Selasa, 27 Mei 2014

dollah yankee

dollah yankee


Lama tak dengar 'Pandykutty'

Posted: 27 May 2014 07:27 AM PDT





dollah yankee -

Selain Anwar, Mat Sabu punya ceramah juga pun boleh bagi orang terngaga ...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


VIDEO : SIAPA YANG TAK KENANG BUDI ENTAH? BUKAN ZAHID PERNAH UCAP BALIK KE KAMPUNG KELAHIRAN?

Posted: 27 May 2014 08:43 AM PDT

 Menurut YB Lim Kit Siang, kenyataan Zahid mengatakan kaum cina dan india yang tidak mengundi Bn ini hanyalah satu tindakan yang  menunjukkan kebodohan seorang menteri kerana hubungan selama 40 tahun dengan negara China yang di ucapkan menunjukkan bahawa hubungan itu akhrab dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.




Siapa yang kata pulang ke Indonesia seperti pulang ke kampung halaman.....


JAWAPAN ANAK MUDA YANG CERDIK KEPADA YANG TUA KOMIDI

Posted: 27 May 2014 08:33 AM PDT



Tukar Tiub

Tukar Tiub


MALAM INI IBNU SINA DI BANGSAR

Posted: 27 May 2014 07:30 PM PDT


MALAM

INI

IBNU SINA
dilahirkan pada tahun 370 Hijrah 
bersamaan 980 Masihi 
di Afsyanah, Bukhara, Turkistan

 Nama sebenarnya 
 Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina 




KELAS 

FALSAFAH

rabu malam
jam 9:00
universiti bangsar utama

  SIARAN

langsung dari
radio bangsar utama


semua dijemput datang
buat ramai
rabu malam
kita sambung dengan falsafah arab
sesudah al-farabi
dari sudut pandang
ibnu sina


-------------

SIAPA KENAL BOMOH?

Posted: 27 May 2014 07:00 PM PDT





FACE BOOK

MB Pahang tukar??













KAH KAH KAH

sedang mengigil

mencari bomoh

kah kah kah

-----------

ADA ALKOHOL TAK?

Posted: 27 May 2014 06:39 PM PDT




NGO saman Cadbury RM100 juta


KUALA LUMPUR 26 Mei - Lebih 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam akan memfailkan saman bernilai RM100 juta terhadap syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. (Cadbury) ekoran penemuan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi pada dua produk keluaran syarikat terbabit.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, saman yang akan difailkan Isnin ini turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) sebagai mewakili pengguna Islam di negara ini bagi menuntut keadilan terhadap tindakan syarikat berkenaan yang tidak sensitif apabila sengaja menganiaya dan menghina umat Islam di negara ini dengan mencampurkan DNA babi di dalam produk mereka.


KAH KAH KAH
woit
boleh tanya tak?
bila nak selidik tapai
ada dna alkohol tak dalam tapai

kalau ada alkohol
nak saman sapa?

mak cik bedah
jual kueh ke?

atau

lee kang
towkay jual beras pulut?

NOTA
ini mesti konpirasi
dari syarikat cadbury
nak kurangkan melayu
masuk syurga
kah kah kah



-----------

HANYA MENUNGGU MASA

Posted: 27 May 2014 06:00 PM PDT







KOTA TINGGI 26 Mei - Penyelewengan diesel bersubsidi di laut bukanlah kegiatan kecil sebaliknya dilakukan secara berleluasa melibatkan kapal dagang asing sehingga mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit...


KAH KAH KAH

hanya menunggu
masa
subsidi diesel
akan dilupuskan
tak caya?

tunggu

kah kah kah

-----------

ESOK MALAM IBNU SINA

Posted: 26 May 2014 08:30 PM PDT




ESOK

RABU

MALAM

IBNU SINA
dilahirkan pada tahun 370 Hijrah 
bersamaan 980 Masihi 
di Afsyanah, Bukhara, Turkistan

 Nama sebenarnya 
 Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina 




KELAS 

FALSAFAH

rabu malam
jam 9:00
universiti bangsar utama

  SIARAN

langsung dari
radio bangsar utama


semua dijemput datang
buat ramai
rabu malam
kita sambung dengan falsafah arab
sesudah al-farabi
dari sudut pandang
ibnu sina


----------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Nasib Raja Bukit Malaysia

Posted: 27 May 2014 02:21 AM PDT



MSTAR ONLINE



Gambar kenangan yang dirakamkan Osman (kanan) bersama atlit negara, Nuru Huda Abdullah, M Kumaresan dan Faiznur Miskin ketika Sukan SEA 1998 di Kuala Lumpur.


PETALING JAYA: Bekas pembantu jurulatih dan jaguh lumba basikal negara, Osman Limat berharap kerajaan dapat merangka perancangan rapi untuk pembantu dan jurulatih separuh masa di peringkat negeri dan kebangsaan supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa.

Pernah bergelar Raja Bukit pada awal 70-an, anak kelahiran Muar, Johor yang lebih mesra disapa Pak Man menganggap tanpa perhatian kerajaan, tentunya akan lahir lebih ramai Osman Limat di negara ini pada masa depan.

"Jangan jadi macam saya, dulu masa jadi atlit dan jurulatih nak tukar tayar basikal pun tak mampu sampaikan kena berhutang dengan ceti. Nasib baik ada bakat melukis, jadi kalau poket kosong boleh jual lukisan untuk tampung belanja keluarga ketika sesak dan sampai sekarang hasil lukisan juga yang banyak membantu saya meneruskan hidup.

"Malahan, basikal yang saya guna ketika menang gelaran Raja Bukit pun saya terpaksa jual kira-kira 15 tahun lalu," katanya yang meninggalkan dunia sukan berbasikal atas faktor usia dan menumpukan perhatian dengan menghasilkan karya seni lukisan.



Pak Man menganggap dirinya umpama burung walit, dimana ada rezeki di situ beliau terselit untuk meneruskan hidup.


Osman yang pernah memperoleh sijil kejurulatihan di Bangkok dan Majlis Sukan Negara (MSN) menganggap personalitinya yang sentiasa 'happy go lucky' membolehkan beliau meneruskan hidup walaupun ramai yang sudah melupakan sumbangannya kepada arena sukan lumba basikal di peringkat Pahang dan negara.

Menetap di Kuantan, beliau yang terkilan kerana pengorbanannya ketika zaman muda untuk kecemerlangan sukan negara berakhir dengan memori agak pahit kini hanya bergantung kepada wang pencen RM800 sebulan sebagai pegawai landskap Kementerian Kesihatan, selain hasil jualan lukisannya.

"Memang dah beribu-ribu lukisan saya hasilkan tapi yang ada sekarang hanya kira-kira 80 sahaja, lainnya dijual terutama bila sesak. Apa pun saya bersyukur kerana memiliki keluarga dan rakan yang memahami diri saya, walaupun tidak hidup senang tetapi saya tidak merempat.

"Kalau ada yang masih mengingati sumbangan saya, jenguklah galeri tidak seberapa ini," katanya yang pernah menjadi pembantu jurulatih untuk pelumba basikal negara, M Kumaresan.

Atlit negara pada Sukan SEA Singapura pada 1972 yang kini berusia 66 tahun dan suami kepada Jamilah Jais ini menghabiskan masanya setiap hari di Galeri Rajawali yang terletak di Taman Cenderawasih, Kuantan.




Sokongan isteri memberi semangat untuk Pak Man berkarya di galeri yang dibina menggunakan kayu terpakai.


Ketika berkunjung ke galeri itu, bapa kepada tujuh cahaya mata itu sibuk menyiapkan lukisan bertemakan alam yang memaparkan suasana nyaman dan tenang di Hutan Royal Belum, Perak di teratak yang dibina menggunakan kayu terpakai.

"Galeri ini belum siap sepenuhnya sebab tak cukup bajet, jadi cara terbaik untuk mendapat bekalan kayu adalah  dengan menukarkan kayu terpakai dengan lukisan saya, macam sistem barter.

"Memang sebelum ini ada beberapa pihak berjanji nak bantu, tapi janji hanya tinggal janji, lagi pun saya dah tua dan tak aktif bersukan lagi," katanya yang lahir dengan hanya memiliki empat daripada 10 jari di kedua-dua tangannya.

Ditanya bagaimana beliau boleh merangkul gelaran Raja Bukit sedangkan kedua tangannya tidak sempurna, Osman berkata: "Nak naik bukit bukan perlukan tangan, tetapi kita perlu ada akal fikiran dan kaki yang kuat."

Kali terakhir ahli Persatuan Pelukis dan Persatuan Berbasikal Pahang ini kali terakhir menyumbang bakti kepada negara apabila diminta menjadi pembantu jurulatih pasukan berbasikal pada Sukan SEA Indonesia 2011.

BN sangat terdesak di Teluk Intan

Posted: 27 May 2014 01:50 AM PDT

MSO

Abdul Hadi puji Dyana kerana berani menjadi calon.
Keadaan BN benar-benar terdesak untuk merampas balik kerusi parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini. Keterdesakan ini nampak jelas apabila tukang-tukang kempen BN memainkan apa saja isu asalkan boleh dijadikan daya tarikan untuk meraih undi.

BN akan melakukan apa saja untuk merampas kerusi berkenaan termasuk dengan cara samseng dan jahat. Kekalahan dalam pilihan raya ini memberi indiksi kepada BN parti itu masih gagal untuk memulihkan prestasinya selepas kalah teruk dalam pilihan raya lalu.

Kekalahan di Teluk Intan nanti akan menjadi kekalahan ketiga selepas di Kajang dan Bukit Gelugur. Kekalahan di Teluk Intan memabsahkan bahawa parti Cina dalam BN tidak mendapat sokongan lagi. Di Kajang baru-baru ini naib presiden MCA Chew Mei Fun telah dihumban ke dalam longkang, sekiranya di Teluk Intan ini Presiden Gerakan Mah Siew Keong pula dicampak ke dalam sungai sesuatu yang malang buat BN. BN akan terus demam tanpa kebah.

Api kehebatan kedua parti itu selama ini mungkin akan terpadam dan DAP akan mengambil alih menjadi parti nombor satu orang Cina di negara ini sepenuhnya.

Implikasi itulah menyebabkan BN akan melakukan apa saja. Calon BN, berlembut mengatakan dia akan berkempen secara baik dan teratur, tetapi apa yang berlaku disebaliknya. Kempen BN di Teluk Intan adalah antara yang terhuduh dan terkeji. Siew Keong tidak mampu melunakkan keadaan dengan kata-kata, sedang perbuatan (kempen) BN kotor.

Gambar yang direkacipta kononnya calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud memakai bikni juga diguna sepenuhnya. Katanya gambar bintang filem Filipina yang dianggap Dyana itu disebar di serta masjid di Teluk Intan. Tindakan ini jelas keterdesakan BN dan sudah hilang kewarasan berpolitik. Sekiranya ia dilakukan oleh rakan Gerakan, iaitu Umno dimanakah nilai dan maruah Umno sebagai parti Melayu yang beragama Islam.

Penyebaran foto bikni itu tidak dibantah atau dikecam oleh pemimpin Umno. Ia seakan direstui. Sebenarnya ini tidak mengharainkan kerana mereka pernah bertindak lebih huduh dan busuk dari itu dengan menyebarkan video lucah membabitkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam televisyen dan juga akhbar. CD lucah membabitkan Anwar turut sama dikirimkan kepada tok kadi dan tok imam. Jadi apa yang dilakukan ke atas Dyana itu tidak menghairakan kerana ia merupakan budaya Umno.

Tukang-tukang kempen juga turut memperkecil-kecilkan Dyana Sofya kononnya menjadi boneka DAP. Ada juga yang mengatakan pilihan raya Teluk Intan bukan pertandingan ratu cantik sebagai meletakkan pilihan raya itu kononnya berdasarkan perjuangan parti dan bukan individu calon. Pihak BN jelous dengan penampilan Dyana yang menarik perhatian umum menerusi pelbagai poster, banner dan juga foto-foto yang di masukkan ke dalam facebook.

Seorang lagi tukang kempen kata kalau pengundi Melayu pilih Dyana Sofya mereka bodoh. Bagi tukang kempen itu dia lebih menerima Mah Siew Keong daripada Dyana. Macam mana otak dan kepala si tukang kempen ini boleh membuat kenyataan demikian. Dyana Melayu dan kalau orang Melayu undi Dyana mereka bodoh? Ilmu "hisab kulub" mana yang diteria pakai si tukang kempen itu.

Selama ini partinya memperjuangkan Melayu tiba-tiba bila mana di Teluk Intan Melayu dicalonkan dikatakan bodoh. Sebenarnya yang bodoh dan sumbang fikiran dalam hal ini si tukang kempen bertaraf menteri keldai itu sendiri.

Tukang kempen lain pula membangkitkan soal ibu Dyana Sofya yang pernah menjadi ahli Perkasa. Kononnya dengan babitkan Yammy Samad dengan Perkasa, pengundi akan membenci Dyana Sofya. Bukankah parti yang mendokong Dyana tidak setuju dengan Perkasa? Tidak bermakna kalau Yammy pernah sertai Perkasa bermakna DAP menerima Perkasa?

Benar Yammy menyertai Perkasa diperigkat awal penubuhan. Yammy adalah merupakan ahli jawatankuasa penaja Perkasa. Sebelum Perkasa sah didaftarkan Yammy telah meninggalkan Perkasa. Yammy tidak pernah menjadi Ketua Wanita Perkasa. Kenapa Yammy meninggalkan Perkasa bukan kerana apa, melainkan setelah dia tahu arah dan tuju Perkasa dan juga siapa yang berada di sebalik Perkasa.

Perkasa tidak berbangkit apa-apa dengan Yammy dan ia juga tidak relevan untuk dikaitkan dengan Dyana Sofya. Kepada BN atau Umno carilah modal lain yang boleh diterima umum terutamanya di kalangan anak-anak muda yang kian menggila Dyana Sofya kini.

Dalam keadaan BN mahu menambahkan kekuatan untuk Mah Siew Keong, Dyana pula terus mendapat sokongan dan dokongan Pakatan Rakyat. Semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang telah turun untuk membantu Dyana. Saya yakin kalau Tokguru Nik Abdul Aziz sihat beliau juga akan berkampung di Teluk Intan memberi sokongan moral kepada Dyana.

(Dalam pada itu dengan kempen yang anih-anih dan kadang-kadang tidak tersaul dek akal yang dilakukan rakan Gerakan itu, apakah ia disengajakan untuk memberi kemenangan kepada Dyana?  Kalau benar begitu ternyata Umno bukan rakan yang ikhlas dan tulus buat Gerakan tetapi rakan yang menjadi gunting dalam lipatan).

Maut di atas landasan kereta api

Posted: 27 May 2014 01:42 AM PDT


Jenazah Allahyarham Abdul Ghani menghembuskan nafas terakhir di landasan kereta api KTM Lipis akibat serangan jantung, semalam. Jenazah Allahyarham Abdul Ghani menghembuskan nafas terakhir di landasan kereta api KTM Lipis akibat serangan jantung, semalam.


KUALA LIPIS - Seorang warga emas sempat berjumpa dengan anaknya di Putrajaya sebelum meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Tanah Merah, Kelantan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, Allahyarham Abdul Ghani Yusof, 72, bersama isterinya, Che Fatimah Yusof, 68, sebelum itu menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Kajang kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Menurutnya, ketika sampai di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kuala Lipis sekitar jam 5 pagi semalam, pihak KTM mengumumkan berlaku masalah kereta api tergelincir di Stesen KTM Kemubu, Gua Musang yang menyebabkan laluan terbabit ditutup sementara waktu.

"Ekoran masalah itu, semua penumpang kereta api terpaksa turun dan pihak KTM telah menyediakan bas untuk membawa mereka pulang ke Kelantan.

"Arwah Abdul Ghani bersama Che Fatimah turut turun dari kereta api berkenaan dan ketika mereka sedang berjalan melintasi landasan menuju ke bas, tiba-tiba arwah Abdul Ghani rebah serta tidak sedarkan diri," katanya di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, pihak KTM kemudiannya bertindak menghubungi pihak hospital dan polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, arwah Abdul Ghani disahkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian dan jenazahnya telah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati arwah Abdul Ghani meninggal dunia akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Jenazah arwah Abdul Ghani telah dituntut oleh ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Merah, Kelantan," katanya

Perkasa lebarkan sayap ke luar Malaysia, bermula di London

Posted: 27 May 2014 01:37 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (tengah) mengumumkan pembukaan cawangan baru kelab Perkasa di London pada Sabtu ini di mana Ibrahim Ali dijangka melancarkan di Southwick, St Paddington, London dengan keahlian mencecah lebih 200 orang. – Gambar fail, 27 Mei, 2014. Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (tengah) mengumumkan pembukaan cawangan baru kelab Perkasa di London pada Sabtu ini di mana Ibrahim Ali dijangka melancarkan di Southwick, St Paddington, London dengan keahlian mencecah lebih 200 orang. – Gambar fail. 



 Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) akan melebarkan sayapnya ke luar negara apabila bakal membuka cawangan pertama di London Sabtu ini sebagai respon kepada permintaan orang Melayu yang tidak mahu menyertai organisasi politik seperti Umno, kata Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali.

Kumpulan sayap kanan yang ditubuhkan pada 2008 selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihan raya umum tahun itu mendakwa mempunyai lebih 500,000 ahli yang kebanyakannya daripada Umno.

"Ada permintaan daripada masyarakat Melayu di London supaya Perkasa membuka cawangan di sana," kata Syed Hasan kepada The Malaysian Insider.

"Mereka tidak mahu menyertai kelab pertubuhan politik di sana, jadi mereka minta Perkasa membuka cawangan di London," katanya, ketika ditanya mengenai Kelab Penyokong Umno Luar Negara yang turut mempunyai cawangan di London.

Kelab Penyokong Umno Luar Negara mempunyai 72 cawangan di 18 negara dengan keahlian 14,000 orang di seluruh dunia.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dijangka akan melancarkan cawangan London pada Sabtu di Southwick, St Paddington, London dengan keahlian mencecah lebih 200 orang.

Jemputan media sudah mula dihantar yang menyatakan lebih 275 ahli sudah mendaftar dengan Kelab Perkasa UK dan Eropah.

Syed Hasan berkata, keahlian kelab Perkasa di luar negara itu terbuka kepada mana-mana rakyat Malaysia kaum Melayu dan beragama Islam yang bekerja mahupun belajar di luar negara.

Beliau berkata Perkasa juga akan membuka kelab di Mesir, Jordan, Indonesia, dan juga Australia pada masa akan datang.

"Antara aktiviti yang kita rancang untuk kelab Perkasa luar negara adalah seperti forum, perbincangan dan sebagainya," katanya.

Bagi tujuan itu, Ibrahim katanya dijangka bakal berlepas ke London pada pagi 29 Mei ini bersama 33 lagi pemimpin kanan Perkasa dari Malaysia.

Perkasa dikenali sebagai kumpulan pendesak Melayu yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya 2008 dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penaung.

Pertubuhan ini sering dikecam dan dilabel sebagai rasis oleh pengkritiknya kerana sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi.

Bagaimanapun, mereka mendakwa hanya mempertahankan hak kaum Melayu dan Bumiputera seperti tertakluk dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Syed Hasan mengatakan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang sering mengeluarkan kenyataan keras terhadap kaum lain sejak akhir-akhir ini sebagai "saudara" mereka.

"Saya tidak ragu-ragu untuk mengisytiharkan kami umpama abang dan adik. Perkasa tidak cemburu dengan mereka, tetapi kami mengalu-alukan lebih banyak kewujudan kumpulan seperti kami," katanya.

"Lagi ramai lagi bagus," katanya, dan menambah Perkasa tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan pertubuhan seperti mereka selagi mempunyai agenda perjuangan serupa.

Isma menjadi tajuk utama berita beberapa minggu lalu selepas menimbulkan kemarahan kaum Cina apabila mengatakan mereka merupakan pendatang dan penceroboh.

Bukan organisasi politik seperti Umno dan Perkasa sahaja yang menarik rakyat Malaysia di luar negara menyertai perjuangan dan ideologi mereka.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dari PKR, ribuan rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di luar negara pulang mengundi Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mei tahun lepas.

Terdapat antara 75% hingga 85% rakyat Malaysia luar negara yang mengundi PR dalam PRU tahun lalu, kata Nurul Izzah pada Jun tahun lepas.

Ini menyebabkan pemimpin PR seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke Australia untuk menghadiri forum dan perbincangan dengan pelajar Malaysia sementara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berucap di Kolej Merton di Universiti Oxford.

Pada Julai tahun lalu, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengetuai delegasi PAS ke Perth, Adelaide dan Melbourne untuk mencari dana bagi petisyen pilihan raya yang mahu difailkan PR tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Bukan orang Islam sahaja yang hadir dalam forum anjuran PAS itu, dan mereka teruja dengan kehadiran dan derma diterima.

Angka rakyat Malaysia yang berpindah ke Australia meningkat naik daripada 1,350 setahun pada 1970-an kepada 5,400 setahun (dari 2006 hingga 2011).

Bancian pada 2011 menunjukkan 116,196 penduduk tetap/rakyat Australia dilahirkan di Malaysia dan 7,224 (4,200 dalam bancian 2006) mengisytiharkan Islam sebagai agama mereka

DNA babi: Terpulang jika hendak ambil tindakan

Posted: 27 May 2014 01:34 AM PDT


Subramanaim menunjukkan coklat Cadbury Dairy Milk pada sidang media berhubung isu coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine). - Foto Bernama Subramanaim menunjukkan coklat Cadbury Dairy Milk pada sidang media berhubung isu coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine). - Foto Bernama


TELUK INTAN - Kerajaan sedia menerima sebarang tindakan yang akan diambil oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap isu pencemaran DNA babi ke atas produk Cadbury.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam berkata, siasatan yang dilakukan terhadap produk berkenaan perlu melalui beberapa proses sebelum kenyataan mengenainya dikeluarkan.

Bagaimanapun, kajian awal terhadap produk berkenaan terbocor dan diketahui umum secara tidak rasmi sebelum tindakan selanjutnya dibuat.

"Sebagai pihak yang bertanggungjawab, kita kena pastikan apa yang keluar (kenyataan) itu adalah perkara yang betul.

"Terpulang kepada mereka. Kalau nak ambil tindakan kita akan jawab semuanya," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Teluk Intan, ​hari ini.​

Semalam, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama 80 NGO menimbang untuk memfailkan saman ke atas syarikat Cadbury kerana produk mereka mengandungi DNA babi.

Pada masa sama, Presiden JMM, Azwanuddin Hamzah turut kesal terhadap Jakim dan Kementerian Kesihatan yang didakwa lambat bertindak.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Subramaniam berkata, siasatan pihaknya masih diteruskan melalui beberapa proses.

"Mereka mungkin tak tambah secara sengaja (DNA babi) tetapi berlaku pencemaran semasa proses menghasilkan produk.

"Perkara ini yang perlu dipastikan supaya ia dapat dielakkan di dalam proses yang lain," katanya lagi.

Menurutnya, selain Kementerian Kesihatan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut bermesyuarat mengenai perkara tersebut.

Cadbury: Imam Besar Masjid Negara saran bertegas

Posted: 27 May 2014 01:32 AM PDT

Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad  
Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad


KUALA TERENGGANU - Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyarankan agar tindakan tegas diambil terhadap Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA babi di dalam dua produknya.

Beliau berkata, tindakan seperti denda yang berat atau penutupan kilang adalah wajar sebagai pengajaran kepada syarikat lain agar lebih berhati-hati dalam pematuhan piawaian halal.

"Apa sahaja keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap syarikat itu akan kita sokong, asalkan ia tidak berulang pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mahabbah dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu lalu yang mengesahkan dua sampel coklat keluaran Cadbury mempunyai DNA babi.

Mengulas lanjut, Syaikh Ismail juga tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang berniat jahat dengan menjadikan makanan sebagai alat untuk menggugat akidah umat Islam.

Justeru, beliau menyeru umat Islam agar lebih berhati-hati dengan status makanan yang diambil kerana sikap sambil lewa terhadap perkara itu hanya memudaratkan umat Islam sendiri.

"Jika umat Islam memandang remeh perkara ini, ia sama sahaja seperti orang yang tidak beriman yang makan apa sahaja tanpa mengira halal haramnya sesuatu produk itu.

"Pada masa sama, kita mengharapkan pihak berkuasa terus memantau syarikat pengeluar makanan yang lain bagi mengelak perkara ini terjadi," katanya. - Bernama

Hina pengundi Cina: Zahid perlu mohon maaf, kata Kit Siang

Posted: 27 May 2014 01:16 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang (tengah) gesa naib presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minta maaf‎ dari  pengundi Cina. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014.Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang (tengah) gesa naib presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minta maaf‎ dari pengundi Cina. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.


 Lim Kit Siang hari ini menyelar kenyataan naib presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menyifatkan pengundi Cina yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN) sebagai tidak bersyukur.

Ketua parlimen DAP itu berkata rakyat adalah tuan dan golongan yang tidak bersyukur adalah mereka yang diberikan mandat memerintah tetapi penghinaan kepada rakyat pula dilontarkan.

‎"Ini satu lagi contoh menteri mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir dan secara ekstremis yang tidak membantu pembinaan negara.

"Dalam sistem demokrasi, rakyat adalah tuan. Mereka yang tidak bersyukur adalah mereka yang dipilih dan menghina rakyat seperti Zahid. Zahid perlu minta maaf‎," katanya pada satu sidang media di bilik gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.

Semalam, Zahid menggelar kaum Cina di Malaysia yang masih mengundi DAP sebagai tidak bersyukur setelah kukuh dalam kedudukan ekonomi.

"Melayu dan India yang membantu ahli perniagaan Cina. Tetapi apabila mereka mengundi, mereka memilih DAP. Mereka tidak bersyukur," Zahid memberitahu kira-kira 100 orang Melayu di Durian Sebatang, Teluk Intan semalam.

Dalam perkembangan lain, Lim menggesa pengundi luar Teluk Intan agar kembali ke kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawab Sabtu ini.

Katanya, PRK Bukit Gelugor menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah dan Teluk Intan perlu membuktikan sebaliknya.

"Kamilah underdog. Harapan sekitar 40-60%. Namun setelah lapan hari, respon yang diterima sangat menggalakkan. Saya rasa peluang kami meningkat. Ia masih panjang bagi mendapatkan kemenangan.

"Kemenangan bergantung kepada pengundi luar kembali ke Teluk Intan. Ini kerana di Bukit Gelugor peratusan keluar mengundi hanya 46.5% setelah pengundi luar tidak pulang dan pengundi tempatan tidak membuang undi.

"Saya membuat rayuan SOS kedua pengundi luar untuk pulang. Setiap orang mesti berusaha untuk balik," katanya.

Mengulas mengenai kekacauan yang dilakukan Pemuda Umno di beberapa negeri baru-baru ini, Lim berkata PR akan berbincang bagi mengatur strategi membasmi gangster politik dalam negara.

Katanya, insiden sedemikian mengancam keharmonian, perpaduan dan masa depan Malaysia maka ia tidak patut dibiarkan.

"Calon BN Datuk Mah Diew Keong mesti menyatakan pendirian. Bagaimana dengan semua ekstremis dan gangster politik? Saya berasa terkejut dan malu tindakan pemimpin Umno.

"Mah, inikah standard politik kamu? Mahu jadi sebahagiannya? Memalukan.

"Saya fikir Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Tan Cheng Lock tidak boleh bersemadi dengan aman," katanya.

Ramasamy cabar Khalid kemuka bukti pelarian Tamil adalah pengganas

Posted: 27 May 2014 01:14 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy (kanan) mengadakan sidang akhbar itu khusus mengenai penahanan tiga rakyat asing yang disyaki anggota kumpulan pengganas LTTE dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas. – Gambar fail, 27 Mei, 2014. Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy (kanan) mengadakan sidang akhbar itu khusus mengenai penahanan tiga rakyat asing yang disyaki anggota kumpulan pengganas LTTE dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas. – Gambar fail, .



Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengemukakan bukti kukuh bahawa tiga rakyat asing yang ditahan Ahad lepas adalah anggota pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Beliau berkata kumpulan pengganas LTTE sudah lama berkubur, dan ketiga-tiga rakyat asing yang ditahan itu mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) untuk menetap di negara ini serta mengelak daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

"Bagaimana beliau (Khalid) boleh katakan LTTE wujud, polis Malaysia ini tidak membuat kajian langsung, mereka ambil tindakan apabila mereka terima maklumat daripada pihak Sri Lanka... ini adalah pelarian Tamil.

"Saya cabar ketua polis negara sekiranya beliau ada bukti, kemukakan dan saya sedia berdebat dengannya... jangan dengan mudah menahan pelarian Tamil yang perlukan perlindungan," dakwanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ramasamy mengadakan sidang akhbar itu khusus mengenai penahanan tiga rakyat asing yang disyaki anggota kumpulan pengganas LTTE dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas.

Khalid dalam kenyataannya sebelum ini, berkata suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan semula aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa. – Bernama

Mah Siew Kong Sendiri Tak Percaya Kepada Janji-janji Menteri

Posted: 27 May 2014 01:08 AM PDT

KELAB GREENBOC

Saya tak bertanggungjawab pada janji menteri'


Calon BN di Teluk Intan Mah Siew Keong berkata, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan atas janji-janji yang dibuat oleh menteri-menteri tanpa kehadirannya.

Mengulas janji yang dibuat beberapa menteri semasa perjalanan kempen, presiden Gerakan itu berkata beliau tidak berada di situ ketika janji itu dibuat.

Katanya lagi, ia janji-janji mereka dan bukan beliau.

"Ia tiada dalam manifesto. Saya hanya letakkan apa yang saya fikir mampu lakukan sebagai anggota Parlimen," katanya.

Mah bagaimanapun berkata, jika salah bagi BN menabur janji dalam pilihan raya, Pakatan Rakyat juga melakukan perkara sama.

"Pakatan kata jika mereka menang, mereka akan turunkan harga petrol. Bagaimana dengan perkara itu? Adakah itu tak sama?" soalnya. -mk


PRK Teluk Intan: BN gagal bina sekolah, tiba-tiba universiti pula dijanjikan

TELUK INTAN, 26 MEI: Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.

Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.

Calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan pula untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.


Janji beliau menimbulkan persoalan terhadap janji-janji BN yang jarang ditunaikan.

Calon Pilihanraya Kecil (PRK) DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012.

"Baru-baru ini BN telah melancarkan sebuah lebuhraya dengan kos RM5 bilion dan berjanji untuk menaik-taraf kemudahan jalur lebar jika mereka menang.

"Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan projek sekolah di Kampung Bahagia?

"Peruntukan telah diberikan sebanyak RM27 juta pada tahun 2012. Sehingga kini papan tanda pun tidak ada,"
katanya dalam sidang media di Restoran Sin Loke Thian.

Menurut Dyana, mendiang Seah Leong Peng telah membangkitkan isu sekolah berkenaan di Parlimen pada tahun 2013.

Menurut Dyana, pihak kerajaan berjanji akan menyiapkan sekolah itu tahun ini.

"Kita mahu tanya, bila nak tunaikan janji yang dulu? (Kerajaan) sibuk umum pelbagai projek, tapi yang lain terbengkalai," tegas beliau.

Pada 11 Februari 2012, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM27 juta untuk pembinaan sekolah itu termasuk pelbagai projek naik taraf di daerah Hilir Perak.

ULASAN GB

Anehnya calon BN itu tidak percaya dan tidak yakin dengan janji-janji menteri-menteri UMNO BN sendiri...

Dan lebih pelik beliau sendiri berjanji untuk menubuhkan sebuah universiti di Teluk Intan...?

Jelas membuktikan semua mereka dari BN termasuk calonnya adalah kaki auta belaka...

[HOT] Apa Kata Ust Hadi Terhadap Dyana Sofya?

Posted: 27 May 2014 01:06 AM PDT

KELAB GREENBOC


Dyana lebih berani daripada saya kerana jadi calon DAP, kata Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan calon Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud seorang "berani" kerana bertanding atas tiket DAP, dan berkata keberanian seperti itu diperlukan di kalangan pemimpin pembangkang.

Hadi berkata pengundi perlu memilih Dyana kerana kesanggupannya menjadi calon DAP.

"Kita mesti pilih seorang bertenaga, yang tunjuk keberanian dia. Kita anggap Dyana berani, sanggup jadi ahli DAP. Calon DAP juga.


"Saya sendiri tak sanggup jadi calon DAP," kata Hadi berseloroh semasa bertemu para pengundi di sebuah majlis jamuan teh di Teluk Intan.

Presiden PAS itu tiba hari ini di Teluk Intan untuk turut serta dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkempen untuk Dyana menjelang pilihan raya 31 Mei ini.

Berucap di hadapan penyokong majoriti Melayu hari ini, Hadi berkata soal bangsa seseorang calon tidak penting dalam pilihan raya, tetapi yang lebih penting adalah perwatakan dan prinsip.

"Kalau kita cerdik, kita bukan bincang pasal bangsa orang yang kita pilih sebagai calon jadi wakil kita, wakil bagi Parlimen. Kalau menang sebagai calon, akan cakap di Parlimen bagi pihak kita.

"Kita percaya Dyana, lawyer muda, kalau menang jadi wakil rakyat kita, dia bercakap, dia berani, kita percaya."


Sebaliknya, Hadi berkata calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong akan hanya jadi "tukang angguk" di dalam Parlimen.

Hadi berkata beliau bimbang BN menggunakan wang dan saguhati memancing undi dalam pilihan raya di Teluk Intan.

"Saya percaya, khususnya di kawasan-kawasan Melayu, (BN) akan banyak tabur duit. Saya tahu ini kerajaan BN, terutama bila calon kaya," katanya.

Hadi turut memberi perumpamaan ikan dan umpan.

"Ikan cerdik makan umpan, tak makan kail. Bagilah banyak-banyak umpan, biar umpan habis. Kail jangan makan," tambahnya.

Beberapa menteri sebelum ini menjanjikan pelbagai pembangunan di Teluk Intan sekiranya presiden Gerakan menang, termasuk kelajuan Internet lebih tinggi, sebuah krematorium dan dewan orang ramai untuk masyarakat India, dan pakaian seragam baru untuk sukarelawan Rela.

Bagaimanapun, Mah menjauhkan diri dari janji tersebut dengan berkata beliau hanya bertanggungjawab untuk manifesto sendiri. -TMI



Dyana calon yang bertenaga dan berani – Presiden PAS

TELUK INTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta pengundi Teluk Intan memilih calon yang berani dan membawa suara rakyat di parlimen.

Kata beliau, keberanian yang ditunjukkan calon yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud wanita Melayu yang sanggup mewakili DAP harus menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti.

"Kita pilih calon yang boleh membawa amanah kita, membawa hak suara kita di parlimen dan bukannya pemimpin yang hanya tahu 'angguk' walaupun perkara itu tak betul.

"Dyana calon yang bertenaga dan keberanian beliau yang kita inginkan. Beliau wanita Melayu yang berani menjadi calon DAP, saya sendiri pun tak berani nak jadi calon DAP," ucap beliau sambil disambut ketawa para hadirin.

Beliau berucap demikian pada Majlis Hi-tea Bersama Presiden PAS di Taman Cicerly yang turut dihadiri Dyana.

Beliau menjelaskan bahawa Dyana mempunyai peranan di dalam DAP yang akan membawa suara orang Melayu.

"Walaupun yang bertanding itu DAP tetapi calonnya adalah Melayu dan sebagai orang Melayu kita patut menangkan calon Melayu.

"Kita patut bincang soal calon, kalau DAP menang beliau yang akan bercakap bagi pihak kita. Suara beliau bukan hanya mewakili orang Cina tetapi juga suara orang Melayu," jelasnya.

Ahli Parlimen Marang itu turut memberitahu masih ada rakyat negara ini yang hairan kerana PAS sanggup bekerjasama dengan DAP dan tidak dengan Barisan Nasional (BN).

"PAS tidak bekerjasama dengan BN kerana kita telah beri peluang sebelum ini, mereka ajak kita masuk kerajaan ketika itu.

"Kita masuk dengan syarat tampilkan perkara yang elok-elok dalam pentadbiran tapi mereka tendang kita sehinggalah berlakunya darurat di Kelantan.

"BN meluluskan darurat di Kelantan melalui parlimen dengan tujuan untuk menjatuhkan PAS, DAP waktu itu membela kita dan bantah darurat di Kelantan.

"Kita tak lupa jasa dan kita kenang budi mereka, sekarang kita bersama mereka dengan matlamat perjuangan yang sama," sambung beliau.

Tambah beliau, walaupun ada perbezaan pendirian namun PAS dan DAP mempunyai banyak persamaan terutamanya dalam urusan memperjuangkan hak rakyat.

"Walaupun ada perbezaan tapi banyak persamaan dan kita bekerjasama dalam hal ini, ini beza dengan Umno mereka tak mahu bincang tetapi DAP walaupun ada perbezaan pendapat kita masih boleh duduk bersama untuk berbincang.

"Kita bekerjasama dalam segala hal untuk pastikan calon Melayu dari DAP akan menang pada pilihanraya kecil ini," katanya.

Beliau yang meminta agar pengundi Melayu memberi sokongan penuh kepada Dyana bagi memastikan wanita Melayu dapat mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Teluk Intan.

Dalam pada itu beliau sempat berbual-bual dan turut memberi nasihat kepada Dyana ketika program hi-tea itu.
-HD

PRK Teluk Intan: DAP sedia bas 'Jom Balik Undi'

Posted: 27 May 2014 12:59 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL



 


TELUK INTAN: DAP menyediakan 25 buah bas kepada pengundi luar yang bekerja di Kuala Lumpur, Selangor dan Singapura bagi mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.

Timbalan Setiausaha Agungnya, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu bagi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sebanyak 10 buah bas disediakan, manakala di Singapura pula sebanyak 15 buah.

"Bagi mempermudahkan pengundi luar untuk balik, DAP telah menyediakan kemudahan bas dari Kuala Lumpur, Selangor dan Singapura.

"Untuk Kuala Lumpur dan Selangor, pengundi hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk tiket pergi dan balik, manakala bagi pengundi yang kerja di Singapura tiket percuma diberikan untuk perjalanan balik ke Singapura sahaja," jelasnya pada sidang media di Gerakan DAP di sini.

Beliau yang berharap dengan kemudahan ini dapat meningkatkan sasaran sokongan seramai 900 orang dari pengundi luar bagi DAP mengekalkan kemenangan.

"Kita harap dengan kemudahan yang disediakan ini, pengundi-pengundi yang bekerja di luar dapat balik menunaikan tanggungjawab mereka.

"Kita mengharapkan sokongan pengundi luar bagi mengekalkan kemenangan calon yang mewakili Pakatan Rakyat dari DAP, Dyana Sofya," kata beliau yang Ahli Parlimen Beruas.

Ngeh yang turut memberitahu perkhidmatan bas itu disediakan melalui sumbangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat

Bagi sekitar Lembah Klang, bas akan bertolak dari Stesen LRT Bukit Jalil dan Stesen LRT Kelana Jaya jam 7.00 dan 8.00 malam pada 30 Mei.

Untuk perjalanan balik ke Lembah Klang akan bertolak jam 6.00 petang pada 31 Mei dan 1 Jun.

Sementara itu untuk perjalanan balik ke Singapura, tarikh perjalanan adalah 31 Mei (malam) dan 1 Jun (malam).

Pengundi yang berada di luar Teluk Intan boleh menghubungi Chee Fu Yue (017-2327929) bagi perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur dan Selangor, manakala perjalanan ke Singapura boleh menghubungi Siew Lee Wah (012-5068928) atau melalui email telukintanbyelection2014@gmail.com.

Siapa di sebalik skandal pinjaman RM40 juta?

Posted: 27 May 2014 12:57 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


TELUK INTAN: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahanan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan dan membuat siasatan berhubung isu skandal pinjaman RM40 juta Bank Rakyat seperti yang didedahkan bekas menteri yang juga bekas pengerusi bank itu, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui Harakahdaily menegaskan SPRM tidak boleh berdiam diri dalam isu tersebut kerana ia membabitkan kepentingan awam.

"Isu skandal pinjaman RM40 juta amat serius, siasatan segera perlu dilakukan SPRM. Bagaimana Datuk Seri Hasan Malek selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan boleh membuat keputusan menyelesaikan hutang RM32 juta tanpa kiraan faedah.

"Kita ingin tahu atas arahan siapa ia dilakukan, adakah bertujuan untuk menutup mulut individu yang mempunyai maklumat skandal pemimpin negara," ujarnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak berdiam diri dan tampil membuat penjelasan.

"Selaku Menteri Kewangan, Najib kena jelaskan keputusan yang telah dibuat bagaimana pinjaman mudah diberikan RM40 juta hutang tanpa bayaran faedah.

"Malah penyelesaian hutang tertunggak juga melalui kaedah 120 cek tunda untuk ditunaikan oleh pihak bank dalam jangka masa 10 tahun, ia suatu yang mustahil berlaku tanpa arahan orang yang mempunyai kuasa," sambung beliau.

Tambah beliau, skandal pinjaman ini membuktikan kerajaan hanya mementingkan kepentingan kroni tanpa memikirkan hak kepentingan rakyat yang mempunyai simpanan dalam bank tersebut.

Berita Harian kantoi ‘potong kepala’ gambar P'jaya PAS

Posted: 27 May 2014 12:54 AM PDT

HARAKAHDAILY



 


KUALA LUMPUR: Akhbar Berita Harian tidak mengamalkan amalan kewartawanan beretika dan profesional apabila menggunakan gambar Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dipotong di bahagian kepala dalam laporan bertajuk 'Kerajaan Bantu Lima Beradik' yang disiarkan, semalam.

Selangor Kini melaporkan, Razman yang turut menyedari gambar beliau digunakan akhbar itu, mengesahkan gambar beliau itu diambil sehari selepas hari ibu dan bapa lima kanak-kanak yang terlibat dalam satu kemalangan maut dikebumikan baru-baru ini.

Tambahnya, sebenarnya gambar itu diambil sehari selepas hari pengkebumian arwah ibu dan bapa mereka.

"Ketika itu kami menziarahi anak-anak arwah untuk menghulurkan sumbangan.

"Memang dah rutin kami menziarahi mana-mana pihak yang ditimpa malang seperti kejadian ribut yang merosakkan 12 rumah di Ipoh Timur baru-baru ini dan mana-mana kejadian malang seumpama yang menimpa anak-anak ini.

"Pada kami dah jadi kebiasaan akhbar arus perdana tidak sesekali memberi ruang kepada kami tetapi gambar kami pula digunakan.

Apalah salahnya kalau siarkan gambar penuh sekalipun, bukan orang kenal saya pun," kata Razman ketika dihubungi Selangor Kini.

Razman memberitahu, selain beliau turut sama dalam lawatan tersebut, Ketua Cawangan PAS Kampung Changkat Sulaiman, wakil Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Perak dan beberapa yang lain.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu, Jefri Mohd Zain, 46 dan Noorsalawati Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, Sabtu lalu

Beban kos hidup antara manifesto Dyana

Posted: 27 May 2014 12:50 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


TELUK INTAN: DAP meletakkan sasaran empat agenda utama dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud melancarkan manifesto tersebut pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di Bandar Baharu sebentar tadi.

Jelas Dyana, manifesto ini dibentuk dari hasil pandangan yang diambil dari 400 pengundi Teluk Intan dari segenap lapisan masyarakat di kampung mahupun di bandar.

"Sebelum memulakan kempen PRK ini, kami telah menjalankan sebuah kajian tinjauan bebas dan hasil dari tinjuan tersebut menunjukkan hampir 60 peratus penduduk Teluk Intan mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Ia lebih rendah daripada purata minima kebangsaan yang berasa pada tahap RM4,025," jelasnya.

Tambah beliau, empat agenda tersebut meliputi kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan pemerkasaan wanita.

"Dalam agenda kos sara hidup kita melihat bebanan rakyat dari dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan, kita akan melawan dasar kerajaan yang membebankan rakyat seperti cukai GST.

"Selain itu juga kita akan memastikan perbelanjaan negara diurus dengan lebih berhemah," katanya.

Menurut beliau lagi, bagi memastikan tadbir urus yang lebih bersih, beliau akan memastikan isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran wang negara dapat ditangani sepertimana pentadbiran bersih dari Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Kita melihat lebih 70 peratus rakyat Malaysia berusia kurang daripada 40 tahun dan ini bermaksud Malaysia mempunyai tenaga kerja yang muda.

"Kebanyakan anak muda Teluk Intan terpaksa mencari rezeki di luar dan ia berlaku atas dua faktor utama iaitu dasar kerajaan yang memusatkan pembangunan di Lembah Klang termasuk kurangnya peluang pekerjaan dan latihan," sambung beliau.

Dyana akan turut memperjuangkan hak kaum wanita dalam memastikan sebanyak 30 peratus di parlimen serta jawatan utama dalam sektor swasta dan kerajaan menjadi milik wanita.

"Sekiranya saya mendapat peluang untuk mewakili rakyat Teluk Intan di Parlimen, saya berjanji untuk menetap di Teluk Intan dan menjaga amanat sebagai duta pekan ini untuk kepentingan rakyat," katanya.

PRK Teluk Intan: 351 mengundi setakat 2.30 petang

Posted: 27 May 2014 12:45 AM PDT

BERNAMA


TELUK INTAN: Sejumlah 351 orang atau 85.6 peratus daripada 410 pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan keluar mengundi setakat pukul 2.30 petang ini.

Penolong Pengawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Shafie Abdul Karim berkata pengundian awal pada sebelah petang di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak berjalan lancar dan baik.

"Setakat ini tiada apa-apa isu kecuali ada seorang pengundi tadi yang namanya tiada senarai pengundi awal. Bila kita semak semula, dia adalah pengundi bagi kawasan Parlimen Pasir Salak, jadi tiada masalah," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata pusat pengundian awal itu akan ditutup pada pukul 5 petang ini.

"Jumlah pengundi lebih ramai pada sebelah pagi memandangkan mereka akan bertugas. Pada sebelah petang ini kita anggarkan mereka akan tunggu sehingga saat terakhir sebelum pusat pengundian ditutup," katanya.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Pengundian biasa PRK itu akan diadakan Sabtu ini dengan sejumlah 60,349 pengundi terdiri daripada 23,301 pengundi Melayu, 25,310 pengundi Cina dan 1,468 pengundi India layak mengundi.
-- BERNAMA

Demi Dyana, ibu umum keluar Perkasa

Posted: 27 May 2014 12:44 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL 


TELUK INTAN: Ibu kepada Dyana Sofya, Yammy Samad hari ini mengumumkan keluar dari NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Beliau membuat pengumuman itu pada sidang media di Bilik Gerakan DAP hari ini.

Yammy berkata tindakan tersebut diambilnya selepas melihat Dyana Sofya terus menjadi mangsa kepada serangan media pro Barisan Nasional (BN).

"Kalau isu Perkasa ini terus menjadi persoalan dan bahan kepada BN terhadap Dyana, hari ini biar saya keluar dari Perkasa," jelasnya.

Yammy berkata, beliau telah meninggalkan NGO tersebut sejak setahun yang lalu apabila melihat pertubuhan pendesak Melayu itu telah lari dari matlamat asal perjuangan.

Beliau yang turut menafikan tuduhan setengah pihak mengatakan beliau merupakan Ketua Wanita Perkasa.

"Saya hanya menjadi Jawatankuasa Penaja sahaja dan bukannya Ketua Wanita sepertimana yang dituduh oleh sesetengah pihak," sambung beliau.

Sementara itu Dyana yang juga calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, yang sebelum ini mengatakan ibunya merupakan ahli Perkasa berkata, beliau tidak jelas tentang perkara itu.

"Selepas saya bertanya baru saya mengetahui, ini hanyalah salah faham sahaja dan bukan masalah besar," jelasnya.

Beliau yang turut menafikan penglibatan aktif beliau di dalam Perkasa serta menjadi ahli kepada NGO itu.

"Tuduhan kata saya kata aktif dan tolong Perkasa itu adalah sewaktu saya masih belajar, waktu itu ibu meminta saya menolongnya," katanya.

Sebab saya sokong Dyana

Posted: 26 May 2014 08:47 PM PDT


_DSC1871

Dr. Ong Kian Ming



Saya bertuah dapat mengenal Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP untuk kerusi parlimen Teluk Intan. Sepanjang lebih setahun mengenalinya, saya dapati beliau seorang yang berpengetahuan dan tekun. Wanita muda ini cukup berkemampuan dan mempunyai masa depan yang cerah. Saya sentiasa merasa lebih bersemangat setiap kali menyaksikan Dyana beraksi penuh bertenaga dan dengan idealisme yang segar. Saya yakin, jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan, Dyana akan menjadi kebanggaan para penduduk di sana.

Antara sebab saya menyokong Dyana sebagai calon di Teluk Intan ialah, pertama, beliau telah menunjukkan kemampuan untuk berfikir secara kritis dan mandiri tentang beberapa isu nasional yang penting. Dyana juga telah mempamerkan keupayaan untuk mempertahankan pendiriannya walaupun diserang hebat oleh para penentang.

Sebagai contoh, pada bulan September 2013, Dyana mengemukakan saranan agar pelajar bukan-Melayu dari keluarga miskin diberi peluang untuk meneruskan pengajian di sebuah universiti yang mirip dengan UiTM. Dyana tidak pernah mencadangkan agar UiTM dibuka kepada bukan-Melayu. Meski pun begitu, beliau dikecam oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik, termasuk pemimpin UMNO Selangor dan bekas menteri Datuk Noh Omar serta Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Tidak banyak Ahli Parlimen akan sanggup untuk mempertahankan pendirian seperti Dyana ketika berdepan dengan serangan sedemikian.

Seterusnya, Dyana telah mengecam cadangan sesetengah pihak untuk menjadikan UiTM sebagai "universiti Diraja" untuk 'melindungi' kedudukannya sebagai institusi Bumiputera memandangkan cabang universiti itu – INTEC – terbuka kepada bukan-Bumiputera.

Dyana juga tidak gentar mengkritik para pemimpin tertinggi BN-UMNO, termasuk meminta Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi agar tidak menjadikan Malaysia bahan lawak ketika menteri itu menuduh Mat Sabu terlibat dalam gerakan Syiah tanpa sebarang bukti kukuh. Dyana juga pernah mengingatkan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar bahawa Dr. Mahathir sendiri pernah mengkritik orang Melayu.

Selain itu, Dyana pernah mengajak orang ramai untuk berfikir secara kritis tentang beberapa isu besar seperti kepentingan Rukunegara, kegagalan dan bahaya Biro Tata Negara (BTN) dalam pembentukan hubungan antara kaum, serta peri penting untuk memahami dan mengingati sejarah kita.

Ciri-ciri yang saya sebutkan di atas amat penting dimiliki oleh Ahli Parlimen. Orang yang menjadi Ahli Parlimen tidak boleh gentar dan ragu untuk mempersoalkan status quo dan mengemukakan alternatif untuk membentuk negara yang sejahtera buat semua warganya. Malah, saya boleh katakan dengan yakin bahawa selama setahun menjadi setiausaha politik Lim Kit Siang, Dyana lebih kerap bersuara dan menulis tentang isu-isu negara berbanding Mah Siew Keong selama 7 bulan beliau menjadi Presiden GERAKAN.

OKM 01

Kedua, Dyana telah menunjukkan kemampuan untuk memegang banyak tugas sebagai setiausaha politik Lim Kit Siang. Walaupun Dyana tidak berasal dari Johor, dia sanggup berpindah ke sana untuk berkhidmat kepada para pengundi di Gelang Patah bagi menangani permasalahan mereka. Saya yakin, Dyana akan melakukan perkara yang sama di Teluk Intan.

Selama di Johor, Dyana telah menangani beberapa persoalan baru dan mencuba kaedah-kaedah baru untuk menyelesaikan persoalan yang timbul. Sebagai contoh, walaupun bukan penggemar ular atau hidupan liar, Dyana sanggup meluangkan masa untuk melawat kawasan paya bakau di Sungai Pulai untuk memahami kepentingan hutan paya bakau di sana yang sepatutnya dipelihara menurut "Ramsar Convention". Dengan berbuat demikian, Dyana bukan saja dapat memahami kepentingan kawasan paya sedemikian bagi alam sekitar, malah juga memahami kepentingannya dalam memulihara sumber pendapatan penduduk di sekitar hutan paya bakau, terutamanya nelayan.

Sebagai langkah awal untuk membantu mengatasi permasalahan di kawasan hutan paya bakau, Dyana dan beberapa rakan dari DAP Johor serta Jaring, sebuah NGO tempatan, telah menghimpun 100 orang sukarelawan untuk menanam benih pokok bakau bagi meningkatkan kesedaran tentang perlunya memulihara kawasan hutan paya bakau.

Selain itu, Dyana juga telah mengadakan usaha untuk mendekatkan pengundi Melayu dengan wakil rakyat DAP. Dalam program ini, keluarga Dyana sendiri telah menerima Howard Lee, ADUN DAP Pasir Pinji, Perak, sebagai tetamu. Saya sendiri mendapat manfaat daripada program ini apabila Dyana 'memasangkan' saya dengan Muhaimin, penuntut dalam bidang penyediaan makanan dan juga penggemar permainan DOTA. Saya mendapat peluang bermalam di rumah Muhaimin di Datuk Keramat, KL, melihat beliau bermain DOTA dengan kenalan beliau secara online, dan 'lepak' di kedai mamak bersama kawan-kawan lamanya, termasuk Umar Azmi, aktivis mahasiswa yang telah ditangkap kerana terlibat dalam gerakan Occupy Dataran pada tahun 2012. (Umar Azmi duduk paling kanan dalam foto di bawah.)

OKM 02

Ketiga, Dyana sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk mempelajari perkara-perkara baru dan memperbaiki diri. Dia sering berbincang dengan rakan-rakan yang lebih berpengalaman di ibu pejabat DAP di KL dan di peringkat negeri untuk meningkatkan pengetahuannya sendiri. Dyana juga kerap menghadiri persidangan dan seminar berenaan pelbagai isu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan isu alam sekitar untuk meraih pengetahuan baru. Dia juga sentiasa sanggup melibatkan diri dalam projek baru.

Sebelum diangkat sebagai calon, Dyana telah mengemukakan kertas cadangan untuk menghidupkan semula "Kuiz Kenegaraan" sebagai cara untuk memberikan lebih banyak pendedahan tentang perlembagaan negara, sejarah, seni, budaya, agama, pemimpin negara, dasar kerajaan dan hubungan antarabangsa. Tidak seperti kuiz yang pernah diadakan sebelum ini, Dyana mencadangkan satu format baru yang melibatkan pandangan orang ramai untuk menampilkan sebuah kuiz yang benar-benar mencerminkan masyarakat Malaysia.

Gagasan dan sudut pandang baru dalam melihat permasalahan seperti beginilah yang amat diperlukan di setiap peringkat pemerintahan. Dyana seperti angin segar bagi lanskap politik Malaysia – angin segar yang akan membawa perubahan, bermula dari Teluk Intan dan seterusnya bertiup ke seluruh pelusuk tanahair.

Saya menggesa pengundi Teluk Intan untuk mengundi Dyana berdasarkan kebolehan, keupayaan, gagasan, idealisme, semangat, tenaga muda, keteguhan sikap dan kematangan beliau. Saya menggesa para pengundi Teluk Intan untuk memberi undi yang dapat mengukuhkan politik Malaysia masa hadapan. Saya menggesa pengundi Teluk Intan untuk mengundi demi meruntuhkan rintangan perkauman, keagamaan, kebahasaan, kebudayaan, kejantinaan dan usia.

*Dr. Ong Kian Ming adalah Ahli Parlimen Serdang - Roketkini.com

Zahid: Peniaga Cina tak kenang budi, betul tak?

Posted: 26 May 2014 08:29 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden Umno hari ini menyuarakan perasaan kesalnya terhadap masyarakat Cina, terutamanya yang terlibat dalam perniagaan, memilih DAP dalam pilihan raya apabila sudah berjaya.

"Kalau sekali lagi orang Teluk Intan memilih DAP, saya sedih. Orang Melayu sedih, orang India lagi sedih, Cina tak apalah, dia berniaga macam-macam.

"Tetapi kalau tak ada org Melayu dan orang India tolong, beli barang dia, dia pun tak boleh berniaga. Betul tak ? Orang Melayu dan India tolong peniaga-peniaga Cina, betul tak?

"Dia dah senang, dia pun pilih DAP. Tak kenang budi, betul tak ?" soalnya sambil disambut laungan "betul" oleh hadirin.

Zahid berkata demikian dalam perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat di Kampung Durian Sebatang in Teluk Intan.

Beliau juga menyeru semua pihak, tidak kira Melayu, Cina dan India, memajukan daerah hilir Perak itu dengan memilih calon BN supaya semua kaum tiada masalah.

"Betul saya Melayu, tetapi (tidak kira) Melayu, Cini, India, kita berada dalam keluarga besar, satu Malaysia," katanya lagi.

Korupsi, integriti, dan coklat berinti babi

Posted: 26 May 2014 08:26 PM PDT

Animal-Farm-001


Izmil Amri

Apa bendanya 'korup' ini? Ini bahasa apa? 'Integriti' pula benda yang bagaimana? Orang kampung tak faham apa makna istilah ini. Bunyi meletup-letup betul. Sebut rasuah, amanah, makcik tahu lah. Korup dan integriti ni rupanya bagaimana?

Lain halnya dengan dengan coklat dan babi. Ini kita tahu betul. Coklat kita tahu apa rupanya, warnanya, rasanya bagaimana. Babi pun kita tahu bagaimana rupabentuknya, rasanya barangkali bukan semua yang tahu.

Korupsi dan integriti tidak ada kena-mengena dengan coklat dan babi. Namun kedua-duanya ada sedikit persamaan yang akan kita kisahkan kemudian.

Meletup internet hujung minggu lalu dengan berita coklat ada DNA babi. Sumpah-seranah umat menghujani laman-laman sosial dan memaki hamun si syarikat pengeluar coklat. Dikatanya syarikat itu tidak menjaga sensitiviti umat, khianat malah mencabar kesabaran umat yang memerlukan coklat namun tidak redha dengan penggunaan elemen bersumberkan babi.

Umat ini dan makhluk babi memang tak boleh bersetuju. Kalau babi boleh faham perlawanan badminton dan menyokong pasukan negara di kejohanan Piala Thomas, umat ini tidak akan sokong pasukan negara – dikeranakan tidak bersetuju dengan babi. Ini sekadar ilustrasi untuk menunjukkan bahawa umat ini dan babi tidak boleh sependapat.

Bukan sekadar itu, babi malah diperangi. Babi dijadikan kata sifat untuk sekalian benda dan makhluk yang dimusuhi oleh umat ini. Golongan yang dimusuhi ini pula berbagai-bagai. Ada kalanya termasuklah para 'pendatang Cina' (geleng kepala), ahli politik Cina, tauke kedai runcit Cina dan golongan yang tidak memberi lampu isyarat ketika membelok. Semua ini dicarutmaki dengan menggunakan kata 'babi'.

Maka atas dasar kebencian kepada babi itu, mengamuk sakanlah sekaliannya apabila mendapat khabar bahawa coklat kegemaran mereka rupa-rupanya mengandungi elemen babi. Kalau diikutkan hati, nescaya diamuknya di hadapan syarikat pengeluar coklat. Papan tanda syarikat coklat mungkin ditendang-tendang dan dipatahkan. Bangunannya pula mungkin dibaling telur busuk, sebelum diugut 'kalau kau letak babi dalam coklat lagi, aku bakar kilang kau'. Seperti yang dilakukan sekelompok orang terhadap ibu pejabat parti DAP tempoh hari.

Kemarahan dan kebencian yang sedemikian itu malangnya tidak pula terjadi dalam hal korupsi dan integriti. Ya kita kembali kepada dua kalimat yang susah-nak-faham ini.

Korupsi dan integriti kedua-duanya adalah berasal daripada bahasa orang putih; 'corruption' dan 'integrity'. 'Corruption' itu ertinya 'dishonest or fraudulent conduct by those in power, typically involving bribery.' Atau perlakuan tidak jujur dan palsu oleh mereka yang berkuasa, yang selalunya melibatkan sogokan atau rasuah. 'Integrity' pula maksudnya 'the quality of being honest and having strong moral principles.' Atau nilai berlaku jujur dan mempunyai prinsip moral yang kuat.

Jenuh sungguh kalau mahu diterangkan dua hal ini kepada orang kampung. Bukanlah orang kampung itu bodoh, cumanya apalah yang dipayahkan betul bahasa mudah ini sehingga orang yang pedulinya setakat ehwal perut sendiri dan keluarga jadi tambah tak acuh. Antara perut tak berisi nasi dan korupsi orang kaya kenyang makan duit rakyat, lebih baiklah runsing hal perut sendiri.

Jadi mudahnya begini; korupsi itu ertinya rosak, dan integriti itu pula 'boleh pakai'. Sebentar saya terangkan kenapa.

Manusia, secara keseluruhannya cenderung korup. Manusia punya akal fikir namun turut punya nafsu, dan selalunya nafsu ini mengatasi akal. Atas sebab nafsu ini berjaya mengalahkan akal maka manusia selalunya cenderung mengikut kehendak hati yang selalunya pula mahukan hal yang bagus-bagus belaka dan tidak mahu yang reput dan buruk.

Seluar dalam, contohnya kalau ikut akal; berlubang sedikit pun tak apa lah; bukan orang nampak. Tetapi kalau diturukan hati dan nafsu, seluar dalam mestilah bebas dari sebarang cela, dibuat dari sutera dan baldu serta sentiasa berbau wangi. Ini sekadar ilustrasi.

Jadi hati sentiasa mahukan yang indah-indah, yang mahal-mahal dan yang mewah-mewah. Walhal akal sentiasa berkata 'Kau miskin buat lah cara miskin. Hiduplah secara sederhana.' Namun kerana dikalahkan hati, manusia dirosakkan dengan kehendak bermewah-mewah ini.

Nampak di situ bagaimana manusia rosak dan menjadi korup?

Kerosakan ahli politik, penjawat awam, pegawai pelesenan, anggota keselematan, dan segala yang begitu mudah mengambil sogokan ini adalah kerana sudah terbiasa bermewah-mewah meski pendapatan tidak seberapa. Dan kalau pendapatan sudah tinggi, pastinya tidak juga dirasa cukup lalu mahu lagi, lagi dan lagi.

Kalau tidak makan wang sogokan, tidak makan rasuah, tidak ambil duit kopi maka siapa nak bayar ansuran kereta mahal dan pinjaman peribadi buat beli televisyen LCD 40 inci? Kalau disuruh tutup mata biar orang seludup dadah pun tak apa, asalkan bagi duit kopi.

Orang begini tidak boleh pakai, tiada integriti. Alang-alang dah makan rasuah, kenapa nak melompat termakan coklat ada DNA babi? – Roketkini.com

Komentar Roketkini: Pertandingan memperlekeh wanita

Posted: 26 May 2014 08:24 PM PDT

_DSC3772


Roketkini.com


Sifat buruk sesetengah pemimpin UMNO serta konco-konco mereka tentang wanita kini sudah terserlah.

Bagi mereka, perempuan hanyalah bahan dagangan yang dinilai cantik atau tidak. Untuk mereka, akal fikiran hanya milik lelaki. Mereka hanya tahu memperlekehkan wanita.

Sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan, beberapa pemimpin UMNO mengingatkan pengundi bahawa PRK itu bukan pertandingan ratu cantik. Maknanya mereka melihat calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, hanya sebagai peserta ratu cantik dan bukannya calon politik yang serius.

Malah demi memburukkan kewibawaan Dyana, mereka sanggup memperlekehkan isteri mereka sendiri.

Contohnya Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dalam satu ceramah di Teluk Intan tanpa segan silu memberitahu hadirin bahawa jika PRK itu adalah pertandingan ratu cantik, "isteri saya pun boleh menang."

Maksud Ahmad Maslan yang tersirat seperti sudah tersurat, iaitu isterinya tidak tahu apa-apa tentang politik; sama seperti Dyana. Hanya lelaki sahaja yang pandai berpolitik. Sehingga sanggup memperlekehkan isteri sendiri.

Mungkin ada benarnya pandangan pemimpin UMNO yang gila berpolitik. Mereka tidak sedar bahawa calon DAP, seperti kebanyakan pemimpin dan ahli DAP lebih berminat untuk memperjuangkan demokrasi, keadilan dan hak asasi daripada bermain politik.

Malah pemimpin Wanita UMNO pula berdiam diri sahaja seolah-olah merestui kenyataan-kenyataan pemimpin mereka yang berjantina lelaki.

Selain Ahmad Maslan, pemimpin lain seperti Khairy Jamaluddin juga bermain dengan kata-kata pertandingan ratu cantik. Sehinggakan bekas Naib Canselor UiTM Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah pun tumpang berkempen di Teluk Intan untuk UMNO dengan hujah yang hampir sama.

Sebenarnya memang PRK Teluk Intan bukan pertandingan ratu cantik. Bagi kebanyakan pemimpin UMNO, ia hanyalah pertandingan memperlekehkan wanita. – Roketkini.com

Enam ahli Umno disiasat tujuh jam kes ugut DAP

Posted: 26 May 2014 08:19 PM PDT

MALAYSIAKINI



Polis hari ini mengambil keterangan pemimpin-pemimpin Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, yang terlibat mengugut membakar ibu pejabat DAP minggu lalu, selama tujuh jam.

Mereka yang disiasat mulai jam 2 petang di ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju termasuklah: Ketua Pemuda Umno Wilayah, Mohd Razlan Muhammad Rafii; Gulam Muzaffar Gulam Mustakim (ketua penerangan Pemuda Wilayah), Datuk Rizalman Mokhtar (ketua bahagian Bandar Tun Razak) dan Johari Yazid (Ketua Pemuda Cheras).

Keenam-enam ahli Umno itu dibebaskan dengan seorang penjamin pada kira-kira jam 9 malam ini.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan berunsur jenayah.

Pada Khamis lalu, sekumpulan lebih 50 anggota Pemuda Umno memberi amaran keras kepada DAP, dengan mengancam akan membakar ibu pejabat parti itu jika wakil rakyatnya terus membuat kenyataan yang dianggap menghina parti mereka.

Ugutan itu disuarakan sewaktu mereka mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur sebagai membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, RSN Rayer yang dilaporkan menyebut "Umno celaka".

Menteri: Mohd Azuan contoh pengorbanan anggota polis

Posted: 26 May 2014 08:15 PM PDT

MALAYSIAKINI


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejadian menimpa Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, yang maut dirempuh kenderaan suspek samun di Selama, adalah contoh pengorbanan dan manifestasi keprihatinan polis demi menjaga keselamatan orang ramai.
  
Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghargai jasa Allahyarham dalam membanteras jenayah sehingga tergadai nyawa.
  
"Kita mahu masyarakat tahu bahawa tugas polis terus untuk membanteras jenayah dan ia adalah satu pengorbanan yang menggadaikan nyawa," katanya kepada pemberita selepas menziarah jenazah Mohd Azuan di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun semalam.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata masyarakat dan pejuang hak asasi manusia perlu prihatin bahawa pengorbanan yang dilakukan PDRM dalam membanteras jenayah tiada akhirnya.
  
Turut hadir Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim dan Ketua Polis Daerah Kerian
Superintenden Mat Fauzi Nayan.

Dalam kejadian pukul 1.15 petang, Mohd Azuan bersama anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian maut manakala rakan setugasnya cedera parah dirempuh kereta dinaiki penjenayah, yang terlibat dalam satu kes samun, di Batu 10 menghala Alor Pongsu dekat Parit Buntar.
  
Ahmad Zahid berkata jenazah Allahyarham dibawa pulang kampungnya di Kulai, Johor.
  
Mengulas insiden kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish ditemui terbakar di kawasan kebun pisang antara Lunas dan Ara Kuda di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
  
"Siasatan akan terus dijalankan dan operasional serta maklumat akan dimaklumkan oleh ketua polis negeri atau pegawai lain yang bertanggungjawab," katanya.
  
Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham yang diwakili Mat Fauzi.

Allahyarham dijadual berkahwin esok

Di KULAIJAYA, Johor, Abdullah Mahmood, 49, berkata anaknya itu amat meminati kerjaya polis sejak kecil dan sentiasa bersemangat ketika bertugas.
  
Beliau berkata Mohd Azuan, 25, sering menceritakan pengalaman pahit dan manis kerjayanya sebaik tamat menjalani latihan sehinggalah ditugaskan di Balai Polis Batu Kurau.
  
"Dia ada cakap dengan saya kerjanya sepanjang lima tahun ini kadangkala seronok dan kadangkala sedih tetapi sebagai bapa, saya sentiasa menasihatinya supaya bekerja bersungguh-sungguh dan berhati-hati dalam tugasan yang dilakukan," kata beliau kepada pemberita di rumahnya di Taman Scientex.
  
Abdullah, yang masih terkejut dengan kejadian itu, berkata kali terakhir  beliau berbual dengan anak ketiganya itu ialah menerusi telefon pada 16 Mei lepas.
  
Katanya, selain berkomunikasi menerusi telefon, beliau sentiasa mengikuti perkembangan harian Mohd Azuan menerusi laman sosial Facebook.
  
Abdullah berkata beliau dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa Mohd Azuan oleh anak perempuannya sebelum menerima maklumat sahih daripada PDRM dan rakan Allahyarham.
  
Katanya, semalam merupakan hari terakhir Mohd Azuan bekerja sebelum bercuti untuk majlis pernikahan 28 Mei ini dan majlis resepsi pada 1 Jun.
  
"Mengikut rancangan, Mohd Azuan tidak pulang ke Johor dan terus menunggu rombongan kami yang akan tiba di Kedah dengan menaiki bas untuk majlis perkahwinan itu," katanya sambil menambah majlis sambut menantu di Johor dirancang diadakan selepas Aidilfitri.
  
Abdullah berkata beliau redha dengan kejadian itu dan berharap pihak polis segera menahan suspek yang terlibat serta membawa mereka ke muka pengadilan.
  
Beliau berkata jenazah Mohd Azuan dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Batu 22, Kulaijaya, esok.

Sementara itu, kereta Toyota Wish dipercayai milik penyamun yang merempuh dua anggota polis di Batu 10 menghala Alor Pongsu, di Perak ditemui terbakar dalam kebun pisang di Ara Kuda di Tasek Gelugor semalam.
  
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kereta berwarna kelabu itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira 5.30 petang.
  
"Kami mendapat maklumat daripada polis Kedah memaklumkan sebuah kereta yang dipercayai milik kumpulan penyamun terbabit masuk ke kawasan SPU dan pasukan polis menjalankan Ops Tutup.
  
"Kira-Kira pukul 5.30 petang, polis dapat panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan sebuah kereta jenis Toyota Wish sedang terbakar dalam sebuah kebun.
  
"Nombor pendaftaran kenderaan itu ditanggalkan," katanya.

Abdul Rahman berkata usaha mengesan pemilik kereta itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
  
"Kami minta orang ramai atau saksi yang melihat bagaimana kereta itu berada di kawasan berkenaan dan terbakar supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.- Bernama

PRK Teluk Intan: BN gagal bina sekolah, tiba-tiba universiti pula dijanjikan

Posted: 26 May 2014 08:08 PM PDT


_DSC9261



Roketkini.com


TELUK INTAN: Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.

Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.

Calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan pula untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Janji beliau menimbulkan persoalan terhadap janji-janji BN yang jarang ditunaikan.

Calon Pilihanraya Kecil (PRK) DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012.

"Baru-baru ini BN telah melancarkan sebuah lebuhraya dengan kos RM5 bilion dan berjanji untuk menaik-taraf kemudahan jalur lebar jika mereka menang.

"Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan projek sekolah di Kampung Bahagia?

"Peruntukan telah diberikan sebanyak RM27 juta pada tahun 2012. Sehingga kini papan tanda pun tidak ada," katanya dalam sidang media di Restoran Sin Loke Thian.

Menurut Dyana, mendiang Seah Leong Peng telah membangkitkan isu sekolah berkenaan di Parlimen pada tahun 2013.

Menurut Dyana, pihak kerajaan berjanji akan menyiapkan sekolah itu tahun ini.

"Kita mahu tanya, bila nak tunaikan janji yang dulu? (Kerajaan) sibuk umum pelbagai projek, tapi yang lain terbengkalai," tegas beliau.

Pada 11 Februari 2012, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM27 juta untuk pembinaan sekolah itu termasuk pelbagai projek naik taraf di daerah Hilir Perak. -Roketkini.com

PAS tidak pernah lupa jasa DAP, kerah seluruh jentera bantu Dyana di Teluk Intan – Hadi Awang.

Posted: 26 May 2014 08:03 PM PDT

photo1


Roketkini.com


TELUK INTAN: Jasa besar DAP merupakan penyebab utama mengapa PAS mengerah seluruh jentera untuk membantu Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu ini.

Demikian kata Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan semasa majlis Hi Tea di Taman Cecily, hari ini.

"Pada tahun 1978 kami telah dibuang dari UMNO dan mereka berpakat bersama MCA serta MIC untuk menumbangkan PAS di Kelantan.

"Ketika itu dibuat semacam rusuhan di Kelantan, mereka membakar tayar dan beberapa kedai. Orang yang membakarnya adalah Presiden Perkasa sekarang.

"Maka undang-undang darurat dikenakan di Kelantan dan DAP membela kami serta menentang kuat pelaksanaannya," katanya.

Katanya, itulah antara sebab utama PAS memilih bersepakat dengan DAP, mengenepikan perbezaan dan menyokong penuh Dyana sebagai calon.

Tambah beliau, dengan adanya Dyana juga akan memberikan tambahan suara di Parlimen untuk terus memberikan tekanan kepada pemerintah.

"Dyana merupakan seorang peguam muda yang kita amat yakin boleh menentang dengan lantang segala kesalahan UMNO di Parlimen.

"Beliau bukan 'pak turut' atau 'pak hangguk' seperti calon Gerakan tapi seorang wanita muda berani yang akan membela kepentingan seluruh rakyat, termasuk rakyat di Teluk Intan," tegasnya. -Roketkini.com

Manifesto Mah Siew Keong tidak laku?

Posted: 26 May 2014 08:00 PM PDT

lks


Roketkini.com


TELUK INTAN – Manifesto calon Barisan Nasional (BN) di Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong dilihat tidak mendapat sokongan BN sendiri apabila beberapa pemimpin tertinggi BN telah menaburkan janji-janji lain tanpa melibatkan beliau.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya mempersoalkan manifesto tersebut yang dibentangkan pagi semalam.

"Adakah manifesto yang dibentangkan Mah ini manifesto peribadi, manifesto Gerakan atau manifesto UMNO/Barisan Nasional?" soal Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

"Apakah beliau akan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Teluk Intan sebelum 31 Mei untuk mengumumkan manifesto tersebut adalah manifesto Barisan Nasional?"

Kit Siang turut meragui sama ada manifesto Mah itu akan ditepati oleh UMNO-BN dalam masa tiga ke empat tahun akan datang sebelum menjelang pilihanraya umum ke-14.

Sewaktu pelancaran manifestonya pagi semalam, Mah dilaporkan berkata bahawa beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap janji-janji yang dibuat oleh para menteri BN sebelum ini, antaranya untuk memperbaiki perkhidmatan internet jalur lebar, memberi seragam percuma kepada anggota Rela dan membina dewan perkahwinan untuk masyarakat India.

Bagi Kit Siang, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat daripada penafian Mah itu ialah bahawa beliau telah gagal untuk mendapatkan pengiktirafan para pemimpin Umno dan BN serta membuatkan mereka menghormati beliau sebagai Presiden Gerakan dalam pilihanraya kecil kali ini.

"Jika begini keadaannya, bagaimana beliau akan mendapat penghormatan dan pengiktirafan pemimpin Umno dan Barisan Nasional selepas pilihanraya jika beliau menang pada 31 Mei nanti?" soal Kit Siang.

Mah bakal berhadapan calon muda DAP Dyana Sofya dalam pertarungan bersejarah di Teluk Intan Sabtu ini. – Roketkini.com