Ahad, 29 Jun 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Jawatan MB bukan milik peribadi: Anwar

Posted: 29 Jun 2014 01:05 AM PDT


  • Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
1 / 1
SHAH ALAM – Kedudukan jawatan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan keputusan bersama antara PKR dengan parti komponen PR dan juga setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya menegaskan bahawa semua Adun dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu kedudukan Menteri Besar Selangor itu," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Sebelum ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan PR dalam membuat keputusan.

Perkara itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

Pas Selangor turut menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Abdul Khalid.


MB perlu ada kedudukan dalam parti

Posted: 29 Jun 2014 12:49 AM PDT

  • Khalid Ibrahim 
  •  Khalid Ibrahim
1 / 1
SHAH ALAM – Penganalisis melihat jawatan Menteri Besar Selangor perlu diberi kepada pemimpin yang mempunyai kedudukan tinggi dalam parti.
 
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, selain berkedudukan tinggi dalam parti, pemimpin tersebut juga perlu direstui oleh kesemua parti komponen.
 
"Pengganti menteri besar sekarang seharusnya mempunyai kedudukan paling kanan dalam parti. Maksud saya, paling tidak pun beliau Timbalan Presiden, Naib Presiden ataupun Setiausaha Agung.
 
"Kalau tak silap saya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) tiada kedudukan tinggi dalam parti. Peringkat nasional, dia bukan Timbalan Presiden, bukan Naib Presiden," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
 
Beliau juga tidak menolak ura-ura yang menyebut kemungkinan jawatan itu diserahkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ataupun Timbalannya, Azmin Ali.
 
"Boleh jadi tapi saya tidak pasti sama ada Presiden PKR mahukan kedudukan itu. Tapi yang digembar-gemburkan sebelum ini, Timbalan Presidennya, Azmin yang ada harapan mahukan jawatan itu.
 
"Saya rasa kalau PR menang Persekutuan, jawatan MB itu kecil sangat untuk Azmin. Saya rasa dia tak mahu jawatan itu. Tapi sekarang itu pilihan terbaiklah," katanya.
 
Sementara Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sekiranya Abdul Khalid sudah tidak menerima sokongan daripada parti termasuk Exco dan Adun, pertukaran menteri besar memang tidak dapat dielakkan.
 
"Kalau tiada sokongan daripada Adun, Exco dan rakyat terhadap Tan Sri Khalid, saya rasa kena ada pertukaran MB.
 
"Mungkin dia boleh undur diri atau kalau beliau tidak mahu berundur, paling teruk pun Adun buat undi tidak percaya," katanya.
 
Beliau turut berpendapat pemimpin yang bakal mengganti Abdul Khalid perlu diterima semua parti komponen dalam PR termasuk Pas dan DAP.
 
"Orang yang nak ganti Abdul Khalid ini perlu diterima semua orang termasuk mendapat sokongan bukan saja PKR tapi juga Pas dan DAP.
 
"Persoalannya sekarang ini, siapa yang layak menggantikan Abdul Khalid? Ada yang kata Azmin, tapi ada yang boleh terima dan ada yang tidak boleh terima dia. Kalau Wan Azizah semua orang boleh terima dia tapi mampu tak jadi Menteri Besar? Kalau bukan mereka berdua, kena lihat pemimpin lain yang sesuai," katanya.
 
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik melihat khabar yang beredar tentang pertukaran Menteri Besar itu bukan kerana prestasi pentadbiran Abdul Khalid sebaliknya bergantung pada parti yang memerintah.
 
"Setakat yang kita lihat penggal yang lalu, Abdul Khalid telah melakukan yang terbaik dan ekonomi Selangor menunjukkan peningkatan berbanding ketika di bawah pemerintahan BN.
 
"Kadang-kadang pertukaran Menteri Besar ini bukan kerana kegagalan pentadbiran tapi kerana bagi parti yang memerintah, mereka mungkin melihat ada kualiti yang lebih baik pada orang lain untuk ganti Menteri Besar sedia ada.
 
"Kita letak harapan, siapa pun yang mereka nak lantik akan dapat menerajui Selangor lebih baik daripada apa yang telah dilakukan oleh Abdul Khalid sendiri," katanya.

Kalah pemilihan PKR, peluang terbaik singkir Khalid, kata Utusan Malaysia

Posted: 29 Jun 2014 12:37 AM PDT

Kalah pemilihan PKR, peluang terbaik singkir Khalid, kata Utusan Malaysia

Kekalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merebut jaatan ketua cabang PKR Kuala Selangor adalah masa terbaik untuk menolaknya daripada jawatan menteri besar, lapor Utusan Malaysia. Gambar fail The Malaysian Insider.Kekalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merebut jaatan ketua cabang PKR Kuala Selangor adalah masa terbaik untuk menolaknya daripada jawatan menteri besar, lapor Utusan Malaysia. Gambar fail The Malaysian Insider.























Kekalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merebut jawatan ketua cabang PKR Kuala Selangor merupakan masa terbaik kepada musuhnya dalam parti mendesak menteri Besar Selangor itu untuk berundur, lapor Utusan Malaysia.

Suara sekumpulan pengarang dengan nama Awang Selamat itu berkata desakan Khalid untuk berundur bertambah kuat apabila beliau tidak lagi mampu untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR mengalahkan Mohamed Azmin Ali.

"Lebih menarik untuk diketahui selepas ini ialah nasib Khalid. Dengan kekalahan di cabang Kuala Selangor, kedudukan beliau sebagai menteri besar cukup tergugat.

"Ini adalah kesempatan terbaik bagi musuh-musuhnya dalam PKR meningkatkan tekanan supaya beliau berundur. Khalid juga sudah hampir pasti tidak dapat menyaingi Azmin yang kini mendahului dengan selesa," katanya menerusi akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
  Semalam, Khalid mendakwa tiada keperluan bagi dirinya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor walaupun kalah dalam pertandingan timbalan presiden PKR.
Katanya, kekalahan dalam pertandingan tiga penjuru itu tidak relevan dengan jawatannya sekarang, kerana untuk menjadi seorang menteri besar, beliau hanya perlu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Utusan Malaysia mendakwa kekalahan Khalid dalam pemilihan PKR bukan satu-satunya sumber desakan untuk beliau berundur tetapi pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) sendiri.
"Lebih memburukkan, pemimpin DAP antaranya Jeff Ooi dan PAS Selangor khususnya Khalid Samad mahukan seorang menteri besar baru di negeri itu.

"Bersediakah Khalid menyerah kalah begitu sahaja atau bangkit mengejutkan semua?" katanya.
Awang Selamat berkata kekalahan Khalid dalam pemilihan PKR sukar dipercayai kerana kapasitinya sebagai menteri besar Selangor.

Katanya, adalah sesuatu yang aneh Khalid menang kiraan undi sebagai timbalan presiden di cabang Kuala Selangor tetapi tewas kepada S Manikavasagam sebagai ketua cabang.
"Bagaikan tidak percaya, seorang bergelar menteri besar boleh tewas kepada calon bukan pilihan, Manikavasagam bagi jawatan ketua cabang Kuala Selangor.

"Mungkin benar cakap-cakap dalam PKR, memang ada gerakan tersusun untuk menjatuhkan Khalid," katanya menerusi artikel yang bertajuk 'Nasib Khalid'.

Khalid pada Khamis ditewaskan pencabarnya Manikavasagam dalam perebutan ketua cabang PKR Kuala Selangor.

Manikavasagam mendapat 701 undi manakala Khalid dengan 515 undi. – 29 Jun, 2014.




Tukar Tiub

Tukar Tiub


PASAL APA HAH?

Posted: 29 Jun 2014 07:08 PM PDT







KAH KAH KAH
woit
ada rasa pelik tak?
ada rasa ghanjil tak?
kenapa rumah setinggan
yang selalu terbakar

pasal apa hah?

pelik tetapi benar

KAH KAH KAH


----------

APA SUDAH JADI

Posted: 29 Jun 2014 02:30 PM PDT





APA SUDAH JADI

DATO' SERI LIOW DIGESA UNTUK SEGERA MENUBUHKAN BADAN PENYIASATAN BEBAS MENYIASAT KEHILANGAN MH370 BESERTA MENDEDAHKAN LAPORAN AUDIT KE ATAS SISTEM RADAR PENERBANGAN AWAM MALAYSIA DAN KLIA2


Saya sambut baik pelantikan semula Dato' Seri Liow Tiong Lai ke dalam kabinet; kali ini selakui Menteri Pengangkutan dengan ucapan tahniah. Saya berharap dengan pelantikan ini, YB Menteri akan menyelesaikan kemelut yang sedang melanda industri penerbangan awam di Malaysia ; pertama ialah kehilangan pesawat MH370 bersama 241 nyawa, kedua ialah keselamatan dan kejituan sistem radar penerbangan awam dibawah tanggungjawab DCA dan ketiga ialah keselamatan terminal klia2. Saya mengharapkan tindakan serta khidmat serta merta dari pihak YB Menteri ; tidak seperti yang telah dinafikan oleh menteri yang silih berganti.

Kehilangan pesawat MH370 amat tragik bagi seluruh negara. Sehingga kini, 241 keluarga di serata dunia masih menunggu jawapan berkenaan ahli keluarga tersayang mereka. Walaupun hampir 4 bulan sejak kehilangan MH370, pihak bertanggungjawab masih tidak mempunyai sebarang penjelasan atau teori kukuh yang berlandaskan fakta untuk menjawab soalan yang ditujukan. Dengan ini, saya menyeru YB Menteri untuk menubuhkan badan penyiasatan bebas terdiri daripada pakar penyiasatan kemalangan udara dari seluruh dunia. Diharap dengan badan penyiasatan bebas ini, keluarga penumpang akan mendapat jawapan yang dicari serta kredibiliti Malaysia akan diselamatkan.

Insiden ini juga telah mendedahkan banyak kelemahan sistem penerbangan awam di negara kita. Salah satu fokus penyiasatan badan ini pastinya berkenaan keselamatan dan kejituan sistem radar penerbangan awam. Kejutan pertama dialami oleh ruang udara kita apabila sistem radar di Lapangan Terbang Subang mengalami kerosakan menyeluruh (total shutdown) selama hampir 2 jam pada September 2012. Pendedahan menerusi laporan dalaman, yang dibawa oleh YB Tian Chua, YB N Surendran dan diri saya sendiri, akhirnya disahkan dan diakui oleh mantan Menteri, Datuk Seri Kong Cho Ha di dalam Dewan Rakyat setelah ditekan berkali-kali. Ketika itu, kami meminta agar sistem udara Malaysia diaudit oleh International Civil Aviation Organization (ICAO), selepas pertama kali membangkitkannya pada Julai 2012.

 Sehingga ke hari ini rakyat masih lagi menunggu apakah ICAO Audit tersebut telah dilaksanakan? Apakah jika audit tersebut telah dijalankan dan saranan baikpulih dilakukan, pesawat MH370 tidak akan hilang pada hari ini kerana sistem radar lebih tepat? Sekali lagi, demi keselamatan rakyat Malaysia dan pengunjung negara kita, saya menyeru YB Menteri menyiasat sistem radar penerbangan awam.

Baru-baru ini, keselamatan KLIA2 telah dipersoalkan berulang kali. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga telah menyatakan bahawa ICAO akan menjalankan audit berkenaan keselamatan di KLIA2. Skop audit ini masih lagi belum diketahui. Apakah benar audit ini telah dilaksanakan? Jika ya, saya meminta agar YB Menteri mendedahkan laporan ini dengan segara.


Justeru, antara tugasan utama YB Menteri adalah menubuhkan badan penyiasatan bebas untuk insiden MH370, mendedahkan segera laporan ICAO Audit berkaitan kerosakan sistem radar Lapangan Terbang Subang pada 12 September 2012 dan skop dan laporan ICAO Audit ke atas Lapangan Terbang KLIA2 yang dijanjikan Timbalan Menteri Pengangkutan pada 16 Jun yang baru berlalu.

Audit yang pernah saya sarankan secara konsisten sejak tahun 2012 wajib dilaksana dan dibentang bagi memastikan negara tidak terkesan dengan sebarang kelemahan dan bagi mengenalpasti tindakan, langkah susulan serta keselamatan bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan pemantauan ruang udara penerbangan awam. Kita wajib melakukan sedaya upaya bagi mengelakkan tragedi MH370 berulang lagi.


NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN KEADILAN






-----------

SATU LAGI DEMO GST PERLU

Posted: 29 Jun 2014 06:00 AM PDT




KOMENTAR

satu lagi demi
anti gst wajib
disusun!

apa pandangan
pembaca


GASAK SAMPAI TERBURAI
Minggu lepas baru saja menghadiri seminar GST mewakili syarikat. Banyak menda mendapat pencerahan.. Memang sahih rakyat kena sembelih. Bil elektrik dikenakan GST apabila melebihi 200 unit.. Hmmmm... 

Berapa kerat rakyat yang pakai elektrik bawah 200 unit? Service Charge(10%) untuk perhotelan tidak dimansuhkan malah service charge turut dikenakan GST. Contohnya: Sebelum GST harga Bilik di hotel: Bilik : RM100 Service Charge : RM10 (10% dari harga bilik) cukai: RM6(6%cukai dari harga bilik) Jadi harga semalam untuk bilik adalah RM116. 



TETAPI APABILA GST DILAKSANAKAN Bilik : RM100 Service Charge : RM10 GST : RM6.60 HARGA BILIK SELEPAS GST ADALAH RM116.60 HARGA BILIK NAIK SEBANYAK RM0.60 Ini baru satu contoh jer.. Begitu banyak faktor lagi yg dikenakan GST. 

Kesimpulan yang diberi adalah kerajaan akan mengunakan apa cara pun untuk memaksimumkan kutipan GST. ABG TT nk tanya ckit nie.. SERVIS UNTK MENLENDIR DAN URUT KENA GST X? -Rebellious Monkey- on MAT MONGOL MENIPU LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/23/14




----------

SELAMAT BERBUKA PUASA

Posted: 29 Jun 2014 03:18 AM PDT



AHAD HARI

PERTAMA
tadi hujan turun
tak lebat tapi menyejukkan
aku wajib berbaju

petang ini
ezi dan jai tak sempat
 merayau jauh
walau pun 
 kami meredah hujan
aku tak ada
apa apa yang spesial
tak ada kuih melayu 
hanya buah manggis
buah mangga waterlily
dan 
buah naga


dalam frigo
penuh dengan 
tuna dan udang galah
hadiah  dari 
 berunai

aku hampir lupa
tahun lalu 
bagaimana aku berpuasa
yang aku ingat 
aku tak pernah tertinggal
kali ini
aku berjanji
nak turun 5 kilo
malam ini 
aku akan timbang
dan akan umumkan
berjaya
atau tidak projek 5 kilo ini


SELAMAT

BERBUKA








-----------

TUNGGU SIJIL ENTOT

Posted: 29 Jun 2014 01:51 AM PDT



ENTOT ENTOT LARI

SIJIL ENTOT PENDING
ada orang kazakhstan tu sorang, nama dia Daniyar, dia dah mohon sijil 'entot' di Malaya, tapi sampai sekarang permohonan tu 'pending'. agak2 si Daniyar tu ada entot curi-curi tak? saja tanya :) on LAWAK SEBELUM PUASA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/28/14

KULUM BIA
MULUT LEBAR



---------

DEDAK PUN NAIK HARGA

Posted: 29 Jun 2014 01:18 AM PDT





           MENCARI BAU 
     KARIPAP BIK MAMA


KOMENTAR
rakyat wajib bergumbira
rakyat wajib bersenang hati
kerana hasan malek 
tidak dibuang kerja

hasan malek yang hasan malek ini
memualkan orang ramai
melahirkan kebencianb orang ramai

hasan malek
sama saperti mahafiraun
adalah ikon yang terbaik
untuk menghasut rakyat
untuk bencikan
parti ketuan melayu


Hasan Malek
PUTRAJAYA - Sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, pengguna dinasihatkan bijak berbelanja dan membeli barangan bermutu pada harga berpatutan.

KAH KAH KAH
woit
bijak berbelanja macam mana
berok ini ingat
selama kita rakyat berbelanja
macam mana

bila harga barang naik
ertinya duit gaji susut
kenapa hasan malik ini 
hasan malek sangat

woit
harga dedak pun naik

KAH KAH KAH


----------

PENGUMUAN

Posted: 28 Jun 2014 11:39 PM PDT







BERI TAHU 

hari ini

tidak ada nasi panggung  
tidak ada dapur jalanan

dalam bulan puasa
nasi pangung 
beralih waktu
nasi panggung 
minggu depan
bermula 
sabtu malam
 jam 9:00

kepada 
sesiapa  ingin
menderma makanan


atau
sesiapa
  ingin membantu
sila hubungi


hadi - 012-664-88-73

pak wan -019-267-12-85

sila ingin
 membuat amal jariah
sila hubungi 
dapur jalanan
di kelab bangsar

------------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kemenangan Brazil - Kapal terbang hampir terhempas dibuatnya

Posted: 29 Jun 2014 03:37 AM PDT

Kemenangan Piala Dunia Brazil menentang Chile hampir saja menyebabkan sebuah kapal terbang terhempas apabila mereka semua bergembira meraikan kemenangan tersebut.



Juruterbang terpaksa meminta para penumpang berhenti meraikan kemenangan itu sewaktu penerbangan kerana telah menyebabkan kapalterbang itu terumbang ambing.... 

 Perlawanan malam tadi itu juga telah memecahkan rekod Twitter kerana ia menjadi yang paling ditweet mengenai acara sukan yang sebelum ini. 

 Kemenangan Brazil itu telah menghasilkan 389,000 tweet seminit (TPM), melebihi rekod sebelum ini yang ditetapkan oleh Super Bowl di mana puncak adalah 382,000 TPM.


Neymar telah mengalami kecederaan paha semasa  pertembungan  Piala Dunia

 Jurulatih Brazil Luiz Felipe Scolari berkata beliau menjangkakan kecederaan Neymar menjadi masalah sehingga empat hari '' kita akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk meletakkan dia di atas padang.''

 Scolari berharap Neymar akan layak untuk Brazil bagi suku akhir di Fortaleza pada 4 Julai.

 Neymar, yang berdepan dengan beberapa cabaran keras dalam perlawanan pusingan kedua, dua kali terpaksa meninggalkan padang untuk rawatan - selepas dikasari oleh Charles Aranguiz pada minit keempat dan kemudian pemain tengah Arturo Vidal-28, apabila Neymar terlambung dan kelihatan mengalami kecederaan sewaktu jatuh.~ Sumber : Ahram Onlite Sports