Khamis, 19 Jun 2014

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Senja Nan Merah

Posted: 19 Jun 2014 01:17 AM PDT

Awie kata:
Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah liku-liku curam insani...
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya dalam hidup seribu warna...
Haruskah kita mencari dalam senja begini kembali kita bertemu..
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi kembali kita bersama...
Haruskah kita mencari suatu senja dalam kepedihan...


Maira Elizabeth Nari kata:
"Saya ambil ringan semua perkara. Bagaimana saya boleh kembalikannya semula?"
"Saya harap dapat undurkan masa ke malam 7 Mac. Malam di mana ibu dan adik menghantar ayah menaiki pesawat.
"Saya tidak ikut kerana saya baru pulang ke rumah dan masih berasa letih. Saya masih ingat dia berdiri di muka pintu bertanya sama ada saya mahu ikut menghantarnya.
"Ayah mengucapkan selamat tinggal, jaga diri dengan mengukirkan senyuman dan berlalu pergi.

#usinkata :
Ketidaksempurnaan itu akan kelihatan 'sempurna' hanya bila ia tiada ...

Maka haruskah kita menunggu untuk bertindak apabila kita menghampiri hujungnya senja nan merah...

Perlukah kita mengecapi saat-saat.. keterlewatan..kelambatan..kekesalan..

Haruskah kita mengingati lirik Ac Mizal - "Andainya ku bisa putarkan saat waktu.."

Haruskah ???

dollah yankee

dollah yankee


Siapa menteri kewangan masa tu?

Posted: 19 Jun 2014 07:30 AM PDT

Jumlah hutang kerajaan meningkat daripada RM362.3 bilion pada tahun 2009 kepada RM519.3 bilion pada akhir tahun lalu.

Hutang kerajaan melambung hingga 80.7% pada tahun 1990 akibat krisis ekonomi tahun 1980-an, tetapi turun secara progresif kepada paras paling rendah dalam sejarah, iaitu 31.8% pada tahun 1997. Hutang kerajaan yang kecil itu membantu mengurangkan kesan buruk krisis mata wang Asia 1997/98.

teruskan baca disini:

dollah yankee -
Anwar memang terbaik !!!

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KELAS FALSAFAH - MINGGU DEPAN - MATRIX

Posted: 19 Jun 2014 07:30 PM PDT







MATRIX

MALAM RABU




MEMBACA FILEM
 DENGAN 
ILMU SEMIOTIK
dan
melihat  falsafah
dalam filem matrix

kelas mula lebih awal
jam 8:30 malam
rabu 25 jun 2014

semua dijemput
universiti bangsar utama

BERITA BAIK UNTUK SEMUA

Posted: 19 Jun 2014 06:30 PM PDT








KOMENTAR
ini berita baik
kalau muhyiddin undur
macam ptong stim
politik malaysia

tapi apa sebenarnya
disebalik berita
muhyiddin nak letak jawatan?

mesti ada sesuatu
tunggu dan nanti


Saya akan terus berkhidmat sebagai TPM, kata Muhyiddin



 Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan kepada i Najib Razak, selagi khidmatnya diperlukan.
"Setakat hari ini, tak ada apa-apa pun perkara yang dibangkit melibatkan kedudukan saya," kata beliau.
Semalam, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.
- baca disini: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-akan-terus-berkhidmat-sebagai-tpm-kata-muhyiddin#sthash.G3Fbqyiv.dpuf


KAH KAH KAH

malikul sembab

strikes back

KAH KAH KAH




---------

LAGI PROJEK KAYAKAN KRONI

Posted: 19 Jun 2014 06:06 PM PDT





KONSESI PENSWASTAAN UiTM JASIN DIBERIKAN KEPADA BEKAS-BEKAS WAKIL RAKYAT UMNO SELANGOR

Pemberian konsesi penswastaan UiTM Jasin yang diberikan kepada syarikat yang dikawal oleh dua orang bekas wakil rakyat Umno Selangor membuktikan bahawa keputusan lantikan syarikat pemegang konsesi dibuat secara rundingan terus. Malah, saya berpendapat bahawa keputusan untuk membina kampus-kampus cawanga UiTM ini lebih dipengaruhi kepada lobi dan rundingan dengan syarikat-syarikat pemegang konsesi, bukannya berdasarkan perancangan jangka panjang UiTM sendiri.

Konsesi penswastaan UiTM Jasin diberikan kepada YBK Usahasama Sdn Bhd yang dikawal oleh dua orang tokoh Umno Selangor yang juga bekas wakil rakyat iaitu:

1.      Dato' Zainal Abidin Sakom, bekas ADUN Batang Kali, dan
2.      Dato' Dr Hj Mat Yasir Ikhsan, bekas ADUN Sg Air Tawar, Sabak Bernam (1999-2004) dan bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam (2004-2008)

Sebelum ini, yayasan yang dikawal oleh Dato' Zainal Abidin Sakom iaitu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah terlibat dalam satu kontroversi iaitu cadangan pembinaan UiTM Cawangan Serendah di atas tanah yang pernah dianugerahkan oleh pentadbiran Umno kepada yayasan tersebut. Tanah tersebut diambil balik oleh pentadbiran Pakatan Rakyat apabila YBK melanggar beberapa syarat yang ditetapkan Kerajaan Selangor.

Selepas kegagalan membina UiTM Cawangan Serendah, syarikat yang dikawal oleh kedua-dua mereka melalui YBK terlibat pula di dalam konsesi penswastaan UiTM Cawangan Jasin. YBK bukanlah sebuah entiti yang terlibat di dalam projek pembinaan dan pengurusan aset besar, malah pemegang konsesi iaitu YBK Usahasama Sdn Bhd hanya ditubuhkan dalam tahun 2010 iaitu selepas usaha membuka UiTM Cawangan Serendah gagal.

Ini memberi gambaran seolah-olah keputusan untuk memberikan satu konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM kepada kedua-dua tokoh ini dibuat terlebih dahulu sebelum keputusan membangunkan kampus-kampus cawangan UiTM.
Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa YBK Usahasama Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh Serendah Heights Sdn Bhd. Serendah Heights Sdn Bhd pula dimiliki oleh 3 entiti iaitu Yayasan Basmi Kemiskinan, Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan Just Wisdom Sdn Bhd.

Dato' Zainal Abidin Sakom adalah pengerusi YBK dan pengarah di dalam Serendah Heights Sdn Bhd dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd sementara Dato' Dr Hj Mat Yasir Ikhsan adalah pengarah kepada Serendah Heights Sdn Bhd dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd.

Isteri kepada Dato' Zainal Abidin Sakom iaitu Datin Hartini @ Gayah Osman juga adalah pengarah Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

Susunatur pegangan syarikat-syarikat ini menunjukkan bagaimana YBK Usahama Sdn Bhd iaitu pemegang konsesi 23 tahun UiTM Cawangan Jasin yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion ini dikuasai dan dikawal oleh tokoh-tokoh Umno Selangor iaitu Dato' Zainal Abidin Sakom dan Dato' Dr Hj Mat Yasir Ikhsan.

Bukti-bukti yang saya tampilkan setakat ini sudah cukup menunjukkan bagaimana UiTM digunakan oleh Umno untuk menanggung bebanan bayaran kepada syarikat konsesi yang semuanya milik pimpinan Umno. Ini adalah bukti yang sudah nyata dan kenyataan Menteri Pendidikan II bahawa bukti yang saya kemukakan tidak lengkap (dan menyerang peribadi saya tanpa menyangkal bukti-bukti ini) menunjukkan bahawa Umno tidak bersedia untuk berdepan dengan isu ini.


RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

19 Jun 2014






---------

BEREBUT KARIPAP

Posted: 19 Jun 2014 07:38 AM PDT




Suami tetak isteri dan teman lelaki awal pagi


Seorang wanita berusia 30-an dan seorang lelaki berusia 19 tahun cedera parah apabila ditetak oleh suami wanita berkenaan dalam kejadian di Jalan Rakyat, Langgar, di Alor Setar hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, suami kepada wanita itu baru sahaja pulang daripada berniaga dan ternampak isterinya bersama dengan lelaki lain dalam rumahnya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/suami-tetak-isteri-dan-teman-lelaki-awal-pagi#sthash.pGD4Xds5.dpuf


KAH KAH KAH

kesah jantan 

bodoh

berebut karipap

 basi

di negeri china

ada berjuta

karipap

di negeri india

ada berjuta 

karipap

semua fresh

kah kah kah

----------

BARU SEKARANG SEDAR

Posted: 19 Jun 2014 06:30 AM PDT





KOMENTAR

bagaimana cukong ini
dapat rembat tanah sentul?

bagaimana cukong ini rembat
tanah kampong chu badak?

bagaimana cukong ini rembat
hotel majestic?

bagimana cukong ini remabat
tanah sebelah muzium negara?

cukong ini rembat bangunan
dan tanah  mahkamah shariah?




MTEM dakwa kekayaan YTL diberi kerajaan tidak diagih kepada rakyat


Kumpulan perniagaan Melayu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mendakwa YTL Corp Bhd (YTL) yang mendapat kekayaan daripada projek kerajaan tidak menyalurkannya secara seimbang kepada rakyat.
Ketua pegawai eksekutifnya Mohd Nizam Mahshar berkata, sumbangan YTL sangat kecil kepada negara berbanding keuntungan berbilion ringgit yang mereka perolehi.
"Dalam laporan 2013, YTL Corp mencatatkan pendapatan berjumlah hampir RM20 bilion dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.8 bilion. Ekuiti yang diagihkan kepada pemilik syarikat induk pula RM13.3 bilion.
-baca sini: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mtem-dakwa-kekayaan-ytl-diberi-kerajaan-tidak-diagih-kepada-rakyat#sthash.XSrBT82M.dpuf



KAH KAH KAH


baru sekarang

sedar

tanah sentul

sudah  habis

 kena rembat

oleh cukong ytl


-----------

KICAUAN DARI TWEETER

Posted: 19 Jun 2014 01:43 AM PDT






DARI 

TWEETER

  1. LIVE! Jam 8 malam ini dari KLSCAH! Forum ulang tahun ke-66 perjuangan anti-British. Ishak Surin, Ah Chuan, & . Sebar!






----------

DARI MANA DATANGNYA MELAYU

Posted: 18 Jun 2014 10:08 PM PDT








KESEDARAN 
AKU  INI MELAYU

Sultan Husin seorang pemadat candu – atau dalam bahasa anak muda hari ini Mat Gian Candu telah menjualkan Singapura kepada tokan candu yang bernama Sir Stamford Raffles pada tahun 1819. Pada tahun 1924 Perjanjian Anglo-Dutch telah ditanda tangani. Maka terpecah Bumi Melayu – menjadi Tanah Melayu dan Indonesia.

Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor telah ditanda tangani – satu demi satu Bumi Melayu jatuh ke tangan Baginda Queen. Pada tahun 1909 Penjanjian Anglo-Thai ditanda tangani. Empat wilayah Melayu Utara Semenanjung dijadikan milik Siam.

Penjajah British dengan licik telah menempatkan Tuan Residen sebagai penasehat kepada Sultan. Sesiapa yang hendak menjadi Sultan walau pun namanya Atan jika sedia bersekongkol dengan British pasti akan dinobatkan sebagai Sultan.

Pada tahun 1905 Malay College Kuala Kangsar (MCKK) didirikan. Pada tahun 1922 Sultan Idris Training College (SITC) telah didirikan. Pada tahun 1917 Revolusi Bolshevik berjaya membasmi kuasa kaum feudal di Rusia. Semenjak berlakunya Revolusi Oktober 1917 ini – dunia terus berubah. Revolusi di Rusia bukan hanya merobah lanskap politik Eropah tetapi ianya juga merobah lanskap politik tanah jajahan yang dijajah oleh kuasa Eropah.

Ketika Revolusi Rusia berlaku Tanah Melayu di bawah tangan British, Jawa dan Sumatra di bawah tangan Belanda. Kerajaan Melayu Melaka, Mataram , Majapahit, Acheh, Patani – semuanya tunduk dibawah kuasa British dan Belanda yang datang dengan teknoloji senjata yang terbaru.

Kuasa penjajah datang dengan kapal wap, senapang dan meriam. Tombak, lembing , panah dan jampi serapah tidak dapat menandingi ledakan meriam dan letupan senapang.

Penjajah British dengan bijak telah mendirikan Malay College untuk mendidik anak dan cucu cicit kaum bangsawan Melayu agar mereka menjadi budak suruhan yang setia kepada Baginda Queen. Mereka dididik untuk menjadi Buah Kelapa – gelap diluar puteh didalam. Lepasan dari MCKK menjadi tulang belakang pentabiran British dari zaman penjajah hingga ke zaman pasca 1957.

Dalam masa yang sama – British juga memerlukan warga yang tahu membaca dan menulis. Maka anak-anak petani dan nelayan perlu juga diajar membaca dan menulis. Mereka yang 'cerah otak' TIDAK diterima masuk ke MCKK kerana tidak ada darah bangsawan lalu mereka dikampongkan ke Tanjung Malim.


Lulusan MCKK dan SITC ini menggambarkan dua jalur pembelajaran yang melahirkan dua pandangan Bani Melayu hingga ke hari ini. Dua garis ini adalah kesinambungan dari Garis Tamdun Bangsa Melayu.

Apa dia Garis Tamadun Bangsa Melayu?

Garis ini telah wujud dalam Canon Corpus Melayu – Hikayat Hang Tuah. Dua garis ini ialah garis Hang Tuah dan Garis Hang Jebat. Hang Tuah mewakili garis kesetiaan tanpa belah bagi. Manakala Jebat adalah garis perlawan untuk menegak keadilan. Dua garis ini masih bermain dalam kancah politik dunia Melayu hingga ke hari ini.

Kita lihat bagimana MCKK melahirkan pegawai British yang cekap, baik, jujur berhemah tetapi gagal untuk memahami bahawa tanah tumpah darah dan bangsanya sedang dijajah. Anak dan cucu cicit bangsawan gagal untuk merasakan apa itu penjajahan kerana mereka sendiri dipilihara oleh penjajah British. Mereka hidup dipinggir kuasa British. Kerana itu sering kali mereka cuba berlagak lebih tuan dari tuan. Lebih kuali dari belanga. Lebih British dari British. Sama saperti watak Ridhuan Tee dalam kontek hari ini – lebih Melayu dari Melayu.

Ini tidak berlaku dengan lepasan SITC. Dari Tanjung Malim munculnya fikrah melawan. Pencerahan dari pembacaan telah membuka kesedaran bahawa Tanah Melayu sedang dijajah. Perasaan dan kesedaran ini telah digembelingkan dalam satu oragnisati politik. Pada tahun 1938 secara resmi Ibrahim Yacob telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda dengan cita dan niat untuk memerdekakan Tanah Melayu.

Di Seberang Selat Melaka lebih awal lagi telah wujud kesedaran untuk merdeka. Organisasi ISDV – Indies Social Democratic Association – telah melancarkan serangan bersenjata terhadap Belanda pada akhir tahun 1917. Walau pun gagal tetapi jelas bahawa pengaruh Revolusi Rusia telah sampai ke alam Melayu. Kegagalan Pemberontakan di Surabaya ini telah melahirkan Serekat Islam pada tahun 1917. Pada tahun 1927 telah tertubuh Parti Nasionalis Indonesia.

Apa yang ingin dijelaskan disini ialah perkataan saperti Parti Politik, Siasah, Penjajah, Ekonomi, Imperialisma, Nasionalsima – kini telah menjadi bahasa ucapan harian dan bahasa tulisan oleh pemikir bangsa di Tanah Melayu dan juga di Indonesia. Perkataan-perkataan ini sarat dan bunting dengan ajenda merdeka. Bunting dengan ajenda melawan penjajah. Bunting dengan garis Hang Jebat.

Dalam suasana dan ketika ini sayugia diingatkan bahawa Britiah telah membawa masuk ratusan ribu Pendatang Asing dari China dan India. Mereka ini selain dari menjadi buruh adalah juga penggerak sistem ekonomi kapitalis yang ditaja oleh penjajah British.

Kaum buruh dari China dan India ini hakikatnya kesetiaan mereka BUKANkepada Tanah Melayu. Budaya, bahasa dan cara hidup mereka tidak lahir dari Sungai Pahang, tidak berteduh dibawah Gunung Tahan, tidak dipukul ombak Pantai Cinta Berahi. Tidak ditaburi belacan dan budu. Tidak dihiasi oleh petai dan jering.

Untuk Pedatang Asing ini Tanah Melayu ini hanya tempat mereka 'cari makan'. Tetapi mereka juga sedar sebagai kuli mereka hanya memiliki kemungkinan untuk memperbaiki ekonomi kehidupan mereka di Tanah Melayu. Di negara asal mereka mustahil mereka mendapat mencari sesuap nasi. Hakiktnya - hidup mereka lebih lumayan dari apa yang mereka kecapai di China atau India.

Pekara ini bukan susah untuk difahami. Lihat sahaja hari ini bagaimana warga Bangla, Myamar, Indon – berduyun-duyun menerbus masuk ke Malaysia untuk memperbaiki ekonomi kehiduapn mereka. Mereka sanggup bergolok bergadai – sanggup menyabung nyawa untuk sampai ke Kuala Lumpur. Ini sebenarnya adalah 'ulang tayang' sejarah kesampaian Orang Asing ke Tanah Melayu. Ulang tayang ini diharapkan akan menimbulkan kesedaran sejarah kepada Orang Melayu bahawa baginilah asalnya Orang China dan Orang India datang ke Tanah Melayu di bawa oleh British dahulu.

Kuli India dan China ini - sebagai Pedatang Asing - mereka juga TIDAKterlepas dari penindasan penjajah. Mereka membanting tulang di ladang getah dan lombong bijeh untuk mengkayakan Mem dan Tuan yang tinggal di Hamstead atau di Notinghill. Mereka memburuh untuk membesarkan dompet Baginda Queen.

Oganisasi yang paling sesuai dan bertanggung jawab menyusun mereka pastilah organisasi buruh. Maka pada tahun 1930 Parti Komunis Malaya telah ditubuhkan secara resmi di Kuala Pilah. Uncle Ho Chin Minh dari Hanoi telah datang ke Batu Kikir sebagai wakil Komunis International untuk merayakan penubuhan PKM.

Dua organisasi KMM dan PKM walau pun membawa ajenda MERDEKA tetapi lubuk mereka amat berbeza. KMM adalah anak tulin Tanah Melayu. Budaya, bahasa dan gaya hidup mereka lahir dan muncul dari Bumi Melayu. Manakala Orang India dan Orang China – budaya, bahasa, gaya hidup mereka lahir di India atau di Tanah Besar China. Perbezaan ini wajib diakui jika kita mahu memahami politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita hari ini.

Tahun-tahun sebelum pecahnya Perang Dunia Kedua ialah zaman dimana konsep Melayu sebagai satu bangsa dalam satu tanah air diolah dan diwujudkan. Ini bukan bermakna sebelum ini Manusia Melayu tidak wujud. Manusia Melayu telah wujud berjuta tahun di Tanah Melayu. Tetapi konsep – Kita Ini Melayu – hanya wujud apabila Manusia Melayu bertemu Orang Lain – The Other. Orang Lain ini ialah Orang China, Orang India dan Orang Puteh.

Sebelum bertemu dengan Orang Lain – ada Melayu Kedah, Melayu Singapura, Melayu Johor dan dan dan – tidak wujud konsep Melayu saperti mana yang kita rasakan hari ini. Justeru kaum nasionalis kiri Melayu dan warga SITC telah berjaya melakukan konstruk budaya untuk menimbulkan kesedaran Aku Melayu dan Tanah Melayu ialah tanah tumpah darahku.

Lalu timbul persoalan – jika Tanah Melayu ini tempat tumpah darah Manusia Melayu- bagaimana pula dengan Orang China dan Orang India yang bukan sadikit jumlahnya.

Saya cukup yakin The Other- Orang Lain – China dan India yang ada di Tanah Melayu pada ketika KMM melaungkan MERDEKA – pasti telah dibincangkan. Untuk memahami Orang Lain dalam Tanah Melayu ini kita wajib kembali melihat gerakan nasionalisma sebelum dan sesudah Perang Dunia Kedua.

Membuka sejarah sebelum dan sesudah perang kita akan bertemu kembali dua garis Tamadun Bangsa Melayu. Garis Hang Tuan dan Garis Hanmg Jebat. (TT)

KAMARAZAMAN TEH
PEMIMPIN PKM

ANAK MUDA
MENYAMBUNG TRADISI

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


------------

LAGI DUIT RAKYAT KENA REMBAT

Posted: 18 Jun 2014 09:18 PM PDT






MOSTI SAHKAN ANAK-ANAK SYARIKAT NSE RESOURCES PERNAH MENDAPAT GERAN

Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) sebelum ini bertegas tidak pernah memberi apa-apa geran kepada syarikat NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd ("NSE") yang sebelum ini saya kaitkan dengan kelulusan dana RM100 juta di bawah MOSTI.

Malah, Timbalan Menteri MOSTI Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah pada 23 April 2014 dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai berkata:

1.      MOSTI tidak pernah menerima sebarang permohonan geran dari NSE

2.      Geran maksima yang diberikan oleh MOSTI adalah RM3 juta kecualilah ia projek yang diusahakan anak-anak syarikat MOSTI sendiri

Saya telah mendapat tahu bahawa geran-geran yang diberikan kepada NSE sebelum ini ialah melalui syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya iaitu Global Network Technology Sdn Bhd dan NSE Pomar Sdn Bhd.

Saya telah mengajukan soalan untuk mendapatkan pengesahan dari MOSTI sama ada MOSTI atau mana-mana agensi di bawahnya pernah memberikan apa-apa geran kepada kedua-dua syarikat ini.

Jawapan MOSTI yang bertarikh 16 Jun 2014 dilampirkan yang jelas menunjukkan bahawa MOSTI sendiri mengakui ia pernah memberi geran-geran berjumlah RM14.19 juta kepada kedua-dua syarikat ini. Malah, kedua-dua syarikat berkaitan dengan NSE ini telah gagal menyempurnakan projek dan projek telah ditamatkan.

Lebih dari itu, jawapan MOSTI sendiri bertentangan dengan kenyataan awal Timbalan Menteri bahawa dana maksimum adalah RM3 juta bagi setiap projek. Dana yang diberikan kepada Global Network Technology Sdn Bhd adalah RM5.995 juta untuk satu projek dan RM3.733 juta untuk projek kedua; sementara dana kepada NSE Pomar Sdn Bhd adalah R4.463 juta.

Saya tidak pasti sama ada Timbalan Menteri MOSTI tidak mendapat maklumat sepenuhnya mengenai geran-geran yang diberikan oleh kementerian beliau atau beliau cuba menyembunyikan maklumat dari orang awam mengenai keistimewaan yang selama ini dinikmati oleh syarikat-syarikat yang sering mendapat geran dari MOSTI seperti NSE ini (atau anak-anak syarikatnya).

Sebab itu penafian kosong yang dibuat oleh MOSTI pada hari Khamis, 12 Jun 2014 tidak membawa apa-apa makna selagi Perdana Menteri dan Menteri MOSTI tidak membuat akuan bersumpah bahawa mereka tidak pernah menandatangani surat-surat bersabit kelulusan geran RM100 juta kepada NSE.

Tanpa penafian dalam bentuk akuan bersumpah, surat dari Menteri MOSTI yang saya lampirkan bolehlah dikira benar, apatah lagi apabila Perdana Menteri dan Menteri MOSTI enggan menjawab soalan berkenaan kesahihan surat-surat itu di dalam Parlimen.

Saya yakin bahawa banyak lagi ketirisan dalam pentadbiran dan pemberian geran seperti ini yang berlaku yang belum didedahkan. Jika MOSTI dan Perdana Menteri terus mengamalkan pemberian geran yang besar sehingga mencecah ratusan juta ini kepada syarikat-syarikat tertentu, rakyatlah yang akan terus terbeban dengan pelbagai cukai baru dan lain-lain untuk menampung ketirisan ini.

  
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

18 Jun 2014




-------------

HAPUSKAN AKTA HASUTAN 1948

Posted: 18 Jun 2014 08:48 PM PDT


KOMENTAR

tukar tiub tidak bersetuju
tukar tiub tidak menyokong
tukar tiub membantah
presiden isma
di dakwa di bawah akta hasutan

tukar tiub
menentang akta hasutan
menuntut akta baginda queen ini dilupuskan
akta ini dilulus pada tahun 1948
bertujuan menindas kaum nasionalis
yang bangun menentang penjajah british

bersuara adalah hak asasi

jika tidak bersetuju
dengan pandangan isma
jawapannya bukan pendakwaan
tapi berhujah melawan
pandangan ini


Abdullah Zaik Abdul Rahman
SHAH ALAM - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang terhadap tuduhan mengeluar kenyataan menghasut 6 Mei lalu.


KOMENTAR

tukar tiub tidak bersetuju
tukar tiub tidak menyokong
tukar tiub membantah
presiden isma
di dakwa di bawah akta hasutan

tukar tiub
menentang akta hasutan
menuntut akta baginda queen ini dilupuskan
akta ini dilulus pada tahun 1948
bertujuan menindas kaum nasionalis
yang bangun menentang penjajah british

bersuara adalah hak asasi

jika tidak bersetuju
dengan pandangan isma
jawapannya bukan pendakwaan
tapi berhujah melawan
pandangan ini

----------

TAK ADA DAKWAAN

Posted: 18 Jun 2014 08:00 PM PDT






Polis London siasat Perkasa kerana komen pembaca portal, kata Ibrahim Ali


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) disiasat polis London ekoran pandangan pembaca sebuah portal yang mendakwa mereka menggunakan dana awam dalam perjalanan pertubuhan itu ke London, kata Datuk Ibrahim Ali.
Presiden Perkasa itu berkata, polis London mengambil kenyataan ketua wiranita Perkasa dan ketua penaja sehari sebelum acara perasmian Perkasa London diadakan.


KAH KAH KAH

wiranita perkasa

no case laaa

mereka jawab

mi spik 

no inglisss

kah kah kah

----------