Ahad, 25 Mei 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SETIAP KALI PILIHANRAYA PROJEK BILLION BILLION-PERCAYAKAH ANDA?

Posted: 25 May 2014 04:25 AM PDT




Sama seperti janji menurunkan harga kereta,itulah yang berlaku dimana-mana pilihanraya dimana semua projek  muncul danpecah tanah dilakukan Bn...janji dicapati..Rasanya lambat lagi projek ni nak dijalankan ni

CURI ROMPAK TANAH SAMUN BALAK,LEMBU ITU PEJUANG

Posted: 25 May 2014 04:12 AM PDT


VIDEO: Anwar: Umno not the defender of Malays /Umno bukan pembela Melayu

Posted: 25 May 2014 03:55 AM PDT


Cuepacs cadang kerajaan perkenal elaun tinggal di bandar

Posted: 25 May 2014 03:47 AM PDT

Cuepacs cadang kerajaan perkenal elaun tinggal di bandar

KUALA TERENGGANU 25 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan memperkenalkan elaun baharu khas untuk penjawat awam yang tinggal di bandar bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Presidennya, Azih Muda berkata, Elaun Bandar itu yang dicadangkan antara RM400-RM500 sebulan pasti dapat mengurangkan beban kewangan dihadapi penjawat awam, terutama yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Ipoh.

"Sudah sampai masanya untuk kerajaan memperkenalkan elaun ini kerana kita khuatir jika kita tidak bantu mereka, tumpuan terhadap kerja akan terganggu apabila penjawat awam ini memilih untuk melakukan pekerjaan sampingan dalam mendapat pendapatan tambahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama-sama penjawat awam negeri Terengganu yang dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di sini hari ini. - BERNAMA

dollah yankee

dollah yankee


Selamat menerima menantu

Posted: 25 May 2014 04:55 AM PDT

Betapa masa begitu cepat berlalu ... dulu masih dok kena 'dukung' ...

sekarang dah pun kahwin ...

dollah yankee -
Selamat menerima menantu Anwar dan Wan Azizah ... 
dapat MENANTU okey .. jangan dapat HANTU sudah lahhh ... sebab jiwa boleh kacau kerana banyak makan hati daaa...
Kah..Kah..Kah..Kah..

Tukar Tiub

Tukar Tiub


AWAS DAN WASPADA

Posted: 25 May 2014 07:07 PM PDT





ARWAH ROSLAN NIK
telah selamat dikebumikan di ampang
kelmarin  jam 5:30 petang
al-fatihah

WASPADA
adalah dimaklumkan bahawa
roslan  nik 
baru sehari  pulang 
dari saudi arabia

PELIK
adalah dimaklumkan
bahawa hospital ampang
 telah tidak 
menjalankan post-mortem
walhal di saudi
 sedang merebak mers/sars

WAJIB DIINGATAN
arwah roslan nik
naik kapal terbang
bersama ratusan penumpang
seharusnya 
semua penumpang yang bersama
arwah roslan nik
di cari dan di pereksa

INI PESANAN
khidmat masyrakat
dari tim tukar tiub



----------

LAGI BERITA DIESEL

Posted: 25 May 2014 06:46 PM PDT





KLANG 25 Mei - Terminal laut seperti pelabuhan, jeti nelayan dan persendirian menjadi lokasi strategik sindiket untuk menyeleweng diesel subsidi berikutan permintaan tinggi daripada bot serta kapal. Utusan...

KUALA LUMPUR 25 Mei - Produk dihantar ke destinasi, baki diesel di dalam lori dijual kepada sindiket. Begitulah sikap sesetengah pemandu termasuk di pasar raya besar yang ghairah mengaut keuntungan hasil...


KOMENTAR

lagi berita diesel
lagi berita seludup diesel
apa maknanya?

maknanya tak lama lagi
subsidi diesel
akan ditarik

berita berita ini
bertujuan untuk
mengolah persetujuan
orang ramai
agar tak marah bila
subsidi ditarik

tak caya?

tunggu dan lihat


APA DIA 84B?


84B




---------

LAGI LAGI CINA

Posted: 25 May 2014 06:00 PM PDT






cadbury hazelnutDNA khinzir dalam coklat: Isma salahkan pemimpin Islam










Pemimpin Islam gagal membebaskan ekonomi dan kebergantungan hidup orang Islam kepada bukan Islam, kata Abdullah Zaik. More ›


KAH KAH KAH
woit
apa pandangan isma

sukan badminton
malaysia terus
bergatung hidup
dengan pemain cina
apa jadi dengan melayu 
pwmain islam bumiputera
pemain sunnah wal rasuah


84B






-----------

ADA RANCANGAN LAIN

Posted: 25 May 2014 08:00 AM PDT




IBU BUKAN KJ
ini shahrizat lembu


Perancangan 'sabotaj' untuk burukkan Khairy?



SEAKAN kejadian ini sebagai mesej tersirat dari musuh politik pemimpin tertinggi Pemuda Umno dari dalam sendiri bahawa kepemimpinan Khairy terlalu lemah.




KAH KAH KAH

baru jelas

rupa rupanya

ada projek lain

rupa rupanya

nak tendang kj

selamat

menendang

kah kah kah














----------

CILAKA CILANAT

Posted: 25 May 2014 06:30 AM PDT






CILAKA CILANAT
orang melaka
tak bersunat
kah kah kah




BANI KETUANAN MELAYU
UMNO tidak akan berjaya nak tanamkan dalam sanubari rakyat berbangsa Melayu yang siapa saja yang menyelar atau melontarkan bahasa bersifat maki, menghina atau mengkondem baik UMNO atau pemimpinnya adalah sinonim dengan menghina martabat, kewibawaan atau integriti bangsa Melayu, agama Islam, institusi Raja-raja

atau kepimpinan Bani Melayu seluruhnya kerana bahawa semua melainkan macik Felda, profesor Kang Kung, NGO Melayu mangkuk, ulama atau mufti mangkuk atau Melayu bongsai sedar atau akur akan UMNO itu bukannya bersamaan dengan semua Melayu,Islam, Raja-raja malahan aqidah atau kepercayaaan kolot Ketuanan Melayu.

Dulu lagi dah ada orang Melayu tak layan dengan Ketuanan Melayu seperti parti kiri Melayu, kini ada PAS, PKR, ada Dyana dan ramai lagi yang tidak boleh terima langsung persamaan simplitik Awang Selamat yang cuba nak ditiupkan ke kehadiran/kehadirat semua bangsa Malaysia. on BANI KETUANAN MELAYU TERHINA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/25/14



















---------

KONTREKTOR MELAYU BUMIPUTERA ISLAM

Posted: 25 May 2014 12:38 AM PDT




CONTOH TERBAIK
KERJA SENI
KAUM BUMIPUTERA MELAYU ISLAM
KAPIR YANG MAKAN BABI
TAK PERBAH BUAT MACAM INI


MELAYU JUAL KONTREK
Tuan TT...FYI mengikut polisi kerajaan kebanyakan projek2 kerajaan harus diberi kpd syarikat bumiputra. Tujuan nya utk melahir usahawan bumiputra serta utk mengurang jurang ekonomi antara kaum bumi n non bumi..tapi yg harajadahnya..yg dpt projek tu bukan syarikat kontraktor bumi yg boleh buat projek...tp diberi kepada syarikat2 yg xboleh buat tp kuat connection politik atau dikusai org politik..ambik jln mudah...sub kerja2 tu kpd syarikat cina.

 Dpt la komission 5%. Lepas tu syarikat cina ni subkan lg ke syarikat cina yg kecik2 pulak dh berlapis2 sub nye. Jd bila dh byk sub..projek pun jd berasap..cut conner here n there...itu lah kualiti yg kita dpt..sampai bila pun melayu xmaju...lg ketuanan melayu lg kuat sub..alibaba tu jenayah utk kontraktor biasa tp halal utk org politik n kerabat raja...phuiii.. on PERGI MAPOOOSLAAAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/24/14

KENA KELENTONG
aku kontraktor bumi. dah 4 tahun kerajaan tak pulangkan retention sum wlp surat cpc, cmgd dah keluar. kerja vo semua approve. bila claim kena reject konon tak ada dlm kontrak. aku kena naya dgn pegawai melayu. ada sapa boleh tolong??? on PERGI MAPOOOSLAAAH



---------

BANI KETUANAN MELAYU TERHINA

Posted: 24 May 2014 09:56 PM PDT





Hina Umno sama dengan hina Melayu-Islam, kata Utusan Malaysia

Penghinaan terhadap Umno dengan mengatakan parti itu sebagai 'celaka' boleh dianggap sebagai menghina Islam dan Melayu kerana parti itu dinaungi ramai orang Melayu dan Islam, kata kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini.
Dalam ruangan "Bisik-bisik Awang Selamat" beliau berkata, provokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dengan mengatakan "Umno celaka" keterlaluan dan mengundang kemarahan ramai pihak.


KAH KAH KAH
woit
hina umno
sama macam 
hina agong 
hina sultan
hina melayu
hina islam
hina nabi 
hina quran
hina malaikat
hina allah

poooorah umno
lanchow
kah kah kah


INI BUKAN LANCHOW
ini shahrizat

---------

UNTUK ANAK SEMUA BANGSA

Posted: 24 May 2014 09:34 PM PDT







UNTUK
anak semua bangsa
yang beragama
dan 
tidak beragama
yang melakukan kebaikan
atas
bumi ini
nikmatilah 
keindahan perasaan ini


DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rela: Pemuda PAS lapor polis terhadap Zahid

Posted: 25 May 2014 04:25 PM PDT

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 



 


TELUK INTAN: Pemuda PAS Perak membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau mengetahui identiti anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang tidak turun mengundi.

Laporan tersebut diketuai oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, Teluk Intan dekat sini hari ini.

Fakhrulrazi berkata, Pemuda PAS menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Zahid di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak, Teluk Intan semalam terhadap 8,639 orang anggota Rela yang layak mengundi di dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Menurutnya, kenyataan Naib Presiden Umno itu menunjukkan bahawa undi bukan lagi menjadi perkara rahsia bagi petugas-petugas Rela.

Katanya, Zahid tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai menteri untuk mengeluarkan kenyataan tersebut dan beliau sepatutnya sedar bahawa kenyataannya itu secara tidak langsung akan menimbulkan kebimbangan di kalangan petugas-petugas Rela memandangkan mereka tahu bahawa undi mereka sedang diperhatikan dan tidak lagi menjadi rahsia.

"Pemuda PAS Perak juga menasihatkan agar Ahmad Zahid membezakan di antara tanggungjawab rasmi Rela dengan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

"Kami menegaskan bahawa walaupun Rela berada di bawah kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri, tetapi kuasa tersebut hanya terbatas ke atas tugas-tugas rasmi Rela sahaja dan bukannya sehingga melangkaui urusan pengundian yang sepatutnya menjadi hak individu mereka sama seperti individu-individu yang lain," katanya ketika ditemui sebelum membuat laporan polis.

Jelas Fakhrulrazi, petugas-petugas Rela harus diberikan kebebasan sepenuhnya untuk memilih dan mengundi calon yang mereka inginkan dan Ahmad Zahid tidak sepatutnya menjadikan undi sebagai syarat untuk mereka diberikan peruntukan dan seragam baru.
 
Kenyataan Ahmad Zahid tersebut jelas beliau bukan sahaja bertentangan dengan semangat demokrasi, bahkan kenyataan tersebut juga jelas merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Kami memberi amaran tegas kepada Ahmad Zahid agar tidak menggunakan kedudukannya sebagai menteri untuk mengugut petugas-petugas Rela supaya mengundi calon BN, sebaliknya berkempen secara matang dan 'gentleman' kepada para pengundi," tegas Bendahari Pemuda PAS Malaysia itu.

Sebelum itu, Fakhrulrazi berkata, beliau kebetulan terserempak dengan Zahid di IPD itu telah menyerahkan salinan laporan kepadanya dan responsnya sangat negatif.

"Zahid kata beliau tidak bermaksud demikian dan kenyataannya cuba diputar belit.

"Saya suruh Zahid saman pihak yang mengeluarkan kenyataannya itu jika benar kenyataannya diputar belit," tegas Fakhrulrazi.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan dan Adun Pasir Pinji merangkap wakil calon DAP, Howard Lee.

Najib bangga meskipun Malaysia tewas dalam Piala Thomas

Posted: 25 May 2014 04:19 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Lee Chong Wei mengembalikan pukulan kepada Kenichi Tago dalam acara perseorangan lelaki dalam kejohanan Piala Thomas di New Delhi semalam. – Gambar Reuters, 26 Mei, 2014.Lee Chong Wei mengembalikan pukulan kepada Kenichi Tago dalam acara perseorangan lelaki dalam kejohanan Piala Thomas di New Delhi semalam. – Gambar Reuters.


Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan pasukan badminton negara yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia meskipun gagal menamatkan penantian 22 tahun negara untuk menjulang Piala Thomas.

"Kita tetap bersatu dalam kemenangan mahupun kekalahan. Saya bangga dengan pasukan #PialaThomas negara. Kita cuba lagi dan tahniah kepada Jepun," kata Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitter semalam.

Malaysia tewas 2-3 kepada pasukan Jepun pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2014 di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, India semalam.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, ketika dihubungi penyampai berita sukan TV1 RTM Jasni Shafie, menyifatkan nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia walaupun mereka bermain bersungguh-sungguh untuk memenangi piala berkenaan.

Perdana menteri meraikan pemain negara dalam tweetnya semalam. – Gambar diambil dari Twitter, 26 Mei, 2014. Perdana menteri meraikan pemain negara dalam tweetnya semalam. – Gambar diambil dari Twitter. Rosmah, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), berkata beliau berasa bangga kerana pemain Malaysia bermain bermati-matian, terutama pemain perseorangan terakhir Daren Liew.

"Apapun kita tidak putus asa. Saya rasa rakyat Malaysia setuju dengan saya. Mereka bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh. Kita tunggu empat tahun lagi dan cuba dapatkan Piala Thomas untuk Malaysia, Insyaallah," katanya.

Ditanya sama ada perdana menteri turut menonton siaran langsung perlawanan itu bersama beliau, Rosmah berkata mereka sekeluarga sempat menonton pusingan awal perlawanan akhir berkenaan sebelum Najib perlu menghadiri satu acara di luar.

"Saya patut iringi beliau... saya sudah sikat rambut dan pakai baju tetapi apabila tengok ada peluang (untuk menang), saya tunggu lagi.

"Akhir sekali Datuk (Najib) telefon cakap tidak payah pergi sebab diapun sudah hendak balik,"
katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan turut merakam ucapan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menunjukkan semangat yang juang tinggi.

"Saya berbangga dan saya pasti seluruh rakyat Malaysia juga turut berasa bangga dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan pasukan Malaysia pada malam ini. Mereka bertarung habis-habisan walaupun tidak dapat merangkul Piala Thomas," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi semangat dan sokongan jitu kepada pasukan negara.

"Insyaallah, dengan usaha dan sokongan berterusan, saya percaya kejayaan akan menanti kita dan harapan untuk membawa kembali Piala Thomas akan menjadi satu kenyataan tidak lama lagi," katanya.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir pula mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia.

"Walaupun tidak berjaya bawa pulang #ThomasCup2014 tetapi kami tetap berbangga. Omedetou Nippon!" katanya. – Bernama,

Tindakan samseng Pemuda Umno

Posted: 25 May 2014 04:10 PM PDT



Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad


Serangan terhadap Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur dan pejabat DAP Kuantan adalah bukti yang cukup bahawa Pemuda Umno tidak lebih daripada sekumpulan samseng.

Ini merupakan sebuah pertubuhan yang merasakan mereka adalah undang-undang ke atas diri mereka sendiri dan satu-satunya cara menyelesaikan pertelingkahan adalah menerusi keganasan.

Sekalipun jika kenyataan ahli politik DAP tersebut adalah tidak wajar sama sekali, pihak yang mendakwa diri mereka juara bangsa dan budaya Melayu ini tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang kononnya beraliran sederhana dan reformis, tidak bermakna dengan tindakan tidak bertamadun ahli-ahlinya.

Jelas sekali beliau tidak mampu mengawal sayap tersebut. Setelah mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama, Umno kini menjadi saksi makhluk yang mereka hasilkan.

Pada masa yang sama, kelemahan tindakan terhadap Pemuda Umno berbeza dengan tindakan bersungguh-sungguh kerajaan Persekutuan mendakwa penganjur-penganjur himpunan aman yang menuntut reformasi sistem pilihan raya dan politik.

* Penulis ialah calon Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Adun Seri Setia.

Isu halal: PUM gesa boikot produk Cadbury

Posted: 25 May 2014 04:07 PM PDT


logo pum


SHAH ALAM - Kesal dengan penemuan DNA babi di dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam yang dikeluarkan oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, Persatuan Ulama Malaysia menggesa umat Islam memboikot semua produk keluaran syarikat tersebut.

Menurut  Setiausaha Agungnya, Prof Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan, tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat Cadbury dengan mengenakan denda yang berat serta menggantung lesen pensijilan halal kepada syarikat itu sebagai langkah penguatkuasaan halal dikenakan kepada syarikat yang tidak mematuhi pengeluaran produk yang telah diberi sijil halal tersebut.

Langkah ini perlu dilakukan sehingga syarikat itu memberi jaminan yang boleh dipercayai serta diyakini agar perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Pihak berkuasa juga disaran memantau dengan lebih dekat proses pengeluaran produk itu untuk satu tempoh 1 hingga 3 bulan sebelum pensijilan halal diberikan semula kepada syarikat tersebut.

Dalam kenyataan itu, PUM menasihatkan syarikat besar tidak mempermain atau mempersenda perkara halal dalam produk yang dikeluarkan. Pengguna dan umat Islam tidak teragak-agak untuk memboikot mana-mana produk yang didapati mencemari halal dengan memasukkan unsur tidak halal sama ada dengan sengaja ataupun tidak.

Menurut Mohd Roslan, PUM juga sangat kesal kerana syarikat Cadbury ini tidak langsung menyatakan permohonan maaf secara terbuka. PUM menggesa supaya mereka memohon maaf kepada pengguna terhadap perkara ini. Sekadar menarik balik produk tanpa permohonan maaf menunjukkan keangkuhan syarikat tersebut.

TPM cuba semarakkan api keganasan, soal BERSIH

Posted: 25 May 2014 04:03 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus bertanggungjawab sepenuhnya jika protes ganas oleh anggota Pemuda Umno minggu lalu merebak, kata BERSIH.
 
Dalam kenyataan keras pengerusinya Maria Chin Abdullah, gabungan itu mendakwa, Muhyiddin telah menyemarakkan api dalam isu itu.
 
"Kenyataannya bahawa samseng itu hanya mempertahankan maruah parti, ditambah pula dengan sikap acuh tak acuh oleh  polis, menimbulkan persoalan jika sengaja dibuat untuk menjejaskan kestabilan negara dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri," kata BERSIH.
 
Akibat tidak puas hati dengan ungkapan celaka oleh wakil rakyat DAP RSN Rayer pada pemimpin Umno, ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dan pejabatnya di Kuantan menjadi mangsa perhimpunan ganas.
 
Di Kuala Lumpur, ancaman membakar ibu pejabat itu dibuat dan papan tandanya dirobohkan manakala di Kuantan pula kelihatan beberapa individu menerajang pintu pejabat kerana tidak puas hati.
 
MCA dan BN mengutuk tindakan itu. Muhyiddin bagaimanapun sebelum ini berkata, ia hanya "reaksi semula jadi apabila dicabar".
 
Beliau bagaimanapun berkata, peraturan perlu dihormati dan tidak harus dilanggar.

Anwar: Kami tak pernah pun serang Parlimen

Posted: 25 May 2014 03:55 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menghadapi sebarang kenyataan yang tidak digemari tidak harus menggunakan keganasan, seperti serangan yang berlaku terhadap pejabat DAP dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
 
"Pertahan serangan pada DUN, kalau itu jadi ukuran, berapa kali kita (Pakatan Rakyat) harus serang Parlimen Malaysia kerana sikap dan kenyataan biadab Umno dan menteri? 
 
"Tetapi kita tidak boleh lakukan begitu," kata ketua pembangkang, seperti dilaporkan KiniTV.
 
Mengulas reaksi terhadap Anggota DUN (ADUN) Seri Delima daripada DAP RSN Rayer yang menggelarkan pemimpin Umno celaka, Anwar berkata, Umno sepatutnya membawa usul terhadapnya di Parlimen.
 
Anwar juga menolak kenyataan yang seoalah-olah mewajarkan protes itu atas alasan Rayer "biadap".
 
Katnaya, walau apa pun, kedaulatan undang-undang harus dipertahan dan menteri dalam negeri harus menjamin keselamatan semua pihak.
 
Katanya, beliau sendiri pernah menerima pelbagai kutukan dan kejian tetapi tidak pernah bertindak ganas.
 
"Orang maki saya, boleh saya terajang orang Umno (kerana marah)? Tak boleh," katanya.
 
Anwar juga tidak nampak kenapa kenyataan Rayer itu dianggap sama seperti menghina orang Melayu.
 
"Melayu Melayulah, Umno Umnolah. Sejak bila rampas harta Melayu jadi pejuang Melayu?"  soalnya kembali.
 
Beliau bagaimana enggan mengulas sama ada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin harus meletakkan jawatan ekoran tindakan anggota pergerakan itu.
 
"Itu urusan Umno," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Menara Condong 'tegang' di petang Ahad

Posted: 25 May 2014 03:51 PM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Dataran Menara Condong Teluk Intan petang ini panas seketika apabila pertengkaran tercetus di antara penyokong BN yang mendirikan khemah di situ, dengan penyokong Pakatan Rakyat yang menantikan kehadiran calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk sesi 'selfie' di kawasan yang sama.
 
Kekecohan bermula sekitar jam 4 petang apabila penceramah BN yang diperkenalkan sebagai pemangku Ketua AMK Perak, Faizal Effendi Hashim berceramah di bawah khemah BN, dengan bahasa badan dan intonasi pidato seperti ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
Pada masa sama, ceramah Faizal itu disiarkan melalui sistem pembesar suara dengan salah satu pembesar suara dihalakan ke arah kumpulan yang menanti kehadiran Dyana, yang berada dalam jarak kurang 10 meter dari khemah itu.
 
Kira-kira sepuluh minit Faizal berceramah, seorang remaja lelaki dari kumpulan yang menanti Dyana berjalan ke arah Faizal dengan wang kertas RM1 dihulurkan kepadanya, isyarat untuk memperolok-olokkan beliau sebagai individu yang boleh 'dibeli'.
 
Tindakan remaja itu mencetuskan kemarahan seorang penyokong BN di bawah khemah yang meluru ke arah remaja itu dan menyuruhnya berundur ke belakang.
 
Penyokong BN itu kemudian disusuli oleh beberapa orang penyokong BN lain yang turut menyerbu remaja lelaki itu.
 
Pada masa sama, beberapa remaja lelaki dari kumpulan penyokong Pakatan bergegas ke arah penyokong-penyokong BN yang menyerbu remaja lelaki itu.
 
Tiada 'selfie', cuma bergambar
 
Tolak-menolak dan jerit-menjerit ke arah satu sama lain tercetus di antara kedua-dua kumpulan tersebut selama kira-kira dua minit dengan penyokong BN (berpakaian putih) yang mula meluru ke arah remaja itu menjerit, "Ini kawasan Teluk Intan! Jangan buat kacau di sini!".
 
Keadaan kembali terkawal apabila penyokong BN itu ditarik rakan-rakannya untuk kembali ke bawah khemah BN dan remaja lelaki penyokong Pakatan itu ditarik jauh dari kawasan pertengkaran tercetus.
 
Sekitar jam 4.20 petang, Dyana Sofya tiba di Menara Condong untuk sesi 'selfie' bersama pengunjung menara itu.
 
Pada masa sama, kelihatan tujuh orang anggota polis dengan vest rasmi ' kelihatan berada berhampiran kawasan menara untuk mengawal keadaan.
 
Sesi 'selfie' bersama Dyana dihadiri kira-kira 300 orang.
 
mereka berebut-rebut dan bertolak-tolak untuk bergambar dengan Dyana di hadapan replika buku yang memaparkan maklumat tentang menara itu.
 
Sebelum sesi bergambar bermula, Dyana sempat merakamkan penghargaan kepada inisiatif perpustakaan indie dikenali sebagai "Buku Jalanan Seri Manjung" yang turut berada di tepi menara itu. .
 
"Kenapa saya tak nak ke sana (ke tangga pintu masuk menara) dan saya berdiri di depan ini?
 
"Kerana di depan ini ada buku," kata Dyana sambil tersenyum dan menunjuk ke arah replika buku dan kumpulan Buku Jalanan yang menghampar tikar di atas dataran untuk pameran buku.
 
Polis neutralkan keadaan
 
Keadaan bagaimana pun kembali 'tegang' apabila kira-kira sepuluh orang dengan baju-T BN mula bergerak ke sesi bergambar dan bergerak ke arah Dyana sofya yang kini berdiri di tangga masuk ke menara keran hujan rintik-rintik mula turun.
 
Polis mengekori kumpulan penyokong BN itu dan keadaan kembali aman apabila kumpulan tersebut beredar perlahan-lahan selepas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, ACP Fadzil Ahmat berdiri berhampiran mereka.
 
Dyana kemudian meluangkan masa selama kira-kira 40 minit sehingga jam 5 petang untuk bergambar dengan pengunjung yang beratur sepanjang kira-kira 10 meter untuk sesi tersebut.
 
Beliau kemudian beredar ke satu lagi majlis untuk sesi menonton pertandingan akhir Piala Thomas di antara Malaysia dan Jepun bermula pada jam 5.30 petang.
 
ACP Fadzil dalam sidang media ringkasnya kemudian menyatakan rasa syukurnya kerana polis berjaya meneutralkan ketegangan yang berlaku apabila tiba segera di tempat kejadian.
 
"Kita berjaya meneutralkan keadaan. Awak nilai sendiri keadaan, Alhamdulillah," katanya sambil tersenyum puas, selepas sesi taklimat kepada anggota-anggota yang bertugas.
 
Hujan rintik-rintik yang berterusan dari tadi kemudian bertukar menjadi hujan lebat, seolah-olah mahu menyejukkan ketegangan di Menara Condong Teluk Intan, pada petang Ahad.

Ramkarpal: Ini hadiah untuk mendiang bapa

Posted: 25 May 2014 03:44 PM PDT

MALAYSIAKINI


 
MP Bukit Gelugor yang baru, Ramkarpal Singh menghadiahkan kemenangannya mengekalkan kerusi DAP itu buat mendiang bapanya, Karpal Singh.

 


Ramkarpal dalam sidang media selepas keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan lewat malam ini menyampaikan penghargaan kepada ibunya Gurmit Kaur dan juga adik beradiknya, Jagdeep, Gobind, Mankarpal dan Sangeet atas sokongan mereka.

"Ini adalah pilihan raya saya yang pertama dan ia bukan satu pengalaman yang mudah.

"Jika jumlah keluar mengundi lebih besar, majoriti yang kita perolehi juga lebih besar.

"Jika kita lihat pada majoriti, walau dengan jumlah keluar mengundi sedikit, ia adalah kemenangan besar," katanya.

Ramkarpal mengekalkan kerusi tersebut untuk DAP dengan majoriti 37,659 votes – 89 peratus dari jumlah undi – hanya kurang 4,000 undi daripada jumlah yang diperolehi Karpal pada pilihan raya umum 2013.

Jumlah yang keluar mengundi hari ini hanya 56 peratus berbanding 86 peratus pada 2013.

Piala Thomas: M'sia kecundang di tangan Jepun

Posted: 25 May 2014 03:41 PM PDT

MALAYSIAKINI






Malaysia akhirnya tewas di tangan Jepun dalam Kejohanan Badminton Piala Thomas 2014 yang berlangsung di New Delhi bermula 5.30 petang tadi.

Perlawanan akhir yang dinanti-nantikan seluruh dunia itu bagaimanapun berlangsung sengit apabila penentuan hanya pada perlawanan kelima antara Daren Liew dan Takuma Ueda.

Daren tewas dalam perlawanan tiga set dengan keputusan 12-21, 21-18 dan 17-21.
Berikut keputusan semasa:
Lee Chong Wei (M'sia) lwn Kenichi Tago
Malaysia menang 21-12, 21-16.
Tan Boon Heong/Hoon Thien How lwn Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo
Malaysia tewas 21-12, 17-21, 19-21.
Chong Wei Feng lwn  Kento Momota
Malaysia tewas 5-21, 17-21.
Goh V Shem/Tan Wee Kiong lwn Keigo Sonoda/Takeshi Kamura
Malaysia menang 19-21, 21-17, 21-12.
Daren Liew lwn Takuma Ueda
Malaysia tewas 12-21, 21-18, 17-21.

Bersalam Dengan Dyana Pun Suatu Kesalahan Rupanya...

Posted: 25 May 2014 08:04 AM PDT

shahbudindotcom



Sementara penduduk dan pengundi di Teluk Intan berbangga dan meraikan kehadiran Dyana Sofya sebagai calon dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang bakal berlangsung pada 31 Mei ini, keadaan yang sama tidak berlaku kepada sebahagian kakitangan kerajaan yang bertugas di bandar ini.

Kehadiran beliau sebagai calon muda yang menarik dan telah menjadi fenomena, rupa-rupanya ada petaka di sebaliknya.

Ini berikutan kehadirannya yang sekaligus mendatangkan resah dan gelisah kepada UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kecil ini telah membuatkan ada ketua jabatan yang hilang pertimbangan dan tidak rasional dalam menjalankan tugas mereka.

Berikutan hari penamaan calon pilihanraya kecil Teluk Intan pada 19 Mei lalu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Seri Perak dan ramai guru-guru yang sedang bertugas ketika itu, maka ramailah di kalangan mereka yang tidak mahu melepaskan peluang mahu melihat calon DAP itu dari dekat serta bersalam dengannya.

Terlanjur nama Dyana sudah menjadi fenomena dan wajah serta penampilannya pula menarik, sama seperti penduduk Teluk Intan yang lain, bahkan di kalangan ahli Puteri UMNO sekali pun, sebenarnya bukanlah luar biasa jika ada keinginan untuk menatap wajahnya dari dekat, bergambar atau bersalam dengannya.

Namun demikian, tanpa disedari guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana itu rupa-rupanya sentiasa diperhatikan dan dicatat namanya. Dengan hasrat untuk memgampu, membodek serta ingin menyumbang kepada kemenangan calon BN, Mah Siew Keong kononnya 100 peratus atau pun majoriti guru-guru di Teluk Intan mengundi BN, guru-guru terbabit kini dalam proses di panggil mengadap ketua jabatan untuk dikenakan tindakan.

Kesalahannya hanya kerana didapati bersalam dengan Dyana dan dicop ssbagai pro pembangkang.

Mungkin mereka akan dipanggil untuk mengetahui sama ada undi mereka diberikan kepada BN atau DAP atau barangkali juga akan disusuli dengan tindakan pertukaran sekolah jika didapati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap pembangkang.

Sekurang-kurangnya hampir 10 guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana ketika hari penamaan calon 19 Mei lalu akan dipanggil mengadap ketua jabatan dalam masa terdekat ini. Guru-guru yang dipercayai ada kecondongan terhadap PR sama ada melalui perbualan seharian dan sebagainya juga turut akan dipanggil sama.

Sehingga ini ramai guru-guru meluahkan rasa tidak puas hati atas perkara ini dan mempersoalkan sejak bila bersalam dengan calon parti pembangkang merupakan suatu kesalahan? Mereka juga mempersoalkan, jika tidak mahu guru-guru berdepan kemungkinan bertemu dan bersalam dengan calon DAP, Dyana Sofya itu, seharusnya buatlah penamaan calon di tempat lain dan bukannya di dewan sekolah.

Tindakan ugutan yang dilakukan terhadap guru-guru ini tidak lebih menyerlahkan jiwa resah dan gelisah UMNO dan BN menghadapi pilihanraya kecil Teluk Intan ini. Arus penolakan rakyat yang semakin kuat terhadap BN, ditambah dengan kehadiran calon muda yang ditonjolkan oleh DAP, membuatkan ada ketua jabatan yang menjadi pembodek BN atau memang ianya merupakan arahan daripada pihak atasan telah menjadi hilang pertimbangan serta tidak rasional.

Ugutan terhadap guru-guru yang hanya didapati bersalam dengan Dyana ini menambahkan lagi sejumlah salah laku dan kesombomgan BN serta para pemimpinnya dalam pilihanraya kecil ini. Di ketika undi adalah rahsia dan menjadi kebebasan mutlak setiap rakyat berdasarkan pertimbangan dan penilaian mereka sendiri, taktik jahat dan kotor nampaknya terus berleluasa.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek melontarkan ugutan kepada pengundi muda Teluk Intan dengan mengatakan akses internet yang lebih pantas akan didatangkan ke bandar Teluk Intan ini sekiranya pengundi muda memberikan sokongan dan memastikan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong.

Kemudian disusuli pula dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pembangunan hanya akan diberikan kepada penduduk Teluk Intan sekiranya BN memenangi pilihanraya kecil ini.

Jika ugutan mahu memberi akses internet dan mendatangkan pembangunan mungkin sudah agak biasa didengar sebelum ini tetapi ugutan hanya kerana bersalam dengan calon bukan daripada parti kerajaan, mungkin agak pelik dan hanya berlaku di negara ini saja.

Agaknya inilah lambang kejayaan kempen "Malaysia Boleh" dan seruan agar "berfikir di luar kotak" yang sering dilaung-laungkan pemimpin UMNO dan BN sebelum ini?

`Kos operasi MAS sangat tinggi’

Posted: 25 May 2014 07:48 AM PDT

Gaji yang diberikan kepada pekerja MAS lebih tinggi dari syarikat penerbangan Singapura (SIA), dakwa bekas seorang penggerak kesatuan sekerja MAS (Maseu).

MAS A330-300


PETALING JAYA: Kos operasi MAS sangat tinggi menyebabkan syarikat penerbangan negara mengalami kerugian besar dan terpaksa dibantu kerajaan, kata bekas kesatuan sekerja terbesar MAS..

Gaji yang diberikan kepada pekerja MAS lebih tinggi dari syarikat penerbangan Singapura (SIA), dakwa bekas seorang penggerak kesatuan sekerja MAS (Maseu).

"Kalau gaji di SIA RM12, gaji di MAS lebih banyak lagi.

Maknanya SIA yang kaya tidak bayar gaji sebanyak MAS.

"Saya rasa ia sengaja nak beri kerja kepada orang Melayu,"katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.

Beliau telah bersara sejak beberapa tahun lalu dan tidak mengetahui perkembangan terbaru  dalam MAS.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, cara terbaik untuk memulih dan menyelamatkan MAS ialah dengan membiarkan syarikat penerbangan negara itu bangkrap.

Katanya, apabila bangkrap kerajaan tidak boleh lagi terbabit dengan MAS dan membiarkan sebuah syarikat lain mengambilalih syarikat penerbangan nasional itu.

Dengan cara itu, tambahnya kerajaan tidak lagi mengeluarkan wang untuk memmbiayai MAS.

`Tranformasi menyeluruh'

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS mempunyai pandangan sebaliknya.

Dr Syed Azman Ahmad Nawawi berkata, MAS walau dalam apa keadaan sekalipun perlu dipulihkan kerana ia adalah maruah negara.

"MAS adalah satu aset kepada negara, ia milik negara dan kerana itu kerajaan wajib memulihkannya.
"Baik pulih perlu dilakukan sepenuhnya dan perbaiki pengurusan supaya boleh berdaya saing dengan syarikat-syarikat penerbangan lain," katanya.

Menurut Dr Syed Azman, ini kerana MAS telah memenangi banyak anugerah serta menjadi antara syarikat penerbang terbaik di dunia.

"MAS perlu ditranformasi menyeluruh supaya dapat bangkit semula sebagaimana di zaman kegemiliangannya," tambahnya lagi.

PRK Teluk Intan perlu contohi Bukit Gelugor

Posted: 25 May 2014 07:41 AM PDT

image (7)

Roketkini.com


BUKIT GELUGOR: BN harus menjadikan proses Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang aman sebagai contoh dalam menjalankan kempen mereka di PRK Teluk Intan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memuji perjalanan kempen di sini yang jauh berbeza dengan suasana di Teluk Intan.

"Saya harap proses (kekal) lancar dan aman. Di sini, tiada ugutan. Keadaan ini perlu dicontohi (dalam PRK akan datang) di seluruh negara.

"Ini lain sekali dengan Teluk Intan.   Misalnya, ada cubaan membeli undi. Tidak kira dengan wang atau uniform baru, ia tetap salah," katanya ketika ditemui selepas mengundi di SMJK Chung Hwa Confucian tadi.

Beliau merujuk kenyataan kebudak-budakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi semalam, yang menjanjikan uniform baru kepada 8639 anggota Rela yang mengundi di Teluk Intan, jika calon BN, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menang.

Setiausaha Agung DAP itu juga menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan berhubung kenyataan itu.

"Saya harap SPR akan ambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melanggar Akta Pilihan Raya, tidak kira mereka adalah orang biasa atau pun yang berpangkat menteri," katanya lagi.

Selain itu, terdapat juga cubaan memburukkan calon DAP Dyana Sofya, apabila gambar seorang pelakon Filipina yang seiras dengannya berbikini disebarkan, terutama di kawasan pengundi Melayu. -Roketkini.com

DAP pertahan kerusi Bukit Gelugor, semua calon lawan hilang deposit

Posted: 25 May 2014 07:30 AM PDT

altAuF3Izd2KuhNk_6lLj8saukGUkQEdJUcuPIZwXyl9xQK

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Calon DAP Ramkarpal Singh menang bergaya dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor dengan memperoleh majoriti besar.

Sebaik saja keluar dari pusat pengiraan undi, beliau menerima sorakan gemuruh penyokong yang setia menunggu di luar Dewan Sri Pinang meskipun hujan lebat.

Keputusan diumumkan pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Anwar Yahaya tepat jam 9.01 malam.

Beliau berjaya mendapat majoriti besar, iaitu 37,659 undi selepas meraih 41,242 undi keseluruhan.
Keputusan itu tidak jauh berbeza dengan mendiang ayahnya, yang meraih majoriti 41,778 undi pada Pilihanraya Umum yang lalu.

Calon lain, iaitu dari Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi, manakala calon bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan mendapat hanya 225 undi dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar 799 undi.

Ketiga-tiga calon yang tewas hilang wang pertaruhan.

Jumlah undi rosak pula adalah 539, dan undi tidak dikembalikan pula 50.

Peratusan mengundi pada PRK kali ini turun kepada 56.3 peratus. -Roketkini.com

Dyana Sofya bukanlah cantik sangat, kata Zahid kepada polis Teluk Intan

Posted: 25 May 2014 06:12 AM PDT

OLEH ANISAH SHUKRY


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap di Ibu Pejabat Polis Taktikal (Martek) hari ini. – GambarThe Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap di Ibu Pejabat Polis Taktikal (Martek) hari ini. – GambarThe Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 


Tidak ada gunanya mengundi calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hanya kerana rupa parasnya kerana beliau sebenarnya tidaklah secantik seperti yang dipaparkan dalam gambar dan televisyen, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden Umno itu memberitahu kira-kira 200 anggota polis di Teluk Intan hari ini bahawa beliau sendiri pernah bertemu dengan Dyana‎ sekali dan tidak kagum dengan penampilannya.

"Undi awal, dan undi calon terbaik di kalangan semua calon yang baik. Jika anda mahu memilih seseorang yang cantik, tetapi tidak boleh berkhidmat kepada anda, apa gunanya?" tanya Zahid dalam majlis bersama anggota polis tersebut di sini.

"Beliau tidak tinggal di sini. Saya melihatnya, berhadapan dengannya dan ‎berjabat tangan, beliau tidaklah cantik sangat! Dalam gambar, beliau memang cantik, dalam televisyen, cantik sedikit sahaja," katanya yang mencetuskan ketawa daripada hadirin yang kebanyakannya adalah lelaki.

Katanya kepada hadirin malah "isteri Tuan Goh" lebih cantik daripada Dyana, yang dipercayai merujuk kepada Ketua Polis Hilir Perak Penolong Komisioner Goh Kak Liang.

"Isteri Tuan Goh lebih cantik! Semasa dia muda. Tetapi dia masih cantik. Adakah dia ada di sini?" kata Zahid berjenaka.

"Tetapi saya tidak berkempen. Hanya memilih sesiapa sahaja, asalkan orang itu sama seperti saya , " katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar kemudian, Zahid menafikan dakwaan DAP kurang daripada 10,000 polis ditugaskan memerangi jenayah, dan sebahagian besar pasukan polis ditugaskan melindungi ahli politik.

Pilihan Raya Kecil : Tak rasmi: DAP kekal Bukit Gelugor

Posted: 25 May 2014 06:04 AM PDT

 DETIK DAILY

Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas.

Setakat jam 7 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon DAP itu menang dengan lebih 10,000 undi.

Proses pengiraan undi untuk pilihan raya Bukit Gelugor itu juga bermula dengan Ramkarpal jauh di depan calon-calon lain.

Laporan langsung

8.26pm: RASMI Jumlah keluar mengundi adalah 46,099 (56.04 peratus).

8.05pm: TAK RASMI Majoriti yang diperolehi Ramkarpal mencecah 30,068, walau dengan jumlah keluar mengundi yang berkurangan.

Peguam itu dijangka tidak akan dapat menyaingi jumlah majoriti yang diperolehi mendiang bapanya, 41,778 votes, memandangkan hanya kira-kira 6,000 undi yang masih belum dijumlahkan.

Huan dari PCM mungkin berpeluang mendapatkan semula deposit, tapi tidak bagi dua calon Bebas.

Mereka perlu meraih satu perlapan daripada jumlah undi atau kira-kira 5,600 undi, untuk mendapatkan semula deposit RM10,000.

Jumlah undi tidak rasmi setakat ini:

DAP - 33,695
PCM - 3627
Mohamed Nabi Bux - 966
Abu Backer - 239
Undi rosak - 405

7.30pm: TAK RASMI Data dari saluran pengundian menunjukkan PCAM menang kebanyakan undi mereka dari tiga kawasan.

Ia terdiri dari kawasan campuran Bukit Gelugor (184 atau 12.73 peratus) dan kawasan majoriti Melayu di Taman Tun Sardon (359 undi atau 20.48 peratus) dan Kampung Melayu (433 undi atau 29.34 peratus).

PCM dilihat mampu menarik pengundi yang menyokong BN pada 2013.

Sementara itu, majoriti yang diperolehi Ramkarpal semakin besar dengan 14,816 undi.

7.16pm: TAK RASMI

DAP - 16,716
PCM - 1,900
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar  -  507
Abu Backer Sidek - 153
Undi rosak - 203
Majoriti - 14,816

6.50pm: TAK RASMI Ramkarpal dijangka akan mengekalkan kerusi Bukit Gelugor.

Beliau mendapat 12,375 undi berbanding 1,525 yang diraih PCM.

Mohamed Nabi Bux Abdul Sathar mendapat 462 undi manakala Abu Backer Sidek mendapat 133 undi - lebih rendah dari jumlah undi rosak, 159.

Calon Bebabs dan Huan dijangka akan kehilangan deposit RM10,000.

Sementara itu, suasana di pusat operasi DAP Bukit Gelugor masih santai manakala skrin besar di situ turut menunjukkan keputusan perlawanan akhir Piala Thomas.

6.41pm: TAK RASMI Ramkarpal terus mendahului.

DAP - 5478
PCM - 677
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 148
Abu Backer Sidek - 50
Undi rosak - 64

6.28pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP berjaya menguasai di kawasan majoriti Melayu, Kampung Melayu dengan 869 votes berbanding 433 yang diperolehi PCM. Mohamed Nabi Bux mendapat 112 undi dan Abu Backer 29 undi.

Kampung Melayu merupakan salah satu darupada dua daerah mengundi yang gagal dikuasai DAP pada 2013. Satu lagi kawasan ialah Sungai Gelugor.

Tiga pencabar DAP perlu meraih satu perlapan daripada jumlah undi untuk mengekalkan deposit.

Sekiranya jumlah keluar mengundi ialah 56 peratus, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya 5,600 undi.

6.17pm: Sumber DAP menjangka Ramkarpal akan dapat mengekalkan majoriti yang diperolehi mendiang bapanya, Karpal Singh, dengan 41,778 undi.

Sejumlah 53 peratus keluar mengundi setakat jam 4 petang tadi.

6.02pm:TAK RASMI
 
DAP 2,725 
PCM  177
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar  27
 Abu Backer Sidek 10

Pelajar Cemerlang Mati Jatuh Dari Tingkat 18 Kondominium

Posted: 25 May 2014 05:58 AM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar cemerlang jurusan perniagaan jatuh dari tingkat 18 tangga kondominium di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini.

Polis kini cuba menentukan sama ada Lin Kaijian, 20, jatuh disebabkan kemalangan atau bunuh diri dalam kejadian pukul 8 malam Khamis - kes kedua kematian mengejut yang berlaku di kondominium itu dalam tempoh dua bulan.

Kakak Lin, Rouwen, 29, berkata adiknya gemar berjoging naik-turun tangga yang besar dan tidak terhalang oleh cahaya matahari di kondominum itu.

"Dia tidak mempunyai sebarang hubungan yang tidak baik dan berjaya dalam pengajiannya. Dia mahu memohon untuk pinjaman pelajaran," katanya.

Dia menyifatkan adiknya itu sebagai seorang peminat muzik.

Lin juga tidak menunjukkan reaksi luar biasa atau susah hati kepadanya atau rakan-rakannya beberapa jam sebelum kematiannya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supritendan Nor Azman Muhammad Yusuf berkata mayat pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dalam kes yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Kami tidak menemui sebarang nota - hanya satu selipar, yang ditinggalkan di atas tangga tingkat 18.

"Kami sedang menyiasat jika ini adalah kemalangan atau kes bunuh diri," kata beliau sambil menambah tidak ada CCTV  dipasang di kawasan itu.

Pada 9 April, Corson Lim , 21, juga seorang pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman jatuh dari tingkat 14 di blok kondominium yang sama.

Rakan-rakannya berkata dia dilihat tertekan selama beberapa hari sebelum kematiannya.

Polis mengkategorikan kes ini sebagai bunuh diri.

Mereka bergelut dengan masalah kehidupan dinasihatkan untuk menghubungi Befrienders di 04-281 5161 (Pulau Pinang), 05-547 7933 (Ipoh) atau 03-7956 8144 (Lembah Klang).

Bas Jatuh Gaung, 44 cedera

Posted: 25 May 2014 05:55 AM PDT

MSTAR ONLINE




PADANG BESAR: Seramai 44 orang cedera selepas bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung di Kilometer 37 Wang Kelian di sini pagi Ahad.




Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, bas tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari Kepala Batas, Pulau Pinang ke Wang Kelian bagi tujuan membeli-belah.

Bagaimanapun ketika melalui cerun dan jalan berselekoh, pemandu bas berkenaan dilaporkan gagal mengawal kenderaannya sebelum terjunam ke dalam gaung.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md Deros berkata, penumpang bas berkenaan terdiri daripada 33 perempuan, enam lelaki dan lima kanak-kanak.

"Terdapat mangsa yang mengalami kecderaan parah dan selainnya hanya cedera ringan, jumlah tepat mengenai kecederaan yang dialami masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi.


Pelumba Moto3, Husni Aizat Maut Kemalangan

Posted: 25 May 2014 05:51 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Husni Aizat Abdul Malik
 
 
JOHOR BAHARU: Pelumba motosikal Moto3 negara, Husni Aizat Abdul Malik, 20, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang bertembung sebuah lori tiga tan di Kota Tinggi pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata dalam insiden di Jalan Tanjung Buai-Teluk Sengat pada 8.30 pagi itu, motosikal Husni terbabas ketika melalui selekoh tajam sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar lori terbabit.

"Motosikal dinaiki Husni sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke arah Felda Air Tawar 1," kata ketika dihubungi.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2 namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan manakala pemandu lori berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rahmat berkata ketika kejadian, keadaan cuaca adalah baik namun selekoh di lokasi kejadian tajam dan tidak mempunyai garisan tengah.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan nahas itu berpunca daripada motosikal terbabit.

Husni, dari Felda Air Tawar 1, merupakan bekas pelumba pasukan Touchline SIC-Ajo dan pernah beraksi dalam kejohanan CEV Repsol Moto3 di Sepanyol.

Menurut laporan media, Allahyarham sepatutnya memulakan musim kedua dalam kejohanan di Sepanyol tahun ini namun digugurkan pihak pengurusan pasukan berkenaan Mac lepas.

Husni juga pernah beraksi dalam SIC Ninja 250 R Cup yang menyaksikan Allahyarham mendapat tempat kedua selain Grand Prix Malaysia di bawah tiket 'wild card.'

22,000 peluang pekerjaan menanti

Posted: 25 May 2014 05:46 AM PDT


Muhyiddin Yassin


TELUK INTAN - Projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang menghubungkan Taiping, Perak ke Banting, Selangor yang meliputi 233km dengan kos RM5 bilion, akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk 22,000 orang.
  
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sementara lebih 2,000 tenaga kerja kekal membabitkan pekerja dan pegawai akan turut diwujudkan bagi mengurus lebuh raya itu.
   
Projek raksasa yang dijangka siap dalam lima tahun membuktikan kemampuan kerajaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk pembangunan negara dan kemudahan rakyat, katanya.
    
Beliau berkata demikian pada majlis memecah tanah projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat di Jambatan Teluk Intan-Setiawan, di sini hari ini.
  
Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Muhyiddin berkata Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat akan menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi kawasan setempat di sepanjang jajaran lebuh raya itu.
  
Pembinaan lebuh raya itu juga akan menyediakan rangkaian perhubungan, aksesibiliti dan mobiliti terutama di kawasan pantai barat Semenanjung dari selatan di Banting ke utara di Taiping, katanya.
  
"Pelaksanaan projek ini selaras dengan hasrat kerajaan persekutuan untuk mengurangkan tahap jurang ekonomi dan pembangunan antara bandar dan desa," katanya.
  
Beliau berkata projek itu merupakan satu proses pembangunan pesat bukan sahaja di kawasan yang sudah dibangunkan tetapi juga di pekan seperti Teluk Intan, selain mewujudkan pertumbuhan kawasan baharu yang akan terus dimajukan di sekitar lebuh raya yang dibina.
  
Katanya, projek itu juga merupakan jaminan kerajaan supaya setiap fasa pembangunan yang berlaku di sekitar lebuh raya, tidak akan mewujudkan pekan yang akan menjadi 'pekan hantu atau pekan mati'.

Halangan hudud akan berakhir

Posted: 25 May 2014 05:42 AM PDT


Nik Abdul Aziz 



KOTA BHARU - Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin halangan terhadap pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan akan berakhir sedikit demi sedikit tidak lama lagi.

Menurutnya, apabila ikhtiar manusia terhadap sesuatu perkara itu sampai pada kemuncak, ALLAH SWT akan memberikan jalan keluar untuk mendapatkan penyelesaian.

"Masalah hudud masalah terakhir, tak ada dah (selepas ini), hudud tetap berjalan tanpa ada halangan, Nabi Muhammad hidup tak ada perkara yang jadi halangan, ada sahaja jalan penyelesaian," katanya ketika berucap sempena penutup Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Nik Abdul Aziz berkata, situasi semasa jelas menggambarkan halangan dihadapi Pas Kelantan dalam usaha melaksanakan hudud berjaya diselesaikan walaupun tidak secara menyeluruh.

"Sekarang ramai dalam kalangan masyarakat Cina minat mengetahui hudud. Jika Umno tak mahu tak apa, tak boleh buat apa, halangan dari kanan, cari jalan ke kiri, sebaliknya," katanya.

Ugut Rela: DAP gesa Peguam Negara siasat Zahid mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya

Posted: 25 May 2014 01:40 AM PDT

OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di Teluk Intan semalam dilaporkan menyeru anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turun mengundi dan tahu ada 2,000 anggota yang layak mengundi tetapi tidak menjalankan tanggungjawab semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Mei, 2014.  
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di Teluk Intan semalam dilaporkan menyeru anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turun mengundi dan tahu ada 2,000 anggota yang layak mengundi tetapi tidak menjalankan tanggungjawab semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. – Gambar The Malaysian Insider. 



Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming menggesa Pejabat Peguam Negara menyiasat Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana melanggar kerahsiaan undi.

Ong berkata, Menteri Dalam Negeri itu perlu disiasat sama ada beliau melanggar kesalahan tersebut kerana mendakwa mampu menyemak kandungan peti undi sedangkan kertas undi adalah rahsia.

"Adakah ini bermakna dia juga mampu tentukan undi seseorang? Adakah dia meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan maklumat? Adakah dengan 'akses' ini juga dia gunakan untuk mengugut anggota Rela yang mungkin tidak mengundi Barisan Nasional (BN)?" soalnya dalam kenyataan hari ini.

Zahid dalam ucapannya di Teluk Intan semalam dilaporkan menyeru anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turun mengundi dan tahu ada 2,000 anggota yang layak mengundi tetapi tidak menjalankan tanggungjawab semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Semasa PRU13 lalu, 2,019 anggota Rela tidak mengundi. Saya periksa satu persatu dan saya tahu siapa yang keluar mengundi siapa yang tidak.

"Tapi jangan risau, mereka yang tidak mengundi itu tiada dalam majlis ini, tetapi kita mesti pastikan kali ini mereka mengundi", katanya dalam program di Kampung Selabak.

Selain itu, Ong yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, Zahid juga perlu disiasat mengikut Seksyen 10 Akta sama kerana cubaan rasuah anggota Rela dengan uniform baru jika calon BN, Datuk Mah Siew Keong menang dalam pilihan raya kecil 31 Mei nanti.

"Kegagalan Peguam Negara bertindak segera dan bertegas dengan kenyataan Zahid hanya akan meningkatkan persepsi awam bahawa pejabat Peguam Negara hanya akan bertindak mengikut kepentingan kerajaan BN sahaja," katanya.

Menteri Dalam Negeri dalam program yang sama turut berjanji untuk membelikan anggota Rela seragam baru dengan warna yang selaras jika penduduk Teluk Intan memberi kemenangan kepada Mah.

Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi; 38.6% daripadanya Melayu, Cina (41.9%), dan India (19%).

PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon Mah daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) 279 undi.

Ceroboh pejabat DAP: Umno gugat amalan demokrasi

Posted: 25 May 2014 01:27 AM PDT

ASLANI M



 


KOTA BHARU: PAS memandang serius tindakan sekumpulan penyokong Umno menceroboh ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur baru-baru ini, yang disifatkan tidak mencerminkan semangat sebagai sebuah negara demokrasi.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak sepatutnya perbuatan itu berlaku biar pun mereka mahu meluahkan kemarahan kepada seorang pemimpin DAP.

"Sepatutnya mereka menggunakan saluran demokrasi dan bukannya perbuatan menceroboh DAP sehingga menyebabkan berlaku kerosakan.

"Itu langsung tidak mencerminkan amalan demokrasi dan ia tidak sepatutnya dilakukan sehingga bertindak di  luar kawalan," katanya kepada pemberita  selepas merasmikan penutup seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II di Putik petang semalam.

Baru-baru ini sekumpulan Pemuda Umno Umno Wilayah Persekutuan dikepalai ketuanya, Mohd Razlan Mohd Rafii menceroboh ibu pejabat DAP sehingga merosakkan papan tanda di  luar pejabat terbabit.

Pada perhimpunan haram itu pemuda Umno dilaporkan mengancam mahu membakar ibu pejabat DAP. Perhimpunan tersebut dilakukan sebagai membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, RSN Rayer yang dilaporkan menyebut perkataan "Umno celaka".

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, polis wajib bertindak bagi membendung perbuatan seumpama itu kerana ia boleh mengugat keamanan kehidupan rakyat.

Kata beliau, pihak polis perlu menjaga lunas-lunas demokrasi bagi mengelakkan perbuatan tersebut berulang lagi.

Lagi demo bantah kenyataan Umno 'celaka'

Posted: 25 May 2014 01:17 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pemuda Umno sekali lagi mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah tindakan ADUN Seri Delima RSN Rayer yang menggelar pemimpin Umno celaka dalam sidang DUN Pulau Pinang Selasa lalu.
 
Kali ini hampir 500 ahli pemuda Umno bahagian Tanah Merah berhimpun. 
 
Turut hadir ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Abdul Aziz yang menyerahkan memorandum kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang, lapor Mingguan Malaysia.
 
Ikmal, bantahan tersebut bagi mendesak Rayer memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan "biadap".
 
"Beliau tidak perlu berselindung di sebalik imuniti sebagai ADUN untuk mengeluarkan kenyataan biadap dan bersikap perkauman.
 
"Oleh itu, mencabar beliau membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataan tersebut," beliau dipetik sebagai berkata.
 
Ikmal juga menegaskan jika benar DAP tidak sependapat dengan kenyataan Rayer yang telah menyinggung perasaan Umno dan orang Melayu itu, DAP perlu mengambil tindakan tegas ke atas Rayer.
 
"DAP perlu membuktikan bahawa bukan parti perkauman dan tidak berkongsi pendapat dengan Rayer yang jelas adalah seorang yang rasis apabila membuat kenyataan sedemikian.
 
"Namun, sekiranya DAP mengambil tindakan terhadap Rayer itu membuktikan tindakan parti berkenaan meletakkan calon Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan adalah satu sandiwara semata-mata," katanya.
 
Sementara itu, Ikmal berkata akan akur kepada saranan Presiden Umno, Datuk Seri Najib yang menggesa supaya ahli parti tidak bersikap biadap bagi mengelak daripada mencemar nama baik parti itu.
 
Pada Selasa lalu, RSN Rayer mengeluarkan kenyataan menggelar beberapa pemimpin Umno celaka sehingga mencetuskan kemarahan di kalangan ahli Umno di Pulau Pinang sehingga bertindak menimbulkan kekecohan dalam Dewan Undangan Negeri.
 
Bagaimanapun Khamis lalu, Rayer menegaskan enggan memohon maaf mengenai kenyataan itu biarpun beliau bimbang akan keselamatan dirinya.
 
Keadaan itu menyebabkan ahli Pemuda Umno melakukan demonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.
 
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii memberi amaran keras kepada DAP, akan mengancam akan membakar ibu pejabat parti itu jika wakil rakyatnya membuat lagi kenyataan yang menghina parti mereka.
 
Selepas ibu pejabat DAP semalam, pejabat parti DAP di Kuantan pula menjadi sasaran serangan sekumpulan individu pada Jumaat lalu.
 
Sebelum itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata telah mengarahkan anggota sayap kanan parti itu untuk bertenang daripada melakukan sebarang kekecohan seperti sebelum itu.
 
Kekecohan yang berlaku menyebabkan Najib menggesa menggesa pergerakan itu tidak bertindak secara keterlaluan ekoran kenyataan kontroversi pemimpin DAP.

3 hari, 3 rusuhan, 3 tempat, tiada tindakan?

Posted: 25 May 2014 01:14 AM PDT

LIM LIP ENG 



 


TIGA hari berturut-turut, Malaysia telah menyaksikan tiga rusuhan ganas yang dipelopori oleh pemuda Umno yang cuba mengganggu-gugat keamanan yang dinikmati masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Pada hari pertama, gerombolan perusuh Umno ini merempuh masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dan mencemarkan kemuliaan sebuah institusi yang mendapat mandat Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah sistem demokrasi dengan raja berperlembagaan.

Pada hari kedua, gerombolan Umno juga telah berhimpun dan merusuh di ibu pejabat kebangsaan DAP di Kuala Lumpur. Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii telah mengancam untuk membakar bangunan DAP. Papan tanda ibu pejabat parti dirosakkan, manakala petugas parti dan juga anggota polis dikasari. Kumpulan ini turut bertindak membakar patung wakil rakyat DAP.

Tidak berhenti di situ, walaupun telah ditegur oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, gerombolan Umno ini merusuh pula di pejabat DAP di Kuantan.

Pada hari ketiga, sekali lagi keganasan tercetus dan pintu pejabat ditendang dengan ganas sehingga bengkok manakala bangunan tersebut dihujani telur busuk.

Persoalan yang timbul kini ialah ke mana pula mereka akan bertindak tidak rasional dan ganas selepas ini? Adakah mereka akan merusuh di pejabat DAP Selangor, atau adakah mereka akan merusuh di Dun Selangor pula?

Melihat kepada trend serangan-serangan yang tidak diambil tindakan undang-undang ini, kita melihat kemungkinan bahawa kumpulan ini nampaknya mendapat lesen besar untuk mencetuskan kekecohan tanpa kemungkinan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Dengan 'lesen' besar ini, di manakah sasaran seterusnya untuk pemuda Umno untuk bertindak melakukan rusuhan ganas lagi?

Adakah pemimpin Umno, terutamanya presiden parti tersebut, Datuk Seri Najib Razak telah sama sekali gagal mengawal ahli-ahlinya? Atau adakah pimpinan Umno sememangnya mahu dan suka ahlinya bertindak seperti samseng?

Rakyat Malaysia resah dengan tindak-tanduk kumpulan yang merupakan anggota pelapis parti pemerintah. Kita pastinya tidak rela masa depan mereka ditadbir dan dikuasai sekumpulan samseng yang tidak rasional mahupun berakal waras.

Tidak ada tempat untuk keganasan di negara yang tercinta ini. Setelah tiga hari, tiga rusuhan, di tiga tempat berlainan; dengan tiada tindakan Perdana Menteri mesti campur tangan dan mengawal ahli-ahli partinya. Mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan ini mesti segera dihadapkan ke muka pengadilan, sebelum gerombolan ini bertindak menyerang sasaran mereka yang seterusnya.

DAP lancar ‘Trak Ubah untuk Dyana’

Posted: 25 May 2014 01:11 AM PDT

NAZRI ABDULLAH 



 


TELUK INTAN: DAP hari ini melancarkan 'Trak Ubah untuk Dyana' bagi menyemarakkan lagi kempen parti itu berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Pelancaran itu disempurnakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama beberapa lagi pimpinan DAP pada satu majlis di kawasan bagunan kedai Jalan Intan 5, Bandar Baru Teluk Intan, di sini hari ini.

Di bahagian luar trak tersebut antara lain memaparkan gambar Dyana dengan tulisan "Teluk Intan Bersatu Hati Pilih Dyana, Undi DAP".

Pada ruang sama di sudut kanan, turut memaparkan wajah tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu Guan Eng, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Trak sama tersebut sebelum ini digunakan oleh DAP dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ia dilengkapi dengan sistem pembesar suara dan pentas pasang siap untuk kegunaan ceramah.

Dyana dalam ucapannya sebelum pelancaran trak itu berkata, beliau teruja dengan usaha jentera parti itu dan diharap pendekatan baru itu mampu membantu beliau untuk bertemu lebih ramai pengundi.

"Saya harap usaha ini akan meningkatkan lagi momontem kempen kita untuk mengharungi hari-hari yang masih berbaki ini," katanya penuh bersemangat. -