Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KITA LIHAT AKSI SAMSENG Umno LARI LINTANG PUKANG

Posted: 30 May 2014 06:08 AM PDT

 Ianya dipercayai berlaku di Sabah semasa pilihanraya dulu. Orang tak mahu cari gadoh dan tak mahu juga kecoh. Tapi oleh kerana dapat baju,topi, minyak 10 hingit...naik la bahlol bahlol ni dimana adanya ceramah pakatan....ini la cara nak ajar lain kalai....Memang cerdik...dan memang celaka yang naik motor tu.


BAGAIMANA PULA KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM YANG DI CADANGKAN?

Posted: 30 May 2014 03:50 AM PDT

Elaun Baru Kakitangan Awam di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh (Elaun Bandar) : RM400-RM500 Sebulan?

elaun bandar
Elaun Baru Kakitangan Awam (elaun bandar) : Dek kerana kos sara hidup yang terus melambung tinggi dan merasakan ada keperluan dan kehendak yang mendesak yang memerlukan kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia dibantu segera.
Cuepacs mahukan kerajaan memperkenalkan elaun baru khas untuk penjawat awam yang tinggal di bandar bagi menghadapi gelombang kenaikan kos sara hidup yang berlangsung "meriah" hari ini. Apatah lagi….
Apatah lagi melihatkan permintaan demi permintaan tinggi oleh kalangan majoriti penjawat awam terutamanya yang tinggal di bandar mahukan elaun rumah (CONTOHNYA DI SINI) dinaikkan masih lagi tidak diendah dan dipedulikan.

Butiran Cadangan Elaun Baru Kakitangan Awam : Elaun Bandar

Berdasarkan laporan berita Utusan, Presiden Cuepacs mahukan :
  1. Elaun baru khas ini yang dikenali elaun bandar dicadangkan untuk diperkenalkan antara RM400-RM500 sebulan
  2. Elaun bandar kakitangan awam bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dihadapi penjawat awam, terutama yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh.
  3. mengelakkan kualiti kerja kakitangan awam terus terganggu dek kerana pilihan kalangan penjawat awam yang melakukan pekerjaan sampingan dalam mendapat pendapatan tambahan apabila mereka tinggal di bandar
P/S : Apa respon balas 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia dengan cadangan elaun baru  (elaun bandar) untuk anda kali ini? Setuju atau tidak?

MALAYSIA TEMPAT PALING TERUK UNTUK BEKERJA

Posted: 30 May 2014 03:45 AM PDT

Bekerja di Malaysia
International Trade Union Confederation (ITUC) adalah merupakan kesatuan yang ditubuhkan untuk membawa suara dan hak kalangan pekerja yang di seluruh dunia yang bertindak bagi mempromosikan, dan serta membela hak dan kepentingan pekerja melalui kerjasama antarabangsa di antara kesatuan sekerja.

Dan terbaru International Trade Union Confederation (ITUC) telah menyenaraikan senarai negara di seluruh dunia bersama-sama dengan rating yang sepatutnya diterima bagi negara yang menawarkan tempat dan peluang bekerja kepada pekerja mereka. Di manakah kedudukan Malaysia?
  • Central African Republic ___ 5+
  • Libya ________________ 5+
  • Palestine _____________ 5+
  • Somalia ______________ 5+
  • South Sudan __________ 5+
  • Sudan _______________ 5+
  • Syria ________________ 5+
  • Ukraine ______________ 5+
  • Algeria ________________ 5
  • Bangladesh ____________ 5
  • Belarus _______________ 5
  • Cambodia _____________ 5
  • China ________________ 5
  • Colombia ______________ 5
  • Cote d'ivoire ____________ 5
  • Egypt _________________ 5
  • Fiji __________________ 5
  • Greece ________________ 5
  • Guatemala _____________ 5
  • India _________________ 5
  • Laos _________________ 5
  • Malaysia ______________ 5
  • Nigeria ________________ 5
  • Philippines _____________ 5
  • Saudi Arabia ____________ 5
  • Indonesia ______________ 4
  • Thailand _______________ 4
  • Singapore _____________ 3
  • Japan ________________ 2

Sumber : http://www.ituc-csi.org/

 
Negara kita Malaysia hanya diberikan rating 5 sahaja berbanding negara-negara jiran kita yang lain termausklah Thailand, Indonesia yang mendapat rating 4. Apa maksud rating 5 di kaca mata International Trade Union Confederation (ITUC).

Negara kita dianggap antara negara yang paling teruk bagi tempat untuk pekerja-pekerjanya. Yang mana tiada jaminan hak yang sebenarnya-sebenarnya kepada pekerja mereka.
Malaysia dapat rating 5
  • Rating 5
  • No guarantee of rights
  • Score: 36+
  • Countries with the rating of 5 are the worst countries in the world to work in. While the legislation may spell out certain rights workers have effectively no access to these rights and are therefore exposed to autocratic regimes and unfair labour practices.
  • Oh! Malaysiaku
Antara yang Berita Semasa perhatian realitinya di Malaysia yang mungkin menyebabkan Malaysia "dianugerahkan" rating 5 :
  1. Gaji kecil mungkin ditambah dengan kenaikan kos sara hidup di Malaysia terus melonjak tinggi menyebabkan kompetensi pekerja berkurangan 
  2. Syarikat dilihat mengambil kesempatan atas "kelembutan & sikap tidak kisah" pekerja mereka apabila tergamak melanggar kontrak semasa tawaran bekerja dahulu. Contohnya pekerja disuruh bekerja pada hari Sabtu contohnya sepanjang hari tetapi tidak dibayar. Ataupun terpaksa membuat kerja orang lain tetapi juga tidak dibayar.
  3. Superior/boss yang masih tidak faham pekerja yang sudah bertahun-tahun bekerja dengannya tetapi masih tidak tahu skop kerja orang dibawahnya
  4. Bayar gaji lambat (pekerja biasanya yang datang lewat akan lebihkan masa untuk balik daripada bekerja. Tetapi majikan yang lebih 7hb kesatuan sekerja lemau apabila acapkali cuba membawa suara ahlinya ditekan oleh "orang atas"
  5. Bonus kalangan pekerja di Malaysia Berita Semasa perhatian ibarat menang loteri. Cukup liat untuk diberikan walaupun mereka sebenarnya berhak
  6. Kesimpulannya ya….Berita Semasa perhatikan pekerja di Malaysia adalah "overworked but underpaid"
  7. Ada yang mahu tambah senarainya atau ada yang tidak bersetuju?
Jikalau mereka tidak mahu bekerja, mereka akan ditekan dan peluang mereka akan diberikan pula kepada ramai pekerja asing yang sanggup buat kerja saja, sanggup kerja 18jam sehari, 7 hari seminggu, etc, etc. Pekerja asing ini duduk dalam negeri sendiri makan pun kais pagi makan pagi. Jadi apabila mereka datang ke Malaysia, mereka sanggup buat apa sahaja. Akhirnya majikan terus mengambil kesempatan untuk mengeksplotasikan pekerjanya.

Apa komen anda sepanjang bekerja dengan majikan anda selama ini? Suarakan pendapat anda di sini….
P/S : Garis panduan dari Jabatan Buruh perlu diperbaiki dan pelaksanaannya jangan hanya indah di atas kertas sahaja. Usah guna pakai lagi garis panduan tahun 80an lagi.

PP/S : Sweden sudah dalam perancangan untuk pekerja di negara mereka hanya bekerja 6 jam sehari

PPP/S : Jepun pula sungguh-sungguh sangat cara bekerja mereka walaupun diheret ke malam bekerja

PPPP/S : Pusat wahabi Arab Saudi …. sama-sama memperlakukan pekerja di negaranya seperti budak sahaja…mudah dimanipulasi dan ditipu mentah-mentah serta diabaikan hak-haknya oleh kerajaan

Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


BERITA LAWAK

Posted: 30 May 2014 08:38 PM PDT






TELUK INTAN 30 Mei - Muhyiddin menegaskan, kerajaan tidak menipu apabila menawarkan jawatan menteri Kabinet kepada Datuk Mah Siew Keong sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tersebut dipilih


TELUK INTAN 30 Mei - Muhyiddin menegaskan, kerajaan tidak menipu apabila menawarkan jawatan menteri Kabinet kepada Datuk Mah Siew Keong sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tersebut dipilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu, esok.

 Muhyiddin Yassin berkata, tawaran oleh Perdana Menteri kepada Presiden Gerakan itu juga bukan satu gimik PRK sehingga perlu disalah tafsir dan diputarbelitkan, sebaliknya pengundi perlu menerima berita itu sebagai sesuatu yang baik.

Jelasnya, hal demikian kerana memang menjadi satu kebiasaan terdapat wakil dari Gerakan menjadi anggota Jemaah Menteri, namun akibat tiada seorang pun daripada mereka menang sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, 'tempat' itu kosong.
"Perdana Menteri (PM) kata semalam, kalau Mah (Siew Keong) menang beliau akan masuk Kabinet jadi menteri jaga ini kawasan. Pasti mereka (pembangkang) akan putar belit kata ini rasuah, ini tipu. Perkara ini tidak tipu.


KAH KAH KAH
ingat
macam mana
membaca utusan
kah kah kah


--------

ESOK DI MELAKA

Posted: 30 May 2014 08:00 PM PDT







ADAM ADLI

DI MELAKA



Lapangkan hujung minggu ni untuk ke WarungBuku + JalanZink di Warung Seni @ Galvanize Lab, Lorong Hang Jebat (belakang Hard Rock Cafe), Melaka?

PROGRAM 

1 Jun 2014 (Ahad)

3-4 pm: Molotov Koktel (Adam Adli) by Merpati Jingga

5-6 pm: Fotografi - Dare to Shoot 



---------

APA CERITA RIDHUAN TEE?

Posted: 30 May 2014 07:42 PM PDT





Usah gusar kesucian tubuh

PUTRAJAYA 29 Mei - Umat Islam yang sudah termakan produk Cadbury mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) tidak perlu berasa gusar terhadap kesucian tubuh masing-masing.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, mereka tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah dan sebagainya kerana Islam bukanlah agama yang menyusahkan umatnya lebih-lebih apabila melibatkan keadaan di luar pengetahuan dan kawalan.

"Dalam hal ini, umat Islam yang telah makan produk disahkan halal sebelum ia didakwa mengandungi DNA babi adalah termasuk dalam kategori keadaan Umum al-Balwa (iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielakkan) dan hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan.



KAH KAH KAH

woit

nak tanya

ridhuan tee

wajib tukar 

darah atau tak

kah kah kah


----------

LAGI BERITA MISTERI

Posted: 30 May 2014 06:30 PM PDT






KOMENTAR
kalau  mati dalam
sungai klang mana
mayat?


Suspek bunuh budak perempuan dipercayai mati lemas - Polis

KUALA LUMPUR: Suspek dalam kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, dipercayai lemas selepas bertindak terjun ke dalam Sungai Klang berhampiran lokasi mayat kanak-kanak itu ditemui semalam. »







KAH KAH KAH
woit

satu lagi 

kes misteri 

dulu mh370

hilang

hari ini

pembunuh mati

tenggelam 

dalam

sungai klang

tapi mayat

taraaaak

kah kah kah


----------

BERITA BAIK UNTUK DYANA

Posted: 30 May 2014 07:30 AM PDT






KOMENTAR
bila ketuanan melayu
mula gaduh
dengan ketuanan india
ini tanda
dyana akan menang

Selepas cuba lompat parit, Ahmad Maslan letak kesalahan kepada MIC

 Ahmad Maslan meletakkan kesalahan kepada MIC berhubung isu 150 ahli DAP yang dikatakan mahu lompat parti masuk ke Barisan Nasional (BN) setelah beliau sendiri Rabu lalu cuba melompat parit untuk mengelak disoal media.
Ketua penerangan Umno itu berkata, hanya MIC sahaja yang tahu kejadian sebenar dalam majlis itu sambil menyifatkan ia bukanlah isu besar dalam pilihan raya kecil (PRK) di Teluk Intan.
"Itu diatur MIC yang menjaga tempat itu. Mereka tentunya ada fakta tertentu mengapa mereka mengadakan majlis tersebut. Mereka tahu cerita.


KAH KAH KAH

-----------

SIAPA DALANG BERI RASUAH

Posted: 30 May 2014 06:00 AM PDT










FACE BOOK

Roslan Alan added 2 new photos.
2 hrs · 
aku mahukan kepastian..
walau pun ramai yg berkata bahawa ‪#‎HantuRaya‬ ialah dalangnya...





KAH KAH KAH
tak sabar 
menunggu

---------

PROGRAM HUJUNG MINGGU

Posted: 29 May 2014 11:30 PM PDT




  BUKU

ADAM ADLI


MELAKA
Lapangkan hujung minggu ni untuk ke WarungBuku + JalanZink di Warung Seni @ Galvanize Lab, Lorong Hang Jebat (belakang Hard Rock Cafe), Melaka?

PROGRAM 

31 Mei 2014 (Sabtu)

3-4 pm: 'Pelacur Kelas Pertama' (Melati Rahim) by Merpati Jingga
4-5 pm: Jalan Zink- the exhibits 
6-7pm: *Persembahan: 'Zink & Warung' by Faiz+Zul 
8-10 pm: *Persembahan: Fazleena Hishamuddin

1 Jun 2014 (Ahad)

3-4 pm: Molotov Koktel (Adam Adli) by Merpati Jingga

5-6 pm: Fotografi - Dare to Shoot 



---------

SIAPA BUDAK INDIA ITU?

Posted: 29 May 2014 09:06 PM PDT




SIAPA CUBA RASUAH
fitnah dan rasuah tak ada ruang sama sekali dalam pkr. kepada roslan alan.kamu patut jelaskan siapa calon timbalan presiden yang bagi duit kepada malik hussin,, aku yakin yang bagi duit kepada malik bukannya azmin ali.. jika kamu anak jantan.aku cabar kamu membuat tuduhan yang jelas keatas azmin supaya tindakan undang-undang boleh diambil keatas kamu. on SIAPA BOSS INDIA INI
Publish | Delete | Spam
kijfd
on 5/30/14

SIAPA ANTARA DUA  CALON 
yang menjadi boss
 budak india itu

KUNCINYA
siapa budak india itu
jika diketahui nama budak india itu
maka kita tahu siapa 
bossnya
cari cari 
siapa budak india
yang beri duit rasuah
pada malik husin


----------

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

0
sumber :-

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


PEMUDA UMNO : CELEKA JANGAN, TAPI DI BABIKAN OK

Posted: 29 May 2014 05:37 PM PDT


DIALOG RAKYAT

0
sumber :-

DIALOG RAKYAT


[GAMBAR & VIDEO] Fenomena Dyana Sofya - Kemunculan Politik Baru Di Malaysia

Posted: 29 May 2014 10:03 PM PDT

KELAB GREENBOC


Apa saja tentang Dyana 'terlaris' di Teluk Intan


ANALISIS Sama ada kalah atau menang selepas pilihan raya kecil Teluk Intan bakal berakhir tengah malam esok, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud sudah menjadi 'ikon' dalam masa hampir dua minggu kempen berlangsung.

Masakan tidak, di tengah-tengah kehangatan pertembungan antara biru 'BN' dan merah 'DAP', mencuri perhatian orang ramai di sekitar Teluk Intan adalah kelibat baju-T merah berkolar bulat yang terpampang lakaran bayang wajah Dyana Sofya Mohd Daud di tengah-tengahnya.

Di bawah wajah Dyana itu tertera namanya dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

Sementara bahagian belakang baju-T itu pula tertera capaian Facebook laman kempen beliau.

Baju-T itu kelihatan dipakai ramai penyokong Pakatan Rakyat pada acara-acara kempen mereka tanpa mengira umur, jantina atau kaum dan ia juga bukan diedarkan secara percuma.



Baju-T itu yang dijual oleh DAP pada harga RM10 untuk semua saiz itu tanpa disedari bertindak sebagai papan iklan mudah alih buat Dyana.

Sesetengah penyokong Dyana kadangkala akan memintanya menurunkan tandatangan pada baju tersebut jika mereka terserempak dengannya sewaktu beliau berkempen.

Tindakan mengabadikan wajah Dyana pada baju-T itu secara tidak langsung menjadikannya seolah-olah sebaris dengan beberapa personaliti utama Pakatan Rakyat dalam masa dua minggu sahaja.

Selain Dyana, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, dan Nurul Izzah Anwar adalah di antara personaliti Pakatan yang wajah mereka juga diabadikan dengan cara yang sama pada baju-T penyokong Pakatan selama ini.

Mungkin mengambil isyarat daripada kelarisan produk itu, DAP semalam turut bertindak melancarkan satu buku tulisan Dyana Sofya berjudul 'Di Sini Bermula' walaupun tempoh kempen tinggal sehari sahaja lagi.

Buku dengan wajah Dyana berpakaian kemeja putih sebagai muka depan itu laris di kalangan penyokongnya walaupun ia sekadar memuatkan rampaian 11 rencana dan kenyatan media beliau.

Sebanyak 200 naskhah buku itu yang dijual pada harga RM20 setiap satu, habis disambar hadirin ceramah di padang sebelah Bank OCBC, Jalan Mahkota, semalam.

Sama ada kalah atau menang selepas pilihan raya kecil Teluk Intan bakal berakhir tengah malam esok, barang Dyana Sofya terbukti 'baik' dan laku di bandar ini! -mk


Surat terbuka untuk orang Teluk Intan - Dyana Sofya

Tuan/puan orang Teluk Intan yang baik budi,

Dua minggu sudah begitu memerah tenaga, namun sangat mengujakan. Sejak dinamakan oleh DAP sebagai calon pilihanraya kecil Teluk Intan, saya melalui pelbagai pengalaman dalam masa dua minggu ini jika dibanding dengan usia 27 tahun saya.

Dengan tiba-tiba saya menjadi tumpuan menteri-menteri UMNO yang tidak dapat menahan diri daripada memberi komen tentang rupa paras saya. Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu tuan-tuan supaya jangan undi saya hanya sebab saya memakai gincu. Datuk Zahid Hamidi pula berkata saya ini tidak lah cantik sangat jika jumpa berdepan. Datuk Ahmad Maslan pula menekankan bahawa isterinya sendiri, bahkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman pun boleh menang jika ini satu pertandingan ratu cantik.

Rupa paras saya langsung tidak penting dalam pilihanraya kecil yang sangat penting ini. Saya tidak masuk DAP untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Saya menyeru orang Teluk Intan untuk menilai saya melalui nilai, prinsip dan impian saya untuk Malaysia yang lebih baik. Saya mahu memenangi pilihanraya ini bukan kerana rupa paras, tapi kerana kebolehan saya untuk membawa perubahan dalam lanskap politik Malaysia di Parlimen.

Lawan politik saya telah menyerang dengan ganas dan bersembunyi di sebalik blog-blog yang menyokong Barisan Nasional, dan juga risalah-risalah yang menfitnah saya dengan menggunakan gambar palsu dan tuduhan-tuduhan tidak berasas tentang moral dan etika saya. Sewaktu melawat beberapa pasar malam, saya bertemu beberapa pembuli dari kalangan penyokong UMNO yang mengejek-ejek, menggangu malah cuba menghalang laluan kempen.

Terdapat menteri yang malah turut menyebarkan penipuan bahawa saya bukan seorang peguam dan tidak mempunyai ijazah undang-undang. Walaupun saya telah membuktikan bahawa saya telah diiktiraf sebagai peguam pada tahun 2011, itu nampaknya tidak relevan bagi BN, yang begitu terdesak untuk menang dengan apa cara sekali pun.

Serangan paling jahat datang daripada seorang bekas menteri yang menuduh saya ini seorang pengkhianat Melayu. Jelas sekali mereka tidak peduli bahawa pengkhianat sebenar orang Melayu adalah pemimpin BN yang menyalahgunakan kuasa, memperkayakan kroni dan sanak saudara serta melakukan rasuah yang merugikan kita semua.

Taktik kotor dan jahat oleh pihak lawan tidak akan mematahkan semangat saya untuk memperjuangkan hak kesemua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang terpinggir dan didiskriminasi. Saya tidak akan merasa lemah semangat dan saya tidak akan menjadi pengkhianat kepada rakyat Malaysia.

Sementara pemimpin UMNO melabel saya sebagai pengkhianat orang Melayu, pemimpin Gerakan pula menyerang saya kononnya saya ini ekstremis Melayu kerana dakwaan hubungan saya dengan pertubuhan Perkasa. BN terus melakukan pendekatan pecah dan perintah di mana mereka memberi mesej berbeza kepada kaum-kaum yang berbeza.

Biar saya jelaskan di sini. Pada waktu saya diminta ibu saya untuk membantu dengan tugas-tugas mendaftarkan peserta atau memakaikan bunga kepada VIP sewaktu penubuhan Perkasa ketika saya masih seorang mahasiswa lebih 5 tahun lalu, saya tidak terlibat dengan aktiviti Perkasa, dan saya juga bukan seorang ahli. Bahkan ibu saya sendiri menjauhkan diri daripada Perkasa dan tidak lagi aktif setelah beliau tidak bersetuju dengan aktiviti dan prinsipnya.

Saya membesar dalam keluarga UMNO dan melihat sendiri bagaimana Perkasa berfungsi, dan ini meyakinkan saya bahawa DAP mempunyai platform dan nilai-nilai terbaik demi memperjuangkan negara Malaysia yang lebih demokratik, adil dan makmur dari segi ekonomi.

Saya yakin bahawa Malaysia telah rosak akibat 57 tahun poltik perkauman melalui sistem pecah dan perintah oleh BN. Saya sedih melihat bagaimana pemimpin BN dan proksi mereka seperti Perkasa menghasut rakyat pelbagai kaum untuk membenci sesama sendiri, berbanding berjuang demi kebaikan sesama sendiri.

Saya mahu buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa bukan hanya orang Cina yang boleh membantu orang Cina, bukan hanya Melayu yang boleh membantu Melayu, dan bukan hanya orang India boleh membantu orang India.

Saya ingin menunjukkan contoh, demi membina sebuah negara di mana seorang Melayu boleh membantu seorang Cina, seorang Cina boleh membantu seorang India dan seorang India boleh membantu seorang Melayu. Impian saya adalah untuk MeMalaysiakan semula Malaysia.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas budi baik dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada saya oleh orang Teluk Intan. Sambutan hangat dan kasih sayang dari semua kaum – Melayu, India dan Cina memperkukuhkan keyakinan saya terhadap masyarakat negara ini, serta memperkuatkan keazaman saya untuk berjuang demi Malaysia.

Dengan sokongan pengundi Teluk Intan, saya berharap dapat menunaikan janji saya untuk berpindah dan tinggal di daerah yang begitu indah dan bersejarah ini. Saya berjanji untuk memberikan khidmat bakti kepada anda dengan penuh komitmen dan dedikasi, dan memastikan ngauman Teluk Intan menggegarkan Parlimen Malaysia.

Dyana Sofya Mohd Daud



ERA DYANA SOFIA : MUNCULNYA POLITIK BARU DI MALAYSIA

Satu trend baru kelihatan dalam masa berkempen PRK Kawasan Teluk Intan ialah kecondongan kepimpinan parti komponen Pakatan Rakyat untuk menonjolkan golongan muda supaya bergiat cergas dalam politik. Perkembangan ini amat jelas kelihatan pada kepimpinan PAS ataupun DAP mahupun PKR. Dan tentunya amat berbeza dengan 'fahaman' yang masih ditonjolkan oleh UMNO (BN) yang masih berpaut kepada cara lama ia itu seolah-olah mengenepikan orang muda. Dengan sebab itulah sekiranya Dyana mengikut jejak langkah ibunya menyertai puteri UMNO berkemungkinan beliau tidak akan dapat menduduki tempat sebagaimana beliau diletakkan oleh DAP kini.

DS Anwar Ibrahim, TG Haji Hadi dan YB Saudara Lim Kit Siang nampaknya telah mengorak langkah yang luar biasa memberikan perhatian khusus kepada anak muda. YB Lim misalnya telah mempertaruhkan tindakannya dengan pengorbanan yang bukan kecil meletakkan Dyana bertanding di PRK Teluk Intan. Seorang calon muda. Melayu. Masih dikira tidak berpengalaman dalam sepak terajang politik, tetapi 'disuruh' bertanding di situ. Menunjukkan bahawa YB Saudara Lim Kit Siang telah 'memperjudikan' masa hadapan politiknya. Pastinya ada suara-suara sumbang yang menentang tindakannya itu. Namun disebabkan keyakinannya untuk mengenengahkan anak muda sebagai calon maka keputusan terpaksa dibuat.

Melalui gerak gerinya, dapat 'dibaca' bahahwa sememangnya beliau sangat mengharapkan kemenangan Dyana, kerana kemenangan itu nanti akan membawa kepada implikasi yang amat besar. Melalui gerak gerinya juga dapat 'dibaca' bahawa sememangnya hasrat YB Lim Kit Siang berusaha untuk 'memadamkan' tanggapan banyak pihak yang mengatakan bahawa partinya DAP adalah parti milik orang Cina. Tetapi dengan mengemukakan Dyana sebagai calon, gambaran sedmikian sudah mula agak pudar. Dan akan lenyap sekiranya Dyana menang dalam PRK nanti dengan undian dari berbagai kaum yang dapat membuktikan dengan jelas bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak memihak kepada mana-mana kaum di Malaysia..

Aku yakin kemenangan Dyana nanti (Insyallah) akan merupakan titik tolak dalam pembentukan satu rupa bangsa Malaysia yang akan dicorakkan oleh anak muda dengan restu dan bimbingan 'orang tua' yang berpengalaman. Aku perhatikan tindak tanduk YB TG Haji Hadi adalah luar biasa sekali dalam PRK Teluk Intan ini. "kemesraan' dan hubungan 'bapak-anak' yang ditonjolkannya terhadap Dyana adalah merupakan sesuatu yang luar biasa. Aku tidak tahu apakah tarikan yang ada pada anak gadis ini yang menyebabkan seolah-olah TG Haji Hadi sanggup memberikan sokongan PAS yang tidak berbelah bagi pada DAP untuk memenangi PRK ini.

Dengan kehadiran dan penglibatan DS Anwar Ibrahim sudah cukup memberikan bukti bahawasanya ketiga-tiga kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengharapkan kemenangan DAP dalam PRK. Seolah-olah kemenangan itu nanti akan merupakan kemenangan calon muda yang akan mencorak dan menentukan masa depan politik negara.

Anak-anak muda di seluruh negara sudah dapat 'membaca' dan memerhati bahawa sebenarnya Pakatan Rakyat sedang melatih dan membimbing anak-anak muda supaya terjun ke kancah politik. Dan sememangnya PRU 14 nanati adalah PRU yang akan ditentu dan dimiliki oleh anak muda. Anak muda akan menjadi penentu segalanya. Dengan demikian kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengorak langkah dengan menampilkan orang muda untuk ditonjolkan menduduki kerusi di parlimen atau di dewan undangan negeri nanti.
-abuhassanadam
LIHAT VIDEO (1)
LIHAT VIDEO (2)
LIHAT VIDEO (3)
LIHAT VIDEO (4)


Penduduk terpaksa guna air bukit

Posted: 29 May 2014 09:51 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lebih 40 keluarga melibatkan kira-kira 200 penduduk Kampung Desa Keda Gulau di Sik berdepan masalah bekalan air bersih sejak empat tahun lalu dan terpaksa bergantung kepada sumber air bukit yang tercemar.

Apa yang membimbangkan penduduk, sumber air tidak dirawat yang digunakan untuk aktiviti seharian mereka itu kini, dikhuatiri tercemar akibat virus kencing tikus atau leptospirosis.

Pengerusi 4P (Pasukan Perancang, Pelaksana Projek) Kampung Desa Keda Gulau, Zainuri Abu Rahim, 52 berkata pelbagai usaha telah dilakukan bagi mendapatkan bekalan air bersih, namun sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan dilakukan pihak berwajib.

"Kami bimbang dengan keadaan air yang kami guna semakin teruk kerana warna bertukar setiap kali musim hujan dan bila musim kemarau kami berdepan masalah kekeringan air.

"Sesekali kami bersuara, air adalah untuk sehari dua dari pihak Sada (Syarikat Air Darul Aman). Lepas itu, kami terpaksa menggunakan sumber air yang tercemar untuk minum, mandi dan mencuci pakaian," katanya kepada Bernama di Sik.

Berikutan tiada bantuan dan sumbangan mana-mana pihak, 40 keluarga berkenaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membeli paip dan membuat takungan air dalam kawasan hutan secara gotong royong.

Seorang suri rumah, Suraya Bahari, 31, berasa kesal kerana masalah air di kawasan kampung berkenaan sudah berulang kali dimaklumkan kepada pihak terlibat namun tiada tindakan lanjut.

"Kami cukup kesal kerana terpaksa menggunakan air tercemar sejak lebih empat tahun lalu hingga kini dan tiada tindakan dilakukan selain janji yang diberikan pelbagai pihak... kami masih menunggu sampai ke hari ini", katanya.

Seorang penduduk, Tengku Zaidi Tengku Ahmad Yusoff, 42, berkata masalah air di kampung itu yang dihadapi lebih 40 keluarga sudah berlaku sekian lama dan  tidak mendapat perhatian mana-mana pihak.

Sementara itu, anggota Parlimen Sik Mansor Abd Rahman yang dihubungi Bernama berjanji akan melakukan tinjauan segera ke kawasan itu untuk mengenal pasti masalah penduduk  berkenaan. - Bernama

SPR: Lapor dakwaan berhubung hamper, bas

Posted: 29 May 2014 09:49 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa BN dan DAP yang saling menuduh menuduh tentang salahlaku dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, supaya membuat laporan kepada suruhanjaya itu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata demikian berhubung dakwaan DAP yang hamper percuma diagih kepada pengundi di majlis dihadiri calon BN, Datuk Mah Siew Keong hadir, manakala BN menuduh DAP menawarkan bas tambang murah untuk pengundi luar kawasan balik mengundi esok.

Dalam jawapan SMS kepada Malaysiakin malam tadi, Abdul Aziz berkata, DAP dan BN boleh melaporkannya kepada SPR.

Selepas itu, katanya, SPR akan mendapatkan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mereka yang terlibat.


MAH cabar DAP lapor pada SPR tentang hamper

DAP: Hamper makanan BN satu bentuk rasuah
 

Jangan biar suspek kes rogol di Ketereh terlepas

Posted: 29 May 2014 09:48 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Wanita MIC dan Wanita DAP menyifatkan kes rogol seorang remaja oleh 38 orang suspek dalam kejadian 20 Mei lalu sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan dan tindakan keganasan ke atas wanita.

Kedua-dua pergerakan itu menggesa pihak berkuasa bertindak segera untuk membendung jenayah seperti itu.

Ketua Wanita MICA Mohana Muniandy berkata keganasan ke atas wanita bukan hanya isu wanita tetapi juga satu isu hak asasi manusia.

"Wujud keperluan untuk mempromosi dan melindungi keselamatan wanita dan anak gadis di Malaysia. Setiap anak gadis dan wanita seharusnya dalam hidup dengan selamat dan bebas dari keganasan," katanya.

"Jenayah ini perlu dihentikan – gangguan seksual dan keganasan tidak boleh ditolak ansur. Kami menggesa agar hasrat politik ini diterjemah kepada tindakan konkrit dan pelaksanaan lebih kukuh ke atas undang-undang dan peraturan sedia ada," katanya dalam satu kenyataan.

Mohana juga menggesa para pembuat undang-undang, pois dan kerajaan untuk melakukan sedaya mungkin untuk menjalankan reformasi politik, memastikan keadilan dan melaksana perkhidmatan awam yang kukuh demi keselamatan golongan wanita.

Sementara itu, MP DAP Chong Eng dalam satu kenyataan berasingan berkata polis perlu bertindak untuk memastikan suspek yang terlibat dalam jenayah kejam melibatkan gadis bawah umur itu tidak terlepas dari pengadilan.

Chong yang juga anggota Exco Pulau Pinang berkata, kes itu membuktikan bahawa rogol tidak berpunca daripada pakaian seksi wanita tetapi mangsa dikenalpasti oleh suspek yang melaksanakan jenayah itu melalui perancangan terperinci.

Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.
  
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Menurut polis, pasukan itu menahan seorang bapa bersama dua anaknya adalah antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol berkenaan.

Janji jadi menteri cermin harapan BN di Teluk Intan

Posted: 29 May 2014 09:46 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
ANALISIS Janji perdana menteri lewat petang semalam dari negara China untuk melantik calon BN, Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri kabinet menghantar isyarat jelas akan harapan optimis BN untuk menang dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

Ia dibuat beberapa jam selepas Mah pada sidang media terakhirnya menyifatkan peluang beliau untuk menang pilihan raya kali ini berada pada tahap 49 peratus.

Ia juga dibuat sewaktu DAP yang menyandang kerusi ini dengan majoriti selesa 7,313 undi daripada 60,439 pengundi, dijangka berdepan laluan sukar dalam pilihan raya kecil kedua mereka dalam bulan Mei - selepas Bukit Gelugor yang tidak ditandingi BN.

Pertama, kemungkinan peratusan keluar mengundi yang rendah menjadi cabaran kepada eksperimen DAP yang meletakkan calon wanita muda Melayu sebagai taruhan mereka.

Kegusaran sama dizahirkan oleh pemimpin DAP yang mengambil teladan daripada peratusan keluar mengundi rendah dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor.

Bukit Gelugor menyaksikan majoriti DAP berkurangan sebanyak kira-kira 7,000 undi berbanding pilihan raya umum 2013.

Ia mendorong parti itu untuk melancarkan inisiatif membawa pengundi berdaftar di luar Teluk Intan pulang mengundi bagi mempertahankan kerusi yang telah dimenanginya selama dua penggal berturut-turut itu.

Para pengundi setia DAP sememangnya diketahui umum terdiri daripada golongan muda serta mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Pada masa sama, jentera BN mengharapkan agar ramai pengundi Teluk Intan yang bekerja di luar dan di bandar lain membuat keputusan untuk tidak pulang ke kampung mereka bagi mengundi.

Ini kerana keputusan demikian akan memberi kelebihan kepada calon BN yang sejak awal lagi berpesan kepada penduduk tempatan agar tidak terpengaruh dengan "sentimen luar yang dibawa oleh anak-anak mereka yang bekerja di bandar".

Kedua, sebahagian pengundi Cina yang berusia juga mungkin akan mengundi Mah berdasarkan rekod lampaunya selama dua penggal sebagai anggota Parlimen di situ serta tarikan untuk mempunyai seorang wakil rakyat berjawatan menteri.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri turut mengakui tarikan itu memberi sedikit kesan di kalangan pengundi Cina yang berusia.

Menurutnya, ia hanya dapat dipatahkan sekiranya kempen balas DAP - yang mendakwa Mah tetap akan dilantik sebagai menteri selaku presiden parti komponen BN walaupun kalah - dapat disampaikan dengan baik dalam masa 24 jam akan datang.

Dalam pilihan raya umum lalu, DAP memperolehi undi memberangsangkan daripada pengundi Cina dan India.

Namun dalam pusingan terakhir kempen ini, pengundi India dilihat menjadi tumpuan utama kempen BN untuk menafikan penguasaan DAP.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengatur pelbagai program bersama komuniti itu hampir setiap hari sejak empat hari lalu sehinggalah ke hari terakhir kempen pada hari ini.

BN sedar bahawa peralihan pengundi India yang membentuk 19 peratus daripada keseluruhan pengundi, boleh merubah nasib malang parti itu dalam dua pilihan raya sebelum ini.

Keempat, keputusan BN untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor memberikan kelebihan buat mereka dalam merampas Teluk Intan daripada DAP.

BN menerusi Umno dilihat berhabis-habisan mahu mempertahankan undi Melayu mereka apabila Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan MP Bagan Datoh hampir setiap hari berkempen di kawasan teras Melayu dalam DUN Cangkat Jong yang dikuasai Umno.

Ahmad Zahid dalam kempennya menekankan mesej pentingnya Teluk Intan sebagai salah satu daripada tiga kerusi Parlimen di bawah daerah Hilir Perak - selain Bagan Datoh dan Pasir Salak - untuk turut ditadbir BN demi pembangunan berterusan.

Pada masa yang sama, rakan DAP dalam Pakatan iaitu PAS juga secara terbuka mengakui parti itu yakin DAP akan dapat mempertahankan Teluk Intan jika mereka berjaya mengekalkan undi Melayu pada pilihan raya lalu.

Bagi pemerhati politik pula, sokongan kepada calon DAP, khususnya di kalangan penyokong tegar PAS, juga mungkin mencerminkan reaksi mereka terhadap isu hudud yang ditentang hebat oleh DAP.

Selain faktor-faktor ini, analisis DAP sendiri menjangkakan kemenangan yang lalu akan dipertahankan dengan majoriti yang berkurangan.

Pengarah strategi DAP, MP Serdang Ong Kian Ming mengunjurkan partinya akan mempertahankan Teluk Intan dengan kelebihan kira-kira 1,000 undi sahaja.

Buat DAP, keputusan pilihan raya Teluk Intan akan memberikan maklum balas berguna dalam merangka strategi jangka masa panjang parti itu dengan percubaan berani mereka kali ini.

Bagi BN terutamanya Gerakan pula, keputusan pilihan raya ini akan menentukan hala tuju seterusnya buat parti itu yang kini terus berjuang untuk kekal relevan selepas tahun 2008.
 

SKMM kesan individu hina institusi beraja berhubung kemangkatan Sultan Perak

Posted: 29 May 2014 09:39 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati beberapa individu dalam laman media sosial menghina institusi beraja, terutamanya berhubung kemangkatan Sultan Perak, almarhum Sultan Azlan Shah, minggu ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata pihaknya sedang bertindak mengesan individu-individu tersebut dan memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan MCMC untuk tampil memberikan maklumat berkenaan.

"Kami memandang serius penghinaan sebegini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat pada jam 1.30 petang, Rabu lalu dan jenazahnya selamat disemadikan semalam di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak.

SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.

SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital.

Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya. – Bernama

Selepas pencarian diisytihar gagal, teori kehilangan MH370 dikenang semula

Posted: 29 May 2014 09:34 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dianggap misteri menimbulkan tanda tanya kepada seluruh dunia. Gambar fail The Malaysian Insider. Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dianggap misteri menimbulkan tanda tanya kepada seluruh dunia. Gambar fail The Malaysian Insider.  



























Daripada kemungkinan berhempas pulas di ruang udara hingga kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "seseorang menyembunyikan sesuatu", The Independent UK hari ini mengenang kembali 13 teori kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, selepas pihak berkuasa semalam mengisytiharkan pencarian berkos tinggi selama berbulan-bulan di selatan Lautan Hindi tidak berhasil.

Berada di senarai teratas The Independent ialah teori yang mencadangkan pesawat itu ditembak ketika pelaksanaan latihan ketenteraan, sesuatu yang disokong dalam buku kontroversi mengenai misteri itu tulisan Nigel Cawthorne yang baru dilancarkan.

Penyokong teori itu berkata, kemungkinan seumpama itu dikukuhkan oleh fakta wujudnya siri permainan perang di Laut China Selatan membabitkan Thailand, Amerika Syarikat (AS), China, Jepun, Indonesia dan beberapa yang lain.

The Independent turut memetik navigator tentera udara, Sean Maffett, yang berkata peluang pesawat itu ditembak adalah lebih besar jika ia terbang di koridor utara, satu daripada dua arah awal yang diandaikan diambil oleh pesawat itu, di mana negara di kawasan itu  tidak akan berdiam melihat pesawat penceroboh.

Teori lain kehilangan misteri pesawat itu dikemukakan oleh blogger penerbangan, yang berkata ia terbang dalam "bayang" pesawat Singapore Airlines penerbangan 68 yang berada dalam kawasan sama pada masa itu, sebelum mengambil jalan lain kemungkinan ke wilaya Xinjiang di China, Kyrgyzstan atau Turkmenistan.

Sementara itu, teori lain menyatakan pesawat itu mungkin mendarat di pulau terbiar atau pangkalan tentera AS di Diego Garcia di Lautan Hindi, atau cuba membuat pendaratan kecemasan di Langkawi tetapi gagal tiba di sana.

Satu teori, kurang menyentuh mengenai konspirasi berbanding yang lain, cuba menjawab misteri terbesar kehilangan MH370 – ia senyap selepas komunikasi terakhir dengan pengawal penerbangan.

Ia mencadangkan kebakaran dalam pesawat merebak pantas, membunuh semua di dalamnya, sebelum pesawat ditukar kepada pemanduan autopilot dan terus terbang hingga kehabisan minyak.

"Tetapi kebakaran seperti itu dijangka merebak dengan sekurang-kurangnya sedikit amaran – dan ia sudah tentu memberi sedikit masa kepada juruterbang untuk mengeluarkan isyarat mayday," komen The Independent.

Hampir sama, akhbar itu turut mempertikaikan cadangan letupan dalam kokpit.

"Penjelasan ini nampak tidak selari dengan dakwaan beberapa pegawai Malaysia, bagaimanapun, perubahan arah adalah hasil daripada 'tujuh atau lapan ketukan papan kekunci di komputer yang berada pada ketinggian lutut antara kapten dan pegawai pertama'," katanya.

Rampasan pada awalnya dianggap penyebab kehilangan pesawat itu, dan ia ditambah dengan dakwaan yang memetik pegawai Malaysia berkata pesawat itu terbang ke arah berlainan daripada destinasi, dan ada ketika berada pada ketinggian 45,000 kaki sebelum turun ke paras sangat rendah.

Sementara teori juruterbang bunuh diri dianggap mengarut oleh rakan mereka dan pegawai syarikat penerbangan, penumpang pesawat itu juga diandaikan kemungkinan menjadi dalang kehilangan MH370.

Siasatan tertumpu kepada mencari jika ada sesiapa membeli skim insurans hayat bernilai tinggi dan mendapat untung daripada pesawat terhempas.

Atau pun, dakwaan menyatakan ia mungkin cubaan untuk mencuri teknologi daripada 20 kakitangan syarikat cip silikon AS Freescale Semiconductor yang turut berada dalam pesawat itu.

Tetapi, individu paling penting memberikan pandangan terhadap kehilangan pesawat itu ialah Dr Mahathir, yang berkata kita tidak boleh menolak kemungkinan pesawat itu diambil menerusi kerjasama CIA dan Boeing.

"Untuk alasan tertentu media tidak memaparkan apa-apa yang membabitkan Boeing atau CIA. Saya harap pembaca akan baca ini," The Independent memetik kenyataan Dr Mahathir daripada blognya.

Semalam, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang berpangkalan di Canberra berkata, pencarian yang tertumpu di kawasan selatan Lautan Hindi, di mana isyarat yang dianggap datang daripada perakam pesawat hilang itu dikesan, adalah sia-sia.

Ia berkata, operasi mencari kini memasukkan ulasan analisis yang mengenal pasti kawasan pencarian terkini meliputi zon seluas 60,000 kilometer persegi, dan menjalankan pemetaan bawah laut.

"Mengetahui keadaan rupa bumi dasar laut amat penting bagi membolehkan pencarian bawah laut yang seterusnya dilakukan," kata JACC dan menambah pencarian bawah laut akan mengambil masa sehingga setahun sebaik saja ia bermula pada Ogos

Facebook palsu burukkan imej Dyana Sofya

Posted: 29 May 2014 05:16 PM PDT

ROKETKINI






TELUK INTAN: Pihak lawan nampaknya kehabisan peluru sehingga terpaksa menyebarkan propaganda dan fitnah melalui laman Facebook palsu yang dicipta khas, serupa dengan laman Facebook rasmi calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya.

Laman palsu tersebut yang sekadar mempunyai tidak sampai 5,000 bilangan 'like' cuba menyebarkan beberapa propaganda jahat, meskipun kebanyakan perkongsiannya adalah sama dengan laman asli.

Laman yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasofyaDAP itu semalam membuat tuduhan kononnya Dyana mahu Rejimen Askar Melayu Diraja dibuka kepada semua kaum.

Bukan itu sahaja, ia turut cuba menjatuhkan imej Dyana dengan satu perkongsian mengenai UiTM, namun menggunakan Bahasa Inggeris yang salah.

Pun begitu masih ramai yang terkeliru dan tertipu, sedangkan laman Facebook rasmi Dyana yang mempunyai lebih 67 ribu bilangan 'like' telah pun mendedahkan hal terbabit.

Laman sebenar yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasof dalam perkongsian semalam menyatakan terdapat banyak lagi laman palsu yang dihasilkan dengan tujuan memburukkan imej Dyana.

"Sebarang 'posting' rasmi tentang Dyana dan kempennya hanya akan dikongsi di laman ini,"

"Kami merayu semua kawan-kawan untuk membantu melaporkan laman palsu tersebut yang sedang menyebarkan fitnah tentang Dyana," tulis pengendali laman rasmi tersebut.

Pulau Batu Puteh: Sultan perintah kemuka rayuan

Posted: 29 May 2014 05:13 PM PDT

BERNAMA 


JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini menitahkan kerajaan negeri Johor supaya menubuhkan sebuah pasukan khas supaya mengkaji untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh.
  
Sultan Ibrahim bertitah langkah itu sejajar dengan pesanan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian daripada negeri Johor.
  
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Bukit Timbalan sini hari ini.
  
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah baginda mahu kontraktor tempatan turut mendapat faedah daripada pelaksanaan pembangunan kompleks petroleum Pengerang dekat Kota Tinggi.
  
Baginda bertitah pembangunan itu yang akan memberikan impak besar terhadap ekonomi Johor sepatutnya turut memberi faedah kepada rakyat Johor.

Mengenai kebanjiran pelabur dari China terutamanya dalam sektor hartanah di negeri ini, Sultan Ibrahim bertitah pelaburan seumpama itu amat diperlukan bagi mengekalkan pembangunan ekonomi kerana Johor tidak boleh hanya bergantung kepada pelabur tempatan sahaja.
  
"Kebetulan pada masa ini hanya pelabur dari China yang dilihat lebih berminat untuk datang ke Johor kerana mereka percaya dengan potensi yang dimiliki negeri ini serta dasar kerajaan yang mesra pelabur," titah baginda.
  
Sultan Ibrahim dalam pada itu mahu sebuah Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor diwujudkan di bawah Enakmen Negeri Johor seperti yang sudah ditubuhkan di Melaka, Sabah dan Sarawak bagi menjaga dan memelihara alam sekitar negeri Johor.
  
Mengenai cuti mingguan negeri ini, Sultan Ibrahim mahu kerajaan negeri Johor menyelaraskan cuti mingguan bagi semua sektor di negeri ini kepada hari Jumaat dan Sabtu seperti yang diisytiharkan.
  
Baginda bertitah terdapat rungutan ibu bapa yang bekerja di sektor swasta bahawa mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak disebabkan terpaksa bekerja pada hari Jumaat.

Sambil melafazkan syukur kerana negeri Johor bertambah makmur, Sultan Ibrahim mengingatkan semua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan politik masing-masing.
  
Baginda juga mahu semua anggota DUN supaya memelihara kesopanan dan kesusilaan semasa berbahas.
  
"Saya ingatkan pikullah amanah yang diberikan rakyat dengan penuh tanggungjawab tanpa mengira latar belakang agama, bangsa atau parti politik," titah baginda

Dyana sembah tahniah pelantikan Sultan Nazrin Shah

Posted: 29 May 2014 05:12 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud merakamkan sembah tahniah kepada Sultan Perak yang ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang diisytiharkan petang tadi.

Di masa yang sama beliau turut mengulangi rasa dukacita dan sedih atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah dan mendoakan agar Allah  SWT mencucuri rahmat ke atas roh baginda.

"Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada DYMM Dr Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang diisytiharkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 pada hari ini 29 Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435 Hijrah.

"Patik berdoa agar DYMM Paduka Seri menerajui negeri Perak Darul Ridzuan dengan penuh bijaksana bagi memastikan kesejahteraan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Dyana berkata, pimpinan serta ahli DAP dan Pakatan Rakyat yakin Sultan Nazrin akan memenuhi impian dan harapan rakyat Perak Darul Ridzuan.

Pengisytiharan perlantikan Sultan Nazrin diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Ia kemudian diikuti oleh pengakuan sumpah Raja Nazrin bahawa baginda akan memerintah dengan adil berdasarkan hukum Allah

Penulis skrip, Martias Ali meninggal dunia

Posted: 29 May 2014 05:10 PM PDT


Martias Ali  
Martias Ali
 

PENULIS skrip, Martias Mohd Ali, 46, meninggal dunia akibat kanser darah, malam tadi.

Berita itu disampaikan Persatuan Seniman melalui lamn sosial Facebook kira-kira jam 12.30 malam.

"Martias Mohd Ali, penulis skrip dan juga Bendahari Persatuan Creative Content Industry Guild (CCIG) meninggal dunia sebentar tadi akibat kanser darah.

"Kita doakan semoga rohnya tergolong dalam orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," tulis Persatuan Seniman.

Antara skripnya dramanya yang popular ialah Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan, Zaharul VS Zarina, Drama bersiri Idris Beca, Sitkom Suasana, Air Mata Papa, Aidilfitri Dibulan Syaban, Manaf Astro, Nek Nak, Fobia, Merdeka Ajit Merdeka Ajis, Merahnya Biru, Buku Lama Diari Baru dan banyak lagi.

Dramanya yang berjudul Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan berjaya memenangi Anugerah Drama Terbaik Anugerah Seri Angkasa dan juga calon finalis Anugerah Skrin TV3.

Kempen hari ke-11 PRK Teluk Intan sepi

Posted: 29 May 2014 05:05 PM PDT

PRK Teluk Intan  
PRK Teluk Intan


TELUK INTAN - Suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan hari ini begitu sepi berikutan parti-parti politik yang bertanding menangguhkan aktiviti bagi menghormati kemangkatan dan pengebumian Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah.
  
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud turut ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah.
  
Jalan raya di sekitar bandar Teluk Intan juga agak lengang dengan banyak premis perniagaan ditutup berikutan cuti umum yang diisytihar di seluruh negeri Perak hari ini.
  
Semalam, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kempen pilihan raya kecil BN ditangguhkan serta-merta sehingga selesai istiadat pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah petang ini.
  
Dyana Sofya turut membatalkan beberapa program yang dijadualkan hari ini.
  
Bagaimanapun, kedua-dua parti terlibat menggunakan tempoh bertenang ini dengan mengadakan sidang media mengenai perkembangan kempen.
  
PRK Parlimen Teluk Intan akan berlangsung Sabtu ini dengan seramai 60,349 pengundi layak mengundi.
  
Selasa lepas sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi awal telah mengundi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.  - Bernama

Tangan putus ditetak lelaki bermotorsikal

Posted: 29 May 2014 05:02 PM PDT


Mangsa yang putus tangan kanan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.  
Mangsa yang putus tangan kanan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.


BACHOK - Seorang lelaki kehilangan tangan kanan akibat ditetak sekumpulan lelaki yang dikenalinya dipercayai akibat dendam lama.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa yang beralamat di Besut, Terengganu dikatakan menunggang motosikal dari rumah arwah bapa saudaranya menuju ke rumah ibu mentuanya.

"Pada jam 8.45 malam 28 Mei lalu, mangsa yang berusia 43 tahun itu dibawa orang ramai yang melalui lokasi kejadian ke rumah ibu saudaranya dalam keadaan berlumuran darah dan tanpa tangan kanan.

"Mangsa memaklumkan ketika tiba di kawasan perumahan baharu di Bukit Temalong, dia didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal dari arah belakang yang terus menetaknya menggunakan senjata tajam. Mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri selepas ditetak.

"Mangsa tidak pasti senjata yang digunakan oleh suspek. Mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)untuk rawatan. Usaha mencari tangan mangsa yang putus turut berjaya dan dihantar ke HUSM, tetapi tidak diketahui sama ada boleh disambung atau tidak," katanya.

Abdul Hamid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

PM: Mah sertai kabinet jika menang di Teluk Intan

Posted: 29 May 2014 04:58 PM PDT

 

MALAYSIAKINI


Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di Beijing.
  
"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.
  
Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik presiden Gerakan menganggotai Kabinet.
  
Ditanya kementerian mana yang akan ditawarkan kepada Mah, Najib berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan perkara itu.
  
"Belum lagi... perkara itu akan diputuskan kemudian," katanya.
  
Mah, 53, anak watan Teluk Intan, pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu dalam pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.
  
Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum 2004 namun tewas dalam tsunami politik pada 2008.
  
Dalam pilihan raya umum 2013, Mah gagal merampas kembali kerusi itu dan kali ini, beliau berdepan dalam pertembungan satu lawan satu sdengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
  
Kali terakhir Gerakan memegang jawatan dalam Kabinet ialah menerusi bekas Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon.- Bernama

Pilihan Raya Kecil Catatan Ringkas ke Selatan Teluk Intan

Posted: 29 May 2014 04:55 PM PDT


Oleh Aliff Fikri


Menara Condong, itulah perkataan yang akan muncul di kalangan orang ramai jika disebut tentang Teluk Intan. Hampir dua minggu menatap menara ini sambil mencari apakah keistimewaan yang ada selain kecondongannya, ia membuatkan fikiran saya yang vertikal turut condong untuk lekas mencari bantal dan katil.

Pada saya menara yang dibina oleh Leong Choon Cheong sebagai tangki air jika berlaku kemarau dan 'time keeper' yang kemudian menyondong akibat banjir besar pada 1889 dan 1895 tidaklah seunik mana, perkataan 'unik' itu hanya muncul kerana ia condong, kalau tidak sudah tentu diroboh penguasa seperti Penjara Pudu. (Alangkah bagusnya jika Penjara Pudu juga condong.)

Maya Lin dan Avianti Armand (atau anda) pasti punya pendapat yang berbeza.

Hampir setiap hari saya berputar ulang di sekitar Teluk Intan di kawasan Pasir Bedamar dan Changkat Jong untuk melaporkan kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan harapan dia akan menang dan diangkat sebagai Ahli Parlimen di sini supaya dapat membuka lembaran baru dalam arus politik negara. Ketika sedang melangut melihat Menara Condong sambil melahap Sate 'manis' Wak Teni, tak semena-mena, satu 'email' masuk di telefon saya, tertera ayat seperti berikut:
Jadual Dyana 28 Mei 2014

"1300 Walkabout in Southern Teluk Intan with Zairil Khir Johari, meeting point: Main Ops Centre. Menuju Kampung Sungai Samak, Kampung Pulau Ganda Suli, Ladang Ulu Basir dan Ladang Ulu Bernam"

Tanpa perlu membakar rokok saya teringat sajak The Quest oleh Wystan Hugh Auden yang berkisar tentang pencarian manusia memaknai perjuangan hidup dan melakukan perjalanan untuk menghilangkan kebencian. Macam tak ada kena-mengena, tapi entah mengapa, itulah yang muncul. Atau mungkin ada kena-mengena? Terpulang.

Saya bergegas pulang, mandi, berehat dan melupakan segala-galanya untuk perjalanan jauh esok hari.

Hari kempen ke Selatan Teluk Intan, saya sempat mendengar omelan Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah tentang kejahilan pimpinan tertinggi UMNO-BN yang telah mengeluarkan kecaman seksis terhadap Dyana. Dengan pantas saya catit dan terus hantar pada editor kerana 15 minit lagi perlu berangkat bersama rombongan calon, wakil PAS dan tentunya petugas-petugas DAP ke lokasi seperti mana tertera dalam jadual.

Cuaca di Teluk Intan seperti biasa, panas dan terik. Kami sekitar 10 buah kereta mula bergerak sekitar jam 1.15 tengah hari. Saya menumpang kereta seorang rakan. Perjalanan dari Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan ke lokasi pertama mengambil masa kira-kira satu jam di atas jalan batu kerikil dan tidak rata.

Menghampiri lokasi, kami disertai oleh 3 buah kenderaan pacuan empat roda dengan bendera Pakatan Rakyat. Sebaik tiba di Markas PAS Kampung Sungai Samak, rombongan kami bersama calon DAP Dyana Sofya disambut oleh hampir 40 orang penduduk kampung. Senator PKR Syed Husin Ali dan Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan PAS Dr Dzulkefly Ahmad turut hadir.

Seperti kebiasaannya, Dyana kelihatan tenang untuk bersalam-salam, menanda tangan buku mahupun baju dan berbual-bual ringkas dengan penduduk, walaupun kelihatan sedikit penat hari ini.

"Saya datang ke sini untuk memperkenalkan diri dan mengharapkan tuan-tuan serta puan-puan semua dapat memberikan sokongan serta memenangkan Pakatan Rakyat 31 Mei ini.

"Melalui sokongan tuan-tuan, puan-puan, saya seikhlas mungkin akan membantu menyuarakan keluhan semua di Parlimen. Memang tidak mudah untuk memenangi Teluk Intan, tapi saya yakin kita mampu.

"Seperti kata mentor saya, Lim Kit Siang, marilah kita bersama melakar sejarah, mencipta keajaiban," kata beliau dalam ucapan ringkas penuh semangat di Kampung Sungai Samak.

Perjalanan kemudiannya diteruskan ke Pulau Ganda Suli yang mengambil masa kira-kira 20 minit dari lokasi pertama. Di persinggahan kedua ini, selain Dr Dzulkefly, kami disambut oleh Adun Batu Tiga PKR Rodziah Ismail.

Di sini, Dyana bercakap tentang 5 perkara iaitu barang naik, politik perkauman, politik samseng, suara wanita dan anak muda.

"PRK ini penting untuk kita menghantar mesej kepada BN, bahawa kita menolak barang naik tapi gaji tak naik dan membuatkan darah kita makin naik," katanya yang kemudian menjamu selera seketika dan bergambar dengan hampir 100 orang penduduk kampung.

Melihat orang ramai menjamu selera, tanpa berfikir panjang, saya mengambil pinggan plastik, mencebuk nasi dan meletakkan dua, tiga ketul kambing dari gulai yang terhidang. Kata doktor yang merawat arwah nenek saya dulu, makan kambing boleh mengurangkan risiko atherosklerosis, sejenis penyakit yang boleh menyebabkan kematian akibat pembentukan lemak dan kolesterol, sekaligus menghalang jalan pengaliran darah.

Bercakap tentang menghalang atau halangan di tengah jalan, Hendry David Thoreau pernah mengungkapkan dalam esei panjangnya berjudul "Resistance to civil government", pada sebuah harapan, bahawa satu hari nanti akan ada sebuah negara yang berpihak pada masyarakatnya 'I have imagined, but not yet anywhere seen'. Sepanjang kempen ini, saya telah berjaya memaksa diri saya untuk percaya pada kalimat itu. Ya, satu ketika rakyat negara ini akan sampai pada satu titik hujung dan menyatakan bahawa mereka tidak sanggup lagi ditekan pemerintah zalim – titik di mana negara bersama alat perkakasnya telah menjadi Leviathan dalam terminologi Hobbesian.

Pemerintah korup dan menindas adalah lawak yang mesti diakhiri bukan melalui demonstrasi jalanan, tapi melalui kesedaran kritis warganya.

Saya tersedar, terlelap seketika dalam kereta, terlihat papan tanda Kampung Desa Kasih Merbau Berdarah, latarnya dipenuhi sawah padi menghijau. Tapi sayang, ini bukan lokasi seterusnyanya. Perjalanan diteruskan, kali ini ke melalui sebuah ladang, jalan merah penuh debu, kiri-kanan kelapa sawit, 'coverage' telefon putus-putus.

Saya pening, tidak tahu ini akibat efek kambing atau terlampau banyak menghidu debu-debu.
Debu-debu ini menyebabkan bendera-bendera BN yang memenuhi jalan juga pudar warnanya.
Kini, rombongan kami tiba di Ladang Ulu Basir, hujung Teluk Intan, 60 ke 70 kilometer dari pekan.

Biarpun bendera-bendera mereka dipudarkan oleh debu, perasaan gerun tetap menjengah melihatkan kawasan perumahan peladang yang tersusun, dewan dan masjid yang terjaga (ahh senibina tidak pernah gagal mengaburi mata) serta majoriti kaum India yang dikhabarkan telah mengisytiharkan sokongan pada Mah Siew Keong.

 Setibanya di sini, sebaik turun dari kereta, saya terus ke kedai runcit untuk membeli minuman dan rokok (tidak sepatutnya ditulis kerana merokok membahayakan kesihatan). Peniaga kedai runcit itu bertanya "Siapa datang, orang BN ke?", saya jawap "Oh tak,tak, calon DAP," ringkas.

Peniaga itu seraya berkata, "Saya ingat BN, sebab mereka janji mau datang bagi sumbangan lagi," katanya sambil mula mengukir senyuman sebaik Dyana datang menghampiri untuk bersalam dan bertanya khabar.

Sebaik mengetahui, Dyana yang datang, ramai ibu-ibu keluar membawa anak mereka untuk menemui calon DAP itu dengan wajah kegirangan. Sambutan ini amat tidak dijangka. Ada di antara anak-anak ini keluar menaiki motor, melambai-lambaikan tangan pada kami, membunyikan hon motor dan sanggup menunggu di penghujung jalan.

Seorang teman, anak bandar kemudian membisikkan lagu Radiohead di telinga saya dengan lirik 'Bring down the government, they don't, they don't speak for us'.

Dalam hati, saya tertanya-tanya apakah Radiohead ini sebenarnya cuba mengajak pendengarnya 'declare war' pada pemerintah? Patutlah pejuang hak-hak asasi suka dengar lagu mereka melalui Ipod di pojok kafe mewah bertemankan Coffee Latte.

Saya terpaksa mengakhiri perjalanan di Ladang Ulu Basir kerana kereta kami hampir kehabisan minyak dan seorang rakan juga terpaksa bergegas ke Kuala Kangsar untuk menghadiri satu upacara. Kami tidak pergi ke lokasi terakhir di Ladang Ulu Bernam. Berdasarkan khabar dari teman-teman, sambutan di sana juga cukup memberansangkan.

Walaupun amat penat dengan jalan yang berliku dan berbatu-batu, saya mengutip banyak pengalaman terutama soal perjuangan hidup dan perjalanan meleburkan kebencian yang ditanam pemerintah.

Perjalanan yang saya kisahkan ini, hanya sehari dari tempoh sembilan hari kempen penuh ranjau di Teluk Intan. Mungkin saya akan catatkan lagi beberapa pengalaman seperti diserang samseng UMNO, diprovok ketika walkabout dan peristiwa lainnya sepanjang 'bermastautin' di sini.

Cina bakal tolak Mah, wanita Umno boikot undi

Posted: 29 May 2014 04:41 PM PDT


Oleh ARIF ATAN


TELUK INTAN: Sentimen pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan (PRK) 31 Mei ini diyakini akan menolak calon BN, tegas bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar
Jamaluddin.

Katanya, majoriti daripada 42 peratus pengundi Tiong hoa di P76 itu menganggap calon Gerakan-BN, Dato' Mah Siew Keong, 53, selepas PRK ini bakal dilantik menjadi menteri atau senator.

"Teluk Intan ini jangan buat main-main. Di kalangan Cina apa yang berlaku hari ini, kalau Mah menang dia jadi menteri, dia kalah pun jadi senator, ikut pintu belakang.

"Sebab dalam BN ada kuota jawatan bagi komponen parti itu. Mah kalau jadi menteri, tidak akan bela rak yat, dia akan bela kerajaan," ujarnya ketika ditemui  di Markas Operasi Induk PAS di Jalan Padang Tembak dekat sini,

Nizar memberi contoh bagaimana Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dianggap "senyap" menyuarakan masalah rakyat di Parlimen selepas menyertai Kabinet.

"Lain pula halnya Dato' Dr Wee Ka Siong (Timbalan Pre siden). Dia bela kerajaan masa jadi Timbalan Menteri Pendidikan tapi sekarang baru dia pulun isu rakyat sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam sebab dia bukan lagi menteri.

"Dato' Seri Noh Omar pun sama. Bila sudah jadi wakil rakyat (Tanjong Karang) biasa baru lantang suarakan isu rakyat," jelas Nizar yang juga Adun Changkat Jering.

Mengulas reaksi penyokong Umno susulan dakwaan Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil kononnya calon Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, sebagai boneka DAP, beliau berkata, sebahagiannya terhiris de ngan kenyataan Ketua Wanita Umno itu.

"Kita difahamkan sebahagian wanita Umno tidak mahu keluar mengundi kerana tuduhan Shahrizat itu dianggap menghina wanita.

"Bagi mereka, Dyana ini peguam tidak mungkin mudah diperalat. Mereka di Perak pun kenal siapa ibu Dyana yang pernah cipta rekod sebagai wanita pertama Setiausaha Bahagian Umno di Ipoh dulu (1976- 1980)," ujarnya lagi.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT