal
apa yang hendak di bawa
malam kelmarin telah jadi
melampau lampau
terlalu ramai datang bawa makanan
ini membazir
malah menjadi lawak


PAKAIAN
sila jangan jadikan
dapur jalanan tempat
membuang kain baju terpakai
sila jangan jadikan
warga miskin kota
sebagai sasaran
untuk membersihan
gobok pakaian

tak masuk akal beri
baju kurung
kain ketat

tak masuk akal
beri seluar dalam
yang sudah jadi jala ikan

malah jadi lawak besar
kerana kelmarin ada juga yang beri
kasut tumit tinggi

bayangkan kalau
seorang warga miskin kota
memakai baju kurung
seluar ketat 
dan 
berkasut tumit tinggi
pasti akan ditangkap
kerana dianggap
kes gila atau sasau


minta jangan jadikan
dapur jalanan ini
tempat melonggokkan
pakaian 
yang tuan empunya tak mahu pakai

hadiahkan towel
hadiah kan kasut sukan
hadiah kan seluar jean
bukan pakaian perempuan

ZAKAT
paling afdal
beri sumbangan duit
kepada dapur jalanan
agar tim anak muda dapur jalanan ini
akan dapat meneruskan amal bukti mereka
bukan hanya 
pada bulan puasa
tapi sepanjang masa

tim anak muda ini
bukan sahaja
terlibat dengan dapur jalanan
tim ini juga
menguruskan
bimbingan anak-anak sekolah
di bangsar
kelas bahasa inggeris
diberi percuma


AKOUN
 DAPUR JALANAN

800 172 784  9

spkl collective 
 cimb bank


------------

CADANGAN CADANGAN

Posted: 12 Jul 2014 10:50 PM PDT







Judi: Melaka mula potong bekalan elektrik, air

ALOR GAJAH 12 Julai - Pemotongan bekalan elektrik dan air akan mula dilaksanakan terhadap mana-mana premis pusat perjudian siber tanpa lesen yang akan digempur dalam operasi besar-besaran di negeri itu bermula minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Ismail Othman berkata, gerakan bersepadu kali ini akan melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di samping polis dan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, operasi bersepadu kali ini dijangka berkesan bagi memastikan premis yang telah diserbu beberapa kali tidak beroperasi semula selepas bekalan air serta elektrik dipotong.



KAH KAH KAH
woit
potong api
potong air
tak cukup

rampas komputer
rampas talipon 
rampas kerusi meja
semua tak jadi

rampas bangunan
rampas premis judi
baru gempaq
baru jadi


KAH KAH KAH






----------

ANTARA DUA KHALID

Posted: 12 Jul 2014 09:37 PM PDT




Isu MB: PR tak perlu termakan perang saraf 


Umno BN

 
.
PEMIMPIN dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) diingatkan tidak termakan dengan sebarang propaganda palsu dicetuskan Umno bagi melaga-lagakan PR.



KAH KAH KAH

antara dua khalid
khalid yang ini
cakap benar
khalid yang
satu lagi
tak boleh pakai

KAH KAH KAH







----------

DNA GEROMBOLAN

Posted: 12 Jul 2014 08:35 PM PDT





Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Penganalisis politik menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Umno hanya untuk mempertahankan jawatan sebagai pemimpin nombor satu di negeri ini.

KAH KAH KAH

semoga
busung mat ezam
yang membawa
DNA gerombolan
yang terbenam selama ini
dalam perut khalid
dalam perut azmin
akan jelas mucul untuk
dipancung kepalanya
sebelum merebak 
pada anak anak muda
yang dah mula 
pakai baju batik
lengan panjang dan 
berjalan tangan 
berselimpoh
dibelakang bontot

KAH KAH KAH















-----------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT