Selasa, 6 Mei 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kalau ikut mufti Pahang, kenalah sokong BN sampai kiamat – Shahbudin Husin

Posted: 06 May 2014 07:00 AM PDT

ha..ha..ha...macamana la bangsa dan ugama lain nak dekati islam kalau mufti cakap macam ni.....adoiiii, nak cakap pun malu.Tak boleh baca kitab semata-mata, tetapi baca berita sari bahan lain.Mufti ni besar kuasanya, tapi kena banyak membaca dan juga jangan jadi katak bawah tempurung.


Setelah mengeluarkan pendapat meminta rakyat agar menyokong perlaksanaan cukai GST yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan beberapa hari lalu, mufti Pahang, Abdul Rahman Othman sekali lagi menampakkan dirinya sebagai seorang agamawan yang gemarkan perhatian dan tumpuan, khususnya daripada pihak kerajaan.

Jika kenyataannya sebelum ini yang meminta rakyat menyokong GST dipertikaikan banyak pihak kerana beliau ditakrifkan tidak mempunyai cukup pengetahuan mengenai ekonomi serta percukaian dan pendapatnya dikeluarkan semata-mata kerana kedudukannya sebagai mufti, kali ini kenyataannya lebih menarik perhatian apabila beliau menyatakan Islam melarang menggulingkan kerajaan dan memburuk-burukkannya secara terbuka.

Sambil menasihatkan rakyat agar sentiasa taat kepada kerajaan melainkan jika menggalakkan aktiviti maksiat, katanya lagi, haruslah diingat bahawa Islam menggalakkan segala masalah yang berbangkit diselesaikan melalui perbincangan dan bukannya dengan cara memburuk-burukkan kerajaan.
Sebagaimana biasa, setiap kali adanya demontrasi ia sering dikaitkan dengan usaha menggulingkan kerajaan sedangkan Pakatan Rakyat diketahui umum lebih ingin menukar kerajaan melalui proses pilihanraya setiap lima tahun sekali.

Apa yang sering dipertikaikan ialah proses pilihan raya yang disifatkan tidak adil, berat sebalah dan penuh tipu daya sehingga ia dikatakan antara sebab Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa sehingga ini.

Walaupun difahami oleh rakyat bahawa istilah menggulingkan kerajaan yang dilarang itu ialah percubaan menjatuhkannya secara kekerasaan dan menggunakan senjata atau menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan bukannya menjatuh atau memburuk-burukkan kerajaan yang dipilih dalam pilihanraya atau perdana menteri yang dipilih oleh rakyat, malangnya mufti tersebut tidak menghuraikannya secara terperinci kenyataan beliau.

Abdul Rahman hanya menyatakan pendapatnya itu bersandarkan ijmak ulama Mohamad Abdullah tetapi mengelak untuk berhujah lanjut dengannya sambil berkata, "jika tidak percaya pergilah berhujah dengan ulama yang membuat ketetapan itu".

Kenyataannya yang tergantung dan sekerat jalan ini tentunya boleh mengelirukan dan membuatkan sesetengah orang yang cetek ilmu dan pengetahuan terus beranggapan bahawa usaha menukar kerajaan BN sedia ada atau mengkritik pelbagai kesilapan atau kecurangan kerajaan sebagai suatu dosa besar.

Tentulah ada yang lebih fanatik akan beranggapan bahawa kerajaan yang sedia ada hendaklah dikekalkan sampai bila-bila atau sehingga kiamat kerana percaya menukar kerajaan atau memburuk-burukkan adalah perbuatan berdosa besar dan boleh menyebabkan terhumban ke neraka.

Ia tidak ubah seperti kenyataan mufti Perak, Harussani Zakaria sebelum ini yang menyifatkan peserta demonstrasi sempena tahun baru sebagai golongan "bughah" dan darahnya halal dibunuh.
Nampaknya, selain mufti Perak, ada seorang mufti yang suka perhatian daripada kerajaan dengan mengeluarkan kenyaaan kontroversi tetapi tidak dihuraikan sepenuhnya.

Tidaklah dipastikan apakah tujuan kedua-dua mufti ini mengeluarkan kenyataan separuh masak seumpama itu, tetapi yang jelasnya ia menambahkan lagi kekeliruan masyarakat dan umat Islam.

Sementara ada yang tidak bersetuju, tentulah yang bersetuju juga ramai sedangkan sebagai mufti mereka seharusnya mengeluarkan hujah yang senada yang bersandarkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu, Al-Quran yang satu dan juga ajaran Nabi Muhammad yang satu.

Adalah lebih baik para ulama dan mufti lebih memfokuskan kepada pelbagai masalah dan penyelesaian yang bertimbun-timbun dalam masyarakat daripada ghairah ikut campur dalam konflik politik yang dengan mudah dapat dibaca "kilat dalam kilaunya" atau maksud tersiratnya daripadanya.

Dengan adanya para ulama dan mufti seperti ini, benarlah kata orang-orang beragama dan berilmu dahulu bahawa "pemerintah yang baik ialah yang selalu mendekati ulama tetapi ulama yang tidak baik ialah yang selalu mendekati pemerintah". – shahbudindotcom, 5 Mei, 2014.

 


* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

berkongsi di laman sosial

Kemenangan Pakatan di PRU13 tidak kekal kerana masalah dalaman, berbeza pendapat

Posted: 06 May 2014 06:48 AM PDT

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong bercakap kepada peserta forum di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Mei, 2014.Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong bercakap kepada peserta forum di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Mei, 2014.   

























Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu mungkin menjadi yang terakhir paling kuat untuk Pakatan Rakyat (PR) apabila isu hudud, masalah dalaman parti dan kurangnya usaha mendapat sokongan luar bandar didapati akan mengurangkan sokongan kepadanya dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam forum "PRU14: Adakah akan berlaku lagi tsunami politik?", ahli panel, Liew Chin Tong, Wan Hamidi Hamid dan Hishamuddin Rais berkata sepanjang setahun selepas pilihan raya pada 5 Mei lalu, pakatan pembangkang hanya mendapat sedikit kemajuan untuk mendapat lebih kerusi dalam mengejar impiannya menawan Putrajaya walaupun mendapat lebihan kerusi dalam PRU13.

Liew berkata, isu hudud melemahkan peluang Pakatan untuk menghasilkan tsunami politik dalam pilihan raya akan datang dan meminta PAS mengkaji balik keutamaannya.

PR memenangi 89 kerusi dalam PRU13, peningkatan tujuh kerusi berbanding Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan DAP, PAS dan PKR bersetuju untuk melawan Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu, menyebabkan parti pemerintah itu mengalami kekalahan bersejarah di lima negeri dan Parlimen persekutuan hilang kuasa dua pertiga majoriti.

Liew berkata, hudud hanya mula menjadi satu strategi untuk PAS dalam 1980-an, untuk membezakan dirinya daripada Umno selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mula menyerap simbol Islam dalam Umno.
Pemimpin muda DAP itu berkata, Pakatan harus menumpukan semula tenaganya kepada menyelesaikan isu rakyat seperti masalah lalu lintas, isu kesihatan dan masalah air, dan bukannya menjadi ia isu sampingan kerana hudud.

Beliau berkata, kerjasama antara PAS dan DAP adalah penting untuk Pakatan terus hidup dan mengaum: "Kita tahu apabila DAP tidak bekerjasama dengan PAS, kedua-dua pihak akan berakhir dengan mesyuarat dan menjadi rakan dalam kem Kamunting."

Ahli DAP dan penasihat Insiatif Impian Malaysia, Wan Hamidi berkata, untuk menawan Putrajaya memerlukan pakatan pembangkang memenangi lebih undi di luar bandar, tetapi mereka tidak  melakukan apa-apa untuk memperbaiki kedudukan di kalangan pengundi berkenaan.

"Pada PRU13, kita menyaksikan tsunami bandar, dan ini adalah terbukti di Sabah di mana kawasan bandar dan separa bandar mengundi untuk perubahan.

"Tetapi kita gagal dengan pengundi luar bandar, dan BN akan terus mengambil kesempatan ini melalui persempadanan semula, dengan cara memecahkan kampung ke kawasan pilihan raya yang lebih kecil dan memastikan BN menang walaupun kita mendapatkan undi majoriti," katanya.

Wan Hamidi berkata, kebanyakan strategi kempen Pakatan, seperti berjanji akan mengurangkan harga kereta, disasarkan kepada kelas menengah dan mengenepikan penduduk miskin luar bandar.

"Sayang sekali Pakatan tidak memberi tenaganya untuk perkara ini selepas PRU13 berakhir.

"Sebaliknya, kita mempertikaikan mengenai isu hudud, dan ini membuat orang yang mengundi kita selama ini lebih kecewa dengan kita," katanya.

Beliau berkata, isu itu ditambah dengan kekurangan media alternatif di kawasan luar bandar, dan subsidi yang sedia dibekalkan BN untuk golongan pengundi luar bandar dan miskin.

Hishamuddin, seorang aktivis sosial, berkata Pakatan tidak akan memenangi pilihan raya umum selagi sistem pilihan raya yang ada tidak berubah.

"Ia bukan Umno yang anda tentang, tetapi sistem mengundi dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tidak mungkin tsunami politik akan berlaku kerana Umno dan SPR akan terus merangka sempadan semula untuk menjamin kemenangan mereka," katanya.

Hishamuddin berkata, penyelesaiannya adalah memaksa kerajaan untuk membentuk SPR baru yang tidak akan mengambil jalan keluar dengan amalan persempadanan semula dengan cara gerymandering  untuk mengekalkan status quo politik.

"Berjuta-juta perlu turun ke jalan raya, mengelilingi Putrajaya dan meminta kerajaan menubuhkan SPR baru untuk menguruskan pilihan raya yang bersih dan adil. Pilihan raya sekarang adalah satu pembohongan, jadi mengapa tidak kita mengubahnya?

"Jangan berilusi perubahan dalam kerajaan adalah mungkin sekarang. Dengan sistem pilihan raya yang ada, perubahan adalah mustahil," katanya yang merupakan bekas ahli jawatankuasa reformasi pilihan raya Bersih 2.0.

Tribunal Rakyat  Bersih 2.0 membuat kesimpulan pada Mac lalu, PRU13 tidak dijalankan dengan cara yang bebas dan adil, dan banyak penyelewengan pilihan raya adalah hasil daripada perbuatan sengaja untuk menipu.


Tribunal yang terdiri daripada pakar tempatan dan luar negara berkata, SPR perlu menjalani pembaharuan yang menyeluruh, dan undang-undang harus diubah bagi memastikan badan itu bebas daripada kerajaan.
Ia juga berkata, pilihan raya umum mempunyai bilangan pengundi pos dan awal berlebihan, yang  membolehkan BN memenangi pilihan raya tahun lalu. – 6 Mei 2014.



Tukar Tiub

Tukar Tiub


TOPI KELEDAR

Posted: 06 May 2014 07:14 PM PDT



KOMENTAR
dari maklumat yang diterima 
dari gambar yang dilihat

ada seorang wartawan 
yang memakai topi keledar

memakai topi keledar
ketika menjalan kan tugas
adalah pelik 
tetapi 
inilah  benar berlaku

siapa wartawan ini?
ini soalan hakiki

WARTAWAN 
MENYAMAR POLIS


WARTAWAN
 MENYAMAR POLIS





-------------

MASUKKAN ANWAR KE PENJARA

Posted: 06 May 2014 06:48 PM PDT







Aktivis: Saya gembira jika Anwar masuk penjara

Aktivis terkenal Hishamuddin Rais berkata, beliau "gembira" jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merengkok dalam penjara selepas disabitkan kesalahan dalam kes liwat terhadapnya.

Bercakap dalam forum sempena setahun selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu, Hishamuddin berkata, beliau percaya penahanan Anwar akan menyuntik kebangkitan baru di kalangan rakyat.


Saya gembira jika Anwar masuk penjara, ia perkara yang baik, kita boleh menghasut orang ramai kembali ke jalan raya," kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu.



KOMENTAR

jalan jalan untuk berlibur
naik kereta ke singapura
lebih baik  bercakap jujur
dari bercakap pura pura




---------

SAH INI BIK MAMA

Posted: 06 May 2014 06:15 PM PDT





GAMBAR BIK MAMA

TUKAR TIUP ATAU TIUB
ini tipu! dakwa dakwi tukartiup je ni! 

1.muka sengaja dibuat tak jelas kerana ini perempuan lain bukan rosmah mansor, malahan ini mungkin pondan bukan perempuan, 

2.rambut rosmah mansor lebih ikal dan cantik, sedangkan rambut dalam gambar mirip rambut samy vellu sahaja, cuma bahagian belakang lebih panjang dari bulu, maaf, rambut samy,

 3.rosmah mansor sudah kaya hasil dari usahanya tanpa mengenal lelah menabung semenjak bayi, dan dia mampu sentiasa bergaya bukan sahaja dengan gaun yang cantik seperti dipakai individu dalam gambar, tetapi lebih dari itu rosmah mansor sentiasa bergaya dengan beg tangan mahal seperti birkin ke sana sini, sedangkan individu gambar bukan sahaja tiada beg birkin malahan tiada beg tangan langsung!

 4.paling tidak pun, inu cuma ilusi optik, kotak segiempat warna merah itu cuma kelihatan seakan di bawah kaki individu gambar, sedangkan sebenarnya kotak berada di sisi kaki beliau dan lebih hampir dengan kamera berbanding kaki individu yang terlindung bahagian on RAHSIA TERBONGKAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/6/14
SAHEH INI BIK MAMA

NOTA
sisatan sedang dijalankan
untuk mengenal pasti
siapakah yang bertanggung jawab
mengambil gambar ini
dan
mengviralkan dalam alam maya
kah kah kah
---------

LAWAN TAHANAN TANPA BICARA

Posted: 06 May 2014 06:30 AM PDT





Tahan tanpa bicara, Sosma jelmaan semula 

ISA – Dr Syed Husin »

Dr Syed Hussin Ali
KUALA LUMPUR 5 MEI: Senator Dr Syed Husin Ali berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) adalah jelmaaan semula undang-undang…


KOMENTAR
tahanan tanpa bicara
atas nama apa pun
atas tujuan apa pun
adalah salah

tanahan tanpa bicara
melanggar prinsip hak asasi manusia
melanggar kerangka perlembagaan

agama apa pun dalam dunia ini
kepercayaan apa pun dalam dunia ini
pasti tidak akan menerima
tahnan tanpa bicara

tahanan tanpa bicara
adalah  tuduhan tanpa bukti

malaysia ada mahkamah
bawa yang dituduh ke mahkamah

kalau dibuktikan bersalah
hukum mereka

jika didapati tidak bersalah
bebaskan mereka

----------

PENCERAHAN DARI PEMBACA

Posted: 06 May 2014 05:30 AM PDT




MAT SABU BUKIT GELUGOR


Mat sabu bertanding di Bukit Gelugor? Kalau dilihat dari segi untuk menguatkan PR aku setuju sangat Isham. Tapikena diambil kira keadaan yang dilalui leh PR sekarang disebabkan oleh kes Hukum Hudud ini. Selama ini perti troll sendiri mengutuk Hudud sehingga anak lelaki iskandar kutty melekehkan syariat islam itu dengan alasan ramai orang islam di malaysia akan kudung.

Selama TOk Guru Nik Aziz memerintha kelanatan ,tidak langsumg di pertimbangan perjuanangan ulama itu untuk menjayakan agenda Islam... Mat sabu memang disenangi oleh kebanyakan pengundi bukan melayu khasnya cina,,Dan kalau beliau bertanding di Tempat bekas Harimau jelutung kemungkinan beliau menang kerusi Parlimen Pertama untuk PAS memang cerah.. 

Tapi oleh sebab hukum hudud ini,Gerakan dan MCA boleh memdapat sintikan modal untuk menghentam PR. Andaikata ,Abang Mat bertanding ,maka orang MCA ,gelakan dan troll bukan islam akan melaungkan semboyan bahawa jika Mat Sabu menang maka PR amnya dan DAP kahsnya telah on SATU PANDANGAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 5:31 PM


---------

SATU PANDANGAN

Posted: 05 May 2014 11:10 PM PDT




Sepatutnya DAP letak Mat Sabu bertanding di Bukit Gelugor - Hishamuddin Rais


KUALA LUMPUR:DAP sepatutnya meletakkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor, kata Hishamuddin Rais.

Hishamuddin berkata jika DAP berani mengambil langkah sedemikian ia akan memberi impak yang besar dalam perjalanan politik Pakatan Rakyat terutama PAS.

Katanya, rakyat akan melihat disebalik kontroversi hudud yang dikatakan merenggangkan hubungan antara DAP dan PAS, dua parti itu masih boleh bekerjasama.


-----------

MENGUMPUL KEMENANGAN KECIL

Posted: 05 May 2014 10:47 PM PDT








SILA LIHAT 
memahami apa itu politik jalan raya
memahami kemenangan kecil
memahami apa makna revolusi
mengumpul pengalaman 
membuat ilmu
mengumpul kemenangan kecil 
menanti kemenangan besar

--- ------- --------------

BETUL KE TEMBERANG INI?

Posted: 05 May 2014 09:00 PM PDT



 BETUL KE 
ADA 500 ORANG  BERDEMO?
500 masyarakat Cina Temerloh sertai demonstrasi aman protes hudud
TEMERLOH 4 Mei - Sebanyak 500 anggota masyarakat Cina daerah ini menyertai demonstrasi aman bagi menolak pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Pas Kelantan yang dijadual dibentang di Parlimen tidak lama lagi.
Demonstrasi aman itu diketuai oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Cina Temerloh, Datuk Lai Thin Watt dan Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee.

BETUL KE ADA 
10,000 ORANG BERBASIKAL?



KUALA LUMPUR 4 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbasikal bersama 10,000 peserta KL Pagi Bebas Kenderaan edisi kelima di ibu kota, hari ini. Beliau berbasikal sejauh kira-kira tiga kilo

BETUL KE 
HANYA 15,000 TURUN BERDEMO?


15,000 sertai himpunan anti-1GST • MRM

malaysianreview.com/.../25000-sertai-himpunan-anti-...

Translate this page
4 days ago - Anwar: Ceramah Perdana Bersama 15,000 Di Sg Petani Kedah – 3/05/2013 ... Peserta yang mengambil bahagian akan berkumpul di empat lokasi utama iaitu KLCC, ... Peserta dilarang menggunakan padang Dataran Merdeka kerana kawasan ... Peserta demo anti-GST mula berarak – Malaysiakini BM.


-----------

APA TUJUAN OBAMA

Posted: 05 May 2014 07:58 PM PDT







KOMENTAR 
pada hemat hishamuddin rais
obama datang ke malaysia
dengan tiga tujuan

1- memaksa ttpa di tandatangi
2- mencari potensi pengkalan tentera
3- memperkukuh najib yang lembik


hanya tukar tiub
menulis jelas
berkata benar

US oblivion: Obama's weird tour of Asia


Andre Vltchek is a novelist, filmmaker and investigative journalist. He has covered wars and conflicts in dozens of countries.


At the end of April, President Barack Obama swept through Asia like a storm, leaving behind him all sorts of political debris, as well as confusion, and often even deep embarrassment.
But Obama's visit was disastrous on many other fronts, too. There were trade deals proposed that never fully materialized, including those between the United States and Japan. There were bilateral trade agreements signed between the US and Malaysia, but the 12-country Trans Pacific Partnership (TPP), which commits countries to lower import tariffs and therefore horrifies local producers, never really materialized.......
APA TUKAR TIUB KATA
Legendary Malaysian political activist Hishamuddin Rais (he identifies himself as a 'non-government individual') wrote for this report:
"Obama is trying to recreate the atmosphere of the Cold War in Asia in particular and globally...Obama's trip to Malaysia in particular is aimed at the Malaysian leadership to open up and allow access to the Malaysian market. At the same time America is keen to have a military arrangement with Malaysia, i.e. the possibility of having a base. This is a move partly to control the Southeast Asian market and also to contain what Americans term as the danger of China. Obama is trying to create a wedge between ASEAN nations and China. In Malaysia in particular, with the weak government of Najib Razak, Obama will force Najib to sign the TPPA trade agreement. It is a fact that TPPA will be destructive to the domestic market."
There was plenty of cliché propaganda talk from US officials about 'defending democracy,' about freedom and trade, and about all those 'terrible countries' that the 'benevolent and wise West' has to 'deal with.'

baca sepenuhnya disini:

http://rt.com/op-edge/156224-obama-visit-asia-china/







---------

JANGAN BUAT BUAT LUPA

Posted: 05 May 2014 07:18 PM PDT




KUALA LUMPUR 5 Mei - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini sering melaung-laungkan tuntutan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan, dicabar meletak jawatan jika benar mereka bermaruah ekoran dakwaan wujud manipulasi undi sehingga mencetuskan kekecohan dalam pemilihan parti itu.

KAH KAH 

KAH

woit sebelum heboh
nak jaga moral orang lain
bayarlah hutang 
pada puan ainon muhamad dahulu

lepas tu boleh lah 
heboh hal moral dan maruah

masa bertanding 2008 dahulu
malaon ini dah jumpa
dinsman minta tolong
dinsman kawan baik puan ainon
puan ainon pinjamkan wang pertaruhan
sampai hari ini malaon ini buat deeek


JANGAN BUAT TAK KENAL MUKA INI


Ainon Muhammad @ Ainon Mohd. (lahir di Jenjarum, Selangor pada 11 Februari 1950) adalah seorang usahawan dan penulis yang kreatif dan aktif. Beliau adalah pengasas yang menubuhkan syarikat PTS Media Group Sdn Bhd.[1] Kini, beliau dan suaminya Prof Abdullah Hassan tinggal di Janda Baik, Pahang


NOTA;
tukar tiub kenal baik dengan puan ainon
puan ainon ialah ahli majlis ke 16
persatuan mahasiswa universiti malaya


-----------

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kuloah UAI Tidak Dapat Sambutan?

Posted: 06 May 2014 08:09 AM PDT



Selepas ditekan oleh pihak majlis agama, akhirnya kuliah uai dipindah tempat ke gelanggang futsal.

Alhamdulillah, kehadiran full!

Betul La Kata Ular Mark Muda Umno

Posted: 06 May 2014 01:46 AM PDT



kesian dengan ustaz ngok ni.

Sambutan Ulang Tahun Kerajaan Islam Kelantan

Posted: 05 May 2014 09:05 PM PDT



Sekarang ustaz mad sedang menyampaikan ucapan.

Semoga allah bantu dan permudahkan segala urusan pimpinan kerajaan islam kelantan.

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Maka berkatalah Tuan Guru Ibrahim Ali ...

Posted: 06 May 2014 11:55 AM PDT

  Sahibul Yamaha, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali semalam berkata, tiada sesiapa berhak mempersoalkan keikhlasan mana-mana pihak dalam melaksanakan hudud di Malaysia.

 Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung mengenai keikhlasan Umno ekoran pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung undang-undang Islam itu antara kerajaan pusat dan Kelantan.

 Ahli politik veteran itu berkata, persoalan berhubung keikhlasan hanya Allah yang tahu dan beliau bersyukur jika benar Umno ikhlas dalam isu itu. 

 Dia sudah mendapat petunjuk dan kembali ke jalan yang Allah redhai....Semua ini adalah atas kuasa dan kehendak Allah yang Maha berkuasa.Maqamnya sama tinggi dengan ulama di sini 

Syukurlah kerana Umno ikhlas beri korang BR1M ....dan dijanjikan barang lebih murah bila GST di laksanakan kelak ...Kah! Kah! Kah! Bini aku tak pakai tudung, tapi hatinya ikhlas....korang mana tahu... Aku makan rasuah pun ikhlas! kah!kah! kah!.. 

 Aku hanya akan percaya Umno akan sokong Hudud Kelantan dengan satu bukti sahaja yang perlu memperlihatkan keikhlasannya itu - Berikan hak Royalti Minyak rakyat Kelantan. 

Dia kenal sangat Islam Umno....PAS patut belajar darinya

Posted: 05 May 2014 08:59 PM PDT

PKR dan DAP memang tidak mahu PAS bentangkan rang undang-undang hudud itu bagi mendapatkan kebenaran Parlimen, melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

Tetapi kenapa presiden MCA , Liow Tiong Lai ni gatai mulut gesa PKR dan DAP menghalang rakan sekutu mereka, PAS dari membentangkan enakmen tersebut?

 Bukan Apek tu tidak tahu yang suruh sangat-sangat PAS bentangkan enakmen itu adalah Umno, rakan sekutunya sendiri! 

Dan dia sendiri tahu, Umno hanya acah-acah saja.Bukan baru kali ini dia berkawan dengan Umno. Dia tahu sangat perangai Umno yang lidah bercabang macam biawak! Cakap lain dan akan buat lain.... 

Apek ni tahu jenis Islam yang Umno anuti. Umno hanya haramkan orang bawahan main judi, tapi pemimpin main judi dan menjadi towkey judi tidak mengapa. Umno haramkan orang bawahan minum arak, tapi pemimpin depa minum dan jadi towkey arak tidak mengapa.

Boleh tengok pemimpin Umno dan arak di sini dan  di sini

 Apek ini juga mendapat khabar bagaimana bekas Mufti Selangor Allahyarham Ishak Baharom kena pecat:

 "Saya dipecat hanya dengan satu surat dari Ibu Kota kepada kerajaan negeri Selangor yang berbunyi, Singkirkan Ishak Baharom. Dia penghalang kemajuan " ceritanya di sini 

 Hanya kerana menangkap peserta ratu cantik Melayu Islam yang sememangnya memakai pakaian tiga suku telanjang di depan beribu-ribu orang itu pun boleh mengakibatkan seorang Mufti dipecat, takkanlah Umno sanggup biarkan Hudud terlaksana di negara Malaysia ini?

 Maka atas kefahaman Islam Umno itulah, maka Apek ini telah menyatakan kepada PM Najib kesediaannya  untuk kembali ke kabinet, dan dengan bangganya menyatakan dia teguh bersama Najib:

Teguh bersama Najib dalam menolak Hudud …
Itulah peranan Apek si batu api ini! Dia seronok tengok Pakatan Rakyat bergocoh sesama sendiri dan berpecah. Baca di sini

 PAS, DAP dan PKR  akan terus bercakaran sesama sendiri. Yang akan memerintah Malaysia seterusnya tetap Umno! Apek ni sendiri akan jadi menteri.....

Chiang Mai dilanda gempa bumi

Posted: 05 May 2014 04:07 PM PDT


Gempa bumi berukuran sederhana telah melanda Thailand pada pukul 07:08pm kelmarin. Tempat kejadian adalah berpusat di 138km timur laut Chiang Mai, Thailand dan 1,436km barat laut Padang Besar, Perlis. Tiada ancaman tsunami dilaporkan setakat ini.

Gambar ehsan Earthquaketrack.com
Untuk gambar-gambar lain sila klik  di sini