MIMPI SENJA |
- Apabila ketagih dengan kuasa, semua janji dilupakan
- Rafizi: Siasat semula Musa Aman
- PRK Kajang : Gelanggang jatuhkan Najib?
- Kenapa dengki saya tutup aurat - Felixia Yeap
- Mangsa jiran nafsu songsang
- PKR Siasat Laporan Azmin Saman Suara Keadilan
- Micheal Chia dipenjara 1 tahun dan 1 sebatan kerana menipu
Apabila ketagih dengan kuasa, semua janji dilupakan Posted: 26 Feb 2014 11:21 PM PST Pada sekitar 1985/86 kedengaran rakyat dan ahli-ahli Umno sendiri tidak begitu selesa dengan perkembangan baru dalam kerajaan dan negara kerana budaya meninggalkan perjuangan asal Umno itu semakin jelas. Ciri-ciri pemimpin menumpukan untuk mengumpulkan harta kekayaan sudah menjadi semakin nyata. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sebelum itu mendapat sokongan berbilang kaum sudah mula diabaikan oleh pimpinan semasa itu dan kerajaan mula menumpukan hanya kepada pembangunan fisikal untuk menjadi bahan tayangan dan "testimonial" kepimpinan Mahathir yang baru berusia 6 tahun semasa itu. Pimpinan mengambil pembangunan fisikal sebagai satu-satunya ciri pembangunan negara tanpa menghiraukan pembangunan nilai moral dan kemasyarakatan yang maju. Secara cepat masyarakat telah dibentuk sebagai masyarakat materialistik dan menganggap kemajuan ekonomi seseorang itu sebagai petanda arah kemajuan negara Pimpinan berbangga dengan lapangan terbang yang cantik dan besar, jambatan yang terpanjang dan bangunan yang tinggi-tinggi serta tiang bendera yang tertinggi dalam dunia sebagai tanda kemajuan. Suatu ketika dahulu dalam kawasan Angkasapuri ada sebuah gong yang dibanggakan sebagai tanda kemajuan negara kerana gong itu merupakan gong yang terbesar di dunia. Segala-galanya mesti dilakukan dengan tergesa-gesa untuk melihat negara berkembang kemajuan tanpa "planning" yang difikirkan cermat sebelum melaksanakan projek pembangunan. Dalam pembangunan fisikal negara yang tergesa-gesa itu banyak elemen penting untuk rakyat diabaikan dan dengan deras sikap materialistik rakyat wujud dengan jelas sehinggakan ada yang bertanya, "berapa harga yang terpaksa ditanggung semata-mata kerana pembangunan yang begitu cepat" tanpa sebarang perancangan yang teliti untuk membawa pembangunan negara yang seimbang diantara pembangunan fisikal, material dan sosial rakyat. Maka perasaan dan keresahan rakyat terzahir dengan tindakan banyak bahagian Umno mencadangkan supaya Mahathir diketepikan untuk menjaga masa depan negara dan rakyat. Sebanyak 38 bahagian Umno mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyumbang kepada kepimpinan negara dengan meminta beliau bertanding dan menyaingi Dr Mahathir sebagai presiden Umno dan seterusnya menjadi perdana menteri negara ini. Hasilnya Mahathir berjaya mempertahankan kerusi presiden itu dengan majoriti 43 undi sahaja – satu keputusan yang sangat "controversial" semasa itu. Jika kita teringat janjinya (Mahathir) semasa mengambil alih kepimpinan Umno pada tahun 1981 sebelumnya kita beranggapan yang Mahathir akan berundur daripada kepimpinan negara. Beliau berjanji jika ada tanda-tanda yang sebahagian daripada rakyat sudah tidak menyokongnya beliau akan berundur secara terhormat. Tetapi apa yang beliau lakukan adalah sebaliknya. Semasa berkempen dalam pemilihan itu beliau berkata menang satu undi pun itu adalah kemenangan. Beberapa hari selepas itu beliau membuat kenyataan, jika beliau kalah sekali pun beliau masih boleh menjadi perdana menteri dengan bersandar kepada sokongan di Parlimen dan pelbagai alasan yang lain yang bertentangan dengan janji beliau semasa mengambil alih kepimpinan daripada Hussein Onn enam tahun sebelum itu. Jika Mahathir mengambil sikap Tun Hussein Onn dan berundur dengan kekurangan keyakinan rakyat itu, ramai berpendapat keadaan sekarang tidak akan menjadi begitu nyata. Lagi pun itu bukan janji sesiapa, tetapi janji itu adalah janji beliau sendiri untuk berundur jika ada sebahagian rakyat yang sudah tidak menggemari beliau lagi. Tetapi beliau mengambil tindakan yang terbalik dari apa yang beliau telah janjikan. Oleh kerana beliau mahu lagi meneruskan duduk di kerusi perdana menteri itu lebih lama lagi, beliau telah menghancurkan semua pihak termasuk membakar semua institusi demokrasi dan juga membunuh partinya sendiri yang kemudiannya diarahkan kesalahan kepada pihak lain. Ini kejadian kejadian yang tidak dapat dilupakan oleh setengah pihak yang insaf dan kebanyakan darpadai mereka kini berada jauh daripada politik "gutter" seperti ini. Politik diambil alih oleh mereka yang tidak mempunyai roh perjuangan asal lagi. Dengan keadaan begitu, ramai yang menyertai pasukan Mahathir tidak lain daripada hanya untuk mendapat laba kepimpinan dan kuasa, semata-mata untuk kuasa. Lebih baik kita berterus terang kerana itu sahaja yang boleh membikin sesiapa yang ingin membetulkan keadaan poltik itu boleh menyelesaikan masalah. Masalah akan hanya selesai jika masing-masing memahami bagaimana masalah itu timbul dan dengan itu boleh membuka kembali kekusutan yang tersimpul sekian lama. Pihak-pihak yang bergaduh sekarang tidak boleh menyelesaikan kekusutan ini, bukan parti-parti politik, dan bukannya mereka yang berjaya mengumpulkan orang untuk menolak kumpulan yang lain untuk mendapatkan kuasa. Yang mampu membina kembali politik dan negara yang aman seperti yang pernah kita alami dahulu, hanya boleh dilakukan dengan jiwa yang sabar dan luhur dan tidak mungkin oleh mereka yang berjuang diatas landasan parti-parti politik semata-mata. Tetapi saya ulangi, keadaan buruk yang wujud hari ini adalah keadaan yang boleh membawa keadaan untuk menunjukkan perbezaan jika kita telah bersedia untuk memulakan agenda baru politik negara, dalam negara yang baru dan dalam keadaaan dan situasi yang baru. Kita terlalu jauh tersasar dan marilah memulakan langkah untuk berbaik-baik di antara satu dengan lain sampai ketahap kita rela untuk tidak mendapat apa yang kita hajati semata-mata kerana kepentingan negara yang kita dahulukan itu. Tidak perlu kita merancang pilihanraya kecil misalnya, semata-mata kerana kepentingan politik peribadi dan menggunakan isu yang dirancang untuk menghalalkan tindakan politik "gutter" yang mengelirukan ini. Cukup-cukuplah, berikan pemimpin yang mampu membawa kesejukan kepada negara daripada memilih dia ntara pemimpin yang sentiasa berperang di antara satu dengan lain, memilih salah satu diantara dua pihak yang berperang seperti sekarang ini, ia tidak akan membawa apa-apa kesejukan kepada negara. Jangan diikutkan hati, nanti mati. – aspanaliasnet.blogspot.com, 27 Februari, 2014. |
Rafizi: Siasat semula Musa Aman Posted: 26 Feb 2014 09:59 PM PST Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyeru supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kembali siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat balak dengan bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia. Pemimpin muda itu berkata, hukuman bersalah ke atas Michael itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya. Mahkamah Sesyen Sandakan di Sabah semalam mengenakan hukuman penjara setahun dan satu sebatan ke atas Michael yang terbabit dalam kes cubaan menipu wang RM2.5 juta 10 tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan Elsie Primus ketika menyampaikan hukuman itu pada Rabu lalu berkata Michael telah didapati bersalah atas cubaan menipu dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kesnya. Katanya, Michael tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau jawatan di dalam kerajaan, maka dia sendiri tidak ada kuasa untuk memberikan permit membalak. "Hakikatnya dia boleh mengutip wang dari syarikat-syarikat balak memberi gambaran bahawa syarikat dan pengusaha balak tahu bahawa dia menjadi orang tengah bagi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan pemberian permit balak. "Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Musa. "Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari ICAC di Hong Kong menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah," kata Rafizi dalam kenyataan media hari ini. Tamparan kepada Nazri Menurut beliau, keputusan bersalah terhadap Michael juga adalah satu tamparan kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael, terutamanya apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik lelaki itu seperti yang didedahkan sebelum ini. Nazri bagaimanapun, tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Musa dan Michael yang mengundang kontroversi sebelum itu. Rafizi berkata, walaupun keputusan terhadap Michael ini adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama. Namun, menurut Rafizi, kes yang membabitkan permit membalak di Sabah itu adalah salah satu kes utama yang memberi gambaran bagaimana permit membalak telah disalah gunakan oleh ahli-ahli politik dan pegawai awam untuk membina kekayaan peribadi. Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas, tambah beliau. - FMT Turut baca |
PRK Kajang : Gelanggang jatuhkan Najib? Posted: 26 Feb 2014 08:11 PM PST Mungkinkah Kajang akan dijadikan makmal ujikaji KPI Najib sebagai desakan beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri? Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Kajang tidak akan merubah lanskap politik Selangor dan negara. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, kerusi Kajang adalah kerusi DUN. Jika Anwar Ibrahim menang sekalipun, dia hanya boleh jadi Menteri Besar Selangor bukan jawatan Perdana Menteri. Mungkinkah maksud kata-kata Muhyiddin itu. kerusi DUN Kajang seperti DUN Penanti, tidak begitu penting dan BN boleh tidak meletakkan calonnya dan memberi kemenangan walkover kepada PKR. Tetapi BN mengambil keputusan untuk meletakkan calon MCA. Yang mengumumkan calon BN ialah Muhyiddin Yasin. Menurutnya, BN tidak boleh melepaskan peluang untuk menawan kerusi Kajang. Mutakhir ini, dua tokoh yang banyak membuat kenyataan mengenai PRK ialah Muhyiddin Yasin dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir kelihatan bersungguh-sungguh menyerang Anwar Ibrahim. Tetapi dalam masa yang sama, orang yang rapat dengan Mahathir, iaitu Tun Daim Zainuddin dan sahabat rapatnya, Datuk A Kadir Jasin hampir setiap hari mengkritik dasar dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam politik, Mahathir adalah seorang Machivellian yang sebenar-benarnya. Jika Machiavelli masih hidup hari ini, dia pasti terpukau dengan cara Mahathir mencatur langkah politiknya. Matlamat Mahathir untuk terus berpengaruh dan mengekalkan legasinya dalam Umno dan negara. Jika Najib berjaya dengan dasar-dasar barunya, dengan sendirinya legasi Mahathir dilupai. Tun Abdullah Ahmad Badawi cuba membuat perubahan dan keluar daripada kepompong Mahathir tetapi dia gagal. Orang yang dipilih mendesak Abdullah berundur ialah Muhyiddin Yasin. Mungkinkah sekali lagi Muhyiddin akan diperalatkan untuk menjatuhkan Najib? Mahathir menganggap dasar ekonomi dan pendekatan politiknya adalah yang terbaik untuk Malaysia. Memang diakui selain melahirkan ramai bilioner bukan Melayu, dasar ekonomi Mahathir juga melahirkan beberapa orang bilioner Melayu, tetapi bilioner Melayu yang tidak membantu bangsa Melayu dan bumiputera. Tun Hussien Onn melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 1981 untuk memberi laluan kepada Mahahtir kerana dia yakin dengan political will Mahathir yang kuat boleh menjayakan DEB yang berbaki sembilan tahun (1990). Tetapi selepas 22 tahun menjadi perdana menteri, rakyat dapat menilai samada DEB berjaya atau sebaliknya. Barangkali dasar ekonomi Mahathir adalah yang terbaik di zamannya. Tetapi dasar yang baik 10 tahun yang lalu tidak semestinya dasar yang baik untuk dilaksanakan pada hari ini. Saya membaca blog Mahathir mengkritik dasar-dasar ekonomi Najib. Masalah Najib sebenarnya bukan dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Najib tidak pernah ada masalah peribadi atau dendam dengan pemimpin-pemimpin itu. Masalah Najib adalah dengan Mahathir dan kuncu-kuncunya. Sebab itu setiap kali ada usaha mengujudkan kerajaan perpaduan atau usaha perdamaian, Mahathir. orang pertama mengeluarkan kenyataan menghalangnya. Usaha mengujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS pernah dilakukan Abdullah Badawi juga dihalang Tun Mahathir. Sepintas lalu jika diperhatikan kritikan terbuka dan serangan keatas Najib lebih hebat dan tersusun berbanding dengan serangan keatas Abdullah Badawi. Pemain-pemainnya adalah orang yang sama menjatuhkan Abdullah termasuk beberapa orang blogger pro Umno tetapi di bawah payroll Yayasan Perdana. Menang benar jika dibuat perbandingan keputusan PRU 2008 dan PRU 2013, persembahan Najib lebih buruk daripada Abdullah. Jumlah kerusi BN yang dipertahan Najib merosot menjadi 133 daripada 140. Tetapi harus ingat, Pak Lah kehilangan empat negeri, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak, manakala Najib menawan semula dua negeri iaitu Kedah dan Perak. Seperkara yang amat tidak disukai Dr Mahathir bila Abdullah enggan mengikut telunjuknya dan cuba keluar daripada bayang-bayang Mahathir. Abdullah katanya lebih mendengar nasihat budak-budak dari tingkat empat sebagai merujuk kepada anak menantu Abdullah iaitu Khairi Jamaluddin.Hari ini, KJ berada dalam kabinet Najib dan merupakan salah seorang daripada sebilangan kecil pemimpin Umno yang benar-benar kelihatan membela Najib. Seperti Abdullah, Najib juga cuba keluar daripada bayang-bayang Mahathir. Pada pemilihan Umno yang baru berlalu, Datuk Mukhriz Mahathir tidak mendapat sebarang undi daripada negeri Pahang. Mungk FMinkah Kajang akan dijadikan makmal ujikaji KPI Najib sebagai desakan beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri? Hanya Mahathir dan Muhyiddin yang boleh memberikan jawapannya. - FMT |
Kenapa dengki saya tutup aurat - Felixia Yeap Posted: 26 Feb 2014 06:12 PM PST SHAH ALAM - Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat. Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik. "Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya... "...adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu? "Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya. "Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?," katanya yang dipetik menerusi lama Facebooknya, semalam. Perkongsian Yeap itu, telah menarik pelayar Facebook untuk menyokong dan memberi semangat kepada beliau. Menurut Abdul Nizam Khalid, ramai yang tahu bahawa menutup aurat adalah hukum wajib dalam Islam tapi hakikatnya menutup aurat adalah naluri yang fitrah bagi seorang wanita. "Ini antara sebabnya bukan Muslim juga turut mengenakan hijab di seluruh dunia. Teruskan, anda berada di landasan yang betul," tulisnya. Sementara Nazilah Zainal pula menyarankan agar Yeap mengabaikan kata-kata nista tersebut dan menjadi diri sendiri. "Sayang jangan dengar cakap orang ya.. Hanya kamu tahu apa yang kamu buat. Diri kamu, bukan diri mereka. Jaga diri, semoga selalu menjaga kehormatan... Bangga dengan kamu!," tulisnya. Ini bukan kali pertama Yeap dikritik ekoran tindakannya berhijab. Pada awal kemunculannya mengenakan tutup kepala, ramai Muslim mengganggapnya sebagai "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab. Mereka berkata, sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi. Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog mengkritik tindakannya dan menyifatkannya sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk mendapat lebih populariti dan kemasyhuran. Ada juga yang meninggalkan laman media sosial Yeap selepas beliau berhijab. - SH 27/2/14 |
Posted: 26 Feb 2014 02:53 PM PST Kepala Batas: Tidak tahan menjadi pemuas nafsu jirannya, seorang kanak-kanak mengadu perkara itu kepada ibunya yang kemudian membawa kepada pembongkaran 'hobi songsang' lelaki terbabit yang meliwat mangsa dalam beberapa kejadian sejak setahun lalu. Berang dengan perkara itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor di sini, berhubung aduan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu sebelum suspek ditahan di tempat kerjanya di Prai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam. Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 47 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu tinggal di Kulim, Kedah, bagaimanapun suspek akan mengambil peluang meliwat mangsa ketika pulang ke rumah ibunya di Padang Menora. "Mangsa tinggal bersebelahan rumah ibu suspek dan berikutan itu, lelaki terbabit menggunakan peluang itu melepaskan giannya tanpa dicurigai keluarga kanak-kanak itu," katanya. - metro 27/2/14 |
PKR Siasat Laporan Azmin Saman Suara Keadilan Posted: 26 Feb 2014 05:58 AM PST Rabu Februari 26, 2014 PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah. Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu. Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan. "Perkara itu dibangkit dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini mengenai tulisan saudara Hishamuddin Rais di dalam Suara Keadilan yang dikaitkan menyentuh atau bernada serangan terhadap beberapa pemimpin. "Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya di sini, Rabu. Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu. "Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat.Buat masa ini belum terima. "Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS. Tapi belum tengok sendiri lagi surat peguam itu," katanya. Sebelum ini timbul laporan di media bahawa Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin sebagai kolumnis lidah parti itu yang bertajuk "Khalid dan Azmin" kerana dikatakan memfitnah Azmin. Artikel itu disiarkan Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu. Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.- mStar |
Micheal Chia dipenjara 1 tahun dan 1 sebatan kerana menipu Posted: 26 Feb 2014 04:06 AM PST KOTA KINABALU: Businessman Micheal Chia who was involved in a RM2.5mil attempted cheating case 10 years ago has been sentenced to a year's jail plus one stroke of the rotan. Sandakan Sessions Court judge Elsie Primus when delivering the sentence on Wednesday said that Chia was found guilty of attempted cheating and had failed to raise reasonable doubt in his case. She said a witness to the case had told the court that Chia had asked for money from him (witness) for the issuance of a logging approval form, saying that the money was for Umno's political fund. However, the witness confirmed that Umno had never requested for such a political fund. The Malaysian Anti Corruption Commission was represented by Deputy Public Prosecutor Joyce Blasius. The Sessions Court, however, allowed the defence counsel's application to stay the decision pending appeal at the High Court. Chia was charged for attempting to cheat Datuk Agus Hassan of Syarikat Pelumas Sdn Bhd on June 2004 into believing that there were three requirements that were needed for the approval for a timber operation at the Kalabakan Forest Reserve in Sabah. The three alleged requirements were: 1) To return the timber purchasing right amounting 100, 000 cubic meter which was signed on May 25, 2004 to two subsidiary companies of the Sabah Foundation - Rakyat Berjaya Sdn Bhd and Innoprise Corporation Sdn Bhd. 2) To pay an alleged political fund amounting RM3 million to Umno Sabah, and 3) To pay a RM25 per cubic meter commission for each meter of timber produced by Syarikat Pelumas Sdn Bhd at the Gunung Rara Forest Reserve. - The Star |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |