Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KHALID TIDAK KISAH....

Posted: 08 Jul 2014 06:58 AM PDT

Khalid Ibrahim tidak bimbang jika Adun Pakatan lakukan undi tidak percaya

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid bercakap kepada hadirin yang hadir di majlis berbuka puasa bersama media di Subang Jaya, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 8 Julai, 2014.  


 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid bercakap kepada hadirin yang hadir di majlis berbuka puasa bersama media di Subang Jaya, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 8 Julai, 2014. 

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bimbang jika wujud usul undi tidak percaya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

Khalid berkata, tindakan itu juga dibenarkan mengikut peruntukan dalam enakmen negeri Selangor.
"Tak apa, itu dah ada peruntukan dalam enakmen negeri Selangor.


"Apa pun boleh dibuat mengikut peruntukan," katanya kepada pemberita semasa majlis berbuka puasa di Subang Jaya, hari ini, mengulas mengenai spekulasi berhubung kedudukannya sebagai menteri besar Selangor. – 8 Julai, 2014.
 
  MENYUSUL LAGI


PAS JUGA MINAT....

Posted: 08 Jul 2014 05:14 AM PDT

Abdul Khalid kekal MB sehingga Oktober

Akhbar Cina


Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mengekalkan kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor selewat-lewatnya sehingga Oktober.
 
Sinchew Daily melaporkan, pengganti Abdul Khalid hanya akan diumumkan selepas pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dimuktamadkan pada 10 Ogos nanti.
 
Akhbar itu juga melaporkan kemungkinan wujud perebutan untuk jawatan Menteri Besar Selangor kerana PKR dan DAP berniat mencalonkan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sementara Pas mahu Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad memegang jawatan tersebut.
 
Sumber turut memberitahu, DAP yang pasa asalnya dilihat menyokong Abdul Khalid kini sudah berubah arah.
 
"Barisan pemimpin DAP tidak berpuas hati dengan cara Abdul Khalid ketika mengendalikan beberapa isu berhubung bekalan air, catuan air dan Bible bahasa Melayu.
 
"Mereka berpendapat prestasi Abdul Samad sebagai lemah dan sudah sampai masa untuk beliau meninggalkan jawatan sedia ada," kata sumber itu.
 
Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad memberitahu Sinchew Daily bahawa partinya mungkin menyerahkan nama calon Menteri Besar Selangor supaya keputusan boleh dibuat oleh Pakatan Rakyat.
 
Namun beliau tidak mendedahkan nama yang akan diserahkan untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor.
 
"Walaupun Pas mempunyai calon tersendiri, namun ia mesti dipersetujui oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
 
Difahamkan, seawal 29 Januari lalu, Pas Selangor telah mencapai kata sepakat untuk meminta Abdul Khalid digantikan sementara mahu jawatan itu diisi Iskandar.

Isu MB: Adun Pakatan Kemuka Undi Tak Percaya?

Posted: 08 Jul 2014 05:13 AM PDT




(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Masa depan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat semakin goyah apabila beliau terus diberi tekanan supaya mengosongkan kerusinya di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Usaha untuk menyingkirkan Abdul Khalid kini sampai ke tahap yang lebih serius apabila Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) mengadakan mesyuarat khas pada Selasa berhubung kedudukan Menteri Besar itu.

Difahamkan mesyuarat yang sedang berlangsung di bangunan Annex pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor sejak awal pagi Selasa itu bertujuan membincangkan mengenai masa depan Abdul Khalid.

Mesyuarat berkenaan juga dikatakan untuk mencari kata sepakat menggesa satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi menyatakan undi tidak percaya kepada bekas Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu.

Wakil media mula berkumpul di lobi bangunan Annex sejak awal pagi bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu.

Abdul Khalid may 'step down' latest by September

Posted: 08 Jul 2014 04:59 AM PDT

Abdul Khalid may 'step down' latest by September

Abdul Khalid may 'step down' latest by September
STEPPING DOWN: Abdul Khalid to step down after fulfilling his duties over the period of Ramadan and Eid.
KUALA LUMPUR: Selangor Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim may step down from his post after Hari Raya Aidilfitri or latest by September.

According to source, this is after taking into consideration the programmes scheduled earlier for Ramadan and Hari Raya Aidlfitri.

"We want this to run smoothly and to avoid any confusion on several programmes that have been planned," he said.

The source added that, two PKR members are currently under consideration for the MB post.

When asked if any issues arose from DAP and PAS as Abdul Khalid's replacement will definitely be from PKR, he said:

"DAP generally agrees, however, some issues arose from PAS state offices, but the PAS central leadership has given its green light."

On Monday, Abdul Khalid denied that he will be stepping down and had submitted his resignation letter as stated in a WhatsApp message disseminated on Sunday night.

He urged for the quarters involved in spreading this rumour to stop.

The 14th Selangor MB is said to leave his position after a discussion held with the top leadership of PKR, DAP and PAS.

Previously, PKR Vice President Azmin Ali and Selangor PKR information chief Shuhaimi Shafiei admitted that the "Kajang step" was an effort to remove Khalid from his post.

However, the strategy failed.

Recently, Abdul Khalid had failed to defend his seat as Kuala Selangor PKR branch chief during the party elections.

Belum reda krisis Selangor, MB umum rombakan anak syarikat kerajaan negeri

Posted: 08 Jul 2014 04:51 AM PDT


Pengumuman ini dijangka mencetuskan sekali lagi kontroversi dalaman PKR pada ketika kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor ditolak oleh sesetengah pihak dalam PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Julai, 2014.  

Pengumuman ini dijangka mencetuskan sekali lagi kontroversi dalaman PKR pada ketika kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor ditolak oleh sesetengah pihak dalam PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Julai, 2014.

 Krisis politik Selangor semakin hebat apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kemungkinan merombak ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri, satu langkah yang dilihat untuk melemahkan pengaruh seteru politiknya yang juga Pengerusi PKR negeri, Mohamed Azmin Ali.

Pertembungan dalaman di antara pemimpin parti yang memperjuangkan reformasi itu menyebabkan khabar angin tersebar semalam mengatakan Khalid akan meletakkan jawatan sehingga menyebabkan ramai wartawan berkumpul di Istana Selangor walaupun ia tidak berlaku.

Kelemahan PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah dengan langkah terbaru Selangor ini walaupun Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) mengatakan rombakan ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri bertujuan untuk penambahbaikan.


"MBI akan melakukan kajian dan meneliti tahap pencapaian anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu dengan tujuan membuat penambahbaikan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini.
  Pengumuman ini dijangka mencetuskan sekali lagi kontroversi dalaman PKR pada ketika kedudukan Khalid sebagai menteri besar Selangor ditolak oleh sesetengah pihak dalam PKR.
Menurut Faekah, kedudukan pengerusi syarikat dan ahli lembaga pengarah akan dikaji semula.
"Ini termasuk mengkaji semula kedudukan pengerusi syarikat dan ahli lembaga pengarah serta pengurusan tertinggi," katanya.
Pelaksanaan tersebut akan bermula dengan dua anak syarikat iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Terdapat 12 anak syarikat MBI.
Menurut Faekah langkah tersebut selari dengan prinsip pentadbiran telus dan bertanggungjawab yang diamalkan Selangor sejak 2008.
"Langkah ini memperlihatkan kerajaan negeri berupaya meningkatkan tahap kecekapan dalam aspek perbelanjaan dan pengurusan," katanya.
Sumber dalaman Pejabat Menteri Besar Selangor memberitahu The Malaysian Insider, kebanyakan pemimpin PKR yang memegang jawatan dalam anak syarikat Selangor terdiri daripada sekutu Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Dipercayai apabila rombakan ini dilakukan, kebanyakan pemimpin PKR pro Azmin yang memegang jawatan akan disingkir dan digantikan dengan golongan lebih neutral.

Rombakan ini bukan kali pertama berlaku di negeri terkaya itu, pada Februari lalu beberapa kakitangan PKNS termasuk Azmin disingkirkan daripada anak syarikat negeri.

Kontroversi pemecatan tersebut berlaku ketika kemelut politik dalaman PKR Selangor masih bergolak antara kem Khalid dan Azmin.


Isu pemecatan tersebut mendapat perhatian banyak pihak termasuk khususnya pemimpin PKR sendiri.
Khalid dan Azmin juga ketika ini bersaing antara satu sama lain dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR yang dijangka akan diketahui keputusannya pada Ogos. – 8 Julai, 2014.



Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


BILA GAGAL ORANG SALAH

Posted: 08 Jul 2014 07:00 PM PDT






'Kerajaan lemah tangani isu warga miskin kota'


Hishamuddin RaisPETALING JAYA - Kelemahan kerajaan dalam menangani isu kemiskinan warga kota didakwa punca utama badan-badan kerajaan, kumpulan, individu dan pusat khidmat bantuan lain tampil menghulur bantuan kepada golongan warga miskin kota.

Mengulas isu itu, pengasas Dapur Jalanan, Hishamuddin Rais berkata, kerajaan sepatutnya bertanggungjawab menyediakan satu sistem sokongan dan kebajikan untuk warga-warga miskin kota.

"Daripada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim, adalah jelas bahawa penggubal undang-undang gagal memahami masalah sebenar warga miskin kota. Malah, tiada sebarang perundingan yang menyeluruh dijalankan dengan komuniti warga miskin kota.

"Dasar-dasar yang diusulkan kedua-dua menteri tersebut dan operasi penangkapan yang sedang dijalankan tidak akan menyelesaikan masalah struktur yang dihadapi warga miskin kota. Cadangan Tengku Adnan yang berlandaskan hukuman jenayah dalam menangani masalah sosioekonomi terhadap pemberi dan penerima bantuan amal ini adalah salah, tidak prihatin dan angkuh," katanya dalam sebuah sidang media hari ini.

Menurutnya, kerajaan harus mendalami keadaan sebenar warga miskin kota dan mengetahui masalah warga miskin kota serta pokok kegagalan struktur sosioekonomi tersebut.

"Kerajaan harus mengadakan perbincangan mengenai warga miskin kota untuk mengenal pasti keperluan dan kehendak mereka.

"Sebarang akta atau dasar berkenaan isu warga miskin kota tidak patut dilaksanakan sebelum perbincangan diadakan untuk melindungi dan memperkasakan komuniti ini," katanya lagi.
 
Sehubungan dengan itu, beliau bersama NGO lain mendesak kerajaan memberikan peluang kepada pihak NGO  untuk memberi cadangan penyelesaian dalam proses membuat keputusan.

KAH KAH KAH
woit
lihat sapa punya perangai
bila sudah  gagal
tangkap orang lain
tipikal ketuanan melayu
KAH KAH KAH



--------

MASIH DI JALAN PANGGUNG

Posted: 08 Jul 2014 02:30 PM PDT




KOMENTAR

dapur jalan
tetap di jalan panggung
bulan puasa
sabtu malam jam 10:00
lepas raya kita mula
hari ahad jam 5:30


Dapur umum boleh operasi 

hingga 16 Ogos

Semua badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti dapur umum hanya dibenarkan meneruskan aktiviti memberi makanan kepada gelandangan sehingga 16 Ogos ini iaitu selepas sambutan Aidilfitri.

Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tarikh itu telah dipersetujui sebagai tarikh baharu penguatkuasaan larangan memberi makanan kepada gelandangan selepas mengadakan perjumpaan dengan 12 NGO hari ini.

"Mereka masih boleh mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan cuma tidak dibenarkan berada dalam kawasan 2km radius dari ibu kota," katanya dalam kenyataan, hari ini
dapurjalanan_L


KAH KAH KAH
woit
datang lah  ogos
datanglah september
datanglah oktober
datanglah lah apa bulan
dapur jalanan
tetap di jalan panggung
ini bukan ancaman
ini janji

KAH KAH KAH


-------------

APA YANG BERLAKU

Posted: 08 Jul 2014 06:30 AM PDT




NGO Dapur Jalanan tidak puas hati perjumpaan dengan Putrajaya



Badan bukan kerajaan‎ (NGO) Dapur Jalanan tidak berpuas hati dengan hasil mesyuarat bersama Putrajaya pagi tadi kerana tiada pendekatan dan jalan penyelesaian dikemukakan kerajaan bagi mengatasi masalah golongan tidak berumah dan pengemis di ibu kota.
Koordinator Dapur Jalanan Hadi Khalid berkata, berdasarkan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, kementerian gagal memahami isu sebenar dan cuma melihat dari segi imej kebersihan bandar sahaja.

"Kementerian tidak memahami isu sepenuhnya kerana mereka lihat dari segi imej kebersihan Kuala Lumpur.

"Kami pula datang ke mesyuarat kerana nak bawa isu warga miskin kota tetapi tidak ada apa-apa jalan penyelesaian dapat dicapai‎," katanya kepada The Malaysian Insider di Petaling Jaya, hari ini.

Kementerian Wilayah juga dijangka mengadakan perjumpaan kedua bersama NGO tetapi Hadi menegaskan, Putrajaya sebaliknya perlu mengadakan pertemuan empat mata dengan golongan tidak berumah dan pengemis, bukannya melalui NGO jika mahu masalah ini selesai.
Perjumpaan dengan Adnan tadi disifatkannya sebagai sesi "suai kenal" kerana pihak kementerian tidak mengemukakan alasan dan penyelesaian yang konkrit.
Wakil warga miskin kota yang dijemput Dapur Jalanan hadir sama mesyuarat tadi ketika ditemui berkata, pihaknya tidak gembira mendengar penjelasan Putrajaya dan akan meneruskan hidup mereka seperti biasa.
Mahu dikenali sebagai Tan, beliau berkata kerajaan sepatutnya menolong mereka menyelesaikan masalah termasuk menyediakan rumah dan bukannya mengenakan tekanan atau ugutan terhadap mereka.
"Mesyuarat tadi tak guna. Dia cakap kita dengar saja. Saya ingat dia (kementerian) tak tahu masalah sebenar," katanya kepada The Malaysian Insider.
Wong Kar Fai, dalam sidang media berkata, pihak kementerian dalam pertemuan mempersoalkan tindakan mereka memberi makanan percuma serta gelandangan yang kembali ke jalanan walaupun beberapa kali ditangkap penguasa, namun mereka hanya mendiamkan diri.
"Mereka (kerajaan) tanya sampai bila nak bagi makan free? Persoalan itu membuktikan kerajaan tidak ada struktur penyelesaian lagi," katanya.
Sementara itu, Koordinator Dapur Jalanan, Mandeep Singh dalam sidang media berkata, pihaknya tidak akan berganjak walaupun larangan pemberian makanan percuma dalam lingkungan 2 kilometer akan dikuatkuasakan kerajaan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, Dapur Jalanan akan terus beroperasi seperti biasa di Jalan Panggung, Kuala Lumpur setiap hari Sabtu dan tidak kisah jika dikenakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Kami tidak akan berpindah. Nak saman? Teruskan," tegasnya.
Ahli pengasas Dapur Jalanan, Hishamuddin Rais pula menggesa agar kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Orang-Orang Papa 1977 yang digunakan untuk menahan warga misikin kota tanpa bicara.
Katanya, warga miskin kota sudah lama ditindas oleh undang-undang dan polisi yang digubal atas alasan ingin menyelamatkan mereka.
"Sebarang dasar atau akta berkenaan isu warga miskin kota tidak patut dilaksanakan sebelum perbincangan diadakan untuk melindungi komuniti ini," katanya. – 8 Julai, 2014.


--------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 08 Jul 2014 03:57 AM PDT




DAH 

SEPULUH
hari ini sibuk
dengan dapur jalanan
bukan kerana nak masak
tapi kerana nak bertahan
nak meneruskan
program beri makan
pada 
warga miskin kota

JUMPA YANG BERWAJIB
tim dapur dan tim yang lain
pagi ini telah dipanggil 
jumpa opis ku nan
jawabnya hampeh

PERLAWANAN DI TERUSKAN
malaysia 
hanya satu satunya negara
dalam dunia ini
dimana bersedekah
dimana memberi makanan
dimana melakukan kebajikan
akan dicap penjenayah

SIDANG AKHBAR
petang jam 2:00 
ada sidang akhbar di pj
kami terangkan tentang duduk pekara

dapur jalanan dengan dua pendapat
1 - menteri tak ada hak
untuk tentukan dimana
kami boleh bersedekah
2 - jangan tutup kegagalan
dasar kerajaan 
dengan menangkap
 orang miskin

AKTA ORANG PAPA
akta ini menjadi 
kita yang miskin
kita yang tak ada rumah
sebagai orang papa 
orang papa boleh ditangkap
dipenjara tanpa bicara

PEGUAM 
lawyers for liberty 
kata
ini sama macam isa 
tangkap 2 tahun
boleh sambung
tak ada dakwa dakwi

BERBUKA
tak ada spesial
hanya air sejuk
dan buah manggis
dan kopi pahit


SELAMAT

BERBUKA




---------

DARI MANA DATANGNYA MELAYU

Posted: 07 Jul 2014 10:08 PM PDT









KITA BERHIMPUN 
DI DATARAN MERDEKA
MALAM 30 OGOS
KIBARKAN SANG SAKA
APA ITU BANGSA

Selama tiga kali yang lalu saya telah menulis tentang isu yang sama. Saya menulis tentang bangsa - tentang hubungan bangsa-bangsa dan juga tentang sikap perkauman. Ini termasuk sikap benci membenci antara kaum dan bangsa.

Tulisan saya dalam konteks Malaysia. Latar tulisan saya ini ialah apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini. Tulisan ini adalah gambaran lanskap hubungan bangsa-bangsa di Malaysia.

Harus diakui hari ini, dari pengamatan saya, masih ramai Orang Melayu tidak mahu menerima Orang China dan Orang India sebagai warga negara. Masih ada – secara sedar - Orang Melayu menganggap Orang China dan Orang India sebagai kaum imigran. Orang China dan Orang India dianggap kaum pedatang. Malah dari hujah kaum pendatang kini satu pandangan baru telah muncul. Kini Orang China dianggap Penceroboh ke Tanah Melayu – perosak tamadun Melayu.

Pandangan-pandangan ini bukan satu pandangan baru yang hanya muncul dari mulut Isma atau Perkasa. Parti politik United Malays National Organisation, secara terbuka tidak bercakap saperti Isma atau Perkasa. Tetapi dalam kumpulan tetutup, dalam mesyuarat sesama ahli parti sendiri - para pemimpin parti ini tidak segan-segan mempropagandakan bahawa China atau India adalah kaum pendatang yang membawa masalah dam mudarat kepada Orang Melayu.

Malah para menteri dari United Malays National Organisation secara tertutup akan mempertikaikan peranan Cina dalam MCA atau India dalam MIC. Para penyokong dan pemikir Parti ini juga mempertikaikan apakah manafaatnya MCA dan MIC bersama dalam Barisan Nasional.

Dari segi sejarah United Malays National Organisation ini telah ditaja, di pupuk dan didukong oleh British – untuk menggantikan kuasa pentabiran kolonial British. Parti barua budak suruhan British ini melaungkan Hidup Melayu sebagai slogan ketika anak semua bangsa mengangkat senjata melawan British. Malah hingga ke hari ini Parti tajaan British ini masih lagi berpaksi dan melaungkan slogan Ketuanan Melayu.

Ini tidak pula bermakna PKR atau PAS lebih cerah pandangan. Terdapat juga ahli PAS atau ahi PKR jika dicarik kulit jingganya akan terserlah resapan kesasauan Ketuanan Melayu. Ini bukan dongeng. Ini fakta. Ucapan-ucapan pekauman ini terhambur dimulut pemimpin atau ahli PKR/PAS kerana perasaan itu sentiasa berkubang dalam otak mereka.

Pada hemat saya – sikap Kecinaan juga wujud dalam Parti DAP, MCA dan parti Cina yang lain. Ini jelas muncul melalui beberapa dasar induk parti DAP dan MCA. Manakala MIC pada hemat saya, kerana mereka terlalu kecil bilangan dan tidak memiliki keupayaan ekonomi saperti MCA maka suara Kekelingan mereka tidak banyak kedengaran.

Semua yang saya nyatakan diatas ini bertujuan untuk menyokong hujah saya bahawa Malaysia telah gagal sebagai sebuah negara bangsa. Masalah kaum dan bangsa masih belum selesai. Pembangunan nasion masih tergendala. Cita-cita untuk mendirikan negara bangsa masih jauh patin dari tempoyak.

Dalam tulisan ini saya ingin membuka wacana tentang Yang Lain/The Other.Rasa saya ini amat penting untuk kita memahami apa yang sedang belaku. Saya rasa ramai tidak bagitu jelas apakah maknanya teori Yang Lain/The Other.

Teori Yang Lain ini mucul salepas datangnya penjajah. Teori ini sering diguna pakai oleh akademia di Asia, Afrika dan Amerika Latin dalam penganalisan mereka terhadap masing-masing negara. Teori Yang Lain ialah pengalaman anak tanah jajahan pasca kolonial.


Dalam konteks Tanah Melayu – yang lain ini muncul satelah Orang Melayu di Bumi Melayu bertemu dengan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini bukan bermakna sebelum Mat Saleh dan Jepun ini datang tidak ada Yang Lain. Ada Banjar, ada Jambi, ada Minang, ada Melayu Kedah, ada Melayu Riau dan dan dan. Tetapi ini tidak dianggap Yang Lain kerana Yang Lain ini dikaitkan dengan kuasa tentera dan kuasa ekonomi.

Kesampaian Portugis atau Inggeris atau Jepun ke Tanah Melayu menimbulkan kesedaran Siapa Aku. Menimbulkan kesedaran bahawa Melayu dan Orang Puteh adalah dua makhlok yang berbeza-beza. Perbezaan ini bukan sama saperti perbezaan antara Melayu dengan Jambi atau Melayu dengan Jawa. Lebih dari itu. Perbezaan antara Melayu dengan Penjajah disalut dengan kuasa.

Justeru dari sinilah lahirnya jati diri. Dari Yang Lain inilah lahirnya kesedaran KeMelayuan. Kuasa penjajah yang tidak peduli dengan budaya tempatan membakulkan sesiapa sahaja yang mereka temui sebagai Anak Tanah Jajahan. Anak tanah jajahan ada yang dijadikan hamba abdi, ada yang dijadikan kuli, ada yang dijadikan gundek dan ada juga yang dijual sebagai barang dagangan.


Kaum penjajah dari Negara Atas Angin ini datang kerana ingin menjarah kekayaan Tanah Melayu. Mereka mahukan emas, bijeh timah, kayu kayan dan rempah rampai. Penjarahan dan perampokan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun ini telah dirasakan bersama oleh Orang Melayu. Penjajah tidak mengira siapa kamu. Justeru dari penindasan penjajah ini telah menimbulkan kesedaran NASIONAL

Pengalaman – nasional- sademikian bukan hanya dirasakan di Tanah Melayu, malah di India, Arab, Afrika dan di AmerikaLatin – apabila anak-anak tempatan – warga asal bertembung dan bertemu dengan kuasa penjajah maka lahirlah semangat kekitaan. Semangat kekitaan inilah yang akhirnya menjadi SEMANGAT NASIONALISMA.

Justeru kita boleh rumuskan bahawa Semangat Nasionalisma ini adalah perasaan kekitaan hasil dari pengalaman bersama kerana dibuli, diinjak-injak, dihina, dibunuh dan diburu oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Perasaan benci kepada penjajah – benci kepada Yang Lain - inilah yang menjadi asas mendirikan negara bangsa atau nation state.

Mendirikan negara bangsa ini juga wajib memiliki hukum dan syarat-syarat. Sebelum lahirnya sebuah negara bangsa wajib wujud dahulu nasion atau bangsa yang akan menjadi warga negara terlebih dahuku.

Apa itu nasion atau bangsa? Bangsa ialah satu kelompok manusia yang berkongsi hidup dalam satu wilayah yang jelas. Satu kelompok manusia yang berkongsi bahasa, budaya dan cara hidup yang sama. Paling penting juga kelompok manusia ini bersama-sama dalam satu kancah perkongsian pengalaman dan sejarah. Tidak cukup dengan ini - kelompok manusia ini juga wajib berkongsi mimpi, harapan dan cita-cita yang sama.

Apakah syarat nasion/bangsa ini telah wujud di Tanah Melayu? Jawabnya IA dan TIDAK. Malah pada hemat saya lebih banyak Tidak dari Ia.

Dari fakta sejarah kita telah memahami bagaimana Melaka jatuh ke tangan Portugis. Kemudian diambil pula oleh Belanda. Kita membaca bagaimana Dutch East India Company menjarah harta kekayaan Tanah Melayu. Kemudian kita melihat bagaimana British East India Company membawa masuk kuli dari India dan kuli dari China. Kemasukan China dan India ini melahirkan satu lanskap baru dalam polity Tanah Melayu.

Di zaman Portugis danh Belanda kita membaca bagaimana pahlawan Melayu telah bangun melawan Portugis dan Belanda. Mereka mengangkat senjata menghalau THE OTHER. Kita mengingati Tun Fatimah sebagai contoh keperiwaan melawan Yang Lain. Kita juga kagum dengan Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Mat Kilau yang enggan tunduk dibawah kuasa British. Kita juga kenal dan bangga dengan Maharaja Lela yang membunuh Residen British – wakil Baginda Queen dalam Sungai Perak

Semua ini berlaku sebelum kesampaian satu lagi kumpulan THE OTHER - YANG LAIN – Yang Lain yang saya maksudkan ini ialah Orang China dan Orang India yang akan dibawa masuk ke Tanah Melayu.

Dari sinilah berlakunya ketempangan projek mendirikan nasion atau bangsa. Sebelum sampainya China dan India ke Tanah Melayu – Nasion Melayu telah wujud tuntas. Mereka telah wujud dalam satu kancah. Mereka telah merasakan bagaimana mereka ditindas, dibuli, diinjak, digempur, diburu dan dibunuh oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Sebelum datangnya 'pendatang asing' – China dan India - Manusia Melayu telah mendirikan tamadun, telah mendirikan budaya bangsa dan telah mendirikan Empire Melaka. Manusia Melayu telah sama-sama rebah bangun dalam satu cita-cita dan mimpi.

Pengalaman ini tidak ada dalam hari sanubari masyrakat Cina atau India yang datang kemudian. Mereka mungkin terbaca, mungkin membaca sejarah – lalu bertemu dengan nama saperti Tun Fatimah, Tok Janggut atau Datuk Bahaman. Untuk jenerasi Yang Lain yang baru datang ini Maharaja Lela mungkin hanya nama stesen monorail. Hang Jebat mungkin hanya nama stesen LRT – tidak lebih dari itu.


Walhal untuk manusia Melayu di Tanah Melayu nama-nama stesen LRT ini mengembalikan mereka kepada sejarah asal usul mereka. Nama-nama ini membuka naratif yang maha luas tentang apa ertinya Melayu dan apa ertinya semangat Melayu. Dari nama-nama inilah lahirnya naratif kesedaran Aku Ini Siapa?

Corpus tamadun Melayu – Hikayat Hang Tuah, Salalatul Salatin, Hikayat Merong Mahawanga – mungkin nama-nama yang pernah didengari oleh jenerasi yang dibawa oleh British ini. Tetapi mereka tidak menghayati tanda dan makna dari nama-nama ini.

Hakikatnya ratusan tahun sebelum China dan India dibawa oleh British ke Tanah Melayu – Orang Melayu telah memiliki kesedaran bangsa. Mereka telah dikumpulkan dalam satu nasion. Mereka telah berkongsi wilayah, bahasa, budaya – mereka telah mengenali diri mereka sebagai Melayu.

Apakah yang saya tulis ini hanya kata-kata kosong? Apakah yang saya tulis ini hanyalah teori kosong. Saya akan mempertahan hujah dan pandangan saya ini dengan Perlembagaan Rakyat tahun 1946. (TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
 SUARA KEADILAN



















--------

LAWAK HARI RABU

Posted: 07 Jul 2014 09:18 PM PDT




KUALA LUMPUR 7 Julai - Kegiatan mesin judi haram yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini hanya boleh diperangi jika ketua sindiket dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan undang-undang. Bekas...


KAH KAH KAH

ini lawak bulan puasa
ini kenyataan jambu
kiut dan seksi tapi lawak

ada beribu ribu
bilik dan lot kedai
jadi tempat mesin judi
mustahil tak tahu

ada satu cadangan
sila tanya lidah pendek
masa dia jaga kdn
masa inilah mesin judi berkemanbg
tanya munkee ni
ta ta ta itu apa?

KAH KAH KAH






---------

MAT LEBONG JADI HAKIM

Posted: 07 Jul 2014 08:49 PM PDT




KOMENTAR

bekas hakim ini
terbukti kaki lebong
bekas hakim ini pembohong
bekas hakim ini penipu

maka persoalan timbul
bagaimana dengan segala hukuman
bagaimana dengan segala keputusan
yang telah diambil oleh bekas hakim ini
ketika dia membuat penghakiman?


Bekas ketua hakim ‎tidak jujur, tidak pernah ditawar tempat MPPN, kata sumber‎



Bekas Ketua Hakim Negara,  Abdul Hamid Mohamad tidak jujur apabila berkata beliau menolak tawaran menyertai Majlis Perundingan Perpaduan Negara (MPPN) kerana takut dilabel sebagai "pengkhianat" kepada orang Melayu dan Islam, kata satu sumber yang dekat dengan isu ini.
Hakikatnya, Hamid tidak pernah ditawarkan jawatan untuk panel MPPN," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
"Beliau sebenarnya ditawarkan jawatan pengerusi Jawatankuasa untuk Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-ketua-hakim-tidak-jujur-tidak-pernah-ditawar-tempat-mppn-kata-sumber#sthash.Cp1niBGU.dpuf

KAH KAH KAH

woit
macam mana jadi hakim
ini mat lebong
ini mat kuntau
ini mat bongak

kalau negeri kapir
yang makan babi
yang minum arak
yang bersegama tanpa  lesen
kalau ada mat lebong macam ni
dah kena penjara

tapi ini negara
sunni wal rasuah
sembah batu hitam
semua boleeeh
kah kah kah

---------

BERZAKAT UNTUK KEBAJIKAN

Posted: 07 Jul 2014 08:08 PM PDT










KESAH NYA
malam kelmarin gwa jumpa
ustaz wan ji
lalu bertanya khabar
tentang itu dan ini
tentang isis
tentang makasid
tentang rancangan nak buat makasid
di restoran amajal


SEBELUM BERPISAH
lalu bertanya dimana
boleh bayar zakat
lalu ustaz ini terangkan
dapur jalanan juga boleh terima zakat

betul ke?
betul 
kata ustaz wan ji



ZAKAT DAPUR JALANAN
bila dengar cakap ustaz cool
maka inilah hasilnya

kepada anak anak muda
kepada yang baik hati
kepada sesiapa sahaja 
yang mahu berzakat
boleh berzakat kepada dapur jalanan



SUMBANGKAN ZAKAT 
DAPUR JALANAN
ke cimb bank
(spkl collective)
800 172 784 9



NOTA
ketika ini ditulis
kolektif dapur jalanan
sedang duduk bincang dengan
menteri wilayah di putra jaya
dapur jalanan juga
dijemput

jemputan datang 
dengan email saje

nanti jam 2:00
kami akan adakan sidang akhbar

---------

CADANGAN CARA LAWAN JUDI

Posted: 07 Jul 2014 07:47 PM PDT



KOMENTAR

pandangan dan komen


POLIS DAH  TAHU
Nape nk amik gambo plak???sdg kn kedai2 tu telah d rekodkan lokasinye d stiap balai kaler biru berlogokan kalimah ALLAH & MUHAMMAD,puak2 pukida,3Line pun pau toke kdai monthly kt area masing2,dulu kt bndar tun razak,KL area TSKI..bdak2 mlayu ramai2 pakat serang smua kdai judi online...pastu toke cukong tgk & ngadu kt balai kaler biru..tup tup tup...beroperasi mcm biasa blik,xkn pasni kna serang balai kaler biru dulu barulah ada tindakannn??? Be realistic bro on CARA NAK LAWAN JUDI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/8/14

BAGUS
cadangan bagus & baik ! buat la bos TT apa lagi ,kita tengok sapa yg kena :) ada berani ka mangkuk2 kangkung bertindak selepas banyak ada 'masyuk' ! ABU ! on CARA NAK LAWAN JUDI
Amuraria
on 7/7/14
MAMAK JUAL 
AYAT QURAN
Bagus gak cadangan tu mcm dulu TT kempen "Kedai mamak jual ayat tuhan nak lariskan bisnis" kita upload gambar2 dan beri Lokasi kat mana dan lagi best beri nama balai polis terdekat dgn tempat judi tu dan sebut Nama siapa officer balai polis tersebut bagi polis2 buat kerja sikit.. Kalau kat kepong blakang jusco bersepah Kedai judi,kedai urut jalan depan sikit balai polis kepong.. on CARA NAK LAWAN JUDI
Anonymous
on 7/7/14
JADIKAN DANA NEGARA
penyelasaian kepada kedai mesin judi haram - buat lesen, kenakan cukai, buat notis judi haram untuk muslim macam kedai judi nombor, muslim naik main tu dia punya hal dia dengan tuhan dia. Duit tu boleh tambah income negara, cover yang bocor-bocor. income tu juga buat bayar gaji isteri perdana menteri. tak payah polis dengan jpj saman rakyat dah. kebaikan untuk rakyat, untuk negara termasuk isteri perdana menteri. win - win - win - situation kan? on CARA NAK LAWAN JUDI
Anak Menteri
on 7/7/14
DI BRICKFEILD PUN ADA
Situju...start dengan mesin judi disebelah menyebelah restoran gopala di brickfield tu dulu...manyak situju...duit aku hampir 18 k dia hisap....gilah sebar...aku nak juga tengok cara ko berintergorasi dengan mafia india ni...... on CARA NAK LAWAN JUDI
DIDI KOTA BELUD
on 7/7/14
TAK ADA GUNA
Tidak perlu kerana pihak polis akan ' menjangka' blog ini mengiklankan rumah urut.Polis sebenarnya tahu aktiviti2 ini tetapi tiada tindakan akibat terdapat kepentingan pihak2 tertentu. on CARA NAK LAWAN JUDI
Anonymous
on 7/7/14

Setuju.. on CARA NAK LAWAN JUDI
Anonymous
on 7/7/14

Good Idea- Baru kita tgk sape buat kerja & sape yang maen lendir.. on CARA NAK LAWAN JUDI
Azrie Abd Murad
on 7/7/14
CADANGAN
Abang TT kalau ambik gambo rumah urut dan pusat judi dan letak kat blog macam dicadangkan bingkai bijak dlam ruang komen..gerenti cukung dan tauke lendir akan letak harga untuk kepala TT... Kepala abang tu bukan ubtuk buat sup tapi kapan dan tanam... Cukung ulur je dollar sikit ..kah kah kah tau lah pada siapa...kah kah ka..terus dapat alamat abang TT Apa lagi cukong pasang kaki cari kepala abang...kah kah kah ..kalau ah moi cukong cari kepala butoh abang takpa..dapat nikmat..ini cari kepala lawak yang penuh berinformasi..Jangan main main dengan cukong...Guardian mereka bukan pak guard kat pintu ,,tapi pak guard yang kepala butuhnya dalam seluar biru..kah kah kah on CARA NAK LAWAN JUDI
Anonymous
on 7/7/14
NATO
kah kah kah jgn buat lawak berdiri smua geng tau dah ambik gambar ka benda ambik cap jari pun tak lekat kah kah kah buang masa NATO cadangan berarak ramai 2 serbu baru boleh jadi sapa berani ? org ramai ada hak tangkap kesalahan biar ramai ramai buat boleh ? sapa.berani ?? jangan cakap saje no berani no action talk oni kah kah kah on CARA NAK LAWAN JUDI
Anonymous
on 7/7/14
CADANGAN KARUT
cadang madang semua karut hakikatnya semua pihak.berwajib tahu apa yang berlaku mereka yang berikan 'lesen' macam minta perompak tangkap pencuri kah kah kah bodoh siul lah lu orang sama sama kow tim ma semua tau bila heboh heboh buat wayang sekejap main silap mata main sandiwara kpi kpu jawatankuasa semua karut marut kah kah kah nak raya jangan kacau susah beli baju raya bagi bantuan rm 500 mana cukup kah kah kah on CARA NAK LAWAN JUDI
Anonymous
on 7/7/14
BALUN
haaaa..ini gwa suka..dapat pigi sana sama2 usha line.. line clear, gwa balun.. on CARA NAK LAWAN JUDI
Anonymous
on 7/7/14



-------------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT