LAPORAN DARI KIWI Posted: 03 Jul 2014 07:21 PM PDT
BERITA DARI KIWI sesiapa yang mengikuti kes ini akan ingat pada hari pertama kerajaan malaysia berkata bahawa mamat ini akan di bawa ke hospital jiwa
kenapa? saaperti biasa wartawan malaysia lemabab tidak ada pertayaan dari wartawan
kenapa hospital jiwa? kenapa jumpa psychotrapi?
jaringan tukar tiub di kiwiland telah memberi maklumat bahawa mamat ini bukan merogol tetapi membuka seluar dan menayangan balaknya itu saja
dalam lain-lain perkataan mamat ini - flasher ini satu penyakit ------------ |
CHICKEN DIN BERKOKOK LAGI Posted: 03 Jul 2014 06:00 PM PDT
TUDUHAN SAYA MENYOKONG MILITAN ISIL: ADAKAH BN, AMERIKA DAN SYIAH DI BELAKANG THE MALAYSIA INSIDER?
The Malaysia Insider (TMI) tanpa jemu, sangat berminat untuk membuat provokatif dan membentuk imej buruk terhadap saya dengan tuduhan tidak berasas. Tetapi terkini TMI menjadikan artikel saya yang panjang sebagai asas membuat provokatif melalui tajuk, "Menantu presiden PAS sokong kumpulan militan Isil, Isis secara terbuka". Tulisan yang ditulis oleh MOHD FARHAN DARWIS bertarikah 2 Julai bagi saya bersifat sangat tidak bertanggungjawab.
Sebagai penjelasan, artikel saya mengandungi 1 poin utama dan 3 poin pecahan. Poin utama ialah simpati kepada rakyat Syria yang dizalimi manakala 3 poin pecahan ialah kemaraan ISIL/ISIS, campurtangan Amerika dan Iran serta siapakah penyelamat sebagaimana yang disebutkan di dalam surah An-Nisa' ayat 75. 1 + 3 poin ini ditutup dengan harapan dan semangat.
Sebaliknya, TMI melalui artikel tersebut telah memberikan imej 'sokong militan' kepada saya, iaitu perkara yang sama yang sedang diusahakan oleh BN melalui MCA bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi non-malay. Kaedah pembentukan persepsi atau pengimejan sama yang diguna pakai oleh wartawan-wartawan yang tiada iman, iaitu kaedah 'potong dan sambung artikel asal' yang boleh dijadikan poin penyokong kepada persepsi dan imej yang cuba dibentuk oleh TMI. Sebagai contoh, TMI mempamerkan print screen daripada mukadimah saya: "Entah kenapa tiba-tiba hari ini hampir keluar air mata apabila membaca berita tentang kemaraan tentera ISIL (Islamic State of Iraq and Levants) atau ISIS (Islamic State of Iraq and Sham). Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad. Bukan air mata kesedihan, juga tidak p…" Imej saya sokong militan sangat jelas dibentuk oleh TMI melalui nukilan separuh dan tutup baki ayat yang lain. Kemudian dibuat ulasan sendiri dengan menyebut: "Screenshot akaun Facebook milik Zaharudin Muhammad yang jelas menyatakan sokongan beliau terhadap kumpulan militan Isil dan Isis. – Gambar Facebook Zaharudin Muhammad, 2 Julai, 2014." Kalau anda baca setakat ayat di atas, maka saya dilihat sebagai sokong militan dan ganas.
Sedangkan poin sebenar saya daripada perenggan itu ialah simpati kepada rakyat awam Syria dan Iraq. Poin ini tidak kelihatan kerana sambungan daripada ayat penuh yang asal tidak dipamerkan oleh TMI. Ayat penuh berbunyi: "Bukan air mata kesedihan, juga tidak pasti ianya airmata kegembiraan, tetapi yang pasti ada berita tentang orang awam di Iraq mendapat pembelaan". Kegembiraan ini bukan kerana kemaraan ISIL, tetapi di sana terdapat berita-berita yang disiarkan oleh banyak sumber termasuk Sinar Harian sendiri tentang kegembiraan orang awam (kisah Thaer dll) berkaitan ISIL, bukan kerana kemaraan ISIL itu sendiri. Berita kegembiraan rakyat Iraq ini menjadi kegembiraan hati saya sebagaimana saya gambarkan dalam ayat terakhir di dalam perenggan pertama yang tidak disebut oleh TMI.
Cukup jelas artikel tersebut menunjukkan saya bukan bermaksud menyokong ISIL apabila menyebut: "bukan air mata kesedihan dan juga tidak pasti ianya airmata kegembiraan". Jika saya menyokong ISIL nescaya saya akan tulis: "kemaraan ISIL ini adalah air mata kegembiraan untuk saya dan rakyat Iraq".
Saya menceritakan tentang ISIL kerana kemaraan mereka berbanding kumpulan-kumpulan lain, bukan kerana menyokong ISIL itu sendiri. Penukilan saya tentang beberapa perkara positif oleh penduduk awam tentang ISIL tidak boleh menjadi alasan saya menyokong ISIL, justeru cerita yang sama juga diceritakan oleh banyak tulisan-tulisan dalam media baru, termasuk ia juga dinukilkan oleh Sinar Harian pada 16 Jun 2014. Kenapa TMI tidak kaitkan sekali Sinar sebagai menyokong ISIS justeru ia juga menceritakan tentang kemaraan ISIL dan sokongan beberapa pelarian dan penduduk Iraq terhadap ISIL?
Tujuan cerita kemaraan ISIL di dalam artikel sata itu jelas merujuk kepada nasib rakyat Syria dan Iraq yang tidak terbela apabila saya menyebut selepas penceritaan kemaraan ISIL: "Sebagaimana yang telah saya coretkan sebelum ini, saya memang merasa sedih apabila membaca berita tentang Iraq dan Syria, bercakap dengan pelarian-pelarian……… mereka terdedah kepada penculikan, manipulasi dan bermacam-macam ancaman keselamatan."
Dalam perenggan-perenggan terakhir penutup artikel, fokus saya sangat jelas iaitu harapan untuk rakyat Syria dan Iraq, bukan khusus untuk ISIL. Harapan itu sebagaimana surah An-Nisa ayat 75.
Tiada sokongan khusus kepada ISIL daripada tulisan saya kerana saya menutup tulisan itu dengan menyebut: "Saya bukan dari kalangan ISIL mahupun ISIS dan saya tidak pernah bersemuka dengan mereka. Tetapi saya sentiasa tertanya-tanya siapakah dan adakah وليا dan نصيرا (pemimpin yang menolong) yang disebutkan di atas akan dimakbulkan oleh Allah swt. Adakah ISIL atau ISIS akan berperanan sebagaimana yang dimaksudkan oleh surah An-Nisa ayat 75?" Kalau saya sokong ISIL saya akan tulis: "Saya cukup yakin ISIL adalah golongan yang disebutkan di dalam surah An-Nisa'".
Jelas lagi apabila saya sambung penutupan artikel itu dengan menyebut: "Apapun saya bermohon kepada Allah swt kemenangan untuk umat Islam di negara-negara yang ditindas dan diperangi dengan senjata. Selamatkan mereka, ahli keluarga mereka serta maruah wanita-wanita mereka." Kalau saya sokong saya akan tulis: "bagi saya ISIL adalah 'pemimpin yang menolong' sebagaimana maksud surah An-Nisa ayat 75." Bukan dengan ayat tidak pasti sebagaimana di dalam artikel asal.
Sekali lagi saya tegaskan, artikel saya tidak bermaksud menyokong ISIL sebagaimana yang cuba digambarkan oleh TMI melalui seni "potong sambung" terhadap artikel saya yang panjang. Apa yang jelas daripada tulisan saya selepas harapan, janji Allah dalam surah An-Nisa' dan lain-lain, ialah sebagaimana saya coretkan: "Hati serta jiwa raga saya bersama mereka-mereka yang berjuang menentang kekejaman, melindungi golongan yang tertindas di Iraq, Syria, Palestin, Kasymir dan lain-lainnya".
Bukankah semangat menentang kerajaan zalim yang ini satu sifat yang mulia? Jika ia berlaku kepada negara kita, maka bukankah sifat itu kenali sebagai semangat patriotik? Di mana hina dan salahnya? Bukankah yang hanya membenci sifat ini ialah golongan yang ingin menjajah dan menguasai kita? Persoalan lagi, kenapa TMI berperanan menanamkan perasaan benci kepada sifat patriotik?
Memang ayat saya di atas akan dirasai patriotiknya jika anda membaca tulisan asal. Tetapi ia kelihatan 'ganas' apabila TMI ambik ayat patriotik tersebut dan menyambungnya dengan berita ISIL berhasrat untuk runtuhkan kaabah. Walhal berita ISIL ingin meruntuhkan Kaabah ini disebarkan oleh media-media yang dikuasai barat dan sebahagian menganggapnya palsu.
Apabila kita melihat media Arab yang 'sederhana' menukilkan cerita ISIS ingin meruntuhkan Kaabah dalam nada tidak pasti berbeza dengan media-media pro Amerika menukilkan berita ini dalam keadaan yang sangat pasti.
Alatheer News sebagai contoh, menyiarkan screenshoot tweeter pejuang ISIL ingin meruntuhkan kaabah, tetapi mereka mengulas: ولم يتم التأكد من صحته Maksudnya: Kesahihan berita (ingin meruntuhkan kaabah) ini datang daripada ISIS adalah tidak tidak dapat dipastikan.
Selepas itu portal Alather News menyebut tentang kewujudan fake account twitter (akaun palsu) yang banyak menjadikan kesahihan berita itu benar-benar tidak dapat dipastikan. Siapa dibelakang TMI adalah menjadi persoalan penting khususnya selepas bertubi-tubi TMI menyerang peribadi saya, cuba memburukkan imej saya termasuk tuduhan tidak berasas terhadap beberapa pemimpin pakatan rakyat yang lain. Sekarang TMI dilihat selari dengan usaha BN untuk mempalitkan PAS dengan militan.
Dalam masa yang sama, TMI juga mengguna pakai istilah-istilah tajaan Amerika serta menjaja lariskannya seperti perkataan militan kepada penentang-penentang kerajaan proksi Amerika di Iraq, iaitu istilah yang sama yang digunapakai oleh media antarabangsa pro Amerika. Walhal, tiada istilah militan terhadap orang Islam yang berjuang mempertahankan saudara seislam yang lain sebagaimana menurut mufti Kedah yang disiarkan oleh Sinar Harian, 10 Mei 2014.
Sebagai renungan akhir, saya tertanya-tanya apa perasaan ahli-ahli PAS yang sedang makan gaji dalam TMI yang jelas cuba memburukkan imej beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.
- Zaharudin Muhammad. ----------- |
MALAYSIA BOLLLEH Posted: 03 Jul 2014 02:38 PM PDT MALAYSIA
BOLEH
bila jalan runtuh
gunakan gaffer tape
ini hanya berlaku
di malaysia
satu dunia tak tahu
cara ini
KAH KAH KAH
------------ |
AMARAN UNTUK TENGKU FRAUD Posted: 03 Jul 2014 08:00 AM PDT LIMA JAM - KAH KAH KAH TT, lu biar betul seminit? mana sempat dia nak berfikir? kepala tengku fraud byk ruang kosong dan gelembong2 air,dia nak eja nama sendiripun sekurang2nya perlukan 5 jam. apa la luu, dgn org takde otak pun lu nak buli. kesianlaa kat tengku fraud. on TENGKU PENIPU KAKI TEMBERANG Publish | Delete | Spam Anonymous at 8:06 PM KAH KAH KAH - KAH KAH KAHkah kah kah - kah kah kah------------ |
SEBELUM TENGKU ADANAN DISAMAN GILA Posted: 03 Jul 2014 07:30 AM PDT
KAH KAH KAH
LAST SHOW sebelum hari raya sebelum tengku adanan di saman gila sebelum dapur jalanan masuk mahkamah
khamis malam 10 julai 2014 datang lepas berbuka datang untuk kah kah kah lawak suci tanggung suci oleh sabun cap kapak
KAH KAH KAH
-------- |
HARI KE LIMA Posted: 03 Jul 2014 03:02 AM PDT
HARI KELIMA hari ini petang ini sayu dan redupaku merasa gelisahgelisah apabila akuterpaksa menulis kasarketika dalam berpuasakepada seorang menteri yang inginmenghalang anak anak muda dari membuat kebajikan aku sedarnilai negara ini telah punah nilai kita telah ranah perdana menteri negara ini terlibat dalam kes bunuhketua menteri merogol kanak kanak sekolahmenteri kebudayaan merogol amahkemudian aku menjadi sedih apabilamelihat gambar gambarwarga miskin kotadandapur jalanandalam malaysiakini lalu aku bertanyaapakah kita telah hilang semua nilai kemanusiaanapakahnilai baik kita telah diambiloleh kerakusaan akidah membeli dan memilik kita telah menjadi konsumer yang rakuskita ingin menjadi pemilikingin memiliki semua benda dalam dunia ini apakah ada yangtelah berjanji dengan syaitanberikan aku segala benda dalam dunia inikau ambillah kemanusian aku PEMBACA para pembacapasti telah mengikuti setiapa seninlaporan dapur jalananaku sendiri pun hairanmelihatkan bagaimana anak anak muda anak semua bangsaberduyun datang membantuada dari kampus ada dari entah dari manamereka ini membuat kerja amalnah apakah ini satu jenayah?
SELAMAT BERBUKA
----------- |
DUIT PAU TAK MASUK Posted: 03 Jul 2014 12:48 AM PDT KOMENTAR
baru sekarang sedar baru sekarang nak buat berita sebelum pru satu dunia heboh hal warganegara ekspress media senyap
kennapa sekarang?
di sabah ada beratus ribu sampai ada yang angkat senjata BONGKAR: WARGANEGARA EKSPRESContoh MyKad yang dijual pada harga RM15,000 di Sabah. Kuala Lumpur: Dengan bayaran antara RM5,000 hingga RM150,000, warga asing boleh menjadi warga Malaysia. Itulah bayaran dikenakan sindiket yang menjual sijil kelahiran, sijil kerakyatan, MyKad dan pasport negara ini kepada warga asing. Urusan menjual apa yang dikenali sebagai kerakyatan ekspres ini dipercayai didalangi sindiket tempatan yang bersekongkol dengan sindiket antarabangsa dan beberapa agensi kerajaan. Sindiket itu dipercayai membeli data peribadi rakyat tempatan pada harga tertentu dan menggunakan maklumat berkenaan untuk memohon dokumen untuk warga asing dengan menawarkan pelbagai pakej berasingan. KAH KAH KAH ini mesti
kerana
mat bangla
tak bayar
duit pau
KAH KAH KAH ---------- |
TIPU UNTUK ALIH PANDANGAN Posted: 03 Jul 2014 12:07 AM PDT KAH KAH KAH semua tipu najib tipu dengan panda tengku fraud serang dapur jalanan tipu dilakukan untuk alih pandangan rakyat ---------- |
JANGAN TIPU MAK CIK FELDA Posted: 03 Jul 2014 12:00 AM PDT KOMENTAR buka pintu universiti china kerana bodek pengundi cina jangan tipu mak cik felda SEPANG 3 Julai - Najib Razak menyifatkan penubuhan Universiti Xiamen kampus Malaysia yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan sebagai tanda komitmen kerajaan menjadikan negara ini sebagai... 11:24:57
KAH KAH KAH malaysia nak jadi halal hub malaysia nak jadi bisnes hab malaysia nak jadi universiti hab
semua ini susah yang betul senang jamin berjaya yang malaysia dah jadi ialah rasuah hab
BANGLA
HAB
---------- |
TENGKU FRAUD ALIH PANDANGAN Posted: 02 Jul 2014 10:17 PM PDT KOMENTAR tengku fraud sengaja menimbulkan isu dapur jalanan untuk mengalih pandangan dari orang ramai berbincang dan bercakap tentang keruntuhan sistem kota kuala lumpur
rasuah yang berleluasa yang dilakukan oleh dbkl judi komputer yang menjadi-jadi pelacuran yang disusun oleh pihak berwajib dan mereka berkuasa
justeru untuk dilihat melakukan sesuatu tengku fraud ini menyerang warga miskin kota warga yang paling terhimpit
---------- |
TENGKU PENIPU KAKI TEMBERANG Posted: 02 Jul 2014 09:58 PM PDT
KOMENTAR adnan ini adalah contoh terbaik bagaiman raja dan sultan muncul dengan cara menipu 3 Jul — Badan bukan kerajaan (NGO) Soup kitchen yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Datuk Seri Tengku Adnan…
DAPUR
JALANAN
BERI SATU
MINIT
UNTUK
ADANAN
BUKTIKAN
DIA TENGKU
---------- |
BETUL KE TAK TAHU Posted: 02 Jul 2014 07:00 PM PDT KOMENTAR biasanya kempen bermula jika ada ketua polis baru tangkapan dilakukan untuk memberi laluan kepada tukang pau yang baru
atau kalau ada menteri kdn baru atau ada dua pegawai polis berebuat kawasan yang sama
atau dekat dengan perhimpunan agong parti ketuanan melayu
kempen yang ini tak tahu apa sebabnya apakah nak tibai najib atau nak tibai zahid hamidi
Di mana penguat kuasa?KUALA LUMPUR 2 Julai - Walaupun pendedahan sudah dibuat sejak Ahad lalu mengenai ancaman mesin judi haram dan disusuli pula dengan komitmen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pihak berkuasa namun setakat ini belum ada kesungguhan pihak berkenaan untuk membanteras kegiatan itu habis-habisan.
Sikap agensi penguat kuasa yang 'bertindak seperti biasa' sekaligus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya apakah benar wujudnya amalan rasuah dalam kalangan anggota pasukan tersebut. Ini memandangkan tinjauan Utusan Malaysia di beberapa negeri mendapati, premis kegiatan haram itu terus beroperasi seperti biasa walaupun memberi ancaman sosial yang serius kepada masyarakat setempat.
Di Sungai Besi, sebuah premis mesin judi haram menjadi tumpuan anggota tentara yang bertugas di kem berdekatan. KAH KAH KAH mustahil selama ini polis tak tahu mustahil selama ini menteri tak tahu seluruh malaysia tahu kenapa pihak polis tak tahu
atau sengaja buat buat tidak tahu KAH KAH KAH
--------- |
INGATAN UNTUK ANAK MUDA Posted: 02 Jul 2014 06:08 PM PDT SARONGKAN PADA PISANGDah naik berbuih mulut TT menasihati anak muda khasnya anak muda Melayu/Bumiputra agar pakai sarung zakar atau kondom jika mahu berintim dengan pasangan kerana bahaya air mani bercantum dengan ova atau telur pasangan ia pasti akan mejadi bayi.Anak muda pun tak boleh faham bahawa untuk menjaga bayi adalah mahal buat zaman ini dan anak muda yang belum bersedia secara kewangan tak faham hakikat ini, lalu nafsu gila anak muda pun teruskan projek entot yang walaupun syok sekejap tapi lupa yang jaga anak itu adalah sangat mahal dan pasangan tak mampu lalu lewat sedar dan mengambil tindakan gla buangkan bayi tu. Pasanan muda Melayu pun terikat dengan ajaran ulama mangkuk bahawa buat seks tak boleh pakai kondom dan pasangan Melayu muda ini tak berani lawan ajaran ulama mangkuk lalu terjadilah fenomena buang bayi.TT kena cerdikankan ajaran ulama mangkuk in. on MAKLUMAT UNTUK ANAK MUDAPublish | Delete | Spam Anonymous on 7/2/14 ------------ |
DAPUR JALANAN Posted: 02 Jul 2014 02:30 PM PDT KENYATAAN MEDIA 2 JULAI 2014
DI MANAKAH SIFAT KEPERIKEMANUSIAAN KU NAN?
Dapur Jalanan mengecam sekeras-kerasnya kenyataan tidak masuk akal Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 1/7/2014 dan secara kategorinya menyangkal setegas-tegasnya kenyataan beliau. Kenyataan beliau seperti berikut:-
"…Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan dengan hukuman seperti denda ...apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat…"
Telah ada pengumuman awam bahawa Akta Orang-Orang Papa 1977 (AOP 1977) akan dipinda untuk menjenayahkan kegiatan meminta sedekah yang telah di 'samakan' oleh kerajaan dengan aktiviti warga miskin kota.
Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan ini kami lihat sebagai persediaan psikologi kepada orang awam bahawa isu warga miskin kota adalah masalah warga tersebut sendiri dan Kerajaan adalah dalam proses menyelamatkan warga miskin kota.
Ini adalah tidak tepat sama sekali kerana seadanya, AOP 1977 yang kononnya "menyelamat" dan "memulih" ini sudah disalahgunakan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan dan DBKL dalam pelbagai operasi seperti Operasi Gelandangan dan Operasi Qaseh yang menangkap dan menahan warga miskin kota seperti penjenayah sewenang-wenangnya.
"…Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing …"
Perancangan menjenayahkan warga miskin kota semakin menggila dengan cadangan-cadangan yang dipersetujui oleh DBKL dan Menteri tersebut. Apakah sehingga naïf sebegini langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha "menyelamat" dan "memulih" warga miskin kota seperti tertera di preamble AOP 1977?
Harus diingati bahawa akar punca isu warga miskin kota adalah masalah dalam struktur ekonomi dan sosial. Warga miskin kota tersisih dan dimarginalisasi di dalam sistem yang semakin hari semakin taksub dengan kecantikan material dan omong-omong kosong untuk mempamerkan kepada dunia bahawa Malaysia ini negara membangun.
Ironik sekali apabila kami melihat keadaan sebenar apabila kerajaan mengambil langkah "menyelamat" dan "memulih" warga miskin kota dengan menyembunyikan isu ini daripada mata-mata dunia menggunakan Ops Ops yang semakin rancak dan menggila.
"…Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran…" Masalah kekotoran di ibu negara sudah tidak asing lagi. Tidak masuk akal langsung apa yang dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang sekarang ingin "membersihkan" kota dengan menangkap warga miskin kota. Dapur Jalanan Kuala Lumpur mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Menteri tersebut yang tampak naïf dan cetek pemahaman terhadap isu warga miskin kota.
Dimanakah sifat keperimanusiaan yang dihebohkan oleh kerajaan kepada media? Dapur Jalanan secara terbuka menjemput Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk turun ke jalanan dan lihat keadaan sebenar warga miskin kota.
Kami cadangkan pihak kerajaan untuk membuat kajian yang menyeluruh dahulu sebelum apa-apa tindakan gopoh mencantikkan dan membersihkan kota dijalankan. Hentikan Operasi-Operasi yang tidak berperikemanusiaan ini serta merta!
Diterbitkan oleh,
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
----------- |
BILA BIK MAMA Posted: 02 Jul 2014 07:38 AM PDT BIK MAMA bila bik mana main sukan ramai gila sakan
bila bik mama main badminton satu dunia mahu tonton
bila bik mama bersenam awas! banyak jalan roboh jahanam KAH KAH KAH
----------- |
HARI KE EMPAT Posted: 02 Jul 2014 04:27 AM PDT HARI
KE EMPAT
sejuk renyai dan sunyi kenapa agaknya murai pun tak bising unggas senyap tiak pun tidak bersuara
kenapa petang ini bagini
SELAMAT
BERBUKA
------------ |
MARI KITA TEKA Posted: 02 Jul 2014 02:08 AM PDT KAH KAH KAH
mari kita teka siapa kontrektor projek ini kontrektor jepun yang makan babi? kontrektor inggeris yang minum arak? kontrektor german yang suka sex tanpa lesen?
atau
kontrektor melayu bumipura islam sembahyang tunggang tunggit
boderk sultan dan raja tak minum arak tak makan babi
tapi makan rasuah
KAH KAH KAH ----------- |
MAKLUMAT UNTUK ANAK MUDA Posted: 02 Jul 2014 01:06 AM PDT
MAKLUMAT
UNTUK
ANAK MUDA
beracuk memang nikmat sebelum berancuk beli kondom
gunakan kondom untuk mengelak awek jadi bunting untuk memastikan air mani tidak jadi anak - Mayat bayi bertali pusat ditemui dalam parit6:15AM Jul 2
Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh orang awam pada 1.30 tengah hari.
---------- |
KENYATAAN PALING JUJUR Posted: 02 Jul 2014 12:15 AM PDT KOMENTAR kenyataan jujur kenyataan paling jujur kenyataan pertama yang jujur
Militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil) merancang untuk menakluk Arab Saudi dan memusnahkan Kaabah, lapor media Turki. Seorang ahli Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis), Abu Turab Al Mugaddasi berkata mereka akan menakluki kota suci umat Islam itu dan memulakan operasi dari sana. "Jika Allah izinkan, kami akan membunuh sesiapa yang menyembah batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah. "Mereka ke Mekah untuk menyentuh batu dan bukan kerana Allah," lapor India Today memetik sumber berkenaan. Isil pada Isnin mengisytiharkan penubuhan 'kerajaan khalifah Islam' di kawasan yang ditawan ketika tentera Iraq melancarkan operasi menawan semula bandar Tikrit, lapor AFP. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isil-ugut-hancurkan-kaabah-lapor-media-turki#sthash.qnpfbxA0.dpuf
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
i have noting to say my lord except kah kah kah
---------- |
BIAR DIA PI LAAA Posted: 01 Jul 2014 10:08 PM PDT HAK MEMILIH
Kuala Terengganu: Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad. »
KAH KAH KAH
woit kalau dah murtad kalau dah jadi kapir biarlah nak buat apa ganggu dia tak nak bidadari dia punya pasal lah
tak kan nak pilih pergi neraka pun tak boleh
KAH KAH KAH
----------- |
HARGA BARANG MAKIN NAIK Posted: 01 Jul 2014 09:30 PM PDT KOMENTAR
dalam sistem ekonomi kapitalis rukun iman kaum kapitalis yang pertama ialah keuntungan
jika ada permintaan maka akan ada pembekal
permintaan ramai pembekal kurang maka harga akan mahal
mencari untung maksima ialah rukun iman kedua kaum kapitalis
para mak cik peniaga warung peniaga barangan raya peniaga bazar ramadan mereka bukan kaum kapitalis mereka peniaga kecil mereka mencari makan tapi sayangnya yang diserang adalah peniaga kecil ini walhal mereka adalah yang terakhir yang terkurang mendapat untung dan laba
dalam lingkaran sistem kapitalis ini cukong towkay pengimpot tepong cukong towkay pengimpot gula cukong towkay pengimpot ikan cukong towkay kain baju membuat ribu kali ganda dari mak cvik warung kuih di bazar ramadan bangsar utama
Ramadan: Kenaikan harga sudah dijangkaSHAH ALAM – Kenaikan harga barangan di bazar-bazar Ramadan sememangnya sudah dijangka bahkan ia sukar dielak.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, kenaikan pelbagai kos yang perlu ditanggung peniaga menjadi penyumbang kepada kenaikan harga barangan.
"Pengurangan subsidi yang dilakukan kerajaan telah mendorong kenaikan harga bahan api. Sewa tapak pula semakin mahal. Mereka juga perlu membayar kos penggunaan elektrik yang turut meningkat.---------- |
MEREKA BUKAN GELANDANGAN Posted: 01 Jul 2014 08:42 PM PDT 778
KOMENTAR
dapur jalanan juga dianggap orang jahat kerana dikatakan menggalakkan apa yang mereka panggil 'gelandangan'
dapur jalanan TIDAK menggunakan perkataan GELANDANGAN
perkataan ini menghina tidak ada gelandangan yang wujud ialah warga miskin kota
dikatakan warga miskin kotamenjadi peluchah mata untuk para pelancung
dikatakan warga miskin kota menggangu keindahan kota
dinyatakan disini dimana sahaja dalam dunia ini setiap negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis maka akan ditemui warga msikin kota
mereka adalah warga yang telah terpancut keluar yang telah menjadi mangsa yang telah dihisap tenaga
yang tidak lagi berguna dalam sistem ekonomi kapitalis lihatlah dimana sahaja london new york paris amsterdam lisboa roma dan dan dan semunya memiliki sajumlah warga miskin kota lagi besar negara kapitalis lagi ramai jumlahnya
jawapan kepada warga miskin kota bukan penjara bukan saman bukan tangkapan tetapi mewujudkan satu sistem kebajikan untuk mereka
CHU BADAK KAMPONG RAILWAY apabila rumah mereka dirobohkan apabila tanah mereka di rampas maka mereka bakal menjadi warga miskin kota
Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar). Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara. Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.
MEMBERI MAKAN WARGA MISKIN KOTA BUKAN SATU JENAYAH KEMISKINAN BUKAN JENAYAH BERI MAKAN WARGA MISKIN KOTA BUKAN JENAYAH
MAKAN RASUAH BUNUH ALTANTUYA ROGOL BUDAK SEKOLAH ROGOL AMAH DAN REMBAT TANAH ORANG KAMPONG ADALAH
JENAYAH
--------- |