Sabtu, 1 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Saya bertanding di Kajang kerana mahu pertahan Pakatan - DSAI

Posted: 01 Feb 2014 09:33 PM PST

(Oleh: Nazar Hashim)

KUBANG SEMANG 2 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Ibrahim berkata, keputusannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, kerana mahu menangkis serangan Umno terhadap Pakatan Rakyat dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Anwar Ppinang"Saya tidak gila kuasa. Sanggup bertanding Dun Kajang bagi menangkis serangan melampau Umno Selangor, khususnya Pengerusi Perhubungan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib.
"Umno-BN memantau dengan serius kekuatan yang ada pada Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor bersama-sama dengan pimpinan PR.
"Jika dibiarkan, pimpinan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid akan terus diserang habis-habisan selama 4 tahun lagi walaupun banyak yang telah beliau lakukan untuk kebajikan rakyat," katanya ketika menyampaikan ceramah penerangan beliau di Yayasan An-Nadhoh, Kubang Semang , semalam.
Menurut ketua pembangkang itu, Umno kini tidak lagi melihat kepada keperluan dan kebajikan rakyat Selangor, sebaliknya berterusan menyerang Pakatan.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Mudir Yayasan An-Nadhoh, Ustaz Mutalib Maarof, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Badrul Hisham Shaharin serta kepimpinan KEADILAN, PAS dan DAP Pulau Pinang.
Anwar juga berkata, serangan yang dilemparkan kepadanya, termasuk daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan betapa gerunnya Umno-BN terhadap kekuatan Pakatan Rakyat.
"Mahathir juga kata saya tidak layak jadi PM, tapi hanya jadi MB saja. Kasihan pada Mahathir juga, sudahlah jalan tidak kuat lagi, tapi digunakan Umno untuk menyerang saya lagi sehingga kini.
"Pakai baju jersi Selangor pun dah jadi kontroversi bagi pimpinan Umno," tambah Anwar.
"Strategi kita menjadi. Oleh kerana itu diharapkan semua jentera akan turun padang bagi memastikan Kajang tetap pada PR. Umno-BN mesti dikekang dari terus memanipulasi kebenaran," katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58852

MAIS dan JAIS halang kempen Anwar

Posted: 01 Feb 2014 06:34 PM PST

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
FEBRUARY 02, 2014
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Februari, 2014.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Februari, 2014.Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.
Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.
Mais mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.
Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.
"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar.
Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.
Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.
Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.
Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.
"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.
Kerusi DUN Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheah daripada PKR. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar sebagai calonnya di situ.
Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu.
Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.
Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, pembubaran Dewan Undangan Negeri.
"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya. – 2 Februari, 2014. - TMI

Relex dulu ... mai tengok perangai orang2 UMNO ni...

Posted: 01 Feb 2014 07:13 AM PST

"Rekonsiliasi Nasional" Hanya Untuk Selamatkan Najib Dari "Isu Kangkung"

Posted: 01 Feb 2014 06:16 AM PST


Perbincangan rekonsiliasi selamatkan Najib daripada disingkir? 

Tawaran pendamaian Pakatan Rakyat (PR) dengan saingannya Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan masalah perkauman dan ekonomi juga dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada musuh dalamannya yang mahu menyingkirkannya. 

Pemimpin kanan PR membuat spekulasi tawaran berunding bagi mencari persamaan berhubung isu peningkatan kadar inflasi, jenayah dan rusuhan kaum membantu Najib menangani puak ultra Melayu yang wujud di dalam Umno.

Pada masa sama, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyifatkan percaturan di Kajang meskipun tidak popular dapat mengukuhkan kebolehan Najib memulakan rundingan pendamaian dengan PR.

Rafizi adalah "arkitek" dalam pencaturan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kajang bagi membolehkan ketua pembangkang itu dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang dikatakan kemudiannya akan mengambil alih jawatan menteri besar.



Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu.

"Anwar konsisten sejak awal lagi (berhubung rekonsiliasi). Bukannya kerajaan perpaduan. Biarkan pendekatan politik yang menentukan.

"Tetapi di sana ada kebuntuan. Najib melengahkannya dan menunggu keadaan yang sesuai. Saya berani mengatakan percaturan di Kajang memberi peluang kepada Najib untuk melihat perubahan.

"Jika kami menolak tawaran rekonsiliasi maka kami akan dilihat kehilangan sentuhan kerana PR melihat isu ini secara serius," katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib tempoh hari mengumumkan BN terbuka kepada dialog dua hala dengan PR, tiga hari selepas Anwar mengulangi tawaran rekonsiliasi.

Tawaran Anwar meminta kedua-dua belah pihak mencapai konsensus nasional berhubung ketegangan hubungan antara kaum yang disifatkannya pra 13 Mei.

Sehari selepas ucapan Anwar itu, Adun PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar.

Rafizi berkata, kedudukan Najib perlu diperkukuhkan bagi membolehkan perdana menteri itu mengukuhkan rasa tidak adil dan ekstremis dalam Umno.

Katanya, sejak pilihan raya umum lalu, doktrin Umno yang mengutamakan sokongan Melayu Islam telah mengenepikan suara pengukuhan etnik dan kerajaan pelbagai kaum.

Ini berlaku sejak banyak kerusi yang dimenangi Umno di kawasan majoriti Melayu di kawasan pedalaman negara.

"Doktrin kerajaan berdasarkan satu kaum telah dipromosikan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak bercakap demi kepentingan Najib tetapi membina kepercayaan Umno terhadap pengukuhan kerajaan Malaysia.

"Beliau telah diserang secara dalaman kerana mengutamakan kaum minoriti," katanya. -TMI

Khalid terbuka untuk berdamai dengan Azmin

Posted: 01 Feb 2014 04:03 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK 
FEBRUARY 01, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 01, 2014 07:47 PM
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di majlis meraikan peminat bola sepak pasukan Selangor di kediaman rasminya di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Februari, 2014.  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di majlis meraikan peminat bola sepak pasukan Selangor di kediaman rasminya di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Februari, 2014.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyatakan kesediaan untuk menjernihkan hubungannya dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bagi mewujudkan keadaan saling hormat-menghormati.
Abdul Khalid berkata, apa yang menjadi keutamaan adalah rakyat memberi sokongan kepada parti pemerintah dan pemimpin itu pula dapat menyumbang kepada pembangunan negeri.
"Politik memang terbuka. Jadi tidak menjadi satu masalah. Dalam politik kita sekarang perlu menimbulkan suasana hormat-menghormati satu sama lain.
"Politik ini bukan akhirnya. Politik satu usaha supaya satu kumpulan mendapat sokongan rakyat untuk diberikan kuasa memerintah. Jadi orang yang dipilih boleh menyumbang kepada kejayaan negeri," katanya ketika ditemui media di majlis meraikan peminat bola sepak Selangor di Shah Alam, hari ini. 
Mohamed Azmin sebelum ini sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid termasuk mengenai bajet kerajaan negeri yang disifatkannya kurang diperuntukkan kepada rakyat.
Katanya, adalah satu perkara yang sia-sia bagi kerajaan negeri Selangor berjaya meningkatkan rizab kepada RM2.7 bilion tetapi rakyat tidak dapat merasainya.
"Apa makna ada rizab besar, kalau jalan masih berlubang, kalau sampah tidak dipungut, banjir masih berulang, kalau cerun masih alami kejadian tanah runtuh, kalau masalah denggi masih tertinggi dalam negara," katanya.
Abdul Khalid ketika ditemui menafikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang akan menyelesaikan pertelingkahannya bersama Azmin.
Katanya, perkara itu sememangnya tiada dalam strategi PKR tetapi kehadiran Anwar adalah sebagai mengisi kekosongan di DUN Selangor.
"Itu tiada dalam strategi kita. Sebenarnya tujuan kemasukan Anwar adalah sebagai penelitian seorang Adun. Dalam masa begitu singkat, kita perlu mencari orang yang senang dapat diketengahkan untuk bertanding di Selangor," katanya.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika ditemubual The Malaysian Insider berkata, pencalonan Anwar sebagai wakil Pakatan Rakyat (PR) di DUN Kajang merupakan serampang dua mata iaitu menstruktur semula pentadbiran negeri dan pada masa sama menjernihkan hubungan Abdul Khalid dan Azmin.
Katanya, dengan terpilihnya Anwar sebagai Adun Kajang kelak, hubungan Abdul Khalid dan Azmin dapat dijernihkan selain Anwar dapat menjadi pemantau kepada kerajaan negeri.
Menyentuh isu kenyataan bekas setiausaha politik Abdul Khalid, Faekah Husin dalam laman sosial Twitter, beliau berkata, apa yang dilontarkan Faekah itu bukan datang daripadanya dan menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak rasmi.
Katanya, apa jua yang akan diumumkannya berkaitan urusan kerajaan negeri akan dibuat melalui kenyataan akhbar.
"Percakapan melalui internet bukan kenyataan rasmi. Ramai orang menggunakan ini. Saya akan buat kenyataan akhbar dan kenyataan bertulis untuk apa pendirian negeri dan saya dalam hal ini.
"Kita tidak boleh menggunakan (kenyataan) itu sebagai satu usaha menaik atau menjatuhkan orang lain. Usaha itu mungkin mencetuskan kemarahan dan rasa tidak percaya," katanya.
Faekah sebelum ini dalam laman Twitternya menulis, "Yang mengejar bernafsu besar, yang mengendong patutkah berjiwa besar?".
Difahamkan kenyataan itu dikeluarkan selepas timbul ura-ura Anwar akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Abdul Khalid berikutan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh.
Di majlis itu juga, Abdul Khalid ditanya mengenai status siasatan dua bekas pengurusan tertinggi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dipindahkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.
Beliau berkata, seorang pegawai khas bebas daripada pejabat SUK diarahkan untuk melakukan pemantauan dan bukannya setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
"Sekarang mereka di bawah jagaan pejabat SUK dan diletakkan seorang pegawai khas bebas untuk mengendalikan pentadbiran. Ini kerana setiausaha juga dikatakan namanya terlibat dalam hal ini.
"Oleh itu, untuk menunjukkan tiada percanggahan kepentingan, kita tidak meminta setiausaha mengendalikannya," katanya yang mengenakan jersi pasukan bola sepak Selangor hari ini.
Bulan lalu, bekas Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan bekas setiausaha kerja perbadanan itu, Norita Mohd Sidek ditukarkan serta-merta ke pejabat SUK dan dilarang menghadiri mensyuarat ahli lembaga pengarah PKNS.
Abdul Khalid sebelum ini memaklumkan Khusrin diberi masa dua minggu untuk membuat siasatan terhadap Othman dan Norita membabitkan kes surat penamatan perkhidmatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS bertarikh 8 Januari lalu.
Norita dalam kenyataan balasnya mendakwa kuasa lantikan ahli perbadanan itu terletak di tangan exco.
Norita berkata, PKNS memaklumkan kepada Azmin mengenai penamatan jawatannya melalui sepucuk surat bertarikh 8 Januari.
"Tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan pada 4 Disember 2013.
"PKNS ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli perbadanan adalah di tangan exco dan bukan di tangan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS," katanya.
Mohammed Khusrin juga memaklumkan Azmin kekal digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS dan tidak akan dilantik kembali.
Katanya, surat Othman pada 16 Januari lalu yang mengatakan PKNS menarik balik pengguguran tersebut adalah tidak benar. – 1 Februari, 2014. - TMI

PRK Kajang : "Tolong jangan sentuh Lee Chong Wei" - KJ

Posted: 31 Jan 2014 11:58 PM PST

SHAH ALAM - Susulan cadangan parti komponen BN yang ingin meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Khairy melalui laman mikro Twitternya berkata, Chong Wei adalah "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan PRK Dun Kajang.

"Tolong jangan sentuh Lee Chong Wei.

"Dia adalah harta negara. Sebagai Menteri Sukan saya tak benarkan," tulisnya sebagai membalas pertanyaan seorang pengikutnya di laman mikro itu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya.

Semalam media melaporkan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada Dun Kajang, Selangor.

Ketika ditanya media mengenai pemilihan Chong Wei, Tiong Lai bagaimanapun enggan mengulas mengenai  perkara itu. - Sinar Harian

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRK Dun Kajang: Strategi Sun Tzu & Muhammad Al-Fateh ‘peningkan’ Najib

Posted: 01 Feb 2014 04:52 PM PST

PKR1KEPUTUSAN Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan dirinya sebagai calon DUN Kajang memeningkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini terpaksa berhadapan tekanan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad dan konco-konconya.
Dalam hal ini, PKR dan Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk 'pertempuran' di Kajang berbanding BN yang masih bercelaru sama ada mahu menyertainya ataupun tidak.
Hinggakan, timbul cadangan jenaka kononnya BN akan meletakkan jaguh badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei untuk berhadapan dengan Anwar. Ini jelas membuktikan BN tidak bersedia.
Diburukkan lagi situasi keadaan semasa dengan isu kenaikan harga kos sara hidup, ramalan keupayaan untuk BN menang dalam PRK Kajang menjadi hampir mustahil.
Biarpun ada pihak mendakwa wang rakyat tidak perlu dibazir untuk pilihan raya kecil, realitinya SPR berbelanja RM11 juta bagi melaksanakan 16 PRK selepas PRU 12.
Malah, SPR berbelanja antara RM318,000 hingga RM1.3 juta untuk sebuah pilihan raya kecil yang masih lagi 'murah' berbanding sebuah cincin permata dan penggunaan jet!
borosNajib sendiri terkenal dengan sifat membazir. Lihat sahaja bil elektrik
kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana yang mencecah RM2,237,788.13 pada 2012 dan RM311,174.25 untuk bayaran air sepanjang tahun itu.
Jika benar BN ikhlas memperkatakan soal pembaziran, mengapa tiada teguran keras dalam hal itu? Dan, untuk mengelakkan 'pembaziran' yang dikompangkan BN, mereka patut tidak terlibat dan sanggup memberi kemenangan kepada Anwar.
'Tragedi bertukar kepada strategi'
Pengosongan DUN Kajang yang mulanya dikritik ramai kerana dianggap semata-mata menyelesaikan isu dalaman PKR, mula mendatangkan impak negatif kepada BN apabila 'tragedi bertukar kepada strategi' buat Pakatan Rakyat lantaran BN terkapai-kapai.
Read More / Baca Lagi >>

Rasional Anwar sebagai menteri besar Selangor

Posted: 01 Feb 2014 04:05 PM PST


Amin Iskandar@Black

"Politik itu bukan sains tetapi seni," kata Oto Von Bimarck, canselor pertama Jerman.
Sebab itu politik itu sukar diduga. Bukan seperti sains yang sudah mempunyai formulanya.
Begitu juga dengan politik di Selangor, apa yang berlaku hari ini bukanlah sesuatu yang dijangka.
Krisis di antara Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan dapat diselesaikan di meja rundingan.
Jika tiada apa-apa dilakukan, tidak mustahil Selangor akan mengulangi sejarah Kedah di mana, pergaduhan dalaman PAS menyebabkan negeri jelapang padi itu kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Krisis ini lebih baik diselesaikan sekarang daripada dibiarkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14.
Peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang mengejutkan ramai pihak.
Lebih mengejutkan lagi apabila Abdul Khalid mengumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ramai yang marah. Laman sosial Facebook dan Twitter dipenuhi dengan caci maki kepada Anwar dan PKR.
Pengguna laman sosial beranggapan Anwar dan PKR lebih mementingkan parti berbanding rakyat.
Ada juga yang mengatakan Anwar tamak dan rakus kerana mahu menjadi menteri besar Selangor.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A Kadir Jasin pula menganggap Anwar mengorbankan cita-citanya sejak 1982 untuk menjadi perdana menteri Malaysia dan sanggup menjadi menteri besar demi menyelesaikan krisis Selangor.
Umno dan BN mengatakan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang merupakan satu pembaziran dan berlaku kerana masalah dalaman PKR.
Umno mungkin terlupa, pada 1997 perkara sama dilakukan apabila Tan Sri Muhammad Muhd Taib meletak jawatan dan Tan Sri Abu Hassan Omar mengambil alih sebagai menteri besar Selangor.
Beberapa pemimpin PAS juga terang-terangan "membelasah" PKR kerana membelakangkan mereka sebelum keputusan mengosongkan DUN Kajang dibuat.
Mungkin pemimpin muda PAS ini juga tidak membaca sejarah satu ketika dahulu, krisis dalaman parti Islam itu menyebabkan darurat diisytiharkan sehingga tumbang kerajaan Kelantan.
Menurut Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, jika Abdul Khalid ditukar, mereka akan menamakan Iskandar Samad sebagai calon menteri besar.
Tidak dapat dinafikan, Abdul Khalid memang popular di kalangan rakyat Selangor.
Beliau juga hebat dalam mengurus wang negeri. Berbilion wang rizab negeri berjaya dikumpul.
Tetapi, itu semua belum mencukupi untuk menjadi seorang menteri besar yang baik kerana untuk menguruskan negeri, kemahiran berpolitik lebih penting.
Read More / Baca Lagi >>

Empangan Baram mula memecahbelahkan penduduk

Posted: 01 Feb 2014 04:02 PM PST


Kain rentang dan sepanduk yang dipasang di kawasan berhampiran tapak pembinaan Empangan Baram sebagai tanda tidak setuju daripada penduduk. Gambar fail.Kain rentang dan sepanduk yang dipasang di kawasan berhampiran tapak pembinaan Empangan Baram sebagai tanda tidak setuju daripada penduduk. Gambar fail.Ironinya, walau 100 hari sekalipun Orang Asli mengadakan demonstrasi anti empangan di pedalaman Baram, Sarawak  dalam usaha mereka menghalang pembinaan empangan hidroelektrik yang bernilai RM4 bilion tersebut, cara hidup berkurun lamanya yang ingin mereka kekalkan sudah mula dirobohkan.
Terdapat tanda empangan yang dicadangkan tersebut - walaupun masih dalam peringkat kajian kesesuaian, perlahan-lahan memusnahkan fabrik sosial komuniti yang tinggal di kawasan tapak empangan tersebut, termasuk penduduk yang tidak begitu terjejas dengan projek  yang ingin menjana kuasa dari Sungai Baram bagi rancangan perindustrian.
Kini ia mula dirasai oleh pemimpin masyarakat yang dilantik kerajaan untuk memenangi sokongan 'anak biak' (warga rumah panjang) bagi membina empangan tersebut.
"Dahulu tidak pernah begini, pantang untuk melawan orang tua kami. Sekarang sudah ada tanda pemberontak terhadap ketua yang selama ini mereka hormati," kata seorang wakil rumah panjang apabila bercerita tentang mesyuarat baru-baru ini di Miri dengan wakil kampung yang bakal ditenggelami oleh empangan ini untuk berbincang mengenai pampasan yang mereka akan pohon kepada kerajaan jika empangan tersebut dibina.
Mesyuarat tersebut dilaporkan menjadi sesi tuduh menuduh antara mereka yang sangsi dan syak atas manfaat empangan tersebut dengan jawatankuasa dilantik kerajaan yang mempengerusikan mesyuarat itu.
Read More / Baca Lagi >>

Aishah, Farah Asyikin minta padam gambar lama

Posted: 01 Feb 2014 03:53 PM PST


JELUTONG: Bekas penyanyi terkenal tanahair, Wan Aishah Ariffin dan Farah Asyikin sekali lagi menyeru mana-mana pihak yang masih menyimpan gambar lama mereka dalam Youtube agar memadamkannya.

Bagi mereka, tidak cantik gambar dalam keadaan jahiliah disiarkan memandangkan mereka telah berhijab dan tidak lagi terlibat dalam dunia glamour itu.

"Harap semua pihak memahami perasaan kita yang telah lari dari dunia glamour.  Gambar yang ada dalam simpanan individu terutamanya yang masih disiarkan dalam Youtube harap buang. Biarlah ianya berlalu sebagai kenangan, " jelas mereka dalam program santai bersama artis sempena Sambutan 25 tahun PAS Jelutong petang tadi.
Read More / Baca Lagi >>

PRK DUN Kajang memang dirancang, kata Anwar Ibrahim

Posted: 01 Feb 2014 03:51 PM PST


Mengosongkan kerusi DUN Kajang memang rancangan pakatan pembangkang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail.Mengosongkan kerusi DUN Kajang memang rancangan pakatan pembangkang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.
Beliau berkata, peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.
"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.
"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di Bukit Mertajam.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Inspektor antara enam polis ditahan ugut suspek

Posted: 01 Feb 2014 03:49 PM PST

KAJANG - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan lima anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini boleh diibaratkan sebagai 'musang berbulu ayam' apabila memeras ugut 'suspek' berkaitan kes dadah sebanyak RM12,000 di Jalan Bukit Mewah di sini Selasa lalu.
Turut ditahan seorang lelaki awam yang merupakan pengantara polis dan mangsa.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan beberapa bukti lain untuk melengkapkan siasatan berhubung kejadian itu sebelum menghantar kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.
"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk melengkapkan lagi siasatan sebelum mendakwa mereka di mahkamah namun kita masih memerlukan beberapa bukti lengkap sebelum tindakan susulan dilakukan.
"Pegawai dan anggota polis yang terbabit kini masih dalam jaminan polis dan sekiranya didapati mereka positif terbabit dalam kejadian ini, tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung tugas mereka selain tindakan undang-undang yang bakal dihadapi," katanya selepas mengadakan sesi lawatan lokasi penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang di sini semalam.

Malaysia Kita: Trauma mangsa dera

Posted: 01 Feb 2014 03:44 PM PST



TEKANAN perasaan yang dilalui seawal usia kanak-kanak boleh menjejaskan proses pembelajaran.


SESI persekolahan yang baru sahaja bermula awal bulan lalu mungkin meninggalkan pengalaman pahit buat Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan rakannya, Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith.
Manakan tidak, kedua-dua murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai, Perak itu terpaksa berdepan detik-detik memalukan apabila mereka dilayan seperti seekor lembu dalam kejadian yang berlaku pada 16 Januari lepas.
Mereka yang masing-masing berusia 10 tahun bukan sahaja diarah memakai loceng di leher malah turut dipaksa makan rumput hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.
Hukuman denda yang disifatkan keterlaluan itu dibuat oleh seorang guru lelaki yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.
Sebelum diperlakukan sedemikian, guru berusia 26 tahun itu terlebih dulu didakwa merotan tapak tangan pelajar tersebut sebanyak dua kali.
Tidak cukup dengan itu, guru terbabit turut mengugut mangsa untuk memuat naik gambar mereka menjadi 'lembu' yang diambil menggunakan telefon bimbit ke laman Facebook.
Ibu kepada salah seorang mangsa, Siti Aisyah Hashim, 32, berkata, anaknya mengalami trauma dan malu dengan kejadian tersebut apabila terdapat rakan-rakan mengejek mereka dengan panggilan 'lembu'.
Katanya, guru terbabit mengakui anaknya merupakan seorang murid yang pandai, namun akibat perbuatannya, anak kedua daripada enam beradik itu kini fobia untuk ke sekolah.
"Saya terkilan kerana kita hantar mereka ke sekolah untuk belajar tetapi guru pula tunjuk contoh yang tidak baik," kata Siti Aisyah.
Read More / Baca Lagi >>

Siri Hadis 14: Kasih Mengasihi

Posted: 01 Feb 2014 03:37 PM PST

Siri Hadis 13: Tiada Siapa Yang Kekal

Posted: 01 Feb 2014 03:36 PM PST

Siri Hadis 12 : Larangan Menipu

Posted: 01 Feb 2014 03:36 PM PST

Siri Hadis 11: Meninggalkan Solat

Posted: 01 Feb 2014 03:36 PM PST

Siri Hadis 10: Hadis Jenazah Yang Dipuji Atau Dicela

Posted: 01 Feb 2014 03:35 PM PST

Siri Hadis 9: Sempurnakan Wudhu'

Posted: 01 Feb 2014 03:35 PM PST

Siri Hadis 8 : Bantu-membantu

Posted: 01 Feb 2014 03:34 PM PST

Siri Hadis 7: Sunnah Kebaikan dan Kejahatan

Posted: 01 Feb 2014 03:34 PM PST

Siri Hadis 6: Keutamaan Bersedekah

Posted: 01 Feb 2014 03:34 PM PST

Siri Hadis 5: Keberkatan Mereka Yang Berpagi-pagi

Posted: 01 Feb 2014 03:33 PM PST

Siri Hadis 4: Niat

Posted: 01 Feb 2014 03:33 PM PST

Siri Hadis 3: Jangan Tergesa-gesa Dalam Menunaikan Solat

Posted: 01 Feb 2014 03:32 PM PST

Siri Hadis 2: Istighfar Dan Keampunan Allah

Posted: 01 Feb 2014 03:32 PM PST

Siri Hadis 1: Ganjaran Barisan Pertama

Posted: 01 Feb 2014 03:32 PM PST

Signs of relief in Damascus

Posted: 01 Feb 2014 03:30 PM PST

Indonesia volcanic eruption turns deadly

Posted: 01 Feb 2014 03:27 PM PST

Several hurt as clashes rattle Thai capital on eve of vote

Posted: 01 Feb 2014 03:26 PM PST

Ukraine protest leader remains in hospital

Posted: 01 Feb 2014 03:25 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pengkritik ‘Serampang Kajang’ gagal fahami politik demokrasi

Posted: 01 Feb 2014 07:05 PM PST

Pengkritik 'Serampang Kajang' gagal fahami politik demokrasi

KENYATAAN MEDIA NAIB PRESIDEN KEADILAN, N SURENDRAN

Saya rujuk kritikan berkenaan perletakan jawatan bekas ADUN Kajang, CC Lee dan keputusan KEADILAN untuk meletakkan DS Anwar Ibrahim sebagai calon.
Banyak kritikan yang diterima hingga kini lebih bersifat reaksi menyentap, belum difikirkan dengan mendalam dan kurang memahami politik kepartian dan pilihanraya.
Pilihanraya merupakan asas strategi bagi mana-mana parti politik di dalam sesebuah demokrasi moden. Ianya hak sesebuah parti politik untuk meminta rakyat membuat pilihan sebagai satu langkah strategi politik, sama ada melalui pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.
Dengan menggunakan pilihanraya untuk meraih kelebihan politik, KEADILAN/Pakatan Rakyat sebenarnya memperkukuh sistem demokrasi sedia ada.
Penggunaan pilihanraya sebagai langkah strategi yang sihat perlu dipupuk dan digalak. Pakatan Rakyat berniat menambah kekuatan dengan penggunaan sistem pilihanraya secara sah; ini berbeza apabila dibandingkan dengan BN yang melemahkan pilihanraya, dan menyalahguna kuasa eksekutif untuk menindas dan menganiaya musuh untuk terus memegang kuasa.
Pilihanraya kecil merupakan satu cara yang amat baik untuk mendengar suara rakyat; setiap pilihanraya kecil yang diadakan mengukuhkan demokrasi, dan mengiakan demokrasi penyertaan.
Pengkritik 'Serampang Kajang' mungkin gagal mengamati bahawa sebuah demokrasi moden tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa pertandingan sihat antara parti-parti politik yang menginginkan kelebihan politik.
Kelebihan ini boleh diperolehi melalui cara-cara yang sah dan dibenarkan, termasuklah pilihanraya kecil.
Mereka turut terlupa kata-kata dan semangat yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menimbang malah membenarkan situasi-situasi sebegini.
Perkara 51 membenarkan seseorang wakil rakyat untuk meletakkan jawatan tanpa sebab atau syarat. Perkara 51 ditulis untuk membolehkan pilihanraya kecil sebagai satu strategi politik.
Memaksa berlakunya pilihanraya kecil adalah strategi politik yang diamalkan di pelbagai negara demokrasi matang. Pada 2008, Ahli Parlimen David Davis telah meletakkan jawatan dari House of Commons, UK untuk memaksa berlakunya pilihanraya kecil demi memberi fokus kepada isu kebebasan awam.
Pada tahun 1986, kesemua Ahli Parlimen Unionist telah meletakkan jawatan dari parlimen UK sebagai satu strategi politik.
Berbeza dari apa yang dikatakan pengkritik, tiada apa-apa kesalahan dalam memaksa berlakunya pilihanraya kecil sebagai satu strategi politik.
Mereka yang berkata pilihanraya kecil itu membazir wang ringgit mungkin tidak faham bahawa tidak dapat tidak wang ringgit memang terpaksa dibelanjakan demi menghidupkan sesebuah demokrasi.
Fokus mereka sepatutnya kepada pilihanraya yang bersih, bukannya demokrasi yang murah.
Akhir kata, 'Serampang Kajang' merupakan strategi politik untuk mengalahkan BN yang korup dan zalim. Ini tidak bercanggah dengan hasrat dan kemahuan rakyat; malah, ianya adalah demi kepentingan rakyat.
Dikeluarkan oleh,
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
AHLI PARLIMEN PADANG SERAI

Jalan ke depan bersama konsensus nasional – Mujahid Yusof

Posted: 01 Feb 2014 07:01 PM PST

Jalan ke depan bersama konsensus nasional – Mujahid Yusof

February 02, 2014
Proses perkembangan sesebuah negara bangsa memakan masa yang panjang. Sepanjang perjalanannya, pelbagai peristiwa dan situasi terpaksa dilaluinya sehingga ia mematangkan kepimpinan dan rakyatnya.
Konflik dan pertumpahan darah sesama anak bangsa mahupun peperangan yang dilaluinya dengan penceroboh demi memelihara kedaulatan negara adalah proses pembentukan jati diri negara bangsa.
Dalam menghayati perkembangan ini, negara terdesak untuk memperbaharui komitmennya terhadap masa depan negara atau istilah patriotiknya memelihara bahtera merdeka.
Untuk mencapai maksud ini satu konsensus atau kesepakatan dan persetujuan bersama amat diperlukan supaya negara bangsa ini mara mencipta nasibnya di persada alam. Ada beberapa faktor utama yang menentukan kejayaan konsensus nasional yang amat diperlukan pada tahap ini. Artikel ini cuba menghuraikan beberapa pra-syarat dan faktor yang akan menjayakan konsensus nasional ini.


LATAR BELAKANG KEMERDEKAAN


Malaysia berbanding dengan negara bangsa lain secara relatifnya adalah negara yang masih muda. Perkataan negara bangsa hanya muncul dengan kemaraan kolonialisme Barat.
Serentak dengan tuntutan merdeka dari British, negara bangsa menjadi tema kebangkitan rakyat dan Islam/Melayu menjadi asas kebangkitan menyatukan negara bangsa yang kelak akan muncul apabila pada tahun 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya daripada penguasaan kolonial British selama beberapa abad.
Faktor dan latar belakang yang membentuk kemerdekaan Malaysia amat signifikan untuk semua pihak akur dan menerimanya sebelum bersetuju untuk menjayakan cita-cita murni melonjakkan negara ini ke hadapan.


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Konsensus mesti juga menghayati dokumen penting yang menentukan nasib dan masa depan negara. Perlembagaan negara adalah faktor penyatu kepada janji setia kita untuk memelihara negara melalui prinsip-prinsip yang disepakati dan dijunjung bersama.
Perlembagaan Persekutuan meletakkan raison d'etre negara ini dengan menamakan tiang utama negara yang tidak boleh dikompromi dalam apa jua konsensus yang akan dilakukan iaitu;
1.  Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
2. Agama lain bebas diamalkan mengikut semangat Perlembagaan.
3. Hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
4. Hak kewarganegaraan semua kaum dengan semangat kebebasan yang perlu dipertahankan bersama.
Perlembagaan persekutuan adalah faktor penyatu perpaduan nasional, cumanya interpretasi dan pemahaman prinsip-prinsip keperlembagaan kadangkala tergelincir daripada semangatnya dan kerana itu kebebasan kehakiman perlu menentukan interpretasi yang betul kepada artikel dan semangat yang memberikan "kehidupan" kepada perlembagaan kita.

SOSIO-EKONOMI
Kesan penjajahan telah meninggalkan kita menjadi negara multi-ethnic dan sekaligus multi-cultural.
Istilah "pendatang" atau "bangsa asing" walaupun sudah terhapus dengan konsep kewarganegaraan, namun ia tetap dibibir sesetengah pihak apabila sesuatu konflik antara kaum muncul dan ini boleh memberi gambaran betapa rapuhnya situasi serta berupaya mencetuskan ketegangan.
Dalam konteks ekonomi, dasar ekonomi baru atau DEB membentuk pengagihan kek ekonomi yang mengakibatkan strata masyarakat menampakkan jurang antara penguasaan kaum Cina, Melayu dan India.
Perlaksanaan DEB walaupun semangat dan rohnya adalah pengimbanagan strata dan penstrukturan semula jurang masyarakat namun amalannya telah melahirkan sikap prejudis yang berbau perkauman.
Suasana sosio-ekonomi ini adalah antara faktor utama kepada sebab perlunya konsensus nasional nanti.
PERJALANAN POLITIK
Perlembagaan negara walaupun menjadi panduan tetapi ia kaku apabila tiada aktor yang mencabar kesahihannya dan keutuhannya.
Peranan aktor dalam membentuk lanskap politik negara adalah signifkan kerana para aktor politik akan menentukan dan mendefiniskan maksud yang terkandung dalam prinsip negara ini.
Malaysia memilih jalan demokrasi melalui pilihanraya umum yang berperanan untuk membentuk anggota parlimen bagi membahas halatuju negara lewat demokrasi ala Westminster di mana pembahagian kuasa legaslatif, eksekutif dan kehakiman menjadi kerangka para aktor politik bergerak.
Demokrasi adalah tema utama perjalanan politik dan ia mengambil bahagian yang besar kepada desakan konsensus nasional hari ini kerana ketempangannya hasil pencabulan ke atas demokrasi di Malaysia.
APAKAH KONSENSUS NASIONAL?


Konsensus adalah daripada perkataan Inggeris iaitu "concensus" yang membawa makna agreement, harmony, concord, like mindedness, concurrence, consent, common consent, accord, unison, unity, unanimity, oneness, solidarity, concert more general opinion/view, majority opinion/view, dan common opinion/view.
Daripada perkataan itu diambil maknanya dalam Bahasa Malaysia iaitu persetujuan bersama, permuafakatan bersama, hala tuju bersama, pandangan yang sama hampir dipersetujui oleh semua pihak.
Sebab itu ia adalah satu pendekatan politik tahap nasional bagi semua pihak bersetuju tanpa mengira fahaman politik bahawa negara ini perlu kepada satu kaedah baru, pendekatan baru bagi menangani situasi yang sedang dihadapi hari ini di mana semua pihak perlu bersetuju untuk memikirkan kaedah itu bersama.
Apa yang mewarnai lanskap politik daripada tuntutan demokrasi yang lebih berfungsi, tuntutan kerajaan yang telus dan berwibawa serta kemunculan suara sivil yang semakin lantang mengkritik dasar dan perjalanan kerajaan adalah satu bentuk desakan kepada perlunya sebuah konsensus nasional supaya kerajaan dan parti politik bersatu hati mengeluarkan negara dari kemelut politik, sosial dan ekonomi hari ini.


PEMIKIRAN BARU PERPADUAN NASIONAL


Sekarang isu perpaduan tidak lagi berkisar kepada gabungan wadah seperti di awal 70-an ketika negara ini memerlukan kekuatan politik untuk menjayakan agenda nasional seperti pembentukan Barisan Nasional tetapi perpaduan terkini bentuknya adalah lebih matang dapat direalisasikan melalui kesatuan kepada kepentingan negara dengan cara menguruskan perbezaan pendapat dan bukan menyekat perbezaan pendapat.
Untuk melaksanakan ini konsep by-partisan atau sokongan menjangkau kelompok atau kumpulan perlu dibudayakan untuk mencapai sesuatu kepentingan nasional.
Konsensus nasional menuntut supaya parti politik mengimbangi keperluan politiknya dengan keperluan nasional.
Ia bukan satu helah politik untuk mengekalkan kekuatan mana-mana pihak tetapi ia adalah untuk memastikan kepentingan nasional terpelihara dengan masing-masing mengekalkan ideologi masing-masing.
Isu perpaduan Melayu secara relatifnya kepada gambaran yang lebih besar ini nampaknya seperti slogan yang agak kuno dan lebih cenderung untuk helah politik semata-mata.
Perpaduan yang harus diajukan ialah perpaduan nasional dalam gambaran agenda nasional dan bukan agenda politik tertentu.

ISU KETAKSAMAAN PENDAPATAN


Isu ketaksamaan pendapatan atau "inequality income" tidak lagi berkisar kepada kaum tetapi ia berkisar kepada peratus pengagihan pendapatan yang kini terjulat antara peratus pendapatan tinggi dan peratus pendapatan rendah di mana 60% rakyat duduk di paras pendapatan rendah dan 40% daripadanya adalah paras kemiskinan.
Jurang besar pendapatan ini dikecilkan lagi dengan penduduk luar bandar dan penduduk bandar serta gender.
Implikasi isu ini menentukan gaya hidup dan keperluan hidup melibatkan isu keperluan perumahan, bebanan hutang dan inflasi yang disebabkan harga barang dan pendapatan yang tidak seimbang.
Ia bukan lagi soal Melayu ketinggalan tetapi keperluan untuk mengimbangi kesan ketaksamaan pendapatan dan keperluan membela peratus yang terperosok di bawah.
Faktor ini semakin mendesak kepada satu konsensus untuk menyelamatkan keadaan kerana isu inflasi, kesan sosial dan ketidakpuasan hati rakyat akan menjadikan negara ini terjerumus dalam krisis hilang kepercayaan kepada kerajaan.

KEMUNCULAN EKSTREMISME POLITIK

Keseimbangan perkembangan negara mestilah dengan kematangan anak bangsanya untuk melihat kepentingan yang lebih besar.
Pelbagai isu perkauman, agama dan politik berpotensi menjadi isu yang diambil kesempatan oleh pihak tertentu daripada kelompok ekstrem agama mahupun ekstrem kepuakan.
Rasisme dalam segala bentuknya perlu disekat dan tidak menjadi umpan pihak tertentu untuk menggunakannya apabila perlu untuk kepentingan puak atau kelompoknya.
Suasana ini mendesak kita kepada konsensus nasional yang meletakkan ekstremis politik dan agama jauh daripada menjadi faktor penentu keputusan-keputusan politik.
Ambil contoh isu kalimah "Allah",  betapa politik ekstrem dan rasis menguasai keadaan sehingga pihak kerajaan tidak berani menegaskan komitmennya kepada "Penyelesaian 10 Perkara" atau sepuluh perkara yang disepakati antara kerajaan dan penganut Kristian di negara dalam isu penggunaan kalimah 'Allah' yang termeterai pada 2011.
Ini melambangkan kelemahan pihak kerajaan terhadap komitmennya sendiri dan membiarkan tembakan rasis yang tidak terkawal membunuh cita-cita perpaduan nasional yang dipupuk selama ini.

TAJUK YANG PERLU KONSENSUS


Tidak syak lagi, konsensus adalah satu keperluan negara bagi menjamin perjalanan negara ini diteruskan, namun biarlah perbincangan kepada konsensus ini terfokus kepada perkara besar dan penglibatannya tidak meninggalkan mana-mana pihak di belakang.
Fokus utama adalah persetujuan semua pihak kepada perjalanan demokrasi yang perlu dirungkai semula dalam konteks berpilihanraya dan demokrasi berparlimen.
Kedua adalah merungkai semula hak mendapat maklumat dari segi akta media yang perlu dibebaskan dari cengkaman penguasa dan kawalan yang ketat untuk melahirkan media bebas dan bertanggungjawab.
Ketiga adalah konsensus kepada medan ekonomi mengawal ketaksamaan dan inflasi melalui pendekatan progresif dan bukan regresif yang membebankan rakyat serta mengubah tatakelola kewangan yang lemah dan dipalit rasuah.
Keempat adalah menangani rasisme dan ekstremisme melalui kawalan ke atas entiti rasis dan ekstremis melalui rundingan dan meletakkan aktiviti mereka di bawah semangat perlembagaan persekutuan.
Hal ini juga melibatkan reformasi total kepolisian yang perlu dikembalikan tujuan utama mereka iaitu untuk memelihara keselamatan negara dan bukan memelihara parti politik tertentu atau pihak tertentu untuk terus kekal berkuasa.
HARAPAN KEPADA KONSENSUS
Langkah awal konsensus bermula dengan pengiktirafan semua pihak kepada masalah dan bersedia untuk mengenalpasti prioriti negara.
Langkah seterusnya ialah gencatan senjata fitnah media yang tidak banyak membantu melicinkan proses dan seterusnya ialah memahamkan orang ramai keperluan konsensus ini dijadikan agenda utama negara pada tahap ini.
Selain itu parti-parti politik harus bersedia untuk membawa dirinya dalam kerangka ini dengan mereka sendiri membuat reformasi dalaman tak kira dari segi strukturnya, budayanya mahupun cara ia menyampaikan hasratnya untuk menjadi kerajaan.
Konsensus akan menjadi satu mercu tanda bagi penunjuk aras bahawa negara ini bersedia menyelesaikan kerumitan yang ia sedia hadapi dan mampu mengakui segala kelemahan yang menyebabkan terbantut proses pembentukan seterusnya bahtera merdeka yang sama-sama kita tatang.
Buat masa ini harapan kita semua ialah kepada terlaksananya langkah awal dan mula tertumpu kepada empat fokus utama tajuk konsensus, sudahkah rakyat Malaysia bersedia untuk memasuki fasa baru ini? – 1 Februari, 2014.
* Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN).