WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- NASIB KHALID DITENTUKAN SELEPAS RAYA. ATAU SECEPAT MUNGKIN
- Senator and activist send 'eviction' notice to Lynas
- KU NAN TOLONG BERSIHKAN JUGA PUSAT HIBURAN...MALAYSIA ABOLEH
- Khalid tak peduli desakan
- Hadi denies involvement in conspiracy to oust Khalid
- Menantu presiden PAS pertahan tindakan sokong kumpulan militan Syria, Iraq
NASIB KHALID DITENTUKAN SELEPAS RAYA. ATAU SECEPAT MUNGKIN Posted: 04 Jul 2014 11:09 AM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini kurang berminat membicarakan soal penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Ditanya mengenai "plot" menyingkirkan Khalid dan digantikan dengan Presiden PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan AzizahWan Ismail, Anwar berkata mereka "sedar akan kebimbangan itu". "Ia bukan berkenaan plot tetapi lebih kepada kebimbangan. Beliau sedar. Saya sedar. "Tetapi apa sahaja keputusan yang akan diambil, akan dilakukan secara baik," kata Anwar selepas berbuka puasa di Taman Guar Perahu, Permatang Pauh. Beliau berkata perkara mengenai Dr Wan Azizah mengambil alih kerajaan negeri "belum keluar lagi". Beliau berkata, terdapat banyak kebimbangan di Selangor mengenai isu-isu seperti air dan projek Kinrara-Damansara Expressway (Kidex), yang secara meluas dibantah oleh rakyat. "Saya mengambil kira semuanya. Saya amat menyedari dan mendengar semua pihak serta berbincang dengan rakan-rakan kami dalam DAP dan PAS. "Tetapi ia perlu dilakukan secara baik dengan persetujuan semua pihak," kata beliau sambil menambah bahawa apa sahaja keputusan berkenaan, beliau bersetuju ia perlu dilakukan dengan cepat. Bagaimanapun, Anwar tidak menyatakan sebarang tempoh. Apabila ditanya jika rakyat Selangor akan diajak berunding, katanya ia dicadangkan oleh beberapa pemimpin negeri. "Bagaimana untuk melakukannya? Menjalankan kaji selidik? "Ia terpulang kepada pemimpin parti dan para Adun," katanya. Anwar juga menafikan beliau baru-baru ini bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membincangkan kedudukan menteri besar itu. Hadi dikatakan penyokong kuat Khalid. "Saya pergi berjumpa beliau bersama isteri dan anak perempuan saya (Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah) sebagai kawan. "Kita bercakap tentang kesihatan dan keluarganya. Kami tidak menggunakan masa beliau tidak sihat untuk bercakap tentang politik dan isu lain," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Dilaporkan tempoh Khalid sebagai menteri besar semakin suntuk kerana terdapat plot menyingkirkannya selepas Hari Raya. Terdapat juga berita bahawa Dr Wan Azizah akan menjadi menteri besar yang baru. Anwar juga diminta mengulas mengenai tuduhan Putrajaya terhadap beliau yang dikatakan mencemar imej Malaysia kepada media New Zealand, mengatakan negara ini cuba menutup kes serangan seksual melibatkan diplomat di Wellington. Anwar berkata, beliau bercakap tentang surat dari Malaysia kepada Kementerian Luar Negeri New Zealand agar menggugurkan pertuduhan terhadap diplomat, Pegawai Waran 2 Muhammad Rizalman Ismail yang didakwa melakukan kesalahan pada Mei terhadap seorang wanita berusia 21 tahun. "Saya rasa kerajaan perlu menjawab. Sekarang terdapat tekanan, ia tidak boleh... Konvensyen Geneva menyatakan kekebalan diplomatik ialah untuk melindungi kepentingan negara, bukan individu yang melakukan jenayah," katanya. Putrajaya mengumumkan Rizalman dihantar kembali ke New Zealand untuk menjawab segala pertuduhan. – 4 Julai, 2014. |
Senator and activist send 'eviction' notice to Lynas Posted: 04 Jul 2014 04:02 AM PDT |
KU NAN TOLONG BERSIHKAN JUGA PUSAT HIBURAN...MALAYSIA ABOLEH Posted: 04 Jul 2014 03:58 AM PDT |
Posted: 04 Jul 2014 03:46 AM PDT
Menurut Abdul Khalid, beliau tidak mempunyai sebarang komen berhubung desakan itu dan masih menjalankan tugas seperti biasa. "Soalan spekulasi seperti ini bukan menguntungkan sesiapa pun, jadi saya rasa saya tidak ada komen," katanya di dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam. Sementara itu, ketika diminta mengulas berhubung desakan kuat di kalangan pemimpin PR termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin yang memintanya melepaskan jawatan tersebut, Abdul Khalid berkata, beliau masih yakin dengan sokongan pemimpin PR di Selangor sambil menegaskan mandat rakyat kepada pakatan di Selangor harus dijalankan dengan sebaiknya. "Saya yakin dengan sokongan Adun-Adun PR dan juga barisan Exco yang masih menyokong. Ini adalah mandat dari rakyat. Ini bermakna rakyat memberikan amanah kepada wakil-wakil Dewan Negeri menjalankan tugas a dengan penuh amanah dan tanggungjawab. "Ini adalah keutamaan kita," katanya. Beliau turut menegur Shamsul supaya menjadi lebih matang dalam mengeluarkan sebarang kenyataan supaya PR dapat bersaing dengan BN dalam apa juga bentuk keupayaan memimpin rakyat. Menurutnya, desakan sebegitu hanya menunjukkan kelemahan PR dan ini hanya akan membuka ruang kepada BN untuk melumpuhkan PR terutamanya di Selangor. "Saya rasa kepimpinan kita mestilah bertanggungjawab dan menunjukkan kematangan kerana Parti Keadilan adalah sebahagian daripada PR. "Kita ingin menunjukkan sebagai satu kumpulan parti yang boleh bersaing dengan BN dalam apa juga bentuk dan mempunyai keupayaan jika dipilih oleh rakyat untuk memerintah negara," katanya. |
Hadi denies involvement in conspiracy to oust Khalid Posted: 04 Jul 2014 03:41 AM PDT Hadi's aide says Anwar did visit Hadi at the IJN recently but there was no discussion regarding Khalid's position as Menteri Besar KUALA LUMPUR: Dr Samsuri Mokhtar, the political secretary to PAS President Abdul Hadi Awang denied that Hadi is involved in the conspiracy to oust Tan Sri Khalid Ibrahim as the Selangor Menteri Besar.Apparently in response to Free Malaysia Today's news report this morning, while Dr Samsuri confirmed that the PKR de facto leader, Anwar Ibrahim, did visit Hadi at the IJN recently, there was no discussion regarding Khalid's position as Menteri Besar. "Not only was there no discussion whatsoever between Datuk Seri Anwar and Tuan Guru Abdul Hadi during the IJN visit," said Dr Samsuri, "in fact the word 'Selangor' or 'Menteri Besar' were not even mentioned at all." he said in a staetment. Dr Samsuri said he was responding to a news report in a certain news portal today that alleged Khalid was going to be ousted in August soon after Hari Raya. Dr Samsuri added that the news portal also mentioned that Anwar had discussed the plan to oust Khalid with Hadi at IJN recently and that Hadi had agreed to the plan. Dr Samsuri stressed that Hadi neither endorsed the plan nor is involved in any such conspiracy and that the matter was not even discussed when Anwar visited Hadi at IJN. |
Menantu presiden PAS pertahan tindakan sokong kumpulan militan Syria, Iraq Posted: 04 Jul 2014 03:35 AM PDT Zaharudin, yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS mengatakan adalah salah memberikan gelaran militan kepada orang Islam yang berjuang mempertahankan saudara seislam yang lain. "Kegembiraan ini bukan kerana kemaraan Isil tetapi di sana terdapat berita-berita yang disiarkan oleh banyak sumber tentang kegembiraan orang awam berkaitan Isil, bukan kerana kemaraan Isil itu sendiri. "Berita kegembiraan rakyat Iraq ini menjadi kegembiraan hati saya," katanya dalam satu kenyataan semalam. Zaharuddin juga berkata, semangat menentang kerajaan zalim adalah satu sifat yang mulia. "Jika ia berlaku kepada negara kita, maka bukankah sifat itu kenali sebagai semangat patriotik? Di mana hina dan salahnya?" "Bukankah yang hanya membenci sifat ini ialah golongan yang ingin menjajah dan menguasai kita?" soalnya dalam kenyataan itu lagi. Zaharudin menulis di laman Facebook miliknya pada 16 Jun lalu, menyatakan kegembiraan apabila kawasan-kawasan di Iraq mula jatuh ke tangan dua kumpulan militan berkenaan. "Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad. "Bukan air mata kesedihan, juga tidak pasti ia air mata kegembiraan, tetapi yang pasti ada berita tentang orang awam di Iraq mendapat pembelaan," katanya, di laman Facebook milik Zaharudin Muhammad. Isu ahli PAS berjuang dan berperang di luar negara timbul apabila salah seorang ahlinya secara terbuka memuat naik gambar di laman Facebook berhubung pertempuran yang disertainya di Syria. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad. "Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau. "Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi juga turut dimaklumkan mengenai hal itu. The Star sebelum ini melaporkan pemimpin PAS antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria. Menurut akhbar berkenaan, Lotfi yang didakwa sebagai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |