Isnin, 30 Jun 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LIVE NOW-[LIVE][300614]Remeh Temeh Puasa (Siri 2) - Ustaz Wadi Annuar

Posted: 30 Jun 2014 02:35 AM PDT


Wan Azizah Semakin Hampir Ganti Khalid Ibrahim

Posted: 30 Jun 2014 12:53 AM PDT


wan azizah

Kekalahan Khalid Ibrahim dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor dua hari lalu seperti turut menunjukkan tempoh hayatnya sebagai Menteri Besar Selangor juga bakal berakhir. Setelah dikritik oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor mengenai isu air, rampasan Bible dan lebuhraya Kidex kerana mengamalkan cara pentadbiran solo, Khalid kini menerima nasib yang lebih malang apabila ditolak oleh ahli di cabangnya sendiri.

Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pula, beliau masih lagi ketinggalan di belakang Azmin Ali. Bagaimanapun kekalahan di peringkat cabang ini lebih memalu dan menjatuhkan saham politiknya kerana ia menunjukkan beliau sudah tiada lagi asas sokongan daripada akar umbi.
Meskipun kekalahan itu turut dikaitkan insiden lampa terpadam yang turut dispekulasikan dengan kemungkinan adanya unsur-unsur sabotaj dan silap mata, Jawatankuasa Pemilihan Parti atau JPP yang diketahui oleh Johari Abdul sebaliknya menolak kemungkinan sabotaj dan hampir pasti memuktamadkan keputusan pemilihan tersebut.

Jika seorang Menteri Besar boleh kalah dalam pemilihan Ketua Cabangnya sendiri, ia seperti memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan Khalid selama ini. Stail kepimpinannya yang tidak mesra dengan ahli dan lebih mirip memimpin sebuah entiti perniagaan yang selama ini menjadi bualan, lebih mudah dipercayai dan lebih mungkin ada kebenarannya.
Ketika dalam UMNO dulu pun, walaupun Khalid adalah nama besar dalam dunia korporat tetapi beliau tidak pernah menang sebarang percubaan dalam pertandingan di Bahagian Kuala Selangor.
Jika dulu ramai yang hairan bagaimana beliau boleh ditolak dalam semua pemilihan UMNO di Kuala Selangor, kini setelah menjadi Menteri Besar Selangor dah kalah pula dalam pemilihan PKR, ramai yang sudah mendapat jawapan atas perkara itu.

Khalid sebenarnya lebih merupakan pemimpin korporat dan bukannya pemimpin politik.
Susulan kekalahan Khalid di Kuala Selangor, di samping kritikan yang berterusan mengenai kepimpinannya daripada Pas, DAP dan PKR sendiri, isu pertukaran Menteri Besar Selangor lantas bergema kembali. Lebih ramai yang mahukan beliau meletakkan jawatan atau diundurkan daripada jawatannya berbanding mahukannya terus kekal di jawatan itu.

Jika beberapa hari lalu, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar secara terbuka menyatakan pertukaran jawatan Menteri Beaar Selangor sudah dipersetujui oleh pimpinan PR dan hanya menunggu ketika yang sesuai untuk dilaksanakan, semalam pula Rafizi Ramli memperkukuhkan lagi hakikat itu dengan menjelaskan pula bahawa Langkah Kajang yang dirancang beberapa bulan lalu, masih lagi berjalan.

Hari ini, seorang lagi ADUN Selangor, Suhaimi Shafie pula menyatakan Khalid Ibrahim seharusnya segera meletakkan jawatan berikutan parti yang dianggotainya sendiri tidak lagi gembira dengan kepimpinannya.

Pertukaran Khalid juga turut dikaitkan dengan usaha untuk memastikan PR Selangor terus memenangi pilihanraya umum akan datang kerana beliau bukan saja tidak lagi dinamik, terapi juga lantaran semakin kurang mendapat sokongan berikutan kegagalannya menangani beberapa isu kebelakangan ini.

Walaupun gagal menempatkan Anwar sebagai Menteri Besar melalui Langkah Kajang, tetapi Khalid tetap mahu disingkirkan, tetapi siapakah yang layak menggantikan Khalid?

Sebagaimana pelan asal Langkah Kajang dirangka untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim, tetapi halangan yang dihadapi Anwar membuatkan Wan Azizah ditonjolkan sebagai gantinya, kali ini sekali lagi tuah nampaknya akan menyebelahi Presiden PKR itu.

Beliau dilihat satu-satunya pemimpin PKR yang boleh diterima oleh semua pihak bagi menggantikan Khalid Ibrahim, bukan saja oleh PKR tetapi juga parti-parti lain dalam PR. Dengan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, banyak isu berbangkit di negeri itu dapat diselesaikan sehingga tibanya pilihanraya umum akan datang.

Selepas pilihahraya umum nanti, jika PKR menguasai lebih kerusi, besar kemungkinan barulah jawatan Menteri Beaar Selangor akan diambil alih oleh Azmin Ali pula. Namun jika Pas memperolehi lebih kerusi, tidak mustahil ia berpindah tangan kepada parti itu pula.

Apa pun, perkembangan akhir-akhir ini di Selangor sudah boleh membuatkan Khalid Ibrahim mula mengemas secara perlahan-lahan barang-barang peribadinya di pejabat Menteri Besar Selangor kerana semakin tiada alasan lagi untuk mengekalkannya di jawatan itu. (SH 27/06/2014) Shahbudin Husin Blog

 

JANGAN KUTUK KERA JAAN. KALAU KUTUK KENA LA,,,,,KENA KIPAS SELALU CEPAT NAIK...

Posted: 30 Jun 2014 12:14 AM PDT

Atas prinsip...saya letak jawatan'
  • Datuk Saifuddin Abdullah 
  •  Datuk Saifuddin Abdullah
1 / 1
SHAH ALAM - Kesal dengan tindakan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memutuskan untuk melepaskan jawatannya.

Saifuddin berkata, tindakan tersebut dilakukan adalah sebagai tanda sokongannya terhadap Mohamad Redzuan, serta atas prinsip kebebasan akademik.

"Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas Umcedel dan Dekan Fakulti Sains Sosial UM.

"Oleh kerana arahan daripada pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini, beliau diarah meletak jawatan sebagai Pengarah Umcedel. Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini," ujar Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

"Hari ini, beliau tidak disambung sebagai Dekan (walaupun dicalon oleh pensyarah FSSS). Saya tahu akan cerita ini sejak awal (melalui beliau dan Naib Canselor UM)...," kongsinya lagi di laman sosial Facebook miliknya.

Terdahulu memetik laporan sebuah portal, Mohammad Redzuan diarahkan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Umcedel oleh Kementerian Pendidikan atas 'campur tangan politik'.

Menurut laporan itu lagi, walaupun Mohammad Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Kajian Umcedel yang kerap kali 'memihak' kepada Pakatan Rakyat dianggap sebagai antara punca Mohammad Redzuan dipaksa melepaskan jawatannya.

Antara hasil kajiannya ialah sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menurut laman sesawang UM, Mohammad Redzuan berkhidmat sebagai Pengarah Umcedel dari 26 Febuari 2012 hingga 31 Disember 2014.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


ROGOL AMAH APA JADI?

Posted: 30 Jun 2014 06:48 PM PDT






Diplomat M'sia di NZ dituduh dalam kes 

serangan seksual


Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.
 
Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.



KAH KAH KAH
woit
apa nak hairan
perdana menteri
terlibat kes bunuh
menteri rogol amah
ketua menteri rogol kanak kanak 

bukan satu yang pelik
bukan satu yang jarang berlaku
tak hairan
ini pekara biasa
dalam negara sunni wal rasuah




----------

PENJUAL PIL TAI KAM

Posted: 30 Jun 2014 06:08 PM PDT




FACE BOOK


Hari tu gua citer pasal Harun Din nak angkut makhluk dlm Menara Bank Rakyat yg baru siap di KL Central. Masih tak bleh angkut lagi dan dlm proses nego... hahaha...
Nah ni bukti yg tersnap secara tak sengaja dlm Surau Pompuan.



KAH KAH KAH
woit 
kalau betul ada power
kenapa tak ubatkan
hadi  awang yang sakit merana

KAH KAH KAH

----------

MALAPETAKA SUDAH SAMPAI

Posted: 30 Jun 2014 02:30 PM PDT







Penyingkiran Pengarah UMCEDEL Malapetaka Kepada Kebebasan Akademik

Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) melahirkan kekesalan berhubung dengan penyingkiran Profesor Dr Mohamad Redzuan sebagai Pengarah UMCEDEL dan tidak disambung sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Penyingkiran ini adalah atas arahan Kementerian Pendidikan. 
MKM percaya penyingkiran ini berlaku kerana banyak hasil kajian UMCEDEL yang diketuai oleh Profesor  Dr Mohamad Redzuan tidak menguntungkan kerajaan.

Ini merupakan satu malapetaka kepada kebebasan akademik. Bulan lalu, mahasiswa UMSKAL menjadi mangsa kini ahli akademik turut mengalami nasib yang sama. Prof Redzuan hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyelidik dalam melakukan kajian akademik.

Pihak kerajaan seharusnya bersikap terbuka dengan hasil kajian yang dilakukan biarpun tidak menguntungkan kerajaan sekalipun. Penyingkiran ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan ingin mengekang ahli akademik daripada melakukan kajian secara bebas dan berilmiah.

MKM ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Muhyiddin Yassin dan Idris Jusoh bahawa menyekat ahli akademik menjalankan kajian secara bebas akan menjatuhkan lagi prestasi pengajian tinggi Negara. Oleh itu, MKM mendesak agar ditubuhkan satu Select Committee untuk mengkaji usaha reformasi kebebasan akademik serta prestasi pengajian tinggi negara

Naqiuddin bin Nazrin
Mahasiswa Keadilan Malaysia




----------

ORANG ISLAM MELANTAK

Posted: 30 Jun 2014 07:06 AM PDT






BARU SELESAI BEBUKA
IKUT
 SUNNAH NABI
Photo: Telekat acar buah ...

MELAHAP MELANTAK
Muslim umumnya lebih meraikan berbuka puasa daripada meraikan nikmat konkrit yang diperolehi daripada proses puasa itu. Itu sebab tatkala berbuka mereka akan melahap kerana dah 12-13 jam tak dapat makanan dan minuman sebelum itu.

 Berbuka puasa bagaikan melepaskan geram atau gian kerana tahan lapar dan dahaga. Semasa erbuka pun mereka lupa sejenak apa dia nilai spiritual berpuasa itu. 

Mereka jarang menilai atau merenung akan hal itu etapai akan 'look forward' terhadap malam lailaturkadar, menjelangnya Aidilfitri, sembahyang tarawih dan kemudia jika panjang umur merindu semula kedatangan Ramadan yang baru, satu ritual baharu. on SELAMAT BERBUKA PUASA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/29/14



-------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 30 Jun 2014 03:38 AM PDT





HARI KEDUA
diluar panas
gwa dalam rumah
balkoni terbuka luas
kipas terpasang
hari ini gwa ada dateline
gwa sudah berperang
dari awal pagi
siri ke empat menulis
tentang bangsa bangsa

ezi dan jai
setia memerhati
mereka menunggu 
untuk turun merayau


hari ini gwa
mahu masak udang 
gulai lomak cili besar
tapi tak pedas
tak pakai kelapa
pakai susu
tak pakai cili padi
pakai lada besar

berbuka
ada murtabak
ada kueh gulung a.k.a ketayap

malam tadi di chow kit
beli lagi buah manggis
buah manggis
adalah buah terbaik
dari bumi melayu

SAHUR
malam tadi gwa sahur
di restoran tikus
puasa tahun lalu
  gwa selalu datang restoran ini

cissss... sudah merosot
masakan tanpa cinta
masakan tanpa kaseh sayang

untuk gwa restoran tikus
sudah jadi perang dunia ke dua
never again
YANG LAIN

gwa tak tahu
gwa belum masuk bazaar ramadan
tapi kalau panas macam ini
jamin gwa tak akan keluar

gwa dengar hari pertama
masih lembab
tak ramai peniaga
tak ramai pengunjungh
kita tunggu dan lihat
mak cik kakak adik
ada banyak duit tak

SELAMAT 

BERBUKA



------------

AKTA PENINGGALAN BRITISH

Posted: 30 Jun 2014 02:28 AM PDT







hasutlah 
sebanyak yang mungkin
hasut untuk kebaikkan


 KOMENTAR
menghasut apa takrifnya
iklan juga menghasut
berita tv juga menghasut
tukang jual agama juga menghasut
cik gu juga menghasut

menghasut ini ada dua 
hasut jahat
hasut baik
 
menghasut untuk buat jahat
contohnya  hasut untuk sokong
ketuanan  melayu

satu lagi
menghasut untuk buat baik
hasut orang ramai turun ke jalan raya
untuk pilihan raya bebas dan adil
ini hasut baik

cik gu hasut anak murid
buat baik buat amal
ini hasut baik

jadi jelas    
setiap hari kita terus dihasut
malah tulisan madey ini juga
menghasut agar akata hasutan
tidak dimansuhkan
ini hasutan jahat dari orang jahat
dengan naik paling jahat

Mahathir Mohamad berkata kemungkinan berlaku huru-hara sekiranya Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang (RRU) Perpaduan dan RUU Harmoni Nasional.

"Kita sudahpun mansuh ISA dan akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan dari pemansuhan kedua-dua Akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah.

 
KAH KAH KAH
 
woit
kalau nak menghasut
bila bila boleh
ada akta 
atau tak ada akta
apa ada pasal

KAH KAH KAH




-------

TIDAK BERSETUJU

Posted: 30 Jun 2014 12:05 AM PDT







Muhyiddin yang perlu letak jawatan bukan Redzuan, kata Kit Siang


Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, setiap kali dunia memaparkan ranking universiti, ia akan menjadi cerita sedih dan tidak menunjukkan kehebatan universiti tempatan berbanding universiti terbaik di dunia tetapi berapa teruk universiti di Malaysia.
"Apa yang ditunjukkan oleh Muhyiddin sejak lebih setahun lalu sebagai menteri pelajaran yang sangat berkuasa," soalnya dan menambah Muhyiddin hanya campur tangan dan gangguan ke atas kebebasan akademik sehingga menyebabkan Redzuan dan Saifuddin meletakkan jawatan daripada UM. – 30 Jun, 2014.

KAH KAH KAH
woit
tak setuju sembab letak jawatan
tak setuju zahid letak jawatan
tak setuju hasan malek letak jawatan



lebih baik mereka
terus jadi munkee
bila mereka munkee
senang untuk buktikan
pada orang ramai
betapa bangang
 munkee munkee ini

kalau semua bijak dan cerdik
itu bukan munkee ketuanan melayu
itu pemimpian pakatan rakyat
yang tak termasuk tantawi

KAH KAH KAH





---------

BANK BUAT SILAP MATA

Posted: 29 Jun 2014 09:19 PM PDT









KOMENTAR
bank membuat duit 
dari hutang
tanpa hutang bank
tidak dapat bergerak

kalau penyimpan masukan 100 ringgit
bank akan jadikan 100 ringgit ini
sebagai modal untuk dipinjamkan
sebanyhak  3 kali - 3 kali ganda
ertiny dari 100 ringgit jadi 300 ringgit

tanpa apa apa kerja
bank dah buat duit

silap mata ini berjalan
kerana ada keyakinan
orang ramai yakin kepada bank
orang ramai tidak sedar
orang ramai tidak diberi tahu
macam mana bank buat silap mata


justeru
saperti yang sedang berlaku di bulgaria
para penyimpan  datang minta duit
pasti bank di bulgaria tak ada duit
inilah yang menimbulkan krisis
inilah yang akan membunuh
sistem kapitalis

jika rakyat tidak ada keyakinan
maka silap mata bank dan kantoi

NOTA
kerna itu
semakin ramai
tidak simpan duit dalam bank
tapi beli emas
tapi beli perak

LIHAT DAN FAHAMI




Pemimpin Bulgaria rayu rakyat tidak panik keluarkan simpanan
Cetak
SOFIA: Pemimpin Bulgaria merayu kepada rakyat supaya tidak panik dan mengeluarkan simpanan mereka apabila bank dibuka hari ini, berikutan insiden dua bank kehabisan wang sehingga membangkitkan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan negara Balkan itu.

Perkara yang menimpa Corporate Commercial Bank (Corpbank) dan First Investment Bank, peminjam keempat dan ketiga terbesar Bulgaria, memberikan cabaran hebat kepada negara miskin Kesatuan Eropah itu.
Bank pusat negara itu menyatakan terdapat usaha sengaja dan sistematik untuk menjadikan sistem perbankan Bulgaria tidak stabil dan berikrar akan mengambil segala langkah perlu untuk melindungi simopanan rakyat.

Menurutnya, pegawai penyiasat sudah memulakan siasatan mereka. - Reuters


Bulgaria
 president denies banking crisis

Business Recorder-4 hours ago
SOFIA: Bulgaria's president denied on Sunday its banks were on the verge of ... Bulgarians have bitter memories of a grave financial crisis in ...



KAH KAH KAH
ramai masih belum sedar
bagaimana bank
main silap mata
kesian mak cik felda
KAH KAH KAH


---------- ---------

FESTIVAL MALAM SENI SANG SAKA

Posted: 29 Jun 2014 08:38 PM PDT







Festival berbuka puasa di Dataran Merdeka pada hujung minggu



Program "Merakyatkan Seni Budaya Jom Buka Puasa" itu menyajikan hidangan seperti buah kurma, kuih-muih dan bubur lambuk, yang disediakan Masjid Jamek Kampung Baru pada 29 Jun, 5 hingga 6 Julai, 12 hingga 13 Julai dan 19 Julai.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Norliza Rofli berkata program itu antara enam aktiviti bersempena Festival Ramadan 2014.


KAH KAH KAH
woit
ini berita baik
tahun ini pada 
amalam 31 ogos
kita adakan
malam seni kibaran sang saka

KAH KAH KAH


---------

PENGUMUMAN KELAS FALSAFAH

Posted: 29 Jun 2014 07:59 PM PDT










MAKLUM

kelas falsafah 
dan 
pemikiran kritikal 
berhenti rehat

sesudah hari raya
kita akan sambung semula

kelas akan memasuki
pandangan falsafah china 
dan 
 falsafah india
sebelum kita masuk
ke falsafah moden


sila layari 
blog tukar tiub
sila layari
radio bangsar
untuk tahu bila
kelas akan mula kembali




------------

KERJA SENANG BUAT HEBOH

Posted: 29 Jun 2014 07:38 PM PDT






KOMENTAR

sila baca dua berita ini
disiar dalam hari yg sama

apa maknanya?

saheh perniagaan mesin judi
sedang berkembang luas
betul dan saheh

api apa hubungan
berita mesin judi
dengan berita SKMM


SKMM 
sibuk pantau face book
sibuk pantau blog
sibuk pantau twitter
sibuk pantau laman sex
sibuk pantau gambar porno

SKMM 
sama macam perangai polis
sibuk buat roadblock 
sibuk ancam mat rempit
sibuk jaga road tax
akhir penyamun bebas menyamum

bukankah perniagaan
mesin judi
gunakan internet

kalau SKMM padam internet 
mampoos tak ada kedai judi

NOTE
kalau nak seribu daya
kalau tak nak beribu
dak masuk poket


KUALA LUMPUR 29 Jun - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi teknikal mahupun forensik bagi menyekat penggunaan laman sosial membabitkan...

Rasuah jadi punca?

KUALA LUMPUR 29 Jun - Kelemahan penguatkuasaan yang didakwa akibat amalan rasuah melibatkan sesetengah agensi penguat kuasa menyebabkan kegiatan mesin judi haram tidak dapat dibanteras biar pun ia sudah berlaku sejak bertahun-tahun lalu dan kini berada pada tahap luar biasa.
Satu sumber mendedahkan, berikutan keadaan itu pengusaha mesin judi haram tidak pernah berasa bimbang atau takut untuk menjalankan kegiatan mereka memandangkan 'segalanya sudah diuruskan' dari segi undang-undang.

"Jumlah yang ditawarkan kepada sesetengah anggota agensi penguat kuasa pula bukanlah sedikit ada antara mereka melibatkan sehingga ratusan ribu ringgit dan dibayar secara bulanan atau sekaligus,'' dakwanya.



KAH KAH KAH
woit 
baru sekarang sedar
geng judi ni
dah boleh tubuh gamin
kah kah kah

ni judi halal
kah kah kah

------------