Isnin, 19 Mei 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


VIDEO: Nomination's Teluk Intan Parlimentary Seat - May 19, 2014

Posted: 19 May 2014 01:25 AM PDT


Tukar Tiub

Tukar Tiub


KUTTY TIPU MELAYU

Posted: 19 May 2014 06:00 PM PDT



Letak calon Melayu di Teluk Intan hanya 'hiasan' DAP - Mahathir

MELAKA 19 Mei - Tindakan DAP meletakkan calon Melayu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan 'hiasan luaran' parti itu bagi mengaburi mata orang Melayu, kata Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, tidak mustahil ramai orang Melayu akan menyokong calon DAP itu kerana sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu mudah tertipu dengan tindakan seperti itu.


KAH

KAH KAH

woit... PERTAMA KALI ..kah kah kah...

kah kah ..  MALAON INI CAKAP BETUL.. kah kah..

kah kah kah..MELAYU MUDA TERTIPU...  kah kah..

kah kah kah..MALAON INI TAHU BENAR....  kah kah..

kah kah kah..MALAON INI TIPU MELAYU.... kah kah..

kah  kah..MALAON INI  ORANG   INDIA... kah kah..

kah kah kah..TIPU MELAYU... kah kah kah...

kah kah kah..PADAM NAMA KUTTY... kah kah kah..

kah kah kah..PADAM NAMA ANAK LELAKI...kah kah

kah kah ..TERUS MENGAKU JADI MELAYU... kah


84B



--------

MENJUAL LENDIR

Posted: 19 May 2014 06:30 AM PDT



KOMENTAR

saya baru pulang dari johor bahru
pekan jay bee ini
pastilah pekan dimana terdapat
paling banyak rumah urut kaki
ternampak disetiap penjuru 
ada sahaja kedai urut
berselirat

apakah kerana jay bee
terletak diujung semanjung
maka semua yang sampai ke sini
perlu kakinya diurut

beribu ribu kedai urut
ada urut siam
ada urut tradisional
ada urut burut
macam macam jenis urut

mustahil shahril samad tuan yb jay bee
tidak sedar dan tak nampak

tak jauh dari pejabat sahril ada kedai urut
jalan nak ke pejabat shahril ada rumah urut
malah pejabat shahril di kamponng melayu
di kepong oleh rumah urut
mustahil yab ini tak nampak

hakikatnya rumah urut adalah rumah pelacur

terimalah hakikat bahawa pelacuran adalah
perniagaan paling tua di dunia
pelacuran tidak dapat dihapuskan

anak muda
pekerja muda
buruh muda
buruh imigran
semuanya ada nafsu
ertinya ada permintaan
semuanya memerlukan ruang berahi

dalam sistem ekonomi kapitalis
ada permintaan pasti ada tawaran


rumah pelacuran 
yang menyamar sebagai rumah urut
membawa bahaya besar
dari sinilah polis dirasuah
dari sinilah pegawai pbt di rasuah
dari sisnilah datuk bandar di rasuah
dari sini politikus dirasuah
dari sini menteri dirasuah

adalah rasional untuk kita menerima hakikat
dalam sistem ekonomi kapitalis
tubuh badan adalah bahan perniagaan

justeru lebih baik pelacurandisusun
para pelacur dicukai
takrifakan mereka sebagai pekerja sex
pelacur diberi khidmat  kesehatan

perniagaan lendir dibawah tanah
jika tidak diresmikan
yang meraih keuntungan
ialah cukong china 
dan kongsi gelap china
mereka membeli politikus melayu islam
mereka membeli polis melayu islam
mereka membeli datuk bandar melayu islam
mereka membeli menteri melayu islam

NOTA
tak kan isma tak sedar'
kah kah kah

Gaji wanita tempatan elak tekanan
Gaji wanita tempatan elak tekanan

Kuala Lumpur: Matlamat penguatkuasaan terhadap rumah urut semakin mengelirukan kerana ada premis yang tidak beroperasi selama lebih tiga bulan kembali membuka perniagaan mereka dengan hanya menukar kaedah operasi. 

dikesan berlaku di Kajang apabila ada rumah urut yang selama ini menggaji pekerja warga asing menghadapi tekanan penguat kuasa terutama imigresen sehingga terpaksa ditutup tetapi dibuka semula, baru-baru ini. 




84B

------------

CUKONG TIBAI KETUANAN MELAYU

Posted: 19 May 2014 12:38 AM PDT






Razali Ibrahim

Kenapa dia tak suruh Universiti Tunku Abdul Rahman yang dimonopoli satu kaum bukan Melayu ditutup

MCA: Razali jangan kait Utar dengan isu kaum
1:42PM May 19
Razali sepatutnya berhati-hati dalam membuat kenyataan melibatkan isu seperti itu, kata Liow Tiong Lai.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah... GADUH JANGAN TAK GADUH... kah kah kah

woit... CUKONG DAN KETUANAN MELAYU MULA GADUH... kah kah kah..

kah kah kah..INI BERITA BAIK... kah kah kah

kah kah kah..ISMA BILA NAK MASUK?... kah kah kah


-----------

HUDUD BUATAN MANUSIA?

Posted: 18 May 2014 10:28 PM PDT




FORUM

betul ke hudud

ini hukum allah?

kalau 

hukum allah

kenapa  

sultan berunei

di kecualikan?


84B





semua di jemput datang



---------

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Rogol Anak di dalam Bangsal Kebun

Posted: 18 May 2014 07:55 PM PDT



[SH] KUALA TERENGGANU - Mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 kali sebatan terhadap seorang bapa yang tergamak merogol anak kandungnya sebanyak dua kali pada 16 Ogos dan 12 September tahun lalu.

Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang berusia 38 tahun dan beralamat di Jalan Lebuhraya Jerangau Jabor, Terengganu itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh yang disabitkan dua pertuduhan itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi, 16 Ogos lalu, ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumah tidak bernombor, di Dungun.

Ketika itu, tertuduh telah mengejutkan mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dan membawanya ke bangsal sebuah kebun Dungun, dan setelah tiba di bangsal tersebut, tertuduh telah menyuruh pengadu tidur di bangsal tersebut, sebelum bertindak merogol mangsa jam 3.30 pagi sebanyak sekali tanpa kerelaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi merogol mangsa pada jam 9.30 malam, 12 September tahun lalu.

Pada awalnya, kira-kira jam 5 petang, ketika mangsa berada di rumah, tertuduh mengajak mangsa menemaninya tidur di bangsal kebun, dan pada jam 9.30 malam, mangsa telah dirogol oleh tertuduh sebanyak sekali tanpa kerelaannya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun pada 23 September 2013, jam 10.40 malam.

Tertuduh kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang oleh Inspektor Mohamad Ramizan Ramli bersama sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 29 September 2013, jam 11 pagi.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah dan diarahkan menjalani hukuman secara serentak iaitu di penjara selama 13 tahun dan 10 sebatan iaitu masing-masing lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Ismail. -19/5/14


"Nabi" Guna Kemaluan untuk Sembuhkan Pesakit

Posted: 18 May 2014 07:44 PM PDT


[HM] Bulawayo, Zimbabwe: Seorang lelaki mendakwa dirinya 'nabi' dihantar tuhan khas untuk menyembuhkan wanita menggunakan kemaluannya dipenjara 17 tahun selepas didapati bersalah merogol jiran.

Lungile Ncube, 32, dari Worringham didakwa mengumpan mangsa dengan memberitahu kemampuannya menyembuhkan sakit perut yang dialami wanita terbabit.

Bagaimanapun, Ncube meyakinkan mangsa bahawa proses rawatan mesti dilakukan melalui hubungan seks. Dalam perbicaraan, majistret Sikhumbuzo Nyathi berkata banyak kes sebegitu terjadi di negara berkenaan. Kata Nyathi, perkembangan itu sangat membimbangkan dan penjenayah harus dikenakan dihukum keras. 

"Ia sangat menjengkelkan apabila tertuduh menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan orang ke atasnya," katanya. 

Nyathi kemudian menetapkan Ncube dihukum penjara selama 17 tahun dan tiga tahun daripadanya akan dikenakan bergantung kepada kelakuannya selepas dibebaskan. 

Menurut hakim itu, memang ramai wanita datang mendapatkan khidmat pawang atau bomoh bagi mengatasi masalah batin masing-masing.

Namun, katanya, apa yang berlaku sangat menyedihkan apabila mangsa ditipu dan diperlakukan begitu.

Pendakwa Masimba Saruwaka memberitahu mahkamah pada 28 Januari Ncube memanggil mangsa ke rumah dan mendakwa sebagai nabi yang menerima wahyu.

Ncube meminta wanita terbabit meminum air dicampur dengan garam sebelum mengarahkannya menanggalkan pakaian. 

Beberapa minit kemudian Ncube kembali bersama baldi yang mengandungi campuran tanah dan air dan mengarahkan mangsa supaya berbaring.

Dia kemudian merogol mangsa.

Apabila wanita terbabit mempertikaikan perbuatan itu Ncube mendakwa ia adalah sebahagian daripada ritual yang perlu diikuti dalam proses penyembuhan. - Agensi/19/5/14


Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pakatan Rakyat Memulakan Kempen Dengan Baik

Posted: 19 May 2014 02:40 PM PDT



Ceramah pada malam pertama sudah mendapat perhatian yang baik dari penduduk.

Insya allah. Kali ni umno dan bn akan di kuburkan di teluk intan.

Luahan Hati Pekerja TNB. Kisah Benar

Posted: 19 May 2014 06:03 AM PDT

Dari kawan2 yg kerja TNB.

So utk makluman rakyat msia jgnlah marah pd TNB bila tarif naik sbb TNB telah di hitam kambingkan atas rasuah paling besar dibuat oleh BN. Kami di TNB tidak bersalah apa2 pun. Kami sudah sedaya upaya buat yg terbaik utk rakyat msia tapi kami tidak ada upaya dan kuasa utk menidakkan perancangan kerajaan. Rakyat kena selamatkan TNB sbb TNB adalah milik rakyat tapi YTL itu dimiliki oleh individu.

Tolong sedarkan rakyat msia dgn apa sekali pun agar mereka tau yg salah adalah kerajaan bukannya TNB. Klau kami bersuara maka perut kami dan anak2 kami akan kosong. Dlm perjanjian dgn IPP terdahulu TNB dipaksa terima perjanjian berat sebelah yg memang nyata merugikan TNB. Contoh TNB beli kuasa dari IPP 19 sen seunit tapi TNB jual 15 sen seunit. Sedangkan kos operasi semua TNB tanggung dan IPP (penjana bebas) tidak menanggung apa2 kos operasi malahan dapat subsidi minyak lagi. Tuan2 fikirlah sendiri adil ke kpd TNB. Mau tak mau TNB meratap pd kerajaan utk menaikkan tarif supaya syarikat milik rakyat ini dpt hidup. Tapi bila letrik naik rakyat terus marah pd TNB. Kami di TNB sedang berlawan dan bergelut dgn pihak2 luar (IPP) yg hendak memecahkan TNB ini kpd bhg yg kecil utk mereka milik sbb TNB ini adalah lubuk emas bg mereka. Rakyat tak tau bahawa kami ini amat sedih dan sedaya upaya agar TNB ini tidak dipecah2kan. Bila TNB dipecahkan rakyat akan menanggung akibatnya.

Lagi....

TNB ada 3 bhg paling besar. Penjanaan. Penghantaran. Pembahagian. Yg kecik2 remaco. tnb suizgear. uniten. Rnd dpartment. Yg paling untung dlm tnb adalah penjanaan. Mereka paling hendak penjanaanlah. Penghantaran adalah wayer tinggi tu dia org tak mau sbb tak untung. Pembahagian ni adalah pej. Pengurusan di daerah2 dlm msia. Contoh klau pembahagian di gemas mampus dia org taknak sbb tak untung. Dia org nak kl. Jb. Pp. Ipoh. Seremban dan tempat2 yg jualan elektrik berjuta2 sebulan. Bentong dia org naklah sbb genting guna karan 2 juta sebulan.

Tulah kami tengah lawan habis2an melalui union kami. Kerajaan masih takut dgn kami punya union jer lg.
Klau rakyat dapat jahanamkan IPP tu pasti tarif dpt diseimbangkan semula. Rakyat hentam dr luar kami hentam dr dlm baru boleh jadi.

MAS dah kena, TM pun dah kena tp mujur boleh hidup lg.

Wallahua'lam. .

Habuan di Teluk Intan Mula Diberi

Posted: 19 May 2014 04:56 AM PDT



Habuan untuk mangsa sudah mula diedarkan.

Pelbagai barangan dan bantuan segera mula turun.

Hahaha.. kat tasek gelugor tidak ada pulak benda ni.

PRK Teluk Intan: Penyokong BN Serang Polis

Posted: 19 May 2014 03:58 AM PDT





Ni kalau la geng pakatan yang buat, saya rasa setiap malam media porno umno akan siarkan.

Segala tuduhan mereka akan lemparkan.

Ni la budaya umno dan bn.

Hebatnya YB Hulu Terengganu

Posted: 19 May 2014 03:54 AM PDT



Mung nak makang kek mung mari ambik sendiri di pejabat.

Mujur ada yb kat sini, boleh la merasa kek.

Syukur.

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[VIDEO & BERGAMBAR] Penyokong BN Serang Polis Di Penamaan Calon Teluk Intan

Posted: 19 May 2014 07:42 AM PDT

KELAB GREENBOC



Teluk Intan - Satu kekecohan telah berlaku di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah diarahkan tidak keluar dari kawasan yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Kejadian berlaku apabila berlaku sedikit perselisihan faham selepas selesai perarakan bersama calon BN Parlimen Teluk Intan menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga tidak terkawal.

Pihak polis dikatakan cuba bertindak menolak lantas mengasari Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman sehingga menyebabkan para penyokong BN memarahi para petugas polis berkenaan.

Insiden dilihat semakin di luar kawalan apabila penyokong BN menyerang pihak polis sehingga berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, pergaduhan berjaya dileraikan sejurus pihak polis menerangkan situasi sebenar yang berlaku. -rakyatnews

ULASAN GB

Jikalah yang menyerang pihak plis itu terdiri dari kalangan anggota Pakatan Rakyat sudah pasti ianya menjadi bahan berita panas 7 hari 7 malam oleh media massa perdana di negara ini.

Insiden di atas bukankah membuktikan UMNO itu samseng? Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan sekalipun pihak polis kerap kali tidak mengambil tindakan ke atas mereka, sebaliknya menekan dan mencaeri kesalahan pihak PR.



LIHAT VIDEO DI SINI

Pemilihan PKR: Azmin terus mendahului tiga pencabarnya

Posted: 19 May 2014 05:55 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Minggu terakhir Pemilihan PKR menyaksikan Azmin Ali terus mendahului pencabarnya untuk kerusi timbalan presiden, apabila memperolehi 12,250 undi. 
 
Pencabar terdekatnya yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hanya mendapat 8,123 undi sementara seorang lagi pencabarnya, Datuk Saifuddin Nasution sekadar mengutip 6,997 sahaja.
 
Bagi jawatan naib presiden PKR pula Nurul Izzah Anwar (16,698 undi), Rafizi Ramli (12,690) dan Tian Chua (14,798) terus mengungguli undian meninggalkan lima pesaingnya yang lain.
 
Bagaimanapun, keputusan tidak merangkumi jumlah undian 27 Cabang yang dibatalkan sebelum ini atas pelbagai alasan termasuk kekecohan, pergaduhan, dakwaan sabotaj dan lain-lain.
 
Pemilihan PKR yang memasuki minggu terakhir ini dijangkakan menyaksikan lebih banyak kontroversi bakal berlaku.
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengakui kelemahan proses pemilihan PKR 2014 termasuk insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku di beberapa cabang.
 
Mendakwa perbuatan itu juga dilakukan orang luar dan bukannya ahli parti, Anwar berjanji mendedahkan bukti dalam bentuk rakaman video kepada umum setelah selesai proses siasatan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Politik T'ganu: Kita tunggu pilihan raya umum akan datang - kata PAS kepada Umno-BN

Posted: 19 May 2014 05:52 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: "Kita tunggu pilihan raya umum akan datang untuk berdepan Umno-BN dengan mandat rakyat yang akan menentukan tampuk pentadbiran negeri", kata wakil rakyat PAS Terengganu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
 
"Jadi yang penting ialah kita tunggu pilihan raya akan datang untuk kita sama-sama masuk semula ke alam pengundian pilihan raya," katanya kepada Antarapos.
 
Jelas Ahli Parlimen Kuala Nerus ini, peralihan kuasa yang berlaku dalam kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini tidak menggambarkan maksud perubahan yang sebenar.
 
Beliau turut menambah PAS akan terus menjadi pesaing terkuat Umno sehingga perubahan dasar dilakukan secara total.
 
"Bagi kita perubahan siapa jadi Menteri Besar daripada parti yang sama itu adalah perubahan orang dan bukan perubahan dasarnya.
 
"Yang kita perjuangkan ialah perubahan dasar dalam pemerintahan dan pentadbiran," katanya.
 
Mohd Khairuddin juga turut mengingatkan Umno-BN bahawa PAS akan berusaha untuk memastikan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada pilihan raya umum akan datang.
 
"Pertama sekali kita dalam PAS punya pandangan bahawa peralihan kuasa dalam kerajaan patut berlaku dalam bentuk pilihan raya bukan dalam bentuk ada orang yang keluar parti bergabung dengan parti yang membangkang.
 
"Ini bukan satu kerajaan yang kuat dan bukan satu kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya mengulas konflik politik yang berlaku baru-baru ini.
 
Untuk rekod, politik Terengganu panas seketika selepas Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu yang kemudian mengumumkan keluar Umno dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas bagi kawasan Kijal.
 
Kekosongan ditinggalkan Ahmad diisi Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
 
Konflik berterusan apabila dua lagi wakil rakyat Umno iaitu ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengikut langkah Ahmad sebelum mereka membuat pusingan U, sekali gus menamatkan kemelut politik negeri itu.
 
PAS tak perlukan pemimpin dan wakil rakyat yang kecewa
 
Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat berkata parti itu tiada keyakinan serta kepercayaan kepada wakil rakyat yang bertukar haluan.
 
"Kita tidak pasti apa lagi yang akan berlaku, orang yang kecewa dalam politik ini ramai dan orang yang kecewa dalam politik ini tidak boleh kita pegang.
 
"Ia bukan satu bentuk politik yang bagus untuk kita nak mentadbir dan kita tidak boleh bergantung pada orang yang macam ini," katanya.
 
Justeru beliau menambah pilihan raya akan datang menjadi sasaran PAS untuk mentadbir semula selepas kali terakhir pada 2004.
 
"Kita memang bekerja 24 jam tidak kira menang sampai sekarang pun kita masih bekerja.
 
"Kalau ditakdirkan oleh Allah kita menang, itu adalah rezeki yang Allah beri kepada kita.
 
"Kita tidak pernah berhenti atau merajuk hanya kerana situasi orang itu masuk dan orang itu keluar," katanya.
 
Dengan kembali ke pangkuan Umno, kedudukan kerusi DUN kekal dengan 14 (PAS), 17 (BN) dan 1 (PKR), sekiranya konflik berterusan kedudukan sebagai parti pemerintah tergugat dengan PAS akan mengambil alih pentadbiran negeri.
 
Senario yang sama telah berlaku di Terengganu pada 1969, yang mana perbezaan hanya dua kerusi melibatkan Umno dan PAS.
 
Namun kemelut itu berakhir selepas peristiwa 13 Mei, yang mana akhirnya PAS telah memasuki kerajaan campuran pada tahun 1972.

Pengundi Teluk Intan perlu mengundi sebagai rakyat Malaysia, kata Kit Siang

Posted: 19 May 2014 05:44 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 




























Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Pilihan Raya Kecil  (PRK) Teluk Intan merupakan masa yang tepat bagi pengundi mula mengundi sebagai rakyat Malaysia dan bukannya berdasarkan kaum semata-mata.

Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah menggesa pengundi di Teluk Intan menyelamatkan Malaysia dengan melakar sejarah dan mencipta keajaiban daripada cuba menyelamatkan parti komponen Barisan Nasional (BN), Gerakan.

"Saya menggesa pengundi Teluk Intan untuk melakar sejarah dan mencipta keajaiban buat kali kedua dalam dekad ini yang boleh membuka mata rakyat Malaysia untuk menyelamatkan negara ini daripada terus gagal dan berpecah belah.

"Ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi Teluk Intan untuk bangkit dalam usaha meningkatkan undi demi masa depan negara," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, berbeza dengan pencalonan PRK Bukit Gelugor minggu lalu apabila semua pemimpin BN cuba menutupi ketakutan berdepan kekalahan dengan tidak bertanding tetapi pada hari penamaan calon PRK Teluk Intan, dapat dilihat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang mengetuai jentera pilihan raya.

Katanya, situasi itu berlaku berdasarkan alasan yang sangat jelas apabila BN yakin DAP melakukan kesalahan besar dengan meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud untuk melawan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

"Presiden Gerakan dikatakan bersedia untuk memenangi PRK 31 Mei ini merupakan sebab mengapa pemimpin BN berani untuk hadir pada penamaan calon pagi tadi berbanding ketika Bukit Gelugor Isnin lalu.

"Malah pemimpin Umno-BN percaya mereka mampu menjatuhkan Pakatan Rakyat - DAP pada PRK Teluk Intan kali ini termasuk dengan menyerang kelemahan parti ini di kalangan pengundi Melayu, India dan Cina di kawasan itu," katanya.

Lim berkata, ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, DAP berjaya mendapatkan sokongan 25% pengundi Melayu daripada jumlah keseluruhan pengundi sebanyak 38%.

"BN percaya serangan sengit dengan penipuan dan kenyataan salah bagi menentang DAP dan calonnya dapat memastikan parti ini tidak akan mampu untuk mempertahankan tahap sokongan daripada pengundi Melayu yang berjaya diperolehi tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, pemimpin DAP juga dilabelkan sebagai anti Melayu dan Islam selain pengikut komunis dan menyerang peribadi Dyana di sosial media sebelum beliau diumumkan secara sah akan menjadi calon DAP dalam PRK Teluk Intan.

"BN turut menyerang pengundi India yang menyumbang sebanyak 19% apabila menggunakan kad menterinya untuk menawarkan wang bagi pembangunan dan memainkan kenyataan Cina mesti mengundi untuk Cina bukan mengundi Melayu seperti Dyana," katanya.

Lim berkata, situasi ini merupakan politik lama yang berdasarkan kaum di mana rakyat Malaysia perlu melakukan perubahan dengan memperkenalkan politik baru yang berdasarkan identiti rakyat Malaysia.

Katanya, atas alasan itu, PRK Teluk Intan merupakan persaingan sengit buat DAP dan meramalkan peluang kemenangan adalah sebanyak 40% hingga 60%.

"Persaingan di Teluk Intan adalah antara masa lalu dan masa hadapan, baru melawan lama, ahli politik nasional menentang ahli politik perkauman," katanya.

Beliau berkata, PR mesti berusaha untuk berhubung dengan pengundi sehingga ke akar umbi untuk menjelaskan dalam kempen selama 12 hari ini kepada penduduk untuk membuktikan BN salah.

BN tidak cadang ambil tindakan pada ibu Dyana - Muhyiddin

Posted: 19 May 2014 05:42 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
TELUK INTAN: Barisan Nasional (BN) tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan kepada ahlinya, Yammy Samat iaitu ibu kepada calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kerana membantu anaknya itu dalam kempen pilihan raya tersebut.
 
Yammy Samat adalah ahli Umno dan pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980. 
 
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu tidak berminat untuk mengambil tindakan terhadap Yammy kerana itu adalah haknya sebagai seorang ibu.
 
"Itu adalah hak individu dan ianya tidak menjejaskan ibu bapa mana-mana calon yang bertanding disini," katanya kepada pemberita sejurus selepas pengumuman calon PRK Teluk Intan disini pagi tadi.
 
Sebelum ini, Yammy menegaskan bahawa beliau akan membantu anaknya itu dalam berkempen dan sokongan serta bantuannya itu tidak lebih hanyalah semata-mata kerana beliau adalah ibu kepada Dyana Sofya.
 
Beliau turut menyerahkan kepada Umno jika hendak mengambil tindakan terhadapnya.
 
Beliau dipetik sebagai berkata "Saya menyokong anak, bukan parti... saya sama sekali tidak akan keluar daripada parti Umno. Saya sebagai ibu, bagaimanakah anda jika berada dalam keadaan saya...saya akan temankan dia sepanjang kempen in".
 
Terdapat desakan daripada NGO veteran Umno yang mahukan parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.
 
Setiausaha Agung NGO tersebut, Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti dan tiada gunaya parti itu menyimpan ahli yang secara terang-terangan menjejaskan kredibilit dan menghina parti.

Umno - BN perlu kaji sebab Melayu profesional masuk DAP, kata wartawan veteran

Posted: 19 May 2014 05:34 AM PDT

OLEH JAMILAH KAMARUDIN


BN perlu berhenti hentam Dyana Sofya Mohd Daud, kaji kenapa anak muda terpelajar sertai DAP, kata Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail.BN perlu berhenti hentam Dyana Sofya Mohd Daud, kaji kenapa anak muda terpelajar sertai DAP, kata Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail.



























Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji trend anak Melayu muda dan berpendidikan tinggi menyertai parti DAP daripada terus menghentam calon Pakatan Rakyat (PR) Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press.

Datuk A Kadir Jasin berkata, pemimpin BN sebaliknya perlu cermin diri dan menilai semula punca anak muda Melayu kini semakin tertarik menyertai DAP.

"Ketika penulis blog upahan dan tukang kempen BN sibuk menghabiskan masa memfitnah Dyana, mereka sepatutnya memahami kenapa perkara sebegini boleh terjadi. Kenapa Melayu terpelajar menyertai DAP?

"Daripada menutup kelemahan dengan menyalahkan orang lain, mereka perlu nilai semula diri mereka dan tidak sepatutnya menghina rakyat," katanya dalam tulisan di blognya hari ini.

Kadir tidak menolak kemungkinan wujudnya faktor daya tarikan kuat yang menyebabkan anak muda Melayu seperti Dyana yang mempunyai latar belakang keluarga Umno berminat menyertai DAP secara aktif.

"Sebelum ini bekas menteri Umno menyatakan program latihan DAP menarik minat ramai peserta Melayu muda dan kebanyakannya berpendidikan tinggi," katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memperkecilkan Dyana kerana tidak menyedari dirinya dijadikan boneka DAP semata-mata untuk berkuasa.

Dyana bagaimanapun menyelar kenyataan Shahrizat dan mengaitkannya sebagai contoh kegagalan Wanita Umno memartabatkan golongan wanita dalam politik.

Dyana yang menyertai DAP sejak 2011 menarik perhatian dunia politik tempatan selepas dinamakan sebagai calon DAP bagi PRK Teluk Intan ekoran kematian penyandang Seah Leong Peng pada 1 Mei kerana kanser.

Gadis berumur 27 tahun itu bakal menjadi wanita Melayu pertama memegang kerusi Parlimen DAP jika menang dalam pilihan raya kecil ini.

"Memiliki raut wajah yang muda dan cantik mungkin memberi kelebihan pada Dyana.

"Tetapi pasti ada sesuatu yang lebih daripada itu. Secara hakikatnya, pada saya tarikan utama adalah beliau sebagai perempuan muda Melayu mewakili parti pembangkang yang didominasi kaum Cina," katanya.

Wartawan veteran itu turut memuji Gerakan kerana tidak gentar berdepan dengan DAP di kerusi Teluk Intan, berbeza dengan tindakan MCA di Bukit Gelugor.

"Tahniah Gerakan kerana tidak lari daripada tanggungjawab dan tidak memalukan maruah sebagai parti komponen yang lama dalam BN.

"Encik Mah (Siew Keong), saya puji keberanian kamu. Itulah anak jantan. Tidak seperti MCA yang kuat merajuk, kamu tidak mengecewakan penyokong sendiri," katanya merujuk kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Mah pernah memenangi kerusi Teluk Intan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan 2004 naamun kalah dengan calon DAP, M Manogaran pada 2008 dengan beza 1,470 undi dan Seah pada 2008 dengan beza 7,313 undi.

Kenaikan Tarif Elektrik; Lagi Pembodohan BN Keatas Rakyat

Posted: 19 May 2014 01:13 AM PDT

BULETIN ONLINE


Saya menyeru kepada semua rakyat agar menyedari dan bangkit bagi melawan akan pembodohan yang sedang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap kita. Kali ini dengan kenaikan tarif elektrik bagi menyelamatkan TNB.

Seharusnya kerajaan mesti memandang kepada empunya Independent Power Producer (IPP) yang begitu enak melahap subsidi bahan api bagi menimbun kekayaan mereka dan bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa kerakusan ini. Mengapakah mereka diberi subsidi yang begitu besar sedangkan dalam masa yang sama, kenaikan tarif ini dibebankan keatas rakyat jelata.

Tambahan pula tiada keperluan mendesak sebenarnya IPP ditubuhkan ketika dahulu dan juga sekarang kerana TNB sangat berkelayakan dalam penguruskan bekalan tenaga ini dari segi kewangan dan kemahiran. Jika ini dihapuskan maka TNB semestinya akan dapat mengurangkan tarif elektrik kerana ada sesetengah harga bekalan elektrik IPP dibayar oleh TNB dengan harga melebihi kos.

tarif-elektrik-naik-2014-2

Apakah hubungan taukeh-taukeh besar IPP itu dengan kerajaan? Apakah keistimewaan mereka sehingga rakyat pula terpaksa menyerahkan subsidi mereka, manakala mereka tidak pernah ditarik subsidi mereka oleh kerajaan? Adakah ini yang disebut peribahasa "Orang memberi, kita merasa? Iaitu sebagai satu bentuk balasan mungkin kepada taukeh-taukeh ini?

Alasan bagi menyelamatkan TNB daripada bangkrup adalah kenyataan yang dangkal yang langsung tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh PM bagi menaikkan tarif elektrik.

Terbukti TNB tidak mengalami kerugian, malah mencatatkan keuntungan berbilion ringgit malah bukan untuk kali ini sahaja keuntungan dicatatkan TNB seperti dalam laporan tahunan kewangan mereka.

Kesan berantai yang sudah dapat kita jangka ialah kenaikan harga-harga barang lain atas alasan kenaikan tarif ini dan ditambah pula dengan gandaan GST tahun depan sebanyak 6%, maka kenyataan bahawa tidak ramai yang terjejas dengan kenaikan ini, hanyalah menambahkan lagi koleksi kenyataan-kenyataan bodoh menteri BN.

Tidak cukup dengan itu, pesta mengutip cukai yang bertopengkan pengurangan subsidi diteruskan dengan pengisytiharan saman bagi kesalahan jalanraya termasuklah cermin gelap akan dimulakan operasinya sedikit masa lagi dengan anggaran ratusan juta ringgit akan berjaya dikutip oleh kerajaan.

Maka segala janji-janji BN sebelum PRU dahulu hanyalah janji bagi memenangi undi rakyat sahaja dan bukan untuk membela rakyat. Sebaliknya rakyatlah yang kena bela BN sehingga kenyang. Oleh itu seharusnya rakyat sedar dan bangkit menentang akan permainan BN ini yang mana, kerana sikap tidak peduli rakyatlah yang membuatkan BN terus memperbodohkan rakyat. Ayuh, peduli kita dengan politik semasa bagi menyelamatkan Malaysia yang kita cintai ini.

YB Ustaz Mohd Nor
Ketua Penerangan PAS Terenggau
Adun Bukit Payong

Ustaz Abdul Ghani berjuang tanpa lelah

Posted: 19 May 2014 12:58 AM PDT



DR RIDHUAN MOHAMAD NOR


"Enta tulis buku apa sekarang?"

"Baguslah...terus menulis" pesan Ustaz Ghani lirih, dia tak jemu menghambur kata-kata yang inspiratif, juga kerana mantan exco Abim yang popular dalam dekad 1970-an ini begitu dekat dengan dunia akademik.

Almarhum adalah mantan pensyarah UTM yang juga seorang pendakwah yang sangat aktif mudik ke seluruh negara memberikan pengisian semenjak zaman muda.

Ustaz Abdul Ghani dengan suara serak basah mempunyai sejarah panjang dalam perjuangan Islam, semasa menuntut di Mesir dalam bidang syariah, almarhum adalah tokoh pimpinan pelajar yang menggerakkan PMRAM.

Semenjak zaman bergelar aktivis pelajar, beliau sangat vokal dengan dasar-dasar negara yang tidak mesra Islam. Menuntut ilmu di bumi Mesir, tanah leluhur yang sarat dengan medan pertembungan iman dan kufur telah menyemai sikap beliau terhadap perjuangan Islam.

Bumi Hasan al-Banna ini telah mengajar beliau getir dan nuansa perjuangan, melihat kezaliman regim terhadap anggota Ikhwanul Muslimin di zaman Anwar Sadat yang menyaksikan mass crackdown terhadap puluhan ribu anggota Ikhwanul Muslimin yang menentang perjanjian Camp David.

Beliau menyintai gerakan amal tarbawi, menyusun gerakan anak muda supaya perjuangan Islam rendang dengan "alfahmu", bukan dengan terjahan semangat kosong.

Pulang ke tanah air, gerakan sosio politik anak muda iaitu Abim sedang menjadi fenomenal dan menampung suara vokal berorientasikan Islam kerana keberadaan PAS dalam kerajaan campuran.

Beliau dan almarhum Ustaz Fadzil Noor, Nakhaie Ahmad antara graduan Al Azhar yang berada dalam barisan Abim Pusat. Ustaz Ghani bergerak ke kampus-kampus, juga saran anak muda yang lain untuk menyatukan saff anak muda beraliran Islam.

Beliau pernah menjawat jawatan Exco Dakwah Abim yang popular, berusaha menyebarkan fikrah Ikhwanul Muslimin melalui tulisan tokoh-tokoh mereka.

Abim pula memegang jaringan kampus dibawah gerakan PKPIM dalam dasawarsa 70an yang sedang marak dengan kebangkitan Islam. Gerakan sosio politik ini adalah simbiosis dengan PAS dalam dekad itu seperti kajian Mutalib Hussein, seorang sarjana dari Singapura.

Apabila PAS ditendang keluar daripada koalisi BN pada tahun 1977, seterusnya hilang pengkalan kuasa di Kelantan pada tahun 1978, sosok utama pejuang Islam Indonesia, almarhum Dr Mohamad Natsir telah mencadangkan pemindahan darah muda dilakukan terhadap tubuh PAS.

Ustaz Fadzil Noor, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, Nakhaie Ahmad, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah antara "young blood" yang memasuki PAS pada tahun 1978 saat PAS dilihat lemah.

Almarhum terkenal kerana ketegasannya berdakwah dan cukup berdisiplin, semasa berkhidmat sebagai pensyarah UTM, beliau sangat terkenal di negara ini. Wajahnya muncul di kaca TV, tegas berbicara dan beliau pernah dinobatkan oleh Jawi sebagai pendakwah terbaik Wilayah Persekutuan.

Dalam dekad 80-an dan 90-an,kaset-kaset kuliah serta forum beliau beredar ke seluruh negara, juga padat mengisi program agama sebaris dengan Dr Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, Pak Yazid Jaafar.

Beliau diamanahkan sebagai AJK PAS Pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Melaka dan di zaman beliaulah konsep markas tarbiah yang dikenali sebagai Balai Islam diperkenalkan di Melaka. Di balai-balai Islam inilah bergeraknya pengajian ilmu kerana masjid-masjid Melaka terdapat kekangan untuk mengajar ilmu agama.

Almarhum juga beberapa kali bertanding dalam Pilihan raya Umum di Melaka, namun negeri adat ini sangat kebal dengan Umno sehinggalah PAS mendapat anak sulungnya dalam PRU13.

Ustaz juga adalah pengasas kepada surau dan sekolah al-Mustaqimah Cheras, berbakti kepada masyarakat sehinggalah beliau terbaring di atas tilam. Ribuan anggota masyarakat sentiasa mengunjungi untuk bertanya khabar, mendoakan beliau agar terus sihat.

Kini almarhum telah mengadap Ilahi dengan segunung kebaktian kepada ummah, jasanya tak mampu diremehkan, malah terakam antara pendakwah yang tak lelah menyampaikan ilmu.

Saya teringat kali terakhir berforum dengannya di Masjid al-Aman Ampang, hujahan almarhum menyebabkan khalayak mengalir air mata, juga saya melihat ada genangan air mata di pipi almarhum. Fahamlah saya bahawa beliau bercakap daripada lubuk hatinya yang paling dalam, tembus pada hati manusia yang mendengar kalam beliau.

"Berjuanglah...sehingga kita berehat di akhirat" kalimah itu sangat mengesankan saya.

Berehatlah sang murabbi, kami adalah saksi mata atas kecekalanmu berdakwah sepanjang hayat. Al-Fatihah!

Shahrizat telah ditolak rakyat, tiada hak gelar Dyana boneka – Kasthuri

Posted: 19 May 2014 12:43 AM PDT

_DSC8461


IPOH – Calon DAP untuk pilihanraya kecil Teluk Intan Dyana Sofya tidak perlu selak kain dan menggunakan kata-kata yang kasar untuk mendapatkan kepercayaan dan rasa hormat rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto dalam kenyataannya hari ini mempertahankan Dyana daripada serangan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dilihat cuba menagih simpati orang ramai terhadap dirinya yang digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional pada PRU ke-13 tahun lalu.

"Hakikatnya, Shahrizat, bukan sahaja anda banyak bercakap kosong, anda menjadi beban kepada UMNO-BN. Anda tidak ada kualiti pemimpin dan terpalit dengan skandal terbesar negara," ujar Kasthuri, merujuk skandal pinjaman mudah NFC bernilai RM250 juta yang menyebabkan Shahrizat meletakkan jawatan menteri pada tahun 2012.

Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat pada 8 April 2012, jawatan lantikan yang dipegangnya meski kalah kepada Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai.

Shahrizat kini adalah penasihat khas yang bertanggungjawab memantau usahawan wanita dan profesional dengan gaji berjumlah RM27,227.20 sebulan, atau RM326,726.40 setahun.

"Berani kamu Shahrizat yang menerima undi tidak percaya daripada rakyat mahupun parti sehingga tidak diberi peluang bertanding dan menerima gaji penasihat yang dibayar rakyat, melabel Dyana sebagai alat dan boneka?" soal Kasthuri lagi.

Dyana Sofya, peguam berusia 27 tahun bakal menentang Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong (53 tahun) dalam PRK yang dijadual bermula hari ini dan berakhir pada hari mengundi 31 Mei nanti. – Roketkini.com

Syed Mokhtar mungkin ambil alih MAS?

Posted: 19 May 2014 12:30 AM PDT

KL TODAY

 

 


Tokoh konglomerat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dipercayai individu yang mahu mengambil alih dan memulihkan semula Malaysia Airline System Berhad (MAS).Syed Mokhtar dipercayai sudah lama berhajat untuk menguasai MAS tetapi gagal.Meskipun usaha untuk memperoleh MAS sebelum ini tidak berjaya, namun kali ini tokoh korporat Melayu serius untuk membantu MAS selepas beberapa siri kerugian dan pelbagai masalah dihadapi oleh syarikat berkenaan.

Spekulasi penjualan MAS kepada Syed Mokhtar bertiup kencang sejak tahun lalu namun senyap begitu sahaja. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dikaitkan dengan penjualan MAS kepada Syed Mohktar apabila beliau didakwa memberi cadangan itu.

MalaysiaGazette difahamkan 'orang kuat' Syed Mokhtar sudah pun bersedia untuk membawa hasrat tokoh konglomerat itu kepada kerajaan dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Syed Mokhtar dikatakan bercadang untuk mengambil alih kepentingan MAS daripada Khazanah Nasional Berhad sekitar 64 peratus tetapi kerajaan masih boleh memegang 'golden share' dalam syarikat penerbangan itu.

MAS kembali menjadi fokus selepas syarikat itu mengumumkan kerugian bersih pada suku pertama tahun ini sebanyak RM473 juta, selain menyaksikan penurunan faktor muatan terutama bagi penumpang antarabangsa pada kadar yang tinggi iaitu 60 peratus.

Insiden kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang masih gagal dikesan sehingga hari ini dijangka mengakibatkan impak kepada reputasi MAS.

Kebanyakan penganalisis pasaran meramalkan MAS akan terus mengalami kerugian pada suku kedua dan ketiga tahun ini.

Keadaan MAS yang semakin kritikal itu dipercayai menyebabkan semakin banyak bakat-bakat terlatihnya termasuk krew, juruterbang dan juruteranya 'lari' ke syarikat lain kerana syarikat penerbangan itu gagal memberi faedah dan gaji yang diharapkan.

Bimbang dengan situasi semasa Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS (MASEU) mahu pengurusan MAS yang diterajui oleh Ahmad Jauhari Yahya melepaskan jawatan berkenaan dan memohon kerajaan supaya MAS diterajui oleh 'orang dalam' yang tahu selok-belok industri penerbangan.- MalaysiaGazette

Lebih Baik Shahrizat Tidak Turun Ke Teluk Intan

Posted: 19 May 2014 12:20 AM PDT

shahbudindotcom


Keceluparan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil menyerang calon muda DAP bagi pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya dengan melabelkannya sebagai boneka yang diperalatkan oleh DAP, bukan saja mengundang serangan balas daripada parti itu tetapi cara kempen ala 70an itu juga membuatkan kelompok UMNO sendiri rasa tidak selesa dengannya.

Sementara Lim Guan Eng menyifatkan kenyataan Shahrizat itu sebagai taktik kotor untuk mematahkan semangat golongan muda untuk berkecimpung lebih aktif dalam politik, Dyana Sofya pula mengatakan kemenangannya nanti akan menjadikan beliau wanita paling muda menjadi Ahli Parlimen yang mana keadaan itu tidak mungkin berlaku jika menyertai UMNO.

Sambil itu, beliau juga menyifatkan kenyataan Shahrizat itu menunjukkan kegagalannya melonjakkan golongan wanita kepada kedudukan yang sewajarnya dalam politik negara ini serta meminta belajar dari ibunya yang juga merupakan aktivis Wanita UMNO tetapi merestui dan sentiasa menyokongnya.

Dalam kelompok UMNO pula, tidak kurang yang meluat dengan kenyataan Shahrizat itu berikutan beliau bukan saja terpalit dengan isu lembu NFC yang membuatkannya tidak relevan lagi, tetapi juga kerana cara serangan itu seolah-olah tidak menunjukkan kematangannya dalam politik.

Di laman sosial begitu banyak kecaman dan sindiran dilemparkan terhadapnya oleh kelompok UMNO sendiri yang menyifatkan Shahrizat sepatutnya memfokuskan untuk menarik pengundi Melayu Teluk Intan menyokong calon BN, Mah Siew Keong dan bukannya menyentuh isu berkaitan peribadi calon DAP itu.

Kedudukan Dyana Sofya dalam DAP tidak seharusnya dipertikaikan lagi kerana beliau sudah lama menyertai parti itu dan juga ini bukanlah kali pertama calon Melayu dipertaruhkan sebagai calon. Dalam pilihanraya lalu, ada dua calon Melayu diketengahkan iaitu Arif Sabri Abdul Aziz di Raub dan Zairil Khir Johari di Bukit Bendera.

Apa yang berbeza hanyalah keberanian DAP mengenengahkan seorang yang baru berusia 27 tahun sebagai calon sedangkan ia begitu asing bagi UMNO dan BN. Keberanian DAP juga ialah kerana menukar calon Teluk Intan daripada Cina kepada Melayu.

Atas semua petunjuk itu, perletakan calon Melayu tidak seharusnya dianggap sebagai boneka oleh Shahrizat.

Shahrizat juga diminta melihat ke dalam struktur Wanita UMNO sendiri iaitu berapa ramaikah golongan muda yang berpotensi daripada Puteri UMNO diterima dengan baik menyertai pergerakan itu dan diberi peluang sebagai calon dalam pilihanraya umum lalu.

Lebih itu, Shahrizat yang sudah berusia senja dan terpalit pula dengan isu lembu NFC tetapi tetap mahu bergayut dengan kuasa sebagai Ketua Wanita UMNO meskipun menyedari kecaman terhadapnya datang dari setiap penjuru, adalah suatu penonjolan sikap yang jelas menghalang bakat-bakat baru daripada terus tumbuh dan bercambah.

Jika beliau mempunyai kesedaran terhadap pentingnya memberi peluang dan ruang kepada bakat-bakat baru, Shahrizat tentulah tidak berlengah untuk mengundurkan diri dan memilih baki usia yang tinggal untuk bersama keluarga dan anak cucunya saja.

Menyedari calon BN di Teluk Intan sudah berusia dah kitar semula pula, Shahrizat sepatutnya berbangga dan cuba mengaplikasikannya ke dalam Wanita UMNO yang sedang dipimpinnya, dan bukan menyerang perkembangan yang sihat itu. Kalau pun mahu berkempen, beliau sepatutnya menumpukan kepada isu tempatan Teluk Intan yang mungkin asing bagi Dyana Sofya serta serangan kepada ideologi parti DAP itu.

Adalah amat malang jika Shahrizat dan Wanita UMNO terus berkempen ala tahun 70-an seperti itu sedangkan dunia sudah banyak berubah dan cara berfikir generasi sekarang juga tidak lagi seperti dulu. Jika Shahrizat terus dengan stail dan gaya lamanya berkempen di Teluk Intan ini sedangkan PR dan DAP sedang menawarkan perubahan dan pembaharuan, nescaya pilihanraya kecil ini tidak menjanjikan kemenangan kepada BN.

Wanita UMNO sebagai golongan ibu bukan saja harus menonjolkan sikap lebih matang, malah dengan penonjolan calon muda oleh DAP itu, inilah masanya untuk mereka dan lain-lain parti komponen BN segera menggembleng tenaga muda daripada Pemuda dan Puteri untuk memainkan peranan lebih aktif dalam gerak kerja pilihanraya ini.

Masih belum terlambat untuk menonjolkan bahawa UMNO dan BN tidak kekurangan tenaga muda daripada kalangan Pemuda dan Puteri walaupun mungkin ada sindiran kedengaran bahawa calon BN di Teluk Intan itu bukan lagi muda dan kitar semula pula.

Kecuali jika Shahrizat sedia mendiamkan sedikit mulutnya daripada banyak berbicara yang bukan-bukan atau yang terkeluar daripada konteks menambahkan undi, dengan isu peribadi yang banyak memaliti dirinya serta gaya fikirnya yang masih tidak berubah, sebenarnya jauh lebih baik jika beliau tidak turun berkempen ke Teluk Intan nanti.

Tanpa karut-marut yang keluar daripada mulutnya, BN mungkin mempunyai sedikit peluang untuk memenangi pilihanraya kecil ini berbanding jika beliau terus membebel dan menonjolkan dirinya yang semakin tidak digemari itu, kekalahan menjadi lebih pasti akhirnya.

Sosma langgar hak asasi manusia, Suaram buat aduan ke Suhakam

Posted: 19 May 2014 12:17 AM PDT

OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Wakil Suaram Syukri Razab membaca memorandum di ofis Suhakam, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin, 19 Mei, 2014. Wakil Suaram Syukri Razab membaca memorandum di ofis Suhakam, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin,



Badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Sosma yang tidak memberikan hak kepada tahanan sebaliknya kuasa penuh diberikan kepada polis dan mahkamah.

Wakil Suaram Syukri Razab dalam aduan berkata, sehingga 28 April lalu, 11 orang ditahan mengikut Sosma dan dapat mengenal pasti tujuh tahanan yang ditempatkan di lokap Shah Alam dan Bukit Aman.

Enam daripadanya adalah lelaki berumur lingkungan 30 tahun ke bawah; seorang daripadanya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), manakala seorang tahanan perempuan berusia 56 tahun.

Syukri berkata, kebanyakan keluarga tahanan Sosma tidak dimaklumkan mengenai sebab penahanan kerana percaya polis menggunakan Seksyen 4(1) Sosma yang memberi kuasa kepada polis untuk menahan tanpa waran.

Katanya, dalam borang alasan penangkapan yang diberikan pihak polis kepada keluarga juga tidak menyatakan secara jelas sebab tangkapan dibuat, dan rata-rata ahli keluarga hanya dapat bertemu tahanan selepas lapan hari mereka ditahan.

"Mengikut Seksyen 5(3) Sosma, polis hanya boleh menangguhkan akses tahanan untuk bertemu keluarga sehingga 48 jam bermula dari waktu seseorang itu ditahan.

"Namun apa yang berlaku polis bukan sahaja menangguhkan akses keluarga, bahkan tidak dibenarkan bertemu dengan keluarga sekiranya tidak mendapat kebenaran pegawai penyiasat (IO) walaupun selepas tempoh 48 jam," katanya ketika menyampaikan memorandum di pejabat Suhakam di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, semasa keluarga bertemu dengan tahanan, pegawai polis mengawasi pertemuan tersebut terlalu dekat menyebabkan sesi perbualan antara kedua pihak tidak selesa dan tersekat.
Katanya, bidang kuasa yang diberikan Sosma kepada pihak berkuasa terlalu luas sehingga memberi autoriti besar kepada polis menahan individu tanpa memerlukan sebab kukuh.

"Penahanan melebihi 10 hari tanpa akses kepada peguam boleh membuka ruang untuk polis melakukan siasatan yang melibatkan penderaan mental dan fizikal," katanya.

Katanya, perbicaraan Sosma juga berat sebelah apabila seksyen 14 Sosma memberi kebenaran kepada pendakwaraya untuk melindungi identiti saksi pendakwa daripada diketahui oleh tertuduh termasuk peguam bela, menyebabkan wujudnya kemungkinan saksi palsu yang diadakan bagi memberi kelebihan kepada pihak pendakwaraya.

Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam di ofis Suhakam, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin, 19 Mei, 2014.Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam di ofis Suhakam, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin.Selain itu, Suaram turut mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam akhbar pada 2 Mei lalu bahawa polis mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan semua yang ditangkap dengan aktiviti militan.

"Sekiranya benar ada bukti kukuh, polis boleh menahan semua yang disyaki menggunakan Kanun Prosedur Jenayah dan segera mendakwa mereka di mahkamah," katanya.

Ekoran itu, Syukri menggesa agar Suhakam melakukan penelitian terhadap Sosma dan melakukan penarafan sama ada Sosma mematuhi prinsip hak asasi manusia.

Beliau juga mahu Suhakam menggesa polis supaya menghentikan siasatan dan tangkapan dibawah Sosma bagi memastikan tahanan mendaoat hak yang adil sepanjang proses siasatan dan perbicaraan.

"Suaram mendesak agar pihak kerajaan Malaysia memansuhkan Sosma atas dasar akta ini membelakangi prinsip dan bercanggah dengan hak asasi manusia yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam dalam responnya memberi jaminan pihaknya akan segera menyiasat dan meneliti aduan tersebut termasuk mengadakan lawatan ke pusat tahanan melihat keadaan tahanan Sosma.

"Suhakam akan meneliti terlebih dahulu kes aduan sebelum melawat tahanan. Biasanya pihak polis dan penjara memberi kerjasama penuh kepada Suhakam.

"Kami akan memberi maklumbalas dan laporan semasa perkembangan tahanan kepada keluarga mangsa," katanya.

Ridhuan Tee pertahan seminar anti Kristian di UiTM sebagai tindak balas terhadap Kristianisasi

Posted: 19 May 2014 12:10 AM PDT


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Seminar "Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara" yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM)  baru-baru ini sememangnya perlu diadakan kerana usaha Kristianisasi merupakan realiti yang berlaku di negara ini, kata Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar).

Pensyarah kontroversi itu berkata apa yang berlangsung dalam seminar di UiTM itu tidak sehebat kecaman pihak gereja yang menyifatkan umat Islam melakukan penganiayaan dan kezaliman terhadap penganut Kristian.

"Lihatlah bagaimana mereka begitu menyerang UiTM. Sedangkan semua tahu seminar ini adalah tindak balas kepada proses Kristianisasi yang sengaja dilakukan. UiTM begitu bersikap telus daripada ultra kiasu yang baling batu sembunyi tangan.

"Kecaman yang dilakukan tidaklah sedahsyat ucapan paderi dalam sebuah gereja yang pernah saya dedahkan. Sayangnya umat Islam tidak pergi ke gereja melihat bagaimana mereka mengecam umat Islam.

"Kita dituduh akan melakukan penganiayaan dan kezaliman terhadap Kristian," katanya menerusi kolum dalam Sinar Harian bertajuk "Musuh Sebenar di Depan Mata".

The Malaysian Insider hari ini melaporkan pihak gereja di Indonesia mengesahkan salah seorang penceramah yang mendakwa bekas paderi Katolik yang memeluk Islam dalam seminar di UiTM itu tidak benar.

Insan L S Mokoginta memperkenalkan dirinya dalam ceramah itu sebagai bekas paderi Katolik yang memeluk agama Islam pada 1976 di hadapan 1,000 pelajar universiti itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Eksekutif Persidangan Biskop Indonesia, Paderi Edy Purwanto mendedahkan beliau tidak mempunyai maklumat mengenai Mokoginta.

Ridhuan menerusi kolumnya itu menggesa umat Islam pergi sendiri ke gereja bagi memantau aktiviti keagamaan yang berlangsung di dalam rumah ibadat itu.

Katanya, guru sekolah juga perlu serius menangani gerakan Kristianisasi kerana undang-undang negara tidak membenarkan penyebaran agama lain kepada umat Islam.

"Kenapa laporan polis tidak dibuat? Kerana kita tidak tahu apa yang berlaku di gereja. Saya harap ada umat Islam yang boleh menyamar masuk ke gereja dan dengar apa yang dibincangkan.

"Saya memohon kepada guru sekolah agar memantau pelajar Islam yang terpengaruh dengan ajaran ini. Bukan kita takut dikristiankan tetapi undang-undang tidak membenarkan mereka melakukan sedemikian," katanya yang menerima laporan ibu bapa bahawa usaha Kristianisasi juga berlaku di sekolah.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu berkata, hak umat Islam dan undang-undang berani diceroboh hari ini berlaku kerana ultra kiasu mengetahui orang Melayu sudah tidak mampu bertindak kerana takut kehilangan kuasa.

Katanya, tiada sebab bukan Islam membenci umat Islam di negara ini kerana mereka tidak dianiaya dan diberi kebebasan mencari rezeki.

"Saya amat hairan kenapa mereka begitu benci dengan Islam. Berikan saya contoh pernahkah negara Islam menganiaya bukan Islam? Rata-rata kita lihat umat Islam kerap menjadi mangsa di negara bukan Islam.

"Persoalannya, kenapa mereka begitu kuat menentang hukum Islam yang tidak ada kaitan dengan mereka langsung? Kenapa begitu benci dengan Islam, tetapi pada masa sama mengaut keuntungan daripada orang Islam?" katanya.

Seminar "Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara" itu diadakan pada 6 Mei lalu menampilkan beberapa penceramah yang memberi amaran kepada umat Islam mengenai ancaman Kristianisasi.
Beberapa laporan polis dibuat, di Selangor dan Sarawak. Jumaat lalu, polis merakamkan kenyataan dua pengadu dari Selangor.

Pengadu berpendapat seminar itu tidak lebih daripada sesi membelasah Kristian dan persoalan lanjut ialah mengapa universiti awam dibenarkan menganjurkan seminar seumpama itu di premis mereka.
Mereka berkata, tiada pakar Kristianiti dijemput menyertai seminar itu untuk mempertahankan agama Kristian.

Seminar itu dianjurkan bersama oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, Warisan Ibnu Aaby dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan sokongan Utusan Malaysia, Kumpulan Karangkraf, TV Al-Hijrah, Zikay Group dan Kumpulan Pantai Bharu.

Bekas sultanah Johor kemuka 7 alasan ketepi perceraian

Posted: 19 May 2014 12:03 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 



































Bekas sultanah Johor Tuanku Zanariah Tunku Ahmad (gambar) menyenaraikan tujuh alasan kepada Mahkamah Rayuan Syariah untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Syariah Johor Bahru sebelum ini yang mengesahkan perceraian kontroversinya dengan almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Portal Malaysiakini melaporkan, alasan-alasan itu dikemukakan oleh peguamnya Afshah Ariffin selepas Mahkamah Rayuan Syariah membenarkan Majlis Agama Islam Johor menjadi pencelah dalam saman itu.

Dalam alasan yang dikemukakan itu, tujuh alasan diberikan sekitar kekhilafan hakim perbicaraan, antaranya dalam isu "fatwa" yang mengesahkan perceraian itu pada Ogos tahun lalu.

Menurut Malaysiakini, alasan-alasan yang dikemukakan adalah:

1. Hakim terkhilaf daripada aspek undang-undang dan fakta apabila menyatakan hakim bicara Mahkamah Rendah Syariah membuat keputusan berdasarkan shahadah hisbah kerana rukun dan syaratnya tidak menepati hukum syarak.

2. Hakim terkhilaf apabila menafsirkan Seksyen 3 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Johor Bahru) memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengecualikan apa-apa peruntukan dalamnya.

3. Hakim terkhilaf memutuskan hakim bicara mempunyai kuasa sedia ada dalam menjalankan prosiding kes saman tersebut.

4. Hakim terkhilaf apabila memutuskan hakim bicara mengecualikan pemakaian enakmen tatacara "demi menjaga kemuliaan institusi diraja Johor khususnya Sultan Iskandar".

5. Hakim terkhilaf apabila memutuskan "fatwa" Jawatankuasa Fatwa Johor adalah "dokumen undang-undang" yang dibuat berdasar peruntukan Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johior.

6. Hakim terkhilaf apabila memutuskan fatwa tersebut mengikat mahkamah.

7. Hakim terkhilaf apabila memutuskan perayu gagal menunjukkan ada memohon untuk meminda atau membatalkan fatwa tersebut.

Tuanku Zanariah sebelum ini memfailkan permohonan ke Mahkamah Syariah untuk mengenepikan perintah sebelum ini bahawa bekas suaminya menceraikannya.

Beliau memohon untuk mengenepikan keputusan mahkamah beliau diceraikan pada 23 Januari 2009 dan rujuk seminggu kemudian.

Dalam afidavit menyokong permohonan yang difailkan itu, beliau mendakwa jabatan kerajaan Johor khasnya pejabat agama disalahgunakan untuk memalukan beliau dan Almarhum Sultan Iskandar.

Pengubahan wang haram jejaskan pembangunan sosio-ekonomi, kata Bank Negara

Posted: 18 May 2014 11:56 PM PDT

OLEH MD IZWAN


Timbalan Gabenor Negara, Datuk Muhammad Ibrahim semasa berucap di Sidang Perniagaan Serantau Perkhidmatan Wang di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 19 Mei, 2014.Timbalan Gabenor Negara, Datuk Muhammad Ibrahim semasa berucap di Sidang Perniagaan Serantau Perkhidmatan Wang di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee


Bank Negara Malaysia (BNM) bimbang aktiviti jenayah dalam perniagaan perkhidmatan wang (MSB) jika tidak ditangani bakal menjejaskan pembangunan sosio-ekonomi, selepas Malaysia mencatatkan pengaliran wang haram sebanyak RM174 bilion menurut laporan Global Financial Integrity (GFI) tahun lalu.

Berucap di Sidang Perniagaan Serantau Perkhidmatan Wang, Timbalan Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim berkata, industri tersebut memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan kekayaan negara.

"MSB mempunyai peranan penting dalam menyokong sistem kewangan yang inklusif dan memudahkan transaksi ekonomi yang menyumbang kepada pertumbuhan dan kekayaan," kata Muhammad di Bank Negara pagi ini.

Muhammad berkata, industri tersebut yang berasaskan kepada urusan wang tunai menyebabkan ia terdedah dengan ancaman pengubahan wang haram.

"Transaksi berasaskan wang tunai MSB, capaian global pengirim wang dan proses pengesahan pelanggan, jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan ia terdedah kepada ancaman pengubahan wang haram," kata beliau.

Beliau berkata jika risiko tersebut tidak diberikan perhatian, pembangunan sosio-ekonomi negara akan terjejas.

"Prospek jangka masa panjang industri dan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi akan terjejas jika risikonya tidak difahami dan diuruskan secara baik," katanya.

Hampir lebih 300 pemain industri dari MSB menyertai sidang anjuran BNM hari ini yang dianjurkan bersama Bank Dunia dan Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB).

Dalam pada itu, Presiden MAMSB, Ramasamy Veeran berkata syarikat pengurup dan pengirim wang perlu dipantau memandangkan mereka secara langsung terdedah dengan aktiviti jenayah kewangan.

"Kami fokus kepada pelaksanaan sistem untuk elak aktiviti tersebut berlaku.

"Pertama kami ajar mereka proses urus tadbir, kedua kami gunakan sistem atas talian iaitu yang menepati piawaian dan boleh diaudit. Semua ini sudah berjalan," katanya.

Laporan penyelidikan anti-rasuah dan kumpulan advokasi GFI mendedahkan kira-kira RM174 billion mengalir keluar secara haram di Malaysia pada tahun 2011 iaitu tempat keempat di belakang Russia, China dan India.

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.

Bagaimanapun, Putrajaya memberi alasan jumlah besar tersebut adalah disebabkan oleh penentuan harga perdagangan yang salah dan bukannya kerana jenayah mahupun rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata status Malaysia sebagai negara keempat yang mengeksport modal haram bukan suatu yang mengejutkan kerana ia juga menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara perdagangan yang aktif di dunia.

Muhammad menggariskan tiga perkara pokok yang perlu ditekankan untuk menangani pengubahan wang haram, iaitu penguatkuasan dan pemain industri perlu mengetahui tentang risiko dalam MSB, merangka pengkuatkuasaan yang berkredibiliti serta berkesan dan mempromosikan profesionalisme dalam industri.

Nufam kecam MAS abaikan kebajikan waris anak kapal MH370

Posted: 18 May 2014 11:53 PM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


Sebahagian daripada ahli keluarga anak kapal MH370 tidak dapat menahan kesedihan kerasa berasa kesal dengan tindakan Malaysia Airlines terhadap mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2014.Sebahagian daripada ahli keluarga anak kapal MH370 tidak dapat menahan kesedihan kerasa berasa kesal dengan tindakan Malaysia Airlines terhadap mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider.


Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Malaysia (Nufam) mengecam tindakan Malaysia Airlines (MAS) yang didakwa mengabaikan kebajikan waris anak kapal penerbangan MH370 biarpun pernah berjanji akan memenuhi segala keperluan dan tuntutan yang diperlukan  oleh semua ahli keluarga terbabit.

Nufam berkata, tindakan MAS mengabaikan 10 keluarga tersebut hanya kerana bertemu dengan firma guaman asing adalah tindakan memalukan dan tidak bertanggungjawab.

"MAS sebelum ini banyak memberi janji, tetapi akhirnya mengabaikan kewajban ke atas keluarga mangsa. Adakah ini cara syarikat penerbangan yang diiktiraf dunia menangani krisis untuk anak kapal atau waris mereka?

"Ia amat memalukan kerana mereka seolah-olah cuci tangan, bertindak seperti tiada apa yang pernah berlaku," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam keluarga anak kapal pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu mendakwa  MAS "mengabaikan" mereka hanya kerana bertemu dengan firma guaman asing untuk mendapatkan bantuan guaman.

Waris mendakwa, syarikat penerbangan negara itu menghantar e-mel dua hari lalu meminta mereka mengarahkan peguam berurusan dengan pasukan undang-undang syarikat itu bagi semua permintaan berkaitan pesawat yang masih belum ditemui itu.

Mereka juga tidak lagi berhubungan dengan penjaga yang merupakan wakil MAS untuk memberi maklumat terkini kepada ahli keluarga berkenaan.

Menurut Nufam, MAS tidak boleh mengabaikan ahli keluarga terbabit memandangkan syarikat penerbangan itu tidak menawarkan sebarang pampasan kepada waris penumpang anak kapal MH370.

"Salah seorang daripada waris penumpang akan melahirkan anak tidak lama lagi, jadi bagaimana pihak pengurusan rasa tentang hal ini? Kami berasa amat kasihan memikirkan nasib yang perlu dilalui oleh ibu dan anak yang belum dilahirkan itu.

"MAS sepatutnya bertanyakan keadaan ibu tersebut dan memberikan bantuan yang diperlukan. Sikap yang amat tidak bertanggjawab ditunjukkan oleh MAS dalam hal ini," katanya.

Nufam turut mendesak MAS menanggung perbelanjaan yang diperlukan waris anak kapal itu memandangkan mereka masih tidak menawarkan sebarang bentuk penyelesaian.

Selain itu, Nufam juga menggesa campur tangan kerajaan bagi membantu ahli keluarga terlibat.

"MAS seharusnya terus menanggung ahli keluarga. Bukan berdiam diri dan membiarkan ahli keluarga keliru dan tertanya-tanya. Nufam mahukan MAS lebih bertanggungjawab dan memainkan peranan membantu keluarga

"Ini masa bagi membantu dan MAS tidak harus mengabaikan kebajikan mereka pada tahap ini dan menjangkakan mereka boleh meneruskan hidup seperti sediakala," katanya.

Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam perjalanan ke Beijing, hilang daripada radar awam ketika melintasi Laut China Selatan.

Radar tentera Malaysia mengesan pesawat itu berpatah balik ke arah barat hingga ia hilang dari kawasan liputan di Laut Andaman.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam temubual dengan media tempatan semalam berkata, MAS perlu diingatkan yang mereka mesti memastikan bayaran pampasan dilakukan secepat mungkin dan usaha membantu ahli keluarga anak kapal patut diteruskan.

"Saya percaya kita mesti memberi keyakinan dan sokongan kepada semua kakitangan MAS bukan sahaja kerana mereka rakyat Malaysia, tetapi kerana mereka tidak bersalah. Ramai kakitangan MAS yang saya jumpa sejak beberapa minggu lalu berterima kasih kepada saya dan pasukan kerana bersama mereka," kata Hishammuddin.

Hishammuddin pada Khamis berkata, pencarian udara dan permukaan laut dihentikan dan fokus kini ialah kepada operasi bawah laut selepas misi terdahulu gagal mengesan pesawat yang masih hilang itu.

Katanya, pencarian kini meletakkan keutamaan kepada tiga perkara iaitu menganalisis semula semua data; pemetaan lanjutan dan analisis dasar laut dan penghantaran aset.

Kes saya lebih mudah dari kes Sosilawati dan Hussain Najadi kata Sanjeevan

Posted: 18 May 2014 11:48 PM PDT

Beliau masih hidup untuk memberi maklumat kepada polis hingga tertangkapnya suspek berbanding kes Sosilawati dan Hussain Ahmad Najadi.
sanjeevan

PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan  (gambar) mendakwa beliau gagal mendapat keadilan bilamana kes ini akhirnya diklasifikasikan sebagai tidak ada tindakan lanjut (NFA).

Katanya, sepatutnya, kes tembak beliau ini lebih mudah diselesaikan kerana beliau masih hidup untuk memberi maklumat kepada polis hingga tertangkapnya suspek berbanding kes Sosilawati dan Hussain Ahmad Najadi.

"Lebih mendukacitakan lagi, ramai sahabat saya dan penyampai maklumat MyWatch yang ditahan kerana penyiasatan kes tembak saya lebih berkisar kepada penyiasatan mengenai apa yang dilakukan MyWatch dan rancangan masa depan MyWatch, bukannya penyiasatan untuk mencari suspek penembak," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Pada tarikh 2 Mei lalu, beliau telah menerima satu surat daripada IPD Jempol yang menyatakan bahawa siasatan kes tembak beliau pada 27 Julai 2013 yang lalu telah selesai dijalankan dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).

Dinyatakan alasan pihak polis menutup kes ini adalah kerana tiada pengecaman terhadap suspek yang menembak beliau tempoh hari.

"Saya sehingga hari ini optimis mengatakan bahawa kes tembak ini ada kaitannya dengan pendedahan jenayah dadah yang saya bongkarkan sebelum saya ditembak. Yang mana terdapat penglibatan pegawai kanan polis dalam sindiket dadah tersebut," dakwanya.

Katanya lagi, suspek bermotorsikal yang menembak beliau dari jarak dekat memang bertujuan untuk "shoot to kill" dan bukannya semata-mata mahu memberi amaran.

"Namun saya bernasib baik kerana sempat menekan pedal minyak dan memecut kereta bagi menjauhkan diri dari penembak. Berbeza dengan kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak di Putrajaya, yang mana beliau ditembak dalam keadaan kereta berhenti. Ini memudahkan penembak mencari sasaran tepat iaitu kepala," dakwanya lagi.

R Sri Sanjeevan berkata Uutuk menyelesaikan kes tembak beliau, kunci utamanya adalah penyiasatan terhadap pendedahan jenayah dadah yang beliau bongkarkan sebelum ditembak.

"Malangnya, pendedahan ini dibakulsampahkan oleh pihak polis. Sehingga ke hari ini polis masih gagal memberi penjelasan mengenai siasatan kes dadah tersebut," dakwamya lagi.

Beliau memberi contoh kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati, yang mana siasatan dijalankan terhadap urusan perniagaan dan jual beli tanah yang dilakukan sebelum beliau hilang hingga akhirnya siasatan ini membawa kepada penemuan suspek.

"Begitu juga dengan kes tembak Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi. Siasatan dijalankan terhadap perjumpaan Hussain dengan beberapa lelaki berkaitan urusan pembelian saham dan akhirnya mereka ini menjadi suspek utama pembunuhannya," dakwanya lagi.

Di mana tempat anak muda berusia 27 tahun di dalam Umno?

Posted: 18 May 2014 11:46 PM PDT


BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.
Dyana

PETALING JAYA: Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam pilihanraya kecil ini jelas suatu keberanian yang sangat mengkagumkan.

Menurut bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin, walau apa pun hujah yang digunakan bagi memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi merupakah transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata.

Berbanding dengan Barisan Nasional (BN) yang sering kali menyatakan ingin melakukan trasformasi dengan meletakkan calon berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, tidak pernah dipraktikkan.

"Jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan. Begitu juga jika terjadi kepada Umno, Gerakan atau MIC," katanya dalam posting blognya yang terbaru www.shahbudindotcom.blogspot.com.

Tambahnya, malah jika ada yang meninggal atau meletakkan jawatan itu berbangsa Melayu, maka bangsa Melayu jugalah bakal penggantinya, dan jika bangsa Cina atau bangsa India pula yang pergi, yang menggantikannya juga dari kaum yang sama.

Jelasnya, laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian walaupun banyak desakan dari akar umbi menuntut perubahan itu.

"BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama," katanya.

Hal Ini jelas berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR), dalam waktu terdekat ini, sudah dua kali mereka melakukan perubahan dan menunjukkan batasan kaum bukanlah persoalan dalam memupuk keharmonian dan kesatuan serta mencipta kemenangan.

Dalam pilihanraya kecil DUN Kajang bulan lalu, apabila Lee Chin Cheh meletakkan jawatan, calon yang menggantikan tempatnya ialah calon berbangsa Melayu iaitu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mengambil alih tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana adanya halangan undang-undang untuk beliau bertanding.

"Namun, PR masih mampu mengekalkan kemenangan cemerlangnya," jelasnya.

Tambahnnya kini, dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, giliran DAP pula melakukan pembaharuan dan transformasi. Walaupun sejak dua penggal lalu, DAP meletakkan bangsa Cina di kawasan itu, namun kali ini parti itu menunjukkan keberaniannya dengan meletakkan calon Melayu pula.

"Keberanian DAP ini seharusnya diberikan pujian dalam konteks memupuk perpaduan dan keharmonian dan bilakah BN akan mempunyai keberanian seperti ini?" soal shahbudin.

Keberanian DAP juga terserlah apabila memlilih Dyana Sofya yang hanya berusia 27 tahun sebagai calonnya. Berbanding calon Gerakan yang sudah berusia 53 tahun.

"Pemilihan seorang anak muda ini sekali lagi mempamerkan keberanian DAP yang menunjukkan mereka sebuah parti yang jauh melihat ke hadapan," katanya.

Dalam pada masa yang sama, Shahbudin turut mempersoalkan, kedudukan anak muda berusia 27 tahun di dalam Umno atau Parti komponen BN yang lain.

"Di manakah tempat seorang anak muda berusia 27 tahun jika di dalam Umno atau parti-parti komponen BN yang lain? Mungkin hanya menampal poster dan menjalankan kerja-kerja tidak penting sahaja," katanya.

Jelas, kini para pemimpin Umno sendiri menyedari bahawa pengundi muda yang menyokong mengundi BN atau Umno semakin berkurangan kecuali Khairy Jamaluddin, Razali Ibrahim dan beberapa pemimpin muda yang lain.

"Majoriti wakil rakyat dalam BN adalah golongan yang sudah berusia tetapi masih mahu mendakap kuasa, berbanding dengan PR pula, kecuali beberapa kerat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang, majoriti yang selebihnya adalah golongan muda dan masih belia," katanya.

Tambah Shahbudin, maka tidak hairanlah jika pengundi muda lebih tertarik kepada PR berbanding BN.

Ujarnya, jika sebelum ini PR mempunyai Rafizi Ramli, Nurul Izzah serta beberapa yang lain sebagai ikon golongan muda, penampilan Dyana Sofya akan menambahkan bilangan dan cengkaman mereka kepada golongan tersebut.

"Tetapi siapa pula ikon golongan muda yang ada dalam BN?," soalnya.

Lagi pemimpin Umno dibidas di Facebook

Posted: 18 May 2014 11:41 PM PDT

Tindakan Razali Ibrahim mencabar Dyana Sofya supaya menggesa MCA menutup UTAR tidak disenangi rata-rata pengguna laman sosial tersebut. 

0104-facebook_full_380
PETALING JAYA: Pengguna Facebook hari ini membidas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim atas cabarannya supaya Dyana Sofya Mohd Daud menggesa MCA menutup Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Cadangan Razali kepada calon DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan itu nyata tidak disenangi oleh pengguna Facebook dimana lebih 100 komen yang ditinggalkan menggambarkan ketidak puasan hati mereka.

Seorang pengguna laman sosial itu yang menggunamakan nama Chan Kong Art meninggalkan komen berbunyi " Kayu!!!!….UTAR open doors to all…that is the difference (UTAR buka pintu kepada semua kaum…itu perbezaannya".

Chuah Siew Hooi pula menulis "UTAR is no monopoly by Chinese only, UTAR do accept non Chinese students. Razali please do homework before talking. (UTAR tidak dimonopoli oleh Cina sahaja, UTAR juga menerima pelajar bukan Cina. Razali, tolong buat kerja rumah dulu sebelum bercakap)".

Ada juga sesetengah pengguna yang kecewa kerana Razali memainkan isu perkauman dalam hal ini.
"Sampai bila ini cerita racist (rasis) mau main hah ? BN punya menteri mentality (metaliti) betul-betul low class (taraf rendah) laa. Kalau menteri BN ada standard takan cakap mcm ni. Haprakk !!!!!!!", tulis Nor Hasanul Azam Abdullah.

Rosni Abu pula mempersoalkan siapa yang memberi pengiktirafan kepada UTAR, " Zali ooiii…Sape yang menaik taraf UTAR dari kolej ke universiti ? DAP ke ?" soalnya.

Seorang pengguna yang menggunakan nama A Rahim Jaffar pula mecabar Razali untuk menggesa MCA sendiri untuk menutup UTAR.

Semalam, Razali dilaporkan berkata ""Jika dia (DAP) sanggup mempersoal dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, kenapa dia tak suruh Universiti Tunku Abdul Rahman yang dimonopoli satu kaum bukan Melayu ditutup?" katanya.

Dyana yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dari UiTM sebelum ini dilaporkan berpendirian bahawa satu institusi pengajian tinggi awam seperti universiti itu perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Siapa ‘tok dalang’ dalam krisis Terengganu?

Posted: 18 May 2014 11:38 PM PDT

Ketika Ahmad Said jadi menteri besar, Wan Ahmad digeruni. Ramai yang jadi mangsa permainan politiknya.

ANALYSIS
 
wan ahmad wan mudaMingguan Malaysia semalam menyebut sepatutnya perubahan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu daripada Datuk Seri Ahmad Said kepada Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berjalan lancar, tiada sebarang kontroversi apatah lagi kemelut.

Ia memandangkan Ahmad Said amat memahami perjanjian yang telah beliau lakukan dengan pucuk pimpinan parti.

Bagaimanapun disebabkan ada "tok dalang" yang begitu rancak mengatur strategi untuk memastikan Ahmad Said benar-benar berundur, segala-galanya menjadi kucar-kacir.

Perbuatan "tok dalang" itu bukan sahaja menyebabkan kontroversi dan krisis politik tercetus malah hampir memungkinkan Umno kehilangan kuasa di Terengganu.

Sebenarnya "tok dalang" itu mahu Ahmad Said kekal sebagai menteri besar walaupun Ahmad Said tahu beliau sepatutnya meletakkan jawatan pada 9 Mei lalu.

Tetapi sehingga 12 Mei, Ahmad Said masih jadi menteri besar, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggilnya ke pejabat Perdana Menteri.

"Tok dalang" yang dimaksudkan ialah Datuk Wan Ahmad Wan Muda (gambar) yang merupakan bekas setiausaha sulit kanan menteri besar. Ketika Ahmad Said jadi menteri besar, Wan Ahmad digeruni. Ramai yang jadi mangsa permainan politiknya.

Pada pemilihan Ketua Umno Bahagian di seluruh Terengganu Oktober 2013 beliau meletakkan calon-calon menteri besar menentang penyandang ketua bahagian.

Di Besut, Wan Ahmad memasang Nawi Mohamad menentang Datuk Seri Idris Jusoh. Apabila Menteri Pendidikan II itu tahu beliau dicabar, maka beliau pasang ADUN Jerteh, Pehimi Yusof menentang Nawi. Tetapi Wan Ahmad memujuk Pehimi tarik diri dengan menawarkan jawatan Exco yang dikosongkan oleh aruah Dr Rahman Mokhtar. Maka Nawi menang tanpa bertanding dan Idris turun pangkat menjadi naib ketua.

Di Setiu, Wan Ahmad meletakkan bekas Exco, Datuk Mamat Ghazalee Abdul Rahman menentang ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie. Di Kuala Nerus, Wan Ahmad menyokong penyandang Datuk Nasir Ibrahim Fikri yang ditentang ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman.

Di Hulu Terengganu, calonnya, Tengku Putera Tengku Awang dikalahkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Jailani Johari. Di Kuala Terengganu, calon pilihannya kalah di tangan Mohd Alwi Sabri. Di Dungun, calon pilihannya Datuk Rosli Mat Hassan tewas di tangan Datuk Din Adam. Di Marang, calon pilihannya Latif Awang berjaya mengalahkan penyandang Datuk Yahya Khatib.

Di Kemaman, Wan Ahmad gagal memujuk Mat Dalam Awang yang menentang Ahmad Said. Mat Dalam tidak pandang wang ringgit yang dijanjikan kepadanya supaya menarik diri dalam pertandingan tersebut.

Wan Ahmad berpendapat jika beliau dapat menguasai majoriti ketua bahagian, maka Ahmad Said akan kekal sebagai menteri besar walaupun ada perjanjian dengan Perdana Menteri untuk satu tahun sahaja. Wan Ahmad dapat kuasai tiga ketua bahagian sahaja daripada lapan bahagian.

Sekali lagi "tok dalang" ini menasihati Ahmad Said jika Ahmad Razif angkat sumpah pada 12 Mei, malam yang sama enam ADUN akan keluar dari Umno untuk bentuk kerajaan campuran dengan PAS. Maka Ahmad Said kekal menteri besar dan lima ADUN PAS dilantik Exco dan lima ADUN Bebas dilantik Exco.

Tetapi PAS tidak pelahap dengan tawaran Wan Ahmad ini. Lebih-lebih lagi hanya dua orang sahaja yang ikut Ahmad Said iaitu Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi). Tiga orang lagi tak jadi ikut Ahmad Said iaitu Ir Rosli Othman (Kemasik), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Latif Awang (Pengkalan Berangan).

Maka "three stooges" ini terpaksa kembali ke Umno kerana cadangan Wan Ahmad untuk menubuhkan kerajaan campuran tidak jadi kenyataan.

Begitulah kehendak Tuhan. Manusia merancang Allah menentukan. Wan Ahmad merancang penubuhan kerajaan campuran tetapi Allah tidak mengizinkan kerana PAS sendiri tidak percaya kepada Wan Ahmad.

Pada 14 Mei, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah memindahkan Wan Ahmad dari jawatan CEO Terengganu Incorporated ke jawatan biasa di pejabat SUK.

Wan Ahmad banyak menganaiyai pegawai tadbir negeri (TCS) sewaktu beliau menjadi penasihat menteri besar malah beliau dikenali sebagai ketua menteri besar kerana Ahmad Said terlalu patuh dan takut kepadanya.

Rakyat Terengganu bersorak apabila Ahmad Said letak jawatan. Mereka bersorak bukan kerana mereka benci dan marah kepada Ahmad Said tetapi kerana mereka benci kepada Wan Ahmad. Justru itu pada hari yang sama beliau memberi notis tiga bulan untuk bersara secara pilihan berkuatkuasa 12 Ogos nanti.

Wan Ahmad selaku "tok dalang" yang menghuruharakan pentabiran negeri di zaman Ahmad Said sepanjang enam tahun lalu. Semoga menteri besar baharu tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Ahmad Said.

Sebagai kaunselor, Ahmad Razif tentu mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk menyatukan kem Ahmad Said dengan kem Idris Jusoh yang hampir melumpuhkan Umno Terengganu.

[KES BERAT] Bux & Backer Berkempen Di Luar Kawasan Parlimen Bkt. Gelugor

Posted: 18 May 2014 11:35 PM PDT

KELAB GREENBOC


 
Aku rasa ni kali pertama berlaku dlm sejarah PRK di negara ini ..

 Calon Bebas yg mengaku ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar..mengadakan kempen diluar dari kawasan yg dipertandingkan.(Bukit Gelugor). hehe

Dia ni ada masalah....utk info dia..kawasan yg terlibat adalah di Bukti Gelugor bukan diPadang Kota Lama, Penang or Subang, Selangor.. muahaha -fb Raja Mohd Shahrim



Calon Bebas kempen luar kawasan

GEORGETOWN - Calon Bebas ini menghilangkan diri selama dua hari selepas penamaan calon dengan alasan untuk berehat.

Walaupun beberapa kali membuat panggilan kepada telefon bimbitnya - jawapan yang diterima Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, ialah tidak mahu diganggu kerana ingin berehat beberapa hari sebelum memulakan kerja kempen pilihan raya.

Sebagai wartawan, sudah pasti setiap calon yang bertanding akan diburu untuk mendapatkan berita dan ulasan pelbagai isu yang berkaitan dengan PRK Bukit Gelugor.

Calon yang berasal dari Telok Air Tawar, Tasek Gelugor dan kini menetap di Selangor, memulakan kempen di pasar malam di kawasan Gelugor pada hari ketiga dan kemudian tidak dapat dikesan keesokannya.

Bagaimanapun, pada sebelah petang, beliau muncul untuk mengadakan sidang media di sebuah restoran nasi kandar untuk memperkenalkan manifestonya yang mengandungi lima perkara berkisar kepada kebajikan dan perjuangan untuk umat Islam khususnya.

Antara kempennya ialah mengadakan ceramah khas bagi menjelaskan isu hudud oleh beberapa penceramah khas di Padang Kota Lama.

"Saya harap ceramah ini akan membolehkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan pemimpin lain memahami keadaan sebenar hukum hudud yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Pas di Kelantan," katanya.

Ketika dimaklumkan oleh wartawan bahawa lokasi ceramah itu adalah di luar kawasan PRK Bukit Gelugor, beliau seolah-olah terpinga-pinga sambil bertanya sesuatu kepada pembantunya.

Calon yang guna simbol bunga raya kemudian memaklumkan bahawa lokasinya akan dikaji semula dan mungkin diadakan dalam kawasan Bukit Gelugor. Ia akan diputuskan kemudian.

Ditanya mengapa isu hudud tidak dimasukkan dalam manifesto sedangkan ia dilaung-laungkan sebagai asas perjuangannya dalam pilihan raya itu, beliau menjawab:

"Pelaksanaan hudud di Pulau Pinang hanya akan mengambil tempat pada 2020. Jika saya menang, saya akan memperkenalkannya secara berperingkat sehingga sampai tempoh yang ditetapkan iaitu kira-kira enam tahun lagi," katanya.

Kira-kira 30 minit adakan sidang media, dalam keadaan tergesa-gesa, Mohamed Nabi Bux tinggalkan tempat itu walaupun wartawan masih mahu bertanya beberapa soalan kepadanya.

Bagaimanapun, calon ini begitu aktif semalam apabila membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Air Itam selepas solat Jumaat mengenai kehilangan posternya di beberapa kawasan.

Selepas itu, beliau berkempen di rumah pangsa Kampung Melayu, Air Itam sambil berdiri atas lori yang dijadikan pentas bergerak. Sebelum berakhir, beliau sempat mendendangkan lagi Hindi untuk hiburan penduduk di situ yang kebanyakannya dengar dari dalam rumah.

Namanya yang agak unik dan sukar untuk disebut tetapi akan jadi ingatan kerana pelbagai isu yang timbul beberapa hari sebelum penamaan calon. Beliau mendakwa masih menjadi ahli Pas walaupun dinafikan pemimpin parti itu.

Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46, calon Bebas yang menggunakan simbol kuda menimbulkan kontroversi sebaik sahaja tamat proses penamaan calon di Dewan Sri Pinang menggunakan perkataan 'pariah' ketika menentang tindakan demonstrasi jalanan yang didalangi beberapa pemimpin NGO.

Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan beberapa wartawan India dan NGO yang berada di situ sambil memintanya memohon maaf.

Pengalamannya sebagai peguam yang biasa berurusan dengan situasi itu menyebabkannya enggan ikut permintaan kumpulan itu sehingga bawa kepada laporan polis sebelah petangnya.

Anak kelahiran Kampung Makam di Jalan Datuk Keramat di sini, yang kini menetap di Kuala Lumpur kelihatan bersahaja sambil berjenaka walaupun ketika serahkan kertas pencalonan.

Ketika diberi sebotol air minuman oleh petugas SPR, beliau dengan selamba berkata "boleh minum kah, ini halal ya".

Selepas menyerahkan kertas pencalonan dan ketika menuju ke meja makan di luar dewan, sekali lagi beliau dengan selamba berkata "saya malulah nak jumpa media" apabila dipanggil oleh jurugambar untuk mengambil gambarnya.

Umpama watak pelawak, Abu Backer Sidek sekali lagi cuba mencuri perhatian ramai apabila dengan nada agak kuat berkata "panas betul kat dewan ini. Negeri kaya tetapi penghawa dingin pun tak boleh pasang kat sini".

Memulakan kempen pada hari kedua dengan tempah 10 teksi untuk bersiar-siar di sekitar bandar raya ini dengan alasan untuk ketahui masalah pemandu teksi yang kerap tersiar dalam akhbar.

"Sambil kempen, bolehlah saya tanya apa masalah mereka untuk diketengahkan kepada pihak yang berkaitan," katanya.

Walaupun berada di luar kawasan pilihan raya, beliau tidak kisah sangat dengan alasan mahu bantu golongan memerlukan pembelaan.

Umpama aktivis masyarakat, keesokannya calon ini singgah ke sekolah lamanya di Methodist Boys School untuk berjumpa gurunya yang masih mengajar di situ sambil mengucapkan selamat hari guru.

Beliau turut memaklumkan mahu menukar simbol pada kertas undi dari kuda biasa kepada kuda Ferrari kerana ia lebih menampakkan kecergasan dan energetik.

Calon ini turut ke Komtar bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengadu masalah seorang pembayar cukai tanah dari kawasan Bukit Gelugor yang terpaksa menunggu hampir separuh hari dengan alasan berlaku gangguan sistem komputer dan pejabat ini baru berpindah ke lokasi baru.

Namun, hajatnya tidak kesampaian kerana dihalang oleh Setiausaha Politik Guan Eng yang juga Adun Air Itam, Wong Hon Wai dengan alasan bangunan itu bukan kawasan berkempen.

Setakat ini, gerak kerjanya lebih tertumpu kepada menyelesaikan masalah masyarakat yang berada di luar kawasan Bukit Gelugor.

Seorang rakan memberitahu, calon ini nampaknya lebih sibuk melihat masalah rakyat yang tiada kaitan dengan kawasan pilihan raya yang ditandinginya tetapi belum masuk berkempen di kawasan sebenar.

Apa pun yang pasti kedua-dua calon Bebas ini mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk mendekati masyarakat Pulau Pinang amnya dan pengundi Bukit Gelugor khususnya.

Mana tahu berkat usahanya bantu masyarakat tanpa kenal batasan dan sempadan politik akan membuahkan sesuatu pada 25 Mei ini.

Pada PRK 25 Mei ini, Mohamad Nabi Bux dan Abu Backer Sidek akan bersaing dengan calon DAP, Ramkarpal Singh, 38, serta calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan untuk menduduki kerusi ditinggalkan oleh Karpal Singh yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kampar baru-baru ini.
-SH

ULASAN GB

Kes berat! Calon-calon Bebas PRK Bukit Gelugor nampaknya masing-masing ada masalah mental, mungkin skrew kat kepala dah rosak dua tiga biji apabila mereka berkempen di luar kawasan mereka bertanding.

Dengar khabar mereka tak kisah kalau hilang deposit sekalipun sebab semua perbelanjaan mereka ditanggung beres oleh "pihak penaja"....

Pihak penaja yang bermuka labuh akan menjawab.... hantam sajalah... Bukit Gelugor buat kami punya skrew kepala pun tanggal sama...

Berita ini memang melucukan.

Kesian: Dyana Sofya jawab kenyataan Shahrizat

Posted: 18 May 2014 10:16 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Calon DAP pada Pilihan raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menyatakan rasa kesal dengan tindakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengeluarkan kenyataan memperkecil-kecilkan kemampuan wanita.

Shahrizat dilaporkan berkata, "Kita semua tahu perjuangan DAP yang sebenarnya dan sebenarnya, saya amat kesian kepada Dyana Sofya yang sanggup membiarkan dirinya diperalatkan."

Menurut Dyana, Shahrizat tidak seharusnya memperkecilkan kemampuan beliau untuk membezakan antara perjuangan BN dan DAP serta sebaliknya memuji DAP kerana mempunyai keberanian untuk meletakkan seorang wanita muda Melayu di kerusi yang biasanya ditandingi oleh pemimpin kaum Cina dari BN.

"Sikap negatif seperti ini yang selalu ditunjukkan oleh para pemimpin wanita BN telah menyebabkan kaum wanita terlepas peluang untuk memimpin negara ini," ujar Dyana dipetik Roketkini.

Berdasarkan pengalaman dalam DAP, Dyana yakin bahawa parti itu lebih mengiktiraf wanita dan meyakini kemampuan mereka untuk memainkan peranan lebih besar dalam pentadbiran negara.

"Jika saya memilih Umno, pastilah saya tidak akan berada di kedudukan sekarang," tambah beliau yang memilih untuk menyertai DAP pada tahun 2011.

Menurut Dyana, beliau tahu bagaimana untuk membezakan perjuangan BN yang mempertahankan kepentingan golongan yang kaya dan berkuasa, berbanding perjuangan DAP yang mempertahankan hak rakyat biasa tanpa mengira keturunan dan agama.

"Parti telah mencalonkan saya kerana saya benar-benar percaya dengan keadilan, peluang saksama dan urustadbir yang baik," ujar gaduan bidang undang-undang UiTM berusia 27 tahun itu.

PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, manakala hari penamaan calon ialah 19 Mei.

Jadikan PRK Teluk Intan referendum rakyat

Posted: 18 May 2014 10:14 PM PDT

MUHAMMAD FAIZAL






TELUK INTAN: PAS menyatakan pendirian untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada DAP bagi memastikan parti itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada program pelancaran jentera Pakatan Rakyat menyatakan PAS akan mengerahkan seluruh jentera dari semua peringkat bagi membantu DAP mengekalkan kemenangan di kerusi Teluk Intan.

"Kami dari PAS akan bekerja kuat seperti kita yang bertanding, kita kerah seluruh tenaga untuk membantu DAP mengekalkan kerusi yang dimenangi sebelum ini.

"Di peringkat pusat mahupun negeri dan kawasan ini sendiri, kita akan bergabung bagi memastikan rakan kita DAP menang dan ini janji kita," ucap beliau.

Tambah beliau lagi, PRK kali ini perlu dijadikan satu referendum rakyat dalam membantah penyelewengan yang berlaku di negara ini terutamanya dalam soal ketirisan dan pembaziran.

"Kita kena jadikan PRK ini sebagai permulaan baru untuk kita mengambilalih Putrajaya, kita tahu BN melawan kita bukan dengan cara berhujah.

"Mereka akan guna pelbagai muslihat serta tuduhan, tetapi saya yakin pengundi Teluk Intan khususnya Melayu mulai sedar apa yang BN lakukan selama ini, mereka akan buat perubahan," sambung beliau lagi.

Mohamad yang turut menyatakan, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga meminta agar semua ahli PAS tampil memberi sokongan dan memenangkan calon DAP.

Pada PRK Parlimen Teluk Intan, DAP telah meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud bagi mewakili parti itu yang akan menentang calon Gerakan dari BN pada 31 Mei nanti.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memberitahu beliau kagum dengan keberanian DAP dalam membuat keputusan meletakkan calon Melayu pada PRK kali ini.

"Ini bukti yang dibawa DAP, calon yang mewakili semua masyarakat Malaysia, siapa kata DAP itu politik perkauman.

"Walaupun masih muda, tetapi Dyana mempunyai prinsip berani melawan Umno, beliau dikatakan pengkhianat Melayu tetapi itu tidak mematahkan semangat beliau dan ini yang kita mahu.

"Kita mahu pemimpin yang ada pendirian bukannya pemimpin yang tahu mengangguk kepala dan takut untuk membantah," ucap beliau di Kampung Bahagia.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak turut memberitahu PKR akan turut sama dalam kempen PRK kali ini bagi memastikan calon DAP berada di parlimen dan turut sama menentang dasar-dasar kerajaan yang menindas rakyat.


Share on Myspace

Salahudin Ayub ketuai jentera PAS di Teluk Intan

Posted: 18 May 2014 10:09 PM PDT

HARAKAHDAILY



 


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub akan mengetuai jentera PAS bagi membantu kempen DAP berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily hari ini.

"Beliau juga akan dibantu oleh jentera PAS Perak yang diketuai Pesuruhjaya (PAS Perak), Razman Zakaria.

"PAS akan memastikan calon Pakatan Rakyat daripada DAP menang pada PRK ini," katanya.

Sementara itu, hari ini berlangsungnya penamaan calon bagi PRK tersebut.

DAP mempertaruhkan Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofia Mohd Daud sebagai calon mereka.

Sebelum ini, bagi PRK Bukit Gelugor pula, PAS telah melantik timbalan presidennya Mohamad Sabu bagi mengetuai jentera PAS dengan dibantu jentera PAS Pulau Pinang

Wanita DAP minta Shahrizat cermin diri

Posted: 18 May 2014 10:07 PM PDT


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menghamburkan pelbagai tuduhan kepada calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan membuktikan pembunuhan karektor (character assassination) masih menjadi modus operandi Umno-BN untuk mengekalkan kuasa.

Ahli Parliamen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto  dalam satu kenyataan media berkata, sebahagian besar rakyat negara ini pastinya tidak menyenangi kata-kata kesat yang dihamburkan oleh Shahrizat yang semata-mata mahu menunjukkan kesetiaan kepada 'tangan yang menyuap beliau'.

Menurut Kasthuri, tuduhan Sharizat kononnya beliau bersimpati kepada calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya kerana "menjadi alat dan boneka DAP" sekali lagi membuktikan pemimpin BN gemar mengeluarkan kenyataan lucu.

"Sebenarnya bukan Sharizat yang perlu bersimpati kepada Dyana malah rakyat Malaysia seharusnya bersimpati kepada Shahrizat dan menyatakan belas kasihan kerana beliau telah digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 tahun lalu," tingkah Kasthuri.

Beliau menambah, Shahrizat seharusnya mengingati tarikh 8 April 2012 apabila beliau meletakkan jawatan sebagai senator dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

"Hakikatnya Shahrizat bukan menjadi aset malah bebanan kepada Umno-BN, tidak mempunyai kualiti kepimpinan dan  terbabit dalam salah satu skandal terbesar negara namun kemudian kembali menjawat jawatan kerajaan," kata Kasthuri.

Beliau mempersoalkan mengapa Shahrizat tidak terpilih sebagai calon dalam PRU lalu atau diberi peluang untuk bertanding.

Setelah kalah di Lembah Pantai pada PRU 2008 di tangan calon muda Nurul Izzah Anwar, beliau telah dilantik penasihat khas kepada Perdana Menteri bagi wanita, keluarga dan hal ehwal pembangunan sosial.

Shahrizat kemudian dilantik sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat setelah Datuk Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri  Abdullah Ahmad Badawi.

Ironinya perlantikan Shahrizat ke jawatan menteri dibuat sehari selepas mengangkat sumpah sebagai senator.

Kasthuri mempersoalkan jawatan penasihat khas dan menteri kabinet yang disandang Sharizat sedangkan beliau ternyata tewas dalam PRU12 yang menggambarkan pilihan sebenar rakyat.

Menurut beliau, jika pemilihan Shahrizat ini adalah satu bentuk transformasi pentadbiran Najib, ini menggambarkan tahap keutamaan Perdana Menteri dalam membela seseorang yang kehilangan mandat rakyat.

Beliau turut mempersoalkan pemilihan semula Shahrizat sebagai penasihat khas dalam penggal pentadbiran baru Najib sedangkan Ketua Wanita Umno itu tidak langsung tersenarai sebagai calon BN pada PRU13 lalu.

"Sebagai penasihat khas untuk memantau pembangunan usahawan dan profesional wanita dengan gaji RM 27,227.20 sebulan atau RM 326,726.40 setahun bersama dengan lain-lain penasihat khas yang menelan belanja RM1.63 juta, mungkin perumpamaan paling sesuai untuk beliau adalah muka tak malu, syok sendiri dan tak sedar diri," ujar Kasthuri sinis.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan Shahrizat yang mendapat imbuhan besar sebagai penasihat khas dengan wang rakyat namun berani menggelarkan Dyana Sofya sebagai 'alat' dan 'boneka'.

Menurut Kasthuri, Dyana tidak perlu 'menyelak kain' atau menggunakan kata kesat seperti 'bangsat' untuk mendapatkan kepercayaan dan penghormatan rakyat.

"Dyana Sofya seorang yang bersih, orang muda yang dihormati. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak akan bertolak ansur dengan kata nista yang dihamburkan terhadap beliau apatah lagi apabila ia diucapkan oleh seseorang yang mahukan perhatian dan mahu memperlihatkan sikap terhutang budi kepada orang yang menyuapnya," ujar Kasthuri.