Sabtu, 22 Februari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Facebook pro-Pakatan disekat di Malaysia?

Posted: 22 Feb 2014 08:57 PM PST

Beberapa akaun laman Facebook pro-Pakatan yang popular tidak boleh dilayari di Malaysia sejak tengahari semalam, mencetuskan spekulasi bahawa laman sosial itu disekat di sini.

Percubaan untuk melayari laman sosial Facebook yang terlibat tetapi pelokasi sumber seragam (URL) mengarahkan kembali ke laman utama Facebook.

Berdasarkan kenyataan akhbar Biro Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin, laman Facebook yang terlibat termasuklah 'We Fully Support PKR' dan 'Zhong Zheng Kuai Xun'.

Laman itu antara yang popular di kalangan komuniti Cina khususnya sewaktu pilihan raya umum ke-13 lalu, mengedarkan mesej pro-Pakatan dan mencatatkan sehingga 500,000 'likes'.

Seorang pelajar Malaysia yang kini menyambung pelajaran di Amerika Syarikat mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau boleh melayari laman sosial yang disebutkan, dari negara itu.

PRK Dun Kajang ujian litmus untuk lihat MCA masih relevan, kata Liow

Posted: 22 Feb 2014 08:50 PM PST


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini adalah ujian litmus untuk melihat sama ada MCA masih relevan dalam politik atau tidak selepas ditolak rakyat, khususnya masyarakat Cina.
Namun, presiden barunya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) mengakui cabaran yang bakal dihadapi partinya dalam PRK kali ketiga sejak berakhir pilihan raya umum ke-13 tahun lalu.
Liow berkata, MCA akan berjuang untuk mengembalikan pengaruhnya di kerusi kawasan bandar yang pernah dikuasainya suatu ketika dahulu.
"MCA perlu menjadi lebih kuat untuk hadapi cabaran masa depan.
"Hari ini, pilihan raya kecil Kajang adalah ujian kepada status politik MCA," kata Liow dalam ucapan sempena ulang tahun MCA ke-65 hari ini.
Dilihat sebagai sebuah parti lemah berikutan masalah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya ketidakupayaan menandingi dominan Umno dalam Barisan Nasional (BN), menyaksikan MCA hanya memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2008.
Kemudiaan, MCA sekali lagi berdepan dengan malu apabila gagal meraih sokongan dalam pilihan raya umum tahun lalu, hanya sekadar memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN.
Liow menyedari kelebihan tidak memihak kepada MCA ketika ini tetapi akan cuba berusaha menjelaskan kepada pengundi mengenai pilihan raya yang sengaja diadakan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti PKR.
PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada parti PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Aziz: K'jaan BN tiada pendirian moral tuduh Karpal hasut

Posted: 22 Feb 2014 08:48 PM PST


Kerajaan perlu mempunyai pendirian moral yang tinggi terlebih dahulu sebelum menuduh Pengerusi DAP Karpal Singh kerana menghasut.

Memetik peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan sisi undang-undang, pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah membuat lebih provokatif dan kenyataan 'menghasut' semasa krisis perlembagaan pada 1983 dan 1993.

"(Oleh itu) kerajaan Umno-BN harus mempunyai alasan moral sebelum mereka memberi lampu hijau kepada Jabatan Peguam Negara meneruskan dengan pertuduhan terhadap Karpal.

"Adalah sukar untuk mengatakan bahawa (tuduhan hasutan terhadap) Karpal adalah semata-mata undang-undang dan tidak bersifat politik.

"Karpal mempunyai hak untuk diberi layanan yang sama seperti Mahathir dan rakan Umno beliau," kata Aziz Bari kepada Malaysiakini semalam, yang memetik Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan .

Karpal yang juga peguam dan MP Bukit Gelugor didapati bersalah bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin kerana membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran menteri besar Datuk seri Mohammad Nizar Jamaluddin lima tahun lalu.

Anti-Hadith: Kassim sedia berdialog dengan Jakim

Posted: 22 Feb 2014 08:46 PM PST

Pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad sedia memberi penjelasan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung kenyataan dalam satu seminar pemikirannya yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Kassim berkata pelawaan Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha supaya beliau dan penganjur memberi penjelasan berhubung perkara itu disifatkannya satu jemputan ikhlas dalam semangat ukhuwah, lapor Mingguan Malaysia hari ini yang memetik kenyataannya.

"Saya serta Jawatankuasa Penganjur Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian pada 15 dan 16 Februari lalu di Putrajaya, menyambut baik hasrat Othman.

"Kami juga berharap dapat menjelaskan beberapa aspek kekeliruan dan salah tafsir berkaitan seminar berkenaan," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Minggu lalu, Othman berkata Jakim mahu berdialog dengan Kassim Ahmad serta penganjur "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" kerana menganggap idea Kassim "salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah".

Kassim antaranya menganggap syahadah kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad, mempertikai rambut sebagai aurat wanita dan menyamakan ulama sebagai 'kasta paderi' dalam Islam.

Sehubungan itu, Othman juga meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara itu dan memohon kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian mengenainya.

Pendakwaan selektif kerana SPRM perlu bukti kuat, kata Abu Kassim

Posted: 22 Feb 2014 08:44 PM PST


Tan Sri Abu Kassim Mohamed (gambar) mengakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pendakwaan selektif kerana perlukan bukti dan keterangan serta bukti yang kuat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, kedua-dua kriteria tersebut diperlukan untuk agensi pencegahan rasuah tersebut mengambil tindakan ke atas tertuduh.
"Memang SPRM melakukan pendakwaan selektif iaitu mendakwa orang yang mempunyai bukti dan keterangan yang kuat.
"Kalau keterangan tidak kuat, kita tidak tuduh, jadi kita (timbalan pendakwa raya) mesti buat pertimbangan yang teliti," kata Abu Kassim yang dipetik dalam wawancara ekslusif Mingguan Malaysia hari ini.
Abu Kassim menolak tuduhan mengatakan SPRM hanya membuat dakwaan ke atas kes kecil tetapi tidak kes besar.
"Pertamanya jangan tanya kita mengenai pertuduhan kerana kerja SPRM ialah menyiasat, itu perlu jelas.
"Pendakwaan diputuskan oleh timbalan pendakwa raya," katanya.
Desakan SPRM diberikan kuasa pendakwaan kes rasuah beberapa kali dibangkitkan, saranan sama juga dibuat oleh Jawatankuasa Khas dalam Laporan SPRM 2009.
Malah, badan pemantau pencegahan rasuah antarabangsa, Transparency International (TI-M) juga menggesa agar SPRM diberikan autonomi yang lebih untuk melakukan pendakwaan.
Read More / Baca Lagi >>

Anti-Hadith: Kassim Ahmad hanya bersama Dr Mahathir kali ini

Posted: 22 Feb 2014 08:43 PM PST


Buku tulisan Kassim Ahmad yang diharamkan di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Februari, 2014.Buku tulisan Kassim Ahmad yang diharamkan di negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Februari, 2014.Sebut apa sahaja pertubuhan Islam sekalipun, sama ada yang pro Barisan Nasional atau pro Pakatan Rakyat, semua menolak pemikiran Kassim Ahmad kali ini.
Turut menyertai penolakan ini adalah mufti dan badan agama kerajaan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Bahkan, pertubuhan Islam seperti Isma yang selama ini selalu sahaja mempunyai pandangan berbeza dan pro Umno juga menolak Kassim.
Namun, Isma meringankan serangan terhadap Kassim dengan mengaitkan juga tokoh-tokoh lain ketika menyerang Kassim dengan berkata apa bezanya mereka ini dengan Kassim.
Ia termasuk Khalid Jaafar, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar yang pernah sedekah surah al-Fatihah kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.
Isma juga menyerang Khalid Ismath yang pernah menyindir bahawa Nabi Muhammad melakukan israk dari rumahnya dan menyindir bahawa Ustaz Harun Taib adalah seorang nabi.
Isma juga marah kepada Ahmad Farouq Musa dan Fuad Rahmat dari IRF. Mereka secara halus mempromosikan penafsiran Al-Quran secara hermenutika.
Isma juga menyerang Zainah Anwar daripada Sister in Islam kerana beliau pernah menolak hudud secara terang-terangan.
Namun, kumpulan Islam lain memberikan fokus sepenuhnya kepada sikap Kassim yang disokong pula oleh pihak yang berpengaruh dalam Umno iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
PAS dan Abim serta beberapa NGO lagi berpadu tenaga dalam perhimpunan membantah Kassim.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat  sendiri bangun menentang kenyataan Kassim.
Jawi mengadakan siasatan khas bagi menyiasat laporan mengenai kenyataan Kassim yang dikatakan anti hadis itu.
Read More / Baca Lagi >>

MENCARI KEMAJUAN DAN KEJAYAAN MALAYSIA?

Posted: 22 Feb 2014 06:50 PM PST

Prof Dr Mohammad Agus Yusoff

Pada tahun 1970-an, Malaysia lebih maju dari negara Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. Ini kerana Korea Selatan baru selesai perangnya dengan Korea Utara, Taiwan pula sering diancam oleh kuasa China dan Singapura pula sekadar sebuah pulau kecil yang baru berpisah dari Malaysia.

Pada tahun 1980, pendapatan perkapita Korea Selatan ialah US$1845.66 dan Malaysia $1804.12, iaitu lebih kurang sama sahaja dengan negara kita. Dan begitulah juga Taiwan dan Singapura.

Tetapi pada tahun 2012, pencapaian ekonomi kita jauh berbeza dengan tiga buah negara tadi. Pendapatan perkapita nominal Singapura ialah US$50,323, Korea Selatan US$25,189, Taiwan US$22,022, dan Malaysia US$12,243.

Apa Bezanya kita dengan Korea, Taiwan dan Singapura?

Memang banyak bezanya. Kita ada sumber alam yang banyak, tetapi mereka tiada. Kita semakin terkebelakang dan mereka semakin ke depan dari kita.

Lihat sahaja pencapaian di Sukan Olimpik musim panas. Korea Selatan juara dalam sukan memanah dan menembak. Kita paling jauh boleh pergi pun dalam sukan badminton sahaja. Sukan Olimpik musim sejuk di Sochi sekarang, Korea Selatan hebat dalam acara speed skating dan figure skating. Kita tidak menyertai pun sukan Olimpik musim sejuk.

Dari segi bola sepak, pada tahun 1970-an dahulu, kita sering berebut untuk menjadi juara Pesta Bola Merdeka dengan Korea Selatan, tetapi sekarang ini usahkan untuk menjadi juara, Pesta Bola Merdeka pun sudah tidak ada lagi, sedangkan dahulunya Pesta Bola inilah dianggap sebagai antara kejohanan paling berprestij di Asia.

Tengok bidang automobil dan kejuruteraan teknologi lain. Kita ada Proton lengkap dengan sistem perlindungannya sekali sehingga harga kereta menjadi mahal, tetapi di luar negara Proton kita bukan pesaing. Bandingkan dengan Hyundai atau jenama elektronik Korea Selatan seperti Samsung dan LG. Kehebatan mereka di luar keupayaan tandingan kita.

Lihat industri hiburan kita, filem Korea dan Taiwan jauh lebih maju. Ada Winter Sonata, muzik ada K-Pop. Tapi kita ada Melodi setiap Hari Minggu yang melaga-lagakan artis kita. Aduhai!

Lihat dari segi industri perkhidmatan. Bandingkan mutu syarikat penerbangan Singapura dengan MAS atau Airasia. Lihat keinginan syarikat perkapalan, sama ada mereka lebih senang berlabuh di Jurong atau di pelabuhan kita?

Read More / Baca Lagi >>

Boleh kah BN atau PR mendapat sokongan 'legitimacy' 2/3 di hari mendatang?

Posted: 22 Feb 2014 06:46 PM PST

Aspan Alias

Kalau kita fikir-fikirkan, susah hendak kita jangka apa yang akan terjadi atau kesudahan politik negara kita yang masih berkocak ini. Adakah tindakan pembangkang berusaha dengan berbagai-bagai inovasi tindakan politik mereka boleh membawa mereka ke Putrajaya satu-satunya perjuangan yang ada kepada mereka ? Atau UMNO dan BN akan masih kekal menerima mandat rakyat walaupun dengan sokongan yang mengecil?
Inovasi tindakan politik pembangkang khususnya PKR begitu 'sophisticated' dan memaksa pilihanraya kecil Kajang dikatakan salah satu dari percubaan untuk memperkuatkan kabilah mereka ke Putrajaya.
Apa sahaja yang terfikir oleh kepimpinan mereka, akan mereka lakukan walaupun tindakan mereka itu menyusahkan rakyat dan berbagai pihak yang lain. dalam mencuba dan mencuba untuk ke Putrajaya itu, mereka melemahkan parti mereka kerana hasilnya wujud ketidak puasan hati diantara kepimpinan mereka dan timbul bibit-bibit perpecahan didalam parti mereka.
Apabila terlihat bibit perpecahan itu ia mengurangkan keyakinan rakyat terhadap mereka, sedangkan BN sememangnya sudah dipersepsikan sebagai parti yang lemah tetapi menyandang kuasa dalam kerajaan. Justeru apakah kesudahannya? Itulah yang saya sentuh di dalam posting yang lepas.
Jika BN masih kekal dalam beberapa tahun ini ia bermakna Pakatan Rakyat masih akan menjadi pembangkang. Sebaliknya jika Pakatan Rakyat menang ia pasti akan merupakan kemenangan kecil, itu pun jika di campurkan jumlah perolehan kerusi dari ketiga-tiga parti komponen itu.
Maksud saya UMNO akan tetap kekal sebagai parti 'singularly' sebagai parti yang paling banyak representasinya dalam Dewan Legislatif Parlimen. Walaupun jumlah keseluruhan kerusi mungkin berkurangan dari kerusi yang diperolehi oleh PR keseluruhannya. Jika ini berlaku kerajaan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan yang lemah kerana tiada satu pun parti-parti dalam PR itu yang boleh menandingi UMNO dengan jumlah kerusi secara individu parti dalam PR itu.
Pendeknya, Jika PR mendapat mandat ia merupakan mandat yang kecil dan tidak mungkin berjaya menjadi kerajaan yang kuat. Ia akan menjadi seperti UMNO dan BN yang amat payah untuk mentadbir kerajaan dengan berkesan. Dalam sistem politik kita di sini, 'the winner takes all, and the loser looses all' Oleh kerana itu, menukar kerajaan dengan kerajaan minoriti seperti kerajaan BN hari ini tidak akan membawa apa-apa faedah kepada semua pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa hidupkan anti-hadis yang dah lama mati?

Posted: 22 Feb 2014 06:43 PM PST

KAJANG: Tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan sokongan kepada pelopor gerakan antihadis di negara ini, Dr Kassim Ahmad menghairankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gerakan tersebut telah lama mati.
Di Putrajaya di bawah naungan Yayasan Kepimpinan Perdana ada perbincangan untuk ketengahkan (idea) Kassim Ahmad, pelopor (pemikiran) antihadis. Apa dah jadi ni"soal Anwar.
Anwar yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang turut mempersoalkan keperluan menghidupkan gerakan antihadis yang telah lama berkubur.
 Di mana ulama Umno?" soal beliau.
Menurut beliau, hadis adalah sumber kedua terpenting dalam Islam dan antara peranannya adalah untuk menjelaskan kandungan Al-Quran.
"Perkara ini berkaitan dengan akidah," jelas beliau ketika berucap dalam satu majlis ceramah, dekat sini.
Pada seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula" anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana, Kassim (gambar) mempersoalkan peranan hadis sebagai sumber hukum, memperlekehkan ulama dan mempertikaikan kewajipan menutup aurat bagi perempuan muslim.
Anwar yang bakal mewakili PKR pada PRK Kajang 23 Mac ini bakal menghadapi pertandingan pelbagai penjuru.
BN menamakan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun Jumaat lalu manakala beberapa individu seperti Zaid Ibrahim dan penyanyi Herman Tino turut menyatakan hasrat untuk bertanding.
Dun Kajang mempunyai 39,728 pengundi berdaftar dengan 48% Melayu, China (41%), India (10%) dan lain-lain kaum (1%).

Mereka berjalan untuk keamaman dan dipimpin rakyat biasa

Posted: 22 Feb 2014 06:42 PM PST


Sekumpulan rakyat Malaysia yang ambil berat mengenai pelbagai isu ketegangan kaum dan agama mengadakan program berjalan kaki untuk kebebasan di KLCC, bulan lalu. Gambar fail.Sekumpulan rakyat Malaysia yang ambil berat mengenai pelbagai isu ketegangan kaum dan agama mengadakan program berjalan kaki untuk kebebasan di KLCC, bulan lalu. Gambar fail.Berjalan kaki untuk kebebasan di Kuala Lumpur bulan lalu membawa makna tersendiri, dengan rakyat biasa mendahuluinya untuk kepentingan nasional.
Suri rumah, pelajar, profesional dan aktivis datang secara sukarela untuk menyertai jalan kaki untuk kebebasan itu bermula 5 Januari di gereja Our Lady of Lourdes di Klang dan di Pulau Pinang Ahad lalu, dengan dua lagi dijangka bulan depan.
Kumpulan Malaysian untuk Malaysia patut diberikan pujian kerana memulakan momentum ini.
Dipimpin oleh aktivis, Azrul Mohd Khalib, kumpulan ini memulakan perhimpunan 5 Januari di gereja itu yang turut disertai oleh Datin Paduka Marina Mahathir yang menyerahkan bunga kepada penganut Kristian bagi melahirkan solidariti bersama mereka berikutan isu kalimah Allah.
"Kumpulan ini terdiri daripada rakyat biasa yang sangat mengambil berat tetang Malaysia. Adalah penting untuk menunjukkan bahawa anda bukanlah sebahagian daripada mana-mana NGO atau parti politik untuk menunjukkan anda melakukan sesuatu," kata Azrul kepada The Malaysian Insider.
"Jenis program bergantung kepada koordinator yang juga seorang sukarelawan, yang boleh membawa orang ramai bersama," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

My Southeast Asia with Dr Farish: Culture Shared and Threatened

Posted: 22 Feb 2014 06:32 PM PST

My Southeast Asia with Dr Farish: Batik

Posted: 22 Feb 2014 06:32 PM PST

My Southeast Asia with Dr Farish: Borders & Beyond

Posted: 22 Feb 2014 06:32 PM PST

My Southeast Asia with Dr Farish: ASEAN and Our Future

Posted: 22 Feb 2014 06:30 PM PST

Analysis: The fall of El Chapo

Posted: 22 Feb 2014 06:29 PM PST

Analysis: The fall of Yanukovich

Posted: 22 Feb 2014 06:29 PM PST

Clashes in Venezuela

Posted: 22 Feb 2014 06:28 PM PST

Kuda Kepang: Antara agama dan budaya

Posted: 22 Feb 2014 06:26 PM PST

PERKASA: Melayu liberal, termasuk di JPM ancam Islam

Posted: 22 Feb 2014 06:23 PM PST

Pusingan terakhir perlawanan Dr Mahathir – Anwar Ibrahim

Posted: 22 Feb 2014 05:33 PM PST

Amin Iskandar@Black

Datuk Seri Najib Razak hanya menghitung hari untuk terus berada di Putrajaya.
Sejak akhir-akhir ini, apa sahaja yang dilakukannya seperti tidak kena. Rakan-rakan Kabinet yang seharusnya bersamanya seolah-olah cuba menjarakkan diri sekarang.
Terbaru apabila Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beberapa hari selepas itu, Waytha Moorthy menuntut Najib supaya berhenti kerana dikatakan gagal menunaikan janjinya untuk memperbaiki taraf kehidupan masyarakat India dan tiada pembelaan kuat terhadap Najib daripada anggota Kabinet.
Tidak kedengaran suara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membela Najib. Tiada juga suara pemimpin paling popular Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Hanya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang tampil ke depan "membelasah" Waytha Moorthy.
Diikuti dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang juga merupakan sepupu Najib. Tidak ketinggalan juga timbalan menteri dari MIC, P Kamalanathan.
Majoriti anggota Kabinet seperti menunggu sesuatu yang bakal berlaku tidak lama lagi dan sebab itu mereka mengambil sikap "tunggu dan lihat".
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula semakin rancak berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac akan datang.
Kerusi menteri besar Selangor semakin hampir dalam genggamannya, beliau tidak menghiraukan pergolakan di Putrajaya dan memberikan tumpuan kepada Kajang.
Walaupun Kajang hampir pasti milik Anwar, beliau berkempen ibarat pertama kali Barack Obama bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat.
Pelbagai kritikan dilemparkan terhadap "Rancangan Kajang" termasuk daripada pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan juga rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) sendiri, namun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti akan mengemas beg daripada pejabatnya selepas 23 Mac.
Kelewatan Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon menyebabkan Anwar merobek sedikit demi sedikit kubu kuat Umno di Kajang.
Read More / Baca Lagi >>

Anti hadis: Umat Islam jangan terkeliru - MB Kelantan

Posted: 22 Feb 2014 05:30 PM PST

TUMPAT – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyeru umat Islam supaya jangan terpengaruh dengan golongan anti hadis kerana golongan itu juga cenderung ke arah anti al-Quran.

Menurutnya, di dalam al-Quran jelas ada hujah padat bahawa sebagai umat Islam perlu patuh pada ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh ALLAH SWT .

"Amat kesal apa yang berlaku hari ini, mana-mana yang terpesong dan terpengaruh dengan golongan anti hadis diminta bertaubat dan kembali pada jalan yang benar.

"Umat Islam jangan terkeliru dengan golongan ini kerana ia merosakkan akidah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Dhuafat kepada seorang warga emas, Minah Salleh di Kampung Hutan Jambu di Kok Pasir, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar.

Baru-baru ini, Kassim Ahmad merupakan seorang karyawan dan bekas aktivis politik mencetuskan kontroversi apabila mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai 'kasta paderi' serta mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan selain rambut bukanlah aurat bagi wanita.

Dalam pada itu, Ahmad menyeru agar jangan membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam kerana agama Islam adalah agama rasmi negara.

"Menghina Nabi Muhammad, menghina al-Quran, itu boleh menyentuh sensitiviti umat Islam, elakkan perkara itu terjadi," katanya.

"Langkah Kajang" buat Umno panik, kata Anwar

Posted: 22 Feb 2014 05:26 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi ceramah pilihan raya di Saujana Impian, Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Februari, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi ceramah pilihan raya di Saujana Impian, Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Februari, 2014.Gerakan "Langkah Kajang" oleh Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Barisan Nasional (BN) panik terhadap kedudukan mereka di Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, "elemen kejutan" yang dilakukan PR dengan meletakkan beliau sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyebabkan beberapa pemimpin veteran BN mengeluarkan kenyataan kedudukan Umno dalam bahaya.
"Elemen kejutan Langkah Kajang ini dia (Umno) panik. Kita jangan cuai. Kita kena pastikan, sabotaj dari luar itu cukup kuat," kata Anwar ketika berucap dalam ceramahnya malam tadi Kajang.
"(Tun) Daim Zainuddin yang sedang tidur pun bangkit mahu lawan (Anwar). (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) pun kata tidak boleh Anwar (bertanding di Kajang). Mahathir sudah 87 tahun, dengar nama Anwar dia takut.
"Dia takut sebab apa, anak dia Melayu paling kaya di Malaysia. Hidup Melayu, siapa? Anak dialah," katanya.
BN sebelum ini mengumumkan calon mereka iaitu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk bertanding menentang Anwar merebut kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh bagi memberikan laluan kepada Anwar di kerusi berkenaan.
Anwar turut dilihat menegaskan keutamaan untuk melawan Umno dengan mengatakan MCA hanyalah sekadar "menumpang" kedudukan Umno.
"Siapa BN nak letak itu kerja dia. Cuma kita nak bagi tahu kita bukan lawan MCA, yang kuasa ini pemimpin Umno. MCA tumpang sahaja, dia tidak berani cakap.
"Siapa kisah MCA? Calon dia MCA, tapi sokongan semua BN, Umno dalam kerajaan," katanya.
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang dikatakan cubaan Anwar untuk meredakan kemelut dalaman parti yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Read More / Baca Lagi >>

Lee Ta'arafu : APA LAGI CINA MAU???

Posted: 22 Feb 2014 03:30 PM PST

Malaysia Kita: Kambing ganjil bermata satu

Posted: 22 Feb 2014 03:23 PM PST


MOHD.ISMAIL menunjukkan anak kambing bermata satu miliknya di Kampung Busul, Lahad Datu, Sabah semalam.

LAHAD DATU – Seorang penternak terkejut selepas mendapati kelahiran seekor anak kambing ternakannya bermata satu di Kampung Busul, dekat sini Khamis lalu.
Pemilik kambing berkenaan, Mohd. Ismail Abdullah, 55, berkata, anak kambing berwarna hitam itu lahir kira-kira pukul 2.30 petang dan mempunyai berat kurang daripada satu kilogram.
Katanya, dia pada mulanya tidak menyedari mengenai keganjilan pada haiwan ternakannya sehinggalah kambing itu dibersihkan.
"Saya terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum anak kambing dilahirkan.
"Ketika membersihkannya, saya terkejut apabila mendapati anak kambing ini hanya ada satu mata yang terletak di bahagian tengah muka," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Malaysia Kita: Medan selera tawar tarian ghairah

Posted: 22 Feb 2014 03:16 PM PST



SEBAHAGIAN daripada GRO yang ditahan dibawa turun dari pentas di sebuah medan selera di Serdang, Selangor malam kelmarin.



SERDANG – Sebuah medan selera di Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini bukan sahaja menawarkan makanan dan minuman tetapi turut menyajikan tarian ghairah yang dilakukan gadis pelayan pelanggan (GRO).
Perkhidmatan yang ditawarkan secara terbuka sejak hujung tahun lalu itu menempatkan beberapa GRO berpakaian seksi menari di atas pentas untuk menarik pelanggan.
Difahamkan, tarian itu dianjurkan salah sebuah permis yang terdapat di medan selera tersebut untuk menghiburkan pelanggan selain mengaut keuntungan dengan menjual kalungan bunga dan perhiasan kepala kepada pelanggan di situ.

FotoPENARI separuh bogel ditahan di Medan Selera Serdang.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Teresa Kok Onederful Malaysia CNY 2014 sarikata BM

Posted: 22 Feb 2014 07:51 PM PST


Anwar Ibrahim: Kita Lawan Bukan MCA, Kita Lawan UMNO

Posted: 22 Feb 2014 05:58 PM PST






Tukar Tiub

Tukar Tiub


RASUAH DAN UMRAH

Posted: 22 Feb 2014 07:14 PM PST






KOMENTAR TUKAR TIUB
dalam budaya
united malays national organisation
sesudah makan rasuah
mereka akan ke umrah

ini untuk membuat persepsi
agar orang ramai
agar rakyat lihat
betapa suci dan bersihnya
si perasuah ini

akan dilihatr gambar kepalanya botak
atau gambar rambujt telah gondol

amin




"Saya Sedia Disiasat SPRM" - Ahmad Said


KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu,  Ahmad Said berkata, beliau sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan projek kerajaan di Terengganu sebagaimana didakwa pembangkang.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit..HEBAT MALAON INI?... kah kah kah..
kah kah kah..INI BARU BERANI... kah kah kah..
kah kah kah..INI BARU TELUS...kah kah kah..
woit.. BILA MALAON NI NAK GI UMRAH?... kah kah kah
BILIK SULIT
di kuala lumpur 
------------

GAGALIS BARU MUNCUL

Posted: 22 Feb 2014 05:46 PM PST



BFM : BUKAN FITNAH
MALAON
PADANG RENGAS 22 Feb. - Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy disifatkan sebagai seorang yang gagal dan tidak faham dengan sistem pentadbiran kerajaan dalam memberi bantuan...


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... MALAON INI GAGALIS.... kah kah kah...

kah kah... TAK SANGKA... ADA LAGI  GAGALIS MUNCUL...kah kah


 GAGALIS


----------

MALAM AMAL BILIK SULIT

Posted: 21 Feb 2014 11:08 PM PST





BILIK SULIT
 KE UNITED KINGDOM


BILIK SULIT  MALAM AMAL 
 BENEFIT NITE
Pada 26 – 27 – 28 Febuari ini Bilik Sulit sekali lagi  akan dipentaskan di Teater Dewan China Kuala Lumpur. Teater Amal Bilik Sulit ini bertujuan  mengumpul dana untuk membolehkan Bilik Sulit di bawa ke United Kingdom

Bilik Sulit akan buka pangung di Manchester pada 15 Mac ini.
Bilik Sulit akan ke Leeds – Glassgow - London

Anak semua bangsa di jemput bersama menentang
 ISA/SOSMA/ISA BARU
Jam 8:30 malam

Bilik Sulit  ditulis dari pengalaman ramai bekas tahan ISA – tahanan  tanpa bicara.
 Bilik Sulit teater melawan ISA

Bilik Sulit pertama kali bukan panggung pada tahun 2005.
Bilik Sulit  kali kedua buka panggung pada tahun 2008
Pada tahun ini Bilik Sulit telah buka panggung
 di Kuala Lumpur  ke Batu Pahat, Jay Bee, 
Ipoh, Kepala Batas, Cherok Tok Kun, 
Kota Baru, Kuala Terangganu, 
Kuantan dan Temerloh

Dijemput Datang Buat Ramai
---------

BRIM BRAM BROOOM

Posted: 21 Feb 2014 08:49 PM PST





DARI FACE BOOK

2 hours ago 



Syukur...
 — feeling excited.


Like ·  · Share



---------

10 PEKARA TENTANG BILIK SULIT

Posted: 21 Feb 2014 08:06 PM PST



10 PEKARA
 TENTANG BILIK SULIT

1
bilik sulit ada teater melawan
bilik sulit bukan taeter bodek
bilik sulit diwujudkan
berasaskan pengalaman bekas bekas tahan ISA
skrip ini berdasarkan pengalaman
 ramai tahanan ISA
kata bual dalam bilik sulit
ada kata bual yang dipungut
dari kata bual soal siasat

2
teater bilik sulit
teater avant garde agip prop
yang digunan untuk memberi
pencerahan tentang tahanan tanpa bicara

3
bilik sulit edisi petama bermula
pada tahun 2005
ini adalah edisi pementasan gerila
dipadang 
di hotel
dirumah kedai
banyak halangan dan rintangan

4
edisi kedua
dimulakan pada  disember 2008
sesudah kemenangan pakatan rakyat
dalam pru  8 march 2008
bilik sulit dirancang  sebagai kempen untuk
memansuhkan ISA

pementasan kali ini ditaja oleh majlis peguam
ada bujet
para pelakon 
untuk pertama kalinya 
mendapat bayaran


bilik sulit buka pangung pada 20 disember 2008
di dewan majlis peguam
selama 4 malam
kemudian ke  pulau pinang
selama 3 malam

5
pada akhir bulan januari
bilik sulit mendapat jemputan dari kerajaan perak
kerajaan pakatan perak 
telah meluluskan 2 juta ringgit
sebagai kempen hak asasi

pementasan gagal
rampasan kuasa berlaku di perak pada 5 febuari 2009
bilik sulit tutup panggung

6
bilik sulit bukan panggung edisi ke 3
apabila suaram melancarkan kempen
menentang tahanan tanpa bicara
yang mahu diulang cetak oleh
united malays national organisation

bilik sulit mula bergerak september 2013


 7
edisi ke tiga
dewan china kuala lumpur
batu pahat
johor baru
ipoh
kepala batas
cherok tok kun
kota baru
kuala terangganu
kuantan
temerloh

pelakon  bilik sulit
telah berganti dari satu edisi ke satu edisi
ada yang menjadi pelakon profesional
ada yang ke luar negara
ada yang sambung belajar

9
bilik sulit akan sekali lagi buka panggung
pada  
26 - 27 - 28 febuari
di dewan china

kemudian masuk bulan tiga 
4-5-6-7 march
bilik sulit buka panggung
di kajang

panggung dibuka kali ini
 sebagai teater amal
mengutip dana untuk membolehkan
tim teater bukan teater  membawa
bilik sulit ke united kingdom

justeru
di minta anak semua bangsa
yang baik hati
datang menonton bilik sulit
sambil membuat sumbangan
untuk membolehkan bilik sulit
menemui warga malaysia
di united kingdom

10
bilik sulit akan ke united kangdom
bersama festivalk uno malaysia
political and cultural showcase
bermula pada 15 march 2014
pementasan di manchester
 dan 
grande finale
 di london
pada 28-29-30 april


TEATER BUKAN TEATER
menjemput semua peminat teater
semua yang penentang kezaliman
anak semua bangsa
datang menyokong pementang'
di dewan china
dan
di kajang

cd- baju t bilik sulit
akan ada di jual sama

dijemput membuat amal
sambil
bangun melawan

---------

NAJIB HANYUT

Posted: 21 Feb 2014 07:48 PM PST





 KOMENTAR TUKAR TIUB
jangan sokong
langkah untuk tendang keluar najib

belajar dari pengaslaman pak lah

tendang okay
tapi tendang jangan sampai keluar
najib yang di kontrol oleh rosmah
adalah terbaik
untuk dijadikan isu kempen
menghasut orang ramai
untuk benci
united malays national organisation



PAS mahu undi tak percaya terhadap PM

PAS menggesa menteri-menteri Umno yang tidak puas hati supaya memperlihatkan "keberanian" dengan mengepalai ahli Parlimen BN untuk mengemukaka usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri,  Najib Tun Razak dalam sidan Dewan Rakyat yang akan datang.

Ketua Penerangannya, Mahfuz Omar  berkata, ini kerana jelas terdapat keraguan yang semakin meningkat terhadap kepimpinan Najib, malah di kalangan anggota ahli kabinetnya sendiri, dan bahawa pentadbiran Najib "sudah hanyut".

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB... kah kah kah..

kah kah kah..APAKAH MUHYIDDIN SUDAH SEDIA?... kah kah kah

kah kah kah..APAKAH ZAHID TEAH SEDIA... kah kah kah

-----------