Sabtu, 7 Jun 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Posted: 07 Jun 2014 06:00 AM PDT

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SURAT UNTUK KHALID NORDIN

Posted: 07 Jun 2014 06:00 PM PDT







SURAT TERBUKA
KEPADA MENTERI BESAR JOHOR
MOHAMED  KHALED NORDIN
 
Hassan Karim
d/a Tetuan Hassan Karim & Co.,
Peguambela & Peguamcara
Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839 (H/P:012-793-11-48)
Tarikh: 7hb Jun 2014
 
 
Kepada
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor
Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 3, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor
 
YAB Datuk Seri,
 
Asalamualaikum Saudara,
 
PER:RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR
 
Dengan  rendah hati saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Hassan Karim seorang rakyat Johor, warganegara Malaysia yang tinggal di Pontian, Johor serta beralamat seperti di atas.
2.            Surat terbuka ini ditujukan dan dialamatkan kepada saudara selaku Menteri Besar Johor.  Saya ingin merujuk perkara yang tersebut di atas iaitu mengenai Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ringkasnya RUU (LPHJ).
 
3.            Saya mendapat maklum dari media bahawa pada hari Isnin ini 9.6.2014 RUU (LPHJ) akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri  (DUN) Johor di Nusajaya. RUU(LPHJ) itu jika diluluskan oleh DUN maka ia akan menjadi  satu enakmen yang mempunyai  ciri-ciri, antara lainnya seperti berikut:-
                (a)          ia memberi kuasa  kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun LPHJ;
               (b)           Sultan Johor mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah  baharu;
                (c)           Sultan diberi kuasa menentukan  jumlah elaun dan saraan ahli lembaga pengarah;
               (d)           Sultan diberi kuasa melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.
4.           Saya percaya jika RUU (LPHJ) seperti yang ada sekarang diluluskan maka ia akan membawa implikasi bahawa                Kerajaan Johor yang dipilih oleh rakyat memberi kuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan.                  
 
5.            Saudara sebagai Menteri Besar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia tentu lebih faham bahawa RUU (LPHJ) yang akan dibentangkan di DUN Johor ini adalah bercanggah dengan konvensi sistem berkerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
 
6.            Saudara sebagai Menteri Besar Johor mestilah menjadi banteng untuk mempertahankan kedua-duanya iaitu institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Saudara mesti mengambil apa juga langkah untuk mengelakkan supaya Sultan Johor tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri secara langsung sebagai kuasa eksekutif. Ini untuk mengelakkan Sultan Johor dari terdedah kepada penghinaan. Sebagai contoh, sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam, saudara tentu faham bahawa jika Sultan diberi kuasa untuk membubar dan melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, maka keputusan Sultan itu adalah satu keputusan eksekutif kerajaan dan ia boleh dicabar di mahkamah di dalam prosiding Semakan Kehakiman (Judicial Review). Sanggupkah saudara melihat kebawah duli Sultan Johor diheret ke Mahkamah Sivil sebagai seorang responden oleh pihak-pihak yang berasa terkilan apabila diberhentikan sebagai ahli lembaga pengarah? Jika ini berlaku tidakkah Sultan akan terdedah kepada penghinaan? Jika saudara masih sayangkan Sultan!
 
7.            Saya ingin bertanya, adakah saudara mendapat nasihat perundangaan dari Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (PUNJ) apabila saudara sebagai ketua Majlis Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, mudahnya kerajaan Johor hendak membentangkan RUU (LPHJ)? Jika ada nasihat dari PUNJ, apakah nasihat mereka? PUNJ memikul tanggungjawab sebagai penasihat undang-undang kepada Kerajaan Johor. Siapa yang menderaf RUU (LPHJ) ini? Adakah diteliti oleh PUNJ? Jika PUNJ berkata " Yes" sahaja terhadap RUU (LPHJ) itu nyata sekali PUNJ telah melakukan satu kecuaian. Tapi ini satu spekulasi sahaja.
 
8.            Jadi siapa sebenarnya yang menderaf, mendesak supaya RUU (LPHJ) ini dibentangkan? Adakah Sultan Johor tahu? Adakah baginda setuju? Atau adakah baginda Sultan yang mengarahkan supaya dibentangkan dengan peruntukan seperti yang ada sekarang? Ini satu pertanyaan. Saudara mesti telus. Perkara ini sudah jadi isu nasional.
 
9.            Sekarang saudara perlu memikul satu lagi tanggungjawab. Saudara jadi Menteri Besar kerana saudara menang sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri Permas, dalam negeri Johor. Parti politik saudara UMNO/Barisan Nasional menjadi parti yang menang majoriti di DUN Johor. Saudara tidak berada di dalam DUN Johor kerana dilantik oleh Sultan. Rakyat yang lantik saudara. Jadi saudara perlu memikul satu lagi konvensi sistem bernegara dan bernegeri di Johor dan Malaysia ini iaitu sistem Demokrasi Berparlimen.
 
10.          Demokrasi berparlimen adalah secara mudah difaham ialah kuasa rakyat yang memilik satu kerajaan iaitu kerajaan pilihan rakyat melalui satu pilihanraya yang bersih dan adil. Jadi tugas saudara sebagai Menteri Besar ialah sentiasa bersikap cermat, waspada, dan sentiasa cemburu supaya kuasa kerajaan pilihan rakyat tidak diceroboh oleh pihak istana. Bukan seperti apa yang berlaku sekarang. Saudara telah buka pintu seluas-luasnya untuk Sultan berkuasa di dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri  khususnya dalam satu bidang yang amat penting dan strategik iaitu sektor perumahan dan hartanah. Jadi saudara telah pecah amanah yang diberi oleh rakyat. Saudara telah gagal untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di Johor. Perlu diingat, Johor bukan satu negeri berdaulat dan merdeka sendiri. Johor adalah satu komponen dalam Persekutuan Malaysia yang merdeka.
 
11.          Saudara selaku Menteri Besar perlu memikul tanggungjawab terhadap isu ini yang boleh menjadi satu skandal perundangan dan perlembagaan. Saudara perlu dipersalahkan sekiranya akhirnya institusi raja dan Sultan Johor dihina rakyat. Saudara perlu melindungi hal seperti itu berlaku. Ini memerlukan seorang Menteri Besar yang bijaksana, tegas dan berpandangan jauh untuk menasihati Sultan, jika di pihak Sultan sendiri yang begitu ghairah untuk mempunyai kuasa eksekutif. Saudara mesti menasihati baginda.
 
12.          Saudara selaku Menteri Besar patut turun padang dan mendengar keluhan dan kegelisahan rakyat. Adakah saudara tahu bahawa di Johor sekarang sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Sultan Johor secara langsung atau melalui nominenya atau proksinya terlibat dalam hal perniagaan termasuk dalam sektor perumahan dan hartanah. Saudara tentu sedar sektor hartanah terutamanya hartanah mewah sedang berkembang pesat di Iskandar Malaysia?  Saudara tentu sedar banyak kawasan laut dan selat serta pantai sedang rancak di tambak di Johor Bahru dan Iskandar Malaysia seperti di Nusajaya dan Gelang Patah, juga Pengerang. Adakah saudara sedar bahawa tanah-tanah yang ditambak itu kemudiannya di jual kepada syarikat-syarikat pemodal asing dari Singapura, Hong Kong dan China? Masakan saudara sebagai Menteri Besar tidak sedar tentang hal ini atau saudara mahu menafikannya? Adakah saudara sedar ada dakwaan bahawa Sultan Johor terlibat dalam menjual tanah-tanah itu kepada syarikat milik asing?
 
13.          Dengan saudara yang menerajui RUU (LPHJ) pada hari Isnin depan ini, maka saudara yang mesti pikul tanggungjawab jika Sultan Johor akan dipersoalkan oleh rakyat. Jika Sultan Johor terlibat dengan perniagaan dalam bidang hartanah, dan  enakmen baru jika diluluskaan memberikan baginda kuasa ke atas urusan pentadbiran hal perumahan dan hartanah, tidakkah itu akan berlaku percanggahan kepentingan (conflict of intersest)? Sepatutnya saudara elakkan perkara ini daripada berlaku.Ini satu kecuaian saudara.
 
14.          Apa tujuan sebenarnya saudara hendak bentangkan RUU(LPHJ) hari Isnin ini? Adakah saudara mahu melihat institusi raja di Johor ini lebih cepat berkubur apabila rakyat marah. Seperti apa yang berlaku dalam Revolusi Perancis dan dekat di sini Revolusi Sosial di Indonesia? Jangan orang melawak akhirnya di dunia ini tinggal raja dan permaisuri daun terup atau daun pakau sahaja. Tinggal raja lekuk, raja sepit dan suku sakatnya.
 
15.          Saudara perlu bertanggungjawab selaku mamak menteri atau Menteri Besar jika peristiwa pemberontakan ke atas raja dan sultan berlaku di Johor. Ingat semula kisah benar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi. Di Pengerang, beratus-ratus nelayan miskin dari pelbagai kaum, tetapi majoritinya Melayu, periuk nasi mereka seperti "dicampak pasir" apabila pasir-pasir di tengahlaut disedut oleh Syarikat Mados Sdn Bhd dengan kelulusan Kerajaan Negeri Johor untuk ditambak di kawasan tangkapan ikan para nelayan tersebut untuk tujuan membina satu projek terminal laut dalam milik syarikat-syarikat besar. Syarikat Mados Sdn Bhd ini sebuah syarikat milik Sultan Johor.
 
16.          Jadi saya nasihatkan sebelum Sultan Johor jadi mangsa skandal penghinaan yang lebih parah, lebih baik saudara tarik balik RUU(LPHJ) itu. Pinda semula. Gugurkan semua peruntukan yang memberi kuasa kepada Sultan  dalam enakmen itu. Jangan heret Sultan ke dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Saudara sebagai Menteri Besar dan para Exco saudara dalam Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mesti pikul tanggungjawab atau akauntabiliti dalam sistem demokrasi berparlimen. Baru ada fungsi Dewan Undangan Negeri untuk lakukan semak dan imbang/check and balance. Jika saudara silap, atau gagal, dalam pilihanraya umum nanti rakyat ada remedi untuk ganti kerajaan saudara dengan kerajaan lain pilihan rakyat. Rakyat tidak perlu marahkan Sultan. Sultan tidak bertanding dalam pilihanraya.
 
Sekian sahaja surat saya ini. Harap maaf jika ada tersilap kata dan bahasa.
 
Terima kasih.
 
Yang benar,
 
Hassan Karim




---------

SATU DEMO YANG SPESIAL

Posted: 07 Jun 2014 07:00 AM PDT







Jakim enggan ulas demo makan Cadbury

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) enggan mengulas berhubung keraguan berterusan orang ramai terhadap produk Cadbury, termasuk kesediaan pegawainya mengadakan demonstrasi memakan coklat itu.
 
Timbalan Ketua Pengarah Jakim Datuk Razali Shahabuddin ketika ditemui menolak pertanyaan pemberita menjawab ringkas:

"Hanya pengarah Jakim boleh menjawab soalan itu".
 

KAH KAH KAH

woit

pelajar berdemo

tuntut pelajaran percuma

rakyat berdemo

tuntut pilihanraya bersih


tapi

jakim berdemo

nak tunjuk makan babi

inilah dia contoh

negara islam

sunnah wal rasuah

KAH KAH KAH 

---------

MEJAR ZAIDI DI DAKWA

Posted: 07 Jun 2014 05:30 AM PDT



JEMPUT 
DATANG SEMUA


Salam BERSIH,
Untuk makluman semua, perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad akan bermula semula pada:

Tarikh : 10 Jun - 12 Jun 2014.
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kompleks Mahkamah Tentera Pangkalan TUDM, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan semua, Mejar Zaidi telah didakwa dengan 7 tuduhan atas tindakan beraninya membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 yang lalu mengenai isu dakwat kekal.
Akibat daripada itu, Mejar Zaidi kini berhadapan tindakan Mahkamah Tentera setelah didakwa melanggar etika/peraturan Angkatan Tentera Malaysia.
Bagi pihak BERSIH 2.0, kami mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah pun menunjukkan kesetiaannya terhadap negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap isu dakwat kekal.
Oleh yang demikian, BERSIH 2.0 menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir bersama ke Mahkamah Tentera Sg Besi pada tarikh seperti dinyatakan di atas untuk menunjukkan sokongan moral kepada Mejar Zaidi dan keluarganya. Kita harus berdiri bersama Mejar Zaidi yang mana pada ketika ini berhadapan dengan hukuman penjara jika disabitkan sebagai bersalah.

Peringatan Penting:
1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.

2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh 2 KM.

3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan diluar mahkamah. (dinasihatkan untuk menyimpan alat-alat ini di dalam kereta)

4.Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mandeep/Adam di talian 03-77723275/019-4380428

Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.



----------

APA SEBENARNYA TERJADI PADA MH370?

Posted: 07 Jun 2014 12:00 AM PDT



NOTA

soalan yang masih 

belum dijawab

1 - apa barangan yang

 dibawa?

2 - siapa yang tak jadi

 masuk kapal?

3 - pasal apa bawa

 manggis?

4 - manggis dari mana?

5 - kenapa bungkus 

manggis di muar

walhal klia di kl?


Malaysian Airline Flight 370: Disappearance of Boeing 777 Made Alleged Illuminati Member Jacob Rothschild Sole Owner of Major Semi-conductor Patent





BACA DISINI

http://au.ibtimes.com/articles/545653/20140329/malaysian-airline-flight-370-disappearance-boeing-777.htm#.U5KYY1SSy0x

BERI PANDANGAN

Posted: 06 Jun 2014 11:08 PM PDT





BERI TAHU

mula 
dari hari ini
tukar tiub 
akan memulakan
pandangan komen
 dari pembaca

SILA BERI PENDAPAT

sultan johor 
 mahu campur tangan 
dalam urusan negeri 
apa pandangan komen
pembaca?

nota
jauhkan dari sumpah seranah
jangan jadi hasan malek
ikuti al-farabi

KUALA LUMPUR 6 Jun -  Mahathir Mohamad (gambar) berpendapat, penglibatan institusi beraja dalam pentadbiran kerajaan negeri dikhuatiri mendorong kepada perasaan tidak menghormati...

Kerajaan Johor digesa tangguh

KUALA LUMPUR 6 Jun - Kerajaan negeri Johor digesa menangguhkan pembentangan rang undang-undang baharu dalam si­dang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin ini berhubung pemberian kuasa kepada Sultan Johor untuk...



MB MASIH ADA KUASA EKSEKUTIF

Komen
Johor Bahru: Pembabitan Sultan Johor dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor, enakmen baharu yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini, tidak menjadi isu kerana Menteri Besar masih memegang kuasa eksekutif dalam pentadbirannya. »


--------

TEMU BUAL PRESIDEN VALDIMAR PUTIN

Posted: 06 Jun 2014 09:08 PM PDT




APA DIA KLIP INI
pada 6 june
 adalah hari mengingati 70 tahun
mendaratnya 
tentera berikat 
di normandy peranchis

70 tahun dahulu eropah 
dalam kancah perang 
dunia kedua

russia, amerika, britain , peranchis
adalah tentera bersekutu 
melawan fasis hitler di german

untuk generasi muda 
kitika ini juga tanah melayu
dibawah fasis jepun

untuk makluman generasi muda
ketika ini
gerakan  anti  jepun sedang
bermandi darah melawan fasis jepun
gerakan ini
 dipimpin oleh parti komunis malaya

untuk  pengetahuan generasi muda
soviet union adalah negara utama
yang mempertahankan eropah
seramai 20 juta warga russia gugur 
dalam perang dunia ke dua

fakta ini dilucahkan oleh kaum zionis
yang bersekongkol dengan kaum pemodal
yang terus menghebohkan
apa yang mereka katakan
 6 juta yahudi dibunuh
fakta 6 juta yahudi ini
kini tidak lagi diyakini umum

inilah pertama kalinya
pemimpin russia
dijemput bersama




NOTA
sila cari masa
untuk mendengar dan menonton klip ini
ini penting untuk memahami sejarah eropah
dan
memahami perjalan sejarah dan masa
depan dunia







-------------

INGATAN YANG BERKEKALAN

Posted: 06 Jun 2014 07:32 PM PDT







INGATAN 
YANG BERKEKALAN

AL- FATIHAH

Keadilan Hulu Langat commented on this.
Antara pejuang reformasi yg kental..al fatihah utk arwah omar tan....semoga roh perjuangan beliau bersemadi dlm roh perjuangan kita melawan umno bn...


Antara pejuang reformasi yg kental..al fatihah utk arwah omar tan....semoga roh perjuangan beliau bersemadi dlm roh perjuangan kita melawan umno bn...
LikeLike ·  · 




---------