Jumaat, 16 Mei 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TARIF LETRIK NAIK LAGI? MAK AIIII....KATA PANDAI URUS. APA SUDAH JADI?

Posted: 16 May 2014 06:26 AM PDT

PM: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak


Kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam kemudiannya, kata perdana menteri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat.

"Jika (TNB) menanggung kerugian, apa kemudiannya? Terdapat pelbagai implikasi...

"Pada akhirnya, kita akan belanjakan dana awam untuk mensubsidi TNB. Adakah ini yang kita mahu?

"Kita tidak mahu membebankan rakyat, tetapi hakikatnya kita tiada pilihan," katanya.

Najib berkata demikian kepada kakitangan TBN dalam acara sempena hari pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Ahli PKR Cabang Kuala Selangor Luah Rasa Tidak Puas Hati .Khalid Ibrahim didakwa menipu

Posted: 16 May 2014 06:20 AM PDT





DRAMA AHMAD SAID DAN GENG :PAS TERENGGANU LEPAS UJIAN

Posted: 16 May 2014 06:14 AM PDT

DRAMA AHMAD SAID DAN GENG :PAS TERENGGANU LEPAS UJIAN


PAS Terengganu berjaya menempuh ujian getir hasil drama pendek oleh bekas Menteri Besar Mat Said yang penuh kontroversi bersama beberapa Adun Umno yang lain. Walaupun terkini Ahmad Said menaburkan fitnah mendakwa PAS Terengganu menawarkan jawatan MB semula kepada beliau jika sanggup menyertai PAS namun kelicikan dan putarbelit Ahmad Said sempat dihidu oleh semua ahli PAS dan rakyat Terengganu.

PAS Terengganu tidak gopoh atau terlalu laju bergerak dalam menanggani kes drama Ahmad Said and The Geng. PAS Terengganu amat berhati-hati menyelusuri isu-isu berkaitan termasuk menggunapakai nasihat veteran PAS yang terlibat dalam kes MB PAS Cikgu Daud Samad di kalahkan dalam DUN Terengganu pada tahun 1963 dan termasuk kes terbaru di Perak pada 2009.


Seperti yang dijangka, ugutan Ahmad Said dan gengnya tidak dapat bertahan lama kerana masing-masing amat berpenyakit dan punyai pelbagai masalah peribadi dan dalaman mereka tersendiri dan ini memudahkan pihak Umno Pusat menekan mereka. Walaupun pada awalnya mereka berjaya mensensasikan berita keluarnya mereka daripada Umno tetapi bila umno pusat 'buka fail' segala pekung maka mereka kecut perut.


Umum tahu Mat Said and the gang bukanlah Anwar Ibrahim yang bersih luar dalam. Tak ambil duit rakyat, tak ambil tanah rakyat, tak belanja membazir. Mana ada YB Umno Terengganu yang macam tu.


Apa pun, drama ini mematangkan rakyat dan pengundi Terengganu, mereka perlu menambah bilangan kerusi untuk Pakatan Rakyat pada PRU depan untuk membolehkan PR membentuk kerajaan yang kuat dan memerintah tanpa mengikut emosi seperti kerajaan Umno.



Tukar Tiub

Tukar Tiub


GADUH ANAK NAK BERANCUK

Posted: 16 May 2014 07:00 PM PDT









FACE BOOK


Patutlah gaduh

UCAPAN
selamat berancuk



KAH KAH 

KAH
selamat
berancuk
kah kah kah

----------

NASIONALISMA DAYAK MEREBAK

Posted: 16 May 2014 06:00 AM PDT







KOMENTAR
ini adalah tanda bahawa
nasionalisma dayak kian membara

ini adalah tanda dayak dan iban
makin sedar mereka jadi alat
united malays national organisatiuon

ini adalah tanda dayak iban kadazan
dah muka dengan politik semanjung

Sarawak: Sembilan ADUN, dua ahli Parlimen tinggalkan parti




KUCHING: Persidangan hari terakhir Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17 pada Khamis dikejutkan dengan pengumuman peletakan jawatan  William Mawan Anak Ikom sebagai Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP ) yang juga merupakan Ahli Parlimen P205 Saratok.

William Mawan membuat pengumuman tersebut kepada pihak media selepas selesai majlis penangguhan persidangan di bilik media Dewan Undangan Negeri Sarawak di mana William Mawan turut mengumumkan beliau akan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS
) .



---------

NAKBA IALAH MALAPETAKA

Posted: 16 May 2014 12:30 AM PDT






NAKBA

ialah


MALAPETKA



anak muda palestin memakai kuffiyeh
tanda ingatan kepada 66 tahun NAKBA dekat kota gaza khamis kelmarin

warga palestin memperingati NAKBA - MALAPETAKA apabila 700,000 warga palestin
dihalau dari kampong mereka untuk 
israel didirikan pada tahun 1948
 – Reuters pic, May 16, 2014.

13 may 1948 malapetaka 
untuk warga palestin

31 ogos 1957  nakba 
untuk warga malaysia

pada 31 ogos 1957
british memberikan kuasa
kepada united malays national organisation


-------

POLIS OBSES TANGKAP MAT REMPIT

Posted: 15 May 2014 10:47 PM PDT






KOMENTAR
saman polis 
kini menjadi salah satu
dari sumber pendapatan negara

polis obses dengan motosikal tak ada lesen
polis obses dengan proton tak ada cukai jalan
polis obses dengan mat rempit
polis obses dengan anak muda berdemo

tapi polis tidak obses  kedai judi siber
tapi polis tidak obses  warung lendir

kedai judi
kedai lendir
polis buat deeeek tak nampak
tangkap mat rempit
lepaskan towkay lendir
sila tanya ketua polis negara
adalah ini arahan?


inilah contoh negara islam
negara sunni wal rasuah

KUALA LUMPUR 15 Mei - Polis akan melancarkan operasi besar-besaran bagi memburu pesalah trafik yang enggan menyelesaikan kira-kira 1.9 juta waran tangkap, pada bulan depan atau selewat-lewatnya sebelum... 
KAH KAH


KAH

woit bayarlah saman

kalau tak bayar saman

mana polis nak 

dapat gaji


kah kah kah

----------

ADA DUNIA YANG TIDAK KITA SEDARI

Posted: 15 May 2014 09:08 PM PDT







  KASEH
  TARA PADA TUANNYA


TARA
kesah ini berlaku di carlifornia
klip ini dari cctv
jeremy berumur 4 tahun sedang bermain basikal
 tetiba diserng oleh anjing  jenis chow/labrador 
kepunyaan tetangga
TARA kucing betina milik jeremy  
si manja ini datang menyerang balas sang anjing


 anjing ini sedang dalam pemerhatian jabatan haiwan samada akan ditidurkan atau dibebaskan
budak berbasikal selamat
tapi kena 10 jahitan
dibahagian kaki


-----------

SIAPA JANTAN INI?

Posted: 15 May 2014 08:38 PM PDT







FACE BOOK

3 hrs · Edited 

Sajalah nak bagitau,
kpd pihak berkuasa, brader yg dalam gambar ni cetuskan pergaduhan masa protes bantah GST tempoh hari.

Saja lah nak bagitau, jangan buat tak nampak pulak. Saja je lah.

Harap dia bukan dari brader pihak berkuasa. Saje je lah.


SIAPA INI?




siapa tahu
siapa jantan ini
sila hebohkan dalam face book













MASUK AKAL
WARTAWAN KERJA
 PAKAI TOPI KELEDAR



----------

DARI SAIFUDDIN NASUTION

Posted: 15 May 2014 07:29 PM PDT



DOA BUAT DR MAHATHIR: JADILAH ORANG TUA YANG SEGERA BERTAUBAT


Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi. Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!
Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini. Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.
Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar. Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang AlQuran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.
Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar. Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil "membunuh" Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/ Bn boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/Bn malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.
Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/Bn tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau ASEAN, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar. Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia arab. Satu ketika di Mesir seingat saya tahun2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia. Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.
Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia. Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.
Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab. Fitnah Dr Mahathir hanya "berhasil" di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.
Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu dingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.


Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary. Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat
Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar. Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah swt menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.

Saifuddin Nasution Ismail








---------

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Betul Ke TNB Nak Bankrap?

Posted: 16 May 2014 08:01 AM PDT



Kalau bab nak menipu no 1 la najib ni. Sekarang banyak la syarikat berkaitan dengan rakyat semakin gagal urus kewangan.

Apa nak jadi najib woi?

Tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi lindungi TNB daripada kerugian - Najib

Posted: 16 May 2014 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit.
Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, di sini, sebentar tadi.


Pada majlis itu, Najib melancarkan Program Transformasi 1TNB, mengandungi enam Bidang Keberhasilan Utama antaranya menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia; melangkaui kepuasan pelanggan; meluaskan bisnes baharu; mentransformasikan organisasi serta memperkukuh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Denda RM300 cermin gelap, plat tak ikut spesifikasi

Posted: 16 May 2014 06:49 AM PDT

Oleh Muhammad Mustakim Ramli


Kuala Lumpur: Pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi perlu menukar kepada yang mematuhi peraturan selewat-lewatnya 15 Jun ini.

Polis akan melancarkan operasi pemeriksaan besar-besaran bermula 16 Jun yang mana denda maksimum RM300 akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan itu.

 Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, berkata penggunaan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi serta cermin yang terlalu gelap menyukarkan polis untuk mengecam penjenayah.

Sukar jejaki penjenayah

Apabila berlaku kes seperti ragut, samun dan bunuh, adalah sukar untuk mangsa atau saksi mengecam nombor pendaftaran yang digunakan suspek. Secara tidak langsung sukar untuk menjejaki suspek.

Begitu juga dengan cermin yang gelap yang menyukarkan pandangan pihak berkuasa untuk mengetahui kemungkinan terdapat penjenayah yang dikehendaki atau barangan terlarang di dalam sesebuah kenderaan, katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mengenai persoalan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap penjual, Mohd Fuad berkata polis akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Mahkamah batal rayuan bekas setiausaha politik

Posted: 16 May 2014 04:18 AM PDT

SINAR HARIAN


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan rayuan bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hasbie Satar, untuk mendapatkan butiran secara spesifik terhadap pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM2.13 juta terhadapnya.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azahar Mohamed sebulat suara membenarkan bantahan awal Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis atas alasan perkara yang dipohon tidak boleh dirayu.

Hasbie, 41, merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Dia membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 19 Jun 2012 menolak permohonan untuk semakan keputusan Mahkamah Sesyen Butterworth menafikan permohonannya untuk mendapatkan secara spesifik butiran berhubung tuduhan terhadapnya.

Dalam keputusannya, Azahar berkata keputusan Mahkamah Tinggi tidak boleh dirayu di Mahkamah Rayuan mengikut tafsiran Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 kerana keputusan itu tidak akhirnya melupuskan hak Hasbie.

Hakim itu juga menolak permohonan lisan peguam Hasbie, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan perbicaraan yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen sehingga selesai rayuan mengenai perkara itu di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Azahar meminta Muhammad Shafee memfailkan secara rasmi permohonan penangguhan itu.

Dua lagi anggota panel hakim yang lain ialah Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Berikutan keputusan itu, perbicaraan terhadap Hasbie akan disambung semula di Mahkamah Sesyen Butterworth seperti ditetapkan, Isnin ini.

Hasbie didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 11 Feb 2011 atas tuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram iaitu memiliki wang RM2.13 juta yang merupakan hasil aktiviti haram pada 11 Feb 2010 di Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Teluk Air Tawar, Butterworth.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya. - Bernama

MH 370: Meletak jawatan adalah harga menebus kesilapan

Posted: 16 May 2014 03:57 AM PDT

DR RIDUAN MOHD NOR |


DATUK Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia akhirnya mengakui kesilapan atau 'tersalah langkah' dalam misi pencarian pesawat MH370. Kenyataan beliau diperjelaskan dengan pengakuan bahawa kerajaan tidak mengutamakan aspek komunikasi, malah mengakui bahawa pengendali trafik udara mengambil masa selepas empat jam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.

Pengakuan beliau hanya berlaku selepas usaha mencari dan menyelamat berlangsung selama lebih dua bulan dengan melibatkan beberapa puluh buah negara dan membelanjakan berjuta ringgit untuk mencari pesawat yang hilang itu. Kesudahannya sehingga sekarang pesawat itu belum ditemui.

Pengakuan PM bererti kerajaan khususnya pasukan keselamatan telah melakukan sesuatu yang silap apabila lambat bertindak apabila memulakan operasi hanya selepas empat jam daripada maklumat kehilangannya. Dalam aspek keselamatan negara, segala perkara perlu dipantau dan dikawal ketat terutama yang melibatkan pergerakan udara. Apabila ada sebuah pesawat yang hilang dari radar, sepatutnya dalam masa beberapa minit tindakan segera perlu dibuat untuk mengesannya kembali termasuk operasi mencari dan menyelamat. Membiarkan selama empat jam untuk menggerakkan operasi dianggap terlalu lewat kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan ratusan nyawa boleh melayang dalam tempoh tersebut. Barangkali pesawat mampu untuk dikesan jika operasi mencari dan menyelamat digerakkan cepat dan dan tidaklah ia hilang seperti mana sekarang.

Soal keselamatan negara adalah sesuatu yang serius dan kita tidak boleh bermain-main dengan kesilapan ini daripada terus berulang. Jika serapuh dan selemah ini negara ini dipantau, mungkin kejadian lebih buruk boleh berlaku. Musuh-musuh negara boleh mengambil kesempatan untuk menyerang mana-mana sistem pertahanan negara atau lokasi strategik negara. Paling tidak, kebarangkalian pesawat hilang boleh berlaku lagi pada bila-bila masa.

Jika PM sudah mengakui, ia menandakan ada pihak yang perlu dipersalahkan. Kesemua pihak berkaitan perlu bertanggungjawab atas kesilapan besar ini yang semestinya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jika PM Korea Selatan berani mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan atas insiden karam di negara tersebut yang mengorbankan 300 orang, apakah atas perkara yang sama PM Malaysia tidak boleh bertanggungjawab atas kehilangan nyawa dan pesawat (belum ditemui) yang berjumlah 227 orang serta 12 anak kapal? Sewajarnya jika PM seorang yang bermaruah, beliau bersama Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Pertahanan meletak jawatan atas kegagalan mereka melaksanakan misi besar ini. Jangan hanya dituding kepada pegawai tertinggi dalam pasukan tertentu sebagai 'kambing hitam' untuk dipersalahkan, sedangkan ketua negara sendiri bebas tanpa dipertanggungjawabkan.

Dr Riduan Mohd Nor ialah Ahli jawatankuasa PAS Pusat

PAS kutuk serangan ke atas biarawati

Posted: 16 May 2014 03:50 AM PDT

ANIS NAZRI


KUALA LUMPUR: PAS mengutuk keras serangan yang berlaku terhadap dua biarawati di Seremban beberapa hari lalu, yang menyebabkan salah seorang daripadanya masih tidak sedarkan diri.

Selain menyifatkan jenayah yang berlaku hari ini sudah tidak mengenal sesiapa, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata kejadian tersebut juga menunjukkan kawalan keselamatan di rumah-rumah ibadat perlu dilakukan.

"Bayangkan jika di hadapan rumah ibadat, dengan mangsanya adalah golongan agama pun sudah tidak selamat, bagaimana pula di tempat-tempat lain?" soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat berkata lebih dikesalkan kejadian tersebut berlaku ke atas warga emas, yang masing-masing berusia 69 dan 79 tahun itu.

Biarpun pihak polis mengatakan motif jenayah tersebut adalah samun, Mujahid beranggapan perkara sedemikian perlu diatasi secara progresif dengan meningkatkan tahap keselamatan di tempat-tempat sedemikian.

Dalam pada itu, Mujahid turut berhasrat untuk menziarahi kedua-dua biarawati berkenaan, yang dilaporkan masih dirawat dalam kunjungannya ke Seremban, 18 Mei ini.

Pada 14 Mei lalu, Sister Julianna Lim, 69, dan Sister Marie Rose alias Theresa Teng, 79, diserang dengan topi keledar dan disamun seorang lelaki kira-kira pukul 6 pagi di luar Gereja Visitation.

Mereka didapati tidak sedarkan diri di pintu masuk gereja. Kedua-duanya baru tiba dari rumah dan hendak memasuki gereja apabila diserang.

Lim yang cedera ringan di kepada dan muka masih bergantung kepada alat pernafasan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan masih belum sedarkan diri sementara Marie Rose telah sedar

Pesakit bertambah, segerakan bina hospital baru di Tg Karang dan Kapar

Posted: 16 May 2014 03:27 AM PDT

Oleh: Asri Sapfie


TANJONG KARANG : Kerajaan Pusat digesa mempercepatkan pembinaan hospital baru di Kapar dan Tanjung Karang berikutan peningkatan pesakit di kawasan itu.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata, projek pembinaan itu bagi memudahkan masyarakat setempat mendapatkan rawatan dengan kadar segera sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

IMG_1365a

Katanya, ia disebabkan di daerah Sabak Bernam hingga Kuala Selangor yang hanya mempunyai dua buah hospital yang tidak cukup bagi menampung pesakit.

"Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak seluas 50 ekar di Kapar bagi memastikan projek hospital di kawasan itu dapat disiapkan segera," kata beliau.

Tambah beliau lagi, hospital yang sedia ada di Tanjung Karang hanya menempatkan pesakit yang mengalami kes ringan manakala bagi kes penyakit kritikal mereka terpaksa dibawa ke Hospital Sungai buloh dan Hospital Klang yang lebih jauh.

"Kita masih menunggu dana dari pihak Kementerian Kesihatan walaupun proses pecah tanah telah dilakukan," kata beliau ketika ditemui SelangorKini.
IMG_1335a
Dr Daroyah juga dalam lawatan itu turut beramah mesra dengan 30 pesakit yang terdiri daripada pesakit kanak-kanak, wanita bersalin dan juga pesakit lelaki sambil menyalurkan sumbangan kerajaan negeri berbentuk hamper makanan kepada setiap pesakit.

Beliau berharap semua hospital sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama bagi membolehkan wakil rakyat kawasan mudah untuk mendekatkan diri dengan pesakit dengan mengadakan lawatan-lawatan seperti ini.

Hadir sama dalam lawatan ini adalah Pengarah Hospital Tanjung Karang Dr. Zamri Saim.
EZY

Rasuah: Penguatkuasa KDN Ditahan

Posted: 16 May 2014 03:20 AM PDT

MSTAR ONLINE


Dua anggota penguatkuasa (gambar kiri, berjaket dan gambar kanan, berbaju oren) yang ditahan pegawai SPRM, Rabu, kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi operasi penjualan VCD dan DVD haram sekitar Pulau Pinang. Penangkapan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan seramai lapan orang.


GEORGE TOWN: Dua lagi individu ditahan, termasuk penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana disyaki menuntut wang perlindungan kononnya bagi melindungi operasi penjualan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) haram sekitar Pulau Pinang.

Kes terbaharu itu menjadikan semuanya lapan orang ditahan suruhanjaya itu setakat ini, sejak memulakan operasi pada Rabu.

Sebelum ini, enam penguatkuasa ditahan termasuk seorang pesara pasukan yang berusia 58 tahun.

Sumber memberitahu mStar Online, pembantu penguatkuasa KDN itu yang menjalankan tugas berkaitan penerbitan produk juga disyaki menyalahguna kuasanya untuk kepentingan peribadi.

Katanya, seorang lagi yang ditahan adalah pengusaha premis VCD dan DVD yang didapati cuba menyogok pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan tindakan kerana menjalankan perniagaan secara tidak sah.

"Seperti enam penguatkuasa yang ditahan sebelum ini, kedua-duanya terbabit sama ada menuntut wang atau menyogok wang untuk melindungi kegiatan haram itu," katanya ketika dihubungi.

Sumber itu berkata, kedua-duanya ditahan dalam operasi pada Khamis di lokasi berlainan di negeri berkenaan.

"Setakat ini, mereka ditahan bagi membantu siasatan dan keterangan mereka akan direkodkan di ibu pejabat SPRM negeri," katanya.

Penahanan yang dilakukan sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan pendedahan mStar Online mengenai kegiatan anggota penguatkuasa yang menuntut wang perlindungan antara RM50 hingga RM200 sebulan daripada setiap pengusaha premis berkenaan di negeri itu.

Berdasarkan jumlah itu, ada pengusaha perniagaan haram itu yang membayar antara RM1,500 hingga RM6,000 sebulan kepada pihak terbabit yang mula menjalankan kegiatan itu sejak lebih dua tahun lalu.

Malahan, ada pengusaha terbabit yang menanggung rugi sehingga RM12,000 dalam tempoh tiga bulan kerana terpaksa membayar wang perlindungan kepada sekurang-kurangnya 20 orang setiap bulan.

SPRM menjalankan risikan sejak tiga bulan lalu susulan maklumat orang ramai termasuk pengusaha perniagaan terbabit yang serik apabila terpaksa menanggung kerugian setiap bulan.

Adakah Nabi Bux Proksi UMNO BN Di Bukit Gelugor?

Posted: 16 May 2014 03:14 AM PDT

KELAB GREENBOC


PAS Nafi Mohamed Nabi Bux Ahli Parti


GEORGETOWN: PAS sekali lagi menafikan calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar yang bertanding di Parlimen Bukit Gelugor bukan ahli parti itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, berdasarkan pemeriksaan rekod keahlian di Pejabat Agung PAS mendapati nama Mohamed Nabi tiada dalam senarai ahli parti.

"Saya bercakap berasaskan tiada rekod menunjukkan dia ahli PAS. Pemeriksaan telah dilakukan tapi keahliannya tiada dalam rekod di cawangan Kampung Banjar.

"Saya tak tahu mana dia dapat sijil keahlian itu. Kalau dia tetap dakwa sebagai ahli PAS tiada masalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat di Jalan Bunga Raya, Gelugor, malam Khamis.

Jelas Mahfuz sekiranya Mohamed Nabi tetap menegaskan dirinya masih ahli PAS, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti kerana dia telah mengambil langkah bertentangan dengan pendirian parti.

"Jika dia tetap mendakwa dirinya ahli PAS, saya serah kepada jawatankuasa disiplin untuk menentukan kedudukan beliau.

"Kalau dia ahli PAS dia telah melanggar keputusan parti yang menyokong calon DAP, Ramkarpal Singh untuk bertanding di Parlimen Bukit Gelugor," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi mendakwa Mohamed Bux merupakan ahli Umno.

"Memang dia ahli Umno. Nombor keahliannya juga tersebar luas di Internet," katanya.

Terdahulu ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 50 hadirin di Jalan Bunga Raya di Gelugor, malam Khamis, Mahfuz mempertikaikan dan memfitnah pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk menagih simpati rakyat serta memancing undi.

"Mereka janjikan sesuatu untuk ringankan beban rakyat tetapi sekarang masih lagi tercari-cari cara terbaik menangani masalah ini.

"Namun, kerajaan tetapi beri BR1M yang dianggap bukan penyelesaian sebenar untuk membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, " katanya. -mstar


PM: Ada calon lain untuk Bukit Gelugor



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau menerima keputusan MCA untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor namun ia tidak bermakna akan memberi laluan mudah kepada DAP.

Najib yang juga pengerusi BN berkata akan ada calon lain yang akan bertanding dan keputusan akan dibuat bila tiba masanya.

Ditanya adakah BN akan menurunkan calon daripada parti-parti komponen, Najib menjawab: "Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian".

Bercakap dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-24 di Nay Pyi Taw, Myanmar, Najib berkata MCA sebagai sebuah parti sedang dalam proses penyatuan.

"Jadi adalah penting untuk MCA meneruskan proses itu supaya menjadi lebih disegani serta bertambah kukuh.

"Saya harap MCA akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan MCA sebagai parti politik dan parti dalam BN," kata Najib.

Semalam, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak.
- Bernama

ULASAN GB

Najib sudah mengakui bahawa:

"Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian".

Dengan kempen yang begitu ligan dlakukan oleh Nabi Bux di Bukit Gelugor kini persis ada pihak yang menaja dirinya bertanding di Bukit Gelugor.

Mengambil kira pengakuan Najib di atas seperti mengesahkan bahawa Nabi Bux adalah calon yang dimaksudkan oleh Najib berkenaan.

Nabi Bux dihantar untuk menarik undi kaum Melayu/Islam menyokong isu hudud. Manakala PCM pula untuk menarik undi bukan Melayu/bukan-Islam menentang isu hudud.

Tapi pemerhati politik meramalkan kedua-duanya akan kehilangan deposit kerana rakyat tahu siapa di belakang mereka.

Walau bagaimanapun, PR tidak perlu terlalu yakin, petugas perlu kerja keras untuk pastikan calon DAP menang dengan majoriti lebih besar jika sudah tahu begitu permainan UMNO BN.

Najib Bakal Saman Malaysiakini

Posted: 16 May 2014 03:11 AM PDT

alt
 
RAKYATNEWS


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal pro pembangkang Malaysiakini berikutan laporan dua artikel yang disiarkan mengenai krisis Terengganu baru-baru ini.

Ianya merujuk kepada laporan artikel bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" and "How much will Najib spend to keep Terengganu?

Notis tuntutan yang turut mewakili UMNO yang diserahkan petang semalam, diwakili peguam Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata-kata fitnah jahat terhadap beliau dan kepimpinan parti tersebut.

"Komen daripada tujuh pembaca dalam artikel itu antaranya menggambarkan Umno parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber.

"Segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna-pengguna di laman web Malaysiakini.com adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat (mala fide) untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej anak-anak guam kami.

"Ia antara lain juga bertujuan menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti anak-anak guam kami selaku tulang belakang kerajaan BN yang mentadbir negara Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik," menurut notis itu.

Dalam notis tersebut, Najib dan UMNO turut menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini, dalam tempoh 48 jam, dari tarikh surat tuntutan tersebut, penarikan balik artikel berkenaan dan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan yang serupa.

Prosiding mahkamah akan diteruskan terhadap portal itu, termasuk memohon injunksi untuk menghalang penerbitan yang sama kandungannya jika pihak Malaysiakini tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh itu.

MH370 : Hishammuddin Adakan Lawatan Rasmi Ke Myanmar Minggu Hadapan

Posted: 16 May 2014 03:09 AM PDT

alt

 Bariq Ramadhan 


KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pemangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan ke Myanmar pada minggu hadapan untuk berjumpa Menteri Pertahanan negara di Asia Tenggara bagi melibatkan negara Asia Tenggara bersama-sama membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di laut dalam.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut akan mengadakan lawatan rasmi ke negara-negara luar bagi tujuan sama.

"Minggu hadapan saya akan ke Myammar untuk berjumpa menteri pertahanan negara di Asia Tenggara dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke China.

"Banyak lagi peluang dan ruang untuk kita melibatkan lebih ramai mereka mungkin tidak terlibat di peringkat awal dalam fasa baru ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, kesempatan ini diambil ekoran perkara ini sudah mendapat perhatian dunia.
 
alt
 
Semalam, kerajaan Malaysia telah meluluskan fasa transisi yang memberi keutamaan terhadap pencarian di laut dalam bagi mengesan pesawat  MH370 dan menggantung operasi mencari melalui udara dan permukaan laut.

Kelulusan Kabinet itu diterima selepas beliau memberi taklimat kepada mereka tentang hasil Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri antara Malaysia, Australia dan China di Canberra minggu lepas.

Warga Pendidik Akan Terima Netbook 1Malaysia

Posted: 16 May 2014 03:07 AM PDT

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
KUALA LUMPUR  - Netbook 1Malaysia akan diberikan kepada warga pendidik bagi menghargai golongan itu.
 
Perkara tersebut disahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melalui laman Facebooknya.
 
Menurut Ahmad Shabery, perkara tersebut telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya pada Rabu lalu.
 
"Ini adalah hadiah Hari Guru kami untuk guru-guru seluruh negara. Guru tonggak kemajuan negara. Selamat Hari Guru," katanya merujuk kepada sambutan Hari Guru hari ini.
 
Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya.
 
Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.
 
Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan.

SPR jangka 85 peratus keluar mengundi

Posted: 16 May 2014 02:56 AM PDT

PRK Teluk Intan  
PRK Teluk Intan


TELUK INTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan boleh mencapai sehingga 85 peratus.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata ini berikutan pilihan raya itu diadakan semasa cuti sekolah.

"Pada pilihan raya umum lepas peratusan yang keluar mengundi adalah 80 peratus," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan PRK Teluk Intan bersama-sama Ketua Jabatan di sini, hari ini.

Beliau berkata keputusan PRK itu dijangka dapat diumumkan selewat-lewatnya pada jam 9 malam.

"Walaupun ada tiga saluran mengundi yang memerlukan pengangkutan air iaitu di Ulu Bernam, Sungai Timah dan Batu Enam, ia tidak menjadi masalah kerana kita dibantu pelbagai agensi," katanya.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara yang layak mengundi pada PRK itu.

Abdul Ghani turut memaklumkan setakat ini tidak ada pihak yang telah membeli borang pencalonan daripada SPR.

Beliau berkata Sekolah Menengah Seri Perak di Jalan Changkat Jong, di sini akan digunakan sebagai pusat penamaan calon manakala penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Jalan Changkat Jong.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada DAP, Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Pada pilihan raya umum Ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. - Bernama

PKR akan pecat ahli langgar disiplin

Posted: 16 May 2014 02:54 AM PDT


anwar
 
 
 
PETALING JAYA – PKR tidak teragak-agak memecat mana-mana ahlinya yang melanggar disiplin dan melakukan kekerasan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, pimpinan PKR memandang serius insiden kekerasan dan gengsterisme yang berlaku dalam proses pemilihan terutama di Selangor.

Semalam lapan ahli PKR telah digantung keahliannya bagi membantu siasatan terhadap pemilihan PKR.

"Berdasarkan maklumat yang diterima serta bukti video dan foto, didapati terdapat elemen bukan ahli parti yang telah menceroboh pusat-pusat pengundian dengan niat memburukkan imej parti dan menggagalkan proses pengundian.

"Saya juga difahamkan ramai daripada elemen-elemen ini telah masuk PKR sejurus sebelum daftar pemilih ditutup dan disahkan, 15 Mac lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya telah mengarahkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Lembaga Disiplin PKR menyiasat perkara berkenaan dengan lebih lanjut.

"Kami sepakat memberi sokongan kuat kepada JPP untuk memecat mana-mana anggota yang melanggar disiplin atau melakukan kekerasan.

"Kami tidak melindungi penjenayah, penipu dan yang melakukan kekerasan. Kita tak teragak-agak membatalkan mana-mana pemilihan sekiranya terbukti pelanggaran berlaku," katanya.

Tegasnya, tindakan tegas mesti diambil bagi memastikan elemen-elemen negatif itu dibanteras.

"Tapi kalau kata kelemahan dalam proses, saya akui dan sebab itu kelemahan itu dikenal pasti dan cuba diperbaiki.

"Tindakan disiplin yang cukup keras mesti diambil bagi memastikan elemen-elemen ini dibanteras dan dibuang dari parti," katanya.

PAS: UIA halang, siswa berforum hudud di lantai

Posted: 16 May 2014 02:50 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Universiti Islam Antarabangsa (UIA) didakwa menghalang sebuah acara membincangkan isu pelaksanaan hudud, menyebabkan pesertanya terpaksa berforum di lantai di luar sebuah dewan kuliah kampus itu di Gombak, Selangor.

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS mendakwa, forum malam kelmarin yang turut melibatkan pengarah jabatan itu Noorazmir Zakaria tidak dijalankan dengan sempurna apabila dewan tempat ia patut berlangsung dikunci.

"Akibat daripada itu, pihak penganjur terpaksa menghampar tikar di luar dewan kuliah untuk meneruskan sesi forum tersebut memandangkan ramai hadirin yang telah hadir," kata Noorazmir (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, beliau juga dimaklumkan oleh penganjur acara itu bahawa pihak keselamatan UIA memberikan alasan namanya disenarai hitam oleh polis.

"Saya ingin menegaskan bahawa alasan oleh pihak pentadbiran UIAM ini adalah suatu fitnah yang jahat dan bertujuan untuk menghina saya.

"Saya pohon pihak universiti untuk menunjukkan bukti bahawa saya telah disenarai-hitam oleh pihak polis sedemikian rupa," katanya.

Kenapa paranoid topik hudud?

Beliau menegaskan tidak pernah dituduh atau didakwa di mahkamah mahupun ditahan oleh pihak polis untuk sebarang kes jenayah.

Noorazmir juga membangkitkan gangguan itu sedangkan program itu telah diluluskan oleh pentadbiran universiti.

"Saya amat hairan mengapakah pentadbiran UIAM berasa paranoid mengenai topik hudud ini tatkala subjek hudud turut diajar kepada mahasiswa undang-undang syariah di UIAM sendiri," katanya.

Selain Noorazmir, pemegang sarjana dalam bidang perbandingan undang-undang UIA Muhammad Zaki Sukery turut menjadi ahli forum berjudul "Hudud: Kefahaman sebelum pelaksanaan" itu.

Menurut poster acara, forum dua jam setengah itu dianjurkan sekretariat mahasiswa fakulti ilmu wahyu dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Singapura UIA.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen daripada pihak UIA berhubung dakwaan itu.

Bersihkan BERSIH dulu, kata MT Umno

Posted: 16 May 2014 02:45 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah membidas BERSIH berkaitan kemungkinan berlaku amalan rasuah dalam isu seputar pertukaran menteri besar Terengganu pada12 Mei lalu.

Sambil mendakwa dakwaan itu tiada asas dan bukti kukuh, Ibrahim (kiri) berkata, ia memperlihatkan pertimbangan dan prinsipnya yang berat sebelah, lapor Umno-Online.

Bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bagaimanapun tidak menafikan kerana dalam setiap organisasi mahu pun kerajaan, pastinya terdapat kelemahan dan kesilapan di sana sini.

"Semua kerajaan di dunia, termasuk di negara ini pastinya ada kelemahan dan kesilapan, kerana yang mentadbirnya adalah manusia yang pasti tidak lepas dari membuat salah dan silap.

"Fitrah manusia tidak ada yang sempurna.

"Tetapi selagi ada usaha kerajaan untuk memperbaiki dan mengatasi segala kelemahan dan kesilapan, ia adalah sesuatu yang baik," beliau dipetik sebagai berkata.

Katanya, perkara itu yang dimaksudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam usaha melakukan transformasi untuk menambah baik urusan pentadbiran sedia ada.

BERSIH pada 14 Mei lalu menggesa pihak yang mungkin mempunyai maklumat melibatkan rasuah mengenai hubungan politik dalam kemelut di Terengganu agar tampil mendedahkan perkara itu.

Mereka dalam kenyataannya mengesyaki berlaku tipu helah dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda apabila BN kehilangan penguasaan majoriti di DUN Terengganu dalam drama dua hari itu.

Najib jangan salahkan hak asasi manusia untuk tutup pencabulan kerajaan, kata DAP

Posted: 15 May 2014 09:36 PM PDT

OLEH MD IZWAN

 
Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari (gambar) mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertindak menyalahkan "hak asasi manusia" bagi menutup pencabulan dan salahguna kuasa dalam pentadbirannnya.

Zairil berkata, strategi tersebut digunakan bagi tujuan menakut-nakutkan dan menggambarkan umat Islam di Malaysia masih terancam.

"Sangat sedih apabila kerajaan masih cuba dan menguji strategi ancaman tidak wujud bagi membuatkan masyarakat Melayu sentiasa berasa dalam keadaan terancam," kata Zairil.

Selasa lalu, Najib semasa menghadiri Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur berkata umat Islam berdepan satu ancaman baru iaitu "humanrightism" atau "hak asasi manusia melampau".

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata, jika sebelum ini masyarakat Cina dianggap sebagai ancaman, sekarang Najib mengganggap hak asasi manusia sebagai ancaman kepada kaum Melayu.

"Penganut Kristian pernah dikatakan sebagai ancaman, kemudian kaum Cina dan sekarang ini aktivis hak asasi manusia pula dianggap begitu.

"Langkah ini bertujuan untuk menghalalkan pemerintahan Umno, kononnya mengaku 'pembela' kepada ancaman ini semua," kata Zairil.

Zairil menyifatkan kenyataan oleh Najib tersebut hanya bertujuan menutup pencabulan hak asasi manusia, khususnya dalam penggunaaan Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma baru-baru ini.

"Pada 2012, Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan tapi sebaliknya pemimpin pembangkang menjadi mangsa, antaranya mendiang Karpal Singh dan terbaru Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli," kata beliau.

Baru-baru ini, 10 individu juga ditahan di bawah Sosma tanpa mengikut proses undang-undang sepatutnya.

Pentadbiran Najib juga dikecam susulan beberapa kes kematian dalam tahanan.

"Sebagai pemimpin, Najib sepatutnya tidak lari daripada tanggungjawab dengan mudah menolak hak asasi manusia sebagai alat Barat untuk mengancam Islam.

"Cubaan mereka cerita bagi menyelindungi pencabulan hak asasi kerajaannya akan diketawakan seluruh dunia jika mendapat tahu mengenainya," kata Zairil.

Sarawak hentikan program Anak Angkat selepas aduan ‘Islamisasi‎’

Posted: 15 May 2014 09:35 PM PDT

OLEH DESMOND DAVIDSON


Jabatan Pendidikan Sarawak hari ini menghentikan program kontroversi Anak Angkat di sekolah ekoran bantahan daripada ibu bapa yang mendakwa ada cubaan untuk menarik pelajar beragama Kristian masuk Islam.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman yang mengarahkan program itu dihentikan bagaimanapun berkata, isu yang berlaku cuma salah faham.

Katanya, program motivasi yang menyasarkan pelajar daripada keluarga miskin itu dibenarkan dan dibiayai Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Desa.

Katanya, program itu dijalankan oleh badan bukan kerajaan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) yang berpusat di Bangi, Selangor.

Daud berkata, semua elemen keagamaan dalam modul program akan dihapuskan pada masa akan datang.

"Tidak ada sebarang cubaan untuk menukar agama penganut bukan Islam dalam program ini," katanya.

Semalam, Menteri Pembangunan Sarawak Tan Sri Dr James Masing menimbulkan isu ini selepas ibu bapa pelajar SMK Balai Ringin mengemukakan aduan mengenai program tersebut.

Ibu bapa pelajar berkenaan memberitahu Masing, pertama kali program diadakan di SMK Serian, 60 kilometer daripada bandar Kuching, dihadiri 50 orang dan majoriti bukan Islam pada 8 Mac lalu.

Program kedua pula diadakan di Balai Ringin, 60 kilometer daripada SMK Serian pada Sabtu lalu tetapi jumlah pelajar yang hadir hanya 21 orang.

Keseluruhan program dijadualkan berlangsung dalam tempoh 10 minggu setiap Sabtu.

Pelajar juga mengadu mereka yang terpilih wajib menghadirinya kerana ia sebahagian daripada aktiviti kokurikulum, tetapi mereka juga ditanya tentang Islam.

Tambahan semua fasilitator program adalah beragama Islam dan ada ceramah agama.

Daud berkata, penggantungan itu bagi membolehkan jabatan pendidikan menilai semula modul program supaya sebarang unsur yang mengaitkannya dengan unsur pertukaran agama dibuang.

"Apa yang terjadi di SMK Balai Ringin amat dikesali.

"Walaupun niat asal program itu baik, ia disalahertikan oleh pelajar dan ibu bapa," tambah Daud.

Katanya, jika didapati ada cubaan oleh NGO Haluan menggunakan program terbabit untuk menarik pelajar Sarawak masuk Islam, tindakan akan dikenakan.

"Kami percaya tukar agama itu satu pilihan. Sebarang cubaan untuk menukar agama bukan Islam kepada Islam adalah salah," katanya.

Daud menjelaskan, menjadi polisi negeri bahawa agensi agama di Sarawak sama sekali dilarang terlibat dalam usaha menarik penganut bukan Islam tukar agama.

Katanya, bagi mengekalkan keharmonian antara agama, Majlis Islam Sarawak sentiasa memantau semua aktiviti dakwah di negeri itu.

"Mana-mana kumpulan atau gerakan dakwah yang datang ke negeri ini akan disemak dan program mereka akan diteliti," katanya.

Katanya, jika didapati melanggar undang-undang negeri, mereka akan dihantar pulang ke tempat asal.
Haluan bermula pada tahun 2009 dengan mensasarkan motivasi kepada pelajar miskin untuk berjaya dalam akademik.

Jika Ahmad Said tidak ditukar, BN tumbang lebih cepat di Terengganu, kata PAS

Posted: 15 May 2014 09:29 PM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat mendedahkan Datuk Seri Ahmad Said turut memberi layanan buruk kepada PAS apabila secara terbuka berazam menjadikan Terengganu kawasan 'sifar PAS'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mei, 2014. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat mendedahkan Datuk Seri Ahmad Said turut memberi layanan buruk kepada PAS apabila secara terbuka berazam menjadikan Terengganu kawasan 'sifar PAS'. – Gambar fail The Malaysian Insider,


PAS Terengganu menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menukar kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri itu adalah wajar memandangkan sikap bekas menteri besarnya Datuk Seri Ahmad Said yang dikenali sebagai seorang beremosi, gopoh, dan kasar, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka itu memberitahu The Malaysian Insider, PAS sudah mendengar ura-ura pertukaran Ahmad dan tidak terkejut apabila beliau digantikan dengan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, memandangkan Barisan Nasional (BN) bakal menanggung risiko kekalahan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika Ahmad masih menerajui pucuk kepimpinan negeri itu.

"Munasabah kalau beliau ditukar ... kalau mereka kekalkan Ahmad, kejatuhan kerajaan BN dalam PRU14 mungkin lebih cepat," katanya dalam temubual eksklusif di Ibu Pejabat PAS Kuala Terengganu, Terengganu semalam.

"Kita tidak terkejut (Ahmad ditukar) kerana PAS menjangkakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), prestasi kepimpinan Ahmad gagal di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). Kemenangan PAS dan PKR yang mencecah hampir separuh,  hampir berjaya menumbangkan kerajaan beliau," katanya.

Satiful juga berkata, Ahmad turut memberikan layanan buruk kepada PAS  apabila beliau secara terbuka berazam menjadikan Terengganu kawasan "sifar PAS", sedangkan ketika pemilihan Umno lalu, kebanyakan kepimpinan akar umbi yang bersama Ahmad dilihat gagal mempertahankan kedudukan mereka.

"Kadang-kadang beliau ikut emosi, perbincangan sering bertelagah, sikap gopoh dan kasar yang terlalu ikut emosi.

"Hasrat beliau mensifarkan PAS itu gagal. Dulu beliau berazam PAS sifar, malah serangan beliau terhadap PAS sungguh luar biasa berbanding kepimpinan sebelum ini.

"Sebagai menteri besar, beliau adalah menteri besar Terengganu, untuk rakyat Terengganu, bukan untuk Umno sahaja, namun kadang kala berlakunya diskriminasi," katanya.

Awal minggu ini, selepas meletakkan jawatan sebagai menteri besar, Adun Kijal itu mencetuskan kekecohan dalam arena politik Terengganu apabila mengisytiharkan keluar Umno dan memilih menjadi Adun Bebas bersama dua adun lain – Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud – sejurus selepas istiadat pelantikan Ahmad Razif sebagai menteri besar secara rasmi dilakukan.

Situasi itu mencetuskan ketidaktentuan dalam pentadbiran Terengganu yang mempunyai majoriti perbezaan kerusi kecil dalam DUN, dengan BN memiliki 17 kerusi, manakala PAS dan PKR masing-masing mempunyai 14 dan 1 kerusi DUN.

Pengisytiharan Ahmad bersama Ghazali dan Roslee itu menjadikan keadaan genting buat BN yang berkemungkinan kehilangan Terengganu apabila parti pemerintah itu hilang tiga kerusi sekaligus menyaksikan mereka mempunyai kekurangan satu kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat (PR), PAS dan PKR.

Kesemua mereka bagaimanapun membuat "u-turn" kurang 48 jam selepas keluar daripada Umno dengan menyertai semula parti Melayu itu.

Ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kemaman, Terengganu pada Rabu, Ahmad berkata krisis berkenaan berpunca akibat salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya dengan Najib.

Ahmad turut berkata, keputusan menarik balik surat keluar partinya itu juga dibuat setelah Najib membuat permohonan maaf kepadanya.

Perdana menteri itu juga dijangka akan menghadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan Ahmad yang berlangsung pada Sabtu ini di kediamannya.

Satiful bagaimanapun membayangkan situasi sukar terpaksa diharungi menteri besar yang baru dilantik untuk mentadbir Terengganu memandangkan semua yang terlibat dalam isu ini kekal sebagai Adun BN.

"Kita tidak tahu bagaimana kabinet mereka. Bilangan mereka agak terhad. Siapa akan mengetuai 'Backbencher' (Kelab Penyokong BN), adakah Ahmad bersedia?

"Dengan situasi dan emosi mereka, bagaimana menteri besar baru ini akan uruskan mereka? Ini boleh jadi dilema sepanjang zaman," katanya.

Tambahnya lagi, imej Abdul Razif juga sudah tercemar sejak hari pelantikan beliau apabila majlis penerimaan watikah sebagai menteri besar itu dilaksanakan dengan tergesa-gesa.

"Imej menteri besar baru sudah tercalar sejak hari pertama. Peralihan tidak tenang, dibuat secara tergesa-gesa. Masalah ini bukan daripada kita. Ini isu dalaman mereka dan rakyat melihat perkara ini," katanya, dan menambah, Najib sebagai perdana menteri juga gagal menyelesaikan perkara ini dengan baik.

"Saya tidak tahu selepas ini sama ada akan berulang di negeri lain ... dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas Kajang yang berlaku, kita rasa masih tidak memihak kepada kerajaan," katanya.

Ketika pentadbiran beliau sebagai menteri  besar sebelum ini, Ahmad dikritik hebat dengan projek-projeknya yang didakwa tidak memberikan manfaat kepada rakyat.

Antara isu yang timbul adalah ekspedisi saintis ke Antartika yang beliau katakan bertujuan untuk membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH). 

Ekspedisi saintifik itu katanya memberi peluang kepada peserta rombongan melihat secara dekat kerja-kerja penyelidikan para saintis dari seluruh dunia.

"Saya ke Antartika atas undangan Institut Penyelidikan Antartika Chile. Ketika di sana kami menaiki kapal tentera laut Chile iaitu 'Aqulies' dan bukannya makan angin.

"Kalau saya nak makan angin, lebih baik saya tidak ke Antartika. Nak beli apa di sana? Nak sentuh dan bawa balik penguin pun tidak boleh.

"Kami sebenarnya mengambil risiko tinggi kerana cuaca di sana sukar diramal dan berubah dalam masa yang singkat," katanya.

Selain itu, beliau turut dikaitkan dengan isu pembelian dua unit Amphicoach atau bas amfibia yang berharga RM6 juta dari Malta dan akan meletakkan kenderaan dua alam itu di Tasik Kenyir.

Mungkin sudah terlewat untuk selamatkan MAS selepas MH370, kata Najib

Posted: 15 May 2014 09:27 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Situasi bangkrap adalah salah satu pilihan sebagai satu cara untuk menyusun semula Malaysia Airlines selepas bertahun mengalami kerugian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mei, 2014. 
Situasi bangkrap adalah salah satu pilihan sebagai satu cara untuk menyusun semula Malaysia Airlines selepas bertahun mengalami kerugian. – Gambar fail The Malaysian Insider. 


Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) daripada keadaan terkini, sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berjuang untuk terus bertahan berikutan kehilangan pesawat MH370.

Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, perdana menteri berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh.

"Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan  para pekerja dan orang awam," kata Najib kepada WSJ.

MAS berkata semalam, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Malaysia.

Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat  MH370 pada 8 Mac.

Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS.

Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober- Disember 2011.

MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu.

"Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak," kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis.

"Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS," katanya.

WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan.

"Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial," katanya.

Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia.

Ketua kesatuan itu, Alias ​​Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya.

"Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami.

"Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan," katanya.

Penganalisis  bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan "jalan keluar yang pahit", walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu.

"Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan.

"Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal," kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor .

MAS kerugian bersih suku pertama RM443 juta, kehilangan MH370 tingkat kerugian

Posted: 15 May 2014 05:25 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Malaysia Airlines yang menanggung kerugian bersih RM443 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2014 berbanding RM279 juta dalam suku yang sama tahun lalu.

Ia berkata, kerugiannya bertambah teruk dengan kehilangan pesawat MH370 yang menyebabkan permintaan untuk perkhidmatan syarikat itu merosot.

"Ketika pencarian untuk MH370 diteruskan hari ini setelah lebih dua bulan hilang, kumpulan kami perlu meningkatkan usaha untuk menambah baik aliran pendapatan serta menguruskan kos yang semakin tinggi sejajar dengan peningkatan kapasiti," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya hari ini.

"Keperluan ini menjadi lebih penting untuk kelangsungan hidup Malaysia Airlines dan kemampanan syarikat dalam pasaran yang semakin mencabar," katanya dalam satu kenyataan.

Pesawat MH370 yang membawa 239 orang, termasuk penumpang dan anak kapal, hilang pada pagi 8 Mac lalu.

Pasukan mencari dari pelbagai negara masih berusaha menjejaki pesawat berkenaan yang dipercayai jatuh di Lautan Hindi.

Syarikat itu berkata, tekanan ke atas pendapatan, aktiviti bukan teras yang merugikan serta sentimen negatif ke atas syarikat penerbangan itu, membayangi pertumbuhan trafik udara yang agak tinggi dan usaha penjimatan kos.

Ahmad Jauhari berkata, sebahagian besar kos berkaitan MH370 akan ditanggung syarikat insurans.
"Bagaimanapun, kumpulan kami perlu segera meningkatkan usaha untuk mendapat kembali momentum yang hilang dan meningkatkan pendapatannya," katanya.

Operasi syarikat penerbangan itu merosot untuk beberapa minggu sejak MH370 hilang pada awal Mac.

Aktiviti pemasaran dihentikan sebagai menghormati anggota keluarga mangsa dalam pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu, katanya.

Pendapatan syarikat untuk suku pertama meningkat kepada RM3.6 bilion berbanding RM3.53 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu manakala saham syarikat itu jatuh 9.0 peratus kepada 22.5 sen daripada 24.8 sen dalam suku pertama 2014.

Mengenai bahan api pesawat, syarikat itu mengalami peningkatan selari dengan perbelanjaan dengan 11% volum peningkatan bahan api pesawat.

Purata harga bahan api pesawat pada 2014 ialah US$128 (RM416) setong berbanding U$134 setong tahun ke tahun.

Ahmad Jauhari berkata, syarikat penerbangan negara itu sudah dua tahun berusaha untuk menambah baik operasi dan kekal fokus untuk memacu syarikat ke depan dalam usaha untuk kekal sebagai peserta relevan dalam pasaran.

Antara strategi MAS, termasuk menjana pendapatan dengan peningkatan kapasiti di samping usaha pemasaran dan penjenamaan yang lebih agresif.

"Kami mengekalkan komitmen untuk kekal kompetitif bagi menawarkan kualiti produk dan perkhidmatan terbaik dengan keselamatan sebagai keutamaan kami dan memberi pulangan kepada pemegang saham dalam jangka panjang," katanya.

Ahmad Jauhari berkata, produktiviti telah meningkat dan penggunaan pesawat bertambah dengan pengurusan kos yang lebih baik dengan vendor dan pembekal di samping tindakan penting korporat untuk mengumpul modal baru.

MAS kini memiliki 151 pesawat dengan usia purata hanya 4.35 tahun menjelang akhir tahun ini. – Bernama

Serangan ke atas rahib di Seremban menyedihkan, kata Najib

Posted: 15 May 2014 05:22 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) menyifatkan serangan dan perbuatan menyamun dua orang rahib di Seremban semalam sebagai menyedihkan dan tidak berhati perut.

Beliau berkata pihak polis komited dalam mencari pelakunya dan membawa mereka ke muka pengadilan.

"Saya berharap Sister Julianna Lim dan Sister Mary-Rose segera sembuh," katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Julianna Lim, 69, dan Mary-Rose, 80, diserang dengan topi keledar dan disamun seorang lelaki kira-kira pukul 6 pagi di luar Gereja Visitation.

Mereka didapati tidak sedarkan diri di pintu masuk gereja. Kedua-duanya baru tiba dari rumah dan hendak memasuki gereja apabila diserang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh hari ini berkata samun merupakan motif serangan dan bukan berpunca daripada jenayah kebencian.

Beliau berkata beg kedua-dua rahib itu yang hanya mengandungi sedikit wang dan telefon bimbit hilang dan polis mengklasifikasi kes itu sebagai sengaja mendatangkan kecederaan semasa menyamun.

Lim yang cedera ringan di kepala dan muka masih bergantung kepada alat pernafasan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan masih belum sedarkan diri sementara Mary-Rose telah sedar. – Bernama,

Malaysia lulus fasa transisi operasi mencari MH370, kata Hishammuddin

Posted: 15 May 2014 05:20 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Kerajaan Malaysia meluluskan fasa transisi yang memberi keutamaan terhadap pencarian di laut dalam bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan menggantung operasi mencari melalui udara dan permukaan laut.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) berkata kelulusan Kabinet itu diterima selepas beliau memberi taklimat kepada mereka tentang hasil Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri antara Malaysia, Australia dan China di Canberra minggu lepas.

"Saya beri taklimat kepada Kabinet Malaysia semalam tentang hasil mesyuarat berkenaan dan ia dibincangkan. Sekarang, saya mempunyai mandat untuk mengumumkan bahawa butiran lanjut tentang fasa transisi itu diluluskan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata fasa transisi itu menggarsikan tiga keutamaan.

"Pertama, untuk menganalisis semula semua data bagi mengesahkan kawasan pencarian yang lebih tepat. Analisis ini akan dilakukan sekumpulan pakar bersama Inmarsat.

"Kedua, melakukan kaji selidik 'bathymetric' yang melibatkan pemetaan secara menyeluruh keadaan dasar laut dan ketiga, untuk menjalankan operasi mencari dengan mengenal pasti dan menggunakan kenderaan yang ditunda serta dalam air yang sesuai dengan keadaan rupa bumi," katanya.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata: "Kaji selidik bathymetric dan pencarian di laut dalam perlu dilakukan secara berterusan."

Katanya mesyuarat Kabinet juga bersetuju untuk mengadakan persidangan mingguan melalui telekonferensi antara wakil tiga negara terbabit bagi membincangkan perkembangan terkini tentang operasi mencari.

Mengenai pengeluaran data satelit mentah Inmarsat, Hishammuddin mengulangi kenyataan ketua Pusat Penyelasaran Agensi Bersama (JACC) Angus Houston bahawa data mentah itu tiidak berada di tangan MAS, Malaysia atau Australia.

"Oleh itu, sebarang maklumat yang perlu disahkan atau didedahkan, hanya boleh diumumkan oleh Inmarsat," katanya.

Hishammuddin berkata Kabinet juga bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Komunikasi, Penyelarasan dan Media Khas, yang akan diterajui Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Jawatankuasa ini akan memberi fokus terhadap tugas menyelaras dan meningkatkan keberkesanan komunikasi antara tiga negara terbabit, keluarga mereka yang menaiki pesawat MH370 dan pemegang kepentingan lain yang berkaitan.

"Ini adalah untuk memastikan maklumat dapat dikeluarkan tepat pada masanya dan telus, sejajar dengan usaha kami untuk menambah baik komunikasi berhubung kejadian ini," kata Hishammuddin.

Sebelaum ini, Malaysia menubuhkan tiga jawatankuasa peringkat menteri iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penggunaan Aset untuk menyelaras usaha mencari.

Hishammuddin berkata oleh kerana proses membincangkan perkara terperinci berkaitan operasi ini dijangka berterusan selama satu atau dua bulan lagi, maka Malaysia menempatkan satu pasukan khas di Canberra, yang turut dianggotai para wakil dari semua jawatankausa untuk mewakili negara ini dalam tempoh itu.

"Pasukan khas ini akan menyelaras semua aspek berkaitan operasi antara Malaysia dan Australia. Pasukan ini akan dianggotai pegawai kanan dari empat jawatankausa peringkat menteri berkenaan," katanya.

Menurut beliau Laksamana Pertama Hanafiah Hassan dan Kol Hassan Lokman akan mewakili Jawatankuasa Penggunaan Aset untuk membincangkan aspek berkaitan pemerolehan aset.

"Kapt Meor Mohamad Nor Badrishah daripada Jabatan Penerbangan Awam akan mewakili Jawatankuasa Teknikal untuk berbincang tentang analisis data mengenai perkara berkaitan penyiasatan, manakala Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Zainal Abidin Ahmad akan mewakili Jawatankuasa Waris untuk berbincang tentang aspek berkaitan pengurusan waris.

"Dua pegawai daripada Jawatankuasa Komunikasi, Penyelarasan dan Media yang baru ditubuhkan, akan ditempatkan dalam pasukan hal ehwal media," katanya. – Bernama

Jabatan Meteorologi pantau fenomena El Nino

Posted: 15 May 2014 05:10 PM PDT


Jabatan Meteorologi pantau fenomena El Nino  
Jenuwa menerangkan mengenai fenomena El Nino yang akan melanda negara.
 

KOTA BHARU – Jabatan Meteorologi akan memantau rapi fenomena El Nino yang dikatakan akan melanda negara kesan daripada Monsun Barat Daya bermula awal Mei sehingga September tahun ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan\Terengganu, Jenuwa Husin memberitahu, menurut kenyataan dikeluarkan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) pertengahan April lalu, fenomena tersebut mungkin melanda dunia sekitar pertengahan tahun ini.

"Menurut WMO, masih terlalu awal menentukan kekuatan El Nino yang mana tempoh hayatnya boleh berlanjutan enam ke 18 bulan.

"Kesan El Nino kepada negara secara umumnya boleh menyebabkan jumlah hujan berkurangan, terutamanya di Sabah dan Sarawak, tetapi keadaan ini akan bergantung pada kekuatan El Nino itu sendiri. Meteorologi Malaysia akan memantau rapi situasi ini dari semasa ke semasa," katanya.

Menurutnya, Monsun Barat Daya bermula di Malaysia pada 15 Mei lalu dan dijangka berterusan sehingga September ini yang secara amnya monsun itu merupakan musim kering bagi negara ini.

Beliau berkata, dalam tempoh ini negara tidak akan mengalami hujan tetapi ia tetap boleh berlaku pada waktu pagi terutamanya di kawasan pantai negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.

"Jangkaan hujan untuk Monsun Barat Daya ini, kurang daripada paras normal pada bulan Jun untuk semua negeri dan kembali ke paras normal dari Julai hingga September, kecuali Sarawak," katanya.

SAR di Teluk Benggala tunggu nasihat pakar

Posted: 15 May 2014 05:07 PM PDT


Hishammuddin Tun Hussein  
Hishammuddin Tun Hussein. - Foto Bernama


SHAH ALAM – Pencarian pesawat MH370 di Teluk Benggala bergantung pada nasihat pakar, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Menurutnya terdapat kapal yang mampu melakukan misi untuk pencarian yang lebih terperinci di kawasan Teluk Benggala namun ada pertimbangan lain yang perlu diambil kira.

 "Berkenaan isu di Teluk Benggala, kita telah mendapatkan bantuan daripada Bangladesh dan India. Seperti yang diumumkan sebelum ini, kita tak menemui apa-apa.

"Sekarang ini, kita mahu pencarian yang lebih terperinci melibatkan aset komersial. Kita ada kapal yang mampu melakukannya tapi memerlukan masa yang lebih lama dan ia menelan kos yang tinggi," katanya pada sidang media perkembangan misi pencarian MH370, hari ini.

Sehubungan itu, dalam membuat keputusan sama ada memulakan pencarian di Teluk Benggala atau tidak, Hishamuddin menyerahkan kepada pakar untuk memberi nasihat.

"Jadi, dalam membuat keputusan sama ada kita akan pergi lebih jauh (atau tidak), saya akan serahkan kepada pakar untuk memberi nasihat.

"Kerana ia membabitkan wang dan memberi kesan pada operasi serta siapa yang akan bertanggungjawab andai di akhir pencarian nanti, keputusannya adalah negatif?," katanya.

Sebelum itu pada sidang media sama, beliau mengesahkan ada pihak ketiga yang telah menunjukkan kesanggupan untuk membantu dari segi pembiayaan misi pencarian tersebut.

"Jumlah yang sepatutnya dibiayai oleh Malaysia belum dapat kita tentukan lagi kerana pertama, untuk mengenal pasti lokasi yang perlu kita cari. Kedua, aset yang diperlukan dan ketiga, aset-aset yang mungkin boleh dibekalkan daripada kerajaan atau pihak tentera yang tidak menyentuh kepada pertimbangan komersial.

"Akhir sekali, saya boleh mengesahkan ada pihak ketiga yang telah menunjukkan kesanggupan untuk membantu sekiranya carian ini memerlukan pembiayaan lebih daripada kemampuan kita.

"Tetapi saya nak tekankan di sini, dengan jumlah yang ada ini, kita akan teruskan pencarian dan lebih ramai tampil ke depan, lebih cepat atau lebih efektif kemampuan kita untuk memastikan kejayaan," katanya.

Namun beliau masih belum mengumumkan identiti pihak ketiga tersebut.

Penerbangan MH370 ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.

Hudud: Calon bebas mahu jemput Harussani, LGE

Posted: 15 May 2014 05:00 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, hari ini melancarkan manifestonya untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dengan memberi tumpuan kepada pembangunan orang Melayu.
  
Dalam manifesto itu, beliau berjanji untuk meneruskan agenda pembangunan di kawasan Parlimen Bukit Gelugor bagi semua golongan terutama kaum Melayu yang dipinggirkan.
  
"Selain itu saya juga akan memberikan fokus kepada peningkatan kualiti kehidupan penduduk Islam dalam Parlimen Bukit Gelugor," kata Mohamed Nabi Bux kepada pemberita pada majlis pelancaran manifestonya di George Town.
  
Perkara ketiga dalam manifesto Mohamed Nabi Bux ialah memberi keutamaan kepada penyediaan peluang pekerjaan, latihan kemahiran untuk golongan belia terutama kaum Melayu dan tidak meminggirkan kaum lain.
  
Seterusnya beliau mahu menambah suara serta undi Melayu dalam Parlimen dan yang terakhir ialah menjadikan Parlimen Bukit Gelugor kawasan petempatan yang selesa dan moden selaras dengan pembangunan teknologi.
  
Mohamed Nabi Bux berkata beliau akan mengadakan ceramah penerangan bertajuk 'Apa itu Hudud' kepada penduduk negeri ini di Padang Kota Lama, bagaimanapun beliau belum menetapkan tarikh dan masa ceramah itu.
  
Di majlis itu, beliau bercadang menjemput Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

"Saya juga akan menjemput Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada penerangan itu nanti... saya menggunakan media untuk menjemput semua tetamu saya itu," katanya.
  
Mohamed Nabi Bux turut menegaskan bahawa beliau masih anggota PAS dan mendakwa bahawa ada pihak yang telah memalsukan maklumat dirinya kononnya beliau ahli Umno.
  
Dalam pilihan raya kecil 25 Mei ini, Mohamed Nabi Bux akan berdepan Ramkarpal Singh Deo daripada DAP, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan seorang lagi calon Bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan.
  
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas. Pada pilihan raya umum 2013, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706  undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi.   - Bernama

Perut pesawat MAS dilanggar kenderaan

Posted: 15 May 2014 04:55 PM PDT

MALAYSIAKINI


Malaysia Airlines (MAS) menjadualkan semula waktu penerbangan MH740/741 selepas bahagian perut pesawat berkenaan dilanggar sebuah kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
  
Pesawat B737-800 itu pada asalnya dijadual berlepas ke Yangon (Penerbangan MH740) pada 10:05 pagi, tetapi berikutan kejadian itu, penumpang dipindahkan ke sebuah pesawat lain yang berlepas pada 10:45 pagi hari sama, kata MAS dalam kenyataan.
  
Katanya penerbangan pulang (MH741) pula dijadualkan semula untuk berlepas dari Yangon pada 12:30 tengah hari, katanya.
  
Menurut MAS, pemandu kenderaan yang dimiliki sebuah syarikat vendor yang terlibat dalam kejadian itu segera ditahan.
  
Pengarah operasi MAS Kapt Izham Ismail berkata para jurutera MAS sedang membuat penilaian tentang kerosakan yang dialami.
  
"Penilalain awal menunjukkan kejadian itu tidak memberi risiko terhadap struktur pesawat terbabit. Bagaimanapun, pesawat itu tidak dibenarkan terbang untuk membolehkan pemeriksaan rapi dilakukan terhadapnya," kata beliau.
  
Izham menegaskan bahawa keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan MAS.
  
Melalui kenyataan itu juga, Malaysia Airlines memohon maaf kepada kesemua penumpang MH740/741 hari ini berikutan kejadian tersebut yang menjejaskan rancangan perjalanan mereka. - Bernama