Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LAGI LAGI KHALID....ADOIIIIII

Posted: 27 Jun 2014 05:31 AM PDT

PKR nafi tuduhan blackout di Ibu Pejabat untuk sabotaj Khalid Ibrahim

Datuk Johari Abdul bercakap semasa sidang media di pejabat Keadilan di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 27 Jun, 2014.Datuk Johari Abdul bercakap semasa sidang media di pejabat Keadilan di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 27 Jun, 2014.Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR menafikan tuduhan insiden blackout semasa proses pengiraan kertas undi pemilihan cabang Kuala Selangor di ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya Rabu lalu merupakan tindakan sabotaj yang disengajakan bagi mengalahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengerusi JPP PKR Datuk Johari Abdul menegaskan insiden yang berlaku kira-kira jam 12 malam itu turut mempunyai laporan aduan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bukan hanya berlaku di pejabat PKR, tetapi di seluruh bangunan Merchant Square.
Beliau berkata sebaik sahaja mengetahui insiden blackout tersebut, JPP mengarahkan proses pengiraan dihentikan serta-merta.

"Tidak mungkin sabotaj kerana pengiraan adalah untuk cabang, bukannya pusat tambahan Khalid dilihat mendahului undi jawatan timbalan presiden jadi tidak timbul tuduhan begitu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Beliau berkata proses pengiraan semula bagi cabang Kuala Selangor itu diteruskan sebaik sahaja bekalan elektrik pulih pada jam 2 pagi.
Semalam, lapor The Star, Khalid dikalahkan oleh pencabarnya S Manikavasagam bagi jawatan ketua cabang PKR Kuala Selangor.
Namun bagi undian timbalan presiden, Khalid dikatakan mendahului penyandang Mohamed Azmin Ali.
Susulan daripada kekalahan itu, portal Perak News memetik daripada sumber pejabat menteri besar Selangor mempersoalkan insiden blackout tersebut.
Kata sumber ‎itu, dipercayai Khalid akan mengadakan bantahan terhadap keputusan itu.
Sementara itu, kata Johari  pengundian cabang Kuala ‎Selangor hanya keputusan awal di mana ianya masih belum disokong pada peringkat tertinggi.
Manakala Johari berkata pemilihan PKR yang sepatutnya selesai sebelum Ramadan terpaksa dipanjangkan.
Katanya terdapat lima pemilihan semua PKR dimana tiga akan diadakan pada 28 ini dan dua pada Ogos ini.
"Dengan permintaan, maka kita setuju adakan pemilihan semula ‎tiga cabang, Sungai Besar, Subang dan Sepang pada 28 dan 10 Ogos pula di Puchong dan Kelana Jaya," katanya.
JPP juga memaklumkan terdapat tiga calon di kawasan cabang PKR Sepang yang dibatalkan kelayakan kerana melanggar peraturan pemilihan.
"Ketiga ini didapati mela‎kukan tindakan yang melanggar pemilihan seperti mengoyak kertas undi," katanya. – 27 jun, 2014.

LAGI KUTUK PENTADBIRAN KHALID

Posted: 27 Jun 2014 05:26 AM PDT

Pua: Gangguan air tanda kurang cekap

Anggota Parlimen Petaling jaya Utara Tony Pua berkata, gangguan terbaru bekalan air di Selangor tidak boleh dimaafkan dan menyalahkan ketidakcekapan kerajaan negeri.

Katanya, dengan musim kering sudah lama diramal, tiada lagi alasan boleh diterima atas kurangnya persediaan atau rancangan luar jangka bagi berdepan cabaran bekalan air tidak cukup.

Beliau juga mengingatkan janji menteri besar dan exco bertanggungjawab pada 11 dan 17 Jun lalu bahawa tiada keperluan untuk mencatu lagi bekalan air.

"Hakikatnya gangguan bekalan air yang serius berlaku sepanjang minggu lalu, tidak lama selepas 'jaminan' kerajaan negeri, ia hanya mendedahkan sikap kurang serius dalam menyelesaikan isu itu dan kurang kecekapan pihak berkuasa relevan.



Dalam kenyataannya hari ini, Pua berkata, ia tidak boleh diterima kerana ia memalukan menteri besar dan kerajaan negeri serta merosakkan kewibawaan Pakatan Rakyat.



Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


BERDEMO UNTUK BAHAGIA

Posted: 27 Jun 2014 07:30 PM PDT






BERDEMO

UNTUK

BAHAGIA 


BALING 1974

KAH KAH KAH

ini berita hebat
warga baling 
paling bahagia?

ini berita menganjing
warga baling?

atau kerana
rashid mydin dan chin peng
pernah menjadi
warga  baling?

tapi yang saheh
ialah bila warga baling
bijak berdemo
mereka menjadi bahagia

justeru 
tujuan kajian ini
nak beri tahu pembaca
berdemolah untuk bahagia

BALING 2014




----------

SIAPA PUNYA KERJA?

Posted: 27 Jun 2014 06:25 PM PDT








DUA EKOR
EEERAWAN MELAYU

KOMENTAR
sekali pandang
perbuatan bodoh

sekali lagi pandang
ini membantu orang 
untuk terus membenci
parti ketuanan melayu
lagi tebal kebencian




Kepala lembu ditemui di depan pintu rumah Rayer


Kepala lembu yang berlumuran darah diletakkan di depan rumah R.S.N Rayer, malam tadi, kata Adun Seri Delima .

Rayer, yang diserang ahli Umno ekoran kenyataan "Umno celaka" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka pagi ini.
"Dia melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan telah disiat kulit," kata Adun dua penggal itu kepada The Malaysian Insider.

KAH KAH KAH
woit
geng baling kepala lembu
dah merebak pulaaak
dulu di shah alam
sekarang di tanjung

pelik
tak berani tunjuk muka
baling masa gelap
ni mesti eeerawan punya kerja
eeerawan yang gelap
eeerawan yang suka gelap

KAH KAH KAH






---------

HARGA MINYAK AKAN NAIK

Posted: 27 Jun 2014 07:30 AM PDT




Kerajaan masih buat kajian teliti
Timbalan Menteri Kewangan,  Ahmad Maslan berkata, kerajaan akan mengutamakan kepentingan rakyat berpendapatan rendah dalam membuat sebarang keputusan bagi memastikan matlamat pemberian subsidi tercapai.

Beliau berkata, tahun ini kerajaan menjangkakan perbelanjan subsidi minyak menurun RM2.4 bilion kepada RM22.4 bilion berbanding RM24.8 bilion pada tahun lalu.


KAH KAH KAH

woit
ada dua pekara disini

satu - ini kelentong
saje kata belum selesai
supaya rakyat tak marah

kedua - takut nak teruskan
takut rakyat kan bangun
lawan kerajaan najib rosmah

KAH KAH KAH




----------

PROJEK UNIVERSITI DODOL

Posted: 27 Jun 2014 06:00 AM PDT






DEDAHKAN KANDUNGAN PERJANJIAN KONSESI UiTM AGAR RAKYAT BOLEH FAHAM

Saya rasa agak terusik dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri bahawa saya tidak faham mengenai konsep penswastaan atau "private finance initiatives" yang menurut beliau banyak mendatangkan kebaikan kepada UiTM. Malah, beliau memaklumkan bahawa kabinet telah menugaskan Dato' Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi penerangan mengenai konsep PFI ini.

Saya rasa Tan Sri Muhyiddin dan keseluruhan kabinet tidak faham dengan kritikan dan isu yang saya bawa. Saya bukanlah menentang bulat-bulat kaedah PFI untuk membiayai projek kerajaan jika ia dibuat secara telus dan menguntungkan rakyat.

Saya mempertikaikan perkara-perkara berikut:

1.      Kenapa penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus sehingga kesemua keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno yang kemudiannya melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek?

2.      Kenapa sewa dan bayaran tahunan yang terpaksa ditanggung oleh UiTM ini sehingga 5 kali ganda lebih mahal dari kos membina sendiri UiTM ini?

3.      Berapakah margin keuntungan yang diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?

Oleh yang demikian, untuk memastikan saya dan rakyat kebiasaan lain faham dan boleh menilai kewajaran Barisan Nasional menswastakan kampus UiTM melalui konsep PFI ini, saya menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM ini kepada umum.

Apabila perjanjian konsesi itu dapat diteliti oleh umum, barulah saya dan rakyat boleh memastikan bahawa tidak ada unsur keuntungan berlipat kali ganda yang diberikan kepada pemegang konsesi seperti mana yang berlaku dalam perjanjian-perjanjian konsesi yang lepas melibatkan penswastaan air dan lebuhraya.

Jika Tan Sri Muhyiddin tidak bersedia untuk mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila saya dan rakyat tidak akan faham kenapa Kerajaan Persekutuan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM, sedangkan ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu.


RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

27 Jun 2014



----------

KES SAMAN DBKL DISAMBUNG

Posted: 27 Jun 2014 02:42 AM PDT





BARU SAMPAI RUMAH

  1. Berita masuk : TT baru dilepaskan sebagai saksi oleh mahkamah dalam kes DBKL saman Bersih. -


  1. esok kau pegi makhamah bawak je satu pasu bunga bagi kat hakim sebagai ganti.Pastu cakap "I rest my case my lord"..setel hehe

--------

SAEKOR INI HILANG DIMANA?

Posted: 26 Jun 2014 10:30 PM PDT






Pengunaan pil kuda di Kelantan tinggi

TUMPAT - Masalah penggunaan dadah terutama pil kuda di Kelantan mencatat jumlah tertinggi berbanding negeri lain, kata Ketua Polis Negeri  Jalaluddin Abdul Rahman.

"Permintaan pil kuda yang tinggi di Kelantan menjadi faktor utama kes penyalahgunaan dadah tinggi di negeri ini berbanding negeri lain," katanya kepada pemberita selepas menutup perlawanan futsal antara polis dengan masyarakat tempatan di sini hari ini.



KAH KAH KAH

woit
mana din ayam
cari din ayam

hanya din ayam
boleh selamatkan keadaan

din ayam
penyelamat bangsa
din ayam 
diperlukan segera

kenapa din ayam
tak dijadikan
menteri besar ayam

KAH KAH KAH






----------

LAGI KES MINTA CERAI

Posted: 26 Jun 2014 09:18 PM PDT





Kontroversi program 'Anak Angkat': Pemimpin Sarawak tolak penjelasan Muhyiddin


Ahli Parlimen Bandar Kuching-DAP Chong Chieng Jen kesal dengan jawapan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap soalan beliau yang ditimbulkan di Parlimen awal bulan ini.
"Program motivasi? Itu satu pembohongan," jawab Chong.
"Jika program itu jujur sebagaimana dikatakan oleh menteri, mengapa ia tiba-tiba ditamatkan selepas bantahan oleh ibu bapa para pelajar?" soalnya.
Berikutan laporan ibu bapa pelajar SMK Balai Ringin di daerah Serian bahawa program itu mempunyai unsur Islamisasi yang dijalankan pada bulan Mei, Muhyiddin memberitahu Chong dalam jawapan bertulis di Parlimen bahawa program itu bertujuan meningkatkan prestasi akademik para pelajar daripada kalangan keluarga miskin.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kontroversi-program-anak-angkat-pemimpin-sarawak-tolak-penjelasan-muhyiddin#sthash.wgYIDHjY.dpuf

Sarawak leaders rubbish Muhyiddin's answer on 'Anak Angkat' project


KAH KAH KAH
woit
kesian tengok malikul sembab
baru  dapat bernafas
baru lepas tali gantung
hari ini kena tibai pulak

malikul ini dah mula
nak jadi pendakwa pulak
inilah ajaran pendakwa
sunni wal rasuah

bila banyak  buat rasuah
pergi cium batu hitam
bila banyak rembat harta rakyat
cari banyak mualaf

KAH KAH KAH


---------

ADA GAJAH DIBELAKANG TUAK

Posted: 26 Jun 2014 08:30 PM PDT





UMNO: MoU belia Orang Asal Sabah tidak perlu

 | June 26, 2014
Tindakan belia PBS, PBRS dan UPKO menandatangani MoU untuk barisan bersatu menunjukkan bahawa mereka tidak mengakui kewujudan Pemuda BN Sabah.
sabah_sign_300KOTA KINABALU: Belia Umno Sabah merasakan bahawa penubuhan Gabungan Pergerakan Pemuda Sabah oleh rakan-rakan Orang Asal dalam tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah tidak perlu.
Penolong Setiausaha Mohd Bahrin Abd. Karim berkata langkah yang diambil oleh UPKO, PBS dan PBRS untuk menubuhkan barisan bersatu akan mengetepikan 'semangat setiakawan' pergerakan belia dalam BN.
Mohd Bahrin juga mendakwa bahawa tindakan belia PBS, PBRS dan UPKO menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menubuhkan barisan bersatu menunjukkan bahawa mereka tidak mengakui kewujudan Pemuda BN Sabah.


KAH KAH KAH
woit
ini tandanya
semangat nasionalisma
kadazan iban
sabah semakin luas

woit
ini macam
nak minta tambah bujet
kalau tidak
minta ceraraaaaai
KAH KAH KAH


----------

TAK TAHU NAK LAPOR

Posted: 26 Jun 2014 08:00 PM PDT



MAHKAMAH 

LAGI

kelamrin satu hari
pagi ni sekali lagi
petang kelmarin dah masuk
kandang saksi
pagi ini sambung lagi

ciiiiis
bedebah kamu


disumpah dua ekor panda
tersepit kamu
di celah ketiak 
bik mama
KAH KAH KAH



-------

BELAJAR APA?

Posted: 26 Jun 2014 07:38 PM PDT




MELAYU ISLAM
Itulah masalahnya org 'Melayu Islam'. Cepat sangat nak naikpangkat walaupun takde pengalaman dan kurang kebolehan. Konsepnya senang. Kalau lu lemah, lu jangan naik pangkat. Gua ingat lagi, masa gua kat U dulu, adalah persatuan tu bukan men ghairah lagi nak jadikan aku pimpinan mereka. Tapi, gua taknak pasal disiplin gua pun lemah.

 Baik gua belajar silat dari masuk kumpulan itu. Sebab dalam Ahlul sunnah waljamaah pun, antara syarat nak jadi pemimpin, dia mesti berdisiplin, kuat, dan berani. But, since kekuatan dan disiplin aku tak capai standard tinggi lagi, maka aku taknak cari pangkat kat U, but aku lagi prefer belajar silat, latih jd berani dan disiplin. 

Bahkan, masa aku gelak je bila ada org nak ajak aku kerja kat multinational company, hahaha. Baik aku kerja cikgu KAFA berjiwa kiri (macam mat indera) dari kerja MNC. Yang penting, jujur dgn diri sendiri. Lu lemah, lu jangan naik pangkat. Simple. on INI MESTI CINA PUNYA KERJA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/26/14

---------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT