Ahad, 4 Mei 2014

dollah yankee

dollah yankee


Golf ada main?

Posted: 04 May 2014 06:29 AM PDT

TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin diberitakan akan melakukan lawatan rasmi ke Uzbekistan mulai Isnin ini. Kalau bertujuan merapatkan hubungan perdagangan, pendidikan dan pelancongan  dua negara, gurkah-gurkah politik di'port' amat menyokongnya. Tetapi jika hendak selit sana sini `golfing', itu pun kita sokong 100%. Kalau mahu gurkah-gurkah ini nak cadangkan Tashkent Lakeside Golf Club... 
KahKahKahKah..lepas tu kita semua pakat-pakat maki dia ramai-ramai !!

Lawatan Muhyiddin Yassin ke Uzbekistan perkukuh hubungan


KUALA LUMPUR: Lawatan rasmi tiga hari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Uzbekistan yang bermula hari ini, dijangka mampu mempererat dan memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama antara kedua-dua negara. 

Kementerian Luar menyatakan lawatan itu memberi peluang kepada Malaysia membincangkan isu dua hala selain bertukar pendapat berhubung isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama dengan pemimpin di Uzbekistan. 


dollah yankee -
 Apa program lawatan pun tak cerita!


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KULIAH MENARIK

Posted: 04 May 2014 05:53 PM PDT

DR ABDULLAH YASIN Tajuk : Waspada Terhadap harta


 

Muhasabah Dalam Musibah - Ustaz Yusra




Kuliah Ust Shamsuri - Hadis sabar atas musibah 1





Sabar atas musibah







Hadis - Lewatkan Solat Isya - Ustaz Hj Shamsuri Part 1& 2












'Jangan ancam penjawat awam'

Posted: 04 May 2014 05:27 PM PDT


Kerajaan ini bukan bapak dia punya.Akai kurang.Nak bodek pun patut-patut la..pencen duduk soqang-soqang dalam rumah.

Ketua Pemuda GERAKAN Tan Keng Liang berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa tidak seharusnya mengancam untuk memecat penjawat awam yang menyertai perhimpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Jumaat lalu.

"Kerajaan persekutuan BN bukan satu pemerintahan kuku besi... Sebagai ketua setiausaha kepada kerajaan, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan," katanya.

Dalam kenyataan itu, Tan juga berkata Ali sepatutnya menyerahkan kes kepada polis jika terdapat mana-mana penjawat awam yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Penjawat awam masih rakyat Malaysia. Mereka tidak harus diancam dengan pelucutan jawatan kerana mereka bertindak mengikut hak yang dilindungi perlembagaan persekutuan," katanya.

Pemuda GERAKAN juga menggesa ketua setiausaha negara agar tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya yang bertentangan dengan perlembagaan.

"Ini bertentangan dengan prinsip asas BN," katanya.

Seramai kira-kira 50,000 orang menyertai perhimpunan raksasa pada 1 Mei lalu bagi menyatakan bantahan ke atas GST, yang akan berkuatkuasa April tahun depan.

Ali dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan itu memberi amaran bahawa penjawat awam yang menyertainya boleh dikenakan tindakan termasuk diberhentikan kerja.

Beliau memberi alasan, penjawat awam tidak boleh menentang aspirasi dan dasar kerajaan.

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014. Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia?

Posted: 04 May 2014 05:16 PM PDT





Kekuatan Tentera Israel 2014
Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014. Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas Berita Semasa hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam. Apakah kredibiliti…..
Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara termasuklah Astro Awani semalam. Bagi Berita Semasa sendiri….
Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. Nasihat Berita Semasa hentikan pembohongan ini.
GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk  "entertainment" semata, jangan percaya. Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini :
Melihatkan senarai ranking yang kekuatan tentera di dunia 2014 membuatkan Berita Semasa terpinga-pinga dan tersenyum seketika.
Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore "tumpas" kepada kekuatan ketenteraan Malaysia. Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014

Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, Berita Semasa boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia. Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
  • Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
  • Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.
P/S : Berita Semasa yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan negara.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PROGRAM -JANGAN JADI HASAN MALEK

Posted: 04 May 2014 07:28 PM PDT









FORUM 

MALAM INI

SIARAN LANGSUNG FORUM
radio bangsar akan membuat
siaran langsung untuk pendengar
diluar kyala lumpur

 Isnin 5 Mei 2014,

 Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor

 8.30 malam


KHAMIS 8 MEI 2014
tukar tiub buat
LAWAK BERDIRI
di petaling jaya
kah kah kah
kah kah
kah
.

SABTU 10 MAY 2014

KELAB BANGSAR UTAMA

BUKU PERTAMA 

ADAM ADLI

  
---------

SEKARANG BARU BERANI

Posted: 04 May 2014 07:00 PM PDT





Obama berniat jahat mainkan perasaan umat Islam, kata Ibrahim Ali

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Obama berniat jahat mainkan perasaan umat Islam, kata Ibrahim AliIbrahim Ali hari ini sekali lagi menyelar kedatangan Barack Obama ke Malaysia dan terbaru mengecam pertemuan presiden Amerika Syarikat (AS) itu...SELANJUTNYA


KAH KAH KAH
woit obama dah celah
baru berani cakap
masa malaon  ada di kl
senyap menikus
kah kah kah 

NOTA
ni sure bini 
bagi keluar rumah
kah kah kah

----------

MANA AZMIN CEKUP DUIT?

Posted: 04 May 2014 06:30 PM PDT




FACE BOOK


Eddie Yunus added 4 new photos.
1 hr · 
Hellooo AZMIN ALI n THE GENG... GUA MAU tanya sama luuu ORG.... Siapa yg KELUAR DUIT UTK menyelamat kan banggunan pejabat PKR PUSAT Tropicana daripada di halau KELUAR OLEH tokey banggunan tuu.
Sebab PKR tk bayar sewa banggunan??!!!... Bagi TAU kt AKU SKRG WAHAI AZMIN ALI n THE GENG??!!.. TAN SRI KHALID IBRAHIM ke AZMIN ALI kihkihkih.....

FACE BOOK



Azmin kena jawab ni....




-----------------

SIAPA DI BELAKANG TIPU UNDI

Posted: 04 May 2014 06:00 PM PDT








FACE BOOK



DSAI mengesahkan terdapat manipulasi dan penipuan undi pemilihan PKR di Batang Sadong dan beberapa tempat lain setelah beliau sendiri meneliti kertas2 undi tersebut.

Sebelum ini terdapat pihak yang pro Azmin menafikannya dan menganggap itu ialah fitnah terancang dari pihak tertentu terutamanya dari pihak pro TSKI.

Soalnya sekarang, setelah penipuan tersebut disahkan benar berlaku, apakah motifnya?
Atas arahan siapa? 

AMARAN ! SILA AMBIL PERHATIAN

Posted: 04 May 2014 01:00 AM PDT






 


FACE BOOK  


Selain dari bantah GST dikenakan akibat perangai boros pemimpin umno BN, Rosmah yang perangai lebih sudu dari kuah juga kami tuntut .

Turunkan berat badan. Dah kehulu kehilir ikot Najib. Malu lahh.. kata bear kan marah..

-----------

HARIMAU JELUTONG

Posted: 03 May 2014 09:39 PM PDT





DENGAR  LIHAT 

dan 

BACA




KARPAL SINGH – HARIMAU JELUTUNG


saudaraku
kau telah pergi
kau gugur dalam perjalanan
kau gugur dalam tugas
kau gugur menegak keadilan

lalu menangis anak segala bangsa
lalu menangis tahanan dalam penjara
lalu menangis isteri yang suami akan digantung
lalu menangis ibu yang anak dalam lokap
lalu menangis perlembagaan persekutuan
tanpa peguam datang membela

matahari menjadi gersang
hujan turun ditengah hari
menangisi kau yang tiada lagi

karpal singh
oh karpal singh
kau menjunjung ubur perlembagaan
kau pejuang rakyat tertindas
kau penengak keadilan
kau dinobatkan harimau jelutung

saudaraku
terimalah salam ini dari aku
terimalah selamat jalan ini dari aku
terimalah seribu suara
terimalah seribu laungan
kaulah anak malaysia
kaulah pemangkin sejarah keadilan
kau dinobat harimau jelutong
kaulah wira anak semua bangsa

karpal singh
oh karpal singh
kau menjunjung ubur perlembagaan
kau pejuang rakyat tertindas
kau penengak keadilan
kau dinobatkan harimau jelutun


NOTA
lagu ini masih lagi cetak pertama
sedang diusahakan untuk dirakam
secara profesional
tunggu dan nanti
musik: nik jidan/mat celak
senikata: hisahamuddin rais

 -----------

RAMAIKAN LAGI PENGKHIANAT

Posted: 03 May 2014 08:48 PM PDT







KOMENTAR
ini yang kita perlukan
inlah pemimpin kesatuan 
yang wajib kita semua sanjung

berbanggalah wahai
semua pengkhianat

pemimpin sademikian
akan membakar kemarahan
pemimpin sademikian 
akan menjadi  penjawat awam meluat

tak perlu susah susah
tak perlu kempen menghasut hasut
tak perlu di ajar tentang gst
penjawat awam akan mendapat kesedaran
dari puncuk pimpianan

lagi banyak pemimpin saperti ini
lagi cepat 
lagi ampoh gerakan jalan raya
lagi ramai pengkhianat
lagi cepat kita bacakan talkin
untuk united malays national organisation

TENGOK DAN LIHAT


Cuepacs: Penjawat awam sertai protes anti-GST dianggap pengkhianat

Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
  
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.
  
"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan... jadi suka atau tidak mereka perlu akur.
  
"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.
 
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan CBP hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.
  
"Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib. Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta.


 
"Perdana Menteri sentiasa membuka pintu kepada Cuepacs mendengar rintihan dan keluhan pekerja dalam sektor awam, yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak tekanan hidup dan melihat apa yang diperlukan dalam sektor awam. Jadi tidak perlu melibatkan diri dalam perhimpunan," katanya.
  
Beliau berkata Najib turut meminta penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan paling penting mengharapkan agar penjawat awam dapat membantu usaha menyuntik pendapatan negara bagi menampung kos sara hidup penjawat awam.
  
"Bagi meningkatkan pendapatan negara, produktiviti daripada semua penjawat awam diperlukan dan bagi mengekalkannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga. Cuepacs dan kerajaan masing-masing mahukan sesuatu jadi di sini kita perlu bersama-sama berusaha untuk memenuhi kehendak satu sama lain," katanya.
- TIEWNAMA

---------

BANTUAN DI PERLUKAN

Posted: 03 May 2014 08:06 PM PDT





SILA LIHAT
permohonan bantun
bantuan diperlukan
sila bantu
sila hulur

-


NOTA
siapa anak muda ini?
yang baik hati?

--------