Nuffnang

Pengikut

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Bkt Gelugor: Liow Tiong Lai mau 'surrender'

Posted: 05 May 2014 07:33 AM PDT


Laporan SB, pasukan seranta dan laporan dari gurkah-gurkah politik telah menunjukan yang siapa juga yang turun membawa bendera 'cap kati' untuk menentang calun dari Pakatan Rakyat/DAP pada PRK Bukit Gelugor untuk ambil tempat Karpal Singh, kali ini akan semakin kurang undi yang akan diterima.

Dan pada satu sesi perjumpaan antara kumpulan taiko-taiko cina dengan Liow Tiong Lai pada hari sabtu lepas, Liow telah diberitahu olih taiko-taiko cina ini bahawa semua undi dari orang-orang cina dari Bukit Gelugor sehingga ke Air Hitam akan diberi kepada Pakatan Rakyat/DAP.

Akibat dari itu, Liow dengan segera telah mengumumkan hanya akan menyenarai 3 nama yang tak ramai orang kenal untuk menjadi calun BN pada PRK itu.

3 nama yang terpilih ini juga sebenar nya terlalu berat hati untuk menjadi calun MCA di Bukit Gelugor kerana tidak mahu menjadi mangsa korban politik.

Akibatnya Liow Tiong Lai telah membuka laluan pencalonan ini kepada sesiapa juga dari parti komponen BN yang bukan dari MCA yang bersedia untuk menentang calun Pakatan Rakyat/DAP, dipersilakan berbuat demikian.

dollah yankee -
umno Bukit Gelugor apa cerita? tak pernah pun dengar ada apa-apa program ...  

Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


RAHSIA TERBONGKAR

Posted: 05 May 2014 06:30 PM PDT



KAH  KAH 

KAH 



KAH KAH 

KAH
woit akhirnya
akhirnya rahsia terbongkar
bila tukar tiub cerita rosmah pakai platform
semua tuduh tt buat tohmah
sekarang saksikan
sila saksikan
bukti
kah kah kah

NOBAT

anak muda yang ambil gambar ini
wajib dinobatkan
sebagai jurugambar tercool
kah kah kah



-----------

AL- FATIHAH

Posted: 05 May 2014 06:00 PM PDT






AL-FATIHAH



KUALA LUMPUR 6 Mei-Seniman lagenda,  Aziz Satar difahamkan meninggal dunia di Hospital Kajang pagi ini. Beliau yang sentiasa diingati dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah meninggal...








-------

MAKAN TANGGUNG MKAN DUIT RAKYAT

Posted: 05 May 2014 06:00 PM PDT






MAKAN DUIT RAKYAT
Cuepacs ni mmg pun haramjadah.. segala harta benda rakyat kalo boleh nak dijadikan harta sendiri.. siang malam meminta2 segala imbuhan hidup senang dr gomen yg mentekendarah duit rakyat.

Duduk hospital dan rawatan selesa hasil kutipan duit rakyat. Mmg standard pekerja gomen ni tahap babi yg teramatlah gaban.. tiap kali aku tgk muka pekerja gomen..hati aku tetap terdetik mengatakan mereka2 ini mmg babi sungguh.. babi haramjadah.. 

Bagi pekerja gomen yg bagus dan berjuang untuk rakyat, aku tetap bersimpati sbb idea sewel aku tetap menggolongkan mereka dlm group pekerje gomen tahap babi.. jika tak nak jadi babi, berhenti gomen saja dan buat kerja lain yg lebih berfaedah.. gomen ni ingat derang ni tuhan boleh bagi rezki kat org laian... on RAMAIKAN LAGI PENGKHIANAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/4/14



--------

KHALID GOHED GOSTAN

Posted: 05 May 2014 06:30 AM PDT




Abdul Khalid nafi sokong GST
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak menyokong cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetapi hanya menyarankan agar pelaksanaannya ditangguhkan sehingga jurang pendapatan diselesaikan.

Beliau menerusi laman sosial Facebook menyatakan, laporan yang mendakwa beliau menyokong cukai yang akan berkuat kuasa 1 April tahun depan itu disalah tafsir oleh media.

"Kenyataan saya mengenai GST disalah tafsir. Saya dengan jelas berkata pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan jika Gini coefficient (ukuran statistik ketidakseimbangan pendapatan dalam negara) adalah kurang daripada 4.5.


KAH  KAH 

 KAH
tergolek dog ketawa
kah kah kah
-----------

LAGI TIPU MAK CIK FELDA

Posted: 05 May 2014 05:30 AM PDT




Ibrahim Mohd Hasan
KERAJAAN telah memutuskan untuk melaksanakan sistem cukai baru yang dinamakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menggantikan sistem cukai...



KOMENTAR
ingat berita ini
simpan berita ini
satu hari nanti 
berita ini akan muncul kembali

ingat macam mana 
kapal selam scorpene 
dijual kepada orang ramai
kapal selam ini terbaik buat kerja 
boleh menyelam
boleh mengintip
boleh menyerang
boleh mencari
boleh menyelamt

tapi bila mh370 hilang
tetiba scorpene 
tidak boleh mencari
tidak boleh menyelamat

hari ini dikatan
gst boleh elak inflasi

tunggu dan lihat
bila inflasi datang
apa hujah kang kong ini EURO SOCCER & THE SCORPENE


---------

MH370 TIPU - INI TIPU LAGI

Posted: 05 May 2014 01:00 AM PDT




 Najib berbasikal bersama peserta KL Pagi Bebas Kenderaan
KUALA LUMPUR 4 Mei - Najib  Razak berbasikal bersama 10,000 peserta KL Pagi Bebas Kenderaan edisi kelima di ibu kota, hari ini.
INI 10,000 BERBASIKAL
cuba bandingkan dengan 
gambar demo anti gst
berapa ribu agaknya?



UTUSAN MELAPOR 

HANYA ADA 15,000 BERDEMO
kalau gambar  berbasikal 10,000 
bandingkan dengan gambar  demo anti gst
berapa agaknya
kah kah kah
------------

NASI PANGUNG KELMARIN

Posted: 04 May 2014 10:30 PM PDT



NASI 

PANGGUNG 

KELMARIN

Displaying 2014-05-05 01.47.50 1.jpg

santai di jalan panggung
tiada yang lebih menyenangkan
apabila melihat senyum terukir di wajah
mereka yang setia disana

Menu dan para penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Hotdog Jln Panggung
Tim Syed Syahir - Roti Canai // Air Mineral
Tim JOSO - Creamy Pumpkin Pasta // Fruit Salad 
Brader Shahril - Roti // Sup Ayam

PEMBANTU
Displaying 2014-05-05 01.51.32 1.jpg

Para penyumbang tenaga; yang sibuk & buat ramai di Jalan Panggong:-
Aisyah, Hazim, Abib, Quratul, Nazrin, Amirul
Faliq dan kawan-kawan yg cool dari JOSO
Hadi dan tim dari UPM, 2 orang awek cun dari UITM
Hijrah, Mus dan mamat-mamat cool & gagalis gengkotak      
 dan semua kawan-kawan yg hadir membantu & memeriahkan scene Jalan Panggong petang kelmarin!

Jangan terlepas merchandise Dapur Jalanan KL, baju & button, hanya terdapat di Jalan Panggung dan kroni-kroni yang berdekatan

ANAK ANAK JOHOR
Displaying 2014-05-05 01.52.45 1.jpg

MERCI, GRACIAS!! TERIMA KASIH SEMUA!!!
adik, abang, kakak, awek dan semua
jemput datang ke Jalan Panggung
Minggu depan kita berdapur lagi
- Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL
- Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
   1479-0000917-05-1 spkl collective

- Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
  Pakwan = 019-267-12-85  atau Hadikhalid = 012-664-88-73

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
04 May 2014
UNTUK KENANGAN
Displaying 2014-05-05 01.50.12 1.jpg
-----------

HILANGNYA SAEKOR SEMBAB

Posted: 04 May 2014 08:28 PM PDT





Muhyiddin tiba di Tashkent bagi lawatan 4 hari ke Uzbekistan
Tashkent: Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent, di sini, sebentar tadi untuk memulakan lawatan rasmi empat hari ke ...


 KAH KAH KAH

woit... TAHU APA SUDAH JADI..kah kah kah

kah kah kah..MALIKUL MULA MERAYAU RAYAU... kah kah kah..

kah kah kah..DULU KE DUBAI MAIN GOLF... kah kah kah..

kah kah kah...SEKARANG KE GOHED GOSTAN PULAK... kah kah kah

woit... APA MAKNA INI?... kah kah kah..

kah kah kah...MAKNANYA MALIKUL NAK BERHENTI KERJA... kah kah kah..

kah kah kah..SEKARANG RAYAU PUAS PUAS... kah kah kah..

kah kah kah..PAKAI DUIT KERAJAAN... kah kah kah..

kah kah kah..AKHIR TAHUN INI... MALIKUL TUTUP KEDAI... kah kah kah..

kah kah kah..TAK CAYA?... kah kah kah..

kah kah kah..TUNGGU DAN LIHAT... kah kah kah

-----------

MEMBACA AKHBAR GEROMBOLAN

Posted: 04 May 2014 08:00 PM PDT





KOMENTAR
ingat macam mana
membaca akhbar milik
gerombolan ketuanan melayu? 
INI TAJUK LAPORAN BERITA
PERMATANG PAUH 3 Mei - Timbalan Presiden Parti Ke­adilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengambil sikap menutup mulut berhubung dakwaan beliau terlibat dengan kegiatan memanipulasi undi dalam pe­milihan parti...




BUKAN INI TAJUK LAPORAN BERITA
PERMATANG PAUH 3 Mei - Timbalan Presiden Parti Ke­adilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengambil sikap menutup mulut berhubung dakwaan beliau terlibat dengan kegiatan memanipulasi undi dalam pe­milihan parti...





---------

DUNIACACAMARBA

0
sumber :-

DUNIACACAMARBA


Hudud: Antara Jalan Lurus dan Berliku

Posted: 04 May 2014 11:07 PM PDT


[HD] SIAPA yang menyatakan Umno tidak inginkan faedah politik dalam isu hudud adalah mereka yang naif dalam politik. Umno adalah parti yang boleh berlakon di sebelah pagi menyokong hudud dan di sebelah petang menentang pula hudud.

Adakah Umno benar-benar serius dalam isu hudud ini. Untuk kenal sikap Umno, kita bandingkan dulu sejarah PAS dan Umno dalam isu hudud ini. Dari sejarah ini kita boleh buat kesimpulan siapakah yang lebih serius dan ikhlas dalam isu hudud ini.

Kita pergi dulu kepada PAS. Terdapat dua Kerajaan Negeri yang dikuasai PAS dan pernah dikuasai PAS iaitu Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri ini telah menjalankan tanggungjawabnya menggubal enakmen syariah yang merangkumi undang undang hudud. Bagi Kelantan, setiap tahun mereka menyambut Hari Hudud bagi menerangkan tentang hukum hudud.

Berapa ramai pemimpin PAS di seluruh peringkat yang berceramah, berforum, berseminar tentang hudud, berdialog dengan mereka yang faham dan yang tidak faham tentang hudud, berwacana dengan penyokong dan penentang hudud sejak sekian lama. Malahan penyokong PAS yang bukan Islam dari Dewan Perhimpunan PAS juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga mereka dalam isu hudud ini.

Saya masih ingat Kerajaan Terengganu di bawah PAS pernah mengadakan seminar dan dialog dengan pelbagai kumpulan politik dan bukan politik dengan meminta mereka memberi pandangan dan kritikan terhadap draf enakmen syariah yang PAS ingin bentangkan dalam DUN Negeri Terengganu. Malahan Umno juga dijemput meskipun mereka tidak hadir.

Saya juga masih ingat, saya bersama sama Datuk Wan Mutalib Embung dan Almarhum Datuk Harun Taib pernah berdialog dengan golongan NGO Wanita termasuk Sisters in Islam di Century Paradise, Kuala Lumpur berkenaan isu hudud. Hatta PAS juga berdialog dengan DAP dan golongan bukan Islam dalam isu hudud. Pokoknya PAS sudah buat apa yang terdaya di dalam kemampuannya mengenai hudud ini.

Kita lihat pula Umno. Meskipun lama berkuasa tidak pernah sekalipun mana-mana negeri yang diperintah oleh Umno menggubal jauh sekali membentang rang undang undang hudud di mana mana DUN yang Umno perintah. Semua orang tahu meskipun Umno menguasai media massa sama ada media bercetak dan elektronik, Umno tidak pernah berusaha memberi penerangan kepada rakyat mengenai kebaikan dan kelebihan hukum hudud. Jika dalam kes GST Umno sanggup gunakan segala prasarana berkempen untuk GST dengan membelanjakan wang berbilion ringgit, Umno sebaliknya tidak bernafsu untuk berkempen tentang hudud dengan semangat yang sama.

Jika Umno yang bermajoriti orang Islam tidak terasa terpanggil untuk menerangkan hudud di televisyen atau di radio yang mereka kuasai, Umno terpanggil pula menentang dan memperlekeh hudud. Kita boleh bawa banyak bukti kenyataan kenyataan para pemimpin Umno memperlekeh hudud. Malahan ada pemimpin Umno yang sanggup mengugut Kelantan dalam isu hudud dan ada juga bekas pemimpin Umno yang cabar hudud di Mahkamah. Apabila Adun PAS di Dun Terengganu baru-baru ini membawa usul untuk bincang enakmen hudud di Terengganu, Kerajaan Trengganu yang dikuasai Umno tolak usul tersebut.

Umno bukan sahaja gagal berdialog, berseminar, berwacana bagi menerangkan kebaikan hukum hudud kepada rakyat, malahan tidak bersungguh memberi penerangan kepada sekutunya MCA atau Gerakan yang amat bernafsu menghentam hudud dengan sesuka hati. Jika DAP menentang hudud kerana berpendapat ia bercanggah dengan Perlembagaan tanpa menghina hukum hudud, MCA pula memperlekeh hudud sehingga sanggup untuk menjadi rantai manusia (human chain) bagi menghalang PAS bentang rang undang-undang persendirian Ahli Parlimen di Parlimen. Sehingga kini kita tidak dengar reaksi pemimpin Umno termasuk Presidennya menegur gelagat MCA dan Gerakan.

Kini secara tiba-tiba Umno mengubah strateginya dalam isu hudud. Umno sedar isu hudud amat mudah untuk memecah belah Pakatan Rakyat. Maka Umno tukar skrip dan tukar watak. Dari watak penjahat kini Umno cuba berwatak hero dalam isu hudud. Ia semata-mata untuk lariskan tiket wayang. Tetapi masih bermain wayang. Bukankan parti sekular seperti Umno berpegang kepada motto matlamat menghalalkan cara.

Adegan pertama watak "hero" Umno dalam wayang gambar ini adalah mencabar PAS bentangkan rang undang-undang persendirian Ahli Parlimen (private member's bill) bagi memberi laluan kepada Kelantan untuk laksanakan hudud. Apabila adanya respon daripada Kelantan, maka diteruskan adegan kedua iaitu pemimpin tertingi Umno menziarahi tokoh PAS. Adegan ketiga watak hero ini adalah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bersama. Bagaimanapun dalam wayang gambar itu ada juga adegan si hero membiarkan rakan sekutunya MCA dan Gerakan mengamuk menyerang PAS dan hudud itu sendiri.

Bagi mereka yang naif politik akan menyatakan kepada PAS bukankan Umno sudah beri peluang mengapa PAS tidak gunakan ruang yang diberi. Ya benar Umno beri ruang tapi diberi ruang yang sempit dengan Umno tinggalkan ruang yang besar. Disuruhnya PAS memilih jalan yang sempit dan berliku meskipun di sana ada jalan yang lurus dan lebih selesa.

Menyuruh PAS membentang rang undang-undang persendirian bagi memberi ruang perlaksanaan hudud di Kelantan adalah ibarat menyuruh PAS menggunakan jalan sempit dan berliku kerana proses pembentangan rang undang-undang persendirian berliku-liku jalannya. Antaranya ia perlu mendapat persetujuan Menteri dan ia juga tidak boleh mengatasi urusan Kerajaan termasuk usul-usul lain. Prosedur terperinci boleh dilihat dalam Artikel 67 Perlembagaan Persekutuan dan Aturan 49 Peraturan Mesyuarat (Standing Orders). PAS pernah melalui Presidennya bentang rang undang-undang persendirian mengenai murtad untuk Wilayah Persekutuan, ia bukan sahaja tidak dapat sokongan Menteri malahan diletakkan di senarai paling bawah dalam aturan mesyuarat Parlimen.

Mungkin ada yang kata itu dulu, kini Umno dah berubah. Ya, Umno dan berubah tapi bukan ubah perangai sebaliknya ubah strategi. Jika ubah perangai paling kurang minta maaf dera rakyat Kelantan selama ini dan beri wang royalti.

Jika Umno serius dalam membantu Kelantan kita berhak bertanya mengapakah Umno sendiri enggan membawa rang undang-undang Kerajaan (government's bill) sepertimana rang undang-undang lain yang biasa dibentangkan di Parlimen. Ia lebih mudah dan Pasti akan berjaya kerana jika undang-undang dibawa oleh Kerajaan ia wajib disokong oleh semua parti komponen Umno termasuk dari Sabah dan Sarawak. Maka jika sekalipun DAP dan PKR katakan tidak menyokong ia masih akan lulus.

Oleh sebab itu, selama ini jika Kerajaan kemukakan rang undang-undang di Parlimen meskipun dalam perbahasan rakan sekutu Umno kadangkalan mengkritik rang undang-undang itu tapi mereka akhirnya masih mengundi rang undang-undang itu. Hal ini kerana jika mereka menolak rang undang-undang yang dibawa oleh Kerajaan akan berlakunya undi tidak percaya dan mungkin terbubar Parlimen.

Keadaan yang sama tidak berlaku bagi rang undang-undang persendirian. Jika PAS yang bawa rang undang-undang persendirian, Umno tidak perlu dan tidak wajib Pastikan rakan-rakan sekutunya seperti MCA, Gerakan, MIC dan ahli ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak menyokong rang undang undang yang PAS akan bawa. Maka jika Umno sokong sekalipun rang undang undang itu tanpa sokongan dari sekutu mereka maka hasrat untuk melihat rang undang-undang itu diluluskan ibarat kata Mat Sabu seperti menunggu ikan keli tumbuh sisik.

Di sinilah kita mempunyai 1001 sebab untuk percaya Umno hanya bersandiwara dalam isu ini. jika Umno serius dalam isu hudud ini, lupakan rang undang-undang persendirian. Sebaliknya Umno perlu bawa rang undang-undang Kerajaan yang kamu kuasai maka ketika itu barulah kewujudan Jawatankuasa Teknikal adalah relevan dan bermakna. - Mohamed Hanipa Maidin/5/5/14


Anjing Dijel SEUMUR HIDUP

Posted: 04 May 2014 10:42 PM PDT



[HM] Phoenix: Seekor anjing baka Pit Bull yang membaham seorang kanak-kanak tahun lalu, semalam dihukum penjara seumur hidup di tempat perlindungan yang dikendalikan di sebuah penjara dan di bawah pengawasan Syerif Wilayah Maricopa, Joe Arpaio.

Hakim Deborah Griffith memutuskan anjing bergelar Mickey itu perlu menghabiskan sisa hidupnya di tempat perlindungan berkenaan.

Pada 20 Februari, Kevin Vicente, empat, dibaham anjing itu, menyebabkan soket mata dan rahangnya cedera.

Akhbar Newsday melaporkan mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun pada masa depan.

Aktivis hak asasi haiwan bertindak membela anjing berkenaan dan berkongsi imej Mickey dalam talian untuk menyelamatkan nyawanya.

Dalam media sosial, berita kejadian ini mendapat sambutan berbelah-bahagi.

Ada yang berpendapat Mickey perlu dibunuh dan sebahagian lagi berkata, langkah menyerahkannya kepada pusat perlindungan adalah lebih berperikemanusiaan.- Agensi/4/5/14


"Raja Sodomi" Didakwa Liwat 50 Budak

Posted: 04 May 2014 10:36 PM PDT


Foto: Merdeka.com

[HM] Pihak berkuasa bandar ini, polis serta Jawatankuasa Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) mula melakukan siasatan kemungkinan suspek pedofilia Andri Sobaro atau Emon meliwat lebih 50 kanak-kanak.

Polis Sukabumi di Jawa Barat menahan Andri Jumaat lalu selepas menerima aduan daripada ibu bapa seorang kanak-kanak.

"Setakat ini, 51 orang tampil mendakwa menjadi mangsanya," kata Ketua Polis Sukabumi Hari Santoso.

Andri, 24, didakwa menawarkan mangsa sebanyak Rp50,000 (RM14) sebelum membawa mereka ke tempat sunyi untuk diperkosa.

"Dia mengumpan mangsa dengan wang atau pakaian," kata Hari.

Lelaki itu, katanya, dipercayai memperkosa 55 kanak-kanak dan kebanyakannya tinggal di kawasan kediamannya.

"Dia mula melakukan jenayah itu sejak Januari lalu dan menyasarkan budak lelaki berusia antara lapan hingga 13 tahun.

"Kami akan terus menyiasat latar belakangnya.

Siasatan awal menunjukkan dia menyedari sepenuhnya tindakannya ketika melakukan jenayah itu.

Dia tidak mengalami masalah mental," kata Hari.

Hari percaya lebih ramai mangsa akan tampil.

Suspek berkenaan akan didakwa mencabuli Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Sehingga semalam, 21 kanak-kanak sudah disoal dan diperiksa oleh polis dan doktor.

Sementara itu, Setiausaha KPAI Erlinda berkata, Andri mengaku meliwat seorang kanak-kanak sebanyak tujuh kali. - 5/5/14

Lanjut di sini.


Berkaitan:

51 Budak Mangsa Cabul

[HM] Sukabumi: Polis Sukabumi semalam berkata, seramai 51 kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa serangan seksual seorang lelaki tempatan dan tidak menolak kemungkinan jumlah itu akan bertambah.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Sukabumi, Sulaeman berkata, polis masih menunggu laporan perubatan bagi mengesahkan jumlah mangsa berkenaan.

"Setakat ini polis belum dapat mengesahkan sebarang angka kerana tidak semua ibu bapa mangsa membuat laporan kepada polis," katanya.

Menurut media, kejadian berlaku sejak Disember 2013 dan suspek dikenali sebagai Nanang Sobari, 24.

Sumber polis berkata, Nanang pekerja swasta dan menjadikan kolam renang di Santa Lio di Gedung Panjang sebagai tempatnya memuaskan nafsu.

Kepada penyiasat, Nanang mendakwa dia pernah diliwat di sebuah kolam renang awam ketika kanak-kanak.

Sulaeman berkata, mangsa kerakusan nafsu Nanang berusia antara lapan hingga 13 tahun.

Katanya, polis turut mengambil keterangan daripada Jabatan Pendidikan Sukabumi.

Sementara itu, satu daripada keluarga mangsa mengakui mengetahui kes menimpa anaknya selepas kejadian heboh diperkatakan penduduk tempatan.

"Semua kanak-kanak yang menjadi mangsanya adalah mereka yang tinggal di kawasan yang sama dengan suspek," katanya. - Agensi/4/5/14


Remaja 13 Tahun Suspek Noda Wanita

Posted: 04 May 2014 10:27 PM PDT


[HM] Banda Aceh: Polis di sini semalam menangkap tiga orang, termasuk seorang budak berusia 13 tahun kerana didakwa merogol seorang wanita.

Polis juga masih memburu lima orang lagi berhubung kes berkenaan.

Ketua polis daerah Langsa, Hariadi berkata, kelapan-lapan suspek menyerbu rumah wanita berusia 25 tahun itu dan menahan mangsa yang ditangkap ketika hendak melakukan seks dengan seorang lelaki berusia 40 tahun yang sudah berkahwin.

"Mereka mengikat lelaki berkenaan di bilik sebelah dan kemudian secara bergilir-gilir merogol wanita terbabit," kata Hariadi, semalam.

Menurut Hariadi, lima suspek yang diburu pihak polis itu sudah dikenal pasti.- Agensi/5/5/14



Dahan Kalimah Allah Dijual RM4.4 Juta

Posted: 04 May 2014 09:12 PM PDT


[HM] Riyadh: Seorang ahli perniagaan dari negara Teluk sanggup membelanjakan SR5 juta (RM4.15 juta) untukm membeli dahan yang berukir kalimah Allah.

Ahli perniagaan yang tidak dikenali itu membelinya daripada Ahmed Al Gamdi, anak orang yang menemui dahan berkenaan ketika menebang pokok kurma lebih 25 tahun lalu.

"Dahan itu dijual SR5 juta (RM440 juta) di satu pameran seni di ibu negara minggu lalu.

Ia dibeli oleh ahli perniagaan dari negara di Teluk Arab," lapor akhbar Sabq.

Gamdi berkata, selepas 25 tahun bapanya memotong pokok berkenaan di Makkah, barat Saudi, kalimah Allah itu masih kekal pada dahan itu sedangkan yang lain musnah.

Katanya, kebanyakan dahan lain pokok itu sama ada mati atau bentuknya berubah kecuali dahan yang mempunyai kalimah Allah itu saja kekal dan tidak berubah.- Agensi/5/5/14

Lanjut di sini.

[BIADAP] Ulama Muda UMNO Samakan Muslimah Bantah GST Seperti PELACUR, Dr Asri BANTAH!

Posted: 04 May 2014 06:31 PM PDT


[TMI] Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ‎kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan pelacur kelas atasan.

‎Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat menjatuhkan martabat Rasulullah.

‎Mohd Asri berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.

"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.

"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kenyataan ulama Umno yang menyamakan Muslimah bertudung yang menyertai protes sama dengan pelacur golongan atasan ditulis dalam entri laman Facebooknya atas nama 'Abu Amru Radzi Othman' pada Jumaat lalu.


Gambar diambil dari laman Facebook Abu Amru Radzi Othman, 5 Mei, 2014.Pada laman Facebooknya turut menyatakan lelaki yang menyokong Muslimah bertudung tersebut keluar berdemonstrasi ibarat para pelanggan yang ghairah merasai pelacur yang dilanggannya.

"Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.


"Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap," katanya seperti yang dipetik dalam ‎laman Facebook itu.

Selain itu, bekas mufti itu turut menolak dakwaan ulama Umno itu terhadap kritikan menyatakan ia sebagai kiasan dan ramai yang tidak memahami bahasa Melayu.

"Ini bukan mengenai pandai atau tidak bahasa Melayu atau faham atau tidak, kerana individu yang menulis itu pun bukannya tahu bahasa Arab," kata Mohd Asri.

Katanya, golongan seperti ini menggunakan agama untuk memaki orang lain, berniat jahat dan menunjukkan kecenderungan sangat bahaya.

"Budaya maki hamun ini sangat merbahaya," katanya.

Justeru itu, beliau menyarankan supaya Umno cuba mengelakkan daripada mempunyai kaitan dengan golongan yang berakhlak sedemikian.

"Kita katakan buruk nilai budinya. Saya rasa Umno perlu mengelak daripada dikaitkan dengan ahli seperti ini," katanya.

Bagaimanapun, status ulama Umno itu menerima kritikan daripada pengguna Internet yang lain dalam Facebooknya.

Ekoran daripada kritikan tersebut, pada hari yang sama, ulama Umno itu sekali lagi menulis di entri Facebooknya untuk mempertahankan kenyataannya itu.

Dalam statusnya Abu menulis, "siapa yang terasa adalah jahil budaya" yang merujuk kepada kenyataan menyamakan penyertaan Muslimah bertudung dalam demonstrasi sebagai pelacur golongan atasan.

Katanya lagi, ‎mereka yang mengkritik kenyataan itu jelas jahil dengan budaya Melayu walaupun berbangsa Melayu.

"Guru bahasa Melayu sering berkata bahawa bukan semua bangsa Melayu itu faham bahasa dan budaya mereka," katanya.

Ulama muda Umno itu mengakui kenyataannya itu mengundang ketidakpuasan hati orang ramai, terutama peserta demonstrasi Khamis lalu.

"Tapi tidak kurang juga orang yang condong kepada PAS dan neo-Khawarij dan beberapa orang yang kononnya berbudaya tinggi merasa kecil hati lantas marah," katanya.

Ulama muda itu turut mempertahankan kenyataannya itu dengan menyamakannya dengan karya novel SHIT tulisan sasterawan negara Datuk Shahnon Ahmad.

Katanya, sekiranya novel tersebut banyak dipertahankan orang ramai, jadi mengapakah kenyataannya dikritik.

"Kalau buku SHIT dipertahankan lalu ibarat di atas tentang sebab apa, sebab ibarat itu terkena batang hidung sendiri," katanya.

1 Mei lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat turun ke jalanan dalam demonstrasi bantahan besar-besaran pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Demontrasi itu dianjurkan gabungan bersama 95 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. – 5 Mei, 2014.


[Video] Isu Hudud: Saya tidak percaya pada UMNO sampai bila-bila - Husam

Posted: 04 May 2014 05:26 PM PDT



BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT